Issuu on Google+

ISSN 2180-4737 | PERCUMA | 1 - 15 November 2012 | http://www.teganukita.blogspot.com | http://www.terengganu.gov.my

Bil : 69

ORANG MUDA BANGKIT BERSAMA UMNO...Lebih 4,000 pemuda dan pemudi menyambut kehadiran Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, pada Himpunan Generasi Muda Marang di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

FOTO Zulkipli Putra | zulfoto2008@gmail.com

Keluaran Khas

Perangai buruk Pas Jika pemimpin Pas benarbenar ikhlas memperjuangkan Islam mereka tidak sepatutnya mengambil tindakan buruk seumpama itu, sebaliknya mengikut jejak langkah Nabi Muhammad s.a.w untuk mendoakan kesejahteraan sesama umat Islam.

Oleh: Kamarudin Mat Akib

D

dinmatkib@yahoo.com

oa pemimpin dan penyokong Pas yang meminta kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) mencerminkan peribadi sebenar pemimpin dan pengikut Pas yang menyimpang dari ajaran Islam. Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, YB Haji Kazan Che Mat, berkata tindakan itu juga menunjukkan kerakusan pemimpin Pas untuk menawan Putrajaya dengan menggunakan apa cara, walaupun ia bertentangan dengan sunnah Rasulullah s.a.w.

- lihat ms 2

“Pemimpin Pas bukannya baik sangat..,” - YB Khazan

- ms 2


2

BIL: 69 (1 - 15 November 2012)

Keluaran Khas

Perjuangan asal Pas jauh terpesong P

erjuangan asal PAS yang dulunya dikatakan ingin memperjuangkan agama Islam didapati jauh terpesong sejak bersahabat baik dengan DAP dan PKR. Menteri Besar , Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, demi kuasa politik mereka sanggup bekerjasama dengan pihak yang tidak sepatutnya walaupun sedar hanya dijadikan boneka dalam perjuangan yang tiada penghujungnya. “Apa yang penting bagi PAS ialah untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) justeru mereka sanggup mempertahankan segala kesalahan yang dilakukan oleh DAP dan PKR termasuk yang melibatkan maruah agama Islam. “Sebagai contoh, semakin dekat menjelang pilihan raya, isu hudud kembali dihangatkan oleh pihak pembangkang terutamanya PAS untuk menawan pengundi supaya berpihak kepada mereka,” ujarnya. Katanya, sekiranya PAS sememangnya memperjuangkan agama Islam dan betul-betul ingin melaksanakan hukum hudud, mereka perlu kaji semula hubungan dengan DAP kerana dari awal lagi DAP sememangnya menolak hukum tersebut. Beliau berkata demikian kepada sidang media ketika Majlis Perasmian Pertandingan Golf Piala Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus 2012 bertempat di Kuala Terengganu Golf Resort, Tok Jembal, baru-baru ini. Katanya, beliau percaya apabila gagal menawan Putrajaya selepas PRU-13 nanti, persahabatan baik antara PAS, DAP dan PKR akan berakhir.

Pas panas punggung dilabel Parti Ajaran Sesat Oleh: Suriati Ali

R

aliasuriati@yahoo.com

amai penyokong terutama pemimpin Pas `panas punggung’ dan melenting apabila Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said melabelkan PAS sebagai Parti Ajaran Sesat. Kenyataan yang dilontarkan pemimpin nombor satu Terengganu itu kini semakin jelas dan terbukti apabila pempimpin dan penyokong Pas sanggup meminta doa Umno dan Barisan Nasional (BN) dijahanamkan dan hancur, sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat, di Stadium Muhamad, Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini. Pegawai Agama Khas kepada Menteri Besar, Ustaz Haji Kamalrudin Omar, berkata menggunakan perkataan jahanam dan mendoakan supaya Umno hancur itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam. “Islam tidak mengajar kita berkelakuan seperti itu, sebaliknya perlu mendoakan agar rakyat Malaysia hidup aman dan bersatu padu bukan memecahbelahkan umat. “Jika doa mereka (pemimpin Pas) dikatakan mustajab kenapa tidak mendoakan keamanan bangsa Palestin supaya tidak lagi diseksa dan ditindas golongan zionis Israel,” katanya ketika dihubungi Teganukita. Beliau berkata, Pas tidak konsisten, hukumnya berubah-ubah mengikut

IMBAS KEMBALI...Pas sudah lama mengamalkan ajaran sesat. Ini terbukti apabila mengadakan sembahyang dua iman di Terengganu.

kepentingan parti itu sendiri. “Pada tahun 1963 Dewan Ulama Pas Kelantan telah memutuskan hukuman bahawa orang Islam yang berkerjasama dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram,” katanya. Bagaimanapun, pada bulan April 1999, Pas bekerjasama dengan DAP sedangkan parti itu menolak pembentukan negara Islam. “Manakala Mursyidul Am Pas, Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat bersyukur kerana DAP menerima Pas walaupun parti itu menolak negara Islam. “Pada 24 Januari 199, Nik Abdul Aziz di Kampung Pulau Melaka pernah menyatakan Pas sedia beker-

jasama dengan mana-mana parti politik, termasuk DAP pada pilihan raya akan datang, malah dengan syaitan sekalipun beliau terima. “Apa yang dikatakan ini berdasarkan fakta dan bukti, kita boleh tunjuk, jika mereka mahu lihat,” katanya. Ustaz Haji Kamalrudin turut memberitahu kesan pendekatan melampau, taksub fitnah dan sikap gemar membenci yang diamalkan pemimpin Pas telah melahirkan banyak kerosakan dalam masyarakat Islam kita hari ini. “Antara contoh terdekat adalah sembahyang dua imam, kubur berasingan, bercerai suami isteri kerana fahaman politik berbeza dan terpaksa bernikah dua kali,” katanya.

‘‘Pemimpin Pas bukannya baik sangat..,” - YB Khazan - dari ms 1 “Sepanjang hidup Rasulullah s.a.w, baginda sentiasa mendoakan keselamatan dan meminta Allah s.w.t membuka pintu hati mereka yang berbuat jahat kepada baginda supaya tidak mengulangi kesalahan itu. “Dalam peristiwa di Thaif, baginda mendoakan keselamatan kepada penduduk di kawasan itu walaupun baginda sendiri dibaling dengan batu,” katanya ketika diminta mengulas tindakan Pas menganjurkan solat hajat dan mendoakan agar Umno dan BN dihancurkan, sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat, di Stadium Muhamad, Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini. Solat Hajat diimamkan adik Menteri Besar Kelantan, Nik Razi Nik Mat.dengan isi doanya berbunyi “KO BN !! .. KO BN !!...BN KO !!... KO BN !!.. BN KO !!....” itu mengejutkan masyarakat Islam di seluruh negara.

ustaz kamalrudin

YB Haji Kazan berkata, perbuatan pemimpin dan pengikut Pas yang mendoakan kehancuran Umno tidak wajar kerana walaupun pemimpin dan pengikut Umno ada melakukan kesilapan, mereka sepatutnya menegur secara hikmah. “Walaupun pemimpin Umno jahat sekalipun, ia tidak sama dengan Firaun kerana pemimpin Umno masih lagi melakukan kebaikan seperti membina masjid dan melaksanakan pelbagai program bagi meningkatkan syiar Islam di negara ini. “Pemimpin Umno masih mendirikan solat, menunaikan haji, melakukan ibadat korban dan macam-macam lagi suruhan agama yang tidak dilakukan oleh orang-orang kafir,” katanya. Justeru, beliau menyoal di mana letaknya rasional pemimpin Pas mendoakan agar orang-orang Umno dihancurkan seperti Firaun dan kaum lain yang

melakukan kemungkaran secara melampau. “Bagi saya, pemimpin Pas sendiri bukannya baik sangat...Jika tidak mengapa mereka dihentam dengan begitu hebat oleh perwakilan parti itu sendiri dalam Muktamar Pas baru-baru ini. “Dalam Muktamar Pas itu perwakilan mengkritik pemimpin mereka yang bertindak tidak selaras dengan kehendak dan ajaran Islam. Ini membayangkan pemimpin Pas turut lalai dan tidak mematuhi ajaran Islam sepenuhnya,” ujar beliau. YB Kazan berkata, jika pemimpin Pas benar-benar ikhlas memperjuangkan Islam mereka tidak sepatutnya mengambil tindakan buruk seumpama itu, sebaliknya mengikut jejak langkah Nabi Muhammad s.a.w untuk mendoakan kesejahteraan sesama umat Islam yang merupakan saudara mereka walaupun mereka melakukan kesilapan.

khazan che mat


BIL: 69 (1 - 15 November 2012)

3

Tindakan Pas boleh timbulkan persepsi negatif rakyat

Keluaran Khas

T

indakan Pas mengadakan datangkan kekecohan Tindakan Pas akan mengikis minat solat hajat dan doa agar Umno dalam kalangan masyarakat. dan Barisan Nasional (BN) Haji Muhammad Ramorang yang bukan beragama Islam dihancurkan boleh menimbulkan li berkata, sejarah telah mempelajari agama suci ini kerana pelbagai persepsi negatif masyarakat membuktikan bahawa di perbuatan sedemikan seolah-olah termasuk orang bukan Islam terhazaman pemerintahan Nabi memberi gambaran orang Islam tidak dap agama Islam. Muhammad s.a.w semasa Demikian ditegaskan oleh Timpenyebaran Islam di Taif, bersatu. balan Pengerusi Biro Agama dan baginda telah dizalimi denPendidikan Umno Terengganu, Haji gan dibaling batu oleh mempelajari agama suci ini kerana perMuhammad Ramli Nuh ketika diminta buatan sedemikan seolah-olah memberi penduduk Taif ketika itu, kemudian datang malaikat mengulas isu doa yang dipimpin adik gambaran orang Islam tidak bersatu,” untuk hancurkan Taif tetapi Nabi tetap maafkan kerkepada Mursyidul Am Pas, Nik Razi ana menganggap mereka kaum yang tidak mengeujarnya. Nik Mat sempena perhimpunan MukBeliau turut berpendapat, doa pemi- tahui lalu mendoakan supaya Allah s.w.t memberi USTAZ MUHAMMAD RAMLI tamar Tahunan Pas Ke-58. mpin dan penyokong Pas yang meminta hidayah kepada kaum tersebut. Haji Muhammad Ramli berkata, Bagaimanapun katanya, sikap Pas yang berdoa kehancuran Umno dan BN tidah ubah perbuatan parti yang kononnya memseperti sikap puak Khawarij yang mun- untuk kehancuran umat Islam sendiri nyata berbeza perjuangkan agama Islam tersebut sudah jauh tersa- cul pada zaman Khalifah Ar-Rashidin keempat, Sayy- dengan apa yang disarankan dalam ajaran Islam. sar daripada matlamat sebenar. Justeru, masyarakat di negeri ini khususnya diidina Ali Abi Talib, yang beranggapan kalangan mer“Perbuatan Pas boleh menimbulkan kekeliruan eka sahaja yang betul. nasihatkan tidak terikut-ikut dengan perbuatan yang dalam kalangan masyarakat kita terutamanya kepa“Puak ini menganggap semua orang tidak betul boleh merosakkan pegangan serta akidah masing-masda golongan bukan beragama Islam. selain turut mendoakan keburukan pemimpin terma- ing. “Doa sebenarnya permohonan pertolongan dan suk Sayyidina Ali sendiri. bantuan oleh seorang hamba dari Allah s.w.t yang “Samalah dengan yang dilakukan oleh Pas yang fokus kepada kebaikan dan bukannya bertujuan untuk beranggapan mereka sahaja yang betul dan mendomenghancurkan orang lain,” ujarnya ketika dihubungi akan kehancuran Umno kerana berpendapat kepimpinan Teganukita, baru-baru ini. Umno itu zalim,” jelasnya. Katanya, perbuatan yang dilakukan Pas bukan Menurut beliau, Pas berpendapat doa sedemikikaedah berdakwah yang sebenarnya tetapi lebih ke- an tidak salah kerana mendakwa mereka dizalimi pada sengaja menimbulkan pergaduhan sesama serta ditindas oleh Umno sedangkan perkara itu tidak muslim serta menimbulkan pandangan serong oleh benar. orang bukan Islam. Katanya, lebih baik Pas mendoakan kesejahter“Tindakan mereka ini sedikit sebanyak akan aan diri dan diberi kemenangan terhadap perjuangan Apa lagi yang mampu dilakukan Pas kerana politik. Kali ini berdoa mengikis minat orang yang bukan beragama Islam mereka dari mendoakan sesuatu yang boleh men- untuk hancurkan umat Islam pula.

Nurul Izzah perlu bertaubat

Ustaz ahmad kamal

Oleh: Kamarudin Mat Akib dinmatkib@yahoo.com

P

endakwah bebas, Ustaz Ahmad Kamal Abdullah menyokong saranan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria agar Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bertaubat serta memohon keampunan

daripada Allah s.w.t serta menarik kembali kenyataannya berhubung kebebasan beragama pada sebuah forum di Subang Jaya, baru-baru ini. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura itu berkata, Nurul Izzah tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tersebut kerana ia memang menyalahi ajaran Islam yang melarang umatnya daripada memeluk agama lain (murtad). “Dalam al-Quran memang terdapat ayat menyebut agar mereka bukan beragama Islam tidak dipaksa menganut Islam, tetapi ia tidak pula menyebut bahawa umat Islam bebas menganut apa-apa agama selain daripada Islam,” ujar beliau. Sebelum ini, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR, menerima kecaman hebat berhubung kenyataannya yang didakwa menyokong hak kebebasan beragama. Ustaz Ahmad Kamal berkata, bila seseorang itu memeluk Islam mereka wajib mematuhi semua ajaran Islam dan

tidak boleh berpatah balik kepada agama lain. “Malah, menjadi kewajiban umat Islam untuk memerangi mereka yang murtad seperti yang berlaku selepas peristiwa wafatnya Rasulullah s.a.w apabila pemerintah Islam pada masa itu bertindak bersungguh-sungguh menangani masalah murtad,” katanya. Sehubungan itu, beliau yang juga Penolong Pengarah Yayasan Terengganu (YT) meminta Nurul Izzah supaya mematuhi nasihat Mufti Perak berhubung isu berkenaan dan bertaubat serta tidak terus mengelirukan umat Islam, khususnya penyokong PKR. Beliau mengingatkan umat Islam bahawa mengikut Perlembagaan negara, Islam dan Melayu tidak boleh dipisahkan. “Sudah termaktub dalam

Perlembagaan negara bahawa seseorang Melayu itu mesti beragama Islam, boleh berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya dan adat-adat Melayu,” katanya. Dalam isu yang dimainkan oleh Nurul Izzah, katanya, kenyataan pemimpin PKR itu menggambarkan seolah-olah orang Melayu bebas memilih apa juga agama untuk dianuti. “Sudah tentu ia bukan saja bercanggah dengan Perlembagaan Peresekutuan, tetapi juga bercanggah dengan ajaran Islam,” katanya.


4

BIL: 69 (1 - 15 November 2012)

Keluaran Khas

Imam, bilal kecam tindakan Pas

B

Orang Islam di Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan Pas yang dikatakan tidak bertamadun dan bertetangan dengan syariat Islam dengan mendoakan kehancuran sesama Islam.

I

mam Masjid Kampung Gong Gucil,Jertih, Haji Zahari Mat Din menyifatkan tindakan puak Pas yang sanggup mendoakan sesama Islam hancur merupakan satu tindakan bertamadun dan amalan yang jelas bertentangan dengan syariat Islam. Malah, tuduhan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Aziz Nik HAJI ZAHARI Mat kononnya Umno murtad juga satu penghinaan paling besar kepada ahli parti yang ditunjangi agama Islam itu. “Jika ahli Umno murtad apa beza dengan ahli Pas kerana mereka juga turut murtad apabila menghina Islam dan berkawan dengan golongan kafir harbi,” katanya. Imam Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu, Ustaz Mohd Faizul Mohd Ke-

S

mohd faIZUL

sah, juga terkejut dan kesal dengan apa yang sudah dilakukan oleh pemimpin Pas berdasarkan laporan yang disampaikan media massa pada masa kini. “Saya tidak mendengar sendiri doa (Pas) itu, bagaimanapun jika benar mereka bertindak sedemikian mereka harus kembali ke landasan yang benar sebagai khalifah Allah s.w.t, malah menjauhi perkara tidak elok termasuk men-

ementara itu, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin (gambar) berkata, Pas sudah mula diresapi fahaman firqah atau golongan ekstrem. Menurutnya, menggunakan perkataan “jahanam” dan mendoakan supaya Umno hancur bukan amalan Islam. Sebaliknya datang daripada fahaman golongan Khawarij yang hanya menganggap bahawa tindakan mereka saja betul dan tidak dapat menerima kebaikan orang lain. Memberi contoh, Dr Abdullah yang juga Ahli Parlimen Besut berkata, keadaan Nabi Muhammad s.a.w yang dibaling dengan batu oleh penduduk Taif ketika berdakwah, beliau menegaskan Baginda tidak mendoakan kehancuran mereka malah berdoa supaya mereka akan beriman kepada Allah s.w.t.

ilal Mohd @ Mamat Mohd Ali, dari Hulu Terengganu berkata, Allah menilai keikhlasan manusia bukan pada jubah dan serban yang dipakai oleh seseorang itu. Allah menilai umat manusia pada keikhlasan hati mereka menjalani kehidupan di dunia dan mengerjakan titah perintah-Nya. Saya langsung tak berminat pada perjuangan Pas dari dulu, kini dan selama-lamanya. Setiap kali menghadapi pilihan raya umum ada saja agenda dan niat jahat Pas. Nabi Muhammad s.a.w yang direjam dengan batu oleh penduduk Taif ketika berdakwah, baginda tidak mendoakan kehancuran mereka, malah berdoa supaya mereka akan beriman kepada Allah SWT.

doakan kehancuran sesama Islam. “Dalam hadis sendiri jelas meminta kita umat Muhamad s.a.w supaya tidak mengkafirkan sesama Islam dan tidak bertindak di luar batasan sehingga menimbulkan huru-hara di kalangan umat,” katanya.


BIL: 69 (1 - 15 November 2012)

5

E

ncik Sazali Ismail, bilal yang berkhidmat di Masjid Ladang (Al-Muktafi Billah Shah) sejak 27 tahun lalu juga mempunyai pandangan yang sama, malah berpendapat doa itu disebabkan wujud rasa tidak puas hati golongan yang gagal menunaikan cita-cita mereka sehingga menolak ketentuan Allah s.w.t. “Orang yang tidak berpuas hati kerana gagal mencapai kemahuan yang tersimpan sejak sekian lama akan berusaha melakukan apa sahaja, sehingga satu masa sanggup mendoakan keburukan dan kehancuran sesama Islam. “Perkara itu tidak wajar sama sekali. Mereka yang terlibat harus akur dengan janji Allah dan kembali ke pangkal jalan dengan memilih cara yang lebih diredhaiNya, bukan mendoakan sesuatu yang jelas melanggar adab dan kesucian agama,” katanya.

I

mam Masjid Kampung Tapu, Ustaz Haji Mat Bidin, berkata, biar apapun doa bala bencana terhadap Barisan Nasional, ia tetap menjadi pilihan rakyat sejak dari tahun 1957 lagi.. Doa tersebut menjelaskan Pas kini nyata sudah tertekan seolah-olah hilang punca nak jatuhkan BN. Undi BN ibarat menolak 1 undi buat PR.

I

PAS jelas telah mula diresapi fahaman firqah atau golongan ekstrim hingga sanggup mengadakan solat hajat dan berdoa supaya Umno dihancurkan Doa yang dibacakan itu tidak sesuai dengan ajaran Islam kerana sebagai umat Islam, kita tidak boleh mendoakan keburukan sesama Islam kecuali kesejahteraan . Tindakan menggunakan perkataan ‘jahanam’ dan mendoakan supaya Umno hancur bukan amalan Islam sebaliknya datang daripada fahaman golongan Khawarij yang hanya menganggap bahawa mereka sahaja betul berbanding dengan orang lain. Sepatutnya kita berdoa untuk kebaikan dan

NGAT DOK LAGI, ucapan atau amanat Presiden Pas, (Haji Hadi) yang disampaikan di Kg. Benggol Peradong, Kuala Terengganu pada 07 April 1981? “Saudara-saudara sekelian percayalah. Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah Kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan Perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah! Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapai mereka. Oleh kerana itulah kita cuba berlawan dengan mereka! Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad! Ucapan kita adalah jihad! Derma kita adalah jihad! Bergantunglah kita kepada ALLAH dengan menghadapi puak-puak ini. Kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam! Kita tidak perlu masuk Budha. Kita tidak perlu masuk Hindu. Kita tidak perlu masuk kristian. Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku agama suku!”. Dari ucapan itu jelas bahawa Haji Hadi mengatakan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ITU KAFIR. Tetapi selepas itu cuba anda bandingkan ucapan Haji Hadi pada tahun 2003”, iaitu ucapan pada masa itu dia adalah enteri Besar Terengganu setelah PAS menang dalam PRU 10) pada 18 Januari 2003 dalam “Amanat Perdana Pemangku Presiden Tuan Guru Dato’ Haji Abdul Hadi Awang” bertajuk “Pilihanraya ke 11: Formula Kemenangan”. Kata Haji Hadi: “Justru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan hudud dan syari’at menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif dahulu, maka PAS perlu membuat satu pengorbanan dan ijtihad besar untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan perlaksanaan hudud di

keselamatan orang Islam di saat orang bukan Islam cuba menjatuhkan bangsa kita dan bukannya suruh KO. Kita kena ingat sepatutnya kita bersatu menentang pihak yang cuba menghancurkan Islam. Makin banyak ilmu dikalangan orang Pas mereka makin jadi bodoh dan sesat sebab itu mereka sanggup mendoakan keburukan sesama Islam. Sepatutnya doa untuk kesejahteraan umat Islam, tapi sebaliknya. Makin hari Pas makin gila kuasa duniawi, sebabi tu bagi mereka yang halal jadi haram dan yang haram jadi halal. Kalau begini sudah tentu KO berbalik kepadanya. Insyallah PRU 13 menjadi milik kita.

NIk Aziz kini dikecam seluruh umat Islam kerana kenyataannya menghina umat itu, baru-baru ini.

Tuduhan Umno murtad melampau K

enyataan Mursyidul Am Pas, Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendakwa Umno sebagai murtad amat keterlaluan dan melampau kerana tindakan tersebut bertentangan ajaran Islam. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata kenyataan pemimpin Pas itu membuktikan perjuangan parti berkenaan kini telah jauh tersasar daripada ajaran Islam sebenar. Katanya, Pas kini semakin terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat terutama orang

Melayu sehingga sanggup melakukan apa sahaja walaupun menyedari perkara itu di luar batasan. “Mereka sering menyerang Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai tuduhan dan fitnah, terbaru mendokan UMNO supaya hancur serta dituduhnya murtad. “Sebaliknya, parti itu perlu sedar diri kerana banyak perkara terpesong atau sesat telah dilakukan oleh mereka semata-mata mahu tunjuk hebat dan berkuasa di depan rakyat. “Apa yang kita buat semua salah dan tidak

betul, ulamak kita pun digelar sebagai ulamak `terompah’, ulamak parti itu pula mulia dan baik,” katanya. Dato’ Seri Haji Ahmad, berkata,sepatutnya Pas yang kononnya memperjuangkan Islam menganjurkan solat hajat dan berdoa untuk menyatupadukan umat Islam di negara ini, itu yang sepatutnya. “Semua umat Islam itu bersaudara, kepentingan agama Islam itu perlu diletak lebih tinggi daripada kepentingan politik,” katanya.

Beza Hadi 1981 dengan Hadi 2003 dan sekarang

peringkat Persekutuan. Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan diperingkat Persekutuan! Seandai menang dalam pilihanraya akan datang, barisan pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil diperingkat Persekutuan, yang mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!”. Jelas sekali ucapan HADI pada tahun 2003 bahawa: PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ITU CUKUP ISLAMIK!

Dalam kedua-dua amanat itu sudah jelas menunjukkan Pas bukan sebuah parti yang memperjuangkan agama Islam sebaliknya menpergunakan Agama Islam untuk kepentingan mereka Pada Muktamar Pas yang ke-57 Pas sekali lagi mengemparkan seluruh umat Islam apabila Presiden parti Pas Haji Hadi mengumumkan bahawa Pas terpaksa menggugurkan negara Islam dan digantikan dengan negara berkebajikan. Ini dibuat bagi memastikan perhubungan antara rakan parti seperti DAP dan PKR terus murni. - Fikir-fikirkanlah.


6

BIL: 69 (1 - 15 November 2012)

Undi Pas masuk syurga salah satu kesesatan ajaran Pas

Keluaran Khas

Oleh: Ruslan Abdul Rahman langtelipot@yahoo.com

Pas menawarkan rasuah terbesar iaitu syurga jika menyokong mereka sedangkan, PAS sebuah parti politik. - Dato’ Haji Zubir Embong.

B

ekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Dato’ Haji Zubir Embong yang juga selaku Pengerusi Masjid Kristal berkata- Pas menawarkan rasuah terbesar iaitu syurga jika menyokong mereka sedangkan, PAS sebuah parti politik sama dengan BN dan UMNO. Matlamat PAS juga sama dengan Umno iaitu untuk tujuan politik dan kuasa. Tegasnya, jika mengundi PAS masuk syurga apakah Kafir Harbi DAP juga masuk syurga dengan memangkah PAS?

A

hli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan. Menurut Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, ia tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang yang berakal, lebih-lebih lagi dari seorang muslim yang peka dirinya diawasi Allah dalam setiap percakapan serta perbuatan. Jelas beliau, syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melaksanakan tuntutan ubudiyah bukan kepada mana-mana pengundi manakala neraka pula adalah azab Allah ke atas mereka yang sesat, kufur atau syirik. “Sebenarnya masuk syurga berdasarkan Islam dan Iman bukan sebab undi parti politik PAS, hujahnya. 

Ramai berlagak jadi 'hero Islam'

Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata,

hanya Allah SWT yang berhak menawarkan ganjaran syurga dan bukannya Pas. Ini kerana katanya, Pas yang lahir daripada sistem demokrasi hanyalah sebuah parti politik dianggotai oleh manusia biasa serta tidak lari daripada melakukan sebarang kesilapan. “Adakah Pas itu sempurna sehingga melayakkan parti politik tersebut menjanjikan syurga kepada para ahli dan pengundinya? “Adakah kuasa politik boleh menjanjikan sesuatu yang setaraf dengan Allah SWT? Parti politik yang berbuat demikian perlu tarik balik kenyataan undi parti mereka boleh masuk syurga,” katanya.

Isu kebebasan agama kepada orang Melayu: Pas anggap bukan kesalahan besar D

ewan ulamak Pas menyifatkan isu kenyataan Nurul Izzah Anwari berhubung dengan kebabasan agama sebagai perkara kecil dan remeh serta tidak perlu dibahaskan. Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Dato’ Harun Taib berkata, pemimpin PKR itu tidak perlu bertaubat kerana beliau bukan melakukan kesalahan besar. “Isu Nurul Izzah bukanlah besar, tak ada masa saya nak bahas isu ini,”katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulamak Pas ke 51, di Kota Bharu, pada baru-baru ini. Nurul Izzah sebelumnya berkata, rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.

DATO’ ABDUL RAHIN

M

enteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said mengajak semua umat Islam menghayati dan mengamalkan konsep kesederhanaan sebagaimana tema sambutan Maal Hijrah tahun ini ‘ Wassatiyah Tonggak Kesatuan Ummah’. “Suasana hari ini dapat dilihat bibit perpecahan sedang berlaku di kalangan umat Islam dan ramai yang berlagak menjadi ‘hero Islam’ dengan menghukum siapa Islamik dan siapa pula tidak Islamik,” katanya. Menteri Besar berkata demikian di majlis perasmian Pameran Islamik sempena Maal Hijrah 1434H di Kompleks Muzium Negeri Terengganu, baru-baru ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi

Orang ramai mengunjungi pameran Islamik di Kompleks Muzium Negeri Terengganu yang banyak memaparkan sejarah dan tokoh Islam sedunia yang menjadi wadah pegetahuan pelbagai peringkat.

Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato’ Haji Abdul Rahin Mohd Said. Katanya, keadaan ini secara tidak disedari menimbulkan polimik tidak harmoni di kalangan masyarakat Islam sendiri dan pada masa sama mence-

tuskan kebimbangan kepada golongan bukan Islam. Katanya, setiap hari juga melalui akhbar dan kaca televisyen dipapar berita umat Islam berbunuhan sesama sendiri serta penderitaan saudara kita yang ditindas oleh pemerintah majoriti bukan Islam.

“Islam menuntut kita menghormati penganut agama lain, biarpun Islam sebagai agama rasmi, mereka tetap diberi kebebasan membina tempat ibadat mengikut pegangan masing-masing,” katanya. Beliau menyarankan agar semua mengenepikan sikap ‘pongoh’ dan mementingan diri serta berhijrah kepada wassatiyyah agar keamanan dan perpaduan dapat dikukuhkan dan usaha pembangunan dapat berjalan lancar. “Saya harap orang ramai khususnya pelajar dapat meluangkan masa mengunjungi pameran yang banyak memaparkan se-

Suasana hari ini dapat dilihat bibit perpecahan sedang berlaku di kalangan umat Islam dan ramai yang berlagak menjadi ‘hero Islam’ jarah dan tokoh Islam sedunia di mana aktiviti ini mampu menjadi saluran penting bagi gerakan dakwah dengan memberi pengetahuan kepada pelbagai peringkat,” katanya.


BIL: 69 (1 - 15 November 2012)

7

Pas kehilangan punca mendoakan sesama saudara hancur

RAJA AYUB RAJA OMAR

Keluaran Khas

NIK RAHIM (AYAH LONG)

Umum sudah mengetahui, sudah acapkali PAS mempergunakan agama, solat hajat serta doa-doa tertentu untuk tujuan membangkitkan sentimen keagamaan umat Islam untuk kepentingan politik PAS. Oleh: Mohamad Ishak

T

ukomtrg123@gmail.com

indakan penyokong dan ulamak Pas mendoakan supaya Umno dan Barisan Nasional (BN) hancur disebabkan parti itu kehilangan punca selepas gagal mendekati umat Islam bagi menghalalkan perjuangan mereka semata-mata untuk mencapai impian ke Putrajaya sekaligus menjadi pemerintah negara. Biarpun doa itu adalah perbuatan bidaah malah ia juga bertentangan dengan ajaran Islam kerana mendoakan supaya saudara agama menjadi hancur. Kerana taksub untuk memerintah negara penyokong Pas kini melakukan apa sahaja sehingga sanggup mengadai prinsip perjuangan dan amalan dalam Islam yang jelas melarang umat Islam

melakukan doa sedemikian. Bagaimanapun, kandungan doa yang dibacakan oleh penyokong Pas ketika menyertai solat hajat di Stadium Sultan Muhammad IV yang diimamkan adik Mursyidul Am PAS,Nik Razi Nik Mat sempena perhimpunan anjuran parti itu jelas mengecewakan umat Islam negara ini. Malah, perbuatan itu turut disanggah oleh ramai bekas ahli Pas di Terengganu yang menyifatkan ia satu tindakan di luar batasan dan tersasar daripada ajaran sebenar Islam. Bekas Ahli Jawatankuasa PAS Besut, Raja Ayub Raja Omar, 60, yang sedih dan kecewa apabila mendengar doa sedemikian berkata penyokong dan ulamak Pas perlu bertanggungjawab dengan isu berkenaan malah mereka yang terlibat seharusnya bertaubat.

Katanya,beliau tidak hairan dengan kandungan doa yang dibacakan itu dengan mendoakan supaya Umno dan BN hancur kerana sebelum ini penyokong parti pembangkang sudah banyak melakukan amalan yang bertentangan dengan tuntutan Islam. “Penyokong Pas ikut sahaja apa yang dilakukan oleh pemimpin kerana mereka sudah lama ditarbiahkan secara demikian atas nama perjuangan jihad,” katanya. Katanya, beliau sendiri sebelum ini mengalami pengalaman pahit ketika masih bersama Pas apabila berlaku isu kafir mengkafir di Terengganu pada era 70- an selepas diarah oleh pemimpin mereka supaya mengkafirkan orang-

orang Umno. Bagi bekas Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN), Kuala Besut, Nik Rahim Nik Idris, beliau sudah masak dan lali dengan tindak tanduk ahli dan pemimpin Pas yang sememangnya suka mempersendakan Islam. “Pemimpin parti itu hanya mampu bercakap untuk menegakkan Islam,tetapi dalam masa sama merekalah yang menghina Islam,” katanya. Nik Rahim atau lebih dikenali dengan panggilan ”Ayah Long” di kalangan ahli Pas Besut, mahu ahli parti itu sedar bahawa perjuangan Pas sekarang sudah banyak tergelincir dari landasan sebenar kerana lebih mementingkan kuasa daripada agama.

Jangan salah tafsir ayat al-Quran tentang tiada paksaan

A

hli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, Haji Mohammad Ramli Noh menyifatkan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan beragama, termasuk kepada orang Melayu amat mengelirukan dan boleh menyesatkan umat Islam. Katanya, penafsiran Ahli Parlimen Lembah Pantai tentang tiada paksaan dalam beragama di dalam ayat al-Quran surah al-Baqarah (ayat 256) amatlah tidak tepat. Firman Allah s.w.t, “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Ayat itu bukannya memberi makna orang Melayu yang telah Islam tidak boleh juga memilih agama lain, sebagaimana tafsiran Nurul Izzah.

“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat,” - Surah al-Baqarah (ayat 256).

Ini kerana ahli tafsir menafsirkan bahawa ayat ini dituju kepada orang yang belum memeluk Islam dan jika mahu mereka memeluk Islam hendaklah bukan dipaksa tapi atas kerelaan dan kefahaman hasil dari dakwah. Kata Haji Mohammad Ramli, tafsiran yang sebenar ayat tersebut bahawa orang Islam tidak

boleh memaksa orang kafir untuk masuk Islam, namun jika sekiranya mereka telah Islam, dia mesti atau wajib mengikut ajaran dan peraturan yang telah ditetapkan Islam dan boleh dihukum menurut hukuman Islam jika membuat kesalahan. Agama Islam tidak boleh disamakan dengan agama-agama lain atau disebut sebagai fahaman pluralisme di mana semua agama dianggap sama sahaja, katanya kepada mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang berpendapat kebebasan agama juga bukan sahaja kepada bukan Islam, tetapi setara, melibatkan orang Melayu (Islam) juga. Beliau yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu menyifatkan kenyataan Nurul Izzah itu cukup mengelirukan dan boleh menyesatkan.


8

BIL: 69 (1 - 15 November 2012)

Keluaran Khas

Nurul Izzah keterlaluan - Shafie Oleh: Esah Abullah

wesahukom@yahoo.com

K

enyataan Naib Predisen PKR, Nurul Izzah Anwar sudah keterlaluan bila membuat kenyataan bahawa Melayu Islam di negara ini bebas memilih agama di bawah faktor kebebasan beragama. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Seri Haji Mohd Shafie Apdal berkata, Nurul Izzah tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan umat Islam di negara ini. “Walau pun kita tahu ada kebebasan beragama tetapi ia untuk agama lain

mohd shafie apdal

bukannya bagi yang beragama Islam,” katanya kepada pemberita di majlis Penyampaian Kunci Rumah dan Sijil Penghargaan Kursus Latihan Kemahiran di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun. Dato’ Seri Mohd Shafie diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai pada forum ‘Islamic State : Which Version Whose Responsibility’ baru-baru ini. Ekoran daripada kenyataan itu, Nurul Izzah dikecam hebat oleh pelbagai pihak dan dianggap sebagai cakap politik untuk memancing undi orang bukan Islam menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. “Kita selaku pemimpin Islam tidak

Pakatan rakyat rebut jawatan Barisan Nasional (BN) sudah melihat sejak awal lagi permainan politik pembangkang yang hanya ingin menjadi Perdana Menteri semata-mata dan pada masa yang sama lupa untuk menjaga rakyat.

B

gubah ketetapan tersebut. Bagaimanapun, Dewan Pemuda PAS tetap dengan keputusan parti mahu Abdul Hadi dilantik sebagai Perdana Menteri jika PR menguasai kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Kini timbul kecelaruan antara DAP dan PAS bagaimanapun satu pihak lagi iaitu PKR masih berdiam diri dalam mempertahankan keputusan berkenaan. Pemerhati politik berpendapat, perebutan untuk menjadi Perda Menteri di kalangan pemimpin pembangkang hanyalah satu khayalan kerana mereka sudah awal-awal lagi menunjukkan sikap tamak dan haloba untuk berkuasa. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato’ Seri Idris Jusoh berkata, Barisan Nasional (BN) sudah melihat sejak awal lagi permainan politik pembangkang yang hanya ingin menjadi Perdana Menteri semata-mata dan pada masa yang sama lupa untuk menjaga rakyat. Katanya, rakyat sendiri boleh menilai sejauh mana perjuangan pembangkang untuk memerintah negara sedangkan dalam masa sama mereka hanya menjaga

Perjuangan Pas tidak ikut Islam U

IDRIS JUSOH

elum pun menang pilihanraya dan menjadi parti pemerintah, pakatan parti pembangkang sudah berebut untuk menjadi Perdana Menteri, sekali gus memperlihatkan Pakatan Rakyat (PR) tidak mampu untuk ke Puterajaya. Sekalipun berkemungkinan mereka berjaya menakluk Puterajaya ia tidak akan kekal lama kerana masing-masing mempunyai agenda tersirat untuk kepentingan diri dan bukan untuk mensejahterakan rakyat dan negara. Tindakan DAP yang jelas menolak hasrat Dewan Ulama PAS yang mahukan Presidennya, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Perdana Menteri jika pembangkang berkuasa di negara ini, menyemarakkan lagi kecelaruan politik pembangkang. Malah, DAP dilaporkan tidak berganjak dengan ketetapan sebelum ini dan mahu jawatan itu diberikan kepada Penasihat Parti Keadikan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ia diakui sendiri oleh Setiausaga Agung DAP, Lim Guan Eng yang berkeras dengan pendirian parti itu dan tidak akan sekali-kali men-

sewajarnya mengeluarkan kata-kata yang boleh mengelirukan rakyat apatah lagi membabitkan agama rasmi di negara ini,” katanya Menurutnya, menjadi kewajipan pemimpin Islam mengukuhkan dan mempertingkatkan lagi syiar Islam kalangan rakyat agar tidak terpesong. Malah katanya, jangan disalah erti mengenai kebebasan beragama serta usah bercakap jika tidak mendalaminya tentang maksud kebebasan itu. Tambahnya, akidah dan pengangan agama Islam perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa bukan dilonggarkan atau ditukarkan.

kepentingan diri. “Pemimpin BN tidak pernah berebut untuk menjadi Perdana Menteri, sebaliknya semua komponen parti mempunyai kata sepakat dalam memilih pemimpin negara,” katanya ketika mengulas isu perlantikan PM oleh pembangkang.

mno Terengganu menyifatkan tindakan Pas menganjurkan solat hajat mendoakan kehancuran Barisan Nasional (BN) sebagai tindakan terdesak yang menyimpang jauh dari ajaran Islam sebenar. Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata sebagai orang Islam pemimpin dan pengikut Pas tidak wajar berperangai seperti itu yang mendoakan umat sendiri ditimpa musibah. “Islam sendiri tidak menggalakkan kita mendoakan keburukan kepada orang lain dan tindakan mereka ini membuktikan seolah-olah puak mereka saja melakukan kerja-kerja Allah. “Seperti kenyataan mereka sebelum ini yang sewenang-wenangnya menentukan siapa akan masuk syurga dan siapa yang berdosa,” katanya. Beliau menjelaskan Pas sebenarnya berfikiran celaru dan fakta yang dinyatakan sentiasa berubah, dulu pemimpin mereka pernah menyatakan golongan wanita tidak boleh mengaji al-Quran di khalayak ramai. “Pada masa sama wakil rakyat wanita parti itu memaki hamun orang, berceramah dan fitnah orang di atas pentas, adakah itu tidak aurat, mengaji pula aurat, ini adalah tidak benar. “Sekarang nak tambah calon wanita pada pilihan raya akan datang, kalau puak mereka melakukan perkara itu boleh...Bila BN buat mereka katakan haram pula. Ini perkara pelik, tak kan fakta dan undang-undang Islam itu boleh berubah-berubah,” katanya. Dato Seri Haji Ahmad yang juga Menteri Besar meminta rakyat, khususnya di Terengganu berfikiran terbuka dan menyelidiki setiap kenyataan yang dikeluarkan pemimpin pembangkang kerana jelas ia terdesak dan jauh daripada ajaran Islam. “Apa yang dinyatakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang mengatakan orang Melayu bebas untuk memilih agama, semua senyap dan tidak berani untuk bersuara,” katanya.

Dicetak Oleh: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Tel: 09-666 8611, 666 6652, 666 8601. Faks: 09-666 0611, 666 0063 email:spyit@tm.net.my


teganukita 69