JULAI
OGOS SEPTEMBER
BIL : 38 SUKU KETIGA 2013
PP 14155/03/2010 (023634) NO. KDN - PP 14155/03/2010
BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37 1
Rahman Brothers Travel & Tours Bersama Sek. Men. Sains Kota Tinggi, Johor ke Bandung Lawatan Delegasi Suzuki Motor Corporation dan Itochu Corporation Tadarus Al Quran Bersama Imam Muda Ammar Kejohanan Boling Piala Dhar Kali Ke-2 Seminar Motivasi oleh C. K. Sugumaran Nair Puan Aisharuby business visit to Shanghai to forge new links and diversify KRBi
* Layari laman sesawang RBTV youtube.com/rahmanbrotherstv bagi mengetahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.
KANDUNGAN Rahman Brothers Travel & Tours Bersama Sek. Men. Sains Kota Tinggi, Johor ke Bandung
•
Seminar Motivasi oleh C. K. Sugumaran Nair
•
Majlis Penghargaan dan Majlis Perpisahan
•
Kuliah Dhuha
•
‘Pot Luck Raya’
•
•
Peluang Pelaburan di Filipina
Majlis Sambutan Harijadi Puan Erni Erdawaty
•
Majlis Perpisahan untuk Encik Azizi
•
Majlis Doa Selamat untuk Encik Hazli
•
Meeting and dinner for KRB and Skyzen Korea
•
Majlis Berbuka Puasa KRB 2013
•
Lawatan Delegasi Suzuki Motor Corporation dan Itochu Corporation
•
Menziarah Tuan Hj. Murat b. Hj. Ibrahim
•
Puan Aisharuby business visit to Shanghai to forge new links and diversify KRBi
•
Tadarus Al Quran Bersama Imam Muda Ammar
•
Ulang Tahun Kelahiran - Julai, Ogos dan September
•
•
Kejohanan Boling Piala Dhar Kali Ke-2
•
Mengatasi ‘Stress’ di Tempat Kerja
SISIPAN KHAS Buletin Pelancaran Autobiografi Dato’ Hj. Abd. Rahman Hj. Ibrahim
JULAI • OGOS • SEPTEMBER
BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37
2
•
2013
Dari meja EDITOR....................
muka hadapan buletin
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Masa silih berganti, hari berganti minggu dan minggu berganti bulan. Bertemu lagi kita di Buletin Rahman Brothers. Edisi ini adalah yang ke 38. Harapan saya adalah supaya edisi yang sungguh istimewa ini akan dapat memberikan segala maklumat semasa berkenaan Kumpulan Rahman Brothers dan juga Pengerusi Eksekutif KRB, Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ibrahim. Selamat membaca dan semoga segala maklumat yang terkandung di dalam edisi kali ini akan memberikan manfaat kepada anda sekelian. Insya Allah. Majlis pelancaran autobiografi Dato’ Hj. Abd Rahman bin Hj Ibrahim, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd. berjalan lancar dan meriah sekali. Disempurnakan oleh Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia keempat. Dengan gimmick sepasukan polis yang mengenakan seragam polis tahun 1972-1976 membawa buku Autobiografi dan diserahkan kepada Tun Dr. Mahathir sebagai kemuncak pelancaran buku tersebut.
KREW
BULETIN
Penaung Dato’Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim D.S.D.K. • Penasihat Erni Erdawaty Dato’Hj. Abd Rahman • editor Ahmad Zamri bin Dato’ Paduka Hj. Ahmad Basri • Urusetia BULETIN Intan Dianna Sazali, Zulkefli Mohd Korib Mohd Shukri Md Yatim, Noraizah Salahan, Muhammad Hazli Manaf • Foto Muhammad Aisamuddin Zainuddin • Grafik & Rekabentuk Muhammad Aisamuddin Zainuddin • Pencetak Palm Print Corporation Sdn. Bhd. 23, Jalan Lengkongan Brunei, Off Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur. • Terbitan Kumpulan Rahman Brothers Sdn Bhd (Co No. : 295253-K) No.8 Jalan 4/91A, Tmn Shamelin Perkasa, Batu 3½ Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur. • Tel +603 9281 6244 • Faks +603 9281 6276 • Laman Web www.rahmanbrothers.com.my • RBTV youtube.com/rahmanbrotherstv • E-mail : buletin@rahmanbrothers.com.my •
BULETIN RAHMAN BROTHERS
SUKU KETIGA EDISI
KE-38
Bulan Julai, Ogos & September
Dari meja PENGERUSI EKSEKUTIF
S
BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37
yukur Alhamdulillah. Dengan izin Allah S.W.T, bertemu lagi kita di Buletin Rahman Brothers ini. Edisi kali ini adalah satu edisi yang sungguh istimewa buat diri saya. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh sanak saudara, sahabat handai, warga kerja dan rakan pemimpin yang sentiasa mendoakan akan kejayaan saya selama ini. Terutama sekali kepada ‘sifu’ saya iaitu Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad. Saya merasa begitu terharu dan amat berbesar hati dengan kesudian Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir kerana telah sudi untuk melancarkan buku autobiografi saya pada 07 Julai 2013 yang bertajuk “Mata- Mata Kini Permata”. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada mereka yang telah banyak berkorban mengerah keringat di dalam membantu menyiapkan buku autobiografi saya dan juga kepada mereka yang telah menjayakan majlis pelancaran buku tersebut secara langsung mahupun tidak langsung.
3
Kepada seluruh warga kerja Kumpulan Rahman Brothers, bekerjalah bersungguh-sungguh. Sentiasa menjaga disiplin dan kuatkan semangat tidak berputus asa untuk menghadapi segala cabaran yang mendatang. Kita perlu lebih bersikap terbuka, bersedia menerima perubahan, terus bekerja secara berpasukan, memikul amanah dan bertanggungjawab di dalam menjalankan tugas. Selamat Maju Jaya. Semoga kita berjumpa lagi di edisi yang akan datang. Insya Allah.
Dato Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim D.S.D.K PENGERUSI EKSEKUTIF Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.
RAHMAN BROTHERS TRAVEL & TOURS BERSAMA SEK. MEN. SAINS KOTA TINGGI, JOHOR KE BANDUNG Oleh : Cik Nur Shafiqah Juraimi
P
BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37
4
ada tanggal 3 September 2013 yang lalu, syarikat Rahman Brothers Travel & Tours, Johor Bharu (RBTT) diberi kepercayaan menguruskan Program Lawatan Teknikal ke Bandung, Indonesia. Lawatan 3 hari 2 malam anjuran Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Johor ini melibatkan 16 orang pelajar bersama 3 orang guru pengiring, manakala Cik Nur Shafiqah Juraimi, Tour Coordinator RBTT diberi kepercayaan sebagai ‘Tour Leader’ rombongan. Perjalanan kami bermula dari Kota Tinggi, Johor ke Terminal LCC dengan menaiki bas persiaran milik Rahman Brothers. Kami berlepas pada jam 6.20 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Husein Sastranegara pada jam 8.20 pagi waktu Indonesia Barat. Setibanya di sana, kami disambut oleh pemandu pelancong, Encik Azmi Naldi. Kami meneruskan lawatan pertama ke Gunung Tangkuban Prahu dan melawat kawasan sekitarnya. Kemudian, kami terus ke kolam air panas semula jadi Sari Ater Hotspring. Di sini, peserta-peserta menikmati rendaman kaki selama beberapa minit yang dipercayai boleh melancarkan peredaran darah. Setelah itu, kami dibawa ke Rumah Makan Balibu iaitu restoran makanan sunda untuk makan tengahari. Kemudian, kami menghabiskan masa ke Pasar Baru untuk membelibelah sebelum ke Rumah Makan Wadinasa yang juga menyediakan makanan sunda untuk makan malam. Pada hari kedua, selepas sarapan pagi kami meneruskan lawatan ke Institut Teknologi Bandung (ITB) sebuah institusi pendidikan tinggi terkenal di Indonesia. Di sini, peserta diberi taklimat mengenai program-program pendidikan yang ditawarkan dan sistem pendidikan yang digunakan. Tujuannya adalah untuk membuka peluang kepada peserta-peserta lawatan ini untuk menyambung pelajaran setelah tamat sekolah kelak. Setelah menikmati masakan minang di Restoran Proe, perjalanan kami diteruskan dengan melawat sebuah sekolah menengah di Bandung iaitu SMA Negeri 5, Bandung. Kami amat teruja dengan sambutan dan layanan yang diberikan oleh pihak pengurusan sekolah dan para pelajar. Kunjungan tersebut dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar disamping menjalin hubungan silaturahim dan berkongsi cerita mengenai sistem pembelajaran dan kokurikulum bersama pelajar-pelajar di SMA Negeri 5 Bandung. Setelah selesai lawatan ke SMA Negeri 5 Bandung kami meneruskan lawatan ke Taman Tema Trans Studio dan menghabiskan masa lebih kurang 4 jam sebelum menikmati makan malam di Rumah Makan Masakan Minang. Pada hari terakhir, selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel, kami berpeluang membeli-belah di Pasar Baru. Di sana, kami diberi masa selama 5 jam sebelum berkumpul untuk bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan balik. Sepanjang program ini dikendalikan, pihak Pengurusan RBTT menerima maklumbalas amat baik daripada para pesertapeserta. Mereka sangat berpuas hati dengan layanan yang diberikan dari pihak RBTT dan pemandu pelancong. Kesempatan ini, pihak Pengurusan RBTT khususnya cawangan Johor Bharu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengetua SM Sains Kota Tinggi, Tuan Hj Mohamad Mahadi, Puan Rohasnita Hassan dan Encik Mohd Habib Hj Abd Hamid selaku guru pengiring dan para pelajar serta seluruh warga Sek. Men. Sains Kota Tinggi, Johor yang telah memberi kepercayaan kepada Rahman Brothers Travel & Tours bagi mengelola dan menguruskan rombongan ini.
BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37
5
KULIAH DHUHA Oleh : Zamri Dato’ Basri
Tarikh : 30/09/2013 Masa : 9.30 pagi sehingga 10.30 pagi Penceramah : Ustaz Mohd. Adlan bin Hj. Mohd. Din Tajuk : Asas Di Dalam Islam Islam itu terbina di atas 5 perkara asas iaitu Rukun Islam. Shahadah Mengucapkan dua kalimah syahadah bermaksud kesaksian terhadap dua perkara. Pertama, hanya Allah SWT sahajalah Tuhan yang wajib disembah dan ditaati. Kedua, mengakui setulusnya bahawa Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul yang dibangkitkan Allah SWT kepada kita.
2.
Solat Mendirikan solat lima waktu merupakan kewajipan paling utama. Solat yang dididirikan dengan sempurna, maka dapat mencegah diri si pelakunya daripada cenderung melakukan maksiat dan menuruti hawa nafsu.
3.
Puasa Berpuasa di bulan Ramadan adalah rukun Islam yang bersifat mendidik jiwa. Berpuasa mampu melentur nafsu agar tunduk kepada Allah SWT. Bahkan puasa juga adalah suatu kaedah paling baik mengawal perut, kerana di situlah punca segala penyakit.
4.
Zakat Zakat dapat membersihkan harta. Orang yang istiqamah menunaikan zakat, maka mereka diberikan keberkatan dalam kehidupan di dunia dan keuntungan di hari akhirat yang tidak ternilai harganya.
5.
Haji Menunaikan haji di Baitullah adalah kemuncak kepada rukun Islam yang lima. Ia menjadi bukti agung keIslaman seseorang, namun hanya mereka yang mampu sahaja diwajibkan. Dengan menunaikan haji, maka lengkaplah sudah rukun Islam kita.
BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37
6
1.
Majlis Perpisahan Untuk Encik Azizi Oleh : Zamri Dato’ Basri
Setelah berkhidmat selama setahun tujuh bulan dengan Rahman Brothers Travel & Tours Sdn. Bhd., akhirnya Encik Azizi bin Amat Tarindi telah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Eksekutif di RBTT. Pada 19 September 2013, pihak pengurusan KRB telah mengadakan satu majlis perpisahan untuk beliau. Semoga Encik Azizi akan terus berjaya di dalam kerjaya beliau. Insya Allah.
Majlis Berbuka Puasa KRB 2013 Oleh : Zamri Dato’ Basri
Majlis ini telah diadakan di Hotel JW Marriott, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 19 Julai 2013. Dihadiri oleh 52 orang warga kerja ibupejabat dan pengarah-pengarah KRB. Kehadiran Datin Hajah Aminah dan Datin Hajah Sepiah telah menyerikan lagi majlis ini. Pelbagai juadah timur dan barat yang disajikan sungguh istimewa sekali. Majlis berbuka puasa ini menjadi satu pengalaman manis yang akan terpahat di dalam kenangan. Semoga silaturrahim yang telah sedia terjalin di antara warga kerja dan pengarah – pengarah KRB akan terus berkekalan. Insya Allah.
BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37
Kakitangan KRB bergambar kenangan bersama Ybhg. Datin Hjh. Sepiah dan Pn. Erni Erdawaty
7
Bergambar kenangan bersama ahli keluarga dan kakitangan KRB
LAWATAN DELEGASI SUZUKI MOTOR CORPORATION DAN ITOCHU CORPORATION
BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37
8
Oleh : Zamri Dato’ Basri
S
atu delegasi daripada Suzuki Motor Corporation dan Itochu Corporation telah melawat ke Rahman Brothers Automobile Sdn. Bhd. di Shah Alam pada hari Rabu, 03 Julai 2013. Mereka terdiri daripada Mr. Yoji Murosaka yang mewakili Suzuki Motor Corporation (Japan), Mr. Nobuhiko Narisawa dan Mr. David Yap yang mewakili Itochu Corporation (Japan). Mr. Kenjiro Matsumoto dan En. Aznan Md. Saman daripada Suzuki Malaysia Automobile telah mengiringi tetamu-tetamu ini. Sebaik sahaja tiba pada jam 4.30 petang, mereka telah disambut oleh Pengerusi Eksekutif KRB, Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ibrahim, warga kerja KRB dan Rahman Brothers Automobile Sdn. Bhd. Di dalam penerangannya kepada deligasi ini, Dato’ Hj. Abd. Rahman telah memberikan gambaran yang jelas tentang perancangan masa depan Rahman Brothers Automobile Sdn. Bhd. untuk terus maju ke hadapan dan menjadi di antara wakil penjual dan pusat servis yang terbaik bagi kenderaan jenama Suzuki. Insya Allah, segala perancangan ini akan menjadi kenyataan dengan siapnya nanti bilik pameran baru dan pusat servis serba lengkap yang terletak berhampiran dengan bilik pameran sediada.
BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37
9
SUZUKI SHOWROOM
NO 6A GROUND FLOOR, JALAN 22/1 SEKSYEN 22, 40300 SHAH ALAM. TEL : 03-55694208 FAKS : 03-55914384
SUZUKI SERVIS
NO.28, JALAN OPERA CU, 2/C SEKSYEN 42, TAMAN TTDI JAYA, 40150 SHAH ALAM. TEL : 03-78455343 FAKS : 03-78457344 SUZUKI SERVICE
BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37
10
SUZUKI SHOWROOM
yAyASAN SEDHAR
PENGENALAN • YAYASAN SEDHAR (Sumbangan Ehsan Dato Haji Abdul Rahman) telah didaftarkan dibawah Akta Syarikat 1965 pada 11 Disember 2006 yang lalu. • Niat menubuhkan Yayasan ini terbit daripada kesedaran Dato’ Hj. Abdul Rahman sebagai seorang insan yang lemah dan kerdil disisi Allah S.WT, perlu menyumbang sebahagian pendapatannya kepada tujuan keagamaan, kebajikan, pelajaran dan lain-lain. OBJEKTIF PENUBUHAN YAYASAN SEDHAR • Bagi mengadakan Yayasan untuk Dato’ Hj Abdul Rahman mengumpul dana daripada sebahagian hasil perniagaan Kumpulan Rahman Brothers Sdn Bhd (KRB) dan Syarikatsyarikatnya yang lain dan diagihkan untuk tujuan sedekah daripada masa ke semasa, • Yayasan ini akan mengurus derma ini dan mengagihkannya kepada pihak-pihak yang memerlukan, untuk tujuan membina masjid, madrasah, kebajikan, pelajaran bagi ahliahlinya dan, • Yayasan ini bertanggunggjawab menyimpan rekod dana ini, rekod penerima dan menentukan dana dibelanjakan mengikut tujuan asal ianya ditetapkan. Antara Aktiviti Yayasan SEDHAR • Pembinaan Bantuan Pembinaan Masjid dan Surau • Bantuan Sekolah Agama & Tahfiz • Bantuan kebajikan kepada fakir miskin dan ibu tunggal
Sebarang sumbangan ikhlas boleh dihulurkan melalui YAYASAN SEDHAR YAYASAN SEDHAR No. 8, Jalan 4/91A, Taman Shamelin Perkasa, Batu 3½, Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur.
HJ Khairuddin bin Mohd. Khir Pengurus Yayasan SEDHAR Tel : +603 9281 6244 / 9281 1076 Faks : +603 9287 2650
Tadarus Al Quran Bersama Imam Muda Ammar Oleh : Yayasan Sedhar
Bulan Ramadhan adalah bulan penuh berkat yang sangat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam terutamanya golongan yang mengharapkan ganjaran daripada Allah Subhanahu Wata’ala kerana di dalamnya mengandungi beribu kebaikan.
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan perbeda (perbezaan antara yang hak dan yang bathil).” Program di sepanjang bulan Ramadhan tahun ini telah disusun oleh pihak pengurusan Yayasan Sedhar, Imam Muda Ammar telah dijemput untuk mengetuai Tadarus Al-Qur’an bagi warga kerja di ibupejabat KRB. Dengan program ini mudah-mudahan akan dapat memberi pegisian kepada semua warga kerja KRB. Program ini mendapat sambutan baik dengan jumlah kehadiran yang begitu menggalakkan. Program seperti ini akan meningkatkan lagi kemahiran warga kerja KRB di dalam menguasai bacaan Al-Qur’an dengan baik dan lancar di samping mendapat ulasan terjemahan daripada sebahagian ayat yang dibaca. Semoga Program seperti ini akan terus dimanfaatkan di bulan-bulan Ramadhan yang mendatang. Insya Allah. Membudayakan pembacaan Al-Qur’an adalah amalan yang mulia dan berkat, lebih-lebih lagi bila dilakukan dalam bulan Ramadhan. Ini adalah kerana Ramadhan adalah bulan turunnya Al-Qur’an dan juga pada setiap Ramadhan malaikat Jibril a.s senantiasa datang kepada Rasulullah saw untuk bertadarrus Al-Qur’an bersamanya. Dan membaca Al-Qur’an adalah aktiviti yang senantiasa menguntungkan sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata’ala: “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah (Al-Qur’an) dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka(dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.” - Surah Al Fatir ayat 29 -
11
Dalam bulan ini juga Allah Subhanahu Wata’ala telah menurunkan satu mukjizat agung kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam iaitu Al-Qur’an, seperti yang terkandung dalam firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Baqarah, ayat 185 :
BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37
* Imam Muda Ammar (5) Dari kiri
Kejohanan Bowling Piala DHAR Kali Ke 2 Oleh : Zamri Dato’ Basri
K
ejohanan kali yang ke 2 ini telah berlangsung pada hari Jumaat, 13 September 2013 di Ampang Superbowl, Ampang Point. Sebanyak 11 pasukan telah mengambil bahagian pada kejohanan kali ini yang terdiri daripada warga kerja Kumpulan Rahman Brothers (KRB). Pasukanpasukan tersebut adalah Swifter, Harimau Buas, Purplelicious, Harimau Senja, Pocket Smack, Scared Splitless, Pin Rozzez D’Amoure, The Incredibowls, Fabulous R.E.N.W, Hari Hari Mau dan HIAA. Sebaik sahaja selesai urusan pendaftaran pada jam 3.00 petang, bermulalah satu persaingan yang sungguh meriah dan bersemangat untuk mengungguli kejohanan pada kali ini. Piala DHAR pada kali ini telah dimenangi oleh pasukan Harimau Buas daripada Rahman Brothers Motor, Kelana Jaya dengan 1574 jatuhan pin. Pasukan Hari Hari Mau telah mendapat tempat kedua dengan 1356 jatuhan pin. Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Pin Rozzez D’Amoure dengan 1269 jatuhan pin. Tempat keempat sehingga ke sebelas adalah terdiri daripada pasukan Harimau Senja (1156 jatuhan pin), Fabulous R.E.N.W (1149 jatuhan pin), Purplelicious (1135 jatuhan pin), HIAA (1126 jatuhan pin), Swifter (1085 jatuhan pin), Pocket Smack (1042 jatuhan pin), The Incredibowls (916 jatuhan pin) dan Scared Splitless (802 jatuhan pin).
BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37
12
Kategori Jatuhan Pin Terbanyak bagi lelaki telah dimenangi oleh Encik Zulhelmi (Amy) dengan 475 jatuhan pin sementara Puan Erni Erdawaty telah menjuarai Kategori Wanita dengan 392 jatuhan pin. Encik Syukur telah memenangi kategori ‘Turkey Strike’. Kumpulan Paling Kreatif telah dimenangi oleh pasukan Purplelicious, Kumpulan Paling Gempak telah dimenangi oleh pasukan Hari Hari Mau, Kumpulan Paling Sporting telah dimenangi oleh pasukan Pin Rozzez D’Amoure, Lucky Draw telah dimenangi oleh pasukan Pocket Smack dan Jackpot telah dimenangi oleh pasukan Hari Hari Mau. Datin Hajah Aminah telah sudi hadir dan menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.
BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37
13
BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37
14
BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37
15
Seminar Motivasi Oleh Mr. C.K. Sugumaran Nair Oleh : Zamri Dato’ Basri
Pada 24 September 2013, satu seminar motivasi telah diadakan untuk warga kerja KRB di ibu pejabat. Dengan tajuk ‘Increase Productivity by Changing Attitudes’, penceramah yang telah dijemput iaitu Mr. Sugumaran atau lebih mesra dengan panggilan ‘Mr. Sugu’ telah memberikan begitu banyak maklumat dan ilmu pengetahuan yang berguna untuk meningkatkan lagi produktiviti warga kerja KRB. Mr. Sugu telah memberikan penekanan tentang betapa pentingnya seseorang individu itu untuk menggunakan kekuatan minda dalaman untuk berjaya. Mempunyai skil yang tinggi untuk menyelesaikan masalah dan sentiasa berfikiran positif. Sikap yang betul amat perlu untuk meningkatkan kemampuan diri kita menjadi individu yang terbaik. Kita mestilah cekal untuk menangani masalah dan belajar daripadanya. Untuk menjadikan diri kita produktif, kita mestilah gembira dan berpuas hati dengan diri sendiri. Kita haruslah berkemampuan untuk membuat keputusan yang baik tentang 5 perkara yang penting iaitu tentang skil pemikiran, skil perasaan, skil kesihatan, skil perhubungan dan juga skil kewangan. Cara penyampaian yang agak bersahaja tetapi berkesan ini telah diikuti dengan penuh minat oleh warga kerja yang mengambil bahagian. Semoga kursus selama 2 jam ini akan dapat mencapai matlamatnya. Insya Allah.
BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37
16
Mr. Sugumaran adalah seorang rakyat Malaysia yang telah memulakan kariernya di New Zealand pada tahun 1987 dengan N.Z. lnsurance Co. Beliau adalah seorang jurulatih yang dinamik dan berkeupayaan tinggi di dalam bidang motivasi. Dengan latarbelakang yang cemerlang dan pengalaman yang luas selama 24 tahun, beliau telah memberikan seminar dan ceramah motivasi di seluruh dunia. Di antara pelanggan yang telah mendapatkan khidmat beliau adalah seperti pihak bank, syarikat insuran, universiti, syarikat persendirian, orang perseorangan, badan korporat dan juga jabatan kerajaan. Sehingga kini, beliau telah berjaya melahirkan seramai tidak kurang daripada 123 orang jutawan di Malaysia melalui program seminar yang beliau jalankan.
‘POT LUCK RAYA’ Oleh : Zamri Dato’ Basri
Sempena menyambut perayaan Aidilfitri, satu jamuan makan telah diadakan pada 30 hb. Ogos 2013 di Bilik Mesyuarat, ibupejabat KRB. ‘Pot Luck Raya’ ini juga turut meraikan warga kerja KRB yang menyambut harijadi dari bulan Mei hingga ke bulan Ogos.
BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37 17
Sekolah Rendah Islam (7-12 tahun)
Tadika Islam (4-6 tahun) - Pagi & Petang Waktu
Masa
Yuran (RM)
Waktu
Masa
Yuran (RM)
Sesi pagi
8:00am - 11:30am
250
Sesi pagi
8:00am - 11:30am
200
Sesi petang
2:30pm - 5:30pm
250
Sesi petang
2:30pm - 5:30pm
200
Sesi pagi & petang
8:00am - 5:30pm
350
Sesi malam (Tuition)
8:00pm - 9.00pm
100 / 150
Matapelajaran
Matapelajaran Iqra / Quran / Hafazan
Jawi
Bahasa Arab
Pendidikan Islam
Bahasa melayu
Bahasa Inggeris
Sains
Matematik Masa
Sesi pagi (separuh masa)
8:00am - 11:00am
Sesi petang (separuh masa)
2:30pm - 5:30pm
Sesi pagi & petang (sepenuh masa)
8:00pm - 5.30pm
Hafazan
Jawi
Akhlaq
Sirah
Solat
RM 450 Berasrama Bulanan
Waktu
Masa
Yuran (RM)
Sesi pagi & petang
8:00am - 5:30pm
450
Matapelajaran Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Pendidikan Islam
Matematik
Sains
Akhlak
Pendidikan Seni
Iqra / Quran
Jawi
Bahasa Arab
Tahfiz / Hafazan
Sirah
Sebarang pertanyaan dan pendaftaran
18 BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37
Yuran (RM)
RM350 Balik Hari
Quran
Bahasa Arab
KAFA Integrasi (SRK & SRI) (7-12 tahun)
Tahfiz Quran (Sepenuh Masa & Separuh Masa) Waktu
Iqra’
SEKOLAH ISLAM AL IMTAR
No 1, Jalan Cempaka 2, Taman Cempaka, 68000, Ampang, Selangor Darul Ehsan.
Tel : +603-9281 6245 / 012-2860 639 Laman Web : vwww.al-imtar.com
Tel / Faks : +603-9286 6245
Emel : al_imtar@yahoo.com.my
Produk De’Rahman Produk De’Rahman telah menembusi pasaran China sejak tahun 2010 terutamanya di Shanghai, Wuxi, Beijing dan Nanjing. Sehingga kini, produk De’Rahman mencatatkan hasil penjualan yang membanggakan sehingga mencecah 3.5 juta bagi tahun 2012. De’Rahman juga mensasarkan negara-negara Eropah sebagai tempat untuk memasarkan produkproduk makanan dan semua produkproduk keluaran De’Rahman dikilangkan di Malaysia terlebih dahulu mengikut syaratsyarat piawaian dan taraf kualiti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa sebelum dipasarkan ke luar negara. Walaupun baru dipasarkan pada November 2012, produk yang mendapat sambutan sehingga ke hari ini ialah De’Rahman Black White Platinum Coffee. Produk yang dikilangkan di Melaka ini menerima maklum balas yang positif kerana aroma dan rasanya yang menepati citarasa serta selera pelanggan.
Untuk Maklumat lanjut sila hubungi: Pengarah KRB International (Shanghai) Ltd. Puan Rabiatul Adawiyah Dato’ Hj Abd Rahman (Aisyaruby)
www.rahmanbrothers.com.my / ruby@rahmanbrothers.com.my / ruby_8845@yahoo.com
(Shanghai) +86-1850 1604 471 (Malaysia) +6012.7278.545 / +6012.3298.845
Peluang Pelaburan Di Filipina Oleh : Muhammad Wariszan Che Abdullah Wafa
Pada 30 September 2013, Hj Khairuddin B Mohd Khir, Pemangku Pengurus Yayasan Sedhar mewakili pihak Y.Bhg. Dato’ Hj Abd Rahman Hj. Ibrahim (Y.Bhg DHAR) telah mengadakan sessi pertemuan bersama Y.Bhg Datu Hj Abdul Khayr D. Alonto bekas Duta Philippine ke Nigeria suatu ketika dahulu. Hj Abdul Khayr merupakan kenalan lama Y.Bhg DHAR pernah turut sama dijemput menghadiri perasmian Surau Al Ibrahimi di Kepala Batas, Alor Setar. Semasa perjumpaan tersebut Dato’ Hj Abdul Khayr telah menawarkan kepada Y.Bhg. DHAR untuk membuat pelaburan bagi menanam kelapa sawit di Mindanao, Philippine. Sektor perladangan ini secara tidak langsung akan menambahkan peluang pendapatan penduduk. Beliau bercadang untuk memperluaskan perladangan kelapa sawit sehingga dapat mendirikan kilang minyak kelapa sawit. Pada masa ini, beliau sedang berurusan dengan Islamic Development Bank (IDB) bgai mendapat bantuan untuk mendapat bantuan. Semasa pertemuan itu, Tn Hj Khairuddin turut memberi sumbangan air zam-zam bagi pihak Y.Bhg. DHAR.
Oleh : Zamri Dato’ Basri
Satu majlis doa selamat telah diadakan pada 13 September 2013 untuk Eksekutif Kanan Jabatan Sumber Manusia KRB, Encik Muhamad Hazli bin Manaf yang akan menjalani pembedahan injap jantung di Institut Jantung Negara. Seluruh warga kerja KRB mendoakan semoga pembedahan ini berjaya dan Encik Hazli akan segera sembuh untuk kembali bertugas. Insya Allah.
BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37
Majlis Doa Selamat Untuk Encik Hazli
19
20 BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37
MenziarahI Tuan Hj. Murat bin Hj. Ibrahim Oleh : Azura Ahamad
25 Sept 2013, Puan Erni Erdawaty dan 7 orang wakil second generation yang terdiri daripada Tuan Hj. Hamdan, Tuan Hj. Khairuddin, Tuan Hj. Khairul Anuar, Tuan Hj. Khairi, Puan Mazzita, Puan Khairiyah dan Puan Khairizzaty telah pulang ke Alor Setar menziarahi Tuan Hj. Murat Hj. Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Pak Lat. Perjalanan yang singkat ini dirancang dan mengumpul wakil second generation yang ada kelapangan untuk pulang berziarah. Tujuan utama mereka ialah untuk menziarahi Pak Lat di Hospital Sultanah Bahiyah. Di samping itu, mereka juga membuat lawatan ke Rahman Brothers Motor Alor Setar dan Rahman Brothers Motor Pulau Pinang serta meninjau tapak projek masjid di Bakar Arang, Sungai Petani. Mereka juga telah berkesempatan menziarahi pusara Allahyarham Tuan Hj. lsmail bin Hj. Ibrahim yang juga lebih dikenali sebagai Pak Chag.
Tapak projek masjid di Bakar Arang
Tuan Hj. Murat Hj. Ibrahim
Lawatan ke Rahman Brothers Motor Alor Setar
RAHMAN BROTHERS MOTOR SDN. BHD.
No. 1, Plot B, Jalan SS6/3A, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor. Tel : 03.8932.2028 Faks : 03.7804.7784 www.rahmanbrothers.com.my PENANG : (Lim) 016.440.7777 | KEDAH : (Azim ) 012.622.3636 | JOHOR BAHRU : (Fahmi) 019.714.8070 SEREMBAN : (Khairol) 019.654.4350 | MELAKA : (Shahamah) 013.202.0090
BUKA
9.30PG - 6.30PTG TOYOTA VELLFIRE
BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37
TOYOTA ESTIMA
7
HARI SEMINGGU
21
MERCEDES BENZ SLK MINI COOPER COUNTRYMAN S TOYOTA HARIER
AGEN BERLESEN UNTUK MYEG, INSURAN DAN PEMBAHARUAN CUKAI JALAN UNTUK KETERANGAN LANJUT +603.7805.7784
BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37
22
Stress adalah keadaan jiwa yang paling popular di abad ini. Cuba anda ingat kembali berapa banyak orang yang anda jumpa mengatakan bahawa mereka sedang mengalami stress atau mungkin anda sendiri sedang mengalaminya? Stress bukan suatu penyakit, tetapi jika anda tidak dapat mengatasinya dalam waktu tertentu, anda akan mengalami banyak masalah kesihatan.
23
Beberapa hal utama yang dapat menyebabkan stress di tempat kerja : 1) Keadaan kerja yang selalu berada di bawah tekanan. 2) Ketidakjelasan tugas yang diberikan. 3) Permintaan tugasan yang sangat tinggi. 4) Kurangnya perencanaan kerja. 5) Adanya persaingan di kalangan rakan sekerja. 6) Cemuhan dan desakan para pelanggan. 7) Teman kerja yang selalu mengganggu. 8) Ketidaknyamanan fizikal, seperti bunyi peralatan, mesin dan sebagainya. Berikut adalah 10 saranan mengatasi stress di tempat kerja : 1) Rancang dengan baik aktiviti anda : apa, mengapa, bagaimana, bila dan siapa yang bertanggung jawab terhadap tugas-tugas. Penting sekali untuk membuat perancangan bukan hanya jangka panjang tapi juga untuk jangka pendek. 2) Pastinya anda di masa lalu pernah mengalami masalah-masalah di tempat kerja. Cuba ingat-ingat kembali adakah cara-cara yang dapat anda gunakan untuk mengatasi masalah yang anda hadapi saat ini. 3) Ikutlah membangun suasana kerja yang menyenangkan, seperti dengan bersikap terbuka dan berkomunikasi dengan rakan sekerja. 4) Pastikan anda memahami terhadap tugas dan tanggungjawab anda, serta jangan ragu untuk bertanya. 5) Lakukan beberapa kali ‘break’ untuk beberapa minit selama anda bekerja. Santai dan JANGAN MELAKUKAN APAPUN. Ambil nafas dalam-dalam. 6) Miliki sikap toleransi kepada rakan sekerja. Ingatlah bahawa setiap orang memiliki peribadi yang unik, sebagai contoh : beberapa orang yang berprestasi lebih baik di bawah tekanan sementara sebahagian yang lain memerlukan waktu lebih banyak untuk menyelesaikan pekerjaannya. 7) Delegasikan sebahagian tanggungjawab anda kepada anak buah anda. 8) Pertahankan semangat berpasukan anda, misalnya dengan melakukan perayaan-perayaan kecil, berolahraga atau berekreasi bersama. 9) Sediakan lingkungan kerja yang baik. Minimakan gangguan-gangguan seperti suara, ventilasi, cahaya dan suhu. 10) Solat juga merupakan salah satu cara untuk mengatasi stress.
BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37
Sebuah artikel yang mengatakan bahawa : • Lebih dari 40 juta orang di Eropah atau setidaknya 1 dari 3 orang pekerja mengatakan bahawa mereka mengalami stress di tempat kerja. • Stress di tempat kerja adalah masalah kedua yang sering terjadi di samping masalah sakit belakang. • Dari hasil kajian juga dikatakan bahawa lebih dari ¼ pekerja tidak hadir selama 2 minggu dalam setahun kerana masalah kesihatan yang diakibatkan oleh stress.
Majlis Penghargaan Dan Majlis Perpisahan Oleh : Zamri Dato’ Basri
BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37
24
Pada hari Jumaat, 2 hb. Ogos 2013 telah diadakan serentak Majlis Penghargaan untuk AJK majlis pelancaran buku autobiografi Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ibrahim dan juga Majlis Perpisahan untuk Puan Hapizoh binti Hj. Chin dan Encik Mohd. Hidhir bin Hassan. Majlis ini yang bermula pada jam 10.30 pagi telah berlangsung di Bilik Mesyuarat KRB. Semua AJK untuk majlis pelancaran buku autobiografi Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ibrahim pada 7hb. Julai 2013 yang lalu telah diberikan penghargaan di majlis ini. Timbalan Pengerusi Eksekutif KRB, Puan Erni Erdawaty binti Dato’ Hj. Abd. Rahman telah sudi menyampaikan penghargaan kepada semua AJK yang terlibat. Semoga Puan Hapizoh dan Encik Mohd. Hidhir akan terus berjaya dengan kerjaya masing-masing di tempat yang baru dan segala kenangan semasa bekerja di KRB akan terus mekar di dalam ingatan. Terima kasih kepada Dato’ Hj. Abd. Rahman dan Puan Erni Erdawaty yang begitu perihatin di atas kebajikan warga kerja sekalian.
Puan Hapizoh binti Hj. Chin
Encik Mohd. Hidhir bin Hassan
Majlis Sambutan Harijadi Puan Erni Erdawaty Oleh : Zamri Dato’ Basri
Kejutan istimewa buat Boss Erni Erdawaty atau lebih dikenali dengan nama Boss E. Majlis ini telah diadakan pada hari Jumaat, 23hb. Ogos 2013. Bertempat di Bilik Mesyuarat, warga kerja KRB di ibupejabat telah berkumpul untuk meraikan harijadi Bos E. Suasana begitu meriah sekali dan Bos E sungguh terharu dengan majlis yang diadakan khas untuk beliau. Semoga Bos E akan terus dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur untuk masa-masa mendatang. Insya Allah.
BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37 25
Meeting and dinner for KRB and Skyzen Korea By : Mohd Zarith b. Kapt (B) Md Hanipah
BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37
26
KRB Team consists of En Sirajuddin, Puan Aisharuby, Puan Hajjah Shima, En Nazar and Mohd Zarith went to see our Korean business partner which is a team from Skyzen Korea. We followed up from the May trip to Seoul and discussed ranging of issue including trading and tours and travel. The dinner was held in Prince Hotel Kuala Lumpur and was also joined by Mr Kenny, CEO of Skyzen Korea.
Puan Aisharuby business visit to Shanghai to forge new links and diversify KRBi By : Mohd Zarith b. Kapt (B) Md Hanipah
From 22nd of September 2013, Puan Aisharuby, Encik Ezuan and Mohd Zarith went to Shanghai for a business visit to our subsidiary, KRBi (Shanghai). They also managed to meet a number of important figures in different sectors of businesses, including education, property, exhibition, food and many other. The first day of the visit was occupied by Julie’s biscuit exhibition and we had further discussion with Mr Lee and his other team in Beijing. They also met some of the illustrious captains of industry in China including Mr Mike, CEO of Ray International Group offers an interesting opportunity for tertiary education while Mr Jackie of Sina also presented yet another branch of possible fruitful business link. Our trip was assisted by Nana and they also visited KRBi warehouse, participate in Malaysia Kitchen/MATRADE food exhibition in Tongjin University. Not forgetting they also met representatives of the mosques in Shanghai.
▲ Mr Lee of Julie’s biscuits and his team from Beijing had discussion with Puan Aisharuby and Mohd Zarith at the exhibition in one of the upmarket mall in Shanghai Lotus supermarket, in Luziajui area. ► Puan Aisharuby, Madam Liu, Mohd Zarith and a medical student from Jiatong university is at the Malaysian Kitchen/Matrade De’Rahman coffee booth at Tongjin university in Shanghai.
▲ Our KRBi warehouse in Shanghai.
▲ Our product, De’Rahman platinum white coffee in one of the shelf in a convinience store in Tongji University.
BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37
▲ A visit to Fuyou Road Mosque and Xiao TaoYuan Qingzhensi Mosque.
27
◄▲ On our last visit to Shanghai, we are honoured to meet Mr Jackie from Sina which is one of the country’s largest property developer and various business leader in China.
Hopefully with all of these efforts and new frontier explored, KRBi will branch out into new business fronts. The current platform of KRBi in Shanghai is very much valuable and we should not ignore the growth of this Middle Kingdom and all of its exponential opportunities as this century is the Asian Renaissance.
BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37
28
L A N I F M
U L E B