BULETIN RAHMAN BROTHERS JAN-FEB-MAR 2011

Page 8

BULETIN BIL : 28 SUKU PERTAMA |

RAHMANBROTHERS PERNIAGAAN

Cheras, 23 Mac 2011 - RBTT telah menganjurkan Majlis Perasmian, Perlantikan dan Penyampaian Sijil Tauliah kepada Ejen-ejen Jualan RBTT bertempat di International Youth Centre (IYC), Bandar Tun Razak Cheras. Seramai 100 orang tetamu telah hadir bagi memeriahkan majlis tersebut termasuk ejen-ejen, tetamu khas, tetamu jemputan dan warga Kumpulan Rahman Brothers (KRB). Majlis bermula dengan pendaftaran peserta pada jam 9.00 pagi,disusuli dengan bacaan doa oleh Timbalan Mufti Negeri Sembilan - Tn Haji Nor Azamir Haji Alias dan seterusnya ucapan alu-aluan dan perasmian oleh YBhg Dato’ Haji Abd Rahman Hj Ibrahim - Pengerusi Eksekutif Rahman Brother Travel & tours (RBTT). Taklimat bermula dengan pembentangan oleh Datuk Kamal Mohamad - Penasihat RBTT dan juga Mantan Pengurus Besar Tabung Haji; berkaitan perilaku dan keterampilan ejen dikuti dengan pembentangan berkaitan pakej UMRAH/HAJI RBTT oleh En Abd Halim Abd Razak - Pengurus Besar RBTT. Selepas makan tengahari majlis diteruskan dengan taklimat dan perbincangan berkaitan isu-isu operasi UMRAH/HAJI oleh Pn Hjh Shima - Pengarah RBTT bersama Prof Dr Abd Rahim Said - Penasihat KRB menangani pelbagai soalan dan pertanyaan daripada ejenejen yang kebanyakannya berpengalaman luas dan pernah membawa jemaah UMRAH/ HAJI. Diakhir majlis ejen-ejen telah dibekalkan dengan pelbagai perkakasan seperti Banner, Bunting, Pamphlet, Kad Nama, Pelekat Kereta dan sebagainya bagi membolehkan mereka menjual dan mempromosi pakej UMRAH/HAJI RBTT di tempat masing-masing. Sesi perbincangan selesai pada jam 3.30 ptg dan disusuli dengan penyampaian sijil perlantikan sebagai ejen RBTT oleh YBhg Dato’ Haji Abd Rahman kepada seramai 35 ejen yang hadir pada majlis tersebut. Sesi bergambar bersama ejen diadakan sebelum majlis bersurai pada kira-kira jam 4.30 ptg dan semua tetamu beredar untuk jamuan petang. Secara keseluruhannya RBTT telah dapat mencapai sasaran melantik seramai 35 ejen melebihi matlamat asal seramai 30 ejen. Usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi melantik sekurang-kurangnya 100 ejen menjelang Jun 2011. Pelbagai latihan susulan kepada ejen-ejen dan pemantauan aktiviti setiap ejen sedang dirangka bagi menjamin kejayaan initiatif diatas. Ejen adalah rakan niaga penting RBTT yang perlu dilatih, diurus, dibantu dan dipantau secara berterusan bagi menjamin keberkesanan perlaksanaan strategi jualan RBTT bagi tahun 2011 dan seterusnya.

-8-


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.