Fikrah#9 Edisi 9 - Kerajaan Nik Aziz

Page 4

4

| FIKRAH PRU 13

LALUAN BERTINGKAT UNTUK KESELESAAN PENDUDUK BACHOK - Kerajaan pusat bercadang akan membina laluan bertingkat (Flyover) di Pekan Jelawat, dekat sini bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku lebih teruk dalam tempoh dua tahun akan datang. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak yang bersetuju mengenai rangkaian jalan yang lebih selesa bagi keperluan rakyat.

LEMBAH SIREH :

apa istimewanya

Liziz Standco? Projek pembangunan dan pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) adalah projek usaha sama di antara Kerajaan PAS Kelantan dan Liziz Stadaco Sdn Bhd (LSSB). Kertas cadangan itu dikemukakan oleh syarikat berkenaan pada bulan April 2001 dan diluluskan oleh mesyuarat exco Kerajaan PAS pada 19 Jun 2002. Perjanjian projek PTSK telah ditandatangani pada bulan Julai 2003 melibatkan persetujuan Kerajaan PAS menyerahkan lebih kurang 1,000 ekar tanah kepada syarikat itu. Sebagai balasan syarikat tersebut sepatutnya memberi sumbangan dalam bentuk kewangan dan pembangunan fizikal bernilai lebih RM350 juta kepada kerajaan negeri. Sehingga November 2011, Kerajaan PAS telah menyerahkan tanah seluas 716.8 ekar kepada LSSB meliputi 4 zon iaitu Kg. Tikat – Pulau Jerami, Istana Kota Lama – Kg Cina, Sebelah Kg Laut, Tumpat dan Tesco – Kg Pintu Geng. Projek yang melibatkan pembangunan infrastruktur dan pembangunan akan disiapkan dalam tempoh 12 tahun bermula 2003 dan berakhir 2015. Walaupun hanya tinggal 2 tahun lagi sebelum projek sepatutnya siap, tetapi syarikat didapati masih gagal memberikan sumbangan kepada kerajaan negeri seperti dalam perjanjian. Selain itu kemajuan projek juga tidak mengikut jadual yang ditetapkan. Disebalik kegagalan syarikat itu menunaikan perjanjian, sejumlah 716.8 tanah telah dipindah milik kepada LSSB tanpa sekatan kepada syarikat. Pindah milik dibuat pada tahun 2003 hingga 2009. Sebahagian tanah telah dicagarkan oleh syarikat kepada bank. Sepatutnya Kerajaan PAS wajib memastikan syarikat menunaikan janji dan sumbangan mereka seperti perjanjian dan penyerahan milik hanya dibuat selepas projek diselesaikan. Selain dari masalah di atas, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) juga mendapati perancangan projek tersebut bergantung sepenuhnya kepada syarikat tanpa kajian terperinci dan penilaian projek sewajarnya oleh Kerajaan PAS Kelantan. Keputusan membenarkan pindah milik itu dibuat oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu

PTSK yang dipengerusikan oleh Ahmad Yacob, Timbalan Menteri Besar Kelantan. Jawatankuasa ini telah bersetuju membenarkan syarikat mencagar tanah itu kepada bank sebelum ianya di angkat ke mesyuarat exco untuk pertimbangan dan kelulusan. Cagaran tanah untuk tujuan pinjaman bank ini mendatangkan risiko besar kepada kerajaan sekiranya pinjaman itu gagal dijelaskan. Kerajaan PAS juga memberi keistimewaan kepada syarikat melanggar perjanjian dengan tidak menunaikan bon jaminan sehingga laporan audit 2012 dikeluarkan walhal bon itu patut dilunaskan dalam tempoh 3 bulan dari perjanjian bermula.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN Kelantan berkata, hanya pembinaan laluan bertingkat sahaja boleh menyelesaikan masalah kesesakan yang berlaku di kawasan itu selain menjimatkan kos pengambilan tanah yang membabitkan banyak bilangan rumah kediaman berbanding kaedah lain. "Pembinaan laluan itu sebenarnya menjadi fokus utama saya dan ianya perlu disegerakan memandangkan ia kini sekitar pekan terutamanya Pasar Jelawat sudah mulai sibuk dengan kenderaan terutama pada penghujung minggu dan musim perayaan," katanya. Awang Adek yang juga Ketua UMNO Bahagian Bachok berkata, keadaan kesesakan lalu lintas akan lebih teruk apabila Hospital Bachok dibina di lokasi satu kilometer dari situ yang urusan mengenainya termasuk tender kepada kontrator kini dalam pengurusan. "Lebih sesak lagi apabila pertambahan pelajar baharu setiap tahun oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Kolej Universiti Islam Sains dan Teknologi dalam tempoh beberapa tahun akan datang," katanya.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.