Issuu on Google+

JULAI OGOS SEPTEMBER BIL : 25 SUKU KETIGA

PP 14155/03/2010 (023634) PP 14155/03/2010

• Perlantikan Rahman Brothers Travel & Tours (RBTT) oleh DALLAH sebagai Wakil Umrah di Malaysia • SITRAWANI INTRODUCES The ‘alto’ | • SHANGHAI BUSINESS TRIP • AKTIVITI-AKTIVITI YAYASAN SEDHAR | • BERITA TERKINI DARI BAHAGIAN SUMBER MANUSIA KRB


2

Kandungan buletin rahman brothers

Mesej dari Presiden Buletin umpama mata dan telinga kepada KRB. Setiap berita yang dimuatkan dalam buletin perlu mempunyai maklumat yang tepat, berkualiti dan dapat memanfaatkan pembaca. Secara amnya setiap anggota KRB perlu mengetahui sebarang perkembangan dalam syarikat pada setiap masa.Buletin bukan sahaja menyebarkan maklumat malah menyediakan wadah bagi setiap warga KRB menampilkan segala idea, hasrat serta pandangan masing-masing berkaitan sesuatu isu, perancangan atau aktiviti.Buletin harus menampilkan maklumat yang relevan dan bermutu untuk dimanfaatkan oleh pembaca. Saya menyeru kepada semua warga KRB tampil dengan muatan berita yang lebih menarik dan jadikan lah buletin sebagai sumber maklumat rasmi syarikat.

Dato’ Hj. Abdul Rahman bin Hj. Ibrahim

Dari Meja Editor Keluaran Buletin pada kali ini agak terlewat disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Jawatankuasa Buletin walaubagaimana pun sedang bekerja keras bagi mengeluarkan Buletin seawal mungkin. Jawatankuasa Buletin akan berusaha untuk membolehkan keluaran akan datang mengikut jadual yang ditetapkan. Kekurangan bahan berita yang menarik dan berkualiti adalah diantara sebab keluaran Buletin kadangkala terlambat. Muatan berita daripada anak-anak syarikat Kumpulan Rahman Brothers masih berkurangan dan perlu diperbanyakkan. Penulis berita dan semua anggota KRB wajar membantu bagi melaporkan segala aktiviti syarikat agar dapat dimanfaatkan secara bersama demi kebaikan semua.

Abd Halim b. Abd Razak Perlantikan Rahman Brothers Travel & Tours (RBTT) oleh DALLAH sebagai Wakil Umrah di Malaysia SITRAWANI INTRODUCES The ‘alto’ SHANGHAI BUSINESS TRIP Sambutan Majlis Berbuka Puasa anjuran Kumpulan Rahman Brothers Sdn Bhd • Sambutan Majlis Berbuka Rahman Brothers Anjuran Sitrawani Sdn Bhd MANAGEMENT DEVELOPMENT PROGRAMME (MDP) DAN JUNIOR EXECUTIVE DEVELOPMENT PROGRAMME (JEDP) SEBAGAI PEMANGKIN BAGI MELAHIRKAN PEMIMPIN YANG BERKALIBER DI KRB MAJLIS RUMAH TERBUKA KRB MERIAH!!!

AKTIVITI-AKTIVITI YAYASAN SEDHAR • Majlis Khatam Al-Quran Madrasah Tahfiz ArRahmaniah Bukit Beruntung • Sambutan Majlis Berbuka Puasa Rahman Brothers Anjuran Tahfiz Al-Imtar • Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Sekolah Pendidikan Islam SEDHAR Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam Pakej Lawatan Anjuran Rahman brothers travel & tours BERITA TERKINI DARI BAHAGIAN SUMBER MANUSIA KRB • Naib Presiden Eksekutif (Perkhidmatan) Pn Erni Erdawaty • Perlantikan Baru • Perlantikan Ke Jawatan Tetap • Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Lahir hal ehwal semasa dan aktiviti terkini rahman brothers

MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN KELAHIRAN KE 64 YBHG DATIN HJH AMINAH

Creative Rahman Brothers

BULLETIN C MMITTEE

Penaung Dato’ Dr. Hj. Abdul Rahman Ibrahim * Penasihat Erni Erdawaty DHAR * Ketua Pengarang Abd Halim Abd Razak Sidang Pengarang/Urusetia Hazli Manaf * Foto & Video Sanusi Ghazali * Urusetia Hidhir Hassan * Aktiviti Sosial Dianna Sazali Ruang Perniagaan Syahrul Zaman Mohd Shahril * Grafik & Rekabentuk Sharizal Mokhtar, Muhammad Aisamuddin Zainuddin Pencetak Palm Print Corporation Sdn. Bhd. 23, Jalan Lengkongan Brunei, Off Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur. Terbitan Kumpulan Rahman Brothers Sdn Bhd (Co No. : 295253-K) No.8 Jalan 4/91A, Tmn Shamelin Perkasa, Batu 3½ Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur. * Tel : +603 9281 6244 * Faks : +603 9281 6276 Laman Web : www.rahmanbrothers.com.my * E-mail : buletin@rahmanbrothers.com.my


Perlantikan Rahman Brothers Travel & Tours (RBTT) oleh DALLAH sebagai Wakil Umrah di Malaysia

3

Jeddah Arab Saudi, 26 November

Dallah yang merupakan salah sebuah

Syabas diucapkan kepada YBhg Dato’

2010 : Dallah General Services Co,

syarikat terbesar yang menyediakan

Haji

Pembekal rasmi perkhidmatan Umrah

perkhidmatan pelancongan dan Umrah

rangkaian perniagaan beliau yang yang

di Arab Saudi telah melantik RBTT

di Arab Saudi telah memilih RBTT

luas dan mantap terutamanya di Arab

sebagai wakil Umrah di Malaysia secara

sebagai wakil utama bagi perkhidmatan

Saudi dan melalui perlantikan diatas telah

rasminya mulai 3 September 2010. Majlis

Umrah di Malaysia berdasarkan prestasi

berjaya membuka peluang perniagaan

penyerahan surat perlantikan oleh Dallah

cemerlang RBTT dalam bidang ini. RBTT

yang lebih luas kepada RBTT khususnya.

kepada RBTT telah diadakan di Durrah

telah terlibat dalam industri pelancongan

Perjanjian tersebut diatas adalah sejajar

Beach Resort Jeddah dimana RBTT

termasuk

perkhidmatan

dengan visi KRB untuk menjadikan RBTT

telah diwakili oleh YBhg Dato’ Haji Abd

Haji dan Umrah sejak beberapa tahun

diantara 10 syarikat terkemuka dalam

Rahman Haji Ibrahim, Presiden KRB dan

yang lalu dan perlantikan tersebut akan

industri pelancongan di Malaysia dalam

Dallah di wakili oleh Pengurus Besarnya

meningkatkan lagi imej RBTT disamping

tempoh 10 tahun yang akan datang.

En. Yasser Sulaiman Magboul.

memberi peluang perniagaan yang lebih

penyediaan

besar walaupun mencabar.

Abd

Rahman

kerana

melalui


4

SITRAWANI INTRODUCES The ‘alto’

SITRAWANI announces a new model , the ALTO, A 996cc three-cylinder engine comes with both a 5-speed manual or a 4-speed automatic gearbox, designed as a four seater and looks more sportier. Now available for viewing at SITRAWANI Showroom in Shah Alam. The super basic RM44,888, The automatic GLX model RM49,888 and GXS spec RM 54,888. For more information please visit our showroom or call; Showroom/office: No 6A Ground Floor, Jalan 22/1, Seksyen 22, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Phone : +603 5569 4208 / +603 5569 4208 Fax : +603 5569 4348 ZAHID ADIL BIN NORDIN (MANAGER) CIK HAMIRUNI BIN CHE ISMAIL - 017-3330250 MAPUZAH BINTI TALIB - 0192727063 MOHD HAMINALLAH BIN HITAM - 019-2406007 MUHAMAD IKHRAM BIN ISHAK - 013-3521666 MOHD NEZERI BIN MAT RUDIN - 016-2432427 MUHAMMAD HASRILNIZAM BIN TAMBY HASAN - 012-9759198 SUHEIMI BIN MOKHLIS - 012-2553418 NORSALINA BINTI JAMIL - 012-3833865 MOHD AFFAIDI BIN CHE ALI - 014-3760083


SHANGHAI BUSINESS TRIP

5

Shanghai Trip Shanghai 19th August 2010 :- Our President Dato’ Haji Abd Rahman Haji Ibrahim and Vice President Puan Erni Erdawaty bt DHAR visited Shanghai briefly to study investment potentials in China. One of the most viable investments in the immediate future is the acquisition of property for KRBI office in Shanghai. Currently KRBI is occupying an office space which has been rented since it started operation in Shanghai about two years ago. The decision to purchase the office space is timely as the company is moving forward and it is part of the strategy for a long term investment. Both YBhg Dato’ and EVP had also met with the lawyer and property agent to discuss about the procedures and regulations related to property acquisition. This is necessary to protect the interests of KRBI while ensuring a smooth transaction when the investment takes place later. On the final day of the visit prior to their departure for Kuala Lumpur our President and VP have made a courtesy visit to the office of Consulate General of Malaysia in Shanghai.

Future Business In China Shanghai promises to be a great potential for Kumpulan Rahman Brother’s (KRB’s) expansion into China market. Siti Sara our staff from Trading Division who is also our liaison executive for China has recently visited Shanghai and reported that KRBI is ready to capitalize on China’s high economic growth (around 11% annually) and fast growing market. KRBI, a subsidiary of KRB currently employing four staff is involved in importing products from Malaysia into China and also exporting China made goods to other markets like Saudi Arabia via Malaysia. Currently our products consist mainly of Guava Juice and White Coffee which we export to our key customers in Shanghai, China. Since both products are on demand, we are negotiating with our counterpart in Shanghai to introduce our new White Coffee with Durian flavor. KRBI is planning to penetrate the China domestic markets outside Shanghai such as Beijing, Jiangsu, Zhejiang, Guangdong, Anhui and other highly populated areas in China. Despite of stiff competition, we still have the competitive advantage as we are only Malaysian Company currently dealing with halal food business in China. KRBI is also looking into exporting China made goods which are of high demands in Saudi Arabia. Such item like sports items, household items, electrical items, electronic goods, car accessories, and other simple convenient, and sought after goods from China. These items are easily salable in Malaysia and also on demand in Jeddah, thus should be explored as a new business venture for KRBI (Shanghai). Overall, Sarah’s trip was fruitful and she has provided valuable feedbacks for KRB to plan future business expansion in China. She has enjoyed the trip and taken the opportunity to visit the prominent Shanghai Expo which coincidentally was held during her visit to China.


6

SAMBUTAN MAJLIS BERBUKA PUASA anjuran KUMPULAN RAHMAN BROTHERS SDN BHD

Pada 23 Ogos 2010 satu lagi majlis berbuka puasa telah dianjurkan oleh KRB bertempat di Bukit Kiara Golf & Country Resort. Majlis tersebut dianjurkan oleh kakitangan ibu pejabat KRB dan disertai oleh hampir semua anggota KRB ibu pejabat. Tetamu khas yang turut hadir ialah YBhg Dato’ Haji Abdul Rahman, Presiden KRB, YBhg Datin Hjh Sepiah Bt Hassan, YBhg Dato’ Haji Ikram Bin Jamaluddin, Prof Dr Abdul Rahim, Tuan Haji Hamdan Bin Mohamed serta keluarga dan Puan Nirmalis Bt Mohd Tahir wakil dari RBM KJ. Selepas berbuka puasa dan sembahyang solat maghrib berjemaah, YBhg Dato’ Presiden merasmikan majlis berbuka puasa yang disambut bersama Hari Ulang Tahun ke 34 Puan Ernie Erdawaty atau Boss E. Selepas ucapan perasmian acara ringkas memotong kek harijadi diadakan dan disusuli dengan jamuan makan malam. YBhg Dato’ telah mengumumkan perlantikan Boss E sebagai Naib Presiden Eksekutif I (SERVICE) berkuatkuasa 1 Oktober 2010. Majlis diteruskan dengan sembahyang solat Isya’ berjemaah, sembahyang terawikh dan tazkirah oleh Ustaz Haslin, Pendakwah Bebas dari Tanjung Karang, Kuala Selangor. Majlis tamat pada jam 9.30 pm dalam suasana yang penuh mesra. Semoga majlis tersebut mendapat keberkatan dari ALLAH.

SAMBUTAN MAJLIS BERBUKA PUASA RAHMAN BROTHERS ANJURAN SITRAWANI SDN BHD SITRAWANI Sdn Bhd,anak syarikat KRB telah menganjurkan majlis berbuka puasa bertempat di Tropicana Golf & Country Resorts pada 19 Ogos 2010. Turut hadir pada majlis tersebut ialah YBhg Dato’ Haji Abdul Raham Haji Ibrahim Presiden KRB, Puan Nirmalis Binti Mohd Tahir wakil dari RBM KJ serta anggotaanggota daripada SITRAWANI dan Pusat Servis Suzuki. Majlis tersebut bermula pada jam 7.30 malam dan dirasmikan oleh YBhg Dato’ Presiden. YBhg Dato’ telah melahirkan harapan semoga majlis seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memberi peluang kepada kakitangan SITRAWANI dan Pusat Servis Suzuki berkumpul dan menjalin kemesraan sesama mereka. Majlis tersebut berakhir pada jam 9.00 malam.

Kakitangan SITRAWANI SDN BHD sempat bergambar mesra dengan Dato’ Haji Abdul Rahman.


MANAGEMENT DEVELOPMENT PROGRAMME (MDP) DAN JUNIOR EXECUTIVE DEVELOPMENT PROGRAMME (JEDP) SEBAGAI PEMANGKIN BAGI MELAHIRKAN PEMIMPIN YANG BERKALIBER DI KRB

7

Latihan yang berterusan adalah perlu bagi meningkatkan kualiti pegawai dalam usaha sesebuah organisai perniagaan untuk melahirkan anggota eksekutif dan pengurus yang berkaliber dan berketerampilan. Sebagai sebuah entiti perniagaan KRB tidak terkecuali dan bagi mencapai matlamat tersebut dua program latihan utama telah dilaksanakan bagi melatih anggota-anggota eksekutif dan pegawai kanan KRB bermula masing-masing pada bulan April dan Julai 2010. Program latihan tersebut iaitu Management Development Programme (MDP) khusus bagi pegawai kanan syarikat dan Junior Executive Development Programme (JEDP) bagi anggota-anggota eksekutif telah diadakan serentak pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan kepada 26 pegawai yang terlibat. Latihan secara in-house tersebut telah dirangka khas dan dikendalikan oleh penasihat merangkap ahli lembaga pengarah alternate KRB iaitu Prof Dr Abdul Rahim Said. Program latihan telah disusun mengikut modul-modul yang telah dikenalpasti sangat diperlukan oleh pegawai berkenaan dan dikendalikan secara bersiri mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kehadiran adalah diwajibkan dan hasil yang diharapkan daripada program tersebut adalah perubahan sikap dan mindset dikalangan anggota-anggota eksekutif KRB. Perubahan tersebut amat diperlukan bagi menjamin KRB terus maju dan disegani dalam industri. Cabaran besar yang dihadapi oleh syarikat dalam dunia perniagaan yang kompetitif memerlukan kualiti kepimpinan yang tinggi dikalangan eksekutif dan pegawai kanan KRB, semoga usaha murni tersebut berjaya merealisasikan hasrat pengurusan KRB untuk menjadi sebuah entiti perniagaan yang bukan sahaja mampu bersaing malah disegani dalam industri akan menjadi kenyataan pada satu hari nanti.


8

MAJLIS RUMAH TERBUKA KRB MERIAH!!! Barisan AJK yang menjayakan majlis ini

18 Oktober, Sabtu - Majlis Rumah Terbuka KRB bersempena dengan Sambutan Aidifitri 1431 Hijrah telah diadakan di perkarangan rumah Presiden kumpulan Rahman Brothers iaitu YBhg Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Haji Ibrahim di Taman Berlian, Gombak, Selangor.

Dato’ Che Hamidah Binti Mohd Yusoff, Mantan Duta Malaysia ke Perancis turut hadir.

Majlis tersebut bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 6 petang telah dihadiri oleh hampir 1,000 orang tetamu jemputan yang terdiri daripada anggota dan warga kerja KRB, jiran-jiran dan rakan taulan Ybhg Dato’. Turut hadir ialah beberapa orang tetamu khas diantaranya ialah YBhg Datin Hjh Aminah Bt Abdul Rahim, YBhg Datin Hjh Sepiah Bt Hassan, YBhg Datuk Hassan Bin Mohamad Ali iaitu Ahli Exco Negeri Selangor dan isteri, YBhg Dato’ Che Hamidah Binti Mohd Yusoff Bekas Duta Besar Malaysia ke Perancis, Ybhg Datuk Seri Azman Bin Ujang, Ybhg Dato’ Prof Ir Dr Azhari Bin Md Salleh dan isteri serta Datuk Haji Kamal Bin Mohamad dan isteri. Boleh dikatakan semua warga kerja KRB termasuk yang bertugas di luar kawasan Lembah Klang seperti di Johor Bahru, Seremban, Alor Setar dan Pulau Pinang turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Pelbagai hidangan dan juadah yang beraneka jenis termasuk produk keluaran KRB seperti Bread Pit Stop telah disediakan bagi memenuhi selera dan cita rasa setiap tetamu yang hadir. Beberapa buah gerai yang menyediakan jenis makanan tempatan terkenal seperti mee rebus pak abu, nasi mandi beserta kambing, Kentang Putar, Rojak buah turut didirikan dan menjadikan majlis sambutan kali ini berbeza daripada majlis sambutan pada tahun-tahun sebelumnya.Makanan kegemaran ramai rakyat Malaysia seperti lemang, ketupat, satay, dan buah buahan tempatan turut dihidangkan. Ybhg Dato’ Haji Abdul Rahman begitu riang dan sebuk melayan tetamu yang hadir. Beliau berulangkali bangun dan bergegas ke microphone memberi ucapan terima kaseh kepada tetamu yang hadir. Pada keseluruhannya beliau amat berpuas hati terhadap persiapan rapi oleh Ahli Jawatankuasa Majlis rumah terbuka pada kali ini. Beliau merakamkan setinggi penghargaan kepada semua AJK yang terlibat dan berharap kerjasama, semangat serta dedikasi seperti ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang terutamanya dalam kerja-kerja harian.

Kakitangan dari Johor Bahru serta ahli keluarga bergambar kenangan bersama YBhg Dato’ Rahman dan Datin Hjh Aminah di rumah Taman Berlian.

“Beliau juga mengucapakan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan beliau yang hadir ke majlis tersebut.”

Wakil daripada Pusat Rawatan darul Syifa’ turut hadir di majlis tersebut.


MAJLIS RUMAH TERBUKA KRB MERIAH!!!

9


10

MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN KELAHIRAN KE 64 YBHG DATIN HJH AMINAH

Satu majlis bagi meraikan Datin Hjh Aminah sempena sambutan ulang tahun beliau yang ke 64 telah diadakan pada 10 Ogos 2010 bertempat di rumah Datin Hjh Aminah. Turut hadir pada majlis tersebut ialah YBhg Dato’ Haji Abdul Rahman, Presiden KRB, Datin Hjh Sepiah Hassan, Puan Erni Erdawaty dan beberapa orang anggota KRB. Majlis tersebut telah diadakan sebagai tanda penghargaan anggota dan semua warga KRB diatas jasa, pengorbanan serta sumbangan YBhg Datin terhadap kejayaan KRB dari mula penubuhannya sehingga kini. Majlis tersebut walaupun telah dirancang lebih awal, tetapi tidak dimaklumkan kepada YBhg Datin kerana pihak penganjur ingin menjadikan majlis tersebut sebagai satu kejutan kepada beliau. YBhg Datin menjadi amat terharu dan menitis air mata kerana terlalu gembira terhadap penghargaan yang diberikan kepada beliau. Bagi pihak anggota dan warga KRB keseluruhannya kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada YBhg Datin semuga Datin sentiasa sihat, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.


AKTIVITI-AKTIVITI YAYASAN SEDHAR

11

Majlis Khatam Al-Quran Madrasah Tahfiz Ar-Rahmaniah Bukit Beruntung Bukit Beruntung 7 Ogos 2010: Madrasah Tahfiz Ar-Rahmaniah telah menganjurkan satu majlis Khatam Al-Quran bertempat di Bukit Beruntung, Selangor. YBhg Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Haji Ibrahim selaku penaung Madrasah telah dijemput bagi merasmikan majlis tersebut. Ketibaan YBhg Dato’ Haji Abdul Rahman telah disambut oleh Pengetua Tahfiz iaitu Ustaz Ayyub dan pelajar-pelajar tahfiz. YBhg Dato’ amat kagum terhadap pencapaian tiga orang pelajar Tahfiz yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dan menjadi Hafiz. Beliau turut menyampaikan serban kepada ketiga-tiga pelajar tersebut sebagai tanda penghargaan beliau diatas kejayaan mereka.

Antara tetamu jemputan yang hadir.

Tiga pelajar yang tamat pengajian.

Pengetua Tahfiz, Ustaz Muhammad Ayyub Bin Mohamad memberi ucapan sempana majlis tersebut.

SAMBUTAN MAJLIS BERBUKA PUASA RAHMAN BROTHERS ANJURAN TAHFIZ AL-IMTAR Tanggal 20 Ogos 2010 dan bertempat di asrama tahfiz Al-Imtar, Pandan Indah telah diadakan satu majlis berbuka puasa bersama pelajar tahfiz Al-Imtar. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Haji Abdul Rahman Presiden KRB. Turut hadir pada majlis tersebut ialah ahli keluarga YBhg Dato’ iaitu Puan Aisharuby Bt Dato’ Rahman serta keluarga, Encik Mohd Fadhli Bin Mohamad Fozi, Encik Mohd Hair Bin Hamzah dan Encik Md Daini Bin Nordin. YBhg Dato’ turut menyempurnakan majlis penyerahan duit raya kepada ustaz dan ustazah serta semua pelajar tahfiz dan menunaikan solat tarawikh bersama mereka di Surau Al-Falah yang terletak berhadapan dengan asrama pelajar tahfiz tersebut.

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri

Sekolah Pendidikan Islam SEDHAR Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam Bukit Mertajam 25 September 2010: Satu Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri telah diadakan diperkarangan Sekolah Pendidikan Islam (SPI) SEDHAR. Majlis tersebut telah dianjurkan oleh pihak sekolah yang diketuai oleh Pengetua nya iaitu Ustaz Jaafar Bin Samah. Majlis yang bermula seawal jam 9.00 pagi telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Haji Ibrahim selaku Penaung sekolah tersebut. Dalam ucapan perasmiannya YBhg Dato’ telah menyatakan hasratnya untuk memperbesarkan kawasan sekolah tersebut bagi memberi keselesaan kepada pelajar dan guru. Hasrat beliau telah disambut baik oleh warga sekolah dan memberikan satu ransangan kepada mereka untuk berusaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan lagi pencapaian akademik sekolah SPI SEDHAR. Pelbagai acara telah diadakan sempena majlis tersebut termasuk persembahan nyanyian, sudut pidato dan acara berpantun oleh pelajar sekolah. Antara tetamu yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Ustaz Haji Subri Bin Haji Mat Arshar, Mudir Ma’had Adda’wah Al-Islamiyyah dan Tuan Haji Mohammad bin Mahadi wakil Pusat Pungutan Zakat Pulau Pinang. Majlis telah berjalan dengan lancar dan berakhir dalam suasana yang penuh meriah.

Persembahan nyayian “Suasana Hari Raya” daripada pelajar sekolah

Kakitangan dari Edaran Saga Pulau Pinang yang hadir sempat bergambar kenangan bersama Dato’ Rahman

Dato’ Rahman menyambut ketibaan Ustaz Haji Subri Bin Haji Mat Arshard

Antara para pelajar yang turut memeriahkan majlis


Pakej Lawatan Anjuran 12 Rahman brothers travel & tours

RBTT Johor Bahru telah menganjurkan dua pakej lawatan pada bulan September dan Oktober yang lalu

Lawatan h ke

8 7m

Lawatan selama 8 hari 7 malam ke Korea bermula dari 14th September hingga 20th September 2010,dibawah program lawatan sambil belajar bagi kumpulan mahasiswa UTM . Rombongan pelajar seramai 15 orang yang diketuai oleh Dr Norhaiza Ahmad Pensyarah Jabatan Matematik, Fakulti Sain UTM dan dibimbing oleh En Syamsul Jonet, Agen RBTT sebagai Tour Leader rombongan. Mereka telah melawat Hanyang Universiti di Seoul, Hyundai Motor Corporations, Samsung Delight, LG dan beberapa tempat menarik seperti Everland Theme Park, Namsangol Hanok Village, Namdaemun Market, Myeong-dong Fashion street, Kyongbok Palace National folk museum, President blue house dan National Ginseng Outlet. Lawatan tersebut amat berjaya dan anggota rombongan sangat berpuas hati terhadap layanan mesra daripada tour leader RBTT.

Lawatan h ke

3 2m

Lawatan selama 3 hari 2 malam pada bulan Oktober 2010 iaitu lawatan sambil belajar sempena musim cuti penggal persekolahan oleh pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Suria, Johor. Rombongan seramai 40 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah tersebut telah melawat kebeberapa

tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur dan Genting Highland dibawah bimbingan Tour Leader RBTT iaitu Puan Noraiza Mohamed. Diantara tempat-tempat menarik yang telah dilawati di Kuala Lumpur termasuklah Taman Botani, pusat membeli-belah ALAMANDA di Putrajaya PETROSAINS, Aquaria, Tugu Negara, Muzium Islam, menara Kuala Lumpur dan menaiki Cruise di Tasik Putrajaya. Manakala di Genting Highland anggota rombongan melawat Strawberry Farm dan beberapa tempat menarik lain disamping menikmati keindahan pemandangan dikawasan peranginan tersebut. Semua peserta rombongan berpuas hati terhadap aturcara lawatan serta layanan mesra oleh penyelaras pelancongan RBTT dan masing-masing berhasrat untuk melantik RBTT menguruskan rombongan sekolah mereka pada masa yang akan datang.


BERITA TERKINI DARI 13 BAHAGIAN SUMBER MANUSIA KRB Naib Presiden Eksekutif (Perkhidmatan) Pn Erni Erdawaty “Dimana lagi tumpahnya kuah kalau tak ke nasi” begitulah pepatah yang boleh digambarkan kepada Pn Erni Erdawaty yang telah diberi sepenuh kepercayaan oleh YBhg Dato’ Haji Abdul Rahman, Presiden Kumpulan Rahman Brothers (KRB) untuk menjawat jawatan Naib Presiden Eksekutif (Perkhidmatan) berkuatkuasa 1 September 2010. Puan Erni yang berkekelulusan Ijazah Pengurusan Perniagaan daripada Hawaii Pacific University pada tahun 2000 telah memulakan karier beliau dengan Rahman Brothers Construction pada tahun 2001, seterusnya menyertai Rahman Brothers Travel and Tours (RBTT) selama dua tahun ( 2002 - 2003) sebelum mengambil alih jawatan Penolong Pengarah Operasi & Kewangan (ADOF) pada 1 April 2008 dimana tugas utama beliau ialah membantu dalam pengurusan dan operasi harian kewangan syarikat. Pada 1 Oktober 2010 KRB telah melaksanakan penyusunan semula struktur organisasi syarikat kepada beberapa bahagian utama iaitu Bahagian Operasi,Perkhidmatan dan otomotif. Setiap bahagian tersebut diketuai oleh seorang Naib presiden Eksekutif dan tarikh perlaksanaannya akan diumumkan secara berperingkat tertakluk kepada kelulusan YBhg Dato’ Presiden. Buat peringkat permulaan jawatan Naib Presiden Eksekutif Perkhidmatan yang disandang oleh Puan Erni Erdawaty atau Boss E telah dilaksanakan berkuatkuasa 1 Oktober 2010, berikutan pengumuman oleh YBhg Dato’ Presiden di Majlis Berbuka Puasa di Kelab Equasterian Resorts Mont Kiara baru-baru ini. Semua seksyen sokongan diperingkat ibupejabat iaitu kumpulan sumber manusia, kewangan dan Koporat & Perundangan adalah diletakkan dibawah bahagian Perkhidmatan. Perlaksanaan diatas adalah bagi memantapkan lagi operasi , pengurusan serta pemantauan diseksyen terlibat. Perlantikan Boss E menerajui jawatan tersebut diatas adalah bertepatan kerana pengalaman luas beliau semasa menerajui bahagian Pengurusan dan Operasi Kewangan sebelum ini. Bagi Pihak Bahagian Sumber Manusia dan semua warga KRB saya ingin mengucapkan tahniah kepada Boss E dan saya berharap semua anggota akan memberi sepenuh kerjasama,sokongan dan komitmen semoga tugas-tugas bahagian Perkhidmatan menjadi lebih cekap dan berkesan.

PERLANTIKAN BARU (1/7/2010 – 30/09/2010)

Sepanjang bulan Julai hingga September 2010, pihak Sumber Manusia telah mengambil seramai 4 orang warga kerja baru bagi mengisi kekosongan jawatan di beberapa bahagian dan anak syarikat di bawah Kumpulan Rahman Brothers Sdn Bhd (KRB) seperti berikut. Pihak Pengurusan mengucapkan selamat bertugas kepada warga kerja baru dan berharap agar mereka komited untuk bekerja keras bagi terus memajukan KRB. Encik Mohd Firdaus bin Selamat telah dilantik sebagai Penghantar Cepat pada 16 Ogos 2010. Beliau yang berpengalaman sebagai Penghantar Cepat di sebuah syarikat alat ganti di Seri Kembangan telah diterima untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut akibat dari perletakkan jawatan oleh Encik Faizal Shamsuddin mulai 1 Ogos 2010. Encik Muhammad Aisamuddin bin Zainuddin dilantik sebagai Pembantu Pereka Grafik mulai 20 September 2010 di Ibu Pejabat Rahman Brothers. Berasal dari Kuala Lumpur dan berkelulusan Diploma Senireka Grafik. Beliau yang mempunyai pengalaman yang sesuai untuk jawatan tersebut pernah bertugas di beberapa buah syarikat dalam bidang penerbitan dan percetakan. Encik Mohd Nazri bin Mohd Sjari sebagai Eksekutif Jualan di Rahman Brothers Motor Sdn Bhd Cawangan Negeri Sembilan mulai 9 Ogos 2010. Beliau mempunyai pengalaman yang sesuai dan pernah bertugas dalam bahagian jualan dibeberapa buah syarikat kenderaan bermotor sebelum ini. Cik Haslizah Bt Yaakop sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan bertugas di bilik pameran Pengedar Suzuki di SITRAWANI Sdn Bhd di Shah Alam. Kekosongan jawatan tersebut diisi bagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Suzuki Malaysia.

TAHNIAH!!!

Tahniah daripada semua warga KRB kepada Puan Norley, Kerani Am dan En Khairol Khalid, Eksekutif Jualan di atas perlantikan mereka ke jawatan tetap mulai 1 Julai 2010. Puan Norley bte Sumar telah mula berkhidmat di KRB sebagai Kerani Am mulai 1 Julai 2009. Perlantikan beliau adalah secara kontrak selama 6 bulan. Perkhidmatan beliau kemudian disambung selama 6 bulan lagi kerana telah menunjukkan prestasi dan budaya kerja yang cemerlang. Beliau ditugaskan di bahagian kewangan bagi membantu kerja-kerja pengemaskinian fail- fail RBM di bawah penyeliaan Puan Norzalila bte Hj Dahalan. Menurut Puan Mazzita, Pengurus Kewangan “Kak Norley ni cepat belajar dan mudah didekati dan senang berurusan dengan dia”. Manakala Encik Khairol bin Khalid telah dilantik sebagai Eksekutif Jualan (Trainee) mulai 1 Julai 2009 di Rahman Brothers Motor Sdn Bhd. Perlantikan beliau adalah secara kontrak. Beliau yang merupakan menantu kepada Encik Md Khir Hj Ibrahim telah diberi peluang dan dilatih dalam bidang jualan Recondition Cars. Beliau telah menunjukkan prestasi kerja yang sangat baik dan kini ditukarkan ke RBM cawangan Melaka. Beliau telah diserapkan kejawatan tetap mulai 1 Julai 2010. Pihak Pengurusan ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan TAHNIAH kepada kedua-dua mereka dan berharap agar mereka lebih komited dan dedikasi dalam tugas harian. Semoga kedua-dua mereka akan menjadi contoh kepada keseluruhan warga kerja KRB.


14

BERITA TERKINI DARI BAHAGIAN SUMBER MANUSIA KRB

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI LAHIR Telah menjadi satu amalan di KRB mengadakan majlis yang sederhana dan ringkas tapi penuh bermakna bagi menyambut ulangtahun hari lahir setiap anggota KRB yang dibuat secara berkumpulan mengikut tarikh lahir. Berikut adalah kumpulan anggota yang telah menyambut tarikh lahir masing-masing pada bulan Julai sehingga September 2010.

Mohd Rafiq @ Ahmad Shakir b Hassan 6 Julai Mohd Khairi b Hj Mohamed 31 Ogos

Nur Aziman b Sabtu 1 Ogos Tuan Haji Mohd Ghazali Hj Maulud 10 Sept Md Daini Bin Nordin 18 Ogos Siow Ah Liu 27 Sept

Khairul Anuar bin Hitam 11 Julai Noor Hidayah Bt Abdullah Sanek 17 Julai Haji Md. Shah b Haji Ot hman 18 Julai Norley bte Sumar 19 Ju lai Rabiatul Adawiyah bt DH AR 21 Julai Mohd Nazeri b Mat Rudin 24 Julai Lim Swee Bing 27 Julai Naziroh bt Mohamad Fo zi 30 Julai Samsudin b Harmain 4 Ogos Abd Hamid b Saad 7 Og os Suziliana bt Mazlan Mu rugan Abdullah 8 Ogos Mohd Hair b Hamzah 10 Ogos Fadhilah Noor bt Md Ha nifah 11 Ogos Nadzrah bt Mohamad 12 Ogos Junaidah bt Mohd Yassin 13 Ogos Ahmad Zamri b Dato Ah mad Basri 17 Ogos Justin Joshua Abraham 21 Ogos Erni Erdawaty bt Dato Hj Abd Rahman 23 Ogos

Zahidadil b Nordin 25 Ogos Hapizoh bt Chin 27 Ogos Khairiyah bt Hj Mohamed 27 Ogos Nor Salawati bt Mohd Nor @ Salim 29 Ogos Azura bt Haron 2 Sept Mohd Fadhli Bin Mohamad Fozi 4 Sept Suhairunizam b Hj Abu Bakar 6 Sept Mafuzah Binti Talib 10 Sept Yeoh Ewe Leong (Eugene) 12 Sept Samsol Amri b Abu Bakar 15 Sept

Mohd Hidhir b Hassan 15 Sept Hamdan b Hj Mohamed 17 Sept Siti Sarah Beh Siew Lee 17 Sept Muhammad Aisamuddin bin Zainuddin 20 Sept Norsalina Bt Jamil 22 Sept Zaharin Hj Ibrahim 22 Sept Nirmalis bt Mohd Tahir 26 Sept


hal ehwal semasa dan aktiviti terkini rahman brothers

15

YBhg Dato’ Haji Abdul Rahman, Dato’ Haji Ikram Bin Jamaluddin dan Tuan Haji Md Khir Bin Haji Ibrahim ketika melawat ladang kelapa sawit di Perak.

Dato’ Haji Abdul Rahman sempat bergambar kenangan di Majlis Anugerah Cemerlang, Kolej Sultan Abdul Hamid pada 1 Jun 2010.

Dato’ Haji Abdul Rahman sempat beramah mesra dengan Sultan Kedah sebelum baginda berangkat pulang selepas Majlis Anugerah cemerlang, Sultan Abdul Hamid.

Dato’ Haji Abdul Rahman ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka di rumah Tun Zaki Bin Tun Azmi, Ketua Hakim Negara di Putrajaya.

Dato’ Rahman melawat tapak projek di tapak projek Dewan Badminton Persatuan Badminton Melayu Negeri Sembilan ditemani oleh kakitangan Rahman Brothers Construction, Encik Zulhusni, Puan Ros dan Puan Aliza.

Dato’ Haji Abdul Rahman menandatangani perjanjian memorandum antara Dallah Group dengan Rahman Brothers Travel & Tours Sdn Bhd.

Dato’ Haji Abdul Rahman bergambar kenangan bersama para tetamu yang hadir pada menandatangani perjanjian memorandum.

Dato’ Haji Abdul Rahman, Datin Aminah dan keluarga ketika bercuti di Lampong, Indonesia.

Dato’ Haji Abdul Rahman bergambar kenangan bersama mantan Menteri Besar Perlis iaitu Dato’ Shahidan Kassim.

Rahman Brothers Travel & Tours membawa rombongan pelajar UTM ke Korea di bawah pakej melancong.


Call For Appointment

+603 5569 4208 +603 5569 4218

SITRAWANI SDN BHD (Owned by Rahman Brothers)

No 6A Ground Floor, Jalan 22/1, Seksyen 22, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan


BULETIN RAHMAN BROTHERS JUL-AUG-SEP 2010