JANUARI
FEBUARI MAC
BIL : 44 SUKU PERTAMA 2015
PP 14155/03/2010 (023634) NO. KDN - PP 14155/03/2013 (033137)
Dato’ Haji Abd Rahman Dianugerahkan Pingat Jaksa Pendamai Lawatan Ke Wisma Rahman Brothers Yayasan SEDHAR & KRB Anjurkan Kursus Amali Pengurusan Jenazah Perarakan Maulidur Rasul Rahman Brothers Motor Kelana Jaya di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Baitu Saidati Khadijah Gombak, Selangor. NASKAH Layari laman sesawang rahmanbrother.com.my dan juga mengetahui pelbagai Menawarkan pelbagai pakej menarik untukrbtt.rahmanbrother.com.my Umrah dan juga pelancongan dalambagi dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.
1
PERCUMA |
Layari laman sesawang rahmanbrother.com.my dan juga rbtt.rahmanbrother.com.my bagi mengetahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.
KANDUNGAN •
Dato’ Haji Abd Rahman Dianugerahkan Pingat Jaksa Pendamai
•
Yayasan SEDHAR & KRB Anjurkan Kursus Amali Pengurusan Jenazah
•
Lawatan Ke Wisma Rahman Brothers
•
•
Iklan : Rahman Brothers Travel & Tours, UMRAH RAMADHAN
Kompilasi Gambar : Yayasan SEDHAR & KRB Anjurkan Kursus Amali Pengurusan Jenazah
•
Iklan : Rahman Brothers Travel & Tours, PEJABAT BAHARU
•
•
Majlis Reunion & Harijadi Tuan Hj. Mohd. Khir
•
10 Nasihat Untuk Yang Berumur 50 Tahun Ke Atas
•
Warga Kerja RBC Meninggal Dunia
2015 •
The 7 Management Principles & Practices
•
Personaliti Pilihan
•
Ulang Tahun Kelahiran Bulan Januari, Febuari, Mac
Iklan : Wisma Rahman Brothers
•
Iklan : Rahman Brothers Bikes
•
Perarakan Maulidur Rasul
•
•
Ibu
Gambar-Gambar Kenangan Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim
•
Nukilan Untuk Seorang Ibu
•
Perjalanan Terakhir
•
Rahman Brothers Motor Kelana Jaya di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Baitu Saidati Khadijah Gombak, Selangor.
•
Sambutan Hari Keluarga RBM & RBTT Cawangan Johor Bahru
•
Iklan : SRI AL IMTAR
JANUARI • FEBUARI • MAC
Dari meja EDITOR.................... Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
muka hadapan buletin
Edisi yang ke 44 ini adalah Buletin Rahman Brothers yang pertama di tahun 2015. Tahun 2014 yang kita tinggalkan telah mendewasakan kita dengan berbagai pengalaman dan peristiwa. Semuanya menjadi asam dan garam di dalam menempuh kehidupan di dunia yang fana ini. ‘Sudut Dakwah DHAR’ adalah satu ruangan baru yang diujudkan khusus bagi Dato’ Hj. Abd. Rahman menyampaikan segala pesanan, amanat dan wasiat beliau kepada warga kerja sekelian. Membaca itu akan menambah ilmu pengetahuan kita dan ia juga menjadi santapan minda yang akan melengkapkan keperluan sebagai insan. Semoga edisi di kali ini akan terus dapat dimanfaatkan sebagai satu wadah informasi yang berguna untuk kita semua mengikuti segala perkembangan yang berlaku di dalam Kumpulan Rahman Brothers ini. Selamat membaca. Insya Allah. Jutaan Tahniah untuk Y.Bhg Dato Hj. Abd Rahman b. Hj. Ibrahim atas penganugerahan pingat Jaksa Pendamai bersempena dengan Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang ke 87 di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada 18hb. Januari 2015 bersamaan 27 Rabiulawal 1436 Hijrah. Segak bergaya Y.Bhg Dato Hj. Abd Rahman b. Hj. Ibrahim menerima pengiktirafan yang telah diberi, semoga Y.Bhg Dato Hj. Abd Rahman b. Hj. Ibrahim dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia atas jasa beliau.
KREW
BULETIN
Penaung Dato’Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim D.S.D.K., J.P. • Penasihat Erni Erdawaty Dato’Hj. Abd Rahman • editor Ahmad Zamri Dato’ Paduka Hj. Ahmad Basri • penulis Ahmad Zamri Dato’ Paduka Hj. Ahmad Basri, Mohd Shukri Md. Yatim, Dato’ Hj. Ikram Jamaluddin, Hazlin Hanapi, Koleksi DHAR, Sumber Laman Sesawang • Urusetia Muhammad Hazli Manaf, Mazzita Mohamed, Zulkefli Mohd Korib, Mohd Shukri Md Yatim, Noraizah Salahan, Intan Dianna Sazali • Grafik & Rekabentuk Muhammad Aisamuddin Zainuddin • Foto Muhammad Aisamuddin Zainuddin • EDARAN Ahmad Zamri Dato’ Paduka Hj. Ahmad Basri • Pencetak REKA CETAK SDN. BHD. 12 & 14, Jalan Jemuju Empat, 16/13D, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, SELANGOR DARUL EHSAN • Terbitan Kumpulan Rahman Brothers Sdn Bhd (Co No. : 295253-K) No.8 Jalan 4/91A, Tmn Shamelin Perkasa, Batu 3½ Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur. • Tel +603 9281 6244 • Faks +603 9281 6276 • | rahmanbrothers.com.my Ketahui • pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman 2 Web Laman www.rahmanbrothers.com.my E-mail buletin@rahmanbrothers.com.my • Brothers Sdn. Bhd.
BULETIN RAHMAN BROTHERS
SUKU PERTAMA EDISI
KE-44
Bulan Januari, Febuari, Mac
Dari meja
PENGERUSI EKSEKUTIF Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Segala puji-pujian bagi ALLAH SWT yang mencipta dan mentadbir seluruh alam. Syukur Alhamdulillah dengan izinNya, dapatlah saya memberikan sepatah dua kata-kata nasihat kepada semua warga KRB yang dikasihi sekelian. Sungguh banyak nikmat daripada Allah SWT yang telah diberikan kepada kita semua. Tidak mampu untuk kita menghitungnya. Dengan yang demikian, jadilah kita hamba Allah yang bersyukur. Tanda kita bersyukur itu adalah dengan mengerjakan segala perintah Allah SWT dan menjauhi akan segala larangannya. Kita juga bersyukur sebagai meneladani sunnah Rasulullah SAW. Dengan bersyukur itu juga, Allah SWT akan menambah lagi akan segala nikmat yang telah diberikan kepada kita. Bersyukur juga akan menjadi benteng daripada azab Allah SWT. Firman Allah SWT : Surah Al Baqarah, ayat 172 yang bermaksud : “ Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. ” Hayatilah akan segala pesanan, amanat dan wasiat daripada saya ini dan semoga kita berjumpa lagi di edisi yang akan datang. Insya Allah.
Dato’ Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim D.S.D.K., J.P. PENGERUSI EKSEKUTIF Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.
Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my
|
3
Dato’ Haji Abd Rahman dianugerahkan pingat Jaksa Pendamai
Oleh : Zamri Dato’ Basri
S
ekalung ucapan tahniah kepada Pengerusi Eksekutif yang kita kasihi, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abd Rahman bin Haji Ibrahim di atas penganugerahan pingat Jaksa Pendamai bersempena dengan Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang ke 87 di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada 18hb. Januari 2015 bersamaan 27 Rabiulawal 1436 Hijrah. Ahli Lembaga Pengarah dan seluruh warga kerja Kumpulan Rahman Brothers juga turut merasa bangga di atas penganugerahan pingat Jaksa Pendamai ini kepada Yang Berbahagia Dato’ Hj. Abd Rahman. Semoga beliau akan terus mencurahkan jasa dan bakti kepada agama, nusa dan bangsa dan menjadi idola kepada seluruh warga kerja KRB untuk menuju masa depan yang berwawasan. Insya Allah.
4
|
rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.
WARGA KERJA
Seksyen 22 SHAH ALAM
Lawatan Ke Wisma Rahman Brothers
Oleh : Zamri Dato’ Basri
S
elasa, 24 Mac 2015.. Pada jam 11.30 pagi, semua warga kerja KRB di ibupejabat Taman Shamelin Perkasa, Cheras mula bergerak beramai-ramai menuju ke Seksyen 22, Shah Alam. Rombongan kami telah diketuai oleh Puan Erni Erdawaty, Naib Presiden Eksekutif (Perkhidmatan) KRB. Lebih kurang jam 12.20 tengahari kami semua sampai di Wisma Rahman Brothers yang akan menjadi ibupejabat KRB yang baru. Jurutera Tapak, Siti Aisyah Ibrahim telah pun menunggu untuk mengiringi kami melawat bangunan yang tersergam indah ini yang juga akan menempatkan ibupejabat Rahman Brothers Motor dan Rahman Brothers Automotive yang menjadi wakil pengedar kenderaan Suzuki. Setelah diberikan taklimat ringkas, kami pun mulalah mengatur langkah meninjau akan segala infrastruktur yang disediakan di bangunan ini. Sungguh bertuah kepada warga kerja yang akan berkhidmat di sini kerana bangunan yang canggih ini dibina dengan begitu teliti dan dilengkapi dengan segala keperluan yang begitu mementingkan keselesaan warga kerja dan sesiapa saja yang berurusan di sini. Bangunan ini juga akan menjadi kebanggaan seluruh warga kerja KRB. Setelah satu jam kami di sini, kami pun pulang semula ke Cheras dengan perasaan yang sungguh teruja.
Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my
|
5
6
|
rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.
IATA : 20314033
RBTT : (Co. No 226020-D) (KPL/LN : 2421)
RAHMAN BROTHERS
TRAVEL & TOURS SDN. BHD. (A member of Rahman Brothers Group of Companies)
NEW OFFICE
RAHMAN BROTHERS TRAVEL & TOURS SDN. BHD. NO. 8, JALAN 4/91A, TAMAN SHAMELIN PERKASA, 56100 W.P KUALA LUMPUR.
WE ARE HERE NO. 28-1, 1ST FLOOR, JALAN PANDAN PRIMA 2, DATARAN PANDAN PRIMA, 55100 W.P. KUALA LUMPUR.
CALL US NOW
TOLL FREE LINE :
1-300-229-277
Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my
|
7
Taman Maluri CHERAS
UMUM
Majlis Reunion & Harijadi Tuan Hj. Mohd. Khir
Oleh : Zamri Dato’ Basri
B
ertempat di Dewan Seri Perkasa, Masjid Al Imam As-Syafie, Taman Maluri, majlis ini telah diadakan pada pagi hari Khamis, 12 Februari 2015. Seramai lebih 20 orang sahabat-sahabat lama Tuan Hj. Mohd. Khir bin Hj. Ibrahim yang dulunya sama-sama belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar telah hadir bagi memeriahkan majlis ini. Begitu juga dengan sanak saudara beliau yang tinggal di sekitar Lembah Klang, termasuklah kekandanya iaitu Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ibrahim. Tuan Hj. Mohd. Khir sendiri begitu terharu dengan kehadiran sahabat-sahabatnya yang mana ada di antaranya sudah terpisah begitu lama dengannya. Samasamalah kita mendoakan agar silaturrahim yang telah terjalin di antara mereka akan terus kekal mekar dan abadi dengan segala nostalgia yang menjadi memori indah sepanjang hayat. Insya Allah.
â–˛ Tuan Hj. Mohd. Khir bin Hj. Ibrahim berkesempatan menyambut hari lahir beliau yang ke 67 sambil diraikan oleh para tetamu yang hadir.
8
|
rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.
SUDUT DAKWAH DHAR
Buletin RAHMAN BROTHERS
10 Nasihat Untuk Yang Berumur 50 Tahun Ke Atas Sumber : LAMAN SESAWANG
1.
Fokus untuk menggembirakan orang lain. Sekarang bukan masa untuk mencari harta sahaja.
2. Rancang bagaimana untuk membelanjakan duit simpanan. Anda patut gembirakan hidup anda dan ganti apa yang tidak dapat dibuat sebelum ini, kalau mampu pergilah melancong. Jangan tinggalkan apa-apa kepada anak-anak yang boleh membuatkan mereka bergaduh. Dengan meninggalkan sesuatu akan membawa masalah apabila anda sudah tiada nanti. 3. Lakukan pada saat ini dan sekarang, bukan semalam dan esok. Hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal. Semalam telah pergi dan esok mungkin takkan berlaku. 4. Bergembira dengan cucu-cucu jika ada, tetapi janganlah menjadi “full time baby sitter�. Itu bukan tanggungjawab anda untuk menjaga mereka. Jangan rasa bersalah kerana tidak menjaga anak sesiapa pun termasuklah cucu sendiri. Tanggungjawab anda adalah terhadap anak-anak anda. Selepas mereka dewasa dan menjadi ibubapa, tugas anda telah tamat. Biarkan anak-anak anda sendiri yang menjaga anak-anak mereka. 5. Terima kelemahan fizikal, sakit, dan lain-lain kesakitan fizikal. Ia adalah sebahagian daripada proses meningkatnya umur. Bersyukur dengan keupayaan kesihatan yang anda ada. 6. Kenali siapa diri anda dan apa yang anda ada sekarang. Berhenti melakukan secara bersungguh apa yang tiada pada anda. Jika anda tidak dapat apa yang anda kehendaki, ketahuilah itu semua sudah terlambat. 7.
Berbahagialah dengan pasangan anda, anak-anak, cucu-cucu dan rakan-rakan anda. Mereka yang betul-betul sayangkan anda, akan menyayangi anda seadanya. Bukan apa yang anda ada. Mereka yang sayangkan anda kerana apa yang anda ada, mereka itu tidak ikhlas. Mereka hanya berpura-pura dan anda pasti tahu sekarang siapa mereka.
8. Memaafkan dan menerima kemaafan. Maafkan diri sendiri dan orang lain. Lapangkan minda dan hati. 9. Berkawanlah dengan kematian. Ia adalah kitaran semulajadi dalam kehidupan. Jangan takut akan ia. Kematian adalah permulaan hidup yang lebih baik. Jadi bersedialah, bukan untuk mati tetapi untuk hidup bertemu Yang Maha Esa iaitu ALLAH SWT. 10. Hiduplah dengan aman bersama Yang Maha Esa. Hanya dia yang anda ada setelah anda meninggalkan dunia ini.
WARGA KERJA
Alor Setar KEDAH
Warga kerja RBC Meninggal dunia
Oleh : Zamri Dato’ Basri
Warga kerja Rahman Brothers Constructions Sdn. Bhd. yang bertugas di utara tanahair, Encik Mohd. Fadzlan bin Mat Isa telah meninggal dunia pada hari Isnin, 02 Mac 2015 di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Berusia 36 tahun, Allahyarham yang bertugas sebagai Penyelia Tapak Projek telah meninggalkan seorang balu, Puan Mariam binti Ahmad dan 3 orang anak lelaki. Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di kampung halamannya di Padang Bohor, Kangar, Perlis. Pengurus Yayasan SEDHAR, Encik Mohd. Shukri bin Md. Yatim dan Pengurus Sumber Manusia KRB, Encik Muhamad Hazli bin Manaf telah mewakili pihak syarikat di upacara pengkebumian dan telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada waris Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama dengan roh-roh para solihin. Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my
|
9
Pandan Indah AMPANG
WARGA KERJA
YAYASAN SEDHAR & KRB ANJURKAN KURSUS AMALI PENGURUSAN JENAZAH
Oleh : Mohd. Shukri Md. Yatim
▲ Y.Bhg. Dato’ Hj. Abd Rahman menyampaikan cenderahati tanda penghargaan kepada Ustaz Mohd. Nawi sempena berakhirnya Kursus Amali Pengurusan Jenazah.
A
INGATLAH !!! “ Kematian adalah pasti, mungkin esok atau lusa kita akan kembali. Sakit bukanlah syarat untuk mati, tua bukanlah syarat untuk menjadi jenazah… Giliran siapa di kalangan kita ? Allah Maha Mengetahui. ”
pabila disebut jenazah, kita semua tahu tiada siapapun dapat lari dari mati. Hanya masa menentukan, samada esok atau lusa, tidak kira muda mahupun tua, kaya atau miskin. Persoalannya, bersediakah kita untuk kembali mengadap Pencipta. Bagi yang hidup, bersediakah untuk menguruskan jenazah ibu, ayah atau saudara mara kita.
Di atas kesedaran inilah Yayasan Sedhar bersama Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd. (KRB) telah menganjurkan Kursus Amali Pengurusan Jenazah yang diadakan pada 15 Januari 2015 bertempat di Masjid Al Azim, Pandan Indah. Antara objektif penganjurannya adalah sebagai pendedahan kepada warga kerja dan memberi kefahaman yang jelas berkaitan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan semasa menguruskan jenazah. Ia turut memberi peluang khususnya kepada ahli keluarga Y.Bhg. Dato’ Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim ( 2nd Gen dan 3rd Gen ) untuk menguruskan jenazah secara praktikal. 80 orang peserta mengambil bahagian terdiri daripada warga kerja dan Pengurusan Tertinggi KRB, RBM, Ahli Keluarga DHAR, dan wakil-wakil dari setiap syarikat Rahman Brothers di seluruh Malaysia. Turut hadir ialah tetamu kehormat, Y.Bhg. Dato’ Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sedhar bersama Y.Bhg. Datin Hjh. Sepiah bt Hj. Hassan. Aturcara program dimulakan dengan Ucapan Perasmian oleh Y.Bhg. Dato’ Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim. Antara intipati ucapan, beliau menyeru agar pihak pengurusan menubuhkan satu pasukan khas yang dapat menyediakan perkhidmatan pakej pengurusan jenazah. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa dari KRB dan Yayasan Sedhar di atas penganjuran kursus yang julung-julung kali diadakan. Sebelum sesi amali, peserta berkesempatan mendengar kuliah berkaitan adab-adab ziarah pesakit dan menguruskan jenazah secara teori. Sejurus tamat sesi kuliah teori, peserta mengambil bahagian menguruskan jenazah secara praktikal. Tuan Hj. Mohd. Khairi bin Hj. Mohamed dan Encik Mohd. Hair Hamzah antara yang bertuah kerana terpilih menjadi model jenazah untuk dimandi dan dikafankan. Manakala model perempuan diwakili oleh Cik Syahidah Nafisah dan Puan Nur Mazila. Sesi praktikal ini dipimpin oleh Ustaz Mohd. Nawi dan Ustazah Halijah dari Masjid Al Azim, Pandan Indah. Kursus berakhir pada pukul 1 tengahari. Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak media TV AL HIJRAH dan akhbar Utusan Malaysia di atas liputan dan temubual yang dibuat sepanjang program berlangsung dan memberi peluang kepada pihak Dato’ Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim yang diwakili oleh Encik Mohd. Shukri Md Yatim, Pengurus Yayasan Sedhar untuk ditemubual secara langsung di studio TV Al HIJRAH dalam rancangan Assalamualaikum pada 18 Januari 2015 yang lalu.
10
|
rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.
WARGA KERJA
Pandan Indah AMPANG
â–˛ Gambar kenangan peserta yang mengambil bahagian dalam Kursus Amali Pengurusan Jenazah ini. Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my
|
11
12
|
rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.
Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my
|
13
WARGA KERJA
Taman Shamelin Perkasa CHERAS
Perarakan Maulidur Rasul
Oleh : Zamri Dato’ Basri
S
empena Maulidur Rasul pada hari Sabtu, 12 Rabiulawal 1436 Hijrah bersamaan dengan 3hb. Januari 2015, warga kerja di ibupejabat telah mengadakan Perarakan Maulidur Rasul pada hari lsnin, 5hb. Januari 2015. Walaupun dalam jumlah yang kecil, perarakan ini memberikan makna yang besar bagi memperingati ulang tahun kelahiran baginda Rasulullah SAW. Acara diteruskan dengan ceramah bertajuk “Hari Kebangkitan” yang disampaikan oleh Ustaz Zahari.
Alor Setar KEDAH
IBU
Oleh : Zamri Dato’ Basri
P
UMUM
agi Sabtu, 01 November 2014. Jam menunjukkan waktu 9.15 pagi. Saya menyusuri Jalan Datuk Syed Ahmad di Alor Setar, Kedah. Menziarahi seorang insan yang bernama Hajah Salmiah. Akhirnya saya sampai ke rumahnya setelah hampir separuh jalan ini saya tempuhi. “Assalamualaikum...” saya memberi salam. “Waalaikumusalam...” dijawab oleh seorang wanita dari dalam rumahnya. Saya memperkenalkan diri dan dipelawakan masuk ke dalam rumah. Hajah Salmiah binti Abdullah atau lebih selesa dipanggil dengan nama ‘Tok Tam Salmiah’. Masih sihat dan mempunyai daya ingatan yang baik pada usia 87 tahun. Beliau dilahirkan pada tahun 1927. Kini beliau tinggal bersama anak perempuannya, Cik Fuzah. Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ibrahim, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Rahman Brothers dulunya pernah dipelihara oleh Tok Tam Salmiah di sekitar tahun 1953 sehingga ke tahun 1960. Menjadi ibu angkat di kala Dato’ Hj. Abd. Rahman memulakan persekolahan beliau di Sekolah Melayu Alor Merah. Tok Tam Salmiah mempunyai hubungan keluarga di sebelah ibu kandung Dato’ Hj. Abd. Rahman. Menurut ceritanya yang mempunyai 5 orang anak yang masih hidup, “Senang menjaga Dato’ Hj. Abd. Rahman ni, sebab dia baik dan tak memilih makanan. Apa yang disajikan, itulah yang dia makan. Ada masa lapang, dia mainlah dengan kawan-kawan yang sebaya dengan dia. Sampai sekarang pun dia ada datang ziarah Tok Tam bila balik ke Alor Setar”. Itulah di antara ceritanya mengenai Dato’ Hj. Abd. Rahman yang telah dijaga dan dididiknya pada awal zaman persekolahan Dato’ Hj. Abd. Rahman.
▲ Penulis bergambar kenangan bersama Hajah Salmiah binti Abdullah di kediaman beliau.
14
|
Hampir satu jam saya berbual dengan Tok Tam Salmiah dan setelah menjamah kuih- muih yang dihidangkan, saya pun bermohon untuk pulang. Sempat juga saya merakamkan gambar-gambar kenangan bersama Tok Tam Salmiah untuk diabadikan di dalam buletin Rahman Brothers ini. Semoga beliau terus dikurniakan kesihatan yang baik dan umur yang diberkati. Insya Allah.
rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.
SUDUT ILMU
Buletin RAHMAN BROTHERS
NUKILAN UNTUK SEORANG IBU
Sumber : Koleksi dhar
Orang kata aku lahir dari perut mak! (Bukan orang kata, memang betul) Bila dahaga, yang susukan aku... Mak. Bila lapar, yang suapkan aku... Mak. Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku... Mak. Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut... Mak. Bila bangun tidur, aku cari... Mak. Bila nangis, orang pertama yang datang... Mak. Bila nak bermanja, aku dekati... Mak. Bila nak bergesel, aku duduk sebelah... Mak. Bila sedih, yang boleh memujukku hanya... Mak. Bila nakal, yang memarahi aku... Mak. Bila merajuk, yang memujukku cuma... Mak. Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah... Mak. Bila takut, yang tenangkan aku... Mak. Bila nak peluk, yang aku suka peluk... Mak. Aku selalu teringatkan... Mak. Bila sedih, aku mesti telefon... Mak. Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu... Mak. Bila bengang, aku suka luah pada... Mak. Bila takut, aku selalu panggil... “ Mmaaakkkk!” Bila sakit, orang paling risau adalah... Mak. Bila nak menduduki peperiksaan, orang paling sibuk juga... Mak. Bila buat hal, yang marah aku dulu... Mak. Bila ada masalah, yang paling risau... Mak. Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ini... Mak. Yang selalu masak makanan kegemaranku... Mak. Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk... Mak. Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku... Mak. Yang selalu berleter kat aku... Mak. Yang selalu puji aku... Mak. Yang selalu nasihat aku... Mak. Bila nak kahwin, orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Mak. Ucapan azimat mak “Biar orang tak sayang kamu... Mak sayang kamu” Kini aku ada pasangan hidup sendiri. Bila seronok, aku cari, pasanganku. Bila sedih, aku cari, Mak. Bila berjaya, aku ceritakan pada, pasanganku. Bila gagal, aku ceritakan pada, Mak.
Renungkan : “Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja, bolehkah kau kirim wang untuk mak, “Mak bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah .” Berderai air mata jika kita mendengarnya. Tapi kalau mak sudah tiada... “MAKKKKK! RINDU MAK! RINDU SANGAT!” Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya! Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya! Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya! Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya! Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya! Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya! Dan akhir sekali... berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya! Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu: 1) Tolong pergi kedai : RM4.00 2) Tolng jaga adik : RM4.00 3) Tolong buang sampah : RM1.00 4) Tolong kemas bilik : RM2.00 5) Tolong siram bunga : RM3.00 6) Tolong sapu sampah : RM3.00 Jumlah : RM17.00 Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama. 1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA 2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA 3) Kos airmata yang menitis keranamu - PERCUMA 4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA 5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA Airmata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,
“ Saya Sayangkan Ibu ”
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis ‘Telah Dibayar’ pada mukasurat yang sama ditulisnya.
Kasih ibu kasih sejati bawa hingga ke mati…
Bila bahagia, aku peluk erat, pasanganku. Bila berduka, aku peluk erat, Mak aku. Bila nak bercuti, aku bawa, pasanganku. Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah Mak. Bila sambut harijadi, Aku bagi hadiah pada pasanganku! Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu!” Selalu, aku ingat pasanganku! Selalu, mak ingat kat aku! Bila-bila, Aku akan telefon pasanganku! Entah bila, aku nak telefon Mak! Selalu, aku belikan hadiah untuk pasanganku! Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk Mak! Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my
|
15
Batu ¾ GOMBAK
Rahman Brothers Motor Kelana Jaya Di
RB MOTOR
pertubuhan kebajikan anak yatim dan miskin baitu saidati khadijah Gombak, Selangor.
Oleh : Zamri Dato’ Basri
Warga kerja Rahman Brothers Motor Kelana Jaya bersama kakitangan KRB yang turut serta telah berkumpul di rumah Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Baitu Saidati Khadijah pada hari Sabtu, 10hb. Januari 2015 yang lalu bersempena rangka lawatan bagi melawat dan menyampaikan sumbangan ikhlas dari pihak syarikat. Rumah kebajikan ini terletak di Batu 8¾ melalaui Jalan Pahang lama, lebih kurang 4km dari pekan Greenwood, Gombak. Pihak RBMKJ secara rombongan membawa barangan kegunaan harian seperti barangan tidur, makanan, pakaian, permainan kanak-kanak dan juga sumbangan wang tunai. Sedikit maklumat tentang rumah ini, ia menempatkan lebih kurang 22 orang anak-anak yatim, miskin dan muallaf yang berumur dalam lingkungan 5 tahun ke 17 tahun. Merupakan rumah satu tingkat berkembar dua, terdapat tempat tinggal untuk anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan secara berasingan. Penyelianya iaitu Puan Esah Bt Abdullah dan suami tinggal bersama anak-anak disini. Mempunyai jadual harian yang rapi dan teratur dari segi pembelajaran dan bimbingan islamiah. Antara kelas-kelas yang terdapat disini ialah fardhu ain, iqra’, muqaddam, bacaan yaasin, al-quran dan tazkirah, kuliah subuh, nasyid dan ceramah serta kelas tuisyen bahasa inggeris, sains dan matematik. Semoga lawatan ini dapat membantu dalam meringankan beban pihak terbabit dan diharap program seperti ini dapat diteruskan pada masamasa akan datang. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui akan sesuatu dan didoakan semoga rumah ini terus diberkati dalam membantu anakanak yatim dan miskin di sini.
16
|
rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.
Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my
|
17
WARGA KERJA
Buletin RAHMAN BROTHERS
Personaliti Pilihan
Oleh : Zamri Dato’ Basri
Muhammad Hasrilnizam bin Tamby Hasan
Mohd. Azim bin Dato’ Mohd. Zahir
Encik Muhammad Hasrilnizam adalah seorang Penolong Pengurus di Rahman Brothers Automotive Sdn. Bhd., anak syarikat KRB yang menjadi pengedar kepada kenderaan berjenama Suzuki. Beliau mula bertugas pada bulan ogos 2009 sebagai Eksekutif Jualan dan selepas itu dinaikkan pangkat menjadi Penolong Pengurus pada bulan April 2014. Sebelum menyertai Kumpulan Rahman Brothers, beliau pernah berkhidmat di awan biru sebagai Pramugara Kanan bersama dengan syarikat penerbangan Air Asia selama 5 tahun. Di masa lapang, bapa kepada dua orang anak ini gemar bermain badminton. Sukakan warna biru, masakan ibu dan isterinya sentiasa menjadi keutamaan.
Encik Mohd. Azim adalah seorang Penolong Pengurus di Rahman Brothers Motor, cawangan Kedah. Beliau telah mula berkhidmat semenjak bulan Ogos 2008 sebagai Sales Executive sebelum dinaikkan pangkat menjadi Penolong Pengurus pada bulan Mac 2012. Berkelulusan Sarjana Muda Pengurusan daripada Universiti Tun Abdul Razak dan mempunyai 2 orang cahayamata. Aktiviti Scuba Diving menjadi hobi beliau dan warna merah menjadi warna kegemaran. Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi idola En. Mohd. Azim dan Ketam Masak Lemak menjadi masakan yang digemarinya.
Noorhana binti Mohd. Arof
Norharishah binti Ahmad
Puan Noorhana atau lebih mesra dipanggil ‘Hana’ oleh rakan sepejabat adalah seorang yang selalu ceria. Beliau merupakan seorang graduan di bidang perakaunan daripada Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Memulakan kerjaya di KRB lebih 9 tahun yang lalu iaitu pada 16 Januari 2006 di bahagian akaun. Puan Noorhana yang berasal dari Gombak, Kuala Lumpur adalah anak bongsu daripada 10 adik beradik. Di kelapangan waktu, beliau gemar berbasikal, beriadah di tasik dan juga menyanyi. Ungu, pink dan merah adalah warnawarna kegemaran yang diberikan keutamaan olehnya apabila memilih warna pakaian. Puan Noorhana bercita-cita untuk membuka restoran di masa hadapan kerana baginya, memasak memberikan satu kepuasan. Kritikan dan pujian yang membina akan dijadikan panduan untuk merealisasikan impiannya. Insya Allah.
18
|
Puan Norharishah atau ‘Sha’ bertugas di bahagian Pentadbiran dan Akaun di Rahman Brothers Automotive Sdn. Bhd., Shah Alam. Beliau menyertai syarikat yang menjadi pengedar kenderaan berjenama Suzuki ini pada bulan Januari 2008. Berasal dari Kedah dan dibesarkan di Pahang, wanita tinggi lampai yang menjadi ibu kepada 2 orang cahayamata ini suka berkebun di masa yang terluang. Ketam dan Udang Galah Masak Kari menjadi juadah kegemarannya dan warna biru menjadi warna pilihan hatinya.
rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.
Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my
|
19
20
|
rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.
Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my
|
21
Sumber Tambahan : Rakaman Persendirian Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman Hj Ibrahim
Gambar-Gambar Kenangan
Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman bersama-sama kepimpinan Yayasan SEDHAR. Gambar ini dirakamkan pada 29 Januari 2015 setelah selesai mesyuarat yang diadakan di bilik mesyuarat Wisma Rahman Brothers.
YBHG. DATO’ HJ ABD RAHMAN HJ IBRAHIM
Y.Bhg Dato’ Hj. Abd. Rahman Hj Ibrahim bersama Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi ketika menunaikan Solat Jumaat di Teluk Bahang pada 06 Mac 2015
Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman ketika melawat Edaran Saga Pulau Pinang pada 6 Mac 2015
Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman bergambar kenangan bersama Dato’ Hj. Ismail Kamus
22
Y.Bhg Dato’ Hj. Abd. Rahman bergambar kenangan bersama-sama kakitangan dan para jemputan setelah selesai mesyuarat yang diadakan di blik mesyuarat Wisma Rahman Brothers.
|
Y.Bhg Dato’ Hj. Abd. Rahman bergambar bersama Dato’ Hj. Nasir Mustafa di Istana Anak Bukit pada majlis penganugerahan darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang ke 87
rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.
SUDUT ILMU
Buletin RAHMAN BROTHERS
Perjalanan Terakhir
Sumber : Koleksi dhar
~ Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati ~
Hari ini orang kita panggil dengan nama, esok nanti orang panggil kita ARWAH
Hari ini kita boleh mandi sendiri, esok nanti orang lain akan MANDI kan kita
Hari ini kita pakai pakaian yang cantik dan mewah, esok nanti kita pakai KAIN KAFAN
Hari ini kita boleh solat sendiri, esok nanti orang lain yang akan SOLAT kan kita
Hari ini kita berpijak di atas tanah, esok nanti kita terkujur di dalam TANAH
Hari ini kita bahagia bersama orang sekeliling kita, esok nanti berSENDIRIanlah kita menanti alam yang kekal abadi
WARGA KERJA
Alor Setar KEDAH
SAMBUTAN HARI KELUARGA rbm & rbtt CAWANGAN JOHOR BAHRU
Oleh : HAZLIN HANAPI
Pada 6 Mac 2015 yang lalu kakitangan Rahman Brothers Motor Sdn. Bhd (Cawangan Johor Bahru) dan Rahman Brothers Travel & Tours Sdn. Bhd. (Cawangan Johor Bahru) telah bersama-sama dalam memeriahkan Hari Keluarga yang berlangsung di Lotus Desaru Beach Resort. Diketuai oleh En Fahmi b. Dato’ Hj Abd Rahman, hari keluarga tersebut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti sukaneka, makan malam dan cabutan bertuah. Majlis begini diadakan bagi memupuk semangat untuk para kakitangan samada dalam tugasan mereka mahupun ikatan sillaturrahim. Semoga aktiviti sebegini berterusan di masa-masa akan datang.
Menawarkan pelbagai pakej menarik untuk Umrah dan juga pelancongan dalam dan luar negara rbtt.rahmanbrothers.com.my
|
23
SRI AL IMTAR
Al IMTAR adalah singkatan daripada Institusi Muraja’ah Tahfiz Ar-Rahman. Ditubuhkan pada tanggal 5 Disember 2002. Al Imtar telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 19 November 2009. Al Imtar bermula dengan pengajian tahfiz Al Quran dan kemudian telah menambah beberapa pengajiannya seperti Taska, Tadika, Sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah Rendah Islam (SRI) dan Tahfiz Al Quran berasrama. Al Imtar kini mempunyai seramai 200 orang pelajar dan kini sedang menaik taraf untuk mengembangkan lagi sektor perkhidmatan pendidikan yang berkualiti.
24
|
rahmanbrothers.com.my Ketahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.