Page 1

LAMPIRAN A

PROGRAM PENGHUTANAN SEMULA HUTAN SIMPAN BUKIT TAREK, DAERAH HULU SELANGOR DAN HUTAN SIMPAN RANTAU PANJANG, DAERAH HULU SELANGOR PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)

PROGRAM PENGHUTANAN SEMULA DI ATAS KOMPATMEN DAN BLOK-BLOK SELUAS 5,000 HEKTAR DI HUTAN SIMPAN BUKIT TAREK, DAERAH HULU SELANGOR YANG DIUSAHAKAN OLEH SYARIKAT SHRADER NURSERY SDN BHD DAN KOMPATMEN DAN BLOK-BLOK, SELUAS 5,000 HEKTAR, DI HUTAN SIMPAN RANTAU PANJANG, DAERAH HULU SELANGOR YANG DIUSAHAKAN OLEH 6 (ENAM) SYARIKAT IAITU SYARIKAT IN-N-OUT SDN BHD, SYARIKAT MEGAFORES NURSERY SDN BHD, SYARIKAT ECO MURNI SDN BHD, SYARIKAT KAYANGAN RAMPAI SDN BHD, SYARIKAT TROPICAL POSITION SDN BHD DAN SYARIKAT MEWAH IKHTIAR SDN BHD.

MMKN pada ..... November 2009 bersetuju supaya Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor mengelaskan semula maklumat ini di bawah Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi (AKTA 88)

1


PENDAHULUAN Kandungan lampiran ini dikemukan dalam beberapa bahagian iaitu -

Kronologi Maklumat syarikat-syarikat pemajak Maklumat perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani Kedudukan masa kini

2


KRONOLOGI Kawasan Hutan Simpan Rantau Panjang dan Bukit Tarek, Mukim Serendah seluas 10,000 hektar telah ditanam dengan tanaman Acacia sejak 1984. Sehingga tahun 1994, seluas 10% daripada kawasan tersebut telah mencapai tahap matang dan sesuai ditebang serta ditanam semula. Kerajaan Negeri Selangor, dalam mesyuarat Stanco Pertanian Negeri Selangor telah mengarahkan PKPS melaksanakan program penghutanan semula Hutan Simpan dengan tanaman Sentang dan Jati bagi menggantikan tanaman Acacia. Mesyuarat Jemaah Ahli Majlis PKPS No 99 pada 12 Ogos 1999 telah membincangan Kertas Kerja L/P Bil 12/99 mengenai Cadangan Menghutan Semula Kawasan Acasia Dengan Projek Tanaman Sentang dan Jati� yang dikemukakan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS). Mesyuarat ini mengambilmaklum perkara-perkara berikut:Kerajaan Negeri telah mengarahkan PKPS melaksanakan Program Penghutanan Semula (mengantikan tanaman Acasia yang sedia ada dengan tanaman Sentang & Jati). PKPS dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri telah mengenalpasti 10,000 hektar di Hutan Simpan Mukim Serendah, Daerah Hulu Selangor sebagai kawasan penghutanan semula di mana terdapat 1,000 hektar tanaman Acasia (dari keseluruhan keluasan) telah matang dan sedia ditanam semula dengan tanaman Sentang dan Jati. Projek penanaman semula dilaksanakan oleh PKPS dengan cara Kerajaan Negeri memberi konsesi selama enam puluh (60) tahun. Aktiviti perhutanan semula dijalankan secara kerjasama dengan syarikat-syarikat Mega Forest Plantation Management Sdn Bhd bagi melaksanakan kerja-kerja menanam pokok sentang dan Schrader Forest Management Sdn. Bhd untuk penanaman pokok jati. Mesyuarat Jemaah Ahli Majlis PKPS No 99 ini kemudiannya bersetuju untuk mengemukakan cadangan supaya PKPS dijadikan agensi menjalankan program penghutanan semula di Hutan Simpan Bukit Tarek Seluas 5.000 hektar dan Hutan Simpan Rantau Panjang seluas 5,000 hektar. Untuk tujuan ini, PKPS dikehendaki memohon konsesi kawasan hutan-hutan simpan terserbut. Sejurus itu, pada 16 Disember 1999, Mesyuarat UPEN mengenai cadangan Projek Penghutanan Semula Hutan Simpan Mukim Serendah, Daerah Hulu Selangor dengan tanaman Sentang dan Jati oleh PKPS diadakan. Mesyuarat dimaklumkan bahawa idea asal perancangan projek adalah daripada YAB Menteri Besar Selangor pada masa tersebut, iaitu Dato' Seri Dr. Mohamed Khir Bin Toyo, bertujuan untuk mengimbangi pembangunan fizikal dan kehijauan di Selangor. Kawasan 3


yang dikenalpasti telah ditanam dengan pokok Acasia dan pada masa yang sama pinjaman Kerajaan dari Bank Pembangunan Asia masih belum diselesaikan pada masa tersebut. Dalam mesyuarat yang sama, Pengarah Jabatatan Perhutanan Negeri menyatakan bahawa pihak Jabatannya akan menetapkan syarat-syarat seperti tempoh pajakan tanah, bayaran premium dan sewaan tanah. Mesyuarat UPEN ini besetuju dengan kertas cadangan yang dibentangkan oleh PKPS untuk memohon konsesi tanah selama enam puluh (60) tahun di Hutan Simpan Bukit Tarek dan Rantau Panjang, Mukim Serendah, Daerah Hulu Selangor, daripada Kerajaan Negeri. Mesyuarat juga menyarankan supaya kertas ringkasan pada peringkat EXCO MTES mengenai perkara ini disediakan. Mesyuarat ini juga mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa pemandu untuk memantau perjalanan projek ini dan menyediakan perjanjianperjanjian dengan Schrader Nursery (M) Sdn. Bhd dan Megafores Nursery Sdn Bhd. Sejurus itu, EXCO MTES EXCO MTES Bil 1/2000 pada 5 Jan 2000 meluluskan kertas cadangan Projek Penghutanan Semula Hutan Simpan Mukim Serendah, Daerah Hulu Selangor Dengan Tanaman Sentang dan Jati yang disediakan oleh PKPS. Kelulusan konsesi tanah selama enam puluh (60) tahun diberi kepada PKPS. Mesyuarat EXCO MTES ini juga mengarahkan supaya PKPS menyelesaikan pinjaman Bank Pembangunan Asia (ADB) sebanyak RM16 juta melalui hasil royalti dari balak Acacia yang ditebang. PKPS juga dikehendaki menubuhkan Jawatankuasa Pemandu untuk memantau projek dan menentukan insentif dari Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Lain-lain syarat ditentukan oleh Pengarah Perhutanan Negeri Selangor. Pada 5 Mei 2000, Mesyuarat Pemberian Konsesi Seluas 10,000 Hektar Hutan Simpan bagi Penghutanan Semula Kepada PKPS diadakan oleh pihak UPEN. Mesyuarat dimaklumkan bahawa PKPS telah menyediakan deraf perjanjian usahasama dengan Syarikat Schrader Forest Management Sdn. Bhd untuk tanaman Jati dan Syarikat Megafores Nursery Sdn Bhd untuk tanaman Sentang. Menurut minit mesyuarat yang dicatat, PKPS diminta mengemukan deraf perjanjian kepada Kerajaan Negeri untuk disemak dan PKPS juga diminta untuk menyemak latar belakang kedua-dua syarikat Schrader Forest Management Sdn. Bhd dan Megafores Nursery Sdn Bhd. PKPS juga dikehendaki meneliti semula penglibatan kedua-dua syarikat kerana cadangan yang sedia ada tidak langsung meletakkan tanggungjawab kepada syarikat, sebaliknya hanya kepada PKPS. Pada 7 Jun 2000, Mesyuarat UPEN yang membincangkan mengenai projek penghutanan semula diadakan untuk menyemak perlaksanaan projek tersebut dari aspek kemajuan tapak, perjanjian usahasama dan isu-isu yang berbangkit. Wakil-wakil dari Syarikat Mega Forest Plantation Sdn. Bhd. dan Schreder Nursery (M) Sdn. Bhd. yang turut hadir dalam mesyuarat ini dimaklumkan bahawa mereka boleh memulakan kerja-kerja di tapak setelah perjanjiian ditandatangani. Jabatan Perhutanan Negeri diminta mengeluarkan surat kepada PKPS yang membenarkan PKPS dan syarikat memasuki kawasan. PKPS juga diminta mengeluarkan surat kepada kedua-dua syarikat untuk kebenaran ini.

4


Pada 20 Oct 2000, MTES megemukakan surat kepada PKPS ((8) dlm.IPK.Sel.04.01.1/84/12) di mana pihak PKPS diminta untuk menghadiri mesyuarat penyemakan deraf-deraf perjanjian untuk program penghutanan. Menurut surat tersebut, mesyuarat ini diadakan pada 23 Oktober 2000. Walaubagaimanapun, minit mesyuarat dan keputusan mesyuarat penyemakan deraf perjanjian ini tidak dapat dikesan di PKPS.

Pada 20 November 2000, EXCO MTES Bil 30/2000 telah meluluskan tiga (3) deraf perjanjian cadangan projek iaitu -

Perjanjian konsesi Kerajaan Negeri & PKPS Perjanjian pajakan semula PKPS dengan Syarikat Schrader Forest Management (M) Sdn. Bhd Perjanjian pajakan semula PKPS dengan Syarikat Megafores Nursery Sdn Bhd

Pada 22 Februari 2001, PKPS dan Kerajaan Negeri menandatangani Lease and Concession Agreement di mana PKPS diberi konsesi tanah Hutan Simpan Bukit Tarek seluas 5,000 hektar dan Hutan Simpan Rantau Panjang seluas 5,000 hektar selama 60 tahun. Pada hari yang sama, iaitu 22 Februari 2001, Sublease Agreement diantara PKPS dengan Syarikat Megafores Nursery Sdn. Bhd. ditandatangani di mana Blok-blok 12/86, 15/87, 3/85 dan15/87 seluas 1,000 hektar di Hutan Simpan Rantau Panjang dipajakkan kepada selama Syarikat Megafores Nursery Sdn. Bhd selama 50 tahun. Pada 7 Mac 2001, Sublease Agreement diantara PKPS dengan Syarikat Schrader Nursery (M) Sdn. Bhd ditandatangani di mana Blok-blok 2/88, 18/87, 19/87 dan 22/90 seluas 5,000 hektar di Hutan Simpan Bukit Tarek dipajakkan kepada Syarikat Schrader Nursery (M) Sdn. Bhd selama 50 tahun. Pada 16 Mei 2002, Sublease Agreement diantara PKPS dengan Syarikat In-N-Out Plantation Management Sdn. Bhd. ditandatangani di mana Kompartmen 13/86 dan Blok 16/87 seluas 1000 hektar di Hutan Simpan Rantau Panjang dipajakkan kepada Syarikat InN-Out Plantation Management Sdn. Bhd selama 50 tahun. Maklumat keluluskan pemberian konsesi tanah seluas 1,000 hektar kepada syarikat ini tidak dapat dikesan di PKPS. Ketetapan Pekeliling (Circular Resolution) PKPS bertarikh 19 Februari 2003 bersetujuuntuk meluluskan pemberian konsesi tanah seluas 660 hektar kepada Syarikat Mewah Ikhtiar Sdn Bhd. Pada 28 Jan 2003, Sublease Agreement diantara PKPS dengan Syarikat Mewah Ikhtiar Sdn Bhd. ditandatangani di mana Kompatmen Blok A, Blok-blok 12,13,14,28,29 seluas 660 hektar di Hutan Simpan Rantau Panjang dipajakkan kepada Syarikat Mewah Ikhtiar Sdn Bhd selama 50 tahun. Ketetapan Pekeliling (Circular Resolution) PKPS bertarikh 3 Febuari 2003 bersetuju untuk meluluskan pemberian konsesi tanah seluas 80 hektar kepada Syarikat Eco Murni Sdn. Bhd untuk “Organic Technology Park�. 5


Pada 14 Febuari 2003, Sublease Agreement diantara PKPS dengan Syarikat Eco Murni Sdn Bhd ditandatangani ditandatangani di mana Kompatmen 36 seluas 80 hektar di Hutan Simpan Rantau Panjang dipajakkan kepada Syarikat Eco Murni Sdn Bhd selama 50 tahun Pada 8 Disember 2003, Mesyuarat Jemaah Ahli Majlis Majlis PKPS ke 110 meluluskan pajakan kepada Syarikat Kayangan Rampai Sdn. Bhd. seluas 100 hektar untuk Agro Forestry Industry. Pada 7 Januari 2005, Sublease Agreement diantara PKPS dengan Syarikat Kayangan Rampai Sdn Bhd ditandatangani di mana Kompatmen 6/84 seluas 100 hektar di di Hutan Simpan Rantau Panjang dipajakkan kepada Syarikat Kayangan Rampai Sdn Bhd selama 20 tahun. Pada 11 April 2005 Mesyuarat Jemaah Ahli Majlis Majlis PKPS Ke 113 meluluskan pajakan kepada Syarikat Tropical Position Sdn Bhd seluas 1144 hektar untuk Program Penghutanan Semula. Pada 11 Oktober 2005, Sublease Agreement diantara PKPS dengan Syarikat Tropical Position Sdn Bhd ditandatangani di mana Kompatmen 36, 37, 38, 41, 42, Kompatmen 50/52 dan Blok 2A di Hutan Simpan Rantau Panjang dipajakkan kepada Syarikat Tropical Position Sdn Bhd selama 50 tahun.

MAKLUMAT SYARIKAT-SYARIKAT KONSESI DI HUTAN SIMPAN BUKIT TAREK DAN RANTAU PANJANG a)

Syarikat Megafores Nursery Sdn. Bhd Menurut laporan yang diperolehi dari SSM bertarikh 12 Oktober 2009 Syarikat Megafores Nursery Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 30 Sep, 2000 dan jenis perniagaannya adalah „Timber planting, growing, cultivating, buying, selling, developing and otherwise’. Alamat berdaftar syarikat ini seperti yang disenaraikan dalam laporan yang sama, adalah Room 209, 2nd Floor, Kwang Tung Assoc. Building, 44 Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur dan pengarah-pengarahnya adalah seperti berikut:Nama

K/P

Alamat

Tarikh Perlantikan

Brig. Gen ® Dato‟ Abdullah Omar

450331-03-5047

No. 8, Lorong Setiarasa, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur

30-9-2000

Datin Norizan Hussien

591207-10-5780

No. 8, Lorong Setiarasa, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur

30-9-2000

Jasmin Bin Abdullah

0678661

No. 8, Lorong Setiarasa, Bukit

26-9-2002

6


Damansara, 50490 Kuala Lumpur Suhaimi Bin Mohd Ghazali

680229-10-5487

No. 72, Jalan Mawar 5A, Taman Mawar, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor

13-3-2006

Ahli lembaga pengarah asal semasa perjanjian ditandatangani pada tahun 2001 adalah seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5.

b)

Brig. Gen ® Dato‟ Abdullah Omar Datin Norizan Hussein Dato‟ Karim bin Marzuki Jasmin bin Abdullah Suhaimi bin Mohd Ghazali

Syarikat Schrader Forest Management Sdn. Bhd Menurut laporan yang diperolehi dari SSM bertarikh 12 Oktober 2009 Syarikat Schrader Forest Management Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 8 Disember 1999 dan jenis perniagaannya adalah „Nursery forest planning, designing and landscaping’. Alamat berdaftar syarikat ini seperti yang disenaraikan dalam laporan yang sama, adalah Lot 2.08, 2nd Floor, Wisma Westcourt 126, Jalan Kelang Lama, 58000 Kuala Lumpur dan pengarah-pengarahnya adalah seperti berikut:Nama

K/P

Alamat

Tarikh Perlantikan

Ralf Klaus Koether

1327241716

STRAMDWEG 79 22587 Hamburg Germany

2-3-2009

Dato' Mohd Salleh bin Ahmad

411211-10-5045

198, Jln Mutiara Gombak Setia 53100 Kuala Lumpur

25-5-2009

Tan Sri Dato' Sri Sanusi bin Junid

430710-02-5051

No. 3, Lorong Batai Dalam, Damansara Heights, 50190 Kuala Lumpur

11-2-2009

Kamarulzaman bin Sidin

480703-05-5135

26, Jln H 10 Taman Melawati, Ulu Klang 53100 Kuala Lumpur

21-4-2008

7


Dato' Lau Eng Guang

550221-01-5211

Lot 1.05, 1st Floor,

21-4-2008

Wisma Westcourt, 126, Jalan Kelang Lama, 58000 Kuala Lumpur Amnah binti Ibrahim

581224-01-5702

No. 26, Jalan Kenyalang 11/8 PJU

21-4-2008

5, Kota Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor

Ahli lembaga pengarah asal semasa perjanjian ditandatangani pada tahun 2001 adalah seperti berikut; 1. Hans Peter Hartmann 2. Shaharudin bin Hj. Nordin 3. Harald Jess

c)

Syarikat In-N-Out Plantation Management Sdn. Bhd. Menurut laporan yang diperolehi dari SSM bertarikh 12 Oktober 2009 Syarikat In-NOut Plantation Management Sdn. Bhd. pada asalnya ditubuhkan pada 29 Januari 1996 di atas nama Hsinfatt Property Sdn. Bhd. Pertukaran nama syarikat dilakukan pada 27 Mei 1998 dan jenis perniagaannya adalah „To plant high quality and quick growing trees on lands leased by the company with the intention to harvest and trade such products’. Alamat berdaftar syarikat ini seperti yang disenaraikan dalam laporan yang sama, adalah 24A (Room 1), Jalan 21/19, Sea Park, 46300 Petaling Jaya dan pengarah-pengarahnya adalah seperti berikut. Nama

K/P

Alamat

Tarikh Perlantikan

Yap Tian Tion

561014-05-5097

2, Jalan Sri Petaling 10, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur

15-11-2008

Ng Ah Chai

620703-10-5077

No. 11, Jalan 1, Puncak Perdana,

15-11-2008

Batu 11, 43200 Cheras, Selangor Chee Chik Eng

671103-10-6041

205, Kg. Baru Bt.11, 43200 Bt. 9 Cheras,

9-7-2003

8


Selangor Gan Boon Tian

681010-10-5495

10, Jalam Kemunting, Taman

15-11-2008

Paling Jaya, 43500 Semenyih, Selangor Tan Kok Fah

570214-05-5563

No. 1, Jalan Lentang, Taman

15-11-2008

Bukit Lentang, 73400 Gemas Baru, Negeri Sembilan Chee Chik Keng

660124-10-6135

No. 205, Kampung Baru, Batu 11, 43200 Cheras, Selangor

15-11-2008

Kuan Kian Seng

670911-10-5181

No. 182, Batu 11 Cheras, Batu 9, 43200 Cheras, Selangor

15-11-2008

Gan Seow Ling

720116-10-5126

Lot 996, Batu 22 Jalan Beranang, 43500 Semenyih, Selangor

15-11-2008

Ahli lembaga pengarah asal semasa perjanjian ditandatangani pada tahun 2002 adalah seperti berikut: 1. Ten Geok Soo 2. Dato’ Abdul Rahman bin Palil

d) Syarikat Mewah Ikhtiar Sdn Bhd Menurut laporan yang diperolehi dari SSM bertarikh 12 Oktober 2009 Syarikat Mewah Ikhtiar Sdn Bhd ditubuhkan pada 27 Febuari 1990 dan jenis perniagaannya adalah „Reforestation plantation‟. Alamat berdaftar syarikat ini seperti yang disenaraikan dalam laporan yang sama, adalah 39-1, Jalan 9/62A, Bandar Manjalara, Kepong, 52200 Kuala Lumpur dan pengarah-pengarahnya adalah seperti berikut.

9


Nama

K/P

Alamat

Tarikh Perlantikan

Lee Kai Sim

500926-10-5078

17, Jalan 7/1 Off Jalan Permata

6-2-2003

Selangor Lim Keow Lam

520428-10-5473

17, Jalan 7/1 Off Jalan Permata Selangor

6-2-2003

Ahli lembaga pengarah asal semasa perjanjian ditandatangani pada tahun 2003 adalah seperti berikut: 1. 2. 3. 4.

e)

Dato‟ Tengku Putra Bin Tengku Azman Shah Poh Goay Kee Tan Siew Hong Felix Tan Soon Kim

Syarikat Eco Murni Sdn Bhd Menurut laporan yang diperolehi dari SSM bertarikh 12 Oktober 2009 Syarikat Eco Murni Sdn Bhd ditubuhkan pada 13 Julai, 2007 dan status syarikat adalah „Dormant‟. Alamat berdaftar syarikat ini seperti yang disenaraikan dalam laporan yang sama, adalah 41B, Damai Complex, Jalan Dato Haji Eusoff, 50400 Kuala Lumpur dan pengarah-pengarahnya adalah seperti berikut. Nama

K/P

Alamat

Tarikh Perlantikan

Ng Poh Kok

500915-07-5141

44, Linkungan Negeri Sembilan, Federal Hill, 50480 Kuala Lumpur

13-7-1998

Yong Kim Thai

571124-10-5621

723, Jalan IB/4,

25-3-2005

Bandar Baru Sg. Buloh, Selangor Lim Beng Yau

691116-02-5337

3, Jln Desa 12/5, Bandar Country Homes, Rawang Selango

15-1-2001

10


Ahli lembaga pengarah asal semasa perjanjian ditandatangani pada tahun 2003 adalah seperti berikut: 1. Ng Poh Kok 2. Lim Beng Yau

f)

Syarikat Kayangan Rampai Sdn. Bhd Menurut laporan yang diperolehi dari SSM bertarikh 12 Oktober 2009 Syarikat Kayangan Rampai Sdn. Bhd ditubuhkan pada 8 Jul, 1996 dan jenis perniagaan disenaraikan sebagai „Operator of an orchard ‟. Alamat berdaftar syarikat ini seperti yang disenaraikan dalam laporan yang sama, adalah 5.15, 5th Floor, Office Block, Pudu Plaza, Jalan Landak Off Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur dan pengarahpengarahnya adalah seperti berikut. Nama

K/P

Alamat

Tarikh Perlantikan

Mohamad Khairil bin Haris

621209-10-7485

75, Sungai Kantan 43000 Kajang, Selangor

16-6-2003

Muhammad Nadzri bin Baharom

650906-10-5031

1 Lot 55, Jln. Tan Sri Abd. Aziz, Sg. Kantan 43000 Kajang, Selangor

16-6-2003

Ahli lembaga pengarah asal semasa perjanjian ditandatangani pada tahun 2005 adalah seperti berikut: 1. Low Meow Fah 2. Teh Teong Seen

g)

Syarikat Tropical Position Sdn. Bhd Menurut laporan yang diperolehi dari SSM bertarikh 12 Oktober 2009 Syarikat Tropical Position Sdn. Bhd ditubuhkan pada 20 April 2004 dan jenis perniagaan disenaraikan sebagai „Engaged in planting of rubber trees for its latex and rubber wood ‟. Alamat berdaftar syarikat ini seperti yang disenaraikan dalam laporan yang sama, adalah E-9-21B, Plaza Mont Kiara, No.2, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur dan pengarah-pengarahnya adalah seperti berikut. Nama

K/P

Alamat

Tarikh Perlantikan

Dr. Roslan bin

551113-04-5215

21 Jalan Bidara 2/1 Taman Bidara

19-8-2008

11


Ismail

Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor

Noradzman bin Mat Idris

630123-10-7649

No. 2H, Lengkuk Teluk Menegun 3, Taman Sri Menegun, 41000 Klang, Selangor

1-7-2004

Chong Boon Weng

690607-05-5229

B4-3, Sri Sentosa Condominium, Sungai Jelok, 43000 Kajang, Selangor

24-8-2006

Ong Chui Peng

731006-14-5446

99, Jln Perlak, Sri Petaling 57000 Kuala Lumpur

1-6-2004

Ahli lembaga pengarah asal semasa perjanjian ditandatangani pada tahun 2005 adalah seperti berikut: 1. Mat Idris bin Ahmat @ Muhammad 2. Noradzman bin Mat Idris 3. Ong Chui Peng

PERJANJIAN

a) Perjanjian antara pihak PKPS dan Kerajaan Negeri „Lease and Concession Agreement’ di antara Kerajaan Negeri dan PKPS ditandatangani pada 22 Feb, 2001, di mana PKPS diberi konsesi tanah Hutan Simpan Bukit Tarek seluas 5,000 hektar dan Hutan Simpan Rantau Panjang seluas 5,000 hektar selama 60 tahun. Pihak yang menderaf dan menyemak perjanjian adalah Tetuan Baharuddin Ali & Co. panel peguam PKPS. Bagi pihak PKPS, perjanjian tersebut ditandatangani oleh Dato' Haji Karim Marzuki, Pengurus Besar Kumpulan pada masa itu dan Mohd Nordin bin Darhan, Pengurus Kanan Korporat, PKPS pada masa tersebut. Bagi pihak Kerajaan Negeri, perjanjian ditandatangani oleh Kerajaan Negeri Selangor Dato' Hj Ambrin bin Buang, Setiausaha Kerajaan Selangor pada masa itu dan Dato' Mohd Sinon b.Mudzakir, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) pada masa tersebut. "Peguam PKPS: 12


Penasihat undang-undang bagi pihak PKPS adalah Tetuan Baharuddin Ali & Co dan bagi pihak Kerajaan Negeri, adalah YB Dato' Hj Mohd Zawawi bin Hj Saleh, Penasihat Undang-undang Negeri Selangor pada masa tersebut. b) Perjanjian antara pihak PKPS dan Syarikat – Syarikat Pemajak Perjanjian-perjanjian di antara PKPS dan syarikat-syarikat pemajak yang dipilih dilaksanakan di antara tahun 2001 sehingga 2005. Untuk kesemua syarikat-syarikat pemajak, kecuali Tropical Position Sdn. Bhd, kadar pajakan yang ditetapkan oleh PKPS adalah seperti berikut Tahun 1 - 6 = RM 10 per hektar setahun Tahun 7 - 15 = RM 13 per hektar setahun Tahun 16 - 50 = RM 20 per hektar setahun Bagi Tropical Position Sdn. Bhd, kadar pajakan yang ditetapkan adalah seperti berikut Tahun 1 - 6 = RM 18 per hektar setahun Tahun 7 - 15 = RM 23 per hektar setahun Tahun 16 - 50 = RM 28 per hektar setahun Selain itu, pemajak dikehendaki membayar royalti balak dan hasil ladang sebanyak 4% kepada PKPS dan cukai-cukai kepada Jabatan Perhutanan Negeri yang mana kadarnya ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri. Tempoh pajakan yang diberi kepada kesemua syarikat pemajak adalah selama lima puluh (50) tahun, kecuali Syarikat Kayangan Rampai Sdn Bhd di mana tempoh pajakannya adalah selama dua puluh (20) tahun. Berikut adalah butir-butir perjanjian yang ditandatangani oleh PKPS dan syarikat-syarikat pemajak. b(i)

Perjanjian antara pihak PKPS dan Syarikat Megafores Nursery Sdn. Bhd „Sublease Agreement’ di antara PKPS dan Syarikat Megafores Nursery Sdn. Bhd ditandatangani pada 22 Feb, 2001, di mana Blok-blok 12/86, 15/87, 3/85 dan15/87 seluas 1,000 hektar di Hutan Simpan Rantau Panjang dipajakkan kepada Syarikat Megafores Nursery Sdn. Bhd selama 50 tahun. Perjanjian dideraf dan disemak oleh Tetuan Baharuddin Ali & Co. Bagi pihak PKPS, perjanjian tersebut ditandatangani oleh Dato' Haji Karim Marzuki, Pengurus Besar Kumpulan pada masa itu dan Mohd Nordin bin Darhan, Pengurus Kanan Korporat, PKPS pada masa tersebut. Bagi pihak Syarikat perjanjian ditandatangani oleh - Brig. Gen ® Abdullah Omar Managing Director dan Norizan Hussien, Pengarah Syarikat.

13


b(ii)

Perjanjian antara PKPS dan Syarikat Schrader Forest Management Sdn. Bhd „Sublease Agreement’ di antara PKPS dan Syarikat Schrader Forest Management Sdn. Bhd ditandatangani pada 7 Mac 2001, di mana Blok-blok 2/88, 18/87, 19/87 dan 22/90 seluas 5,000 hektar di Hutan Simpan Bukit Tarek dipajakkan kepada Syarikat Schrader Nursery (M) Sdn. Bhd selama 50 tahun. Perjanjian dideraf dan disemak oleh Tetuan Baharuddin Ali & Co. Bagi pihak PKPS, perjanjian tersebut ditandatangani oleh Dato' Haji Karim Marzuki, Pengurus Besar Kumpulan pada masa itu dan Mohd Nordin bin Darhan, Pengurus Kanan Korporat, PKPS pada masa tersebut. Bagi pihak Syarikat, perjanjian ditandatangani oleh Peter Hartman, Pengarah Urusan dan Shaharudin bin Hj Nordin, Pengarah.

b(iii)

Perjanjian PKPS dengan Syarikat In-N-Out Plantation Management Sdn. Bhd. „Sublease Agreement’ di antara PKPS dan Syarikat In-N-Out Plantation Management Sdn. Bhd. ditandatangani pada 16 Mei, 2002, Kompatmen 13/86 dan Blok 16/87 seluas 1000 hektar di Hutan Simpan Rantau Panjang dipajakkan kepada Syarikat In-N-Out Plantation Management Sdn. Bhd selama 50 tahun. Perjanjian dideraf dan disemak oleh Tetuan Baharuddin Ali & Co. Bagi pihak PKPS, perjanjian tersebut ditandatangani oleh Dato' Haji Karim Marzuki, Pengurus Besar Kumpulan pada masa itu dan Mohd Nordin bin Dahran, Pengurus Kanan Korporat, PKPS pada masa tersebut. Bagi pihak Syarikat perjanjian ditandatangani oleh Dato‟ Abd. Rahman bin Palil dan Ten Geok Soo.

b(iv)

Perjanjian PKPS dengan Syarikat Mewah Ikhtiar Sdn Bhd. „Sublease Agreement’ di antara PKPS dan Syarikat Mewah Ikhtiar Sdn Bhd. ditandatangani pada 28 Januari, 2003, di mana Kompatmen Blok A, Blok-blok 12,13,14,28,29 seluas 660 hektar di Hutan Simpan Rantau Panjang dipajakkan kepada Syarikat Mewah Ikhtiar Sdn Bhd selama 50 tahun. Perjanjian dideraf dan disemak oleh Tetuan Baharuddin Ali & Co. Bagi pihak PKPS, perjanjian tersebut ditandatangani oleh Dato' Haji Karim Marzuki, Pengurus Besar Kumpulan pada masa itu dan Mohd Nordin bin Darhan, Pengurus Kanan Korporat, PKPS pada masa tersebut. Bagi pihak Syarikat perjanjian ditandatangani oleh pengarah-pengarahnya iaitu Dato' Tengku Putra Tengku Azman Shah dan Poh Goay Kee.

Pada 5 Mac 2007, satu Supplementary Agreement di antara PKPS dengan Syarikat Mewah Ikhtiar Sdn Bhd. ditandatangani oleh Dato' Haji Karim Marzuki, Pengurus Besar Kumpulan pada masa itu dan Zarinah Zarinah binti Taslim 14


Pengurus Perundangan, bagi pihak PKPS. Bagi pihak Syarikat perjanjian ini ditandatangani oleh pengarah-pengarahnya iaitu Dato' Lim Keow Lam (Dato Francis KL Lim) dan Lee Kai Sim. Tujuan Supplementary Agreement ini diadakan adalah disebabkan perubahan kawasan asal daripada 1,000 hektar dikurangkan kepada 660 hektar.

b(v)

Perjanjian antara pihak PKPS dan Syarikat Eco Murni Sdn Bhd „Sublease Agreement’ di antara PKPS dan Syarikat Eco Murni Sdn Bhd ditandatangani pada 14 Feb 2003, di mana Kompatmen 36 seluas 80 hektar di Hutan Simpan Rantau Panjang dipajakkan kepada Syarikat Eco Murni Sdn Bhd selama 50 tahun. Perjanjian dideraf dan disemak oleh Tetuan Al Sabri & Co. Bagi pihak PKPS, perjanjian tersebut ditandatangani oleh Dato' Haji Karim Marzuki, Pengurus Besar Kumpulan pada masa tersebut, Mohd Nordin bin Darhan, Pengurus Kanan Korporat pada masa tersebut dan Mohd Faiz bin M.Jaafar, Peguam PKPS merupakan saksi perjanjian. Bagi pihak Syarikat perjanjian ditandatangani oleh pengarah-pengarahnya iaitu Dr. Ng Poh Kok dan Lim Beng Yau.

b(vi)

Perjanjian antara pihak PKPS dan Syarikat Kayangan Rampai Sdn Bhd „Sublease Agreement’ di antara PKPS dan Syarikat Kayangan Rampai Sdn Bhd ditandatangani pada 7 Januari 2005, di mana Kompatmen 6/84 seluas 100 hektar di di Hutan Simpan Rantau Panjang dipajakkan kepada Syarikat Kayangan Rampai Sdn Bhd selama 20 tahun untuk tujuan Agro Forestry Industry. Perjanjian dideraf dan disemak oleh Tetuan Al Sabri & Co. Bagi pihak PKPS, perjanjian tersebut ditandatangani oleh PKPS Dato' Haji Karim Marzuki, Pengurus Besar Kumpulan pada masa tersebut dan Norizan Ibrahim, Ketua Bahagian Pemasaran, Penyelidikan dan Pembangunan. Bagi pihak Syarikat perjanjian ditandatangani oleh pengarah-pengarahnya iaitu Mohd Nadzri Bin Baharom dan Mohd Khairil Haris.

b(vii) Perjanjian antara pihak PKPS dan Syarikat Tropical Position Sdn Bhd „Sublease Agreement’ di antara PKPS dan Syarikat Tropical Position Sdn Bhd ditandatangani pada 7 Januari,2005, di mana Kompatmen 36, 37, 38, 41, 42, Kompatmen 50/52 dan Blok 2A di Hutan Simpan Rantau Panjang dipajakkan kepada Syarikat Tropical Position Sdn Bhd selama 50 tahun . Perjanjian dideraf dan disemak oleh Tetuan Al Sabri & Co. Bagi pihak PKPS, perjanjian tersebut ditandatangani oleh PKPS Dato' Haji Karim Marzuki,

15


Pengurus Besar Kumpulan pada masa tersebut dan Mohd Faizal bin Md.Arifin, Pengurus Hartanah. Bagi pihak Syarikat perjanjian ditandatangani oleh pengarah-pengarahnya iaitu Noradzman bin Mat Idris dan Ong Chui Peng.

Berdasarkan perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani, unjuran pendapatan PKPS berbanding dengan syarikat-syarikat pemajak yang disenaraikan di carta berikut menujukkan yang untuk tempoh lebih dari 20 tahun, PKPS akan mendapat pulangan sebanyak RM40 juta bagi pajakan tanah seluas 10,000 hektar di Hutan Simpan Sungai Bukit Tarek dan Rantau Panjang, manakala syarikat-syarikat pemajak dijangka mendapat keuntungan lebih daripada RM 400 juta.

CARTA-CARTA UNJURAN PENDAPATAN PKPS BERBANDING SYARIKAT PEMAJAK BAGI TEMPOH TAHUN 2001 HINGGA 2024 BAGI HUTAN SIMPAN RANTAU PANJANG BIL

1.

SYARIKAT

PENDAPATAN PKPS

In & Out Plantation

Hasil Pajakan

Royalti

Hasil

(RM)

Balak

Ladang

(RM)

(RM)

SYARIKAT PEMAJAK Jumlah

Pendapatan

Keuntungan

337,000

76,091

5,556,960

5,970,051

140,826,281

49,666,102

357,000

40,024

3,034,480

3,431,504

67,143,795

24,380,231

Position

469,450

50,123

6,362,719

6,882,292

160,321,065

56,797,523

Mewah Ikhtiar Sdn.

209,220

37,262

3,667,594

3,914,076

92,621,400

30,826,043

Management

Sdn.

Bhd. 2.

Megafores Nursery Sdn. Bhd.

3.

Tropical Sdn. Bhd.

4.

Bhd. 5.

Eco-Murni Sdn. Bhd.

67,800

2,036

187,200

257,036

4,680,000

678,964

6.

Kayangan

79,750

13,800

259,200

352,750

6,480,000

943,250

1,520,220

219,336

19,068,153

20,807,709

472,072,541

163,292,113

Rampai

Sdn. Bhd. JUMLAH (Source: PKPS Oktober 2009)

16


CARTA-CARTA UNJURAN PENDAPATAN PKPS BERBANDING SYARIKAT PEMAJAK BAGI TEMPOH TAHUN 2001 HINGGA 2024 BAGI HUTAN SIMPAN BUKIT TAREK BIL

SYARIKAT

1.

Schrader

PENDAPATAN PKPS

Forest

Management

Hasil

Royalti

Hasil

Pajakan

Balak

Ladang

(RM)

(RM)

(RM)

SYARIKAT PEMAJAK Jumlah

Pendapatan

Keuntungan

1,119,620

82,924

17,742,859

18,945,403

471,414,000

245,625,278

1,119,620

82,924

17,742,859

18,945,403

471,414,000

245,625,278

Sdn.

Bhd. JUMLAH (Source: PKPS Oktober 2009)

KEDUDUKAN TERKINI PROJEK PERHUTANAN SEMULA DI HUTAN SIMPAN SUNGAI BUKIT TAREK DAN RANTAU PANJANG Keseluruhan kawasan telah dibangunkan oleh syarikat-syarikat pemajak dengan aktiviti projek perladangan hutan bercampur, ladang getah balak dan tanaman buah-buahan. Jumlah keseluruhan bayaran bagi Bukit Tarek Hutan Simpan Rantau Panjang yang telah diterima oleh pihak PKPS sehingga bulan Oktober 2009 adalah seperti berikut: -

Jumlah pendapatan dari pajakan : RM390,000/- (dibulatkan) Jumlah Royalti Balak : RM330,000/- (dibulatkan)

Butir-butir terpeinci mengenai kedudukan masa kini syarikat-syarikat pemajak adalah seperti berikut:a) Syarikat Schrader Forest Management Sdn. Bhd (5000 hektar di Hutan Simpan Bukit Tarek) Sebelum ini, Syarikat Schrader Forest Management Sdn. Bhd telah mendapat kelulusan pihak-pihak berkuasa untuk perlaksanaan program penghutanan semula iaitu: Jawatankuasa Pelaburan Asing (AIC) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)

Seluas 1,800 hektar telah dibangunkan oleh syarikat pemajak dengan aktiviti projek perladangan hutan bercampur dan ladang getah balak (latex timber clone,LTC). Pada 18 November 2008, syarikat ini dikenakan denda sebanyak RM 50,000/- oleh Jabatan Perhutanan kerana didapati terdapat unsur-unsur â€&#x;encroachmentâ€&#x;. Denda ini 17


telah diselesaikan. Buat masa ini, syarikat mengemukakan permintaaan kepada PKPS untuk membangunkan baki kawasan seluas 3200 hektar masih belum dibangunkan. Sepertimana yang dipersetujui dalam perjanjian yang telah ditandatangani, PKPS sebagai agensi usahasama telah mengemukakan permintaan ini kepada Jabatan Perhutanan. Buat masa ini, permintaan ini masih diproses oleh Jabatan tersebut. Pada masa yang sama, sebahagian dari kawasan ini juga telah dicerobohi oleh penduduk-penduduk Kampung Kerandang. Kerajaan Negeri pada masa ini sedang membuat mencari jalan penyelesaian untuk hal ini. Jumlah bayaran yang telah diterima oleh pihak PKPS sehingga bulan Oktober 2009 adalah seperti berikut: -

Jumlah pendapatan dari pajakan Jumlah Royalti balak

: RM147,451/: RM234,222/-

b) Syarikat Megafores Sdn Bhd di Hutan Simpan Rantau Panjang (1000 Hektar) Keseluruhan 1000 kawasan yang dipajak telah dibangunkan oleh syarikat ini dengan aktiviti projek perladangan hutan bercampur iaitu Sentang, ladang getah balak dan tanaman kelapa sawit. Selain itu, syarikat juga membangunkan kilang makanan haiwan dan juga terdapat projek intergrasi dimana syarikat melaksanakan projek ternakan ruminan seperti kambing dan lembu. Dimaklumkan bahawa, aktiviti-aktiviti penanaman pokok kelapa sawit dan pembinaan struktur bangunan seperti kilang pemprosesan makanan haiwan adalah tidak dibenarkan untuk dibangunkan di dalam kawasan hutan simpan. Oleh itu, syarikat didapati telah melanggar syarat-syarat perjanjian. Pada masa yang sama, syarikat juga tidak menepati sempadan yang dipersetujui dan telah mengeluarkan â€&#x;letter of demandâ€&#x; sebanyak RM6.6 juta kepada PKPS kerana isu-isu sempadan ini. Pada masa ini, kes ini sedang dilihat oleh peguam PKPS. Jumlah bayaran yang telah diterima oleh pihak PKPS sehingga bulan Oktober 2009 adalah seperti berikut: -

Jumlah pendapatan dari pajakan Jumlah Royalti balak

: RM85,715/: Tiada

c) Syarikat In-N-Out Sdn Bhd di Hutan Simpan Rantau Panjang (1000 Hektar) Keseluruhan kawasan telah dibangunkan oleh syarikat-dengan aktiviti projek ladang getah balak (LTC). Jumlah bayaran yang telah diterima oleh pihak PKPS sehingga bulan Oktober 2009

18


adalah seperti berikut: -

Jumlah pendapatan dari pajakan Jumlah Royalti balak

: RM46,526/: Tiada

d) Syarikat Mewah Ikhtiar Sdn Bhd Keseluruhan kawasan telah dibangunkan oleh syarikat dengan aktiviti projek ladang getah balak (LTC). Jumlah bayaran yang telah diterima oleh pihak PKPS sehingga bulan Oktober 2009 adalah seperti berikut: -

Jumlah pendapatan dari pajakan Jumlah Royalti balak

: RM30,701/: tiada

e) Syarikat Eco Murni Sdn Bhd Pada asalnya, 50% kawasan telah dibangunkan secara tanaman sayur-sayuran. Penyelarasan projek adalah bermasalah dan tidak menepati jadual (terbengkalai). PKPS telah memberi notis 12 bulan (sebagaimana yang tertakluk dalam perjanjian) kepada syarikat untuk membetulkan keadaan. Walaubagaimanapun, sehingga hari ini, syarikat masih tidak membetulkan kesalahan-kesalahannya. Notis ini akan lupus dalam masa beberapa bulan lagi. Jumlah bayaran yang telah diterima oleh pihak PKPS sehingga bulan Oktober 2009 adalah seperti berikut: -

Jumlah pendapatan dari pajakan: RM16,600/Jumlah Royalti balak : RM4,527/-

f) Syarikat Kayangan Rampai Sdn Bhd Keseluruhan kawasan telah dibangunkan oleh syarikat dengan aktiviti projek ladang buah-buahan. Jumlah bayaran yang telah diterima oleh pihak PKPS sehingga bulan Oktober 2009 adalah seperti berikut: -

Jumlah pendapatan dari pajakan Jumlah Royalti balak

: RM13,083/: tiada

g) Syarikat Tropical Position Sdn Bhd Keseluruhan kawasan telah dibangunkan oleh syarikat dengan aktiviti projek ladang getah balak (LTC). Jumlah bayaran yang telah diterima oleh pihak PKPS sehingga bulan Oktober 2009

19


adalah seperti berikut: -

Jumlah pendapatan dari pajakan Jumlah Royalti balak

: RM46,383/: RM88,282/-

PENARIKAN BALIK Menurut keputusan Mesyuarat Jemaah Ahli PKPS No. 119 bertarikh 10 Mei 2007 sebahagian lagi Hutan Simpan Rantau Panjang diluluskan untuk diberi pajakan kepada Syarikat Insan Makmur Sdn Bhd seluas 40 hektar. Walau bagaimanapun, lesen telah dibatalkan bermula 22 November 2008. Ini adalah disebabkan pihak syarikat belum melaksanakan sebarang aktiviti dan dokumen perjanjian masih belum ditandatangani. Mesyuarat Jemaah Ahli PKPS No. 121 bertarikh 14 Januari 2008 telah meluluskan Syarikat Serasi Murni Sdn Bhd (20 ha) dan Syarikat Maju Global Trading Sdn Bhd (60 ha) diberi pajakan ke atas sebahagian Hutan Simpan Rantau Panjang. Walau bagaimapun, tawaran pajakan telah dibatalkan melalui notis hasrat untuk membatalkan tawaran yan dikeluarkan pada 30 Mac 2008. Ini adalah disebabkan tiada perjanjian usahasama atau perjanjian pajakan ditandatangani antara kedua-dua pihak.

PENAFIAN Penyediaan maklumat dalam kertas ini adalah berdasarkan kepada sumber fakta dan rekod yang terdapat dalam simpanan PKPS. Sekiranya terdapat sebarang ketidaktepatan atau apa-apa kesilapan atau ketinggalan berkenaan maklumat atau fakta yang dinyatakan dalam risalah ini, pihak yang berkenaan diminta mengemukakan maklumat atau fakta yang sahih untuk memperbetulkan fakta yang terkandung dalam risalah ini.

20

lampiran-a-hutan-simpan-bukit-tarek-rantau-panjang  

lampiran-a-hutan-simpan-bukit-tarek-rantau-panjang

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you