BULETIN KHAS
MAJLIS PERASMIAN
WISMA RAHMAN BROTHERS
29 Oktober 2015
Penaung Dato’Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim D.S.D.K., J.P. • Penasihat Erni Erdawaty Dato’Hj. Abd Rahman •
KREWBULETIN
editor Ahmad Zamri Dato’ Paduka Hj. Ahmad Basri • penulis Ahmad Zamri Dato’ Paduka Hj. Ahmad Basri • Urusetia Muhammad Hazli Manaf, Mazzita Mohamed, Zulkefli Mohd Korib, Mohd Shukri Md Yatim, Noraizah Salahan, Intan Dianna Sazali • Grafik & Rekabentuk Muhammad Aisamuddin Zainuddin • Foto Muhammad Aisamuddin Zainuddin, TUPAITV.COM • EDARAN Ahmad Zamri Dato’ Paduka Hj. Ahmad Basri +603-5614 2252 (DL) • Pencetak REKA CETAK SDN. BHD. 12 & 14, Jalan Jemuju Empat, 16/13D, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, SELANGOR DARUL EHSAN • Terbitan Kumpulan Rahman Brothers Sdn Bhd (Co No. : 295253-K) No. 6, Persiaran jubli Perak, Seksyen 22, 40300 Shah Alam, SELANGOR DARUL EHSAN. • Telefon +603 5614 2222 • Faksimili +603 5614 2233 • Laman Web www.rahmanbrothers.com.my • E-mel buletin@rahmanbrothers.com.my •
DARI MEJA
PENGERUSI EKSEKUTIF Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera Segala puji-pujian bagi ALLAH SWT yang mencipta dan mentadbir seluruh alam. Mercu Tanda Kumpulan Rahman Brothers Syukur Alhamdulillah.. Dengan izinNya, terkabul sudah hajat dan cita-cita saya selama ini untuk mendirikan sebuah bangunan sepertimana Wisma Rahman Brothers ini. Semuanya berada di bawah satu bumbung, Pejabat Pentadbiran, Ruang Pameran dan Pusat Servis Kenderaan. Sejarah ini bermula 40 tahun yang lalu ketika mana saya mula-mula menceburkan diri di dalam bidang perniagaan. Kesudian Y.B. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Sri Mustapa Mohamed untuk meluangkan masa bagi merasmikan bangunan ini amatlah saya sanjung tinggi dan sungguh berterima kasih. Kepada warga kerja KRB, bekerjalah dengan penuh keiklasan, jujur, amanah dan bersungguh-sungguh. Peliharalah segala kemudahan yang tersedia di bangunan ini supaya ianya dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Jadikan ia sebagai satu perangsang untuk memajukan diri menuju masa hadapan yang cemerlang dan berwawasan. Semoga dengan terasminya bangunan Wisma Rahman Brothers ini, akan membawa nama Kumpulan Rahman Brothers ke satu martabat yang lebih tinggi dan stabil di dalam bidang industri automotif. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat di dalam merealisasikan ‘Mercu Tanda Kumpulan Rahman Brothers’ ini dan juga kepada semua Ahli Jawatan Kuasa Majlis Perasmian bangunan ini. Begitu jugalah kepada semua ahli keluarga saya yang selama ini telah sama-sama berdoa, memberikan semangat dan kerjasama kepada saya sehingga berada di tahap ini. Semuanya dengan izin dan perkenan ALLAH SWT juga. Sekian.
Dato’ Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim D.S.D.K., J.P. PENGERUSI EKSEKUTIF Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.
PRAKATA
S
ekalung tahniah diucapkan kepada Dato’ Hj Abd Rahman bin Hj Ibrahim dan seluruh warga kerja Rahman Brothers dan anak-anak syarikatnya di atas perasmian bangunan Wisma Rahman Brothers pada hari ini. Ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan menjadi lambang kejayaan seorang usahawan Bumiputera yang mampu untuk bersaing dalam pelbagai bidang antaranya automotif, pembinaan dan hartanah serta perkhidmatan dan pelancongan. Perasmian bangunan baru bagi operasi syarikat Rahman Brothers pada hari ini merupakan detik bersejarah yang menjadi bukti kejayaan yang sering diraih oleh syarikat ini dari tahun ke tahun. Kementerian sentiasa komited dalam memberi sokongan dan dorongan kepada para usahawan untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka, terutamanya dalam sektor automotif. Syarikat-syarikat tempatan harus sentiasa meneroka bidang dan pasaran baru baik di dalam mahupun di luar negara. Besarlah harapan saya agar kejayaan Rahman Brothers ini dapat dijadikan teladan dan dicontohi oleh kesemua usahawan lain di negara ini, terutamanya dalam keadaan ekonomi dunia yang kian mencabar dan persaingan global yang semakin sengit. Ucapan tahniah sekali lagi saya tujukan kepada Rahman Brothers. Semoga operasi perniagaan syarikat ini terus berkembang dan selamat maju jaya diucapkan.
Y.B DATO’ SRI MUSTAPA MOHAMED D.P.M.S, S.I.M.P, S.J.M.K, S.S.A.P, S.P.M.P, D.G.S.M
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
PRAKATA
A
lhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya, kita semua dapat berkumpul pada hari yang cukup bermakna dan bersejarah ini bersempena Majlis Perasmian Wisma Rahman Brothers yang menempatkan pejabat urusan syarikat, ruang pameran kenderaan dan juga kemudahan pusat servis. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri atas kesudian Yang Berhormat Dato’ Sri melapangkan masa untuk hadir merasmikan bangunan kami ini. Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dari setiap peringkat pembinaan bangunan ini yang telah sekian lama menjadi impian saya. Ianya menjadi sebahagian dari manifestasi penat lelah, keringat dan air mata sepanjang saya menceburi bidang perniagaan ini. Harapan saya semoga bangunan yang bakal dirasmikan ini akan memartabatkan lagi imej RAHMAN BROTHERS sebagai salah satu syarikat peneraju bidang automotif tanahair pada masa hadapan. Terima kasih juga buat seluruh warga kerja, kakitangan dan ahli keluarga di atas doa dan kerjasama dalam menjayakan majlis yang gilang-gemilang ini.
Y.BHG. DATO’ HJ. ABD RAHMAN BIN HJ. IBRAHIM D.S.D.K., J.P.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.
Tahun 2015 sudah pun sampai di penghujungnya dan banyak pencapaian telah diraih oleh Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ibrahim di tahun ini. Semoga Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ibrahim, Pengerusi Eksekutif yang kita semua kasihi akan terus dikurniakan kesihatan yang baik dan juga umur panjang yang barakah daripada ALLAH SWT. Semangat dan iltizam beliau amat dikagumi oleh semua warga kerja KRB.
Dianugerahkan Pingat Jaksa Pendamai oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah.
Menerima anugerah daripada Raja Kemboja, King Norodom Sihamoni.
Menerima Anugerah Khas Ma’al Hijrah daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Anugerah Abdul Rahman bin Auf- Korporat)
RAHMAN BROTHERS SDN BHD | Seksyen 22, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.
MAJLIS PERASMIAN WISMA RAHMAN BROTHERS Oleh : Zamri Dato’ Basri
K
hamis, 29 Oktober 2015 adalah hari yang sungguh bersejarah bagi warga kerja KRB dan akan terus diingati untuk satu masa yang lama. Kehadiran tetamu jemputan seramai 250 orang termasuklah pihak media seawal jam 8 pagi menjadi saksi kepada perasmian sebuah bangunan yang menjadi lambang kecemerlangan dalam bidang perniagaan bagi Yang Berbahagia Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ibrahim. Kesudian Menteri Perdagangan Antarabangsa dan lndustri, Y.B Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed merasmikan Wisma Rahman Brothers merupakan satu penghormatan yang tinggi kepada pihak Kumpulan Rahman Brothers. Walaupun sentiasa sibuk dengan tugasnya sebagai seorang menteri, beliau telah meluangkan masanya untuk menghadirkan diri dan perkara ini sudah tentunya memberikan satu semangat khususnya kepada semua warga kerja Kumpulan Rahman Brothers. Di dalam waktu yang agak terbatas kerana beliau mempunyai jadual yang agak padat, beliau masih dapat meninjau ke lokasi-lokasi penting seperti ruang pameran bagi kereta dan motorsikal, bahagian servis kenderaan, galeri dan kelengkapan infrastruktur yang ada di Wisma Rahman Brothers. Diiringi oleh pihak Pengurusan Tertinggi KRB, Y.B. Dato’ Sri Mustapa sempat mengabadikan peristiwa yang bersejarah ini di dalam sesi fotografi bersama-sama pihak Pengurusan Tertinggi KRB. Pesanan dan nasihat yang beliau berikan semasa meninjau bangunan Wisma Rahman Brothers amatlah penting sebagai panduan di masa hadapan untuk meneruskan kesinambungan perniagaan. Beliau begitu berpuashati dengan segala kelengkapan yang disediakan di dalam bangunan ini. Selepas selesai dengan ucapan dan perasmian, beliau berangkat meninggalkan majlis pada jam 9.15 pagi. Jutaan Terima kasih kepada Y.B. Dato’ Sri Mustapa Mohamed daripada pihak Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga kerja KRB.
sekitar majlis perasmian
wisma rahman brothers
sekitar majlis perasmian
wisma rahman brothers
lawatan ke
galeri dato’ hj. abd rahman
RAHMAN BROTHERS SDN BHD | Seksyen 22, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.
MAJLIS GILANG GEMILANG BERTERUSAN Oleh : Zamri Dato’ Basri
S
etelah selesai majlis perasmian di sesi pagi, semua yang berada di sekitar perkarangan wisma mengambil kesempatan yang ada untuk bersuai kenal antara tetamu dan warga kerja, melawat ruang pameran wisma dan ada juga berehat menanti acara yang akan bermula pada petang tersebut. Ini kerana acara kedua iaitu majlis di sesi petangnya turut menjanjikan persembahan yang menarik. Antaranya ialah akan diadakan majlis menyambut ulang tahun kelahiran buat ikon kesayangan kita iaitu Yang Berbahagia Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ibrahim, Seterusnya Pelancaran Auto Carnival Rahman Brothers Motor 30 & 31 Oktober 2015, pameran 2 hari yang telah mendapat sabutan yang begitu memberansangkan. Dan akhir sekali sambutan genapnya 10 tahun Buletin Rahman Brothers diterbitkan, Buletin Rahman Brothers telah mula diterbitkan pada tahun 2004 yang memaparkan segala berita tentang pembangunan Rahman Brothers. Gabungan acara-acara ini dikendalikan dengan begitu tersusun dan ianya tidak kurang meriah sebagaimana majlis yang telah berlangsung di sebelah pagi. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran lebih 200 orang jemputan yang terdiri daripada tetamu-tetamu kenamaan, pelajarpelajar dari pusat tahfiz, para sahabat dan kaum keluarga Yang Berbahagia Dato’ Hj. Abd. Rahman. Jamuan turut disediakan dan ianya sungguh lazat dan mendapat pujian daripada para hadirin. Majlis yang sungguh padat dengan berbagai acara ini berakhir dengan satu kepuasan kepada semua pihak yang terlibat kerana segala yang telah dirancang berjalan dengan sempurna di dalam keadaan cuaca yang baik sekali. Syukur Alhamdulillah.
SEPINTAS LALU
SIDANG AKHBAR & TEMURAMAH
Sambutan Ulang Tahun ke-40 Rahman Brothers MOTOR, Sambutan Ulang Tahun y.bhg dato’ hj abd Rahman, sambutan 10 tahun buletin rahman brothers.
PELANCARAN
AUTO CARNIVAL RAHMAN BROTHERS
KOMPILASI FOTO-FOTO
SEPANJANG PROGRAM PERASMIAN
KOMPILASI FOTO-FOTO
SEPANJANG PROGRAM PERASMIAN
KOMPILASI FOTO-FOTO
SEPANJANG PROGRAM PERASMIAN
warga kerja dan mereka yang menjayakan
PERASMIAN wisma rahman brothers
warga kerja dan mereka yang menjayakan
PERASMIAN wisma rahman brothers
warga kerja dan mereka yang menjayakan
PERASMIAN wisma rahman brothers
sekalung
Penghargaan Y.B Dato’ Sri Mustapa Mohamed D.P.M.S, S.I.M.P, S.J.M.K, S.S.A.P, S.P.M.P, D.G.S.M
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja Malaysia Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Negeri Selangor Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Negeri Selangor Skycool Window Film Sdn Bhd Jazz Tyre & Auto Services Sdn Bhd Lee Ang Kui Sdn Bhd Glomma Enterprise VS Auto Accessories Li Heng Car Hi-Fi Accessories & Air-Cond Rec Car Care FNF Resources Millenium Merz Service (Petaling Jaya) Sdn Bhd Perniagaan Mazlan & Hashimah Joon Khin Auto Spray JK Car Beauty Specialist Auto Classic Repairs & Services Siong Wang Auto Sdn Bhd Executive Polishing Centre Kim Guan Spray Centre Autoglazin Asas Security Services Sdn Bhd Sportsrider Motorworks Sdn Bhd Edaran Saga Pulau Pinang Sdn Bhd Edaran Saga Services & Alat Ganti Sdn Bhd
Dan kepada semua yang terlibat baik secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis perasmian Wisma Rahman Brothers.
ahlijawatan kuasa petugas
PERASMIAN wisma rahman brothers Penasihat
: Y.Bhg. Dato’ Hj Abd Rahman Hj Ibrahim
Y.Bhg. Dato’ Hj Ikram bin Jamaluddin Y. Berusaha Encik Mohd Hashim bin Abdul Rahim Pengarah I
: Puan Erni Erdawaty bt. Dato’ HJ. Abd Rahman
Pengarah II
: Puan Rabiatul Adawaiyah bt. Dato’ hj. Abd Rahman
Timb. Pengarah I : En. Muhamad Hazli b. Manaf Timb. Pengarah II : Puan Azura bt. Ahamad Setiausaha
: En. Mohd Shukri b. Md Yatim
Pen. Setiausaha
: Cik Intan Dianna bt. Sazali
Bendahari
: Puan Mazzita bt. Mohamed
Pen. Bendahari
: Puan Norzalila bt. Mohd Dahlan
Pengurus Jemputan, Pendaftaran & Cenderahati Pn. Hjh Nor Hashimah bt Md Hashim Pengurus Sambutan & Protokol En. Mohd Shukri b. Md Yatim Pengurus Persiapan Tempat & Teknikal Puan Azura bt. Ahamad Pengurus Logistik, Keselamatan & Trafik En. Razali b. Abd Razak Pengurus Program & Aturcara En. Muhamad Hazli b. Manaf Pengurus Jamuan Tn Hj Mohd Khairi b. Hj Mohamed Pengurus Galeri En. Ahmad Zamri Dato’ Paduka Ahmad Basri PENGURUS Media & Publisiti En. Mohd Hilmi B. Jaafar Pengurus Penajaan Puan Mazzita bt. Hj Mohamed Pengurus KEBAJIKAN KELUARGA & Tugas-Tugas Khas Puan Khairiyah bt. Hj Mohamed
ahlijawatan kuasa petugas
PERASMIAN wisma rahman brothers
- Noraizah Bt. Salahan - Noorhafizah Bt. Abdullah Zahbudin - Norharishah Bt. Ahmad - Nazrin Shah Bin Said Zaharuddin - Noranita Bt. Abdul Rahman - Mellissa Salwani Bt. Mokhtar - Mohd Fairuz Bin Dato’ Hj. Abd Rahman - Mohd Fadhli Bin Mohamad Fozi - Munauwir Bin Mohd Khir - Tn. Hj Hamdan Bin Mohamed - Hj Khairuddin Bin Mohd Khir - Mohd Anwar B. Mohd Taib - Muhammad Hasrilnizam B. Tamby Hassan - Mohd Hair Bin Hamzah - Abd Hamid B. Saad - Ch’ng Eng Hoe (James) - Shamsul Anuar B. Shoib - Loh Chee Wah (Calvin) - Ismail B. Yusoff - Ros Azlin B. Sabawi - Ahmad Hisham B. Hj. Nor – Shaiful Rizal B. Ibrahim - Nurul Azwan Bin Basiran - Muhammad Zamir B. Ahmad Nawawi - Muhammad Aisamuddin B. Zainuddin - Mohd Sanusi B. Ghazalli - Aini Hayati Bt. Mahamod - Azizul B. Abdul Rahman - Jzulhilmi Bin Md Derus - Wan Rizwan B. Ayub - Kamarul - Azizul - Sukchan - Ismail B. Othman - Muhammad Amirul Hafizzul B. Halim - Norwidayanty Bt. Juhari - Mazliza Bt. Basiran - Nor Salawati Bt. Mohd Nor@Salim - Maslina Bt. Kassim - Siti Noriza Bt. Sidi Ahmad - Mohd Shahrizal B. Abd Rahman - Ika Suwarni - Sarina Bt. Mat Yunus - Abdul Sukur B. Ahmad - Mohd Hezuan Bin Haziri - Khairul Aman Bin Hj Khairuddin - Noorhana Bt. Mohd Arof - Ahmad Tarmizi B. Abd Razak - Chaya Bt. Juhan - Mohd Radzi Bin Mohamed - Mohd Faiz Bin Mohamad Fozi -