Page 1

Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


4 Tahun Menunaikan Amanah - Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan

Cetakan Pertama 2012 / First Printing 2012 Hak Cipta Terpelihara 2012. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pejabat Menteri Besar Negeri Terengganu, Tingkat 16, Wisma Darul Iman, 20502 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman, Malaysia. 2012 All Rights Reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical including photocopy, recording or any information storage and retrieval system, without permission in writing from Pejabat Menteri Besar Negeri Terengganu, Tingkat 16, Wisma Darul Iman, 20502 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Diterbitkan oleh / Publish in Malaysia by Pejabat Menteri Besar Negeri Terengganu Tingkat 16, Wisma Darul Iman 20502 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman, MALAYSIA http://www.terengganu.gov.my Penghargaan / Acknowledgements Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Unit Perancang Ekonomi Negeri Unit Komunikasi Negeri


Kandungan 4-5 Sekapur Sirih

131 Pembangunan Pertanian

6 Seulas Pinang

147 Pelaburan

7 Bingkisan Pengarang

157 Pembangunan Usahawan

9 Kecemerlangan Pendidikan

165 Pembangunan Sosial dan Modal Insan

45 Perumahan Rakyat 53 Pembangunan Tasik Kenyir 79 Pembangunan Pelancongan 93 Pembangunan Infrastruktur 105 Penyusanan Bandar 117 Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur

175 Program Basmi Kemiskinan 181 Pembangunan Kesihatan 189 Pembangunan Sukan 194 Islam Dimartabatkan 196 8 Nilai Utama Dalam MPPNT 198 Sidang Redaksi


Sekapur Sirih

Assalamualaikum w.r.t. Salam 1Malaysia dan Salam 1Terengganu.

S

aya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terbabit dalam usaha menerbitkan buku 4 Tahun Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan yang memaparkan kejayaan selama tempoh tersebut dan perancangan untuk membawa negeri Terengganu ke arah kemajuan yang lebih besar demi kesejahteraan rakyat. Alhamdulillah, berkat kerjasama semua pihak, pelbagai halangan dan cabaran telah ditempuhi dengan nekad untuk mengutamakan kepentingan rakyat dan dalam masa yang sama, anggota pentadbiran dalam kerajaan negeri menjadi semakin matang terutama dalam menyelesaikan masalah rakyat. Rakyat Te r e n g g a n u k i n i l e b i h selesa dan yakin apabila rungutan mereka mendapat perhatian dan penyelesaian masalah yang mereka hadapi lebih pantas. Segala macam ragam rakyat tidak lagi menjadi keluhan pentadbir awam malah kini menjadi satu cabaran yang memaksa kita menjadi pegawai yang inovatif dan k rea t i f untuk menca r i kaedah yang holistik dalam menyelesaikan masalah rakyat. Jentera Kerajaan yang diakui sebagai nadi pembangunan negeri kini telah berjaya diperkasakan namun kita tidak boleh berpuas hati kerana cabaran masa hadapan akan memaksa pentadbir awam memikirkan kaedah-kaedah baru untuk melicinkan pentadbiran. Cabarancabaran baru bukan satu halangan tetapi peluang untuk maju kehadapan.

Saya juga bersyukur kerana segala usaha ke rajaan untuk Me rak ya t kan Pentadbiran dan Pembangunan telah diterima dan disenangi oleh rakyat Terengganu. Sokongan rakyat seharusnya m e n j a d i p e n d o ro n g ke p a d a pentadbir awam untuk mene ruskan komitmen agar kecemerlangan yang telah dicapai akan menjadi kegemilangan yang boleh dibanggakan oleh semua pihak. Kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh rakyat Terengganu dalam beberapa bidang kini telah diambil sebagai kayu pengukur di peringkat nasional. Kita harus berbangga dengan pengiktirafan ini dan berusaha lebih gigih lagi supaya pada masa hadapan kejayaan-kejayaan ini dapat melangkaui sempadan negara. Melalui pendekatan pembangunan kerajaan negeri, rakyat Terengganu kini dapat melihat peluang yang terhidang dan ramai yang sudahpun mengambil peluangpeluang ini untuk memajukan diri. Mereka tidak lagi takut untuk menceburi bidangbidang dalam sub-sektor ekonomi untuk menambah sumber pendapatan. Namun, masih terdapat segelintir rakyat yang masih miskin minda dan tidak dapat melihat peluang yang disediakan oleh kerajaan. Kerajaan dan rakyat berpisah tiada. Sebagai jentera pelaksana, pentadbir awam sentiasa dipantau oleh rakyat. Pujian atas segala setiap kejayaan tidak akan digembar-gemburkan tetapi rakyat akan menterjemahkannya melalui sokongan dalam pilihanraya umum yang diadakan setiap 5 tahun. Kesinambungan kerajaan hari ini bergantung k e p a d a k e p u a s a n perkhidmatan yang diterima oleh rakyat. Rakyat kini terdedah kepada ledakan maklumat yang boleh diakses hanya dengan menekan butang komputer. Akses kepada


maklumat ini berlaku kerana kerajaan negeri telah menyediakan pusat-pusat Bestari. com. di setiap daerah di mana rakyat boleh mendapat maklumat terkini mengenai transaksi yang mereka musykilkan. Apa yang jelas, rakyat kini semakin cerdik dan tiada ruang lagi bagi pentadbir awam memberikan respon yang tidak boleh diterima pakai atau yang boleh mengundang cemuhan rakyat. Oleh itu pentadbir awam perlu sentiasa mengubah pendekatan. Pentadbir awam juga perlu sentiasa diberi pendedahan baru melalui kursus, seminar dan pertukaran pegawai sama ada di antara jabatan di dalam negeri atau di jabatan di peringkat persekutuan. Pendekatan ini akan dapat memberi input kepada kakitangan awam untuk menghadapi evolusi dan transformasi yang sedang berlaku di negara ini. Selain itu, aktiviti turun padang mesti dijadikan satu budaya dalam kalangan penjawat awam kerana hanya melalui aktiviti tersebut kita akan dapat menyelami masalah yang dihadapi rakyat dan berfikir untuk mencari jalan penyelesaian. Sebagai jentera kerajaan, kita mampu menggubal dasar-dasar baru, kaedahkaedah baru serta peraturan-peraturan baru yang dapat mengurangkan kerenah birokrasi untuk melicinkan lagi pentadbiran. Gerakan pentadbiran harus berpaksikan kepentingan rakyat. Jika kita tidak berkhidmat untuk rakyat yang mengharapkan bantuan kita, bermakna kehadiran kita dalam jentera ini hanya sekadar untuk makan gaji yang ditanggung oleh rakyat melalui cukai pendapatan. Pendekatan mesra rakyat, cakna rakyat dan menjiwai kehendak rakyat perlu diteruskan dan bagi penjawat awam, ia tiada noktah dan sentiasa berada dalam keadaan ketidaksempurnaan. Mencari kesempurnaan itu merupakan perjuangan

Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said MENTERI BESAR Terengganu Darul Iman yang tiada penghujung. Reputasi sesebuah kerajaan amat bergantung kepada sikap penjawat awam yang sanggup merentasi sempadan norma kebiasaan. Harapan saya agar penjawat awam sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Terengganu masih ketinggalan dalam pencapaian pelbagai bidang dan Kerajaan Negeri memerlukan penjawat awam yang dinamik dan berdisplin. Marilah kita teruskan usaha untuk membangunkan negeri ini dan rakyatnya dan bekerja sebagai satu pasukan bagi merealisasikan matlamat Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu.


Seulas Pinang Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah . Selama empat tahun sebagai Menteri Besar Terengganu, dengan pendekatan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu (MPPNT), Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said telah berjaya membawa perkhidmatan awam negeri ke landasan gagasan tersebut. Sepanjang tempoh tersebut, beliau menjadi inspirasi kepada semua penjawat awam untuk meningkatkan pengetahuan, berintegriti, berinovasi, kompetensi dan berakauntabiliti dalam melaksanakan dasar kerajaan tanpa membelakangkan kepentingan rakyat dan sentiasa berkhidmat untuk memperkasakan pentadbiran kerajaan dan menyejahterakan rakyat. Perkhidmatan awam negeri memberi komitmen penuh kepada segala usaha dan ekspektasi Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. Dalam mengutamakan rakyat, perkhidmatan awam juga telah membuat satu komitmen melalui

penghayatan dan penerapan One Service, One Delivery: No Wrong Door, di mana setiap penjawat awam bersama-sama memenuhi keperluan pelanggan, dengan mempastikan sebarang isu ditangani secara bijaksana. Oleh itu, dalam pelaksanaan agenda pentadbiran dan pembangunan negeri, kita perlu terus menerokai, mengharungi dan melaksanakan perubahan selaras dengan tuntutan semasa rakyat dan stakeholders yang semakin pandai dan pantas menilai kualiti dan kecekapan perkhidmatan awam. Harapan saya sebagai ketua pentadbir agar penjawat awam sentiasa memberikan khidmat terbaik kepada rakyat. Perjuangan untuk memperkasakan perkhidmatan awam masih jauh tetapi tidak mustahil jika bekerja sebagai satu pasukan, kita akan mencapai matlamat Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan.

Dato’ Haji Mazlan bin Ngah SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI Terengganu Darul Iman


Bingkisan Pengarang Bismillahirrahmanirrahim ALHA M D U LI LL AH. Agenda kerajaan negeri u n t u k mempe r kasakan pendekatan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu (MPPNT) kini melangkaui tahun ke-4 dan selama tempoh tersebut telah banyak sejarah yang dilakar disetiap daerah di negeri ini. Sejarah perjalanan MPPNT serta segala kejayaan yang telah tercipta ini seharusnya dibukukan agar ia terus menjadi peringatan kepada semua bahawa Kerajaan Negeri Terengganu mengambil cakna akan kepentingan rakyat dalam usaha membangunkan negeri ini ke arah Terengganu Maju. Buku ini bakal menjadi rujukan rakyat yang ingin mengetahui perkembangan yang berlaku di setiap daerah kerana ia memaparkan usaha yang telah tertunai dan yang bakal menjadi kenyataan mengikut perancangan rapi kerajaan negeri untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat. Sepanjang tempoh 4 tahun ini, kerajaan negeri yang diterajui oleh Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, jelas melihat kehadapan untuk memastikan Terengganu membangun

selari dengan negeri-negeri lain yang sudah berjaya, malah usaha juga dibuat agar Terengganu menjadi teladan dan rujukan dalam beberapa sektor, terutama dalam sektor pendidikan. Teguran-teguran Dato’ Seri Haji Ahmad agar pentadbir awam turun padang kini sudah mula menampakkan hasil. Rakyat kini sudah l e b i h m e s r a d e n g a n pentadbiran negeri dan kerenah birokrasi yang dahulunya menjadi rungutan ramai, kini sudah amat berkurangan. Pengenalan kepada ‘kerajaan elektronik’ juga berjaya menyelesaikan transaksi bersama rakyat dengan cepat dan efisyen. Secara tidak langsung, imej kerajaan sebagai jambatan untuk penyelesaian masalah rakyat menjadi bertambah baik dan memberi keyakinan kepada rakyat. Paparan dalam buku ini menjadi kayu pengukur kepada kejayaan Dato’ Seri Haji Ahmad dalam usaha beliau untuk Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan. Penghargaan yang setinggi-tingginya kepada semua pihak yang terlibat menerbitkan buku ini. Semoga Allah S.W.T memberkati usaha murni. Pengarang.


Kecemerlangan Pendidikan Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


UPSR

Pencapaian: 2008 14.4 % 2009 15.3 % 2010 15.4 % 2011 15.6 %


Negeri Terengganu terus mengekalkan kecemerlangan dalam pendidikan terutama dalam peperiksaan awam. Peningkatan kecemerlangan akademik bagi peperiksaan awam amatlah memberangsangkan dari tahun ke tahun. Negeri Terengganu unggul dalam semua peperiksaan awam dan kecemerlangan

Menunaikan amanah

12

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


ini akan diteruskan bersesuaian dengan slogan `Terengganu Negeri Anjung Ilmu’. Peningkatan dari segi peratus semua A meningkat dari tahun ke tahun untuk mencapai sasaran kerajaan negeri (201052) iaitu 20% semua A dalam UPSR, 10% semua A (PMR), 5% semua A (SPM) dan 2% semua A (STPM).

Juara 11 tahun berturut-turut dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1 Mac 2012 lalu.

Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

13


PMR

Pencapaian: 2008 7.17 % 2009 7.12 % 2010 7.81 % 2011 8.95 %


Terengganu meneruskan legasi kecemerlangan dalam keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) apabila 1,962 atau 8.95 peratus pelajar berjaya memperolehi semua A tahun 2011 berbanding 1,746 (7.81 peratus) pada tahun 2010. Prestasi yang melonjak dan menghampiri sasaran 10 peratus pelajar mendapat semua A (2011) itu bertambah 1.14 peratus atau 216 pelajar pada tahun 2010.

Menunaikan amanah

16

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

17


SPM

Pencapaian: 2008 1.35 % 2009 1.59 % 2010 1.88 % 2011 1.95 %


Terengganu terus mengungguli kecemerlangan dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 apabila merekodkan peningkatan dari segi Gred Purata Negeri (GPN), pencapaian keputusan Gred Cemerlang dan Minimum C berbanding pencapaian pada 2010. Malah, keputusan itu turut mencatat rekod terbaik dalam tempoh empat tahun GPN meningkat 4.92 berbanding 5.03 pada 2010 serta mengatasi Gred Purata Nasional (5.04).

Menunaikan amanah

20

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

21


STPM

Pencapaian: 2008 2.36 % 2009 2.38 % 2010 2.49 % 2011 2.33 % * Nilai peratusan adalah peratusan semua A dalam peperiksaan awam * Keputusan STPM adalah dalam bentuk purata nilai Gred keseluruhan ( PNGK ), bukan peratusan semua A


Terengganu terus mencipta rekod tersendiri apabila berjaya mengatasi pencapaian kebangsaan sebanyak 1.38 peratus dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011, yang diumumkan serentak seluruh negara. Manakala Gred Purata Sekolah (GPS) bagi negeri ialah 2.33. Daripada keseluruhan 2,810 calon yang menduduki peperiksaan itu seluruh Terengganu pada tahun 2011, seramai 2,679 orang atau 95.34 peratus mendapat lulus penuh sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dan layak mendapat sijil berbanding peratusan kebangsaan 93.96 peratus.

Menunaikan amanah

24

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

25


e-Book

• Bermula 2009 • Pembahagian 92, 788 unit pelajar Tahun 4, 5 dan 6 • Kos RM91, 219, 000. 00


Menunaikan amanah

28

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Pembahagian e-Book yang diperkenalkan kerajaan negeri sejak empat tahun lalu kepada pelajar sekolah rendah diteruskan bagi membawa pendidikan ke satu tahap yang baru disokong dengan penggunaan ICT yang optimum.

Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

29


Kelas Maya • 4 buah sekolah perintis • Sasaran 1 DUN 1 Kelas Maya


Kerajaan negeri akan memperluaskan konsep kelas maya di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Sehingga ini tiga sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Bunga, SK Kompleks Seberang Takir, Kuala Terengganu dan SK Telok Kalong, Kemaman telah memulakan konsep kelas maya.

Menunaikan amanah

32

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

33


Program Pintar al-Quran • Melahirkan 24, 405 pelajar tadika yang khatam al-Quran • Melibatkan pelajar tadika Yayasan Islam, KEMAS, PERPADUAN dan Pra-Sekolah


Menunaikan amanah

36

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Program Pintar al-Quran yang dipelopori oleh Yayasan Islam Terengganu (YIT) kini menjadi ikon bagi pendidikan Pra-Sekolah / Tadika K AFA Te rengganu dengan kejayaan melahirkan 24,405 orang pelajar Tadika khatam al-Quran 30 Juzu’. Terdapat juga dalam kalangan anak-anak mampu menghafaz Surah Yasin (901 orang) dan terjermahannya sekali (436 orang).

Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

37


Sekolah Imtiaz • 5 buah sekolah • 1819 orang pelajar • 145 orang guru di bawah BPI, KPM • 26 orang guru di bawah YT • 146 orang guru agama dan Quran berada di bawah YT • 137 orang kakitangan sokongan


Sehingga kini terdapat 5 buah sekolah Imtiaz yang telah beroperasi iaitu di Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Dungun, Besut dan yang terbaru di Kemaman. Jumlah keseluruhan pelajar adalah 1819 orang. Manakala tenaga pengajar pula terdiri daripada 145 orang guru di bawah Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pelajaran Malaysia, 26 orang di bawah Yayasan Terengganu (YT) dan 146 orang guru agama dan Quran juga di bawah YT. Kakitangan sokongan pula adalah seramai 137 orang.

Imtiaz Hulu Terengganu

Visi sekolah Imtiaz adalah untuk menjadi institusi pendidikan bertaraf dunia bercirikan quranik, ensiklopedik dan ijtihadik menjelang tahun 2015.

Imtiaz Besut

Imtiaz Kemaman ( dalam pembinaan ) Menunaikan amanah

40

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

Imtiaz Dungun


Imtiaz Kuala Terengganu

Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

41


Menunaikan amanah

42

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Pihak Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA) t e l a h m e m bua t p e r se d i a a n ke a ra h menubuhkan Teaching Hospital bermula tahun 2009 lagi dan telah membuat MoU dengan McGill Universiti pada tahun 2010. Projek ini bakal dilaksanakan pada tahun 2013. Anggaran kos pembinaan hospital 400 katil ialah RM600 juta dan anggaran untuk Fakulti Pe r u b a t a n R M 3 0 0 j u t a . Ta n a h ya n g dicadangkan untuk projek ini ialah 100 ekar di dalam kawasan UNiSZA.

TEACHING HOSPITAL UNiSZA Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

43


Perumahan Rakyat Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Rumah Rakyat • 1 Rumah 1 Keluarga • Sasaran 10,000 unit rumah RKR / RMM • RM659.7 juta telah dibelanjakan bagi membina 6,737 unit RKR / RMM di setiap daerah.


Dalam usaha kerajaan negeri merealisasikan matlamat satu (1) rumah satu (1) keluarga menjelang tahun 2020, beberapa strategi telah diatur bagi mencapai matlamat tersebut. Di antara strategi yang telah dirancang adalah membina 10,000 unit Rumah Kos Rendah (RKR) / Rumah Mampu Milik (RMM) menjelang 2020. Sebanyak 23 projek RKR / RMM dibangunkan melalui kaedah tender terbuka dan juga rundingan terus sepanjang tahun 2007-2011 (5 Tahun). Melalui kaedah ini kerajaan negeri telah memperuntukan RM659.7 juta bagi membina sebanyak 6,737 unit RKR / RMM di setiap daerah seluruh negeri Terengganu.

Menunaikan amanah

48

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

49


Menunaikan amanah

50

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Di samping itu, kerajaan negeri telah pun membangunkan Rumah Kos Rendah (RKR) / Rumah Mampu Milik (RRM) sebanyak 1,140 unit rumah di bawah konsep penswastaan di seluruh negeri Terengganu bagi tahun 2007-2011 (5 tahun). Di bawah konsep ini, kerajaan negeri memperolehi sumbangan daripada pemaju swasta sebanyak RM30.4 juta yang dibayar kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu.

Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

51


Pembangunan Tasik Kenyir Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Kenyir Island Hopping Pembangunan Kenyir Island Hopping terbahagi kepada tiga fasa: FASA 1 : ( 2013 - 2015) FASA 1 : ( 2008 - 2012) FASA 1 : ( 2012 - 2014) ( Dalam Pembinaan)

( Dalam Perancangan)

(Dalam Perancangan)

Taman Burung Taman Tropika Taman Orkid Taman Rama-Rama

Taman Botani Taman Rambutan Taman Heliconia

Taman Eko Taman Kaktus Taman Anggur

Kos keseluruhannya dianggarkan RM89.25 juta. Pembangunan dibuat bagi menjadikan Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan keluarga bertaraf antarabangsa.


Tarikan sedia ada di Tasik Kenyir (tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara) seperti Santuari Kelah, Santuari Gajah, air terjun dan Gua Bewah di mana rangka manusia pra-sejarah yang berusia 16,000 tahun juga merupakan artifak tertua di Malaysia telah dijumpai di dalam gua ini.

Santuari Kelah Menunaikan amanah

56

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

Santuari Gajah


Rangka Manusia Pra-Sejarah

Air Terjun Lasir

Gua Bewah Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

57


Taman Burung • Lokasi projek : Pulau Terengganu Mati, Tasik Kenyir • Kos pembangunan fizikal - RM5.5 juta • Kos sistem elektrik solar - RM2.1 juta • Taman ini menempatkan sekurangkurangnya 18 spesis burung • Projek telah siap pada 2010


Taman Burung yang berkeluasan 1.7 hektar menempatkan sekurang-kurangnya 18 spesis burung. Terletak kira-kira 6 kilometer dari Pengkalan Gawi (pintu masuk utama). Telah siap s e p e n u h n ya d a n m u l a b e r o p e r a s i pertengahan tahun 2012.

Menunaikan amanah

60

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

61


Taman Orkid • Lokasi projek : Pulau Hilir Selimba Pulau Hulu Selimbar, Pulau Belit, Tasik Kenyir • Kos pembangunan fizikal - RM7.4 juta • Kos pembangunan jambatan gantung dan `boardwalk’ adalah - RM2.1 juta • Taman ini menempatkan spesis orkid liar, hibrid dan Asia Tenggara


Menunaikan amanah

64

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Taman Orkid yang berkeluasan 2.7 hektar menempatkan pelbagai spesis orkid liar, hibrid dan juga Asia Tenggara. Dijangka siap pada pertengahan bulan Januari 2012.

Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

65


Menunaikan amanah

66

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Orkid-orkid liar dan hibrid bakal menjadi daya tarikan utama di Taman Orkid, Tasik Kenyir.

Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

67


Taman Tropika

• Lokasi projek : Pulau Tekak Besar, Tasik Kenyir • Kos projek - RM7.6 juta • Taman ini diliputi sekurang-kurangnya 102 spesis buah liar, buah eksotik dan buah nadir


Taman Tropika yang terletak di Pulau Tekak Besar yang berkeluasan 5.5 hektar menjadi tarikan baru di Tasik Kenyir meliputi 102 spesis buah-buahan liar, buah eksotik dan buah nadir

Menunaikan amanah

70

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

71


Taman Rama-rama dengan keluasan 1.5 hektar bakal menempatkan sekurang-kurangnya 50 hingga 80 spesis rama-rama yang berjumlah 2000 hingga 5000 ekor pada setiap masa. Dijangka siap tahun 2012.

Menunaikan amanah

72

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Taman Rama-Rama • Lokasi projek : Pulau Lubuk Geras, Tasik Kenyir • Kos pembangunan fizikal - RM7.4 juta • Kos Sistem Elektrik Solar - RM4.05 juta • Taman ini menempatkan sekurang-kurangnya 50 hingga 80 spesis rama-rama dengan jumlah 2000 hingga 5000 ekor pada satu masa Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

73


Pembangunan di Pengkalan Gawi melibatkan pembinaan Terminal Utama di bawah kawal selia pihak JKR dan akan dilaksanakan oleh pemaju. Projek ini dibiayai secara `Land Swap’ dengan tanah di kawasan Muara Selatan KTCC. Status terkini adalah di dalam penilaian akhir pihak JKR. Kompleks Pentadbiran dan Kuarters Kastam adalah sebagai pendokong kepada Zon Bebas Cukai dari aspek pengawalan dan penguatkuasaan. Keluasan tanah yang terlibat ialah 11.1 ekar dengan kos RM26.5 juta. Keseluruhan pembangunan di Pengkalan Gawi melibatkan kos RM93.5 juta.

Menunaikan amanah

74

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Pengkalan Gawi

• Terminal Utama dan Kuarters Kastam • Pintu masuk utama ke Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

75


Pembangunan Zon Bebas Cukai di Pulau Bayas, Ta s i k Ke ny i r m e l i b a t ka n p e m b i n a a n `Kenyir Trade Centre’ merangkumi lima pakej utama iaitu Terminal Utama, Pusat Membelibelah, Sistem pencawang elektrik, kemudahan Infrastruktur, Sistem air dan kumbahan Projek pembangunan ini dianggarkan menelan belanja RM230.6 juta dan dijangka mula beroperasi pada 2014.

Menunaikan amanah

76

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Pulau Bayas Zon Bebas Cukai Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

77


Pembangunan Pelancongan Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Zoo Bukit Takal • Zoo pertama di Terengganu • Terbesar di Pantai Timur • Mula beroperasi 11 April 2009


Salah satu projek pembangunan baru yang bakal menarik kehadiran pelancong ke Negeri Terengganu ialah Taman Rekreasi dan Zoo Bukit Takal yang terletak di Kampung Bukit Takal, Mukim Ibok, Kemaman. Taman Rekreasi dan Zoo Bukit Takal berkeluasan 35 ekar ini mula dibina pada tahun 2008

Menunaikan amanah

82

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


melibatkan kos RM20 juta dan beroperasi pada 2009. Taman Rekreasi dan Zoo Bukit Takal terbahagi kepada beberapa komponen yang terdiri daripada Ta m a n B ua h -bua h a n, Ta m a n H e r b a Semulajadi, Taman Tumbuhan Tropikal, Taman Orkid, Taman Bonsai dan habitat semula jadi kunang-kunang.

Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

83


Taman Tamadun Islam • Masjid Kristal • 21 Monumen masjid terkenal di seluruh dunia


Menunaikan amanah

86

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Mercu tanda pelancongan di Negeri Terengganu ketika ini ialah Taman Tamadun Islam. Ianya merupakan taman tema yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh pelusuk dunia dan terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Pembangunan Fasa 1 dimulakan pada Mac 2005 dengan kos RM249.3 juta. Komponen taman tema ini terdiri daripada monumenmonumen masjid dari serata dunia antaranya Masjidil Haram di Mekah, Masjid Nabawi di Madinah dan juga sebuah masjid mercu tanda baru Kuala Terengganu iaitu Masjid Kristal. Fasa 2 pembangunan bermula tahun 2011 dengan kos RM13.7 juta pembinaan Masjid Sultan, Virtual Hajj dan Kincir Angin.

Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

87


Menunaikan amanah

88

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


River Cruise Aktiviti River Cruise di Sungai Terengganu mula beroperasi pada tahun 2010. Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

89


Menunaikan amanah

90

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Program pelancongan Bagi meningkatkan kehadiran pelancong ke Negeri Terengganu, beberapa program berasaskan destinasi dan bertaraf antarabangsa telah dilaksanakan. Antaranya: • Sultan Mizan’s Cup • Karnival GP Joran • Fiesta Candat Sotong • Monsoon Cup • Kenyir Lake International Triatlon • Boat On The Road Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

91


Pembangunan Infrastruktur Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) adalah sa l ah sa t u p rojek mega yang akan menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negeri sesuai dengan Wawasan Negara Maju Tahun 2020. Pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 bermula dari Jabor ke Gemuruh di bahagian Utara Kuala Terengganu sepanjang 184 kilometer melibatkan komponen 10 buah persimpangan bertingkat, 3 (tiga) kawasan Rehat dan Rawat, 2 (dua) Hentian Sebelah dan tiga (3) Stesen Timbang JPJ dengan anggaran kos RM3.09 bilion.

Menunaikan amanah

94

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Lebuhraya Pantai Timur 2 Setakat ini, 4 pakej telah siap dilaksanakan daripada 17 pakej iaitu: • Pakej 5B sepanjang 7 kilometer bermula dari Sri Bandi ke Kampung Cabang di daerah Kemaman. • Pakej 9A sepanjang 11.4 kilometer dari Felda Kerteh 2 ke Hutan Simpan Bukit Bauk di daerah Dungun. • Pakej 11 sepanjang 6 kilometer dari Belara ke Telemong • Pakej 12 sepanjang 3.3 kilometer dari Telemong ke Gemuruh di daerah Kuala Terengganu. Pembinaan lebuhraya Fasa 2 dijangka siap keseluruhannya pada tahun 2014. Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

95


Kerajaan negeri sedang membina jalan dan jambatan dari Kampung Jeram ke Kampung Tok Kong bagi Fasa 1 sepanjang 2.2 kilometer dan Fasa 2 sepanjang 3.6 kilometer dilaksanakan secara reka dan bina. Kos projek keseluruhan RM225.99 juta. Projek ini bermula pada 7 Disember 2009 dan dijangka siap pada 6 Disember 2012. Objektif utama pembinaan jambatan adalah untuk mewujudkan alternatif perhubungan baru dan dijangka menjimatkan perjalanan penduduk dari Kampung Jeram ke laluan Jalan Kuala Terengganu sejauh 12 kilometer dan seterusnya akan menghubungkan ke Jambatan Pulau Sekati.

Menunaikan amanah

96

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Jalan Jeram Tok Kong • Alternatif perhubungan baru dan menjimatkan perjalanan penduduk. • Menghubungkan terus ke Jambatan Pulau Sekati. Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

97


Kerajaan negeri juga telah membuat keputusan dan bersetuju melaksanakan projek pembinaan Jambatan Pulau Sekati secara berfasa. Jajaran projek ini bermula dari Kampung Teluk Pasu ke Pulau Sekati melalui belakang Muzium Negeri sehingga ke Jalan Losong, Cabang Tiga sepanjang 2.5 kilometer. Panjang jambatan adalah 1.15 kilometer. Anggaran kos RM238.5 juta dan dijangka dimulakan dalam tahun 2012. Dengan pembinaan projek ini akan dapat m e n g u ra n g ka n kesesa ka n t ra f i k d a n menghubungkan laluan ke Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT) melalui Kampung Banggol Donas ke Kampung Jeram Tok Kong.

Menunaikan amanah

98

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Jambatan Pulau Sekati • Jajaran dari Kampung Teluk Pasu ke Pulau Sekati . • Jambatan baru merentasi Sungai Terengganu. Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

99


Menunaikan amanah

100

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Cadangan Jalan Kuala Terengganu By Pass dan Feeder Road dilaksanakan dalam tiga fasa. Fasa satu dan Fasa dua telah siap dilaksanakan melibatkan laluan sepanjang tiga kilometer bermula dari persimpangan Masjid Tengku Tengah Zaharah ke persimpangan Jalan Tok Molor. Cadangan projek ini merupakan fasa tiga bermula dari persimpangan Tok Molor persimpangan Tok Ku sepanjang lima kilometer. Manakala laluan Feeder Road bermula dari Kampung Gelugor Raja ke Kampung Kubang Tangga sepanjang tiga kilometer. Projek ini dirancang untuk aliran keluar masuk ke Bandaraya Kuala Terengganu. Anggaran kos keseluruhan projek ini sebanyak RM388 juta.

KT By Pass dan Feeder Road • Jajaran KT By Pass - 5 kilometer. • Jajaran Feeder Road - 3 kilometer. Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

101


Menunaikan amanah

102

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Kerajaan Persekutuan juga telah melaksanakan kerja-kerja pembinaan jambatan baru dan menaik taraf jalan utama bagi keselesaan pengguna ja l an raya. Pada masa i n i, kerja-kerja pembinaan Jambatan Baru Bukit Kuang, Kemaman sepanjang 970 meter melibatkan kos RM190.7 juta dan dijangka siap pada Julai 2013. Jalan-jalan yang terlibat dengan kerja-kerja menaik taraf adalah Jalan Kuala Terengganu ke Kota Bharu sepanjang 2.5 kilometer, laluan dari Wakaf Tapai ke Kuala Berang, Jalan Kertih dan laluan ke Jalan Marang.

Pembinaan jambatan dan menaik taraf jalan • Pembinaan jambatan baru Bukit Kuang, Kemaman. • Menaik taraf jalan : - Jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu. - Jalan Wakaf Tapai - Kuala Berang. - Jalan Kertih, Kemaman. - Jalan Marang. Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

103


Penyusunan Bandar Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Kerajaan negeri berhasrat untuk membangunkan satu kawasan pentadbiran berpusat bagi tujuan urusan pentadbiran yang lebih efisien. Pembangunan ini akan disokong oleh pembangunan komersial dari kediaman serta infrastruktur yang berkaitan. Ka w a s a n y a n g t e r l i b a t d e n g a n pembangunan tersebut adalah seluas 556 hektar. Kerajaan negeri juga telah menyediakan `Pelan Tindakan Pembangunan Bukit Besar’ yang menjadi garis panduan dalam mencorak arus pembangunan di kawasan te rsebut supaya l ebi h te rancang dan bersistematik pada masa hadapan. Kawasan pembangunan dibahagikan kepada beberapa plot pembangunan iaitu: 1) Kompleks kerajaan 2) Masjid negeri 3) Terminal bas 4) Pembangunan komersial 5) Pembangunan kediaman 6) Pembinaan jalan utama iaitu KT ByPass & Feeder Road 7) Kemudahan-kemudahan infrastruktur yang lain termasuk Loji Rawatan kumbahan Berpusat, jalan jejari, kawasan tadahan dan kawasan lapang.

Menunaikan amanah

106

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Lakaran artis Masjid Negeri

Bandar Baru Bukit Besar • Menjadikan kawasan pentadbiran yang lebih efisyen. • Kawasan pembangunan yang lebih terancang. Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

107


Menunaikan amanah

108

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Kampung Tiong akan dimajukan secara penswastaan oleh Kampung Tiong Development Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat YTL Berhad. Pembangunan dicadangkan di atas tapak seluas 4.35 hektar ini terletak berdekatan dengan tempat tarikan pelancong seperti Pasar Kedai Payang, Masjid Sultan Zainal Abidin, Pusat Perniagaan Paya Keladi dan Kampung Cina. Pembangunan ini melibatkan tanah m i l i k dan pi hak pemaju bersetuju untuk membayar pampasan bagi pengambilan tanah. Pembinaan akan dimulakan pada tahun 2013 dan dijangka siap tahun 2019.

Komponen pembangunan yang dicadangkan merangkumi Menara Pejabat 17 tingkat, 323 bilik Hotel 4 Bintang 17 tingkat, 120 unit Servis Apartment 15 tingkat, tempat letak kereta 4 tingkat, 88 unit rumah kedai 4 tingkat, Baazar 2 tingkat dan lain-lain kemudahan infrastruktur. Ko s p e m b a n g u n a n dianggarkan menelan belanja RM415 juta. Pembangunan ini akan dapat menjana pertumbuhan aktiviti ekonomi Pusat Bandaraya Kuala Terengganu dan akan menyediakan lebih kurang 3000 peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu.

Pembangunan Kampung Tiong • • • •

Apartment 15 tingkat. Menara pejabat 17 tingkat. 88 unit rumah kedai 4 tingkat. Hotel empat bintang. Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

109


Cadangan pembangunan Kampung Ladang merupakan satu langkah penyusunan semula Bandaraya Kuala Terengganu supaya lebih tersusun dan terancang oleh Kerajaan Negeri sejak tahun 2006 lagi. Proses pengambilan tanah telah dimulakan sejak tahun 2008 dan dijangka selesai dalam tahun semasa. Pembangunan Kampung Ladang terdiri daripada 3 kawasan utama iaitu Ladang Tok Pelam, Ladang Tanjung dan Ladang Sahak. Pembangunan Ladang Tok Pelam yang berkeluasan 7.3 hektar telah selesai pengambilan tanah dengan pampasan berjumlah RM80.8 juta. Komponen projek terdi ri daripada sebuah Pangsapuri Mampu Milik 31 tingkat yang mengandungi 407 rumah kediaman yang kini sedang giat dilaksanakan. Kos pembangunan pangsapuri ini berjumpah RM84 juta dan dijangka siap Mac 2014. Pembinaan 90 unit kedai pejabat 3 dan 4 tingkat pula dijangka akan bermula pada pertengahan tahun ini dan siap pada akhir 2014. Cadangan pembangunan akan datang melibatkan sebuah Pangsapuri Kos Sederhana 22 tingkat dan pembinaan hotel. Pembangunan Ladang Tanjung yang berkeluasan 11.17 hektar akan dimajukan dengan pembangunan komersial dan kediaman. Ianya bakal diintegrasikan dengan pembangunan KTCC di kawasan tambakan Muara Selatan, Pengambilan tanah sebanyak 184 lot tanah milik ini dijangka melibatkan bayaran pampasan sebanyak RM142.2

Menunaikan amanah

110

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

juta. Pembangunan Ladang Sahak yang berkeluasan 2.9 hektar bakal dimajukan dengan pembangunan komersial. Sebanyak 52 lot tanah milik terlibat dengan pengambilan tanah dengan pampasan berjumlah RM47.7 juta. Pengambilan tanah bagi kedua-dua pembangunan Ladang Tanjung dan Ladang Sahak masih dalam tindakan Pentadbir Tanah Kuala Terengganu.


Pembangunan Kampung Ladang Cadangan pembangunan membabitkan: • Kampung Ladang Sahak. • Kampung Ladang Tanjung. • Kampung Ladang Tok Pelam. Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

111


Penyusunan semula Pekan Ajil, Hulu Terengganu melibatkan kawasan seluas 10.755 hektar. Kos pembangunan yang dianggarkan berjumlah RM45 juta melibatkan 46 unit kedai pejabat 3 dan 4 tingkat. Dijangka pembangunan ini akan dapat menjana pembangunan ekonomi Pekan Ajil seterusnya memberi imej baru kepada Daerah Hulu Terengganu. Pembangunan 46 unit kedai pejabat ini akan dimajukan secara berpakej. Kerja-kerja cerucuk dan sub-struktur sedang dijalankan dan dijangka siap pada tahun semasa. Pakej-pakej seterusnya juga akan dimulakan dalam tahun semasa.

Menunaikan amanah

112

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Pembangunan Semula Pekan Ajil Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

113


Kewujudan pusat perdagangan dan komersial Bandar Baru Kijal merupakan langkah yang strategik dalam merancakkan kegiatan ekonomi di daerah Kemaman. Pembukaan hypermarket Giant pada 16 Disember 2010 telah menyediakan lebih pilihan kepada penduduk untuk mendapatkan barangan keperluan pada harga berpatutan. Pembukaan Pusat Tekstil Kijal yang menelan belanja RM40.75 juta bakal menampilkan Bandar Baru KIjal sebagai hab tekstil terbesar di Pantai Timur. Di samping itu, pembinaan Kompleks Usahawan Mara dengan kos RM16.9 juta juga turut mengukuhkan peranan Bandar Baru Kijal sebagai pusat perdagangan dan komersial baru di daerah Kemaman.

Menunaikan amanah

114

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Bandar Baru Kijal Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

115


Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Wilayan Ekonomi Pantai Timur (ECER) telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri, YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 29 Oktober 2007. Pelan induk ECER ini melibatkan pembangunan negeri-negeri seperti Terengganu, Pahang, Kelantan dan daerah Mersing di Johor. Lima teras ekonomi yang menjadi fokus utama ECER ialah pelancongan, minyak, gas dan petroleum, pertanian dan pendidikan. Pada tahun 2011, pelaburan komited yang dicatatkan adalah sebanyak RM1.8 bilion dan mewujudkan 2,497 peluang pekerjaan.

Menunaikan amanah

118

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Taman Industri Polimer Kerteh Berkeluasan 140 hektar telah berjaya menarik RM4.1 bilion nilai pelaburan dan membuka 7000 peluang pekerjaan. Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

119


Di bawah RMK-9 sebanyak 29 projek telah dilulus dan dilaksanakan. Projekprojek ECER Negeri Terengganu yang sedang dalam pelaksanaan fizikal terdiri daripada Taman Industri Polimer Kerteh, Taman Industri Berat Kemaman, Pusat Pembiakan dan Inovasi Kambing di Kuala Berang, Agropolitan Besut-Setiu, Pusat Pembangunan Kuala Terengganu (KTCC) dan Taman Herba Pasir Raja di Dungun. Manakala di bawah RMK-10 sebanyak 12 projek telah diluluskan.

Menunaikan amanah

120

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Taman Industri Berat Kemaman Projek di kawasan perindustrian Teluk Kalong, Kemaman merangkumi kawasan seluas 1,200 ekar dan bakal menjadi kawasan industri berat yang terbesar di Pantai Timur. Sebagai permulaan, projek ini telah berjaya menarik pelaburan berjumlah RM3.8 bilion dengan pembinaan kilang keluli oleh Eastern Steel Sdn. Bhd. dan dijangka menawarkan 2,000 peluang pekerjaan. Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

121


L a d a n g Pe n g g a n d a Te r s a t d a n Ladang Komersial Telaga Papan telah dikenal pasti sebagai projek pemangkin ke a rah penghasi l an baka-baka kambing Boer bermutu tinggi selain dapat mengurangkan kebergantungan kepada sumber daging import. Sebanyak 2,120 ekor kambing telah dimasukkan secara berperingkat. Projek Agropolitan pula merupakan projek sosio-ekonomi bersepadu hasil inisiatif ECERDC yang bermatlamat membasmi kemiskinan di WilayaH Ekonomi Pantai Timur (ECER), melalui aktiviti pertanian dan industri

Menunaikan amanah

122

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

asas tani. Seramai 100 peserta agropolitan telah dipilih dan kebanyakan mereka berpendapatan kurang RM500 sebulan dan tergolong dalam kategori miskin tegar. Peserta program ini dijangka menerima upah sebagai pekerja sebanyak RM1,000 sebulan dan menerima dividen apabila projek meraih keuntungan. Peserta akan dipertimbangkan untuk diberi hak milik rumah di kawasan penempatan tersebut selepas enam tahun mereka menyertai projek secara aktif.


Agropolitan Besut - Setiu • Ladang Pengganda - Pembiakan genetik ternakan yang ditambahbaik dan pengedarannya ke ladang komersial. • Ladang komersial - Pembiakan dan pengeluaran besar-besaran hasil ternakan Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

123


Menunaikan amanah

124

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Bandar raya Kuala Terengganu kini bersedia untuk melalui satu transformasi utama di bawah projek pembangunan Pusat Bandaraya Kuala Terengganu (KTCC). Majlis pecah tanah bagi projek ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said pada 20 Oktober 2011. Tiga MoU telah dimeterai dengan pelabur antarabangsa dan pelabur tempatan. Projek KTCC akan menyasksikan ibu negeri Terengganu bakal dibangunkan sebagai sebuah Bandar Warisan Pesisir Air dan pintu gerbang pelancongan antarabangsa bagi Pantai Timur. Dengan berkeluasan kira-kira 7 kilometer radius dari Muara Sungai Terengganu, dianggarkan bahawa pembangunan yang merangkumi Muara Utara, Muara Selatan, Pulau Warisan, Kampung Ladang dan Tanjung serta Tebing Pesisir Air, KTCC menjana pelaburan kasar keseluruhan bernilai RM5 bilion.

Pusat Bandar raya Kuala Terengganu ( KTCC ) Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

125


Pembangunan Muara Selatan seluas 49 ekar dilaksanakan secara 3 fasa. Ia dimulakan dengan fasa pertama iaitu kajian pelan induk pembangunan. Fasa ke-2, kos pembangunan sebanyak RM33 juta bagi pembinaan infrastruktur di Muara Selatan. Bagi fasa 3 pula melibatkan pembinaan jalan serta lain-lain infrastruktur dan sebuah

Menunaikan amanah

126

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

jambatan angkutan (draw bridge) bakal menjadi satu mercu tanda Negeri Terengganu. Manakala pembangunan Muara Utara seluas 150 ekar pula dicadangkan secara 5 parcel dan bakal menempatkan sebuah kompleks komersial, pusat konvensyen bertaraf antarabangsa, unit kediaman moden, tarikan membeli-belah, pusat perubatan, percutian dan pendidikan.


KTCC Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

127


Projek tanaman herba melibatkan pembangunan kawasan seluas 400 hektar di kawasan Pasir Raja, Dungun. Kerja-kerja pembinaan dicadangkan akan bermula pada Februari 2012. Sebanyak 2,500 peluang pekerjaan dijangka dapat diwujudkan di kawasan ini.

Menunaikan amanah

128

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Taman Herba Pasir Raja Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

129


Pembangunan Pertanian Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Kos keseluruhan projek sebanyak RM333.1 juta. Projek ini dimulakan pada 1 Jun 2010 dan dijangka siap pada 30 November 2013 yang meliputi kawasan seluas 1,538 hektar. Keluasan kawasan tadahan 7,700 hektar dan kawasan takungan seluas 1,212 hektar. Apabila siap sepenuhnya, kawasan ini mampu menakung sebanyak 220 juta meter padu air mentah. Projek ini akan dapat meningkatkan efisiensi bekalan air pengairan dari 49% kepada 60% untuk kawasan penanaman padi di sek ita r empagan tersebut. Projek ini juga akan memberi impak dari segi Bekalan Sumber Air Mentah untuk keperluan domestik. Selain itu, ianya juga akan dapat m e n g u ra n g ka n b a n j i r d i kawasan hilir empangan serta menjadi sumber b e ka l a n a i r u n t u k ka wa sa n tanaman padi merangkumi keluasan sehingga 7,877 hektar.

Menunaikan amanah

132

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Empangan Paya Peda • Sumber air kawasan padi seluas 7877 ha • Mengurangkan kesan banjir • Sumber bekalan air mentah domestik • Tingkatkan Efisiensi bekalan air Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

133


Jelapang Padi Setiu


Projek Jelapang Padi Setiu, meliputi kawasan seluas 735 hektar. Sebanyak 186 lot disediakan di mana setiap lot tersebut berkeluasan 4 hektar. Projek ini telah dimulakan pada 1 Ogos 2009 dan dijangka siap menjelang 31 Julai 2012. Kos keseluruhan untuk membangunkan projek ini sebanyak RM46.5 juta. Dengan siapnya projek

Menunaikan amanah

136

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

ini nanti, ianya dapat memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk mengikuti program ini serta peluang pekerjaan kepada seramai 186 orang dengan purata pendapatan RM987.00 sebulan. Secara keseluruhannya kawasan ini dapat mengeluarkan hasil padi sebanyak 2,205 tan metrik setahun.


Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

137


Ladang ternakan udang putih bersepadu Setiu


Ladang ternakan udang bersepadu Setiu juga dikenali sebagai `Intergerated Sh rimp Aquaculture (i-SHARP) yang dilaksanakan oleh Syarikat Blue Archipelago berhad di dalam kawasan seluas 1,000 hektar. Mempunyai 616 buah kolam untuk menternak udang putih. Kos keseluruhan projek ini RM256 juta dan akan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2014. Mewujudkan peluang pekerjaan kepada 1,140 orang penduduk di sekitar daerah Setiu dan Besut dengan pendapatan RM650 bhingga RM1,200 sebulan mengikut kategori pekerjaan. Secara keseluruhannya projek ini akan dapat mengeluarkan hasil sebanyak RM10,000 metrik tan udang setahun. Projek ternakan juga telah menarik pelabur dari negara China dengan pelaburan dijangka bernilai RM1 bilion.

Menunaikan amanah

140

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

141


Ternakan ikan sangkar Sungai Como, Kenyir


Projek ternakan ikan dalam sangkar Sungai Como, Kenyir dimulakan pada 31 Disember 2007. Terdapat 10 blok dengan setiap blok mengandungi 200 sangkar menjadikan jumlah keseluruhan 2,000 sangkar. Kos bagi projek ini adalah sebanyak RM19.2 juta. Sebanyak lima buah syarikat telah dipilih untuk menjayakan projek ini. Seramai 83 orang miskin dari senarai e-Kasih telah menerima dividen hasil dari program ini sebanyak RM300.00. Sepanjang tahun 2009 hingga 2011, hasil yang telah dikeluarkan adalah sebanyak 227,46 metrik tan dengan nilainya RM1.8 juta.

Menunaikan amanah

144

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

145


Pelaburan Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Loji bio-teknologi CJ-Arkema merupakan sebuah projek usahasama antara syarikat dari Korea Selatan dan juga syarikat daripada Perancis dengan nilai pelaburan RM2 billion dan merupakan pelaburan bio-teknologi yang terbesar di rantau ini. Usahasama ini akan membangunkan sebuah loji pengeluaran bio-methionine yang berkapasiti 80,000 tan setahun di kawasan Kerteh Polymer Park (KPP) dengan keluasan 400 hektar. Loji ini dijangka akan beroperasi sepenuhnya menjelang 2013. Bio-methionine adalah sejenis asid amino yang penting dan digunakan dengan meluas dalam penghasilan makanan ternakan di Asia. Projek ini akan mewujudkan 474 peluang pekerjaan yang terdiri daripada 50% pekerjaan berkemahiran tinggi dengan 70% penyertaan daripada penduduk tempatan.

Menunaikan amanah

148

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Loji Bio-Methionine Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

149


Kerajaan negeri telah meluluskan permohonan daripada Syarikat Eastern Steel Sdn. Bhd. untuk membangunkan sebuah kilang keluli bersepadu di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman dengan nilai pelaburan RM3.8 bilion dan menawarkan 2,000 peluang pekerjaan. Syarikat Eastern Steel Sdn. Bhd. merupakan gabungan syarikat tempatan iaitu Syarikat Hiap Teck Venture Berhad dan Shougang Group dari China. Projek ini bakal menghasilkan 3.5 juta tan metrik keluli setahun.

Menunaikan amanah

150

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Kilang keluli bersepadu Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

151


Menunaikan amanah

152

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Syarikat Per waja Steel Sdn. Bhd. turut meluluskan pelaburan bernilai RM10 juta untuk membangunkan kilang penghasilan ‘pellet’ besi di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman dengan kapasiti pengeluaran RM2.4 juta metrik tan ‘pellet’ besi setahun. Projek ini menawarkan 356 peluang pekerjaan dan dijangka akan beroperasi pada 2013.

Kilang ‘Pellet’ Besi Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

153


Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Te rengganu te l ah memete ra i Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan TRG Industrial Minerals Sdn. Bhd. pada 11 Januari 2012 u n t u k m e m b a n g u n ka n Industri Silika Bersepadu dan Lembah Silika yang pertama seumpamanya di dunia. Pelaburan bernilai RM350 juta ini bakal memperlihatkan pembinaan kilang

Menunaikan amanah

154

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

bersepadu pemprosesan dan pengeluaran silika bergred tinggi serta industri hiliran di kawasan Perindustrian Saujana di daerah Setiu. Pembangunan Industri Silika Bersepadu ini dilihat bakal mewujudkan 600 peluang pekerjaan untuk pekerja mahir dan separa mahir dalam kalangan penduduk tempatan. Projek ini dijangka akan memulakan operasi pada pertengahan 2013.


Kilang Silika Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

155


Pembangunan Usahawan Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Selaras dengan hasrat kerajaan untuk m e m a r t a b a t ka n industri songket, batik dan kraf, kerajaan mewujudkan s e b u a h kompleks dinamakan s e b a g a i Kompleks Tuanku Nur Zahirah di Tanjung Bunut, Manir, Kuala Terengganu. Kompleks ini menempatkan ruang demonstrasi tenunan songket serta ruang galeri yang mempamerkan songket, batik dan kraf hasil buatan rakyat Terengganu. Selaras dengan matlamat untuk memperkasakan bidang keusahawanan. Kerajaan negeri telah mempertingkatkan bidang keusahawanan setempat melalui penglibatan dalam bidang pembuatan, perdagangan, perkhidmatan dan peruncitan.

Menunaikan amanah

158

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Kompleks Tuanku Nur Zahirah Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

159


Bermula pada 9 Mei 2009, permulaan sebanyak 3 outlet ditubuhkan. Sehingga sekarang, jumlah outlet T’Shoppe mencapai 20 outlet. Outlet-outlet tersebut berada di Terengganu (15), Kedah (4) dan Selangor (1). Ditubuhkan sebagai pusat pengumpulan, pemprosesan dan pembungkusan produk IKS. Terdapat 2 penempatan T’P3 di daerah Marang dan Hulu Terengganu. Terdapat 3 Outlets T’Kafe ditubuhkan untuk memasarkan menu-menu makanan Terengganu. Dibina di Kelulut, Marang; Geliga, Kemaman; Gong Kemuntong, Besut; T’Kafe De Muara, Kuala Terengganu dan T’Kafe Food Court Kuala Terengganu. T’Craft dibina bertujuan untuk mengetengahkan rangkaian kraf Terengganu, berada di Bandar Laguna, Kedah.

Menunaikan amanah

160

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Program ‘Flagship’ • • • •

T ’ shoppe T ’ P3 T ’ Cafe T ’ Craft Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

161


Kuala Terengganu • Songket dan batik Kemaman • Otok - Otok dan Satar Besut • Ukiran kayu Setiu • Urutan Tradisional dan Nenas Dungun • Buah Salak dan pisang Marang • Produk berasaskan kulit kambing Hulu Terengganu • Jagung dan Homestay

Menunaikan amanah

162

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Satu Daerah Satu Industri Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

163


Pembangunan Sosial dan Modal Insan Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Projek pembinaan masjid


Dalam meningkatkan syiar Islam dan bagi mengimbangi duniawi dan ukhrawi, sebanyak 60 buah masjid telah dirancang untuk dibina dari tahun 2007 hingga 2011. Dalam jangka masa tersebut, sebanyak 12 buah masjid berjaya disiapkan, manakala 17 buah masjid dalam pembinaan dan 24 buah masjid di dalam peringkat perancangan.

- Masjid Sultan Ismail, Chendering - Siap dibina pada 30 Mei 2011 ( RM9.6 juta ) - Kapasiti : 3000 orang

Menunaikan amanah

168

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

- Masjid Kampung Seberang Jerteh, Besut - Siap dibina pada 31 Julai 2011 ( RM12 juta ) - Kapasiti : 750 orang


- Masjid Tebauk, Kuala Terengganu - Siap dibina pada 24 Oktober 2011 ( RM9.6 juta ) - Kapasiti : 1000 orang

- Masjid Kampung Semayor, Kemaman - Siap dibina pada 22 Disember 2010 ( RM4.8 juta ) - Kapasiti : 1000 orang

Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

169


Taman Ilmu


Dalam mengembangkan ilmu dan pengetahuan, kerajaan negeri mengambil inisiatif membina Taman Ilmu yang dimulakan pembinaannya pada 2007 terletak di Bukit Keluang/Dendong, Mukim Besut, Terengganu. Ianya dibina di atas tanah seluas 774 ekar bersebelahan tapak Universiti Sultan Zainal Abidin dengan kos RM400 juta. Enam buah universiti dijangka bertapak di sini dengan kapasiti pelajar kira-kira 10,000 pelajar. Pembinaan Taman Ilmu bakal membuka

Menunaikan amanah

172

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

peluang pekerjaan dan limpahan ekonomi kepada penduduk sekitar kerana kawasan tersebut akan dimajukan dengan projek perumahan dan sebagainya. Konsep Taman Ilmu adalah gabungan penempatan beberapa kolej universiti dengan menggunakan kemudahan asas secara bersama. Di sini juga `knowledge sharing’ antara tenaga akademik akan diterapkan.


Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

173


Program Basmi Kemiskinan Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Program bantuan rumah telah dikenal pasti sebagai satu landasan yang berkesan bagi mengurangkan keperitan hidup golongan miskin. Penyediaan kediaman yang selesa kepada golongan miskin dapat memberi kegembiraan yang tidak terhingga kepada mereka melalui pemberian bantuan tukar atap, baik pulih dan bina rumah baru.

Menunaikan amanah

176

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Program bantuan rumah Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

177


Bagi memaksimakan impak kepada Program Pembasmian Kemiskinan, Projek Ladang Kelapa Sawit Rakyat telah diperkenalkan. Projek di Dungun berkeluasan 3,706.14 hektar ini telah bermula pada tahun 2009. Pelaksanaan projek ini adalah bertujuan untuk memberi pendapatan tambahan kepada golongan miskin. Hasil keuntungan daripada projek ini akan diagihkan kepada golongan miskin yang layak sebagai tambahan kepada pendapatan asal bagi membolehkan mereka terkeluar daripada status kemiskinan. Adalah dijangkakan ianya akan memberi manfaat kepada lebih 1,000 penerima golongan miskin nanti.

Menunaikan amanah

178

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Projek Ladang Kelapa Sawit Rakyat Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

179


Pembangunan Kesihatan Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Tabung penyakit kronik yang diperkenalkan Kerajaan Terengganu sejak tahun 2010 melibatkan peruntukan berjumlah RM10 juta sudah memberi manfaat kepada lebih 500 pesakit yang menderita pelbagai penyakit berbahaya dan memerlukan perhatian segera.

Menunaikan amanah

182

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Tabung Penyakit Kronik Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

183


Pusat Perubatan i-HEAL (i-HEAL Medical Centre) milik Kerajaan Terengganu di Mid Valley, Kuala Lumpur dibangunkan menerusi Lambaga Tabung Amanah Warisan Terengganu. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan pembukaan pusat rawatan harian itu dan ianya terus menempa sejarah apabila berjaya melakukan pembedahan jantung pertama terhadap pesakit pada 13 Oktober 2010. Pembedahan itu diketuai sendiri oleh Pengarah Kesihatannya, Dr. David Khoo Sin Keat.

Menunaikan amanah

184

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Pusat Perubatan i-HEAL Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

185


Terengganu menjadi penyumbang terbesar melalui Tabung Dana Khas Perubatan berjumlah RM72 juta bagi menjamin kesihatan, kesejahteraan dan kebajikan yang terbaik untuk rakyat negeri Terengganu. Peruntukan yang disalurkan itu bertujuan membeli pelbagai kemudahan peralatan termasuk 20 buah ambulan (RM3.2 juta), mesin Echocardiography (RM1 juta) dan peralatan untuk perkhidmatan Reproduktif bagi Program Tabung Uji (RM500,000). Terengganu juga

Menunaikan amanah

184

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


mencipta sejarah perubatan negara apabila menjadi negeri pertama di Malaysia dan di Asia Tenggara yang menggunakan peralatan canggih Mesin Tomografi Berkomputer Multiclise (MSCT) yang mampu menghasilkan 64 imej pada setiap imbasan. Mesin berharga RM2 juta itu juga dapat ditingkatkan keupayaan sehingga 128 imej melebihi keupayaan mesin scan biasa terutama bagi imejan dan isotropik bagi tujuan rekostruksi multiplana (MPR) mengesan penyakit.

Tabung Dana Khas Perubatan Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

185


Pembangunan Sukan Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Hari ini negeri Terengganu merupakan kuasa baru dalam sukan tanah air yang terus menerus mengungguli SUKMA dengan mengekalkan gelaran Juara Keselurahan Sukma sebanyak tiga kali berturut-turut iaitu pada tahun 2008, 2010, 2011. Kerajaan Negeri Terengganu juga merupakan pengelola utama penganjuran Sultan’s Cup Terengganu Endurance Challenge dan Sultan Mizan Cup 2012.

Menunaikan amanah

190

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Kejohanan Monsoon Cup yang diadakan di Pulau Duyong kini berada dalam peta dunia pelayaran dan menarik pelumba berprestij untuk datang dan bersaing merebut kejuaraan. Rakyat negeri Terengganu juga berbangga dengan kejayaan pasukan bola sepak negeri menjuarai Piala FA 2011 selepas memenangi kali pertama pada Tahun 2001.

Terengganu kuasa baru sukan Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

191


Di samping itu, kita berbangga dngan anak kelahiran negeri Terengganu iaitu Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustafa dalam acara berbasikal serta Khairul Anuar Mohamad dan Nurul Syafiqah Hashim dalam acara memanah kerana bakal membawa cabaran Malaysia ke Sukan Olimpik London pada tahun 2012. Diharapkan mereka ini berjaya menggondol pingat emas untuk negara Malaysia. Malah ramai lagi atlet yang telah mengharumkan nama negeri dalam pelbagai bidang sukan seperti lumba basikal, formula future dan sebagainya. Atlet lain yang cemerlang: - Mohd Muslim Ahmad - Mohd Izzat Faris - Mohd Faizal Mohammad - Mohd Sharbinee Allawee - Mohd Ashaari Shamsuddin - Norshahrul Idlan Talaha - Anuar Manan - Mohd Hariff Salleh - Mohd Saufi Mat Senan - Mohd Shahrul Mat Amin - Nik Daniel Affifuddin

Menunaikan amanah

192

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Wira sukan Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

193


Islam dimartabatkan Rakyat seluruh negeri mengingati kelahiran Rasulullah SAW di majlis sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di setiap daerah di Terengganu.

Daerah Kuala Terengganu

Daerah Besut Menunaikan amanah

194

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

Daerah Kemaman


Daerah Marang

Daerah Setiu

Daerah Dungun

Daerah Hulu Terengganu Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

195


Lapan nilai utama dalam MPPNT BUDAYA ILMU

Ayat al-Quran yang pertama diturunkan ialah Iqra’, yakni ‘Bacalah’ yang membawa maksud ilmu (pendidikan) adalah asas bagi kejayaan rakyat.

CEMERLANG

Rakyat cemerlang - itulah yang perlu diberi keutamaan oleh semua pihak termasuk pemimpin, pentadbir dan rakyat. CAKNA Cakna bermaksud prihatin atau memberi perhatian. Selama ini, kerajaan telah pun mengamalkannya kepada rakyat dengan memberi keperluan, kebajikan dan pembangunan untuk rakyat. AMANAH Ikutilah sifat Rasulullah yang sentiasa beramanah. Apabila adanya sifat amanah kita tidak akan mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberikan, baik sebagai pemimpin, pentadbir atau rakyat biasa. SETIA Setia kepada negara, pemimpin dan kepada organisasi yang kita bernaung di bawahnya adalah nilai yang amat penting. MUAFAKAT Muafakat adalah perkara penting dalam hidup bermasyarakat. Pepatah Melayu ada menyebut, muafakat membawa berkat. BERYUKUR Ucapkanlah syukur atas apa jua perbuatan, kejadian dan penerimaan dengan melafazkannya di dalam hati dan dilaksanakan dalam perbuatan. ISTIQAMAH Istiqamah bermaksud teguh berdiri yakni aktif terhadap sesuatu pegangan dan amalan. Ia juga bermakna konsisten dan tidak lari dari perjuangan.

Menunaikan amanah

196

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu


Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

197


Menunaikan amanah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

Penerbit Pejabat Menteri Besar Negeri Terengganu Tingkat 16, Wisma Darul Iman 20502 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman MALAYSIA 2012


Sidang Redaksi PENAUNG

Y.A.B. Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said

PENASIHAT

Y.Bhg. Dato’ Haji Wan Ahamad bin Wan Muda

PENGARANG

Rosli bin Zakaria IDEA & SUSUNAN Zulkipli bin C.W. Putra PENYUNTING Anida binti Mohamed @ Abd Ghani Harun Hassan FOTO Unit Komunikasi Negeri TERBITAN Pejabat Menteri Besar Negeri Terengganu Tingkat 16, Wisma Darul Iman 20502 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman, MALAYSIA PERCETAKAN Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd 21300 Kuala Terengganu. • Penghargaan kepada semua pegawai kanan, pengarah, kakitangan dan orang perseorangan yang terlibat atas kerjasama yang diberikan sehingga berjaya menghasilkan buku 4 tahun pemerintahan Menteri Besar Terengganu.


4 Tahun Menunaikan Amanah  

4 Tahun Menunaikan Amanah