Issuu on Google+

ISSN 2180-4737 | PERCUMA | Bil: 58, 1-15 April 2012  |

http://www.teganukita.blogspot.com

|

http://www.terengganu.gov.my

- ms 3

- ms 13

`Pengkhianat’ berdepan tindakan tegas

Rakyat `gadai’ Marang kepada pembangkang Majlis Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Mubarak) bersedia memberi komitmen padu bagi membantu jentera parti mengekalkan pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional (BN) sekaligus mengelak kerajaan tumbang di tangan pembangkang. - ms 15

‘‘ - ms 3

Terengganu basmi kemiskinan, Kelantan ramai rakyat miskin

Ketika awal penglibatan dulu, bukan sahaja segelintir orang kampung melihat usaha saya ini sia-sia dan tiada masa depan, malah ada guru sekolah juga menasihati saya memilih hala tuju dan bidang lain yang dikatakan lebih terjamin,’’ - ms 12

Amanah urus syarikat Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said mengingatkan semua penjawat awam serta kakitangan anak syarikat milik kerajaan negeri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya tidak melakukan tindakan yang menjejaskan kerajaan, termasuk memberi sokongan kepada parti pembangkang dan perlu amanah mengurus syarikat milik kerajaan.

- Berita penuh ms 2

- ms 4

Berbudi pada tanah

Terengganu maju 2020

Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Haji Ahmad Said dan Ketua Pengarah RISDA, Dato' Wan Mohamad Zuki Mohamad menabur baja pada Majlis Pelancaran Program Kasihi Pekebun dan Gerakan Membaja Peringkat Negeri Terengganu di TSB Perasing Jaya Jabor, Kemaman, baru-baru ini.

- ms 5

Jana nilai eksport RM150 juta setahun

FOTO Mohd Yahya Muda | am_ukom@gmail.com


2

BIL: 58,

AM

1-15 April 2012

Pas pertaruh nyawa rakyat demi undi

D

Haji Zainal Abidin dan Rosli (kiri) menyerahkan cek RM500,000 sumbangan Percetakan Yayasan Islam Terengganu untuk Tabung Darul Iman yang diterima Dato’ Seri Haji Ahmad sambil diperhatikan Dato’ Haji Abdul Razak (kanan).

Hargai jasa kerajaan - MB

Oleh: Kamarudin Mat Akib dinmatkib@yahoo.com

dari ms-1

M

enteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said mengingatkan semua penjawat awam serta kakitangan anak syarikat milik kerajaan negeri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya tidak melakukan tindakan yang boleh menjejaskan kerajaan. Sebaliknya, mereka diminta memberi sokongan penuh kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan ia kekal memerintah negeri dan negara ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13). Dato' Seri Haji Ahmad menegaskan semua penjawat awam, kakitangan anak syarikat milik kerajaan dan GLC perlu taat setia kepada kerajaan semasa (Government of The Day) dan tidak terlibat dengan sebarang kegiatan anjuran parti pembangkang kerana ia menyalahi peraturan. ``Saya tahu ada kakitangan anakanak syarikat kerajaan dan GLC yang menyokong parti pembangkang dan mengundi calon mereka setiap kali pilihan raya diadakan,'' katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam

Percetakan Yayasan Islam Terengganu dan Penyerahan Cek Sumbangan Kepada Tabung Darul Iman di Riyaz Heritage, baru-baru ini. Hadir sama Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Haji Abdul Razak Ismail; Pengerusi Percetakan Yayasan Islam Terengganu, Encik Rosli Zakaria dan Pengarah Urusannya, Haji Zainal Abidin Mohamed. Menteri Besar berkata, kakitangan syarikat milik kerajaan negeri dan GLC sepatutnya bersyukur dan menghargai jasa-jasa pemimpin Kerajaan BN yang sentiasa menghulurkan bantuan bagi memajukan syarikat mereka. ``Kadang-kadang syarikat berkenaan mengalami kerugian, kerajaan negeri tambah dana supaya pekerja tidak diberhentikan dan syarikat boleh meneruskan operasi,'' katanya. Beliau memberi contoh Percetakan Yayasan Islam Terengganu yang mula beroperasi sejak 1985, mengalami kerugian pada setiap tahun, sebelum mula mencatatkan keuntungan kirakira empat tahun lalu. Syarikat itu mengalami kerugian terkumpul sebanyak RM1.7 juta dari tahun 1985 sehingga tahun 2007, tetapi mulai meraih laba pada tahun 2008 di mana bagi empoh tiga tahun (2009 hingga 2011) ia mencatkan

keuntungan terkumpul berjumlah RM5.526 juta. Dato' Seri Haji Ahmad berkata, dengan usaha gigih pihak pengurusan memajukan syarikat itu dan komitmen kerajaan negeri menghulurkan segala bantuan yang diperlukan, kini ia mula mengaut keuntungan dan mampu menyediakan kemudahan yang lebih baik kepada pekerja. ``Saya mahu pekerja syarikat ini serta syarikat GLC yang lain meningkatkan prestasi kerja masing-masing bagi membantu menambah keuntungan syarikat mereka,'' ujarnya. Pada masa yang sama, katanya, mereka perlu menghindarkan diri daripada kegiatan yang boleh menjejaskan kedudukan kerajaan, sebaliknya terus memberi sokongan kepada kerajaan semasa. ``Bagi pihak kerajaan, kita akan menyediakan segala keperluan bagi memastikan semua rakyat negeri ini, termasuk kakitangan GLC mendapat khidmat terbaik daripada kerajaan,'' katanya. Beliau turut memberi amaran pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kakitangan kerajaan yang terlibat dengan kegiatan tidak baik dan amanah, demi bagi menjaga nama baik kerajaan dan syarikat.

emi meraih sokongan rakyat terhadap Pas, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi sanggup mempertaruhkan nyawa peniaga di Pasar Besar Kedai Payang Kuala Terengganu dengan menabur janji palsu untuk tidak merobohkan pasar itu jika Pas memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata pasar berkenaan perlu dirobohkan segera berikutan tidak lagi selamat untuk diduduki selepas Jabatan Kerja Raya mengesan banyak kerosakan pada struktur asal terutama bahagian bawah bangunan itu. ``Kita sudah terima surat daripada Bahagian Forensik, JKR yang meminta kita robohkan bangunan pasar itu dalam tempoh enam bulan. Kerajaan negeri minta dilanjutkan kepada setahun, mereka (JKR) tidak benarkan. ``Kita tahu pasar ini agak lama, segala besi di bahagian bawah bangunan semuanya sudah reput.. sudah tiada besi lagi, bila-bila masa sahaja boleh runtuh dan tumbang,'' katanya. Beliau berkata demikian ketika tindakan Adun Batu Burok, Dr Syed Azman yang mengadakan ceramah di Pasar Kedai Payang, barubaru ini yang menjanjikan kononnya Pas tidak akan merobohkan pasar tersebut jika parti itu menang PRU-13. Katanya, kerajaan negeri yang mengambil kira aspek

keselamatan peniaga dan pengguna pasar berkenaan mahu segera memindahkan sebahagian peniaga di bahagian yang mengalami kerosa ka n ter uk itu, terutama pasar basah yang menjual sayur, ikan, dan daging ke pasar baru di Pasar Chabang Tiga. Sementara sebahagian peniaga di bahagian pakaian dan barang kering yang lain dikekalkan, selain kerajaan akan melaksanakan kerja pengubahsuaian dan menaik taraf pasar yang melibatkan perbelanjaan ratusan juta untuk dijadikan sebagai destinasi pelancongan baru di Terengganu ``Saya boleh benarkan (peniaga kekal di pasar itu) dengan syarat kita keluarkan surat, dengan menyatakan pertama, peniaga pasar sanggup menanggung risiko tidak menyalahkan kerajaan terhadap sebarang kejadian (runtuh). Kedua, kita akan memasang satu papan tanda amaran yang besar menghalang pengguna ke pasar berkenaan kerana tidak selamat dan kerajaan tidak akan bertanggungjawab jika apa-apa berlaku . ``Nanti mereka menyalahkan kerajaan pula, seolaholah menghalang orang ke pasar...tetapi kerajaan perlu melindungi keselamatan orang ramai.Ini masalah kita sebenarnya. Sepatutnya kita tidak menghalang pembangunan demi perubahan dan masa depan mereka sendiri serta keselesaan semua, tapi segelintir kita memilih untuk mundur ke belakang,'' katanya.

Komited menjayakan Negeri Anjung Ilmu, MAIDAM salur RM30 juta untuk pendidikan

M

ajlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) mengeluarkan peruntukan sebanyak RM30 juta tahun ini berbanding RM19 juta tahun lalu bagi memenuhi keperluan pendidikan di negeri ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Haji Wan Harujan Sulaiman, berkata peruntukan itu merangkumi kesemua keperluan dalam bidang pendidikan termasuk membiayai pengajian pelajar di universiti tempatan dan luar negara. Beliau memberitahu,

WAN HARUJAN

tambahan peruntukan itu dibuat berdasarkan pendekatan Maidam yang

Daripada RM30 juta yang diperuntukkan tahun ini, RM2.2 juta adalah khusus untuk mengurus serta membiayai pe-ngajian hampir 800 pelajar Terengganu di universiti tempatan dan luar negara.

komited membangunkan bidang pendidikan dalam kalangan pelajar Terengganu sejajar dengan hasrat kerajaan negeri. Jelasnya, daripada RM30 juta yang diperuntukkan tahun ini, RM2.2 juta adalah khusus untuk mengurus serta membiayai pengajian hampir 800 pelajar Terengganu di universiti tempatan dan luar negara. Menurutnya, jumlah itu mencatatkan peningkatan berbanding RM1.2 juta yang diperuntukkan bagi tujuan sama tahun lalu.

``Maidam sentiasa komited untuk membangunkan bidang pendidikan dalam kalangan anak Terengganu kerana hanya dengan pendidikan sahaja mampu mengubah masa depan kehidupan seseorang,'' katanya baru-baru ini. Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyerahkan surat tawaran penajaan Maidam kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia yang bakal menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Jordan.

Menurut Haji Wan Harujan, pihaknya turut menaja kira-kira 50 pelajar bagi meneruskan pengajian di bawah Skim Al-Ansar tahun ini berbanding 36 pelajar tahun lalu. ``Bagi mereka yang ingin menyambung pengajian ke AlAnsar, mereka perlu memenuhi syarat yang ditetapkan iaitu mendapat 5A iaitu dalam Bahasa Melayu, Matematik, al-Quran dan al-Sunnah, Syariah Islamiah serta Agama Islam dan tiada C dalam mana-mana subjek,'' ujarnya.


BIL: 58,

1-15 April 2012

AM

3

Terengganu basmi kemiskinan, Kelantan ramai rakyat miskin Oleh: Kamarudin Mat Akib dinmatkib@yahoo.com

A

NTARA DUA DARJAT...begitu perbezaan antara dua negeri berjiran di Pantai Timur di mana Terengganu diperintah oleh Barisan Nasional (BN) manakala Kelantan dikuasai Pas sejak 1990. Di bawah pemerintahan Kerajaan BN Terengganu yang diterajui Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, kerajaan negeri meletakkan sasaran mengsifarkan kemiskinan tegar menjelang tahun depan. Bagi merealisasikan hasrat murni itu, usaha berterusan dilaksanakan Kerajaan Terengganu untuk mengeluarkan penduduk miskin daripada garis kemiskinan dengan cara menambah pendapatan mereka. Melalui Bajet 2012 yang bertema “MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN: BAJET KESEJAHTERAAN RAKYAT�, kerajaan negeri memberi penekanan kepada tiga strategi utama iaitu memantapkan pembangunan modal insan berkualiti, memelihara kesejahteraan rakyat dan meningkatkan daya saing negeri.

Melalui strategi pertama peruntukan sebanyak RM60.3 juta disediakan bagi sektor pendidikan agar rakyat mendapat pendidikan terbaik bermula dari peringkat asas hingga ke tahap tertinggi. Melalui strategi kedua, kerajaan negeri meletakkan sasaran mengsifarkan kemiskinan tegar dan menurunkan kadar kemiskinan kepada 1 peratus pada tahun 2013 dengan peruntukan RM42.6 juta bagi program pembasmian kemiskinan, pembangunan kampung dan masyarakat. Program Bantuan Rumah, Program Peningkatan Pendapatan, Program Latihan Kemahiran & Kerjaya serta Program Jaya Diri, akan diteruskan bagi menjayakan matlamat itu. Kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM27.3 juta tahun depan dengan tumpuan kepada projek-projek sambungan seperti Projek Jelapang Padi, Pembangunan Ladang Kelapa Sawit, Tanaman Kelapa dan projek kecil berkelompok yang boleh menjana pendapatan rakyat. Dalam usaha golongan berpendapatan rendah memiliki kediaman lebih selesa,

kerajaan negeri menyediakan Dana Pinjaman Perumahan Rakyat Negeri Terengganu dengan peruntukan permulaan sebanyak RM50 juta. Melalui skim itu yang kini sedang diperhalusi kaedah pelaksanaan dan syarat-syarat pinjaman, setiap pemohon boleh meminjam sehingga RM50,000 melalui pinjaman berteraskan syariah. Menerusi strategi ketiga, kerajaan negeri akan memanfaatkan sepenuhnya potensi sektor di mana Terengganu mempunyai kelebihan dengan cara memperkenalkan lebih banyak kreativiti dan inovasi. Bagi menggalakkan pelancongan dari dalam dan luar negara, kerajaan telah mengumumkan tahun 2013 sebagai Tahun Melawat Terengganu dan seterusnya menjadikan setiap tahun adalah Tahun Melawat Terengganu di mana peruntukan RM138.85 juta disediakan tahun depan bagi melaksanakan projek di bidang pelancongan. Begitu hebat perancangan yang dilakukan Kerajaan BN Terengganu bagi membantu meningkatkan ekonomi penduduk, termasuk membasmi kemiskinan,

tetapi negeri Kelantan yang dikuasai Pas tidak mempunyai agenda khusus bagi membantu golongan tersebut. Sejak Kelantan dikuasai Pas lebih dua dekad yang lalu keadaan fizikal, terutamanya soal menjaga kebajikan penduduk yang miskin tidak banyak berubah kerana ketidakupayaan Pas membangunkan negeri itu. Kerajaan Pas Kelantan gagal melaksanakan program yang mampu mengubah taraf hidup rakyat, khususnya daripada golongan termiskin di negeri itu. Oleh itu, tidak hairanlah jika negeri Kelantan terus kekal antara negeri paling ramai mempunyai penduduk miskin di negara ini. Itulah perbezaan ketara antara dua negeri yang diperintah oleh BN dan Pas. Justeru, rakyat Terengganu perlu berfikir panjang sebelum membuat pilihan untuk mengundi di kawasan masing-masing, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, bagi memastikan kesejahteraan generasi akan datang.

`Pengkhianat’ berdepan tindakan tegas Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

K

erajaan Terengganu tetap dengan pendirian menarik balik pinjaman terhadap sembilan penuntut yang sedang mengikuti pengajian di Mesir kerana melanggar perjanjian dengan menyertai perhimpunan haram di Dataran Hayyu Asyier, Mesir tahun lalu. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata kerajaan negeri bertegas dengan keputusan itu walaupun terdapat desakan dan memorandum dihantar segelintir pihak yang menuntut supaya menyambung semula pinjaman itu. ``Dalam facebook Pas kata, Syed Azman (Ahli Dewan Unda-ngan Negeri Batu Burok-Pas) kata minta mahasiswa bangkit kerana `Menteri Besar pengkhianat' dan sebagainya. Sekarang siapa yang mengkhianat? Kerajaan negeri sediakan macam-macam kemudahan dan peluang kepada pelajar. ``Yang mengkhianat Pas kerana mempengaruhi pelajar supaya menyertai demonstrasi Bersih. Mereka kena tanggung risikolah sebab kita hantar mereka untuk belajar bukannya menyertai demonstrasi,'' katanya semasa diminta mengulas mengenai ada desakan supaya menyambung semula pinjaman terhadap sembilan penuntut di Mesir itu. Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Perjumpaan Bersama Kakitangan Perkhidmatan Awam dan Persekutuan Negeri Terengganu, di Wisma Darul Iman

Muzium Batu Bersurat di Kuala Berang K

Kuala Terengganu, baru-baru ini. Menteri Besar berkata, penuntut negeri ini yang gagal memanfaatkan kemudahan dan peluang yang disediakan kerajaan kepada mereka dengan melakukan sesuatu yang jelas melanggar undang-undang akan berdepan dengan hukuman dan tindakan tegas. ``Ramai lagi pelajar yang hendak pergi ke luar negara. Tahun ini lebih 100 orang mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan dan kita akan biayai. Selain itu, kita juga hantar pelajar yang mahu mengambil jurusan kejuruteraan a u t o m a t i f d i Jerman dan menghantar 10 pelajar pengambilan pertama dalam kejuruteraan kapal terbang 147 yang diiktiraf seluruh dunia. ``Tiada masalah bagi kita untuk membiayai pelajar ke luar negara.

Kerajaan Terengganu tetap bertegas menarik balik pinjaman terhadap sembilan penuntut yang menyertai perhimpunan haram di Dataran Hayyu Asyier, Mesir, tahun lalu.

Jangan kerana kes ini (tarik balik pinjaman) dikatakan saya sebagai pengknianat dan tunjuk macammacam gambar..saya peluk anak singa `binatang disusukan oleh Menteri Besar, pinjaman rakyat dipotong'...kenyataan itu tidak betul,'' katanya. Beliau berkata, Kerajaan Terengganu bersedia mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada anak Terengganu yang berjaya selain membiayai mereka yang mahu melanjutkan pelajaran,

bagaimanapun kerajaan tidak akan memberi ruang kepada pelajar yang jelas mengkhianat (melanggar undang-undang). Dalam laporan sebelum ini, Yayasan Terengganu (YT) tetap bertegas dengan tindakan menarik balik pinjaman sembilan pelajar yang terlibat dengan perhimpunan haram di Dataran Hayyu Asyier, Mesir walaupun ada pihak menghantar memorandum supaya tindakan itu dibatalkan.

erajaan negeri akan memperuntukkan kira-kira RM20 juta bagi membina Muzium Batu Bersurat di lokasi asal penemuan Batu Bersurat itu, di Kampung Buluh, Kuala Berang pada tahun depan. Timbalan Pengerusi Agama dan Penerangan negeri, YB Haji Muhammad Ramli Nuh, berkata pembinaan muzium di kawasan seluas 2.8 hektar itu cukup penting kerana bukan saja mampu memulihara aset pelancongan malah dapat memartabatkan tulisan jawi di mata masyarakat. ``Pihak kami bercadang setiap bahan atau atifak yang dipamerkan akan diperjelaskan dengan tulisan jawi selain papan tanda menuju ke muzium itu turut dilengkapi perkataan jawi berserta rumi. ``Muzium batu Bersurat turut meliputi dewan orang ramai, pusat aktiviti masyarakat, dan bilik pameran perkembangan Islam dan sejarah Islam sebagai langkah mempelbaga i ka n kemudahan,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Batu Bersurat di Muzium Negeri, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Kira-kira 200 peserta dari pelbagai agensi dan Badan Bukan Kerajaan hadir pada seminar sehari itu bagi mendalami ilmu dan mendengar pembentangan kertas kerja yang disampaikan oleh enam individu profesional dari pelbagai Institut Pengajian Tinggi Awam.


4

BIL: 58,

AM

1-15 April 2012

Terengganu maju 2020 Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

M

enteri Besar berharap kerajaan negeri dapat memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih mapan untuk kepentingan rakyat Terengganu pada masa depan sekaligus muncul sebagai negeri maju pada 2020. Sehubungan itu, Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata sejak empat tahun lalu, Terengganu meraih pelaburan yang besar melibatkan projek yang berimpak tinggi seperti pembesaran kilang besi Perwaja Steel Sdn Bhd dengan kos hampir RM300 juta, pembukaan kilang keluli bersepadu antara syarikat tempatan, Hiap Teck Venture Bhd dan China Shougang Group dari China (RM3.8 bilion) di Taman Perindustrian Berat di Kemaman serta mampu memberi peluang pekerjaan kepada 2,000 orang. ``L a d a n g t e r n a k a n akuakultur udang dengan kos RM250 juta dibuka di Kampung Nyatoh, Setiu yang bakal mengubah lanskap penternakan udang di Terengganu secara keseluruhannya,'' katanya baru-baru ini. Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata demikian sebagai mengulas pencapaian serta harapan beliau selepas empat tahun berjaya mentadbir Terengganu. Katanya, pada Mei ini juga akan bermula kerja menambak tanah untuk industri akuakultur bagi ternakan udang putih di Marang dengan pelaburan kira-kira RM1 bilion yang akan memberi peluang pekerjaan kepada 1,000 orang serta pembukaan kilang berasaskan bioteknologi di Taman Polimer, Kertih bernilai kira-kira RM2 bilion yang akan bermula pertengahan tahun ini. Beliau berkata, kerajaan negeri juga berusaha menarik beberapa pelabur lagi untuk membuka kilang besi di Kemaman. Malah, terdapat tujuh syarikat yang menunjukkan kecenderungan untuk menjalankan pelaburan di Terengganu yang melibatkan lima syarikat dari China dan dua lagi masing-masing dari India serta Dubai.

Dato’ Seri Haji Ahmad di majlis Perjumpaan Bersama Kakitangan Perkhidmatan Awam di Wisma Darul Iman, baru-baru ini.

Terengganu meraih pelaburan melibatkan projek berimpak tinggi.

Ladang ternakan udang di Kampung Nyatoh, Setiu.

Sebelas tahun berturut-turut Terengganu mengungguli UPSR.

Taman Burung di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Pasukan bola sepak Terengganu menjulang Piala FA .

Di samping itu juga, usaha membangunkan sektor pelancongan seperti mewujudkan Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan utama di negara kita yang bakal dibuka kepada pelawat selewat-lewatnya pada 2014. Katanya, dalam tempoh empat tahun juga, bidang pendidikan di negeri ini juga menunjukkan peningkatan yang ketara terutama dengan kejayaan mengungguli setiap peperiksaan awam (UPSR, PMR, SPM dan STPM). ``Kejayaan itu melalui usaha berterusan semua pihak menerusi program Terengganu Anjung Ilmu dan program `201052' yang diharapkan akan menjadi kenyataan satu masa nanti. ``Bukan sahaja pendidikan, sebagaimana umum sedia maklum, dalam bidang sukan juga, Terengganu yang muncul sebagai kuasa baru sukan negara kerana menghasilkan ramai atlit terbaik dan merekod pelbagai kejayaan. Selain itu, kita akan menubuhkan akademi bola sepak dan akademi badminton serta merancang untuk mengadakan kemudahan sukan lebih baik pada masa depan,'' katanya.

Bentuk gagasan, sefahaman demi beri perkhidmatan terbaik - Ahmad

M

enteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said meminta semua kakitangan perkhidmatan awam Persekutuan dan negeri mewujudkan satu gagasan dan persefahaman bagi melancarkan jentera kerajaan terutama dalam aspek memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat bawahan. ``Di bawah program `Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan', antara orang politik, kakitangan Kerajaan Pusat dan negeri perlulah bekerjasama dalam apa juga perancangan yang dibuat kerana rakyat yang berhak mendapat perkhidmatan terbaik. ``Apa juga program yang kita rancang dan laksanakan, rakyat jugalah yang perlu menikmati hasilnya, di samping program di bawah Kerajaan Pusat menerusi gagasan 1Malaysia, `Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan','' katanya ketika berucap di Majlis Perjumpaan Bersama Kakitangan Perkhidmatan Awam dan Persekutuan Negeri Terengganu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. ``Hadir sama, Setiusaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji Mazlan Ngah dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu, Haji Ahmad Shahrom Haji Yasin. Dato' Seri Haji Ahmad berkata, penjawat awam yang dibayar gaji oleh Kerajaan Pusat mahu pun negeri perlu menunaikan tanggungjawab kepada rakyat sebaik mungkin kerana rakyat akan menilai sejauh mana mutu perkhidmatan yang diberikan kepada mereka. ``Amanah haruslah dipikul demgan sebagik mungkin. Bagaimanapun, `berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul' kerana kami `orang politik' terpaksa menjawab setiap lima tahun sekali. ``Bukan setakat lima tahun, kadangkala tidak sampai lima tahun kita perlu berhadapan dengan rakyat dan diadili oleh rakyat (ketika Pilihan Raya Umum),'' katanya. Menteri Besar berkata, tanggungjawab beliau sebagai orang politik dan ketua pegawai kerajaan terpaksa menjawab dan mempertahankan sebarang tuduhan serta kesalahan yang dilakukan pegawai kerajaan di dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN). Katanya, sebagai contoh, kes Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak yang runtuh menyebabkan beliau perlu menjawab pelbagai kata-kata negatif mengatakan kerajaan tidak bertanggungjawab, rasuah, menyeleweng dan menyalah guna kuasa yang dilemparkan terhadap kerajaan.


BIL: 58, 1-15 April 2012

Jana nilai eksport RM150 juta setahun Oleh: Fauzi Mohd

fauzibinmohd@yahoo.com

L

adang Akuakultur Ternakan Udang Bersepadu (iSHARP) di Kampung Nyatuh, Setiu yang diusahakan oleh Blue Archipelago Berhad bakal menjadi pembekal udang putih utama negara yang mampu menjana nilai eksport berjumlah RM150 juta setahun. Nilaian produk itu dijangka mula diperoleh selepas semua kolam di kawasan seluas 1,000 hektar membabitkan 616 buah kolam milik anak syarikat Khazanah Nasional Berhad tersebut mula beroperasi sepenuhnya dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi. Projek iSHARP itu yang mula dibangunkan kira-kira dua tahun lalu mengikut dua fasa termasuk membina sebuah kilang pemprosesan udang dengan kapasiti 15 metrik tan sehari. Ia dijangka menembusi pasaran premium udang di Jepun, Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan Asia Barat. Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Encik Abu Bakar Ibrahim berkata, pihaknya yakin udang putih itu mampu menembusi

pasaran antarabangsa kerana ternakan tersebut berpotensi mengeluarkan hasil berkualiti selain diperakui konsisten dan sesuai untuk pasaran premium. Menurutnya, syarikatnya yang sebelum ini turut mengendalikan projek Ladang Ternakan Udang Bersepadu di Kuala Kerpan, Kedah (iKERPAN) sejak awal 2008 telah mendapat pengiktirafan pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi antarabangsa yang berkaitan seperti Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia dan Amalan Pertanian Baik. ``Bagi peringkat pertama, kami akan melaksanakan 216 buah kolam udang pada tahun ini dengan pengeluaran hasil sebanyak 2,100 metrik tan manakala 400 buah kolam lagi untuk fasa kedua yang akan dibina tahun depan kemampuan mengeluarkan hasil sebanyak 3,900 metrik tan,'' katanya. Encik Abu Bakar memberitahu, buat masa ini, sejumlah 48 buah kolam yang dikendalikan oleh 108 pekerja yang kebanyakannya merupakan kakitangan iSHARP merupakan penduduk setempat.

Pekerja sedang menunai udang putih di kolam i-SHARP Kampung Nyatoh, Setiu, Terengganu.

EKONOMI

5

Jenamakan produk perkakasan komputer BISNES Oleh: Suriati Ali

aliasuriati@yahoo.com

M

emulakan perniagaan seawal umur 19 tahun dan tidak memiliki sijil daripada mana-mana Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam atau swasta bukan alasan dan halangan bagi pemilik Lieos Technolgy Sdn Bhd (Lieos), Puan Afiza Khalit, 33, untuk melakar kejayaan dalam perniagaannya. Lieos yang diusahakan bersama suami tercinta, Encik Azli Abdul Aziz saban tahun menampakkan hasil apabila usahawan muda itu kini berjaya memiliki lima rangkaian perniagaan dan sebuah gudang di Chendering, Kuala Terengganu sepanjang 14 tahun beroperasi. Cawangan Lieos yang bertempat di Jalan Kampung Dalam, Lot Kedai Mydin Mall, Bazar Mara Wakaf Tengah, Kuala Terengganu; Arkib Mara, Dungun dan Kota Bahru, Kelantan mendapat sambutan cukup menggalakkan daripada pelanggan. Berbekalkan modal perniagaan sebanyak RM10,000 pada 1998, Puan Afiza dan suami sentiasa berazam dan berdoa supaya apa yang diusahakan itu menampakkan hasil sehingga mampu mengeluarkan produk berjenama sendiri.

Berpegang teguh kepada prinsip tidak mudah mengalah, kuatkan semangat dan berusaha secara agresif, Lieos kini berjaya `menambat hati' puluhan syarikat korporat, agensi kerajaan dan swasta untuk menjadi pelanggan tetap syarikat itu. Puan Afiza berkata, minat mendalam dalam bidang perniagaan ICT sejak di bangku sekolah membuatkan dia tidak jemu menggandakan usaha walaupun pelbagai rintangan dan dugaan dilalui. Katanya, cawangan Lieos di Wakaf Tengah pernah diugut bakar oleh pihak tertentu dan jatuh sakit melebihi setahun akibat terkena ilmu hitam, tidak sedikit pun mematahkan semangatnya untuk terus maju dan berdaya saing. ``Demi memastikan nama Lioes dikenali ramai, pelbagai

langkah dilaksanakan termasuk mengeluarkan produk sendiri berkaitan perkakasan dan peralatan komputer ``Pada masa sama berusaha menjenamakan Lieos melalui program francais di mana akan memperkenalkan kepada bakal-bakal usahawan Teknologi Maklumat (IT) atau di kalangan siswazah yang berminat,'' katanya. Bagi tujuan itu, Lieos dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) akan membuka kedai contoh di bangunan Pusat Dagangan Terengganu, Jalan Hiliran, Kuala Terengganu, dalam tempoh terdekat bagi memperkenalkan secara dekat kepada pelanggan. Sepanjang berbakti kepada Lieos, Puan Afiza pernah menyandang beberapa anugerah, termasuk Usahawan Muda sektor perdagangan oleh Majlis Amanah Rakyat; Anugerah Belia Negara peringkat negeri (Kementerian Belia dan Sukan); Anugerah Usahawan Negeri Terengganu 2011 (YPU) dan Anugerah Kedai Patut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Lima penerbangan seminggu ke Pulau Redang

B

erjaya Air menyambung semula perkhidmatan ke Pulau Redang dengan lima penerbangan seminggu menerusi Lapangan Terbang Subang di samping Lapangan Terbang Selatar dan Changi, Singapura. Penerbangan bagi tahun ini ke pulau peranginan itu bermula 25 Mac lalu setelah hampir empat bulan dihentikan ekoran musim tengkujuh. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato' Abdul Rahin Mohd Said, berkata kunjungan pelancong ke Pulau Redang melalui perkhidmatan udara mendapat sambutan menggalakkan khususnya daripada

warga Singapura. ``Ia mengatasi jumlah penerbangan ke Pulau Langkawi, Pulau Pangkor dan Pulau Tioman. Melalui promosi yang digerakkan, penerbangan ke Pulau Redang paling kerap berbanding pulaupulau lain iaitu sebanyak tiga atau empat penerbangan seminggu. ``Daripada seramai 3.16 juta pelancong yang direkodkan melawat Terengganu tahun lalu, seramai 188,000 orang telah mengunjungi Pulau Redang bagi tempoh antara Mac hingga Oktober,� katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis sambutan ketibaan penerbangan pertama Berjaya Air pesawat ATR72-500 dari Changi yang membawa 38

penumpang di Lapangan Terbang Pulau Redang (LTPR), baru-baru ini. Katanya, lapangan terbang yang mempunyai landasan 1,100 meter panjang dan 30 meter lebar di bawah kendalian Malaysia Airport Holdings Bhd. (MAHB) telah dinaiktaraf dengan pembinaan terminal, landasan baru selain perkhidmatan Jabatan Kastam. Hasil pembaharuan itu juga tambah beliau, kadar purata penginapan resort-resort di Pulau Redang pada tahun lalu meningkat sebanyak 40 peratus. ``Berjaya Air bekerja rapat dengan hotel dan pusat peranginan bagi menawarkan pakej-pakej percutian menarik,'' katanya.

Dato’ Abdul Rahin menyambut ketibaan pertama pelancong ke Pulau Redang melalui penerbangan Berjaya Air.


6

BIL: 58,

1-15 April 2012

RENCANA

Catatan Pengarang

D

Kerajaan hargai sumbangan media sosial

engan perkembangan pesat teknologi maya sekarang ini, rakyat boleh mendapatkan maklumat melalui pelbagai medium seperti blog, facebook dan twitter. Bukan setakat profesional atau golongan pelajar, suri rumah juga melayari dunia siber bagi mencari maklumat yang diperlukan sama ada berunsur positif mahu pun negatif. Kerajaan Terengganu pimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, turut mengitiraf sumbangan penulis melalui media sosial, khususnya blog, kerana tugas mereka menyebarkan maklumat mengenai kegiatan dan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat. Justeru itu, satu perhimpunan besar-besaran diadakan di Wisma Darul Iman baru-baru ini, bagi mempertemukan pemimpin nombor satu negeri ini dengan semua pengamal media sosial, termasuk blogger dan facebooker. Majlis yang disertai hampir 2,000 pengguna medium siber sebagai wadah penyebaran maklumat itu amat bererti kerana pemimpin kerajaan dan pengamal sosial berpeluang bertemu lebih dekat bagi membolehkan

ANALISIS siri 4

Oleh: Pengarang Teganukita am_ukom@gmail.com

. i g a l k o d Ingat ganu???

mereka mendapat `first hand information' daripada Menteri Besar sendiri. Dalam pertemuan itu, Menteri Besar menasihatkan agar pengamal media sosial tidak perlu terikut-ikut dengan gaya penulisan berbaur negatif kerana ia boleh menjurus kepada perpecahan politik, pemisahan dan kebencian antara satu sama lain. Beliau yakin blogger dan facebooker boleh memainkan peranan penting bagi membetulkan keadaan jika terdapat lompang atau apa-apa kecacatan yang dilaksanakan kerajaan negeri. Dato' Seri Haji Ahmad tidak mahu mereka menggunakan kemahiran atau saluran tersebut untuk memfitnah dan menjatuhkan mereka yang tidak berdosa, khususnya pemimpin politik . Justeru, beliau meminta pengamal sosial di negeri ini lebih bertanggungjawab dan menulis benda yang sebenar untuk dipaparkan kepada rakyat. Pengamal media sosial tidak wajar membiarkan mereka digunakan pembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana pemimpinnya sentiasa bertungkus lumus menyediakan segala-gala keperluan

untuk rakyat. Di Terengganu, sebut saja apa keperluan yang diperlukan rakyat, baik dari segi pendidikan, sosial, ekonomi dan kerohanian, semuanya disediakan oleh kerajaan. Pada setiap tahun, bajet yang besar disediakan bagi membiayai program di bidang pendidikan, ekonomi, agama dan sosial. Bantuan kepada pelajar miskin yang mahu melanjutkan pelajaran, pesakit kronik, mangsa bencana, semuanya dibantu tanpa mengira fahaman politik. Apa lagi yang rakyat perlukan, tetapi tidak disediakan kerajaan? Dalam banyak segi, negeri lain tidak menyediakan bantuan seperti dana hari raya, bantuan persediaan pengajian untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi dan sekolah berasrama penuh, tetapi Kerajaan Terengganu menyediakan bantuan setiap tahun untuk tujuan tersebut. Bagi saf kepimpinan Negeri Terengganu rakyat perlu mendapat perkhidmatan terbaik daripada setiap program yang dilaksanakan sesuai dengan konsep ``Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan''.

Johan krisis air... Janji air percuma pula...

Rakyat Terengganu perlu berfikir dan jangan tertipu janji manis Pas

Orang te

M

Terbitan : Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Jalan Pejabat, 20200 Kuala Terengganu. Tel: 09 - 631 3502 | 09 - 623 0582

Sidang Redaksi

emberikan bekalan air percuma 20 meter padu pertama kepada pengguna domestik (rumahtangga) yang bermeter, setiap individu pada setiap bulan. Memang sedaplah dengar, tetapi itu janji sahaja. Kita masih ingat bila Pas menerajui Terengganu, rakyat terus menghadapi krisis bekalan air kerana ketidakcekapan mengurus. Itu pada masa tiada janji bekalan percuma, pun tidak dapat mengendalikan bekalan air dengan sempurna hingga ada yang terpaksa menggunakan air telaga, malah air pancur (anak sungai). Teganukita mempunyai dokumen dan gambar contoh yang dirakamkan semasa Pas perintah Terengganu (1999-2004), suri rumah dari kampung Telok, Tepoh, Kuala Terengganu terpaksa menggunakan air pancur. Di samping sejarah lalu rakyat Terengganu juga tidak perlu melihat jauh, lihat sahaja apa yang sedang berlaku di negeri jiran mereka, krisis air amat tenat sejak sekian lama di bawah pemerintahan Pas.

Sejarah lalu (1999-2004) semasa Pas memerintah Terengganu di mana suri rumah dari Kampung Telok, Tepoh terpaksa menggunakan air pancur (anak sungaI) untuk mandi-manda dan membasuh pakaian. Orang Terengganu nak lagi macam ini ke...?

Jabatan Kesihatan Kelantan sendiri mengesahkan punca utama kerosakan gigi kepada 96 peratus kanak-kanak berumur bawah enam tahun di Kelantan akibat tidak dibekalkan florida mencukupi oleh pihak berkuasa air Kelantan. Pada 20 November tahun lalu, akhbar mendedahkan air di Kelantan termasuk yang dirawat dicemari pelbagai logam berat antaranya mangan, arsenik dan besi yang boleh menjejas kesihatan. Laporan sama turut mendedahkan 57 peratus daripada 1.54 juta penduduk

PENAUNG:

YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said Menteri Besar Terengganu. YB Haji Khazan Che Mat Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

PENASIHAT: Haji Shamsuddin Sulong Pengarah Unit Komunikasi.

PENGARANG:

Ruslan Abdul Rahman Timbalan Pengarah Unit Komunikasi.

Kelantan diancam penyakit taun, kepialu serta leptospirosis kerana terpaksa menggunakan air tidak terawat untuk minuman dan aktiviti harian. Semua ini jelas betapa Pas yang mentadbir Kelantan gagal mengurus bekalan air untuk rakyat. Bila Pas janjikan air percuma untuk rakyat Terengganu jika diberi kuasa, rakyat Terengganu bolehlah membuat penilaian sejauhmana mampunya Pas . Jangan sampai kata pepatah, mendengar guruh dilangit air tempayan dicurahkan. PEN. PENGARANG 1: Kamaruddin Mat Akib (Media Baru).

PEN. PENGARANG 11: Aida Abd. Rahman (Akhbar Teganukita).

WARTAWAN:

JURUFOTO:

Esah Abdullah Zulkipli Putra Suriati Ali Harish Fadzillah Fauzi Mohd Hj. Mohamad Ishak (Besut) Amirullah Othman (Marang) Hazwan Rosli (Dungun) Mastura Jamaluddin (H. Terengganu) Nurul Aziella Saberi (Kemaman)


BIL: 58, 1-15 April 2012

RENCANA • Pemimpin Pas menghasut pelajar Terengganu yang melanjutkan pelajaran di luar negara membenci kerajaan, menjadi punca sembilan pelajar yang sedang menuntut di Mesir, ditarik balik pinjaman mereka.

• Beberapa pemimpin Pas, termasuk Presiden parti itu, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, sering berulang-alik ke negara Mesir, bagi meracuni pemikiran pelajar supaya membenci dan mengutuk kerajaan yang membiayai mereka.

WAKAF RAKYAT Oleh: Cicik Laksamana am_ukom@gmail.com

• Pelajar berkenaan menyatakan mereka pergi (Perhimpunan Bersih) dan orang (penganjur) suruh pakai baju (perhimpunan haram Bersih) dan mereka pakai baju berkenaan.

• Pelajar berkenaan tidak sepatutnya terpengaruh dengan pemimpin Pas yang menghasut mereka membenci kerajaan, sebaliknya berterima kasih kepada Kerajaan BN yang membela nasib mereka selama ini.

Selama ini, pemimpin BN ikhlas memperjuangkan nasib anak-anak Terengganu dengan menghantar mereka menuntut di luar negara, walaupun perbelanjaannya agak besar, bagi memastikan mereka mendapat pendidikan lebih baik dan merubah masa depan keluarga.

Pas punca pelajar ditarikbalik pinjaman

T

indakan pemimpin Pas menghasut pelajar Terengganu yang melanjutkan pelajaran di luar negara membenci kerajaan, menjadi punca sembilan pelajar yang sedang menuntut di Mesir, ditarik balik pinjaman mereka. Beberapa pemimpin Pas, termasuk Presiden parti itu, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, sering berulang-alik ke negara berkenaan, bagi meracuni pemikiran pelajar supaya membenci dan mengutuk kerajaan yang bertanggungjawab membiayai pengajian mereka. Inilah sumbangan pemimpin Pas kepada pelajar yang bukan saja berada di Mesir, tetapi di negaranegara lain di Timur Tengah dan Eropah. Pemimpin Pas bukan membantu membiayai pengajian pelajar terbabit, sebaliknya menghasut dan meracuni pemilikiran mereka dengan fakta-fakta yang tidak betul mengenai dasar-dasar Kerajaan BN bagi menerbitkan rasa benci pelajar kepada kerajaan negeri dan Pusat. Pemimpin parti berkenaan `menyuap' pelajar berkenaan dengan cerita-cerita negatif mengenai pemimpin negeri dan Pusat menyebabkan golongan itu membenci pemimpin BN tanpa sebab, demi kepentingan politik mereka. Justeru bila sembilan pelajar dari Terengganu yang sedang menuntut di Mesir ditarikbalik pinjaman pengajian mereka oleh Yayasan Terengganu (YT) kerana menyertai perhimpuan di Dataran Hayyu Asyier, Mesir, bagi menyo-

Perhimpunan haram oleh pelajar di Dataran Hayyu Asyier, Mesir yang turut membabitkan sembilan pelajar dari Terengganu.

kong perhimpunan haram Bersih di Kuala Lumpur yang diadakan pada 9 Julai tahun lalu, pemimpin Pas perlu dipertanggungjawabkan. Sebelum ini, Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata tindakan itu dilakukan selepas YT tidak puas hati dengan jawapan kepada surat tunjuk sebab yang dikemukakan kepada mereka sebelum ini setelah didapati terlibat dengan kes salah laku tersebut. ``Pelajar terbabit didapati melanggar peraturan dengan menyertai perhimpunan haram Bersih. Selepas kita tidak berpuas hati dengan jawapan yang mereka berikan, kita bertindak menarik balik pinjaman mereka berkuatkuasa serta-merta.

``Pelajar berkenaan menyatakan mereka pergi (Perhimpunan Bersih) dan orang (penganjur) suruh pakai baju (perhimpunan haram Bersih) dan mereka pakai baju berkenaan,'' kata beliau baru-baru ini. Bayangkan, apa yang bakal berlaku kepada pelajar tersebut selepas pinjaman mereka ditarikbalik? Adakah pemimpin Pas akan tampil membela nasib mereka bagi memastikan pengajian pelajar berkenaan tidak tergendala. Dua orang daripada pelajar yang dikenakan tindakan berkenaan merupakan pelajar tahun tiga dan tahun lima Fakulti Perubatan di Mesir. Bagaimana nasib masa depan

mereka dan tujuh lagi rakan lain yang sudah berada di petengahan pengajian mereka dalam bidang lain. Pelajar berkenaan tidak sepatutnya terpengaruh dengan pemimpin Pas yang menghasut mereka membenci kerajaan, sebaliknya berterima kasih kepada Kerajaan BN yang membela nasib mereka selama ini. Isu ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada pelajar lain yang selama ini terikut-ikut dengan segelintir rakan mereka yang begitu taksub dengan pemimpin Pas, hinggakan terlupa `tangan yang menyuap mereka makan'. Sebelum ini, ramai pelajar Terengganu dilaporkan terkandas dalam pengajian mereka kerana terlibat dengan kegiatan politik tidak sihat semasa menutut di Mesir dan beberapa negeri lain di Timur Tengah kerana terpengaruh dengan pemimpin politik dari parti pembangkang. Dalam hal ini, ibu bapa perlu memainkan peranan mengingatkan anak masing-masing yang menuntut di luar negara supaya menumpukan perhatian kepada pelajaran dan tidak terlibat dalam kegiatan politik yang tidak berfaedah, seterusnya menghancurkan masa depan mereka. Selama ini, pemimpin BN ikhlas memperjuangkan nasib anak-anak Terengganu dengan menghantar mereka menuntut di luar negara, walaupun perbelanjaannya agak besar, bagi memastikan mereka mendapat pendidikan lebih baik dan merubah masa depan keluarga.

7


8

BIL: 58,

1-1

RENC

Pemimpin BN Oleh: Kamarudin Mat Akib

R

dinmatkib@yahoo.com

akyat Terengganu sangat beruntung kerana Kerajaan Barisan Nasional (BN) menyediakan segala-gala keperluan untuk mereka, bermula dari bantuan persekolahan anak-anak hinggalah bantuan sara hidup bagi golongan kurang berada. Bagi setiap pelajar yang mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan utama seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM), diberi insentif antara RM120 hingga RM150 seorang. Pelajar yang berpeluang memasuki sekolah asrama penuh dan pusat pengajian tinggi di beri bantuan pengajian antara RM500 hingga RM1,000 seorang, bagi meringankan beban ibu bapa menyediakan kelengkapan pembelajaran mereka. Golongan berpendapatan rendah di negeri ini yang menghidap pelbagai penyakit kronik diberi bantuan perubatan serta pembiayaan rawatan sepenuhnya supaya mereka dapat menjalani pembedahan dan akhirnya sembuh daripada penyakit yang dihidapi. Kerajaan negeri turut menyediakan elaun sara hidup untuk golongan nelayan yang dikaitkan dengan masalah kemiskinan, supaya mereka dapat menjalani kehidupan lebih sempurna. Semua wakil rakyat BN sentiasa mengamalkan konsep `turun padang' bagi meninjau sendiri masalah rakyat secara lebih dekat, pada setiap masa tanpa mengira bila pilihan raya akan diadakan.


15 April 2012

CANA

cakna Rakyat

Mereka `turun padang' bukan dengan tujuan untuk meraih undi semata-mata, tetapi atas kesedaran bahawa rakyat memerlukan khidmat yang terbaik daripada Kerajaan BN. Pemimpin BN meletakkan keperluan rakyat di tahap paling tinggi di mana rakyat perlu merasai nikmat pembangunan hasil kegigihan pemimpin Kerajaan BN memacu ekonomi negeri dan negara. Setiap kali `musibah' seperti banjir, kebakaran, kemalangan dan penyakit kronik menimpa penduduk tempatan, wakil rakyat di kawasan berkenaan menjadi antara orang yang mula-mula sekali melawat mangsa. Wakil rakyat BN akan menghulurkan bantuan yang sepatutnya bagi membantu meringankan beban keluarga, tanpa mengira kerenah birokrasi, agar nasib mereka terbela. Bantuan kepada penduduk tempatan pula diberi tanpa pilih kasih, walaupun sesetengah mereka yang menerima bantuan tersebut merupakan penyokong tegar parti pembangkang. Penduduk tempatan yang menerima bantuan daripada pemimpin BN sepatutnya malu pada diri sendiri kerana pemimpin yang sering mereka caci inilah sebenarnya yang menjadi `penyelamat' sewaktu mereka susah. Manakala pemimpin parti pembangkang yang sering menghasut rakyat supaya membenci pemimpin BN sebenarnya tidak pernah berjasa kepada penduduk tempatan kerana mereka hanya tahu `bersyarah' sahaja, tanpa mempedulikan nasib rakyat. Pemimpin pembangkang hanya pandai berjanji menyediakan bulan, bintang dan cakerawala kepada rakyat, tetapi sejarah telah membuktikan mereka hanya `menanam tebu di tepi bibir' demi bagi meraih undi rakyat semata-mata.

9


10

BIL: 58,

1-15 April 2012

PELANCONGAN

RIADAH

153 spesies burung pikat pelancong Oleh: Suriati Ali

aliasuriati@yahoo.com

J

ika anda ingin melihat puluhan spesies burung terutama yang jarang ditemui secara dekat, boleh singgah atau bercuti di tasik buatan manusia, iaitu Tasik Kenyir Hulu Terengganu. Di lokasi pelancongan yang sememangnya terkenal di serata negara itu, kerajaan negeri dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) mewujudkan Taman Burung. Taman burung yang dibina di kawasan seluas 1.7 hektar di Pulau Terengganu Mati itu bakal menjadi tarikan baru kepada jutaan pelancong di mana sebelum ini hanya berkunjung di Pulau Petang, Pulau Bayas, Pulau Sumas, Pulau Jelatang dan Pulau Batu Pipit. Keseluruhan Taman Burung dilitupi dengan pelbagai spesies flora dan fauna hutan hujan tropika yang tidak ternilai serta sukar ditemui di tempat lain. Sehingga kini, taman burung berkenaan

DESAKU Oleh: Esah Abdullah

esahukom@yahoo.com

J

mempunyai 153 ekor burung pelbagai spesies termasuk 62 ekor burung Kuang, 11 spesies itik dan 101 ekor angsa. Bagi menarik minat pelancong, taman itu turut dilengkapi pelbagai prasarana seperti jeti, pintu gerbang, jambatan gantung, menara tinjau, kolam ikan dan mini kafe. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato' Abdul Rahin Mohd Said, berkata elemen di taman burung di pulau itu di rekabentuk dengan mengambil kira elemen asal Pulau Terengganu Mati. ``Ia berada di kawasan alam semula jadi yang kaya dengan pelbagai flora dan fauna, kemudian diadaptasi menjadi sebuah taman yang `versatile','' katanya. Katanya, tarikan alam semulajadi akan digunakan seperti membuat sarang tiruan dan `feeding station' bagi menarik burung liar. ``Pembinaan taman burung itu akan membantu menjana ekonomi Terengganu

malah penduduk setempat,'' katanya . Mereka yang berminat untuk mengunjunginya boleh mendapatkan khidmat pemandu pelancong dan menaiki rumah bot untuk ke taman burung berkenaan menerusi ejen termasuk khidmat Bahtera Petang Houseboat. Bahtera Petang Houseboat mampu memuatkan maksimum 12 orang dalam satu-satu masa dan bayaran yang dikenakan bergantung kepada tempoh yang dikehendaki oleh pengunjung.

Penduduk Makam Lama tidak tercicir

awatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sentiasa menjadi pokok yang rendang sebagai tempat berteduh dan tanah lapang yang subur untuk sesiapa saja yang ingin berbudi. Sebagai `tuan' dalam sesebuah kampung pula perlu memiliki deria dengar yang baik dan sorotan mata yang tajam dengan mengawasi rutin harian penduduk supaya tidak yang tercicir menerima pembangunan. ``Jawatan memang tidak segah seorang pengarah di jabatan tetapi sebagai `wakil rakyat' dalam kampung, cabarannya tetap ada,'' kata Pengerusi JKKK Makam Lama, Syed Hassan Syed Abdul Kadir, 58 (gambar). JKKK Makam Lama mempunyai 1,600 penghuni dari 500 keluarga, kombinasi dua kampung iaitu Kampung Kubang Buyong dan Kampung Makam Lama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, Parlimen Kuala Terengganu. Bertapak di lokasi di pusat bandar memberi banyak kelebihan dari segi pembangunan prasarana,

kecuali pengawalan kegiatan dan aktiviti penduduk terutama generasi muda yang sudah terbiasa dengan pancaran lampu neon. ``Biar pun bergelar orang bandar, tapi sebagai sebuah kampung tradisional, sikap ramah tamah penghuninya tetap terserlah sebagai satu warisan sikap datuk nenek mereka,'' katanya. Selaku ketua, setiap aktiviti dirancang dipastikan membabitkan kalangan penduduk pelbagai peringkat umur, veteran, Wanita, Pemuda dan Puteri. Untuk mencerminkan kemeriahan sepanjang tahun, setiap ketibaan hari-hari kebesaran negeri, negara serta hari kebesaran dalam Islam akan diadakan sambutan di peringkat kampung. ``Contohnya, aktiviti kacau bubur asyura, sam-

butan Maulidul Rasul, hari kemerdekaan, jamuan hari raya, ibadah korban dan sebagainya,'' katanya. Gotong royong membersihkan dua tanah perkuburan iaitu kubur Malam Lama dan kubur Tok Ku Melaka menjadi aktiviti `wajib' seminggu sebelum bulan puasa. Sebagai anak jati kampung itu, Syed Hassan masak dengan sikap dan denyut nadi penduduk yang sangat menghormati jiran tetangga, namun riak wajah segelintir yang tidak memihak kepada kerajaan juga tidak pernah dipinggirkan. ``Saya tetap menjalankan tugas membantu golongan miskin dan bermasalah mengikut apa yang diperuntukan kerajaan Barisan nasional (BN), biar pun saya tahu ia bukan penyokong, tapi atas dasar perikemanusiaan,'' katanya. Apa yang membanggakan katanya, apabila golongan ini membuka mulut dengan mengucapkan `terima kasih' kepada BN kerana sanggup membantu mereka. Beliau menjadi ketua kampung sejak 2004 itu sentiasa cuba meningkatkan tahap perkhidmatan kepada penduduk dengan mengadakan mesyuarat dan perbincangan dengan ahli jawatankuasa dalam usaha mengekalkan keharmornian dalam kampung.


11

BIL: 58, 1-15 April 2012

Syukurlah kepada yang Esa Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh...

A

LHAMDULILAH. Memulakan bicara kali ini, mari kita melahirkan setinggitinggi rasa syukur kepada Allah s.w.t kerana kita ditakdirkan hidup di zaman ini, dalam sebuah negara yang merdeka, makmur dan aman damai. Hanya dalam tempoh 55 tahun sahaja selepas mencapai kemerdekaan, negara kita telah mencapai pelbagai kejayaan dan kemajuan yang membanggakan. Dulu, kita hidup serba daif, fakir dan tidak punya apa-apa. Tidak ramai yang memiliki rumah sendiri. Jauh sekali daripada memiliki motosikal atau kereta. Sebahagiannya terpaksa berhutang- piutang untuk sesuap nasi. Kehidupan ketika itu ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tidak banyak rumah yang mempunyai tandas sendiri. Sesetengahnya berkongsi tandas dengan seluruh orang kampung. Bahkan dalam masyarakat perkampungan nelayan, mereka tidak pernah mengenal kecuali `tandas pusing' di tepi-tepi pantai. Alangkah sengsaranya, kalau sesekali terasa sakit perut di waktu siang. Nak melepas hajat, malu. Bimbang ada mata-mata yang meneropong. Kekadang, terpaksa tahan, sampai berkeringat menunggu malam menjelma. Namun, apabila malam menjelang, kadang-kadang ruang tandas pusing pula tidak mencukupi. Ramai yang sudah `masuk parking'. yang masih menunggu pun masih ada. Kekadang hilang selera. Yang bernasib baik, bolehlah teruskan perjuangan. Tetapi kalau nasib tidak baik pula, semasa perjalanan menuju ke kawasan itu, kaki terpijak pula `periuk-periuk api' yang sudah ditanam oleh siapa entah gerangannya. Auwww!!! Pijak pula dah! Tak Nampak ke? Manalah nak Nampak, di kampung kita orang gelap. Elektrik masih belum ada. Lebih-lebih lagi laluan ke tepi pantai, mana ada orang pasangkan lampu smawar. Itukan tempat `favorite!' Demikian suasana hidup kami zaman dulu. Sedih ada. Geli hati pun ada. Namun, itu semua menjadi sejarah belaka. Anak-anak hari ini tidak pernah tahu semua itu. Mereka tidak pernah kenal pelita ayam, lampu smawar, lampu spirit, jamur, ubi gadung, buah kemunting, jambu arang dan seumpamanya lagi. Kerana kehidupan hari ini amat jauh berbeza dengan zaman kita orang. Orang Terengganu hari ini sudah berubah wajah. Taraf hidup mereka sudah berubah, hasil kemajuan negeri

yang dirancang dan ditadbir urus oleh Kerajaan Barisan Nasional yang bertanggungjawab. Ya, itulah hakikatnya. Apa yang nak dimalukan. Kenapa hendak malu kepada kenyataan dan hakikat yang ada ini? Anak-anak kita hari ini beruntung dan bertuah. Celik mata sahaja, mereka dah tahu ayam Kentucky, McDonalds, A&W dan seumpamanya lagi. Sebahagian anak-anak seusia 5-6 tahun, sudah ada komputer dan facebook sendiri. Mereka tidak pernah mengenal erti keperitan dan kesusahan hidup. Jauh sekali untuk melihat papan selit. Harga 20 sen hari ini semacam tiada nilai lagi kepada anak-anak kita. Sedangkan zaman kita orang dulu ke sekolah hanya bawa 10 sen sahaja. Paling banyak pun 20 sen. Itupun, kita jimat-jimatkan supaya dapat simpan dalam `celeng' 5 sen atau 10 sen. Guna untuk beli pakaian bagi menyambut hari raya pada setiap tahun. Wahai ibu-ibu dan ayah-ayah sekelian! Ceritakan semua itu kepada anak-anak kita. Perihalkan kepada mereka betapa perit dan deritanya hidup kita zaman dahulu. Moga dengan itu, mereka sedar diri. Mereka tahu diri. Mereka akan menjaga diri. Tidak hanya mementingkan diri sendiri. Harap- harap, mereka akan tahu perjuangan orang orang terdahulu. Bagaimana sengsaranya hidup mereka yang terdahulu. Betapa kesenangan yang dikecapi hari ini dilalui dengan tangisan dan darah. Biar mereka tahu sejarah tanah air ini. Lebih hebat lagi, kalau boleh mereka dekati atuk-atuk kita yang pernah melalui zaman jepun dan bintang tiga memerintah Negara kita. Betapa kekejaman demi kekejaman yang berlaku. Betapa ramai yang terkorban dan cedera. Betapa ramai pula yang mati dibunuh secara kejam di zaman itu. Kerana itu, janganlah berbalah lagi wahai bangsaku. Bersatulah kalian, kerana sesungguhnya perpaduan itu rahmat, sedangkan perbalahan dan perpecahan itu azab. Baginda Nabi s.a.w berpesan: “wajib ke atas kamu bersatu- padu, kerana sesungguhnya pertolongan Allah itu bersama mereka yang bersatu padu� . Sama- samalah, kita menjaga negara yang tercinta ini daripada penjajahan `method' baru. Kerana negara yang merdeka ini adalah amanah Allah. Jangan dek nyamuk seekor, langsung kelambu dibakar. Jangan kerana menurut hati yang panas, kita hancurkan masa depan anak cucu kita akan datang.

Hadis:

Daripada Anas RA katanya, “Ada dua orang adik-beradik pada zaman Rasulullah SAW, salah seorangnya selalu berdamping dengan Rasulullah SAW, dan seorang lagi pergi membuat kerja, maka yang bekerja itu mengadu hal kepada Rasulullah berkenaan dengan saudaranya itu, lalu Rasulullah menjawab: “Semoga engkau diberi rezeki dengan sebab dia.�

Huraian Hadis: 1. Digalakkan membantu ahli ilmu (pelajar dan ulama). 2. Orang yang menuntut ilmu mempunyai kelebihan iaitu rezekinya dijamin oleh Allah SWT dengan mendorong orang lain membantunya. 3. Seseorang itu janganlah berbangga kerana mempunyai pekerjaan yang baik dan memperoleh rezeki yang lumayan kerana rezeki yang diperolehi itu mungkin disebabkan doa orang lain.

AGAMA

MIMBAR Sumber : JAKIM


12

BIL: 58,

1-15 April 2012

RENCANA kata pelumba yang bernaung di bawah Terengganu Pro-Asia Cyling Team (TSG) itu. Bagaimanapun, Mohd Shahrul cukup bertuah ketika berlegar cemuhan di luar sana, keluarganya pula banyak memberi dorongan dan kata perangsang terutama kedua orang tuanya, Mat Amin Said, 63 dengan Fatimah Muda, 53. Keluarganya itu kadangkala meluangkan masa dan tenaga memandu beratus kilometer demi menyaksikan dan memberi semangat kepada anak bongsu daripada lima beradik di beberapa siri kejohanan daripada lebih 50 pertandingan yang mula disertai sejak enam tahun lalu. Selaku pemegang jersi putih hasil kejuaraan acara lepas beramai-ramai elit lelaki Kejohanan Berbasikal Kebangsaan 2011 sejauh 176 kilometer bangsaan 2011 sejauh 176 kilometer bangsaan 2011 sejauh 176 kilometer dengan masa 4 jam 18 minit 47.263 saat pada 26 Jun lalu. Kejayaan itu juga membaiki kedudukan di tempat kedua di belakang pelumba negara, Mohamad Adeq Husainie Othman pada kejohanan serupa tahun sebelumnya. Sebelum menjuarai kejohanan berprestij itu, bekas penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Telanai, Marang itu terlebih dahulu meraih juara acara elit lelaki di Kejohanan Grand Prix Kebangsaan 2011 sirkit Melaka (GP Melaka) di Bukit Katil sejauh 156 kmm. Pada 2008, Shahrul mengenggam dua emas dalam Sukan Malaysia Ke-12 Terengganu bagi kategori lebuh raya berpasukan dan individu, selain merekod dua kejuaraan, masing-masing di MTB Mont Kiara dan Terbuka Singapura. Selain itu, pemuda yang menjadikan pelumba negara, Suhardi Hassan dan pelumba sensasi Kazakhstan, Alexandre Vinokourov sebagai idola ini juga merangkul juara di Jelajah Malaysia pada peringkat pertama ketika mewakili pasukan Angkatan Tentera Malaysia dua tahun lalu. Atlet muda yang berketinggian 165 sentimeter dan berat 56 kilogram ini tetap mahu terus menabur bakti bersama pasukan TSG yang dinaunginya sejak 2010 selepas menamatkan khidmatnya hampir dua tahun bersama pasukan kebangsaan. ``Bersama TSG sebuah pasukan yang dibentuk kerajaan negeri ini, saya lebih yakin dan bersemangat kerana TSG mempunyai hala tuju dan jaminan masa depan, malah mempunyai sasaran jelas untuk menaiki divisyen dua,'' katanya yang turut merangkul kejuaraan di peringkat keempat dalam siri Jelajah Brunei, selain tempat keempat di Kejohanan Grand Prix Kebangsaan 2011 Sirkit Rantau Panjang tahun lalu. Selepas mengharungi cabaran bersama rakan sepasukan di Le Tour de Langkawi 2012, Ahmad Shahrul yang turut memberi tentangan sengit ketika jelajah Le Tour de Taiwan dengan kedudukan terbaik di tangga keempat ( peringkat keempat), berpegang kepada prinsip `tiada mustahil demi menggapai impian' dan nekad untuk membaiki prestasi semasa serta menjejakkan kaki di podium yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Tempo kayuhan Shahrul kian padu IKON Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

T

ujuh tahun lalu hati kecil pemuda ini pernah memasang angan untuk memiliki basikal lumba yang mahal selain dilengkapi aksesori yang berkualiti dan berjenama. Angannya berlalu sebaik juga langkah kakinya jauh melewati kedai basikal yang sentiasa dikunjungi di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu ketika mula-mula berjinak bersama rakan sekampung dalam sukan berbasikal itu. Pemuda yang lahir di Kampung Bukit Cerana, Bukit Payong, Mohd Shahrul Mat Amin, 21, kini mampu mengukir senyum penuh makna apabila namanya kini mula menyinar dalam sukan ekstrim yang juga merealisasikan impiannya untuk mengayuh basikal berharga lebih RM25,000 seunit. Setiap kejayaan menjejakkan kaki di podium dengan kejuaraan pertama kali dalam Kejohanan Lumba Basikal Kriterium Shah Alam pada 2004 menutup segala sindiran dan tebakan kata-kata negatif mengenai penglibatannya dalam arena itu tidak mampu memberi pulangan kepada masa depannya. ``Ketika awal penglibatan dulu, bukan sahaja segelintir orang kampung melihat usaha saya ini sia-sia dan tiada masa depan, malah ada guru sekolah juga menasihati saya memilih hala tuju dan bidang lain yang dikatakan lebih terjamin,''

JKM kukuhkan akses terbaik untuk OKU JABATAN & ANDA Oleh: Fauzi Mohd

fauzibinmohd@yahoo.com

J

abatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memastikan kirakira 10,000 golongan orang kurang upaya (OKU) di negeri ini mendapat akses terbaik bagi mendapatkan pelbagai kemudahan yang disediakan jabatan itu. Bagi tujuan itu, JKM ne-geri telah memperuntukkan RM10.5 juta pada tahun ini dalam menyalurkan bantuan kepada golongan OKU yang layak mengikut jenis bantuan yang diluluskan jabatan itu. Dalam usaha memperkukuhkan peranan JKM kepada golongan itu, Pengarahnya, Zuhaimi Omar (gambar) sekali lagi mengingatkan pemegang kad OKU dapat menukarkan kepada kad baru yang lebih berkualiti mirip Mykad. Kata beliau, proses penukaran kad itu sudah bermula sejak Ogos tahun lalu dan sehingga kini hampir 2,000 ahli sudah menggunakan kad baru. Justeru katanya, mana-mana OKU yang sudah berdaftar mahupun belum, diharap dapat berbuat demikian di pejabat JKM berdekatan atau boleh mendaftar secara dalam talian bagi mempercepatkan mereka mendapat kad tersebut. ``Sehingga kini seramai 10,000 OKU sudah mendaftar dengan JKM di negeri ini dan kita yakin menjelang pertengahan tahun ini, kita mampu menyelesaikan semua urusan menukar kad lama kepada kad yang baru ini. ``Dengan kad ini, golongan OKU layak memohon pelbagai bantuan yang disediakan kerajaan khusus untuk mereka termasuk elaun untuk pekerja kurang upaya, elaun penjaga pesakit kronik dan insurans sebagaimana disebut dalam Bajet 2012,'' katanya baru-baru ini. Menurut Zuhaimi, sehingga Disember tahun lalu, seramai 3,370 penerima sudah menerima bantuan masing-masing melibatkan pelancaran geran bantuan sebanyak RM380,000 (163 penerima), elaun pekerja cacat RM9.4 juta (2,893 penerima) dan bantuan alat tiruan RM700,000 (314 penerima). ``Selain itu, kita juga menyalurkan bantuan kepada lebih 1,400 kanak-kanak OKU di 40 Pusat Dalam Komuniti (PDK) yang beroperasi di negeri ini melibatkan pelbagai aktiviti sepanjang tahun. ``Sehubungan itu, kita berharap ibu bapa, pemimpin masyarakat dan mereka yang berkenaan dapat menyalurkan maklumat jika masih ada OKU yang belum mendaftar supaya berbuat demikian di pejabat kebajikan berhampiran agar bantuan dapat disalurkan kepada mereka,'' katanya. Beliau menganggarkan masih ramai OKU yang tidak mendaftar dengan jabatan itu walaupun pelbagai usaha termasuk turun padang dan hebahan dilakukan untuk mendaftarkan mereka. ``Faktor malu di kalangan ibu bapa yang mempunyai anakanak cacat masih ada sedangkan banyak peluang yang boleh membantu tuntuk mereka berdikari,'' ujarnya. Tahun lalu katanya, JKM negeri membelanjakan RM89.8 juta daripada peruntukan RM92.2 juta melalui enam jenis bantuan bulanan kepada 32,877 orang golongan miskin sepanjang tahun lalu. Katanya, melalui bantuan am, jabatan itu membelanjakan RM44.7 juta membabitkan 19,393 manakala kes manakala bantuan kanak-kanak, JKM memperuntukkan RM20.3 juta membabitkan 5,619 kes. ``Jabatan juga tidak mengabaikan golongan warga emas dan telah membelanjakan RM9.5 juta dibawah bantuan orang tua membabitkan 1,350 orang penerima manakala bantuan penjagaan OKU dan pesakit kronik RM4.1 juta dan bantuan kepada OKU tidak bekerja RM1.5 juta,'' ujarnya.


BIL: 58,

13

1-15 April 2012

AM

Wanita melangkah ke `zon pecut’ - Wan Maznah Oleh: Esah Abdullah

G

esahukom@yahoo.com

erak gempur jentera Juara Rakyat (JR) Pergerakan Wanita Umno Perhubungan Negeri Terengganu sudah masuk ke fasa terakhir dalam misi menawan hati pengundi hingga ke peringkat akar umbi. Jika pada awal 2012 usaha bermula melalui aktiviti bersemuka dengan 603,401 pengundi melalui 12,000 JR di lapan Parlimen, kini gerak kerja dipecahkan kepada kelompok kecil untuk menyusuri

ke setiap lokaliti. ``Hasil gerak kerja JR yang tidak pernah mengenal jemu kita berjaya buat bacian 100 peratus pengundi di negeri ini,'' kata Ketua Penerangan, Pergerakan Wanita Umno Perhubungan, Hajah Wan Maznah Nong. Katanya, bermula awal Mac lalu, jentera wanita sudah melangkah ke `zon pecut' dengan melakukan pemutihan terhadap pengundi yang di `atas pagar' atau istilah terhadap golongan yang bersikap seperti `lalang'.

``Kita akan menjejaki setiap tangga rumah penduduk di kampung-kampung untuk mendapat gambaran jelas kecenderungan isi keluarga,'' katanya ketika dihubungi Teganukita. Katanya, usaha yang digerakkan melalui ketua lima (K5) iaitu seorang JR menjaga lima keluarga dilihat berjaya memberi khidmat kepada masyarakat kampung dalam apa juga suasana dan keadaan. Dalam pada itu, JR bertanggung jawab menjadi pemerhati

setiap kedatangan tetamu yang tidak diundang yang mungkin membawa maksud tersirat. ``Hubungan dan keakraban yang sedia terjalin lebih memudahkan jentera wanita untuk menghadapi `perang besar' yang akan datang pada bila-bila masa saja,'' katanya. Sehubungan itu, sambil menanti tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, Wanita melalui Skuad Sayang meneruskan aktiviti ziarah dan sembang petang untuk mengeratkan silaturahim.

WAN MAZNAH

Hapus cukai Rakyat `gadai’ Marang kepada pembangkang pintu hanya janji kosong Pas Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

P

as terpaksa `mencipta' manifesto yang langsung tidak masuk akal demi menambat hati pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti. Walhal setiap manifesto ciptaan mereka pernah gagal diterjemahkan ketika mereka menawan Terengganu suatu masa dulu (1999-2004), khususnya dalam isu memansuhkan cukai pintu kepada penduduk Terengganu. ``Antara lain janji awal PRU 13, jika Pas menang, cukai pintu dihapuskan. Itu suatu pembohongan. Rakyat terkeliru dan keadaan itu boleh diibaratkan `mati semut kerana gula,'' kata Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said. Menurutnya, Perlembagaan Persekutuan jelas menyebut bahawa mana-mana enakmen yang diluluskan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang didapati bercanggah dengan akta di peringkat Parlimen automatik enakmen berkenaan akan gugur. ``Ini bermakna mengikut Enakmen peringkat DUN, walaupun Pas memenangi dan memerintah Terengganu mereka sama sekali tidak boleh menghapuskan cukai pintu. ``Sebab ia tidak boleh diluluskan di DUN bagi menghapuskan cukai pintu di bawah Akta 131 kerana bercanggah dengan akta di peringkat Parlimen,'' katanya. Malah, ketika memerintah Terengganu dahulu, Pas bertindak membiarkan sahaja cukai pintu bertambun-tambun di pejabat tanah dan daerah tanpa menghantarnya kepada penduduk. Kesannya, tanpa sumber pendapatan yang mencukupi mengakibatkan kerajaan Pas ketika itu gagal membayar elaun lebih masa kepada kakitangannya yang bertugas selepas waktu pejabat terutama bagi membersih sampahsarap di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)masing-masing.

P

usat Bandar Marang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang merupakan antara bandar yang paling ketinggalan dari segi pembangunan sejak 30 tahun lalu kerana berada di bawah pemerintahan pembangkang. ``Rhu Rendang antara kawasan yang paling ketinggalan dalam arus pembangunan dan segala yang dikecapi hari ini merupakan `ehsan' daripada Kerajaan Pusat. ``Peruntukan dari aspek bantuan dan menyediakan kemudahan yang disediakan kerajaan negeri kepada rakyat mungkin sama sebagaimana kawasan lain, tetapi banyak pembangunan yang mahu dilaksanakan Kerajaan Pusat seperti Kolej Matrikulasi yang diluluskan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU ) Ke-12, terbengkalai selepas Parlimen Marang jatuh ke tangan Pas,'' kata Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Haji Nik Dir Nik Wan Ku. Katanya, proses menyalurkan peruntukan bagi membangunkan kolej berkenaan yang dikatakan sudah mempunyai kontraktor itu terbantut apabila Marang yang sebelum ini di bawah Kerajaan Barisan Nasional beralih kepada Pas selepas PRU 12. Selain Kolej Matrikulasi, Pusat Kesihatan Marang, Pejabat Pelajaran Daerah Marang, Pejabat Gunasama Persekutuan, Mahkamah Majistret, Pejabat Pendaftaran Negara, Sekolah Menengah Sains dan Mini Stadium yang

Akibatnya Bandar Marang dalam DUN Rhu Rendang ketinggalan dari segi pembangunan sejak 30 tahun lalu.

Marang merupakan bandar yang paling ketinggalan dari segi pembangunan di bawah pemerintahan pembangkang sejak 30 tahun lalu.

mana semuanya sudah ditentukan kawasan bagi pembangunan projek oleh Kerajaan Pusat itu gagal diteruskan. ``Inilah akibatnya apabila penduduk Marang sendiri yang menggadai kawasan mereka kepada pembangkang pada PRU 12 yang lalu. ``Pendek kata semua pejabat kerajaan dan agensi berkenaan sudah ada peruntukan dan tanah masing-masing, serta hanya menunggu untuk dibangunkan sahaja. Tetapi malang sekali, peranan wakil di peringkat Parlimen gagal meneruskan kesinambungan perjuangan membangunkan Marang serta Rhu Rendang sendiri,'' ujarnya.

Katanya, penduduk Marang terutama Rhu Rendang perlu berubah supaya zaman kegemilangan ketika Dato' Abdul Rahman Bakar menjadi Ahli Parlimen selama dua penggal(1999-2008), pelbagai projek Kerajaan Pusat dapat dijayakan dan dilaksanakan dengan lancar. Sepanjang 1999-2004 pelbagai projek Kerajaan Pusat berjaya dilaksanakan di Marang termasuk Bangunan Mara, jeti pendaratan ikan, projek mendalamkan muara sungai Marang, Institut Latihan Perindustrian, Institut Latihan Belia, bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah Marang dan Institut Latihan FRU.

Dana Khas Perubatan: 3,000 pesakit dibiayai rawatan - A. Rahman K

erajaan negeri membelanjakan lebih RM8 juta di bawah Dana Khas Kebajikan Sosial Perubatan bagi membiayai rawatan lebih 3,000 pesakit yang tidak berkemampuan. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar berkata, dana yang dirintis pada 2007 itu menyediakan peruntukan RM2 juta setiap tahun. ``Terengganu merupakan satusatunya negeri yang menyediakan dana tersebut bagi meringankan beban rakyat membiayai rawatan dan keperluan mereka,'' katanya selepas melancarkan Program Gem-

pur Subsidi Mamogram Peringkat negeri di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara negeri, Nurfarhana Lee Mohd. Zulkiflee Lee. Menurut A. Rahman, di bawah dana tersebut, mereka dibantu termasuk pembelian peralatan seperti kaki palsu, lampin pakai buang dan bekalan susu khas. Katanya, kerajaan negeri juga mempunyai dana penyakit kronik untuk membantu mereka yang tidak mampu membiayai kos rawatan dan ubat-ubatan mereka.

Dr. A. Rahman mengetuk gong sebagai gimik Pelancaran Program Gempur Subsidi Mamogram Peringkat Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman.


14

AM Permaisuri bukan lagi `pekan koboi’

ISHAMUDIN

B

andar Permaisuri yang merupakan sebuah pusat pentadbiran utama bagi daerah ini dijangka berubah wajah apabila Majlis Daerah Setiu (MDS) akan membina dua bangunan kedai serta rumah teres bernilai lebih RM11 juta pada tahun ini. Pelaksanaan tiga projek berkenaan di tiga lokasi sekitar bandar ini mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri, persekutuan dan pelaburan pihak swasta. Yang Dipertua MDS, Ishamudin Hashim berkata, daripada peruntukan itu, pihaknya akan membina sebuah bangunan dua tingkat yang menempatkan enam unit ruang kedai serta pejabat berhampiran Bank CIMB yang berharga RM3 juta. Beliau berkata, bangunan tersebut akan dikendalikan secara usahasama dengan UDA Land bagi membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) yang sedang berusaha menaikkan imej bandar itu yang suatu ketika dahulu sunyi serta sepi. Menurutnya, MDS juga akan membina 21 unit kedai tiga tingkat yang dianggarkan menelan kos kira-kira RM4 juta. ``Kami turut membangunkan 15 unit rumah teres dua tingkat berharga RM4 juta di Kampung Putera Jaya. ``Dengan pembinaan ketigatiga projek itu, ia secara tidak langsung akan menambahkan lagi bangunan kedai serta perumahan yang sedia ada,'' katanya baru-baru ini. Encik Ishamudin memberitahu, PBT itu juga menyediakan peruntukan sejumlah RM300,000 untuk projek pengindahan kawasan bandar termasuk landskap. Menurutnya, keceriaan sekitar Bandar Permaisuri perlu diberi perhatian sepanjang masa kerana ia merupakan nadi arus pembangunan, selain menjadi tumpuan orang ramai dari luar serta daerah berkenaan.

BIL: 58,

FOKUS KHAS Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

1-15 April 2012

Manir tidak mungkin bergelap lagi

M

ajoriti penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir sudah mula membuka mata untuk menghargai segala peranan dan sumbangan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa memacu pembangunan selain menyediakan bantuan serta kemudahan di kawasan itu, malah ada diantara kemudahan yang tidak dilaksanakan di kawasan lain. Sementelah DUN yang sudah lima penggal dimenangi Pas itu, Kerajaan BN tetap melengkapi kawasan yang dipantau Pegawai Pembangunan DUN Manir, Encik Yusof Awang Hitam dengan pelbagai kemudahan infrastruktur dan prasarana. Sistem perhubungan jalan raya, jambatan mahupun kemudahan perparitan, longkang, dewan serbaguna, bekalan air dan elektrik yang serba lengkap tersedia buat kira-kira 25,000 penduduk melibatkan 3,600 unit rumah di sekitar kawasan itu. ``Tidak cukup dengan bantuan itu, kami mencari alternatif lain bagi membantu meringankan bebanan penduduk yang kebanyakannya hanya bekerja kampung termasuk mewujudkan Klinik Masyarakat (Yusof Awang Hitam) secara percuma sejak 2009 dan bantuan terbaru, Skim Insurans Pos 1Malaysia yang ditawarkan kepada semua penduduk tanpa mengira lapisan usia dan latar belakang politik. ``Kami tidak memilih bulu dalam

Hanya kerajaan BN sahaja yang cakna dan membawa pembangunan kepada penduduk DUN Manir.

menyediakan segala bantuan kerana kerajaan BN jelas bertanggungjawab, prihatin dan tiada pihak terpinggir. Kalau mereka tidak mengundi BN sekali pun, sekurang-kurangnya segala perlakuan mulia kita itu mudah-mudahan mendapat ganjaran di sisi Allah s.w.t,'' katanya kepada Teganukita, baru-baru ini. Katanya, sehingga kini, sudah hampir 1,000 penduduk berusia antara 21 hingga 60 tahun mengisi borang untuk mencarum RM11 setahun bagi menyediakan perlindungan apabila berlaku insiden sebagaimana yang disyaratkan dalam polisi dengan tuntutan maksimum RM5,000 di mana sijil premium berkenaan akan diserahkan kepada peserta dalam tempoh terdekat. Malah, kemudahan perubatan percuma yang ditawarkan Klinik `Pak Usop' di

Kampung Pulau Bahagia yang memerlukan peruntukan kira-kira RM20,000 sebulan itu kini beroperasi dua kali sebulan pada Sabtu pertengahan dan hujung bulan, berbanding hanya sebulan sekali sebelum ini. Katanya, setiap pesakit diberikan layanan sama rata oleh lebih 10 petugas dan pakar perubatan serta dibekalkan ubat-ubatan bagi mengubati pelbagai penyakit seperti demam, batuk, selsema, diabetes, jantung serta kencing tidak lawas. Selain pembangunan kemudahan prasarana menerusi pihak berkuasa tempatan sebanyak RM750,000 yang diperuntukkan kerajaan negeri tahun ini, penduduk juga terus diberikan `subsidi' termasuk bantuan cermin mata berharga RM250 seunit.

Lapan pelajar ditaja latihan selenggara penerbangan di China

Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan Dato’ Haji Mazlan Ngah menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Yayasan Terengganu dengan Pusat Latihan TAECO Xiamen di Wisma Darul Iman, baru-baru ini. Oleh: Suriati Ali

aliasuriati@yahoo.com

K

erajaan Terengganu akan menghantar lapan pelajar lepasan diploma bagi melanjutkan pelajaran peringkat ijazah di Pusat Latihan TAECO Xiamen, China. Kesemua pelajar itu akan mengikuti bidang Kejuruteraan Penyelenggaraan Kapal Terbang di pusat latihan itu dengan yuran pengajian dibiayai Yayasan Terengganu (YT).

Kira-kira RM1 juta dibelanjakan YT bagi tujuan itu di mana setiap pelajar dikenakan yuran pengajian sebanyak RM124 ribu bagi tempoh dua tahun. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata kesemua pelajar yang dipilih itu adalah berkeluasan Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan mendapat lulus cemerlang dalam ujian berkaitan. ``Kerajaan negeri sentiasa bersedia menjalin kerjasama dengan pusat latihan itu untuk

terus menghantar lebih ramai lagi pelajar pada masa akan datang,'' katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menangani memorandum persahaman antara YT dengan Pusat Latihan TAECO Xiamen, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi

dan Sumber Manusia negeri, YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman; Pengarah Yayasan Terengganu, Encik Zakaria Yusof dan Pengarah Yayasan Islam Terengganu (YIT), Haji Md. Kamarul Al-Amin Ismail. Dato' Seri Haji Ahmad berkata, kerajaan negeri akan menghantar sekurang-kurangnya sepuluh pelajar lepasan diploma untuk mengikuti pengajian di pusat latihan sama pada setiap tahun sekiranya melepasi syarat yang ditetapkan.


BIL: 58,

15

1-15 April 2012

Mubarak sedia bantu jentera BN Oleh: Esah Abdullah

esahukom@yahoo.com

M

ajlis Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Mubarak) bersedia memberi komitmen padu bagi membantu jentera parti mengekalkan pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional (BN) sekaligus mengelak kerajaan tumbang di tangan pembangkang. Yang Dipertuanya, Dato' Haji Ahmad Sidi Ismail berkata, kebanyakan ahli Mubarak bergiat aktif dalam masyarakat selepas tidk Menteri Besar menyaksikan penyerahan cek untuk Gabungan Koperasi Mubarak Malaysia Bhd. lagi menjadi wakil rakyat dan ini memberi peluang khidmat selagi termampu. negeri di bawah pimpinan Raya Umum (PRU) akan untuk terus berkhidmat ``Melihat kepada perkem- Dato' Seri Haji Ahmad Said datang. bangan mutakhir ini, saya yang telah menawarkan ka- ``Pengaruh mereka masih kepada parti. ``Ahli Mubarak sentiasa yakin BN mampu mengekal- wasan seluas 200 hektar kuat di kalangan masyarakat memainkan peranan di pering- kan pemerintahan di negeri kepada Mubarak untuk dan berharap ia dapat memkat cawangan, kawasan dan ini,'' kata bekas Ahli Exco membangunkan ladang bantu BN ketika menghadapi PRU nanti,'' katanya. Parlimen serta mempunyai kerajaan negeri itu ketika kelapa sawit. Sementara itu, Menteri Katanya, biar pun mereka pengaruh tersendiri dalam diminta pandangan suasana Besar turut menghargai pentelah bersara dari jawatan memenangi hati rakyat,'' politik di negeri ini. gorbanan dan khidmat bakti dalam parti namun masyarakatanya kepada pemberita di Dalam perkembangan lain, bekas wakil rakyat terhadap kat tetap mengingati dan Mesyuarat Agung Mubarak Mubarak telah menubuhkan pembangunan negeri dan menghargai jasa bekas Kali Ke Sembilan di Ibai Golf koperasi dengan permulaan rakyat. wakil rakyat yang banyak Resort, Kuala Terengganu, dana RM200,000 sumban- ``Kita memberi sumbangan membantu membangunkan gan kerajaan negeri . baru-baru ini. ini untuk mereka membeli kerajaan dan pentadbiran Katanya, walaupun tidak Menurutnya, keahlian saham dan apabila dapat negeri suatu waktu dahulu. lagi memegang jawatan terbuka kepada semua ahli keuntungan,dividen berkenaan ``Saya harap ahli Mubarak penting dalam parti tetapi keluarga sama ada isteri, akan dimasukkan kedalam turut bekerja keras bagi metugas dan tanggungjawab anak serta cucu ahli Mubarak akaun Mubarak,'' katanya. mastikan BN terus berkuasa memupuk semangat perpad- dengan permulaan saham Dato' Seri Haji Ahmad di negeri dan negara ini agar uan di kalangan anggota RM100 ke atas. berharap ahli Mubarak terus generasi akan datang terus masyarakat tidak pernah Beliau turut mengucapkan membantu parti terutama mendapat pembelaan yang terhenti dan terus memberi terima kasih kepada kerajaan dalam menghadapi Pilihan sewajarnya,'' katanya.

Adun Bukit Tunggal `hutang budi’ dengan biawak Selain memastikan ekosistem kehidupan pelbagai spesies burung itu terkawal, pihak pengurusan khir tahun lalu, Ahli dan ular sawa. Dewan Undangan Dalam hal ini, pem- pulau yang terletak empat Negeri (Adun) Bukit bangkang menjadikan kilometer dari Pengkalan Tunggal yang melakukan biawak dan ular sawa Gawi itu turut membina `Eksplorasi Terjah' ke Pulau sebagai alasan projek beberapa prasarana soTerengganu Mati, Tasik Kenyir itu `mati' separuh jalan kongan seperti pagar mendakwa projek Taman lantas mengeluarkan `cop elektrik, rumah rawatan Burung di pulau seluas mohor' BN tidak pandai dan bilik kuarantin. Pekerja yang menyelia 1.7 hektar itu dibuat tanpa mentadbir negeri. kajian dan tiada faedah Dari segi politik murahan, taman itu turut ditambah ekonomi kepada rakyat. pemimpin Pas `terhutang bagi tujuan pemantauan, Disebabkan terlalu gopoh budi' dengan `natang' itu penelitian aspek pemakanan untuk menjadi `pejuang' yang membaham angsa dan dan kesihatan, termasuk dengan m e n g h e n t a m itik di pulau itu sehingga kawalan pada waktu malam. projek-projek Kerajaan ia menjadi modal ceramah Tinjauan Teganukita Barisan Nasional (BN), dalam kempen `PAS ganti di pulau itu baru-baru ini mendapati hidupan speTimbalan Pesuruhjaya III UMNO' di Terengganu. PAS Terengganu itu turut Bagi kepimpinan kera- sies burung mula `serasi' mendakwa Pulau Burung jaan negeri serta pelbagai di habitat baru mereka sebagai `projek mengigau'. agensi lain seperti Lem- apabila terdapat empat Tidak cukup dengan baga Kemajuan Tereng- ekor burung merak sudah tohmahan itu, beliau yakin ganu Tengah (Ketengah) mula mengeram dan seekor projek itu terpaksa dihentikan dan Unit Pembangunan lagi sudah menetaskan `separuh jalan' berikutan Tasik Kenyir, isu itu diatasi tiga ekor baka baru. banyak angsa dan itik di dengan bijaksana melalui Perkembangan itu menunpulau itu `lesap' dibaham langkah-langkah kesela- jukkan usaha manghalang ancaman haiwan pemangsa binatang liar seperti biawak matan lebih ketat.

A

berhasil tanpa ancaman. Sehingga kini, 17 spesies burung berjumlah 153 ekor termasuk 62 burung kuang dipelihara di pulau itu. Selain itu, 11 spesies itik dan 101 ekor angsa. Ia turut dilengkapi prasarana lain seperti jeti, pintu gerbang, jambatan gantung, menara tinjau, kolam ikan dan kafe. Turut menyertai lawatan itu, Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Dato' Mat Razali Kassim dan beberapa wakil pelabur dari Dubai. Dato' Seri Haji Ahmad berkata, perkembangan positif itu mampu menaikkan imej sektor pelancongan di Tasik Kenyir yang sebelum dan sehingga hari ini masih menjadi mangsa tohmahan pemimpin PAS untuk meraih undi pilihan raya.

AM Hapuskan PTPTN, janji terdesak pembangkang P

akatan Rakyat cuba `menangguk di air keruh' dengan mengambil kesempatan atas beban yang tidak tertanggung di kalangan mahasiswa bagi menjelaskan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bertindak menabur janji untuk menghapuskan pinjaman itu dan digantikan dengan pendidikan percuma. Mereka terdesak untuk meraih populariti selain sokongan rakyat agar memihak mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti, lantas sengaja memesongkan fakta dan membuat auta dengan memberi kenyataan yang tidak masuk akal itu. Mendengar berita hangat oleh pembangkang jika diberi mandat menawan Putrajaya sememangnya tawaran yang sangat hebat, namun ia tidak bersandarkan logik dan fakta atau dengan kata lain `omong kosong' semata-mata. Sememangnya kita semua akui, ramai peminjam PTPTN belum mendapat pekerjaan tetapi terpaksa menjelaskan kembali hutang PTPTN, sehinggakan pelbagai tindakan dikenakan kepada mereka termasuk tindakan undang-undang gara-gara lewat dan langsung tidak membayarnya sebagaimana perjanjian asal. Walhal, perlu diingatkan konsep meminjam, selepas meminjam setiap peminjam wajib membayarnya. Berdasarkan satu laporan, pada 2011 sahaja, seramai 1.87 juta penuntut membuat pinjaman PTPTN membabitkan peruntukan RM41.6 bilion. Realiti mahasiswa di Malaysia, kebanyakan mereka lebih gemar memilih untuk meminjam daripada PTPTN disebabkan bukan semua mendapat tajaan biasiwa JPA mahupun MARA. Selain itu, kita juga yakin bahawa tidak semua mahasiswa di negara kita dan Terengganu terdiri dari latar keluarga yang berkemampuan untuk membiayai anak belajar ke mana-mana pusat pengajian di luar negara. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata tanpa pinjaman PTPTN pastinya pelajar dan ibu bapa berdepan dengan kemelut untuk menyambung pengajian anak-anak mereka berikutan kekangan sumber kewangan bagi menampung perbelanjaan sehingga tamat belajar. Katanya, majoriti masyarakat Melayu di Terengganu khasnya seringkali berdepan dengan masalah kewangan bagi pendidikan anak-anak sebaliknya masalah itu tidak menimpa masyarakat Cina dan India. ``Masyarakat Cina tidak pernah datang berjumpa saya untuk meminta bantuan kewangan bagi menampung anak mereka belajar kerana mereka bersedia lebih awal dengan membuat tabungan demi pelajaran anak-anak mereka pada masa depan. ``Kalau Kerajaan Persekutuan tidak menyediakan pinjaman PTPTN, bagaimana agaknya nasib orang Melayu. Bagaimanapun, hari ini mereka (pembangkang) membuat isu pula, tidak mahu membayarnya pula, buat Buku Jingga pula. ``Kalau pakatan rakyat menang hendak hapuskan PTPTN, `RM50 bilion' dia hendak hapuskan, lepas itu akan datang ...bangkrap terus kerajaan. Pembangkang tidak sedar, kita bagi RM2 bilion mereka kata bangkrap, mereka hendak hapuskan RM50 bilion begitu sahaja, tidak bangkrap pula,'' katanya. Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak berkata, janji yang diuar-uarkan pembangkang itu jika dilaksanakan juga boleh mengakibatkan negara muflis dan menjadi lebih teruk daripada apa yang berlaku di Greece. Malah, Kerajaan Pusat tidak akan menabur pelbagai janji yang tidak mampu ditunaikan seperti yang dilakukan pembangkang semata-mata mahu menagih perhatian dan undian rakyat.


Terengganu julang Piala Emas Khir Johari

S

trategi bertahan dan menyimpan tekong terlebih dulu, membawa Terengganu menjulang Piala Emas Khir Johari (gambar) buat kali pertama pada Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan Ke-49 di Dewan Majlis Perbandaran Manjung, Perak, baru-baru ini. Skuad bimbingan Ahmad Mohd. Zin membenam juara bertahan, Selangor 2-0 dalam perlawanan akhir untuk meraih RM5,000 pada kejohanan berpasukan tertua di dunia itu, sekali gus menghampakan hajat lawan untuk mencipta rekod penyandang terbanyak, 12 kali. Biarpun diheret ke set penentuan oleh Selangor yang dibarisi ramai pemain elit dan bekas pemain berpengalaman antarabangsa, Terengganu tetap kental untuk memenangi kedua-dua regu, (15-10, 11-15, 15-9) dan (15-6, 10-15, 15-12) dalam tempoh 160 minit. ``Bagi regu kedua, kami menurunkan dua pengumpan terlebih dulu, Zulhafizazudin Rosslan dengan

Mohd. Faiz Jalal di tempat tekong tetap, Zulkifli Abd. Razak manakala pelibas, Fadzli Roslan dan ternyata strategi menyerap asakan lawan menjadi, malah dibantu kurangnya kesilapan servis. ``Kemenangan bersejarah ini juga hasil latihan pesat dua minggu sebelum kejohanan, selain dua minggu sesi persahabatan dengan kelab Thailand di Bangkok, Februari lalu,'' kata

Fatehah pelumba wanita Malaysia pertama ke Olimpik

ISSN 2180-4737 | Bil: 58, 1-15 April 2012

Oleh: Fauzi Mohd

fauzibinmohd@yahoo.com

M

Ahmad yang turut menurunkan lima pemain muda Sukan Malaysia. Regu pertama Terengganu dianggotai dua bekas pemain negara, Muhammad Syazwan Husin dan Mohd. Hamikhairi Roslan serta Safarudin Abu Bakar menewaskan Ahmad Sufi Hashim, Norshahruddin Mad Ghani dan Farhan Adam selepas bertarung selama 85 minit. Selepas mengatasi regu terkuat Selangor yang dibarisi dua pemain negara, Norshahruddin dan Farhan, Ahmad yang dibantu jurulatih Thailand, Vitthaya Boontha nekad menurunkan regu kedua yang tetap mampu menumpaskan Noor Azman Hamid, Futra Ghani dan Ariff Ramli. Pencapaian terbaik Terengganu dalam Piala Emas Khir Johari sebelum ini hanyalah naib juara tiga kali berturut-turut, 2007 di Alor Setar dan 2008 di Kuala Terengganu dan 2009 di Kuala Lumpur.

eskipun gagal memenangi sebarang pingat dalam acara keirin pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Dunia di Velodrom Hisense Arena, Melbourne baru-baru ini, ratu keirin negara, Fatehah Mustapa ada sebab untuk berasa gembira. Biarpun sekadar menamatkan saingan di tempat ke-11, anak kelahiran Kampung Langgar, Kuala Berang, Hulu Terengganu masih mampu melakar sejarah apabila menjadi pelumba wanita Malaysia pertama yang layak beraksi pada Sukan Olimpik 2012 di London Julai depan. ``Nasib saya kurang baik. Ada sedikit masalah pada aksi separuh akhir. Saya sepatutnya mengekori pelumba Perancis (Clara Sanchez) tetapi saya tidak melakukannya. Itu adalah kesilapan besar yang saya buat. ``Alhamdulillah, saya dapat juga nombor 11

Fatehah Mustapa, anak kelahiran Terengganu tersenyum lebar apabila mencipta sejarah menjadi pelumba basikal wanita pertama layak ke Olimpik.

daripada langsung tidak masuk peringkat separuh akhir. Saya akan belajar daripada kesilapan dan selepas ini, saya akan baiki kelemahan. Saya akan tengok semula rakaman video perlumbaanperlumbaan sebelum ini. ``Kini, saya akan fokus untuk Sukan Olimpik pula,'' kata Fatehah menerusi laman sosial, Facebook miliknya baru-baru ini. Fatehah berjaya merakamkan masa peribadi terbaik dan memecah rekod kebangsaan miliknya sendiri dalam acara pecut 200 meter meskipun gagal melayakkan diri ke pusingan pertama. Pelumba itu mencatat masa 11.487 saat bagi memadam catatan sebelum ini 11.5s yang dilakukannya pada Siri Piala Dunia Klasik di London, Februari lalu. Awal Februari lalu, Fatehah turut mencipta sejarah apabila muncul pelumba wanita pertama memenangi pingat emas dalam acara keirin pada Kejuaraan Lumba Basikal Asia (ACC) 2012 di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras.

Dicetak Oleh: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Tel: 09-666 8611, 666 6652, 666 8601. Faks: 09-666 0611, 666 0063 email:spyit@tm.net.my


Teganukita 58