Issuu on Google+


* Layari laman sesawang RBTV youtube.com/rahmanbrotherstv bagi mengetahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.

KANDUNGAN KHAS

BULETIN KHAS

Dari meja EDITOR....................

muka hadapan buletin

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Masa silih berganti, hari berganti minggu dan minggu berganti bulan. Bertemu lagi kita di Buletin Rahman Brothers. Edisi ini adalah yang ke 38. Harapan saya adalah supaya edisi yang sungguh istimewa ini akan dapat memberikan segala maklumat semasa berkenaan Kumpulan Rahman Brothers dan juga Pengerusi Eksekutif KRB, Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ibrahim. Selamat membaca dan semoga segala maklumat yang terkandung di dalam edisi kali ini akan memberikan manfaat kepada anda sekelian. Insya Allah. Majlis pelancaran autobiografi Dato’ Hj. Abd Rahman bin Hj Ibrahim, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd. berjalan lancar dan meriah sekali. Disempurnakan oleh Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia keempat. Muka hadapan Buletin Khas menampilkan Mock-up buku autobiografi “Mata-Mata Kini Permata” yang boleh didapati di kedai buku terkemuka dan di ibu pejabat Kumpula Rahman Brothers. -rujuk iklan muka belakang.

KREW

BULETIN

Penaung Dato’Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim D.S.D.K. • Penasihat Erni Erdawaty Dato’Hj. Abd Rahman • editor Ahmad Zamri bin Dato’ Paduka Hj. Ahmad Basri • Urusetia BULETIN Intan Dianna Sazali, Zulkefli Mohd Korib Mohd Shukri Md Yatim, Noraizah Salahan, Muhammad Hazli Manaf • Foto Muhammad Aisamuddin Zainuddin • Grafik & Rekabentuk Muhammad Aisamuddin Zainuddin • Pencetak Palm Print Corporation Sdn. Bhd. 23, Jalan Lengkongan Brunei, Off Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur. • Terbitan Kumpulan Rahman Brothers Sdn Bhd (Co No. : 295253-K) No.8 Jalan 4/91A, Tmn Shamelin Perkasa, Batu 3½ Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur. • Tel +603 9281 6244 • Faks +603 9281 6276 • Laman Web www.rahmanbrothers.com.my • RBTV youtube.com/rahmanbrotherstv • E-mail : buletin@rahmanbrothers.com.my •


BULETIN RAHMAN BROTHERS

EDISI KHAS

Majlis Pelancaran Autobiografi “Mata-Mata Kini Permata”

Dari meja PENGERUSI EKSEKUTIF

S

yukur Alhamdulillah. Dengan izin Allah S.W.T, bertemu lagi kita di Buletin Rahman Brothers ini. Edisi kali ini adalah satu edisi yang sungguh istimewa buat diri saya. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh sanak saudara, sahabat handai, warga kerja dan rakan pemimpin yang sentiasa mendoakan akan kejayaan saya selama ini. Terutama sekali kepada ‘sifu’ saya iaitu Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad. Saya merasa begitu terharu dan amat berbesar hati dengan kesudian Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir kerana telah sudi untuk melancarkan buku autobiografi saya pada 07 Julai 2013 yang bertajuk “Mata- Mata Kini Permata”. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada mereka yang telah banyak berkorban mengerah keringat di dalam membantu menyiapkan buku autobiografi saya dan juga kepada mereka yang telah menjayakan majlis pelancaran buku tersebut secara langsung mahupun tidak langsung. Kepada seluruh warga kerja Kumpulan Rahman Brothers, bekerjalah bersungguh-sungguh. Sentiasa menjaga disiplin dan kuatkan semangat tidak berputus asa untuk menghadapi segala cabaran yang mendatang. Kita perlu lebih bersikap terbuka, bersedia menerima perubahan, terus bekerja secara berpasukan, memikul amanah dan bertanggungjawab di dalam menjalankan tugas. Selamat Maju Jaya. Semoga kita berjumpa lagi di edisi yang akan datang. Insya Allah.

Dato Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim D.S.D.K PENGERUSI EKSEKUTIF Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.


Majlis pelancaran autobiografi Dato’ Hj. Abd Rahman bin Hj Ibrahim, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd. berjalan lancar dan meriah sekali. Majlis yang bertempat di Dewan Bankuet Pulapol, Jalan Semarak, Kuala Lumpur itu disempurnakan oleh Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia keempat. Majlis bermula jam 3 petang dengan ketibaan Y.A.Bhg Tun dengan disambut oleh Dato’ Hj. Abd. Rahman, isteri-isteri serta ahli Jawatankuasa Sambutan. Jemputan yang mula tiba sejak jam 2 petang lagi menyambut meriah ketibaan Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir sebaik sahaja Tun melangkah masuk dewan. Tun Dr. Mahathir duduk di meja khas bersama Dato’ Hj. Abd. Rahman sementara isteri-isteri Dato’ mengambil tempat di meja kedua. Antara jemputan khas bersama Tun dan Dato’ di meja khas ialah Tan Sri Syed Jabar dan isteri, Dato’ Tun Hisan dan Dato’ Amir.


Majlis bermula dengan ucapan Dato’ yang mengalu-alukan kehadiran Tun selaku Negarawan ulung yang masih menyumbang tenaga dan idea membangunkan bangsa dan negara. Menurut Dato’ kejayaannya dalam bisnes berasaskan pertemuan beliau dengan Tun lebih 30 tahun lalu, tahun 1974 di Johor Bahru semasa Tun memegang jawatan Menteri di MITI lagi. “Saya mula-mulanya “mata-mata”, terang Dato’ dalam ucapannya. “Tetapi saya tidak kekal dan berhenti untuk meneroka alam bisnes. Saya dapat AP tahun 1976 dan mengurus bisnes sendiri, tidak jual AP...” Semasa awalnya Dato’ mendapat bantuan rakan bisnesnya Mr. Tan Tien Lim, seorang peniaga kereta di Johor Bahru. Di samping memberi tunjuk ajar cara berniaga, Mr. Tan juga menjadi penjamin dia mendapat kewangan yang masa itu tidak mudah mendapatnya.


“Saya mula-mula tak percaya dia boleh buat...”, demikian terang Tun Dr. Mahathir dalam ucapannya selepas itu. Tetapi saya bersyukur dia telah berjaya. Sebenarnya disamping Dato’ Abd. Rahman ramai bumiputera telah berjaya dalam bidang bisnes ini, bukan hanya di Malaysia tetapi juga sudah sampai ke luar negara. “Saya tahu ada orang Melayu dah berjaya di Brazil.” Demikian jelas Tun selanjutnya. “Apabila kita merdeka, kerajaan memberi banyak peluang memajukan ekonomi orang Melayu. Berbeza daripada semasa zaman penjajah sebelum itu. Saya tidak begitu percaya dengan meritokrasi kerana jika itu digunakan maka hanya yang hebat dapat peluang. Kita perlu memikirkan juga orang-orang di tahap kedua, ketiga dan lain-lain. Jika mereka diberi peluang sudah tentu ada yang boleh berjaya. Lihat Dato’ Abd. Rahman hari ini. Beliau hanya seorang matamata. Kalau ikut meritokrasi tentu beliau tidak dapat AP. Oleh kerana beliau mendapat peluang dan kerja rajin maka beliau berjaya”.


Gimmick sepasukan polis yang mengenakan seragam polis tahun 1972-1976 telah memperingati sejarah zaman Dato’ Hj. Abd. Rahman dalam pasukan polis membawa buku Autobiografi dan diserahkan kepada Tun Dr. Mahathir sebagai kemuncak pelancaran buku tersebut.


JUALAN BUKU LARIS Pada akhir majlis Jawatan kuasa membuka jualan buku dan mendapat sambutan menggalakkan. “Semua kutipan daripada jualan akan dimasukkan ke dalam Yayasan Sedhar”, demikian terang Puan Mazzita, Pengurus Kewangan KRB. Puan Shima, Pengurus Besar KRB menjelaskan buku ini diterbitkan oleh Utusan Publications, Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur. “Sebanyak seribu naskah telah dicetak dan ia akan diedar mengikut pilihan Dato’ sendiri. Jika perlu cetakan kedua akan dibuat selepas ini nanti”, tambah Puan Shima. Versi Bahasa Inggeris Oleh kerana Dato’ mempunyai ramai rakan bisnes di luar negara, beliau akan cuba menterjemahkan buku ini ke dalam Bahasa Inggeris dalam masa terdekat. Seperti terangnya dalam ucapan di majlis pelancaran itu, Dato’ bukan berhajat untuk membangga-banggakan diri tetapi hanya untuk berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan bisnes lain.


WM: Bagaimana dengan jemputan lain, lebih 800 dalam dewan tadi. DHAR: Ya, itu semua kawan-kawan bisnes, ahli keluarga dan ketua masyarakat dan orang-orang terkenal dalam bidang masing-masing. Ada kawan-kawan lama yang sama mula dari bawah di JB dulu, ada dari Singapore, dari Jepun dan ramai lagi. Ada pemimpin agama, pemimpin masyarakat, ahli akademik dan tidak kurang ahli bisnes yang hebat-hebat. Meraka ini saya kenal secara peribadi, personal, ramai lagi sebenarnya, tapi tak dapat hadir. Tadi hadir juga Mr. Tan Tien Lim yang banyak menolong saya dahulu, lebih 80 umur dia. Inilah semangat ‘Satu Malaysia’ yang sudah tercipta 40 tahun dahulu lagi... Juga ada bekas Pegawai Kerajaan hadir seperti Dato’ Ikram yang juga banyak membantu saya...

KEMUNCAK PENGIKTIRAFAN SAYA Sidang media khas selepas Majlis Pelancaran Buku * Wakil Media (WM) * DHAR Wakil Media (WM): Apa ulasan Dato’ mengenai Majlis petang ini? DHAR: Majlis ini amat berjaya sekali. Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Illahi. WM: Autobiografi dan biografi usahawan banyak di pasaran. Apa tujuan Dato’ menulisnya dan berapa lama Dato’ ambil masa? DHAR: Saya tahu memang banyak. Tapi saya tulis bukan nak popular atau saya ini lebih hebat daripada orang lain. Saya hendak tinggalkan buku ini untuk kenangan ahli keluarga saya yang akan mengambil alih nanti. Biar mereka tahu bagaimana susah-senang perjuangan saya. Mengenai masa, ya saya kumpul bahan dan selepas itu tulis, ambil masa 4 ke 5 tahun juga. WM: Apa perasaan Dato’ sepanjang majlis tadi? DHAR: Saya akui rasa gemuruh juga. Bukan tak biasa berucap depan khalayak ramai macam ni. Tapi kita ada tetamu khas dan istimewa, Y.A.Bhg Tun Dr Mahathir, Negarawan ulong yang terkenal. Tentulah gemuruh rasanya. Alhamdulillah saya dapat sampaikan ucapan saya...

WM: Apa pengertian sebenar majlis ini Dato’? DHAR: Inilah tanda KEMUNCAK pengiktirafan kepada pencapaian saya dalam bisnes. Perlu diingat saya dulu mata-mata sahaja, tak ada modal besar dan tak ada pengetahuan. WM: Ramai yang macam itu Dato’, ‘rags to riches’. DHAR: Betul, tapi saya anggap saya asing sikit kerana saya dapat ilham daripada dua orang PM Negara kita, pertama sekitar tahun 1973-74 ilham daripada ucapan Y.A.Bhg Tun Razak dan kemudian daripada PM keempat, Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir. Tun M secara berdepan menasihatkan dan menggalakkan saya bila saya sebut nak masuk bisnes. WM: Itu memang hebat Dato’. DHAR: Ya, pada saya itulah kehebatannya. Lagi satu yang saya anggap majlis ini unik dan istimewa ialah sudinya Tun Dr. Mahathir datang melancarkan buku saya. Kita semua tahu Tun amat sibuk, tetapi bila saya jumpa Tun di pejabatnya Tun setuju. Tapi saya akuilah bukan mudah nak jumpa Tun dan bukan mudah juga Tun beri ‘green light’. Tun tanya saya, siapa check buku saya? Saya kata Tan Sri Zam. WM: Tan Sri Zam bantu Dato’? DHAR: Ya kita tahu siapa Zam. Dia hebat dalam bidang ini. Pernah jadi Ketua Pengarang Utusan dan pernah jadi Menteri Penerangan Malaysia dahulu. Dia baca deraf buku saya dan Tan Sri Zam ada beri ulasannya. Lihat ‘Sekapur Sirih’ dalam buku saya... saya terhutang budi benar dengan beliau.

WM: Jadi amat istimewa buku ini dan majlis pelancarannya. DHAR: Alhamdulillah... Betapa tidak istimewanya? Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir sudi hadir melancarkan autobiografi seseorang peniaga biasa macam saya... Ulasan Wakil Media: Tepat benar apa yang terdapat dalam prakata Tun dipermulaan buku itu. Dipetik ringkasannya seperti berikut... “Kisah kejayaan seseorang dalam bisnes memang banyak dibukukan. Tetapi bagi saya autobiografi Dato’ Hj. Abd. Rahman bertajuk “Mata-mata Kini Permata” ini ada keistimewaannya, kerana saya berpeluang mengikuti perjuangan beliau daripada mula-mula lagi lebih 35 tahun lalu. Dalam pertemuan ringkas masa itu beliau menyatakan beliau hendak masuk bisnes dan saya secara sepontan menggalakkan beliau. Abd. Rahman mengurus sendiri bisnesnya. Beliau bekerja keras, siang malam berusaha mengatasi cabaran, tidak seperti mereka yang mencari jalan mudah dengan menjual AP dan menguntungkan orang lain. Syabas Abd. Rahman. Kini anda sudah berjaya mendapat ‘permata’. Gilaplah dan majukan lagi. Semoga Abd. Rahman berjaya... mata-mata telah benar-benar dapat permata.” WM: Majlis ini juga disusun begitu sesuai dengan autobiografi Dato’. Apa ulasan Dato’? DHAR: Saya berterima kasih kepada Jawatankuasa Persiapan yang diketuai anak saya sendiri, Erni Erdawaty dan semua pegawai saya. Mereka bekerjasama dengan Komandan Pulapol memberi idea dan melaksanakannya... saya amat berpuas hati, dan Alhamdulillah. WM: Akhir sekali Dato’, tadi dalam permulaan ucapan Dato’ sebut ‘isteriisteri saya’. Ini jarang benar saya dengar dalam ucapan-ucapan rasmi... satu dewan ketawa dan senyum. DHAR: Ya, saya menghargai mereka, ketiga-tiga mereka hadir tadi. Terutama Datin Aminah yang saya anggap sebagai co-founder bisnes saya... Alhamdulillah.


Saya jadi Polis tak lama, lebih kurang 13 tahun sahaja... Saya masuk Polis tahun 1963 di Singapura (masa itu dalam Malaysia), sebagai ‘mata-mata’. Saya diberi latihan 9 bulan dan lulus periksa undang-undang dan latihan kawad dengan baik. Saya masuk bidang ‘intelligence’ dan pernah bertugas di beberapa station di Singapura. Saya tinggal di kuarters Balai Polis Kandang Kerbau, Singapura. Peluang bekerja di kota metropolitan ini memberi saya pendedahan berguna dalam hidup, penggunaan Bahasa Inggeris yang luas dan peluang melihat sendiri pembangunan Bandarraya Singapura sejak tahun 1963 itu dari dekat...

MATA-MATA KINI PERMATA ringkasnya Pada mulanya... Saya dilahirkan pada 29 Oktober 1946 di Alor Setar. SAYA DARIPADA KELUARGA YANG BESAR... Saya anak ketujuh dilahirkan, tetapi kerana dua orang di atas saya meninggal dunia semasa kecil, saya menjadi anak kelima daripada 11 adik beradik. Ibu saya Maimunah dipanggil Illahi bulan Oktober 1970 sementara bapa Ibrahim tiga puluh lima tahun kemudian, bulan Disember 2005. Haji Ismail yang sulung diikuti Mariam, Rogayah, Murat dan saya. Di bawah saya pula ialah Mohd. Khir, Asiah, Mohamad, Nazim, Norma dan Manaf. Saya minat berniaga dari kecil... Semasa sekolah menengah saya dan adik saya Mohd. Khir menjual kuih di kalangan kawan-kawan sekolah dan lepas itu memberanikan diri menjual ais kerim pula. Memang seronok dapat duit poket lebih dan kami tak buang masa... Pulangan baik dua usaha bisnes kecil-kecilan ini seterusnya memupuk semangat mencuba yang lebih besar lagi, tetapi ini dipendamkan dahulu.

Perkahwinan dengan Aminah tidak saya sangka, bapa yang rundingkan tanpa pengetahuan saya!! tarikhnya 1 Julai 1966. Aminah (sekarang Datin Aminah) menjadi penyokong kuat saya dalam aktiviti bisnes ini, hingga sekarang. Diikuti perkahwinan saya dengan Sepiah Hassan (sekarang Datin Sepiah).

Berpindah ke Rompin dan mendapat inspirasi PM kedua... Setahun selepas Singapura keluar dari Malaysia, pada akhir tahun 1966 saya dan 426 orang anggota kembali ke tanah air. Saya ditempatkan di Cawangan Khas Rompin, Pahang. Salah satu tugas ialah mengiringi lawatan VIP termasuk Dato’ Abd.


Razak, PM masa itu yang kerap melawat Pekan dan Rompin. Melalui ucapan-ucapannya saya menghayati harapan kerajaan untuk membangunkan ekonomi orang Melayu. Ini menyuntik semangat saya menceburi perniagaan tetapi kerana masih berkhidmat minat disimpan di sudut hati.

Berkembang ke KL... Pada tahun 1990 saya mengembangkan bisnes dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur dengan menubuhkan pejabat korporat di Taman Shamelin Perkasa dan bilik pameran di Jalan Klang Lama, dua tahun lalu dipindahkan ke Kelana Jaya.

Sementara itu saya berkenalan dengan Mr. Tan Tien Lim seorang peniaga kereta. Dia sering menggalakkan saya berniaga macam dia. Tetapi terpaksa ditangguhkan lagi.

Saya juga menambah cawangan menjual kereta di bandar-bandar besar seperti di Pulau Pinang, Alor Setar, Seremban dan Melaka.

Selepas 7 tahun di Rompin pada akhir tahun 1973 saya bertukar ke Johor Bahru di mana saya pernah ditugaskan menjadi pengiring Tun Dr. Mahathir masa itu Menteri Perdagangan Antarabangsa. Saya sempat menyatakan hasrat menceburi bisnes. Tun berkata “Baguslah, tapi kamu perlu tahu mengurus kewangan dan akaun dengan baik.� Di Johor Bahru saya berjumpa Mr. Tan sekali lagi. Minat saya berniaga terus membara.

Berniaga sendiri... Saya beranikan diri mula-mula berniaga selepas waktu kerja menjual pakaian kanak-kanak dan barangan plastik di Pasar Malam. Bisnes maju dan setelah setahun saya letak jawatan dan mulakan bisnes jual kereta bersama Mr. Tan. Mulakan bisnes sendiri iaitu auto trading. Setahun kemudian saya daftar syarikat Azah Enterprise dan buat sendiri. Bila dapat AP sendiri bisnes saya meningkat. Pergi ke luar Negara... Segala urusan saya buat sendiri termasuk mendapatkan bekalan stok kereta dengan pergi sendiri ke Tokyo, London dan lain-lain lagi. Pada tahun 1985 apabila kereta negara keluar, saya dilantik pengedar Proton dan ini melonjakkan lagi bisnes saya. Lima tahun kemudian saya mempelbagaikan bisnes ke bidang travel & tours, pembuatan dan hartanah.

Succession plan... Untuk menjamin kelancaran bisnes masa depan saya adakan ‘succession plan’ di mana saya melantik anak dan anak-anak saudara yang berkebolehan mengurus beberapa syarikat saya. Mereka ini diharap di masa depan bukan sahaja boleh mengambil alih tetapi mengembangkan bisnes ini lagi. Insya Allah. Yayasan Sedhar... Selepas lebih 30 tahun, untuk mengimbangkan kepentingan dan fokus dan tidak terlalu tertumpu kepada bisnes, saya wujudkan Yayasan Sedhar pada 11 Disember 2006 yang bertujuan mengatur aktiviti kebajikan, amal dan derma. Ini akan saya tingkatkan...


BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA DATIN HJH AMINAH ABD RAHIM


BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA BARISAN PASUKAN PERSEMBAHAN KAWAD KAKI

BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA AHLI KELUARGA


BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA TENAGA KERJA MAJLIS PELANCARAN AUTOBIOGRAFI

BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA KAKITANGAN KUMPULAN RAHMAN BROTHERS YANG HADIR


U L E B

L A N I F M


BULETIN KHAS MAJLIS PELANCARAN AUTOBIOGRAFI