Page 1

APRIL MEI JUN

BIL : 37 SUKU KEDUA 2013

Sukan Tahunan SRI Al Imtar 2013 Inaugural Fundraising. Initiatives In Land Acquisition & Building Development Project for Al-Manaar Mosque, London, UK The continuance future of Kumpulan Rahman Brothers Perolehan Lesen IATA. (International Airport Transportation Association) KRB Team shows bullish support at Mukhriz’s Campaign in Kedah Majlis Ihtifal KAFA dan Sukaneka Daerah Bukit Mertajam, Pulau Pinang. SPI Sedhar Sebagai Tuan Rumah

PP 14155/03/2010 (023634) NO. KDN - PP 14155/03/2010 BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37

1


BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37

2

* Layari laman sesawang RBTV youtube.com/rahmanbrotherstv bagi mengetahui pelbagai aktiviti dan berita menarik mengenai Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.

KANDUNGAN •

Sukan Tahunan SRI Al Imtar 2013

Majlis Taklimat Hibah dan Wasiat

Inaugural Fundraising. Initiatives In Land Acquisition & Building Development Project for Al-Manaar Mosque, London, UK

2013

Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat

Kuliah Dhuha. Tema : Fisabilillah

The continuance future of Kumpulan Rahman Brothers

Lawatan Rasmi DHAR ke SRI Al Imtar

Kuliah Dhuha. Hj. Shaharuddin Bin Hj. Nuruddin (G-Shah Trading)

LABBAIKALLAH HUMMA LABBAIK. Antara AMANAH dan RM1 BILLION

Malaysia Business Seminar, Dewan Matrade

Perolehan Lesen IATA. (International Airport Transportation Association)

KRB Team shows bullish support at Mukhriz’s Campaign in Kedah

Majlis Tahlil dan Sambutan Harijadi

Majlis Ilmu dan Kesyukuran Bersama Pusat Daerah Mengundi Jerlun, Kedah

Delegasi S.M. Sains Tuanku Jaafar ke SMK Negeri 1 Bukit Tinggi, Indonesia

Majlis Ihtifal KAFA dan Sukaneka Daerah Bukit Mertajam, Pulau Pinang. SPI Sedhar Sebagai Tuan Rumah

APRIL • MEI • JUN

Dari meja EDITOR....................

muka hadapan buletin

Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera. Bertemu lagi di Buletin Rahman Brothers edisi ke 37. Masa begitu pantas berlalu dan kini kita semua telah pun berada di pertengahan tahun 2013. Banyaklah peristiwa dan pengalaman pahit manis yang telah kita lalui sepanjang masa tersebut. Semuanya itu menjadi rencah kehidupan di dalam mengharungi masa kita di dunia yang fana ini. Semoga ianya akan menjadikan kita lebih dewasa dan bijaksana. Insya Allah. Bergambar di meja kerjanya, Dato’ Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim segak berbaju batik dan bersongkok sempat merakamkan gambar bagi muka hadapan Buletin Edisi ke-37. Sebelum itu Dato Hj. Abd Rahman telah selesai menghadiri majlis kesyukuran dan doa selamat sempena keberangkatan beliau ke Tanah Suci Mekah Al Mukarramah yang telah diadakan di Dewan Seri Perkasa, Masjid Al Imam Ash Shafie.

KREW

BULLETIN

Penaung Dato’Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim D.S.D.K. • Penasihat Erni Erdawaty Dato’Hj. Abd Rahman • editor Ahmad Zamri bin Dato’ Paduka Hj. Ahmad Basri • Urusetia BULETIN Intan Dianna Sazali, Zulkefli Mohd Korib Mohd Shukri Md Yatim, Noraizah Salahan, Mohd Hazli Manaf, Mohd Hidir Hassan • Foto Muhammad Aisamuddin Zainuddin • Grafik & Rekabentuk Muhammad Aisamuddin Zainuddin • Pencetak Palm Print Corporation Sdn. Bhd. 23, Jalan Lengkongan Brunei, Off Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur. • Terbitan Kumpulan Rahman Brothers Sdn Bhd (Co No. : 295253-K) No.8 Jalan 4/91A, Tmn Shamelin Perkasa, Batu 3½ Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur. • Tel +603 9281 6244 • Faks +603 9281 6276 • Laman Web www.rahmanbrothers.com.my • RBTV youtube.com/rahmanbrotherstv • E-mail : buletin@rahmanbrothers.com.my •


BULETIN BULETIN RAHMAN RAHMAN BROTHERS BROTHERS BIL.37

SUKU KEDUA EDISI

KE-37

Bulan April, Mei & Jun

Dari meja PENGERUSI EKSEKUTIF

A

lhamdulillah. Dengan izin Allah SWT, saya masih berkesempatan memberikan sepatah dua kata untuk buletin KRB edisi kali ini. Marilah kita bersama-sama bergerak ke hadapan menghadapi segala cabaran untuk masa depan yang lebih terjamin dan sejahtera. Untuk kita berjaya di dunia, kita mestilah mempunyai ilmu pengetahuan. Begitu jugalah sekiranya kita ingin berjaya di akhirat, kita mestilah mempunyai ilmu pengetahuan. Saya ingin menyeru kepada semua warga kerja KRB khususnya supaya teruslah berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan di dalam pelbagai bidang. Tanpa ilmu pengetahuan, kita akan ketinggalan di dalam banyak perkara. Begitu jugalah keadaannya di dalam bidang pengurusan, perniagaan dan pentadbiran. Dengan ilmu pengetahuanlah yang akan menjadikan warga kerja sesebuah organisasi itu berdaya maju dan mampu menjadi satu anjakan paradigma yang menjurus kepada kecemerlangan masa hadapan. Usia bukanlah menjadi penghalang untuk kita terus mencari ilmu pengetahuan. Dengan ilmu pengetahuan juga akan memartabatkan diri seseorang itu ke satu tahap yang tinggi lagi dihormati. Mencari ilmu pengetahuan itu adalah sebahagian daripada iman dan ianya merupakan satu ibadah. Bersama – samalah kita memanfaatkan segala bidang ilmu pengetahuan yang dipelajari dengan niat yang baik untuk melengkapkan diri menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Insya Allah.

Dato Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim D.S.D.K PENGERUSI EKSEKUTIF Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd.

3


4

BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37

SUKAN SRI AL IMTAR 2013 Meriah dan Berjaya

P

ada 27 April 2013 lalu Sekolah Sri Al Imtar telah mengadakan Sukan Tahunannya di Kompleks Sukan Kg Pandan Kuala Lumpur. Seramai 100 orang murid-murid semua peringkat umur telah mengambil bahagian. Sukan itu dihadiri juga oleh lebih 250 orang ibu bapa dan penjaga serta ahli keluarga murid-murid. Turut hadir ialah Yg Bhg Dato’ Hj. Abd. Rahman, Pengerusi Yayasan Sedhar dan isteri Yg Bhg Datin Hjh Sepiah Hassan. Juga hadir pada hari itu ialah Puan Erni Erdawaty serta dua orang cucu Dato’. Acara bermula pada jam 9.30 pagi dengan ucapan Pembukaan Dato’. Dalam ucapannya Dato’ mengalu-alukan kehadiran ramai ahli keluarga yang menunjukkan minat terhadap aktiviti anak-anak mereka. Ini suatu petanda yang positif. Antara acara yang dijalankan ialah lumba lari bagi semua murid, lari dalam guni, lari meniup belon dan juga lari berganti-ganti. AKAL YANG SIHAT DALAM TUBUH YANG SIHAT Semasa ucapan perasmiannya Dato’ menyatakan gembira melihat muridmurid berpeluang menjalankan aktiviti luar kelas secara aktif dan berkumpulan. Sesungguhnya aktiviti begini akan menjamin tubuh yang sihat. Kesihatan fizikal dan mental amat penting bagi setiap individu terutama muridmurid diawal persekolahan mereka. Dato’ berharap setiap ibubapa akan menentukan anak-anak mereka terus sihat dan aktif terutama dalam bidang yang sihat seperti sukan ini. Ini penting agar anak-anak mereka dijauhkan daripada aktiviti negatif yang banyak sekarang. Ibubapa juga tidak ketinggalan merakamkan aktiviti yang berjalan dengan foto dan video. PENGURUSAN BARU SEKOLAH SRI AL IMTAR Semasa ucapan perasmian Dato’ juga mengumumkan sejak 1 Mac 2013 pengurusan Sekolah Sri Al Imtar telah diambil alih oleh Yayasan SEDHAR. Tujuannya ialah untuk meningkatkan lagi kecekapan pengurusan dan perjalanan sekolah ini. Dato’ berharap semua ibubapa dan penjaga menerima baik keputusan ini dan terus memberi sokongan padu kepada Sekolah Sri Al Imtar. Dato’ menambah segala usaha sedang dijalankan oleh pengurusan baru yang cekap dan berpengalaman. Dato’ mengucapkan terima kasih kepada pengurusan dan semua guru yang bersusah payah menyedia dan mengurus sukan tahunan ini. Dato’ berharap program sukan ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang.


BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37

SUKAN SRI AL IMTAR 2013

Meriah dan Berjaya

5


6

BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37

MAJLIS TAKLIMAT HIBAH DAN WASIAT

P

ada zProgram setengah hari itu telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dato’ Hj. Abd. Rahman b Hj. Ibrahim (DHAR), Pengerusi Eksekutif Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd. (KRB) / Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sedhar. Turut hadir ialah Y.Bhg Datin Hjh Aminah dan Y.Bhg Datin Hjh Sepiah serta hampir seratus warga kerja KRB dari Kedah, Pulau Pinang, Seremban, Melaka, Johor Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat. Program ini diadakan untuk menerangkan pengertian mengenai Pengurusan Harta Secara Islam iatu Hibah dan Wasiat, dua istilah yang tidak ramai yang faham dengan betul. Untuk tujuan itu program diisi oleh dua penceramah Wasiyah Shoppe, Tn. Hj. Salehuddin Ariff yang menerangkan mengenai Harta Pusaka: Pengertian dan Hukumnya dan Encik Ariffin bin Sabirin yang mengupas mengenai Istilah Hibah dan Wasiat. Dalam ucapan pembukaannya DHAR menerangkan memahami cara pengurusan harta secara Islam ini adalah penting kerana ia akan dapat menyelesaikan banyak masalah pengurusan harta pusaka orang-orang Islam di negara kita. Tambah beliau sekarang ini terdapat lebih kurang RM52 bilion nilai harta pusaka yang masih belum diselesaikan di negara ini dan kebanyakannya harta orang-orang Islam. Walaupun ada hukum Faraid namun masih

ramai orang Islam yang tidak tahu secara halus cara sebenar perlaksanaannya kerana proses menyelesaikan pusaka ini agak rumit, memakan masa dan kosnya tinggi. Jadi amat penting semua orang Islam mengetahuinya. Melalui program ini DHAR berharap semua warga kerja KRB yang hadir akan tahu sebanyak sedikit mengenai wasiat dan hibah dan selepas ini mendalaminya lagi.

SATU LAGI PROGRAM MEMBINA MODAL INSAN KRB Sebenarnya program ini juga menepati hasrat KRB menyampaikan sebanyak ilmu kepada warga kerja syarikat disamping pengetahuan mengenai kerja seharian dan seterusnya membina jati diri warga kerja. Ini selaras dengan program membena modal insan KRB keseluruhannya.

PUNCA PERBALAHAN KELUARGA Banyak kes penyelesaian harta pusaka ini menjadi punca perbalahan keluarga sehingga dibawa ke mahkamah. Prosesnya bukan sahaja memakan masa bertahun-tahun tetapi menjadikan ahli keluarga terdekat putus silaturahim. Dengan memahami cara yang betul maka perkara begini boleh dielakkan.

SESI SOAL JAWAB PENUH MAKLUMAT Taklimat ini diikuti dengan sesi soal jawab. Warga kerja KRB yang hadir mengemukakan beberapa pertanyaan kepada Encik Ariffin yang dijawab dengan jelas. Antara yang menarik ialah dari Encik Munauwir yang bertanya kes abang yang membiayai pelajaran adiknya di peringkat universiti dan selepas adik itu meninggal, abang menuntut waris menjelaskan perbelanjaan belajar itu. Menurut Encik Ariffin ini terpulang samada semasa abang itu membiayai itu ada disebutkan dengan jelas kepada adiknya atau tidak dan ada saksi yang mengetahuinya. Jika ada penerangan begitu maka abang boleh membuat tuntutan ke atas waris. Sesi soal jawab ini diteruskan dalam suatu sesi khas dalam slot Kuliah Dhuha KRB pada Isnin berikutnya dimana sesi berlangsung hampir satu jam dimana warga yang hadir dapat penjelasan dalam lebih banyak isu lagi.

MENEPATI SUNNAH RASULULLAH S.A.W Pengurusan harta secara Islam ini sebenarnya juga adalah menepati sunnah Rasulullah s.a.w dan amat dituntut oleh agama kita. Jadi setiap individu Muslim hendaklah memberi fokus terhadap mengetahui dan mengamalkan apa yang dipelajari ini. Dengan penyelesaian yang cepat dan mudah maka pusaka yang berupa tanah, wang ringgit dan rumah dapat diagihkan dengan cepat kepada waris yang ditujukan dan secara langsung dapat menjaga kebajikan mereka. Insya Allah.


BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37

Inaugural Fundraising

Initiatives In Land Acquisition & Building Development Project for Al-Manaar Mosque, London, UK

On 14th of June 2013, Kumpulan Rahman Brothers had organized Fundraising Initiatives in Land Acquisition and Building Development Project for Al-Manaar Mosque in London, United Kingdom. The event was held in Kelab Darul Ehsan, Selangor and was attended by the Executive Chairman, Dato’ Hj. Abd Rahman Hj Ibrahim, Vice President Puan Erni Erdawaty, Dato’ Hj. Ikram, Puan Hajah Hashimah, En Hashim, Puan Mazzita, En Zulhusni and En Md Hair. There were also invited guests including Dato’ Hj. Wan Mohamad Bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz, former Jakim Director General. Mr Yousef Norden and Mr Fared Samsudeen of the Al-Manaar Mosque, London who were also involved in the Q&A session. Mr Hashim gave a presentation of the whole project. Dato’ Hj. Abd Rahman was very gracious to donate for the cause. May Allah bless everyone who participated in the event.

7


8

BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37


BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37

Majlis ini telah diadakan pada hari Rabu, 10hb. April 2013 di ibu pejabat KRB untuk meraikan warga kerja ibu pejabat yang dilahirkan pada bulan Januari, Februari, Mac dan April. Ustaz Mohd. Shukri telah diberikan tugas memimpin majlis ini yang telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 10.15 pagi. Ianya dimulakan dengan bacaan tahlil dan diikuti dengan acara memotong kek harijadi secara beramai-ramai oleh warga kerja yang terlibat. Satu jamuan ringan bersempena dengan majlis ini untuk semua warga kerja ibu pejabat KRB telah memeriahkan suasana dan merapatkan lagi silaturrahim sesama warga kerja. InsyaAllah. Didoakan semoga semua warga kerja KRB yang telah menyambut harijadi mereka pada bulan-bulan yang tersebut agar dipanjangkan usia, ditetapkan iman, dimurahkan rezeki dan beroleh kesejahteraan. Amin.

9


10

BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37


BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37

11


12

BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37

MAJLIS KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT

Sempena keberangkatan Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ibrahim ke Tanah Suci Mekah Al Mukarramah, satu majlis kesyukuran dan doa selamat telah diadakan di Dewan Seri Perkasa, Masjid Al Imam Ash Shafie, Taman Maluri pada 15 Sya’aban 1434 Hijrah bersamaan 24 Jun 2013. Majlis yang gilang gemilang ini telah diserikan dengan kehadiran warga kerja KRB, wakil-wakil anak syarikat KRB dan para tetamu undangan. Doa selamat telah disempurnakan oleh Ustaz Hj. Khairul Anuar bin Hj. Khairuddin. Ustaz Fathul Bari bin Mat Jahya telah dijemput untuk menyampaikan ceramah beliau pada majlis ini. Dato’ Hj. Abd. Rahman seterusnya telah sudi menyampaikan sumbangan beliau sempena bulan Ramadhan kepada masjid-masjid dan surau-surau yang terpilih. Sebelum majlis ini berakhir dengan jamuan makan tengahari, Dato’ Hj. Abd. Rahman dan Datin Hajah Aminah telah meraikan ulangtahun perkahwinan mereka pada sesi memotong kek. Seluruh warga kerja KRB sentiasa mendoakan semoga Dato’ Hj. Abd. Rahman akan terus dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia oleh Allah S.W.T untuk terus menerajui KRB. Insya Allah.


BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37

The continuance future of Kumpulan Rahman Brothers Words of Wisdom of Yang Berbahagia Datin Hajjah Aminah about the future and meaningful advice to the next generation

F

irst of all, it is highly recommended by Yang Berbahagia Datin Hajjah Aminah for all us to read the upcoming autobiography of DHAR. Not only that, Datin commented that one should study in depth of the challenges and how DHAR and Kumpulan Rahman Brothers evolved from a completely small business into an empire as what it is presently. Another book mentioned was “Jutawan Laluan MARA” as guidance for those who want to succeed in the business world. It had been a smooth ride from the beginning as Datin Aminah reminisced off the sheer hard work, tenacity and perseverance shown from DHAR. She told of how hard life was when they themselves were the workers as well as the boss when they could not afford to employ workers early on. They had to sleep at their business premise at night and worked at the same place in the daytime. One thing in her mind currently is that through DHAR illustrious leadership, things seems to work very well and she clearly wants this trend to continue. On a personal level, for those who know DHAR, being in a big family is not a problem for DHAR. He knows how to balance his precious time wisely and importantly focus on the spiritual sides of life. At 67, he still wakes up at 4am everyday for his prayers and starts his day as early as he can. In fact, lately with more corporate social responsibility projects and the commencement of Yayasan SEDHAR in the last few years, he seems to have become busier, said Datin. And for those who want to follow DHAR footsteps, Datin advised that sincerity is the most important aspect in order to do well in their life and thereafter. Datin also urged all of us to change our attitude as it will benefit our life tremendously. Candidly, Datin wanted to share some light moments with us when asked about the best holiday moments together. Datin expressed that up till now, she had never experienced a holiday without work and businesses of DHAR or KBR taking place in between. She simply called it, “working holiday, never a holiday”. With a bright smile and contented laugh, albeit she was not in the absolute pink of health, Datin concluded with prayers and words of gratitude.

Kuliah Dhuha

Hj. Shaharuddin Bin Hj. Nuruddin (G-Shah Trading) Berkenaan barang / produk makanan dan bahan gunaan yang Halalan Tayyiban YBhg. Dato’ Hj. Abd. Rahman mengingatkan para hadirin supaya lebih berwaspada dengan produk-produk makanan yang tidak menepati syariat islam. YBhg. Dato’ Hj. Abd. Rahman juga menyatakan tentang kepentingan untuk beristighfar pada setiap masa agar senantiasa membersihkan jiwa dan besiap untuk kematian. • Ada kajian menunjukkan bahawa terdapat 90% barang makanan yang terdapat di pasaran tetapi hanya 10% yang boleh dimakan oleh orang muslim. • Orang muslim patut mengelakkan dari membeli produk makanan yang mempunyai bahan emulsifier kimia yang ditanda E471. Hj. Shahruddin memberikan beberapa contoh produk makanan sedia ada yang tidak mematuhi syariat islam. Hj. Shaharuddin Bin Hj. Nuruddin dijemput untuk memberikan ceramah berkaitan produk halal

• Tayyiban juga dinilai dari beberapa segi iaitu dari tempat diproses, asal/sumber produk, cara pemprosesan, jaminan kualiti dan pekerja-pekerja yang memproses.

Jika diteliti di belakang produk makanan, Hj. Shahruddin mengingatkan semua untuk mengelakkan dari membeli apaapa yang mempunyai Formaldehyde dan Boric Acid serta apa-apa bahan kimia yang menggunakan Bovine dari segi sumbernya.

Hj. Shaharuddin juga amat kecewa kerana ramai orang muslim masih merokok walaupun tahu bahwa perbuatan itu adalah haram. Beliau memberitahu bahawa pemprosesan rokok melibatkan tembakau direndam di dalam rum! Dari segi sejarah pula, Raja Peranchis, Raja Louis ke-16, menggunakan lemak musang untuk digunakan sebagai minyak wangi!

13


14

BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37

PEROLEHAN LESEN IATA (International Air Transport Association)

Rahman Brothers Travel & Tour Sdn Bhd (RBTT) kini dalam proses mendapatkan lesen International Air Transport Association (IATA). IATA adalah sebuah badan yang mewakili, memimpin dan berkhidmat dalam industri penerbangan. Tujuan utama IATA ditubuhkan adalah bagi memastikan dan menyediakan pengangkutan yang selamat untuk para penumpang. RBTT telah mendapat maklum balas yang positif dari pihak IATA bahawa permohonan RBTT pada dasarnya layak dipertimbangkan. Pertubuhan itu juga telah membuat pemeriksaan di pejabat RBTT di Damansara. Pemeriksaan ini adalah bertujuan untuk melihat keadaan pejabat RBTT dan sistem tempahan tiket penerbangan yang digunakan oleh pihak RBTT memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak IATA. Buat masa sekarang RBTT mengendalikan sistem Galeleo dan Abacus bagi urusan tempahan tiket penerbangan. RBTT memiliki tenaga kerja mahir dalam bidang ticketing iaitu Puan Aida Kassim dan Puan Melinda yang masing-masing mempunyai pengalaman dalam bidang ini. Hasil pemeriksaaan dan pemantauan tersebut, penilaian yang diberi oleh pertubuhan ini melayakkan RBTT untuk memperolehi lesen IATA. Setelah pemeriksaan dan pemantauan premis dijalankan, pihak IATA kemudiannya mengadakan perjumpaan dengan pegawai RBTT pada 8 April 2013. Puan Aida Kassim dan Cik Nurazima Azira telah menghadiri perjumpaan tersebut bersama pegawai dari beberapa agensi pelancongan yang lain. Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah bagi menerangkan peranan dan fungsi pertubuhan tersebut dalam bidang industri pelancongan, kelebihan dan kebaikan mempunyai lesen IATA kepada pihak agensi pelancongan serta membincangkan proses dan prosedur IATA dari aspek pembayaran, komisyen , penalti dan pembatalan lesen IATA. Sebagai makluman, pejabat operasi IATA di Malaysia telah berpindah ke Singapura dan segala permohonan berkaitan IATA diuruskan oleh pihak pengurusan IATA yang beroperasi di Singapura.

DELEGASI S.M. SAINS TUANKU JAAFAR KE SMK NEGERI 1 BUKIT TINGGI, INDONESIA 25 - 28 April 2013

Pada 25 - 28 April 2013 yang lalu, Rahman Brothers Travel & Tours Sdn Bhd (RBTT) telah menerima satu panggilan yang cukup menggembirakan daripada Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (SMSTJ), Kuala Pilah apabila Puan Salwati selaku penyelaras program menyatakan bahawa pihak Kementerian Pendidikan telah meluluskan program delegasi ini. Program ini, telah dirancang oleh pihak sekolah sejak bulan Februari. Pihak sekolah telah memaklumkan kepada RBTT untuk mengendalikan program ini. Alhamdulillah rezeki kepada pihak RBTT, dapat mengendalikan program delegasi ini. Program ini telah dipimpin oleh Cik Nurazima Azira Abdul Aziz sebagai Tour Coordinator dan turut dibantu oleh kumpulan RBTT. Rombongan ini diketuai oleh Pn Noorizan Abd Latif, Pengetua SMSTJ, bersama empat orang guru pengiring, seorang kaunselor, dan 23 orang pelajar. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar dan bertukar-tukar pengalaman terhadap cara-cara mengendali dan pembaikan komputer riba dan projektor dengan teknik yang betul. Para pelajar memberi perhatian dan tumpuan secukupnya sepanjang penerangan diberikan dan juga semasa pembelajaran teori dan teknikal. Sepanjang pembelajaran secara teori, para pelajar mencatat dan saling bertanya kepada guru di SMK Negeri 1 Bukit Tinggi. Ketika sesi pembelajaran secara amali pula, para pelajar diberi peluang untuk melihat sendiri bagaimana teknik memperbaiki komputer riba dan projektor dengan betul. Selain itu, para pelajar juga diberi peluang untuk memperbaiki komputer riba dan projektor milik sekolah mereka yang telah dibawa dari Malaysia. Ternyata program ini membuahkan hasil apabila projektor tersebut berjaya dibaiki oleh para pelajar SMSTJ. Selesai program teknikal, para pelajar berpeluang melawat beberapa lokasi pelancongan yang menarik di Bukit Tinggi dan Padang. Rombongan ini telah dibawa melawati Anai Valley Waterfall, Minangkabau Documentation Centre, Kota Gadang, Panorama Park, Sianok Canyon, Clock Tower, Padang Beach, Siti Nurbaya Bridge, Old Padang Town dan membeli belah di Pasar Atas. Para pelajar dan guru tidak melepaskan peluang menikmati telur penyu dan air kelapa semasa lawatan di Padang Beach. Ketika di Minangkabau Documentation para pelajar memberi tumpuan yang penuh sepanjang taklimat yang diberikan oleh pemandu pelancong (rakyat tempatan) Pak Ilham dari Abadi Tours Sdn Bhd yang menerangkan adat dan budaya masyarakat Minang. Alhamdulillah, sepanjang tempoh perjalanan dan program ini berlangsung, pihak guru banyak membantu dan memberi kerjasama yang mantap bagi menjayakan program ini. Pihak RBTT mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pengetua SMSTJ Pn Noorizan Abd Latiff, Pn Salwati Setia, En. Kamarulzamri Bakar, En. Azizan Hassan, En Razali Ahmad serta para pelajar SMSTJ yang memberi kepercayaan dan banyak membantu pihak kami bagi mengendalikan program ini dengan jayanya. Kami juga mengucapkan selamat maju jaya kepada para pelajar dan seluruh warga SMSTJ.


BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37

Majlis ini telah diadakan pada 01hb April 2013 sempena ulang tahun yang pertama Kuliah Dhuha yang diadakan di ibupejabat KRB. Ianya telah dimulakan pada jam 11.00 pagi dengan bacaan Al Quran yang telah diperdengarkan oleh Tuan Hj. Khairuddin bin Hj. Mohd. Khir. Tetamu-tetamu VVIP, warga kerja Rahman Brothers Motor Kelana Jaya dan Rahman Brothers Automotive Shah Alam mulai tiba pada jam 11.15 pagi. Ustaz Mohd. Shukri telah diberikan tugas sebagai ‘Master of Ceremony’ untuk majlis ini. Pengerusi Eksekutif KRB, Yang Berbahagia Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ibrahim telah memberikan ucapan aluannya sebaik sahaja semua tetamu mengambil tempat masing-masing. Di antara tetamu-tetamu VVIP yang hadir termasuklah Prof. Madya Dr. Musa bin Fathullah Harun, Ustaz Datuk Md. Daud bin Che Ngah dan Ustaz Mohd. Fairus bin Shuaib, Imam Masjid TTDI Jaya. Ceramah yang bertajuk “Fisabilillah” telah disampaikan oleh Ustaz Datuk Md. Daud bin Che Ngah. Gaya penyampaian beliau begitu menarik perhatian para hadirin dan ada kalanya begitu mencuit hati. Majlis ini menjadi lebih berseri dengan alunan Nasyid yang telah dipersembahkan oleh warga kerja Rahman Brothers Motor Kelana Jaya. Persembahan Nasyid ini telah diketuai sendiri oleh Tuan Hj. Hamdan bin Hj. Mohamed, selaku Pengurus Besar Automotif. Sebelum majlis ini berakhir dengan jamuan makan tengahari, Dato’ Hj. Abd. Rahman telah sudi menyampaikan cenderamata kepada tetamutetamu VVIP yang hadir.

15


16

BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37


BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37

17


18

BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37

LABBAIKALLAH HUMMA LABBAIK Antara AMANAH dan RM1 BILLION

A

khir-akhir ini kita kerap mendengar di sana sini jemaah mendakwa ditipu syarikat atau agen pengendali pakej umrah. Bentuk ‘penipuan’ datang dalam pelbagai rupawajah. Janji lain dapat lain, sepatutnya terbang hari ini tangguh tarikh lain. Lebih menyedihkan kapal terbang yang ditunggu-tunggu tak muncul-muncul, duit dah dibayar rupa-rupanya agen dah lari. Ironinya sebahagian besar mereka yang terlibat terdiri dari kelompok sederhana yang mengumpul wang saban tahun untuk sampai ke Tanah Suci. Persoalannya kenapa ini berlaku. Pihak mana yang harus dipertangungjawabkan. Bagi operator, dalam menyantuni ‘Dhuyufurrahman’ (Tetamu Allah) pastinya ada cabaran dan ujian dilalui tatkala menjejak kaki di Tanah Suci. Jemaah terkandas di lapangan terbang, berjam-jam menunggu daftar masuk bilik, sesat dan terpisah dari kumpulan semasa tawaf dan saie, wang saku dalam genggaman jemaah tiba-tiba lesap serta seribu satu kisah yang boleh kita dengar sebaik jemaah kembali dari Tanah Suci. Apakah hikmah dan falsafah disebalik semua ini. Kita berikrar dan berakujanji menjadi tetamu Allah melalui lafaz …labbaikallah humma labbaik. Apakah benar ikrar dan akujanji lahir dari senubari yang luhur lagi ikhlas. Kalaulah benar bagai dilafaz, maka hak Allah pula untuk menguji sejauhmana kita benar-benar mahu dipilih masuk kumpulan ‘Dhuyufurrahman’. Bentuk ujian dan dugaan pastinya berbeza antara seorang jemaah dengan jemaah lain termasuklah mereka yang terlibat sebagai pemudahcara dari syarikat pengendali jemaah. Merujuk maklumat dari pihak BUMITRA selaku persatuan yang memayungi syarikat pelancongan milik bumiputra, nilai pasaran umrah meningkat dari setahun ke setahun dan kini melebihi RM1 billion setahun. ‘Kek’ ini dikongsi bersama lebih 56 syarikat operator berlesen dengan bilangan jemaah lebih 200 ribu orang bagi satu musim. Ini pasti membuka mata banyak pihak khususnya mereka yang melihat perkembangan ini dari perspektif bisnez dan ekonomi. Samada sedar atau tidak perniagaan untung rugi dan amanah dipikul bersama oleh syarikat operator. Rasionalnya setiap perkhidmatan ada kos dan upahnya. Bukan nama bisnes kalau tidak berhajatkan keuntungan namun ia perlu seiring dan ditunjangi dengan sifat amanah. Selaku syarikat operator yang menyantuni setiap Tetamu Allah, mereka adalah amanah dan pilihan Allah. Jangan jadikan nawaitu bisnes dan kira-kira untung-rugi penghalang untuk menunaikan amanah. Jangan kerana mengejar keuntungan sanggup menipu jemaah. Peluang dan amanah terpilih menyantuni Tetamu Allah harus dijaga agar ianya tidak ditarik balik oleh Allah. Sedihnya ada sebahagian mereka yang tidak bertanggungjawab ‘memujuk’ jemaah menerima segala kesulitan dan dugaan Allah yang dihadapi sebagai takdir sedangkan sebenarnya apa yang berlaku adalah kesilapan mereka yang tidak dapat menunaikan janji-janji yang telah diakadkan kepada jemaah.

Menyedari fenomena dan cabaran inilah, dalam menyantuni Dhuyufurahman, Edisi Kembara Mencari Keredhaan Allah kelolaan RBTT pada kali ini sekali lagi menegaskan bahawa kebajikan jemaah tetap menjadi keutamaan. Bagi menjamin keselesaan dan kebajikan jemaah, RBTT tidak menjanjikan kesempurnaan tetapi beriltizam dengan prinsip tiada kompromi dalam aspek kualiti perkhidmatan dan kebajikan. Pihak pengurusan syarikat RBTT menga-alukan sebarang komen dan cadangan bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan yang kami tawarkan. Kunjungi laman web kami atau facebook kami di alamat facebook.com/RahmanBrothers atau hubungi pegawai kami bagi mendapat maklumat lanjut berkaitan pakej-pakej yang ditawarkan. PEJABAT URUSAN RAHMAN BROTHERS TRAVEL & TOURS SDN BHD (Co. No 226020-D) (KPL / LN : 2421) No. 65 Jalan Meranti Merah, Melodies Garden 80250 Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Tel : 07-3331176 / 1173

|

Faks : 07-332 1321

KUALA LUMPUR No. 8, Jalan 4/91A, Taman Shamelin Perkasa,56100 Kuala Lumpur, Malaysia. facebook.com/RahmanBrothers www.rbtt.rahmanbrothers.com.my Tel : 03-9200 5200 / 5201 Faks : 03-9200 5202

Talian Bebas Tol

1-300-229-277 UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: Kuala Lumpur : Pn. Hjh. Nor Hashimah 012-2380355, En. Mohd Shukri 012-2391334 Ust Hj Khairul Anuar Al-Hafiz 019-3866499 Cik Nurazima Azira 014-9052166, En. Azizi Amat Tarindi 012-4614369

Johor : Pn. Noraiza 012-7617142, Cik Shafiqah 013-7589031 Tel: 07-333 1176 / 07-333 1173

Pulau Pinang : En. Munawwir Tel: 019-3113122 04-397 7996 / 04-397 9696

Perak : Pn. Mazzura Tel: 012-208 8078

Negeri Sembilan : En. Mohd Nazrin Tel: 012-634 6969

Melaka : Hj. Yusof Abdol Tel: 012-385 4734


BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37

LABBAIKALLAH HUMMA LABBAIK

Y.Bhg. Dato’ Hj Abd Rahman Ibrahim bersama Hj Hamdan Mohamed sempat bergambar bersama jemaah En Ismail Yusof dan En Ismail Othman dari RBM yang akan berangkat ke Tanah Suci.

Jemaah dibawa ziarah sekitar Jabal Thur semasa dalam program Ziarah Luar di Mekah dan menunaikan umrah bermiqat di Ja’ranah.

Jemaah sempat di bawa ziarah ke Ladang Kurma, Madinah. Ustaz Shukri bersama Encik Ismail dan Encik Sulaiman sedang menikmati kurma muda yang dipetik terus dari pokok.

Jemaah sempat abadikan pertemuan di Jabal Uhud, Madinah bersama Mutauwif, Ustaz Adam dan Ketua rombongan Ustaz Shukri.

Bergambar di pintu keluar Masjid Nabawi selepas program Ziarah Dalam di sekitar Masjidil Nabawi, Madinah.

Tidak sah sekiranya jemaah tidak singgah ladang unta semasa dalam perjalanan program ziarah Hudaibiyah. Kelihatan Ustaz Shukri sedang membantu peniaga susu unta melayani rombongan jemaah dari Rahman Brothers.

Sebelum berlepas balik ke Tanah Air, jemaah dibawa melawat sekitar Jeddah dan singgah di Masjid Terapung, di tepi perairan Laut Merah, Jeddah.

Tiba di Gua Hira’ dan sempat menunaikan solat maghrib berjemaah di Puncak Jabal Nur.

19


20

BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37

KRB Team shows support at Mukhriz’s Campaign in Kedah

F

rom the 30th of April till 3rd of May, Kumpulan Rahman Brothers headed by its Executive Chairman, Dato’ Haji Abdul Rahman and accompanied by Datin Nur and a number of KRB staff from the Kuala Lumpur HQ went to Ayer Itam, Kedah and surrounding areas to show our support for Dato’ Paduka Mukhriz Tun Dr Mahathir’s candicacy for the next ADUN and Menteri Besar of Kedah. Joining them throughout the campaign was our Regional Manager, Mr Munauwir Mohd Khir. We were blessed to have our European Market Sales Rep, En Mohd Khir Ibrahim to be on board of our political contribution. Most were stationed nearby homestay and we coordinate our activities to tally the campaign trail. We started off on the 1st with an exceptional walkabout around the villages nearby.

As we waited for Dato’ Paduka Mukhriz’s convoy, the atmosphere was ecstatic and people from all kind of walks, standing by the roadside eagerly. Then we were surprised when Dato’ Mukhriz came with a “flotilla” of motorbikes and Dato’ Haji Abdul Rahman was the first to congratulate Dato’ Mukhriz and gave a few good words. As we followed behind the flotilla, we were then stopped at a house was being built for a villager who faced hardships and everyone recited doa so that the house would be completed as planned. Then, flanked with BN Jerlun Parliament candidate Dato’ Othman Aziz and supporters, we went to a BN ceramah where Dato’ Paduka Marina Mahathir also made an appearance. She even spent quite some time talking to our representative, divulging wide perspectives of current political climate.

To those who went all out, despite high humidity, blazing hot sun and torrential rain for the duration of the campaign, day and night, kudos and appreciation aren’t enough to be said. We even went as far as Perlis to show our support to another BN candidate, Ustaz Dr Fathul Bari of the DUN Sanglang candidate. Notwithstanding our unbiased stance, we also met up and had dinner with a Pas Adun and Parliament candidate who is related to Dato’ Hj. Abdul Rahman. We also met the then Mufti Negeri Perlis Dato’ Hj. Mat Jahya for a lunch and for the prayer book collaboration in time of the launch of Dato’ Haji Abdul Rahman’s autobiography. As we are all aware by now, Dato’ Paduka Mukhriz Tun Dr Mahathir not only has won the election but also had been installed as the new Menteri Besar of KedahDarul Aman. That’s just icing on the cake and made this wonderful journey even sweeter!

Dato’ Paduka Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir (born November 1964) is a Malaysian politician and the third son and fifth child of former Prime Minister of Malaysia, Tun Dr. Mahathir and Tun Dr. Siti Hasmah. He is currently the Menteri Besar (Chief Minister) of the State of Kedah. He was previously a federal government deputy minister and has held various posts in several business firms, which include Opcom Holdings,[1][2] Kosmo Tech[3] as well as the Malaysian Franchise Association.[4] He is also the executive director of Perdana Peace Global Organisation.


BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37

21


22

BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37


BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37

23


24

BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37


BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37

25


26

BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37

YBhg. Dato’ Hj. Abd. Rahman bergambar kenangan bersama-sama (dari kiri) En. Muhammad Sulhi (PERKIM), Dr. Abdul Karim (Libya) dan Prof. Jamala Ahmad ketika lawatan mereka di ibu pejabat Kumpulan Rahman Brothers pada 19 Jun 2013.

YBhg. Dato’ Hj. Abd. Rahman bergambar bersama-sama kakitangan Kumpulan Rahman Brothers di kawasan tapak pembinaan Masjid Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah.

YBhg. Dato’ Hj. Abd. Rahman bersama-sama Ahli Lembaga Pengarah Rahman Brothers Motor selepas selesai Mesyuarat Agung RBM yang berlangsung di Hotel Concorde, Shah Alam pada 24 April 2013.

YBhg. Dato’ Hj. Abd. Rahman sempat beramah mesra dengan Tan Sri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar dan juga para tetamu kehormat selepas selesai upacara perasmian Malaysia Business Seminar di Dewan Matrade pada 18 April 2013.

Pertemuan tetamu istimewa di antara YBhg. Dato’ Hj. Abd. Rahman dengan En. Awang (London) ketika menjamu sarapan di Majlis Taklimat mengenai Pengurusan Harta Secara Islam dengan fokus kepada ‘Hibah dan Wasiat’ di Masjid Al Imam As Shafie Taman Maluri, Kuala Lumpur pada 15 Mei 2013

YBhg. Dato’ Hj. Abd. Rahman beramah mesra bersama tetamu jemputan Majlis Ihtifal dan Sukaneka Daerah Bukit Mertajam, Pulau Pinang di SPI Sedhar.


BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37

YBhg. Dato’ Hj. Abd. Rahman bersama-sama Tn. Hj. Shaharuddin dalam usahasama perjanjian untuk tanah muatan, Negeri Sembilan yang diberikan kepada Tn. Hj. Shaharuddin.

YBhg. Dato’ Hj. Abd. Rahman, Tn. Syed Zahir dan Tn. Hj. Khairuddin mengabadikan kenangan bersama-sama deligasi dari London iaitu Mr Yousef Norden and Mr Fared Samsudeen. Kehadiran mereka ke ibu pejabat Kumpulan Rahman Brothers bertujuan untuk mengeratkan usaha sama bagi membangunkan Masjid Al-Manaar, London.

YBhg. Dato’ Hj. Abd. Rahman bergambar kenangan bersama tetamu kehormat dan juga kakitangan Kumpulan Rahman Brothers setelah selesai Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat sempena keberangkatan Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ibrahim ke Tanah Suci Mekah Al Mukarramah di Dewan Seri Perkasa, Masjid Al Imam Ash Shafie, Taman Maluri pada 15 Sya’aban 1434 Hijrah bersamaan 24 Jun 2013.

Pertemuan yang bersejarah di antara YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan YBhg. Dato’ Hj. Abd. Rahman, Pn. Erni Erdawaty, En. Yazri dan Pn. Nor Hashimah diabadikan sebagai kenangan terindah. Pertemuan ini bertujuan untuk menjemput YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi merasmikan Autobiografi Dato’ Hj. Abd. Rahman Hj. Ibrahim yang bakal dilancarkan pada bulan Julai akan datang.

Ketika berlangsungnya Sukan Tahunan SRI Al-Imtar 2013. YBhg. Dato’ Hj. Abd. Rahman dengan berbesar hati telah menjadi pengadil bagi acara tarik tali yang menampilkan peserta dari pilihan guru-guru SRI Al Imtar dan juga ibu bapa.

YBhg. Dato’ Hj. Abd. Rahman bergambar bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Jerlun selepas selesai majlis tahlil dan doa selamat anjuran bekas pegawai Kemas Jerlun pada 2 Mei 2013

27


28

BULETIN RAHMAN BROTHERS BIL.37

U L E B

L A N I F M

BULETIN RAHMAN BROTHERS APR-MAY-JUN 2013  

BULETIN RAHMAN BROTHERS APR-MAY-JUN 2013 Issue

Advertisement