Page 1

FORMAT LAPURAN KAJIAN KAJIAN Selepas selesai menjalankan kajian, satu laporan bertulis yang lengkap perlu disediakan. Laporan tersebut hendaklah sekitar 20 hingga 30 mukasurat (kertas A4, font Times New Roman saiz 12 dan langkau 1.5 baris) termasuk gambar, gambarajah, dan senarai rujukan. Laporan anda hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut: FORMAT LAPURAN KAJIAN 1.0

Pendahuluan

2.0

Pengenalan 2.1 Latar Belakang Kajian (membincangkan latar belakang kajian) 2.2 Permasalahan Kajian (masalah yang dilihat mengenai tajuk yang dikaji dan sebab memilih tajuk berkenaan.)

3.0

Kajian Kepustakaan Antara tajuk-tajuk kecil yang boleh dibincangkankan adalah: 3.1 Definisi/ Takrifan 3.2 Teori/Konsep 3.3 Istilah 3.4 Kajian lepas

4.0

Objektif dan Persoalan Kajian 4.1 Objektif Kajian 4.2 Persoalan Kajian

5.0

Kaedah Kajian 5.1 Kaedah untuk mengumpul data 5.2 Kaedah untuk menganalisa data

6.0

Hasil kajian: Pembentangan dan Perbincangan 6.1 Responden Kajian 6.2 Analisis dapatan kajian dari soalselidik (setiap bahagian perlu dibentangkan peratusan dan bincangkan). Turutan pernomboran adalah berdasarkan bahagian dan pernyataan/soalan di dalam soalaselidik. 6.2.1 6.2.2 dan seterusnya 6.3 Analisis dapatan kajian dari temubual (jika ada). (setiap bahagian perlu dibentangkan peratusan dan bincangkan). Turutan pernomboran adalah berdasarkan bahagian dan pernyataan/soalan di dalam temubual.

7.0

Kesimpulan Kajian

8.0

Penutup lapuran Kajian

9.0

Rujukan – senaraikan rujukan yang digunakan. Rujukan hendaklah dari pelbagai sumber yang berwibawa seperti buku ilmiah, jurnal ilmiah, dan sebagainya.Wajib mengikut Gaya UKM

10. 0

Lampiran

(* Sila rujuk Lampiran 1 untuk Contoh Muka Hadapan Laporan Bertulis)


PERINCIAN LAPURAN KAJIAN 1.0 Pendahuluan- nyatakan tajuk-tajuk yaang akan dibincangkan di dalam di dalam lapuran ini. Contoh: Lapuran yang bertajuk ”......” akan membincangkan pengenalan kajian, kajian kepustakaan, objektif dan persoalan kajian” dan lain lain lagi... 2.0 Pengenalan – membincangkan latar belakang kajian dan sebab memilih tajuk berkenaan. 3.0 Kajian kepustakaan / literature review – membincangkan istilah-istilah penting yang akan digunakan di dalam kajian serta juga kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan kajian anda. 4.0 Objektif dan persoalan kajian – nyatakan dengan jelas, dua atau tiga objektif dan persoalan kajian adalah memadai. 5.0 Kaedah kajian – jelaskan kaedah yang telah anda gunakan untuk mengumpul data – samada melalui temubual atau soal selidik, berapa ramai responden, lokasi, skop dan bagaimanakah anda menganalisa data tersebut. Jelaskan juga bagaimana anda telah menganalisis data. 6.0 Hasil kajian – persembahkan hasil kajian anda dengan cara yang bersesuaian, samada dalam bentuk jadual, graf, carta, gambar foto atau kutipan kata-kata dari responden (quotation). Kemudian anda bincangkan hasil dapatan kajian merujuk kepada grafik yang anda gunakan. 7.0 Kesimpulan kajian – bincangkan kesimpulan utama dari kajian anda. Kesimpulan mestilah bertepatan dengan persoalan kajian. Bincangkan juga masalah yang timbul dalam menjalankan kajian serta langkahlangkah yang diambil bagi mengatasinya. Anda juga boleh memberi cadangan untuk kajian pada masa akan datang. 8.0 Penutup lapuran Akhiri pembentangan dan perbincangan lapuran dengan: ” Lapuran yang bertajuk ”........” telah membincangkan pengenalan kajian yang meliputi latar belakang kajian dan permasalahan kajian, kajian kepustakaan dan sebagainya... 9.0 Rujukan – senaraikan rujukan yang digunakan. Rujukan hendaklah dari pelbagai sumber yang berwibawa seperti buku ilmiah, jurnal ilmiah, dan sebagainya. Senaraikan rujukan mengikut Gaya UKM. 10.0 Lampiran- lampirkan satu contoh soalseldik, soalan temubual (jika digunakan), trasnskrip temubual, gambar, carta tambahan dan lain-lain.


Lampiran 1 FORMAT MUKA DEPAN LAPORAN AKHIR PROJEK KAJIAN

LOGO UKM

ZT NAMA KURSUS SEMESTER .... SESI.... SET KURSUS: ___

TAJUK TUGASAN: PENSYARAH PUAN ROZMEL ABDUL LATIFF NAMA KUMPULAN: AHLI KUMPULAN: NAMA PELAJAR 1. 2. 3. 4. 5. 6.

NO. MATRIK

Format terkini penulisan lapuran kajian  

Format Penulisan laporan Kajian