Page 1

8 Julai 2011

ISTERI WAKIL RAKYAT BANTU SUAMI Oleh: Aida Abd Rahman

Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Datin Paduka Seri Rosmah Mansor mengingatkan semua isteri ahli politik dan wakil rakyat supaya memainkan peranan sama penting dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap peranan suami. Beliau yang juga isteri Perdana Menteri, berkata bidang politik adalah satu bidang yang sangat berlainan daripada profesion lain seperti guru, doktor mahu pun jurutera. “Apabila seseorang itu menjadi ahli politik, mereka akan dinilai dari pelbagai sudut dan salah

satu yang kerap dinilai adalah peranan isteri. Itulah bezanya apabila berada di dalam bidang politik,” katanya ketika berucap di Majlis Pembukaan Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Se-Malaysia 2011, di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, semalam. Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud serta isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Hajah Noorainee Abd Rahman. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Mazlan Ngah; Yang Dipertua Badanbadan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat BN dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu.

Yang Dipertua Bakti komited Inisiatif dan komitmen tinggi Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Datin Paduka Seri Rosmah Mansor menerajui badan itu meneruskan tradisi dan meningkat-

kan prestij penganjuran Program Tahunan Isteri wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia 201, perlu diberi penghormatan dan pujian. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata program tahu-

nan itu menjangkau tradisi dan mencerminkan keakraban persaudaraan antara ahli Bakti yang bukan sekadar bagi tujuan amal serta kebajikan ahlinya, tetapi turut membantu masyarakat. “Kita bertuah kerana mempunyai ’wanita pertama’ yang sentiasa komited dengan usaha baru bagi membantu pimpinan negara melalui program-program amal dan kebajikan yang memberi impak terus kepada rakyat. “Ini dapat kita lihat menerusi program Permata Negara yang berjaya melahirkan modal insan yang menjadi aset paling penting untuk memajukan negara,” katanya .

Datin Paduka Seri Rosmah melambai tangan ke arah kontinjen-kontinjen di Majlis Pembukaan Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Se-Malaysia 2011 di Stadium Negeri, Kuala Terengganu. (Gambar atas), Dato’ Seri Haji Ahmad Said ketika merasmikan program berkenaan. - Gambar oleh Harish Fadzillah dan Zulkipli Putra.


2

PROGRAM TAHUNAN ISTERI WAKIL-WAKIL RAKYAT BARISAN NASIONAL SE-MALAYSIA 2011

Pesanan buat isteri YB

Peringatan isteri Perdana Menteri, D a t i n Paduka Seri Rosmah Mansor agar semua isteri wakil rakyat (khususnya wakil rakyat Barisan Nasional-BN) memainkan peranan sama penting dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap peranan suami perlu diberi perhatian khusus. Ini kerana mereka adalah sebahagian dari kerjaya suami mereka, r a k y a t melihat keduaduanya sekali. Dalam konteks memastikan BN terus diberi mandat oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke13, peranan dan sikap isteri wakilwakil rakyat turut dinilai, bukan wakil rakyat itu sahaja. Kita tentulah tidak mahu mendengar sunggutan rakyat terhadap kerenah isteri wakil rakyat dan hal-hal negatif yang boleh dikaitkan dengan imej suami mereka Oleh itu nasihat Datin Paduka Seri Rosmah sewaktu upacara perasmian Program Tahuan Isteri Wakilwakil Rakyat BN Se-Malaysia 2011 itu hendaklah di-

terima dan diambil tindakan bagi merealisasikan pelaksanaan terbaik sebagai isteri wakil rakyat. Ini kerana menjadi YB itu bukanlah suatu kedudukan yang berprestij atau m a h k o t a untuk dibanggabanggakan, tetapi perkhidmatan dan perjuangan untuk agama, b a n g s a dan negara adalah fokus dan keutamaan. Ini dapat diperhatikan melalui peranan yang dimainkan isteri Rasulullah; Ummahatul Mukminin (sebagai isteri dan ibu), misalnya Maimunah r.a. Walaupun baginda telah tiada, namun Maimunah r.a tetap menunjukkan kesetiaan yang penuh kepada Nabi. Marilah bersama-sama kita bergerak seiring, saling berkasih sayang dalam masyarakat dan jauhi perseteruan. Dalam lagu Bila Dikasihi dendangan Allahyarham Datin Rafeah Buang, a n t a r a liriknya ialah: Alangkah nikmatnya bila dikasihi,seribu tahun aku ingin hidup lagi. Oleh: Ruslan Abdul Rahman (Pengarang).

8 Julai 2011

Permata Seni Koir dihantar ke Austria

Oleh: Aida Abd Rahman

Program Permata Seni Negara mendapat pengiktirafan dunia apabila dipilih untuk menyertai `World Peace Choral Festival’ yang bakal diadakan di Vienna, Austria, selama empat hari mulai 25 Julai ini. Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (Bakti), Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, berkata penyertaan di festival antarabangsa itu merupakan julung kali buat pasukan yang berusia setahun lima bulan di bawah program Permata Seni Negara, membuat

Datin Paduka Seri Rosmah bersama Menteri Besar dan isteri serta rombongan meninjau persiapan dan raptai di Stadium Negeri.

persembahan di luar negara. “Saya bagi pihak rakyat Malaysia mengucapkan tahniah dan berbangga dengan pencapaian anak Permata Seni Koir yang berjaya

menyertai World Peace Choral Festival di Vienna yang merupakan satu acara yang cukup berprestij,” katanya ketika sidang media sejurus menyertai raptai pembukaan

Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2011, di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, petang semalam.

Hayati budaya Terengganu Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Terengganu (Serikandi), To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud berharap

Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2011 mampu mendekatkan lagi semua peserta kepada keunikan budaya

dan tradisi yang ada di Terengganu. “Sepanjang program tahunan ini berlangsung, para peserta boleh melihat sendiri suntikan pelbagai elemen

Peniaga raih rezeki sepanjang program Kehadiran peserta Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2011 ke Terengganu memberi rezeki kepada peniaga, terutama yang menjual produk tempatan dan makanan tradisional.

Peniaga mengambil peluang membuka gerai jualan di Stadium Negeri.

kesenian Negeri Terengganu. Adalah menjadi harapan kami untuk memperkenalkan keindahan seni warisan budaya negeri kepada semua peserta.

Pada masa yang sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah, mengingatkan pengusaha restoran dan individu yang terlibat supaya tidak bersikap tamak haloba ketika berurusniaga, sebaliknya menjual dengan harga berpatutan kepada pelanggan.


8 Julai 2011

Teropong UK

PROGRAM TAHUNAN ISTERI WAKIL-WAKIL RAKYAT BARISAN NASIONAL SE-MALAYSIA 2011

M

Peserta bergambar sebelum pertandingan.

Peserta tuan rumah turut bergambar sebelum aksi.

Servis maut daripada Yang Dipertua Bakti.

Aksi-aksi hebat daripada peserta yang bertanding.

Sebahagian aksi pertandingan.

Wakil Kasih dan Bidara memberi pos istimewa

Peserta gigih menghadapi lawan.

Sepintas lalu...

Keringat dicurah hadapi tentangan lawan.

Pemain bertarung di gelanggang badminton di Stadium Negeri.

Persembahan memukau...

• PERSEMBAHAN gerak irama oleh 80 murid berusia tujuh hingga 11 tahun dari Sekolah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot, Batu Rakit, berjaya mencuit hati peserta dan penonton di majlis pembukaan PTIWRBNM 2011, di Stadium Negeri,Kuala Terengganu, semalam. Gaya dan lenggok yang dipersembahkan mengikut rentak lagu, `Sunda’ `Joget Pandang-pandang’ dan `Hero No 1’ itu adalah hasil tunjuk ajar, Kareografer, Cikgu Bahrin Ismail. • SEPULUH banting bercorak batik dengan ukuran 2 meter (m) x 10 m yang digantung penganjur dalam ruang Stadium Negeri melambangkan identiti Terengganu yang terkenal dengan produk batik. Turut terdapat kain rentang yang mempamerkan keindahan beberapa pulau di Terengganu turut digantung bertujuan mengalu-alukan kedatangan peserta ke destinasi menarik itu. • PEMAIN badminton dan boling mewakili setiap kontinjen `berhempas pulas’ memerah tenaga dengan aksi spontan dan menarik bagi merebut kemenangan untuk menempatkan diri ke peringkat seterusnya. `Wanita pertama negara’, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor berpasangan dengan Datin Sri Hajah Fatimah Mohd Iskandar dari pasukan Bakti yang mengenakan pakaian sukan berwarna merah jambu turut mencuri tumpuan ketika memulakan perlawanan kira-kira jam 10.30 pagi. • PASUKAN sorak dari kalangan pelajar sekitar Kuala Terengganu yang terpilih mewakili setiap kontinjen bukan sahaja berjaya menggamatkan gelanggang badminton, malah mampu membakar semangat setiap pemainketika menentang pihak lawan. Mereka tidak jemu-jemu melaungkan kata-kata perangsang seperti ` Sebati boleh’;` we love Bakti’, `boleh, boleh Serikandi boleh’ dan `Kasih yakin boleh’ walaupun ada di kalangan mereka sudah kepenatan dan keletihan.

3


4

PROGRAM TAHUNAN ISTERI WAKIL-WAKIL RAKYAT BARISAN NASIONAL SE-MALAYSIA 2011

8 Julai 2011

Majlis perasmian penuh meriah Majlis Pembukaan Program Tahunan Isteri WakilWakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Se-Malaysia 2011 di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, pagi semalam berlangsung meriah dan penuh ceria dengan pasukan sorak. Perarakan masuk perbarisan 14 kontinjen dimulakan dengan pasukan Teratai (Pahang), Baiduri (Perak), Bistari (Melaka), Juita (Johor), Bai-

dunita (Perlis), Sabati (Sarawak), Bakisa (Sabah), Pekerti (Negeri Sembilan), Penawar (Kelantan), Sejati (Pulau Pinang), Bidara (Kedah), Kasih (Selangor), Bakti Malaysia dan Serikandi (Terengganu) mendapat tepukan gemuruh. Sebaik selesai majlis perasmian, majlis diserikan dengan persembahan gimrama oleh 80 murid Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.

Terbitan : Unit Komunikasi Negeri Terengganu

SELAYANG PANDANG VOL 2  

SELAYANG PANDANG VOL 2

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you