STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH SK TAHUN 4
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN ASPEK SENI BAHASA Objektif Aspek Seni Bahasa untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan : i.
menyebut, memahami dan menghasilkan lirik lagu yang mengandungi nilai secara berpandu dan menyampaikannya secara didik hibur;
ii.
mengujarkan ayat yang gramatis dan bahasa yang indah dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas serta bahasa badan yang sesuai semasa bercerita secara didik hibur;
iii.
mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas, bahasa badan yang sesuai dan memahaminya melalui lakonan;
iv.
menghasilkan dialog daripada bahan rangsangan untuk menyampaikan nilai dan pengajaran serta menyampaikannya melalui lakonan dengan menggunakan bahasa badan yang sesuai secara didik hibur;
v.
mendeklamasi sajak dengan sebutan yang betul dan intonasi yang jelas secara didik hibur serta memahami maksud sajak tersebut; dan
vi.
membina sajak secara terkawal dan memahaminya serta mendeklamasikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas secara didik hibur.
36