Page 1

Kunjungan bermakna Raja Perlis ke Terengganu

Kilang besi dibangunkan suku ketiga tahun ini

ms - 2

ms - 18

ISSN 2180-4737

Bil : 35 (18 Februari 2011) - http://teganukita.blogspot.com

KELAS MAYA ANJAKAN PENDIDIKAN SK Paya Bunga, SK Kompleks Seberang Takir dan SK Telok Kalong dipilih sebagai sekolah perintis untuk menambah nilai kepada penggunaan e-Book secara menyeluruh Oleh Suriati Ali

Pembinaan parkir automatik berharga RM 9.8 juta yang pertama di Malaysia mula beroperasi di Jalan Batas Baru pada 3 Februari lalu mampu menyelesaikan masalah tempat letak kenderaan yang menghimpit orang ramai khususnya di kawasan Bandar Raya Kuala Terengganu. - Gambar oleh Zulkipli Putra.

Parkir automatik pertama di Malaysia Oleh: Mohamad Shahrir dan Raja Faisal Pembinaan parkir automatik berharga RM 9.8 juta yang pertama di Malaysia mula beroperasi di Jalan Batas Baru pada 3 Februari lalu. Cetusan idea Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said mampu menyelesaikan masalah tempat letak kenderaan yang menghimpit orang ramai khususnya di kawasan Bandar Raya Kuala Terengganu

sejak sekian lama. “Saya bangga kerana Terengganu mempunyai parkir automatik pertama seumpamanya di negara ini dan menyelesaikan masalah pengguna jalan raya terutama dalam Bandar Raya Kuala Terengganu meletakkan kenderaan mereka,” kata Dato’ Seri Haji Ahmad selepas merasmikan parkir itu, baru-baru ini. Dato’ Seri Haji Ahmad juga berharap ramai pengguna akan menggunakan kemudahan yang telah

disediakan kerajaan itu demi kesenangan serta keselesaan mereka. Beliau berkata, hanya London dan Tokyo sahaja yang menggunakan Rotary Type seumpama itu dalam usaha menjimatkan penggunaan kawasan serta keselamatan kenderaan lebih terjamin. Pembinaan `rotary type’ memakan masa tidak sampai setahun bermula 9 Mei 2010 dan siap sepenuhnya Disember 2010.

lihat ms 3

Kelas maya yang kini diperkasakan tiga sekolah rendah di negeri ini menggunakan kaedah belajar secara interaktif dan peperiksaan talian (online) akan menambah nilai penggunaan e-Book. Selain itu, kelas maya yang dijangka akan dikembangkan ke seluruh negeri tidak lama lagi menunjukkan perkembangan membanggakan kerana murid yang mengikuti pelajaran melalui kaedah itu cukup teruja dan seronok meneroka ilmu. Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Bunga, SK Kompleks Seberang Takir, Kuala Terengganu dan SK Telok Kalong, Kemaman dipilih sebagai sekolah perintis. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata kelas maya juga mampu mendisplinkan pelajar ketika belajar dan lebih bersemangat untuk ke sekolah. Katanya, pendekatan ini secara tidak langsung menolak andaian dan tohmahan segelintir pihak yang menyatakan penggunaan e-Book tiada faedah dan manfaat. “Kerajaan negeri berusaha mewujudkan kelas maya sebagai nilai tambah kepada e-Book di mana sebelum ini agak terhad penggunaannya iaitu guru perlu melihat hasil kerja

AHMAD SAID setiap pelajar dan tidak boleh menjalankan peperiksaan secara talian. “Apabila wujudnya kelas maya ini, hasil kerja termasuk jawapan dan markah boleh dilihat pada skrin sesentuh di hadapan kelas selain pelajar tidak boleh membuka aplikasi lain termasuk permainan komputer,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat tinjauan perkembangan kelas maya di SK Paya Bunga. Hadir sama dalam lawatan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia, Haji Ahmad Razif Abd Rahman; Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Encik Razali Daud, Ketua Pegawai Eksekutif, Top IT Sdn Bhd, Encik Mohd Isa

lihat ms 2


2

Jumaat, 18 Februari 2011

am

Jadikan Hulu Terengganu maju

Tuanku Raja Perlis dan Tuanku Raja Perempuan Perlis sebaik tiba di Kuala Terengganu menaiki pesawat khas sambil ditemani Menteri Besar Terengganu. - Gambar oleh Syed Abdul Rahman

Tuanku Syed Sirajuddin dan Tuanku Tengku Fauziah berkenan melawat Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

Kunjungan bermakna Raja Perlis ke Terengganu Oleh: Aida Abd Rahman ganu, baru-baru ini. Baginda berdua berangdan Esah Abdullah kat ke taman pelancongan Tuanku Raja Perlis, yang menjadi mercu tanda Tuanku Syed Sirajuddin Terengganu itu bersamaIbni Al-Marhum Tuanku sama anakanda baginda, Syed Putra Jamalullail Raja Muda Perlis, Tuanku bersama Tuanku Raja Syed Faizuddin Putra Ibni Perempuan Perlis, Tu- Tuanku Syed Sirajuddin anku Tengku Fauziah Jamalullai dan Raja Puan Al-Marhum Tengku Ab- Muda Perlis, Tuanku Hajjdul Rashid berkenan be- ah Lailatul Shahreen Dato’ rangkat dan meluangkan Akashah Khalil. baginda masa hampir dua jam Rombongan melawat Taman Tama- yang disertai kira-kira 15 dun Islam (TTI), Pulau kerabat diraja menaiki Bas Wan Man, Kuala Tereng- Bandar dari tempat pengi-

napan turut diperkenalkan tempat menarik sepanjang perjalanan menuju ke Pulau Wan Man. Di TTI, rombongan diraja diberi taklimat mengenai pusat pelancongan itu sebelum dibawa menaiki tram khas bagi mengelilingi taman dan menyaksikan monumen senibina Islam yang masyhur seluruh dunia yang terdapat di situ. Taman pelancongan itu terletak di tapak berkeluasan 23 hektar merupakan

sebuah kembara interaktif monumen Islam di serata dunia yang memberikan pendidikan dan hiburan informatif tentang destinasi Islam dunia. Taman tema pertama yang mengiktiraf senibina Islam itu menempatkan 21 replika bangunan berkaitan sejarah Islam dunia termasuk Masjid Negara (Malaysia), Dome of the Rock (Palestin), Masjidil Haram (Arab Saudi), AlHambra Citadel (Spain) dan Taj Mahal (India).

Pada hari sebelumnya, rombongan berkenan melawat Pusat Kraf Noor Arfa Batik, Chendering dan Atikah Songket bagi melihat hasil kerja tangan anak tempatan yang terkenal seluruh negara itu. Tuanku Raja dan Raja Perempuan turut menziarahi pusara ayahanda Raja Perempuan Perlis, Tengku Abdul Rashid Ibni Almarhum Sultan Sulaiman di tanah perkuburan Masjid Sultan Zainal Abidin.

Kenaikan elaun lahir ramai imam, bilal muda Kerajaan negeri berharap kenaikan elaun imam dan bilal masingmasing berjumlah RM800 serta RM600 di seluruh masjid di Terengganu mampu menjadi suntikan semangat selain menarik minat lebih ramai golongan muda bagi melibatkan diri dalam perkhidmatan itu. Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, YB Khazan Che Mat, berkata kadar elaun terbaru yang selaras berbanding bayaran sebelum ini mengikut kategori tertentu iaitu paling maksimum RM650 dan minimum RM600 (imam) serta maksimum RM450 dan minimum RM400 (bilal) itu lebih tinggi berband-

ing kadar elaun yang disediakan oleh Kerajaan Pusat kepada kumpulan pemimpin masjid itu. “Saya harap kenaikan elaun itu tidak dijadikan isu kerana Kerajaan Terengganu mengiktiraf dan menghargai sumbangan besar kumpulan yang menjadi nadi penggerak institusi keagamaan khususnya tempat ibadat itu. “Pada masa yang sama juga, ia mampu menarik minat orang ramai termasuk golongan muda bagi melibatkan diri dalam kerjaya mulia itu kerana peranannya lebih menuntut kepada keikhlasan dan fardu kifayah. Janganlah pula bersandarkan imbuhan (elaun) semata-mata,” katanya ketika sidang akh-

dari ms 1

Pelajar bersemangat meneroka ilmu dalam kelas maya

Pelajar tekun menjawab soalan dalam Kelas Maya yang kini diperkenal oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Nik dan beberapa pegawai kanan kerajaan. Dato’ Seri Haji Ahmad, berkata kerajaaan memperuntukkan antara RM25,000 hingga RM30,000 bagi setiap kelas maya dan bakal

bar selepas merasmikan Pameran Foto Sempena Ulang Tahun Ke-20 Harian Metro di Pasar Raya Giant, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Pengarang Eksekutif (Pengeluaran) Harian Metro, Encik Ahmad @ Salim Bachok; Ketua Biro Harian Metro Wilayah Timur, Encik Sufian Thauri Muhammed serta Pengarang Foto, Encik Tun Izhar Tun Ishak dan Encik Abd Rahim Rahmat. Menurut YB Kazan, masih ramai imam dan bilal diperlukan bagi mengisi kekosongan tugas itu di masjid-masjid dan usaha berterusan bagi mengatasi masalah berkenaan terus dilaksanakan. Bagaimanapun, keku-

membelanjakan jutaan ringgit lagi untuk memperluaskannya di beberapa buah sekolah seterusnya. “Berdasarkan pemantauan, sikap pelajar yang lebih bersemangat meneroka ilmu dan berlumba-

YB Khazan melihat pameran foto sempena Ulang Tahun Ke-20 Harian Metro di Pasar Raya Giant, Kuala Terengganu.

rangan imam dan bilal di Terengganu sehingga kini tidak serius dan menimbulkan masalah besar kepada institusi keagamaan di negeri ini untuk bergerak lancar. Dalam pada itu, Pameran Foto Harian Metro

lumba ingin menjawab soalan ketika menggunakan kaedah ini, nyata menjadi pembakar semangat guru dan pihak JPNT untuk memperluaskan program seumpama ini,” katanya. Difahamkan kerajaan

bukan sekadar menjadi platform meraikan pencapaian akhbar berbahasa Melayu nombor satu negara, malah tempat untuk berkongsi pelbagai informasi bersama masyarakat.

negeri juga merujuk kepada konsep kelas maya di Korea Selatan apabila rombongan Haji Ahmad Razif melawat beberapa sekolah dan universiti negara itu bulan lalu.

Matlamat menjadikan Hulu Terengganu sebagai daerah istimewa dan setanding dengan daerah maju yang lain memerlukan kerjasama semua ketua jabatan untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Pada masa yang sama, hubungan baik antara orang politik dengan ketua jabatan juga penting bagi merealisasikan hasrat dan slogan `Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan’ serta `merakyatkan pentadbiran dan pembangunan’ sebagai kesinambungan memastikan rakyat dapat menikmati faedah daripada pentadbiran serta kepimpinan yang ada. “Daerah Hulu Terengganu adalah satu daerah yang hebat kerana di sinilah bermulanya Kesultanan Melayu Terengganu dan tempat lahirnya ramai pejuang-pejuang Melayu lama yang terkenal.Saya berjanji akan bangkitkan semula Daerah Hulu Terengganu sebagai daerah yang disegani selepas pembangunan Kawasan Bebas Cukai di Tasik Kenyir, kata Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, di majlis makan malam yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Hulu Terengganu, di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang. Program anjuran Biro Keusahawanan UMNO Hulu Terengganu dihadiri lebih 600 pemimpin masyarakat dan ketua jabatan. Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, majlis makan malam seumpama itu menjadi cantuman kasih sayang sebagai lambang kekuatan atau pakatan antara pemimpin masyarakat dengan ketua jabatan yang membentuk satu kuasa bagi merealisasikan hasrat kerajaan.


Jumaat, 18 Februari 2011

am

3

Menteri Besar sambut kepulangan pelajar Mesir Oleh: Kamaruddin Mat Akib

Kuala Terengganu, pada malam 8 Februari lalu. Para pelajar berkenaan Menteri Besar, Dato’ yang dibawa menaiki bas Seri Haji Ahmad Said Yayasan Terengganu dari dan isteri, To’ Puan Nor- Lapangan Terbang Antaraliza Mahmud.menyam- bangsa Kuala Lumpur tenbut ketibaan 30 pelajar gah hari tadi, tiba di KediaTerengganu yang meru- man Seri Iman, kira-kira pakan kumpulan pertama jam 10.20 malam. penuntut di Mesir yang Mereka disambut denselamat tiba di bandar gan tangisan keluarga

masing-masing yang sebahagiannya menunggu sejak pukul 9 malam lagi. Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah dan Pengarah YT, Haji Aziz Mamat, turut menyambut ketibaan pelajar tersebut dan mereka turut menikmati hidangan makan malam di Kediaman Seri Iman.

Pelajar yang menuntut di Mesir dan selamat tiba di Terengganu selepas mengharungi perjalanan jauh beribu batu, melahirkan rasa syukur dan penghargaaan terima kasih kepada Kerajaan Terengganu serta Kerajaan Pusat, yang membawa mereka pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat. Selepas menempuh pelbagai pengalaman mengerikan sewaktu berada di negara yang sedang bergolak itu, akhirnya pelajar berkenaan selamat menjejaki kaki di kampung halaman sendiri. Tambah bermakna bagi mereka kerana kepulangan kali ini, turut disambut Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri, To’ Puan Norliza Mahmud; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah dan Timbalannya, Dato’ Haji Wan Ahamad Wan Muda dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Terima kasih kerajaan

“Saya rasa sangat bersyukur kerana selamat tiba di Malaysia dan kini berada di Terengganu. Sebelum ini, saya dan isteri serta anak yang baru berusia lima bulan terpaksa menempuhi perjalanan yang amat jauh, sebelum berjaya pulang ke tanah air,” kata Mohd Shafizi Ismail yang berusia 26 tahun. Pelajar jurusan Pengajian Islam di Universiti American Open itu berkata, beliau dan keluarganya terpaksa keluar dari Mansurah menuju ke Iskandariah, sebelum tiba di Jeddah dan menunggu pesawat khas untuk terbang ke tanah air. “Kami bersyukur kerana tidak ada yang mengalami kecederaan dan selamat tiba di Kuala Lumpur pada 8 Februari lalu.” katanya. Beliau merupakan antara 30 rakyat Terengganu yang dibawa pulang ke negeri ini pada 8 Februari lalu dengan menaiki bas, setelah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, dengan pe-

Sehingga ini, 85 pelajar sudah selamat sampai ke Terengganu selepas mereka dibawa pulang ke Malaysia dengan pesawat milik pelbagai syarikat penerbangan sejak 6 Februari lalu. Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, kerajaan negeri sedang berunding dengan pihak berkuasa untuk

Menteri Besar dan isteri menyambut ketibaan 30 pelajar Terengganu yang merupakan kumpulan pertama penuntut di Mesir yang selamat tiba di bandar Kuala Terengganu.

membawa 377 pelajar yang masih berada di Jeddah dengan penerbangan terus ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud. “Kerajaan negeri berharap urusan penghan-

MOHD SHAFIZI

WAN MD SHAZANI

ALIA SAZWANI

sawat yang disewa khas dari Jeddah. Mereka dibawa ke kediaman rasmi Menteri Besar di Kediaman Seri Iman dan diraikan di majlis makan malam khas sempena kepulangan bersejarah itu. Wan Md Shazani pelajar Tahun 5 jurusan perubatan Universiti Mansurah, pula berkata dia dan pelajar lain yang berada di Mesir tidak pernah

menduga akan mengalami pengalaman berharga. “Walaupun kami mengalami pelbagai kesulitan sebelum tiba ke tanah air, ia mematangkan kami dan meningkatkan rasa syukur kepada Tuhan kerana masih selamat dan berpeluang kembali ke tanah air,” ujarnya. Alia Sazwani Razali, pelajar Tahun 3 perubatan dari Universiti Zagazig, berkata keadaan di tempat

tinggalnya tidak terkawal apabila tiga penjara yang berada di kawasan sekitarnya dibom, menyebabkan ramai banduan terlepas lari. “Kami tingggal dalam keadaan ketakutan kerana nyawa terancam. Rusuhan berlaku di kawasan tempat tinggal kami menyebabkan kami tidak berani keluar dari asrama,” ujarnya.

Projek tebatan banjir selesai masalah penduduk Keberkesanan projek tebatan banjir yang dilaksanakan di Taman Perumahan Pusu Tiga, Kuala Nerus akan diperluaskan ke kawasan lain yang sering dilanda banjir. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said begitu teruja semasa meninjau projek berkenaan turut menyarankan beberapa idea untuk memberi manfaat kepada penduduk sekitar seperti mewujudkan aktiviti riadah di kawasan tangkungan bersebelahan. Kerajaan membelanjakan RM5.6 juta untuk membina 825 meter benteng tebatan banjir di Taman Perumahan Pusu Tiga, Kuala Nerus bagi menyelesaikan masalah banjir yang dihadapi pen-

Kerajaan membelanjakan RM5.6 juta untuk membina 825 meter benteng tebatan banjir di Taman Perumahan Pusu Tiga, Kuala Nerus bagi menyelesaikan masalah banjir yang dihadapi penduduk.

duduk di taman berkenaan. “Ini janji kerajaan kepada rakyat ketika berlaku banjir besar pada 2008, bukan janji pilihan raya dan kita akan laksanakan biar dalam apa cara sekali pun

kerana kita ingin melihat rakyat gembira dan selesa serta selamat,”katanya. Projek tebatan banjir ini telah dimulakan pada Febuari tahun lalu dan turut menempatkan rumah

pam bagi mengeluarkan takungan air ke sungai bila berlaku hujan lebat. Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, projek printis ini merupakan satu konsep baru untuk mengelak

berlaku kejadiaan banjir dan akan diperluaskan ke kawasan lain termasuk di Taman Rakyat, Gong Pasir, Dungun serta beberapa kawasan yang dikenal pasti kemudian.

taran pulang pelajar ke tanah air dapat diselesaikan secepat mungkin, bagaimanapun ia bergantung kepada keupayaan pesawat yang disediakan,” ujarnya.

dari ms-1

Kemudahan disediakan kerajaan demi kesenangan serta keselesaan pengguna Parkir tersebut mampu memuatkan lebih 200 unit kereta serta 32 unit kenderaan pelbagai guna (MPV) pada suatu masa. Caj RM 2.50 dikenakan pada 1 jam pertama bagi pengguna bersesuaian dengan teknologi canggih tersebut. Bagi jam seterusnya mereka perlu membayar RM1 setiap jam. Seramai dua pekerja bertanggungjawab mengendalikan parkir automatik `rotary type’ yang telah memulakan operasinya baru-baru ini. Pada masa yang sama, Dato’ Seri Haji Ahmad menafikan sekeras-kerasnya tuduhan pembangkang pembinaan parkir tersebut dijalankan selepas ditolak oleh negeri lain. Dato’ Seri Haji Ahmad juga telah mengenal pasti beberapa jalan utama di negeri ini bakal dibaik pulih bagi memberi keselesaan maksimum kepada pengguna jalan raya serta melicinkan kesesakan lalu lintas “Keselesaan serta keselamatan rakyat dan pengguna jalan raya bersesuaian dengan motto ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan,” katanya.


4

Jumaat, 18 Februari 2011

rencana

ANALISIS

Krisis di Mesir dan pengajarannya Krisis di Mesir: Rakyat bersyukur dan berterima kasih atas kesungguhan kerajaan Malaysia, khususnya Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak membawa balik pelajar dan rakyat negara ini. Sama ada mereka penyokong atau pembangkang kepada kerajaan segala usaha baik dan teramat baik kerajaan seharusnya diperakui. Di peringkat negeri Terengganu pula, kerajaan negeri menghantar beberapa pegawai untuk misi membawa pulang pelajar dan pelbagai langkah yang diambil memastikan pelajar itu sama ada tajaan kerajaan mahupun persendirian tanpa mengira fahaman politik tidak siapapun boleh menafikannya. Bahkan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said dan saf kepimpinan negeri sendiri menyambut dan meraikan kepulangan anak Terengganu itu di kediamannya dan juga di Wisma Darul Iman. Justeru itu tindakan beberapa pemimpin pembangkang termasuk Pas, cuba mengaitkan apa yang berlaku kepada Presiden Hosni Mubarak di Mesir dengan Malaysia dengan menghasut kebangkitan rakyat untuk menentang kepimpinan sekarang adalah sesuatu yang amat tidak tepat. Kalau kita menoleh kepada sejarah, bukan perkara baru di Malaysia, rakyat yang memilih kerajaan secara demokrasi sejak pilihanraya pertama hingga sekarang bakal memasuki PRU 13, dan bukannya melalui tindakan revolusi dan demonstrasi jalanan kerana kita mempunyai sistem iaitu demokrasi berparlimen, raja berperlembagaan. Kerajaan Barisan Nasionan (BN), sebelumnya Perikatan telah sekian diberi kepercayaan untuk mengetuai kerajaan Malaysia adalah sebuah kerajaan yang banyak berjasa kepada rakyat negara ini, hatta pihak pembangkang sekalipun turut menikmatinya. Bahkan kesungguhan kerajaan BN untuk meletakkan rakyat sebagai keutamaan makin hari makin terserlah dengan pelbagai agenda pembangunan yang faedahnya adalah untuk rakyat. Apa yang pernah Terengganu alami ialah kerakusan, kekerasan dan keangkuhan Pas sewaktu menjadi kerajaan sehingga kanak-kanak tadika Kemas pun sanggup di halau dari balai raya dan sebagainyanya hanya kerajaan perbezaan politik. Pelbagai perkara yang tidak pernah kita terfikir, termasuk anak ahli Exco Kerajaan diberikan wang zakat juga dilakukan semasa parti itu berkuasa. Rakyat akhirnya menolak parti itu dalam PRU ke 11, sebab apa? Ia tidak lain dan tidak bukan disebabkan oleh kerakusan dan cara mengurus tadbir mengikut nafsu, dendam kesumat dan keangkuhan yang melampau. Oleh itu belajarlah muhasabah diri dan parti sendiri sebelum melemparkan tuduhan kepada orang lain kerana akhirnya terpantul ke muka sendiri.

Penaung

: YAB Dato’ Seri Ahmad Said, Menteri Besar. YB Haji Khazan Che Mat, Pengerusi JK Agama dan Penerangan Negeri. Penasihat : Haji Shamsuddin Sulong, Pengarah Unit Komunikasi Penasihat : Hambali Abdul Latiff, Penyelidik Kepada Menteri Besar Pengarang Pengarang : Ruslan Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Unit Komunikasi Penolong : Aida Abdul Rahman Pengarang Wartawan : Esah Abdullah, Suriati Ali, Hazwan Rosli, Amirullah Othman, Mastura Jamaluddin Jurufoto : Zulkipli Putra & Syed Abd Rahman Pelatih : Mohamad Shahrir, Raja Faisal Media Baru : Kamaruddin Mat Akib, Harun Hassan

Oleh: HAMBALI ABDUL LATIFF

Ahmad Said sanjungi bakti penjawat awam Terengganu Slogan ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ kini memasuki tahun ketiga. Selepas hampir tiga tahun menerajui kerajaan Terengganu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said terus menegaskan betapa pentingnya slogan ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ ini. Beliau bukan sahaja mahu penjawat awam dan rakyat memahaminya tetapi juga melaksanakannya. Dengan kata lain semua jentera pentadbiran negeri perlu menghayati dan melaksanakan pentadbiran dan pembangunan kerajaan secara berkesan dan mendahulukan rakyat atau ‘cakna rakyat’. Slogan yang diilhamkan sendiri oleh Dato’ Seri Ahmad ini tidak jauh bezanya dengan slogan 1Malaysia yang diilhamkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak yang meletakkan kepentingan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Slogan ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ yang diperkenalkan Dato’ Seri Ahmad sebaik mengambil alih pentadbiran pada Mac 2008, turut mendahulukan rakyat dalam setiap proses perancangan dan pelaksanaan pembangunan di negeri ini. Stail dan cara pentadbiran Datuk Seri Ahmad yang mahukan rakyat didahulukan dalam semua perkara - sama ada dasar mahupun perlaksanaannya - bertujuan menjamin setiap program kerajaan negeri dapat dinikmati dan dirasai oleh seluruh rakyat di serata pelusuk negeri. Bagi Menteri Besar Terengganu ini, melalui pendekatan yang mendemokrasikan pembangunan dan pentadbiran – sebagai pemimpin masyarakat tidak kiralah sama ada dia orang politik atau juga penjawat awam – yang penting setiap daripada mereka meletakkan cakna rakyat sebagai asas utama demi kesejahteraan dan kemakmuran seluruh rakyat Terengganu. Yang pasti, sejak tiga tahun yang lalu, sama ada melalui pembangunan ekonomi, pendidikan, pertanian, kebajikan dan apa juga juga bantuan, segenap lapisan rakyat diberikan perhatian yang khusus dan faedahnya dapat dirasai oleh seluruh masyarakat hingga ke peringkat bawahan. Ternyata, kesungguhan dan ketegasan Dato’ Seri Ahmad melaksanakan dasar ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ di negeri ini ditegaskan sekali lagi pada majlis Bicara Eksekutif yang diadakan di Dewan Besar Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Berucap di hadapan lebih 2,500 penjawat awam dan wakil Pertubu-

Dato’ Seri Ahmad berucap di hadapan lebih 2,500 penjawat awam dan wakil Pertubuhan Kerajaan di Majlis Bicara Eksekutif yang diadakan di Dewan Besar Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

han Bukan Kerajaan, Menteri Besar itu mengingatkan setiap penjawat awam bahawa sebagai jentera kerajaan, merekalah yang dianggap mampu merubah keadaan dalam memperkasa pentadbiran atau mensejahterakan rakyat. Berikutan itu, sebagai jentera pelaksana, mereka perlu memastiksn pentadbiran kerajaan negeri kemas, kukuh dan tegas. Bagaimanapun, ketegasan itu tidaklah pula sampai menghakis kemesraan kepada rakyat kerana mereka bergantung kepada tahap perkhidmatan yang diberikan. Berikutan itu, sekiranya ada kalangan penjawat awam tidak mampu membantu rakyat, sekurang-kurangnya boleh memberi petunjuk kepada mereka untuk pergi ke jabatan berkaitan dengan urusan yang mereka perlukan. Apa yang cuba ditekankan Dato’ Seri Ahmad ialah setiap pentadbir perlu menunjukkan kewibawaan mereka bagi menjelaskan dasar, tujuan dan harapan setiap projek serta program pembangunan yang dibawa oleh Kerajaan Negeri. Jika mereka jelas dan mampu memahami kepada dasar itu diperkenalkan, dengan sendirinya rakyat akan faham dan tidak akan timbul keresahan di kalangan rakyat. Jika pegawai dan rakyat faham mengenai sesuatu dasar yang dirangka dan dilaksanakan, akan wujud kefahaman yang mendalam antara rakyat dan kerajaan. Persefahaman ini penting kerana dengan wujudnya kesedaran dan keserasian sedemikian akan bertambah kuatlah semangat ataupun roh pendekatan ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ Negeri Terengganu. Bagi Menteri Besar, slogan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan adalah suatu nilai murni yang perlu dipupuk dan diamalkan kerana ia bukan rekaan atau sekadar slogan semata-mata. Sebaliknya ia adalah nilai universal yang diterima pakai,

bukannya diolah dengan logik semata-mata tetapi disadur dengan nilainilai Islamik. Menteri Besar itu bersyukur kerana dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, perkhidmatan awam Terengganu mendapat pengiktirafan demi pengiktirafan dan berharap kecemerlangan ini berterusan. Beliau yakin, apa saja boleh dicapai dengan perkhidmatan yang amanah, komitmen selain disiplin yang tinggi. Bagi penjawat awam peringkat tertinggi pula slogan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan ini memerlukan komitmen mereka untuk mendampingi rakyat, menyelami masalah rakyat dan mencari jalan serta membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah rakyat. Ini bermakna naluri untuk menghayati permasalahan rakyat tidak akan dapat dicapai jika hanya duduk seharian di pejabat dan menumpukan tugas kepada menghadiri mesyuarat semata-mata. Duduk di kerusi yang empuk tidak akan dapat memberi gambaran sebenar perkembangan dan keperluan masyarakat. Berikutan itu beliau berharap pegawai mesti terus ‘turun padang’. Jika orang politik, khususnya wakil rakyat sanggup duduk bersama rakyat di kawasan masing-masing untuk mendengar masalah rakyat, pegawai juga perlu duduk bersama wakil rakyat untuk menyelesaikan masalah rakyat. Sebagai penjawat awam, sudah pasti mereka lebih berkemampuan menyelesaikan masalah kerana mereka adalah sistem yang memiliki kemampuan tersebut. Amat jelas bahawa Dato’ Seri Ahmad mengiktiraf bahawa sebagai jentera kerajaan, penjawat awamlah yang mampu merubah keadaan - sama ada dalam memperkasakan pentadbiran atau mensejahterakan rakyat - atau kedua-duanya sekali!. Itulah pengiktirafan dan sanjungan Dato’ Seri Ahmad kepada penjawat awam di Terengganu!


rencana

Jumaat, 18 Februari 2011

5

BUDAYA Oleh: RUSLAN ABD RAHMAN

Anda pernah mendengar orang berkata gambar itu boleh menceritakan segala-galanya, maka demikianlah juga lukisan boleh menggambarkan segalagalanya. Dari mata turun ke hati. Mata yang memandang gambar dan lukisan itu, turun ke hati menghayati sekaligus menikmati akan keindahannya. Keindahan itu pula adalah seni, sesuatu yang bersifat abstrak yang dapat menggerakkan jiwa dengan pelbagai perasaan. KepadaMu Kekasih yang asalnya petikan dari sebuah lagu gubahan komposer M.Nasir dicipta di atas kanvas lukisan pula. Lantas Muzium Terengganu baru-baru ini dengan kerjasama Balai Seni Lukis Negara kini mengadakan pameran KepadaMu Kekasih bagi mendekatkan masyarakat terhadap seni itu dan apa yang dipancarkan oleh pengkaryanya, Pameran lukisan “KepadaMu Kekasih” itu mengetengahkan karya-karya pelukis ternama tanah air dengan tema menzahirkan kepujian terhadap keagungan Tuhan. Pameran berunsur dakwah ini mengikut terjemahan ‘bahasa visual’ oleh para pelukis dan penganjur berjaya mengumpulkan 40 karya untuk tatapan.

Pameran lukisan “KepadaMu Kekasih” itu mengetengahkan karyakarya pelukis ternama tanah air dengan tema menzahirkan kepujian terhadap keagungan Tuhan. Ia bertujuan menyemai dan menyuburkan kecintaan dan penghargaan masyarakat terhadap karya seni, khususnya lukisan, sekaligus sebagai manifestasi dakwah secara yang berhikmah. Pada masa yang sama ia dapat mencetuskan satu renungan melalui penampilan makna-makna yang tersirat melalui karya berkenaan. Pengarah Muzium, Mohd. Yusof Abdullah berharap pameran ini dapat dijadikan satu medium bagi perkongsian intelektual kerohanian antara peminat seni lukis dan pelukis tanah air.

Menadah doa kepada kekasih yakni `Allah`, lukisan yang dipamerkan menjadi juadah mata dan fikiran.

Lukisan... KepadaMu Kekasih

Muzium negeri Terengganu baru-baru ini dengan kerjasama Balai Seni Lukis Negara kini mengadakan pameran KepadaMu Kekasih.

Malah ia mungkin dapat memberikan pengalaman tersendiri dalam menikmati karya-karya berkonsepkan sedemikian. Antara koleksi yang dipamerkan ialah Al-Basmallah (Thuluth) ciptaan Mohammed Yusof Abu Bakar menggunakan unsur kaligrafi tradisional. Juga karya Dr. Sulaiman Esa berjudul Taman Misteri dengan media campuran mengutarakan persoalan kehidupan, syurga dan neraka. Pameran ini bersifat kerohanian dalam konteks keIslaman, khususnya untuk dihayati oleh generasi muda. Allah kekasihku, kekasihku Allah. Ketika hatimu hanya untuk Allah, maka Allah menjaga dan menyayangimu dan orangorang tercintamu. Kepada Allah kita berserah.

Pada masa yang sama ia dapat mencetuskan satu renungan melalui penampilan makna-makna yang tersirat melalui karya berkenaan. Karya-karya pelukis ternama tanah air dengan tema menzahirkan kepujian terhadap keagungan Allah.


6

Jumaat, 18 Februari 2011

rencana

WAKAF RAKYAT Oleh: ANAK POK TEH

Alhamdulillah, keadaannya di Terengganu kini boleh dikatakan kembali `tenang` dan wajah ceria di kalangan orang politik akan menceriakan pentadbiran negeri. Dato` Ahmad Said bersama YB Alias ( Adun Alor Limbat ) pada satu majlis bersama rakyat.

Tidak ada yang lebih menggembirakan dalam politik dan pentadbiran Terengganu sekiranya ‘kemelut politik’ dapat diatasi dan ‘pertelingkahan’ dapat dilupakan dengan pemimpin politik kembali duduk semeja. Dalam konteks pentadbiran, orang politik khususnya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) jika mereka bersatu dan tidak bertelingkah akan memudahkan pihak penjawat awam melaksanakan tugas mereka. Pertentangan dan pertembungan yang kerap akan menggugat pentadbiran, apa lagi jika pulau memulau. Alhamdulilah, keadaannya di Terengganu kini boleh dikatakan kembali ‘tenang’ dan wajah ceria di kalangan orang politik akan menceriakan pentadbiran negeri. Penjawat awam tidak akan merasa bimbang dan tertekan, malah akan merasa lega dan lebih berminat untuk sama-sama turun padang melaksanakan apa juga yang dirancang oleh kerajaan negeri. Ada pihak mengatakan apabila menyebut kerajaan, ia hanya membabitkan anggota pentadbiran. Pandangan ini silap dan tidak relevan sama sekali – pun dalam ilmu politik. Ini kerana dalam pentadbiran, yang membuat dasar adalah orang politik pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kemudian selepas dipersetujui diangkat untuk diluluskan. Jika di persekutuan, undangundang digubal di Dewan Rakyat dan kemudian dibahas

Biarlah orang cerca, Allah Mengetahuinya!

Riak gembira jelas terpancar di wajah Dato` Ahmad Said (Menteri Besar)dan YB Datuk Rosol Wahid (Adun Ajil) apabila mereka duduk bersama.

dan diluluskan oleh Dewan Negara sebelum dipersetujui Yang di-Pertuan Agong. Apabila menyebut kerajaan di Terengganu ini bermakna ia adalah gandingan antara pembuat dasar dan pelaksana. Kerana itu, mereka yang melaksana perlulah memahami hasrat dan matlamat ketua pentadbir neg-

eri, iaitu Menteri Besar. Menteri Besar ini adalah wakil parti yang memerintah sementara pegawai kerajaan adalah pelaksana kerajaan yang mentadbir pada ketika itu. Dan jika ada cacat cela di kalangan pegawai kerajaan, bukan mereka sahaja yang dipersalahkan, orang politik juga akan

dipersalahkan – biarpun ia bermula atau akibat kelemahan penjawat awam. Sebaliknya jika orang politik bebuat salah, penjawat awam tidak ada kena mengena. Malah, selalunya orang politik yang banyak dipersalah walaupun ia memang kesilapan penjawat awam. Inilah yang

dikatakan oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri Ahmad Said orang politik sebagai ‘tong sampah’ – tempat orang ramai melepaskan kemarahan! Dengan kedudukan orang politik di Terengganu kini jelas ‘bertaut kembali’ apabila ‘rakan yang pernah bertelagah’ kini boleh duduk semeja dan sama-sama menyerahkan bantuan, menyampaikan e-Book kepada pelajar dan ibu bapa serta menghadiri bersama majlis rasmi, adalah baik jika pelaksana pun kembali bekerjasama memajukan Terengganu. Tiada gunanya meneruskan ‘perbalahan’ dan ‘perselisihan’. Yang rugi nanti rakyat Terengganu. Dengan bilangan rakyat yang kecil, kira-kira 1.5 juta sahaja di negeri ini, jika kemelut berterusan ia akan memberikan kesan buruk kepada kehidupan rakyat yang sesetengahnya dihimpit kemiskinan. Marilah sama-sama berganding bahu memajukan Terengganu. Tidak mengapa bagi yang enggan menerima hakikat bahawa kerajaan negeri sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan rakyat. Berbuat baik kepada rakyat tidak rugi dan biarlah jika mereka mencerca di atas kebaikan yang kita lakukan. Niat dan usaha baik kita insyallah diterima Allah. Itulah yang terbaik untuk kita lakukan sama ada sebagai orang politik atau penjawat awam.


Bil. 35 (18 Februari 2011) http://teganukita.blogspot.com

ms 10 & 11

2 tk


2 tk

Jumaat, 18 Februari 2011

Jelajah Tfm ke pelusuk daerah Terengganu TURUN PADANG Oleh: Esah Abdullah

8

Radio Terengganu FM (Tfm) melangkah setapak ke hadapan dengan membawa konsep ‘turun padang’ mendekati masyarakat dengan menjelajah ke pelusuk daerah untuk menarik pendengar, menyampai mesej kerajaan sambil berhibur. Objektif utama Tfm sebagai media, memberi info terkini, berselang seli dengan lagulagu hiburan sebagai wadah penghubung dengan masyarakat luar. Pengarah Penyiaran Kawasan Timur, Dr. Nawiyah Che Lah meletakkan komitmen begitu tinggi melaksanakan program yang membabitkan penyiar (DJ) Tfm untuk turut berada di luar konti. “Fasa baru dalam Tfm ialah Program Suara Masjid yang akan menyiarkan seruan azan langsung dari masjid-masjid terpilih di negeri ini, setiap kali masuk waktu solat,” kata Dr. Nawiyah. Dalam tempoh setahun seboleh-bolehnya bilal yang bertugas di masjid-masjid dapat memperdengarkan suara azan mereka di corong radio sekaligus mendekatkan fungsi institusi masjid itu di mata masyarakat. “Sebelum ini Tfm menyiarkan azan melalui rakaman dari satu dua masjid sahaja, tetapi mulai tahun ini, kita akan menyiarkannya secara langsung dari masjid-masjid seluruh negeri secara bergilir-gilir,” katanya. Menurut Dr. Nawiyah, program tadarus bersama remaja diteruskan tahun ini dengan kerjasama Taman Tamadun Islam (TTI), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Institut al-Quran, Padang Midin dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). “Usaha ini antara lain untuk membentuk

remaja yang berpendidikan serta kuat berpegang kepada agama dan jati diri,” katanya. Katanya, Tfm juga bekerjasama dengan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) mengadakan program radio di lokasi, membuka studio mini di kedai TShope YPU serta menjemput Exco berkaitan sebagai tetamu jemputan. “Usaha ini dilihat boleh memberi pendedahan kepada masyarakat, bagaimana radio itu beroperasi serta boleh berkenalan mesra dengan penyampai-pemyampai Tfm yang selama ini hanya berkomunikasi melalui maya tanpa wajah,” katanya. Di samping itu, Tfm sentiasa menyertai karnival anjuran jabatan kerajaan atau badan berkanun dengan membuka studio mini di serata pelusuk daerah di negeri ini. Program Bintang Kecil menjalani pengubahsuaian yang lebih menekankan aspek pendidikan, pengalaman, kemahiran dan kepakaran, lebih terarah kepada minat mereka dan program `Dengarlah Sayang’ juga banyak meninjau perkembangan pelajar dari sekolah ke sekolah. “Melalui program Rentak Remaja memberi fokus golongan remaja (13 -17 tahun) yang bersiaran setiap Sabtu bertujuan memberi bimbingan motivasi, kerjaya, mencungkil minat dan mengenengahkan ikon remaja berjaya dalam pelbagai bidang,” katanya. Begitu juga slot `Suara Kampus’ bersiaran setiap khamis (9.15 hingga 11 malam) diisi dengan aktiviti kampus, pendapat siswa (isu semasa), karya siswa dan permintaan lagu-lagu. Katanya, apa yang bersiaran di Tfm merupakan ilmu dan maklumat berguna kepada masyarakat.

Dr. Nawiyah Che Lah (kiri berdiri) meletakkan komitmen begitu tinggi melaksanak program yang membabitkan penyiar (DJ) Tfm untuk berada di luar konti.

SERIKANDI Oleh: Suriati Ali “Tugas sebagai guru dan isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Besut adalah satu tanggungjawab yang cukup istimewa dan seronok untuk dilaksanakan. “Saya berazam melaksanakan keduadua tugas tersebut seadil mungkin walaupun kadang kala terpaksa bergegas mengejar waktu sama bagi mengikuti program di sekolah, kegiatan di kawasan Hulu Besut dan menguruskan rumah tangga,” kata Puan Noriah Zakaria, 43. Isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Besut, Encik Nawi Mohamad, yang juga guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Putra, Besut memiliki lima cahaya mata termasuk anak bongsu, Fatin Nur Aisyah yang meninggal dunia sebaik dilahirkan, lima tahun lalu. Permata hati sulung diberi nama Muhammad Iqbal, berusia 18 tahun kini menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Kuantan, diikuti Muhammad Arif Halimin, 15, dan Fatin Nur Aina, 14, yang masih belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Wataniah, Besut. Manakala anak ke-

Tugas guru, isteri wakil rakyat istimewa empat Fatin Nur Aimi, 12, baru sahaja memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan baru-baru ini dan kini sedang menunggu kemasukan belajar di mana-mana sekolah menengah. Puan Noriah berkata, walaupun sibuk mengagihkan tugas sebagai guru dan isteri wakil rakyat, tanggungjawab mendidik anak-anak tidak pernah diibaikan terutama berkaitan pelajaran dan kasih sayang. “Setiap hari saya akan pastikan anakanak menyiapkan kerja sekolah sebelum melakukan aktiviti lain, “Tidak dilupakan, setiap kali solat lima waktu atau solat sunat, saya akan mendoakan mereka supaya menjadi anak yang soleh dan solehah, sentiasa mendengar cakap ibu bapa dan mencapai kejayaan dalam hidup,” katanya ketika berkongsi pengalaman dengan penulis . Beliau bersyukur pendekatan yang dilaksanakan bersama suami menampakkan kejayaan kerana semua anak mereka memperoleh keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR. “Bagi mendapat pendidikan agama yang sempurna untuk anak, kami mengambil keputusan menghantar semua mereka menuntut

Puan Noriah Zakaria (kiri) meluangkan masa bersama penduduk dalam sesuatu majlis walaupun terpaksa mengejar masa.

ilmu di sekolah menengah agama iaitu SMK Agama Wataniah, di samping sentiasa mengingatkan mereka tentang batas-batas pergaulan dan cara berpakaian dalam Islam. “Kami bangga kerana mereka tahu menghormati orang lebih dewasa, mendengar cakap ibu bapa dan mudah membantu apabila disuruh,” katanya. Puan Noriah yang juga Penaung Penyelaras Wanita UMNO Hulu Besut, berkata setiap tugasan dilaksana sebaik mungkin dengan merancang jadual supaya tidak bertindih dengan program di sekolah Sebagai contoh, program membaca surah Yasin dari rumah ke rumah yang disertai lebih 30 ahli hanya dianjurkan pada hari minggu atau di sebelah petang sahaja. “Jika program berkaitan kemasyarakatan seperti sukaneka, kejohanan sukan dan sebagainya yang memerlukankehadiran saya, mereka terlebih dahulu mendapat tarikh

dan waktu yang bersesuaian bertujuan tidak menganggu tugasan saya di sekolah. “Pendekatan ini secara tidak langsung memudahkan saya mengatur jadual sama ada bersama keluarga, pelajar dan masyarakat di kampung terutama di kawasan Hulu Besut,” katanya. Beliau seronok bersama penduduk kampung kerana kebanyakan mereka mudah menghulurkan bantuan apabila mengadakan program termasuk kenduri kesyukuran, gotong royong dan majlis perkahwinan. “Tidak dilupakan, aktiviti turun padang turut diadakan bersama suami dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan beberapa pegawai Pusat Khimat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, apabila mengetahui penduduk mengalami keuzuran dan memerlukan bantuan seperti kerusi roda, kaki palsu dan tongkat,” katanya.


Jumaat, 18 Februari 2011

BISNESS

“Wau yang dijual antara RM5 hingga RM700 seunit itu, bukan sahaja mendapat pemintaan peminat tempatan malah mereka yang tinggal di luar negara termasuk Singapura, Thailand, Indonesia, Kanada,China, Itali dan Amerika Syarikat. - Musa Said.

9

Wau jadi sumber rezeki sampingan Oleh: Suriati Ali Wau Bulan, Wau Kucing, Wau Jala Budi dan Wau Batik antara jenis wau yang juga permainan tradisional yang cukup diminati bukan sahaja di kalangan veteran malah golongan muda serta kanak-kanak sejak berabad lamanya. Bagi pengusaha wau yang juga Pengerusi Kelab Wau Sri Nasek Warisan (KWSNW), Encik Musa Said, 35, beliau bukan sahaja minat bermain pelbagai jenis wau malah turut menjadikannya sebagai sumber rezeki sampingan untuk kelab dan keluarga. Katanya, bukan mudah untuk mengukir dan merekabentuk wau, jika tidak mempunyai kemahiran, minat dan kesungguhan, wau yang dihasilkan itu tidak boleh dimainkan dengan sempurna. “Wau yang dijual antara RM5 hingga RM700 seunit itu, bukan sahaja mendapat pemintaan peminat tempatan malah mereka yang tinggal di luar negara termasuk Singapura, Thailand, Indonesia,

Kanada, China, Itali dan Amerika Syarikat. “Mereka menggemarinya berdasarkan kreativiti dan keunikan corak yang dihasilkan tanpa menggunakan teknologi moden termasuk mesin atau teknik komputer sebaliknya seratus peratus hasil kerja tangan,” katanya. Beliau yang memiliki bakat dan kepandaian hasil tunjuk ajar bapanya, Encik Said Salleh, 62, yang sememangnya mempunyai banyak idea berkaitan mengukir dan merekabentuk wau. Katanya, bakat yang dimiliki bapanya itu menyebabkan dia turut meminatinya kerja tangan itu dan kini mampu menghasilkannya tanpa bantuan sesiapa. “Pada awalnya iaitu ketika berumur 15 tahun, saya hanya memerhati gelagat bapa mengukir kertas warna dan merekabentuk buluh sebelum berusaha sendiri walaupun pada ketika itu tidak secantik yang dihasilkan bapa. “Kertas warna, gunting, pisau, buluh dan gam antara bahan utama yang diperlukan untuk menghasilkan setiap

2 tk

wau sama ada Wau Bulan, Wau Kucing, Wau Jala Budi dan Wau Batik,” katanya . Menurutnya, tidak dinafikan bahannya nampak mudah dan ringkas, namun ia memerlukan ketelitian dan ketekunan untuk menghasilkan wau yang menarik, cantik dan memenuhi citarasa peminat. “Pengalaman 20 tahun merekabentuk wau, saya mampu mengetahui di mana punca dan silapnya, sekiranya wau yang dihasilkan itu tidak boleh dinaikkan dengan sempurna,” katanya yang berasal dari Kampung Bukit Depu, Kuala Terengganu. Encik Musa berkata, wau milik KWSNW pernah memenangi beberapa kejohanan peringkat negeri dan luar Terengganu, malah lebih membanggakan turut menjadi johan peringkat Asia. “Kebiasaannya, Festival Layang-layang dan Wau Peringkat Antarabangsa diadakan secara besar-besaran di serata negeri termasuk Johor, Kelantan, Selangor, Sabah dan Sarawak.

SAID SALLEH

Kerja membuat menghias wau memerlukan ketelitian bagi menghasilkan corak yang cantik dan bermutu.

“Sempena festival itu, tuan rumah turut menawarkan ruang pameran dan jualan kepada setiap kelab yang menyertai pertandingan sebagai alternatif memperkenalkan budaya dan adat resam penduduk Malaysia

kepada pelancong dan peserta luar negara,” katanya. Beliau memberitahu, setiap kelab yang menyertainya termasuk KWSNW berasa bertuah dengan apa yang dilaksanakan itu, kerana pada masa sama, berpeluang mencari lebih

ramai peminat serta pelanggan. Rata-rata mereka membeli wau bukan hanya memenuhi hobi dan menyertai pertandingan, malah menjadikannya sebagai perhiasan dinding dan cederahati.


10

Jumaat, 18 Februari 2011

E-Book tambah nilai, perkasakan p Oleh: Aida Abd Rahman Kerajaan negeri meneruskan kesinambungan mengagihkan e-Book kepada kira-kira 45,000 murid Tahun Lima seluruh sekolah di Terengganu pada tahun ini. Seperti kelaziman, inisiatif yang mula dliaksanakan sejak dua tahun lalu itu menyaksikan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said menyampakan sendiri e-Book dalam program

pengagihan di setiap Dewan Undangan Negeri (Dun). Hampir sebahagian murid Tahun Lima sudah memiliki papan digital elektronik yang diagihkan mengikut peringkat-peringkat di setiap Dun bermula Januari lalu. Antara murid dan sekolah yang sudah menerima alat percuma itu adalah di Dun Wakaf Mempelam, Bandar, Sura, Paka, Kijal, Cukai, Ajil, Teluk Pasu dan Bukit Tunggal. E-Book dilengkapi dengan

pelbagai perisian buku teks sekolah rendah serta perisian tambahan seperti al-Quran, doa-doa dan amalan solat menepati tuntutan dan persaingan pada abad ke-21 turut melalui transformasi dan nilai tambah menerusi pemerkasaan tiga sekolah sebagai perintis kepada kelas maya. Tiga sekolah berkenaan, Sekolah kebangsaan (SK) Paya Bunga, SK Seberang Takir (Kuala Terengganu) dan SK Teluk Kalong, Kemaman merintis pendekatan

baru yang menggunakan kaedah belajar secara interaktif dan peperiksaan talian (online) yang menambah nilai kepada penggunaan e-Book. Malah, kelas maya juga terbukti mampu mendisiplinkan pelajar ketika belajar dan menimbulkan semangat untuk ke sekolah. “Apabila wujudnya kelas maya ini, hasil kerja termasuk jawapan dan markah boleh dilihat pada skrin sesentuh di depan kelas selain pelajar tidak boleh membuka

aplikasi lain termasuk permainan komputer,� kata Menteri Besar selepas membuat tinjauan kelas maya di SK Paya Bunga, barubaru ini. Bagi memantapkan lagi sistem itu, lebih 800 guru seluruh Terengganu mendapat e-Book dengan peruntukan keseluruhan hampir RM2 juta sebagai alat bantu mengajar secara percuma daripada kerajaan negeri . Pengagihan yang dilaksanakan buat julung kali itu khususnya


11

pendidikan kepada guru yang terbabit dalam pasukan Angkatan Kerja Rajin Dan Mulia (AKRAM), bidang penyelidikan dan e-pantau di negeri ini. “Kerajaan amat berterima kasih kerana dengan usaha guruguru ini (AKRAM), Terengganu berjaya mengekalkan tempat teratas selama 10 tahun dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan dua tahun dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR),� kata Menteri Besar.


2 tk

Jumaat, 18 Februari 2011

Biarpun berkerusi roda, namun ramai tidak menduga Mohd Razak berupaya bekerja dengan baik dan menjana penda[atan bulanan sehingga RM15,000 selain aktif dalam bidang sukan.

Derap Razak berbisa IKON

Oleh: Aida Abd Rahman

12

Siapa kata orang kelainan upaya (OKU) tidak mampu berjaya seperti manusia normal yang lain. Ramai personaliti hebat di kalangan OKU seperti pakar ekonomi yang juga senator pertama dilantik di kalangan kumpulan itu, Allahyarham Senator Prof Dato’ Dr Ismail Md Salleh, penyanyi popular dekad 60-an, S. Jibeng dan personaliti TV Ras Adiba Radzi. Sementara dalam bidang sukan pula kita memiliki personaliti seperti Datuk Zakaria Musa yang merupakan rakyat Malaysia pertama yang menyertai acara tenis kerusi roda di Sukan Paralimpik di Athens, Greece 2004. Menyedari OKU adalah modal insan yang tidak ada bezanya dengan insan sempurna lain, selain dari segi kecacatan anggota lahiriah sematamata dan bukannya keupayaan minda, kreativiti, inovasi serta sumbangan kepada pembangunan ekonomi mencipta transisi Mohd Razak Che Awang, 40, untuk turut sama bergelar usahawan berjaya. Mohd Razak yang mengalami ke-

BAKTI JKKK Daripada 333 ketua isi rumah di Kampung Tok Kah, 90 peratus daripadanya memiliki ternakan kerbau dan lembu antara lima hingga 30 ekor seorang, sementara 80 peratus penduduk memiliki kebun getah sendiri yang berkeluasan kira-kira 2.4 hektar seorang. Seramai 225 orang pula mempunyai kebun kelapa sawit antara 0.8 hingga 1.2 hektar seorang dan 12 peserta mengusahakan tanaman kelapa pandan seluas 0.8 hektar seorang yang kini sudah mengeluarkan hasil. Masing-masing mengusahakan kebun sendiri, dibantu anak isteri dan dalam suasana harga getah serta kelapa sawit yang tinggi di

cacatan kekal akibat terjatuh ketika usia tujuh tahun mengalami kecederaan saraf tunjang dan lumpuh dari paras pinggang hingga ke bawah sekaligus mengehadkan pergerakan dan kini dibantu kerusi roda. Melihat kekurangan itu, ramai tidak menduga Mohd Razak berupaya bekerja dengan baik dan menjana pendapatan bulanan sehingga RM15,000 hasil perniagaan jahitan, pembekalan makan asrama sekolah dan kontraktor membersih kawasan daripada Majlis Daerah Setiu (MDS) yang bukan calang-calang orang mampu melakukan pelbagai kerja dalam satu masa. Gerangan penerima Anugerah Usahawan OKU Kebangsaan 2010 itu gagal meneruskan pelajaran di sekolah menengah disebabkan kesukaran bergerak. Pun begitu, Mohd Razak mampu mengecap magis hidup yang pastinya jarang dapat direalisasikan manusia normal yang lain. Lelaki berjiwa kental dan tidak pernah menyalahkan takdir dengan kekurangan yang ada itu mula mencipta profesionnya pada 1987 apabila mengikuti kursus asas jahitan di Bengkel Pemulihan Kebajikan Marang dan diikuti latihan jahitan di Pusat Pemulihan Cheras, Selangor pada 1988 hingga 1990. Sejurus tamat latihan itu, bekas

pelajar Sekolah Kebangsaan Banggol itu mencari pengalaman hampir setahun dengan bekerja di kedai jahit sebelum berjinak-jinak melakukan sendiri pekerjaan itu dikedai yang disewa di Kampung Buluh, Bandar Permaisuri. Kemahiran menjahit pakaian lelaki itu dikongsi dengan isteri yang juga OKU, Maslinda Salleh, 33, dan diusahakan bersama sehingga kini. Perniagaannya pasangan yang disatukan tanggal 2003 itu semakin maju hasil suntikan modal yang diperolehi dua kali menerusi Bantuan Geran Pelancaran masing-masing pada 1992 dan 2003 yang berjumlah RM4,700. Selain bidang jahitan, anak bongsu daripada tujuh beradik pasangan Che Awang Mamat dan Halimah Awang, dari Kampung Banggol itu terus mengatur langkah dengan meluaskan perniagaannnya dan terlibat pula dalam bidang kontrak pembekalan makanan asrama sekolah serta membersih kawasan di bawah MDS pada 2007. Berkat kesungguhan dan tekad mahu menginjak daripada kepompong kemiskinan, pasangan itu berjaya berdiri dengan kaki sendiri, malah dengan rela hati meminta Elaun Pekerjaan Cacat (EPC) yang diperolehinya mulai 1993 ditamat-

kan pada 2007. Kini, Mohd Razak memiliki lapan pekerja yang mengendalikan pembekalan makanan di Sekolah Menengah Sungai Tong serta 30 pekerja kontrak pembersihan termasuk empat daripadanya adalah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Setiu serta seorang penerima EPC yang juga pemegang kad OKU. Penerima anugerah Usahawan Orang cacat Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu 1995 itu berjaya membeli seunit rumah kedai dua tingkat dengan harga RM330,000 di Bandar Permaisuri sejak dua tahun lalu. Malah, pinjaman melalui Majlis Amanah Rakyat yang diperolehi RM180,000 dilangsaikan lebih awal. Mohd Razak yang juga Persatuan Belia Sepadu Kampung Banggol mampu memiliki lima kenderaan termasuk dua kenderaan pelbagai guna untuk urusan pekerjaan dan peribadi, menanam hasrat membuka rangkaian kedai serbaneka 24 jam dan motel di bangunan kedai dua tingkat yang bakal siap Mac ini. Sebagai persediaan masa depan juga, Mohd Razak turut melabur kira-kira RM300,000 membeli tanah getah dan kelapa sawit yang berkeluasan lebih tujuh hektar di kawasan Setiu pada awal tahun lalu, di mana hasil pertanian itu mampu menjana pendapatan sehingga RM100 sehari. Pada masa yang sama, Mohd Razak yang pernah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan kebersihan premis makanan peringkat Setiu pada 2008 dan 2010 sering memberi komitmen sebagai ahli jawatankuasa Persatuan Kebajikan OKU Terengganu dengan memberi sumbangan wang ringgit bagi menjayakan program anjuran persatuan itu. Mohd Razak sering mengikuti kejohanan Sukan Paralimpik mewakili negeri dan negara, Kejohanan Sukan Paralimpik Asean di Vietnam 2003 dan di Kuala Lumpur pada 2006, selain penyertaan dalam Sukan Bagi OKU Timur Jauh dan Pasifik Selatan (Fespic) Kuala Lumpur kali ke-9 pada 2006 .

Tok Kah kampung pertanian

Kampung Tok Kah di Dungun, Terengganu amat di kenali sebagi kampung pertanian manakala (gambar kanan), Pengerusi JKKK, Jasni Ismail

pasaran hari ini ratarata meraka menerima rasa syukur selain mampu menjalani kehidupan yang selesa. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tok Kah, Encik Jasni Ismail ketika ditemui Teganukita memberitahu, penduduk di tiga kampung iaitu Kampung Ba-

hagia, Mahsuri dan Tok Kah dalam jagaannya serasi dan seiring membangunkan kawasan masing-masing dengan pelbagai tanaman. “Menoreh getah, mengait kelapa sawit, menjual kelapa pandan dan menjaga lembu kerbau, semuanya dibuat bersama anggota keluarga masingmasing tanpa bantuan

tenaga dari luar dan hasilnya juga mengalir kepada keluarga berkenaan,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Masjid kampung berkenaan. Tok Kah yang asalnya dari nama seorang pengasas kampung berada pada jarak tiga kilometer dari daerah Marang terletak dalam kawasan Dewan Un-

dangan Negeri (DUN) Rantau Abang dan 15 kilometer dari bandar Dungun. Setiap penduduk ada pertalian keluarga, adik beradik atau ipar duai dan kesemua mereka kuat bekerja menggunakan tulang empat kerat untuk menjamin masa depan anak cucu. Seorang penduduk Mohd Rafi Ismail telah mengusahakan manisan keping yang memberi peluang 20 orang suri rumah dan ibu tunggal menambah pendapatan dengan bekerja di bengkel berkenaan serta hasilnya telah berjaya menembusi beberapa pasar raya di negeri ini. Seorang penduduk lain pula berjaya menjalankan perniagaan mengeluarkan baja or-

ganik, penjualan pokok bunga dan buah-buahan serta menjadi tumpuan pembeli dari dalam dan luar kawasan. Suri rumah yang tidak bekerja telah memanfaatkan kawasan sekeliling rumah dengan tanaman sayuran seperti cili, kacang, mentimun dan terung yang menjadi sebahagian aktiviti sampingan untuk menambah pendapatan keluarga. “Hasil tanaman dipasarkan ke pasar basah di Bandar Dungun yang mana terdapat sepuluh keluarga dari kampung ini memiliki gerai jualan sayuran dan kuih-muih di bandar berkenaan,” kata Ketua Cawangan UMNO Kampung Tok Kah.


Jumaat, 18 Februari 2011

2 tk

Air Terjun Langsir beri ketenangan gai ben n, pelba ang daa n la a rj b berlu ng pe Sepanja seperti pokok pengunjung. da pelik at sendiri oleh pat dilih

DESTINASI Oleh: Suriati Ali Gambar oleh: Zulkipli Putera Air Terjun Langsir, terletak di puncak gunung Hutan Simpan Pasir Raja (HSPR), Dungun sememangnya memberi ketenangan jiwa kepada pengunjung `dek’ alur air yang jernih, dingin, serta dengan puluhan spesies herba selain flora dan fauna yang menawan pandangan. Pelbagai jenis pokok renek dan berbentuk bonsai, menambah lagi keinginan pengunjung yang pertama kali menjejakkan kaki ke destinasi pelancongan itu untuk datang kembali ke destinasi menarik berkenaan. Malah, ada di antara mereka hampir 12 kali mendaki gunung itu semata-mata kerana ingin mendapat ketenangan jiwa. Penolong Pengarah Unit Rekreasi Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT), Encik Zailaini Man, berkata Air Terjun Langsir yang dimajukan pada 1993 menda-

pat sambutan sangat membanggakan di mana setiap tahun mencatatkan peningkatan bilangan pengunjung. Katanya, pada tahun lepas, JPNT merekodkan lebih 10,000 pengunjung berbanding 9,000 pada 2009. Mereka tidak berasa penat walaupun terpaksa melalui denai sejauh 7.6 kilometer (km) dan menempuh perjalanan hampir tiga hari dua malam untuk tiba ke puncak. “Individu yang datang bukan sahaja terdiri daripada pengunjung tempatan malah luar negara, termasuk Jepun, Kanada, Eropah, Singapura dan China. “Jika tiba musim cuti am dan sekolah, pengunjung akan bertambah sekali ganda sehingga tempat letak kereta tidak mencukupi, Apabila situasi itu berlaku, mereka terpaksa berjalan kaki sejauh dua km,” katanya. Menurut Encik Zailaini, mereka tidak perlu risau atau bimbang kerana JPNT ada menyediakan pondok

khas bertempat di Sungai `Y’ dan Kem Balak sebagai alternatif untuk beristirehat sebelum sampai ke puncak gunung bagi menikmati keindahan Air Terjun Langsir yang mempunyai ketinggian 305 meter. “Apa yang menariknya, terdapat segelintir pengunjung mengakui curahan Air Terjun Langsir membuatkan dirinya tenang dan secara sendirinya segala kepenatan sewaktu mendaki hilang. “Setiap individu dinasihatkan supaya terlebih dahulu membuat permohonan seminggu lebih awal dengan Jabatan Perhutanan Daerah Dungun bagi mendapatkan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pengiring berlesen sebelum mendaki. Langkah itu cukup penting, bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya. Katanya, pelbagai pendekatan dilaksanakan pihaknya sematamata, ingin memulihara khazanah dan mengekalkan keindahan alam di Air Terjun Langsir. “Kempen kebersihan dengan kerjasama pelbagai persatuan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dianjurkan tanpa mengikut jadual. “Peserta seronok menyertainya kerana sambil mendaki, mereka boleh menjalankan kerja amal iaitu mengutip bahan buangan seperti plastik sampah, bekas makanan dan botol minuman yang

dibuang individu tidak bertanggungjawab,” katanya. Pendekatan itu ternyata memberi kesan positif kepada semua pihak terutamanya pendaki kerana sehingga kini, masih mampu menikmati kesegaran alam semulajadi berikutan laluan air terjun itu masih belum tercemar dan tiada hutan diteroka.

Sementara itu, Pemangku Renjer JPNT berkata, dia bersama beberapa rakan setugas bertanggungjawab mengawal selia dan mencatat semua kehadiran pengunjung untuk ke destinasi itu dan apabila pulang, mereka perlu mengisi borang maklum balas. “Berdasarkan reaksi pengunjung, mereka cukup teruja dengan

keindahan Air Terjun Langsir selain menyatakan puas hati dengan apa yang dilaksanakan JPNT. “Pihaknya bukan sahaja, bertindak memberi nasihat supaya mengikut segala syarat yang tertulis di papan kenyataan malah bertanggungjawab membaca doa selamat sebelum memulakan pendakian,” katanya.

Kem ‘Y’ tempat di mana pendaki boleh berehat dan bermalam sebelum menyambung pendakian ke puncak.

Alam semulajadi yang terus terpelihara dapat dilihat dalam perjalanan ke puncak Air Terjun Langsir.

13


2 tk

ARKITEK ROTAN ms-11

ms 13


am

Jumaat, 18 Februari 2011

15

MIMBAR

Lupus pinjaman mangsa banjir Kerajaan akan melupuskan semua baki hutang yang dibuat oleh individu dengan manamana agensi kerajaan, apabila mereka disahkan sebagai mangsa banjir yang turut kehilangan harta benda. “Kerajaan amat memahami dan bila rakyat ditimpa kesusahan, kita akan bantu termasuk melupuskan semua baki hutang yang dibuat dengan mana-mana agensi kerajaan termasuk Tekun Nasional,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz. Dato’ Seri Mohamed Nazri berkata dalam sidang media sebaik selesai majlis penyampaian Bantuan Wang Ehsan kepada mangsa banjir dalam daerah Setiu di Dewan Sivik, Sungai Tong, baru-baru ini. Hadir sama, Pengerusi

Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Langkap, Haji Ashaari Idris; Adun Permaisuri, Haji Abdul Halim Jusoh dan Setiausaha Keselamatan Negara, Dato’ Tajuddin Wahab. Dato’ Seri Mohamed Nazri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Kebangsaan berkata, lain-lain pinjaman termasuk di bawah Kementerian Belia dan Amanah Ikhtiar juga akan dikecualikan. “Kita amat memahami. mereka hanya membuat pinjaman dalam jumlah yang kecil untuk berniaga membantu keluarga, tidak adil jika kita meminta mereka membayar balik pinjaman sedangkan barang-barang mereka musnah ketika banjir,” katanya. Katanya, kerajaan juga akan membayar

pampasan bagi tafsiran kerugian membabitkan kawasan pertanian dan ternakan yang dialami mangsa banjir dan setakat ini telah dilaksanakan di Kelantan, Kedah dan Perlis. “Sehingga ini sejumlah RM30 juta telah dikeluarkan bantuan di bawah bencana alam untuk negeri Kedah dan Perlis manakala Terengganu dan Kelantan masih dalam proses tafsiran kerugian kerana banjir baru habis seminggu lalu,” katanya. Beliau kemudiannya bersetuju meluluskan RM200,000 untuk membina tiga jambatan yang rosak dan dihanyut air di beberapa kampung dalam Dewan Undangan Negeri Langkap. Sementara itu seramai 229 orang mangsa banjir dari beberapa kampung antaranya Kampung Merbau Menyusup, Per-

Dato’ Seri Mohamed Nazri menyampaikan sumbangan wang ehsan kepada seorang mangsa banjir di Sungai Tong, Setiu.

maisuri, Langkap, Pengkalan Merbau dan Seri Kenangan di Setiu menerima bantuan RM500 seorang. Seorang mangsa banjir yang ditemui, Encik Othman Abdul Rahman, 67, dari Kampung Permaisuri melahirkan rasa terharu atas bantuan yang diterima dan mahu meng-

gunakannya untuk keperluan harian keluarga. Beliau yang turut kehilangan dua dari 10 ekor lembu dan 13 daripada 15 ekor ayam ketika banjir melanda awal bulan lalu bersyukur kerana tiada kerosakan berlaku pada rumah kediamannya dan sempat tidur dua malam di surau yang dijadikan

pusat perpindahan banjir kampung berkenaan. Ibu tunggal, Puan Saadiah Mat, 70, dari Kampung Pengkalan Merbau amat berterima kasih di atas perhatian kerajaan dan layanan seperti makan minum ketika bermalam di balai raya kampung berkenaan.


16

Jumaat, 18 Februari 2011

am

Suasana ceria sepanjang sungai

D`Muara Live Seafood` menambah kekurangan tempat makan yang mampu menarik masyarakat membawa keluarga dan rakanrakan keluar bersantai waktu malam.

Sistem OSC Online MBKT pendekkan tempoh permohonan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mempunyai sistem Unit Pusat Setempat (OSC) Online sendiri . “Sistem OSC Online diharap dapat memendekkan tempoh masa menunggu bagi permohonan yang diproses serta dapat mengurangkan masa untuk membuat sesuatu perancangan”, kata Datuk Bandar MBKT, Dato’ Haji Adzlan Mohd Dagang. Sistem OSC Online dibangunkan oleh perunding yang dilantik oleh Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan merupakan sistem permohonan di mana pemohon yang berdaftar dengan MBKT boleh menghantar permohonan pelan cadangan pembangunan menerusi talian terus kepada MBKT. MBKT telah menerima 3,200 permohonan sejak tahun 2007 dengan purata permohonan antara 800 hingga 900 setahun dan 80 hingga 90 permohonan sebulan. Pemohon yang ingin menggunakan Sistem OSC Online perlu mendaftar dengan MBKT dan mengisi permohonan melalui laman web MBKT (http:// online.mbkt.gov.my).

Oleh: Suriati Ali Penduduk negeri ini perlu berterima kasih kepada kerajaan berikutan pelbagai bantuan dan sumbangan dihulurkan kepada mereka dan bukannya mengkritik program yang dilaksanakan. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata kerajaan negeri cukup kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang gemar menabur fitnah dan membuat tomahan benda yang tidak berlaku. Katanya, perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana apa yang di-

Mulai Februari ini warga kota dan masyarakat tempatan dijangka bakal menikmati suasana keceriaan di sepanjang muara sungai apabila pemasangan lampu limpah dan lampu hiasan disiapkan di kawasan berkenaan. “Usaha pengindahan akan dibuat berterusan berikutan ianya menjadi laluan bot pelancong

menuju ke tempat bersejarah seperti Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man, Muzium Terengganu, Losong dan juga Kompleks Kraf Batik di Tanjung Bunut,” kata Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said. Sehubungan itu katanya, dalam masa yang sama kerja-kerja pembersihan sungai turut dilaku-

kan dalam masa terdekat yang akan diserahkan kepada kontraktor. Dato’ Seri Haji Ahmad berkata demikian kepada pemberita, di restoran `D’Muara Live Seafood’ Sungai Losong menambah, kekurangan tempat makan yang mampu menarik masyarakat membawa keluarga dan rakanrakan keluar bersantai waktu malam, memberi

kelebihan restoran ini yang menyajikan pelbagai masakan Melayu dan Cina. D’Muara Live Seafood yang beroperasi pada akhir tahun lalu membabitkan kos pengubahsuaian sebanyak RM200,000 merupakan rangkaian T’Kafe yang dibangunkan di bawah Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu.

laksanakan kerajaan semata-mata untuk kesenangan dan keselesaan rakyat. “Setiap tahun Kerajaan Terengganu mengeluarkan belanja yang cukup besar untuk membasmi kemiskinan dan menganjurkan pelbagai program masyarakat, pendidikan,

bencana alam dan bantuan rumah. “Rakyat perlu bersyukur kerana Terengganu adalah satu-satunya negeri yang mementingkan kebajikan dan segera menghulurkan bantuan apabila rakyat memerlukan. Sebagai contoh apabila rakyat

ditimpa bencana alam seperti banjir, pihak berkaitan sudah bersedia menghulurkan bantuan termasuk makanan dan pelbagai kelengkapan harian lain,” katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyampaian Pakaian

Sekolah di Kampung Sri Bandi, Kemaman. Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Norliza Mahmud, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Encik Hamzah Ngah dan beberapa pegawai kanan kerajaan.

si (ICT) seiring dengan negeri lain di Malaysia. Terengganu merupakan antara enam daripada 13 negeri di Malaysia yang mendapat anugerah berkenaan selain Selangor, Kelantan, Sarawak, Melaka serta Johor. Pada majlis kali pertama yang diadakan pada 2009, Terengganu mendapat pengiktira-

fan empat bintang. Haji Che Rani, berkata hasil usaha gigih semua pihak, terutama kakitangan kerajaan bagi memastikan negeri ini berkebolehan dalam semua aspek meletakkan Terengganu pada landasan terbaik untuk menerima anugerah lima bintang. Pada majlis yang

sama juga Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Majlis Daerah Marang (MDM), Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT), Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dan Majlis Daerah Setiu (MDS) turut mendapat anugerah dalam kategori masing-masing.

tan sebulan dan dijangka sebanyak 100 tan dapat dikeluarkan selepas Jun ini. “Baru-baru ini kita terima kunjungan pelabur dari China dan Taiwan yang mahu melabur secara besar-besaran untuk pasaran eksport dan mereka sedang menjalankan penelitian. Kalau ada pelabur tempatan kita beri kepada pelabur tempatan, bagaimanapun mereka (pelabur asing) melabur dalam skala yang besar dan kita mengalualukannya kerana mereka memerlukan beratus tan sebulan untuk jadikan sebagai ketul ikan,” katanya ketika sidang akhbar di Majlis Pelancaran Seminar Pelaburan Akuakultur Negeri Terengganu, di Hotel Primula Beach Resort, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Dato’ Wira

Mohd Johari Baharum; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Haji Asha’ari Idris dan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Dato’ Ahamad Sabki Mahmood. Beliau sebelum itu turut mengucapkan terima kasih kepada pihak kementerian yang meluluskan pembinaan dua Pusat Pembenihan Ikan, iaitu Pusat Pembenihan Ikan Air Tawar di Kampung Sungai Chamar, Hulu Terengganu dan Pusat Pembenihan dan Asuhan Ikan Laut Berteknologi Tinggi di Kampung Limau Nipis, Setiu yang menelan belanja RM12.6 juta. Kedua-dua pusat ini dijangka siap pada pertengahan tahun ini dan dapat membekalkan benih projek HIP sangkar air tawar di ZIA Sungai Como dan sangkar ikan air masin di negeri ini.

Berterima kasih kepada kerajaan - Ahmad

Portal Terengganu bertaraf lima bintang

Portal Terengganu mendapat pengiktirafan lima bintang daripada Multimedia Development Corporation (MDeC) di majlis penganugerahan Government Portals & Website Assessment 2010, di Dewan Ruby, One World Hotel, Genting Highlands, Pahang pada 11 November lalu.

Pengarah Unit Pengurusan Maklumat Negeri (UPMN), Haji Che Rani Mohd yang mewakili Setiausaha Kerajaan Terengganu (SUK), menerima anugerah berprestij tersebut. Majlis kali kedua itu menonjolkan nama Terengganu di bidang Teknologi Maklumat dan Komunika-

Seminar Pelaburan Akuakultur Negeri Terengganu, yang dilancarkan oleh Menteri Besar, Dato` Seri Ahmad di Hotel Primula Beach Resort, Kuala Terengganu.

Tilapia Tasik Kenyir ke pasaran dunia Tasik Kenyir, Hulu Terengganu yang dibangunkan sebagai Zon Industri Akuakultur (ZIA) terdapat pelbagai spesies ikan air tawar terutama Tilapia berkualiti tinggi bakal menarik tumpuan pelabur swasta dari luar

negara yang berminat untuk memasarkan spesies itu ke pasaran seluruh dunia. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata ikan di tasik berkenaan memenuhi piawaian dunia dan bermutu tinggi disebabkan kualiti air tasik

yang bersih serta meliputi kawasan yang luas, berbanding ikan air tawar yang diternak dalam sangkar yang berskala kecil dan lazimnya berselut. Katanya, pengeluaran ikan air tawar di negeri ini mencapai 40 hingga 60


Jumaat, 18 Februari 2011

am

Pensyarah timba pengalaman di syarikat swasta Semua pensyarah dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan dihantar ke syarikatsyarikat swasta bagi menimba pengalaman untuk melengkapkan diri, melihat serta mengalami sendiri kejayaan yang dicipta oleh sesebuah syarikat. “Program ini sebagai menyahut seruan Menteri Pengajian Tinggi yang akan dilaksanakan oleh semua IPTA seluruh negara, kerana pengalaman yang diperolehi pensyarah terbabit berguna untuk disampaikan kepada pelajar-pelajar,” kata Timbalan Naib Canselor (Akademik dan

Antarabangsa), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Dr. Noor Azhar Mohamed di majlis perasmian Konsolidasi Patriotisme Ekonomi Bumiputera di UMT, barubaru ini. Katanya, mereka akan dihantar ke beberapa syarikat terpilih dan ternama antara sebulan hingga tiga bulan atau lebih jika perlu dan pengalaman yang diperolehi akan diterapkan kepada pelajarpelajar apabila kembali ke universiti masing-masing. “Menjadi hasrat negara, mewujudkan lebih ramai pelajat IPTA menceburkan diri dalam bidang keusa-

hawanan kerana itu salah satu cara untuk mengembalikan bumiputera mencipta nama sekaligus melonjakkan kedudukan ekonomi negara,” katanya. Naib Canselor UMT Prof. Dr Aziz Deraman, berkata program ini merupakan komitmen kerajaan bagi memperkasakan ekonomi bumiputera, membasmi kemiskinan dan merapatkan jurang ekonomi antara kaum bagi menyahut saranan Dasar Model Baru Ekonomi (MBE). “Selain kefahaman dan kesedaran mengenai kepentingan perjuangan

Elaun baru imam dan bilal

Prof.Dr Noor Azhar Mohamed memalu gong merasmikan Konsolidasi Patriotisme Ekonomi Bumiputera di UMT sambil disaksikan Tan Sri Rahim Tamby Chik (kanan)

ekonomi Bumiputera, budaya keusahawanan, berdaya saing dan kreatif, maklumat, kemudahan dana dan peluang perni-

agaan turut disediakan,” katanya.Teks ucapan beliau dibacakan oleh Prof. Dr. Noor Azhar Mohamed.

UKOM - media massa jalin hubungan baik - Shamsuddin Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) mengadakan jalinan hubungan dan rakan strategik dengan pihak media massa. Program Bicara Bersama Media telah membuka tirai hubungan mesra itu bagi tahun 2011, diadakan di sebuah hotel di Kuala Terengganu, baru-baru ini. Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato Tengku Putera Tengku Awang yang juga merupakan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu, menjadi tetamu UKOM bagi menjayakan Bicara Bersama Media itu. Kira-kira 30 orang wakilwakil media hadir. Bicara Bersama media itu berkonsepkan kemesraan di samping menyampaikan info kepada pihak media untuk disebarkan kepada rakyat melalui penerbitan masing-masing. Dato’ Tengku Putera memuji langkah UKOM yang mendekati pihak media dan berharap lebih banyak program bersama media dianjurkan. Pengarah UKOM, Haji Shamsuddin Sulong, berkata program itu akan diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali dengan tetamu yang berbeza. Katanya, kerajaan negeri menghargai peranan media yang banyak membantu kerajaan dalam menyebarkan info kerajaan kepada rakyat. “Insya -Allah, UKOM merancang beberapa pro-

Dato Tengku Putera berbual sesuatu dengan wartawan dan jurugambar ketika Program Bicara Bersama Media di Kuala Terengganu.

gram untuk media bagi tahun ini,” katanya. Dalam dialog dengan wakil-wakil media, pihak media meminta supaya agensi kerajaan dan ahliahli politik melihat apa permasalahan yang didedahkan akhbar secara positif. Mereka menyatakan, pihak media juga memberi ruang untuk jawapan balas, komen atau ulasan ke atas permasalahan yang didedahkan dan bukannya berniat untuk menimbulkan keadaan yang tegang. Turut hadir, Penyelidik Kanan Menteri Besar, Encik Hambali Abdul Lattif, Timbalan Pengarah UKOM, Encik Ruslan Abdul Rahman dan pegawai dari Jabatan Penyiaran (RTM), Kuala Terengganu.

Kolam renang Batu Burok operasi semula Setelah lebih setahun ditutup untuk kerja baik pulih, akhirnya Kolam Renang Batu Buruk, Kuala Terengganu (gambar atas) bakal dibuka semula kepada orang ramai mulai 15 Februari ini. Ini berikutan proses baikpulih beberapa ke-

17

rosakan dan kebocoran oleh Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah siap sepenuhnya dan boleh menjalankan operasinya seperti biasa. Menurut Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Dato’ Adzlan Mohd Dagang, JKR telah membuat

penyerahan kepada pihak majlis pada 21 Januari lalu. Katanya, setelah mendapat jaminan daripada pihak JKR yang bertanggungjawab memastikan segala kemudahan dan keselamatan di sini berada dalam keadaan baik, ia akan dibuka kepada orang ramai minggu depan. Kolam renang tersebut ditutup kepada orang ramai pada pertengahan 2009 kerana mengalami beberapa kerosakan kecil seperti kebocoran di mana beberapa bahagian bangunan digenangi air hujan. “Kini semuanya sudah diperbaiki dan ia selamat digunakan untuk sebarang aktiviti yang ingin dijalankan di sini,” katanya.

Imam dan bilal seluruh negeri akan mula menikmati elaun baru masing-masing RM800 dan RM600 sebulan mulai Januari tahun ini. Pengumuman itu dibuat Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan sehubungan itu kerajaan negeri mengeluarkan perbelanjaan tambahan berjumlah RM8.7 juta bagi membayar elaun 2,194 imam dan bilal. “Kita juga akan selaraskan kadar elaun imam dan bilal kepada satu skim sahaja berbanding tiga skim sebelum ini iaitu RM650, RM625 dan , RM600 seorang. Begitu juga elaun bilal akan dibayar RM600 seorang berbanding RM450, RM425 dan RM400 sebelum ini,” katanya elepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Iman, baru-baru ini. Seramai 1,063 imam akan menerima elaun RM800 sebulan dan 1,131 bilal akan menerima RM600 dan mereka akan mula menerima elaun baru itu bulan ini atau bulan depan beserta tunggakan. Menteri Besar berharap dengan bayaran elaun baru itu, imam dan bilal di negeri ini akan dapat memberi khidmat terbaik bagi mengimarahkan masjid di bawah jagaan masing-masing dan kerajaan sentiasa memberi peluang untuk meningkatkan syiar Islam di kalangan masyarakat. Katanya, kerajaan sentiasa membuat pembaharuan terhadap rumah Allah dan setiap tahun ada saja masjid baru yang dibina dan yang terbaru turut menyediakan rumah bagi kemudahan imam dan bilal serta menyediakan kelas tambahan, dewan kuliah dan bilik pengurusan jenazah.


18

Jumaat, 18 Februari 2011

Oleh: Aida Abd Rahman Pembinaan kilang besi ketiga di Terengganu, Eastern Stell Sdn Bhd bakal dilaksanakan selewat-lewatnya suku ketiga tahun ini berikutan kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan perbincangan dengan agensi kerajaan bagi pelaksanaan infra berkaitan baru sahaja selesai. Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri,YB Toh Chin Yaw, berkata dalam tempoh dua tahun, projek fasa pertama pembinaan kilang di kawasan seluas kira-kira 400 hektar di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman itu akan siap sepenuhnya. “Sekarang sudah siap kajian EIA dan perbin-

am

Kilang besi dibangunkan suku ketiga tahun ini cangan dengan Tenaga Nasional Berhad, Syarikat Air Terengganu dan Jabatan Pengairan dan Saliran bagi melaksanakan kerja fizikal berkaitan yang akan dijalankan pada tahun ini juga,” katanya kepada media selepas mengagihkan bantuan pakaian sekolah kepada 60 pelajar miskin sekitar Dewan Undangan Negeri (Dun) Bandar, di Pusat Khidmat Masyarakat Dun itu, di Pulau Kambing, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

YB Ahmad Razif di Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) Ruane-TATI dan Imdonesian Institute of NDT (IINDT) berlangsung di Hotel Harmoni One, Kota BAtam,Indonesia, baru-baru ini.

TATiUC kongsi kepakaran dengan Indonesia Kolej Universiti Tati (TATiUC) melangkah setapak lagi dengan berkongsi perkhidmatan profesional kepakaran Ujian Tanpa Musnah (NDT) yang ditawarkan universiti kemahiran penuh itu kepada syarikat luar negara. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran , Pengajian Tinggi ,Sains,Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Haji Ahmad Razif Abd Rahman, berkata kerjasama dengan negara jiran, Indonesia itu mampu mencapai hasrat memenuhi permintaan industri antara kedua-dua negara. “Ruane-TATI yang sudah dikenali umum di dalam dan di luar negara sejak 1996 sebagai sebuah pusat yang melahirkan pakar-pakar NDT bersedia untuk melangkah lebih jauh dengan menawarkan perkhidmatan profesionalnya kepada negara luar yang memerlukan khidmat kepakaran kita,” kata beliau di majlis Memorandum Persefahaman (MoU) Ruane-TATI dan Indonesian Institute of NDT (IINDT) berlangsung di Hotel Harmoni One, Kota Batam, Indonesia, baru-baru ini. Turut hadir, Rektor TATiUC, Dr. Mohd Rozailan Mamat @ Ibrahim; Pengurus Besar Ruane-TATI

Encik Mohd Ali bin Mohamad, Pengarah IINDT Bapak Berry Wiraprima dan Pengurus Besar UT Quality, Batam Mr. Tim Polinelli . Haji Ahmad Razif berharap kerjasama itu akan dapat diteruskan untuk jangkamasa yang panjang memandangkan ia bermanfaat dan menguntungkan keduadua pihak. Sementara itu, Mr. Tim Polinelli berkata, syarikat NDT sentiasa berharap untuk menaiktaraf pekerja beliau kepada satu kualiti sijil profesional tahap tinggi iaitu PCN (Personel Certificate in Non-Destructive Testing) yang diiktiraf oleh BINDT dan kebanyakan negara di dunia. Beliau berkata, setakat ini syarikat UT Quality menghantar lebih daripada 5 pekerja ke IINDT sejak bekerjasama dengan Ruane-TATI dan akan terus menghantar untuk jangkamasa akan datang. MoU turut meminta Ruane-TATI memastikan latihan dan peperiksaan berjalan lancar di IINDT dengan menghantar tenaga pengajar dan pemeriksa yang bertauliah.

Seramai 39 pelajar sekolah menengah dan selebihnya murid sekolah rendah yang berdaftar melalui eKasih menerima bantuan yang pertama untuk Bahagian Kuala Terengganu itu. YB Toh berkata, pembangunan hiliran yang lain akan turut dibangunkan bagi membesarkan kapasiti kilang itu khususnya dalam industri petrokimia dan besi. “Permintaan besi dalam dunia sekarang amat Modal insan cemerlang ialah mereka yang mempunyai pengetahuan tinggi, berkemahiran, inovatif, memiliki nilai jati diri yang tinggi, beretika, terlatih serta mempunyai minda kelas pertama. Demikian kata Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said ketika merasmikan Karnival Pengajian Tinggi Negara, Jom Masuk U, di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu, barubaru ini. Hadir sama Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khalid Nordin; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Haji Ahmad Razif Abdul Rahman dan Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Professor Dr. Aziz Deraman. Katanya, empat strategi utama membangun dan memajukan negara ialah mendaya kembali pelaburan swasta, membangunkan modal insan, mensejahtera hidup rakyat dan memantapkan penyampaian perkhidmatan awam. Tambah Dato’ Seri Haji

tinggi. Malah, masih ada pelabur lain terutama daripada China yang berminat untuk membuka kilang khususnya dalam sektor perlombongan dan besi di engeri ini,” katanya. Beliau berkata Terengganu yang mempunyai banyak kemudahan asas dan kedudukannya yang strategik, mendapat perhatian banyak pelabur khususnya dari luar negara. Katanya, kilang itu nanti mampu menyedia-

YB Toh mengenakan baju sekolah kepada seorang murid pada program bantuan pakaian sekolah kepada 60 pelajar miskin sekitar Dun Bandar.

kan peluang pekerjaan kepada lebih 2,000 pekerja di mana 60 peratus bakal diisi penduduk tempatan, sementara tenaga mahir akan ditawarkan kepada graduan universiti yang memiliki kepakaran berse-

Menteri Besar melihat pelajar memohon kemasukkan ke pusat pengajian tinggi ketika merasmikan Karnival Pengajian Tinggi Negara, Jom Masuk U, di TTC, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Modal insan cemerlang Ahmad, tema ‘1Malaysia Pendidikan Untuk Semua’ membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap peluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi dibuka kepada semua ahli masyarakat tanpa mengira etnik, bahasa dan agama. “Kerajaan menekankan, bagaimana melahirkan generasi pintar yang berpegang teguh kepada agama, bekerja kuat, bertanggungjawab, prihatin

dan berdaya saing bagi meneraju Negara ke arah kemajuan yang bakal dicapai,” katanya Dato’ Seri Haji Ahmad berharap, kemajuan yang dicapai oleh Negara tidak disia-siakan oleh generasi muda kini dan peluang ini digunakan sepenuhnya oleh rakyat untuk mendapatkan maklumat yang jelas dan tepat. “Pelaburan kerajaan dalam bidang pendidikan

YT taja pelajar Yayasan Terengganu (YT) meraikan 959 pelajar negeri ini yang mendapat kejayaan cemerlang dalam pelbagai peperiksaan awam tahun lalu, di majlis khas di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Pada majlis itu, YT membelanjakan hampir RM800,000 bagi memberi sumbangan kepada pelajar sebagai skim galakan agar mereka meraih kejayaan lebih besar pada masa akan datang. Bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Sultan Sulai-

suaian. Pembinaan kilang besi melalui sebuah konsortium antara kerajaan Terengganu dengan pelabur China itu adalah yang ketiga selepas Perwaja Steel Sdn Bhd dan Lion Plate.

Nur Razlina Rozi dinobatkan pemenang Pingat Emas dan menerima wang tunai RM5,000, komputer riba, sehelai kot, medal dan sijil penghargaan yang disampaikan Dato` Seri Ahmad.

man I, Adik Nur Razlina Rozi dan sedang mengikuti pengajian A-Level di Kolej Yayasan UEM, dinobatkan pemenang Pingat Emas dan menerima wang tunai RM5,000, sebuah

komputer riba, sehelai kot, medal dan sijil penghargaan. 128 pelajar yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama dalam pelbagai

adalah untuk jangka panjang dan hasilnya tidak akan diperolehi sekelip mata tetapi dalam masa 15 hingga 20 tahun akan datang,” katanya. Katanya, pelaburan yang dibuat bukan sedikit malah ratusan juta ringgit setiap tahun untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dan boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan negara. bidang pula diberi hadiah wang tunai RM5,000 dan sijil penghargaan, setiap seorang. Pengarah YT, Haji Aziz Mamat, berkata sepanjang Januari hingga Oktober tahun lalu, sejumlah 24,726 pelajar di negeri ini mendapat manfaat bantuan persediaan pelajar melibatkan kos sebanyak RM17.6 juta. Mengenai program pembiayaan pelajar cemerlang mengikuti pengajian pelbagai bidang profesional di universiti tersohor di England, beliau berkata hingga kini 32 pelajar sedang menuntut di seberang laut.


Jumaat, 18 Februari 2011

sukan

19

Terengganu bersedia jadi hos LTdL

Oleh: Esah Abdullah

Kerajaan negeri bersedia menjadi tuan rumah dalam kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) serta menyediakan peruntukan sendiri jika diperlukan, untuk kejohanan itu tahun depan. “Atau sekurangkurangnya menjadi destinasi terakhir ‘final stage’ bagi kejohanan itu,” kata Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco, di Wisma Darul Iman, baru-baru ini. Katanya, perkara sebegini biasa berlaku bagi negara luar yang sanggup mengeluarkan belanja semata-mata untuk menarik sesuatu kejohanan ke tempat mereka kerana di sebalik acara yang berlangsung banyak faedah yang diperolehi termasuk publisiti dari sudut pelancongan. “Sebab itulah saya beri tawaran kepada penganJanji Kerajaan Terengganu buat enam pemain bola sepak yang merupakan anak kelahiran negeri ini kerana membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 menerima ganjaran setimpal atas kecemerlangan yang direkodkan mereka itu, ditunaikan, baru-baru ini. Anugerah berbentuk satu lot tanah banglo dan wang tunai RM5,000 seorang disampaikan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said kepada Mohd Ashaari Shamsuddin, Mohd Sarbinee Allawee Ramli, (pemain Terengganu), Mohd Muslim Ahmad, Izzat Faris Ramlan, Mohd Faizal Mohamad (Harimau Muda) dan pemain kelantan kelahiran Kuala Besut, Norshahrul Idlan Talaha. Dato’ Seri Ahmad berkata, kerajaan negeri sentiasa mengiktiraf dan bersedia memberi sebarang hadiah atau insentif sebagai mengiktiraf kejayaan atlet yang mengharumkan nama Terengganu serta Malaysia. Malah, beliau berharap lebih ramai lagi anak jati negeri ini berjaya dalam sukan pada masa akan datang. Pada masa yang sama, beliau mengingatkan pemain yang akan mewakili Terengganu dalam kancah Liga Malaysia 2011 supaya lebih berdisiplin dan tidak bersikap

Pasukan Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG) yang pertama kali menyertai LTdL 2011, baru-baru ini menunjukkan prestasi terbaik.

jur agar kejohanan LTdL akan datang peringkat akhir diadakan di Terengganu dan ianya boleh dimulakan dari Kemaman dan berakhir di Bandar Kuala Terengganu,” katanya. Dato’ Seri Ahmad seterusnya melahirkan rasa bangga dengan pencapaian pasukan Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG) yang pertama kali menyertai LTdL 2011, baru-baru ini. “Pelumba kita telah memberi saingan hebat dan sering berada dalam kelompok hadapan dalam setiap pusingan (10 pusingan) sepanjang kejohanan berlangsung dan

Ketua pasukan TSG,Anuar MAnan,menyapa Dato`Seri Ahmad yang datang ke lokasi bagi memberi sokongan kepada pasukan lumba basikal Terengganu. - Gambar oleh Ali Tengah

akhirnya berjaya menempatkan diri dalam senarai 10 pasukan terbaik kejohanan,” katanya. Katanya, sebagai persiapan menyertai kejohanan akan datang, pasukan kedua akan diwujudkan bagi membantu pasukan pertama mengatur strategi

memenangi kejohanan yang disertai. “Kerajaan bercadang menghantar pasukan kedua ini menjalani latihan di India dan pasukan pertama akan menjelajah ke seluruh negara sebelum di hantar ke Shanghai,” katanya.

Menteri Besar bersama SUK Terengganu serta YB Rozi menyaksikan majlis menandatangani kontrak pemain pasukan Terengganu.

Ganjaran julang Piala AFF Suzuki 2010 mudah berpuas hati dengan pencapaian mereka untuk memastikan negeri itu mampu muncul sebagai satu kuasa baru dalam sukan bola sepak. “Saya minta pihak pengurusan tidak berkompromi dengan pemain yang tidak berdisiplin ini dan bertindak tegas terhadap mereka, tanpa mengira status,” katanya selepas majlis penghargaan kepada pemain Terengganu yang mewakili Tereng-

ganu dalam Piala AFF Suzuki dan majlis menandatangani kontrak dua pasukan Terengganu, di Hotel Primula Beach Resort, Kuala Terengganu. Pasukan Terengganu dan pasukan T’Team akan mewakili Terengganu musim ini. Dato’ Seri Ahmad, berkata antara langkah yang boleh diambil termasuk memperkenalkan sistem potong elaun atau gaji terhadap pemain yang pon-

Penaja menunjukkan jersi baru yang akan dijadikan baju rasmi untuk pasukan T-Team.

teng latihan atau sengaja mencari masalah sewaktu perlawanan sehingga dilayangkan kad merah atau kuning. “Kalau pegawai per-

lawanan berkata mereka bertembung secara tidak sengaja, itu tidak mengapalah. Kadang-kadang mereka membuat perkara yang sama serta tidak se-

patutnya misalnya mereka pergi ke belakang dan tumbuk atau `peteh keting’, itu pekerjaan yang menyebabkan mereka terima kad merah serta itu perlu diambil tindakan tegas,” katanya. Beliau turut melahirkan harapan untuk melihat kedua-dua pasukan Terengganu itu membawa pulang satu daripada piala dipertandingkan bagi mengakhiri penantian lebih 10 tahun untuk bergelar juara. Selain penghargaan buat enam anak jati Terengganu yang membantu pasukan negara menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 baru-baru ini, turut diadakan majlis menandatangani kontrak perjanjian penajaan antara pasukan Terengganu dan PBDKT TTeam dengan penaja Specs serta Admiral. Turut berlangsung majlis menandatangani dan penyerahan kontrak pemain kedua-dua pasukan bersama pasukan masing-masing dengan ketua pasukan Terengganu Marzuki Yusof mendahului rakan sepasukannya, sementara pemain veteran Subri Sulong mengetuai pasukan T-Team yang lain menyerahkan kontrak mereka dengan turut disaksikan Menteri Besar.


Terengganu bersedia jadi hos LTdL

ms 23

sukan Bil. 35 (18 Februari 2011) http://teganukita.blogspot.com

‘HERO’ TERENGGANU

Janji Kerajaan Terengganu buat enam pemain bola sepak yang merupakan anak kelahiran negeri ini kerana membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 menerima ganjaran setimpal atas kecemerlangan yang direkodkan mereka itu, ditunaikan. - Gambar oleh Zulkipli Putra (Berita lanjut ms-19)

Ben Ainslie dari pasukan Teamorigin dinobatkan juara Piala Monsun 2010 buat julung kalinya, dan hadiah disampaikan SUK Terengganu, Dato’ Mazlan Ngah.

teganukita 35  

teganukita 35