__MAIN_TEXT__
feature-image

Page 1

ISSN 2180-4737 | PERCUMA | 1 - 31 Disember 2012 | http://www.teganukita.blogspot.com | http://www.terengganu.gov.my

Bil : 71

Sultan Terengganu berjiwa rakyat

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mencemar duli meninjau dan melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Kampung Bukit Rambutan, Permaisuri, Setiu, baru-baru ini. Kehadiran baginda turut diiringi Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, YB Haji Ramlan Ali dan Pegawai Daerah Besut, A Rahim Jusoh. Sultan Mizan meluangkan masa hampir setengah jam bertanyakan khabar penduduk di samping turut menyampaikan sumbangan berupa makanan kepada mangsa banjir. FOTO Mohamad Ishak | ukomtrg123@gmail.com

Rakyat sentiasa di hati MB ucap Selamat Tahun Baru 2013 kepada seluruh rakyat Terengganu Oleh: Ruslan Abdul Rahman

DI DALAM

Sisipan Keluaran Khas Sorotan Sepanjang 2012 PMR: Terengganu kekal terbaik - ms3

M

langtelipot@yahoo.com

enteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada seluruh rakyat Terengganu di mana jua mereka berada.

Di mana pun beliau berada, di peringkat mana sekalipun duduknya, rakyat tidak pernah dilupakan, sentiasa di hatinya. Beliau menyifatkan tahun 2013 adalah tahun yang penting bagi meneruskan kesinambungan perjuangan untuk membawa kesejahteraan yang lebih baik kepada rakyat , negara Malaysia dan negeri Terengganu. - lihat ms 2

Peruntukan RM2.9j di Hulu Terengganu Oleh: Kamarudin Mat Akib

S

dinmatkib@yahoo.com

empena lawatan kerja ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, membawa ‘ole-ole’ berupa peruntukan sebanyak RM2.9 juta bagi membiayai projek pembangunan di kawasan berkenaan. - lihat ms 4

Puluhan ribu penduduk sekitar Manir menyambut kedatangan Tan Sri Muhyiddin tanda sokongan padu yang tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional.

TAHUN BARU, WAJAH BARU Dinamik - Cantik - Hebat

AKHBAR TEGANUKITA 2013

FOTO Harish Fadzillah | harishfadzillah@gmail.com

?


2

AM BPUNT lancar perang pejuang amanat Presiden Pas

B

iro Penerangan Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu (BPUNT) akan melancarkan ‘perang habis-habisan’ dengan mereka yang mempertahankan amanat yang dikeluarkan Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang (1981) sehingga ia ditarik balik. Ketua Penerangan dato’ haji ahmad razif BPUNT, Dato’ Haji Ahmad Razif Abdul Rahman “Saya berkata, jadikan ia suatu menyeru jihad demi memulih akidah dan persaudaraan di seluruh kalangan umat Islam. rakyat negeri “Saya menyeru dan negara seluruh rakyat negeri ini yang dan negara ini yang beragama Islam meberagama nolak ‘amanat’ itu denIslam menogan penuh kesedaran lak ‘amanat’ dan keinginan untuk melihat umat Islam itu dengan kembali bertaut dan penuh kesebersatu di negara ini,” daran dan katanya.. Sehubungan itu keinginan katanya, enam pendekauntuk melihat tan akan diambil berumat Islam hubung isu berkenaan kembali dengan mendesak secara berterusan Presbertaut dan iden Pas itu agar menarbersatu di ik balik amanatnya yang negara ini.” dibuat di Banggol Peradong kerana ia menghuru-harakan orang Islam dari segi akidah dan persaudaraan Manakala kedua ialah menggerakkan seluruh jentera Penerangan UMNO bahagian dan cawangan di negeri ini agar menjelaskan kepada rakyat perkara yang menyebabkan kesesatan umat Islam akibat amanat ini. Diikuti ketiga, BPUNT akan menyerahkan memorandum kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin supaya bertindak sewajarnya terhadap amanat ini. Sementara keempat pula menyokong usaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) serta Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) agar ‘memerangi’ amanat yang memecah-belahkan umat Islam hingga ke beberapa negeri lain dan membuat penjelasan sewajarnya. Katanya, kelima adalah dengan mengeluarkan bahan-bahan bacaan dan tontonan kenapa amanat Dato’ Seri Abdul Hadi itu dianggap menyesatkan, mengeliru dan memporak-perandakan umat Islam di Terengganu termasuk di Kelantan, Kedah, Pahang dan beberapa negeri lain. “Keenam kita akan bekerjasama dengan UMNO Pusat dan negeri-negeri bagi mendesak Dato’ Seri Abdul Hadi memohon maaf kepada mereka yang tersesat akibat amanatnya,” katanya. Beliau seterusnya melahirkan rasa kesal dengan sikap degil dan tidak endah Dato’ Seri Abdul Hadi kepada gesaan supaya memohon maaf dan menarik balik amatnya itu.

BIL: 71 (1 - 31 Disember 2012)

PITC labur RM40 juta di Kijal Oleh: Fauzi Mohd fauzibinmohd@yahoo.com

P

ersatuan Industri Tekstil China (PITC) bersetuju melabur RM40 juta bagi membina kompleks tekstil kedua di Bandar Baru Kijal, Kemaman. Pengerusinya, Dai Bing Nam berkata, PITC akan menjadikan Bandar Baru Kijal sebagai hab tekstil yang terbesar di Asia Tenggara bagi persatuan itu berikutan komitmen kerajaan negeri menyediakan prasarana pelaburan terbaik untuk industri tersebut. Menurutnya, PITC akan mengeksport barangan tekstil terus dari China ke kompleks itu melalui Pelabuhan Teluk Kalong di Kemaman serta sokongan logistik melalui pembinaan Pelabuhan Darat Bandar Baru Kijal pada tahun depan. Kita mahu mencari peluang pelaburan yang baik dan Terengganu mempunyai prasarana kemudahan yang diperlukan seperti di kawasan Bandar Baru Kijal ini yang berdekatan dengan kawasan perindustrian Telok

Majlis MoU antara PITC dan MPK bagi melaksanakan projek Kompleks Tekstil Bandar Baru Kijal, Kemaman.

kalong,” katanya. Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara PITC dan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) bagi perlaksanaan projek itu di Kompleks Tekstil Bandar Baru Kijal, Kemaman, baru-baru ini. PITC diwakili Dai Bing Nam manakala MPK oleh Yang Dipertuanya, Dato’ Mustafar Khalid dengan disaksikan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri,

Dato’ Toh Chin Yaw serta 40 deligasi dari PITC. Sementara itu, Dato’ Seri Ahmad berkata, pelaburan kerajaan negeri dengan kerjasama PITC dijangka mampu mendatangkan keuntungan untuk jangka panjang dalam industri tekstil. Katanya, dengan adanya kompleks itu, ia akan memberi kemudahan kepada peniaga dan penduduk di Pantai Timur khususnya mendapatkan pelbagai bahan berasaskan tekstil yang bermutu. “Ini adalah projek jangka panjang yang akan memberi keuntungan kepada penia-

ga tekstil. Kompleks tekstil yang akan dibina itu nanti bakal menjadi hab tekstil yang pertama seumpamanya di Pantai Timur. “Penduduk Pantai Timur dan peniaga tekstil tidak perlu lagi pergi jauh bagi mendapatkan barangan berasaskan tekstil serta kain yang bermutu kerana semuanya akan disediakan di kompleks di Bandar Baru Kijal,” katanya. Tambah beliau, Kompleks Tekstil pertama yang bernilai kira-kira RM40.7 juta itu telah siap pertengahan tahun lalu akan dibuka sepenuhnya untuk aktiviti jualan pada April tahun depan. Kompleks itu adalah antara lebih 12 komponen projek bagi pembangunan bandar berkenaan yang dianggarkan menelan kos kira-kira RM143 juta. Pembangunan di tanah seluas 160 hektar itu turut melibatkan bangunan komersil, pelabuhan darat, balai polis dan bomba, Jabatan Kastam dan Imigresen, perumahan dan institusi pengajian tinggi serta hospital dan mahkamah baru untuk Daerah Kemaman.

Kekalkan kesejahteraan, kedamaian, kebahagiaan, keharmonian dan keamanan - dari ms 1 Menurutnya, kesejahteraan, kedamaian, kebahagiaan, keharmonian dan keamanan adalah ciri-ciri yang memang diajar oleh Agama Islam Yang Maha Suci, sekiranya perkara yang bertentangan dengan ciri-ciri tersebut ia hendaklah dijauhi. Menurutnya lagi kesejahteraan merujuk kepada keadaan yang baik, keadaan masyarakat yang berada dalam keadaan aman dan makmur serta sihat dan gembira. Dari segi ekonomi, kita berusaha meningkatkan pendapatan, memberi pekerjaan kepada rakyat, perniagaan dan perusahaan

dapat dijalankan dengan sebaiknya dan sumber rezeki yang halal diperolehi untuk kehidupan rakyat dan menjauhi serta mengatasi kemiskinan. Kesejahteraan merujuk kepada kemakmuran sesebuah negara yang bebas daripada segala ancaman perseteruan, pergaduhan dan apatah lagi peperangan hendaknya dijauhi sama sekali. Namun secara keseluruhannya, katanya kesejahteraan bermula dari dalam diri seseorang itu sendiri seterusnya kepada ahli keluarga, masyarakat dan negeri dan negara. Kita hendaklah bersyukur kerana negeri dan

dato’ seri haji ahmad said

negara kita aman makmur berbanding dengan kesusahan, penderitaan rakyat di sesetengah negara yang hidup dalam peperangan dan huru-hara. Marilah kita jaga baikbaik negeri dan tanahair kita, peribahasa ada mengingatkan-

jangan kerana mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan, kata Menteri Besar. Secara kesimpulannya, kesejahteraan bermaksud keselamatan, kesenangan dan ketenteraman serta terpelihara daripada segala ancaman,bahkan Islam itu sendiri adalah agama kesejahteraan atau bermakna sejahtera, tegasnya. “Insya Allah kita akan lipatgandakan usaha pembangunan untuk rakyat di tahun 2013, sesuai dengan bajet untuk kesejahteraan rakyat yang telah dibentangkan, ia mencakupi pembangunan fizikal, spiritual terutama dalam pendidikan, “ tegasnya.


BIL: 71 (1 - 31 Disember 2012)

AM

EPIC bantu pelajar kurang mampu

FOTO Nurul Aziela Saberi | ukomtrg123@gmail.com

Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Berhad mengadakan program bersama pelajar kurang berkemampuan yang dikenali sebagai Back To School 2013, melibatkan 40 orang pelajar sekolah rendah bersama guru-guru pengiring sekolah masing-masing, baru-baru ini.

PMR : Terengganu kekal terbaik Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

T

erengganu terus unggul dalam keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 apabila mengekalkan pencapaian terbaik dalam tempoh lapan tahun sejak 2005. Gred Purata Negeri (GPN) kekal 2.57 sebagaimana tahun lalu. Selain itu, GPN pada 2005 (2.78), 2006 (2.75), 2007 (2.65), 2009 (2.60) dan 2010 (2.58). Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Encik Hashim Mohd Zin, berkata pengekalan peningkatan itu bukan suatu perkara yang mudah dicapai melainkan perlu berusaha dengan gigih, berterusan, semangat yang jitu dan bersepadu untuk memastikan prestasi tidak merosot. “Dengan catatan angka yang sangat baik ini juga secara tidak langsung telah melonjak pendidikan negeri Terengganu ke tahap yang terkehadapan di peringkat kebangsaan. “Prestasi keseluruhan juga merekodkan GPN Terengganu jauh mengatasi Gred Purata Nasional,” katanya ketika mengumumkan Keputusan PMR 2012, di JPNT, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama Ketua Sektor Akademik, Haji Mohd Zubir Embong. Encik Hashim berkata, walaupun mencatat kegemilangan keseluruhan PMR tahun ini, pencapaian peringkat cemerlang sedikit menurun berbanding tempoh tiga tahun sebelum

Pelajar cemerlang PMR gembira dengan keputusan masing-masing.

ini apabila pencapaian Semua A berkurang 1.81 peratus. “Pelajar yang memperolehi semua A pada 2009 (7.12 peratus), 2010 (7.81) dan tahun lalu (8.95 pera-

tus)”, katanya. Menurutnya, prestasi Minimum D yang meningkat selama tiga tahun berturut-turut sejak 2009 (56.26), 2010 (59.42) dan tahun lalu (60.01) juga menurun 0.17

peratus pada tahun ini (59.84). Seramai 23,025 pelajar menduduki PMR seluruh Terengganu pada tahun ini berbanding 23,157 pelajar pada tahun lalu.

Kualiti pencapaian sekolah meningkat

K

ualiti pencapaian sekolah seluruh Terengganu dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 meningkat berbanding tahun lalu. Pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) lebih baik apabila terdapat pertambahan sebuah sekolah kepada 27 yang berjaya mencatat GPS cemerlang (1.00 hingga 1.80) atau prestasi A. Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Encik Hashim Mohd Zin,berkata Sekolah Menengah (SM) Sains Sultan Mahmud merekodkan GPS 1.03 untuk mendahului senarai sekolah berpencapaian tinggi apabila 84.62 peratus daripada 104 pelajarnya memperolehi semua A. Sementara sekolah lain, SMK Mak Lagam, Kemaman (1.10) dengan 58.65 peratus mendapat semua A, diikuti SM Sains Dungun (1.11) dengan 53.68 peratus pelajarnya memperolehi semua A. Sekolah lain, SM Sains Hulu Terengganu (1.13), SM Imtiaz Kuala Berang (1.14); SM Imtiaz Kuala Terengganu (1.16); SMK lembah Bidong (1.18); SM Imtiaz Besut (1.18); SMK Chukai 1.19

dan SMKA Sheikh Abdul Malek (1.19); SM Imtiaz Dungun (1.19); SMK Tengku Mahmud (1.21) dan SMA (A) Sultan Zainal Abidin Terengganu (1.24) dan SBP Integrasi Batu rakit (1.25). “Selain merekod bilangan peningkatan sekolah berpencapaian tinggi, Terengganu juga mempunyai 15 sekolah berjaya mencapai 100 peratus minimum D (lulus semua subjek),” katanya. Sekolah berkenaan adalah SM Sains Sultan Mahmud, SMK Mak Lagam, SM Sains Dungun, SM Sains Hulu Terengganu, SM Imtiaz Kuala Berang, SMK lembah Bidong; SM Imtiaz Besut; SMK Chukai, SMKA Sheikh Abdul Malek; SM Imtiaz Dungun; SMK Tengku Mahmud; SMA (A) Sultan Zainal Abidin,; SMK Tengku Ampuan Intan Zaharah, Dungun dan SMK pelong, Setiu. Menurut beliau lagi, pencapaian di kalangan pelajar sekolah di bandar meningkat berbanding tahun lalu apabila Gred Purata (GP)calon bandar meningkat 0.01 kepada 2.41, manakala GP calon luar bandar kekal seperti tahun lalu (2.72).

3

Naik taraf IQT jadi Kolej Universiti

I

nstitut al-Quran Terengganu (IQT) bakal dinaiktaraf kepada Kolej Universiti dan proses ke arah itu sedang dilaksanakan dengan lancar. Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, YB Haji Khazan Che Mat berkata, pada HAJI KHAZAN CHE MAT dasarnya kerajan telah bersetuju untuk menaiktaraf IQT ini kepada Kolej Universiti dan proses kearah itu berjalan lancar. “Insya-Allah perkara ini akan menjadi realiti,” katanya. Beliau berkata, kerajaan juga akan membuat penambahabaikan terhadap tempat penginapan untuk pelajar untuk memberi keselesaan terutama kepada pelajar-pelajar baru. “Kita sentiasa berusaha memberi penekanan serius terhadap kebajikan pelajar dan juga kakitangan di institut ini dari semasa ke semasa seperti juga pusat-pusat pengajian lain,” katanya. “Tidak dinafikan masih ada sekolah yang tidak ada Kelas Kafa kerana ketiadaan bilik darjah serta masalah penyelarasan dengan aktiviti sekolah,” katanya Menurutnya Yayasan Islam Terengganu (YIT) sentiasa megadakan perbincangan dengan pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengtganu untuk menangani masalah itu. Setakat ini, katanya terdapat kelas yang dibuka di balai raya, balai Quran dan di bangunan khas seperti yang terdapat di sesetengah penempatan di Felda. “Insya-Allah perkara ini dapat diselesaikan kerana kerajaan bersungguh-sungguh untuk melihat anak-anak negeri ini mampu menguasai bahasa al-Quran serta khatam sebelum memasuki sekolah menengah,” katanya.

Pemasangan AES dalam tempoh terdekat K

erajaan negeri berhasrat memasang kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik(AES) di lokasi tertentu di Terengganu dalam tempoh terdekat kerana yakin dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Dato’ Yahya Khatib Mohamad, berkata pemasangan AES bukan saja dapat membantu mengurangkan kadar dan kerugian akibat kemalangan malah mampu mendidik pengguna jalan raya supaya lebih berwaspada. Katanya, berdasarkan rekod sehingga November lalu, sebanyak 9,498 jumlah kemalangan dilaporkan dan daripada jumlah itu 273 kes membabitkan kemalangan maut. “Masyarakat tidak perlu memahami perlaksanaan AES dari sudut negatif sebaliknya ia adalah untuk kebaikan bersama khususnya pengguna jalan raya. “Mereka yang tetap menolak pemasangan sistem ini dianggap tidak bertamadun kerana jelas apa yang dilaksanakan untuk kebaikan pengguna jalan raya itu sendiri dan bukannya kepentingan politik,” katanya.


4

AM

4,071 unit rumah sudah berpenghuni M

enteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said memberitahu sebanyak 4,071 unit rumah yang dibina kerajaan negeri sudah didiami pemilik sepanjang tempoh Januari 2008 hingga November 2012. Daripada jumlah itu, sebanyak 2,700 unit melibatkan Rumah Mampu Milik (RMM) dan selebihnya Rumah Kos Rendah (RKR) serta Rumah Kos Tinggi (RKT).  “Dalam tempoh sama, kerajaan telah melaksanakan 28 projek RKR dan RMM melibatkan 8,846 unit rumah dengan perbelanjaan mencecah RM782.18 juta.  “Daripada jumlah ini, 13 projek sudah pun siap dan 15 projek lagi masih dalam pembinaan,” katanya. Katanya, pada tahun depan sebanyak RM72.50 juta diperuntukkan untuk meneruskan pembinaan rumah sedia ada di samping melaksanakan projek-projek baru. “Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Perumahan) ada menerima sebanyak 24,724 pemohonan terhadap rumah-rumah yang dibina.  “Daripada jumlah itu, sebanyak 15,008 pemohonan sudah dipanggil temuduga dan 2,449 daripadanya diluluskan selepas memenuhi syarat yang ditetapkan, manakala selebihnya masih lagi semakan dan siasat,” katanya.

Kerajaan prihatin, imbuhan jurumandi jenazah naik iarpun tugas menguruskan jenazah dianggap kecil oleh segelintir pihak, B namun tuntutan fardu kifayah itu tetap penting dan diberi penekanan oleh kerajaan negeri apabila bersetuju menaikkan imbuhan jurumandi jenazah dari RM60 kepada RM100 bagi setiap jenazah. Pada masa yang sama, imbuhan kepada pembantu jurumandi jenazah turut ditambah dari RM30 kepada RM50 bermula tahun depan. YB Haji Muhammad Ramli Nuh, berkata keputusan kerajaan itu membuktikan kerajaan sentiasa peka dan mengutamakan kepentingan agama yang merangkumi tuntutan fardu kifayah termasuk dalam aspek pengurusan terakhir jenazah. “Tindakan dan keputusan kerajaan ini bagi menghargai kumpulan pengurus jenazah yang ada hari ini, malah turut menggalakkan lagi golongan muda terlibat dengan perkhidmatan itu. “Ketika ini, kita berdepan dengan masalah kekurangan jurumandi jenazah kerana ramai golongan muda khususnya, tidak menunjukkan minat, malah ada yang sudah berkursus cara-cara menguruskan jenazah tetapi ada `jenggi’ pula tidak boleh menguruskan orang yang sudah mati, sedangkan orang mati sudah `tidak boleh buat apaapa’,” katanya. Beliau berkata, sebelum ini kadar imbuhan kepada  jurumandi jenazah hanya RM30, sebelum dinaikkan kepada RM60 sejak tujuh tahun.

BIL: 71 (1 - 31 Disember 2012)

Tiada sekatan pelihara haiwan di Pulau Redang Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

K

erajaan negeri tidak pernah menghalang penduduk Pulau Redang memelihara sebarang haiwan ternakan seperti lembu dan kambing di penempatan mereka. P e n g e r u s i Jawatankuasa

Kerajaan tidak pernah mengenakan sebarang polisi baru berkaitan ternakan haiwan di daratan atau air kepada penduduk Pulau Redang. DATO’ ABDUL RAHIN

Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato’ Abdul Rahin Mohd Said, berkata pihaknya tidak pernah mengenakan sebarang polisi baru berkaitan ternakan haiwan di daratan atau air kepada penduduk Pulau Redang. “Sebaliknya hanya mengenakan denda atau tindakan menangkap

haiwan itu sekiranya penternak membiarkan haiwan milik mereka mencemari persekitaran kampung dan kawasan pelancongan. “Langkah itu terpaksa dilaksanakan kerana sebelum ini kawasan itu sering dicemari dengan najis binatang yang sememangnya boleh menjejaskan imej Pulau Redang,” katanya.

Anak Terengganu jejak 10 universiti terbaik dunia - Menteri Besar

H

ari ini anak Terengganu telah berjaya melanjutkan pengajian ke 10 universiti terbaik di dunia dengan pembiayaan kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu (YT). Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, university berkenaan termasuklah Universitiy of Cambridge, Oxford University, London School of Economics, Imperial College of London, King’s College, Universiti of London dan Queen’s University of Belfast. “Kita berbangga bila mereka berjaya menempatkan diri bersama pelajar yang datang dari seluruh pelusuk dunia . Saya yakin semua pihak termasuk YT telah melaksanakan usaha yang terbaik untuk mempertingatkan kecemerlangan pelajar negeri ini,”katanya. Menteri Besar berkata demikian di majlis Penganugerahan Pingat Emas dan Sarjana Terengganu

Pelajar yang menerima Anugerah Pingat Emas dan Sarjana Terengganu Yayasan Terengganu.

Yayasan Terengganu kali ke-33 di Taman Tamadun Islam (TTI) Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pendidikan Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Dato’ Haji Ahmad Razif Abdul Rahman; Pengarah Pelajaran negeri,

Encik Zakaria Hussin dan Pengarah Yayasan Terengganu Encik Zakaria Yusof. Katanya, rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran berpotensi memiliki modal insan yang besar untuk diri sendiri, masyarakat dan negara. Pada majlis itu dua pelajar iaitu Muhammad Firdaus Hamzah, 18, dan

Fatin Hamimi Abdullah menerima Anugerah Pingat Emas 2012, penerima Anugerah Khas (tiga orang) dan Anuegrah Sarjana (97 orang) yang mendapat Kepujian Kelas Pertama. Penerima Anugerah Pingat Emas masing-masing menerima wang tunai RM5,000, computer riba, sehelai kot, medal (Pingat Emas) dan sijil penghargaan.

‘Ole-ole’ berharga daripada TPM untuk rakyat Manir - dari ms 1 Daripada jumlah itu, RM2 juta akan digunakan bagi membaiki dan membaikpulih rumah penduduk di kawasan itu yang uzur manakala selebihnya bagi membiayai pelbagai projek kecil yang dirancang di kawasan berkenaan. Dalam ucapannya di majlis Jamuan Rakyat

1Malaysia Parlimen Hulu Terengganu di padang bola Kampung Pulau Bahagia, Manir, Tan Sri Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata pihaknya prihatin dan komited dalam membantu menyelesaikan masalah penduduk tempatan. “Kita mahu menyelesaikan semua masalah yang dihadapi oleh masyarakat daripada pelbagai kategori

seperti petani, peniaga, pengusaha industri kecil dan sederhana serta kakitangan awam dan swasta,” katanya. Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak membeza-bezakan dalam pemberian bantuan dan subsidi kepada rakyat di mana semua pemohon yang layak akan menerima habuan masing-masing.

Beliau berkata, kerajaan memberi bantuan kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik kerana mereka semua adalah warga negara ini. Beliau berharap rakyat di kawasan DUN Manir akan terus memberi sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) agar lebih banyak program dan projek dapat dilaksanakan.


BIL: 71 (1 - 31 Disember 2012)

EKONOMI

Maidam berjaya kutip zakat RM98.3 juta

BISNES

PAU Rahimah memikat citarasa Oleh: Suriati Ali

W

Maidam menerima penyerahan zakat perniagaan daripada Bank Islam.

aliasuriati@yahoo.com

alaupun hanya bermula dengan adunan tiga kilogram (kg) gandum sehari untuk menghasilkan pau pada awal memulakan perniagaan lapan tahun lalu, kini pemilik Pau Rahimah mampu menghabiskan 100 kg gandum sehari. Berkat usaha dan kesabaran tinggi, Puan Rahimah Sulong, 50, kini mampu tersenyum berikutan hasil jualan pau yang diusahakan semakin mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan sehingga mencecah 5,000 biji sehari . Lebih membanggakan, perniagaan yang dibantu tujuh orang saudara itu mampu memperoleh keuntungan mencecah RM5,000 sebulan berbanding di awal perniagaan iaitu hanya RM40 sebulan. Kejayaan dikecapi itu hasil dorongan keluarga dan sikap cakna Jabatan Pertanian Negeri Terengganu (JPNT) yang memberi sumbangan berupa bengkel dan peralatan, bernilai lebih RM60,000. Bantuan itu termasuk dua mesin pengadun, satu pemanas dan pengukus yang boleh menghasilkan pau dalam kapasiti lebih besar dengan rasa dan mutu lebih baik. Pada mulanya, Puan Rahimah dari Kampung Tanjung Sabtu, Manir, Kuala Terengganu, hanya menjalankan perniagaan di rumah dengan bantuan arwah ibu. Selain mempunyai niat ingin membantu meringankan beban suami menyara tujuh anak yang masih kecil dan bersekolah. Katanya,idea untuk memulakan perniagaan pau ini dicetuskan adik yang prihatin dengan kesusahan kami sekeluarga. “Dengan bermodalkan sedikit simpanan iaitu kira-kira RM2,000, saya mengambil keputusan menceburi bidang ini dengan membeli bahan mentah dan mesin

5

M adunan. “Pada awalnya, saya membuat kuih di rumah dengan purata 200 biji sehari dan menjualnya kepada pemilik warung kopi berdekatan serta beberapa jiran,” katanya. Selepas dua tahun berniaga di rumah, usahanya mendapat perhatian JPNT yang menawarkan sebuah bengkel bernilai RM30,000, semata-mata mahu melihat perniagaan Pau Rahimah terus maju. “Syukur Alhamdulillah, dengan bantuan itu, saya mampu mengeluarkan 6,000 pau sehari. Produk Pau Rahimah diedarkan di sekitar Kuala Terengganu termasuk di 10 asrama sekolah, kedai runcit, restoran dan penjaja tepi jalan. “Bagaimanapun, ia belum dapat memenuhi permintaan yang ada kala menjangkau 10,000 biji sehari,” katanya yang berharap dapat menambah mesin pengadun bagi meningkatkan pengeluaran. “Besar harapan saya agar perniagaan ini bukan saja menjana pulangan lumayan, tetapi memberI manfaat kepada masyarakat setempat, terutama suri rumah bagi memberi pendapatan sampingan,” katanya. Produk Pau Rahimah boleh didapati dalam bentuk sejuk beku dan sedia dimasak. Pelbagai perisa ditawarkan termasuk kacang,, daging, ayam, kelapa, sardin dan kaya dengan harga antara RM0.40 sen sehingga RM 0.70 sebiji.

Rahimah sibuk menyiapkan tempahan Pau yang ditempah pelanggan.

ajlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) telah berjaya mengutip RM98.3 juta sehingga 26 Disember tahun ini di mana zakat pendapaan merupakan penyumbang tertinggi dengan jumlah kutipan RM 37.4 juta diikuti zakat perniagaan (RM30 juta) dan zakat simpanan (RM18.2 juta). Yang Dipertua Maidam, Dato’ Bentara Luar Dato’ Omar Pilus berkata, Maidam mensasarkan jumlah kutipan zakat RM100 juta tahun ini. Katanya, sebanyak RM80.5 juta telah dikeluarkan bagi agihan zakat dan jumlah tertinggi ialah untuk golongan miskin (RM30.4 juta) diikuti fisabilillah (RM24.9 juta). “Maidam juga telah memperluaskan bantuan khusus kepada golongan fakir dan miskin dengan memberi bantuan pembinaan rumah baru dengan kos RM38,000 setiap unit,” katanya kepada pemberita ketika Penyerahan Zakat Bank Islam Malaysia Berhad kepada Maidam di Pejabat Maidam Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Dato’ Haji Mohd Rozali Saleh dan Pengurusan Besar Bank Islam, Dato’ Wan Ismail Wan Yusoh. Katanya, sehingga Disember tahun ini sebanyak 30 buah telah berjaya dibina di bawah skim baru ini manakala bantuan baiki rumah masih diteruskan. Selain itu katanya, Maidam juga telah membelanjakan hampir RM10 juta khusus untuk bantuan pendidikan sekolah menengah dalam bentuk seragam sekolah, baucer makanan waktu rehat, tambang bas serta yuran asrama membabitkan 24,572 pelajar dari 366 buah sekolah seluruh negeri. “Seramai 2,121 orang golongan yang sudah tidak produktif juga telah menerima bantuan antara RM250 hingga RM450 sebulan,” katanya. Pada majlis itu, Bank Islam yang diwakili Dato’ Wan Ismail telah menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM324,938 kepada Dato’ Bentara Luar yang mewakili Maidam.

T-TAS penggerak sektor pelancongan negeri

S

kim Latihan Perantisan Pelancongan-Terengganu (T-TAS) yang diperkenalkan kerajaan negeri dengan kerjasama Inforana Holding Sdn Bhd dilihat mampu melahirkan belia berkemahiran dan berkelayakan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja khususnya dalam bidang perhotelan dan pelancongan. Sebagai program penggerak kepada sektor pelancongan dan persediaan awal menghadapi Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013, T-TAS terbuka kepada golongan belia yang berumur antara 18 sehingga 40 tahun yang berasal dari negeri ini sahaja. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato’ Abdul Rahin Mohd Said berkata skim berkenaan berjaya melatih 900 anak Terengganu sejak mula diperkenalkan pada 2008. “Hampir 85 peratus para pelatih lepasan T-TAS berjaya mendapat pekerjaan dalam bidang berkaitan dan ada yang menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. “Sehingga kini, ianya mendapat sambutan baik dan skim ini hendaklah diteruskan supaya industri pelancongan dan perhotelan di negeri ini,” ujarnya.


6

BIL: 71 (1 - 31 Disember 2012)

RENCANA

2013

Tahun Pilihanraya Umum

M

mengambil bahagian dalam menunaikan sembahyang Oleh: Pengarang Teganukita am_ukom@gmail.com Jumaat di mana-mana tempat selain daripada masjid di mana sembahyang Jumaat boleh diadakan atau tempat yang diluluskan bagi maksud itu oleh Majlis adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Tahun 2001 adalah tahun Pas memerintah Terengganu. Pas yang membuat undang-undang tidak boleh sembahyang di tempat yang tidak dibenarkan semasa mereka berkuasa di Terengganu sebelum ini (rujuk seksyen 17 di atas), tetapi kini pemimpin mereka sendiri melanggar undang-undang itu dengan bersembahyang di masjid yang tidak diiktiraf oleh kerajaan. Justeru itu benarlah kata Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, YB Haji Khazan Che Mat , tindakan bersembahyang di masjid yang tidak mendapat kebenaran pemerintah adalah haram, walaupun sah. “Dalam Islam ada perkara yang sah tetapi haram, ini semua perlu difahami ,” katanya kepada Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu (Pembentangan Bajet 2013) baru-baru ini. “Dulu mereka buat undang-undang itu atas rasa Seksyen 13. Mengeluarkan tanggungjawab sebagai fatwa. kerajaan, sekarang mereka (1) Tidaklah boleh sesiapa, sendiri melanggar undang-unkecuali Mufti atau dang yang mereka sendiri Jawatankuasa Fatwa, sama buat,” jelasnya tanpa sebarang ada secara lisan atau tulisan, bangkangan dari wakil pemmembuat dan mengeluarkan INGAT DOK LAGI...Rang Undang-Undang yang diben- bangkang. Fatwa mengenai Agama Islam tangkan kerajaan negeri (ketika itu di bawah kemimpinan Seramai lapan orang wakil Pas) yang diterbitkan untuk makluman umum. atau Hukum Syarak. pembangkang (Pas) dalam (2) Mana-mana orang yang Undangan Negeri Terenggamelanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu nu termasuk Presiden Pas , Dato’ Seri Haji Abdul Hadi kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak Awang, yang mewakili Dun Rhu Rendang. melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama Taat kepada pemerintah (kerajaan) dalam Islam tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. adalah suatu kewajipan dan ini diperakui sendiri oleh Adun Rhu Rendang yang member kata-kata aluan Seksyen 15. Memutarbelitkan ajaran Islam dan hukum dalam sebuah buku yang pernah diterbitkan berkaihakam agama Islam. tan perkara itu, tegas Adun Batu Rakit itu. • Mana-mana orang yang memutarbelitkan ajaran Kalau kita merujuk kepada seksyen 12, 13 dan Islam dan hukum hakam agama Islam adalah melaku- 15 pula (sebagaimana dicatatkan di atas) jelas memkan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh buktikan betapa ucapan atau amanat Haji Hadi di didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenja- Banggol Peradong itu dan beberapa ucapannya lagi rakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau bertentangan dengan seksyen tersebut. kedua-duanya.

T

Sidang Redaksi

- Pengarang.

Tel: 09 - 631 3502 | 09 - 623 0582

ANALISIS

ungkin ramai yang sudah lupa sewaktu Pas berkuasa di siri 14 Terengganu mereka pernah menggubal undangundang berkaitan beberapa perkara mengenai agama Islam yang mereka akhirnya pada masa ini atau masa lalu sendiri engkar dan melanggarnya. Apa yang saya nyatakan ialah: ENAKMEN 7 TAHUN 2001 ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (TAKZIR) (TERENGGANU) 2001 BAHAGIAN III-KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA. Disenaraikan di sini beberapa seksyen yang relevan atau berkaitan: Seksyen 12. Pendapat yang bertentangan dengan fatwa. Mana-mana orang yang memberikan, mengembangkan atau menyebarkan apa-apa pendapat tentang ajaran Islam, Hukum Syarak atau apa-apa isu yang bertentangan dengan manamana fatwa yang sedang berkuat kuasa di Negeri Terengganu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

ahun 2013 menjelang tiba. Syukur negeri dan Negara kita aman damai, berbanding di tempat lain, kehidupan tidak semakmur di tempat kita. Semua yang telah berlalu menjadi kenangan dan sejarah. Sejarah dan kenangan itu di dalamnya penuh dengan iktibar dan pengajaran kepada orang-orang yang menghayatinya. Tahun 2013 dikatakan tahun akan berlangsungnya pilihanraya umum. Oleh itu marilah kita sama-sama mempastikan kita jangan tersalah pilih. Jangan jadi yang dikendong berciciran, yang dikejar tidak dapat. Seharusnya kita membuat pertimbangan yang waras dalam sesuatu perkara supaya kelak kita tidak ditimpa kebinasaan. Kami seluruh warga akhbar dan blogTeganukukita, termasuk web tv Terengganu dan seluruh kakitangan Unit Komunikasi Negeri mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua. Marilah sama-sama kita berjuang untuk memastikan masa depan negeri dan negara kita terus maju dan makmur. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Semoga Allah memberikan hidayat dan memberkati untuk kita meneruskan perjuangan untuk agama, bangsa dan tanahair. Insya Allah Terengganu akan terus maju bersama-sama pemimpin dan rakyat yang sehati dan sejiwa dengan pendekatan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan dan peringkat negeri Terengganu Darul Iman.

Terbitan : Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Jalan Pejabat, 20200 Kuala Terengganu.

Wakil rakyat Pas langgar undang-undang (Enakmen) yang mereka sendiri buat

Ingat dok lagi. .

Seksyen 17. Sembahyang Jumaat di tempat yang tidak dibenarkan. • Mana-mana orang yang mengumpulkan atau

PENAUNG:

YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said Menteri Besar Terengganu. YB Haji Khazan Che Mat Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

Orang teganu???

PENASIHAT:

PEN. PENGARANG 1:

PENGARANG:

PEN. PENGARANG 11:

Haji Shamsuddin Sulong Pengarah Unit Komunikasi.

Ruslan Abdul Rahman Timbalan Pengarah Unit Komunikasi.

Kamaruddin Mat Akib (Media Baru). Aida Abd. Rahman (Akhbar Teganukita).

WARTAWAN:

JURUFOTO:

Esah Abdullah Zulkipli Putra Suriati Ali Harish Fadzillah Fauzi Mohd Hj. Mohamad Ishak (Besut) Amirullah Othman (Marang) Hazwan Rosli (Dungun) Mastura Jamaluddin (H. Terengganu) Nurul Aziella Saberi (Kemaman)


BIL: 71 (1 - 31 Disember 2012)

RENCANA

7

Pas `Sesat Barat’ Doh

Majlis Pakatan membuat keputusan bahawa hudud tidak akan dilaksanakan sebagai menghormati dasar bersama Pakatan Rakyat

S

Oleh: Lang Telipot

ukomtrg123@ gmail.com

ebenarnya bila Pas yang suatu masa dulu mewakili parti yang dikatakan mahukan kepada Islam, tapi akhirnya bergabung dengan parti yang bersifat selain dengan idealogi Islam, ramai pendokong Pas yang berfikiran waras sudah tidak yakin lagi dengan perjuangan parti itu. Mereka telah mula merasakan Pas sudah tidak berada di atas landasan perjuangan asal lagi. Mereka sudah lihat kenyataan-kenyataan tegas Dato’ Seri Abdul Hadi Awang atau ringkasnya Haji Hadi sudah tiada lagi bila berada bersama-sama dalam pakatan pembangkang iatu bersama DAP dan PKR. Dulu bukan main lagi katanya Haji Hadi menolak sebarang ideologi selain Islam. Sekarang DAP yang ideologinya tidak menolak perlaksanaan Islam termasuk fahaman semua agama sama sahaja (pularalisma), hak asasi manusia termasuk dari segi kebebasan sex (LBGT) pun mereka boleh terima dan berpakat. Jadi apakah’ tahaluf siasi’ yang dibolehkan Islam kalau itulah sebenarnya rakan pakatan Pas. Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, YB Haji Khazan Che Mat (Adun Batu Rakit) berkata, tahaluf siasi itu dalam bahasa Arab yang bermakna pakatan politik, bukan bermakna bila menggunakan perkataan Arab ia jadi Islamik. “Kita lihatlah pula isi kandungan pakatan itu dan dengan golongan macam mana pakatan politik yang kita buat itu, itulah ukurannya, bukan soal bahasa yang digunakan,” tegas Ustaz Haji Khazan. Bagi mereka yang berpegang teguh kepada asas perjuangan Pas kini sudah ramai yang lari meninggalkan parti itu. Mereka sudah tidak percaya lagi dengan ucapan, pesanan dan amanat Hadi yang mengatakan Umno terpesong dan kafir kerana kini Pas juga melakukan apa yang Umno buat seperti pakatan dengan bukan Islam, malah Pas lagi dahsyat berpakat dengan golongan yang terang-terang menolak Islam iaitu DAP dan berbeza dengan cara pakatan Umno. Ramai di kalangan mereka sudah menyesal mengkafirkan Umno sehingga berlaku sembahyang dua imam, sembelihan orang Umno tidak boleh dimakan, nikah imam Umno tidak sah dan sebagainya. Hinggakan Haji Hadi sanggup mengugurkan perjuangan Negara Islam yang selama ini menjadi dasar perjuangannya lalu ditukar kepada Negara Kebajikan, bahkan sanggup

WAKAF RAKYAT

mengatakan dalam al-Quran tidak ada Negara Islam. Umno berpakat dan mengetuai pakatan tetapi Haji Hadi dalam ucapan dasar Pas semasa muktamar baru-baru ini menyebut Pas hanya akan menjadi komponen kepada Pakatan untuk kononnya menubuhkan kerajaan baru menggantikan Barisan Nasional (BN). Sekadar jadi komponen buat apa. Sekiranya jatuhlah BN, tapi kerajaan yang diketuai DAP atau PKR yang menolak Islam dan orang-orang Melayu, buat apa,..itu yang menyebabkan orang Pas sendiri tolak Pas sekarang. Hendak laksanakan undang-undang Islam dan hudud, itu hanya gimik dan penipuan kepada pengikut Pas sahaja supaya terus menyokong Pas. Sebenarnya dalam pakatan mereka, Majlis Pimpinan Pakatan yang bermesyuarat mengenai hudud stelah membuat keputusan bahawa hudud tidak akan dilaksanakan sebagai menghormati dasar bersama Pakatan Rakyat dan Perlembagaan Negara. Kenyataan yang dikeluarkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai perkara ini berbunyi: “Kita tak boleh nafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pendirian tetapi kita terikat dengan dasar bersama dan Perlembagaan Persekutuan.” Dalam erti kata lain, hudud boleh terus diperbincang, dibahaskan, dipolitikkan, digembar-gemburkan, dibayangkan atau diimpikan oleh PAS selama-lamanya dan semahu-mahunya, tetapi tidak akan sekali-kali boleh dilaksanakan. Maka inilah keputusan rasmi Pakatan Rakyat dan keputusan ini sah, kekal dan

wajib dihormati oleh semua parti sekutunya. Ketika Pas mula-mula bergabung dengan PKR dan DAP, hudud tidak pun menjadi isu. Apabila Pas mengumumkan untuk menukar hala tuju dari Negara Islam kepada Negara Kebajikan juga tiada menyebut pun apa akan jadi kepada hudud yang diperjuangkan selama ini. Dan apabila Buku Jingga dibentangkan juga tiada menyentuh sedikitpun soal hudud oleh Haji Hadi yang sama sama menandatangani pakatan Buku Jungga itu. Tiba-tiba, dengan tidak semena-mena bila pilihanraya semakin hampir, hudud kembali berkumandang oleh puak-puak Pas ini, terutama di Kelantan dan Terengganu. Jelaslah pemimpin Pas yang sudah ketahui parti mereka hilang sokongan cuba meraih sokongan semula melalui kaedah menjual hukum hudud.. Hududkah di Kelantan dan Kedah negeri yang diperintah oleh Pas?. Hududkah negeri Selangor dan Pulau Pinang yang Pas berada dalam pakatan dalam membentuk kerajaan negeri itu? Semua bohong, semua sandiwara belaka. Sebelum ini, Pas menganggap memerangi UMNO itu sebagai jihad kerana UMNO tidak melaksanakan hudud, maka kini, mengapa Pas tidak pula wajib memerangi PKR dan DAP atas alasan yang sama. Sesungguhnya, tiada alasan bagi Pas untuk mengamalkan dwi-standard dalam soal hukum Allah S.W.T. DAP tetap teguh menolak Islam, tetapi Pas yang semakin hari semakin sekular. Sudah sampai masanya Pas sedar bahawa Islam itu bukan untuk dilihat, tetapi diamalkan. Islam bukan untuk disokong tetapi dihayati. Islam itu di hati, bukan di mulut, slogan, jubah, serban.. Kerana Islam itu tidak di hatilah maka Pas sibuk menghakimi orang lain dan gagal melihat diri sendiri sehingga DAP telah dengan mudah mentarbiahkan Pas menjadi sekular. “Hudud dilaksanakankah di Kelantan dan Kedah?” Justeru, mulai hari ini, eloklah Pas mula melihat ke dalam diri sendiri terlebih dahulu serta menginsafi diri sebelum ke hulu ke hilir mencari dan ‘menegur’ kemungkaran orang lain, sehingga tidak sedar diri sendiri telah tersesat jauh. Jika selama ini Pas gemar menghakimi orang lain, maka hari ini semua orang sedang menilai dan menghakimi Pas.


8

BIL: 71 (1 - 31 Disember 2012)

RENCANA

Orang muda sokong BN

S

Oleh: Kamarudin Mat Akib dinmatkib@yahoo.com

okongan golongan muda kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) semakin terserlah apabila mereka sentiasa memberi sokongan padu terhadap program-program yang dianjurkan oleh Umno dan BN di Terengganu sejak kebelakangan ini. Terbaru, lebih 5,000 muda mudi membanjiri padang bola Kampung Bahagia, Manir, baru-baru ini bagi menyambut kedatangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, yang melakukan lawatan kerja sehari ke Terengganu. Golongan muda membawa pelbagai sepanduk bagi melahirkan sokongan golongan mereka kepada Umno dan BN. Sepanduk berbunyi “Orang Muda Sokong BN” menarik perhatian Timbalan Presiden Umno itu apabila beliau menyebutnya dalam ucapan di majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia Parlimen Hulu Terengganu di padang bola berkenaan. “Saya tengok ramai orang muda yang datang ke majlis ini bagi memberi sokongan kepada Umno dan BN. Mereka bawa sepanduk lagi bagi menzahirkan sokongan tersebut,” katanya sambil diiringi tepukan gemuruh lebih 5,000 belia yang turut berada di majlis berkenaan. Lebih 20,000 orang hadir pada majlis itu,

Kehadiran luar biasa di majlis Jamuan Rakyat 1 Malaysia Parlimen Hulu Terengganu itu merupakan petanda awal BN menawan semula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir, pada pilihan raya akan datang dengan laungan slogan ‘Gelombang Perubahan Ubah Manir’. termasuk Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said; Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan. Jelas sekali kehadiran golongan muda amat menggembirakan Timbalan Perdana Menteri yang menaruh harapan besar agar sokongan seumpama itu diteruskan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-13. Pada bulan lalu, lebih 4,000 pemuda dan pemudi membanjiri Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam bagi menghadiri majlis Himpunan Generasi Muda Marang yang turut dihadiri Menteri Besar. Kehadiran luar biasa di majlis Jamuan Rakyat 1 Malaysia Parlimen Hulu Terengganu itu merupakan petanda awal BN menawan semula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir, pada pilihan raya akan datang.

Dalam ucapannya, Timbalan Presiden Umno itu amat teruja dengan kehadiran yang begitu ramai walaupun dalam keadaan lebat sejak awal pagi, menandakan rakyat tempatan mula beralih sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN). “Saya yakin kehadiran yang begitu ramai hari ini menandakan petanda awal ‘Gelombang Perubahan Ubah Manir’ akan dapat dicapai pada pilihan raya akan datang,” katanya. Hadir sama pada majlis itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said; Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang; Setiausaha Kerajaan Negeri, dato’ Haji Mazlan Ngah; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, para pembesar negeri dan pemimpin-pemimpin Umno serta BN.


KELUARAN KHAS - Bil: 71 ( 1 - 31 Disember 2012 )

SOROTAN sepanjang

2012


S2 BIL: 71 (1 - 31 Disember 2012)

KELUARAN KHAS

SOROTAN 2012

3 Januari 2012 Seramai 10 anak Terengganu dihantar ke China untuk mempelajari dan mendalami bidang industri keluli dan besi waja. 4 Januari 2012 TDM Plantation Sdn Bhd (TDMP) menerima pentauliahan akreditasi `Code of Good Agricultural Practice for Oil Palm Estates and Smallholdings’ daripada Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB). 11 Januari 2012 Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu dan TRG Industrial Minerals Sdn. Bhd. (TIM) memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) untuk membangunkan lembah silika yang pertama di dunia di Terengganu. 11 Januari 2012 Kecemerlangan atlet dari negeri ini di pentas antarabangsa terus mendapat pengiktirafan kerajaan negeri termasuk 29 atlet yang berjaya memungut pingat pada temasya Sukan SEA Indonesia 2011, menerima insentif berjumlah RM85,500 di Majlis Penyampaian Insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan SEA dan Para Asean di Wisma Darul Iman. 13 Januari 2012 Pelajar tingkatan lima, Mohd Nazwan, dari

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mentok Kemaman yang menderita sakit jantung berlubang sejak 10 tahun lalu, selamat menjalani pembedahan di Pusat Rawatan i-Heal Kuala Lumpur menerusi pembiayaan kerajaan negeri. 6 Februari 2012 Dua sekolah rendah dari Terengganu masing-masing Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu dan SK Tengku Mahmud, Besut, Terengganu diisytihar antara 14 sekolah seluruh negara mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), pada 3 Februari lalu. 10 Februari 2012 Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Masjid Al-Mustaqim di Kampung Gemuruh, Tepuh, Kuala Terengganu. 12 Februari 2012 Pelumba sensasi negara yang juga anak Terengganu, Fatehah Mustapa mencipta rekod buat negara apabila mengukir sejarah tersendiri selepas berjaya meraih pingat emas di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) ke-32. 29 Februari 2012 Berita gembira buat rakyat Terengganu

yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dan masih tidak memiliki rumah sendiri apabila kerajaan negeri bersetuju mewujudkan dana pinjaman perumahan berjumlah RM50 juta bagi memberi peluang golongan terbabit menikmati kemudahan itu tidak lama lagi. 1 Mac 2012 Pelaburan besar kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, di bidang pendidikan, menampakkan hasil positif apabila kejayaan negeri ini mengekalkan kedudukan sebagai juara 11 tahun berturut-turut dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), sekaligus mencatatkan nama Terengganu dalam Malaysia Book Of Record (MBOR). Turut dicatat dalam MBOR ialah kejayaan Kerajaan Terengganu melaksanaan Program e-Book di mana kemudahan berkenaan diagih secara percuma kepada semua murid Tahun Empat hingga Tahun Enam mulai 2009, membantu meningkatkan kecemerlangan pelajar. 3 Mac 2012 Terengganu sekali lagi diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah bagi pusingan peringkat akhir kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) edisi ke-18 bermula 21 Februari hingga 3 Mac 2012. Perlumbaan peringkat empat itu dari


Kuantan ke Dungun – Besut – Pasir Putih Kelantan – Kuala Berang Hulu Terengganu dan berakhir di Kuala Terengganu. 5 Mac 2012 Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan melancarkan empat program pendidikan kelolaan Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin. 7 Mac 2012 Terengganu terus mencipta rekod tersendiri apabila berjaya mengatasi pencapaian kebangsaan sebanyak 1.38 peratus dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011, yang diumumkan serentak seluruh negara. 14 Mac 2012 Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat merasmikan Masjid Al-Huda Kampung Rantau Abang, Dungun selepas bersama penduduk setempat menunaikan solat Maghrib. 19 Mac 2012 TOP IT Industries Sdn Bhd, sebuah anak syarikat kerajaan negeri, mengorak langkah setapak ke depan apabila mengeluarkan alat telekomunikasi pertama dunia yang menggunakan perisian Windows 7 secara keseluruhan dan dilengkapi “GSM Voice’ dan kejuruteraan telephony. Telefon pintar tersebut yang dinamakan Magic W3 untuk pasaran dunia.

19 Mac Kejayaan adik Nurussyahamah Taqiah Nurunnajmi, 13, yang berjaya merangkul juara dalam rancangan Adik-adikku musim ke-3 di TV1, membanggakan rakyat Terengganu terutama ibu bapa peserta cilik itu. 21 Mac 2012 SPM terbaik dalam tempoh empat tahun. Terengganu terus mengungguli kecemerlangan dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 apabila merekodkan peningkatan dari segi Gred Purata Negeri (GPN), pencapaian keputusan Gred Cemerlang dan Minimum C berbanding pencapaian pada 2010. 24 Mac 2012 Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan Masjid Kampung Alor Lik di Setiu dan masjid itu kemudian secara rasmi diberi nama Masjid Al-Firdaus. 27 Mac 2012 Keluaran khas Teganukita yang diterbitkan Unit Komunikasi Negeri sempena genap empat tahun pentadbiran Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, dilancarkan di Kediaman Seri Iman. 1 April 2012 Yayasan Terengganu (YT) tetap bertegas dengan tindakan menarik balik pinjaman sembilan pelajar yang terlibat dengan perhimpunan haram di Dataran Hayyu Asyier, Mesir.

5 April 2012 Kerajaan negeri melalui anak syarikat Terengganu Development Management (TDM) Berhad, mengumumkan akan membina Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) baru membabitkan peruntukan lebih RM170 juta di Batu Burok, Kuala Terengganu. 6 April 2012 Kerajaan negeri meluluskan projek pembinaan jalan yang menghubungkan simpang Bukit Kor ke jalan Kilang Emas Lubuk Mandi, Rusila, Marang sepanjang 1.7 kilometer sebagai laluan alternatif kepada penduduk Marang menghala ke Bukit Payong. 20 April 2012 Terengganu terus mengukuhkan kedudukan sebagai hub penerbangan umrah dan haji di Pantai Timur apabila menjalinkan kerjasama strategik dengan syarikat penerbangan `Saudi Arabian Airlines’ bagi memudahkan pengurusan ibadat itu bermula tahun ini. Usahasama menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai antara Kerajaan Terengganu dengan syarikat penerbangan itu turut membantu mempromosikan industri pelancongan negeri. 20 April 2012 Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenaan melancarkan ‘Bidong Underwater and Land Challenge’ sempena Hari Bumi 2012 di Pulau Bidong, Setiu. Baginda menyelam di sekitar perairan Pulau Bidong kira-kira sejam.

SOROTAN 2012

BIL: 71 (1 - 31 Disember 2012)

KELUARAN KHAS

S3


S4 BIL: 71 (1 - 31 Disember 2012)

KELUARAN KHAS

SOROTAN 2012

20 April 2012 Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) bakal memperkenalkan rangkaian perniagaan secara bergerak, T-Mobil sebagai usaha mengembangkan konsep perniagaan yang mengguna pakai jenama T (Terengganu) sekaligus meningkat pembabitan penduduk negeri ini dalam bidang keusahawanan. 10 Mei 2012 Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT) menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Ads4bucks Network, sebuah portal pengiklanan dan komuniti sosial yang mempunyai 200,000 komuniti di seluruh Asia . 17 Mei 2012 Kerajaan Terengganu dengan kerjasama Persatuan Kembara Negara berkolaboratif menganjurkan larian mendaki Gunung Berembun menerusi program `Terengganu Mount Berembun Green Challenge 2012’ . 3 Mei 2012 Program Bicara Negarawan Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad diadakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Terengganu dengan tajuk `Cabaran Umat Islam Masa Kini : Persepsi dan Realiti’ yang mengupas isu berkaitan dengan lebih lanjut dan menarik. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said merasmikan program berkenaan.

30 Mei 2012 KERAJAAN negeri mengumumkan akan membelanjakan kira-kira RM55 juta untuk dana hari raya bagi menambahkan keriangan rakyat berpendapatan rendah pada Aidilfitri ini.

28 Jun 2012 Kerajaan negeri memperuntukkan lebih RM3 juta bagi menjalankan projek menaik taraf dan penyelenggaraan enam lokasi tumpuan pelancong di seluruh Terengganu sepanjang tahun ini.

8 Jun 2012 Anak syarikat kerajaan Terengganu, Terengganu Development Management (TDM) Berhad mencatat rekod bayaran dividen tertinggi sejak 2007 berjumlah lebih RM29 juta.

3 Julai 2012 Terengganu menerima waran di bawah Projek Transformasi Luar Bandar berjumlah RM2.48 juta bagi tujuan menyelenggara, mengubahsuai serta menaik taraf surau di 40 buah sekolah di negeri ini.

19 Jun 2012 Anak muda kelahiran Terengganu, Azree Shahrel Ahmad Nazri menjadi rakyat Malaysia pertama dilantik sebagai felow penyelidik bidang matematik gunaan di Universiti Cambridge, United Kingdom. 20 Jun 2012 Kerajaan negeri meluluskan tiga kawasan rancangan tanah berkelompok untuk dijadikan penempatan bagi generasi kedua Felda dan Felcra di negeri ini. Tanah berkenaan yang dipecahkan kepada 444 lot tapak rumah akan diagihkan kepada peserta yang layak secara berperingkat. 23 Jun 2012 Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) mengumumkan akan menyediakan perkhidmatan urutan selepas bersalin untuk mereka yang memerlukan rawatan susulan.

4 Julai 2012 Tati Universiti Kolej (TATiUC) menjalin kerjasama strategik antara Shaougang Institute Of Technology (SGIT), China dan Eastern Steel Sdn Bhd (ESSB) bagi melahirkan lebih ramai rakyat tempatan yang pakar dalam bidang industri logam dan keluli. 12 Julai 2012 Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan majlis pecah tanah projek pembinaan bagunan baru Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) yang bakal berwajah baru dan dilengkapi dengan peralatan canggih, dewan bedah dan wad-wad yang lebih selesa kepada pesakit. 12 Julai 2012 Kunjungan pertama Menteri Besar ke Taman Rahmat, Pulau Kerengga, Marang,


membawa berita gembira kepada penghuni taman itu apabila kerajaan negeri bersetuju membina rumah teres yang menempatkan 60 unit rumah. 13 Julai 2012 Kerajaaan Terengganu bersetuju membekalkan uniform kepada anggota Pasukan Sukarelawan Rakyat (Rela) di negeri ini yang belum memiliki pakaian seragam dalam tempoh terdekat, sebagai menghargai peranan mereka yang sedia mencurahkan tenaga untuk berkhidmat tanpa mengira masa. 17 Julai 2012 Terengganu sekali lagi Juara Sukma di Pahang 2012 dengan menunggut 62 pingat emas, 24 perak dan 31 gangsa. 18 Julai 2012 Kerajaan Terengganu menyalurkan peruntukkan sebanyak RM830,000 kepada masjid dan surau di negeri ini bagi merangsang pengisian program Ihya Ramadan. 23 Julai 2012 Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan kira-kira RM1 juta kepada Hospital Sultanah Nur Zahirah bagi membiayai Teknik Reproduktif Bantuan (Bayi Tabung Uji) . 26 Julai 2012 Maidam memperuntukkan RM350,000 wang zakat untuk diagihkan kepada 950 saudara kita dan masyarakat Orang Asli di seluruh Terengganu sempena Ramadan.

28 Julai 2012 Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said menyampaikan ‘durian runtuh’ bernilai RM1.6 juta kepada atlet yang berjaya mengekalkan Terengganu sebagai juara Sukan Malaysia (Sukma) buat kali keempat berturut-turut. 30 Julai 2012 Taman Rekreasi Waterfront, Pulau Kambing bakal berubah wajah dan mampu menggamit lebih ramai pengunjung dalam dan luar Terengganu tidak lama lagi apabila kerja menaik taraf lokasi pelancongan yang menelan belanja kira-kira RM168 juta bakal dilaksanakan bermula tahun depan. 30 Julai 2012 Kerajaan negeri membelanjakan RM10.6 juta untuk diagih kepada 10,606 pelajar Tingkatan Enam Atas melalui Program Bantuan Pendidikan yang mula diperkenalkan pada tahun 2008. 14 Ogos 2012 Kerajaan negeri memperuntukan RM663,000 untuk menyediakan bahan-bahan berbentuk digital iaitu cakera padat untuk disimpan ke dalam e-Book yang mengandungi semua soalan-soalan yang telah disemak oleh guru-guru Angkatan Kerja Rajin dan Mulia (Akram) di pejabat pelajaran negeri. 31 Ogos 2012 Kerajaan negeri membelanjakan kira-kira RM13.4 juta bagi bantuan persediaan pembelajaran yang membabitkan 18,382 pelajar.

4 September 2012 Kerajaan negeri menyediakan 1,061 unit rumah kos rendah dan rumah mampu milik di kawasan Parlimen Hulu Terengganu dalam tempoh empat tahun lalu, bagi menyediakan kediaman lebih selesa kepada penduduk di kawasan berkenaan. 16 September 2012 Sebuah Institut Kaligrafi Islam Antarabangsa (IKIA) yang berharga RM20 juta bakal dibina di Taman Tamadun Islam (TTI) Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. 19 September 2012 Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd (LRTSB) telah mencatat prestasi memberangsangkan bagi kewangan berakhir 31 Disember tahun lalu dengan keuntungan bersih sebelum cukai berjumlah RM48.10 juta mengatasi keuntungan bersih pada tahun sebelumnya iaitu RM12.53 juta. 27 September 2012 Kerajaan negeri dengan ECERDC menanam pokok Petai Belalang (Leucaena leucocephala) bagi menampung keperluan bahan mentah selulosa untuk Kompleks Biopenapisan di Taman Polimer, Kertih. Sebagai permulaan sebanyak 40,000 benih petai belalang ditanam di kawasan seluas dua hektar di Mercang, Marang. 6 Oktober 2012 Terengganu terpahat di peta dunia apabila Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak merasmikan majlis pecah tanah Loji Bio-metionina dan tiokimia Bersepadu di Taman Biopolimer, Kerteh.

SOROTAN 2012

BIL: 71 (1 - 31 Disember 2012)

KELUARAN KHAS

S5


S6 BIL: 71 (1 - 31 Disember 2012)

KELUARAN KHAS

SOROTAN 2012

20 Oktober 2012 Seramai 21,610 pelajar Kelas al-Quran dan fardu Ain (KAFA) dari tahun satu hingga enam seluruh negeri berjaya khatam al-Quran. 21 Oktober 2012 iHeal Medical Services Sdn. Bhd. (iHeal Medical), projek usahasama Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWT) melebarkan sayap perkhidmatan kesihatan ke Palembang, Indonesia menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani iHeal Medical dengan Pemerintah Kota Palembang di Indonesia. 22 Oktober 2012 Terengganu juara Hoki Piala Tun Abdul Razak ke-50 membenam pasukan Pahang 3-0 pada aksi final. 24 Oktober 2012 Kerajaan negeri bersetuju memberi insentif RM3,000 kepada setiap atlet hoki Terengganu selepas kejayaan membawa balik trofi Kejohanan Hoki Piala Tun Razak ke-50 di Stadium Hoki Indera Mahkota, Kuantan. 4 November 2012 Pulau Selimbar Selatan seluas 42 hektar di Tasik Kenyir sedang dimajukan sebagai Pulau Rambutan sebagai produk pelancongan baru di tasik itu. - 45,000 benih ikan dilepaskan di Tasik Kenyir.

19 November 2012 Terengganu terus mengekalkan kesinambungan kecemerlangan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 apabila pencapaian calon di seluruh negeri berdasarkan GredPurata Negeri (GPN) mengatasi Gred Purata Nasional sebanyak 0.10. 24 November 2012 Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UMT berkenan ke majlis iKonvokesyen UMT Ke-10 di Dewan Sultan Mizan UMT. 26 November 2012 Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said menyempurnakan majlis pra-pelancaran Tahun Melawat Terengganu 2013 di Rumah Terengganu, di kawasan Mardi, Serdang. 30 November 2012 Batu Buruk destinasi sukan luncur ombak (surfing) selepas berjaya menganjurkan kejohanan itu dianjurkan kerajaan negeri Terengganu dengan kerjasama Rip Curl Malaysia dan Asian Surfing Championship (ASC). 10 Disember 2012 Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, membentangkan Bajet 2013 berjumlah RM1.995 bilion dengan mengekalkan tema “Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan: Bajet Kesejahteraan Rakyat”.

13 Disember 2012 Terengganu mencipta sejarah lagi dalam arena pendidikan apabila muncul sebagai negeri merekodkan murid mendapt 8A dalam Ujian Penulisan Kelas Kafa (UPKK) 2012. Hal ini diumumkan sendiri oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom di Putrajaya kelmarin. Menurut beliau, negeri mencatatkan keputusan lulus seratus peratus dalam peperiksaan Ujian Penulisan Kelas Kafa (UPKK) 2012 berbanding 12 buah negeri pada tahun lepas. 19 Disember 2012 Terengganu terus unggul dalam keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 apabila mengekalkan pencapaian terbaik dalam tempoh lapan tahun sejak 2005. Gred Purata Negeri (GPN) kekal 2.57 sebagaimana tahun lalu. Selain itu, GPN pada 2005 (2.78), 2006 (2.75), 2007 (2.65), 2009 (2.60) dan 2010 (2.58). Seramai 23,025 pelajar menduduki PMR seluruh Terengganu pada tahun ini berbanding 23,157 pelajar pada tahun lalu. 24 Disember 2012 Sebagaimana jangkaan, dua pelumba berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa mempertahankan


gelaran masing-masing untuk meraih anugerah Olahragawan dan Olahragawati Anugerah Sukan Terengganu (AST) 2011/2012, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Pelumba kelahiran Dungun, yang digelar The Pocket Rocket Man mengenepikan empat lagi calon olahragawan lain dengan tiga daripada mereka juga pelumba basikal, iaitu Mohd Harrif Salleh, Mohammad Adiq Husainie Othman dan Amir Mustafa Rusli. 24 Disember 2012 Walaupun sibuk dengan tugas harian sebagai Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said sempat meluangkan masa melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara bertempat di S.K.Tanjung Gelam, Kuala Terengganu. Dalam lawatan singkat sebelum meneruskan perjalanan untuk melawat mangsa banjir di daerah Setiu, Menteri Besar yang diiringi Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Haji Mohd Nasir Ibrahim Fikri serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, YB Haji Muhammad Ramli Nuh turut bertanya khabar dan beramah mesra dengan mangsa banjir. 25 Disember 2012 Suasana sedih yang menyelubungi mangsa banjir di daerah Setiu bertukar kegembiraan apabila nasib malang mereka mendapat perhatian Duli Yang Maha Mulia,

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.yang berkenan melawat mangsa banjir. Pusat Pemindahan Banjir Kampung Bukit Rambutan dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, menjadi lokasi kunjungan pertama Baginda Sultan melawat mangsa banjir di negeri ini tahun ini. 26 Disember 2012 Menteri Besar di majlis Penganugerahan Pingat Emas dan Sarjana Terengganu Yayasan Terengganu kali ke-33 di Taman Tamadun Islam (TTI) Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Menteri Besar gembira apabila anak Terengganu berjaya melanjutkan pengajian ke 10 universiti terbaik di dunia dengan pembiayaan kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu. Antaranya termasuklah Universitiy of Cambridge, Oxford University, London School of Economics, Imperial College of London, King’s College, Universiti of London dan Queen’s University of Belfast. 26 Disember 2012 Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, menaiki helikopter dari Kuala Terengganu bagi melawat beberapa kawasan di sekitar daerah Kemaman yang teruk dilanda banjir. Beliau turut meninjau kawasan tanah runtuh dan mangsa banjir di daerah Kemaman.

27 Disember 2012 Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninjau kawasan banjir di Kemaman, Terengganu. 28 Disember 2012 Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Dato’ Osman Muda, mengumumkan jabatannya mendapat penarafan 4 bintang dalam Pengauditan Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan selama tiga tahun berturut-turut. 29 Disember 2012 Persatuan Industri Tekstil China melabur RM40 juta bagi membina kompleks tekstil kedua di Bandar Baru Kijal, Kemaman. 29 Disember 2012 Bantuan pakaian sekolah mula diagihkan. Menteri Besar turut menyampaikan bantuan itu di DUN Kijal, Kemaman.

SOROTAN 2012

BIL: 71 (1 - 31 Disember 2012)

KELUARAN KHAS

S7


Seluruh saf kepimpinan Kerajaan Negeri Terengganu mengucapkan Selamat Tahun Baru

2013 TAHUN BARU HARAPAN BARU

www.teganukita.blogspot.com www.terengganu.gov.my


BIL: 71 (1 - 31 Disember 2012)

RENCANA

9


10

Konvoi PPNT sambil promosi TMT2013

BIL: 71 (1 - 31 Disember 2012)

PELANCONGAN

RIADAH Oleh: Suriati Ali

aliasuriati@yahoo.com

P

elbagai pihak giat menyusun strategi bagi memastikan sasaran peningkatan 20 peratus setahun kadar pelancong ke negeri ini sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013 mampu direalisasikan. Kesempatan itu turut diambil Persatuan Permotoran Negeri Terengganu (PPNT) dengan diketuai presidennya, Tengku Sri Temenggong Raja, Dato’ Seri Tengku Baharuddin menganjurkan Konvoi Muhibah TMT 2013 di puluhan destinasi menarik di Johor. Majlis pelepasan konvoi itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Dato’ Haji Abdul Rahin Mohd Said bersama Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) Mohd Adzlan Dagang di Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Sebaik tiba dilokasi yang disasarkan, termasuk Legoland Malaysia, Restoran Banafe Village, Restoran Selasih Puteri Pan Pacific dan Puteri Harbour Family, Tengku Sri Temenggong Raja akan menampal pelekat logo TMT 2013. Langkah itu sebagai tanda simbolik memberitahu orang ramai mengenai keistimewaan TMT 2013 yang menyajikan puluhan acara menarik dan lokasi istime-

wa yang patut dilawati apabila pengunjung tiba di Terengganu. TMT 2013 yang mensasarkan kehadiran empat juta pelancong menyajikan pelbagai program menarik yang bermula dengan karnival 1Malaysia pada Januari, kemudiannya disusuli dengan Le Tour De Langkawi 2013 yang melibatkan seluruh daerah di negeri ini pada Februari hingga Mac. Acara lain, International Terengganu Starhill 4X4 Challenge 2013 (pinggiran Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak), Kenyir Lake International Triathlon 2013 di pengkalan Gawi, Tasik Kenyir dan Cabaran Reka Cipta Islam dan Perasmian Kincir Air Taman Tamadun Islam sepanjang Mac. Kemudiannya pada April akan berlangsung Bidong Underwater & Land Challenge (Pulau Bidong), Petronas Cub Prix (Kompleks Sukan Gong Badak), Boat On

The Road (Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir), Terengganu World Invitational Jetrace Chellenge 2013 (Pantai Batu Buruk) dan Kapas-Marang International Swimathon 2013 (Pantai Kelulut, Marang). Bagi melancarkan perjalanan hampir 450 kilometer dari Terengganu ke Johor itu, PPNT turut mendapat bantuan Kelab Radio Amatur Skuad 99, sebagai penyelaras komunikasi dua hala (walkie-talkie) di sepanjang konvoi berlangsung. Dato’ Abdul Rahin,berkata langkah PPNT mempromosi TMT 2013 wajar dipuji kerana bukan saja mampu merapatkan hubungan silaturahim antara ahli malah paling istimewa dapat memperkenalkan destinasi dan acara menarik yang disajikan kerajaan negeri.

“Pihaknya sangat mengalukan-alukannya dan berharap ada pihak lain, termasuk agensi swasta, Pertubuhan Bukan Kerajaan, persatuan dan kelab di pelbagai daerah bersama-sama tampil mempromosi TMT 2013 Menurutnya, jumlah kedatangan pelancong dan kemeriahan penganjuran pelbagai program tarikan pelawat tidak hanya ter-

tumpu pada TMT 2013 sahaja, sebaliknya akan berterusan pada tahun-tahun seterusnya memandangkan sektor itu menjadi tulang belakang ekonomi negeri. “Untuk rekod, sejumlah 3.8 juta pelancong mengunjungi Terengganu pada 2011, manakala 3.9 juta pelancong melawat Terengganu pada tahun lalu,” katanya.

Konvoi Muhibah TMT 2013 yang diketuai Dato’ Seri Tengku Baharuddin ke puluhan destinasi menarik di Johor.

DESAKU

Penduduk Bukit Merah tidak tercicir dalam pelajaran Oleh: Esah Abdullah

M

esahukom@yahoo.com

emberi penekanan dalam aspek pendidikan kerana menyedari mereka bakal mewarisi generasi hari ini yang bakal ditinggalkan. “Sasaran kita menjelang 2017 akan mencapai 100 peratus keluarga di sini kampung Bukit Merah ini mempunyai anak-anak yang berjaya menjejak kaki ke menara gading,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampong Bukit Merah, Encik Mat Noh Dolah, 56. Beliau tidak teragak-agak untuk mencapai sasaran itu kerana setakat ini 66 keluarga daripada 168 kerluarga yang menghuni kampung itu berjaya menghantar anak mereka belajar ke institusi

pengajian tinggi (IPT). Katanya, kesungguhan kerajaan hari ini meletakkan bidang pendidikan di tangga paling atas dalam agenda negeri perlu mendapat sokongan padu dari peringkat akar umbi. “Sebagai ketua dalam kampung, saya rasa bertanggung jawab memastikan tidak ada masyarakat yang tercicir dalam pelajaran,” katanya. Kampung Bukit Merah adalah kawasan perpindahan banjir yang dibangunkan pada 1970 dan sebahagian penduduk berkerja dalam sektor pertanian manakala golongan muda bekerja di sektor petroleum. Terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau Abang di bawah Exco Kerajaan Negeri, Datuk Haji

Untuk membuka minda penduduk, mereka di bawa melawat ke kampung-kampung yang berjaya dan luar negeri Terengganu untuk memberi pengalaman baru kepada mereka.

MAT NOH DOLLAH

Za’abar Mohd Adib serta Ahli Parlimen Dungun, Datuk Haji Matulidi Jusoh. Sikap cakna dan ambil berat wakil rakyat yang sentiasa bertanya khabar dan menghulur bantuan kepada penduduk kampung menjadikan mereka

tidak terpinggir dari arus pembangunan. Setiap ketua isi rumah disenaraikan bagi memastikan keperluan mereka tidak terabai atau terlepas pandang tanpa mengira fahaman politik bantuan diberi sama rata sama ada baiki rumah, pakaian sekolah, bantuan bulanan warga emas, orang kurang upaya dan ibu tunggal. Begitu juga dengan golongan wanita, pemuda dan puteri yang menjalankan aktiviti masing-masing menambahkan kemeriahan dan keceriaan setiap hujung minggu. Encik Mat Noh yang mula memegang jawatan pengerusi pada 2002 itu begitu komited m ew u j u d k a n s e m a n g a t setiakawan kalangan masyarakat di Kampung Bukit Merah yang

datang daripada beberapa buah kampung serta pelbagai latar belakang. “Namun setiap aktiviti yang dijalankan seperti gotong-royong, sukan rakyat, sambutan harihari kebesaran dalam Islam mendapat sambutan menggalakkan,” katanya. Untuk membuka minda masyarakat setempat, beliau tidak lupa untuk membawa mereka melawat ke kampung-kampung yang berjaya dan lawatan keluar dari negeri Terengganu diatur untuk memberi pengalaman baru kepada mereka. “Kerjasama daripada golongan muda sangat erat dan sebagai orang tua kita sentiasa memberi kebebasan dan sokongan kepada mereka menyusun aktiviti masing-masing,” katanya.


BIL: 71 (1 - 31 Disember 2012)

AGAMA

A

Berkatilah umur

pakah kita akan lakukan seandainya diberi umur untuk hidup oleh Allah S.W.T hingga 50 tahun. Sekiranya ketika ini kita berumur 49 tahun (bererti kita ada satu tahun lagi), terasa ajal sudah di depan mata. Jadi apakah persiapan kita menjelang kehidupan hakiki yang penuh berkat? Rasulullah S.A.W meninggalkan satu pesanan berharga buat umatnya. Sabda Baginda: “Memberi sedekah, menyuruh pada kebaikan, berbakti kepada kedua ibu bapa dan silaturahim dapat mengubah penderitaan menjadi kebahagiaan, menambah berkat umur dan menolak kejahatan.” (Hadis riwayat Abu Naim). Untuk meraih keberkatan hidup dan keredaan Allah S.W.T, empat perkara utama yang perlu ditititberatkan umat Islam demi mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Pertama – Rasulullah S.A.W menyuruh memperbanyakkan sedekah. Semua orang mampu bersedekah kerana pemahaman sedekah itu tidak hanya berupa bentuk fizikal seperti wang ringgit atau harta benda semata-mata tetapi tidak berharta pun masih mampu bersedekah, iaitu dengan menggunakan tenaga kudrat fizikal tubuh badan untuk membantu orang lain. Abu Hurairah pernah memberitahu bahawa Rasulullah SAW ada ditanyakan: “Wahai Rasulullah SAW, sedekah apakah yang paling mulia? Baginda menjawab: “Sedekah orang yang tidak mampu dan mulakanlah (memberi sedekah) pada orang yang banyak tanggungannya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud). Melalui budaya bersedekah itu akan membentuk landskap masyarakat penyayang dan prihatin. Perasaan kebersamaan dan semangat kekitaan pasti wujud kukuh dan berakar umbi teguh dalam masyarakat yang saling membantu melalui pemberian sedekah. Kedua - Baginda SAW menyarakan bersikap ke arah kemanfaatan dan kebaikan. Skop menyuruh kepada kebaikan sebenarnya tidak hanya terhad kepada da’ie atau pendakwah saja malah semua mukmin mesti berasa terpanggil untuk bersama-sama mengajak insan lain kepada kebaikan. Menyuruh kepada kebaikan juga bermakna kita melaksanakan seruan ke jalan Allah. Atas sebab pentingnya aspek ini, Saidina Ali bin Abi Talib turut mewasiatkan kepada kita berbuat demikian. Kata beliau: “Serulah manusia ke jalan Allah (amar makruf) dan cegahlah mereka daripada kemungkaran (nahi mungkar) kerana apabila kedua-dua perkara ini ditinggalkan, maka

tunggulah kebinasaan umat ini.” Jadi, apa saja kesempatan hidup seharusnya kita menggunakannya dengan mengamalkan satu gaya hidup yang saling menasihati ke arah kebaikan. Tidaklah wajar dalam sebuah masyarakat Muslim untuk saling menutup mata seandainya melihat adanya sesuatu yang mungkar. Ketiga - aspek berbakti kepada kedua-dua ibu bapa juga diberitahu oleh Rasulullah SAW sebagai elemen yang akan memancarkan keberkatan kepada umur dan kehidupan kita. Senario semasa jelas masih banyak yang tergamak mengabaikan perkara ini dan tidak menganggapnya sebagai penting untuk dihayati. Sesungguhnya persoalan mengabaikan aspek memelihara dan berbakti kepada ibu bapa akan mengundang laknat Allah dan pastinya seksa maha pedih menanti anak yang derhaka itu. Seseorang anak yang derhaka dan mengabaikan tanggungjawabnya kepada ibu bapa tidak mungkin memperoleh keberkatan dalam apa saja di atas dunia ini, apatah lagi di akhirat kelak. Allah mengingatkan kita yang bermaksud: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu menyekutukanNya dengan sesuatu pun. Dan berbuat ihsanlah (berbuat baik) kepada kedua-dua ibu bapa.” (Surah An-Nisa; ayat 36). Ini perintah Allah dan sesiapa ingkar mematuhinya bermakna melakukan satu dosa besar di sisi-Nya. Keempat - memanfaatkan umur dan memberikan kebahagiaan kehidupan kita dengan sentiasa memelihara hubungan sesama insan sama ada dengan ibu bapa, kaum kerabat, jiran tetangga dan juga sesama ummah. Pesan Rasulullah SAW bermaksud: “Sesiapa yang ingin murah rezeki dan panjang umurnya, hendaklah dia menyambung hubungan dengan saudaranya (silaturahim). (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Namun, senario hari ini jelas menunjukkan fenomena bertegang leher dan berpisah-pisah sudah semakin menebal dalam masyarakat. Justeru itu sama-samalah memanfaatkan nikmat umur, kerana kita tidak tahu di mana dan bilakah penghujung kepada kehidupan ini. Sementara Allah masih memberi peluang untuk kita terus hidup, maka manfaatkanlah ia dengan sebaik-baiknya dan bersegeralah untuk melakukan kebaikan, kerana kita tidak tahu apakah masih ada lagi hari esok untuk kita? Jika di dunia kita manfaatkan maka bahagia menunggu kita di akhirat kelak.

11


12

BIL: 71 (1 - 31 Disember 2012)

Ikon

K

Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

ekurangan pada diri sejak dilahirkan kadangkala menjadi penghalang bagi kebanyakan individu untuk mengecap rutin hidup yang sempurna, apatah lagi meraih sesuatu kejayaan sebagaimana insan normal yang lain. Tidak bagi dua sahabat baik, Alia Syuhada Aziz dan Nur Syuhada Izani, masing-masing 15 tahun dari Sekolah Menengah Tengku Mizan, Kuala Terengganu apabila mencipta magis tersendiri sebagai pelajar biarpun kedua-dua mereka dilahirkan dengan mengalami masalah pendengaran dan juga pertuturan. Berbekalkan keyakinan dan semangat yang kental, Alia yang mengalami cacat pendengaran sejak lahir berjaya mengatasi keupayaan pelajar normal apabila muncul satu-satunya Calon Berkeperluan Khas (CBK) di negeri ini yang memperolehi 8A dalam keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR), baru-baru ini. Anak kedua daripada lima beradik, pasangan suami isteri Aziz Ismail, 45 dan Zalina Mat Lazim, 44, jika dilihat pada mata kasar adalah seorang yang normal, namun realiti sebenar, dia berdepan masalah pendengaran. Bercerita lanjut mengenai kekurangan diri yang juga dikategorikan sebagai orang kurang upaya selain dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan berikutan pekerjaan bapa sebagai buruh di kilang batu-bata dengan hanya berpendapatan sekitar RM800 sebulan, Alia terpaksa bergantung kepada alat bantuan pendengaran sejak berusia 12 tahun lagi. “Saya mula menggunakan alat (bantuan pendengaran) semasa Tahun Enam, memandangkan ketika itu mahu mengambil peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Alhamdulillah, walaupun begitu, saya tetap memperolehi keputusan 5A dalam peperiksaan itu. “Dalam kelas, saya perlu berada di kedudukan paling depan bagi memastikan apa yang guru ajar dapat didengar dan difahami dengan baik. Bagaimanapun, dengan kekurangan saya ini, saya lebih rapat dengan buku berbanding dengan guru kerana saya lebih memahami setiap apa yang diajar menerusi pembacaan dan juga bahan rujukan,” katanya. Pelajar yang lahir tanggal 11 November 1997 itu tidak mengamalkan kaedah khusus untuk mentelaah pelajaran, sebaliknya mempraktikkan cara yang sama sahaja sebagaimana dilakukan rakan yang lain. Dia yang berulang-alik dengan berbasikal sejauh tiga kilometer dari rumahnya di Kampung Padang Kemunting untuk ke sekolah hanya memberi sepenuh tumpuan terha-

Magis ‘dua Syuhada’

Tunggu masa yang sesuai

P

Alia Syuhada dan Nur Syuhada dari Sekolah Menengah Tengku Mizan, Kuala Terengganu mencipta magis biarpun kedua-dua pelajar cemerlang PMR ini mengalami masalah pendengaran dan pertuturan.

dap pelajaran ketika di kelas, selain menggandakan doa dan solat tahajud serta hajat bagi memohon keberkatan dari Allah s.w.t. Alia merupakan antara 124 CBK yang menduduki PMR di 39 pusat peperiksaan seluruh Terengganu, mendapat mendapat 6A 2B ketika peperiksaan percubaan PMR, berhasrat meneruskan kecemerlangan dalam Sijil Pelajaran Malaysia dua tahun lagi serta menyambung pengajian ke peringkat tertinggi bagi menggapai impian menjadi doktor. Bagi Nur Syuhada yang mengalami sumbing sejak lahir, bagaimanapun dia tidak dikategorikan sebagai CBK, kekurangan pada dirinya hanyalah pada fizikal dan wajah semata-mata , malah tidak menjejaskan moralnya untuk bersaing dengan rakan normal yang lain. Menurut pelajar yang tinggal di Kampung Kubur Timah, Batu Rakit, dia nekad belajar dengah gigih serta tidak mempedulikan tanggapan dan pandangan serong orang lain terhadapnya. Walaupun kecacatan anak kedua daripada lima beradik itu sedikit menjejaskan pertuturan yang mana pada satu-satu ketika ia sukar difahami, Syuhada tetap menganggap ada hikmah yang tersembunyi dan memberinya lebih motivasi bagi mencipta

lebih banyak kejayaan. “Saya berhasrat menjadi arkitek satu masa nanti dan mahu mengubah nasib keluarga. Saya nekad mahu membahagiakan ibu bapa, Fatimah Abd Aziz, 40 dan Izani Abdullah, 42, yang selama ini sudah banyak berkorban untuk kami. “Sekurang-kurangnya kesusahan ayah mencari rezeki sebagai peniaga ikan dengan pendapatan yang tidak menentu selama ini terbayar dengan kejayaan kami anak-anak dalam pelajaran dan juga kerjaya masing-masing kelak,” katanya. Sementara itu, guru kelasnya, Encik Akla Su, 45, turut berbangga dengan potensi dan pencapaian kedua-dua pelajar bernama Syuhada itu, malah menyifatkan pencapaian luar biasa kedua-dua pelajar yang berkarektor pendiam itu mampu menjadi perangsang pelajar normal lain supaya dapat mencapai kejayaan yang sama. “Disebabkan dia (Alia) OKU (cacat pendengaran), dia minta supaya ditempatkan di barisan paling depan dalam kelas bagi memastikan setiap apa yang guru ajar lebih jelas didengar. “Sebagai guru kelas dan turut mengajar subjek Kemahiran Hidup, saya tidak meminggirkan dia, malah memberi tumpuan sama rata sebagaimana juga pelajar lain,” katanya.

engumuman calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan dilakukan pada waktu yang sesuai dengan mengambil kira isu strategik khususnya kelebihan kepada calon BN sendiri, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. “Ia akan sampai waktu di mana apabila Presiden (Umno) sudah membuat keputusan, maka mereka yang hendak jadi calon itu akan diberitahu, tetapi kita tidak boleh buat satu keputusan mengatakan sekarang masanya, apabila tiba waktu yang sesuai, ikut situasi, ikut keadaan dan ikut calon yang berkenaan. “Kita kena ada satu pendirian yang akan strategik , bila Perdana Menteri hendak buat satu keputusan pun kena ada isu yang strategik. Apakah (dengan) mengumumkan lebih awal itu akan memberi kelebihan kepada kita atau hal-hal yang lain,” katanya di sidang media selepas mengadakan Perjumpaan Khas Bersama Pengurusan Tertinggi dan Profesional, di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, baru-baru. Tan Sri Muhyiddin berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Umno Pahang yang meminta pucuk pimpinan supaya menimbangkan untuk mengumumkan nama calon BN lebih awal supaya gerak kerja kempen dapat dilaksanakan lebih teratur. Katanya, apa yang lebih mustahak adalah semua pemimpin dan ahli parti Umno sebulat suara dan akur menerima keputusan senarai calon PRU13 itu nanti.

JKKK digesa bermati-ma S

emua Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung seluruh Terengganu digesa bermati-matian membantu jentera parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) bagi memastikan kejayaan menjadi milik Barisan Nasional dan Umno. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, bantuan pemimpin di peringkat akar umbi itu juga bukan sahaja memastikan kemenangan parti, mereka juga perlu memainkan peranan dengan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat di setiap kawasan masing-masing sebagaimana yang diamanahkan pucuk pimpinan negeri serta Pusat. “Dalam tempoh beberapa minggu lagi, saya harap saudara semua di semua peringkat Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung dengan tempoh masa yang tinggal beberapa hari lagi yang akan bertukar ke tahun baru, saya

minta, Mente supaya kita s tian bekerja pilihan raya “Pilihan merupakan pilihan raya Sepetang B Perdana Men Kompleks S Kuala Tereng Hadir sam Sukan, Dato’ Cheek; Yang Undangan N Dato’ Haji Ten Awang dan S Negeri, Dato Tan Sri M pengalaman melalui beb termasuk m pilihan raya um kecil tidak m bersendirian lukan kerjas dan bantuan jentera part


BIL: 71 (1 - 31 Disember 2012)

Fokus

13

Umno Terengganu sedia hadapi PRU13 U

SELAMAT TINGGAL PAS...kerana tidak puas hati dengan kepimpinan Pas, pengikut tegar parti pembangkang dari Manir itu bertindak keluar parti dan menyertai Umno /BN.

`Cukup sampai di sini saja` Oleh: Esah Abdullah

J

esahukom@yahoo.com

adikan lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin kali ini sebagai satu ‘noktah’ untuk tidak lagi bersama parti Pas selepas ini. Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) merangkap Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu, Dato’ Haji Tengku Putera Tengku Awang berkata, tidak ada maknanya memberi undi kepada Pas kerana semua kebajikan untuk penduduk dilakukan oleh pemimpin Barisan Nasional (BN).

“Cukup, cukup sudah biar sampai di sini saja, masyarakat DUN Manir berubah dan beri sokong BN dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya ketika berucap di majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia dan Pelancaran Gelombang Kebangkitan Masyarakat DUN Manir di Padang Bola Kampung Pulau Bahagia, Manir baru-baru ini. Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri. Hadir sama Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said; Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haji

Mazlan Ngah. Katanya, pemimpin BN bersilih ganti datang ke Manir memberi bantuan serta bertanya khabar sambil menghulur bantuan kepada yang memerlukan. “Wakil rakyat Pas ada, tapi tidak buat apa-apa selain dari berceramah dan menabur janji, sedangkan pahala kebajikan dibuat oleh pemimpin BN,” katanya. Tambahnya, penduduk dalam DUN Manir perlu fikir nasib masa depan anak cucu mereka jika terus di bawah wakil rakyat yang tidak peka dengan pemasalahan rakyat.

“Saya sudah melalui pilihan raya sudah beberapa kali, saya sudah melalui beberapa pilihan raya kecil , malah saya mengepalai perang, menjadi pengerusi , mengatur gerakan dan tanggungjawab itu saya tidak boleh memikulnya seorang. “Jadi bersama-sama Perdana Menteri, bersama saya, bersama Menteri Besar, kita akan sentiasa bersama-sama bekerja dengan rakyat bagi mempertahankan institusi agama, bangsa dan negara kita,” katanya. Beliau berkata, rakyat harus menolak perjuangan pembangkang kerana mereka jelas tidak bermaruah, tiada moral, mengenepikan hukum agama selain suka memfitnah, membuat tohmahan, sedangkan mereka mengakui berjuang atas landasan agama Islam. “Inilah yang menjadi kebimbangan kita kalau dibiarkan mereka melakukan kemungkaran, rosaklah institusi agama kita,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri mengajak semua pemimpin termasuk JKKK berkerja bersamanya dan rakyat bagi menghadapi PRU13 nanti.

Hanya Umno/BN yang mampu memperjuangkan Islam dan rakyat perlu menolak perjuangan pembangkang yang jelas melakukan kemungkaran.

Sukan Negeri, baru-baru ini. Katanya, buat masa sekarang tidak ada masalah untuk Umno dan BN memenangi PRU13 di Terengganu khususnya kerana telah terbukti kerajaan negeri yang memerintah sekarang mengotakan janji dalam merakyatkan pentadbiran dan pembangunan di negeri ini. “Di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, rakyat Terengganu telah menikmati pelbagai keistimewaan. “Saya percaya dan yakin dengan segala yang diberikan kerajaan negeri kepada rakyat pada hari ini, Umno dan BN akan kekal memerintah Terengganu selepas PRU-13 nanti,” ujarnya. Menurut Dato’ Rosol beliau meramalkan PRU13 akan diadakan awal tahun hadapan dan mengharapkan rakyat di negeri ini dapat membuat pilihan yang tepat supaya nasib rakyat di negeri ini terus terbela di bawah pimpinan Umno dan BN.

Babi tetap haram walaupun dipanggil khinzir P

atian hadapi PRU13

eri Besar juga minta semua bermati-maa bagi menghadapi umum kali ini. raya umum kali ini ibu kepada segala ,” katanya di Msjlia Bersama Timbalan nteri, di Dewan Arena, Sukan Gong Badak, gganu, baru-baru ini. ma Menteri Belia dan Seri Ahmad Shabery g Dipertua Dewan Negeri Terengganu, ngku Putera Tengku Setiausaha Kerajaan o’ Haji Mazlan Ngah. Muhyiddin berkata, nnya yang sudah berapa pilihan raya mengetuai setiap mum dan pilihan raya mampu dilaksanakan n sebaliknya memersama semua pihak n seluruh peringkat ti.

mno dan Barisan Nasional (BN) di Terengganu bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada bila-bila masa sahaja walaupun jika dilaksanakan dalam tempoh terdekat. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Dato’ Rosol Wahid berkata beliau yakin kemenangan akan berpihak kepada Umno dan BN tidak kira bila PRU-13 akan diadakan. “Melihat situasi semasa Perhimpunan Agung Umno kali ke-66 yang lalu saya yakin Umno dan BN pasti memenangi PRU-13 dengan kerusi dua pertiga melalui sokongan padu dan semangat yang kuat yang telah ditunjukkan oleh setiap ahli. “Di Terengganu sendiri, semua jentera Umno telah bersiap siaga untuk menghadapi PRU-13 dengan melakukan persediaan awal,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Teganukita di majlis makan malam sempena meraikan pasukan yang menyertai Kejohanan Bolasepak Bawah 12 Tahun “Champion Of Champions” 2012 bertempat di Kompleks

engerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, YB Ustaz Haji Khazan Che Mat mejelaskan pakatan PAS, DAP atau dengan bukan Islam walaupun disebut sebagai ‘tahaluf siasi’ sebenarnya itu dalam bahasa Arab, dalam bahasa Melayu ialah ‘pakatan politik”. Oleh itu, kalau Pas, mengatakan dulu haram dan tidak boleh pakatan politik dengan orang kafir, maka ia tetap haramlah walaupun atas nama ‘tahaluf siasi”. “Kalau babi itu haram, walaupun dipanggil khinzir sekalipun, ia akan tetap haram,” katanya kepada Dewan Undangan Negeri Terengganu pagi ini. Beliau member i tahu dewan bahawa pihak dari parti pembangkang (Pas) memperalatkan agama untuk kepentingan politik

dan bukannya menjadikan agama sebagai panduan sebab itu terjadi begitu. Kalau cara pakatan politik itu bertentangan dengan Islam maka ia tetap haram dan tidak boleh dilakukan walaupun dinamakan dalam bahasa Arab, tahaluf siasi’. Beliau berkata, hari ini semakin ramai pengikut Pas menyedari perkara yang tidak benar dilakukan oleh Pas dan sebab itu telah ramai yang tidak boleh menerima apa yang dilakukan oleh Pas seperti yang berlaku kepada bekas Naib Presiden Pas, YB Dato’ Dr.Hassan Ali dan bekas Timbalan Presiden Pas, YB Ustaz Nassaruddin yang kini dipinggirkan Dulu dewan ulamak Pas membuat ketetapan tidak boleh, berdosa dan haram berikat dengan bukan Islam.


14

AM

SK Pulau Redang sekolah perintis K-9 S

ekolah Kebangsaan (SK) Pulau Redang, Setiu akan menjadi sekolah perintis di negeri ini bagi pelaksanaan konsep Sekolah Model Khas Komprehensif (K-9) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran. Pengarah Jabatan PeKonsep baru lajaran Negeri Terengganu, K-9 itu bertujuan Encik Zakaria menangani kes Hussin berkata, setakat ini keciciran pelajar pihak kemensewaktu transisi terian pada dasarnya sudah dari tahun enam meluluskan ke tingkatan pelaksanaan model sekolah satu serta meitu dan bermastikan kemuharap proses itu dapat dahan sekolah disegerakan kurang murid dengan pembinaan bangunan (SKM) digunakan tambahan, secara optimum. penyediaan kemudahan sokongan, penempatan guru serta kakitangan pentadbiran. Menurutnya, konsep baru K-9 itu bertujuan menangani kes keciciran pelajar sewaktu transisi dari tahun enam ke tingkatan satu serta memastikan kemudahan sekolah kurang murid (SKM) digunakan secara optimum. Katanya, melalui konsep itu sekolah berkenaan akan menyediakan kemudahan pembelajaran selama sembilan tahun, dari tahun satu hingga tingkatan tiga. ‘’Bagaimanapun untuk menyambung pelajaran ke tingkatan empat dan seterusnya mereka terpaksa belajar di sekolah menengah di tanah besar. ‘’Dua sekolah menengah yang sering menjadi penempatan pelajar sekolah berkenaan adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Mengabang Telipot dan SMK Bukit Besar Kuala Terengganu,’’ katanya. Tambahnya, langkah itu pastinya dapat membantu memberi keselesaan kepada pelajar di Pulau Redang untuk mendapatkan pendidikan di kawasan mereka sehingga tamat tingkatan tiga. ‘’Ini kerana pelajar yang menyambung pelajaran ke tingkatan satu terpaksa meredah laut, tinggal berjauhan dengan keluarga, selain mengurangkan bebanan ibu bapa,’’ katanya. Pada masa ini katanya, SK Pulau Redang mempunyai 234 murid dengan 10 buah kelas yang menempatkan murid tahun satu hingga enam termasuk satu kelas prasekolah. Beliau berkata, selain di Pulau Redang, JPNT akan berusaha untuk memperkenalkan konsep yang sama di Pulau Perhentian dan sebelum ini telah memperkenalkannya di SMK Chalok, Setiu dengan menempatkan murid sekolah rendah dan menengah di dalam kawasan sekolah yang sama.

BIL: 71 (1 - 31 Disember 2012)

Kompleks Materniti selesai isu limpahan pesakit Oleh: Suriati Ali

aliasuriati@yahoo.com

M

asalah kesesakan pesakit terutama yang melibatkan kes bersalin di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dijangka dapat diselesaikan apabila Kompleks Pakar Materniti siap pada Mac tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, YB Dr A Rahman Mokhtar, berkata kerajaan negeri akan memastikan masalah yang melibatkan kepentingan dan keselesaan rakyat itu dapat diselesaikan apabila bangunan enam tingkat yang dibina bersebelahan HSNZ siap kelak. “Pada pandangan saya ia bukan mengaibkan tetapi sekadar keadaan penuh sesak

dengan jumlah katil (Wad Bersalin HSNZ) yang terhad dengan `Bed Occupancy Rate’ (BOR) yang tinggi. “Insya-Allah apabila Kompleks Materniti HSNZ siap pada Mac 2013 dengan tambahan katil di wad sebanyak 210 unit dan katil bersalin sebanyak 24 unit, masalah ini akan dapat diatasi,” katanya. Dr A Rahman berkata, pembinaan kompleks itu juga dapat menyelesaikan masalah parkir di HSNZ apabila sebanyak 385 parkir dibina untuk kemudahan menempatkan kenderaan di bangunan lima tingkat berkenaan. Bagaimanapun, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sudah mewujudkan 220 lot parkir sementara pada November lalu sebelum parkir kekal dibina

DR A. RAHMAN MOKHTAR

Kerajaan negeri akan memastikan masalah melibatkan keselesaan rakyat dapat diselesaikan apabila bangunan enam tingkat bersebelahan HSNZ siap kelak.

bagi mengatasi masalah itu. Pada masa yang sama, sebanyak RM150 juta menerusi peruntukan khas Kementerian Kewangan Malaysia secara `Private Financing Inisiative (PFI)’ disediakan bagi membangunkan hospital baru daerah Dungun. “Untuk peringkat pertama, sebuah hospital dengan 108 unit katil akan dibina dengan menggunakan peruntukan tersebut. Projek ini akan dibina melibatkan dua fasa di mana fasa pertama melibatkan kerja awalan serta kerja berkaitan, manakala fasa kedua membabitkan kerja pembinaan hospital baru serta kerja-kerja berkaitan,” katanya. Beliau berkata, fasa pertama projek berkenaan dijangka akan ditender pada pertengahan 2013.

270 terima agihan pemutihan dana hari raya

Dato’ Seri Haji Idris Jusoh melihat proses pembayaran dana raya bagi mereka yang tercicir daripada senarai penerima bantuan berkenaan.

S

eramai 270 golongan miskin di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jertih,yang terbabit dalam pemutihan hari ini menerima agihan dana hari raya. Mereka adalah dari kategori miskin, ibu tunggal, duna, OKU dan usia emas yang sebelum ini nama mereka tercicir daripada senarai penerima bantuan berkenaan.

Proses bayaran kepada penerima terbabit dilakukan kakitangan Pejabat Daerah Besut (PDB) yang berlangsung di Dewan Majlis Daerah Besut, Gong Kemuntong, selepas nama penerima terbabit disenarai semula selepas semakan pihak terbabit. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Dato’ Seri Haji Idris Jusoh merasmikan pengagihan

dana berkenaan. Pengagihan dana berkenaan sebelum ini dilakukan menjelang Aidilfiri lalu tetapi disebabkan beberapa teknikal nama penerima terbabit tiada dalam senarai sehinggalah dibuat pemutihan semula. Berucap pada majlis itu Idris berkata, rakyat Terengganu sepatutnya bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang menyediakan dana berkenaan untuk

membantu golongan terbabit. Katanya, pelbagai skim bantuan di sediakan kerajaan negeri untuk membantu rakyat tetapi masih ada yang menuduh kerajaan zalim. Menurut, selepas ini rakyat Terengganu akan diberikan bantuan pakaian sekolah yang dijangka diadakan pada awal Januari dan diukuti dengan pemberian BRIM oleh Kerajaan Pusat.


BIL: 71 (1 - 31 Disember 2012)

15

Belia Felda usah terpedaya helah pembangkang Oleh: Noraini Jusoh ukomtrg123@gmail.com

G

enerasi baru Felda khususnya golongan belia diseru agar tidak terpengaruh dengan helah pembangkang yang cuba menghasut golongan muda Felda supaya menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno. Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Haji Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata, warga Felda seharusnya bersyukur kerana di bawah pimpinan kerajaan BN dan Umno mereka dapat menikmati kesenangan hidup seperti sekarang. “Dengan keprihatian pihak kerajaan, kebanyakan warga Felda kini mampu hidup lebih selesa dan menjalani kehidupan yang lebih baik di tanah rancangan Felda yang dulunya dikenali sebagai Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP). “Melihat rumah-rumah besar milik warga Felda pada

hari ini sudah cukup membuktikan bahawa mereka boleh hidup senang dengan usaha gigih dan sokongan yang berterusan dari pihak kerajaan,” ujarnya. Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian mewakili Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, sempena Konvensyen Majlis Belia Felda Negeri Selangor, bertempat di Hotel Felda Residence, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Tegas Datuk Haji Wan Ahmad Nizam, sudah terbukti kerajaan BN dan Umno mengutamakan rakyat dengan mengotakan apa yang dijanji, malah telah menjadi matlamat kerajaan untuk membantu mereka. Beliau berkata, generasi baru pada hari ini harus berilmu dan bermaklumat serta tidak mempercayai tohmahan pembangkang yang hanya pandai menabur janji, tanpa menyelidik terlebih dahulu sesuatu perkara samada betul atau tidak. Katanya, beliau per-

Datuk Haji Wan Ahmad Nizam (kiri) ketika hadir pada Konvensyen Majlis Belia Felda Negeri Selangor di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

caya generasi baru Felda kini bijak menilai siapa yang patut dipilih untuk menjadi pemimpin pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi. Beliau turut menasihatkan belia Felda yang hadir pada majlis konvensyen tersebut khususnya wakil-wakil dari Majlis Belia Felda (MBFM) Negeri Selangor agar bersatu

dan membantu jentera BN dan Umno yang lain untuk kembalikan Selangor ke tangan BN. Malah, beliau turut meletakkan harapan yang tinggi kepada generasi baru Felda untuk kekalkan kepimpinan kerajaan BN dan Umno di bumi Malaysia khususnya dan di negeri ini amnya.

Nasib nelayan Seberang Takir terbela

S

eramai 450 nelayan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir menerima bantuan melalui Program Bantuan Nelayan Ihsan Samudera Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, melalui program tersebut sejumlah RM157,500 diperuntukkan pihak kerajaan untuk meringankan beban nelayan di kawasan terbabit. “Sudah menjadi tradisi kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno membantu golongan nelayan di sini terutamanya apabila tiba musim tengkujuh. “Dengan pemberian wang tunai RM200 dan barangan keperluan dapur diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban golongan nelayan dalam menyediakan keperluan harian keluarga mereka,” ujarnya. Beliau berkata demikian di sidang media selepas

AM

Agensi media diminta bersama Ukom P

elbagai agensi media di negeri ini diminta bersama-sama Unit komunikasi Negeri (Ukom) bagi memperjelaskan dasar-dasar kerajaan negeri secara mendalam dan telus kepada rakyat. Pengarah Ukom Haji Shamsudin Sulong, berkata kedua-dua pihak itu berperanan penting dalam menyampaikan sumber berita dan maklumat tepat kepada pihak berkaitan, terutama kepada masyarakat. Katanya, pada masa sama, Ukom tidak pernah jemu memperjelaskan isu-isu semasa melalui pelbagai program yang diaturkan selaras dengan moto `Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’  “Pendekatan itu mampu menangkis dakyah dan fitnah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap negeri dan pihak kerajaan. “Apa yang dilaskanakan ini semata-mata mahu meningkatkan keyakinan dan sokongan rakyat secara berterusan kepada kepimpinan kerajaan negeri,” katanya ketika berucap pada Majlis Malam Mesra Media di Permai Hotel, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Setiausaha Akhbar Kepada Menteri Besar, Encik Rosli Zakaria dan ketua-ketua biro pelbagai agensi media. Lebih 100 petugas media, hadir bagi memeriahkan majlis tahunan anjuran Ukom. Haji Shamsudin turut memberitahu, program seumpama itu akan diteruskan walaupun kadang kala mempunyai kekangan masa. Ini penting supaya hubungan baik dan sikap toleransi terus terjalin antara Ukom, media dan kerajaan.

Jangan mempolitikkan usaha kerajaan P

Nasib nelayan Seberang Takir terbela di bawah pimpinan kerajaan BN dan Umno apabila Dato’ Ahmad Razif menyerahkan sumbangan kepada golongan itu, baru-baru ini.

menyerahkan sumbangan kepada golongan nelayan bersempena Karnival Kekeluargaan 1Malaysia DUN Seberang Takir 2012 bertempat di Bangunan Penyelaras Umno DUN tersebut, baru-baru ini. Katanya, dengan pemberian bantuan tersebut ditambah dengan elaun sara hidup

bulanan nelayan sebanyak RM200 dapat digunakan sebaiknya oleh mereka, kerana kebanyakan penduduk di DUN Seberang Takir bergantung hidup kepada hasil laut. Dato’ Haji Ahmad Razif merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran,

Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri turut mengharapkan golongan nelayan di kawasan terbabit menyokong kerajaan sedia ada kerana telah terbukti nasib mereka sentiasa terbela di bawah pimpinan kerajaan BN dan Umno.

embangkang di negeri ini di minta lebih bertanggungjawab dan tidak mempolitikkan setiap usaha yang dilakukan kerajaan untuk rakyat. Ketua pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu, Encik Badrul Hisham Zaki, berkata sikap pembangkang di negara ini cukup berbeza dengan pembangkang di luar negara di mana mereka boleh berkerjasama antara satu sama lain sehingga dapat mengukuhkan negara dan melahirkan rakyat berdaya saing. “Sebaliknya keadaan positif itu tidak berlaku di negara ini kerana pembangkang sentiasa menggangap setiap pelaksanaan kerajaan daripada sudut negatif. “Kalau kita tengok pada hari ini dan sebelum ini, banyak perkara yang telah dibuat kerajaan ke arah keharmonian, baik dari sudut sosial dan ekonomi,” katanya. Katanya, bagaimanapun kalu dilihat keadaan pembangkang dari dulu, mereka seolah-seolah tidak boleh melihat sesuatu yang murni untuk rakyat. “Mereka sentiasa berfikiran negatif, sebagai contoh Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan juga penyeneraian Felda Global Ventures Holding (FGV) dalam Bursa Malaysia. “Sedangkan mereka yang terlibat mendapat kebaikan daripada usaha ini termasuk penyokong pembangkang,” katanya.


Sukan jadi elemen penting kehidupan

ISSN 2180-4737 | Bil: 71 ( 1 - 31 Disember 2012 )

Azizulhasni, Fatehah kekal terbaik Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

D

ua pelumba berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa menepati ramalan untuk mempertahankan gelaran Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Anugerah Sukan Terengganu (AST) 2011/2012, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Kejayaan dua atlet yang menyerlah di peringkat antarabangsa itu menyaksikan kedua-duanya kekal mengungguli anugerah itu buat kali ketiga berturut-turut sejak musim 2007/2008. Azizulhasni yang digelar `The Pocket Rocket Man’ mengenepikan empat lagi calon olahragawan lain dengan tiga daripada mereka juga pelumba basikal, iaitu Skipper, Taylor Canfield bersama pasukannya, US One, menjulang trofi selepas menjurai Piala Monson 2012.

Mohd Harrif Salleh, Mohammad Adiq Husainie Othman dan Amir Mustafa Rusli. Sementara seorang lagi calon, atlet pencak silat negara, Mohd Hafiz Mahari. Manakala, ratu trek berbasikal, Fatehah pula menewaskan atlet pencak silat, Siti Rahmah Mohamed Nasir, Siti Munirah Jusoh (Squash), Siti Rajiah Ali (Kanu) dan Noor Maizura Zainol (Judo). Pengiktirafan kepada Azizulhasni dan Fatehah membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000, sehelai blazer, piala pusingan, piala iringan dan sijil penghargaan. Selain itu, dua atlet memanah Olimpik negara iaitu Khairul Anuar Mohamad dan Nurul Syafiqah Hashim, masing-masing dianugerahkan Olahragawan Harapan dan Olahragawati Harapan. Mereka menerima hadiah RM3,000, piala

I

Azizulhasni dan Fatehah dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati Anugerah Sukan Terengganu 2011/2012.

pusingan, piala iringan dan sijil penghargaan. Persatuan Boling Padang Negeri Terengganu menerima Anugerah Pengurusan Persatuan Terbaik manakala jurulatih lumba basikal Terengganu, Syed Muhammad Hussaini Syed Mazlan dinobatkan Anugerah Jurulatih Terbaik dan masing-masing menerima hadiah RM2,000, piala iringan dan sijil penghargaan. Sementara Anugerah Tokoh Sukan menjadi milik Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSTNT) merangkap Naib Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia, Mohd Shapian Ali berikutan beberapa kejayaan yang dicipta pasukan itu seperti memenangi Piala Emas Khir Johari, Piala Presiden, Piala Belia Kebangsaan dan Piala Super Series. Sultan Terengganu, Sultan

Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke majlis dan menyampaikan anugerah kepada pemenang. Baginda diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah. Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Haji Rozi Mamat; Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato’ Zolkples Embong dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Haji Zainal Abidin Hussin. Selain itu, pasukan sepak takraw Terengganu yang menjulang Piala Emas Khir Johari buat kali pertama pada Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan Ke49 menerima Anugerah Pasukan Lelaki Terbaik manakala Pasukan Hoki Wanita diumumkan sebagai Pasukan Terbaik Wanita.

Canfield juara Piala Monsun 2012

P

elayar dari Virgin Island yang mengemudi pasukan US One, muncul juara Piala Monsun 2012 yang melabuhkan tirai, baru-baru ini. Taylor Canfield yang pertama kali beraksi pada Piala Monsun, mengalahkan Phil Robertson dari WAKA Racing Team, dengan keputusan 3-2 pada aksi final. Sebelum itu, Canfield mengalahkan pelayar lagenda, Dato’ Peter Gilmour, dengan keputusan 2-0 pada peringkat separuh akhir untuk menempah pertemuan dengan Robertson di final.

Selaku juara, Canfield menerima trofi dan wang tunai RM310,000 manakala Robertson mendapat habuan RM215, 000 sebagai naib juara. Manakala peserta tempat ketiga, Ian Williams yang dinobatkan sebagai juara Siri Jelajah Dunia Match Racing Alpari (AWMRT), menerima wang tunai RM155,000. Sebagai juara AWMRT, Williams turut menerma ‘bonus’ berjumlah USD$75,000 (RM229,087) dan piala pusingan. Hadiah kepada pemenang-pemenang disampaikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dicetak Oleh: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Tel: 09-666 8611, 666 6652, 666 8601. Faks: 09-666 0611, 666 0063 email:spyit@tm.net.my

slam tidak pernah menolak sebarang bentuk aktiviti sukan malah sangat menggalakkan umatnya bersukan sebagai suatu aktiviti riadah yang menyihatkan. Isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud berkata, namun begitu Islam menetapkan beberapa syarat dan peraturan sebagai rujukan dalam menjana setiap serak-geri umatnya agar tidak melanggar batas-batas kesopanan “Sukan merupakan satu elemen yang penting dalam kehidupan kita di mana secara lazimnya ia dikaitkan dengan kekuatan dan keupayaan fizikal seseorang itu menguasai kemahiran, strategi dan taktikal dalam aktiviti sukan,”. To’ Puan Seri Hajah Norliza yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri akil-wakil Rakyat Terengganu (Serikandi) berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan Badminton Wanita Piala Isteri Menteri Besar Kali ke-2 , di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail Universiti Malaysia Terengganu (UMT) baru-baru ini. Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni , Prof Dr. Yahya Ibrahim; Pensyarah Jabatan Perakaunan dan Kewangan Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Prof Madya Dr. Norsiah Ahmad dan Ketua Pusat Sukan dan Rekreasi UMT, Haji Mohamad Rafee Jusoh. Katanya, pelajar yang meminati sukan dilihat mempunyai ciri kepimpinan, lebih berdya saing, tidak mudah berputus asa dan terserlah sifat berani menghadapi cabaran dan dalam aspek kesihatan pula individu berkenaan akan memiliki kesihatan dan fizikal yang lebih baik. Beliau seterusnya memuji langkah yang diambil UMT menganjurkan kejohanan khas untuk pelajar wanita sahaja kerana ia memberi keselesaan kepada wanita.

Profile for Unit Komunikasi Negeri Terengganu

teganukita 71  

teganukita 71

teganukita 71  

teganukita 71

Advertisement

Recommendations could not be loaded

Recommendations could not be loaded

Recommendations could not be loaded

Recommendations could not be loaded