Page 1

Jana pembangunan demi rakyat

Pelaburan besar cetus kegemilangan sukan negeri

Terengganu capai miskin sifar, lebih 10,000 keluar e-kasih

ms - 8

ms - 10

MENARIK SISIPAN TK2

ms - 16

Bil : 37 (20 Mac 2010) - http://teganukita.blogspot.com

ISSN 2180-4737

terkini DI DALAM

ms-3

tepat

MENDAHULUKAN RAKYAT

dari pihak kerajaan “Apa juga perkhidmatan yang Menteri Besar, Dato’ kita berikan, akhirnya biarlah Seri Haji Ahmad Said menegas- rakyat mendapat perkhidmatan kan pendekatan “Dahulukan yang terbaik dan rakyatlah yang Rakyat” dalam setiap agenda berhak menikmati hasil dari pembangunan, termasuk urusan pembangunan,” katanya dalam pentadbiran kerajaan mestilah satu wawancara khas sempena tiga tahun ‘Merakyatkan Penditeruskan. Katanya, sama ada kakitan- tadbiran dan Pembangunan’ gan kerajaan mahupun ahli poli- Negeri Terengganu (MPPNT). tik, mereka hendaklah saling Dato’ Seri Haji Ahmad menbekerjasama dan saling mema- erima watikah perlantikan sebahami untuk memastikan rakyat gai Menteri Besar Terengganu mendapat faedah dan pembelaan ke 13 pada 23 Mac 2008 dan Oleh: Ruslan Abd Rahman

Masjid Sultan monumen ke-22 di TTI

cepat

mengangkat sumpah jawatan pada 30 Mac di Istana Maziah. Sebaik dilantik beliau memperkenalkan pendekatan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan dalam kepimpinan negeri bagi memastikan setiap pembangunan yang dijalankan benar-benar mendapat faedahnya kepada rakyat. Beliau memberi contoh beberapa langkah kerajaan yang secara terus dapat dinikmati oleh rakyat, seperti bantuan atap bagi rumah golongan miskin, pembe-

rian e-Book untuk pelajar dan komputer riba untuk para guru. Katanya, bantuan atap dibelanjakan kira-kira RM16 juta setiap tahun iaitu sebanyak RM500,000 bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). “Ini kerana kita tidak mahu lagi mendengar ada di kalangan rakyat di negeri ini tinggal di rumah yang beratap bocor dan tidak selesa,” katanya.

lihat ms 2 Gambar oleh Harish Fadzillah

Imam perlu latihan sebelum baca khutbah ms-20

Pekerti terpesona keindahan Terengganui ms-22

BERJALAN LANCAR…Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said (empat dari kanan) meninjau kerjakerja menebang balak dalam air berhampiran Pulau Bayas yang bakal dijadikan Pulau Zon Bebas Cukai di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.


2

Ahad, 20 Mac 2011

am

Firefly tetap beroperasi pada musim tengkujuh

Empangan hidroelektrik kedua siap 2015 Pembinaan empangan hidroelektrik kedua di Tasik Kenyir , Hulu Terengganu yang dimulakan tahun lalu merangkumi dua fasa dijangka siap sepenuhnya menjelang 2015. “Setakat ini pembinaan masih berada dalam fasa pertama iaitu pembinaan empangan, terowong air dan stesen janakuasa elektrik bawah tanah,” kata Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Terengganu, Encik Md. Yuslan Md. Yusof. Katanya, dalam fasa terakhir pembinaan merangkumi kerja-kerja mereka bentuk, memasang serta menguji peralatan mekanikal dapat disiapkan sepenuhnya dan anggaran peruntukan keseluruhan projek ini hampir RM1 bilion. “Empangan kedua ini dibina di kawasan Sungai Tembat dan Sungai Puah, Hulu Terengganu dan mempunyai kapasiti sebanyak 250 megawatt,” katanya. Katanya, selain empangan itu, Terengganu mempunyai dua buah stesen janakuasa hidroelektrik iaitu di Paka, Dungun dan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. “Stesen Janakuasa Elektrik Sultan Ismail di Paka mampu mengeluarkan tenaga dengan kapasiti 1,200 megawatt dan Empangan Hidroelektrik Sultan Mahmud, Tasik Kenyir mempunyai kuasa 400 megawatt,” katanya.

ABDUL RAHIN

Kerajaan negeri meminta supaya syarikat penerbangan tambang murah, Firefly Sdn Bhd (Firefly) meneruskan operasi penerbangan dua hala Terengganu-Singapura walaupun pada musim tengkujuh mulai tahun depan. Perkara itu diputuskan kerana terdapat permint-

aan dan kecenderungan pelancong daripada negara berkenaan ke Terengganu khususnya bagi menyertai serta menyaksikan beberapa acara antarabangsa termasuk Piala Monsun di Pulau Duyong dan Kejohanan Kuda Lasak di Lembah Bidong yang berlangsung pada musim tengkujuh. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Keseniaan, dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, berkata faktor lain kerajaan negeri meminta syarikat penerban-

gan berkenaan meneruskan operasi pada musim itu selepas mendapati kekurangan penginap hotel pada Disember hingga Mac setiap tahun. Katanya, bermula 1 Mac lalu, Firefly meneruskan perkhidmatan ke beberapa destinasi termasuk Terengganu-Pulau Pinang dan Pulau Pinang-Subang yang dahulunya dilaksanakan oleh Pelangi Air. “Bermula Mac juga, Firefly sudah bersetuju untuk mengadakan semula penerbangan tiga kali seminggu Subang-

Terengganu dan PenangSubang. “Selain itu, pada tahun depan, kerajaan negeri membuat keputusan supaya Firefly tidak boleh menutup dan menghentikan penerbangan pada waktu monsun kerana untuk memulakan semula perkhidmatan setelah memaklumkan kepada orang mengenai pemberhentian sementara itu, amat sukar ,” katanya kepada Teganukita, baru-baru ini. Beliau berkata, usaha meneruskan semula penerbangan yang pernah

dihentikan itu mampu memberi impak positif kepada kemasukan pelancong pada musim tengkujuh selain membantu mengatasi masalah kemerosotan penginap hotel pada tiga bulan pertama setiap tahun itu. Firefly yang memulakan operasi di Terengganu sejak 14 Julai 2009 menyediakan perkhidmatan tiga kali seminggu pada Selasa, Khamis dan Sabtu dengan kapasiti muatan sehingga 70 penumpang dan memakan masa perjalanan sejam 20 minit.

Terengganu destinasi popular Oleh: Akib

Kamarudin

Mat

Kedudukan Terengganu sebagai antara tiga destinasi pelancongan popular di Malaysia pada tahun lepas, seperti yang diumumkan Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), pastinya menggembirakan banyak pihak. Menurut MATTA, Terengganu yang menawarkan pelbagai pakej pelancongan yang menarik di darat, tasik dan pulau, menjadi destinasi popular pelancong dalam dan luar negara bersamasama Pulau Langkawi dan Pulau Pinang. Pengusaha hotel, chalet, rumah tumpangan dan ‘home-stay’ gembira kerana penginapan mereka mendapat tempahan berterusan. Pengusaha makanan,

Terengganu yang menawarkan pelbagai pakej pelancongan yang menarik di darat, tasik dan pulau, menjadi destinasi popular pelancong dalam dan luar negara.

barangan kraf dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) pula pasti berpeluang menambah produk masingmasing. Manakala di pihak kerajaan pula, kedudukan ini tentunya menjadi ‘kayu pengukur’ kepada usaha mereka untuk memajukan industri pelancongan. Tambah menggembirakan apabila Timbalan Presiden MATTA, John Tan, yang mengadakan

sidang akhbar di Kuala Lumpur, baru-baru ini mengumumkan bahawa permintaan bagi pelancongan domestik meningkat kira-kira 45 peratus pada tahun lalu. Bahkan beliau turut mensasarkan pertumbuhan yang sama bagi tahun ini dijangka meningkat kepada 46 peratus. Seramai 3.2 juta pelancong melawat Terengganu pada tahun 2009 dan tahun

lalu dianggarkan lebih tiga juta orang melawat negeri ini. Pelbagai usaha dilakukan kerajaan bagi menarik pelancong termasuk mengadakan usahasama dengan syarikat penerbangan komuniti pertama negara, Firefly (Sdn Bhd) bagi menyediakan perkhidmatan penerbangan terus dari Singapura ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Taman Tamadun Islam

(TTI) pula menyediakan perkhidmatan ‘river cruise’ sebagai daya tarikan baru, bagi membolehkan pelancong menyusuri Sungai Terengganu. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) pula mewujudkan ‘water front’ dan lanskap di Kampung Cina bagi mengindahkan panorama di sekitar bandar raya Kuala Terengganu. Piala Monsun yang mencatatkan Terengganu di peta dunia.Taman Rekreasi dan Mini Zoo Bukit Takal, di Kemaman, diwujudkan bagi menempatkan pelbagai spesies haiwan untuk tarikan pelancong. Tasik Kenyir yang berusia 30 tahun pula diserikan dengan kewujudan Kenyir Island Hoping yang menampilkan pelbagai aktiviti seperti melihat burung di Taman Burung, 0rkid (di Taman Orkid) dan tanaman herba (Taman Herba).

Kemudahan sekolah bukan asas cipta kejayaan - Ahmad Razif Pelbagai kemudahan asas dan pembelajaran yang disediakan di sekolah-sekolah bukan asas untuk sesebuah berkenaan mencipta kejayaan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Haji Ahmad Razif Abdul Rahman. Sebaliknya, kata beliau, ada sekolah yang menghadapi serba kekurangan di segi kemudahan belajar dan tempat tinggal pelajar, mampu mencipta kejayaan luar biasa dalam pelbagai peperiksaan. Contoh terbaik, ka-

Ahmad Razif (dua dari kiri) ketika meninjau Sekolah Menengah Imtiaz yang hampir siap dibina di Kampung Tembila, Besut.

tanya, Sekolah Menengah pelbagai masalah seperti Imtiaz Besut di Kampung ruang sekolah dan asrama Raja yang menghadapi yang terlalu sesak, tidak

cukup kelas dan kemudahan bilik air, mampu mencipta kejayaan luar biasa dan menjadi antara sekolah terbaik di negeri ini. Sekolah tersebut diberi pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) oleh Kementerian Pelajaran kerana pencapaian cemerlang dalam pelbagai bidang dan juga menjadi sekolah terbaik di kalangan Sekolah Menengah Agama di Terengganu dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010. “Pendidikan tidak bergantung kepada kemudahan yang disediakan di

sekolah, tetapi ia bergantung kepada usaha gigih guru-guru dan pelajar untuk meraih kejayaan. Ini dibuktikan oleh Sekolah Menengah Imtiaz Besut yang menghadapi pelbaagi kesukaran kerana bilangan pelajar semakin bertambah dari semasa ke semasa,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap sempena lawatan tidak rasmi ke sekolah itu baru-baru ini. Sekumpulan wartawan dan jurugambar dari pelbagai organisasi media turut serta dalam lawatan ke Sekolah Menengah Imtiaz itu dan Taman Ilmu di

Kampung Tembila, anjuran Unit Komunikasi Negeri. YB Haji Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri tidak mengabaikan keperluan dan kebajikan pelajar di sekolah-sekolah Imtiaz di negeri ini, sebaliknya usaha-usaha sedang diambil bagi menambah nilai pelbagai keperluan di sekolah berkenaan. Malah, pihaknya bercadang untuk mewujudkan sekolah Imtiaz di daerah lain yang belum ada institusi tersebut yang diwujudkan bagi melahirkan hafiz dan hafizah.


Ahad, 20 Mac 2011

am

Masjid Sultan monumen ke-22 di TTI

Masjid Sultan, Singapura menjadi monumen ke-22 dibangunkan di Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

Masjid Sultan, Singapura menjadi monumen ke-22 sedang dibangunkan di Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu yang dijangka siap pada Jun ini. Pembinaan monumen berkenaan termasuk dalam pembangunan fasa kedua dengan peruntukan keseluruhan kirakira RM6 juta itu sebagai menghargai permintaan ramai pengunjung dari Singapura yang mahu supaya ada mercu tanda daripada negara mereka turut diabadikan di pusat pelancongan terkenal itu. Pengarah Urusan TTI,

Engku Md Azmi Engku Abd Rahman, berkata Masjid Sultan yang dibina pada skala satu nisbah tujuh berbanding reka bentuk asal bangunan itu sebagai menghargai sokongan pengunjung negara berkenaan yang sering mencatat pengunjung paling ramai ke TTI di kalangan pengunjung negara Asean. Katanya, selain Masjid Sultan, monumen Masjidil Haram turut menjalani kerja pengubasuaian yang mana teater sedia ada bakal dinaik taraf kepada 3D yang dikenali sebagai virtual Hajj.

Engku Md Azmi berkata, fasa kedua itu juga turut melibatkan pembinaan kincir angin yang merujuk kepada kincir air umat Islam zaman lampau di Syria yang menggunakan Teori Al-Jazari. Katanya, kincir yang berukuran diameter sembilan meter yang turut digunakan untuk sistem pengaliran ke tasik di TTI itu adalah suatu inovasi Islam silam yang mahu diketengahkan semula untuk pengetahuan dan tontonan seluruh pengunjung TTI tidak lama lagi.

Maidam biayai pelajar kembali ke Mesir Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan membiayai sebahagian kos tambang penerbangan 300 pelajar di bawah tajaannya kembali ke Mesir. “Kita memperuntukkan RM450,000 dengan anggaran RM1,500 setiap pelajar terbabit,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Haji Wan Harujan Sulaiman. Katanya, Maidam akan membantu menguruskan

permohonan visa dari Kedutaan Mesir kepada mana-mana pelajar yang belum berbuat demikian dan meminta mereka menghadirkan diri ke pejabat Maidam untuk urusan itu. Antara kemudahan yang disediakan kepada pelajar termasuklah menyediakan khidmat jurugambar, borang Visa, kos gambar dan caj permohonan Visa serta mengumpul dan mengurus permohonan Visa dengan

pihak kedutaan. “Pelajar juga diminta membawa bersama salinan muka depan Pasport Antarabangsa serta sebarang pengenalan lain seperti kad matriks bagi mengesahkan mereka adalah penuntut dari mana-mana IPT di Mesir,” katanya. Haji Wan Harujan berkata Maidam akan membantu melicinkan urusan pelajar untuk kembali ke Mesir bagi menyambung

dari muka 1

Kerajaan cakna kepada rakyat Mengenai e-Book pula katanya, menjelang akhir tahun ini kira-kira 90,000 lebih pelajar anak Terengganu mendapat e-Book secara percuma. Begitu juga sebelum ini kita telah memberikan kira-kira 800 unit komputer riba kepada guru-guru dan mulai tahun ini 3,500 guru yang mengajar Tahun Enam akan diberikan komputer riba dan seterusnya mewujudkan sekolah maya di setiap DUN di Terengganu. Ini semua katanya untuk menjadikan Terengganu benar-benar bertaraf dunia dalam pendidikan. Perumahan untuk rakyat

juga diberi keutamaan bagi memastikan rakyat mendapat tempat tinggal yang selesa dan katanya pada masa ini 6,500 unit rumah untuk rakyat dibina dalam tempoh tiga tahun lalu. Kerajaan akan terus berusaha menjayakan projek perumahan untuk rakyat pada setiap tahun. Dato’ Seri Haji Ahmad juga memberitahu fokus pembangunan seterusnya ialah menjadikan Tasik Kenyir Zon Bebas Cukai menjelang 2013 dan rakyat perlu terlibat sama agar mengambil faedah dari pembangunan itu. Hotel bertaraf tiga bintang dan chalet bertaraf lima bintang akan dibina

dilengkapi kolam renang dan pakej permainan jet ski , pusat pengeluaran barang-barang berjenama terbesar di Asia Tenggara juga akan diwujudkan, selain taman burung, taman ubat-ubatan,taman orkid, Gua Bewah dengan penemuan rangka manusia pra sejarah dan sebagai destinasi memancing utama. “InsyaAllah rakyat Terengganu boleh menikmati peluang hasil dari usaha memajukan Tasik Kenyir ini sebagai destinasi pelancongan dunia,” katanya. IKUTI WAWANCARA KHAS DI MUKA 8

pengajian mereka yang tertangguh akibat pergolakan politik di negara itu baru-baru ini. Sebelum ini kerajaan negeri mengumumkan akan menyediakan penerbangan secara sewa khas melalui penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu ke Kaherah, Mesir. “Maidam juga turut menhantar seorang pegawai pengiring bagi

WAN HARUJAN

memastikan kelancaran sepanjang perjalanan ke negara itu serta membantu urusan perjalanan ke destinasi masing-masing terutama pelajar tahun pertama yang belum biasa di negara berkenaan,” katanya.

3

Nelayan Kuala Nerus akan dapat pangkalan baru Sebanyak tiga pangkalan nelayan di kawasan Kuala Nerus akan dibangunkan bagi kemudahan kumpulan nelayan untuk melabuhkan bot . Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Haji Mohd Nasir Ibrahim Fikri, berkata sebanyak tiga tempat yang dicadangkan iaitu Pangkalan Muda dan Pangkalan Pak Ali di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir dan Pangkalan Kampung Tok Ris di DUN Bukit Tunggal. Katanya, pangkalan berkenaan dibina bertujuan memberi kemudahan kepada bot besar dan nelayan pantai yang berlabuh di kawasan tersebut. “Buat masa kini, kita mempunyai lebih 10 pangkalan di kawasan Kuala Nerus dan akan ditambah secara berperingkat-peringkat berikutan kira-kira 1,500 penduduk di kawasan itu masih menyara hidup hasil tangkapan ikan di laut. “Pihak kami turut membuat keputusan untuk menaiktaraf pangkalan sedia ada sematamata untuk keselesaan nelayan dan menikmati kemudahan yang sepatutnya.

Pertama di Malaysia: Penerbangan umrah terus dari Terengganu-Jeddah Bukan sahaja sejarah bagi negeri Terengganu, bahkan sejarah bagi Malaysia penerbangan umrah terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) ke Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah. Sebelum ini tidak pernah penerbangan umrah dari lapangan terbang di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan inilah pertama kali berlaku di Malaysia. Dato’ Kapten Nawawi juga orang Terengganu adalah ketua pilot membawa kapal MH 8324 yang membawa 421 jemaah berlepas kira-kira jam 5.25 petang pada 18

Sebahagian peserta yang mengerjakan Umrah ke tanah Suci Mekah.

Mac lalu. Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, YB Haji Khazan Che Mat yang mewakili YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu berkata, adalah menjadi hasrat

Menteri Besar selepas ini setiap tiga bulan sekali penerbangan umrah terus ini dapat dijalankan dari LTSM-Jeddah. Setiausaha Kerajaan, Dato’ Mazlan Ngah hadir sama menghantar jemaah di LTSM.


4

Ahad, 20 Mac 2011

rencana

ANALISIS Oleh: RUSLAN ABD RAHMAN

Tiga tahun menunaikan keperluan untuk rakyat Pejam celik, pejam celik, kini tiga tahun sudah “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan” Terengganu (MPPNT) , selari dengan “Rakyat Didahulukan” di peringkat nasional. Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu di bawah pimpinan Dato’ Seri Haji Ahmad Said sejak tiga tahun yang lalu terkenal sebagai sebuah kerajaan yang mengutamakan kepentingan rakyat dalam perancangan dan usaha pembangunannya. (Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 30 Mac 2008). e-Book yang diperkenalkan dan diberikan secara percuma untuk pelajar tanpa membebani ibubapa. Bahkan perbelanjaan yang besar di bidang pendidikan melampau ratusan juta ringgit setiap tahun adalah semata-mata untuk melihat rakyat berjaya dalam ilmu dan pelajaran. Bantuan atap biru, membaiki rumah dan membina rumah untuk golongan miskin adalah disampaikan terus untuk menolong rakyat. Jelapang padi diwujudkan untuk membolehkan rakyat petani bercucuk tanam dan memperolehi pendapatan. Perbelanjaan berbillion ringgit dalam tempoh lima tahun diuntukkan (2009-2013) untuk pembangunan infrastruktur, termasuk jalan-jalan raya adalah untuk rakyat dan kemudahan awam masyarakat. Tasik Kenyir dibangunkan untuk pelancongan yang lebih hebat dan bakal dijadikan Zon Bebas Cukai adalah untuk masa depan rakyat. Penerbangan Haji dan kini umrah pula terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke Jedaah adalah untuk kemudahan rakyat dan umat Islam. Kemudahan bersukan, futsal dan sebagainya untuk belia ada bukti bahawa setiap apa jua yang dibelanjakan adalah untuk rakyat, hatta buah kurma dan air zam-zam di bulan puasa adalah untuk rakyat. Oleh itu rakyat perlu melihat bahawa pendekatan merakyatkan pentadbiran dan pembangunan ini adalah suatu yang istimewa. Kalaulah bangunan tinggi, projek besar dan hebat, tetapi bukan rakyat kebanyakan mendapat faedah daripadanya, ia tidaklah memberi makna apa-apa. Itulah pendekatan BN masa kini mewarisi tradisi membela rakyat sekian lama. Semoga tiga tahun MPPNT adalah permulaan kepada segala usaha pemerintah untuk menjadikan ‘rakyat’ sebagai sasaran dan menerima hak menikmati apa sahaja yang kerajaan urusbinakan.

Penaung

: YAB Dato’ Seri Ahmad Said, Menteri Besar. YB Haji Khazan Che Mat, Pengerusi JK Agama dan Penerangan Negeri.

Penasihat

: Haji Shamsuddin Sulong, Pengarah Unit Komunikasi

Pengarang

: Ruslan Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Unit Komunikasi

Penolong Pengarang 1 : Kamaruddin Mat Akib Penolong Pengarang 2 : Aida Abdul Rahman Wartawan

: Esah Abdullah, Suriati Ali, Hazwan Rosli, Amirullah Othman, Mastura Jamaluddin

Jurufoto

: Zulkipli Putra, Syed Abd Rahman & Harish Fadzilah

Pelatih

: Mohamad Shahrir, Raja Faisal

Pengendali Blog

: Harun Hassan

Dalam situasi politik tanah air masa kini, memperolehi majoriti melebihi 2,000 apatah lagi 3,000 dalam satu-satu pilihan raya bukanlah sesuatu yang mudah. Ia teramat luar biasa. Oleh itu kemenangan calon Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau dengan majoriti 2,724 di Kerdau dan 3,643 di Merlimau adalah kemenangan yang nampak jelas bahawa pendirian rakyat untuk memilih BN. Ia dalah suatu petanda BN tetap di hati rakyat dan rakyat menolak Pas secara total. Apatah lagi sebelumnya Pas telah tewas di PRK Galas (Kelantan) dan Tenang (Johor). Kekalahan Pas ini berlaku secara bertalutalu. Pas sebuah parti yang berjuang atas nama agama Islam, tetapi sejak akhirakhir ini sudah banyak tersasar jauh dari landasan perjuangannya, terutama apabila terlalu taksub dengan rakan pakatannya DAP dan PKR. Malah agama Islam hanya dijadikan ‘alat’ untuk mengaut keuntungan politik kepartian mereka, sekalipun memecah- belahkan umat Islam.

Macam-macam cara dan gaya dibuat oleh pemimpin mereka termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat seperti menyifatkan siapa yang tidak menyokong Pas adalah jahiliyah. Nik Abdul Aziz mencetuskan fatwa itu ketika berkempen pada PRK Tenang di Johor bahawa pengundi yang menyokong BN adalah golongan jahiliyah kerana mereka menolak Pas. Bila dikatakan tindakan pemimpin Pas sejak dahulu membuat fatwa sesuka hati dan membawa perpecahan mereka anggap perpecahan itu adalah sesuatu yang lazim sahaja. “Malah, isu pecah-belah di kalangan umat manusia berlaku sejak zaman Nabi Muhammad (s.a.w) dan Nabi Adam (a.s) lagi,” kata Nik Aziz sewaktu menyampaikan kuliah mingguannya di Medan Ilmu, Kota Bharu, baru-baru ini. Kita tidak pasti sampai bila pemimpin Pas akan terus ‘memperalat’ agama untuk kepentingan politik murahan mereka. Bagi mereka apapun yang mereka buat betul dan tidak salah, kecuali kalau pihak lain yang buat, perkara betul pun dianggap salah.

WAKAF RAKYAT Oleh: ANAK POK TEH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI TERENGGANU (KBSJ) dan kerajaan negeri perlu menjamin kursus kepimpinan bagi melatih pemimpin belia serta program keusahawanan digerakkan dengan aktif kerana belia yang berpengetahuan, berketrampilan, berkemahiran serta terlatih dalam bidang keusahawanan akan menjadikan mereka ‘bebas’ dan tidak bergantung harap kepada kerajaan sepanjang masa. Belia dan remaja bukan sahaja menjadi aset penting bagi tujuan membentuk kepimpinan masa hadapan tetapi mereka juga ‘tiang seri’ kepada kestabilan dan kemakmuran negeri dan negara. Memiliki belia yang bermasalah seperti terbabit dengan gejala sosial, penagihan dadah, masalah moral dan ketinggalan dalam pendidikan akan menyebabkan negara berada dalam keadaan cemas.

Barisan Nasiona Apakah sesuai sifat degil terus diamalkan oleh pemimpin Pas dan tidak mahu menerima langsung pandangan orang lain untuk selama-lamanya. Dalam keadaan generasi sekarang yang sudah celik agama dan celik wawasan, tentulah mereka melihat

gur kenyataan Nik Aziz menghukum pengundi yang tidak menyokong Umno atau BN dalam pilihan raya akan masuk neraka manakala mereka yang mengundi Pas akan masuk syurga, kerana pandangan sedemikian memesongkan akidah umat Islam.

Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau majoriti besar adalah kemenangan yang nampak jelas bahawa pendirian rakyat untuk memilih BN.

Pas ini semakin tidak rasional dan sebuah parti yang tidak mahu langsung mengendahkan pandangan serta teguran, hatta oleh bijak pandai agama yang ‘bebas’ dari pengaruh mana-mana parti politik sekalipun. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mene-

Namun Nik Abdul Aziz dengan angkuhnya berkata beliau akan terus menggunakan pendekatan menjelaskan hukum halal dan haram dalam memilih pemimpin parti pada pilihan raya walaupun tindakannya itu ditegur oleh alim ulama negara ini. “Pendekatan itu kalau

Belia berperanan kesejahteraan ra

Apa yang penting untuk difikirkan oleh pihak berwajib – kerajaan negeri melalui Exco Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan, pertubuhan belia dan badan bukan kerajaan (NGO) ialah bagaimana menggerakkan belia agar aktif dan sama-sama menyahut program yang dirancang kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri. Persoalannya, sejauh manakah kita semua melihat belia dan remaja penting untuk mengukuhkan kestabilan dan kesejahteraan negeri dan negara, khususnya pada masa hadapan. Belia adalah pengundi dan jika mereka aktif, banyak perkara membabitkan usaha mengekalkan demokrasi dan keharmonian kaum akan dapat digerakkan dengan sewajarnya.

Akhir-akhir ini, kita melihat pertubuhan belia layu dan tidak bermaya. Pertubuhan belia pada peringkat kampung dan mukim begitu ‘letih’ seolah-olah tidak ada perangsang daripada pihak berwajib. Sedangkan jika mereka bergerak cergas, ia akan membantu kerajaan negeri khususnya dalam usaha mendapatkan input dalam konteks perancangan dan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri selain input politik yang berguna untuk parti dan kerajaan menganalisisnya. Jika masalah bajet menjadi punca utama kepada layu dan letihnya pergerakan belia di negeri ini, ruang masih banyak untuk diperbahas dan dibuat keputusan mengenainya. Ini kerana dalam Ba-

jet Negeri 2011, Kerajaan Negeri menyebut bahawa program Bakti Remaja serta program pembangunan dan latihan belia untuk kepimpinan, keusahawan dan kemahiran akan diteruskan. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said ketika membentangkan bajet berkenaan, berkata program itu bagi menjamin kesinambungan pembangunan negara berteraskan ilmu dan profesionalisme dalam usaha melahirkan golongan belia yang berdaya saing dan sihat, berorganisasi, keperibadian unggul dari segi rohani dan jasmani serta kerja berkumpulan. Exco Belia dan Sukan, Rozi Mamat sewajarnya menilai semua punca kenapa belia letih dan lesu di Terengganu dan membuat


Ahad, 20 Mac 2011

rencana

5

al (BN) tetap di hati rakyat dalam agama dipanggil dakwah dan dalam politik pilihan raya dipanggil berkempen, jadi tidak timbul masalah jika saya menggunakan pendekatan itu dalam mana-mana kempen pilihan raya,” katanya mengulas kenyataan Mufti Perak itu. Itulah contoh sikap angkuh pemimpin Pas yang langsung tidak mahu mendengar pandangan dan teguran ikhlas pihak lain, malah pandangan ikhlas Mufti itu pula diputarbelitkan bagi membenarkan apa yang mereka (pemimpin Pas) lakukan dan meletakkan begitu rendahnya teguran seorang Mufti. Presiden Pas, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang sendiri memulakan fatwa ‘jihad menentang Umno’ sejak tahun 1981 lagi. Melalui amanat atau ucapannya di Kampung Banggol Peradong Haji Hadi berkata: “Saudara-saudara sekalian, percayalah! Kita menentang Umno bukan kerana nama dia Umno, kita menentang BN bukan kerana namanya BN. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan

jahiliyah. Oleh kerana itu kita menentang mereka, itulah kita berjuang melawan mereka. Saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.” Namun sekarang apabila Pas mentadbir Kelantan, Kedah, bahkan Perak sebelum ini, perlembagaan mana yang mereka gunakan? Di Pulau Pinang dan Selangor yang sama-sama mereka membentuk kerajaan dalam pakatan pembangkang (DAP,PKR dan Pas) tidakkah mereka mengekalkan juga peraturan yang dianggap oleh Haji Hadi sebagai peraturan jahiliyah. Tidakkah perlembagaan dan peraturan yang danggap kafir itulah diterima pakai oleh pemimpin mereka? Atau mereka telah membuat perlembagaan baru di negeri-negeri itu? Jawabnya tidak pun! Malah kita lihat banyak peraturan-peraturan baru dibuat bercanggah dengan Islam, termasuk berkaitan

premis arak, pusat hiburan keterlaluan yang semakin bertambah dibenarkan. Bahkan pusat hiburan dan rumah-rumah urut di Selangor sekarang ini bertambah berkali ganda dari sebelumnya. Di Selangor Pas bukan sahaja gagal melaksanakan apa yang dijanjikan malah turut bersubahat dengan rakan pakatan mereka untuk terus menyemarakkan perkara yang dianggap haram sebelum ini. “Dulu semasa pemerintahan BN di Selangor mengikut statitik Majlis Keselamatan Negara, cuma ada 1,300 pusat hiburan tapi sekarang di bawah pemerintahan pakatan pembangkang pusat hiburan makin bercambah lebih 4,000 pusat hiburan. Di Pulau Pinang semua orang sudah tahu apa yang sedang berlaku. Orang Islam dan Bumiputera terus menerima padahnya di bawah pakatan DAP, Pas dan PKR. Hendak melaksanakan perundangan Islam jauh sekali, malah perarakan Maulidur Rasul pun hendak dihapuspindakan. Di Kelantan walaupun sudah 20 tahun memerintah, hukum hudud dan perundangan Islam tidak pun

n jamin demokrasi, akyat terus subur cadangan khususnya kepada Menteri Besar, jika ia membabitkan peruntukan atau kemudahan lain. Yang jelas dalam Bajet 2011, tekanan banyak diberikan kepada menggerakkan sukan dan menjamin Terengganu menjadi kuasa sukan negara dan kurang kepada perubuhan dan pergerakan belia peringkat kampung dan daerah. Menarik sekali apabila JBS pada Ahad 6 Mac lalu, menyebut pihaknya menyasarkan penubuhan kira-kira 1,000 pertubuhan belia di seluruh negeri ini menjelang akhir tahun ini. Pengarah JBS Terengganu, Abd. Aziz Abd. Rahman memberitahu, penubuhan itu selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk mewujudkan sebuah pertubuhan belia di setiap

peringkat jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK). Dengan kedudukan ketika ini sudah ada sebanyak 436 pertubuhan belia didaftarkan di negeri ini dengan kira-kira 30,000 ahli, gerakan oleh jabatan itu menyuburkan lagi penubuhan pertubuhan belia.. Dalam usaha ini, JBS perlulah bekerjasama dengan banyak pihak seperti Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) dan Majlis Belia Daerah, selain majlis-majlis belia seperti Felda dan sebagainya untuk memastikan matlamat tersebut tercapai. Soal penting ialah, dengan wujudnya pertubuhan belia di peringkat kampung, ia memberi peluang kepada golongan itu melakukan pelbagai

aktiviti yang secara tidak langsung dapat membendung gejala kurang sihat. Amatlah wajar sekiranta JBS bukan sahaja berusaha menubuh tetapi juga memantau pertubuhan persatuan. Ia bagi memastikannya ia mematuhi peraturan yang ditetapkan terutama mengadakan mesyuarat agung tahunan bagi mengelakkannya dibatal, selain menjamin pertubuhan itu aktif untuk memenuhi matlamat penubuhannya. Sejauh ini sebanyak RM300,000 sudah diterima daripada Kementerian Belia dan Sukan bagi menjalankan pelbagai aktiviti bagi tempoh setengah tahun ini namun, ia jauh daripada mencukupi. Adalah amat wajar kerajaan negeri turut melihat kepada keperluan ini ker-

Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau dengan mejoriti besar nampak jelas bahawa pendirian rakyat untuk memilih BN.

dijalankan. Sementara di Kedah, soal hukum hudud dan perundangan Islam langsung tidak disentuh, malah didiamkan begitu sahaja. Oleh itu dalam situasi sebegini Haji Hadi hendak mengajak berlawan dengan siapa ? Berlawan dengan diri sendiri, dengan beliau dan orang-orang Pas sendiri? Kerana beliau telah melanggar segala yang difatwa dan diamanatkan

itu. Kesemuanya ini membuatkan perjuangan Pas ditolak majoriti rakyat kerana pemimpin mereka hanya pandai bermain fatwa dan kata-kata agama sahaja, tetapi bila berkuasa tidaklah dibuat sebagaimana dikata. Rakyat Terengganu sendiri telah mengetahui segalanya sewaktu berada di bawah Pas selama empat tahun (1999-2004).

Kerajaan Negeri menyebut bahawa program Bakti Remaja serta program pembangunan dan latihan belia untuk kepimpinan, keusahawan dan kemahiran akan diteruskan.

Kerajaan negeri juga mahu melahirkan belia yang aktif, sihat, berwawasan akan membantu negeri memacu pembangunan.

Sudah pasti Pilihan Raya Umum Ke- 13 semakin dekat. Pun begitu BN atau Umno termasuklah di Terengganu jangan terlalu berasa selesa dengan senario kini. Sama ada dalam keadaan selesa atau pun dalam keadaan terhimpit, persiapan perlu dibuat dan jangan leka. Buatlah persiapan lebih awal untuk menghadapinya. insya-Allah BN tetap di hati rakyat ! ana belia yang aktif, sihat , berwawasan akan membantu negeri memacu pembangunan. Juga penting, JBS dan kerajaan negeri menjamin kursus kepimpinan bagi melatih pemimpin belia serta program keusahawanan digerakkan dengan aktif kerana belia yang berpengetahuan, berketrampilan, berkemahiran serta terlatih dalam bidang keusahawanan akan menjadikan mereka ‘bebas’ dan tidak bergantung harap kepada kerajaan sepanjang masa. Apabila belia sedar bahawa perniagaan adalah satu kerjaya, ini akan menjadikan mereka berani untuk meneroka peluang dengan berlatar-belakangkan persediaan kepimpinan serta kemahiran di dada mereka. Sesungguhnya usaha JBS perlu disokong dan kerajaan negeri perlu proaktif dengan menyediakan bajet dan kemudahan sesuai demi menjamin belia berperanan sewajarnya dalam menjamin demokrasi, kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri terus dijaga!


6

Ahad, 20 Mac 2011

SEJARAH

MOHD YUSOF

Oleh: Aida Abd Rahman Batu Bersurat Piagam Terengganu memperlihatkan wujudnya nilai ketamadunan yang tinggi masyarakat Melayu dari segi budaya kehidupan merangkumi holistik dan kerohanian serta linguistik. Huruf dan perkataan yang tercatat pada keempat-empat penampang Batu Bersurat Piagam Terengganu perlu disemak dan dikaji semula supaya transkripsinya menjadi lebih tepat. Demikian antara dua resolusi yang dikeluarkan pada 2010 hasil seminar yang dilaksanakan secara tahunan oleh Lembaga Muzium Negeri Terengganu sejak 2009. Seminar bagi menyelidik dan mengkaji isi kandungan Batu Bersurat Piagam Terengganu itu dengan tema `Wadah Intelektual Tamadun Melayu’diteruskan lagi tahun ini bertempat di Lembaga Muzium Negeri Terengganu. Pengarahnya, Haji Mohd Yusof Abdullah berkata, seminar terdahulu yang menggariskan tujuh resolusi diteruskan dengan pelbagai sudut penyelidikan bagi memperkayakan ilmu yang terkandung dalam Batu Bersurat Piagam Terengganu. Katanya, dalam merungkai sejarah itu, banyak usaha dijalankan oleh pelbagai pihak sama ada individu atau organisasi dalam menyalurkan maklumat serta hasil kajian ke satu tahap yang lebih tinggi serta global, sehingga ia benar-benar menggambarkan situasi sebenar masyarakat ketika itu. “Antara lain objektif seminar ini adalah mengkaji isi kandungan Batu Bersurat Piagam Terengganu dari sudut astronomi, membuat perbandingan Batu Bersurat ini dengan batu bersurat yang ada diseluruh Nusantara serta menyelidik asal-usul batu yang digunakan ketika penyediaan teks UndangUndang Islam yang dikuatkuasakan oleh pemerintah Islam pada abad ke-14,” katanya.

rencana

Seminar kaji Batu Bersurat Piagam Terengganu Pada masa yang sama, resolusi turut memperlihatkan Batu Bersurat dicatat, dipahat pada batu sungai jenis dolerite yang banyak didapati di sungai sekitar Hulu Terengganu dan merupakan bukti tulisan jawi yang terawal di dunia. Selain itu, katanya, seminar juga bertujuan menyelidik maksud lebih tepat berdasarkan kepada patah perkataan yang digunakan dalam Batu Bersurat dan merungkai sebanyak mungkin maklumat yang terkandung dalam Batu Bersurat

Batu Bersurat asal yang dipertontonkan kepada orang ramai di Hulu Terengganu

yang boleh dijadikan rujukan pada masa depan. Beliau berkata, seramai 10 ahli akademik membentang kertas kerja mengenai sejarah rakaman manuskrip yang menjelaskan mengenai hukum Islam yang diamalkan penduduk Terengganu melalui penguatkuasaan pemerintahnya, Raja Mandalika itu dari sudut dan aspek berbeza. Antara tajuk pembentangan

Bulatan Ladang di bandar Kuala Terengganu dihiasi replika Batu Bersurat.

adalah `Satu Inskripsi perundangan Islam Awal di Malaysia yang disampaikan Prof Dr Abdullah@Alwi Hassan (Sekolah Pengurusan Universiti e Asia), `Penangkis Gerakan Islam Melampau di Malaysia’ disampaikan Prof Madya Dr Rahimi Affandi Abd Rahim (Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya), Siapa Gerangan Pemahat Tamra Benua Terengganu (Haji Hamdan Abd Rahman),

`Pencetus perubahan dari Bahasa Melayu Kuno ke Bahasa Melayu Klasik (Dr Amat Juhari Moain) dan `Mencari AsalUsulnya’ Prof Madya Dr Mohamed Anwar Omar Din (Pusat Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu, kandungan resolusi yang dikeluarkan pada 2010 juga meminta Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu mencadangkan supaya fakta tarikh kedatangan Islam ke Terengganu bermula seawal tahun 1200 Masihi dan ianya dijadikan warisan karya ulamak Melayu Islam yang perlu dipelihara memandangkan ia mengandungi segala butiran terpenting pemikiran dan pemahaman yang diamalkan oleh masyarakat Melayu. Pada masa yang sama, resolusi turut memperlihatkan Batu Bersurat dicatat, dipahat pada batu sungai jenis dolerite yang banyak didapati di sungai sekitar Hulu Terengganu dan merupakan bukti tulisan jawi yang terawal di dunia. Malah, usaha mengkaji intipati terpenting Batu Bersurat perlu diteruskan sebagai kesinambungan dan rujukan terpenting kepada generasi masa depan.


8

Bil : 37 (20 Mac 2010) - http://teganukita.blogspot.com

Jana pembangunan demi rakyat Berikut adalah Wawancara Bersama Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said sempena tiga tahun sentuhan pentadbiran dan kepimpinannya kepada rakyat dan negeri Terenggan Darul Iman. PENGARANG. Selama tiga tahun memimpin berteraskan pendekatan `Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu (MPPNT’) apa yang Dato’ Seri dapat nyatakan? Alhamdulillah di bawah MPPNT, kebanyakan telah faham dan jelas, terutama di kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan keseluruhannya , setelah kita adakan perjumpaan serta taklimat mengenainya. Tanpa mengira kedudukan sama ada taraf pegawai mahupun orang politik, rakyatlah yang berhak untuk mendapat perkhidmatan terbaik serta faedah daripada pembangunan yang dilaksanakan. Hasil maklum balas juga, didapati rakyat menerima konsep dan apa yang dilaksanakan kerajaan dengan hati terbuka. Malah, kita dapati perkhidmatan kita juga diterima rakyat. Tumpuan banyak diberikan kepada bidang pendidikan? Ya, kita mahu menjadikan Terengganu “Negeri Anjung Ilmu”. Pembinaan sesebuah negara dan bangsa adalah bermula dari pendidikan dan ilmu. Kita berusaha untuk memastikan

Tanpa mengira kedudukan sama ada taraf pegawai mahupun orang politik, rakyatlah yang berhak untuk mendapat perkhidmatan terbaik serta faedah daripada pembangunan yang dilaksanakan. masa akan datang kita mempunyai keupayaan kewangan sendiri untuk pendidikan. Misalnya Yayasan Terengganu, kita usahakan tanaman sawit kira-kira 50,000 ekar dengan jangkaan keuntungan akan datang antara RM50 hingga RM80 juta setahun bagi menampung keperluan agensi itu dalam pembangunan pendidikan. Kita juga telah perkenalkan e-Book dan rakyat menerima dengan baik ke arah menjadikan pendidikan Terengganu bertaraf d u n i a . Dalam konteks ini, kita telah memul a kan

fasa kedua iaitu kelas maya di beberapa buah sekolah. Bagaimana Dato’ Seri melihat pembangunan dan ekonomi Terengganu di masa depan? Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada hasil petroleum kerana bahan itu tidak kekal. Kita beralih kepada industri pelancongan kerana kita mempunyai potensi yang besar untuk maju di bidang itu. Kita ada pantai,pulau, tasik dan pelbagai kawasan yang mempunyai daya tarikan. Tasik Kenyir yang terbiar kita akan majukan sepenuhnya. Atas permintaan kita, kerajaan pusat telah meluluskan untuk menjadikan tasik itu sebagai ‘Zon Bebas Cukai’. Kita bergerak sekarang untuk menjayakannya, walaupun daripada kosong dan sememangnya memerlukan perbelanjaan yang besar. Tetapi saya yakin ia akan menjadi destinasi pelancongan yang terkemuka, unik setanding, malah lebih hebat dari kawasankawasan bebas cukai lain di Malaysia. Apa jaminan, rakyat boleh memperolehi faedah dari pembangunan Tasik Kenyir ini? Mengapa tidak. Peluang-peluang pekerjaan akan banyak wujud melalui industri perhotelan, perkhidmatan bot, perniagaan dan sebagainya. Masyarakat perlulah pro aktif kerana apabila dimajukan kelak keperluan bekalan makanan, hasilhasil pertanian, pelbagai perkhidmatan dan sebagainya. Yang penting juga ialah

menjaga kebersihan tasik ini dari sebarang sampah dan kekotoran. Kita akan wujudkan peraturan mengenainya dan mereka yang membuang sampah terpaksalah membayar kompaun. Bagaimana dengan bidang-bidang lain? Pertanian kita majukan macam biasa. Kita tambah nilai dan memberi kemudahan. Kita juga akan terus jayakan jelapang padi Terengganu dan pertanian moden/komersial. Perindustrian juga begitu, kita terus berusaha m e m bawa

Bagaimana dengan pembangunan di daerahdaerah lain? Ya, kita melaksanakan pembangunan seimbang bagi semua daerah-daerah. Kita mengharapkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memainkan peranan yang lebih aktif di tempat masing-masing. Kita membelanjakan lebih RM300 juta setahun untuk membantu PBT seluruh negeri sama ada untuk perkhidmatan dan per-

semua adalah bertepatan dengan suruhan Allah. Kita juga telah martabatkan imam dan bilal di negeri ini dengan kenaikan elaun masing-masing berjumlah RM800 dan RM600 sebulan di seluruh masjid di Terengganu. Sentuh sikit soal politik, ada pihak sekarang memomokan bahawa mereka hendak ganti parti pemerintah sekarang, hendak buat perubahan? Rakyat dah beri dah dulu, empat tahun. Tapi rakyat dah serik dah kerana ternyata mereka gagal dan banyak perkara yang tidak betul dilakukan.

laksanaan pembangunan. Dalam tempoh 10 tahun akan datang kita mahu PBT dapat berdikari melalui pelbagai hasil. Justeru itu kita mengharapkan perancangan dibuat untuk memastikan hasil itu diperolehi melalui percukaian, pembinaan perkedaian dan sebagainya untuk menampung perbelanjaan masing-masing. Apa yang kerajaan lakukan untuk pembangunan di bidang keagamaan? Kalau hendak dikira, semua yang kita lakukan itu, kebaikan dari segi pentadbiran, perkhidmatan dan pembangunan adalah sesuatu yang dituntut oleh agama Islam Yang Maha Suci. Pendidikan, ekonomi, pengurusan, perumahan rakyat dan sebagainya;

Rakyat telah menolak mereka, rakyat berkata,” BN-dulu, kini dan selamanya”, BN tetapi di hati rakyat. Rakyat Terengganu dah tahu mana yang lebih baik. Bermakna Dato’ Seri yakin Umno-BN terus akan diberi mandat oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13)? Ya, yakin. Insya Allah. Saya katakana tadi, rakyat Terengganu dah serik di tahun 1999-2004. Mereka menilai itu semua. Kita bekerja dan berperanan secara kolektif di semua Bahagian (Parlimen). Semua sayapsayap (Wanita,Pemuda dan Puteri) memainkan peranan masing-masing. Insya Allah kita akan menang di semua Parlimen/ Bahagian nanti dalam PRU 13.

AHMAD SAID

pelabur untuk membuka kilang-kilang di negeri ini. Industri kecil dan sederhana (IKS) kita tingkatkan, khususnya melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) yang bergerak cergas sekarang ini. Kita juga sedang berusaha untuk terlibat sama dalam cari gali minyak yang dijalankan oleh Petronas. Ini penting supaya kita juga mendapat manfaat dan dalam apa-apa bidang kontrak berkaitan cari gali yang boleh kita ceburi melalui syarikat yang kita wujudkan, sebab dah lebih 30 tahun Petronas beroperasi di luar pantai negeri ini.


Terengganu kekal nombor satu AHMAD RAZIF

Oleh: Kamarudin Mat Akib Kejayaan demi kejayaan yang dicapai dalam setiap peperiksaan utama sejak kebelakangan ini, membuktikan kita berada di landasan tepat ke arah menjadikan Terengganu Negeri Anjung Ilmu. Berdasarkan keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diumum baru-baru ini, Terengganu masih kekal sebagai juara peperiksaan STPM. Begitu juga dengan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), kita masih lagi juara seluruh negara. Tahun lalu, negeri ini menjuarai semua peperiksaan utama, bermula dari UPSR, PMR, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan STPM – satu pencapaian yang cukup hebat dan dicemburui negeri-negeri lain. Malah, berdasarkan prestasi semasa, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Haji Ahmad Razif Abdul Rahman, begitu optimis negeri ini mampu mempertahankan kedudukan sebagai juara peperiksaan SPM yang bakal diumumkan tidak lama lagi.

“Sebenarnya saya orang paling berdebar setiap kali tiba masa peperiksaan akan diumumkan oleh Kementerian Pelajaran. Harapan yang diberikan pelbagai pihak, terutama sekali yang berkaitan dengan bidang pendidikan untuk melihat kejayaan dicapai Terengganu, terlalu tinggi. “Bukan mudah untuk kita mengekalkan kejuaraan, terutama sekali UPSR di mana kini Terengganu menjadi juara buat tahun ke-10 berturutturut. Beberapa negeri lain seperti Kelantan dan Selangor sentiasa mengikut rapat kejayaan yang diraih oleh Terengganu. “Sudah tentu orang akan puji setiap kali kita berjaya, tetapi jika kita tidak mampu mempertahankan kedudukan ini, orang akan menunding jari dan mencari silap kita. “Justeru itu, pemimpin kerajaan negeri yang diketuai Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar di negeri ini,” katanya dalam pertemuan dengan wartawan Teganukita, baru-baru ini. Berbicara mengenai program 201052, YB Ahmad Razif berkata, pihaknya yakin matlamat tersebut akan dapat dicapai kerana bagi peperiksaan UPSR di mana kerajaan negeri meletakkan sasaran 20 peratus daripada pelajar yang menduduki peperiksaan itu mendapat semua A, hampir membuahkan hasil. “Dalam peperiksaan UPSR pada tahun lalu, keputusan yang dicapai oleh pelajar di daerah Besut sudah melebihi sasaran

Bil : 37 (20 Mac 2010) - http://teganukita.blogspot.com iaitu 20.1 peratus daripada jumlah pelajarnya mendapat semua A. Cuma peratus di peringkat negeri agak rendah iaitu 15.4 peratus. “Bagaimanapun, kita yakin dengan kerjasama erat semua pihak, khususnya di kalangan warga pendidik, hasrat tersebut akan dapat dicapai tidak lama lagi,” ujar beliau. Begitu juga sasaran 10 peratus pelajar yang menduduki peperiksaan PMR mendapat semua A, sudah tidak jauh dari matlamat yang diidamkan apabila tahun lalu keputusannya mencapai 7.81 peratus. “Manakala keputusan SPM dan STPM juga tidak jauh daripada sasaran dan kita harapkan matlamat agar lima peratus calon SPM dan dua peratus calon STPM mendapat semua A dapat dicapai dalam tempoh terdekat ini,” katanya. YB Ahmad Razif berkata, skim bantuan RM1,000 seorang bagi setiap pelajar Tingkatan Enam di Terengganu, banyak membantu meningkatkan kecemerlangan pelajar. Selama ini lepasan SPM yang masuk ke Tingkatan Enam diabaikan kerana bantuan hanya tertumpu kepada mereka yang memasuki institusi pengajian tinggi. Bantuan kepada pelajar berkenaan akan diteruskan dan pembahagian secara berperingkat akan dimulakan tidak lama lagi. Hasil pemberian tersebut agak memberangsangkan apabila Terengganu turut meraih kejayaan dengan mencatatkan keputusan terbaik peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) buat tahun ketiga berturut-turut mulai 2008. Sebagai penghargaan kepada pendidik yang bertungkus-lumus mendidik pelajar hingga lulus dengan cemerlang dalam pelbagai peperiksaan utama, kerajaan negeri menghadiahkan ‘pen drive’ kepada guru-guru. Menteri Besar menyampaikan sendiri buah tangan tersebut kepada setiap guru dalam program yang diatur seluruh negeri. Kerajaan negeri memperkenalkan e-Book bagi meningkatkan mutu pen-

9

didikan di Terengganu, sekaligus menjadikan masyarakat negeri ini ‘celik komputer’. Program tersebut mendapat pujian di kalangan pendidik, cendikiawan dan pemimpin kerajaan di dalam dan luar negara. Terbaru, Kerajaan Terengganu memperkenalkan konsep sekolah maya yang menggunakan kaedah pembelajaran secara ‘online’ bagi meningkatkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di kalangan murid sekolah rendah. Sehingga ini, tiga buah sekolah di negeri dipilih sebagai projek perintis dan ia akan diperluaskan ke seluruh negeri secara berperingkat-peringkat. Di peringkat pra-sekolah pula, program Terengganu Brilliant Kids (TBKids) diperkenalkan bagi menarik minat kanak-kanak belajar menggunakan kemudahan ICT. Formula kecemerlangan Terengganu kini dicontohi banyak negeri lain yang turut mengimpikan pelbagai kejayaan. “Kita tidak perlu susah hati ada negeri lain yang akan mengejar kita, sebaliknya semua pihak perlu bekerja lebih keras bagi memastikan kejayaan ini dapat kita pertahankan. “Apa yang lebih penting, ibu bapa, warga pendidik dan semua pihak perlu mempertahankan kerajaan negeri yang sedia ada agar kesinambungan program yangdirancang dalam bidang pendidikan dapat diteruskan,” tegas beliau. Beliau berkata, belum pasti pihak lain dapat mempertahankan kejayaan yang digapai Terengganu sekarang ini jika negeri ini tidak lagi dikuasai oleh Barisan Nasional (BN). “Sejak dahulu hingga sekarang, pemimpin Umno dan BN sentiasa berusaha dan mencari jalan untuk mengangkat bidang pendidikan. Kita tidak mahu generasi akan datang terus menerus mewarisi kemiskinan keluarga mereka. “Kerajaan negeri mahu setiap rumah di Terengganu sekurang-kurangnya ada seorang graduan yang yang bakal berusaha mengubah nasib keluarga mereka, mengeluarkan keluarga dari garis kemiskinan, katanya.


10

Bil : 37 (20 Mac 2010) - http://teganukita.blogspot.com

Terengganu capai miskin sifar, lebih 10,000 keluar e-Kasih Oleh: Aida Abd Rahman Isu kemiskinan menjadi kayu ukur pembangunan dan kemajuan yang dicapai sesebuah kerajaan. Malah, isu itu juga menjadi `modal’ perdebatan di mana-mana sama ada dalam Dewan Negara, Dewan Rakyat mahupun di gelanggang politik. Kerajaan negeri menerusi portfolio Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita bertanggungjawab mengadakan pelbagai program dan pendekatan mengatasi masalah itu dan kesannya sehingga tahun lalu, Terengganu berjaya mencapai sifar miskin tegar dan kurang 2.8 peratus miskin. Pengerusinya, YB Yahya Khatib Mohamad, berkata sehingga kini, seramai kira-kira 20,000 jumlah kemiskinan di seluruh Terengganu merangkumi kategori miskin tegar (kirakira 100 orang), miskin (4,400 orang) dan selebihnya mudah miskin (15,500 orang) yang disenaraikan dalam sistem eKasih di bawah seliaan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri . Bagaimanapun, seramai 10,677 daripada golongan itu sudah terkeluar daripada program pembasmian atau sistem e-Kasih sehingga bulan lalu. Malah, menurut YB Yahya, sejak 2004 sehingga akhir tahun lalu, Terengganu berjaya turun daripada kedudukan ketiga sebagai negeri termiskin s e l u r u h Malaysia k e pada

kedudukan kelima selepas Sabah, Sarawak, Kelantan dan Kedah. “Pengurangan kadar kemiskinan itu berpunca daripada pelbagai program yang dilaksanakan Kerajaan negeri di pelbagai peringkat termasuk bantuan perniagaan menerusi Tabung Darul Iman dan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) serta bantuan am lain melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selaku agensi pelaksana,” katanya kepada Teganukita ketika diwawancara di pejabat beliau, baru-baru ini. Program pembangunan masyarakat yang dilaksanakan di bawah YPK termasuk program `smartstart’ iaitu `2nd honeymoon’ yang dijalankan sebanyak lima siri dengan setiap siri membelanjakan RM17,000, bermula tahun lalu dan bakal diteruskan tahun ini bagi mengukuhkan institusi keluarga serta mengelakkan berlaku penceraian. YB Yahya berkata, selain 2nd honeymoon, program lainnya adalah Keluarga Syurgaku, Ibu Sejati dan Parenting@Work menekankan nilai-nilai kecemerlangan yang disemai kepada pasangan muda agar generasi akan datang lebih terarah serta mengikut acuan sebenar. Katanya, kerajaan juga serius untuk mengurangkan gejala sosial di kalangan generasi muda yang terdedah kepada unsur luar dan kemajuan teknologi masa kini dan antara program berkaitan adalah Program Pengurusan Sosial dan Kepimpinan, Program saya Anak Terengganu, Program Taklif dan Kem Remaja Bestari. “ Program Taklif dan Ingat Sebelum Terkena berjaya menarik penyertaan 21, 254 pelajar sekolah sejak diperkenalkan pada 2009 hingga 2010 bagi menyebar maklumat dan menyedarkan mereka mengenai bahaya ancaman gejala sosial pada

diri dan masyarakat amnya,” dan kelayakan pemohon. kata beliau lagi. Sepanjang tahun lalu, tabung Sementara pembangunan itu menerima peruntukan kiramodal insan secara menyelu- kira RM3.8 juta dengan RM2.3 ruh pula merangkumi program juta sudah dibelanjakan. latihan dan bimbingan kepada YB Yahya berkata, Tabung semua golongan bagi men- Penyakit Kronik yang diperkeingkatkan kualiti setiap indi- nalkan sejak tahun lalu pula suvidu dalam masyarakat seperti dah dibelanjakan Kursus Kemhiran Ibu tunggal, kepada Program Komuniti, Program 2 2 0 Warga Emas dan Program p e pemimpin Masyarakat. sakit Pada tahun ini, yang beliau berkata, menkerajaan akan derita membina satu pelbabengkel memgai pebuat kaki palsu dan kerusi roda di pusat latihan orang kurang upaya (OKU) di Taman Rahmat, Pulau KerengYAHYA KHATIB ga, Marang bagi memberi peluang kepada golongan itu nyakit berbahaya dan memerluberdikari serta menyumbang kan perhatian segera termasuk kepada keperluan semasa. pesakit jantung (71 kes), buah Tabung Darul Iman memberi pinggang (57), kanser 36 kes impak kepada kes yang memer- dan lain-lain kes 56. lukan tindakan segera dan me- Berdasarkan rekod, peruntunangani had peruntukan jabatan kan diterima menerusi tabung yang terhad serta prosedur ker- itu sejak September tahun lalu ja yang ketat terutama ketika berjumlah RM2 juta dan kiraberdepan dengan bencana alam kira RM360 ribu sudah dibelseperti ribut, banjir dan keba- anjakan sehingga Februari lalu. karan . Tidak cukup dengan itu, ker “Ada kes rumah terba- ajaan sudah pun membelanjakar, kalau rumah sendiri kita kan kira-kira purata RM70 juta akan bantu membina rumah setiap bulan dengan RM40 juta baru menerusi Program Pem- peruntukan kerajaan negeri dan bangunan Rakyat Termiskin selebihnya daripada Kerajaan (PPRT) yang bernilai kira-kira Pusat bagi memberi manfaat RM33,000. Kalau rumah itu dan membantu golongan yang disewa, kita akan menyedia- layak menerima bantuan am kan saguhati dengan kadar ter- bulanan JKM mengikut kattentu dan bersesuaian antara egori seperti warga emas, ibu RM2,000 hingga RM10,000,” tunggal dan OKU. katanya. Jumlah penerima JKM juga Malah, selain membantu me- merupakan di kalangan 20,000 nyediakan benih padi dan bot peserta yang berdaftar melalui kepada petani serta nelayan sistem e-Kasih atau melibatkan yang mengalami kerugian 500 unit rumah iaitu 9 hingga akibat bencana alam, kerajaan 10 peratus merangkumi keselujuga membantu menyelesaikan ruhan penduduk Terengganu. bayaran bil perubatan hospital Katanya, kerajaan juga mesama ada 30 peratus, 50 pera- nyediakan bantuan atap biru tus dan 100 peratus daripada berjumlah RM500,000 di setjumlah bil itu berdasarkan iap Dewan Undangan Negeri k e s e s u a i a n (DUN) pada setiap tahun. Bagaimanapun, kerajaan menyerahkan kepada Adun mahupun Pegawai Penyelaras Dun bagi memperuntukkannya kepada jumlah tertentu berdasarkan

keperluan di DUN masingmasing. Pada tahun ini, sebanyak tujuh unit rumah PPRT diperuntukkan pada peringkat awal di setiap DUN dengan kos RM33,000 setiap rumah dan jumlah iru dijangka bertambah melebihi 15 unit pada penghujung tahun ini. Selain bina baru, kerajaan juga peka dengan keperluan membaiki rumah dan memperuntukkannya kepada tujuh rumah pada tahun ini. Malah, selain RM500,000 disediakan kepada setiap DUN untuk tujuan itu, peruntukan melalui projek-projek kecil di DUN juga boleh diagihkan bagi membaik pulih rumah termasuk menukar bumbung yang rosak dengan kos maksimum RM11,000 seunit. Sementara itu, katanya bagi program pendidikan awal kanak-kanak yang memberi penekanan terhadap penjagaan, pengasuhan dan pendidikan kanak-kanak di bawah umur empat tahun dengan mewujudkan Taska Keluarga dan Taska permata di setiap DUN. Kerajaan menyediakan 65 Taska Keluarga dan Taska Permata di seluruh negeri melibatkan 3,700 kanak-kanak yang turut memberi faedah kepada ibu bapa yang bekerja. Pada masa yang sama, YB Yahya berkata, seramai 20,000 golongan ibu tunggal turut mendapat perhatian kerajaan negeri, khususnya mereka yang menjadi ahli Kelab Ibu Tunggal di setiap DUN, selain terlibat dengan Program Cakna Ibu Tunggal yang disusun kerajaan menerusi YPK. Katanya, empat jenis bantuan atau keperluan utama kepada golongan itu merangkumi bantuan ekonomi, bantuan undang-undang, bantuan kekeluargaan dan bantuan kesihatan yang melibatkan enam komponen utama iaitu Program Pengupayaan Ibu Tunggal, Bantuan Pengurusan Kelab Ibu Tunggal, Program Peningkatan Ekonomi, Program Bimbingan Undang-Undang, Program Bimbingan kekeluargaan dan Pendidikan serta Program Kesedaran dan Bimbingan Kesihatan.


Bil : 37 (20 Mac 2010) - http://teganukita.blogspot.com Menurut statistik, sepanjang tahun 2010, Terengganu berjaya menarik kira-kira 2.5 juta pelancong melawat negeri ini dan dijangka meningkat kepada 3.5 juta tahun ini. Terengganu dijangka menikmati pertumbuhan pesat dalam industri pelancongan pada masa depan di mana kepimpinan negeri mengambil tindakan proaktif dalam mengimbangi pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar. Perkara ini dipersetujui Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said ketika mengulas lanjut mengenai agenda tersebut. Terengganu merupakan antara destinasi pelancongan utama di Pantai Timur berikutan keindahan alam semulajadi di samping memiliki panorama pantai yang menjaminkan kepuasaan kepada setiap pengunjung dari dalam mahupun luar negara. Dalam usaha meningkatkan lagi sektor pelancongan negeri, kerajaan negeri mempergiatkan pelbagai usaha menghidupkan kembali tradisi budaya warisan negeri bagi menarik minat pengunjung. Rentetan usaha tersebut, kera-

11

2.5 juta lawat Terengganu tahun lalu jaan negeri akan menghidupkan semula semua jenis permainan tradisional yang ada di Terengganu agar warisan berkenaan terus hidup dan bertahan untuk tatapan generasi akan datang. Menurut Datuk Abdul Rahin, Terengganu kaya dengan pelbagai permainan tradisi dan seni warisan yang menjadi aset penting bagi menarik minat orang ramai serta pelancong luar untuk datang ke sini. Katanya, kerajaan bercadang menganjurkan pertandingan permainan tradisional peringkat nasional bagi memberi peluang golongan belia menyertai apa saja permainan mengikut minat masing-masing. Beliau sekadar menyebut beberapa permainan tradisional yang popular setakat ini iaitu gasing, seni silat, tarian tradisi dan wau yang turut terbahagi

ABDUL RAHIN

kepada beberapa kategori dalam setiap permainan. “Contohnya dalam permainan wau, rata-rata dimonopoli oleh golongan muda bermula dari mencari, meraut buluh, membuat rekabentuk seterusnya menaikkan wau,” katanya. Tasik Kenyir bakal menjadi destinasi pelancongan utama negeri Terengganu bila siap sepenuhnya kelak. Pulau Bayas akan menjadi hub pusat dagangan bebas cukai bakal menjana ekonomi negeri dengan lebih pesat. Beliau berkata, selain menggalakkan pertumbuhan industri pelancongan, kerajaan negeri juga mengambil pendekatan terhadap pemuliharaan alam sekitar. Pendekatan Terengganu dalam memajukan industri pelancongan adalah berbeza ber-

banding negeri lain di Malaysia di mana industri itu di Pantai Barat kehilangan budaya dan warisan kerana membuka jalan kepada pembangunan tanpa garis panduan dan kawalan. Terengganu perlu mengekalkan pembangunan sedia ada supaya ciri-ciri unik dapat dikekalkan pada masa depan agar generasi akan datang dapat menikmati keindahan panorama seperti hari ini. Sementara itu, pengerusi Presatuan Agen-Agen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) cawangan Terengganu, Wan Supian Wan Ishak berkata kerajaan negeri memberi galakan untuk pembangunan hotel dan pusat peranginan, sekaligus

meningkatkan lagi jumlah kedatangan pelancong mulai tahun ini.

6,000 usahawan Bumiputera menjelang 2013 Kerajaan negeri menyasarkan akan melahirkan 6,000 usahawan Bumiputera terutama dalam bidang peruncitan; pengedaran; perhotelan dan hospitaliti; pertanian dan industri makanan halal menjelang 2013. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato’ Haji Mohamed Awang Tera berkata, keempat-empat bidang itu berpotensi dijana untuk menarik penglibatan rakyat di bidang perniagaan . Berdasarkan kekuatan daripada segi maklumat dan sokongan pelbagai agensi seperti Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dan Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), pihak kami yakin sasaran ini mampu dicapai. Katanya, setiap tahun kerajaan memperuntukkan RM1 juta melalui YPU bagi memberi pinjaman kepada usahawanusahawan untuk membuka perniagaan baru serta

mengembangkan perniagaan sedia ada. “Kompleks Usahawan Terengganu (KUT) yang dibina di Kampung Kubang Jela, Manir membabitkan peruntukan RM26 juta dijangka siap akhir tahun depan. Kompleks tiga tingkat ini akan menyediakan ruang niaga untuk disewa, bilik pameran dan pusat pengeluaran moden serta tersusun. Kerajaan negeri menjanjikan kelainan dalam konteks pembangunan sektor keusahawanan dan pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Terengganu. Ia bakal menjadi pemangkin kewujudan pusat pertumbuhan baru di kawasan ini dengan kedudukan yang strategik berhampiran jalan baru menghubungkan Losong, Kubang Jela, Jeram dan Gemuruh.

Dato’ Haji Mohamed berkata, separuh daripada KUT yang terletak 16 kilometer dari pusat bandar ini akan diubahsuai untuk menempatkan T’ Hotel bertaraf tiga bintang dengan kapasiti 99 buah bilik. “Dengan kadar RM90 sehingga RM220 sehari, hotel ini mampu menyelesaikan masalah kekurangan tempat penginapan bagi menjana sektor pelancongan di Terengganu serta mewujudkan lebih 80 peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. “Manakala sebahagian lagi KUT, akan menempatkan ruang pameran, pusat batik, pusat reka bentuk, pusat kraftangan, pusat kajian produk serta konsep kedai francais dan kedai khusus untuk mengkomersialkan produk tempatan,” katanya. Katanya, kompleks ini bakal beroperasi seperti sebuah ‘mall’ dan da-

pat membantu pengusaha tempatan dari segi penjenamaan dan pemasaran produk mereka. Di samping itu, katanya, kompleks ini bakal menempatkan ruang pejabat anak syarikat YPU iaitu Cakna Sdn. Bhd. yang menguruskan T’ Shoppe. Kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM8 juta untuk membuka 100 cawangan T’Shoppe menjelang tahun 2013 di seluruh Malaysia. Pada masa kini, terdapat 20 rangkaian itu termasuk tiga T’Shoppe di luar Terengganu. Melalui slogan `Satu Kampung, Satu Koperasi’ kerajaan menyasarkan 600 koperasi dengan keanggotaan seramai 500,000 individu. Pada masa sekarang sebanyak 438 koperasi telah didaftarkan di seluruh Terengganu dengan keahlian 241,109 orang. Ia dijangka mampu menyumbang dua pera-

AWANG TERA

tus Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri. Bagi menggalakkan komuniti luar bandar melibatkan diri dalam bidang perniagaan, kerajaan telah menyiapkan tujuh projek empat unit rumah kedai dua tingkat daripada 14 buah yang dirancang pada 2009 dan 2010. Enam buah projek masih dalam pelaksanaan manakala satu unit lagi bakal dibina tahun depan. Kerajaan bercadang menambaik projek Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) ini kepada lapan unit rumah kedai dua tingkat di beberapa kawasan yang akan dikenalpasti pada tahun hadapan.


TAHUN 3

12

Bil : 37 (20 Mac 2010) - http

MERAKYATKAN P


13

p://teganukita.blogspot.com

PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN Rakyat yang berhak menikmati segala pembangunan yang dirancang dan dilaksana. Rakyat didekati, rakyat didahului, rakyat ditemui, rakyat dimesrai dan rakyat dibantu ke arah kehidupan yang lebih bererti. Justeru itu, bagi Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said setiap apa yang kerajaan rancang dan laksanakan, akhirnya ialah rakyat yang akan menikmati hasilnya. Bukan setakat berada di bilik berhawa dingin merancang dan melakarkan pem-

bangunan, tetapi pemimpin turun sendiri melihat suasana sebenar kehidupan rakyat, gunanya membantu perancangan yang lebih berkesan dan memenuhi tuntutan sebenar rakyat. Bahagia rakyat, bahagialah pimpinan kerajaan, derita rakyat derita bersama; itulah istimewanya Terengganu bumi Darul Iman, pemimpin dan rakyat bersama seia sekata, setangkai sebau, semoga berkekalan selamanya. Semoga dengan pendekatan merakyat ini, Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu terus berada di hati rakyat.


14

Bil : 37 (20 Mac 2010) - http://teganukita.blogspot.com

Pertanian ubah landskap hidup Oleh: Esah Abdullah Golongan petani, penternak dan nelayan sering dikaitkan dengan kemiskinan dan kesukaran mereka menjalani kehidupan harian terus menjadi perbualan, biarpun ramai yang telah berjaya membina kehidupan hasil usaha gigih dalam bidang masing-masing. Namun kejayaan anak petani, nelayan dan penternak dalam bidang pendidikan begitu memberangsangkan kebelakangan ini dan usaha kerajaan menyediakan peruntukan besar dalam bidang pendidikan dilihat berjaya memberi suntikan semangat kepada mereka. “Hanya generasi baru yang mampu merubah kehidupan keluarga mereka utuk keluar dari kepompong kemiskinan,” kata Pengerusi Jawatankuasa

Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, YB Haji Ashaari Idris. Usaha kerajaan memberi bantuan dan subsidi membantu mereka berdikari dan berusaha menambah pendapatan menyara keluarga dalam bidang pertanian dengan perkenalkan sistem pertanian moden untuk memberi pulangan lumayan kepada petani. “Untuk mengurangkan kebergantungan rakyat terhadap keperluan beras, kerajaan menggalakkan golongan petani menanam padi secara berkelompok dan dalam bentuk komersial,” katanya. Kerajaan telah mewartakan kawasan Jelapang Padi Negeri di Setiu dan sudah pun melalui tiga fasa sejak dilancar oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007 dan mampu menjana pendapatan baik kepada

petani. “Terdapat 9,393 orang penanam padi seluruh negeri membabitkan 17,196 hektar kawasan di mana jumlah ini termasuk petani yang mengusahakan padi secara tradisional di kampung-kampung,” katanya. Kerajaan negeri juga serius untuk melihat golongan petani berjaya dalam mengurus kawasan pertanian masing-masing lebih-lebih lagi ketika mengendalikan tanaman kelapa yang kini sedang mengalami kekurangan bekalan bahan berkenaan. Melalui penyelidikan dan kajian yang dijalankan Jabatan Pertanian, kelapa hibrid atau kelapa Matag ternyata mampu memberi pulangan lumayan kepada petani berdasarkan baka baru yang berbuah lebat antara 15 hingga 25 biji setandan. Mengambil kira kelebi-

han itu, jabatan telah mengagihkan 7,068 benih kelapa berkenaan kepada pekebun kecil seluruh negeri. “Seluas 250 hektar telah dikenalpasti di Setiu untuk penanaman kelapa Matag dan projek perintis ini dijangka mampu mencari contoh terbaik kepada petani serta,” katanya. Kelapa hibrid yang

dikacukan hasil pendebungaan silang antara kelapa rendah Malaya dan kelapa Tagnanan dari Filipina serta mempunyai ciri agronomi yang baik seperti pertumbuhan cepat selain tidak cerewet untuk dijaga serta sesuai pada kebanyakan tanah di negeri ini. Di samping dapat mengeluarkan hasil dalam tempoh tiga hingga empat tahun selepas berada di tapak pertanian dan mempunyai jangka hayat. sehingga 25 hingga 30 tahun untuk bertahan. Dalam peruntukan Bajet 2011 yang dibentangkan pada akhir tahun lalu sektor pertanian memperolehi bajet keseluru-

cana serta seminar, khusus untuk memartabatkan agama Islam. Beliau berkata, pada tahun lepas, kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) meluluskan peruntukan kira-kira RM2.5 juta bagi mengadakan 25,691 aktiviti termasuk ceramah/ kuliah agama di masjid dan surau, Kelas Pengajaran Agama di pejabat dan Kelas Mendalami Agama (Tafakkuh) di seluruh negeri. “Bagi program Skim Menghafaz al-Quran pula, kerajaan negeri menyediakan peruntukan kirakira RM2 juta setahun bagi membayar elaun kepada para hafiz dan hafizah,” ujar beliau. Dalam hal ini, mereka yang menghafaz alQuran, termasuk pelajar Sekolah Menengah Imtiaz dan Institut al-Quran boleh menghubungi JHEAT bagi mendapatkan keterangan lanjut dan menghadiri ujian kelayakan agar mereka da-

pat menikmati elaun yang disediakan melalui skim berkenaan. Pihak JHEAT mengadakan ujian kelayakan secara terbuka bagi menguji para hafiz dan hafizah di mana mereka yang hafal 30 juzuk akan diberi imbuhan sebanyak RM1,000 sebulan sebagai galakan kepada mereka untuk terus menghafal ayat-ayat suci tersebut. Menurut beliau, kerajaan negeri juga mengadakan majlis menghafaz al-Quran peringkat negeri pada setiap tahun bagi memilih wakil negeri ini ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Melalui pendidikan pra-sekolah pula, kanakkanak tadika Yayasan Islam Terengganu (YIT) yang berusia antra lima hingga enam tahun bukan saja diberi penekanan kepada pembelajaran al-Quran, tetapi mereka sudah mampu khatam alQuran pada usia yang begitu muda lagi. Pada tahun 2008 seramai 2,660 kanak-kanak

ASHAARI IDRIS

han RM25.76 juta. Sehubungan itu pekebun kecil kelapa yang berjumlah 9,917 orang seluruh negeri membabitkan kawasan 3,354 hektar disaran untuk mengantikan pokok kelapa sedia ada yang tidak produktif kepada tanaman kelapa Matag yang tebal isinya dan banyak santan. Jabatan Pertanian Negeri Terengganu menyediakan peruntukan RM1.18 juta bagi tujuan penanam semula dan pemulihan kawasan tanaman menerusi Program Pembangunan Industri Kelapa (PPIK).

Nasib imam, bilal dibela Bagi menghargai peranan dan tanggungjawab imam dan bilal di negeri ini, Kerajaan Terengganu bersetuju menaikkan bayaran imbuhan bulanan imam dari RM600 kepada RM800 manakala bilal daripada RM450 kepada RM600 sebulan, mulai awal tahun ini. Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa kerajaan negeri menyediakan peruntukan yang besar iaitu kira-kira RM12 juta pada setiap tahun bagi membayar elaun imam dan bilal yang bertanggungjawab membantu

mengimarahkan masjid. Pada masa yang sama, kerajaan negeri akan mempertimbangkan permohonan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) agar dihidupkan semula bantuan khas tambang penerbangan kelas ekonomi pergi dan balik untuk menunaikan fardu haji kepada imam dan bilal masjid mukim, yang berkhidmat melebihi 10 tahun dan belum pernah menunaikan haji. Kerajaan negeri juga akan

meneruskan Program Anugerah Imam Bilal Cemerlang yang dimulakan sejak tahun 2006, sebagai motivasi kepada golongan tersebut untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang. Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Haji Kazan Che Mat, berkata pada tahun ini kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM2.1 juta bagi melaksanakan pelbagai program seperti kursus keagamaan dan latihan, wa-

KAZAN CHE MAT

telah khatam al-Quran, diikuti 4,622 orang pada tahun berikutnya dan 6,246 pada tahun 2010. “Kanak-kanak tersebut bukan setakat mampu khatam al-Quran pada usia yang muda, tetapi lebih membanggakan ada di antara mereka yang mampu menghafal surah Yaasin sebelum menjejak kaki ke bangku sekolah rendah,” katanya. Pada tahun 2008, seramai 142 orang kanakkanak tadika di seluruh negeri telah hafaz surah Yaasin dan 22 orang hafaz surah tersebut beserta dengan terjemahannya sekali. Manakala pada tahun 2009 pula seramai 177 orang hafaz surah Yaasin sementara 93 orang lagi hafaz surah Yaasin dengan terjemahan.


Bil : 37 (20 Mac 2010) - http://teganukita.blogspot.com Oleh: Suriati Ali Kerajaan negeri berhasrat menjadikan Terengganu sebagai hub pelaburan yang berkompetitif di rantau Asia dengan melaksanakan pelbagai pendekatan dan perubahan supaya lebih banyak syarikat tempatan dan asing menyatakan minat untuk melabur. Program promosi pelaburan dan menaik taraf infrastruktur di kawasan sedia ada giat dijalankan manakala lokasi berpotensi sebagai kawasan perindustrian akan terus dikenalpasti dan diselia bagi memastikannya mendapat keuntungan. Berdasarkan perangkaan yang dicatatkan Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) dan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) sebanyak RM2.8 bilion pelaburan dicatatkan pada tahun lalu, membabitkan 42 projek bermutu tinggi. Sebanyak RM2.1 bilion melibatkan pelaburan tempatan dan RM217 juta adalah pelaburan asing yang yang berminat

15

Terengganu bakal jadi hab pelaburan melabur di pelbagai lokasi di Terengganu. Kawasan perindustrian Kerteh menjadi lokasi paling popular pelabur diikuti daerah Kemaman, Kuala Terengganu, Telok Kalong, Cheneh Baru Ketengah, Wakaf Tapai dan Batu Rakit. Kawasan Kerteh dan Kemaman menjadi lokasi pilihan berikutan terdapat bahan mentah seperti petroleum, petrokimia, salika, minyak dan gas asli. Seramai 7,349 peluang pekerjaan dapat ditawarkan kepada rakyat terutama golongan belia dan graduan Institut Pengajian Tinggi Awam serta swasta hasil daripada pelaburan itu. Antara projek atau bidang yang memperoleh pelaburan tertinggi adalah

rangan elektrik dan elektronik (RM35 juta) dan barangan logam dibentuk mendapat pelaburan RM15 juta. Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, YB Toh Chin Yaw, berkata pelbagai pendekatan dilaksanakan kerajaan negeri semata-mata ingin menarik minat pelabur merancakkan ekonomi Terengganu. Katanya, ini termasuk menjalinkan hubungan baik serta mewujudkan misi perdagangan antara pelbagai negara terutama yang mempunyai ekonomi kukuh seperti Jerman, China, Singapura, Cuba dan sebagainya.

“Apabila mampu mewujudkan hubungan dua hala, pihak kami akan memberi taklimat dengan memberitahu kelebihan yang dimiliki Terengganu iaitu petrokimia, bahan galian dan logam serta bahan plastik dan polimer. “Kerajaan negeri juga turut mengadakan perjumpaan dengan manamana persatuan perniagaan terutama yang terlibat dengan industri berat dengan menawarkan supaya turut melabur di Terengganu,” katanya. Menurutnya, apabila mereka menyatakan persetujuan untuk berbuat demikian, pelbagai manfaat mampu diperoleh

syarikat tempatan dengan membuka perniagaan hiliran. Tidak ketinggalan, kerajaan negeri turut memberi penekanan terhadap pembangunan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) melalui projek berprofil tinggi secara Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) seperti projek ` Metro Ethernet Fiber Optik’. Projek itu adalah tulang belakang rangkaian internet serta pembinaan pusat data di kawasan Perindustrian Batu Rakit, Kuala Terengganu dan pertama seumpamanya di Pantai Timur.

Rotan ke Kampung Lingai, Kuala Terengganu dan naiktaraf Jalan Kubu ke Felda Chadur di Marang. Keutamaan juga diberi terhadap projek pembinaan velodrom lumba basikal bertaraf antarabangsa di Kampung Balai Besar, Dungun serta beberapa cadangan projek bangunan pentadbiran dan pembangunan kawasan bandar. Di bawah strategi ZA’ABAR MOHD ADIB pembangunan kedua iaitu mewujudkan sistem dan Jambatan Losong saliran sempurna dan Feri ke Bukit Datu. terancang bagi mengatasi Jalan-jalan sokongan masalah banjir termasuk lain termasuklah Jalan baiki sistem saliran, Gong Nangka ke Bukit muara sungai dan hakisan Kor, Marang; Jalan Mak pantai untuk beri kesJintan, Setiu ke Batu elesaan dan kesejahteraan Rakit, Kuala Tereng- kepada rakyat turut menganu; jalan Tanjung Baru/ erima peruntukan yang Lerek/Kepah di Hulu besar. Terengganu; jalan Pecah Katanya, rancangan

tebatan banjir menerima peruntukan RM1,019 billion, program pemulihan sungai-sungai Terengganu (RM169.5 juta), mengorek dan mendalamkan kuala-kuala sungai (RM573 juta), mencegah hakisan pantai (RM163 juta), sistem saliran bandar (RM185 juta) dan pelan induk saliran bandar (RM7 juta). Di bawah strategi pembangunan ketiga tertumpu kepada menambah bekalan air bersih, berkualiti dan mencukupi serta memberi seratus peratus liputan bekalan air bersih di bandar dan luar bandar melalui beberapa pendekatan yang dirancang. Ini termasuklah memastikan sumber bekalan air mencukupi dan berkualiti dengan memulihara dan memperlu-

askan kawasan tadahan air serta pertingkatkan kualiti bekalan menjelang 2015 di samping meningkatkan kecekapan operasi loji. Usaha sedang dibuat untuk menaik taraf sistem bekalan air di pulau-pulau peranginan termasuk menyediakan perkhidmatan penduduk setempat serta menggalakkan industri pelancongan serta mengurangkan peratus kehilangan Air Tidak Terakuan (NRW) kepada 30 peratus menjelang 2015. Kerajaan negeri juga membelanjakan RM82.50 juta bagi melaksanakan projek pembangunan bekalan air seluruh negeri dua tahun lalu (2009) di mana RM72.5 juta adalah sumber pinjaman pusat dan RM10 juta sumber langsung negeri.

TOH CHIN YAW

petroleum dan petrokimia iaitu mencatatkan RM1.8 bilion; penambaikan dan menaik taraf kilang memproses gas (RM300 juta); kimia dan barangan kimia (RM209 juta); barangan logam asas (RM236 juta) dan kilang ikan baja mencatat jumlah pelaburan sejumlah RM45 juta. Manakala barangan galian bukan logam mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM44 juta; ba-

Sistem pengangkutan, jalan raya dimajukan Perancangan pembangunan negeri memberi fokus kepada tiga kriteria utama iaitu perancangan, pelaksanaan dan pemantauan di mana melalui pembangunan yang sistematik dapat membantu sektor lain menyumbang kepada penjanaan pendapatan rakyat. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Za’abar Mohd Adib, berkata tumpuan diberi terhadap beberapa komponen pembangunan prasarana meliputi rangkaian jalan, bekalan air, elektrik, pengangkutan awam, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan telekomunikasi . Melalui Pembiayaan Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam

(KWAPA) Kerajaan Pusat memperuntukan RM112.05 juta untuk mempertingkatkan tahap pengangkutan awam di negeri ini. “Antaranya ialah pembinaan Terminal Bersepadu di Kuala Terengganu, Terminal baru di Dungun, Besut, Kemaman dan Marang serta menaiktaraf terminal di Setiu, Pembinaan Terminal `Park dan Ride’, `Transit Point ‘ di Hulu Terengganu serta hentian bas,” katanya. Pembinaan jalan KTBypass akan diteruskan sebagaimana yang dirancang di kawasan bandar baru Bukit Besar dengan memastikan satu sistem rangkaian jalan yang sistematik dan teratur untuk menghubungkan Jambatan Pulau Sekati, Jalan Tok Kong Bukit Guntong


16

Bil : 37 (20 Mac 2010) - http://teganukita.blogspot.com

Pelaburan besar cetus kegemilangan sukan negeri Oleh: Aida Abd Rahman Menyedari sukan menjadi penunjuk atau indeks kemajuan pembangunan sesebuah negara selain mampu menjulang nama negeri dan negara di persada dunia, Kerajaan Terengganu satu-satunya negeri yang sanggup melabur besar bagi menjana bidang itu, baik penyediaan atlet dan juga prasarana yang serba moden dan lengkap. Malah,peruntukan keseluruhan yang kadangkala berjumlah kira-kira RM40 hingga RM50 juta setahun itu antara lain juga bermatlamat bagi melahirkan lebih ramai atlet yang mampu mengharumkan nama negeri dalam pelbagai jenis sukan sehingga ke persada dunia. Kerajaan memperuntukkan RM1.5 juta setahun sebagai dana menyuntik semangat dan pengiktirafan yang berbaloi dengan jasa serta sumbangan setiap atlet di pelbagai peringkat kejayaan. Sebagaimana umum mengetahui, Terengganu menjadi `kilang’ yang melahirkan ramai atlet bertaraf dunia. Dalam sukan berbasikal, Mohamad Azizulhasni Awang, Anuar Manan, Mohd Hariff Salleh dan Fatihah Mustaffa antara anak tempatan yang bakatnya digilap daripada persatuan peringkat negeri dan akhirnya mampu menyerlah di peringkat Asia serta dunia. Kejayaan Azizulhasni merangkul pingat Perak dalam Kejohanan Lumba Basikal Trek Dunia di Poland dua tahun lalu melayakkan anak muda dari Dungun itu menerima ganjaran RM20,000 beserta sebidang tanah daripada Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said. Sementara Anuar pula menerima RM10,000 serta satu lot tanah selepas muncul selaku Raja Pecut dalam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010. Sebagai juara Sukan Malaysia (Sukma) 2008, setiap atlet yang meraih pingat emas layak menerima RM3,000, perak RM2,000 dan RM1,000 untuk pinat gangsa. Demi memastikan kesinambungan kejayaan atlet dalam temasya itu, Menteri Besar menunaikan janjinya dengan menaikkan kadar insentif itu pada sukma 2010 apabila pemenang pingat emas memperolehi RM5,000, diikuti

ROZI MAMAT

perak (RM3,000) dan gangsa RM2,000. Terbaru, hampir RM100,000 diperuntukkan untuk Insentif Skim Kemenangan (Shake) dan Insentif Skim Wakil Negara (Swara) kepada 18 atlet dalam acara lumba basikal, skuasy, hoki lelaki, hoki wanita, sepak takraw, ragbi dan angkat berat. Dalam perasmian kontinjen dan logo baru Terengganu dengan slogan `Terengganu Hanelang’ (handalan) yang bakal menyertai Sukma Ke-14 2011 di Kuala Lumpur 2 Jun hingga 12 Jun depan, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, YB Rozi Mamat turut menzahirkan hasrat serupa dan

penubuhannya lima bulan lalu. “Kita memiliki ramai bakat muda dan pelapis dalam sukan berbasikal. Kita ada kira-kira 30 atlet yang mewakili Sukma dan sebab itulah kita menubuhkan TSG bagi memastikan atlet daripada Terengganu mampu menyerlah di peringkat negara serta dunia, selain mendapat pendapatan lumayan setanding dengan pengalaman dan pencapaian yang ada,” kata YB Rozi lagi. Usaha mencari bakat baru dalam sukan tidak pernah henti dan antara program yang sudah masuk edisi ke tiga tahun penganjuran adalah `Terengganu City Night Game’ yang dijalankan pada minggu ketiga setiap bu-

kat negeri dan negara. Terbaru, kerajaan mengiktiraf enam anak Terengganu yang menjulang nama Malaysia ketika Kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 di Bangkok apabila setiap pemain menerima RM5,000 dan sebidang tanah. Di majlis penyampaian insentif itu, Menteri Besar turut menyampaikan dana kepada dua pasukan bola sepak profesional, Terengganu dan T-Team yang membariskan ramai bintang dan tidak kurang juga sebahagian besarnya anak Terengganu sendiri. Kerajaan negeri melalui MSNT merancang mekanisme jangka masa panjang untuk at-

Challenge’, `Terengganu International 4WD Rainforest Challenge’ dan FEI World Endurance Championship. Kesemua penganjuran ini menjadi `trademark’ dan hala tuju terhadap kemajuan sukan apabila anak Terengganu turut menimba pengalaman dan mendapat pendedahan bagi mencapai kejayaan lebih baik daripada ahli sukan profesional yang sedia ada,” katanya. Selain sukan, pembangunan belia juga dititikberatkan kerajaan walaupun ada pertelagahan pendapat mengenai peruntukan bagi memajukan persatuan belia di seluruh Terengganu. YB Rozi berkata, dalam hal

pastinya mahu melihat Terengganu selaku kuasa baru sukan negara terus mengulangi kejayaan itu. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dato’ Wan Ahamad Wan Muda diberi mandat untuk mengetuai pasukan Terengganu selaku ketua kontinjen bagi menggalas misi meraih 24 pingat emas dalam Sukma ke-14 nanti. Pelantikan Dato’ Wan Ahamad signifikan dengan komitmen beliau yang banyak memberi perhatian terhadap pembangunan sukan melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) yang terletak di bawah kawalan beliau. Malah, beliau bersama Menteri Besar juga antara dua watak utama yang merealisasikan penubuhan Terengganu Pro-Asia Cyling Team (TSG). Pasukan profesional yang mewakili benua Malaysia itu sudahpun membuktikan pelbagai kejayaan dalam sekurangkurangnya enam penyertaan peringkat Asia serta dunia termasuk di LTdL 2010 sehingga Jelajah Malaysia 2011 selaku pasukan terbaik negara sejak

lan. Setiap penganjuran yang memakan belanja kira-kira RM60,000 itu akan dilaksanakan pula ke setiap daerah bagi memastikan penyertaan yang lebih menyeluruh dan menggalakkan aktiviti lebih sihat di kalangan muda-mudi di Terengganu. Selain itu, katanya memandangkan hampir 90 peratus belia di Terengganu meminati sukan permotoran, kerajaan berhasrat mewujudkan litar lumba dengan lokasi khas sudah dikenalpasti pada tahun ini, sebagai usaha mencungkil bakat dalam sukan ekstrem itu. “Pada masa yang sama, sejak beberapa tahun lalu, kerajaan negeri memperuntukkan RM350,000 di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan konsep satu futsal, satu DUN. Selain itu, Kerajaan Pusat juga membangunkan satu gelanggang futsal di setiap Parlimen bagi memastikan belia Terengganu mempunyai tempat bersukan dan beridah,” katanya. Dalam sukan bola sepak, Terengganu tidak pernah ketandusan dengan bakat baru dan pemain yang menyinar di pering-

let di Terenganu bermula sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah. Sekolah Sukan Bukit Nenas, Setiu umpamanya, menjadi institusi pendidikan yang menempatkan pelajar yang memiliki bakat sukan dan mereka dibayar insentif khas sepanjang berada di sekolah itu. Malah baru-baru ini, Menteri Besar bersetuju menyediakan bantuan biasiwa jika pelajar berkenaan masih tidak mendapat sebarang bentuk bantuan pelajaran yang lain. Dari aspek lainnya, YB Rozi berkata, sesuai dengan latar alam semula jadi dan geografi negeri serta disokong dengan kemudahan prasarana bertaraf dunia, pelbagai penganjuran sukan antarabangsa berjaya dianjurkan di Terengganu seperti Piala Kuda Lasak Dunia Sultan Terengganu, Formula Future dan Piala Monsun Pulau Duyong. Lain-lain acara, `Kapas-Marang International Swimathon’, `Kenyir Motocross Championship’, `Terengganu MastersGolf’, `Kenyir Lake International Triathlon’, `Terengganu Starhill Tasik Kenyir 4x4

itu, rakyat Terengganu khususnya belia sepatutnya lebih bersyukur kerana Terengganu menjadi antara negeri yang mengeluarkan peruntukan paling besar, iaitu melibatkan kirakira RM26 juta bagi program Dana Bakti Remaja yang diagihkan kepada setiap belia yang memenuhi syarat ditetapkan termasuk perlu menghadiri kursus dua hari. Kerajaan negeri juga akan berusaha untuk mewujudkan `Satu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Satu Belia’ sebagai platform memerangi pelbagai masalah sosial dan mengaktifkan belia dengan kegiatan berfaedah di peringkat kampung atau cawangan masing-masing. Selain itu, menerusi Jabatan Belia dan Sukan Terengganu (JBST), kerajaan negeri yakin dapat mencapai sasaran untuk mewujudkan 1,000 pertubuhan belia di seluruh negeri menjelang akhir tahun ini, bagi mengalakkan golongan berkenaan bergerak secara berkumpulan melalui pelbagai aktiviti dalam persatuan di peringkat akar umbi.


Bil : 37 (20 Mac 2010) - http://teganukita.blogspot.com Oleh: Esah Abdullah Kerajaan negeri memperuntukkan RM72 juta di bawah Tabung Dana Khas khusus untuk pembangunan kesihatan di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar berkata, dana khas ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Menaiktaraf Perkhidmatan Perubatan (MPP) (RM62 juta) dan Kebajikan Sosial Perubatan (KSP) sebanyak RM10 juta. Katanya, di bawah MPP, pelbagai peralatan canggih dan terkini telah dibeli bagi membantu Jabatan Kesihatan Terengganu (JKT) memberi khidmat terbaik dan bertaraf dunia kepada rakyat di negeri. Antaranya termasuklah 20 buah ambulans (RM3.2 juta), Mesin Tomografi Berkomputer (MSCT) (RM5.2 juta), Mesin Echocardiography (RM1 juta) dan peralatan untuk Program Perkhidmatan Reproduktif (PPR) (Bayi Tabung Uji) sebanyak RM500,000. Manakala di bawah KSP pula lebih menjurus kepada membantu pesakit-pesakit yang tidak berkemampuan membiayai rawatan termasuk pembelian peralatan seperti kaki palsu, mesin oxygen concentrator, implant, lampin pakai buang, bekalan susu khas dan sebagainya. “Sehingga akhir tahun lalu 3,165 orang pesakit telah mendapat bantuan berkenaan dengan jumlah perbelanjaan RM8.6 juta atau 82 peratus telah dibelanjakan,” katanya. Selain itu katanya, di bawah PBTU, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) telah berjaya melahirkan dua bayi (lelaki dan perempuan) yang dilahirkan 31 Ogos tahun lalu iaitu serentak dengan tarikh ulang tahun Hari Kemerdekaan Malaysia . HSNZ merupakan satu daripada empat hospital kerajaan di negara ini yang menawarkan PPR dan

17

Peruntukan RM72 j untuk kesihatan setakat ini lima orang ibu berjaya melahirkan bayi termasuk seorang ibu lahirkan bayi kembar. “Kewujudan perkhidmatan ini telah memberi penghargaan baru kepada pasangan yang sukar mendapatkan zuriat dengan bayaran yang jauh lebih murah berbanding di hospital swasta,” katanya. Katanya, kerajaan juga telah membeli sebuah mesin berkomputer beharga RM2 juta yang mampu menghasilkan 64 imej pada setiap imbasan di mana mesin ini juga dapat dipertingkatkan keupayaannya sehingga 128 imej. “Mesin ini juga mempunyai banyak kelebihan berbanding mesin CT scan biasa terutama bagi imejan dan isotropic bagi tujuan rekonstruksi multiplana (MPR) yang dapat mengesan sebarang pesakit dengan lebih terperinci serta berupaya melakukan pemeriksaan CT Kardiak, CT Colonografi, CT Angiografi, imej 3D dan Fluoroscopi, semasa kes-kes intervensi radiologi,” katanya. Katanya, pembelian mesin ini sejajar dengan senario bidang perubatan negeri yang kian maju dan lebih membanggakan, Terengganu merupakan negeri pertama di negara ini dan Asia Tenggara yang menggunakan peralatan canggih ini. Sementara itu, melalui Lembaga Tabung Amanah Warisan telah memperuntukkan RM22 juta untuk membuka pusat perubatan pakar harian dikenali sebagai Pusat Perubatan iHeal di Midvalley, Kuala Lumpur dengan menguasai 60 peratus kepentingan sahamnya. “Pusat ini dibina untuk kemudahan orang ramai termasuk rakyat Terengganu sekiranya terdapat kes-kes kritikal yang memerlukan rawatan pakar di mana pelbagai kemudahan disediakan di sini meliputi pergigian, jantung, neuro, strok, kanser, payu dara, rawatan anti penuaan dan pembedahan

plastik serta kolagen,” katanya. Menurut Dr. A. Rahman pusat ini telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tunku Mizan Zainal Abidin, memulakan operasi pada pertegahan tahun lalu merupakan yang pertama seumpamanya milik kerajaan yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk Multi-Slice CT Scan tercanggih mengandungi 640 slice berharga lebih RM8 juta. Selain itu kerajaan juga mempunyai tiga lagi pusat perubatan iaitu Kelana Jaya Medical Centre di Selangor, Kuantan Medical Centre di Pahang dan Kuala terengganu Specialist Hospital di Terengganu yang menggambarkan komitmen kerajaan untuk memastikan rakyat dapat menikmati kemudahan kesihatan kelas dunia. Meneruskan legasi keperihatinan kerajaan menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat, RM27 juta telah dilaburkan untuk membeli `Strawberry Park’ di Kijal untuk dijadikan Institut Jantung Negeri di mana perancangan mewujudkan institut ini sebagai ‘serampang dua mata’ iaitu memperkenalkan konsep pelancongan perubatan (medical tourism) di negeri ini. “Institut ini akan dijadikan sebagai `post-treament centre’ untuk pesakit yang selesai menjalani pembedahan jantung, sesuai dengan lokasinya di tepi pantai yang suatu waktu dulu menjadi tumpuan pelancong,” katanya. Kerajaan juga akan menaik taraf makmal dadah di Jabatan Patologi HSNZ untuk menyediakan perkhidmatan ujian pengesanan ‘Amphetamine Type Simulant (ATS) yang melibatkan perbelanjaan pengubahsuaian makmal dan pembelian peralatan RM1.5 juta. “Katanya, ujian pengesanan ATS dapat membantu agensi yang terlibat terutama pihak polis mempercepatkan kes penyalahgunaan dadah terutama jenis ATS. “Ini kerana setiap tangkapan kes yang memerlukan ujian pengesahan

terpaksa dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur dan ini mengakibatkan tertuduh terpaksa direman lebih lama di lokap sementara menunggu keputusan ujian,” katanya. Menurut Dr. A. Rahman, pusat ATS ini dapat membantu mempercepatkan penyelesaian kes dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan masalah penyalahgunaan dadah dan Terengganu satu-satunya negeri di Pantai Timur dan kedua di negara ini selepas Kuala Lumpur yang menyediakan perkhidmatan ini. Sementara itu, isu bekalan dan kenaikan harga menjadi tumpuan utama Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu yang membabitkan bekalan gula, minyak masak dan kelapa. “Beberapa tindakan telah diambil bagi memastikan bekalan mencukupi dan harga barangan juga tidak dinaikkan sesuka hati oleh peniaga termasuklah pemantauan fizikal setiap hari di lokasi pasar awam, pasar tani, pasar malam, kedai runcit, pasar raya dan hypermarket di seluruh daerah di negeri ini,” katanya. Bahagian penguatkuasa juga katanya, sentiasa mendapatkan maklumat barang kawalan secara terperinci dan berkala di peringkat pengedar dan pemborong, membuat pemeriksaan segera ke atas aduan pengguna dan mengambil tindakan ke atas peniaga yang tegar. Sehubungan itu PPDNKK telah melaksanakan program berkaitan kepada kumpulan sasar terdiri dari komuniti setempat, pelajar dan guru-guru dan telah membelanjakan RM856,000 membabitkan 170 program yang dijalankan sejak 2008-2010. Di bawah Program Pengedaran Barang Perlu (PPBP) yang dilaksanakan di Pulau Perhentian, Besut dan Kampung Basong, Hulu Terengganu dengan kos RM67,740 dan item utama ialah gula, minyak masak, tepung gandum, beras, Lpg petronas dan 50 item barangan keperluan utama penduduk. Katanya, program ini bertujuan menyamaratakan harga barang keperluan di setiap pe-

A. RAHMAN MOKHTAR

lusuk dan memastikan setiap peringkat rakyat dapat merasa satu harga yang seragam sama ada di bandar atau di luar bandar. Beberapa lokasi baru sudah dikenalpasti tahun ini untuk dilaksanakan program berkenaan antaranya ialah Sungai Sayap, Keruak, Besut, Mukim Pasir Raja, Hulu Terengganu dan Pulau Redang, Kuala Terengganu. Sementara itu, kempen membanteras aktiviti cetak rompak dan penjualan barang tiruan terus diperhebatkan untuk memberi kesedaran kepada peniaga di samping melindungi pengguna. “Sejumlah 926 kes dikenakan tindakan dalam tempoh 20082010 dan disabitkan dengan beberapa akta kepenggunaan termasuklah Akta Kawalan harga 1946 (408 kes), Akta Kawalan Bekalan 1961 (58 kes), Akta Sewa Beli 1967 (7 kes). Akta Timbang dan Sukat (165 kes), Akta Prihal Dagangan 1972 (209 kes), Akta Hak Cipta 1987 (30 kes), AktaJualan langsung 1993 (1 kes), Akta Perlindungan Pengguna 1999 (48 kes) dan tiada kes dalam Akta Careka Optik 2000,” katanya. Katanya, dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini sebanyak 77 kes telah dikenakan tindakan dan Akta Timbang dan Sukat menyumbang jumlah terbesar iaitu 47 kes diikuti Akta Kawalan harga 17 kes, Akta Prihal Dagangan (9) dan masing-masing dua bagi AktarPerlindungan pengguna dan Akta Kawalan bekalan. Tahun ini katanya, PPDNKK akan meneruskan tanggungjawab yang diamanahkan dan memperuntukan RM390,000 untuk melaksanakan 60 program di seluruh negeri. PPDNKK juga memperkenalkan program Tranformasi Kedai Runcit (Tukar) dan Pemodenan Bengkel Automotif (Atom) yang akan emmberi penekanan kepda peruncit dan pengusaha bengkel yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh jabatan.


agama

MIMBAR Susunan : Raja Faisal Sumber : JHEAT

Ahad, 20 Mac 2011

19

Program T-Skor: Akram sedia 12,000 soalan sebulan Guru-Guru Angkatan Kerja Rajin dan Mulia (Akram) menyediakan 12,000 soalan sebulan bermula Januari lalu untuk semua pelajar yang menghadapi peperiksaan awam pada pertengahan dan hujung tahun ini. “Fokus soalan tertumpu kepada subjek penting yang terdapat pada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM),” kata Setiausaha Akram, Encik Nordin Ambak. Guru Akram terbahagi kepada 12 bidang termasuk Matematik, Yang dipertua pihak berkuasa tempatan dan pegawai daerah seluruh Terengganu digesa mengambil serius kaedah pengurusan sampah dan kebersihan di kawasan masing-masing bagi mengelak peningkatan kes demam denggi di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar, berkata peranan dua pemimpin di setiap daerah itu amat penting untuk memastikan wabak denggi tidak terus menular dan mencatat angka yang membimbangkan. Katanya, dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri yang terbaru, Jabatan Kesihatan Negeri turut meminta yang dipertua pihak berkuasa tempatan serta pegawai daerah menekankan aspek penjagaan alam sekitar dan kebersihan di kawasan pentadbiran masing-masing. Bagaimanapun, menurut Dr A Rahman, rekod negeri menunjukkan sejak beberapa minggu lalu, catatan kes demam denggi lebih rendah daripada tahun lalu dan berada di bawah median tiga tahun. Beliau berkata demikian kepada Teganukita sebagai mengulas laporan akhbar Berita Harian, baru-baru ini mengenai Terengganu antara tujuh

Sains, Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI), Bahasa Cina, ICT dan Perkomputeran, Pendidikan Islam, Kajian Kemasyarakatan, Teknik dan Vokasional, Penyelidikan, e- pantau dan Korikulum Rendah/ Akram Rendah di mana setiap bidang akan menyumbang 1,000 soalan sebulan. Encik Nordin berkata, setiap soalan akan disemak oleh satu panel khas terdiri daripada Jawatankuasa Penilaian dianggotai 14 guru-guru pakar dan cemerlang yang dilantik Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT). “Melalui kerjasama

Guru-guru Akram menerima komputer riba daripada Kerajaan Negeri Terengganu bagi memudahkan mereka menyediakan soalan-soalan dalam Program T-Skor.

dengan Top IT Sdn Bhd, soalan-soalan berkenaan akan diakses terus dengan menggunakan nombor identiti pelajar terbabit bagi tujuan latih tubi,” katanya. Terdapat 800 guru Akram terpilih antara

guru-guru cemerlang seluruh negeri dan bertanggungjawab menyediakan soalan untuk Program T-Skor dalam usaha kerajaan mencapai hasrat menjadikan Negeri Anjung Ilmu.

Kebersihan harus diutamakan bagi memastikan wabak denggi tidak terus menular dan mencatat angka yang membimbangkan.

YDP, pegawai daerah serius tangani denggi negeri yang mencatat peningkatan kes demam denggi dalam tempoh seminggu mulai 13 Februari lalu, menjadikan 420 kes berbanding 391 kes pada minggu sebelumnya. Mengikut statistik terbaru yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, Terengganu dan Johor meningkat 12 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (11 kes),

Sabah (sembilan), Sarawak (lapan) dan Melaka tujuh kes. Dr A Rahman juga berharap semua masyarakat mengambil langkah proaktif bagi menangani isu ini lebih awal serta tidak hanya mengharapkan tindakan jabatan kesihatan dan pihak berkuasa tempatan semata-mata untuk membersihkan kawasan mereka apabila dikesan terdapat kes de-

mam denggi. “Kesedaran dan mentaliti individu lebih penting dalam isu menjaga alam sekitar dan kawasan sekeliling terutama sekitar rumah sendiri. Jangan biarkan sampah merata-rata, longkang dan parit tidak diselenggara dengan betul sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan punca kepada pelbagai wabak lain,” katanya.


20

Ahad, 20 Mac 2011

Pokok vanila tanaman berpotensi tinggi Kerajaan negeri akan menjalankan kajian terperinci mengenai pokok vanila yang tumbuh meliar di beberapa kawasan di negeri ini yang dikenalpasti sebagai tanaman yang berpotensi tinggi dan mampu memberi pulangan lumayan kepada petani. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata pasaran tanaman itu yang mahal dan mencecah sehingga beratus ringgit per kilo selain terdapat permintaan daripada pelabur yang mendorong kerajaan negeri menerusi Jabatan Pertanian Negeri Terengganu bagi melihat perkara itu dengan lebih mendalam. Katanya, selepas kajian dijalankan dan terbukti ia mampu memberi pulangan lumayan, kerajaan negeri akan menimbang untuk mengkomersialkan tanaman itu sebagai sumber pertanian yang baru di negeri ini. “Saya arahkan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani supaya melihat (pokok vanila) dan kita ada vanila yang hidup meliar di Terengganu serta sudah banyak ditebang oleh orang ramai kerana mereka tidak mengenali pokok berkenaan. Jika pokok itu ada potensi kita akan tanam,” katanya ketika sidang media, di Kuala Terengganu, baru-baru ini. Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, vanila yang merupakan tanaman baru di negara kita dilihat jauh berpotensi daripada kenaf khususnya kenaf yang sama spesies seperti di Mexico. “Ada pelabur berminat dan kita minta buat ujian terlebih dahulu di kawasan seluas 20 hektar. Mereka (pelabur) mahu kawasan yang luas, tetapi Terengganu tidak mempunyai kawasan yang luas, kecuali dengan menjalankan secara berasingan yang mana 40 hektar di sana, 40 hektar di sini,” katanya.

amam

Imam perlu latihan sebelum baca khutbah Oleh: Kamarudin Mat Akib Imam-imam di negeri ini diminta supaya membaca isi kandungan khutbah terlebih dahulu sebelum menyampaikan kepada jemaah pada hari Jumaat, agar ia dapat disampaikan dengan lebih lancar. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, jika bacaan khutbah disampaikan dalam keadaan kurang lancar, para jemaah tidak dapat menghayati kandungannya dan kadangkala sebahagian besar jemaah tidak khusyuk serta mengantuk ketika khutbah dibacakan. Beliau berkata, jika keadaan itu berlaku hasrat pihak berkuasa untuk menyampaikan pelbagai maklumat dan penerangan kepada rakyat melalui khutbah tidak akan tercapai kerana ia kurang mendapat perhatian jemaah. “Biasanya khutbah Ju-

maat diedar ke masjidmasjid lebih awal, jadi eloklah imam-imam baca dulu kandungan khutbah ini sebelum disampaikan kepada jemaah masjid,” katanya ketika berucap pada majlis Bicara Eksekutif : Multaqa YAB Menteri Besar bersama Imam dan Bilal di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Menurutnya, ada sesetengah imam tidak meneliti langsung khutbah yang diberikan kepada mereka, hinggalah pada hari Jumaat dan mereka membacanya dalam keadaan tidak lancar. Lebih menyedihkan ada imam yang salah menyebut perkataan tertentu, khususnya yang diambil daripada perkataan bahasa Inggeris atau terma-terma tertentu seperti H1N1. Dalam perkembangan lain, Menteri Besar turut meminta imam dan bilal mengadakan program

Para imam dan bilal seluruh Terengganu bersalaman dengan Dato’ Seri Haji Ahmad ketika hadir pada Majlis Bicara Eksekutif.

pengimarahan masjid yang turut memberi tumpuan kepada usaha menarik golongan muda ke tempat ibadat itu. Beliau berkata, langkah itu penting kerana kehadiran golongan muda ke masjid secara tidak langsung boleh menghindarkan mereka daripada terjerumus dalam kegiatan yang boleh merosakkan masa depan mereka serta merugikan negara. “Dalam hal ini, imam

dan bilal serta jawatankuasa masjid boleh menggunakan sebahagian daripada tabung masjid untuk menjalankan program-program pengimarahan dari semasa ke semasa. “Kerajaan negeri sendiri sedia membantu menjayakan pelbagai program pengimarahan masjid bagi memastikan kedatangan jemaah terus bertambah,” ujar beliau.

Terlalu awal tentukan soal calon Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said menegaskan masih terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai calon-calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang. Sehubungan itu, beliau tidak berminat untuk memberi sebarang komen mengenai calon mana yang perlu bertanding atau wakil rakyat mengundurkan diri bagi memberi laluan kepada muka baru. “Terlalu awal untuk komen, kita tak tahu lagi bila piliihan raya (umum) akan diadakan,” katanya kepada wartawan ketika diminta memberi komen mengenai lima wakil rakyat dalam Umno Bahagian Besut yang dikatakan sedia berundur bagi memberi laluan kepada muka baru bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Mengikut laporan akhbar , bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih dan Ahli Parlimen Besut, Dato’ Dr Abdullah Md Zin, sepakat menyatakan kesediaan untuk berundur bagi memberi laluan kepada calon baru bertanding.

“Terlalu awal untuk komen, kita tak tahu lagi bila piliihan raya (umum) akan diadakan.” Tiga lagi Adun lain yang menyatakan hasrat sama ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian yang juga Adun Hulu Besut, Nawi Muhamad; Naib Ketua Bahagian merangkap Adun Kota Putra, Muhammad Pehimi Yusof dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr Abdul Rahman Mokhtar yang juga Adun Kuala Besut. Mereka sepakat menyatakan hasrat itu pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Berkelompok Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian

idris jusoh

abdullah md zin

nawi muhamad

pehimi yusof

di Dewan Majlis Daerah Besut (MDB) Gong Kemuntong, Jertih, baru-baru ini. Dato’ Seri Haji Ahmad yang juga Menteri Besar berkata, pucuk pimpinan

parti akan menentukan calon-calon yang sesuai untuk bertanding di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen apabila tiba masa pilihan raya akan diadakan.

3,600 guru bakal terima komputer riba

Zubir Embong

Seramai 3,600 guru Tahun Enam sekolah rendah di negeri ini bakal menerima komputer riba secara berperingkatperingkat, dalam tempoh terdekat ini. Pengagihan itu adalah kesinambungan pemberian kemudahan itu di mana pada 14 Februari lalu 800 guru Angkatan Kerja Rajin dan Mulia (Akram), menerima kemudahan tersebut. Pada tahun ini, seramai 4,400 guru di seluruh negeri akan menerima komputer riba selaras dengan hasrat kerajaan memperluaskan penggunaan peralatan teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di sekolahsekolah rendah seluruh negeri. Komputer riba tersebut yang mengadungi pengisian sama dengan e-Book kini sedang dalam proses terakhir sebelum diserahkan kepada pemilik masing-masing. Ketua Sektor Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Haji Zubir Embong berkata, pemberian komputer riba kepada guru-guru terlibat adalah sumbangan cukup berharga daripada kerajaan negeri dan belum pernah dilakukan di negeri lain. Katanya, JPNT dengan kerjasama kerajaan negeri akan mengadakan majlis khas untuk pengagihan peralatan itu yang bakal diterima secara peringkat mengikut mata pelajaran. “Guru mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Arab mungkin menjadi penerima pertama sebelum diikuti guru mata pelajaran lain termasuk Matematik dan Bahasa Inggeris. “Saya mengharapkan guru menerima komputer riba memanfaatkannya sebaik mungkin,” katanya


Ahad, 20 Mac 2011

am

Oleh: Aida Abd Rahman Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Ketua Pembantu Tadbir Kewangan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Ahmad Azam Hitam, 45, menjadi individu paling bertuah daripada 1, 018 ahli Kelab Wisma Darul Iman (KWDI) yang berdaftar, apabila mendapat hadiah utama berupa sebuah motosikal Yamaha LC 135 sempena Hari Keluarga Kelab Wisma Darul Iman 2010, di Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Dalam acara cabutan bertuah itu, Ahmad Azam dari Kampung Hiliran Masjid, Kuala Terengganu pertama kali naik pentas untuk menerima hadiah berharga RM6,300 hasil cabutan yang dilakukan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said. “Syukur Alhamdulillah. Saya bercadang menggunakan motosikal pertama milik saya ini sebagai kenderaan untuk berulang alik ke tempat kerja,” katanya yang sudah 21 tahun berkhidmat di Pejabat SUK. Sementara itu, Menteri Besar berkata hubungan yang baik pada hari keluarga itu sepatutnya diteruskan pula apabila berurusan dengan masyarakat luar serta memberi perkhidmatan terbaik supaya imej sektor awam dihormati semua pihak. “Ia juga selaras dengan konsep `Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ , di mana rakyat diutamakan dan mereka akan berasa lebih selesa dalam apa jua aspek,” katanya. Selain dua hadiah utama itu, lapan hadiah lain bagi `grand finale’ termasuk I-Pad, TV LCD, `set home theater’, kamera video, mesin basuh, peti sejuk dan Samsung Galaxy. Kira-kira 3,000 kakitangan termasuk ahli keluarga masing-masing hadir ke majlis yang menyediakan lebih 300 hadiah cabutan bertuah itu. Antara acara termasuk penyampaian hadiah kepada anak-anak kakitangan yang cemerlang dalam peperiksaan awam 2010, kakitangan yang akan pencen dan sukaneka seperti meniup belon hingga pecah dan mengupas bawang.

Hari Keluarga KWDI: Tuah milik Azam

21

Pemenang bergaya dengan set sofa yang diperolehi dalam cabutan bertuah.

Dapat juga hadiah cabutan bertuah biarpun tak dapat buat balik hadiah Bonanza.

Gelagat dan gaya peserta pertandingan tiup belon hingga pecah kategori kanak-kanak.

Tersenyum lebar Ahmad Azam apabila diumumkan peserta paling bertuah memenangi sebuah motosikal Yamaha LC 135 yang disampaikan Dato’ Seri Haji Ahmad Said.

Sebahagian daripada kakitangan KWDI yang hadir memeriahkan Hari Keluarga di Pusat Dagangan Terengganu.

Dato’ Mazlan Ngah menyampaikan hadiah I-PAd kepada pemenang.

Dato’ Abdul Razak Ismail mengucapkan tahniah kepada pemenang ‘Set Home Theather’.

Peserta lelaki dengan aksi tersendiri dalam acara mengupas kulit bawang.

Daftar sahaja sudah dapat hadiah berupa satu pakej Milo 2 kilogram.

Dato’ Eazali Kassim bersama pemenang bertuah sebuah mesin basuh.

Datuk Wan Ahamad Wan Muda menyampaikan Samsung Galaxy kepada pemenang cabutan bertuah.


22

Ahad, 20 Mac 2011

amam

Pekerti terpesona keindahan Terengganu Ahli Pekerti bersantai menaiki bot River Cruise menikmati keindahan pesisir air di Kuala Terengganu.

Rombongan Pekerti diketuai Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin diraikan dalam satru majlis makan malam.

Serikandi dan Pekerti merakam kenangan di depan Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man.

Persatuan Kebajikan Isteri Wakil-wakil rakyat dan Pegawai-pegawai Kanan Negeri Sembilan (Pekerti) terpesona menyaksikan keindahan Terengganu selepas dibawa meninjau tempat menarik dan bersejarah negeri dalam lawatan rasmi ke negeri ini selama tiga hari, barubaru ini. Rombongan terdiri ahli-ahli Pekerti diketuai Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin iaitu isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, merangkap Yang Dipertua Pekerti,.

Tanda sokongan tidak berbalah bahagi, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said bersama pasukan badminton Serikandi dan Pekerti sebelum perlawanan.

Pakaian sekolah diagih Mac ini Kerajaan negeri akan mengagihkan bantuan pakaian sekolah menengah dan rendah kepada pelajar di negeri ini, selepas sekolah-sekolah dibuka semula mulai Mac ini. Proses pengagihan bantuan berkenaan yang sepatutnya dimulakan awal tahun ini ditangguh sementara berikutan pertindihan senarai nama mereka yang layak menerima bantuan tersebut. Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata berdasarkan senarai nama terakhir seramai 109,216 pelajar yang ibu bapa mereka berpendapatan RM1,200 ke bawah, layak menerima sumbangan tersebut. Beliau berkata, proses pengagihan bantuan berkenaan diteruskan selepas kira-kira 2,654 nama pelajar yang bertindih dalam permohonan bagi tujuan itu selesai disemak semula. Kerajaan negeri menetapkan setiap keluarga akan mendapat bantuan maksimum hanya untuk dua orang atau RM200 bagi setiap keluarga.

Rombongan diraikan dalam satu majlis makan malam bersama -sama To’ Puan Seri Norliza Mahmud, isteri Menteri Besar Terengganu merangkap Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan isteri Wakil-wakil Rakyat Terengganu (Serikandi) , di Kediaman Seri Iman, Batu Buruk. Di samping melawat tempat menarik ahli-ahli Pekerti dan Serikandi juga mengadakan perlawanan persahabatan badminton dan boling di Stadium Negeri Kuala Terengganu. Rombongan Pekerti turut dibawa ke Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man bagi melihat keunikan dan keindahan monumen yang tersergam indah di Taman Monumen, selain menyaksikan Masjid Kristal serta menaiki `River Cruise’ sambil menikmati keindahan Bandar Kuala Terengganu melalui jalan air. Sebagai pelengkap kepada lawatan itu, Pekerti turut meluangkan masa berharga mereka untuk singgah ke Pasar Payang bagi membeli batik, barangan kraf, barangan tembaga dan juga makanan tradisional seperti keropok lekor, semang dan coklat nisan.

TATiUC sedia kemudahan pembelajaran bertaraf antarabangsa Oleh: Kamarudin Mat Akib Kolej Universiti TATi (TATiUC) di Kemaman menyediakan pelbagai kemudahan pembelajaran, khususnya di bidang teknikal yang bertaraf antarabangsa. Justeru itu, tidak hairanlah jika permintaan untuk melanjutkan pelajaran ke TATiUC begitu mendadak sejak kebelakangan ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Haji Ahmad Razif Abdul Rahman. Beliau berkata, lebih 5,000 orang pelajar memohon memasuki pusat pengajian tersebut setiap tahun kerana sesetengah kursus yang disediakan di situ tidak ditawarkan di pusat-pusat pengajian lain di negara ini.

Terbaru, TATiUC bakal menawarkan bidang pengajian lokomotif, khususnya kepada bakal pekerja dan pemandu lokomotif yang akan berkhidmat dengan tram yang sedang dirancang di Melaka. Menurutnya, disebabkan perkembangan pesat dan permintaan kemasukan yang tinggi ke TATiUC, pihak kerajaan negeri merancang menjadikan pusat pengajian tinggi tersebut kepada universiti penuh menjelang 2013. “Sebelum ini, kita merancang menjadikan TATiUC sebagai universiti penuh pada tahun 2015. Bagaimanapun, disebabkan permintaan yang menggalakkan di kalangan pelajar tempatan dan luar negara, kita mahu menjadikan TATiUC sebagai universiti penuh pada tahun 2013,” katan-

Kompleks Pusat Pupuk Semangat di Telok Kalong, Kemaman dibangunkan sebagai kampus kedua TATiUC.

ya. Pada sesi pengajian akan datang yang dijadualkan berpuluhpuluh pelajar dari luar negara, termasuk Indonesia dan Timur Tengah bakal melanjutkan pengajian mereka di TATiUC. Bagi menampung kemasu-

kan lebih ramai pelajar pada sesi akan datang yang dianggarkan 900 pengambilan pelajar baru, pihak pengurusan TATiUC membangunkan kompleks Pusat Pupuk Semangat di Telok Kalong, sebagai kampus kedua TATiUC.


sukan am

Ahad, 20 Mac 2011

23

Di sebalik lonjakan kejayaan Sukma Oleh: Aida Abd Rahman Sebalik kejayaan Terengganu dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2008 dengan pungutan 61 emas, 39 perak dan 47 gangsa, hakikatnya Terengganu sebelum itu hanya mampu meraih kedudukan terbaik berada di tangga keenam pada temasya Sukma Selangor 1998, selain 15 emas sebagai pungutan pingat terbanyak pada Sukma Kedah 2006. Pelbagai elemen dan faktor penyumbang kejayaan itu, antaranya program latihan berstruktur bermula lebih awal iaitu hampir dua setengah berbanding sebelumnya yang hanya dalam tempoh yang singkat. Malah, setiap sukan menyediakan pelan perodiasasi latihan masingmasing yang

dirangka bersama pakar daripada Majlis Sukan Negara Malaysia dan para akademik universiti. Selain itu, peranan yang digerakkan jawatankuasa antara Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dengan persatuan sukan menerusi jawatankuasa kerja yang telah menyelesaikan banyak masalah berkaitan birokrasi disusuli pula pemantauan berterusan pihak berkenaan. Faktor lainnya, penambahbaikan struktur MSNT dengan penekanan kepada `corebusiness’ dan `caretaker, iaitu peranan pegawai perhubungan sukan di setiap jenis sukan serta adanya program pemantapan kerohanian yang dilaksanakan dari masa ke semasa termasuk program motivasi serta kem berasingan mahupun berkelompok. Malah, sokongan padu kerajaan negeri terutama dalam aspek peruntukan kewangan antara perkara penting yang menyuntik semangat dan komitmen untuk

merealisasikan kejayaan itu. Sukma 2008 yang menyaksikan Terengganu beraksi selaku tuan rumah juga menrangsang semangat luar biasa atlet yang bertanding di mana menyumbang 5 hingga 10 peratus kejayaan itu. Tidak kurang juga dengan pendedahan program latihan dan pertandingan luar negara serta pelantikan lebih awal pengurus pasukan yang membantu memperkemaskan lagi persiapan pasukan

sebelum bertarung di medan sebenar . Berdasarkan kepada faktor kejayaan itu, kerajaan negeri merangka program penyediaan atlet yang sama dengan menambahbaik segala keperluan perlu termasuk memperkemaskan mekanisme pemantauan latihan serta penekanan kepada kehadiran dalam latihan dalam program penyediaan atlet 2010. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Haji Rozi Mamat, berkata hasilnya Sukma ke-13 Melaka 2010, Terengganu sekali lagi kekal juara mutlak walaupun ada beberapa jenis sukan yang tidak memihak kepada pasukan Terengganu kerana pengadilan yang kurang adil dan tidak telus. Katanya, kejayaan itu sekaligus membuktikan Terengganu bukanlah jaguh kampung yang hanya mampu menjadi juara di laman sendiri, tetapi juga mampu meraih kejuaraan itu di negeri orang. “Kita sudah meletak-

kan tapak asas dalam pembangunan sukan kita pada landasan yang betul kepada sukan-sukan yang sudah membuktikan kejayaan dalam Sukma yang lalu. “Sukan-sukan lain mesti memastikan asas pembangunan yang sama bagi sukan masingmasing. Jika masih lagi belum mantap, sukan ini perlu memantapkan persediaan dahulu sebelum turun ke medan juang yang sebenar,” tegas beliau lagi. Beliau juga mengingatkan atlet supaya tidak terlalu ghairah untuk bertanding sedangkan penyertaan mereka akan menambah koleksi rekod buruk sukan yang tidak pernah menyumbangkan sebarang pingat kepada negeri sejak awal penyertaan dalam sejarah Sukma lagi. Katanya, tumpuan perlu kepada persiapan pasukan yang mantap terlebih dahulu dan apabila sudah bersedia barulah masuk gelanggang serta dapat meraih kejayaan supaya orang lain lebih menghormati pasukan kita.

JBST dapat peruntukan RM300,000 - Abd Aziz Jabatan Belia dan Sukan Terengganu (JBST) menerima peruntukan RM300,000 dari Kementerian Belia dan Sukan untuk menjalankan aktiviti latihan dan kepimpinan kepada belia-belia di negeri ini. Pengarah JBST, Encik Abd. Aziz Abd. Rahman berkata, peruntukan ini hanya untuk program dan aktiviti sehingga bulan Jun manakala baki enam bulan seterusnya akan diterima pada pertengahan tahun

ini. Katanya, jabatan itu telah menggariskan beberapa program kursus dan latihan untuk memantapkan kepimpinan belia di kawasan masing-masing. “Tumpuan diberi kepada pemimpin belia di peringkat pertengahan yang baru mengambilalih kepimpinan persatuan setelah penguatkuasaan had umur 40 ke bawah pemimpin belia,” katanya di majlis Pelepasan Jelajah Proton

“Kita percaya tahap pengetahuan kepimpinan muda perlu diberi pendedahan melalui kursuskursus”

- Majlis Belia Malaysia bagi Zon Timur di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu. JBST juga meneruskan program k-bestari yang melatih golongan belia yang berminat dalam bidang keusahawanan untuk mengikuti kursus dan latihan di Tesdec selama enam bulan. “Kita percaya tahap pengetahuan kepimpinan muda perlu diberi pendedahan dan melalui kursus-kursus mereka mampu

bangkit menjadi pemimpin yang berwibawa,” katanya. Selain itu JBST juga sedang mengenal pasti beberapa tempat untuk tujuan latihan kemahiran kepada golongan belia mengikut minat dan kecenderungan masing-masing. Kepada belia wanita, mereka boleh mengikuti jahitan, masakan dan jabatan ada menyediakan bajet dalam kursus-kursus berkenaan.


Di sebalik lonjakan kejayaan Sukma ms 23 JBST dapat peruntukan RM300,000

ms 23

sukan Bil. 37 (20 Mac 2011) http://teganukita.blogspot.com

SYABAS...

TSG pasukan terbaik Malaysia Oleh: Aida Abd Rahman Pasukan yang mewakili benua Malaysia yang dibentuk Kerajaan Terengganu, Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG) muncul pasukan terbaik negara dalam Jelajah Malaysia (JM) 2011 yang melabuhkan tirai 13 Mac lalu. TSG mempertaruhkan enam pelumba yang dibarisi Anuar Manan, Mohd Harrif Salleh, Mohd Shahrul Mat Amin,

Yusrizal Usoff, Mohammad Saufi Mat Senan dan Motoi Nara dalam penyertaan sulungnya di JM kali ini. Dalam perlumbaan terakhir dan juga peringkat keenam, Mohd Hariff Salleh memenangi Jersi Hijau sekaligus memegang status sebagai Raja Pecut JM edisi ke-48 tahun ini. Kecemerlangan Mohd hariff sesuatu yang cukup bermakna buat pelumba kelahiran Kuala Tereng-

ganu sambil menyifatkan 2011 menjadi permulaan yang baik dalam kariernya. Sebelum ini, gelaran itu pernah diungguli rakan sepasukan yang juga ketua pasukan TSG, Anuar Manan, pada JM edisi 2006, 2007 dan 2009. Sementara Anuar pula terpaksa berpuas hati dengan kemenangan di tempat ketiga kategori yang sama dengan ketinggalan empat mata berbanding Mohd Hariff yang me-

mungut 66 mata keseluruhan. Dua pelumba TSG turut melakar kedudukan kedua dan ketiga terbaik bagi kategori pelumba terbaik Malaysia.Kedua-dua pelumba muda itu, Mohd Shahrul dan Yusrizal masing-masing ketinggalan tiga saat dan hampir dua minit di belakang pemegang Jersi Putih, Amir Mustafa Rosli (Polis Diraja Malaysia). Di peringkat kelima sebe-

lum itu, Anuar yang membantu rakan sepasukan dan saling merencana strategi dengan Mohd Hariff pada JM 2011, berada di tempat kedua di belakang rakan sepasukannya itu, sebelum kedudukan kedua itu dirampas Ioannis Tamouridis dari pasukan SP Tableware Pro dalam perlumbaan berikutnya. Siri JM disertai 20 pa-

sukan tahun lalu, meningkat kepada 30 pasukan yang menyaksikan persaingan sengit melibatkan 180 pelumba yang saling mencabar dalam persaingan enam peringkat yang berstatus 2.2 dengan jarak keseluruhan perlumbaan sejauh 1,111 kilometer bermula 8 Mac lalu.

teganukita 37  

teganukita 37