Issuu on Google+

PESTA SUKAN IPTIM 2011 І 01

EDISI 4 | 25/10/11 27 ZULKAEDAH 1432

SELASA

PENGHARGAAN

PERSAINGAN SEMAKIN SENGIT !!!

Hari ketiga Pesta Sukan IPTIM dihangatkan dengan lima (5) acara iaitu bola sepak, sepak takraw, bola jaring, bola tampar dan ping pong. Acara-acara yang dimulakan seawal pukul 8.30 pagi mendapat tumpuan ramai dan menjadi perbualan hangat antaranya bola tampar. Acara bola tampar lelaki antara pasukan Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan pasukan Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) menjadi gamat sepanjang perlawanan dengan sorakan para penyokong daripada kedua-dua belah pihak. Perlawanan menjadi semakin meriah dengan paluan kompang penyokong KISDAR yang penuh bersemangat memberi sokongan kepada pasukan mereka. Pasukan Pusat Asasi, UIAM yang pada awalnya bagai telur di hujung tanduk apabila peluang mereka untuk menang sangat tipis apabila ketinggalan 2-0 pada dua set yang pertama. Namun, keadaan berubah apabila pasukan Pusat Asasi, UIAM kembali mendapat rentak dan menang pada set ketiga. Perlawanan diteruskan lagi kepada set yang keempat di mana pasukan Pusat Asasi, UIAM berjaya menyamakan kedudukan kepada 2-2. Disebabkan keputusan perlawanan seri, pasukan Pusat Asasi, UIAM akhirnya berjaya mengheret pasukan KISDAR ke set penentuan iaitu pada set yang kelima dan akhirnya Pusat Asasi, UIAM berjaya memenangi perlawanan dengan 3-2.

Wartawan Zoom sempat menonton perlawanan kedua bola sepak yang berlangsung dengan sengit pada sebelah petang di antara pasukan Kolej Islam Antarabangsa (IIC) dengan pasukan Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Walaupun gerimis, komitmen dan corak permainan setiap pemain tetap konsisten. Masing-masing menunjukkan kehandalan beraksi di atas padang bagi mencari ruang untuk merobek gol lawan. Setelah separuh masa pertama tanpa sebarang gol, akhirnya Mohd. Yusuf yang menyarung jersi nombor lapan (8) dari pasukan KUIN berjaya membolosi gol IIC pada minit ke-46. Suasana di padang begitu gamat dengan sorakan setiap pasukan. Akhirnya, pasukan IIC berjaya memecahkan kebuntuan hasil sepakan Mohd. Nafie, jersi nombor tiga (3) pada empat (4) minit terakhir sebelum permainan tamat bagi menyamakan kedudukan. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1. Perlawan peringkat akhir Ping Pong merupakan acara kemuncak semalam. Pasukan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan pasukan Pusat Asasi, UIAM layak berentap di perlawanan akhir bagi merebut tempat pertama. Pada empat (4) set berturut-turut pasukan Pusat Asasi, UIAM berjaya mempertahankan kemenangan. Walaupun harapan bagi pasukan KUIS agak tipis, namun mereka berjaya menundukkan pasukan WAKTU SOLAT Pusat Asasi, UIAM pada set 25 OKTOBER 2011 terakhir. Keputusan penuh bagi perlawanan itu ialah 4-1. SUBUH 05:41 Pasukan Pusat Asasi, UIAM berjaya merangkul tempat ZUHUR 13:01 pertama diikuti oleh pasukan ASAR 16:18 KUIS tempat kedua dan IIC MAGHRIB 19:00 di tempat ketiga. ISYAK

20:10


PESTA SUKAN IPTIM 2011 І 02

6 ACARA SUDAH BERMULA

PING PONG JOHAN CFS IIUM NAIB JOHANn KUIS KETIGA

CFS IIUM

KEEMPAT

KUIM

BOLA JARING (P1) KUIS lwn IIC [26] [22] (P2) CFS IIUM Bola sepak, bola jaring, sepak takraw, bola tampar (lelaki), bola tampar (wanita), dan ping pong, itulah acara - acara yang telah dipertandingkan semalam. Kesemua acara tersebut telah bermula seawal jam 9.00 pagi. Dari jauh, kelihatan para atlit berpusu - pusu bergerak ke lokasi perlawanan masing - masing dengan azam untuk mengumpul pingat sebanyak yang mungkin. Dari jauh sudah kedengaran sayup - sayup suara sorakan, gendang dan hon. Kehadiran para penyokong menggamatkan

suasana hari itu ekoran lontaran kata - kata semangat dan sokongan moral kepada pemain pemain. Dalam kebanyakan acara yang berlangsung, kami sempat meninjau perlawanan bola jaring yang telah diadakan di gelanggang atas berdekatan Mahallah Zainab AL - Jahsy dan kami mendapati,

persaingan antara pasukan yang bertanding sangat ketara. Nampaknya, semua tidak mahu mengaku kalah dengan berusaha sedaya upaya untuk melonjakkan nama kontinjen masing – masing dalam perlawanan tersebut. Secara keseluruhannya, acara – acara yang dipertandingkan berjalan dengan lancar dan berakhir kira-kira jam 10.00 malam. Pada hari yang sama, masa yang berlainan, telah berlangsung Majlis Forum & Dialog Pesta Sukan

IPTIM di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara iaitu sebuah majlis yang memberi peluang kepada pengurusan tertinggi Pengajian Tinggi Islam Malaysia (IPTIM) untuk menyuarakan pendapat dan pandangan. Majlis ini diadakan bagi mendapatkan pengiktirafan rasmi daripada kerajaan amnya dan Kementerian Pengajian Tinggi

khususnya, terhadap penganjuran Pesta Sukan IPTIM dan hala tujunya. Majlis ini berlangsung selama dua jam tiga puluh minit bermula jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.Ahli ahli jawatankuasa dan sukarelawan daripada Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia turut bersamasama menjayakan majlis. Y. Bhg. Dr Saharuddin Hj. Ismail, Setiausaha Bahagian, Bahagian Sukan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia merasmikan majlis dialog berkenaan.Dalam ucapannya beliau berkata, kerajaan amat menyokong padu usaha penganjuran yang menekankan aspek keislaman ini kerana ia adalah satu langkah dalam kita memperkenalkan Islam sebagai cara hidup terutamanya kepada mereka yang bukan Muslim. Oleh sebab itu, satu cadangan telah diusulkan iaitu untuk mewujudkan sebuah sekretariat yang sudah tentunya dapat memimpin institusi yang terlibat seterusnya menaik taraf Pesta Sukan IPTIM. Semoga segala matlamat ini dapat menjadi sebuah kenyataan. InsyaAllah..

[42] (P3) KUIM

lwn UNITI

lwn

[7]

[4] KUIS [25]

SEPAK TAKRAW (P1) KUIS lwn CFS IIUM [1] [2] (P2)

IIC

lwn

KIAS

(P3)

[0] KUIN

lwn

[3] KIAS

[1]

[2]

(P1)

BOLA TAMPAR (L) KUIN lwn KIAS

(P2)

[3] KISDAR lwn

[0] CFS IIUM

[2]

[3]

(P3)

KUIS [3]

lwn

UNITI [2]

(P3)

KUIN

lwn

KUIM

[3]

(P1)

[0]

BOLA TAMPAR (W) CFS IIUM lwn KIAS [3]

[0]

(P2)

KUIM [1]

lwn UNITI [3]

(P3)

KUIS

lwn

IIC [1]

[0]

lwn

BOLA SEPAK KUIN [1]

KUIS lwn [0]

KIAS

[3]

CFS IIUM [1]


PESTA SUKAN IPTIM 2011 І 03

Apakah strategi yang telah dirangka oleh anda untuk memenangi acara ping pong pada Pesta Sukan IPTIM tahun ini ?

“…Pasukan kami mengaplikasi pendekatan yang berbeza seperti pengetahuan asas mengenai ping pong, smash dan blocking . Selain itu, kami juga menganalisis kelebihan dan kemahiran setiap pemain kami bagi memantapkan lagi tahap permainan mereka…” En. Ahmad Faidsal Omar Jurulatih Pasukan Ping Pong

“…Strategi yang kami gunakan dalam acara ini adalah dengan mengadakan perlawanan persahabatan antara bekas – bekas pemain ping pong institusi kami, Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia…” En. Mohd Rijal Jamaluddin Jurulatih Pasukan Ping Pong Kolej Universiti Islam Selangor ( KUIS )

Apakah perasaan anda sebagai ketua pasukan ping pong setelah memenangi pingat dalam acara ini ? “…Sudah semestinya kami berasa gembira dengan kejayaan kami . Hal ini kerana segala penat lelah dan usaha kami selama dua minggu berbaloi dengan kejayaaan yang kami gapai . Selain itu, kerjasama yang jitu antara pemain – pemain kami juga telah menyumbang kepada kemenangan kami pada hari ini…” Muhammad Hafifi B Yahya Kapten Pasukan Ping Pong Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Posisi tidur yang kurang sihat 1) Tidur berbaring dengan posisi terlentang akan menekan tulang punggung dan menggalakkan kita ingin ke tandas. 2) Tidur meniarap atau menelungkup tidak sesuai untuk pernafasan. Saat Rasulullah s.a.w melihat seorang sahabat yang tidur meniarap, baginda mengejutkannya lalu bersabda “Bangunlah! Ini adalah posisi tidur yang dibenci oleh Allah.” (Sahih Bukhari) 3) Tidur mengiring ke kiri akan menghimpit jantung lalu mengganggu sistem pengaliran darah ke otak. Kemungkinan, kita akan mengalami mimpi-mimpi yang kurang menyenangkan atau berjalan dalam keadaan tidur. Posisi tidur yang baik 1) Tidur mengiring ke kanan dan sebolehnya kepala mengarah ke utara dan kaki mengarah ke selatan supaya tubuh tidak menolak arus medan magnet yang mengaliri tubuh badan dari kepala (utara) menuju ke kaki (selatan) bagi melancarkan sistem saraf. 2) “Apabila kamu hendak tidur berwuduklah dahulu sebagaimana kamu solat, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

TAZKIRAH

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka ….. dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah An-Nuur 24:31)

http://www.facebook.com/pestasukaniptim2011

http://Proiptim2011@gmail.com


PESTA SUKAN IPTIM 2011 І 04


Pesta Sukan IPTIM 2011