Page 1

AHAD | 21 APRIL 2013 | 10 JAMADIL AKHIR 1434H

ISU #2

PAS AKAN TUMPAS DI PASIR PUTEH

RAKYAT BANGKIT!!

PASIR PUTEH – Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman yakin kebangkitan penentangan rakyat terhadap PAS akan memberikan satu kerusi Parlimen dan empat Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), 5 Mei depan.

Keyakinan ini juga di dorong oleh faktor dalaman calon dan pergolakan yang berlaku dalam parti PAS di Pasir Puteh. Kegagalan Wakil Rakyat PAS menjalankan amanah yang diberikan rakyat selama ini dan pemilihan calon yang ditolak oleh akar umbi adalah antara penyebab yang akan memberikan peluang cerah kepada Barisan Nasional Pasir Puteh untuk menang empat kerusi Dewan Undangan Negeri dan satu parlimen di sini. Zawawi berkata, keputusan bekas pengarah pilihan raya DUN Semerak, Shukri Mohamad, untuk bersama UMNO jelas membuktikan PAS mempunyai masalah

dalaman yang semakin sukar dibendung.

Zawawi yang turut bertanding di DUN Semerak berkata, Shukri tidak berpuas dengan pemimpin PAS di kawasan yang terbabit terutama mengenai isu rampasan tanah orang miskin dan dakwaan skandal seks pemimpin PAS Pasir Puteh. “Malah bukan hanya Shukri, Setiausaha PAS Cawangan Danan, Ibrahim Ismail juga telah mengistiharkan akan bertanding atas tiket calon bebas. “Sama seperti Shukri, Ibrahim tidak berpuashati dengan pucuk pimpinan PAS yang memilih peyandang DUN itu, Saiful Bahri Mohamad juga di dakwa terbabit dengan skandal seks “kereta api” yang tidak disenangi anggota-anggota PAS di akar umbi sendiri,” katanya kepada pemberita selepas memperkenalkan caloncalon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di dewan Sekolah Menengah Tok Janggut di sini, hari ini.

Difahamkan, Shukri juga telah turut serta berceramah di pentas BN bagi membantu mencapai kemenangan pada PRU13 nanti. Calon-calon itu ialah Parlimen, Tuan Mustaffa Tuan Mat, Selising Zulkifli Ali, Limbongan Mohd Rujihan Salleh, Semerak Zawawi Othman dan Gaal Redzuan Stapha. Mengulas mengenai calon Parlimen PAS yang juga bekas wakil rakyat DUN Gaal, Zawawi berkata, Tuan Mustaffa, terpaksa bertarung kali kedua dengan calon PAS Nik Mazian Nik Muhammad manakala kali pertama kedua-duanya bertanding merebut DUN Gaal pada PRU-KE 12 lepas yang dimenangi Nik Mazian dengan majoriti tipis iaitu lebih 40 undi. Bagaimanapun Zawawi berkata, keadaan sekarang jauh berubah apabila Nik Mazian gagal membawa apa-apa perubahan di DUN berkenaan walaupun diberi peluang empat penggal pilihan raya.


2

| FIKRAH PRU 13

KRONISME DAN NEPOTISME – Darah Daging Pembangkang KOTA BHARU - PAS gagal bertindak tegas menentang amalan budaya kronisme dan nepotisme dalam parti politik kerana ia memang menjadi amalan subur setiap pimpinan pembangkang. Penyokong PAS sendiri mutakhir ini sedar mereka telah tertipu dengan permainan politik parti itu apabila budaya berkenaan yang kononnya mereka tentang tetapi jelas menjadi amalan pimpinan PAS sendiri. Satu ketika dahulu orang Kelantan sendiri pernah mendakwa PAS adalah singkatan daripada Parti Asri Sekeluarga mengambil sempena nama bekas Presiden PAS Allahyarham Datuk Asri. Hari ini fenomena itu terus subur bercambah dan setiap parti pembangkang dipenuhi anak beranak pimpinan parti termasuklah dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Menurut bekas aktivis PAS Kelantan, Datuk Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani, budaya kronisme dan nepotisme di dalam PAS itu membuktikan bahawa antara PAS, DAP dan PKR sebenarnya tidak mempunyai apa-apa perbezaan. PKR dan DAP sudah lama mengamalkan

budaya kronisme dan nepotisme. Dalam DAP, penasihatnya adalah Lim Kit Siang yang juga selaku ahli parlimen. Anaknya, Lim Guan Eng bukan sahaja menjadi Ketua Menteri malah turut memegang jawatan penting di dalam parti. "Tidak cukup dengan itu, menantu Kit Siang yang juga merupakan isteri Guan Eng juga menjadi wakil rakyat. Pengerusi DAP, Karpal Singh juga turut mempertaruhkan anaknya yang menjadi wakil rakyat," katanya. Tambahnya, di dalam PKR pula penasihatnya terdiri dari Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga merupakan seorang ahli parlimen, anaknya Nurul Izzah juga ahli parlimen dan isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menjadi presiden parti. "Sekarang budaya itu telah berjangkit kepada PAS apabila anak Mursyidul Amnya, Nik Abduh diangkat sebagai calon pada pilihan raya kali ini. Sebelum ini beliau juga turut memegang jawatan penting di dalam pemuda parti itu," katanya. Lewat perkembangan tersebut, adalah jelas bahawa PAS kini tidak terkecuali

dari label sebagai parti anak beranak. Lalu, sekiranya rakyat masih ingin memberi mandat kepada parti itu pada PRU - 13 ini bermakna, kita sengaja menempah untuk menjadi mangsa penipuan politik anak beranaknya.

MANIFESTO PUN PAS BELUM BERANI KELUARKAN

bersama ketua Pusat Daerah Mengundi, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung Persekutuan dan Ketua Cawangan di Dewan Pejabat Pendidikan Daerah Bachok di sini. Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, tindakan PAS itu juga mungkin disebabkan parti itu berada di dalam dilema mengenai janji baru yang perlu dibuat sekiranya manifesto baru dilancarkan.

BACHOK - Tindakan PAS Kelantan belum mengeluarkan manifesto baru bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke13 (PRU 13) biarpun senarai calon telah diumumkan menunjukkan kelemahan parti itu.

menunaikan janji kepada rakyat di negeri ini. “Kemungkinan PAS malu untuk mengeluarkan manifesto baru memandangkan yang lama yang dijanjikan juga gagal dibuat.

Ini kerana pemimpin PAS sedar mereka telah gagal untuk menunaikan janji yang telah dibuat pada setiap pilihan raya raya umum sejak tahun 1990 dan rakyat telah menyedarinya.

“Sekiranya manifesto baru dikeluarkan, rakyat pasti akan mempersoalkan janji pada manifesto lama masih belum dilaksanakan. Jadi amat sukar untuk PAS mengeluarkan manifesto baru kerana janji lama tidak tertunai.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, tindakan itu menunjukkan PAS mengakui dakwaan parti tersebut gagal melunaskan dan

“Jika mereka bertindak mengeluarkan manifesto baru, rakyat pasti akan tertanyatanya manifesto lama yang masih disimpan,” katanya kepada media ketika ditemui selepas majlis perjumpaan calon P025

“Kalau yang lama tak ditunaikan macam mana yang baru nak dibuat. Mungkin itulah dilema yang membelenggu pimpinan PAS. Sebab itulah sehingga ke hari ini mereka masih belum melancarkan manifesto baru untuk rakyat Kelantan. “Mungkin mereka tak ada niat nak buat manifesto pun sebab mereka tak akan tunaikannya. Berbeza dengan Barisan Nasional (BN), Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak umumkan manifesto secara menyeluruh. “BN Kelantan pula membuat tambahan spesifik yang lebih dekat untuk kepentingan rakyat Kelantan. Kita bukan manifesto main-main sebab itu kita namakan akujanji,” katanya. Sehubungan itu, katanya, rakyat perlu sedar sekiranya tiada manifesto baru apa jaminan yang mampu diberikan PAS Kelantan.


FIKRAH PRU 13 |

3

mereka sudah membangunkan perumahan untuk rakyat," kata Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh pada sidang media sempena Majlis Guru Cakna Rakyat Bersama Pemimpin dan Masyarakat di Dewan Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail Petra 4 di sini. Pengumuman mengenai projek perumahan rakyat yang membabitkan 400 unit di sini oleh Kerajaan Negeri dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan pada ceramahnya di Kampung Baru, Wakaf Mek Zainab dekat sini. Menurut Mohd Fatmi, kerajaan BN mampu membina satu perumahan pangsa di Kelantan selepas tiga tahun mengambil alih Kelantan pada tahun 1978. "BN ambil alih Kelantan tahun 1978 dan pada tahun 1981 rumah pangsa tersebut telah diap. Siap dalam masa tiga tahun, bukannya (baru) mulakan pembinaan. Sudah pun siap untuk diduduki. Ini contoh Barisan Nasional," katanya.

Selepas 23 Tahun Baru PAS Rancang Rumah Rakyat KOTA BHARU Selepas 23 tahun memerintah, baru kini Kerajaan Negeri Kelantan berhasrat hendak bina rumah kos sederhana untuk rakyat dengan kos RM160,000 seunit yang dijual pada harga RM70,000 dengan subsidi RM90,000.

Tindakan itu menimbulkan tandatanya oleh Calon BN bagi Parlimen Kota Bharu, "Kenapa baru sekarang nak buat? Adakah mereka baru jadi kerajaan, berapa lama dah jadi kerajaan. Kalau betul-betul ini kerajaan yang prihatin untuk kesejahteraan rakyat, sepatutnya di awal pemerintahan lagi

Beliau menambah, jika PAS mengambil tampuk pemerintahan pada 1990, yang baru sekarang mahu merancang untuk membina perumahan dan bukannya siap untuk diduduki oleh rakyat. "Maknanya kalau tiga tahun lagi (tempoh pembinaan), sudah jadi 26 tahun pemerintahan (PAS) barulah rakyat dapat rasa. Ini tidak patut. Oleh itu, saya seru rakyat tukar kerajaan Kelantan kepada Barisan Nasional," katanya. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Mac lalu mengumumkan untuk membina 1,000 unit rumah rakyat di sini. Pengumuman Najib yang juga Pengerusi BN itu melibatkan kos RM160,000 seunit, yang akan dijual pada harga hanya RM35,000 dengan subsidi RM125,000.

BN TRANSFOMASI BIDANG PERTANIAN Bantu Golongan Miskin MACHANG – Bagi menghargai jasa golongan petani, Barisan Nasional (BN) telah memperkenalkan program transformasi dalam usaha membantu meningkatkan sektor pertanian di samping mengurangkan beban perbelanjaan harian orang ramai. Calon BN bagi Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Datuk Yaakub berkata, tindakan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memperkenalkan pasar tani berpuluh tahun lalu menjadi platform bagi petani memasarkan sendiri produk mereka. “Dengan cara ini petani dapat memasarkan sendiri produk mereka tanpa menggunakan khidmat orang tengah dan masyarakat boleh mendapatkan barangan yang lebih segar pada harga yang lebih rendah. Langkah kerajaan ini membuka peluang kepada petani untuk meningkatkan pendapatan,” katanya selepas merasmikan majlis pelancaran Pasar Tani Mega Machang dengan imej baru, di sini.

Jazlan yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen berkata, peniaga di pasar-pasar utama tidak perlu gusar atau tergugat dengan kewujudan pasar tani sebaliknya mengambil peluang tersebut bagi membina hubungan baik dengan golongan petani bagi mengukuhkan perniagaan masingmasing. Sebahagian besar produk yang dijual di pasar tani diusahakan petani tempatan yang mana kita boleh percayai keselamatannya dari segi penggunaan bahan kimia dan sebagainya berbanding produk import. “Pada masa yang sama, ia mampu membangunkan golongan petani tempatan seterusnya membantu mereka mengubah ekonomi keluarga,” katanya. Pada majlis yang sama, seramai lima usahawan FAMA menerima motosikal roda tiga bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan masing-masing.

Imej baru tersebut bertujuan memastikan pasar tani terus menjadi pilihan kepada pengguna untuk membeli pelbagai jenis barangan tanpa rasa jemu. Katanya, ia dilaksanakan secara berperingkat di seluruh negara bagi menarik lebih ramai pengguna ke pasar tani. “Terdapat 30 buah pasar tani di Kelantan yang melibatkan 1,707 peserta dan jumlah ini bertambah setiap tahun bergantung kepada perkembangan dan sambutan orang ramai. “Pasar tani Machang pula mula beroperasi sejak 1989 dan mempunyai seramai 143 orang peserta. Pelbagai aktiviti dan kemudahan yang disediakan kepada peserta pasar tani bagi bagi membantu mereka meningkatkan pendapatan,” katanya.


4

| FIKRAH PRU 13

GADAI AGAMA

Untuk Putrajaya KOTA BHARU - PAS gagal menangani isu berkaitan akidah umat Islam adalah bukti PAS selama ini hanya bertopengkan agama. Pemimpin tertinggi parti juga jelas menunjukkan sikap demi menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum kali ini mereka sanggup memperjudikan prinsip parti kepada sekutunya DAP dan PKR. Atas sebab itu lahir penentangan terbuka terhadap PAS dikalangan guruguru pondok di Kelantan, terutamanya pengasas pondok Genting Tumpat, Abdullah Sa’amah. “Kebergantungan PAS terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menjadi sebab parti itu tidak mampu menyuarakan pendirian sebenar mereka kerana bimbang bakal menjejaskan persiapan pakatan pembangkang menjelang pilihan raya umum nanti. “Sebab itu, membabitkan

dalam beberapa isu agama Islam, majlis

pemimpin tertinggi PAS gagal menjelaskan pendirian tegas mereka, seperti dalam isu kalimah Allah, kerana khuatir akan memberi kesan kepada sokongan rakyat terhadap parti. Demikian menurut Abdullah Sa’amah atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Guru Haji Lah Genting. PAS dakwanya kini berada dalam keadaan tersepit, dilanda dilema antara cita-cita atau mempertahankan agama. "Apa yang nyata sehingga ke hari ini pemimpin PAS masih sanggup meneruskan kerjasama dengan PKR dan DAP biarpun kedua-dua parti itu telah bertegas dengan pendirian kalimah Allah boleh digunakan oleh agama lain. Walhal, pendirian tersebut tidak selari dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang tidak membenarkan kalimah suci itu diguna pakai oleh bukan Islam," katanya.

KENAPA PERLU TUKAR KERAJAAN PAS KELANTAN APA KATA MEREKA? "Kelantan perlu berubah bukan kerana politik sahaja tetapi kerana kestabilan dan kesejahteraan hidup rakyat secara menyeluruh termasuk dalam semua aspek kehidupan. Sejarah selama 23 tahun PAS mentadbir Kelantan tidak pernah ada perubahan yang dilakukan, maka untuk perubahan itu rakyat mesti tukar kerajaan PAS kepada UMNO" – Shahrul Fadhel

Kita sebenarnya mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Tetapi ini tidak ada pada kerajaan PAS. Dan inilah sangat mengecewakan kita di sepanjang pemerintahan mereka. "Anehnya wakil-wakil rakyat yang hanya baru sepenggal jadi wakil rakyat dah nampak begitu mewah sekali sedangkan rakyat susah di bawah nampak semakin susah. Sebab itu kita wajar tukar PAS pada Pilihan Raya Umum ini" – Mohamad Zaidan Abdul Rahim

Kerajaan PAS semakin angkuh dan takabur. Soal agama sanggup diperdagangkan demi kepentingan politik mereka. "Kerajaan seperti ini jika terus diberikan kuasa, pasti negara boleh tergadai asalkan mereka hidup senang"

– Ariff Hakimi Zulkifli

Fikrah Edisi#2  

Fikrah Edisi 2 - Keluaran Khas Sempena PRU13 Negeri Kelantan

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you