Page 1

JANUARI

FEBRUARI

MAC

BIL : 32 SUKU PERTAMA 2012

PP 14155/03/2010 (023634) NO. KDN - PP 14155/03/2010

Kepelbagaian Perniagaan Kumpulan Rahman Brothers Melalui Keusahawanan dan Kepimpinan Dato’ Hj. Abdul Rahman Hj. Ibrahim Laporan Pengurusan & Aktiviti Rahman Brothers Travel & Tours Ruangan Foto Kenangan Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim


Creative

KANDUNGAN 2012

Rahman Brothers

BULLETIN

J A N U A R I

C MMITTEE

F E B R U A R I

M A C

MUKA HADAPAN : Y. Bhg Dato’ Hj Abd Rahman Bin Hj Ibrahim berkesempatan beramah mesra dengan Perdana Menteri Malaysia Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak di Majlis CEO Lunch with Prime Minister yang berlangsung di Hotel Concorde, Shah Alam pada 1 Mei 2012. Penaung Dato’ Hj. Abdul Rahman Ibrahim

HARI INI DALAM SEJARAH KUMPULAN RAHMAN BROTHERS Kumpulan Rahman Brothers menerima kunjungan dari Dato’ Maznah bt Abdul Jalil pada 11 Januari 2010 bertempat di Ibu Pejabat Rahman Brothers dan disambut mesra oleh Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman dan seluruh warga kerja Rahman Brothers.

Penasihat Erni Erdawaty DHAR Ketua Pengarang Abd Halim Abd Razak Sidang Pengarang Urusetia Hazli Manaf, Pro. Dr. Abdul Rahim Said, Intan Dianna Sazali, Zulkefli Mohd Korib Rizal Yahya Foto Muhammad Aisamuddin Zainuddin Grafik & Rekabentuk Ryzal Mokhtar Pencetak Palm Print Corporation Sdn. Bhd. 23, Jalan Lengkongan Brunei, Off Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur. Terbitan Kumpulan Rahman Brothers Sdn Bhd (Co No. : 295253-K) No.8 Jalan 4/91A, Tmn Shamelin Perkasa, Batu 3½ Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur. Tel : +603 9281 6244 Faks : +603 9281 6276 Laman Web : www.rahmanbrothers.com.my E-mail : buletin@rahmanbrothers.com.my

2

januari • februari • mac

3.

Perniagaan Keluarga Satu Analisa Ringkas

4.

Kepelbagaian Perniagaan Kumpulan Rahman Brothers Melalui Keusahawanan dan Kepimpinan Dato’ Hj. Abdul Rahman Hj. Ibrahim

Lawatan Kerja Ilmiah Deligasi Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang ke Kuwait & Arab Saudi Bersama Rahman Brothers Travel & Tours

Berita Jemaah Umrah

6.

Lawatan ke Shanghai

12.

Maulidur Rasul Alma Jaya Bukit Mertajam

7.

Selangor MATTA Islamic Travel Fair

Majlis Penyerahan Cek Berjumlah RM15,000 Kepada Rumah Hembusan Kasturi Jalan Klang

Berita Perkembangan Masjid Abu Bakar As-Siddiq

Iklan RBTT

8.

Majlis Doa Selamat di Kediaman Baru Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman

13.

Perasmian Bangunan Baru Madrasah AtTaqwa

10.

Laporan Pengurusan & Aktiviti Rahman Brothers Travel & Tours

14.

“Yang Pergi Dihargai, Yang Datang Dirai”

Kejohanan Golf di Glenmarie Golf & Country Club

Perlantikan Peguam Dalaman En. Syed

Ruang Pameran Shah Alam

15.

Ruangan Foto Kenangan Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim

RBTT Berada di Landasan Kukuh

Kursus Intensif Ibadah Umrah Anjuran RBTT

Syukur!!! RBTT Sekali Lagi Menerima Lesen PJH 1433H

Bil : 32 Suku PERTAMA


PERNIAGAAN KELUARGA

Semua orang hendak membantu keluarga tetapi jika syarikat mengambil staf, menaikkan pangkat staf dan menggaji staf lebih berasaskan kepada hubungan keluarga dan bukan berasas kepada kebolehan, kelayakan dan prestasi sebenar staf itu, ia akan lambat laun menghancurkan syarikat.

SATU ANALISA RINGKAS

Perniagaan keluarga (family business) merupakan tunjang kepada ekonomi kebanyakan negara. Di Amerika Utara, perniagaan keluarga adalah merupakan 80%90% daripada jumlah enterprais perniagaan. Begitu juga di negara-negara Eropah, Jepun, Korea, dan negara-negara ASEAN, termasuk Malaysia.

kegagalan kepada syarikat-syarikat keluarga yang lain. Sekolah Pengurusan USM di Malaysia pun ada membuat kajian serupa bagi syarikat-syarikat di Malaysia.

mesti pandai mengadun keseimbangan yang sesuai di antara kepentingan emosi dan kepentingan perniagaan dalam operasi syarikat mereka.

Hasil kajian-kajian itu merumuskan beberapa perkara yang perlu diuruskan dan ditangani dengan baik oleh pengasas dan peneraju syarikat-syarikat keluarga tersebut iaitu:-

Menjaga Kepentingan Staf Yang Bukan Ahli Keluarga

Bahkan kebanyakan syarikat-syarikat berjenama terkenal masih tergolong dalam kategori perniagaan keluarga atau pernah satu ketika dulu merupakan perniagaan keluarga. Di antaranya ialah WALMART iaitu sebuah enterprais pasaraya berangkai yang terbesar di Amerika Syarikat yang majoriti ekuitinya dimiliki dan pengurusannya diterajui oleh keluarga Sam Walton, syarikat produk cokelat MARS yang dimiliki oleh keluarga Frank Mars dan Ford Auto Corporation yang diasaskan oleh Henry Ford. Enterprise IKEA di Holland dimiliki oleh INTEROGO FOUNDATION iaitu sebuah yayasan yang dimiliki oleh keluarga Ingvar Kamprad iaitu pengasas IKEA yang bermula di Sweden. Pengeluar-pengeluar produk kosmetik berjenama terkenal seperti Gucci, Versace, Yves St Laurent, Armani dan Ferragamo Salvatore, semuanya adalah perniagaan keluarga.

Perubahan Cara Pengurusan

Di Malaysia sendiri, 67% daripada mereka yang tersenarai sebagai yang terkaya adalah terlibat dalam perniagaan yang mereka menjadi pengasas dan peneraju kepimpinan. Di antaranya ialah Tan Sri Robert Kuok (Kuok Group), Tan Sri Ananda Krishnan (Maxis), Tan Sri Francis Tiong Lay (YTL Group), Datuk Lee Shin Cheng (IOI Group), Tan Sri Vincent Tan (Berjaya Group), Tan Sri Mokthar Al Bukhary (Al Bukhary Foundation) dan Tan Sri Azman Hashim (Amcorp Group). Definisi perniagaan keluarga ialah sebarang perniagaan (tidak kira samada ia syarikat enterprais tunggal, syarikat perkongsian, syarikat sendirian berhad ataupun syarikat berhad) yang mana majoriti pemilikan dan kawalan pengurusannya dipegang oleh sebuah keluarga dan yang mana lebih dari seorang ahli keluarga itu terlibat secara langsung dalam pengurusan operasi syarikat. Banyak kajian telah dilakukan oleh universitiuniversiti di Amerika Syarikat untuk mengenalpasti faktor-faktor penting yang telah membawa kejayaan kepada syarikat keluarga ini dan jaga faktor-faktor yang menyebabkan

Peneraju pengurusan syarikat mestilah peka dengan perubahan persekitaran ekonomi dan perniagaan semasa. Apabila syarikat mereka semakin membesar, berkembang dengan pesat dan mempelbagai aktiviti perniagaan mereka, cara syarikat diuruskan perlu beralih daripada secara usahawan (entrepreneurial) kepada cara korporat di mana peneraju pengurusan beralih daripada pengurusan mikro (micromanagement) kepada pengurusan makro dan strategik. Pengurusan Konflik Keluarga Kepimpinan perlu menguruskan konflik keluarga dalam perniagaan dengan profesional kerana ia boleh mengancam operasi syarikat. Kejatuhan empayar Tan Chong Motors adalah kerana konflik diantara 2 keluarga adik-beradik yang saling cabar-mencabar keputusan diantara mereka. Semua ahli keluarga dan kerabat yang bekerja dalam syarikat mesti tahu sempadan urusan perniagaan dengan urusan keluarga. Sistem dan kaedah komunikasi perlu diwujudkan bagi membincang dan menyelesaikan sebarang isu. Menjauhi Nepotisma Kepimpinan perlu mengelakkan budaya syarikat yang berteraskan nepotisma. Semua orang hendak membantu keluarga tetapi jika syarikat mengambil staf, menaikkan pangkat staf dan menggaji staf lebih berasaskan kepada hubungan keluarga dan bukan berasas kepada kebolehan, kelayakan dan prestasi sebenar staf itu, ia akan lambat laun menghancurkan syarikat. Sebagai contoh, jangan mengambil ahli keluarga sebagai staf hanya kerana simpati atau kebajikan. Mengelakkan Emosi Dalam Pengurusan Perniagaan Dalam menguruskan syarikat, mengenepikan emosi dalam urusan syarikat bukannya mudah terutamanya jika seseorang itu secara langsung mengendalikan ahli keluarga. Kepimpinan

Pemilik syarikat perlu sedar tiap-tiap perniagaan memerlukan campuran yang baik pelbagai orang untuk meningkatkan perniagaan. Staf yang bukan ahli keluarga memberi keseimbangan kepada syarikat kerana mereka boleh melihat perniagaan itu dari sudut yang tidak emosional. Oleh itu mereka juga perlu ada peluang untuk kenaikan pangkat dan mendapat insentif-insentif dan tidak dilayan sebagai anak tiri. Mengujudkan Rancangan Keseimbangan Syarikat (Succession Plan) Mengikut satu kajian di Amerika Syarikat 40% daripada syarikat perniagaan keluarga berjaya diteruskan oleh generasi kedua, 13% diteruskan oleh generasi ketiga tetapi harga 3% berjaya disambung oleh generasi seterusnya. Majoriti syarikat ditutup, merosot ataupun dijual selepas pengasasnya meninggal, tidak lagi berkemampuan atau bersara dari berniaga adalah kerana tidak mempunyai dan melaksanakan satu pelan penggantian / kesinambungan yang rasmi dan bertulis. Pelan ini mestilah merekodkan secara terperinci bagaimana dan bila kepimpinan syarikat itu akan dipindahkan kepada generasi seterusnya. Sebagai penutup, dicatitkan di sini beberapa syarikat yang telah begitu lama “survived” dari zaman pengasasnya sehingga sekarang. Di antaranya ialah HOSHI HOTEL di Jepun yang telah dimulakan oleh Keluarga Hoshi dalam tahun 718 dan masih diteruskan oleh Keluarga Hoshi generasi yang ke-49. Pembuat alat senjata terkenal di Italy, Beretta yang dimiliki oleh Keluarga Beretta telah ditubuhkan pada tahun 1526. Pembuat tekstil di England, John Brooke and Sons telah diasaskan dalam tahun 1541. Di Malaysia salah satu syarikat keluarga yang telah lama ditubuhkan dan masih dipunyai dan diuruskan oleh keluarga yang sama ialah Royal Selangor Pewter Sdn Bhd iaitu pembuat barang-barang daripada pewter, yang telah ditubuhkan dalam tahun 1885 dan telah melalui 3 generasi Keluarga Yong Koon.

Bil : 32 Suku PERTAMA

januari • februari • mac

3


Buletin Rahman Brothers

Nukilan oleh : Dr. Abdul Rahim Said

K

ejayaan Kumpulan Rahman Brothers (KRB) dalam mempelbagaikan perniagaan yang berpunca dari industri automotif adalah hasil dari kegigihan, keusahawanan dan kepintaran merebut peluang-peluang yang wujud oleh pengasasnya Dato’ Haji Abdul Rahman Hj. Ibrahim. KRB kini berbangga dengan perniagaan antarabangsanya, hartanah, pelancongan, francais, pembinaan, pembuatan, perumahaan dan perhotelan menjelajahi empat benua dengan perkongsian di Arab Saudi, rumah tumpangan di London, hartanah di Perth, ruang pejabat dan ruangniaga di Shanghai. Perniagaan Antarabangsa : Shanghai Dengan inisiatif Dato’ Haji Abdul Rahman (ringkasnya Dhar), sokongan serta rangsangan dari pelbagai pihak KRB berjaya bertapak di Shanghai. Melalui anak syarikatnya KRBI (Shanghai) kumpulan ini berjaya membeli sebuah ruang pejabat, kenderaan pengangkutan, gudang dan melantik beberapa kakitangan terlatih untuk menerajui perniagaan di negara China. KRBI mengimport barangan seperti kopi sagera untuk diedarkan melalui kedai runcit sekitar bandaraya Shanghai. Dhar mula memasuki negara China dalam tahun 2005 dengan hasrat membawa barangan keluaran IKS Malaysia. Setelah lebih dari tujuh tahun di Shanghai barulah nampak hasil usaha Dhar yang inginkan sebahagian daripada perniagaan diantara Malaysia dan negara China. Mulai April, KRBI akan mencapai satu lagi kejayaan dengan membangun sebuah ruang jualan runcit di dalam Prince Supermarket di Shanghai. Dinamakan MY1 Store, ruang ini akan menerajui ramai lagi kedai yang serupa di beberapa bandar besar di negara China untuk memasarkan barangan buatan Malaysia.

Gedung My1 di Prince Supermarket, Shanghai

Salah satu produk keluaran secara OEM (Original Equipment Manufacturer) yang dipasarkan oleh KRBI ialah De’Rahman Coffee dan Teh Tarik yang diperbuat di Ipoh. De’Rahman Coffee merupakan “white coffee” yang berjaya diedarkan melalui 400 buah kedai runcit di sekitar Shanghai. Berlandaskan kejayaan De’Rahman White Coffee, KRBI memperkenalkan De’Rahman Teh Tarik. Adalah diharapkan teh ini dan pelbagai barangan konsumer lain yang mula dipasarkan melalui MY1 Store akan menerima sambutan yang sama dari penduduk Shanghai. KRBI Shanghai juga memainkan peranan penting untuk mendapatkan barangan yang dieksport ke Malaysia dan Arab Saudi. Malahan pada satu ketika di dalam tujuh tahun kebelakangan ini pihak KRBI berjaya menghantar produk ke Saudi Arabia dan diedarkan dengan jayanya melalui beberapa supermarket di negara tersebut. Perniagaan Antarabangsa : Arab Saudi Di Saudi Arabia, barangan yang diimport dari Shanghai disimpan di gudang kepunyaan rakan kongsi KRB. Walaubagaimanapun KRB kini telah mengutamakan penglibatannya di dalam import barangan untuk Saudi oleh pelbagai sebab. Antaranya ialah pesaingan hebat dari pengimport Saudi sendiri. Sementara itu, KRB beralih tumpuan dari mengimpot ke pengelolaan umrah ke Mekah. Kegiatan ini melibatkan satu lagi rakan

4

januari • februari • mac

Bil : 32 Suku PERTAMA


kongsi KRB yang terkemuka di Saudi Arabia, Dallah General Trading Company yang bekerjasama untuk menyediakan urusan daratan jemaah umrah dan haji yang dianjurkan oleh RBTT (Rahman Brothers Travel and Tours). Mulai 2011 RBTT berjaya mengeluarkan visa umrah dan ziarah kepada rakyat Malaysia sebagai ejen Dallah. Penempahan hotel, pengangkutan darat, makan minum jemaah juga dikendalikan oleh Dallah General Trading Company bagi pihak RBTT. Mengikut perjanjian RBTT secara langsung menjadi rakan kongsi untuk mengendalikan urusan menempatkan pelawat Saudi ke Malaysia. Rumah Tumpangan di London Proses mempelbagaikan perniagaan baru-baru ini dapat lagi dilihat melalui perolehan sebuah bangunan rumah tumpangan yang berhampiran dengan Heathrow Airport di London. Dhar percaya langkah ini akan menjadi tapak permulaan RBTT untuk memiliki beberapa rumah tumpangan di seluruh dunia yang akan digunakan untuk menempatkan pelanggan RBTT yang bercuti di luar negara ala “Bed and Breakfast”. Pihak pengurusan KRB sedar yang pendapat Dhar adalah strategik dan telah membuat perancangan untuk mencari lagi rumah tumpangan yang lebih besar bagi menempatkan pelawat Malaysia ke London. Hartanah di Perth Sehubungan dengan itu Dhar telah juga mengenalpasti hartanah di Perth yang mungkin digunakan sebagai tapak rumah tumpangan bagi pelawat ke Barat Australia. Dalam tahun yang baru lalu, tapak pembinaan telahpun dibeli dan hanya menuggu ketika yang sesuai untuk membina bangunan bagi tujuan tersebut.

1

2

3 1. Dato’ Hj. Abd Rahman menerima cenderahati daripada pegawai Dallah General Trading Company. 2. Dato’ Hj. Abd Rahman bergambar kenangan bersama Syed Zahir bin Syed Hussin (Pak Det) di Perkarangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia, London. 3. Dato’ Hj. Abd Rahman di kawasan lombong pasir yang sedang diusahakan oleh Syarikat Rahman Brothers Sdn Bhd.

Hartanah di Malaysia Sungguhpun KRB giat maju di luar negara, kegiatan perniagaan di Malaysia tidak diabaikan. Dhar telah melabur sedikit demi sedikit dari keuntungan perniagaan otomotif dengan membeli rumah kedai, apartment, ruang pejabat, kilang, rumah kediaman dan tanah pertanian yang bakal diwarisi oleh generasi berikutnya. Sebahagian besar dari hartanah yang dipunyai oleh Dhar sendiri telahpun dipindahkan ke Yayasan SEDHAR. Bakinya, seperti tanah 300 ekar di Negeri Sembilan adalah untuk dimajukan samada sebagai kawasan sperumahan atau lading sawit. Banyak daripada unit-unit kediaman, kedai dan kilang yang nampak mendAtangkan keuntungan telah mula dijual supaya boleh dijadikan modal untuk Yayasan ataupun mengembangkan perniagaan KRB. Ruang Pameran Kereta RBM Mulai Oktober 2012, ruang pameran kereta Rahman Brothers Motors (RBM) akan siap dibina di atas salah satu daripada hartanah kepunyaan KRB di Shah Alam. Tapak pameran ini akan digunakan oleh RBM sebagai tapak tetap menggantikan tapak sementaranya di Kelana Jaya. Sitrawani-Suzuki, anak syarikat KRB dan pengedar kereta Suzuki juga turut serta mempamerkan produknya di tempat yang sama. Perumahan KRB melalui anak syarikatnya, Rahman Brothers Perumahan telah berjaya membina beberapa projek perumahan di Senawang dan bangunan SAHOCA di Kelana Jaya. tidak lama lagi RBP akan siapkan ruang pameran Proton di Rawang ruang pameran RBM/Suzuki di Shah Alam. Perniagaan Runcit Domestik Dhar yang sering mencuba mencebur di dalam perniagaan tempatan telah mengeluarkan De’Rahman Sardine melalui OEM. Sungguhpun ianya tidak dapat mengukir sebaghgian besar dari pasaran sardin dalam tin yang disaing hebat oleh 35 lagi jenama di dalam pasaran, adalah dirasakan yang langkah ini telah menampakkan penglibatan Bumiputera di dalam bidang pengeluaran makanan dalam tin.

Pengurusan Restoran Dhar juga telah melibatkan diri di dalam bidang pengurusan restoran bersama rakan kongsi di China dan Australia. Walaubagaimanapun penglibatannya ini adalah terhad dan tidak membawa keuntungan menyebabkan Dhar menjual semula sahamnya kepada pelabur lain. Francais Reliance Dan Petronas KRB melalui RBTT telah melabur dalam satu francais Reliance Travel yang bertempat di Damansara Jaya. Francais ini dapat menambahkan pendapatan RBTT melalui jualan tiket penerbangan dan penganjuran pelancongan. Baru-baru ini KRB juga telah bercadang memndapatkan francais stesen minyak Petronas di dalam Wilayah Persekutuan. Jika direzekikan KRB akan mula mengurus stesen minyak dalam pertengahan tahun 2012. Penutup Akhir kata, jelas yang Dato’ Haji Abdul Rahman memang gigih dan pintar di dalam usahanya untuk mempelbagaikan perniagaannya. Dari pendapatan otomotif beliau telah berjaya melaburkan hasil ke dalam perumahan, pelancongan, perniagaan antarabangsa dan sebagainya. Adalah dirasakan kepelbagaian perniagaan akan diteruskan sebagai satu strategi KRB dalam masa akan datang berpandukan kepimpinan, keusahawanan dan amalan Dato’ Haji Abdul Rahman Hj. ibrahim.

Bil : 32 Suku PERTAMA

januari • februari • mac

5


Buletin Rahman Brothers

Lawatan Dhar ke Pejabat KRB International Shanghai YBhg Dato Hj Abdul Rahman Ibrahim mula menceburi pasaran perniagaan di Shanghai sejak 10 tahun lalu. Sebagai langkah pertama beliau dan rakan, En Hassan telah membuka sebuah Restoran yang dinamakan Dong E Shun, kemudian diikuti sebuah syarikat konsultan, Wilson & Partner seterusnya melibatkan diri dalam bidang dagangan dan hartanah China. Pihak Martrade dan Konsulat Jeneral dan juga badan-badan kerajaan Malaysia yang lain di Shanghai telah banyak membantu dalam melebarkan rakaian perniagaan dan cawangan KRB International Shanghai. Pada Tahun 2010, KRB International telah membeli sebuah unit pejabat di tingkat 9 bangunan Kerry Everbright sebagai pejabat operasi KRB International Shanghai. Aisharuby Dhar salah seorang Pengarah Logo My1 yang dipertanggungjawabkan untuk berkerjasama dengan Madam Liu Li Ping menguruskan perniagaan dan produk dagangan disamping mempromosikan De’Rahman dan produk-produk Malaysia lain di Shanghai. Kerja-kerja pengubahsuaian di Pasaraya Prince pada 18hb Mac 2012. Ia akan memulakan operasi pada awal bulan April 2012. Pada tahun 2012, Yang Bhg Dato Hj Abdul Rahman sekali lagi melabur untuk merealisasikan impian beliau dengan menubuhkan sebuah lagi syarikat dinamakan MY1, yang mana syarikat ini bakal menjadi platform utama dalam mempromosikan dan menjual produk-produk Malaysia di Shanghai. Produk-produk De’Rahman yang telah pun dipromosikan di sana adalah seperti White Coffee, Black Coffee, Teh Tarik, Crunchy Peanut, Maruku, Durian Crips, Crumble Cashew Nut dan Sardin. Produk Malaysia yang lain seperti Coco Crunch, Serbuk Cili, Kari dan Kurma juga mengambil tempat di pasaran Shanghai. Hadiah dan cenderahati seperti beg, pakaian batik, serta ubat-ubatan turut menjadi produk utama dipasarkan di sana. My1 yang juga anak syarikat KRB International telah mula beroperasi pada bulan April dan serba sedikit akan membantu para peniaga Malaysia mempromosi dan memasarkan produk-produk mereka ke China. Produk makanan dan ubat-ubatan yang hendak dipasarkan di China harus mempunyai Sijil Pengesahan dari Kementerian Kesihatan dan mematuhi syarat-syarat Kerajaan China. My1 berkonsepkan 4 dalam 1 : 1) Menjual minuman panas dan makanan beku ( Karipap berperisa Durian, Kaya, Nenas, Ayam, Daging dan lain-lain) 2) Makanan ringan & produk kesihatan 3) Pakaian serta pelbagai jenis beg batik dan barangan cenderahati. 4 ) Ubatan herba seperti produk gamat, Tongkat Ali, Teh Rosselle, Jus Kesihatan Exfuze Seven, Raja Kayu, Lampu Garam Bukit (untuk Kesihatan) dan pelbagai jenis herba lain.

Untuk sebarang pertanyaan tentang mempromosikan produk-produk Malaysia ke pasaran Shanghai, China sila hubungi Aisharuby di talian 012-3298845.

Kedai My1, Shanghai

6

januari • februari • mac

Bil : 32 Suku PERTAMA

Produk De’Rahman


Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman memberi cenderahati kepada Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abd Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor sempena kunjungan beliau di “booth” Rahman Brothers Travel & Tours.

SELANGOR MATTA ISLAMIC TRAVEL FAIR ‘BOOTH’ RBTT DISERBU

Shah Alam, 10-12 Mac 2012 : RBTT telah mengambil bahagian dan membuka sebuah booth di Selangor MATTA Islamic Travel FAIR (SMITF) yang telah berlangsung selama tiga (3) hari berturut-turut di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam. Ribuan pengunjung telah datang dan berkunjung ke gerai-gerai yang disertai oleh pelbagai syarikat pelancongan. Ramai pengunjung yang bertandang dan singgah di gerai RBTT, kebanyakkannya berminat mengetahui pakej Umrah, pakej Inbound & Outbound yang ditawarkan oleh RBTT. Ramai pengunjung yang singgah dan meluangkan masa bersama pegawai-pegawai RBTT yang sentiasa tersenyum dan memberi layanan mesra. Kebanyakkan pengunjung berminat dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut kelebihan pakej Umrah RBTT berbanding pakej yang ditawarkan oleh syarikat pelancongan lain. Lebih 300 pengunjung singgah ke booth RBTT dan ada sebilangan daripada mereka terus membuat tempahan terutamanya dalam pakej Umrah berharga sederhana yang ditawarkan oleh RBTT. Ketika ditanya kepada seorang pengunjung tentang syarikat RBTT, secara jujur beliau memberitahu amat mengenali syarikat RBTT disebabkan oleh Dato’ Haji Abd Rahman adalah seorang usahawan yang berjaya. Menurut seorang pengunjung lagi “Siapa tidak kenal dengan Dato’ Hj Rahman, iaitu seorang usahawan berjaya, kuat bekerja dan seorang yang pemurah pula tu..” Terdapat sebilangan pengunjung yang memohon sebut harga pakej Umrah yang ditawarkan oleh RBTT. Rata-rata pengunjung yang ditemui amat berpuas hati terhadap layanan dan juga penerangan berkaitan produk daripada pegawai-pegawai RBTT. Ternyata penglibatan RBTT di SMITF memberi impak yang yang membanggakan sekaligus memperkenalkan RBTT secara lebih meluas dikalangan ribuan pengunjung yang mengunjungi ke SMITF.

Majlis Penyerahan cek berjumlah RM15,000 kepada

Rumah Hembusan Kasturi Jalan Klang

Klang, Disember 2011 : Rahman Brothers Motor Sdn Bhd (RBM) telah menyumbang sebanyak RM 15,000.00 kepada Rumah Hembusan Kasturi hasil daripada jualan kereta di Karnival anjuran RBM iaitu Rahman Brothers Motor Most Awaited Sales Of The Year. Jumlah tersebut adalah sumbangan yang dijanjikan oleh RBM kepada Rumah Hembusan Kasturi sebanyak RM500.00 bagi setiap kereta yang berjaya dijual semasa Karnival tersebut. Menurut Tuan Haji Hamdan b Haji Mohamed, Pengurus Besar Rahman Brothers Motor “Ini adalah diantara perkara kecil yang boleh kami sumbangkan kepada masyarakat dan ini bukanlah kali pertama kami membantu mereka yang memerlukan dan juga pasti bukan kali terakhir. Terdapat banyak mereka yang masih memerlukan bantuan kewangan dan kami juga berharap bahawa syarikat-syarikat yang lain juga dapat membantu mereka sepertimana kami membantu mereka.” Sumbangan tersebut di atas adalah sangat-sangat diperlukan dan amat bermakna kepada Rumah Penyayang Hembusan Kasturi yang menyediakan bantuan kepada kanak-kanak dari golongan daif, kurang bernasib baik dan keluarga bermasalah. Lawatan ke Rumah Penyayang Hembusan Kasturi bagi majlis penyampaian sumbangan diketuai oleh Y.Bhg Dato’ Haji Abd Rahman b Haji Ibrahim, Presiden Kumpulan Rahman Brothers bersama-sama dengan kakitangan Rahman Brothers Motor Sdn Bhd. Y.Bhg Dato’ dan rombongan telah diraikan oleh kanak-kanak dari Rumah Penyayang Hembusan Kasturi dengan pelbagai persembahan termasuk tarian dan nyanyian. Majlis berakhir selepas makan tengahari.

Bil : 32 Suku PERTAMA

januari • februari • mac

7


Buletin Rahman Brothers

MAJLIS DOA SELAMAT DI KEDIAMAN BARU Y.BHG DATO’ HJ ABD RAHMAN Shah Alam, 29hb Februari 2012 : Y.Bhg Dato’ Haji Abd Rahman b Haji Ibrahim, Presiden Kumpulan Rahman Brothers (KRB) atau lebih dikenali dengan panggilan DHAR telah mengadakan majlis doa selamat di kediaman baru beliau di No 8, Jalan 8, Lagenda 1, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor. Majlis tersebut diadakan bagi memohon keberkatan daripada ALLAH SWT sempena perpindahan beliau ke kediaman baru tersebut. Pelbagai acara diadakan sempena majlis doa selamat tersebut iaitu solat sunat hajat yang diimamkan oleh Sheikh Ibrahim, Qari diRaja Selangor, diikuti dengan bacaan surah yassin dan seterusnya bacaan doa selamat. Majlis jamuan turut diadakan bagi meraikan tetamu-tetamu undangan yang begitu ramai, bertaliarus datang sejak dari jam 10.00 pagi hingga ke lewat petang. Ramai tetamu khas dijemput hadir diantaranya ialah Duta Pakistan dan Palestine. DHAR telah menjemput begitu ramai tetamu terdiri daripada teman, rakan taulan, warga kerja KRB dan sanak saudara beliau. Pelbagai juadah seperti kuih-muih, buah-buahan dan terdapat beberapa gerai yang menyediakan hidangan istimewa seperti Mee Abu Pak hussin daripada Subang Jaya dan Bihun Sup Ali daripada Bandar Tun Razak turut disediakan. Suasana gerai dan juadah disusun sebegitu untuk memberi kepuasan dan keselesaan kepada setiap pengunjung disamping mewujudkan suasana tenang ketika menjamu selera. Menurut Setiausaha Jawatankuasa Penganjur En Hazli Manaf, majlis tersebut disusun sebegitu bagi mewujudkan satu kelainan daripada majlis jamuan sebelum ini iaitu suasana gerai dan santai. Pengerusi Jawatankuasa Penganjur ialah Pn Erni Erdawaty atau Boss E, Naib Presiden (Perkhidmatan) telah berjaya membentuk satu jawatankuasa yang mantap dan dedikasi bagi mengendalikan majlis yang besar dan penuh bermakna kepada Y.Bhg DHAR. Sebuah ”buggy” disediakan bagi mengangkut para tetamu dari tempat letak kereta ke kediaman DHAR. Buggy disediakan bagi memudahkan kepada para tetamu yang hadir kerana mereka terpaksa berjalan kaki dari tempat letak kereta yang agak jauh. DHAR , Boss E dan seluruh ahli keluarga tidak jemu-jemu melayani setiap tetamu yang hadir dengan penuh mesra. DHAR yang sentiasa riang dan girang tidak henti-henti melayan tetamu dan memperkenalkan Boss E itu adalah anak kesayangan beliau. Setiap tetamu yang hadir turut diberikan buah tangan sebagai tanda ucapan terima kasih di atas kesudian mereka hadir ke majlis tersebut. DHAR turut mengambil kesempatan bergambar dengan tetamu-tetamu jemputan di hadapan banner majlis sebagai kenangan majlis yang bersejarah dan bermakna bagi beliau. Jawatankuasa kerja telah bekerja keras dan berkat kerjasama semua pihak majlis tersebut telah dapat dikendalikan dengan lancar, licin dan berjaya. Pihak jawatankuasa penganjur telah berjaya mengatasi segala kesulitan yang berlaku walaupun pada saat makanan hampir habis disebabkan jumlah tetamu yang hadir melebihi jangkaan. Syabas diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa dan warga kerja KRB yang terlibat, teruskan semangat kerjasama agar majlis sebegini akan terus menjadi ingatan dan kenangan setiap pengunjung. Majlis tamat sekitar jam 7.00 malam, walaupun keletihan pihak ahli jawatankuasa kerja telah berjaya membersihkan persekitaran tapak majlis sebelum bersurai. Majlis berlangsung dengan jaya dan meriahnya, para tetamu yang hadir melebihi jangkaan, AJK yang bertugas sudah merasa bimbang apabila jam 3 petang menu utama sudah hampir habis walaupun para tetamu masih tidak putus-putus datang. Walaupun begitu syukur Alhamdulillah semuanya dapat di atasi segera oleh AJK majlis. Majlis tersebut berlangsung sehingga jam 7 malam. Walaupun penat melayan karenah tetamu semua ajk tetap bersemangat mengemas kawasan majlis yang dimulakan sebaik sahaja selesai menunaikan solat maghrib berjemaah di kediaman DHAR. Jam 8.30 malam semua AJK mula beransur pulang, Y.Bhg DHAR turut mengucapkan terima kasih diatas sumbangan ajk majlis dan memaklumkan beliau berpuashati dengan perjalanan majlis. Post morterm juga turut diadakan pada keesokan harinya di pejabat untuk membincangkan kejayaan dan kelemahan dalam majlis tersebut, begitulah DHAR yang sentiasa mahukan yang terbaik dalam segala aspek.

8

januari • februari • mac

Bil : 32 Suku PERTAMA


Bil : 32 Suku PERTAMA

januari • februari • mac

9


Buletin Rahman Brothers

LAPORAN PENGURUSAN & AKTIVITI RAHMAN BROTHERS TRAVEL & TOURS BULETIN KRB : JAN – MAC 2012

RBTT BERADA DI LANDASAN KUKUH

Peredaran masa dan persaingan yang semakin mencabar dalam dunia pengurusan pelancongan khususnya pengurusan jemaah umrah yang menjadi produk teras yang ditawarkan menuntut RBTT bergerak pantas dan lebih efisien dalam memastikan produk yang diberikan lebih berkualiti dan menjamin jenama RBTT kekal di hati pelanggan. Strategi meletakkan sasaran kualiti bukan kuantiti sebagai penanda atas prestasi syarikat, kini RBTT melangkah ke tahun 2012/1433H dengan penuh yakin dan optimis. Berbekalkan pengalaman dan komitmen pengurusan, perancangan strategik digubal dengan menggariskan beberapa pelan tindakan bersifat jangka panjang. Struktur pengurusan, sasaran KPI syarikat dan tawaran produk yang lebih menarik dan berdaya saing menjadi aspek utama bagi mengekalkan RBTT dalam kelompok agensi pelancongan pilihan ramai. Adunan barisan pegawai berpengalaman bersama kakitangan baru yang komited dan energetik adalah kekuatan dan aset utama RBTT. Barisan pelapis di bawah ‘succession plan’ bagi menggantikan pegawai yang bersara mahupun yang bertukar kerjaya membantu RBTT terus berada di landasan yang kukuh. Tunjuk ajar dan didikan ‘orang lama’ diturunkan kepada generasi pelapis khususnya dari kalangan Generasi Ke-2 (GEN2) dari keluarga Allahyarham Hj Ibrahim (Bapa kepada Y.Bhg. Dato’ Hj Abd Rahman Ibrahim, Pengerusi Eksekutif KRB) bagi memastikan kelangsungan syarikat. Tindakan penambahbaikan dan pembetulan hasil dari maklumbalas pelanggan menjadikan syarikat lebih bersedia menghadapi cabaran dan persaingan. Sesungguhnya warga kerja dan Pengurusan RBTT masih kekal dan tetap berpegang kepada ikrar bahawa pelanggan adalah aset terpenting syarikat. Kualiti perkhidmatan terbaik adalah janji kami.

KURSUS INTENSIF IBADAH UMRAH ANJURAN RBTT Setiap jemaah yang memilih menunaikan ibadah umrah bersama RBTT akan dibekalkan dengan ilmu dan kaifiyat menunaikan ibadah umrah melalui Kursus Intensif yang dianjurkan RBTT sebagai bekalan sebelum menjejakkan kaki di bumi paling barakah, Mekah Mukarramah. Kehadiran penceramah berpengalaman yang ditampilkan RBTT seperti Ustaz Rizalman, Ustaz Yusri dan Ustaz Zulkarnain ternyata tidak mengecewakan peserta dan jemaah yang mengikuti sesi ceramah. Kursus Intensif Ibadah Umrah menjadi pra syarat kepada setiap bakal jemaah yang mengikuti pakej RBTT dan ianya merupakan sebahagian dari pakej yang disediakan RBTT. Sehingga bulan Mac 2012, sebanyak empat siri ceramah Ibadah Umrah telah dianjurkan oleh RBTT iaitu di Kuala Lumpur dan Ipoh. Sebagai penutup di akhir sesi soal jawab, penceramah akan mengingatkan peserta agar perbanyakkan doa agar Allah mempermudahkan segala urusan dan menjauhkan segala bentuk kesukaran. Warga RBTT sentiasa mendoakan semua jemaah dalam keadaan sihat walafiat dan dikurniakan umrah mabrur.

SYUKUR!!! RBTT SEKALI LAGI MENERIMA

LESEN PJH 1433H

Pengalaman menguruskan Jemaah Haji lebih 6 tahun berturut-turut memberi kelebihan kepada RBTT untuk terus dan komited menyediakan perkhidmatan terbaik kepada setiap jemaah haji. Tahun 1433 Hijrah, RBTT membuka lembaran baru dengan azam dan tekad menyediakan perkhidmatan terbaik selaras dengan kepercayaan yang diberikan oleh Tabung Haji melalui penganugerahan Lesen Pengelola Jemaah Haji bagi tahun 1433H. Pada 4 April 2012, Tabung Haji meluluskan pemberian Lesen PJH kepada RBTT bagi tahun 1433H. Majlis penyerahan Lesen PJH anjuran Tabung Haji telah diadakan pada 7 Mei 2012 diiringi dengan Lafaz Ikrar Integriti oleh 26 syarikat Pengelola Jemaah Haji 1433H. Y.Bhg Dato’ Hj Abd Rahman Ibrahim, Pengerusi Eksekutif Rahman Brothers Travel & Tours turut hadir menerima Lesen PJH yang disampaikan oleh Y.Bhg. Dato’ Syeh Saleh Syed Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan (Haji).

10

januari • februari • mac

Bil : 32 Suku PERTAMA


LAWATAN KERJA ILMIAH

DELIGASI JAWATANKUASA FATWA NEGERI PULAU PINANG KE KUWAIT DAN ARAB SAUDI BERSAMA

L

RAHMAN BROTHERS TRAVEL & TOURS

awatan Kerja Ilmiah anjuran Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang ke Kuwait dan Arab Saudi pada 9 Mac hingga 19 Mac 2012 disifatkan sangat berjaya. RBTT diberi kepercayaan mengelola deligasi yang terdiri dari 13 orang Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang diketuai oleh Y.Bhg. Sahibus Samahah Datuk Seri Hj Hassan bin Hj Ahmad, Mufti merangkap Pengerusi Jawatankuasa Fatwa dipimpin oleh Pegawai Kanan Rahman Brother Travel & Tours sebagai ‘Tour Leader’. Kehadiran Y.Bhg. Dato’ Hj Abd Rahman Hj Ibrahim, Pengerusi Eksekutif RBTT yang turut berkesempatan bersama menyertai rombongan deligasi memperlihatkan komitmen tinggi Pengurusan RBTT.

Y.Bhg. Dato’ Hj Abd Rahman sedang menyampaikan ucapan sebelum berlepas ke Kuwait.

Deligasi berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 3.00 pagi dengan menaiki penerbangan Kuwait Airlines. Lawatan Kerja Ilmiah ini bertujuan menganjurkan pertemuan dan perbincangan bersama Ahli Haiat Al Fatwa di Idarah Al Ifata, Menteri Wakaf Kuwait di Wizarah Al Auqaf Wa Syuun Al Islamiyyah Daulah Al Kuwait. Selain itu, ia juga bertujuan menjalin dan mengeratkan hubungan bersama Kedutaan, Pegawai Diplomatik di Kuwait dan pelajar-pelajar yang menuntut di Madinah dan Mekah. Setibanya di Kuwait, para deligasi berkesempatan mengadakan pertemuan bersama Pegawai Diplomatik Malaysia Di Kuwait dan mengadakan diskusi bersama Ahli Haiat Al Fatwa di Idarah Al Ifata. Pada hari berikutnya, para deligasi membuat kunjungan hormat kepada Menteri Wakaf Kuwait di Wizarah Al Auqaf Wa Syuun Al Islamiyyah Daulah Al Kuwait. Semasa di Arab Saudi, deligasi berkesempatan menganjurkan program diskusi penjelasan Fatwa, dan Taujihat. Para deligasi turut tidak melepaskan peluang bertemu dan beramah mesra dengan Imam Besar Masjidil Haram. Sebelum berangkat pulang, para deligasi berkesempatan hadir ke satu majlis khas beramah mesra bersama pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Madinah dan Mekah.

Ketibaan Deligasi Di Kuwait.

BERITA JEMAAH UMRAH

Rahman Brothers Travel & Tours Sdn Bhd di bawah teraju Pn Hjh Nor Hashimah Md Hashim selaku Pengurus Besar merangkap Pengarah kini bergerak giat aktif mempromosikan produkproduk ‘Muslim Tours’. Pegawai baru, Encik Mohd Shukri bin Md Yatim telah mengilhamkan Program ‘Jom Pi Umrah & Ziarah’ bersama Rahman Brothers Travel & Tours. Tirai 1432H berlabuh meninggalkan 1001 pengalaman dan pengajaran kepada semua Jemaah Umrah Kumpulan Dato’ Kamsiyah warga RBTT. Sinar 1433H menyuntik azam baru di kalangan warga kerja RBTT agar terus memberi khidmat yang terbaik di masa akan datang. Berbekalkan pepatah “Hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini”. Labbaikallah Humma Labbaik…. Bergema laungan talbiah tatkala jemaah menjejak kaki ke bumi paling barakah. Apabila visa Umrah dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi, RBTT mula menerima kunjungan bakal jemaah yang berhajat menunaikan ibadah umrah dan ziarah. Urusan pendaftaran jemaah dan proses visa mula giat dilakukan. Bermula dengan jemaah yang dipimpin oleh Ust Hj Othman diikuti jemaah yang diketuai oleh Y.Bhg Dato’ Zaiton dari Perak yang berangkat ke Tanah Suci pada bulan Februari. Jemaah kumpulan Y.Bhg. Dato’ Hamidah, EXCO Kerajaan Negeri Perak dan jemaah kumpulan Y.Bhg. Datuk Khamsiyah Yeop menyusul dengan diiringi oleh Ustaz Hj Khairul Anuar Al Hafiz, selaku ‘Tour Leader’. Jemaah Umrah kumpulan kakitangan Bank Negara diketuai oleh Pn Haizara bersama ahli keluarga berangkat menunaikan ibadah Umrah dengan diiringi Tn Hj Mohd Ghazali, Mantan Pengurus Yayasan Sedhar.

Bil : 32 Suku PERTAMA

januari • februari • mac

11


Buletin Rahman Brothers

Maulidur Rasul Alma Jaya

Bukit Mertajam

Bukit Mertajam, 19 Februari 2012 / 26 Rabiulawal 1433H Satu Program sempena menyambut kelahiran Junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW telah diadakan oleh Sekolah Pendidikan Islam SEDHAR. Program Maulidur Rasul ini dianjurkan setiap Dari Kiri : Ust. Ja’afar Samah : Pengetua SPI Sedhar, En. Mohd Hair Hamzah : Auditor Dalaman KRB, tahun bagi memupuk kesedaran dikalangan pelajar. Sumbangan Tn. Hj. Zulkefly Che Din : Bekas YDP Majlis Perbandaran P. Pinang. Bergambar kenangan sempena besar yang telah diberikan oleh Rasulullah SAW. Maulidur Rasul Majlis Sambutan Maulidur Rasul adalah satu tanda kita menyintai Rasulullah SAW. Bukan sekadar semasa hari lahir baginda, bahkan sepanjang hari, setiap detik dan saat kita sentiasa mengingati jerih baginda dan sentiasa menanam dalam jiwa menyintai baginda. Firman Allah yang bermaksud : “Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah iaitu nabi-nabi, para siddiqin, syuhada’ dan orang-orang yang soleh. Dan mereka itu teman yang sebaik-baiknya”. (An Nisa’ ayat 69). Mencintai Rasulullah SAW menjadi satu kewajipan dalam konteks ketaatan, menjadi inspirasi dalam konteks dakwah, sebagai silibus dalam prinsip kehidupan sama ada suka ataupun tidak. Umar Al-Khatab pernah ditanya oleh Rasulullah SAW terhadap siapa yang paling engkau cintai, maka Umar tidak menyebut Rasulullah SAW, lalu Rasulullah SAW menegur dengan sabdanya : “Tidak beriman seseorang sehingga dia mencintai aku lebih daripada dirinya sendiri”. Lalu Umar menukar pengakuan dengan mengatakan beliau mencintai Baginda melebihi diri sendiri dan sanak saudara. Penghayatan nilai-nilai nabawi inilah yang berjaya membawa watak yang setia, jujur dan beriman dikalangan sahabat baginda. Dengan ini, kita dapat membina seorang insan yang berjiwa kental, beramanah, berbudaya ilmu, berfikiran dinamik, berdaya saing, berperikemanusiaan dan sentiasa menanam semangat roh jihad yang menjadi asas kekuatan Tamadun Islam berkurun lamanya pada masa yang lampau. Semua ini adalah pengajaran yang didapati dari sirah perjuangan dan keperibadian Nabi Muhamad SAW. Maulidur Rasul, hari yang penuh berakah ini disebut oleh Ibn Kathir dalam kitabnya bahawa malam kelahiran Nabi Agung ini adalah satu malam yang penuh berkat, penuh kemuliaan, keagungan, alam yang diterangi cahaya yang indah serta seluruh makhluk bergembira pada saat tersebut. Inilah malam yang tidak ternilai harganya bagi pengikut setia Nabi Muhamad SAW. Sesungguhnya Allah dan para malaikat sentiasa berselawat ke atas Rasulullah SAW melalui firman Allah yang bermaksud : “Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi Muhamad SAW dan berilah salam dengan kesungguhan yang nyata”. (Al-Ahzab ayat 56). Ini merupakan sanjungan Allah terhadap Muhamad SAW dihadapan para malaikat. Sempena program Maulidur Rasul 1433H ini, Sekolah Pendidikan Islam SEDHAR, Alma Jaya telah mengaturkan beberapa program antaranya adalah pertandingan syarahan, kuiz, perarakan dan program ceramah. Encik Zulkefli, Encik Munauwir, Encik Mohd Khir mewakili Kumpulan Rahman Brothers dan Yayasan SEDHAR meraikan program yang dijalankan oleh Sekolah Pendidikan Islam SEDHAR tersebut. Moga program yang telah dijalankan mendapat kerahmatan dan keberkatan daripada Allah SWT.

BERITA PERKEMBANGAN MASJID ABU BAKAR AS-SIDDIQ Pada 15 Mac 2012 tender telah ditutup dan beberapa syarikat telah menghantar tender untuk projek bangunan tambahan baru di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Bakar Arang, Sg Petani, Kedah. Sebanyak 9 buah syarikat telah melawat tapak untuk projek ini manakala 8 buah syarikat telah berminat untuk projek ini. Sebanyak 4 buah syarikat telah membeli tender untuk projek ini. Pihak Pengurusan Yayasan Sedhar sedang dalam proses untuk membuat pemilihan syarikat yang layak untuk menjalankan projek ini. Projek ini adalah dari sumbangan YBhg Dato’ Hj Abd Rahman selaku Pengerusi Yayasan Sedhar. Makam ahli keluarga YBhg DHAR telah dibina bersebelahan dengan Masjid Abu Bakar As-Siddiq. Allahyarham Ismail bin Ibrahim iaitu abang sulung YBhg DHAR telah disemadikan di makam tersebut.

Laman Web : www.rbtt.rahmanbrothers.com.my Emel : rbttkl@rahmanbrothers.com.my

Talian Bebas Tol : 1 300 229 277

PAKEJ HAJI PENYAYANG 1433H / 2012M PAKEJ & HARGA

NAMA & JARAK HOTEL KE PERKARANGAN MASJID MAKKAH

MADINAH

KOD PAKEJ

NAMA PAKEJ

HARGA (RM)

SAFWAH PLAZA / ROYAL DAR EIMAN / HOTEL AL-HAJR MOVENPICK @ SETARAF (± 100 M)

HOTEL AL-ANWAR MADINAH MOVENPICK / HOLIDAY VILLA / DAR IMAN CONTINENTAL / DALLAH TAIBAH @ SETARAF (±80 M)

RBP 01

PENYAYANG 1

RM 75,200.00

2 ORANG SEBILIK (BILIK AIR DALAM)

2 ORANG SEBILIK (BILIK AIR DALAM)

RBP 02

PENYAYANG 2

RM 70,200.00

3 ORANG SEBILIK (BILIK AIR DALAM)

3 ORANG SEBILIK (BILIK AIR DALAM)

RBP 03

PENYAYANG 3

RM 62,200.00

4 ORANG SEBILIK (BILIK AIR DALAM)

4 ORANG SEBILIK (BILIK AIR DALAM)

12

januari • februari • mac

Bil : 32 Suku PERTAMA


Perasmian Bangunan Baru

Madrasah At-Taqwa

Gombak 1 Februari 2012/ 12 Rabiulawal 1433H. Dato’ Wan Mohamad Bin Abdul Aziz bersama-sama dengan Y. Bhg Dato’ Hj Abd Rahman, warga Kumpulan Rahman Brothers, ahli-ahli kariah Madrasah At-Taqwa dan para pelajar Tahfiz Ar-Rahmaniah, Bukit Beruntung telah berarak sempena sambutan Maulidur Rasul dari Padang Taman Berlian, Gombak sehingga ke perkarangan Madrasah At-Taqwa. Seramai lebih kurang 200 orang yang segak berbaju melayu dan jubah telah sama-sama berarak dengan mengalunkan Selawat Nabi penuh bersemangat. Pada pagi tersebut, terlipat dalam lipatan sejarah bagi Bangunan Baru Madrasah At-Taqwa Gombak yang bernilai lebih kurang RM600,000 telah dirasmikan sempena sambutan Maulidur Rasul. Ybhg Dato’ Wan Mohamad Bin Wan Abdul Aziz mantan Ketua Pengarah JAKIM merangkap penasihat Yayasan SEDHAR telah sudi bersama-sama menyampaikan tazkirah sekaligus merasmikan Bangunan Baru Madrasah At-Taqwa. Madrasah yang boleh memuatkan seramai 400 orang jemaah dan berhawa dingin ini kelihatan sangat berbeza berbanding bangunan madrasah kayu yang hanya boleh memuatkan seramai 50 orang jemaah. Pembinaan madrasah ini adalah hasil sumbangan derma orang ramai terutama daripada Ybhg Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Ibrahim. Y. Bhg Dato’ Hj Abd Rahman dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab telah bersetuju mendermakan tidak kurang RM200,000 bagi memastikan bangunan baru madrasah ini disiapkan mengikut jadual. Beliau juga telah mengarahkan Syarikat Rahman Brothers Construction Sdn Bhd dibawah pimpinan Encik Wan Mohamad Zulhusni untuk menyegerakan pembinaan madrasah ini. Alhamdulillah, segala perancangan dapat dilaksanakan mengikut jadual dan bagunan baru dapat digunakan menjelang Sambutan Maulidur Rasul 1433H. Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Syarikat Rahman Brothers Construction Sdn Bhd di atas usaha murni dan usaha keras yang dilakukan. Sempena sambutan maulidur rasul dan perasmian Bangunan Baru Madrasah At Taqwa ini juga, Jawatankuasa Madrasah At Taqwa mengambil model Program ‘Jom Subuh’ Masjid Bukit Jelutung, Shah Alam bagi menarik minat ahli kariah terutama para remaja dan kanakkanak datang ke surau. Banyak aktiviti keagamaan diadakan terutama kuliah-kuliah agama, program qiamullail, pertandingan azan, pertandingan melukis dan pameran. Yayasan SEDHAR dan Kumpulan Rahman Brothers mengucapkan syabas kepada peserta yang berjaya memenagi pertandingan yang dijalankan. Tahniah diucapkan kepada jawatankuasa Madrasah At-Taqwa kerana berjaya menganjurkan program dengan penuh berkesan. Mabruk, diucapkan kepada ahli kariah kerana mendapat madrasah baru dan setinggi-tinggi ucapan terima Kasih kepada Ybhg Dato’ Wan Mohamad yang sudi merasmikan bangunan baru tersebut. Dalam ucapan alu-aluan sempena perasmian Bangunan Baru Madrasah At Taqwa tersebut, Ybhg Dato’ Haji Abd Rahman telah bersetuju untuk mewakafkan manfaat rumah banglow milik Yayasan SEDHAR bersebelahan madrasah tersebut untuk kegunaan bersama Madrasah At-Taqwa dan Yayasan SEDHAR bagi tujuan pendidikan, tahfiz atau perkara-perkara yang berkaitan dengan pengembangan agama Islam. Semoga hasrat murni Y. Bhg Dato’ Hj Abd Rahman ini dimukbulkan Allah dan semoga sumbangan para penyumbang bagi pembinaan madrasah ini diberkati Allah. Amin...

Bil : 32 Suku PERTAMA

januari • februari • mac

13


Buletin Rahman Brothers

“ YANG PERGI DIHARGAI, YANG DATANG DIRAI ”

Lembaga Pengarah dan Pengurusan RBTT merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Abdul Halim Abd Razak, bekas Pengurus Besar Kanan RBTT di atas sumbangan dan perkhidmatan yang beliau curahkan khususnya kepada pembaharuan RBTT. Sempena persaraan perkhidmatan beliau dari RBTT pada 29 Februari 2012 yang lalu, seluruh warga kerja RBTT mengucapkan selamat maju jaya. Segala tunjuk ajar yang diberikan sangat dihargai. RBTT menerima kemasukan kakitangan baru iaitu Encik Mohd Shukri bin Md Yatim yang ditukarkan dari Yayasan Sedhar berkuatkuasa pada 3 Januari 2012. RBTT turut membuat pengambilan kakitangan tambahan iaitu Encik Azizi bin Amat Tarindi sebagai Eksekutif Inbound & Outbound bermula 20 Februari 2012. Berbekalkan pengalaman dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan (BA Tourism Management) dari Universiti Utara Malaysia, diharap beliau dapat membantu memantapkan lagi pengurusan produk Outbound & Inbound kelolaan RBTT.

Kejohanan Golf di Glenmarie Golf & Country Club Shah Alam, 22hb Mac 2012 : Rahman Brothers Motor Sdn Bhd (RBM) telah menyertai pertandingan Golf Amal yang dianjurkan oleh Masjid Kariah Bukit Jelutong di Glenmarie Golf & Country Club. Seramai 4 orang kakitangan Rahman Brothers Motor telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Pertandingan tersebut diadakan sempena menyambut Ulangtahun ke10 “Masjid Bukit Jelutong Charity Golf Classic”.

Encik Mohd Shukri bin Md Yatim

Encik Azizi bin Amat Tarindi

PERLANTIKAN PEGUAM DALAMAN EN SYED

Pada 1 Jan 2012, Yayasan Sedhar dan Kumpulan Rahman Brothers telah melantik peguam dalaman syarikat iaitu Syed Mohd Farid AlHabshi bin Syed Idrus yang berusia 39 tahun. Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Syarikat secara “Retainer” iaitu 4 kali sebulan untuk khidmat nasihat guaman disamping menghadiri mesyuarat atau perbincangan lain-lain tempat mengikut permintaan syarikat. Beliau sedang berkhidmat di Amanah Raya Berhad sebagai Pengurus dan memiliki firma guaman sendiri iaitu Farid Alhabshi & Co. Perkhidmatan yang ditawarkan kepada Syed Mohd Farid ialah khidmat guaman penuh termasuk tindakan menyaman dan membela di Mahkamah bagi pihak Yayasan Sedhar atau Kumpulan Rahman Brothers. Selain itu, beliau juga menyediakan perjanjian-perjanjian, kontrak dan nasihat guaman kepada Yayasan Sedhar dan Kumpulan Rahman Brothers. Pengurusan kakitangan KRB dan Yayasan Sedhar mengucapkan selamat datang dan selamat berkhidmat dengan penuh amanah, jujur, tekun dan dedikasi.

Sebagai sebuah syarikat penjual dan pengimport kereta reconditioned dan continental yang telah lama bertapak di dalam industri Otomotif Malaysia, RBM turut mengambil peluang mempromosikan model-model kenderaan kepada peserta-peserta Golf dan penduduk Kariah Bukit Jelutong. Y.Bhg Dato’ Haji Abd Rahman b Haji Ibrahim dan Tuan Haji Hamdan b Mohamed Pengurus Besar Automotif RBM adalah juga penduduk Kariah Bukit Jelutong. RBM turut menajakan hadiah utama ‘Hole-in-One’ kejohanan Golf tersebut iaitu Merc-Uk C200 SE berwarna hitam. Terdapat pelbagai hadiah menarik yang disediakan oleh penganjur kejohanan. Jenama RBM turut dipamerkan di dalam Booklet Kejohanan keluaran penganjur yang diedarkan kepada semua peserta dan pengunjung pada hari tersebut. Majlis penyampaian hadiah kejohanan telah disempurnakan di Masjid Bukit Jelutong selepas solat Isya’ yang disertai oleh peserta dan penduduk kariah Bukit Jelutong. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Y.Bhg Dato’ Haji Abd Rahman b Haji Ibrahim, Presiden Kumpulan Rahman Brothers (KRB). Cabutan bertuah turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Acara kejohanan dan majlis penyampaian hadiah berjalan dengan lancar dan sempurna. Majlis tamat pada jam 12.00 malam.

14

januari • februari • mac

Bil : 32 Suku PERTAMA

En. Zulkefli Korib, Pengurus Kanan Yayasan Sedhar bersama Syed Mohd Farid AlHabshi bin Syed Idrus.

Ruang Pameran Shah Alam

Sebuah bangunan 1 ½ tingkat dengan keluasan lantai 29,657 kaki persegi akan dibina di atas lot tanah seluas 2.5 ekar yang terletak di Persiaran Jubli Perak, Seksyen 22, Shah Alam, Selangor. Bangunan tersebut akan dijadikan tapak dan ruang pameran kereta Rahman Brothers Motor Sdn Bhd (RBM). Kerja-kerja pembinaan tapak dijangka mengambil masa selama lapan (8) bulan dan dijangka siap menjelang November 2012. Lawatan tapak dan penjualan tender telah dibuat pada 19hb Januari 2012. Sebanyak tujuh (7) penender telah mengambil bahagian dan tiga (3) daripadanya telah disenarai pendek untuk penilaian selanjutnya. Pemilihan akan dibuat berdasarkan kriteria yang ditetapkan dan keputusan muktamad akan diumumkan tidak lama lagi. Surat tawaran “Letter Of Award” akan dikeluarkan kepada penender yang berjaya setelah diputuskan oleh jawatankuasa penilaian / pihak pengurusan.


Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman ketika menghadiri 13th International Islamic Tourism Connection anjuran Bumitra di Hotel Manderin Oriental.

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman bersama YB. Dato’ Seri Jamil Khir ketika Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji 1432H di Bangunan Tabung Haji pada 10 Januari 2012.

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman bergambar kenangan bersama ahli keluarga ketika Majlis Doa Selamat di kediaman beliau di Bukit Jelutong pada 29 Januari 2012.

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman bergambar kenangan bersama-sama Tn. Hj. Nazer Monet, En E. Rahim (Pemandu Bas RBTT) di hadapan Bas Rahman Brothers Travel & Tours.

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman mengiringi Y.Bhg Dato’ Wan Mohamad Bin Abdul Aziz bersama-sama AJK Madrasah At-Taqwa, kakitangan KRB, Pelajar-pelajar Tahfiz & Penduduk sekitar pada perarakan bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul yang bertemakan “Memantapkan Ukhwah, Memperkasakan Ummah”.

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman berkesempatan mendapatkan tandatangan yang cukup istimewa daripada Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak setelah selesai Majlis CEO Lunch with Prime Minister yang berlangsung di Hotel Concorde, Shah Alam.

Dari kiri : En Mohd Nazrin Mohamad Fozi (Pengurus RB Perumahan), Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman (Pengerusi Eksekutif RB), En. Muhammad Zulhusi Wan Yahya (Penolong Pengurus RB Perumahan) ketika berada di Bandar Sri Sendayan, Seremban.

Y.Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman, Tn. Haji Yassin dan Pn. Erni Erdawaty

15

booth RBTT di Selangor MATTA Islamic•Travel Bil melawat : 32 Suku PERTAMA januari • februari mac FAIR (SMITF) yang diadakan di Shah Alam Convention Centre.


Buletin Rahman Brothers

No.Lesen Haji : PJH 26/1433H

Diskaun Istimewa

Y.Bhg. Dato’ Hj. Abd Rahman Hj. Ibrahim Pengerusi Eksekutif

BAGI 50 PENDAFTARAN TERAWAL JEMAAH STATUS TERPILIH

BAGI BAKAL JEMAAH YANG UZUR, KURANG UPAYA, *BERPENYAKIT & MEMERLUKAN BIMBINGAN, PENJAGAAN DAN LAYANAN KHAS SERTA MEMENTINGKAN KESELESAAN. PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN : 1.

PENGINAPAN : Penginapan bertaraf 4-5 bintang, jarak lebih kurang 100m

2.

PENERBANGAN : Penerbangan “charter” / komersial (Saudi Airlines / Malaysia Airlines ATAU penerbangan lain.*

3.

SAJIAN MAKANAN : Sajian makanan & minuman disediakan oleh pengurusan hotel.

4.

PEMBIMBING / USTAZ : Pembimbing Agama/ Ibadah semasa menunaikan ibadah haji (ManasikulHajj) dan sepanjang urusan Masya’ir di Arafah, Muzdalifah & Mina

5.

PETUGAS KHAS : Berpeluang menunaikan solat berjemaah lebih 80 waktu di Masjidil Haram dan 20 waktu di Masjidil Nabawi diiringi oleh Petugas Khas.

6.

PERKHIDMATAN KERUSI RODA : Perkhidmatan kerusi roda dan Petugas Khas di Tanah Suci.

7.

16

(7 kali : Tan’aem, Jakranah & Hudaibiah) diiringi Mutawwif / Petugas Khas 8.

ZIARAH : Program Ziarah Luar dan Dalam diiringi Petugas Khas

9.

KURSUS & TAKLIMAT : Disediakan Kursus Intensif Haji dan Taklimat Pergerakan.

10.

CENDERAHATI : Cenderahati (beg pakaian, beg sandang, beg troli, beg telekung, kain ihram bagi jemaah lelaki, telekung dan skaf bagi jemaah wanita dan Buku Panduan Doa Ibadah Haji).

11.

KHIDMAT PENGHANTARAN BAGASI : Menyediakan khidmat kiriman barang-barang & bagasi jemaah.

12.

AIR ZAM-ZAM : Pemberian air zam-zam 5 liter.

13.

INSURAN : Skim insurans (pilihan).

14. WASIAT : Penulisan wasiat percuma. UMRAH : Menyediakan pengangkutan ke Miqat * Tertakluk kelulusan oleh Lembaga Tabung Haji.

TALIAN BEBAS TOL : 1- 300 - 229 - 277 januari • februari • mac

Bil : 32 Suku PERTAMA

BULETIN RAHMAN BROTHERS JAN-FEB-MAR 2012  

BULETIN RAHMAN BROTHERS JAN-FEB-MAR 2012 Issue

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you