Page 1

PESTA SUKAN IPTIM 2011 І 01

EDISI 5 | 26/10/11 28 ZULKAEDAH 1432

RABU PENGHARGAAN

SOKONGAN KIAN PADU !!!

Sokongan adalah elemen penting bagi setiap individu, pasukan, dan sesuatu organisasi. Hari keempat Pesta Sukan IPTIM 2011 memperlihatkan cara sokongan yang kuat daripada setiap kontijen yang bertanding. Antara yang mencuri tumpuan ramai ialah alatan-alatan yang digunakan untuk bersorak sepanjang perlawanan berlangsung. Kebanyakan penyokong menggunakan botol air kosong yang diisi batubatu kecil supaya dapat menghasilkan bunyi yang kuat untuk memberi sorakan yang padu dan dengan penuh bersemangat. Terdapat juga kontijen dari pasukan Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) yang menggunakan alatan muzik seperti kompang dan simbal bagi mengiringi sorakan mereka. Keadaan riuh rendah dengan sorakan ini menarik perhatian ramai orang yang lalu lalang di luar gelanggang untuk menonton perlawanan tersebut. Selain itu, suasana di gelanggang bola jaring semalam menjadi kelam kabut seketika apabila `scoreboard` digital yang mempamerkan keputusan dan minit perlawanan terpadam. Difahamkan terdapat pekerja yang telah secara tidak sengaja menutup suis tersebut kerana berlaku salah faham. Namun, sukarelawan yang terli-

bat bertindak pantas dengan membuka semula suis bagi mengatasi masalah tersebut. Lain pula ceritanya tentang perlawanan bola sepak dan futsal yang mana masing-masing berlangsung di padang bola sepak Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur dan gelanggang futsal Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak. Perlawanan bola sepak menjadi buah mulut ramai apabila pasukan dari Pusat Asasi UIAM, Petaling Jaya berjaya menjaringkan lapan (8) gol tanpa balas semasa bertanding dengan Kolej Islam Antarabangsa (IIC). Pasukan dari Universiti Islam Yala (YIU), Thailand pula begitu menyerlah sepanjang perlawanan futsal diadakan. Terkini, pasukan tersebut berjaya memenangi kedua-dua perlawanan yang dipertandingkan dengan KISDAR dan juga Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Nampaknya, pasukan YIU, Thailand mampu memberi saingan hebat kepada pasukan yang lain. Adakah mereka mampu mengekalkan prestasi mereka hingga ke peringkat akhir?? Mari kita saksikan hingga hari terakhir Pesta Sukan ini!!! WAKTU SOLAT 26 OKTOBER 2011

SUBUH

05:47

ZUHUR

12:58

ASAR

16:18

MAGHRIB

18:59

ISYAK

20:05


PESTA SUKAN IPTIM 2011 І 02

TUMPUAN TIGA LOKASI

BOLA SEPAK KIAS [0] CFS IIUM [8] Pada hari ke – 4 Pesta Sukan IPTIM 2011, sebanyak tiga lokasi utama telah digunakan iaitu Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya, Padang Barsiti Universiti Malaya, dan Gelanggang Futsal Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak. Acara bola jaring, bola tampar (lelaki), bola tampar (wanita) dan sepak takraw bertempat di Pusat Asasi UIAM, Petaling Jaya manakala acara futsal di gelanggang futsal UIAM Gombak dan bola sepak di padang bola sepak, Universiti Ma-

laya. Perlawanan bola tampar (lelaki) telah berlangsung di Pusat Asasi UIAM, Petaling Jaya dan berjaya menarik tumpuan ramai kerana pasukan yang bertanding mempunyai kekuatan yang sangat mengagumkan penonton. Suasana di gelanggang bola tampar bertambah gamat dengan sorakan

para penyokong walaupun cuaca semakin mendung. Namun demikian, perlawanan tetap diteruskan dengan meriah. Acara lain seperti bola jaring dan sepak takraw juga turut tidak ketinggalan mendapat perhatian ramai. Lebih menarik, perlawanan futsal telah melibatkan semua kontinjen dan mereka telah dibahagikan kepada tiga kumpulan. Walau bagaimanapun, semua kontinjen dapat melayakkan diri ke suku akhir kecuali Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR). Bagi penonton, Universiti Islam

Ismail Petra (KIAS) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Mereka telah bertolak sebelum pukul 8.30 pagi lagi manakala pasukan bola sepak Pusat Asasi UIAM dan Kolej Islam Antarabangsa (IIC) bertolak sebelum pukul 3.00 petang ke adang bola sepak, Universiti Malaya untuk perlawanan pada sebelah pagi dan petang. Kepulangan mereka ke Pusat Asasi telah menggembirakan penyokong bola sepak KUIS dan Pusat Asasi UIAM kerana mereka berjaya mengalahkan pihak lawan dengan penuh bermaruah walaupun terdapat sedikit perselisihan faham antara mereka dan pihak lawan.

Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi, Pesta Sukan IPTIM pada hari ini amat meriah dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada peYala Thailand telah mem- nonton walaupun cuaca persembahkan corak per- tidak berapa baik. mainan yang mantap dan bergaya di mana mereka berjaya mengalahkah KISDAR dengan keputusan 61 pada waktu pagi dan 5-0 ketika bertemu Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) pada sebelah petang. Lain pula ceritanya bagi kontinjen bola sepak Kolej Islam Antarabangsa Sultan

lwn lwn

KUIS [1] IIC [1]

BOLA JARING KUIM [12] UNITI [14] KUIM [11] IIC [29]

lwn lwn lwn lwn

IIC [32] KUIS [31] CFSIUM [35] UNITI [12]

SEPAK TAKRAW IIC [0] KUIS [1] CFS IIUM [2] KUIN [1]

lwn lwn lwn lwn

KUIN [3] KIAS [2] IIC [1] KIAS [2]


PESTA SUKAN IPTIM 2011 І 03

Berdasarkan setiap perlawanan yang telah diadili, bagaimanakah tahap kepatuhan para kontinjen terhadap peraturan permainan yang telah ditetapkan ? Encik Abdul Rahman Pengadil Perlawanan Bola Tampar (Lelaki) “Pada asasnya, saya melihat kualiti permainan bola tampar pada tahun ini telah meningkat dan bertambah baik daripada Pesta Sukan IPTIM yang lalu. Kefahaman para pemain dari setiap pasukan tentang peraturan-peraturan dalam permainan juga bertambah baik dan ini dapat mempertingkatkan lagi prestasi pasukan masing-masing.” Kamsiah Nordin Pengadil Perlawanan Bola Jaring “Terdapat segelintir pemain yang masih belum memahami peraturan-peraturan asas dalam permainan bola jaring. Mereka kerap melakukan kesilapan-kesilapan kecil seperti sentuhan dan gerakan kaki. Walaupun pada dasarnya permainan mereka amat bagus tetapi mereka harus meningkatkan lagi tahap pengetahuan mereka terhadap peraturan-peraturan permainan bola jaring.”

Muhammad Zubir Shahri Pengadil Perlawanan Sepak Takraw “Pada pendapat saya, masih terdapat segelintir pasukan yang cuba melanggar peraturan permainan seperti membantah keputusan yang telah diberikan oleh pengadil. Mereka sepatutnya faham dan patuh terhadap peraturan yang telah ditetapkan.”

BOLA TAMPAR (L) UNITI [0] CFS IIUM [3] KIAS [3] KISDAR [1]

lwn lwn lwn lwn

KISDAR [3] KUIS [2] KUIM [1] KUIS [3]

BOLA TAMPAR (W) KUIS [0] KIAS [3] UNITI [0]

lwn lwn lwn

CFS IIUM [3] KUIM [2] CFS IIUM [3]

http://www.facebook.com/pestasukaniptim2011

FUTSAL CFS IIUM [0] KUIM [2] KUIS [5] UNITI [4] KISDAR [1] KIAS [3] IIC [1] YIU [5] KUIN [1]

lwn lwn lwn lwn lwn lwn lwn lwn lwn

UNITI [1] KISDAR [1] KIAS [0] IIC [2] YIU [6] KUIN [1] CFS IIUM [4] KUIM [0] KUIS [1]

http://Proiptim2011@gmail.com


PESTA SUKAN IPTIM 2011 І 04

Ibnu ‘Umar r.a pernah berkata: Apabila engkau berada di waktu petang , maka janganlah engkau menunggu ketibaan waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu ketibaan waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu (bersukan) untuk masa sakitmu dan masa hidupmu (beribadah) untuk matimu.

Pesta Sukan IPTIM 2011  

Buletin Pesta Sukan IPTIM 2011 Edisi 5