Panduan Amalan Pengajara & Pembelajaran Berkesan

Page 28

Visi dan Misi ini menuntut kita bekerja bersungguh-sungguh melahirkan graduan berilmu, berinovasi, membentuk masyarakat dinamik dan membawa bahasa dan acuan Malaysia ke peringkat antarabangsa. Ini bermakna, pelajar UKM mesti dididik untuk menjadi pemimpin, berkeyakinan diri yang tinggi dan memiliki jati diri yang teguh di samping berilmu yang bermanfaat dan mantap. Bagi membina manusia seperti ini, kita perlu melihat bukan sahaja pengajaran di kelas, tetapi juga pengalaman pelajar secara menyeluruh seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 1.2. Bahkan kaedah pembelajaran-pengajaran juga perlu dipelbagaikan bagi membina kemahiran seperti kepemimpinan, keyakinan diri, komunikasi dan kemahiran-kemahiran lain. Bagi tujuan pembinaan kemahiran insaniah seperti ini, pengalaman pembelajaran yang dilalui oleh setiap pelajar perlu diperkaya sebanyak mungkin supaya apabila dia menamatkan pengajian, dia menjadi seorang berkeperibadian unggul. Bagi tujuan ini UKM telah menggubal Matlamat Pendidikan yang perlu dihayati oleh semua pihak yang terlibat dengan perlaksanaan program pengajian. Matlamat Pendidikan UKM ialah: Melahirkan siswazah yang berkeyakinan, berkepimpinan dan berjati diri kebangsaan di persada antarabangsa.

18


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.