Issuu on Google+

LAMPIRAN B

PROGRAM PENGHUTANAN SEMULA HUTAN SIMPAN SUNGAI JELOH, DAERAH HULU LANGAT DAN HUTAN SIMPAN BUKIT BELATA, DAERAH HULU SELANGOR PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)

PROGRAM PENGHUTANAN SEMULA DI ATAS KOMPARTMEN 1 DAN 2 SELUAS 200 HEKTAR DI HUTAN SIMPAN SUNGAI JELOH, DAERAH HULU LANGAT YANG DIUSAHAKAN OLEH SYARIKAT ALIRAN ANGSANA SDN BHD DAN SYARIKAT KINTA ISTIMEWA SDN BHD DAN KOMPARTMEN 6, 7 DAN 29 SELUAS 700 HEKTAR, DI HUTAN SIMPAN BUKIT BELATA, DAERAH HULU SELANGOR YANG DIUSAHAKAN OLEH SYARIKAT MEIGRAND SDN BHD DAN SYARIKAT SIM SWEE HIN SDN BHD.

MMKN pada ..... November 2009 bersetuju supaya Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor mengelaskan semula maklumat ini di bawah Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi (AKTA 88)

1


PENDAHULUAN Kandungan lampiran ini dikemukan dalam beberapa bahagian iaitu Lampiran B1: Hutan Simpan Sungai Jeloh -

Kronologi Maklumat syarikat-syarikat pemajak iaitu Kinta Istimewa Sdn Bhd dan Aliran Angsana Sdn. Bhd. Maklumat perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani Kedudukan masa kini

Lampiran B2: Hutan Simpan Bukit Belata -

Kronologi Maklumat syarikat-syarikat pemajak iaitu Meigrand Sdn. Bhd. dan Sim Swee Hin Sdn. Bhd. Maklumat perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani Kedudukan masa kini

2


LAMPIRAN B1: HUTAN SIMPAN SUNGAI JELOH

KRONOLOGI Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 30/2004 bertarikh 8 Disember 2004 telah meluluskan kawasan untuk mengeluarkan kayu balak balak dari kawasan Projek Pembangunan Terusan Air Untuk Tujuan Tebatan Banjir (PPTATTB) di Kompartmen 6, 7, 8 dan 11 Hutan Simpan Kuala Langat Utara, seluas 960 hektar seperti berikut: i) Aliran Angsana Sdn Bhd (486 hektar di Blok A, Kompat.8 dan sebahagian 7) ii) Kinta Istimewa Sdn. Bhd. (237 Hektar di Blok B, Kompt 22 dan sebahagian 7) iii) Mega Storm Sdn. Bhd (237 Hektar di Blok C,Kompt 6) Walaubagaimanapun MMKN 13/2005 yang berlangsung pada 8 Jun 2005 membuat keputusan untuk mengekalkan perwataan Hutan Simpan Kuala Langat Utara dan membatalkan kelulusan mengeluarkan saki baki kayu balak kepada syarikat-syarikat tersebut di atas. Ini adalah kerana setelah penelitian yang dibuat oleh Jabatan Perhutanan, didapati bahawa PPTATTB termasuk dalam Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) di bawah rancangan Fizikal Negara (RFN). Pada 14 Jun 2005, ketiga-tiga syarikat dimaklumkan melalui surat oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor mengenai pembatalan kelulusan yang telah diberi sebelum ini. Sebelum itu Syarikat Kinta Istimewa Sdn. Bhd. telah menjelaskan RM57,406 dan Syarikat Aliran Angsana Sdn. Bhd. telah menjelaskan RM95,129 sebagai bayaran pendaftaran, cagaran,premium, fee lesen dan ukur sempadan. Selepas menerima surat pembatalan kelulusan pembalakan di (PPTATTB) di Hutan Simpan Kuala Langat Utara, kedua-dua syarikat ini memohon untuk mendapatkan kawasan ganti kepada kawasan-kawasan yang kelulusannya dibatalkan. MMKN 14/2006 pada 15 Februari 2006 membuat keputusan untuk menggantikan projek lain dengan kos yang telah dijelaskan oleh pihak syarikat. Keputusan ini adalah berasaskan kertas cadangan yang disediakan oleh Jabatan Pertanian di mana asas pertimbangan adalah kerana kawasan ganti diperlukan bagi menampung segala perbalanjaan dan masa yang telah dikeluarkan oleh syarikat. Selain daripada itu, pihak syarikat telah merancang untuk mengusaha kawasan ganti dengan hutan tani yang dapat meningkatkan bekalan kayu balak melalui usaha penanaman secara ladang hutan. Menurut kertas cadangan yang sama,di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), projek ladang hutan dengan spesies-spesies kayu hutan terutamanya kayu balak adalah digalakkan. Cadangan pihak syarikat dilihat sebagai selaras dengan kehendak KPPK. Ekoran dari keputusan ini, pada 16 Oktober 2006, EXCO MTES No 8/25/2006 meluluskan kertas cadangan oleh Jabatan Pertanian (Kertas MTES No.:9/25/2006) yang memohon supaya kelulusan-kelulusan berikut diberi:-

3


-

Syarikat Kinta Istimewa Sdn. Bhd. untuk menjalankan Projek Pertanian (Ladang Hutan Getah) di Kompatmen 1, Hutan Jeloh, seluas 80 hektar bagi menggantikan kelulusan kawasan pembalakan yang dibatalkan di Hutan Simpan Kuala Langat Utara, lebih kurang 237 hektar.

-

Syarikat Aliran Angsana Sdn. Bhd. untuk menjalankan Projek Pertanian (Ladang Hutan Getah) di Kompatmen 2, Hutan Jeloh, seluas 120 hektar bagi menggantikan kelulusan kawasan pembalakan yang dibatalkan di Hutan Simpan Kuala Langat Utara, lebih kurang 486 hektar.

Mesyuarat Ahli Jemaah PKPS Bil 119 pada 10 Mei 2007 membincangkan perkara ini dan meluluskan pajakan-pajakan tersebut di atas kepada kedua-dua syarikat tersebut bagi tempoh 25 tahun. Mesyuarat ini juga memberi mandat kepada Pengurusan PKPS untuk menetapkan kadar pajakan dan menyediakan surat-surat perjanjian. Berikutan dengan ini, MMK 27/2006 pada 8 November 2007 meluluskan pemberian memberi konsesi tanah seluas 80 hektar kepada Kinta Istimewa Sdn. Bhd. manakala lesen penggunaan tanah diberi kepada PKPS. Kinta Istimewa Sdn. Bhd. dikehendaki memajak lesen tersebut daripada PKPS. Mesyuarat yang sama juga meluluskan pemberian konsesi tanah seluas 120 hektar kepada Aliran Angsana Sdn. Bhd. manakala lesen penggunaan tanah diberi kepada PKPS. Aliran Angsana Sdn. Bhd. dikehendaki memajak lesen tersebut daripada PKPS.

MAKLUMAT SYARIKAT YANG BEROPERASI DI HUTAN SIMPAN SUNGAI JELOH a) Syarikat Kinta Istimewa Sdn Bhd Menurut laporan yang diperolehi dari SSM bertarikh 28 September 2009, status Syarikat Kinta Istimewa Sdn. Bhd.status pada tarikh tersebut adalah ‘Dormant’. Alamat berdaftar syarikat ini seperti yang disenaraikan dalam laporan yang sama, adalah 30A, Jalan Melaka Raya 25, Taman Melaka Raya 75000 Melaka dan alamat perniagaannya adalah 9575 Kawasn Perindustrian Bukit Rambai, Melaka. Pengarah-pengarahnya adalah seperti berikut:Nama

K/P

Alamat

Tarikh Perlantikan

Yeo Kay Seet @ Yeo Siew Chong

381210-71-5189

168, Bkt. Beruang Heights, 75450 Melaka

14-3-2005

Tai Kee Lin

440202-04-5071

126, Taman Peringgit Jaya, 75400 Melaka

14-3-2005

Malif Bin Ismail

691202-04-5481

Batu 7, Bukit Rambai

25-10-2007

4


75250 Melaka Tai Chee Ming

800116-04-5207

288 A Kampung Lapan, 75200

25-10-2007

Melaka

Ahli lembaga pengarah asal adalah seperti berikut: 1. 2. 3. 4.

Mohd. Yazid bin Masian Zanariah binti Jomri Tai Kee Lin Yeo Kay Seet @ Yeo Siew Chong

b) Syarikat Aliran Angsana Sdn. Bhd. Menurut laporan yang diperolehi dari SSM bertarikh 28 September 2009 Syarikat Aliran Angsana Sdn.Bhd.ditubuhkan pada 15 Januari 2001 dan jenis perniagaanya adalah ‘Cultivation of rubber on the forest reserve land’. Alamat berdaftar syarikat ini seperti yang disenaraikan dalam laporan yang sama, adalah 30A, Jalan Melaka Raya 25, Taman Melaka Raya 75000 Melaka Melaka dan alamat perniagaannya adalah 9575 Kawasn Perindustrian Bukit Rambai, Melaka. Pengarah-pengarahnya adalah seperti berikut:Nama

K/P

Alamat

Tarikh Perlantikan

Yeo Kay Seet @ Yeo Siew Chong

381210-71-5189

245-C, Lorong 3, Jalan Parameswara 75000 Melaka

21-9-2005

Tai Kee Lin

440202-04-5071

125, Taman Peringgit Jaya 75400 Melaka

21-9-2005

Malif Bin Ismail

691202-04-5481

Batu 7, Bukit Rambai 75250 Melaka

21-9-2005

Tai Chee Ming

800116-04-5207

292-C Kampung Lapan 75200 Melaka

21-9-2005

Ahli lembaga pengarah asal adalah seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5.

Looi Si Hock Thng Yau Hock Tai Kee Lin Tai Chee Ming Yeo Kay Seet @ Yeo Siew Chong 5


6. Malif bin Ismail 7. Tai Chee Ming

PERJANJIAN Ekoran dari keputusan MMKN 27/2006 pada 8 November 2006 yang disebut di atas, Mesyuarat Jemaah PKPS No. 119 pada 10 Mei 2007 memutuskan supaya lesen pengunaan tanah dipajakkan kepada kedua syarikat-syarikat tersebut. Akta yang digunakan adalah Akta Perhutanan Negara 1984 dan dengan kadar-kadar berikut dipersetujui:Kadar pajakan seperti berikut: - Tahun 1 – 10: RM15 per hektar setahun - Tahun 11 – 25: RM25 per hektar setahun Selain itu syarikat-syarikat dikehendaki membayar cukai-cukai kepada Jabatan Perhutanan Negeri yang mana kadarnya ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri. ‘License Agreement’ antara PKPS dengan Syarikat Kinta Istimewa Sdn. Bhd. ditandatangani pada 27 Julai 2007, di mana PKPS telah memajakkan lesen pengunaan tanah selama 25 tahun bermula 2007 kepada syarikat ini. Pihak yang menderaf dan menyemak perjanjian adalah Tetuan Al Sabri & Co. bagi pihak PKPS dan Tetuan Amy Yeo & Associates bagi pihak Syarikat Kinta Istimewa Sdn. Bhd. Bagi pihak PKPS, perjanjian tersebut ditandatangani oleh Dato' Haji Karim Marzuki, Pengurus Besar Kumpulan PKPS pada masa itu dan Haji Ahmad Jamallullail b. Omar, Pengurus Kanan Kawalan Operasi PKPS pada masa tersebut. Bagi pihak Kinta Istimewa Sdn Bhd, perjanjian ditandatangani oleh pengarah-pengarahnya iaitu Tai Chee Ming,dan Malif bin Ismail, Pengarah Syarikat Kinta Istimewa Sdn Bhd. Perjanjian ‘License Agreement’ antara PKPS dengan Syarikat Aliran Angsana Sdn.Bhd. ditandatangani pada 27 Julai 2007, di mana PKPS telah memajakkan lesen pengunaan tanah selama 25 tahun bermula 2007 kepada syarikat ini. Pihak yang menderaf dan menyemak perjanjian adalah Tetuan Al Sabri & Co bagi pihak PKPS dan Tetuan Amy Yeo & Associates bagi pihak Syarikat Aliran Angsana Sdn. Bhd. Bagi pihak PKPS, perjanjian tersebut ditandatangani oleh Dato' Haji Karim Marzuki, Pengurus Besar Kumpulan PKPS pada masa itu dan Haji Ahmad Jamallullail b. Omar, Pengurus Kanan Kawalan Operasi PKPS pada masa tersebut. Bagi pihak Aliran Angsana Sdn Bhd, perjanjian ditandatangani oleh pengarahpengarahnya iaitu Tai Chee Ming,dan Malif bin Ismail, Pengarah Syarikat Kinta Istimewa Sdn Bhd. Berdasarkan perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani, unjuran pendapatan PKPS berbanding dengan syarikat-syarikat pemajak yang disenaraikan di carta berikut menujukkan

6


yang untuk tempoh lebih dari 20 tahun, PKPS akan mendapat RM70 ribu bagi pajakan tanah seluas 200 hektar di Hutan Simpan Sungai Jeloh ini.

CARTA UNJURAN PENDAPATAN PKPS BERBANDING SYARIKAT PEMAJAK BAGI TEMPOH TAHUN 2001 HINGGA 2024 BIL

SYARIKAT

PENDAPATAN PKPS

SYARIKAT PEMAJAK

Hasil Pajakan

Royalti

Hasil

(RM)

Balak (RM)

Ladang

Jumlah

Pendapatan

Keuntungan

(RM) 1.

Kinta Istimewa Sdn.

28,000

0

0

28,000

11,113,920

(1,018,579)

42,000

0

0

42,000

16,670,880

1,202,467

70,000

0

0

70,000

97,524,648

183,888

Bhd. 2.

Aliran Angsana Sdn. Bhd. JUMLAH

(Source: PKPS Oktober 2009)

KEDUDUKAN TERKINI PROJEK PERHUTANAN SEMULA DI HUTAN SIMPAN SUNGAI JELOH Pada masa ini, keseluruhan kawasan telah dibangunkan oleh kedua syarikat-syarikat pemajak dengan aktiviti projek ladang getah balak (latex timber clone, LTC). Jumlah bayaran yang telah diterima oleh pihak PKPS sehingga bulan Oktober 2009 adalah sebanyak RM12,600 iaitu Sehingga bulan Oktober 2009, Syarikat Aliran Angsana Sdn. Bhd. telah membayar pajakan sebanyak RM7,200 kepada PKPS dan Syarikat Kinta Istimewa Sdn. Bhd. tealh membayar pajakan sebanyak RM5,400 kepada PKPS.

7


LAMPIRAN B2: HUTAN SIMPAN BUKIT BELATA KRONOLOGI Pada 31 Jan 2007, MMKN 4/2007 memberi kelulusan kepada Syarikat Meigrand Sdn Bhd untuk menjalankan Projek Ladang Getah di menjalankan Projek Ladang Getah di Kompatmen 5, 6, 7, 22, seluas 202.34 hektar di Hutan Simpan Bukit Belata, Daerah Hulu Selangor. Projek Ladang Getah ini dikehendaki dijalankan secara usaha-sama (JV) dengan mana-mana subsidiari Kerajaan Negeri. Pada 10 Oktober 2007, MMKN 29/2007 memberi kelulusan juga diberi kepada Syarikat Sim Swee Hin Sdn. Bhd. untuk menjalankan Projek Ladang Getah di Kompatmen 7 dan 29, seluas 501 hektar di Hutan Simpan Bukit Belata, Daerah Hulu Selangor. Projek Ladang Getah ini dikehendaki dijalankan secara usaha-sama (JV) dengan mana-mana subsidiari Kerajaan Negeri. Kelulusan-kelulusan tersebut adalah berdasarkan Akta Perhutanan Negara 1984, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985 (pindaan 1993). Pada 14 Januari 2008, Mesyuarat Jemaah Ahli Majlis PKPS ke 121 meluluskan cadangan usahasama syarikat-syarikat tersebut dengan PKPS.

MAKLUMAT SYARIKAT YANG BEROPERASI DI HUTAN SIMPAN BUKITBELATA

a) Syarikat Meigrand Sdn.Bhd. Menurut laporan yang diperolehi dari SSM bertarikh 28 September 2009 Syarikat Meigrand Sdn.Bhd. ditubuhkan pada 28 September 1987 dan ianya didaftarkan sebagai Investment Holding Company. Alamat berdaftar syarikat ini seperti yang disenaraikan dalam laporan yang sama, adalah Unit 210C, Phileo Damansara 1, Seksyen 16, Petaling Jaya dan alamat perniagaannya adalah 9575 Kaw Perindustrian Bukit Rambai Melaka. Pengarah-pengarahnya Syarikat Meigrand Sdn. Bhd, adalah seperti berikut:Nama Tan Hooi Poh

K/P 720302-07-5178

Tai Kee Lin

440202-04-5071

Yeo Kay Seet @ Yeo Siew Chong

381210-71-5189

Tai Chee Ming

800116-04-5207

Alamat 11, Solok Tembaga Tiga, Green Lane, 11600 Georgetown, Penang 125, Taman Peringgit Jaya, 75400 Melaka 245-C, Lorong Tiga, Jalan Bandar Hilir, 75000 Melaka 292-C, Kampung Lapan, 75200 Melaka

Tarikh Perlantikan 20-1-2003

28-9-1987

1-4-1994

12-12-2003

8


Ahli lembaga pengarah asal adalah seperti berikut: 1. 2. 3. 4.

Tai Chee Ming Tan Hooi Poh Tai Kee Lin Yeo Kay Seet @ Yeo Siew Chong

b) Syarikat Sim Swee Hin Sdn. Bhd.

Menurut laporan yang diperolehi dari SSM bertarikh 7 Mac 2008 Syarikat Sim Swee Hin Sdn. Bhd.ditubuhkan pada 22 April 2004 dan jenis perniagaannya adalah Trading in Timber and Investment in Shares. Alamat berdaftar syarikat ini seperti yang disenaraikan dalam laporan yang sama, adalah 30A, Jalan Melaka Raya 25, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka dan alamat perniagaannya adalah 12B, Jalan Melaka Raya 15, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka. Pengarah-pengarahnya Syarikat Sim Swee Hin Sdn. Bhd, adalah seperti berikut:Nama Yeo Kay Seet @ Yeo Siew Chong

K/P 381210-71-5189

Tai Kee Lin

440202-04-5071

Tan Mem Buay

610314-04-5120

Alamat 168, Bkt. Beruang Heights, 75450 Melaka 125, Taman Peringgit Jaya, 75400 Melaka 3589-C, Jalan Bacang 75300 Melaka

Tarikh Perlantikan 1-4-1994

30-12-1994

30-12-1994

Ahli lembaga pengarah asal adalah seperti berikut: 1. Tan Mem Buay 2. Tai Kee Lin 3. Yeo Kay Seet @ Yeo Siew Chong

9


PERJANJIAN Ekoran dari keputusan MMKN ini, kedua-dua Syarikat Meigrand Sdn Bhd dan Syarikat Sim Swee Hin Sdn. Bhd. telah mengenalpasti PKPS sebagai syarikat usaha sama untuk projek perladangan ini. Mesyuarat Jemaah Majlis Ahli PKPS No 121 pada 14 Januari 2008 meluluskan cadangan usahasama antara PKPS dan Syarikat Meigrand Sdn. Bhd untuk melaksanakan Projek Tanaman Pokok Balak Getah di Kompatmen 5, 6,7 dan 22 Hutan Simpan Bukit Belata seluas 202 Ha. Mesyuarat Jemaah yang sama juga meluluskan cadangan usahasama antara PKPS dan Syarikat Sim Swee Hin Sdn. Bhd untuk melaksanakan Projek Tanaman Pokok Balak Getah di Kompatmen 7 dan 29 seluas 501 hektar di Hutan Simpan Bukit Belata Sejurus itu, Syarikat Meigrand Sdn Bhd melalui Board of Resolution bersetuju untuk memasuki usaha sama (JV) dengan PKPS.

pada 4 Mac 2008

Pada tarikh yang sama, iaitu 4 Mac 2008, Syarikat Sim Swee Hin Sdn Bhd melalui Board of Resolution bersetuju untuk memasuki usaha sama (JV) dengan PKPS. ‘Joint Venture Agreement’ antara PKPS dengan Syarikat Meigrand Sdn.Bhd. ditandatangani pada 19 Mac 2008, di mana PKPS telah memajakkan lesen pengunaan tanah selama 25 tahun kepada syarikat ini. Pihak yang menderaf dan menyemak perjanjian bagi pihak PKPS adalah Bahagian Kesetiausahaan dan Perundangan PKPS dan bagi pihak Syarikat Meigrand Sdn Bhd, Tetuan Amy Yeo & Associates. Bagi pihak PKPS, perjanjian tersebut ditandatangani oleh Hj Mohd Nordin bin Darhan, Pemangku Pengurus Besar PKPS pada masa tersebut dan Aqmal Azam bin Ahmad Timbalan Pengurus Besar Kumpulan Pembangunan Perniagaan. Bagi pihak Meigrand Sdn Bhd, perjanjian ditandatangani oleh pengarah-pengarahnya iaitu Tai Chee Ming dan Tan Hooi Poh. Kadar pajakan adalah seperti berikut -

Tahun 1 – 10: RM 7,500 setahun Tahun 11 - 24 : RM 12,500 setahun Tahun 25: Perkongsian keuntungan projek sebanyak 30% daripada keuntungan atau RM 100,000, di mana kadar yang lebih tinggi akan diambil kira.

Selain itu syarikat dikehendaki membayar cukai-cukai kepada Jabatan Perhutanan Negeri yang mana kadarnya ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri. ‘Joint Venture Agreement’ antara PKPS dengan Syarikat Sim Swee Hin Sdn.Bhd. ditandatangani pada 19 Mac 2008, di mana PKPS telah memajakkan lesen pengunaan tanah selama 25 tahun kepada syarikat ini. Pihak yang menderaf dan menyemak perjanjian bagi pihak PKPS adalah Bahagian Kesetiausahaan dan Perundangan PKPS dan bagi pihak Syarikat Sim Swee Hin Sdn Bhd, Tetuan Amy Yeo & Associates. Bagi pihak PKPS, perjanjian tersebut ditandatangani oleh Hj Mohd Nordin bin Darhan, Pemangku Pengurus Besar PKPS pada masa tersebut dan Aqmal Azam bin Ahmad Timbalan Pengurus Besar Kumpulan Pembangunan 10


Perniagaan. Bagi pihak Sim Swee Hin Sdn Bhd, perjanjian ditandatangani oleh pengarahpengarahnya iaitu Tan Mem Boay dan Yeo Kay Seet @ Yeo Siew Chong. Kadar premium yang ditetapkan dalam perjanjian tersebut di atas adalah RM2000 per hektar dan kadar-kadar pajakan adalah seperti berikut -

Tahun 1 – 10: RM 3,000 setahun Tahun 11 - 24 : RM 5,000 setahun Tahun 25: Perkongsian keuntungan projek sebanyak 30% daripada keuntungan atau RM 100,000, di mana kadar yang lebih tinggi akan diambil kira.

Selain itu syarikat dikehendaki membayar cukai-cukai kepada Jabatan Perhutanan Negeri yang mana kadarnya ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri. Berdasarkan perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani, unjuran pendapatan PKPS berbanding dengan syarikat-syarikat pemajak yang disenaraikan di carta berikut menujukkan yang untuk tempoh lebih dari 20 tahun, PKPS akan mendapat RM227,500 bagi pajakan tanah seluas 700 hektar di Hutan Simpan Sungai Jeloh ini, manakala syarikat-syarikat pemajak dijangka mendapat keuntungan sebanyak RM18 juta.

CARTA UNJURAN PENDAPATAN PKPS BERBANDING SYARIKAT PEMAJAK BAGI TEMPOH TAHUN 2001 HINGGA 2024 BIL

SYARIKAT

PENDAPATAN PKPS

SYARIKAT PEMAJAK

Hasil Pajakan

Royalti

Hasil

(RM)

Balak (RM)

Ladang

Jumlah

Pendapatan

Keuntungan

(RM) 1.

Meigrand Sdn. Bhd.

65,000

0

0

65,000

28,062,648

3,151,011

2.

Sim Swee Hin Sdn.

162,500

0

0

162,500

69,462,000

15,658,000

227,500

0

0

227,500

97,524,648

18,809,011

Bhd. JUMLAH (Source: PKPS Oktober 2009)

11


KEDUDUKAN TERKINI PROJEK PERHUTANAN SEMULA DI HUTAN SIMPAN BUKIT BELATA Buat masa kini, seluas 200 hektar yang diberi konsesi kepada Syarikat Meigrand Sdn. Berhad telah dibangunkan oleh syarikat pemajak dengan aktiviti projek ladang getah balak (latextimber clone, LTC). Kawasan seluas 500 hektar yang diberi kepada Syarikat Sim Swee Hin Sdn. Bhd, belum dibangunkan kerana PKPS telah membekukan permohonan lesen penggunaan tanah kepada Jabatan Perhutanan Negeri. Buat masa ini, Kerajaan Negeri telah mengarahkan supaya Jabatan Perhutanan Negeri membayar semula kesemua bayaran-bayaran yang telah dibuat oleh syarikat ini dan membatalkan lesen pajakan yang telah diberi. Jumlah bayaran yang telah diterima oleh pihak PKPS sehingga bulan Oktober 2009 adalah sebanyak RM21,000 iaitu :Sehingga bulan Oktober 2009, Syarikat Syarikat Meigrand Sdn. Bhd. telah membayar pajakan sebanyak RM15,000 kepada PKPS dan Sim Swee Hin Sdn. Bhd. telah membayar pajakan sebanyak RM6,000 kepada PKPS.

12


lampiran-b-hutan-bukit-belata-sg-jeloh