Page 1

ISSN 2180-4737 | PERCUMA | Bil:60, 1-15 Mei 2012  |

http://www.teganukita.blogspot.com

|

http://www.terengganu.gov.my

Khairul mahu pamer konsisten di Olimpik

- ms 16

Pakej candat sotong ke peringkat antarabangsa Tiada paksaan jadi peneroka Felda Aktiviti mencandat sotong di perairan negeri ini melalui pakej terancang akan dipromosikan ke peringkat antarabangsa sempena Tahun Melawat Terengganu 2013. - ms 2

Buka ladang sawit untuk biayai pendidikan Kerajaan negeri akan membangunkan kawasan seluas 4,400 hektar bagi tanaman kelapa sawit di Merchang, Marang sebagai pelaburan jangka panjang bagi mendapatkan sumber kewangan membiayai pelajar-pelajar di negeri ini. - ms 5

Para peneroka yang merasakan diri mereka menjadi mangsa penipuan pihak kerajaan dan Felda dinasihatkan segera meninggalkan tanah rancangan tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Dato' Rosol Wahid berkata, tiada gunanya golongan itu tinggal di tanah rancangan Felda jika merasakan kehidupan mereka tidak pernah berubah dan terus dihimpit kesusahan. - ms 14

Habuan lumayan peneroka Oleh: Kamarudin Mat Akib dinmatkib@yahoo.com

M

Selamat Hari Ibu “Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil lagi''

Selamat Hari GURU Kegigihanmu dalam mendidik tidak akan kami lupakan... terimakasih cikgu!!

Menara tinjau mercu tanda Bandar Kuala Terengganu FOTO Zulkipli Putra | zulfoto2008@gmail.com

Menara tinjau setinggi 10 tingkat akan dibina disebelah jambatan bagi menghubungkan Kampung Tanjung, Kuala Terengganu dan Seberang Takir, melalui projek Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur (ECER). Manara tersebut yang turut dilengkapi restoran sebagai pelengkap menarik minat pelancong tempatan dan luar negara berkunjung ke Terengganu, bakal menjadi satu lagi mercu tanda Bandar Kuala Terengganu. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, sempat meluangkan masa untuk melihat model pembangunan Kuala Terengganu City Centre (KTCC) yang dipamerkan di Muzium Negeri, baru-baru ini.

enteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said meminta peneroka supaya bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan dan memilih kerajaan yang sudah terlalu banyak berjasa kepada golongan peneroka, sejak awal mereka masuk ke tanah rancangan hingga kini mereka mampu hidup mewah. ( Berita penuh ms 4 )


2

BIL: 60,

AM

1-15 Mei 2012

JHEAT belanja RM480,000 laksana kursus imarah

MOHD ROZALI FOTO Harish Fadzillah | harishfadzillah@gmail.com

Orang ramai berebut mendapatkan tandatangan Tun Dr Mahathir selepas majlis Bicara Negarawan Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Jangan bina negara atas keganasan

Rakyat perlu rasional tidak terpengaruh usaha pembangkang mencetuskan huru-hara Oleh: Fauzi Mohd

fauzibinmohd@yahoo.com

R

akyat negara ini diingatkan perlu lebih rasional agar tidak terus diperalatkan pemimpin pembangkang yang tergamak menghalalkan demonstrasi ganas demi kepentingan tertentu dan cita-cita mereka untuk merebut kuasa. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, berkata jika rakyat berterusan terpedaya dengan usaha pembangkang itu, mereka sebenarnya turut sama bersubahat kerana perbuatan sedemikian jelas bercanggah dengan ajaran Islam. ``Saya harap rakyat tidak mudah diperalatkan orang lain. Jika tidak, kita (rakyat) pun bersubahat sama melakukan perbuatan keji (rusuhan ganas) yang bercanggah dengan ajaran Islam. ``Jangan biar diri kita terikut-

ikut dan jadi ganas seperti mana dianjurkan pihak tertentu untuk menghancurkan negara. Negara kita akan sentiasa aman damai kalau kita tidak terpengaruh dengan perbuatan mereka ini,'' katanya Beliau menyatakan perkara itu ketika menyampaikan ucaptama bertajuk Cabaran Umat Islam Masa Kini: Persepsi dan Realiti pada majlis Bicara Negarawan Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri di Gong Badk, baru-baru ini. Program dihadiri kira-kira 5,000 orang awam.Turut hadir, Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said; Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato' Tengku Putera Tengku Awang dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji Mazlan Ngah. ``Tapi ada pemimpin tertentu kata, adakan rusuhan dan demon-

strasi untuk menjatuhkan kerajaan adalah halal dari segi Islam. Mereka lebih memilih cara ini (rusuhan) seperti yang berlaku di negara lain untuk mencetuskan huru hara. ``Walaupun mereka tahu ia dilarang dalam Islam tapi ini tidak mempengaruhi mereka, sebaliknya mereka berdemonstrasi secara ganas untuk merebut kuasa,'' ujarnya. Tun Dr. Mahathir dalam ucaptamanya turut menjelaskan bahawa tindakan pembangkang menganjurkan perhimpunan Bersih 3.0 sehingga mencetuskan kekecohan dan keganasan tempoh hari bertujuan menumbangkan kerajaan demi kerakusan dan tamak kuasa. Beliau turut menolak dakwaan kononnya berlaku penipuan dalam proses pilihan raya di negara ini sehingga mengundang bantahan pihak pembangkang termasuk

menganjurkan perhimpunan Bersih 3.0 itu. Sebaliknya, jelas beliau, sejak sekian lama, tidak pernah wujud pembohongan pada setiap kali pilihan raya yang diadakan di negara ini seperti mana didakwa pembangkang berbanding di negara lain khususnya negaranegara Arab. ``Kalau benarlah ada penipuan (dalam pilihan raya), kenapa setiap pilihan raya ramai calon lawan dapat kemenangan besar. Tak pernah berlaku pula, kerajaan (Barisan Nasional) dapat semua undi, sebaliknya menang tipis. ``Dan kalau ada penipuan, (maknanya) bodoh sungguhlah kerajaan ini (BN) nak tipu pun tak pandai. Lainlah di negara Arab, mereka di sana menipu dan sebab itulah boleh memerintah sehingga 40 tahun,'' ujarnya.

mosikan di semua 44 pejabat Tourism Malaysia di seluruh dunia sebagai salah satu tarikan ke Malaysia khususnya Terengganu. ``Mencandat sotong merupakan satu aktiviti yang unik dan hanya boleh dilakukan pada musim tertentu iaitu pada April hingga pertengahan Jun setiap tahun,'' katanya. Beliau berkata demikian sempena majlis ramah mesra bersama media dan meraikan Kelab Rekreasi Tourism Malaysia `Jom

Gi Candat 2012' di Hotel Seri Malaysia Marang, baru-baru ini. Sehubungan itu, katanya Tourism Malaysia Terengganu akan bekerjasama dengan agensi pelancongan, pengusaha bot dan hotel bagi menyediakan pakej berkenaan. Beliau berkata, dengan adanya penyelarasan itu aktiviti mencandat sotong dapat dipromosikan dengan sempurna yang diharapkan ia akan menjadi aktiviti terunggul di negeri ini setaraf dengan Piala Monsun dan kejohanan kuda lasak.

Program candat sotong tersenarai dalam kalendar Tahun Melawat Terengganu 2013.

Pakej candat sotong ke peringkat antarabangsa

A

ktiviti mencandat sotong di perairan negeri ini melalui pakej terancang akan dipromosikan ke peringkat antarabangsa sempena Tahun Melawat Terengganu 2013. Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) Terengganu, Encik Mohd. Nasir Kushairi berkata, aktiviti menarik yang menyajikan pengalaman unik untuk menarik pelancong. ``Aktiviti tersebut akan dipro-

J

abatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) membelanjakan kira-kira RM480,000 bagi melaksanakan kursus pengimarahan masjid seluruh Terengganu sepanjang 2010 hingga tahun lalu. Daripada jumlah itu, sebanyak tujuh siri kusus dijalankan pada 2010 dengan melibatkan perbelanjaan hampir RM277,000, manakala lima siri kursus diadakan pada tahun lalu dengan peruntukan RM203,000. Pesuruhjaya JHEAT, Haji Mohd Rozali Saleh, berkata seramai 1,830 peserta di kalangan imam dan bilal menyertai kursus yang disediakan sebanyak tujuh siri dengan setiap siri merangkumi tiga sesi sepanjang 2010. ``Kehadiran peserta pada tahun lalu lebih baik dan meningkat apabila 2,342 atau 70.10 peratus peserta berjaya hadir ke semua empat siri kursus JHEAT melaksanakannya sejak awal hingga penghujung 2011. ``Jumlah pada tahun lalu itu tidak termasuk kursus fasa tiga yang dilaksanakan pada 3 November di tiga daerah, Kuala Terengganu, Besut dan Marang yang merekod kehadiran 253 orang dengan perbelanjaan keseluruhan kira-kira RM35,000,'' katanya kepada Teganukita, baru-baru ini. Haji Mohd Rozali berkata, sehingga kini, lebih 50 peratus peserta berjaya hadir ke setiap sesi kursus yang lazimnya diperuntukkan kepada 100 hingga 120 peserta itu. Beliau berkata, JHEAT akan terus mengadakan program pengimarahan itu bagi memastikan peranan pemimpin barisan depan dalam masyarakat itu akan terus diperkasakan dan di pandang tinggi seluruh umat Islam.


BIL: 60,

1-15 Mei 2012

PRU 13 : Polis Terengganu bersiap sedia

AM

To’ Puan Hajah Zaitun dilantik Ahli Dewan Negara

P

olis negeri ini telah bersiap sedia bagi mengawal ketenteraman perjalanan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13. Ketua Polis Negeri Terengganu, Dato' Jamshah Mustapa, berkata persiapan sudah dilakukan sejak awal tahun ini melibatkan 3,150 anggota dengan beberapa siri kursus dan latihan berkaitan. Katanya, pihaknya sudah membuat kajian mengenai beberapa lokasi panas yang dijangka memerlukan lebih pengawasan bagi mengelak sebarang insiden tidak diingin sepanjang proses pilihan raya nanti. ``Antara penekanan yang diberikan adalah terhadap anggota dan pegawai baru yang belum pernah bertugas pada pilihan raya sebelum ini,'' katanya. Beliau ditemui ketika melawat anggota polis Trafik Dungun, Sarjan Mazlan Idris, 54, yang cedera dalam kemalangan di Kilometer 18 Jalan Bukit Besi Dungun, di Hospital Sultanah Nur Zahirah baru-baru ini.

Jangan pertikai calon : Fatimah

P

ergerakan Wanita Umno Perhubungan Terengganu mengingatkan semua pengundi terutama golongan wanita tidak mempertikaikan calon Barisan Nasional (BN) sebaliknya perlu memberi sokongan penuh tanpa mengira siapa dan latar belakang calon berkenaan. Ketuanya, Datuk Hajah Fatimah Hamat, berkata semua pihak perlu akur siapa sahaja calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan dan yang paling utama perlu menekankan kepada usaha mengekalkan kuasa BN di negeri dan negara ini. ``Keamanan dan kestabilan pemerintahan di bawah BN perlu dipertahankan dan menjadi tanggungjawab semua rakyat yang cintakan kemakmuran,'' katanya kepada Teganukita. Melalui gerak kerja yang dilakukan oleh jentera wanita diperingkat akar umbi, beliau yakin BN mampu mengekalkan dua pertiga kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. ``Saya yakin 50 peratus pengundi wanita adalah penyokong BN dan golongan ini merupakan pengundi setia yang tidak mudah terpengaruh dengan hasutan pihak luar,'' katanya.

FOTO Zulkipli Putra | zulfoto2008@gmail.com

3

PRIHATIN…Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said melawat adik Muhammad Danish Aiman Abdullah ,2, mangsa dera teman lelaki ibunya di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Bagaimanapun, kanak-kanak malang itu kini dilaporkan stabil selepas men j a l a n i pembedahan membuang darah beku dan pendarahan otak di kepala. Turut kelihatan, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Norliza Mahmud; Exco Kerajaan Negeri, YB Dr A. Rahman Mokhtar dan Ketua Polis Terengganu, Dato’ Jamshah Mustapa.

Sebutan kes saman fitnah Harakah, Adun Pas ditetapkan pada 17 Mei Oleh: Fauzi Mohd

fauzibinmohd@yahoo.com

M

ahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 17 Mei bagi sebutan kes saman fitnah terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan tiga yang lain sebelum ia mula dibicarakan pada Julai ini. Timbalan Pendaftar, Tengku Amalin A'ishah Putri Sultan lsmail Petra menetapkan tarikh tersebut sewaktu sebutan kes itu di kamar beliau 11 Mei lalu. Peguam Abdullah Omar Wahbi Bawadi hadir mewakili Kerajaan Terengganu selaku plaintif manakala

Syed Azman dan tiga lagi yang dinamakan sebagai defendan diwakili peguam Azhana Mohd. Khairudin. Pada prosiding terdahulu, mahkamah menetapkan perbicaraan selama empat hari bermula 23 Julai ini. Pada 15 Disember tahun lalu, kerajaan negeri mendakwa artikel bertajuk `Seleweng RM30 juta bantuan sekolah?' yang ditulis oleh Syed Azman dan disiarkan di muka surat N5 di dalam akhbar Harakah bertarikh 11 hingga 13 November 2011 adalah salah, fitnah dan berniat jahat. Selain kerajaan negeri, turut dinamakan sebagai plaintif ialah

Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said serta dua peniaga dari Hamie Enterprise, Mek Hawa Abdul Rahman dan Hamie Azreen Ami Nordin. Pihak plaintif menamakan Syed Azman; pemegang permit akhbar Harakah, Dato' Mustafa @ Hassan Ali; Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman; dan syarikat penerbitan Harakah, Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. masing-masing sebagai defendan pertama hingga keempat. Menurut pernyataan tuntutan, kerajaan negeri menyatakan, telah bersetuju melaksanakan program Bantuan Pakaian dan Alatan Sekolah bagi seluruh pelajar miskin

di negeri itu untuk meringankan beban kewangan keluarga miskin dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak. Bagi melaksanakan program tersebut, Menteri Besar telah menerima dua sebut harga daripada Hamie Enterprise dan sebuah lagi syarikat lain. Plaintif mendakwa, artikel tersebut antara lain menggambarkan pemberian kontrak itu tidak telus, tersalah urus dan secara salah mendapatkan keuntungan yang besar. Ekoran penerbitan tersebut, pihak plaintif menyatakan, reputasi dan nama baiknya telah terjejas, perniagaannya rugi selain menanggung malu.

Mahkamah Terengganu mantapkan pentadbiran

K

ompleks Mahkamah Terengganu yang dilengkapi 20 unit kemudahan komputer sumbangan kerajaan negeri mampu memantapkan lagi urusan pentadbiran antara mahkamah di setiap negeri termasuk Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya. Kecanggihan di makmal komputer itu turut meletakkan Terengganu sebagai negeri pertama di Semenanjung selain Putrajaya yang dilengkapi sistem seumpama itu bagi mengikuti persidangan video di antara mahkamah untuk keper-

luan pengamal undang-undang dan orang awam. Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria berkata, kemudahan itu dapat membantu pengamal undangundang, khususnya peguam untuk berinteraksi dengan mahkamah lain seperti Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Buat masa ini ujarnya, sistem tersebut hanya digunapakai di kompleks mahkamah di Putrajaya serta di Sabah dan Sarawak. ``Terengganu menjadi negeri pertama di Semenanjung yang dilengkapi kemudahan ini selain

Menteri Besar bersama Tan Sri Arifin meninjau kemudahan makmal Mahkamah Terengganu.

di Putrajaya, Sabah dan Sarawak,'' katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan dan perasmian makmal komputer di Kompleks Mahkamah Terengganu, barubaru ini. Penyerahan komputer tersebut disampaikan oleh Menteri Besar,

Dato' Seri Haji Ahmad Said kepada Pengarah Mahkamah Terengganu, Dato' Zainal Abidin Kamarudin. Majlis penyerahan itu turut disaksikan oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinudin selain Tan Sri Arifin sendiri.


4

BIL: 60,

AM

Wajah ceria 7,469 peneroka Oleh: Kamarudin Mat Akib dinmatkib@yahoo.com

W

ajah ceria terserlah di wajah 7,469 peneroka Felda di seluruh negeri ini sebaik saja mendengar pengumuman mereka bakal menikmati `durian runtuh' berjumlah hampir RM 112 juta berikutan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia. Buat permulaan, setiap peneroka masing-masing diberi RM5,000 seorang dan pengagihannya dibuat secara berperingkat-peringkat di lokasi yang ditetapkan, mulai 10 Mei lalu hingga 22 Mei, 2012. Selepas pengagihan fasa pertama, isteri peneroka akan menerima bahagian masing-masing RM5,000 seorang, sebagai ganjaran mereka berpenat lelah membantu suami mengusahakan tanah rancangan masing-masing. Pihak kerajaan tidak melupakan habuan untuk anak-anak peneroka dalam pengagihan keuntungan hasil penyenaraian FGVH, anakanak mereka akan turut diberi

Terima kasih PM, terima kasih pemimpin Umno dan Barisan Nasional.

habuan berjumlah RM5,000 bagi setiap keluarga. Ini bermakna keseluruhan keluarga peneroka di negara ini, termasuk mereka yang menduduki 20 tanah rancangan Felda di Terengganu akan menerima `durian runtuh' berjumlah RM15,000 bagi setiap keluarga. Tanah Rancangan Felda yang terdapat di Terengganu ialah Belara, Chalok Barat, Chalok, Jerangau Barat, Mengkawang, Tersat, Jerangau, Neram 1, Neram 2, Cerul,

Seberang Tayor, Bukit Bading, Kerteh 1, Kerteh 2, Kerteh 3, Kerteh 4, Kerteh 5, Kerteh 6, Selasih dan Tenang. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, menasihatkan peneroka supaya menggunakan imbuhan yang diberi kepada mereka dengan cermat dan bijaksana serta menabung sebahagiannya, bagi masa depan mereka. Beliau juga meminta peneroka supaya bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan dan memilih

Puak 'jumud' peralat si kecil sertai demonstrasi jalanan

S

ikap terdorong dan terikut-ikut untuk melakukan penentangan menyebabkan penganjur dan peserta demonstrasi perhimpunan Bersih 3.0 bersikap `jumud' sehingga gagal meletakkan sesuatu perkara berasaskan logik, lantas membelakangkan aspek kemanusian serta paling tidak boleh diterima akal mereka sanggup memperalatkan kanak-kanak. Akta Perhimpunan Aman 2011 jelas menggariskan bahawa seseorang di bawah umur 21 tahun tidak boleh menjadi penganjur manakala kanak-kanak bawah 15 tahun tidak boleh menyertai mana-mana perhimpunan. Mana-mana orang dianggap telah melakukan kesalahan, dan jika disabitkan boleh didenda sehingga RM20,000. Namun, segelintir peserta perhimpunan dengan dangkal membawa anak kecil yang terlalu naif ke lokasi yang mencetuskan tindakan ganas didalangi puak penentang kerajaan tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan dalam akta berkenaan. ``Ibu bapa tidak sepatutnya membawa anak kecil yang belum mengerti apa-apa ke satu perhimpunan yang jelas boleh mengundang anasir tidak baik dan huru-hara. Tempat mereka bukan di situ, melihat segala kekacauan, menimbulkan kegusaran dan trauma dengan perilaku biadap segelintir manusia yang taksub terhadap sesuatu

perkara kerana didalangi sentimen politik. ``Anak kecil ini harus dilindungi dan ditempatkan di lokasi selamat, bukan diheret sama oleh ibu bapa yang kononnya mahu menuntut keadilan. Jangan jadikan mereka mangsa keadaan dan perkara itu amat dikesali, malah tidak sepatutnya terjadi pada era ini,'' kata Ketua Pergerakan Puteri Umno Negeri, Puan Nordiana Shafei, kepada Teganukita, baru-baru ini. Meskipun penganjur telah pun memberi jaminan akan memastikan bahawa perhimpunan yang kononnya bertujuan untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil itu berlangsung dengan aman, mereka gagal mematuhinya. Memetik kenyataan menerusi laman facebook `Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012, 2 petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, BERSIH 3.0 DUDUK BANTAH' turut menyenaraikan `beberapa perkara yang tidak dibenarkan kepada peserta' ke perhimpunan Bersih berkenaan, termasuk perkara ke-12, bagi yang membawa anak-anak, `anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan', manakala perkara ke-13 pula `jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah'.

kerajaan yang sudah terlalu banyak berjasa kepada golongan peneroka, sejak awal mereka masuk ke tanah rancangan, hingga kini mereka mampu hidup mewah. Golongan peneroka sepatutnya menginsafi diri masing-masing di mana kira-kira 30 tahun dulu, mereka tidak memiliki sekelumit harta dan sebahagian besar daripada mereka dulu hidup dalam keadaan `kais pagi makan pagi'. Bagaimanapun, hidup mereka berubah selepas menjadi peneroka, hasil sikap prihatin pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang berusaha gigih bagi membela nasib golongan peneroka. Kini pendapatan melebihi RM2,000 sebulan, mereka mampu hidup mewah dengan rumah besar, memiliki kereta dan pelbagai aset lain. Tentunya, dengan pengorbanan besar pemimpin Umno dan BN bagi meningkatkan ekonomi peneroka, Menteri Besar dan saf kepimpinan Kerajaan BN Terengganu mengharapkan mereka menyokong kerajaan tanpa berdolak-dalik lagi. Wahai peneroka, usahlah lokek untuk memberi undi kepada caloncalon BN bila tiba tarikh mengundi tidak lama lagi.

1-15 Mei 2012

Penuntut IPT tidak harus jadi `kuda politik’ P

enuntut Pusat Pengajian Tinggi (IPT) tidak harus menjadi `kuda politik' kepada individu di luar kampus kerana golongan itu jelas mempunyai agenda tersirat. Kebelakangan ini, ramai golongan politikal cuba mempengaruhi penuntut melalui isu tertentu semata-mata untuk mendapat keuntungan politik. Pemimpin pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Encik Mohd Ridzuan Mustafa berkata, perkara berkenaan semakin serius dan perlu ditangani segera agar ia tidak menjejaskan tumpuan pelajar. ``Mahasiswa harus menjadi suara yang memperbaiki dan bukannya merosakkan kesejahtera dalam sesebuah masyarakat dan negara,'' katanya dalam Forum Pentas Mahasiswa `Isu-Isu Semasa' di Bukit Wan, Batu Rakit, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Warga Felda Belara, Felda Chalok dan Felda Chalok Barat gembira bersama replika cek masing-masing.

Durian runtuh setimpal jasa peneroka

K

erajaan mengagihkan durian runtuh kepada warga Felda sebagai insentif yang setimpal kepada peneroka yang sudah banyak menabur jasa bagi menjana sektor perladangan di negara ini. ``Hari ini kita lihat pendapatan peneroka Felda getah ataupun kelapa sawit begitu lumayan. Saya dimaklumkan peneroka felda di sini pendapatannya lebih kurang RM2,600 sebulan seorang. ``Ini menggambarkan pendapatan mereka lumayan dan hidup selesa dengan tanah kebun, tapak rumah dan rumah hak mereka sendiri walaupun tinggal di kawasan luar bandar. Jauh lebih baik daripada mereka yang berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 yang tinggal di bandar,''

katanya ketika sidang media selepas menyampaikan durian runtuh kepada peneroka Felda, di dewan Felda Belara, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, YB Asha'ari Idris; Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Mohd Nasir Ibrahim Fikri; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, Haji Mohamad Ramli Nuh dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Wilayah Terengganu , Haji Abd Malib Abd Rani. Beliau berkata, pemberian durian runtuh itu akan dilakukan dalam tiga fasa iaitu fasa pertama berjumlah RM5,000 untuk ketua keluarga, fasa kedua sebanyak RM5,000 untuk isteri peneroka dan fasa ketiga RM5,000 kepada

generasi kedua felda yang berakhir yang berakhir 22 Mei ini. Katanya, pada peringkat pertama pengagihan, sejumlah kira-kira RM4.9 juta diserahkan kepada tiga felda, iaitu Felda Belara (RM1.04 juta), Chalok ( RM2.15 juta ) dan Chalok Barat (RM1.7 juta). ``Ini durian runtuh. Malah, tidak pernah mereka mengimpikan mendapat RM15,000 ini. Tetapi biasalah, apabila kerajaan beri RM15,000 dia (pembangkang) kata kerajaan tiada duit. Apabila mereka memerintah pula mereka kata mahu beri RM50,000... Payahlah begini. ``Inilah yang dikatakan `saudagar janji'. Hanya berjanji sahaja.. memang mudah berjanji. Saya pun boleh berjanji. Tetapi sama ada boleh buat atau tidak,'' katanya.


BIL: 60, 1-15 Mei 2012

EKONOMI

5

Buka ladang sawit untuk biayai pendidikan Oleh: Esah Abdullah

esahukom@yahoo.com

K

erajaan negeri akan membangunkan kawasan seluas 4,400 hektar bagi tanaman kelapa sawit di Merchang, Marang sebagai pelaburan jangka panjang bagi mendapatkan sumber kewangan membiayai pe-

lajar- pelajar di negeri ini. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata, projek pertama di bawah Program Ladang Kelapa Sawit Yayasan Terengganu (PLKSYT) ini akan diuruskan oleh Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri . ``Usaha ini merupakan sebahagian daripada perse-

diaan kerajaan untuk tempoh jangka panjang serta mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak dan gas yang mungkin akan habis nanti,'' katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, barubaru ini.

Katanya, kawasan ini merupakan tapak tanaman akasia tetapi ia tidak menguntungkan lalu kerajaan mengambil inisiatif menukarnya dengan tanaman kelapa sawit dan kerjakerja menanam akan dimulakan pada Oktober nanti. Menurutnya, kerajaan

menyasarkan membuka 200 hektar ladang kelapa sawit di bawah program ini dan sedang mencari kawasan sesuai untuk mencapai sasaran berkenaan dan kos tanaman dianggarkan RM15,000 bagi setiap hektar . Katanya, kerajaan akan laksanakan projek ini secara

ypu e-mall.com urusniaga dalam talian

berperingkat, iaitu antara empat hingga lima ribu hektar setahun. ``Tanaman ini akan mencapai tempoh matang selepas tiga dan jika kita ada 200 hektar keuntungan dijangka boleh mencecah sehingga RM70 juta setahun mengikut pasaran sekarang,'' katanya.

BISNES

Evolusi Seameq elaris Oleh: Suriati Ali

jadi p

aliasuriati@yahoo.com

Majlis menandatangani MoU antara YPU dengan Ads4bucks Network bagi membuka peluang usahawan muda mempromosikan produk mereka secara talian terus.

Y

ayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Ads4bucks Network, sebuah portal pengiklanan dan komuniti sosial yang mempunyai 200,000 komuniti di seluruh Asia. Ketua Pegawai Eksekutif YPUT, Haji Azmi Razik berkata, MoU itu mewujudkan usahasama syarikat itu dengan YPU dan membuka peluang usahawan muda hari ini untuk mempromosikan produk mereka secara talian terus. ``Saya meminta usahawan Bumiputera segera mendaftar dengan kita dan melalui ypu e-mall.com ini produk mereka dapat dilanggan di seluruh dunia,'' katanya kepada pemberita di majlis Program Outreach Tranformasi Bumiputera Berprestasi Tinggi di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Presiden Majlis Perundingan Ekonomi Melayu (Mapem); Yang Dipertua (YDP) Dewan Perniagaan Melalyu Malaysia (DPMM) Terengganu, Dato' Ir Tengku Ismail Tengku Jaafar; YDP DPMM Perak, Dato' Mohd Muhiyuddin Abdullah; YDP DPMM Melaka, Datuk Ramly Mohamad dan YDP DPMM Negeri Sembilan, Dato' Ahmad Yusof. Katanya, perniagaan dalam talian kini menjadi satu keperluan dengan menggunakan website atau facebook untuk disebarkan kepada orang ramai. Menurutnya, MoU ini dibuat sematamata untuk membantu usahawan muda hari ini untuk mempromosikan produk

``Terdapat 200,000 komuniti yang berdaftar dengan Ads4bucks dari seluruh dunia, akan melihat produk-produk usahawan kita yang dipaparkan sekaligus membantu mendapatan pasaran yang lebih meluas,’’ - Haji Azmi Razik, Ketua Pegawai Eksekutif YPUT. mereka secara lebih meluas dan tidak melalui orang tengah. Tambahnya, dari segi promosi dan pasaran melalui ypu e-mall ini menjimatkan masa dan tenaga kerana ia dapat dilakukan di rumah atau di mana saja tempat yang sesuai asalkan ada komputer riba. ``Terdapat 200,000 komuniti yang berdaftar dengan Ads4bucks dari seluruh dunia, akan melihat produk-produk usahawan kita yang dipaparkan sekaligus membantu mendapatan pasaran yang lebih meluas,'' katanya. Haji Azmi mengesa semua usahawan di negeri agar merebut peluang perniagaan secara maya ini yang mempunyai pengaruh besar dalam dunia siber hari ini.

M

engkomersialkan nama gelaran Semek kepada Seameq nyata membuahkan hasil kepada pengusaha keropok ikan segera berjenama Seameq, Puan Azizah Wan Hasan, 47, berikutan produk itu kian mendapat permintaan tinggi pelanggan sehingga ratusan ribu paket sebulan. Pada peringkat awal perniagaan keropok segera yang dihasilkan Syarikat Maperow Sdn Bhd (Maperow), tidak mempunyai nama atau label berbanding sekarang. Sekiranya pelanggan ingin mendapatkan produk itu, mereka hanya memberitahu mahu membeli `keropok Kak Mek' atau `keropok Semek'. Bermula daripada situ, suami yang juga Pengurus Maperow, Encik Tajul Ariffin Mohd Rashid mendapat idea melabelkan semua keropok keluaran syarikat itu dengan nama Seameq. Empat tahun dalam pasaran, keropok Seameq semakin dikenali ramai, bukan saja pelanggan tempatan malah sudah memasuki pasaran luar Terengganu, termasuk Sabah dan Sarawak. Pelbagai pendekatan digunakan Maperow untuk tujuan itu termasuk menawarkan harga istimewa atau secara pukal kepada pemborong dan mempromosi keistimewaan produk melalui laman sesawang terutama `facebook'. Apa yang dilaksanakan nyata berbaloi kerana syarikat itu kini terpaksa menghasilkah hampir 7,000 paket keropok sehari semata-mata mahu memenuhi pemintaan pelanggan. Malah, jumlah sedia ada itu akan meningkat sekali

ganda setiap kali menjelang cuti sekolah. Puan Azizah berkata, dia bagaikan tidak percaya apa yang diusahakan sekadar suka-suka dan acuh tidak acuh sewaktu ketika dulu kini berjaya memikat hati ramai pelanggan di serata negeri. Maperow yang beralamat Jalan Wan Haji Yakoob, Simpang Empat Tok Jiring, Kuala Terengganu turut bertindak sebagai pemborong; pembekal hasil laut segar dan sejuk beku; daging import; makanan mentah basah dan makanan kering. Dengan rangkaian perniagaan itu, Maperow berazam melangkah lebih jauh supaya makanan tradisi Terengganu itu terus dikenali ramai termasuk kepada mereka yang tinggal di luar negara. Pemintaan pelanggan yang semakin meningkat juga mendorong Puan Azizah untuk mencipta beberapa resipi terbaru iaitu keropok segera berperisa bawang putih dan lada hitam, nuget dan `burger' ikan, ``Kadangkala saya terpaksa menolak secara baik jika ada pelanggan yang menempah dalam kuantiti yang banyak dan menginginkannya dalam tempoh singkat. ``Kebiasaan pelanggan akan menempah lebih awal iaitu sebulan atau dua bulan lebih awal, jika mereka menjadi keropok Seameq sebagai `buah tangan' kepada tetamu yang hadir di majlis perkahwinan,'' katanya . Tiada petua istimewa yang diamalkan melainkan sentiasa bersikap jujur dengan pelanggan, niat kerana Allah sewaktu berurusniaga dan menjaga kebajikan pekerja, selain memastikan rezeki yang berkat dan diredhai Allah s.w.t.


6

BIL: 60,

1-15 Mei 2012

RENCANA Catatan Pengarang Umrah terus dari Terengganu-Jeddah menjadi kenyataan

K

erajaan Negeri Terengganu telah berjaya menangkat martabat umat Islam di negara ini, apabila penerbangan terus umrah, dari Terengganu terus ke Jeddah, Arab Saudi menjadi kenyataan pada 25 Mei baru-baru ini. Malah ia merupakan kejayaan dan realiti kepada cita-cita kerajaan negeri di bawah pimpnan Dato’ Seri Haji Ahmad Said menjadikan negeri ini sebagai hub umrah dan haji di Pantai Timur apabila seramai 450 orang jemaah berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah. Penerbangan menggunakan pesawat Airbus 350 itu telah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) kira-kira pukul 3.50 pagi bagi kumpulan pertama. Mereka ini menjadi kumpulan penumpang pertama menggunakan perkhidmatan penerbangan terus ke Jeddah, tidak perlu bersusah

payah ke Kuala Lumpur lagi. Selain menjimat masa dan kos, lebih ramai ahli keluarga dan sahabat handai dapat menghantar dan menyambut kepulangan mereka melalui pintu masuk yang dekat ini. Inilah suatu lagi bukti tentang betapa Kerajaan Barisan Nasional (BN) membuat transformasi ke arah meningkatkan martabat umat Islam di negeri Terengganu ini khususnya dan Malaysia amnya. Ia bukan omong-omong kosong seperti pihak pembangkang yang hanya berdegar-degar berbicara mengenai umat Islam, tetapi tidak mengusahakan program program untuk syiar Islam dan memartabatkan ummah, sebaliknya banyak membawa perpecahan. Penerbangan itu susulan daripada temeterainya memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan

negeri Terengganu dengan syarikat Penerbangan Saudi Arabian Airlines untuk meningkatkan pengendalian urusan umrah dan haji secara terus dari negeri ini. Malahan usaha ini juga mendapat sambutan baik daripada panel-panel ejen pengendali umrah, haji dan pelancongan termasuk Rayhar Travel, TH Travel, Zahafiz Travel, Interleisure Travel, Asari Murni Travel, Yaskin Travel dan Imtiyaz Travel. Penerbangan umrah kedua secara terus dari LTSM ke Jeddah dan Madinah dijadual pada 19 Julai depan pula. Demikianlah satu lagi kejayaan kita, kejayaan kerajaan negeri Terengganu di bawah BN dan kejayaan umat Islam dan rakyat Terengganu.

Tanaman rakyat dimusnahkan siri 6 Kroni bergaji RM15,000 sebulan . i g a l k o d IngatOrang teganu??? turut diberikan tanah

ANALISIS

Oleh: Pengarang Teganukita am_ukom@gmail.com

L

Terbitan : Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Jalan Pejabat, 20200 Kuala Terengganu. Tel: 09 - 631 3502 | 09 - 623 0582

Sidang Redaksi

agi mengenai Isu tanah yang digembar-gemburkan oleh pihak pembangkang sebenarnya terpercik ke muka mereka sendiri. Lupakah kita semua semasa mereka (pembangkang) memerintah Terengganu, orang berpendapatan sehingga setengahnya mencecah RM15,000 sebulan juga diberikan kelulusan mendapat tanah. Ini sebagaimana tersenarai Peserta-Peserta Bagi Rancangan Tanah Berkelompok Tapak Rumah (TRB) bercampur Beris Meraga, Mukim Kijal Kemaman sebagaimana yang dipersetujui Jawatankuasa Pemilih Daerah Kemaman bertarikh 30 Jun 2003. Yang bergaji RM15,000 sebulan dalam senarai itu berprofesion peguam, Jalan Jabor Kubur Kemaman. Waktu itu beliau berusia 40 tahun. Seorang lagi berjawatan Pengurus Kanan di sebuah syarikat gergasi yang beroperasi di Kemaman berpendapatan RM9,700.00 sebulan beralamat di Bukit Mentok, Kemaman. Waktu itu beliau berusia 33 tahun. Bayangkanlah betapa kronisma berlaku, sehingga sanggup meluluskan tanah kepada orang-orang kaya, sedangkan rakyat miskin yang lebih layak dinafikan hak mereka. Orang yang berpendapatan tinggi ini boleh membeli tanah, jadi dimanakah keadilan dan sifat kebajikan yang dilaung-laungkan oleh pembangkang. Apakah apabila mereka yang melakukan perkara tidak bermoral seperti ini atas dakwaan kononnya parti mereka berjuang atas nama Islam, maka boleh

berbuat sesuka hati. Begitu juga pada masa pembangkang memerintah Terengganu beberapa kawasan tanah yang diperuntukkan bagi projek rakyat dibahagikan kepada kroni-kroni mereka. Misalnya Padang Ragut Bukit Rambutan, Jabi- 43 hektar, tanah untuk projek Sekolah Menengah Jabi. Malah tanah yang pada asalnya telah diluluskan oleh kerajaan sebelumnya kepada rakyat dirampas dibahagikan kepada penyokong mereka seperti con-

PENAUNG:

YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said Menteri Besar Terengganu. YB Haji Khazan Che Mat Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

PENASIHAT: Haji Shamsuddin Sulong Pengarah Unit Komunikasi.

PENGARANG:

Ruslan Abdul Rahman Timbalan Pengarah Unit Komunikasi.

tohnya yang berlaku di Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Pangkalan Merbau, Setiu. Pada tahun 2003 juga, kerajaan negeri waktu itu merampas tanah milik 70 peserta Tanah Berkelompok Pertanian Padang Pulut di Jerangau, sedangkan mereka sudah diberikan lesen dan bertahun-tahun mengusahakan tanaman di kawasan itu. Selain itu, pihak kerajaan negeri waktu itu melantik juru ukur tanah kroni mereka dengan menswastakan kerja-kerja mengukur tanah. Rakyat yang baru dijanjikan tanah diminta membayar kos ukur tanah berkenaan, antara RM350.00 hingga RM700.00 kononnya untuk tujuan mendapat tanah, sedangkan belum pasti memperolehinya kerana selepas itu akan melalui sesi temuduga oleh jawatankuasa di peringkat kampung yang dilantik terdiri daripada kroni-kroni pimpinan kerajaan negeri ketika itu. Sedangkan dari segi dasar dan peraturan tanah, hanya Pentadbir Tanah yang berkuasa mengikut dan menjalankan pentadbiran tanah berdasarkan Kanun Tanah Negara, tetapi hak mereka dinafikan. Dan rakyat tentunya tidak pernah lupa, terutama di Panchor Berderu, Setiu di mana tanah mereka yang telah diusahakan dengan tanaman dirampas dan tanaman mereka dimusnahkan diketuai oleh orang nombor satu kerajaan negeri yang merintah sendiri waktu itu, turun padang memusnahkannya. Oleh kerana itu pembangkang janganlah terlalu sangat menuduh kepada pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno dalam hal tanah ini, kerana merekalah sebenarnya penghianat kepada rakyat dalam isu tanah ini dan tuduhan itu terpercik ke muka mereka sendiri.

PEN. PENGARANG 1: Kamaruddin Mat Akib (Media Baru).

PEN. PENGARANG 11: Aida Abd. Rahman (Akhbar Teganukita).

WARTAWAN:

JURUFOTO:

Esah Abdullah Zulkipli Putra Suriati Ali Harish Fadzillah Fauzi Mohd Hj. Mohamad Ishak (Besut) Amirullah Othman (Marang) Hazwan Rosli (Dungun) Mastura Jamaluddin (H. Terengganu) Nurul Aziella Saberi (Kemaman)


BIL: 60, 1-15 Mei 2012

RENCANA WAKAF RAKYAT Oleh: Fauzi Mohd

fauzibinmohd@yahoo.com

Agenda muzakarah sering menjadi senjata terakhir pemimpin PAS apabila berdepan dengan gelombang kebangkitan umat Islam yang saban waktu semakin jelik dan meluat dengan tingkah laku parti itu. Dan kerap kali juga apabila UMNO menyahut salam muzakarah dari PAS, watak `berbelit-belit’ Mursyidul Am parti itu, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disokong kuat beberapa pemimpin yang lain akan muncul dengan pelbagai syarat. Motifnya satu, supaya isu muzakarah yang sudah disambut oleh pemimpin UMNO akan padam begitu saja. Mesej PAS kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang lain supaya memberi lebih perhatian terhadap kehadiran parti itu dalam gabungan berkenaan. Ternampak jelas tatkala PAS melihat rakyat khususnya umat Melayu Islam semakin menyedari PAS telah hanyut dalam dakapan DAP dan PKR hingga menggadai kesucian Islam dan prinsip Islam yang selama ini gah digemburgemburkan, tidak semena-mena ketika itulah PAS akan mencetuskan idea muzakarah dengan UMNO. Segalanya dilakukan oleh PAS atas kepentingan politik kepartian dan bukannya semata-mata untuk kesejahteraan serta perpaduan ummah.

7

Memuliakan `kerjasama luar tabie’ PKR, DAP

- Ehsan

I

su muzakarah antara kepimpinan PAS dengan UMNO bukannya perkara baru, sudah beberapa kali ia timbul dan sudah acap kali ia senyap begitu saja. Panas pada peringkat permulaan kemudian sejuk berpanjangan, saling tidak ubah seperti hangat-hangat tahi ayam. Agenda muzakarah sering menjadi senjata terakhir pemimpin PAS apabila berdepan dengan gelombang kebangkitan umat Islam yang saban waktu semakin jelik dan meluat dengan tingkah laku parti itu. Dan kerap kali juga apabila UMNO menyahut salam muzakarah dari PAS, watak `berbelit-belit' Mursyidul Am parti itu, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disokong kuat beberapa pemimpin yang lain akan muncul dengan pelbagai syarat. Motifnya satu, supaya isu muzakarah yang sudah disambut oleh pemimpin UMNO akan padam begitu saja. Walhal jika parti itu benar-benar ikhlas mahu membicarakan masalah umat dan bermuzakarah mencari titik temu yang tersembunyi disebalik ketegangan, apa perlunya menetapkan pelbagai syarat? Sepatutnya cukuplah sekadar memiliki keikhlasan hati dan fikiran. Sedangkan dalam masa yang sama, pemimpin PAS termasuk Presidennya, Dato' Seri Abdul Hadi Awang kelihatan begitu taat mengikut kehendak DAP dan PKR sepanjang `kerjasama luar tabie' mereka dalam pakatan pembangkang. Tidak kedengaran satu pun syarat yang menetapkan kedua-dua rakan sekatil itu mengikut telunjuk dan kehendak PAS. Dalam soal mengejar kuasa menawan Putrajaya, PAS lebih memuliakan kerjasama dengan

PKR dan DAP. Sebaliknya, bila mahu berbincang soal bangsa dan umat, pelbagai syarat diberikan kepada UMNO. Pernah pemimpin PAS termasuk Nik Aziz membuat tapisan kepada dasar dan agenda perjuangan yang digerakkan PKR dan DAP? UMNO sejak dulu hingga kini sentiasa terbuka sebagaimana terbukti selepas Pilihan Raya Umum 2008, tanpa soal jawab UMNO pernah menerima ajakan Presiden PAS yang menganjurkan kerajaan perpaduan. Namun apa yang terjadi kemudiannya selepas kata putus hampir dicapai? Belum sampai ke garis penamat, Nik Aziz menggunakan kuasanya sebagai `orang tua' dalam PAS untuk campur tangan dengan memusing cerita dan membantah kerjasama tersebut hinggalah akhirnya UMNO pula yang dipersalahkan kononnya sengaja mahu memecahkan kerjasama mulia PAS dengan DAP dan PKR. Episod muzakarah terbaru yang hangat diperkatakan, turut mengulangi adegan sama atau setidak-tidaknya sekadar satu drama bersiri untuk menggertak rakan-rakan `sejati' PAS dalam keluarga Pakatan Rakyat. Mesej PAS kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang lain supaya memberi lebih perhatian terhadap kehadiran parti itu dalam gabungan berkenaan. Ternampak jelas tatkala PAS melihat rakyat khususnya umat Melayu Islam semakin menyedari PAS telah hanyut dalam dakapan DAP dan PKR hingga menggadai kesucian Islam dan prinsip Islam yang selama ini gah digembur-gemburkan, tidak semena-mena ketika itulah PAS akan mencetuskan idea muzakarah dengan UMNO. Segalanya dilakukan oleh PAS atas kepentingan politik kepartian dan bukannya semata-mata untuk kesejahteraan serta perpaduan ummah.


8

BIL: 60,

1-1

RENC

Oleh: Esa

esahukom

Gambar:

zulfoto20

P

kepad yang b menen Ister Hajah jaran gitu be menja yatim. “Ma kebaji yatim

Lindungi

dapat

syu


9

15 Mei 2012

CANA

ah Abdullah

m@yahoo.com

: Zulkipli Putra

008@gmail.com

P

emimpin Masyarakat, warga pendidik dan Badan Bukan Kerajaan diajak memberi kerjasama dan sokongan berterusan da usaha memajukan anak yatim berada di sekolah rendah dan ngah di negeri ini. ri Menteri Besar, To’ Puan Seri h Norliza Mahmud, berkata ganpahala daripada Allah s.w.t beesar kepada orang-orang yang aga dan melindungi anak-anak . arilah bersegera membuat ikan kepada anak-anak sebagai menyahut seruan Nabi

Muhammad s.a.w yang menjamin syurga bersama baginda terhadap orang yang menjaga dan melindungi anak-anak yatim,” katanya di majlis Sumbangan Pakaian Raya Anak-anak Yatim daerah Kuala Terengganu di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Katanya, kerajaan negeri juga tidak pernah berhenti memberi sokongan dalam pembangunan pendidikan untuk melahirkan generasi celik ilmu dan cemerlang pada masa akan datang. Beliau turut mengingatkan pelajar tahun enam yang akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi agar belajar bersungguh-sungguh dan dapat keputusan cemerlang.

i anak yatim

t ganjaran

urga

Sehubungan itu beliau turut mengucapkan selamat menyambut hari guru kepada semua warga pendidik di seluruh negeri dan terus memberi khidmat mendidik anak bangsa dengan penuh keikhlasan. “Masih belum terlambat, saya juga ingin mengucapkan selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu diluar sana, meraikan jasa dan pengorbananan seorang ibu sebenarnya tidak terhad pada sesuatu hari sahaja sebaliknya sepanjang masa selagi ibu kita masih hidup,” katanya. Selain itu, mengingatkan anakanak yang masih mempunyai ibu agar sentiasa mendengar kata dan jagalah hati ibu kerana doa seorang ibu membawa kejayaan dunia dan akhirat. Beliau berterima kasih kepada Perkaya kerana usaha murni menjaga dan melindungi anak yatim di negeri ini semoga pertu-

buhan ini terus menjadi payung dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. To’ Puan Seri Norliza kemudiannya menyampaikan pakaian raya berupa sepasang baju kurung (perempuan) dan sepasang baju Melayu (lelaki) kepada 667 pelajar dari 81 buah sekolah dalam daerah Kuala Terengganu.


10

BIL: 60,

1-15 Mei 2012

PELANCONGAN

Tema `Negeri Cantik Budaya Menarik’ yang pernah menjadi sebutan beberapa tahun lalu memang bersesuaian dan bertepatan dengan masyarakat serta keindahan alamnya.

Bayu menggamit ke

Pantai Kijal

RIADAH Oleh: Suriati Ali

aliasuriati@yahoo.com

B

andar Warisan Persisir Pantai adalah terjemahan tepat yang boleh diberi kepada ibu negeri Terengganu, Kuala Terengganu yang memiliki warisan sejarah, hasil kraf dan khazanah alam semula jadi. Negeri yang tersohor dengan keropok lekor, songket, sutera, tembaga dan spesies penyu itu mampu menjadi tempat pelancongan terkenal dunia jika produk dan alam semula jadi sekiranya dipromosi sebaik mungkin. Tema `Negeri Cantik Budaya Menarik’ yang pernah menjadi sebutan beberapa tahun lalu memang bersesuaian dan bertepatan dengan masyarakat serta keindahan alamnya. Pantai-pantai yang tidak asing di kalangan pelancong tempatan seperti Pantai Batu Burok, Pantai Marang dan Pantai Teluk Ketapang menjadi medan penganjuran pelbagai kejohanan sukan air. Malah, Pantai Kijal, Kemaman juga tidak asing bagi pengunjung tempatan dan pelancong asing dari pelbagai negara, termasuk Singapura, Thailand dan Vietnam. Pantai Kijal menjadi destinasi pilihan pelancong asing yang mengambil peluang singgah bagi menghirup bayu segar, merasai pasir pantai yang memutih dan mendengar deruan ombak.

DESAKU Oleh: Esah Abdullah

esahukom@yahoo.com

F

Fikri - tersirat seribu makna

iksyen, inovatif, kreatif, rasional dan integriti (Fikri) tercipta sebuah nama yang tersirat seribu makna, lambang sikap positif dalam kehidupan lebih 1,938 orang penduduk ilham mantan Menteri Besar Terengganu, Allahyarham Ibrahim Fikri. Pembinaan projek Perumahan Kos Rendah itu dimulakan pada tahun 1979. Bermula 1990 sudah empat orang pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) datang dan pergi iaitu Encik Mohamad Jusoh (1988–1992) Tuan Haji Ariffin Dolah (1993 - 2005) Encik Mazlan Ali (2006 - 2008) dan Encik Mohamad Ali (2009–Sekarang). Menurut Encik Mohamad (gambar), beberapa kejayaan telah diraih kampung berkenaan Mendapat tempat ketiga Pertandingan Kebersihan dan Keindahan Kampung (1992), tempat pertama Pertandingan Kebersihan dan Keindahan Kampung (1994) dan tempat keempat Pertandingan COMBI Peringkat Kebangsaan (2011). ``Kesepakatan dan semangat kerjasama yang terjalin memudahkan perlaksanaan aktiviti untuk masyarakat

kampung,'' katanya. Lokasinya yang terletak dalam Parlimen Kemaman dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai, JKKK Kampung Fikri 1, mempunyai hubungan rapat dengan wakil rakyatnya iaitu Dato' Mohamad Awang Tera yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri. Setiap program mendapat sokongan erat daripada komuniti kampung termasuk Kawasan Rukun Tetangga serta Belia Sri Amar, UMNO Cawangan Sri Amar. Penduduk berbilang bangsa dan keturunan termasuk Melayu (432 keluarga), Cina (20 keluarga), India (4 keluarga) dan bangsa asing (4 keluarga) mengamalkan sikap ambil cakna mrupakan agenda utama perpaduan. ``Saya sentiasa ingatkan kepada mereka agar sentiasa bersyukur dengan nikmat keamanan dan pembangunan yang disediakan kerajaan Barisan Nasional dan jangan sekali-kali menggigit tangan yang menyuap nasi ke mulut kita,'' tegasnya.

Masyarakat tempatan pasti pelik melihat sekumpulan warga asing sanggup berjemur walaupun ketika itu panas terik, tetapi tidak bagi golongan itu kerana mereka gemar suasana itu. Mereka akan memanfaat sepenuhnya masa yang ada jika berpeluang menjejak kaki di pantai, kerana mungkin sukar berbuat demikian di negara sendiri. Pantai Kijal yang terletak bersebelah dengan Awana Kijal, Golf, Beach dan Spa Resort memudahkan lagi pelancong luar Terenggganu dan pelancong asing bertandang ke pantai itu sama ada bersama keluarga atau bersendirian. Bagi mereka yang minat dengan aktiviti memancing, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) ada menyediakan jeti khas dan benteng semata-mata mahu memenuhi kepuasan pengunjung. Kemudahan lain seperti pondok rehat, laluan berjalan kaki, surau, tandas dan gerai makan turut disediakan. Yang Dipertua MPK, Haji Mustafar Khalid berkata, pihaknya sentiasa prihatin dengan kehendak pengunjung yang pastinya mahukan yang terbaik setiap kali singgah di kawasan pelancongan. “Pihak kami bukan saja bertanggungjawab menyediakan kemudahan malah memastikan kebersihan di pantai kijal sentiasa dalam keadaan baik dan bersih. “Orang ramai dingatkan supaya jangan mencuba aktiviti yang dilarang dan merbabaya, termasuk mandi, menyelam mencari hidupan laut dan sebagainya,” katanya.


11

BIL: 60, 1-15 Mei 2012

AGAMA

Jangan leka dengan muslihat musuh

S

alam silaturahim dan salam perjuangan. Semoga Allah Yang Maha Berkuasa Lagi Maha Gagah Perkasa menjadikan kita hambaNya yang sentiasa bersemangat berjuang dan berjihad untuk membangunkan negara, mengekalkan keamananan dan memartabatkan bangsa demi masa depan yang gemilang. Selawat dan salam ke pangkuan nabi akhir zaman Nabi Muhammad s.a.w seterusnya kepada ahli keluarga Baginda dan para sahabatnya r.a. “Lening, berasa deras sungguh masa berjalan. Kadang- kadang dok dang buat apa-apa. Malam doh heh!” Begitulah realiti hidup kita hari ini. Bagaimana hari-hari yang mendatang? Allah sahaja yang Maha Tahu. Namun, kita semua dapat merasakan betapa sehari ke sehari. Seminggu ke seminggu dan sebulan ke sebulan terlalu cepat masa berjalan. Kata orang, pejam celik, pejam celik, siang sudah pun bertukar malam. Malam berganti siang. Demikianlah ketentuan Allah s.w.t. Inilah hakikat yang akan ditempuhi oleh generasi akan datang sebelum tibanya hari kehancuran alam. Bahkan semakin tepat dan lebih pantas lagi. Memang kita tidak dapat menahan kepantasan perjalanan masa. Namun, apa yang lebih penting ialah kita mempersiapkan diri dengan bekalan dan persiapan sebelum kiamat kecil dan besar. Baginda bersabda “Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah masa disingkatkan. Singkatnya masa berlalu, dirasakan setahun seperti sebulan, sebulan seperti seminggu. Singkatnya masa berlalu, dirasakan seminggu seperti sehari dan sehari seperti sejam. Begitulah singkatnya masa dirasakan satu jam seperti satu percikan api sahaja”.

Hari ini, di sebalik kepesatan pembangunan dan pencapaian teknologi, apa yang digambarkan oleh Junjungan kita Rasulullah s.a.w sedikit sebanyak sudahpun kita merasainya. Namun, tidak semua orang ambil kisah. Kerana umat akhir zaman begitu sibuk dengan berbagai agenda dan pencapaian. Kecuali mereka yang benar-benar beriman dan beramal soleh. Mereka tidak akan hanyut dan tenggelam dalam lautan kesibukan. Mereka berfikir, bekerja dan membanting tulang untuk mencapai apa yang dihasratkan. Tetapi pada masa yang sama mereka

juga mengabdikan diri kepada Allah. Mereka menghayati peringatan Ilahi dan Nabi. Dari Allah mereka datang dan kepada Allah mereka kembali. Mereka sedar bahawa hidup di dunia ini hanya sementara. Pangkat dan jawatan cuma titipan Allah. Harta kekayaan adalah ujian dan mehnah. Sampai masa dan ketikanya, semua itu tidak berguna lagi kecuali mereka yang datang menghadap Allah dengan hati yang penuh keimanan berbekalkan amalan ibadat yang makbul. Dalam kesempatan ini, kita cuba menyentuh sekelumit agenda Yahudi Zionis sebagaimana yang digambarkan kepada Rasulullah s.a.w yang memanggil dan menyeru Baginda dalam perjalanan Isra’ dari Kota Mekah ke Masjidil Aqsa. Seruan itu bersuara : “ Tunggu aku Wahai Muhammad! Namun dengan bimbingan Malaikat Jibrael, Baginda tidak menghiraukannya. Baginda meneruskan perjalanannya. Jibrael menyatakan sekiranya Baginda menyapa, nescaya ramai di kalangan umat Baginda yang akan mengikut telunjuk Yahudi. Namun sejarah membuktikan betapa ramai sejak dahulu hingga sekarang orang-orang Yahudi tidak pernah kecewa dan berputus asa untuk memusnahkan umat Islam dari muka bumi ini. Berpegang kepada falfasah `Either Everyhing or Nothing’, mereka tetap berusaha sama ada menguasai semua yang ada atau menghancurkannya. Tanpa sikap bertolak ansur, mereka menggunakan pelbagai dasar luar yang dirangka untuk memberi tekanan ke atas negara lain, terutama negara Islam supaya mengikut telunjuk mereka. Kerana itu, protokol tokoh Zionis yang dicetuskan dalam Mesyuarat Para Cendikiawan Zionis pada 1896

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”. H.R Termizi

di Basle, Switzealand telah menjadi solusi atau agenda terpenting bangsa Yahudi untuk menguasai dunia secara keseluruhanya atas nama Protokol Yahudi. Sebanyak 24 protokol utama disusun dan digariskan bagi menjahanamkan semua agama, bangsa dan negara selain negara mereka. Antara lain mereka akan terus menganjurkan siri keganasan , kekacauan, kekejaman dan kekuasaan atas apa nama sekali pun demi mencapai matlamat mereka. Kerana itu, kita perlu sedar betapa berbagai cubaan untuk menggugat keamanan negara kita bukan suatu ruang berlaku begitu sahaja, tetapi di sana ada tangantangan yang merancang secara licik dan rahsia. Lihatlah nasib malang beberapa buah negara negara Islam selepas beberapa siri pemberontakan berlaku, sehingga memusnahkan negara-negara berkenaan. Di Barat mahu pun Timur, di Benua Eropah, Afrika dan Asia. Mereka akan bergerak dan terus bergerak dengan pelbagai strategi. Persoalannya kenapa dan mengapa hanya berlaku di negara-negara Islam? Kenapa tidak di negara-negara lain, apakah negara lain tidak ada masalah atau sebenarnya agenda keji daripada musuh-musuh Islam. Sama ada kita mengaku atau tidak, sesungguhnya negara kita Malaysia adalah salah sebuah negara Islam yang amat dicemburi kejayaannya oleh Zionis. Kerana perpaduan, pembangunan, kemajuan yang dicapai bahkan perkembangan Islam yang hebat menjadikan negara kita disebut-sebut sebagai sebuah negara Islam contoh. Jesturu, sejak sebelum merdeka sehingga ke hari ini berbagai ancaman, tentangan dan fenomena keji tercetus. Kononnya atas dasar kebebasan bersuara dan kebebasan individu mereka cuba memperjuangkan fahaman liberalisme dan pluralisme, budaya hidup happis, black mental, LGBT, budaya hidup bebas, samseng dan berbagai-bagai lagi. Kerana itu, dalam mendepani semua itu kita mesti bersatu padu, kita mesti bermuafakat dan tidak pernah leka dengan tipu daya serta muslihat musuh-musuh kita. Tidaklah Rasullah s.a.w mengingatkan bahawa hendaklah kalian bersatu padu kerana sesungguhnya pertolongan Allah akan dikurniakan kepada umat Islam yang bersatu padu. Dalam hal ini juga, Allah mengingatkan kita di dalam surah Al –Imran ayat 105 yang bermaksud ``Dan jangan kamu menjadi seperti orang yang telah berpecah-pecah dan berselisih (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas dan nyata. Mereka yang bersikap demikian, akan beroleh azab yang berat’’.

MIMBAR Sumber : JAKIM


12

BIL: 60,

1-15 Mei 2012

RENCANA

Kayuhan energetik Fatehah IKON

Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

F

atehah Mustapa, atlet kelahiran Kampung Langgar, Hulu Terengganu cukup dikenali ramai lantaran keupayaan menempatkan diri selaku pelumba wanita pertama Malaysia dan atlet wanita pertama Terengganu ke sukan Olimpik London yang bakal berlangsung Julai ini. Dengan nada optimis, atlet yang baru menginjak usia 23 tahun tanggal 12 Mac lalu, nekad mahu

menggalas cabaran negara untuk merangkul kedudukan terbaik dalam acara trek berbasikal di temasya terulung dunia itu. ``Saya mahu menang dulu di peringkat awal, seterusnya menempatkan diri ke pusingan akhir. Selepas itu mudahlah untuk memburu kemenanngan..Apa-apapun, saya nekad untuk melakukan yang terbaik walaupun persaingannya hebat dan seboleh-bolehnya mahu muncul atlet wanita pertama membawa pulang

YPKT perkasa pendidikan `dari rebung’

emas untuk negara. ``Di London nanti saya terpaksa bersaing dengan pelumba handalan dunia, antaranya jaguh Britain yang juga idola saya, Victoria Pedleton, yang sebelum ini banyak menjuarai perlumbaan besar dunia,'' katanya kepada Teganukita, baru-baru ini. Selaku pelumba kedua terbaik Asia di belakang pelumba China, Guo Shuang, reputasi anak ke keenam daripada lapan beradik itu semakin membuka mata semua dan menjadi bualan ramai, apatah lagi menjadi atlet negara yang terawal menempah nama ke slot Olimpik London. Nama atlet wanita yang berjaya menerobos dominasi kaum lelaki dalam sukan lasak itu terus popular selepas meraih kejayaan demi kejayaan. Malah impak paling dirasai apabila merangkul pingat emas pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) di Kuala Lumpur Februari lalu. Beliau merupakan peserta wanita pertama negara yang memenangi pingat emas sejak ACC diperkenalkan pada 1963 sekaligus menjadi tiket melayakkan pelumba elit negara untuk beradu di

Olimpik London 2012. Beliau yang menerima latihan secara intensif dan padu di bawah bimbingan John Beansley yang kini berpangkalan di Melbourne, Australia pernah dinobatkan Olahragawati Terbaik Sukan Malaysia (Sukma) Kedah 2006, Olahragawati Terengganu 2007 dan 2010 serta Atlet Wanita Terbaik Karnival Krismas Australia 2008. ``Sukma Kedah antara platform yang melonjak pembabitan saya dalam acara kegemaran saya ini. Di kejohanan itu, saya meraih enam emas sekaligus menobatkan saya selaku atlet wanita terbaik Sukma berkenaan. ``Sebelum Sukma Kedah, saya berpeluang mewakili Terengganu di Sukma Negeri Sembilan 2004 dan penyertaan pertama itu menghasilkan sebutir pingat emas dan perak pada acara lebuh raya,'' katanya. Kayuhan energetik pemegang rekod kebangsaan menerusi acara 200 meter pecut dengan catatan masa 11.866 saat dan 500 meter ujian masa (35.989 saat) itu turut mengetuai kejayaan skuad berbasikal trek negara membolot tujuh pingat emas, tiga perak dan satu gangsa di Sukan Sea Indonesia ke- 26 tahun lalu.

JABATAN & ANDA Oleh: Fauzi Mohd

fauzibinmohd@yahoo.com

T

erengganu menjadi negeri contoh kerana kejayaannya menggerakkan program perkembangan awal kanak-kanak yang meliputi perkhidmatan pengasuhan, pendidikan serta penjagaan bayi dan kanak-kanak menerusi 43 buah Taska yang diwujudkan di seluruh negeri. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan berkualiti, aktiviti Taska dirancang bagi memenuhi perkembangan secara menyeluruh merangkumi aspek fizikal, bahasa, kognitif serta sosio emosi. Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Encik Mohd Safaruddin Mus-

taffa berkata, konsep bermain sambil belajar yang diterapkan dalam aktiviti Taska membolehkan kanak-kanak meneroka pengalaman baru mengikut kebolehan, minat dan kesediaan mereka. Pada masa ini katanya, pengoperasian Taska di seluruh negeri itu merangkumi lapan buah di Parlimen Besut, Setiu (5), Hulu Terengganu (3), Kuala Nerus (4), Kuala Terengganu (6), Marang (3), Dungun (10) dan Kemaman (5). “Taska YPKT menggunakan kurikulum dan garis panduan bersepadu yang dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat serta perananya dimantapkan dengan penerapan Program Permata Negara,” katanya kepada Teganukita baru-baru ini.

Malah, ratu basikal trek negara berpewatakan penuh tenaga dan berani yang mula serius dengan acara berbasikal sebaik memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil pada 2000 itu turut merangkul tiga emas menerusi acara 500 meter ujian masa individu, pecut dan pecut berpasukan ketika bergandingan dengan Ju Pha Som Net. Pun begitu, Fatehah yang menduduki tempat kelima Kejohanan Dunia di Belanda Mac tahun lalu sepatutnya boleh menambah satu lagi koleksi emas, namun kekangan tayar pancit ketika beraksi dalam acara Scratch menutup peluang itu. Menyingkap sisi berbeza, tidak banyak kenangan perihal basikal yang boleh dikongsi, melainkan peristiwa beliau mengayuh kenderaan dua roda itu untuk pergi ke sekolah bersama rakanrakan setiap hari. ``Masa zaman sekolah, saya sebenarnya terlebih dahulu aktif dalam sukan badminton, acara balapan dan trek, bola baling dan bola jaring. Sukan basikal hanya muncul sebaik melangkah ke sekolah menengah,'' kata bekas murid Sekolah Kebangsaan Kampung Langgar, Kuala Berang itu. Menyedari, dunia sukan bukan selama-lamanya mampu ditawan, Fatehah akur yang

dia harus memilih bidang lain yang lebih terjamin apabila tiba usia persaraan nanti. Malah, atlet yang menanam hasrat meneruskan pengajian peringkat sarjana muda dalam bidang perniagaan itu menjadi penerima ketiga biasiswa Yayasan Sime Darby bernilai RM400,000 bagi merealisasikan hasratnya menyambung pengajian di Universiti Victoria, Melbourne bermula September depan. Beliau merupakan pelumba basikal kedua negara yang menerima biasiswa selepas pelumba yang menerima jolokan `The Rocket Pocketman', Azizulhasni Awang dianugerahkan biasiswa serupa bernilai RM456,000 untuk menyambung pelajaran di Melbourne dalam bidang Pengurusan Sains Sukan. ``Saya pastinya tidak akan melepaskan peluang menikmati nasi dagang apabila pulang ke kampung halaman, khususnya yang disediakan ibu saya sendiri. Setakat ini rasanya tiada hidangan lain di dunia yang setanding dengan air tangan ibu,'' tutur atlet yang gemar mendengar muzik dan mengumpul ramai rakan dari serata dunia, selain memiliki lebih 4,400 rakan menerusi akaun facebook peribadinya.

Tambah Encik Mohd. Safaruddin, tempoh pengasuhan lima hari seminggu antara pukul 8 pagi hingga 5 petang itu turut membantu golongan ibu bapa yang bekerja dan berpendapatan rendah menguruskan penjagaan bayi serta anak-anak mereka. Katanya, yuran bulanan sebanyak RM200 dikenakan untuk penjagaan kanak-kanak bawah satu tahun, berumur satu hingga empat tahun (RM180) dan berumur lima hingga sembilan tahun (RM150). Bagi meningkatkan kemahiran dan kualiti para pengasuh dan guru di Taska YPKT ujarnya, pelbagai kursus dan bengkel dianjurkan bagi meningkatkan keberkesanan program di pusat asuhan itu. Antara program yang disertai termasuklah Kursus Pendidik Permata, Bengkel Bermain Bersama Kanak-

Kanak, Bengkel Ciptaan Kreatif Kanak-Kanak, Bengkel Pemakanan dan Hidangan Kanak-Kanak dan Bengkel Seni Persembahan Kanak-Kanak. “Turut dianjurkan bengkel penguasaan Bahasa Inggeris dan literasi awal kanak-kanak selain lawatan kerja guru-guru taska,” jelas beliau. Selain itu katanya, program Hafazan Muqaddam yang menjadi permulaan kepada pembelajaran al-Quran turut diberi penekanan di Taska YPKT. Tahun lalu kata Encik Mohd. Safaruddin, seramai 1,012 kanak-kanak di Taska YPKT berjaya menghafaz 23 surah muqaddam. “Ia langkah awal untuk kefahaman mengenai aplikasi al-Quran sebagai sumber ilmu dalam pelbagai bidang seperti Sains, Biologi, Biotani, Fizik, Matematik atau Sains Kemanusiaan,” ujarnya.


BIL: 60,

13

1-15 Mei 2012

AM

Program Jejak Inovasi iktiraf inovator terbaik Oleh: Esah Abdullah

esahukom@yahoo.com

P

rogram Jejak Inovasi Ke Akar Umbi Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) berjaya mengenal pasti 40 inovasi yang dihasilkan di seluruh negeri Terengganu. Pengurus Kanan Komunikasi Korporat dan Perhubungan Kerajaan YIM, Puan Sharmila Mohamed Salleh, berkata antara inovasi yang ditemui ialah sistem ternakan ketam kulit lembut (Kampung Mengabang Bakong), pembuatan bot tradisional inovatif (Kg

Pulau Duyong), inovasi keropok lekor B.T.B 2209 (Bukit Tok Beng), inovasi tepung ubi gadung (Kampung Bukit Wan) dan pengeluaran makanan hidup untuk akuakultur (Mengabang Telipot). ``YIM akan mengiktirafkan lima inovator terbaik dan hasil inovasi yang berpotensi untuk dikomersilkan akan di beri bimbingan serta dimasukkan kedalam Program Laluan Laju,'' katanya dalam program jejak inovasi di Kampung Bukit Wan, Batu Rakit, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Katanya, YIM akan membuat

kajian dari pelbagai sudut termasuk dari segi komersial, pulangan kepada pengusaha serta peluang pasaran jangka panjang. Menurutnya, YIM merupakan sebuah sebuah agensi di bawah MOSTI yang menyasarkan untuk merekodkan 300 buah produk inovasi akar umbi menerusi program Jejak Inovasi di 15 lokasi di seluruh Negara pada tahun ini. ``Tahun ini, Jejak Inovasi telah bermula di Temerloh, Pahang pada (3-5 Mac), di Kelantan (13–15 April) dan Terengganu (28-30 April),'' katanya.

Peserta Program Jejak Inovasi melihat cara-cara memproses ubi gadong di Kampung Bukit Wan, Batu Rakit, Kuala Terengganu.

Terima kasih UMNO, BN : Peneroka Felda

S

eorang peneroka dari Felda Belara, Kuala Terengganu, Encik Mohd Zin Embong, berkata pemberian RM5,000 kepada setiap peneroka itu diharap dapat digunakan sebaik yang mungkin dan alternatif terbaik termasuk membelanjakan wang agihan itu untuk menampung perbelanjaan ke Tanah Suci Mekah. ``Terima kasih Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak, seluruh pemimpin Umno dan Barisan Nasional kerana peranan mereka membolehkan kita menjadi peneroka dalam Felda serta menikmati pelbagai kemudahan serta bantuan yang disalurkan sepertimana hari ini, pengagihan durian runtuh. ``Saya berharap pembangkang, tidak payah masuk ke dalam Felda dan mengganggu-gugat kehidupan peneroka Felda. Suatu masa dulu dia pernah kata kerajaan tipu rakyat. Bagaimanapun, apabila kita sudah senang, mereka datang pula ke Felda dan menghasut peneroka supaya mengikut mereka. Itu tidak betul,'' katanya. Encik Mohd Zin merupakan antara 7,469 peneroka seluruh Terengganu yang menikmati durian runtuh yang diagihkan menerusi

tiga fasa dengan jumlah RM5,000 setiap pengagihan yang berakhir 22 Mei ini. Beliau yang sudah lebih 30 tahun meneroka di tanah rancangan Felda Belara menerima durian runtuh itu daripada Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, sempena Majlis Perjumpaan Menteri Besar Bersama Warga Felda di Felda Belara, Kuala Terengganu, barubaru ini. Seorang lagi peneroka yang juga generasi kedua Felda , Encik Nor Dollah, berkata ganjaran durian runtuh kepada peneroka, isteri dan generasi kedua berjumlah RM15,000 yang bakal diagihkan secara berperingkat itu memberi kejutan dan keceriaan kepada seluruh warga peneroka. Katanya, ganjaran itu merupakan nikmat pembangunan negara hasil percaturan dan kebijaksanaan kerajaan hari ini yang memberi banyak keuntungan kepada rakyat termasuk warga Felda di seluruh negara. ``Saya tidak jangka kerajaan akan mengumumkan durian runtuh ini kepada peneroka dan terima kasih kepada semua pemimpin yang bertanggungjawab merealisasikan perkara ini,'' katanya.

Peneroka Felda Belara dengan cara tersendiri untuk berterima kasih kepada pimpinan kerajaan Barisan Nasional yang bertanggungjawab memberi durian runtuh kepada peneroka.

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sempat berbual dengan Dato’ Seri Haji Ahmad Said ditemani Dato’ Haji Mazlan Ngah selepas majlis berkenaan di Dewan Besar Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Penjawat awam usah ‘sabotaj’ kerajaan : MB

K

erajaan negeri mengingatkan semua penjawat awam agar tidak menjadi `pengkhianat' kepada kerajaan serta mensabotaj usaha membangunkan kemudahan untuk rakyat negeri ini. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata, kerajaan melantik mereka ke jawatan masing-masing dengan lafaz ikrar menjaga rahsia kerajaan serta bersedia memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai. ``Saya tahu ada yang telah sabotaj kerajaan serta sanggup membocorkan maklumat kepada pihak luar (pembangkang). ``Bukan saya tidak tahu siapa yang buat, semua data peribadi ada dalam komputer saya seperti nama tempat tinggal dan pekerjaan malah bacaan sikap putih, kelabu, atas pagar dan hitam,'' katanya di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-

Penjawat awam merupakan golongan bertuah yang diberi pelbagai keistimewaan.

baru ini. Menteri Besar berkata, beliau tidak mengambil sebarang tindakan bukan bererti takut tetapi atas dasar bertolak ansur serta memberi peluang secukupnya, malah tidak menolak akan bertindak apabila tiba waktu sesuai. Katanya, penjawat awam merupakan golongan bertuah yang mendapat pelbagai keistimewaan pinjaman perumahan hingga tiga empat ratus ribu, gaji tetap setiap bulan dan peluang kenaikan pangkat serta tempoh perkhidmatan

hingga usia 60 tahun. ``Berbeza dengan orang politik, jangka hayatnya dikira lima tahun sekali, jika bernasib baik terpilih lagi, manakala kelayakan membuat pinjaman juga sekitar RM150,000 saja kerana tempoh bekerja pendek,'' katanya. Dato' Seri Haji Ahmad meminta penjawat awam yang lama berkhidmat menggunakan pengalaman yang ada untuk meningkatkan tahap perkhidmatan kepada masyarakat serta menjadi teladan kepada pekerja baru.


14

AM

Klinik untuk penduduk Pulau Perhentian

DR A RAHMAN

K

erajaan akan membuka sebuah klinik kesihatan berharga RM25 juta di pusat peranginan Pulau Perhentian bagi memberi perkhidmatan kepada penduduk di pulau itu selain untuk kemudahan pelancong. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar, berkata pembinaan klinik berkenaan sedang diberi keutamaan oleh kerajaan negeri dalam usaha meningkatkan lagi tahap kesihatan penduduk. ``Saya berharap projek pembinaan klinik berharga RM25 juta itu dapat dilaksanakan segera oleh kerajaan bagi memberi perkhidmatan kesihatan lebih selesa dan terbaik kepada penduduk pulau itu,'' katanya. Dr A Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut berkata,ketika ini pulau itu hanya mempunyai klinik desa yang sudah lama beroperasi manakala jumlah kakitangan pula amat terhad berbanding jumlah sebenar penduduk pulau itu. ``Ketika ini dianggarkan antara 30 hingga 40 orang penduduk datang ke klinik desa terbabit untuk mendapatkan rawatan,'' katanya . Beliau berkata, bagi tujuan itu seluas 1,437 hektar tanah telah diluluskan pada Rancangan Malaysia Ke- 9 (RMK9) dan proses pengambilan tanah telah selesai dan sudah diberikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. Katanya, Kerajaan Pusat sudah menjelaskan bayaran RM420,312 kepada penduduk yang terbabit dengan pengambilan balik tanah terbabit.

BIL: 60,

1-15 Mei 2012

Penjawat awam terima APC, tunai haji Oleh: Esah Abdullah

esahukom@yahoo.com

S

eramai 50 penjawat awam pelbagai peringkat menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat Negeri Terengganu 2012 yang disampaikan Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, barubaru ini. Kesemua penerima anugerah ini merupakan `insan bertuah' kerana akan dibawa menunaikan haji ke Tanah Suci Mekah beserta wang tunai RM5,000. Kerajaan Terengganu merupakan satu-satunya negeri di negara ini yang memberi anugerah tunai haji dan umrah kepada penjawat awam yang cemerlang termasuk imam, bilal dan ketua kampung yang dinilai setiap tahun. Pemergian mereka ke tanah suci itu menerusi penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke Jeddah yang dilak-

sanakan kerajaan untuk tahun ketiga berturut-turut dan tahun ini menerusi syarikat penerbangan Saudi Arabian Airlines. Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Haji Mohd Rozali Salleh,56, yang bertugas selama 32 tahun sebagai penjawat awam telah mengepalai penerima APC. ``Anugerah ini sangat bererti kepada penjawat awam sebagai penghargaan dan tanda keyakinan kerajaan kepada mereka dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat,'' katanya. Menurutnya, inilah kerajaan untuk rakyat yang sentiasa memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada siapa saja yang menunjukan prestasi baik. Katanya, amalan ini amat sesuai dengan dasar kerajaan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan serta Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Bagi Timbalan Rektor TATiUC, Haji

Dua penerima APC, Haji Mohd Rozali (kiri) dan Haji Zulkifli.

Zulkifli Mohamad, 56, pencapaian sesuatu matlamat itu memerlukan kerja berpasukan hasil gabungan ketua jabatan hingga kepada pembantu pejabat dan ini bertepatan bila anugerah diberikan kepada semua penjawat awam daripada Gred R4 (pemandu) hingga Gred Utama `C'. ``Pendekatan diambil kerajaan negeri begitu unit kerana dengan memberi anugerah menunaikan

Bantuan RM15,600 untuk Iman dan Amal

I

man Adam Raman, 9, yang terlantar lumpuh di rumahnya di Kampung Kebor Besar, Manir menerima bantuan sebanyak RM15,600 daripada kerajaan negeri menerusi

peruntukan Tabung Penyakit Kronik. ``Saya bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri serta Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said yang

sebelum ini pernah menziarahi keluarga kami,'' kata bapanya, Raman Abdullah, 59. Raman yang bertugas sebagai Renjer Hutan menerima cek bantuan itu daripada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian negeri, Dato' Abdul Rahin Mohd. Said (gambar) di rumahnya baru-baru ini. Anak bongsunya itu lumpuh setelah dirempuh motosikal pada Mei tahun lalu sewaktu melintas jalan menuju sebuah kedai di Kampung Kubang Jela, Manir. Dato' Abdul Rahin turut menyampaikan bantuan berjumlah RM15,600 daripada tabung yang sama kepada Marzuki Mustafa, 43, bapa kepada Amal Haris, 7, yang terlantar di rumahnya di kampung yang sama akibat lemas semasa dilahirkan. Sementara itu, Dato' Abdul Rahin meminta masyarakat agar melaporkan kes-kes penyakit kronik yang begitu mendesak kepada kerajaan negeri agar pesakit dapat dibantu melalui tabung berkenaan. ``Kepada mereka yang tergolong dalam kumpulan yang wajar mendapat bantuan, jangan biar lama sehingga ke tahap yang boleh mengancam nyawa,'' katanya.

Tiada paksaan jadi peneroka Felda

P

ara peneroka yang merasakan diri mereka menjadi mangsa penipuan pihak kerajaan dan Felda dinasihatkan segera meninggalkan tanah rancangan tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Dato' Rosol Wahid (gambar) berkata, tiada gunanya golongan itu tinggal di tanah rancangan Felda jika merasakan kehidupan mereka tidak pernah berubah dan terus dihimpit kesusahan.

``Tidak ada paksaan untuk golongan peneroka tinggal di tanah rancangan ini jika merasakan diri mereka ditipu dan tertindas. Mereka boleh membuat pilihan untuk keluar dari Felda. ``Tindakan itu lebih baik daripada sanggup menjadi duri dalam daging dan bersubahat dengan pihak tertentu untuk mengkhianati kerajaan dalam memajukan tanah rancangan Felda,'' katanya.

fardu haji dan umrah kepada individu ini dapat mendekatkan lagi seseorang itu kepada konsep kesyukuran,'' katanya. Tambahnya, pemberian ini tidak terhenti setakat itu saja malah ia memberi dorongan dan semangat serta inspirasi kepada yang terbabit untuk bekerja lebih baik sekali gus menjadi satu ibadat bagi umat Islam.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Durian Runtuh kepada para peneroka Felda oleh Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said di Felda Jerangau Barat, Hulu Terengganu, barubaru ini. Pada majlis itu, peneroka Felda Jerangau Barat menerima durian runtuh berjumlah RM1.83 juta, Felda Mengkawang (RM1.64 juta), Felda Tersat (RM925,000) dan Felda Bukit Bading (RM2.92 juta). Sementara seramai 101 peneroka Felda Jerangau Barat menerima suratan hak milik tanah iaitu kira-

kira empat hektar tanah ladang dan sehektar tanah tapak rumah. Beliau juga mencabar peneroka yang berasa sangsi atau curiga mengenai usaha kerajaan menyenaraikan saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia supaya tidak menerima tawaran membeli saham tersebut. ``Jangan sewenang-wenangnya tuduh kerajaan pengkhianat. Tidak munasabah Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Kedua) yang bergolok bergadai untuk bangunkan Felda, ada pihak tuduh anak beliau (Dato' Sri Mohd Najib) mahu merosakkan Felda. ``Orang yang berkata demikian barangkali mempunyai masalah pemikiran yang perlu dirawat.'' katanya sinis.


BIL: 60,

15

1-15 Mei 2012

Penduduk jangan salah pilih 'tok wakil' Wakaf Mempelam

FOKUS KHAS Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

U

saha memastikan seluruh penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam yang memiliki pelbagai latar kehidupan bebas dari kemiskinan dan tidak tercicir dalam arus pembangunan dilaksanakan secara intensif dan padu oleh Pegawai Pembangunan DUN, Haji Wan Mahyuddin Wan Ngah. ``Penduduk Wakaf Mempelam masih ramai yang susah dan memerlukan perhatian termasuk mereka yang uzur dan menghidap penyakit kronik. Mereka perlu dibantu dengan apa cara sekalipun. “Kalau mengharapkan `tok wakil' (Haji Abdul Wahid Endut) yang dipilih penduduk sendiri, maka semakin melaratlah hidup penduduk yang sedia susah itu. Sebab tok wakil Pas itu hanya muncul di majlis keraian yang ramai orang, bukan ke rumah penduduk yang susah dan sedang sakit, waima puak dia sendiri,'' katanya kepada Teganukita, baru-baru ini. Haji Wan Mahyuddin menegaskan, walaupun majoriti daripada pengundi di DUN itu sudah membuat kesilapan ketika Pilihan Raya Umum (PRU) sejak 33 tahun lalu dengan memilih Pas yang terang-terang gagal membela nasib mereka, kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan penduduk yang sudah tersilap percaturan itu. Katanya, sebagai pemimpin yang dipilih sebagai wakil dan medium kepada kerajaan negeri, beliau yang dibantu 31 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta 34 Ketua Cawangan dalam DUN itu nekad dan ikhlas membantu tanpa mengira status penduduk serta mereka di kalangan penyokong pembangkang. ``Saya tetap juga meneruskan rutin memasuki kawasan yang dikatakan `hitam' (kawasan kubu kuat Pas) demi memastikan bantuan tiba dan mereka yang memerlukan benar-benar menikmati bantuan itu tanpa ianya dipolitikkan. ``Kadangkala saya tidak terlepas daripada menerima cemuhan walaupun niat saya ikhlas membantu. Mungkin mereka (puak Pas) berhati batu dan `keras keng' sehingga kita datang membantu pun mereka ini menganggap kita seperti `membawa bom' ke kawasan mereka pula,'' katanya. Katanya, puak yang dikatakan tegar itu sebahagian besar kini secara beransur-ansur sudah mula membuka mata, hanya berdiam diri dan mungkin api kebencian terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tertanam dalam jiwa mereka kian terhakis melihat nikmat dan bantuan yang disediakan kerajaan BN dari dulu sehingga kini. Beliau berkata, angin perubahan yang mula menyerap di kawasan DUN itu sejak beberapa tahun lalu, termasuk kesedaran orang muda terhadap parti Umno dan BN dalam memperjuangkan nasib bangsa, agama dan negara

AM

Konsep `turun padang’ yang diamalkan pemimpin Umno/BN memang dinantikan penduduk Wakaf Mempelam kerana wakil rakyat mereka (pemimpin Pas) hanya makan gaji buta dan tidak langsung menjenguk mereka.

Penduduk DUN Wakaf Mempelam begitu ceria dan terasa terbela nasib mereka apabila pemimpin Umno/BN turun padang ke kawasan mereka.

WAN MAHYUDDIN apabila membanjiri majlis anjuran BN dan Umno memberi mesej bahawa PRU ke-13 memberi petanda baik kepada BN. ``Apa lagi yang penduduk DUN ini mahukan kerana segalanya serba lengkap dan tersedia buat mereka. Jadi kita yakin dan berharap 24,310 pengundi berdaftar dalam DUN ini (sehingga 2011 lalu) tidak lagi tersilap langkah pada PRU 13 nanti. ``Kita memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 6,767 isi rumah menerusi tujuh fasa pengagihan termasuk dua daripadanya proses rayuan yang diserahkan sejak awal tahun lalu. Jika penerima BR1M bersama isteri atau suami masing-masing, tahu erti bersyukur, bermakna lebih 13,000 pengundi sudah memihak kepada BN. Majoriti itu akan memberi kemenangan kepada BN,'' katanya. Selain BR1M, seramai 1,188 penduduk menerima Bantuan Am Jabatan Kebajikan Masyarakat,

Dana Hari Raya (6,600 penerima), Dana Remaja (2,400 penerima) serta lebih 200 penerima bantuan cermin mata. Dalam perkembangan yang sama, kerajaan membina empat buah masjid yang setiap satu berharga sekitar RM3 juta hingga RM4 juta iaitu Masjid Tok Jamal, Masjid Gelugor Kedai, Masjid Kuala Bekah dan Masjid Kubang Parit (dalam pembinaan). Malah, bagi memenuhi kehendak belia pula, empat gelanggang futsal dibangunkan di Kampung Losong (futsal tertutup), di Durian Burung (dua futsal terbuka) dan Kampung Panji (satu futsal terbuka), selain satu lagi futsal tertutup yang bakal dibina tahun ini. Selain itu, untuk memudahkan masyarakat sekitar mendapatkan rawatan kesihatan yang dengan kadar yang murah dan tidak membebankan, kerajaan negeri akan mewujudkan Klinik 1Malaysia di Kampung Kubang Parit dalam tempoh terdekat. ``Sebelum ini penduduk yang tidak berkemampuan dan memerlukan rawatan kesihatan segera dibantu dengan menyediakan perkhidmatan membawa doktor turun padang menerusi program `Doktor Bersama Masyarakat' dengan kerjasama JKKK yang diadakan sejak tiga tahun lalu. ``Dalam program itu, kita turut menyediakan borang-borang bantuan kebajikan kepada penduduk yang diselaraskan menerusi agensi seperti Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu serta Jabatan Kebajikan Masyarakat,'' katanya.

Taman rekreasi RM5j sepanjang Sungai Terengganu K

erajaan negeri bercadang mewujudkan taman rekreasi di sepanjang lokasi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir yang terletak di pinggir Sungai Terengganu dengan peruntukan kira-kira RM5 juta, bermula tahun ini. Pegawai Pembangunan DUN Manir, Encik Yusof Awang Hitam, berkata perancangan itu selaras dengan usaha kerajaan negeri untuk memacu sektor pelancongan negeri menerusi program menyusuri Sungai Terengganu sehingga ke Sungai Berang, Hulu Terengganu di mana lokasi penemuan Batu Bersurat di Kuala Berang. ``Program menyusuri sungai dengan menaiki bot ini akan melibatkan kira-kira 10 kampung dalam DUN Manir yang berada di pinggir Sungai Terengganu sehingga ke Telemong (Hulu Terengganu). ``Kami sedang berbincang dengan Jabatan Pengairan dan Saliran negeri serta Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu bagi memastikan projek itu dapat dibangunkan dengan lancar dalam tempoh yang dijadualkan,'' katanya kepada Teganukita, baru-baru ini. Katanya, pada peringkat awal, projek membangunkan kemudahan sekitar sungai itu akan dimulakan dengan kerja menambak sekitar kawasan pasir.

YUSOF

Menurut Encik Yusof, projek membangunkan taman rekreasi di sepanjang sungai ini akan dibangunkan secara berperingkat-peringkat sebelum ia selesai keseluruhannya. Beliau berkata,usaha itu dijangka mampu menjana pendapatan sebahagian penduduk yang terlibat dengan industri desa khususnya pengusaha makanan seperti keropok, bahulu dan akok, manakala kraf tangan seperti tikar mengkuang dan nyiru. ``Kita mengambil peluang dan ruang yang ada untuk memastikan kelebihan alam semula jadi di kawasan sungai dengan pasir dan pemandangan indahnya akan dieksploitasikan dengan baik supaya dapat menjana ekonomi dan memberi faedah kepada masyarakat setempat,'' katanya.


ISSN 2180-4737 | Bil: 60, 1-15 Mei 2012

Piala Monsun kekal terbaik K Oleh: Fauzi Mohd

fauzibinmohd@yahoo.com

ejohanan Perahu Layar Antarabangsa Piala Monsun yang diadakan sejak tujuh tahun lalu di Pulau Duyung ternyata kekal menjadi acara pelayaran terbaik selepas berjaya menarik lebih 900 juta penonton di seluruh dunia yang menyaksikan liputan siarannya di 176 negara. Penganjuran oleh T-best Events Sdn. Bhd. (T-best) mencatatkan peningkatan dalam Nilai Media Kasar sebanyak 60.3 peratus berbanding tahun 2010 dengan nilai RM896.5 juta yang mana liputan media online merupakan penyumbang tertinggi selepas televisyen, percetakan dan radio. Presiden T-Best, Tan Sri Sabbaruddin Chik berkata, penganjuran kejohanan kapal layar itu juga berjaya menarik sebanyak 156,624 orang pengunjung merangkumi jumlah yang hadir di sepanjang Piala Monsun dan Karnival Monsun yang telah dianjur di semua daerah sebagai usaha mempromosi kejohanan itu. Katanya, kejohanan itu turut memainkan peranan penting dalam menjana pembangunan ekonomi di negeri itu terutamanya penduduk setempat apabila mencatat peningkatan kadar penginapan, perusahaan dan peniaga kecil-kecilan sekurang-kurangnya 50 peratus berbanding tahun sebelumnya. ``Ini terbukti apabila jumlah perbelanjaan bagi pengunjung tahun lalu mencecah RM16.2 juta merangkumi perbelanjaan penginapan hotel, beli-belah, makanan dan minuman, pengangkutan, penerbangan domestik, lawatan ke destinasi pelancongan serta perbelanjaan pengunjung ke Karnival Monsun di tujuh buah daerah. ``Selain itu, penganjuran itu juga tu-

rut memberi peluang pekerjaan kepada seramai 1,753 orang kakitangan termasuk kontraktor, pekerja sementara, pekerja pembersihan dan sebagainya dalam melicinkan acara itu,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penghargaan dan pengumuman KPI Piala Monsun di Ri-Yaz Heritage Resort dan Spa, Pulau Duyong, baru-baru ini.

Kriket Terengganu cari bakat baru

P

ersatuan Kriket Negeri Terengganu (PKNT) bakal memperluaskan peranannya dengan mencungkil bakat baru dalam acara itu di peringkat akar umbi menerusi program pencarian bakat bermula bulan depan. Pengerusinya, Encik Apli Yusof (gambar kecil) berkata, usaha yang mendapat sokongan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) itu bagi mengembalikan kegemilangan sukan itu di negeri ini yang dianggap `sudah berkubur' oleh sesetengah pihak. Menurutnya, di peringkat Sukan Malaysia (Sukma), negeri ini sudah lebih

20 tahun tidak terlibat dalam acara berkenaan walaupun sukan itu pernah melonjakan nama Terengganu sekitar tahun 1980-an. ``Kerjasama akan dijalinkan dengan Persatuan Kriket Malaysia (MCA) bagi mencari kira-kira 20 atlet lelaki bawah 20 tahun dengan bantuan jurulatih daripada MCA sendiri serta bekas pemain kriket Terengganu. ``Mulai tahun depan, PKNT akan menyertai beberapa kejohanan peringkat remaja kebangsaan untuk memberi pendedahan dan mengasah bakat pemain-pemain yang baru ke tahap lebih tinggi,'' katanya

baru-baru ini. Tambah Encik Apli, dengan keupayaan pasukan sedia ada, Terengganu turut memberi saingan kejohanan kriket kebangsaan anjuran MCA bermula April lalu di Kuala Lumpur dan akan berakhir awal Jun ini. Katanya, pasukan bimbingan Zainal Fitri Zainal Abidin itu dibarisi 20 pemain berwibawa seperti Ruzmi Awang, Hamrizal Haris, Ahmad Yusaidie Ibrahim, Nizam

Khairul mahu pamer konsisten di Olimpik Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

A

tlet memanah negara, Khairul Anuar Mohamad, 21, tidak mahu meletakkan sasaran pingat pada temasya London Julai ini, namun berjanji untuk menampilkan persembahan konsisten sepanjang persaingan, khususnya dalam acara berpasukan. Anak jati Kampung Pasir Gajah, Kemaman itu pelengkap trio memanah kebangsaan bergandingan dengan Cheng Chu Sian serta Haziq Kamaruddin selepas muncul kumpulan atlet pertama layak ke Olimpik secara merit setelah meraih tempat kesembilan acara berpasukan pada Kejohanan Memanah Dunia di Torino, Itali, baru-baru ini. ``Saya tidak mensasarkan pingat, kerana masih baru dalam acara ini. Pada usia baru 21 tahun, saya rasa naik begitu mendadak dan tidak mahu jatuh dengan cepat. ``Untuk acara individu, saya tidak yakin sangat untuk sasar pingat. Bagaimanapun saya berhasrat untuk membuat persembahan dengan konsisten dan dapat mengawal sepenuhnya persaingan bagi memburu mata nanti,'' katanya. Dalam kejohanan Memanah Dunia di Torino, trio yang diketuai pemanah berpengalaman, Chu Sian mengharungi pertarungan penuh dramatik sebelum berjaya menjadi pasukan kesembilan terbaik sekali gus menempah tiket bersama-sama Korea Selatan, Perancis, Mexico, Itali, Ukraine, China dan Amerika Syarikat manakala Great Britain layak automatik selaku tuan rumah. Kejayaan mereka di luar jangkaan dan amat membanggakan setelah pasukan negara berdepan saingan sengit daripada pasukan handalan dunia. Selain Khairul Anuar, seorang lagi atlet memanah dari Terengganu, Nur Shafiqah Hashim turut layak ke Olimpik London 2012. Semaon, Mohd Azhar Ahmad dan lima pemain dari Pakistan. ``Kita harap mereka mampu memberi saingan terbaik bagi membuktikan Terengganu masih mempunyai pemain yang disegani dalam acara ini. Ia penting bagi menaikkan moral persatuan untuk melahirkan pelapis baru pada masa depan,'' katanya. Dari segi prasarana sukan itu kata Apli, PKNT masih belum mempunyai kemudahan lengkap untuk latihan atau apa jua penganjuran pertandingan peringkat negeri. ``Buat masa ini, kita tumpu sepenuhnya latihan dan sesi pencarian bakat akan datang di padang Kompleks Sukan Gong Badak,'' jelas beliau.

Dicetak Oleh: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Tel: 09-666 8611, 666 6652, 666 8601. Faks: 09-666 0611, 666 0063 email:spyit@tm.net.my


teganukita 60  

teganukita 60

Advertisement
Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you