Issuu on Google+

“Sebagai orang politik, jangan mudah berkecil hati, jangan mudah ambil hati, jangan mudah makan hati serta jangan mudah membawa hati, sebaliknya perlulah berhati-hati,” - YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu.

ISSN 2180-4737

PANTAI TOK JEMBAL

Bil : 41 (15-31 Mei 2011) - http://teganukita.blogspot.com

terkini

cepat

tepat

Masalah tanah rakyat selesai akhir tahun Oleh: Kamarudin Mat Akib

Persatuan Mat Roda-Roda

ms-3

Kerajaan Terengganu yakin isu pemilikan tanah haram di seluruh negeri akan dapat diselesaikan selewat-lewatnya menjelang akhir tahun ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata buat masa ini pihak berkenaan sedang memproses semua permohonan pemilikan tanah haram yang telah dikemukakan orang ramai yang meneroka tanah kerajaan secara tidak sah, sebelum 31 Disember 2006. “Sebelum ini kerajaan telah memutuskan mereka yang meneroka tanah kerajaan sebelum tarikh berkenaan dibenarkan membuat permohonan untuk mendapatkan hak milik,” katanya pada sidang media selepas mem-

pengerusikan mesyuarat mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco), baru-baru ini. Sementara itu, sehingga permohonan tanah haram ditutup pada 31 Disember 2006, kerajaan negeri menerima 9,916 permohonan dan kini hanya 225 kes belum selesai. Pencapaian penyelesaian kes menunjukkan 97.73 peratus dan dijangka kesemua kes dapat diselesaikan sedikit masa lagi. Daerah yang mempunyai baki kes tanah haram paling tinggi ialah Marang sebanyak 40 kes serta Hulu Terengganu sebanyak 58 kes. Manakala Besut (5), Dungun (6), Kuala Terengganu (3) dan Kemaman dua kes. Dalam pada itu, sehingga kini daripada 155,302 permohonan penukaran hak milik Gambar oleh Zulkipli Putra

Batik, songket Terengganu tembusi pasaran antarabangsa ms-6

Pelan strategik jadi indikator kepada penjawat awam - MB ms-14

sementara kepada hak milik kekal, kerajaan negeri berjaya menyelesaikan 118,396 kes berkenaan. Dengan penyelesaian proses itu menunjukkan kes yang masih berbaki hanya 36,906 atau 23 peratus kes belum selesai. Dalam perkembangan lain, Menteri Besar menasihati orang ramai, terutama penjawat awam tidak terlibat dengan kegiatan meneroka tanah kerajaan secara haram kerana ia salah di segi undang-undang. Beliau berkata, bagi penjawat awam mereka boleh mengemukakan permohonan sama ada untuk memilik tanah lot rumah atau pertanian jika mereka telah berkhidmat melebihi lima tahun.

MESRA...Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said menyapa mesra bekas Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad ketika bertemu di majlis pembukaaan bangunan Dewan Perhimpunan Bangunan Tiong Hua, di Jalan Bukit Kecil, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Pertemuan dua generasi kepimpinan Terengganu itu membuktikan legasi pembangunan yang pernah dicetuskan pemimpin terdahulu tetap diteruskan demi memastikan semua rakyat termasuk masyarakat Tionghua mendapat manfaat sekaligus merealisasikan slogan `Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’. Bangunan empat tingkat berharga RM3.3 juta mula dibangunkan sejak tahun lalu selepas Dato’ Seri Haji Ahmad menyempurnakan majlis pecah tanah pada 2009. Projek berkenaan diluluskan ketika zaman pentadbiran Tan Sri Wan Mokhtar pada 1996, pernah tertangguh selepas peralihan kerajaan ketika Pilihan Raya Umum ke-10 lihat lalu. ms-2


2

15-31 Mei 2011

am

Tunai janji kepada Terengganu-Bandung: Jalinan pelancongan masyarakat Tionghua ANALISIS

Oleh: Ruslan Abdul Rahman

Usaha mendekatkan Kota Bandung (Indonesia)Kuala Terengganu, barangkali menjadikan ia ‘bandar kembar’ bagi tujuan pelancongan dan hubungan persaudaraan atas nama serumpun sebangsa diusahakan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said seorang pemimpin yang kreatif dan berpandangan jauh dalam merealisasikan hasrat pembangunan negeri. Bandung yang terletak di dataran tinggi Jawa Barat adalah kota budaya Melayu tersohor dan maju sebagai destinasi pelancongan. Pusat-pusat pengajian tinggi termasuk yang dibangunkan oleh swasta juga banyak di kota yang juga dikenali sebagai ‘kota pelajar’, sekalipun maju di bidang pertanian. Dato’ Seri Haji Ahmad mengetuai rombongan penerbangan pertama Kuala Terengganu (Lapangan Terbang Sultan Mahmud)- Bandung yang akan menjadikan dua bandar ini semakin dekat melalui penerbangan terus ini. Potensi besar untuk pertukaran pelancong di antara dua bandar ini dari resam budaya, pusat pendidikan, keindahan alam dan pertanian. Terengganu adalah negeri pertanian yang juga maju dengan pelbagai pusat pendidikan dan sedang menuju ke arah industri pelancongan yang hebat. Tidak lama lagi Tasik Kenyir akan menjadi kawasan ‘bebas cukai”. Bandung pula dalam sejarahnya pernah dikenali sebagai “Paris di Jawa” kerana udara sejuk dan nyaman. Justeru itu usaha menghubungkan dua bandar secara terus amatlah wajar, lebih-lebih lagi negeri Terengganu yang juga sedang melalui proses menjadikan ia ‘negeri pelancongan’ terkemuka dan Kota Bandung yang sudah sekian lama ke hadapan di bidang itu boleh membantunya melalui pertukaran penerbangan ini. “Dengan adanya penerbangan terus nanti, penduduk di Pantai Timur tidak lagi perlu ke Kuala Lumpur untuk ke Bandung,” kata Dato’ Seri Haji Ahmad. Sebaliknya, pakej pelancongan itu pastinya juga melibatkan untuk pelancong yang datang dari Bandung ke Kuala Terengganu melalui penerbangan terus itu. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Bandung adalah dekat di hati orang ‘Terengganu’ terutama dalam tragedi Natrah. Che Aminah berasal dari Kemaman bertemu Natrah di Bandung kerana Che Aminah berkahwin dengan seorang saudagar, Maarof Haji Abdul dari Kota Bandung itu. Semasa pendudukan Jepun di Indonesia, askar Belanda, Petrus Hertogh (ayah Natrah) dipenjarakan oleh Jepun, lalu isterinya Adeline (ibu Natrah) berlindung di rumah nenek suami Che Aminah di Bandung itu. Di sanalah Che Aminah berkenalan dengan Adeline dan Natrah anaknya yang waktu itu baru berusia lima tahun. Lantaran Che Aminah tidak mempunyai zuriat, termasuk dari beberapa perkahwinan sebelumnya, beliau mengambil Natrah dengan persetujuan ibunya (Adeline) dan di bawa balik Kemaman; sehinggalah membawa peristiwa selanjutnya yang bersejarah tentang isu agama dan perundangan. Dato’ Seri Haji Ahmad yang berasal dari Kemaman amat dekat dengan peristiwa ini dan Bandung selepas ini akan menjadi terlalu dekat dengan Terengganu, termasuk Kemaman (Kampung Che Aminah dan Natrah). Kerajaan negeri dijangka selepas ini akan melantik agen bagi mengendalikan tempahan bagi mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan pakej itu. Apa yang penting ialah memastikan pelancong dari Bandung datang ke Terengganu melalui penerbangan terus itu, kata Pengerusi Persatuan Pelancongan Terengganu, Wan Sapian Dato’ Wan Ishak. Sambil memuji langkah ke hadapan Kerajaan Terengganu bagi menjamin masa depan pelancongan negeri, beliau berharap apa jua insentif mengenai penerbangan terus diberi dan tunaikan. Sesungguhnya antara Bandung dan Terengganu amatlah dekat di hati bukan sahaja kerana terdapatnya hubungan serumpun sebangsa di kalangan orang Melayu, tetapi juga hubungan dagang Terengganu di masa lalu .

Oleh: Aida Abd Rahman Kerajaan Terengganu menunaikan janji kepada masyarakat Tionghua sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu dua tahun lalu untuk menyediakan sebuah dewan perhimpunan masyarakat itu apabila bangunan itu siap dan mula beroperasi untuk menggerakkan aktiviti masyarakat itu, baru-baru ini. Dewan Bangunan Perhimpunan Tionghua setinggi empat tingkat berharga RM3.3 juta, di Jalan Bukit kecil, Kuala Terengganu itu mula dibangunkan sejak tahun lalu selepas majlis pecah tanah disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said pada 2009. Malah, pada tahun lalu kerajaan negeri turut bersetuju mewartakan tanah bersebelahan bangunan itu sebagai rizab jalan Persekutuan di bawah Seksyen 62, Kanun Tanah Negara 1965 bagi menyediakan kemudahan parkir untuk kemudahan pengunjung bangunan itu. “Ini merupakan hadiah kerajaan Barisan Nasional kepada masyarakat Tionghua sempena Pilihan Raya Kecil Parlimen Kua-

Gambar oleh Zulkipli Putra

Majlis perasmian Bangunan Perhimpunan Tionghua di Jalan Bukit Kecil disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said.

la Terengganu 2009. “Walaupun kita kalah (pada pilihan raya itu), kita berharap selepas ini masyarakat Tionghua dapat membantu calon -calon kita (Barisan Nasional)

untuk memenangkan kembali Parlimen Kuala Terengganu dan Dewan Undangan Negeri yang kita ada,” katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan pembukaan

bangunan itu, baru-baru ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, YB Toh Chin Yaw dan Presiden Persatuan Dewan Perhimpunan Tiong Hua Terengganu, Foo Chee Wan. “Terdapat satu lagi Sekolah Menengah Chung Hwa Wei Sin yang belum kita serahkan bantuan. Tunggu, mungkin September ini duit (royalti) kita sampai kita akan serahkan. Sebab dua tahun lalu, kita tidak menerima peruntukan yang mencukupi, kerana itulah kita terpaksa menangguhkannya terlebih dahulu,” katanya lagi. Untuk rekod, mantan Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad meluluskan satu lot tanah untuk mendirikan bangunan itu pada 1996, bagaimanapun projek berkenaan tertangguh selepas peralihan kerajaan ketika Pilihan Raya Umum ke-10 yang lalu. Bagi meneruskan projek itu, Dato’ Seri Haji Ahmad kemudiannya meluluskan peruntukan RM3.3 juta pada 2009 dan kemudahan itu dibangunkan sejak tahun lalu serta siap sepenuhnya dalam tempoh setahun kemudian.

TATiUC medan saintis, jurutera 16 negara bentang kajian Seramai 262 saintis, jurutera dan ahli akademik dari 16 negara seluruh dunia berkampung di Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), Kolej Universiti Tati (TATiUC), Kemaman bagi membentangkan hasil kajian terkini dalam bidang kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Pembuatan dan Kejuruteraan Kimia sempena Persidangan Antarabangsa Sistem Automasi dan Robotik (ICORAS), Inovasi Kimia (ICCI) & Teknologi Pembuatan (ICAM), barubaru ini. Persidangan julung kali selama dua hari anjuran TATiUC dengan kerjasama Universiti MIE, Jepun, Universiti Queens’s, Belfast, Ireland dan Institut Pertanian Bogor, Indonesia menjadi platform un-

tuk peserta berkongsi hasil kajian daripada institusi masing-masing. Pengarah Kampus Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Abd Aziz Tajuddin, berkata penganjuran persidangan itu penting kepada TATiUC bagi mengenengahkan institusi pendidikan itu yang kini semakin aktif dalam bidang penyelidikan di mata dunia walaupun baru dua tahun mendapat pengiktirafan sebagai universiti kolej. “ Ia bertepatan dengan peranan sebagai sebuah universiti dan dalam jangka masa pendek, dapat mengumpul para saintis seluruh dunia termasuk Jepun, Northen Ireland, India, Iran, Iraq, Itali dan United Kingdom. “Semua universiti pe-

nyelidikan seluruh Malaysia seperti USM, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia. Malah, universiti swasta, Institusi Pengajian Tinggi serta universiti kolej terlibat dalam persidangan kali ini,” katanya selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa TATiUC 2011, di ITC -TATiUC, Teluk Kalong, Kemaman, baru-baru ini. Turut hadir, Timbalan Rektor Hal Ehwal Korporat TATiUC, Haji Zulkifli Mohamad dan Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Pengantarabangsaan TATiUC, Dr Zunaidi Ibrahim. Prof Dr Aziz berkata, sambutan baik yang diberikan di kalangan peserta membuktikan semua

universiti bukan sahaja memberi tumpuan kepada mengajar, malah turut mengambil penekanan terhadap aspek penyelidikan. Katanya, hasil pembentangan jabatan penyelidikan masing-masing dapat mendedahkan ilmu dan maklumat secara lebih terperinci serta mengorak langkah memajukan penyelidikan yang sudah dihasilkan sebagaimana amalan persidangan yang lalu. “Peserta juga dapat melihat kemajuan inovasi di tempat lain yang mampu memberi impak besar bagi mengembangkan ilmu pengetahuan, di mana ia dapat diperolehi daripada persidangan yang menghimpunkan penyelidik tersohor serata negara,” katanya lagi.


15-31 Mei 2011

am

Persatuan Mat Roda-Roda Gambar oleh Harish Fadzillah

Oleh: Esah Abdullah Kerajaan negeri bersedia menyalurkan bantuan pentadbiran kepada kumpulan mat motor jika mereka bergerak sebagai sebuah persatuan yang sah dan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, YB Haji Rozi Mamat, berkata melalui persatuan, segala aktiviti yang ingin dijalankan boleh diselaraskan menerusi Jabatan Belia dan Sukan beserta dengan peruntukan. “Kita akan bantu melaksanakan aktiviti yang sesuai dengan kehendak dan minat golongan muda terutama Mat Roda-Roda (Mat Rempit) yang semakin bertambah sejak kebelakangan ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah pemenang Kuiz Tfm Belia di Auditorium Terengganu Fm, Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Pemenang Kuiz Tfm Belia bergambar kenangan dengan YB Rozi Mamat selepas majlis penyampaian hadiah di Auditorium Terengganu Fm, Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu.

Hadir sama, Pengarah Belia dan Sukan negeri, Encik Abdul Aziz Abdul Rahman dan Pengarah Jabatan Penyiaran Kawasan Timur, Dr. Nawiyah Che Lah. Katanya, kerajaan memberi peluang sangat besar kepada golongan

Pecutan ke arah kecemerlangan pendidikan “Marilah sama-sama kita memecut kecemerlangan pendidikan seterusnya meletakkan Terengganu di barisan hadapan dalam peta kejayaan pendidikan negara,”. Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Encik Razali Daud melaungkan hasrat berkenaan di majlis sambutan Hari Guru Ke-40 peringkat negeri yang membawa tema ‘Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara’, di Dewan Utama Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, baru-baru ini. “Warga guru hari ini menjadi sebutan apabila kejayaan demi kejayaan telah diraih anak-anak kita dalam peperiksaan awam sekaligus melonjakkan peranan seorang pendidik,” katanya. Katanya, pengorbanan warga guru yang penuh dedikasi menjadi sandaran kejayaan bagi pelajar untuk membangunkan modal insan dan kelangsungan keterbilangan pendidikan negeri menjadi kebanggaan seluruh masyarakat.

RAZALI

“Saya harap semua rakan seperjuang bersama mengalas agenda melestarikan pendidikan terbilang menerusi penghayatan keagamaan, budaya kerja integriti dan budaya kerja berprestasi tinggi,” katanya. Katanya, pencapaian hasil berganda, serentak memasyarakatkan guru dan murid sebagai pemangkin dan pelengkap bagi memastikan pendidikan sentiasa berada di tangga teratas. “Bersama-sama kita mengangkat tinggi kecemerlangan pendidikan dalam usaha merealisasikan agenda Terengganu Negeri Anjung Ilmu,” katanya.

muda dan Perdana Menteri sendiri amat memahami perasaan golongan berkenaan dan telah mengumumkan enam perkara untuk kepentingan belia di Perhimpunan Sejuta Belia yang berlangsung di Putrajaya baru-baru ini. “Pastinya kewujudan

Parlimen Belia diumumkan Perdana Menteri merupakan satu transformasi yang dibawa kerajaan khusus untuk golongan muda kerana golongan ini adalah pencorak masa depan negara,” katanya. Menurut YB Haji Rozi, kerajaan juga sedang men-

cari lokasi sesuai untuk dijadikan litar bagi kegiatan lebih 5,000 Mat RodaRoda di daerah ini menjalankan aktiviti mereka. “Kita tersepit antara kepentingan awam dan keperluan golongan ini dan ada cadangan mewujudkan litar itu di Gong Badak tetapi lokasi kurang sesuai kerana terletak di persekitaran taman perumahan yang boleh mengganggu ketenangan penduduk terutama waktu malam,” katanya. YB Haji Rozi berkata, terdapat tanah di Hulu Terengganu, bagaimanapun kerajaan negeri bimbang sekiranya tidak mendapat sambutan berikutan kegiatan lumba haram lebih tertumpu di sekitar bandar raya ini. “Kerajaan akan mencari jalan terbaik dalam usaha mengekang gejala Mat Roda-Roda agar tidak berpanjangan dan memantau setiap aktiviti mereka supaya memberi pulangan baik bukan sebaliknya,” katanya.

Sasar kutip lebih RM26j cukai tanah - Mazlan Kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTG) mensasarkan lebih RM26 juta bayaran cukai tanah di seluruh Terengganu dapat dikumpul sepanjang tahun ini. Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah, berkata pihaknya percaya sasaran itu dapat dikutip sekiranya pemilik tanah prihatin dengan tanggungjawab masingmasing. Katanya, sepanjang tempoh empat bulan pertama tahun ini, lebih RM9 juta berjaya dikutip PTG melalui pelbagai kaedah, termasuk secara `online’ dan manual. “Bagi menggalakkan orang ramai membuat bayaran, PTG bersetuju melanjutkan tempoh bayaran pada 31 Mei kepada 31 Julai depan,” katanya kepada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Mingguan Ahli Majlis Kerajaan Kerajaan Negeri, baru-baru ini. Katanya, kesedaran masyarakat Terengganu mengenai tanggungjawab ini masih rendah berikutan terdapat lebih RM17.4 juta baki tertunggak berbanding lebih RM25 juta

Dato’ Haji Mazlan Ngah ketika membuat sidang media mengenai bayaran cukai tanah selepas Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Iman.

PTG bersetuju melanjutkan tempoh bayaran kepada 31 Julai depan. jumlah bayaran yang sepatutnya dibayar pemilik bagi 2010. “Pada tahun lalu, pihak kami hanya menerima bayaran RM7.6 saja. Jumlah itu cukup kecil jika dibanding sasaran sebenar. “Kerajaan meminta individu berkaitan prihatin mengenai pembayaran ini bagi mengelak tunggakan

dan didenda lewat bayar,” katanya. Dato’ Haji Mazlan, berkata pemilik tanah akan diberi surat peringatan untuk tempoh tertentu sekiranya mempunyai rekod tunggakan. “Jika masih ingkar membayar, Pentadbir Tanah boleh menyampaikan Notis 6A dengan memberi tempoh selama tiga bulan untuk menjelaskan segala urusan. “Sekiranya tetap gagal berbuat demikian dan mempuyai tunggakan ditahap maksima tanah berkenaan boleh dirampas dan menjadi hak milik mutlak kerajaan negeri,” katanya.

3

Terengganu berpontensi jadi hub pelancongan kesihatan TerenGganu mempunyai nilai amat tinggi terutama dalam aspek pelancongan kesihatan kerana mempunyai keistimewaan dari segi prasarana yang mampu menarik pelancong ke negeri ini seperti Pulau Kapas, Tasik Kenyir dan sebagainya. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, negeri ini juga boleh dijadikan hub bagi Pusat Pelancongan Kesihatan (MHT) kerana kesungguhan dan kecenderungan pucuk pimpinan negeri amat menyokong kepada inovasi baru berkaitan kesihatan. “Ramai kalangan pelancong suka permandangan menarik, tenang seperti apa yang terdapat di negeri ini, keseronokan yang dirasai tentu dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan pesakit,” katanya. “Setakat ini Pulau Pinang dan Lembah Klang sudah mewujudkan pusat MHT tetapi saya lebih yakin Terengganu berpotensi besar berdasarkan banyak keistimewaan semula jadi ada di sini,” kata Ketua Pergerakan Puteri Umno Malaysia. Datuk Rosnah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Kemaman di Dewan Berlian, Kemaman baru-baru ini. Hadir sama Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri To’ Puan Seri Norliza Mahmud; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai, Dato’ Haji Mohamed Awang Tera; Adun Kemasik, YB Ir. Rosli Othman; Adun Air Putih, YB Haji Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar dan Naib Ketua Umno Bahagian Kemaman, Encik Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid dan ketua sayap Wanita, Pemuda dan Puteri. Katanya, semua kepimpinan Puteri sudah buat persiapan bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) sejak tahun lalu dengan membuka bilik gerakan masing-masing.


4

15-31 Mei 2011

rencana

WAKAF RAKYAT

Jelapang tebu pula Selepas mewujudkan jelapang padi, Terengganu terus mengorak langkah lagi berusaha mewujudkan jelapang tebu pula, suatu langkah yang sungguh positif bagi mempastikan bekalan yang mencukupi terhadap keperluan itu. Jika impian itu menjadi kenyataan, Terengganu bakal menjadi negeri pengeluar tebu terbesar di Pantai Timur apabila projek sulung tanaman tebu dilaksanakan di daerah Setiu akhir tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, YB Haji Asha’ari Idris, berkata kerajaan negeri telah mengenal pasti kawasan seluas 12 hektar di Bukit Munduk Langkap, Setiu untuk tujuan itu. Katanya, projek itu adalah percubaan dan sekiranya projek ini berjaya kita akan memperluaskan lagi kawasan untuk tanaman itu. Kerja-kerja membersih kawasan dan penyediaan prasarana dijangka bermula dalam masa terdekat manakala kerja-kerja penanaman akan dijalankan pada Oktober depan. Difahamkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama-sama kerajaan negeri menyediakan peruntukan awal kira-kira RM150,000 untuk melaksanakan projek itu. Melalui projek percubaan ini, Terengganu dijangka mengeluarkan lebih 100,000 batang tebu semusim dan ia mencukupi untuk keperluan dalam negeri Projek itu akan memberi peluang pekerjaan kepada lebih 30 penduduk setempat terutama mereka dikategorikan di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin. Demikianlah suatu gerak usaha kerajaan negeri ke arah mempertingkatkan produkviti pertanian selaras dengan dasar menjadikan pertanian moden untuk menghasilkan keperluan harian rakyat tanpa terlalu bergantung kepada import semata-mata. Kerajaan negeri di bawah pimpinan Dato’ Seri Haji Ahmad Said sesungguhnya amat peka kepada langkah-langkah memajukan bidang pertanian sekalipun pada masa yang sama membawa Terengganu keluar ke bidang-bidang lain seperti pelancongan dan perkilangan. Semoga bidang pertanian terus maju dengan pendekatan yang lebih kreatif dan inovatif serta mampu bersaing dengan bidang-bidang yang lain.

Penaung

: YAB Dato’ Seri Ahmad Said, Menteri Besar. YB Haji Khazan Che Mat, Pengerusi JK Agama dan Penerangan Negeri.

Penasihat

: Haji Shamsuddin Sulong, Pengarah Unit Komunikasi

Pengarang

: Ruslan Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Unit Komunikasi

Penolong Pengarang 1 : Kamaruddin Mat Akib (Media baru) Penolong Pengarang 2 : Aida Abd Rahman (Akhbar Teganukita) Wartawan

: Esah Abdullah, Suriati Ali, Hazwan Rosli, Amirullah Othman, Mastura Jamaluddin

Jurufoto

: Zulkipli Putra, Syed Abd Rahman & Harish Fadzilah

Pengendali Blog

: Harun Hassan

Oleh: PUTERA PESISIR AIR

Pas tolak ulama’? Tahniah kepada Mohamad Sabu atau ‘Mat Sabu’ yang telah berjaya memahat namanya sebagai Timbalan Presiden Pas dalam Muktamar kali Ke-57. Satu pencapaian yang menarik untuk orang seperti Mat Sabu yang sebelum ini hanya berkelayakan sebagai ayam sabung Pas, tetapi kini menjadi pemimpin nombor dua dalam Pas serta tiket untuk menggantikan Presiden atau orang nombor satu dalam parti itu pula selepas ini. Ramai yang berbangga dengan kemenangan Mat Sabu sama ada di pihak Pas atau lawannya. Sememangnya itu adalah hak mereka untuk meraikan pemimpin yang mereka sokong, menang jawatan yang ditandingi sekalipun kalau benar menurut ajaran Islam, mereka tidak seharusnya berasa gembira sebaliknya berasa gementar dan takut untuk berhadapan dengan Allah Taala kerana tanggungjawab yang diminta sebenarnya adalah masalah yang akan dipersoalkan oleh Allah Taala pada Hari Penghakiman nanti. Mat Sabu memperolehi 420 undi menewaskan Ustaz Nasharuddin Mat Isa (224) dan juga ulama terkenal dalam Pas, Tuan Man Tuan Ibrahim (399). Bagi barisan naib presidennya pula, perwakilan parti itu membuat keputusan Salahuddin Ayub (Ahli Parlimen Kubang Kerian) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena). Salahuddin meraih 753 undi manakala Mahfuz pula mendapat 616 undi. Bagi melengkapi pasukan pilihan raya ini, para perwakilan turut memilih tokoh profesional, Datuk Husam Musa (660 undi) ke jawatan Naib presiden. Tiga calon lagi kecundang dalam pemilihan sengit untuk jawatan berkenaan --bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Exco Kerajaan Kelantan Nik Mohamad Amar dan Ketua Penerangannya, Idris Ahmad. Nizar mendapat 217 Undi manakala Nik Mohamad Amar meraih 321 Undi, diikuti Idris yang menerima 491 Undi. Maka di sini jelas, golongan agamawan atau ulama’ agama di dalam Pas mula tersingkir dari Parti Islam

“Apakah mungkin orang nombor dua itu bakal menggantikan orang nombor satu, yakni Presiden Pas selepas ini, tetapi biasanya begitulah dalam konteks pelapis pengganti”. SeMalaysia. Apakah mungkin orang nombor dua itu bakal menggantikan orang nombor satu, yakni Presiden Pas selepas ini, tetapi biasanya begitulah dalam konteks pelapis pengganti. Mungkin juga tidak mengapa, Islam yang hendak dibawa tidak mestinya perjuangan itu dipimpin oleh orang yang bergelar ulama’ atau ahli agama. Atau mungkin selepas ini soal Negara Islam, Daulah Islamiah, Pemerintahan Menurut Islam, Membangun Bersama atau Menurut Islam sudah tidak penting lagi kerana sekarang ini nampaknya Pas hanya berbi-

Golongan agamawan atau ulama’ agama di dalam Pas mula tersingkir cara tentang Negara Kebajikan sahaja. Tidak diketahui mengapa Ustaz Nasharuddin yang sopan santun dan lebih berhemah boleh tersingkir, atau mungkin ada agenda di dalam Pas itu sendiri untuk meny-

ingkirkan golongan seperti beliau ini. Lebih-lebih lagi beliau yang selalu menyebut tentang perpaduan ummah, kerajaan perpaduan dan kaitan dengannya. Terlintas di benak fikiran kenapalah bekas Timbalan Presiden Pas (Ustaz Nasharuddin) yang tidak begitu menonjolkan diri sedangkan sebelum ini beliau adalah antara kepimpinan muda Pas yang berkaliber. Sebelum ini Ustaz Nasharudin Mat Isa adalah antara tokoh ulama’ campuran profesional dengan kebolehan dan kepetahan pelbagai berbahasa yang agak baik. Mungkinkah Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang dilihat sebagai tokoh PAS yang dikatakan Pro-Umno kerana idea beliau untuk membawa perpaduan dengan Umno telah awal lagi di tolak oleh perwakilan setelah gagal dalam pertandingan mempertahankan kerusi Timbalan Presiden Pas dalam pemilihan Muktamar Tahunan PAS ke -57 . Kekalahan beliau adalah kepada tokoh yang bukan dari golongan ulama Pas tetapi lebih kepada golongan yang sudah mula menjadi sandaran di kalangan ahli Pas yang mahukan Pas berubah kepada kebebasan bukan hanya terikat

kepada perjuangan Islam sahaja semata-mata bahkan boleh ‘tidur sebantal’ dengan DAP dengan pelbagai fahaman atau isme yang bukan dari ajaran Islam. Seingat penulis Dato’ Seri Abdul Hadi dulu memang menentang ismeisme lain selain Islam, tetapi hari ini nampaknya Pas lebih liberal sifatnya dalam soal agama. Mat Sabu telah memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS kali ini yang sudah pasti suara perwakilan sudah berubah dan mengharapkan sesuatu baik dan luar biasa yang seharusnya Mat Sabu kena lakukan dalam kepimpinan mereka. Segala kenangan lalu dan hal-hal peribadi di masa lampau telah dilupakan kerana yang penting ialah tidak boleh sama sekali mana-mana pemimpin mereka pandaipandai hendak berbaik dengan pemimpin di luar Pas atau sekutunya, terutama Umno- sekalipun sebangsa dan seagama. Mungkinkah kekalahan Ustaz Nasharuddin ,bermakna juga pintu kepada perpaduan seperti yang diharapkan sudah tertutup rapat. Mat Sabu merupakan orang yang menolak dan tidak bersetuju idea perpaduan itu.


15-31 Mei 2011

am

5

Bicara media medium perbaiki kelemahan kepimpinan- Mohamed Oleh: Aida Abd Rahman Program Bicara Media anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) menjadi medium tepat kepada pemimpin dan Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Kerajaan Negeri mengenal pasti kelemahan kepimpinan masing-masing menerusi respon kumpulan pengamal media. “Program anjuran Ukom amat bertepatan kerana kita mendapat `signal’ daripada kumpulan media, kadangkala kita merasakan apa yang kita lakukan betul semuanya, tetapi ada yang kita rasa baik kepada diri kita dan mungkin tidak sampai kepada masyarakat serta rakyat,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato’ Mohamed Awang Tera, di majlis Bicara Media, di Hotel Tanjong Vista, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Dato’ Mohamed merupakan pemimpin kelima yang dijemput sebagai tetamu khas sempena program dialog dan bual bicara bersama kumpulan pengamal media yang dilaksanakan secara bulanan. Dalam program sama

Dato’ Mohamed bersama dua tetamu khas ketika berbicara dengan pengamal media di majlis Bicara Media anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu di Hotel Tanjong Vista, Kuala Terengganu.

sebelum ini, tetamu khas termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman serta Pengerusi Ja-

Menangi hati rakyat Pemimpin parti disaran sentiasa memantau dan mengambil tahu setiap perkara yang berlaku dalam masyarakat dengan membuat kunjungan lebih kerap untuk bertanya khabar kerana rakyat perlukan sentuhan pemimpin mereka. “Kalau mahu menangi hati rakyat mestilah rajin bertemu mereka,” kata Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said di Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Setiu kali ke-23 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ibrahim, Bandar Permaisuri, Setiu, baru-baru ini. Hadir sama, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang; Ketua Umno Bahagian merangkap Ahli Parlimen Setiu, YB Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permai-

suri, merangkap Naib Ketua Umno bahagian, YB Haji Abdul Halim Jusoh dan Adun Jabi, YB Haji Ramlan Ali. Turut serta, Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian, Hajah Wan Maznah Nong dan Ketua Pergerakan Puteri, Puan Rosnari Awang Ngah dan lebih 700 perwakilan daripada 150 cawangan di Bahagian Setiu. Menteri Besar juga menginggatkan ssemua pemimpin supaya berkhidmat dengan ikhlas dan jujur tanpa mempunyai agenda tersembunyi kerana sebagai pemimpin segala tindakan menjadi contoh kepada orang bawahan. “Sebagai orang politik, jangan mudah berkecil hati, jangan mudah ambil hati, jangan mudah makan hati serta jangan mudah membawa hati sebaliknya perlulah berhati-hati,” katanya.

watankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, YB Yahya Khatib Mohamad. Dato’ Mohamed berkata, pertemuan dua hala secara terus antara pemimpin dan kumpulan media di majlis itu sedikit sebanyak mampu memberi input berguna kepada kedua-dua pihak

melalui perkongsian pandangan, idea dan juga persoalan yang diajukan pihak media. Katanya, pandangan golongan media amat penting kerana kumpulan ini merupakan pihak yang sentiasa turun ke bawah untuk mengupas pelbagai isu yang terdapat dalam

masyarakat sebagai bahan untuk siaran media masing-masing. “Segala pandangan dan isu itu boleh kita guna pakai dan perhalusi demi memperbaiki kelemahan serta indikator bagi memajukan bidang yang diterajui,”katanya lagi. Sebagaimana portfo-

lio lain, menurut Dato’ Mohamed, portfolio di bawahnya juga menyusun hala tuju untuk tempoh lima tahun bermula 2008. “Beberapa projek teras yang kita susun termasuk `membandarkan’ luar bandar sebagai tambahan terhadap apa yang dilaksanakan Kerajaan Pusat sebab menjadi tanggungjawab utama Kerajaan Pusat membangunkan luar bandar melalui pembangunan dan program luar bandar seperti klinik desa, jalan dan elektrik 24 jam. “Kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM25 juta setiap tahun untuk membangunkan bandar melalui peruntukan membina empat hingga lapan blok bangunan komersial dua tingkat di kawasan yang baru membangun sejak dua tahun lalu,” katanya. Menurutnya,sektor peruncitan juga menjadi tumpuan utama dan alternatif mewujudkan T-Shoppe, rangkaian kedai 24 jam sebagai usaha memasarkan produk tempatan. Sehingga kini, sebanyak 18 cawangan kedai itu beroperasi di seluruh Terengganu termasuk empat lagi di Kedah, Ampang dan Melaka.

Kontraktor disaran aplikasi penggunaan teknologi pembinaan moden Kontraktor disaran melabur dan berusaha untuk menggunakan teknologi pembinaan terkini dan tidak bergantung selamanya kepada tenaga buruh yang murah. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata penggiat industri pembinaan terutama kontraktor sering kali tersepit antara penggunaan buruh yang murah berbanding penggunaan teknologi tinggi. Bagaimanapun katanya, secara realitinya, kontraktor sebenarnya dapat mengurangkan penggunaan buruh dan mengaplikasikan penggunaan teknologi secara beransur-ansur. Ini kerana penggunaan teknologi dengan penggunaan buruh sekaligus dapat menuntut peningkatan kos secara mendadak. Pengurangan buruh dalam industri pembinaan

Dato’ Seri Haji Ahmad mencuba peralatan pertukangan pada pameran Terengganu Trade Fair 2011.

bukan sesuatu yang boleh direalisasikan secara sekelip mata dan memerlukan masa untuk digunapakai. “Bagaimanapun, penggunaan teknologi ini juga perlu bagi menghadapi cabaran pada masa depan. Bermula pada tahun 2015, pasaran industri pembinaan di rantau ASEAN akan diliberalisasikan di bawah perjanjian AFAS (Asean

Frameworks Agreement on Services), yang mana mengikut perjanjian ini, para kontraktor di rantau ASEAN bebas menawarkan perkhidmatan pembinaan di negara-negara ASEAN, termasuklah Malaysia,” katanya. Sehubungan itu katanya, para kontraktor haruslah bersedia dengan melengkapkan diri mas-

ing-masing dengan keupayaan yang sewajarnya. Mereka perlu menilai keistimewaan dan kelebihan yang dapat ditawarkan berbanding dengan kontraktor lain. “Ketika ini, kita sering bersaing diantara kontraktor tempatan bagi membida sesuatu projek. Maka bagaimanakah sekiranya saingan di masa hadapan jika turut melibatkan kontraktor asing. Daripada sudut positif, liberalisasi ini juga membuka peluang para kontraktor untuk menerokai pasaran serantau,” katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Terengganu Trade Fair 2011 dan Program Seminar anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia CIDB Terengganu di Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu, baru-baru ini.


6

15-31 Mei 2011

rencana

Batik, songket Terengganu tembusi pasaran antarabangsa WARISAN

Oleh: Esah Abdullah Batik dan songket Terengganu mempunyai potensi besar untuk menembusi pasaran antarabangsa apabila beberapa syarikat tekstil dari luar negara menunjukkan minat bagi memasarkan produk itu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato’ Haji Mohamed Awang Tera, berkata maklum balas diterima melalui program ‘Idaman Terengganu’ inisiatif kerajaan negeri yang mengadakan promosi dan rangkaian niaga di negara-negara Eropah tahun lepas. “Melihatkan sambutan terhadap produk songket buatan negeri kita, saya yakin produk songket boleh diterima di negara barat dan sesuai dijadikan pakaian, perhiasan rumah dan cenderahati dengan citarasa dan corak fesyen di sana,” kata Dato’ Haji Mohamed selepas merasmikan Pelancaran Koperasi Penenun Songket Terengganu Berhad (Kopsongket), di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) Chendering, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Terengganu, Encik Umar Sarim Saidin; Pengarah PKKM Cawangan Terengganu, Encik Zahir Ahmad dan Pengerusi Kopsongket, Haji Shamsul Bahrain Abd. Mutalib. “Saya berharap pengusaha songket di negeri ini dapat meningkatkan kualiti dan mutu pen-

“Pengusaha batik dan songket digesa meningkatkan kualiti dan mutu pengeluaran supaya ia boleh diterima di peringkat global”. - Dato’ Mohamed Awang Tera geluaran masing-masing supaya ia boleh diterima di peringkat global kelak,” katanya. Katanya, dengan wujudnya Kopsongket ini semua pengusaha dapat bergabung tenaga dan berganding bahu dalam memajukan industri ini. Selain itu katanya, melalui amalan berkoperasi, pengusaha songket dapat bersatu dan meningkatkan rangkaian niaga sesama mereka dan mampu memantapkan industri pembuatan songket serta pembangunan koperasi di negeri ini. YB Dato’ Haji Mohamed kemudian menyarankan pengusaha memberi tumpuan utama kepada masalah bekalan bahan mentah dan monopoli daripada satu pihak pembekal sahaja agar pemasa-

ran songket dapat dilakukan secara berkelompok serta tidak mengganggu pasaran pembeli asal. Sehubungan itu katanya, koperasi juga perlu lebih aktif dalam memberi kemudahan dan kebajikan kepada ahli-ahlinya serta dapat meluaskan jaringan perniagaan bagi pasaran tempatan dan seterusnya ke peringkat global.

EKONOMI TDM lonjak keuntungan 67 peratus Oleh: Suriati Ali TDM Berhad, syarikat pegangan pelaburan milik kerajaan negeri mencatatkan lonjakan keuntungan sebelum cukai sebanyak 67 peratus kepada RM129.2 juta untuk tahun 2010 berbanding RM77.5 juta tahun sebelumnya. Ia seiring dengan peningkatan pendapatan kumpulan sebanyak 25 peratus daripada RM335.6 juta kepada RM420.4 juta, hasil daripada peningkatan pengeluaran di bahagian peladangan serta prestasi bahagian penjagaan kesihatan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Badrul Hisham Mahari berkata, bahagian peladangan mencatat keuntungan sebelum cukai berjumlah RM119.5 juta, iaitu peningkatan sebanyak 73 peratus. ‘’Bahagian penjagaan kesihatan pula telah mencatatkan

TDM kini mengendalikan 12 ladang kelapa sawit di negara ini dengan jumlah keluasan 33,284 hektar dan pertumbuhan masa depan dijangka datang daripada perkembangan perniagaan di Kalimantan, Indonesia.

kenaikan 47 peratus keuntungan sebelum cukai berjumlah RM11.2 juta,” katanya. Perolehan bagi suku tahun pertama tahun ini turut memperlihatkan prestasi kukuh dengan peningkatan 18 peratus kepada RM105.8 juta manakala keuntungan sebelum cukai bertambah 42 peratus kepada RM38.2 juta berbanding tempoh sama tahun lalu. TDM kini mengendalikan 12 ladang kelapa sawit di negara ini dengan jumlah keluasan 33,284 hektar dan pertumbuhan masa depan dijangka datang daripada perkembangan perniagaan di Kalimantan, Indonesia. ‘’Kami yakin pelaburan di Kalimantan merupakan satu strategi yang tepat, ia membolehkan kami memperluaskan perniagaan teras dan sejumlah RM44 juta telah dibelanjakan,” katanya.

BADRUL HISHAM

TDM mencatat keuntungan melalui peladangan sebelum cukai berjumlah RM119.5 juta iaitu peningkatan sebanyak 73 peratus.


7

15-31 Mei 2011

am

Kerajaan negeri taja guru ke luar negara Ogos ini Kerajaan negeri akan menaja 110 orang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Kebangsaaan (SK) melawat ke luar negara bermula Ogos depan. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata jasa guru tidak ternilai dengan wang ringgit dan hadiah itu sebagai menghargai pengorbangan golongan itu mendidik anak bangsa hingga mencapai kejayaan sekaligus mengharumkan nama negeri. “Daripada jumlah berkenaan , 50 orang guru besar SK yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dibawa melawat ke Korea pada cuti sekolah Ogos ini dan meninjau kelas maya yang ada di negara berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri, di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, baru-baru ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Haji Ahmad Razif Abdul Rahman; Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Haji Za’abar Mohd Adib; Pengerusi Yayasan Pelajaran Mara, Datuk Rosli Mat Hasan dan Pengarah Pelajaran Terengganu, Encik Razali Daud. “Manakala 60 orang lagi terdiri pengetua SMK yang cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) (30) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) (30) akan dibawa melawat ke Perth, Australia,” katanya. Menurut Menteri Besar, ini merupakan tahun ketiga kerajaan menaja lawatan guru-guru keluar negara di mana tahun lalu seramai 30 orang tapi tahun ini tambah 20 orang lagi memandangkan kita dah 10 tahun berturut menjadi negeri terbaik dalam keputusan peperiksaan itu. Dato’ Seri Haji Ahmad juga memberitahu, seramai 10 orang guru cemerlang akan dibawa menunai umrah melalui penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) ke Madinah yang akan berlepas pada 27 Julai nanti. “Pemilihan calon guru cemerlang akan diserah kepada Jabatan Pelajaran negeri bagi menentukan guru mana yang paling layak menerima anugerah ini,” katanya.

Gambar oleh Zulkipli Putra

Sementara itu katanya, seramai 3,500 orang guru Tahun Enam akan mula menerima pemberian komputer riba bermula akhir Jun ini. “Kerajaan membelanjakan RM3 juta untuk tujuan berkenaan dalam usaha melestarikan pendidikan

terbilang dan terus unggul di negeri ini,” katanya. Bersempena dengan majlis berkenaan, Menteri Besar turut melancarkan dua buah buku berjudul ‘Janji ‘ dan Jejak Razali – Wira dan Tokoh Pendidik’ hasil karya Haji Mohamad Jusoh.

Abdullah Ali bersama isterinya selepas dianugerahkan Tokoh Guru Negeri Terengganu 2011 oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun. Manakala (gambar kiri) tiga guru 1Malaysia yang dipilih sebagai Guru Berjasa.

Laksana dasar kerajaan dengan cekap dan amanah perkhidmatan awam. “Setiap peringkat perkhidmatan awam perlu melaksanakan tugas dengan pantas, tepat dan berkesan dalam konteks menjayakan dasar dan agenda kerajaan khususnya dalam Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan,” katanya. Datuk Bandar, Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT) Dato’ Haji Adzlan Mohd Dagang dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pen-

Penjawat awam menjadi tunjang kepada kerajaan bagi melaksanakan semua dasar dan program yang diputuskan. Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah berkata, wujudnya kakitangan yang cekap, amanah dan bertanggungjawab memberi kelebihan kepada kerajaan dalam menentukan hala tuju pembangunan negeri demi kesejahter-

aan rakyat. “Untuk mencapai kemajuan serta kecemerlangan bukan satu proses mudah sebaliknya perlu dirancang dengan teliti, diurus dan dikawal dengan penuh tertib dan disiplin,” katanya di majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) peringkat negeri dan pelancaran buku Agenda Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Terengganu di Wisma Darul Iman, barubaru ini.

Majlis berkenaan telah dirasmikan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said. Hadir sama Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Haji Tuan Mamat Tuan Ngah dan Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri. “Saya berharap semua penjawat awam menghargai kepercayaan yang diberikan dengan menggalas tanggungjawab penuh integriti serta menyokong pentadbiran negeri membawa tranformasi dalam

Kerajaan memerlukan penjawat awam yang berilmu, berkemahiran, bijaksana dan berinovatif bagi memainkan peranan secara berkesan dalam melaksanakan strategi pembangunan yang digariskan secara berhemah. Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah, berkata mereka perlu mempunyai pemikiran yang mahu membawa perubahan serta membentuk agenda dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. “Rakyat merupakan pelanggan kepada perkhidmatan, lantaran itu kerajaan menaruh harapan tinggi kepada penjawat awam kerana rakyat memerlukan mereka yang

boleh berfikir,” katanya ketika berucap di majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) peringkat negeri di Wisma Darul Iman, baru-baru ini. Katanya, kepuasan pelanggan perlu diutamakan supaya perkhidmatan awam terus relevan. Setiap kejayaan diukur menerusi penyampaian yang menepati kehendak dan cita rasa orang ramai selagi tidak melanggar garis panduan serta dasar kerajaan. “Marilah kita sama-sama menanam azam yang bersungguh-sungguh untuk meletakkan kecemerlangan sebagai keutamaan dalam setiap usaha yang dilakukan,” katanya. Katanya, sebarang cabaran atau isu yang dihadapi

Kakitangan bijaksana, berinovatif

Oleh: Esah Abdullah

gurusan) Dato’ Haji Wan Ahamad Wan Muda adalah diantara 30 penjawat awam yang menerima APC tahun ini. Seperti tahun lalu, seramai 30 orang penjawat awam pelbagai jabatan dan agensi terpilih menerima APC dan masingmasing menerima hadiah berupa wang tunai RM7,500 seorang beserta pakej menunaikan ibadat haji atau umrah (bagi yang telah menunaikan haji).

Gambar oleh Harish Fadzillah

Barisan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bersama Menteri Besar Terengganu di Wisma Darul Iman.

hendakah diatasi melalui kaedah berfikir dan bertindak secara kreatif dan inovatif. Dato’ Haji Mazlan berkata, pemahaman yang

jelas terhadap matlamat yang hendak dicapai sangat penting justeru itu semuanya perlu bertindak sebagai satu pasukan. Oleh itu katanya, semua

ketua jabatan dan penjawat awam hendaklah sentiasa komited dalam memberi sumbangan dan khidmat bakti kepada kerajaan dan pentadbir negeri.


8

15-31 Mei 2011

MB ca


15-31 Mei 2011

akna penduduk Batu Buruk Oleh: Kamarudin Mat Akib Dalam kesibukan menunaikan tanggungjawab sebagai pemimpin nombor satu negeri Terengganu, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, meluangkan masa sehari suntuk pada 14 Mei lalu, untuk menjelajah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk. Melalui Program Sehari Bersama YAB Menteri Besar Terengganu, beliau bersama-sama pemimpin setempat ‘turun padang’ di kawasan itu yang kini dikuasai parti pembangkang, bagi meninjau sendiri masalah yang dihadapi penduduk serta menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Program tersebut bermula seawal jam 7.30 pagi di mana Menteri Besar melawat Masjid Raja yang sedang dalam pembinaan, sebelum menikmati sarapan bersama-sama penduduk setempat dan merasmikan sukaneka rakyat di Pantai Chendering. Beliau dan rombongan terus bergegas ke Taman Seri Desa Chendering dan menyampaikan hadiah kepada warga berjasa serta para pemenang pertandingan rumah bersih Taman Seri Desa. Selepas itu, Menteri Besar beredar ke Pusat Komoditi Chendering di mana sukaneka rakyat diadakan dan menyampaikan hadiah kepada warga berjasa dan pemenang pertandingan rumah bersih, sebelum hadir di majlis

ramah mesra dengan penduduk Taman Permin Jaya. Pada sebelah tengahari, beliau melawat Kampung Kubang Ikan, menyampaikan hadiah kepada warga berjasa serta pertandingan kebersihan rumah penduduk kampung itu dan menunaikan solat zohor di Masjid Ungku Sulong, Kuala Ibai. Beliau turut menyampaikan Buku Simpanan Tabung Haji kepada 1,000 penduduk di kampung itu. Selesai majlis itu, Dato’ Seri Haji Ahmad ke Pusat Komuniti Che Kundur menyaksikan pertandingan akhir futsal 3 on 3 serta menyampaikan hadiah kepada warga berjasa di kampung itu dan menyertai gotong royong membaikpulih atap rumah Zainab

Kadir dan Che Mariah Che Yunus. Beliau menghadiri Program Ramah Mesra Bersama Penduduk KRT Taman Bukit Bayas dan menyerah kunci rumah PPRT Kampung Bukit Depu kepada penghuninya, sebelum menunaikan solat Maghrib di Masjid Kampung Tok Nasek dan menikmati makan malam bersama penduduk selepas solat Isyak. Acara kemuncak program itu ialah ceramah perdana di perkarangan masjid berkenaan dan Menteri Besar kemudiannya menyampaikan cenderahati kepada pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan warga berjasa mukim Bukit Besar.

9


10

15-31 Mei 2011

rencana

TURUN PADANG Oleh: Kamarudin Mat Akib Kerajaan negeri meluluskan peruntukan kirakira RM3 juta bagi membiayai pelbagai projek menaiktaraf kemudahan jalan raya dan sistem perparitan di seluruh daerah Marang, tahun ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata daripada jumlah tersebut masing-masing RM200,000 akan diagihkan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Limbat dan Bukit Payong. “Sebelum ini sewaktu saya mengadakan lawatan di daerah Kuala Terengganu, kita sudah meluluskan peruntukan RM500,000 setiap satu bagi DUN Bukit Payong dan Alor Limbat kerana sebahagian daripada kawasan dua DUN berkenaan termasuk dalam daerah Kuala Terengganu. “Bagi lawatan saya ke daerah Marang kali ini, kita beri peruntukan tambahan RM200,000 setiap satu bagi DUN Bukit Payong dan Alor Limbat untuk projek pembesaran jalan dan membina longkang di kawasan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas lawatan bagi meninjau masalah jalan dan parit bagi daerah Marang, ba-

SERIKANDI Oleh: Suriati Ali Pandai berkomunikasi, peramah dan mudah diajak berbual membuatkan Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Terengganu Puan Nuzulnisa Barudin @ Kamarudin disenangi ramai terutama rakan sekerja dan kakitangan bawahannya. Walaupun baru berusia 31 tahun, faktor usia muda itu tidak menghalang Puan Nuzulnisa diberi kepercayaan memegang jawatan tertinggi di jabatan kerajaan. Puan Nuzulnisa memberitahu tiada petua istimewa atau istilah `bodek bos’untuk dia memegang jawatan sekarang melainkan berkat doa dan rezeki yang dikuniakan Allah s.w.t kepadanya. Lulusn Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah, Sarjana Sains Perancangan Pelancongan di Univer-

Menteri Besar meninjau pembinaan rumah rakyat di daerah Marang. Manakala (gambar kanan) bersama Adun Alor Limbat dan rombongan meninjau masalah perparitan dan jalanraya bagi mengatasi masalah banjir kilat di beberapa kawasan yang dikenalpasti untuk diambil tindakan.

RM3 juta bangunkan prasarana di Marang ru-baru ini. Sebelum ini Menteri Besar telah melawat enam daerah seluruh negeri bagi meninjau sendiri masalah jalan dan parit, terutama yang menyebabkan banjir bagi membolehkan tindakan segera diambil untuk mengatasi masalah berkenaan. Menteri Besar berkata, bagi lawatan terakhir di daerah Marang peruntukan RM1.5 juta diluluskan bagi DUN Rhu Rendang di mana sebanyak RM1 juta akan digunakan bagi meluruskan jalan Alur Tuman, di Pulau Kerengga

Pasar Binjai Rendah, Marang, merupakan pasar baru menggantikan pasar lama akan lebih memberi keselesaan kepada peniaga.

Kerajaan berharap setiap projek dapat dilaksanakan segera agar masalah yang dihadapi rakyat di kawasan berkenaan dapat diselesaikan dengan secepat mungkin. yang merupakan selekoh maut. “Manakala bagi DUN Pengkalan Berangan kita akan menyediakan peruntukan sebanyak RM1,050,000 bagi tujuan yang sama,” ujarnya.

Sikap ramah Nuzulnisa disenangi siti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor pada 2004, ini diterima bertugas sebagai Pegawai Khas Kerajaan Tempatan & Perumahan Negeri. Manakala jawatan Penolong Setiausaha (Tugas-tugas Khas) pula mula disandang pada September 2005 hingga Disember 2008. Berkat kesungguhan dan komitmen yang tinggi terhadap tugas mendorong ibu kepada seorang cahaya mata itu dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Khas kepada Menteri Besar Terengganu pada Januari 2009. Selepas sembilan bulan menyandang jawatan itu, Puan Nuzulnisa ditukarkan ke JPBD dengan dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan). Pelbagai pengalaman positif dan berharga dilalui sepanjang sembilan tahun bekerja termasuk pernah menjadi penceramah Islam Hadhari Tereng-

ganu Bestari, fasilitator kursus pupuk semangat dan penceramah kursus induksi. Selain itu, pernah terlibat sebagai peserta kursus fasilitator wanita pengukuhan intergriti perkhidmatan awam dan menyertai bengkel permudah cara modul bersepadu kursus pra perkahwinan Islam. Menurut Puan Nuzulnisa, ketika berada di bangku sekolah, dia bercita-cita ingin menjadi pensyarah kerana mahu mengikut jejak ibu dan bapa yang bergelar guru. Katanya, sebaik menjejak kaki ke alam universiti, fikirannya mula berubah dengan memilih bidang yang berlainan iaitu Perancangan Bandar & Wilayah dan Perancangan Pelancongan. Walaupun impian menjadi pensyarah tidak menjadi kenyataan, ia tetap bersyukur ke hadrat Ilahi dengan kerjaya yang dimiliki sekarang. “Memegang jawatan

tinggi di satu-satu agensi bukannya semudah yang disangka kerana memerlukan komitmen yang sangat tinggi terhadap organisasi atau jabatan. “Saya bersyukur kerana mempunyai keluarga terutama suami Ahmad Hafiizhi Alilah cukup me-

mahami tuntutan tugas harian walaupun kadang kala terpaksa bertugas di luar Terengganu selama dua minggu atau lebih,” katanya. Hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan insan tercinta,

Puan Nuzulnisa kini bakal memiliki dua cahaya mata. Puteri sulung diberi nama Nabila Kauthar, berumur setahun enam bulan, manakala zuriat kedua dijangka lahir pada Ogos nanti.

Nuzulnisa

Bersama keluarga tercinta


15-31 Mei 2011

rencana

MIMBAR

11

BISNES

Syanaz Songket dan Batik tawar produk moden, terkini Oleh: Suriati Ali Syarikat Bumiputera, Syanaz Songket dan Batik milik Encik Ahmad Tarmizi Mohammad menawarkan pelbagai corak sutera eksklusif, songket, kain sarung dan batik yang pasti memuaskan hati pelanggan. Perniagaan itu asalnya kepunyaan Allahyarham Haji Mohd Abdullah iaitu bapa kepada Encik Tarmizi yang bersedia enerima tempahan menjahit pakaian seragam batik secara berkumpulan atau dalam kuantiti banyak. Harga tempahan yang ditawarkan serendah RM100 hingga RM250 sehelai bergantung kepada kualiti dan jenis kain. Antara jabatan yang setia membuat tempatan termasuk Jabatan Kerja Raya, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Setiusaha Kerajaan Negeri dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Jika ada yang berminat mendapatkan kain songket asli, syarikat itu menawar-

kan harga sangat berpatutan iaitu semurah RM60 hingga RM400 sahaja. Encik Tarmizi berkata, dia mula minat menceburi bidang perniagaan sewaktu dibangku sekolah menengah lagi, selepas mendapat tunjuk ajar dan membantu arwah bapa berniaga. Katanya, sebaik tamat Sijil Pelajaran Malaysia pada 1993, dia nekad untuk serius dalam bidang ini di mana pada awalnya mengetahui asam garam berniaga terutama berkaitan menjaga serta memikat hati pelanggan, menjaga kualiti kain dan susun atur produk. “Susun atur produk dan keceriaan kedai paling diutamakan, kerana bermula daripada situ seseorang pelanggan akan tertarik selain memastikan pekerja sentiasa senyum dan peramah ketika melayan pelanggan,” katanya. Menurutnya, semua produk dan jenis kain yang dijual di kedainya asli iaitu buatan pengusaha tempatan dan bukannya barangan tiruan yang TARMIZI

Orang ramai boleh mendapatkan songket dan batik dengan harga berpatutan.

Semua jenis produk dan kain adalah buatan pengusaha tempatan.

diimport dari luar negara seperti China, Thailand dan Indonesia. “Peniaga perlu bijak memilih sesuatu produk bagi mengelak terbeli barangan tiruan berikutan terlalu banyak peniaga kain di Terengganu menjual barangan tidak berkualiti. “Saya sedia memberitahu pelanggan bagaimana ingin mengenali sama ada produk itu tiruan atau sebaliknya,” katanya kepada Teganukita ketika ditemui di lot perniagaan PPA 25 Pasar Besar Kedai Payang (PBKP), Kuala Terengganu. Encik Tarmizi berkata, persaingan antara peniaga lain antara cabaran yang perlu ditempuh kerana pada masa sekarang begitu ramai individu yang meminati bidang jualan kain. “Saya menganggap semua itu persaingan positif yang boleh mematangkan lagi semangat berniaga yang sudah diceburi selama 18 tahun ini.

“Alhamdullilah rezeki saya bertambah setiap kali tiba musim cuti sekolah dan ketika ingin menyambut Hari Raya Aidilfitri,” katanya. Menurutnya, dia manfaat sepenuhnya apabila tiba `durian runtuh’ itu dengan menawarkan harga berpatutan supaya pelanggan tidak jemu dan paling penting, mereka datang kembali. “Rata-rata pelanggan yang datang semuanya menyatakan puas hati dan memuji corak dan jenis kain terkini dan moden. “Pembeli luar Terengganu lebih menggemari sutera, batik lukis dan songket asli kerana di tempat mereka sukar untuk memperolehnya,” katanya. Syarikat Syanaz Songket dan Batik dibuka jam 9.00 pagi hingga 6 petang itu turut mempunyai cawangan di Tingkat 2, Bazar Warisan, Kuala Terengganu.


12

15-31 Mei 2011

IKON Oleh: Aida Abd Rahman Kesetian ibu bapa menemaninya ke mana sahaja sejak sekolah rendah sehingga usia kini yang menginjak 20 tahun dalam setiap pertandingan tilawah dalam mahupun luar Terengganu menjadi tonik mujarab yang mampu membiaskan kekuatan dan semangat kepadanya mempersembahkan bacaan yang terbaik. “Ayah dan ibu tidak pernah gagal menemani saya ke mana sahaja apabila ke pertandingan tilawah al-Quran. Malah dengan kehadiran mereka membuatkan saya merasa lebih yakin dan bersedia untuk memperdengarkan bacaan ketika di pentas,” kata qariah Terengganu, Nor Hidayah Abdul Rahman kepada Teganukita, barubaru ini. Nor Hidayah dari Kampung Ladang Bari, Sungai Tong, Setiu menjadi sandaran negeri ke peringkat kebangsaan yang bakal berlangsung di Kuching, Sarawak pada 13 hingga 17 Jun ini selepas dinobatkan johan qariah sempena Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Terengganu 2011 Kali Ke-54, di Stadium Tertutup Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu, pada 12 Mei lalu. Kemenangan buat kali kedua di peringkat negeri itu membolehkan anak kelapan daripada sepuluh beradik yang dilahirkan kembar, membawa pulang wang tunai RM7,000, pakej menunaikan haji, seunit komputer riba, piala dan sijil penghargaan. Sebagai persiapan ke peringkat itu, Nor Hidayah terus memantapkan bacaan dari aspek taranum, suara, fasohah serta tajwid melalui beberapa guru al-quran yang bertauliah dan tersohor di negara ini. Malah, dia bersama johan qari, Ahmad Tirmizi Ali, juga dibawa mengikuti kursus anjuran kera-

BAKTI JKKK Oleh: Esah Abdullah Kampung Undang sebuah perkampungan tradisional yang masih kuat mempertahankan adat serta warisan nenek moyang. Malah, amalan menghormati yang tua dan menyayangi yang muda juga kekal dipertahankan sehingga kini. Mempunyai keluasan 2.91 kilometer persegi dan terdapat tiga jalan masuk ke kampung ini sama ada melalui Kampung Kedai Buluh atau Kampung Bukit Payong atau jalan ke Bandar Marang. Pertanian menjadi kerja hakiki majoriti penduduk dengan 65 peratus terbabit mengusahakan tanaman sayur-sayuran, selain sebahagiannya turut memiliki kebun getah, kelapa sawit serta sawah padi.

rencana

Tonik Nor Hidayah di pentas tilawah

Nor Hidayah ketika menerima hadiah daripada Tengku Sri Laksamana Raja selepas dinobatkan johan qariah.

NOR HIDAYAH

jaan negeri di bawah Institut alQuran Terengganu dalam dan luar Terengganu sebagai persediaan menghadapi cabaran peringkat lebih tinggi itu nanti. “Selain itu, sejak dulu lagi, saya setiap hari akan sentiasa memahirkan diri dan mengasah bacaan ayat suci al-Quran melalui `tok guru’ yang cukup setia dengan saya, individu itu tidak lain dan tidak bukan, ayah kesayangan saya sendiri,” katanya yang mengakui mula mencintai bidang tilawah se-

jak kecil kerana mewarisi minat dan bakat bapanya, Abdul Rahman Omar, 61. Bapa dan ibunya, Lijah Othman, 55, adalah dua karektor utama yang bertanggungjawab membentuk minat dan kecenderungan bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Bari serta Sekolah Menengah Kebangsaan Pelong, Setiu itu sering tampil cemerlang di pentas tilawah sama ada peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan. “Ayah saya juga pernah menyertai tilawah al-Quran masa mudanya dahulu, dari situ dia perturunkan kepada anak-anak. Selain kakak sulung, Roshayu, saya dan adik kembar, Nor Jan-

nah turut mengikut jejak langkah ayah,” katanya lagi. Kakak sulungnya pernah mewakili daerah pada era 90an dulu, manakala Nor Jannah yang kini penuntut Seni dan Reka Bentuk Universiti Teknologi Mara Kuala Terengganu turut bersama-sama Nor Hidayah menyertai pertandingan itu sejak usia sembilan tahun dan berterusan sehingga kini. Pencapaian terbaik Nor Hidayah muncul johan pertandingan tilawah sekolah-sekolah menengah peringkat kebangsaan pada 2006 dan 2008 yang mencetus iltizam buat anak muda itu untuk terus menggapai kejayaan di peringkat lebih

hamad Hamzah. Katanya, terdapat 1,718 penduduk daripada 330 keluarga merupakan anak jati kelahiran kampung ini yang sentiasa mengutamakan perpaduan dan mementingkan kehidupan bersaudara tanpa mengira keturunan serta pangkat. “Banyak kemudahan disediakan kerajaan termasuk sebuah Sekolah Kebangsaan, masjid, balai raya, klinik desa, gelanggang futsal dan dua kelas tabika,” katanya kepada Teganukita. Penglibatan semua lapisan penduduk sama ada golongan Veteran, Wanita, Pemuda , Puteri dan jawatankuasa masjid tambah melancarkan perjalanan program yang diadakan. Selaku ketua kampung, Haji Mohamad sentiasa memberi

kerjasama erat dengan anak buahnya dan sering menjadi orang tengah ketika menguruskan perkara yang membabitkan fahaman parti. “Setiap tahun akan diadakan sukan rakyat, anugerah pelajar cemerlang peringkat kampung, larian merentas desa, pertandingan futsal dalam usaha mengeratkan ikatan silaturahim antara penduduk,” katanya. Kampung Undang juga terpilih menyertai pertandingan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) tahun ini dan sedang membuat persiapan menyertai pertandingan berkenaan. Untuk aktiviti penduduk kampung sebuah astaka dengan kemudahan lampu limpah disediakan dengan peruntukkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

tinggi. Sejurus menamatkan alam persekolahan, Nor Hidayah layak mewakili Setiu untuk pertandingan tilawah yang disertai golongan dewasa, sementara Nor Jannah mewakili Kuala Terengganu dalam pertandingan yang sama bermula dua tahun lalu. Penyertaan Nor Hidayah kian mencetus aura tersendiri, tatkala muncul johan qariah pada tahun lalu, namun penyertaan pertama kalinya di pentas kebangsaan hanya mampu mendapat saguhati. Gadis yang lahir tanggal 27 Januari 1991 itu nekad mahu membaiki setiap kelemahan yang ada dan mensasarkan pencapaian lebih baik pada tahun ini sekaligus mampu berada di kedudukan tiga terbaik. “Musuh utama ketika berdepan dengan orang ramai dan juri sebaik melangkah ke pentas adalah perasaan gemuruh. Melihat banyak pandangan tertumpu kadang-kadang boleh membuatkan kita hilang konsentrasi. Namun saya tetap berazam membuang perasaan negatif itu jauh-jauh dan lebih tenang memperdengarkan bacaan nanti,” katanya. Dalam pada itu, menurut gadis yang bakal meneruskan cita-citanya sebagai guru kelak, pembabitannya dalam pertandingan tilawah bukan semata-mata mahu mempersembahkan bacaan yang terbaik, mengikut kriteria dan tahap yang dikehendaki juri, malah turut membuatkan dirinya lebih bermuhasabah dan menghayati keindahan dalam Kalam Allah s.w.t. “Al-Quran itu sungguh indah . Menghayati serta memahami kandungannya membuatkan setiap kita akan merasa diri ini cukup kerdil, bertuah terpilih sebagai umatNYA dan terlalu banyak yang harus kita renungi serta belajar mengenai kebesaran ayat suci itu sendiri,” katanya.

Kampung Undang pertahan warisan

MOHAMAD

“Kini sekumpulan 10 penduduk sedang mengusahakan tananan labu manis secara berkelompok di kawasan seluas 20 ekar,” Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), kampung Undang, Haji Mo-

Semua golongan tidak boleh menidakkan apa yang kerajaan BN telah beri selama ini dan perkara berkenaan sentiasa diuar-uarkan kepada penduduk di kampung ini. “Kita perlu menghargai dan berterima kasih kepada yang memberi dan bersyukur kepada Allah yang melimpahkan rezeki,” katanya. Haji Muhamad menegaskan perkara yang selalu diingatkan kepada anak buahnya, supaya jangan bersikap tamak dan sanggup `mencurah air di tempayan’ semata-mata kerana `mendengar guruh di langit’. Kerajaan hari ini ibarat `pohon rendang tempat berteduh’, masyarakat khususnya rakyat miskin yang sentiasa mendambakan sokongan dan bantuan untuk meneruskan hidup.


rencana

DESTINASI

Oleh: Suriati Ali Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu yang terletak di antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) cukup menarik dan sememangnya dikenali ramai terutama di kalangan pelajar serta penduduk setempat. Destinasi pelancongan yang terkenal dengan pasir pantai putih itu terletak hanya kirakira 16 kilometer (km) dari Bandar Raya Kuala Terengganu dan lapan kilometer dari Pekan Batu Enam. Lokasi itu yang dahulunya

15-31 Mei 2011

13

Pantai Tok Jembal pusat riadah sekeluarga suram dan sunyi tanpa kehadiran pengunjung, kini ceria selepas pihak berkaitan termasuk Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menaik taraf kawasan tersebut dengan membina pelbagai infrastruktur dan lot perkedaian. Setiap hari terutama hujung minggu dan cuti sekolah pasti ada yang berminat mengunjungi Pantai Tok Jembal dengan pelbagai tujuan khususnya beriadah. Ada di antara mereka datang semata-mata ingin mencari ketenangan dan melepaskan kepenatan selepas seharian berkerja.

Desiran angin yang bertiup segar dengan deruan ombak membuatkan pengunjung seakan melekat dan terus setia di lokasi itu. Bagi mereka yang membawa anak berusia 12 tahun ke bawah pula, mereka lebih berminat menghabiskan masa di taman permainan yang disediakan. Seorang Pengunjung Mazlina Sapihi, 30, dari Batu Rakit berkata dia cukup gemar membawa tiga anaknya bersiar-siar di Pantai Tok Jembal kerana pelbagai kemudahan disediakan kepada orang ramai termasuk taman permainan, pondok rehat, lot kedai makan dan

tandas. “Jika anak-anak sudah penat bermain gelongsor dan buaian, saya akan membawa anak bermain pasir di tepi pantai pula yang sememangnya memutih dan bersih,� katanya lagi. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, YB Muhammad Ramli Nuh, berkata Pantai Tok Jembal sememangnya unik kerana dikelilingi dua Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ulung di negara ini. Katanya, kelebihan itu memberi impak positif kepada pelajar kerana mereka dapat melakukan aktiviti riadah selepas berakhir kuliah mas-

ing-masing , selain menjadikan lokasi itu tempat belajar secara berkumpulan dan menyiapkan tugasan masing-masing. “MBKT sentiasa berusaha memperindahkan destinasi pelancongan itu dengan menaik taraf kemudahan sedia ada, menanam ratusan pokok ru dan tidak lupa menambah lampu jalan semata-mata ingin memberi keselesaan dan menarik minat pengunjung ke lokasi itu,� katanya. Pengunjung dinasihatkan supaya tidak melakukan aktitiviti merbahaya ketika berada di kawasan pantai termasuk bermain air dan mandi.


14

15-31 Mei 2011

am

Pelan strategik jadi indikator kepada penjawat awam - MB Oleh: Esah Abdullah Pelan Strategik Agenda Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan Terengganu (PSAMPPT) akan menjadi indikator kepada penjawat awam bagi memahami kehendak kerajaan, merancang dan seterusnya melaksanakan usaha-usaha yang telah dipersetujui ke arah memajukan negeri. “Ini adalah satu lagi usaha kita bagi memastikan setiap agenda yang ingin lakukan, dirancang serta dilaksana dengan lebih kemas dan sistematik,” kata Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said. Menteri Besar berkata demikian di majlis Anugerah Perkhidmatan

Dato’ Seri Haji Ahmad melancarkan Buku Pelan Strategik Agenda Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Terengganu.

Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu dan Pelancaran Buku PSAMPPT di Wisma Darul Iman barubaru ini. Katanya, dengan adanya buku ini diharap penjawat awam serta semua agensi dapat bergerak dengan lebih pantas lagi di dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Tambahnya, ini adalah satu lagi usaha kerajaan bagi memastikan setiap agenda yang ingin dilakukan, dirancang serta dilaksana dengan lebih kemas dan sistematik. “Ianya akan terus menjadi satu dorongan kepada penjawat awam negeri agar menjadikan kecemerlangan sebagai satu budaya di dalam melaksanakan tugas seharian,” katanya.

CCTV di kawasan lumba haram

Kerajaan negeri bercadang untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di semua kawasan tumpuan aktiviti lumba haram bagi mencegah kegiatan itu terus menjalar di kalangan remaja negeri ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata melalui rakaman CCTV gambar aksi mereka dapat dirakam dan ibu bapa mereka akan dipanggil untuk melihat kegiatan anak-anak mereka yang mendatang bahaya kepada orang ramai itu. “Saya akan minta kerjasama pihak polis untuk kenal pasti kawasan itu dan kerajaan akan pasang CCTV,” katanya kepada pemberita selepas membuat melawat keadaan mangsa rempuhan mat rempit di Wad 5CD Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), baru-baru ini. Hadir sama, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Encik Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid dan Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Mohamad Omar. “Saya merayu ibu bapa agar menasihatkan dan memantau pergerakan anak masing-masing supaya tidak terlibat dengan perlumbaan haram ini dan kerajaan hanya mampu

Jadikan al-Quran sebagai panduan Al-Quran hendaklah dijadikan sebagai tonggak penting dalam setiap aktiviti dan program yang dijalankan bagi membangun Terengganu dan negara. Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah, berkata interaksi yang berterusan dengan al-Quran sudah pasti menjanjikan barakah yang berpanjangan daripada Allah s.w.t kepada negara dan umat Islam. “Antara mujizat dan keunggulan al-Quran yang maha agung sekiranya dihayati dan diamalkan dengan penuh ikhlas dan tawaduk, akan melahirkan insan cemerlang dan mampu mencipta tamadun. “Tema 1Malaysia 1Ummah yang dipilih bagi majlis kali ini amat betepatan dengan usaha kerajaan yang sentiasa konsisten dalam menyatukan pelbagai kaum di negara ini,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Penutup Tilawah al-Quran Peringkat Terengganu tahun 1432H/ 2011M Kali Ke54 di Stadium Tertutup Kompleks Gong Badak,

Kuala Terengganu, barubaru ini. Majlis perasmian penutup itu disempurnakan Ahli Majlis Perwakilan Pemangku Raja Terengganu, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Sri Laksamana Raja yang turut hadir bersama isteri To’ Puan Hajjah Rahimah Awang. Hadir sama, Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang; Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, YB Haji Khazan Che Mat; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, YB Rozi Mamat dan Mufti Terengganu, Dato’ Dr Haji Alias Abdullah. Dato’ Haji Mazlan turut memberitahu, dalam berdepan isu global, wahdah atau kesatuan ummah sewajarnya menjadi satu agenda penting. “Berpaksikan iman dan taqwa yang mantap, kegiatan amar ma’aruf dan nahi mungkar perlu dijadikan teras utama dalam segala tindakan,” katanya.

Program PPAT dapat sambutan - Nor Akmal

Adik Ahmad Fakri, 10, menceritakan detik malang kepada Menteri Besar apabila dia dirempuh dari belakang oleh remaja bermotosikal di Kampung Seberang Baruh, Kuala Terengganu.

memberi nasihat sebaliknya kesedaran ibu bapa dan remaja berkenaan itu yang penting,” katanya.. Menteri Besar sebelum itu meluangkan masa melawat Adik Ahmad Fakri Azni, 10, pelajar Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Chabang Tiga telah dirempuh dari belakang oleh remaja bermotosikal yang cuba meloloskan diri daripada sekatan polis di Kampung Seberang Baruh, Kuala

Terengganu. Mangsa yang patah tulang belakang dan retak tempurung kepala menerima tujuh jahitan di kepala turut mengalami luka di bahagian badan dan tangan serta masih dirawat di HSNZ. Semasa kejadian, mangsa yang sedang menunggang basikal melambung dan tercampak kira-kira 10 meter dari lokasi kejadian akibat rempuhan kuat motosikal Ex-5 milik mat

rempit yang juga seorang anggota Rela. Remaja berusia 18 tahun dari Kampung Tok Imam Lapar, Kuala Telemong itu berjaya ditangkap oleh orang ramai yang kebetulan berada di lokasi kejadian. Menteri Besar turut berpuas hati dengan perkembangan kesihatan Ahmad Fakri yang sudah boleh bercakap dan boleh mengingati kemalangan yang berlaku.

Pendekatan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) menganjurkan 60 program berilmu dalam tempoh setahun berbaloi berikutan mampu meningkatkan jumlah pengunjung ke pusat ilmu itu. Berdasarkan perangkaan, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) menerima peningkatan jumlah pengunjung yang memberangsangkan pada setiap tahun. Dalam tempoh lima tahun iaitu 2006, PPAT menerima seramai 609,247 bilangan pengunjung, 2007 (805,278), 2008 (1,037,934), 2009 (1,155,205) dan 2010 pula kira-kira 1,200,049 pengunjung pelbagai peringkat umur. Pengarah PPAT, Puan Hajah Nor Akmal Abdul Fatah, berkata pihaknya bangga dengan peningkatan jumlah pengunjung dan terbukti promosi dan program yang dianjurkan PPAT setiap tahun mendapat sambutan daripada orang ramai.

“Apa yang membanggakan, golongan belia paling ramai mengunjungi PPAT dengan pelbagai tujuan antaranya membaca dan menghadiri program,” katanya ketika dihubungi pemberita Teganukita. Menurutnya, setiap sabtu pasti ada program khas untuk kanak-kanak, manakala satu aktiviti umum dalam tempoh sebulan dianjurkan, semata-mata ingin membuka minda masyarakat tentang pentingnya ilmu pengetahuan selain membuka peluang mencari bahan dan maklumat terkini. Antaranya adalah program jalinan ilmu, kuiz setempat, kaedah membina blog, bengkel teknik bercerita, pameran fotografi, pertandingan bercerita, mari mewarna serta melukis dan jelajah ilmu. “Apa yang membanggakan, pameran robotik yang dianjurkan pada setiap tahun bersama Kolej Tati , mendapat sambutan lebih 4,000 pengunjung walaupun hanya sehari dianjurkan,” katanya.


am

UniSZA raih anugerah Penyelidikan yang dihasilkan seorang pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bertajuk `Robust Diagnostic F for the Identification of Outliers in the Fixed Effect Panel Data Model’ berjaya meraih Anugerah Penyelidikan Berinovasi Tinggi pada Seminar Kebangsaan Pasca Siswazah Statistik, Institut Statistik Malaysia (ISM), baru-baru ini. Pensyarah berkenaan,Puan Nor Mazlina Abu Bakar, 39, berasal dari Kampung Kuala Ibai, Kuala Terengganu menghasilkan penyelidikan itu bersama Pensyarah Institut Penyelidikan Matematik, Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Habshah Midi. Puan Nor Mazlina berkata, penyelidikan itu merupakan sebahagian daripada penyelidikan peringkat Doktor Falsafah (PhD) beliau dengan Dr. Habshah yang juga bertindak sebagai penasihat pengajian PhD beliau. “Penyelidikan yang kami hasilkan adalah penggabungan kaedah statistik teguh dan kaedah diagnostik bagi mengenal pasti data-data terpencil. “Hasil penggabungan kedua-dua kaedah itu ternyata mempunyai impak yang besar dan berjaya menarik perhatian panel hakim dalam seminar itu,” katanya. Menurut Nor Mazlina, kajian yang lebih mendalam sedang dijalankan bagi menambah baik hasil kajian sedia ada dan seterusnya mengaplikasikannya dalam bidang ekonometrik. “Dengan anugerah berkenaan, ia akan dikongsi bersama dengan penuntut di UniSZA sebagai panduan dalam penyelidikan pelbagai bidang statistik dan memberi lebih pendedahan tentang penggunaan ilmu itu dalam industri. “Ia juga selaras dengan peranan UniSZA untuk melahirkan lebih banyak kajian dan penyelidikan dalam pelbagai disiplin ilmu,” katanya. Program ilmu anjuran ISM itu diadakan di Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya yang turut disertai hampir 300 peserta lain termasuk dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan Universti Teknologi Mara. Seminar bertema Memperkasakan Ahli Statistik dalam Membuat Keputusan bertujuan menyediakan satu platform bagi ahli akademik dan pemain industri berkongsi penyelidikan dalam bidang berkenaan.

KKM prihatin pesakit Penjawat awam merupakan perantara terbaik dalam menyampaikan perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat khususnya berkaitan kesihatan, selaras dengan Pelan Hala Tuju Program Tranformasi Kerajaan (GTP). Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dato’ Dr Hasan Abdul Rahman, berkata pembudayaan slogan “Kami Sedia Membantu” membuktikan kakitangan KKM prihatin terhadap keperluan dan keinginan pesakit yang memerlukan rawatan dan penjagaan kesihatan. “Meskipun menghadapi pelbagai cabaran dan kekangan, KKM berjaya melaksanakan pelbagai program dan aktiviti semata-mata untuk meningkatkan tahap kesihatan penduduk setanding dengan negara,” katanya ketika berucap di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang

peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama Pengarah JKNT, Dr Nordiyanah Hassan dan beberapa pegawai perubatan. Seramai 806 kakitangan termasuk 134 pesara JKNT menerima APC berazam meningkatkan lagi produktiviti dan kreativiti kerjaya semata-mata untuk kepentingan masyarakat dan jabatan. Dato’ Hassan turut memberitahu, kecemerlangan tidak akan tercapai tanpa integriti dan amalan nilai-nilai murni. “Kecekapan melaksanakan tugas tanpa penghayatan nilai-nilai murni dan integriti akan mendedahkan perkhidmatan kepada gejala rasuah dan keruntuhan moral. Akhirnya akan diterjemahkan kepada mutu penyampaian yang mementingkan imbuhan, ketidak-adilan dan sebagainya”.

15-31 Mei 2011

15

Ahmad Tirmizi dan Nor Hidayah johan tilawah

Ahli Majlis Perwakilan Pemangku Raja Terengganu, Yang Amat Mulia Tengku Sri Laksamana Raja menyampaikan hadiah kepada peserta Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Terengganu tahun 132H/2011M Kali Ke-54 sambil disaksikan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan YB Khazan Che Mat.

Oleh: Suriati Ali “Saya berazam melakukan yang terbaik demi mencapai kejayaan peringkat kebangsaan dan seterusnya menaikkan imej Terengganu yang sememangnya berpegang kuat kepada ajaran agama Islam . “Kemenangan ini adalah hasil sokongan ibu bapa tercinta yang tidak jemu-jemu memberi nasihat dan sokongan. Selain itu, ia menjadi pembakar semangat buat diri untuk terus cemerlang dalam hidup,” kata qari Ahmad Tirmizi Ali, 26 dari Kampung Che Lijah, Dungun. Beliau berjaya menjadi johan sempena Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Terengganu tahun 1432H/ 2011M Kali Ke-54 yang diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Ahmad Tirmizi sebelum ini pernah dinobatkan sebagai johan dalam program Akademi al-Quran TV9 tahun lalu; pertandingan Tilawah dan Menghafaz al-Quran peringkat antarabangsa di Morocco (Februari 2011) dan pertandingan Tilawah a-Quran peringkat negeri pada 2004 dan 2005. Manakala qari Abdul Razak Mat Ripin dari Besut memenangi tempat kedua dan Abu Bakar De-

Ahmad Tirmizi dan Nor Hidayah mewakili Terengganu ke tilawah peringkat kebangsaan.

raman dari Hulu Terengganu di tempat ketiga. Manakala qariah pula, Nor Hidayah Abdul Rahman berasal dari Setiu diumum sebagai johan, Rafidah Omar dari Besut (kedua) dan Hajah Roziayati Mohd Ali dari Marang pula tempat ketiga. Mereka yang berjaya menjadi johan dalam ma-

jlis tilawah yang bertemakan 1Malaysia 1Ummah itu, berjaya membawa pulang wang tunai RM7,000, pakej menunaikan haji, komputer riba, piala dan sijil penghargaan. Manakala tempat kedua pula berjumlah RM5,000 dan ketiga berjumlah RM4,000. Johan qari dan qariah akan mewakili

Terengganu ke peringkat kebangsaan yang bakal diadakan di Kuching, Sarawak pada 13 hingga 17 Jun depan. Nor Hidayah berkata, persediaan awal akan dilakukan daripada pelbagai aspek terutama berkaitan kelemahan taranum bagi membaiki markah yang kurang memuaskan.


sukan Bil. 41 (15-31 Mei 2011) http://teganukita.blogspot.com

RM5,000 untuk emas Sukma Kuala Lumpur Oleh: Aida Abd Rahman Habuan RM5,000 untuk setiap emas menanti atlet negeri yang menyertai Sukan Malaysia (Sukma) Ke-14 Kuala Lumpur 2011 jika kontinjen Terengganu berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali ketiga berturutturut pada temasya bermula 2 hingga 12 Jun ini. Sementara bagi pingat perak, RM3,000 dan RM2,000 untuk gangsa. Jika gagal mengekalkan kejuaraan itu, atlet bakal menerima RM3,000 bagi setiap pingat emas, RM2,000 bagi perak dan RM1,000 untuk gangsa. Ganjaran lain yang menanti setiap atlet di Sukma berkenaan adalah wang imbuhan serta- merta sebaik sahaja memenangi pingat, masing-masing RM300 (emas), RM200 (perak) dan RM1,000

Atlet Terengganu penuh yakin melaungkan semangat kemenangan pada temasya Sukma di Kuala Lumpur nanti bersama-sama Menteri Besar serta pegawai betugas.

untuk pingat gangsa. Insentif yang sama pernah diberikan kerajaan negeri pada Sukma Melaka tahun lalu. Menteri Besar, Dato’

Seri Haji Ahmad Said mengumumkan berita gembira itu sempena Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Terengganu Sukma Ke-14 Kuala Lum-

pur 2011, di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan

Sukan negeri, YB Haji Rozi Mamat; Penasihat Undang-Undang negeri, YB Noorbahri Baharuddin; Pegawai Kewangan negeri, Dato’ Abdul Razak Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar. Hadir sama, Ketua Kontinjen Sukma Ke-14 merangkap Timbalan Setiausaha Kerajaaan (Pengurusan), Dato’ Wan Ahamad Wan Muda. “Saya harap atlet Terengganu berjuang habis-habisan untuk membawa bendera Terengganu dan juga maruah negeri serta berusaha mempertahankan kejuaraan dalam Sukma Ke-14 nanti. “Kita buktikan bahawa kita bukan jaguh kampung dan kita boleh memenangi Sukma dua kali

berturut-turut sebelum ini bukan secara kebetulan, tetapi bersandarkan kesungguhan, kebolehan dan kemampuan atlet kita sendiri hasil daripada perancangan yang rapi,” kata Menteri Besar lagi. Kontinjen Terengganu mensasarkan 27 emas, 18 perak dan 12 gangsa menerusi 17 acara seperti basikal (trek), kanu, judo, bola jaring, lawan pedang, mendayung, bola tampar dan bola baling. Seramai 214 atlet melibatkan 119 lelaki dan selebihnya wanita akan mempertahankan misi Terengganu yang turun dengan moto `Terengganu Hanelang’ untuk mengekalkan kejuaraan buat kali ketiga berturutturut selepas menjuarai temasya itu di laman sendiri pada 2008 dan Melaka 2010 yang lalu.

Hadiah melancong ke Eropah jika juara berganda Ganjaran berganda buat pasukan Terengganu (gambar) jika muncul juara Piala FA dan Liga Super musim ini. Kerajaan Terengganu berjanji akan membawa semua pemain melawat Kota London jika memenangi Piala FA dan mengelilingi Eropah jika mengulangi kejuaraan pada Liga Super 2011. Demikian janji Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said selepas melancarkan Majlis Peny-

erahan Bendera Kontinjen Terengganu Sukma Ke-14 Kuala Lumpur 2011, di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Menteri Besar sebelum itu mengumumkan pelbagai insentif kepada atlet Terengganu yang akan menyertai Sukma ke-14, turut berharap pasukan bola sepak Terengganu mampu menjulang Piala FA dalam perlawanan akhir, di Stadium Nasion-

al Bukit Jalil, Kuala Lumpur 11 Jun ini. Sementara itu, sebagai komitmen dan sokongan tidak berbelah bahagi ke-

pada pasukan negeri menjelang persaingan akhir itu, setiap wakil rakyat dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Neg-

eri (DUN) menyediakan kemudahan bas untuk penduduk di kawasan masing-masing bersamasama memberi sokongan kepada pasukan negeri. Sehingga ini, DUN Kijal menyediakan 15 buah bas manakala DUN Seberang Takir 13 buah bas bagi tujuan itu. Difahamkan beberapa DUN lain turut menyediakan perkhidmatan yang sama sebagai tanda penghargaan kepada pasukan Terengganu.

Dalam pada itu, Menteri Besar yang sedikit kesal dengan kekalahan tipis Terengganu ketika menentang Kedah di laman sendiri pada Sabtu lalu, berkata laluan Terengganu sedikit berliku untuk muncul pendahulu Liga Super akibat keputusan itu. Namun beliau tetap optimis skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim itu masih berpeluang untuk mencipta kejayaan cemerlang dalam baki tiga perlawanan lagi.


teganukita 41