JUN 2020 Bil. 71
www.umt.edu.my
UMT
Ditaraf 5 Bintang MyRA COVID-19 dan Normal Baharu Kehidupan Syarahan Perdana Profesor Dr. Tengku Sifzizul
eISSN 2716-6457
9
772716
645004
TERKINI DI PASARAN RM90.00 Wow! Beautiful Terengganu Malaysia Pengarang: Noraien Mansor ISBN: 978-967-2417-18-7 Tahun: 2020
RM40.00 RM40.00 The Importance of Molecular Biology in Drug Discovery; New Wealth Prospects Author: Tengku Sifzizul Tengku Muhammad ISBN: 978-967-2320-40-1 Year: 2019
Sidang Redaksi Penaung
YBhg. Prof. Dato' Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar
Penasihat
YH Prof. Dato’ Dr. Noraien Mansor
Ketua Pengarang
Mohd Afifullah Ahmad
Kandungan 4 6 8 10 12 14 16 18 22 24 26 28 30 32
Sekalung Tahniah YBhg Prof. Dato' Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak Sekalung Tahniah YBhg Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azhar Abbas Penarafan 5 Bintang MyRa UMT Terus Cemerlang UMT Raih Tajaan Projek MARE daripada Kesatuan Eropah COVID-19 dan Norma Baharu Kehidupan Masyarakat
Bilik Gerakan Bencana UMT Siap Siaga Perangi COVID-19 Syarahan Perdana UMT Tampilkan Profesor Dr. Tengku Sifzizul Pelajar Sains Tanaman Jamin Kelestarian Sumber Makanan
UMT Diiktiraf Patuh SAGA 2019 Jelajah Ilmu Kota Padang Telusuri Ilmu Bioteknologi Marin & Rumpun Budaya ANoMa FSSM Kongsi Ilmu Jana Pendapatan Masyarakat Perlu Proaktif Tangani COVID-19 'Charity Fun Run 2020' Kumpul Dana Kelab MUTIARA Renungan
Pereka Grafik
Siti Najwa Mohd Noor
Pembaca Pruf
Siti Najwa Mohd Noor Nur Hidayah Samsul
Jurufoto
Krew Media Kreatif
Hak Cipta Terpelihara Š 2020. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia.
4
Sekalung Tahniah YBHG PROF. DATO’ SERI DR. MOHAMED MUSTAFA ISHAK atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPPT) Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi
Infokus Jun 2020
5
6
Sekalung Tahniah YBHG TAN SRI DATO' SRI SHAMSUL AZHAR ABBAS atas pelantikan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UMT
Infokus Jun 2020
7
8
Penarafan 5 Bintang MyRA UMT Terus Cemerlang oleh:
Zul-Atfi Hashim Sayed Mohd Tamimuddin Sayed Ibrahim Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
U
MT telah meraih lima bintang bagi penarafan Malaysia Research Assessment (MyRA) 2020 yang merupakan suatu instrumen yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian bagi mengukur pencapaian kesemua universiti di Malaysia di dalam Penyelidikan, Pembangunan, Pengkormersialan dan Inovasi (RDCI). Pencapaian RDCI merupakan kayu ukur utama yang digunakan oleh kesemua universiti di dunia untuk memastikan keterlihatan global mereka dicapai. Majlis penganugerahan watikah penarafan bintang MyRA ini telah disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad dalam satu majlis ringkas bertempat di Palm Garden Hotel, Putrajaya pada 16 Mac 2020. RDCI merupakan jantung bagi semua universiti. UMT sebagai sebuah universiti komprehensif yang berfokuskan kepada ilmu
kelautan dan sumber akuatik, ahli akademik perlu menghasilkan pengetahuan baharu melalui aktiviti penyelidikan serta menyebar dan berkongsi pengetahuan baharu yang dijana kepada pelajarpelajar, komuniti dan industri bagi menghasilkan kekayaan, meningkatkan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat. Apabila kepakaran UMT diiktiraf di peringkat antarabangsa, universiti berupaya meningkatkan pengambilan pelajar siswazah antarabangsa serta menghasilkan kolaborasi penyelidikan dengan institusi terkenal luar negara. Secara tidak langsung para penyelidik UMT berpeluang menerima geran antarabangsa serta menghasilkan penerbitan bersama di dalam jurnal berimpak tinggi. Ia telah dibuktikan dengan beberapa penyelidik UMT telah berjaya menghasilkan artikel penyelidikan di dalam jurnal Nature, Nature Ecology and Evolution dan Nature Communications.
Infokus Jun 2020
Oleh itu, adalah amat penting sekali bagi UMT untuk sama-sama bergerak sehati sejiwa di dalam memperkasakan lagi input, output dan impak aktiviti-aktiviti RDCI untuk membolehkan pencapaian UMT diiktiraf, bukan sahaja di peringkat nasional, tetapi yang lebih penting lagi di peringkat antarabangsa. “Sepanjang saya menjawat jawatan Naib Canselor UMT, saya sentiasa menekankan kepentingan pencapaian MyRA kepada semua warga UMT. Jika dilihat pencapaian UMT semenjak MyRA diperkenalkan pada tahun 2010, UMT telah memperolehi penarafan 3 bintang secara konsisten sehingga tahun 2016 kecuali pada tahun 2011 di mana UMT hanya mendapat 2 bintang”, ujar Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar. “Oleh itu, sebagai Naib Canselor, saya menitikberatkan pencapaian cemerlang di dalam RDCI agar penarafan MyRA dapat ditingkatkan sasarannya kepada 4 bintang pada tahun 2017 dan 5 bintang pada tahun 2018. Justeru itu, kita sebagai sebuah universiti tidak seharusnya melakukan perkara yang sama semenjak beberapa
tahun yang lepas dan mengharapkan keputusan yang lebih baik dicapai. UMT telah mengorak langkah yang lebih proaktif dan memperkenalkan pelbagai intervensi dan perancangan yang lebih strategik. Oleh itu, sepanjang tahun 2017 dan 2018, ekosistem RDCI diperkasakan lagi untuk membolehkan pencapaian yang lebih baik dan cemerlang, dan, ianya dilakukan secara ‘by design’ untuk memoptimumkan sumber yang ada di UMT”, tambah beliau lagi. Pencapaian ini bertepatan dengan aspirasi kegemilangan UMT untuk menjadi universiti tersohor dalam bidang Ilmu Kelautan dan Sumber Akuatik, bukan sahaja mendapat pengiktirafan setempat tetapi juga antarabangsa. Tekad UMT untuk menuju MyRA 6 bintang pada tahun 2021 dengan strategi rapi dan pihak penyelidik juga telah bersedia ke arah UMT 6 Bintang MyRA. Sistem penilaian ini memberi ruang dan peluang kepada UMT untuk membuat dasar termasuk penetapan dasar penting sekali gus menyemarakkan usaha membangunkan serta memantapkan pencapaian universiti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
9
10
FOKUS
UMT Raih Tajaan Projek MARE daripada Kesatuan Eropah oleh: Dr. Hing Lee Siang Fakulti Sains dan Sains Marin
M
ARE, Kelestarian Pantai dan Delta Laut untuk Asia Tenggara (Marine Coastal and Delta Sustainability for Southeast Asia) merupakan projek yang dibiayai bersama oleh program Erasmus+ Kesatuan Eropah (EU). Terdapat 13 institusi yang mengambil bahagian dalam projek ini dengan Malaysia dan Vietnam masing-masing mempunyai empat
institusi terlibat, sementara selebihnya adalah dari negara EU. UMT merupakan salah satu institusi di Malaysia yang berjaya mendapat tajaan melaksanakan projek ini. Tujuan projek ini adalah untuk mempromosikan tadbir urus & pengurusan mapam sistem sosial ekologi pesisir, delta & marin (CDM) di perairan Malaysia dan Vietnam serta kawasan sekitar yang berdekatan.
Infokus Jun 2020 Dalam konteks pelajar, selain daripada meneruskan jurusan pengkhususan pengajian masing-masing, projek ini memberikan latihan tambahan kepada pelajar dengan pelbagai kemahiran dan latihan yang digariskan dalam domain CDM untuk membolehkan pelajar mangaplikasinya di tempat kerja masa hadapan. Tumpuan akan diberikan kepada pelajar dalam bidang kejuruteraan dan sains di peringkat sarjana dan pascasiswazah. Tambahan pula, ahli fakulti akan menerima latihan semula dalam bidang akademik dan penggunaan ICT terkini untuk membantu pengembangan portfolio pengajaran dan penyelidikan mereka. Kakitangan sokongan ICT juga akan menerima peluang pengembangan profesional dan perkembangan ICT terkini (peralatan bilik darjah, e-pembelajaran & pengurusan e-sains) melalui program latihan yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh projek. Projek ini dikoordinasikan oleh University of Bremen dan akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga tahun 2022. Bagi UMT, Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) dan Fakulti Sains dan Sains Marin (FSSM) akan menjadi pusat utama untuk melaksanakan pakej kerja yang digariskan semasa Mesyuarat Kick-off projek MARE dari 18 hingga 20 Februari 2020 di University of Bremen, Jerman. UMT diwakili oleh Prof. Madya Dr. Mohd Fadzil Mohd Akhir (INOS) dan Dr. Hing Lee Siang (FSSM).
Dalam tempoh masa selama tiga tahun, iaitu bermula Januari 2020 sehingga Disember 2022, institusi pengajian tinggi perlu memperluaskan hubungkait antara pasaran buruh dan pihak berkepentingan. Ini dilakukan melalui pengemaskinian kursus semasa yang ditawarkan dengan mengambil kira input pelbagai pihak berkepentingan serta mempertingkatkan penggunaan informasi dan teknologi komunikasi (ICT) terkini. Platform ini bukan sahaja membuka peluang perkongsian pengajaran dan pembelajaran bahkan turut meningkatkan peluang kolaborasi di kalangan ahli akademik, staf sokongan dan pelajar daripada institusi dalam dan luar negara yang terlibat.
11
12
FOKUS
COVID-19 dan Norma Baharu Kehidupan Masyarakat oleh:
Amera Hanna Mohd Tajuddin Penerbit UMT
P
ada 12 Januari 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan bahawa corona virus adalah penyebab penyakit yang melibatkan sistem pernafasan oleh sekumpulan masyarakat di bandar Wuhan, Hubei, China. Penyakit Corona Virus 2019 atau lebih dikenali sebagai COVID-19 yang pertama disahkah positif di Malaysia pada 25 Januari 2020 telah dikesan pada pelancong yang berasal dari China melalui Singapura, berikutan wabak tersebut. Pada awalnya, kes-kes yang dilaporkan adalah rendah dan sebahagian besarnya adalah kes-kes yang diimport, hingga munculnya klusterkluster tempatan pada bulan Mac.
dan sempit serta sentiasa berada di rumah dan hanya keluar untuk urusan penting sahaja. Norma baharu ini juga telah menyebabkan sesetengah institusi dan syarikat membenarkan pekerja untuk bekerja dari rumah, kebenaran ke pejabat untuk menyiapkan tugasan secara berjadual dan kelompok kecil, malah ada juga yang terpaksa bercuti tanpa gaji, dipotong gaji hingga separuh dan diberhentikan sementara.
Justeru, rakyat kini harus menjalani kehidupan seharian dengan norma baharu. Kerajaan telah melancarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk suatu tempoh bagi meratakan unjuran
Namun di sebalik pandemik ini, UMT turut menjalankan pelbagai inisiatif untuk menjaga kebajikan dan keselamatan warga pelajar. Antara insiatif ini termasuklah sumbangan berjumlah RM70,000.00 kepada pelajar yang kekal berada di kampus, permohonan yang dilakukan melalui aplikasi atas talian MyEhsan dan juga memulangkan wang yang telah dibelanjakan oleh pelajar untuk pembelian tiket perjalanan pulang ke kediaman yang terjejas, berikutan tidak mendapat kelulusan universiti untuk pulang ke rumah. Di samping itu, UMT telah memastikan lima kafeteria dalam kolej kediaman dibuka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa serta kumpulan Act of Kindness (AOK) yang telah beroperasi untuk memberi sumbangan makanan percuma kepada pelajar yang memerlukan selain pengagihan barangan keperluan harian. Sumbangan dana dan barangan keperluan adalah dari warga UMT serta masyarakat sekeliling.
lengkung kes COVID-19 di negara ini. Antara langkah yang perlu dipatuhi semasa perintah ini adalah kerap membasuh tangan, memakai
Bilik Gerakan COVID-19 telah diwujudkan sebagai pusat rujukan serta mendapatkan maklumat perkembangan terkini berkaitan inisiatif
pelindung muka dan hidung, menjaga jarak sosial, mengelakkan diri dari berada di kawasan sesak
dan pelan tindakan sepanjang tempoh PKP oleh kerajaan berkuatkuasa. UMT juga melaksanakan
Pandemik conona virus ini berasal dari ‘severe acute respiratory syndrome coronavirus 2’ (SARS-CoV-2) yang membawa penyakit COVID-19. Krisis global yang telah melanda kebanyakan negara pada masa ini merupakan antara cabaran terbesar yang pernah dihadapi dunia sejak Perang Dunia Kedua. Namun, COVID-19 bukan sahaja memberi impak besar kepada kesihatan rakyat sedunia, malah, virus ini juga mencetuskan krisis sosial, ekonomi dan politik yang berupaya meninggalkan kesan yang mendalam.
Infokus Jun 2020 1
2
3
kaedah pengajian secara e-Pembelajaran melibatkan kursus sarjana manakala aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam makmal mahupun projek kumpulan kecil diteruskan seperti biasa dengan mengambil kira panduan kesihatan yang disarankan oleh Pusat Kesihatan Universiti (PKU). UMT turut menghasilkan produk nyahkuman buatan sendiri untuk kegunaan warga universiti dan tujuan komersil. Kajayaan sekumpulan penyelidik melalui Institut Bioteknologi Marin (Prof. Dr. Fadzilah Adibah Abdul Majid dan Prof. Dr. Yeong Yik Sung) yang berjaya mengeluarkan sejumlah 2,000 botol produk cecair pembasmi kuman pada Fasa 1 PKP keluaran UMT. Produk ini mengandungi bahan aktif berasaskan alkohol sebanyak 70 peratus. Ramuan tambahan seperti gel aloevera digunakan bagi tujuan pelembap dan minyak essential berasaskan tea tree pula sebagai pengharum di samping kesan antikuman. Penyediaan produk ini adalah mengikut kepada cadangan WHO dengan sedikit pengubahsuaian dari segi komposisi bahan yang digunakan. Manakala untuk pelindung muka, Dr. Nurul Farhana Ismail, seorang pegawai perubatan di UMT telah menghasilkannya bagi memenuhi keperluan semasa.
1.
Penghasilan cecair pembasmi kuman oleh penyelidik dari IMB.
2.
Antara langkah keselamatan yang diambil sebelum memasuki UMT.
3.
Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar turut mengagihkan makanan kepada pelajar yang kekal berada di kolej kediaman.
4.
Dr. Nurul Farhana dan staf dari PKU dalam penyediaan pelindung muka untuk sumbangan kepada hospital berdekatan.
4
13
14
FOKUS
Bilik Gerakan Bencana UMT Siap Siaga Perangi COVID-19 oleh:
Tengku Nuriah Tengku Abdul Rahman Shafie Umardi@Kamarol Bahrin Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
B
ermula dari pengumuman YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP dilaksanakan sejak 18 Mac 2020, UMT turut mengambil inisiatif dengan menubuhkan pasukan Gerakan Bencana UMT bagi membanteras penularan wabak penyakit Coronavirus atau COVID-19 khususnya di UMT. Menurut Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr Nor Aieni Mokhtar, pasukan Gerakan Bencana UMT itu berperanan untuk memantau, melapor dan merekod aktiviti dan data sehingga 14 April 2020, seramai 1754 orang pelajar di Kolej Kediaman dan luar kampus, staf serta lain-lain yang melibatkan pergerakan masuk ke kampus ketika ini. “Pemantauan ini penting bagi memastikan keselamatan dan kesihatan semua pihak terutama para pelajar terpelihara. Dalam masa yang
sama, UMT sentiasa menitikberatkan kebajikan mereka dari segi pemakanan, penginapan dan emosi sentiasa diutamakan. Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) sentiasa mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa dengan pihak Keselamatan, Kolej Kediaman dan Pusat Kesihatan Universiti bagi memastikan faktor keselamatan, penginapan dan kesihatan serta emosi pelajar sentiasa dijaga,” ujar Dato’ Nor Aieni lagi. Tambah beliau, selain sukarelawan staf dan pelajar, unit badan beruniform turut berperanan dalam memberikan kerjasama agar aktiviti seperti pengagihan makanan kepada pelajar dalam dan luar kampus, kawalan Bilik Gerakan dan pergerakan masuk ke UMT dapat diselaraskan mengikut dari semasa ke semasa mengikut arahan yang disarankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Infokus Jun 2020 Sementara itu, Timbalan Naib Canselor HEPA, Prof. Madya Dr. Hafiz Zakariya memaklumkan pelbagai pertandingan elektronik e-aktiviti dihebahkan kepada pelajar dengan menawarkan pelbagai hadiah yang menarik. Pertandingan seperti mencipta puisi, poster dan mengambil gambar serta lain-lain yang berkaitan dengan situasi Covid-19 diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan kreativiti masing-masing. Dr. Hafiz turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan dan sukarelawan pelajar serta staf yang telah berkorban masa dan tenaga bagi memastikan semua berjalan dengan lancar dalam tempoh PKP
berlangsung. Tidak dilupakan juga penghargaan kepada semua pihak termasuk penajaan yang diterima daripada kerajaan Pusat melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kerajaan Negeri. Ini termasuklah sumbangan dari badan bukan kerajaan, korporat dan individu yang sudi memberikan sumbangan berterusan sepanjang tempoh PKP.
15
16
Syarahan Perdana UMT
Tampilkan Profesor Dr. Tengku Sifzizul oleh:
Azeeha Ibrahim Penerbit UMT
Mizan, UMT dengan kehadiran pengurusan tertinggi, para pensyarah, sahabat seperjuangan dan yang teristimewa adalah kehadiran ahli keluarga tersayang. Syarahan yang berlangsung pada 19 Februari 2020 ini dirasmikan oleh Naib Canselor UMT, Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar. S edikit mengenai Syarahan Perdana, ia merupakan syarahan yang disampaikan oleh pensyarah yang berjawatan profesor penuh di sesebuah Universiti. Syarahan perdana ini dianggap sebagai medan paling berprestij buat penyampai dalam menyimpulkan sebuah perjalanan akademik dalam pengkhususan kerja dan penyelidikan yang ditempuh.
S
iri ke 28 Majlis Syarahan Perdana UMT menampilkan Profesor Dr. Tengku Sifzizul Tengku Muhammad sebagai penyampai syarahan. Dengan membawa tajuk The Importance of Molecular Biology in Drug Discovery; Getting into the HEART of the Matter, syarahan ini mengupas penemuan-penemuan penting dalam bidang penyelidikan beliau iaitu bidang biologi molekul bersama rakan-rakan kolaborasi dalam bidang ini. Tajuk syarahan yang disampaikan beliau mengetengahkan empat fokus utama iaitu What is Molecul Biology, What is Drug Discovery, In Search for Therapeutic Targets and Small Molecules as Therapeutic Interventions Against Cardiovascular Diseases and Way Forward. Perkongsian beliau di majlis ini turut didokumentasikan dalam bentuk monograf dan diterbitkan oleh Penerbit UMT. Berbeza dengan penganjuran sebelumnya, majlis pada kali ini diadakan di Dewan Sultan
Berkenaan latar belakang penyampai syarahan, Profesor Dr. Tengku Sifzizul Tengku Muhammad dilahirkan di Kuala Terengganu pada tahun 1970. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Biokimia Perubatan (Biologi Molekul) dari Universiti of Wales, College of Cardiff (Cardiff University), United Kingdom dan meraih ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Biologi Molekul dari universiti yang sama. Kerjaya akademik beliau bermula pada 1998 apabila beliau dilantik menjadi pensyarah di Pusat Sains Kaji Hayat, Universiti Sains Malaysia. Profesor Sifzizul dahulunya merupakan pengerusi Pan-Asian Screening Network yang terdiri daripada gabungan institut-institut dari Jepun, India, China dan Singapura dan beliau pernah memenangi National Young Scientist Award (2001); ASEAN Young Scientist and Technologist Award (2005) dan Outstanding Young Malaysian Award (2007) dalam kategori Academic Leadership and Accomplishment.
Infokus Jun 2020
Pada tahun 2007, beliau diberi kepercayaan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam mengalas tanggungjawab selaku Timbalan Pengarah sebuah institut penyelidikan yang baru ditubuhkan iaitu Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia. Pada bulan Mac 2008, beliau menyertai UMT dan telah dilantik sebagai Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah) Fakulti Sains dan Teknologi. Beliau mendapat gelaran Profesor di UMT pada tahun 2011 dan pada tahun 2013, beliau diberikan tanggungjawab memimpin Institut Bioteknologi Marin di UMT dan kemudiannya sebagai Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi pada Disember 2017 sehingga kini. Profesor Sifzizul kini berjaya menghasilkan lebih daripada 90 artikel, mempunyai 15 pelajar PhD dan 22 pelajar Master bergraduasi dari makmal beliau.
17
18
Pelajar Sains Tanaman Jamin Kelestarian Sumber Makanan Oleh:
Dr. Wan Zaliha Wan Sembok Fakulti Perikanan dan Sains Makanan
Salah seorang pelajar yang membantu semasa peringkat tuaian hasil
W
abak pandemik COVID-19 sedikit sebanyak memberi kesan terhadap pengeluaran dan penjualan hasil tanaman yang diusahakan oleh para petani di Malaysia. Tempiasnya juga turut dirasai oleh 25 orang pelajar tahun 2 dan 3, Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Sains Tanaman) serta 5 pelajar tahun 3, Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Teknologi Lepastuai) yang telah menanam 300
pokok tomato ceri tanah rendah dan 200 pokok Melon Manis Terengganu di rumah hijau, Fakulti Perikanan dan Sains Makanan. Projek Agropreneur Muda: Pengeluaran Tanaman Melon Manis Terengganu dan Tomato Ceri menggunakan kaedah fertigasi ini telah mendapat bajet dari bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Akademik (HEPA). Projek ini telah bermula pada Februari 2020 dan dijangka berakhir pada
Infokus Jun 2020 para petani demi menjamin kelestarian sumber makanan. Pada 18 Mac 2020, arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dikeluarkan oleh kerajaan bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19 yang telah meragut ratusan ribu nyawa manusia. Namun, ketika PKP dikuatkuasakan, kedua-dua jenis tanaman tersebut hidup subur walaupun tanpa pengurusan yang sempurna. Hal ini kerana penggunaan sistem fertigasi iaitu kaedah penanaman menggunakan media tanpa tanah, sedikit sebanyak mengurangkan tenaga buruh untuk proses pembajaan dan pengairan. Tambahan pula, media tanpa tanah yang digunakan menggunakan inovasi terkini para pelajar dan pensyarah itu sendiri. Pemantauan serta pengurusan tanaman adalah menjadi keutamaan bagi menjamin kualiti tanaman dan hasilnya memenuhi keperluan pasaran semasa.
Gotong royong pembersihan rumah hijau
Jun 2020. Projek yang mempunyai impak tinggi kepada para pelajar terutama dalam membentuk nilai keusahawanan ini diketuai oleh Dr. Wan Zaliha Wan Sembok bersama dua lagi pensyarah iaitu Dr. Nurul Faziha Ibrahim dan Dr. Suhaizan Lob. Bak kata pepatah melayu ‘Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari’, itulah risiko yang kadangkala dihadapi oleh
19
20
FOKUS Banyak ilmu pertanian yang sempat dipelajari oleh para pelajar bermula dengan proses pembelian bahan-bahan pertanian sehinggalah kepada penanaman dan penjagaan. Walaupun dalam tempoh PKP, segala maklumat berkaitan penjagaan dan pengurusan tanaman disampaikan melalui aplikasi whatsapp. Disinilah penggunaan Internet of Thing (IoT) memainkan peranannya. Untuk akan datang, para pelajar akan didedahkan kepada penggunaan sensor yang canggih bagi mengurus dan memantau tanaman seiring dengan keperluan ‘Industrial Revolution 4.0’. Sehingga kini sebanyak 80 kg tomato ceri dan 100 kg MMT telah berjaya dituai. Namun, pemasaran hasil sedikit terganggu disebabkan PKP ini tetapi dengan adanya ilmu teknologi lepastuai
yang sinonim dengan satu lagi program pengajian berkaitan bidang pertanian iaitu Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Teknologi Lepastuai), maka dapatlah hasil tersebut disimpan pada suhu yang bersesuaian. Ketepatan pemilihan suhu simpanan dan teknik pembungkusan akan memanjangkan jangka hayat buah serta mempunyai kualiti dalaman dan luaran yang terbaik. Ini sekaligus mengurangkan kehilangan hasil tuaian tanaman yang tidak dapat dipasarkan yang selalunya akan berakhir ke tong sampah. Alternatifnya, teknologi lepastuai yang efektif mampu menjamin kelestarian sumber makanan negara terutama dimusim wabak pandemik ini. Walapun tidak dapat menuai sendiri buah yang ditanam, para pelajar begitu teruja dengan jumlah hasil yang
Infokus Jun 2020 dituai kini. Keterujaan mereka makin bertambah apabila, hasil tanaman telah sampai ke tangan Naib Canselor pada 30 April 2020. Hasrat kami, agar tomato ceri tanah rendah dan MMT akan menjadi ikon buah bagi UMT satu hari kelak. Hal ini kerana telah banyak kajian dan program pemindahan ilmu berkaitan tomato ceri tanah rendah dan MMT dijalankan dan menghasilkan impak positif kepada para
pengusaha, pelajar dan penyelidik itu sendiri. Semoga bidang agrotek di UMT semakin gah dengan usaha kecil para pelajar ini. Selain itu, program agropreneur muda ini akan menjadi nilai tambah kepada mereka apabila bergraduasi nanti. Tambahan pula, bidang kerjaya yang telah menjadi perhatian pada musim pandemik COVID-19 ini adalah bidang pertanian yang akan menjamin kelestarian sumber makanan.
Penyediaan bahan tanaman dan susur atur serta set up sistem fertigasi
21
22
FOKUS
UMT Diiktiraf Patuh SAGA 2019
oleh:
Suryati Salleh Pejabat Bendahari
U
niversiti Malaysia Terengganu (UMT) melakar sejarah tersendiri apabila dianugerahkan Sijil Pematuhan Standard Accounting System for Government Agencies (SAGA) oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Pengiktirafan tersebut telah disampaikan oleh Akauntan Negara Malaysia, Dr. Yacob Mustafa kepada Penolong Naib Canselor (PNC) Prof. Dr. Fauziah Abu Hasan dan mantan Bendahari UMT, Puan Zahara Kedri yang
mewakili Naib Canselor, pada Majlis Anugerah Sijil Pematuhan SAGA 2019 yang berlangsung di Holiday Villa Johor Bahru City Centre, Johor Bharu. Penggerak utama dalam mencapai anugerah berprestij ini adalah pasukan Pejabat Bendahari yang diketuai oleh mantan Bendahari UMT, Puan Zahara Kedri dan dibantu oleh pasukan Pusat Pengurusan Pengetahuan dan Teknologi Komunikasi (PPPTK) yang diketuai oleh Prof.
Infokus Jun 2020
Ts. Dr. Muhammad Suzuri Hitam. Anugerah ini adalah pengiktirafan di atas pencapaian dalam membangunkan sistem perakaunan dan kewangan selaras dengan keperluan kriteria yang ditetapkan oleh pihak JANM. Sistem perakaunan dan kewangan UMT menggunakan sistem SAGA yang dibangunkan oleh pihak vendor yang dilantik dan berintegrasi dengan beberapa subsistem kewangan lain yang dibangunkan oleh pihak PPPTK. Pengikitirafan ini mengesahkan penyediaan penyata kewangan dapat dilaksanakan dengan lebih cepat, tepat, kemaskini, berintegriti dan mematuhi piawaian perakaunan yang berkuatkuasa. Ringkasnya, anugerah ini perlu melalui proses penilaian audit oleh panel Sekretariat Pematuhan SAGA dan diikuti oleh proses audit sebenar oleh Jawatankuasa Penilaian SAGA, Jabatan Akauntan Negara pada 25 September 2019. Hasil
pengauditan perlu diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu SAGA sebelum sesebuah organisasi itu layak mendapat pengiktirafan dan dianugerahkan sijil. Sehingga tahun 2019, hanya 80 agensi kerajaan yang telah menerima pengiktirafan pematuhan SAGA dari lebih 400 agensi kerajaan yang terdiri daripada Badan Berkanun Persekutuan (BBP), Badan Berkanun Negeri (BBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Pada tahun 2019 ini hanya 10 agensi berjaya menerima pengiktirafan tersebut dan agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan penerima anugerah terbanyak termasuk UMT sendiri.
23
24
FOKUS
Jelajah Ilmu Kota Padang Telusuri Ilmu Bioteknologi Marin & Rumpun Budaya Oleh:
Ts. Dr. Shahrul Ismail Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik
P
erkongsian ilmu pengetahuan merupakan asas kepada bercambahnya pengurusan ilmu yang baik dan sempurna terutama sekali dalam bidang penyelidikan. Justeru, suatu pendekatan yang berkesan telah diambil oleh pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik (FTKKI), Ts. Dr. Shahrul Ismail dalam meluaskan jaringan kerjasama di peringkat global dengan merencanakan sebuah kerjasama antara UMT Terengganu dan Universitas Andalas. Idea kerjasama ini tercetus dalam pertemuan ringkas bersama pakar bidang kejuruteraan alam sekitar dari Universitas Andalas, Dr. Eng Zulkairnain bersama Dr. Shahrul semasa menghadiri konferen di Arab Saudi baru-baru ini. Hasil perkongsian ilmu daripada Dr. Eng Zulkarnain, beliau melihat potensi kajian ini
untuk dilakukan di UMT sejajar dengan fokus universiti iaitu penyelidikan dalam bidang marin. Universitas Andalas merupakan universiti pertama di Asia Tenggara yang sedang melakukan penyelidikan mengenai bakteria Annamox di sekitar kawasan danau (tasik) dan loji rawatan air kumbah di Padang, Indonesia. Dr. Eng Zulkarnaini yang mengetuai penyelidikan ini juga menyatakan bahawa bakteria ini turut dipercayai wujud di sekitar kawasan marin dan kawasan air payau. Oleh yang sedemikian, Ts. Dr. Shahrul yakin di mana UMT merupakan lokasi yang sangat strategik kerana terletak di kawasan persisiran pantai dan masih belum diterokai. Namun begitu, penyelidikan dan penelitian yang lebih mendalam perlu dilakukan untuk membuktikan teori ini benar dan boleh diguna pakai.
Infokus Jun 2020 Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Anammox merupakan singkatan kepada Anaerobic Ammonium Oxidation. Annamox merupakan suatu proses dimana Nitrit digunakan sebagai “electron acceptor” di dalam proses penukaran Ammonium kepada gas Nitrogen. Karbon organik tidak lagi diperlukan dalam proses ini kerana Ammonium digunakan sebagai “electron donor” di dalam proses reduksi Nitrit. Oleh yang sedemikian, Ts. Dr. Shahrul mengambil inisiatif untuk menjalankan kajian baru berkaitan “Nitrogen Removal and Anammox Process in Aquaculture Wastewater Treatment”. Seramai enam orang pelajar Sarjana Muda Teknologi Alam Sekitar dari FTKKI telah terpilih
“Pada mulanya agak sukar untuk memahami kajian ini namun penerangan secara terperinci oleh pensyarah dan rakan-rakan di sini, membuatkan saya berasa teruja untuk mengaplikasikan hasil dapatan sepanjang saya berada di sini setelah pulang ke UMT kelak”, ujar Mohd Hafizi yang menjadi salah seorang peserta program. Para peserta turut diberi peluang untuk melihat sendiri bio-reactor set up di makmal Teknik Lingkungan, Universitas Andalas serta menghadiri kelas amali berkaitan penyediaan substrat untuk bakteria Annamox dan pembuatan pam motor yang digunakan di dalam reaktor. Kajian ini merupakan kajian pertama yang bakal dijalankan di Malaysia terutamanya oleh pelajar dan penyelidik di UMT. Selain daripada perkongsian ilmu berkaitan penyelidikan yang bakal dijalankan kelak, para peserta turut merasai pengalaman kehidupan di Kota Padang. Hubungan Malaysia dan Indonesia merupakan hubungan tradisi yang telah lama diasaskan atas nilai sepunya dari sudut rumpun bangsa atau leluhur yang sama. Malah, kedua-dua negara yang merupakan sumbu Dunia Melayu pada suatu ketika dahulu mempunyai persamaan dari sudut adat, agama, bahasa, cara hidup dan budaya yang pernah dikongsi bersama. Program ini berjaya memberi impak yang positif terhadap kedua-dua universiti sepanjang proses pemindahan ilmu yang berlaku. Kajian tanpa sempadan ini perlu dipergiatkan dalam menghasilkan output yang mantap dan berkesan dan tidak hanya berfokus untuk pendidikan semata-mata tetapi dapat diguna pakai untuk kehendak industri seiring dengan perkembangan revolusi perindustrian 4.0 seterusnya membuka mata umum mengenai keboleh pasaran graduan UMT.
untuk menyertai “International Outbound Mobility Summer School – Discovery on Marine Anammox Bacteria in South East Asia” yang diadakan di Fakultas Teknik Lingkungan, Universitas Andalas. Program ini turut disertai oleh Dekan FTKKI, Profesor Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim bermula 20 Januari 2020 sehingga 5 Februari 2020.
25
26
FOKUS
ANoMa FSSM Kongsi Ilmu Jana Pendapatan Oleh: Dr. Aima Ramli Fakulti Sains dan Sekitaran Marin
1
2
P
rogram Pemindahan Ilmu kepada Komuniti KRT Bandar Jertih, Besut anjuran bersama Kumpulan AnoMA, Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM), dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Daerah Besut, Terengganu telah dijalankan pada 21 Disember 2019 yang lalu. Program ini telah mengetengahkan beberapa produk inovasi pensyarah FSSM melibatkan penyelidik dari kumpulan Advanced Nano Materials (ANoMA) dan Biological Security and Sustainability (BIOSES) yang berpotensi untuk dikembangkan kepada komuniti setempat. Seramai 25 penyelidik FSSM (23 dari ANoMA dan 2 dari BIOSES) terlibat menjayakan program pemindahan ilmu yang terdiri daripada empat projek penyelidikan iaitu Pembuatan Seramik dari Lempung Bebola, Pembuatan Sabun Organik, Pembuatan Bedak Sejuk Serai Wangi dan Penghasilan Baja Organik, Plant Booster. Program ini memberi peluang kepada komuniti setempat
4
Infokus Jun 2020 untuk mengetahui dan mencuba beberapa kajian penyelidik FSSM yang boleh dimanfaatkan bagi menjana sumber pendapatan baharu. Program ini telah mendapat sambutan hangat daripada komuniti dengan kehadiran seramai 65 ahli KRT berbanding sasaran 50 peserta sahaja. Dalam program ini, ahli KRT dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil mengikut minat masingmasing terlebih dahulu. Peserta kemudiannya
3
5
bebas untuk bergerak ke reruai lain untuk belajar dan menyertai aktiviti yang dijalankan. Aktiviti pembuatan seramik, sabun, bedak sejuk dan plant booster dibuat secara hands-on di mana perserta boleh mencuba sendiri, berinteraksi serta mendapat penerangan secara bersemuka dari penyelidik-penyelidik FSSM.
1.
Penghasilan Seramik dari Lempung Bebola
2.
Penghasilan Sabun Organik
3.
Penghasilan Bedak Sejuk Serai Wangi (OryzaCymbopogon Cool)
4.
Penghasilan Baja Organik (Plant Booster)
5.
Produk yang dihasilkan dari setiap kumpulan
27
28
FOKUS 1
Masyarakat Perlu Proaktif Tangani COVID-19 Penulis: Dr. Suzana Misbah | Fakulti Sains dan Sekitaran Marin Dr. Arnie A. Rahim | Pusat Kesihatan Universiti
S
usulan penularan wabak Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) di seluruh negara, Kumpulan Penyelidikan Terfokus Biological Security and Sustainability (BioSES) di bawah Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM) dengan kerjasama Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dan Pusat Bakat dan Inovasi Akademik (PBIA), telah menganjurkan forum khas bagi membincangkan ancaman virus yang menggugat kesihatan sedunia ini. Forum ‘COVID-19: Antara Spekulasi dan Realiti’ yang dirasmikan oleh Pendaftar UMT, Tuan Haji Zukiferee Ibrahim telah berlangsung pada 12 Mac 2020 bertempat di Kompleks Kuliah 2, UMT. Forum ini membariskan dua orang panel jemputan iaitu Profesor Dr. Sazaly Abu Bakar, Pengarah Tropical Infectious Diseases Research and Education Centre (TIDREC), Universiti Malaya dan Dr. Darisah Lah, Pakar Kesihatan Keluarga, Klinik Kesihatan Bukit Tunggal. Manakala Dr. Arnie A. Rahim, Pengarah PKU telah bertindak selaku moderator di dalam
forum tersebut. Selain daripada menyampaikan maklumat terkini yang sahih berkaitan COVID-19, forum ini juga bertujuan untuk memupuk kesedaran dan sikap bertanggungjawab setiap individu, agar sentiasa memainkan peranan proaktif di dalam masyarakat bagi membendung penularan COVID-19. Melalui syarahan ringkas, Prof. Dr. Sazaly telah memberi gambaran mengenai ciri-ciri SARS-CoV-2, iaitu virus yang menyebabkan COVID-19. Menurut beliau, virus ini mempunyai lapisan luar terdiri daripada lipid yang boleh musnah apabila terdedah kepada penggunaan sabun dan suhu yang tinggi. Tempoh inkubasi virus ini dalam tubuh ialah selama 5 hari dan boleh berlanjutan sehingga 14 hari sebelum manusia mula menunjukkan gejala. Beliau menjelaskan, SARS-CoV-2 tersebar melalui titisan air ketika manusia batuk atau bersin, dan ia lebih mudah tersebar sekiranya berada di kawasan
Infokus Jun 2020
2
3
pengudaraan tertutup, contohnya melalui sistem penghawa dingin dalam sesebuah bangunan. Berbeza dengan virus Ebola yang mencatatkan jumlah kematian yang tinggi di Afrika pada tahun 2013, SARS-CoV-2 adalah lebih efisien kerana berupaya menjangkiti manusia dalam skala yang lebih besar. Ini disebabkan terdapat sebahagian manusia yang dijangkiti virus ini bersifat asimptomatik (tidak menunjukkan sebarang gejala penyakit), maka individu tersebut bebas bergerak ke mana-mana dan menghasilkan rantaian COVID-19 yang panjang. Menurut Prof. Dr. Sazaly, penghasilan vaksin COVID-19 akan mengambil masa, lebih-lebih lagi belum banyak kajian dilakukan ke atas virus baharu ini, maka beliau menyarankan agar masyarakat sentiasa menjaga diri dengan mengelak sentuhan tangan yang kerap di mata, hidung dan mulut bagi menghalang kemasukan virus ini ke dalam tubuh. Pelbagai persoalan lain turut dilontarkan oleh para hadirin, termasuk kaedah terbaik bagi mengelak jangkitan virus tersebut. Menurut panel forum Dr. Darisah, di antara amalan penting yang perlu dilakukan ialah dengan mengutamakan aspek kebersihan diri seperti kerap mencuci tangan menggunakan sabun atau cecair pembasmi kuman, menutup mulut ketika batuk atau bersin dan tidak bersalaman dengan orang lain, dikhuatiri pembawa virus tersebut. Selain itu, masyarakat juga perlu menghindarkan diri dari kawasan yang sesak dengan orang ramai bagi mengelak jangkitan dari indvidu asimptomatik. Beliau turut menasihatkan masyarakat agar memakai topeng muka, melaksanakan kuarantin dan mendapatkan rawatan segera di hospital sekiranya menunjukkan sebarang gejala COVID-19.
Sebagai mengulas kemungkinan masakan ‘singgang’ boleh merawat COVID-19, Prof. Dr. Sazaly menjelaskan tiada bukti saintifik yang menyokong andaian tersebut, justeru sebarang spekulasi berkaitan perlu dihentikan. Beliau turut menyarankan semua hadirin agar sentiasa berwaspada dengan situasi semasa wabak COVID-19 dan mempertingkatkan ilmu pengetahuan sebagai persediaan menghadapi suasana getir COVID-19. Menurut beliau, ancaman COVID-19 akan dapat ditangani secepat mungkin sekiranya semua pihak bersama-sama memainkan peranan proaktif dalam membendung penularan wabak ini. Forum COVID-19 ini mendapat sambutan terutamanya di kalangan pelajar program Sains Biologi UMT dan turut disertai wakil pelajar termasuk guru dari beberapa buah sekolah menengah di sekitar Kuala Nerus.
1.
Prof. Dr. Sazaly menyampaikan syarahan ringkas COVID-19
2.
Dr. Arnie (moderator) bersama panel jemputan forum
3.
Sebahagian guru dan pelajar sekolah yang menyertai forum COVID-19
29
30
FOKUS
‘Charity Fun Run 2020’ Kumpul Dana Kelab MUTIARA Oleh:
K
Prof. Madya Dr. Noraida Haji Ali dan Amera Hanna Mohd Tajuddin Kelab Wanita UMT (MUTIARA)
elab Wanita Universiti Malaysia Terengganu atau lebih dikenali dengan nama Kelab MUTIARA telah menganjurkan satu program amal iaitu Charity Fun Run 2020 (CFR2020) yang telah berlangsung pada pada 29 Februari 2020. Program CFR2020 ini telah disempurnakan oleh YB Hajah Zuraida Mohd Noor (ADUN Wanita Terengganu) dan Encik Mohd Mufsi Lat (Pengarah JPPM Negeri Terengganu) dan turut dihadiri oleh Pengarah PERKESO Terengganu, Hajah Farihah Che Husin.
Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk mengumpul dana bagi program tahunan yang telah dan akan dijalankan oleh Kelab MUTIARA seperti Program Kasih anak-anak kurang upaya dan kurang kemampuan, Gerobok Rezeki MUTIARA (GR), Act of Kindness (AOK) serta program menyantuni asnaf yang lain. Seawal jam 7.00 pagi, peserta serta petugas dan sukarelawan telah mula berkumpul untuk memulakan aktiviti yang pertama iaitu taklimat CFR2020 serta senaman ringkas sebelum
Infokus Jun 2020 bermulanya larian sejauh 5 km di kawasan sekitar UMT. CFR2020 berjaya mengumpul seramai 415 peserta yang terdiri daripada warga UMT serta komuniti dari pelbagai organisasi, individu serta pelajar sekolah. Selain itu, pelbagai gerai jualan oleh pengusaha makanan dan usahawan tempatan, minuman Milo percuma oleh Nestle dan sesi bergambar di reruai foto CFR2020 turut memeriahkan lagi program larian tersebut.
Layari pautan untuk gambar-gambar acara: https://www.facebook.com/1456018221374971/ posts/2435610916749025/?d=n
Kelab MUTIARA meletakkan harapan agar warga UMT terus dapat memberikan kerjasama dan sokongan dalam program-program amal lain anjuran kelab ini pada masa akan datang lantas memupuk semangat ukhuwah serta toleransi bersama masyarakat sekeliling. Imbas QR kod untuk melihat video sepanjang program ini diadakan.
31
32
RENUNGAN Kita Jaga Kita Dalam mendepani pandemik Covid-19 ini, seharusnya kita berbalik dan berpandukan kepada Allah SWT berfirman , yang bermaksud: “Janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan…” Surah Al-Baqarah (195) Al-Baghawi menjelaskan bahawa setiap perkara yang membawa kepada kebinasaan dalam agama mahupun dunia, maka ia termasuk dalam makna ayat ini. Firman Allah SWT lagi : “…Dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri…” Surah al-Nisa (29) Menurut al-Jassas, ayat ini mengandungi larangan daripada melakukan pembunuhan sama ada terhadap orang lain atau terhadap diri sendiri. Al-Maraghi berkata: Janganlah seseorang membunuh temannya. Gaya bahasa ini menanamkan kesan yang kuat bagi melarang perbuatan tersebut, selain menyedarkan betapa perlunya saling menolong, saling menanggung beban dan bersatu hati. Dalam sebuah hadith dinyatakan: “Kaum muslimin laksana satu tubuh.” Seorang yang membunuh orang lain akan dikenakan qisas atau hukum balas dan tindakan dirinya itu seolah-olah membunuh dirinya sendiri. Oleh itu, al-Quran mengajarkan kepada kita bahawa tindakan jahat kepada orang lain sama dengan berbuat jahat kepada diri sendiri dan kepada sesama manusia, dan bukannya hanya dengan orang yang seagama sahaja atau yang sebangsa sahaja, atau yang sehaluan fahaman politik. Sama-samalah kita meletakkan harapan dan bermunajat kepada Allah agar dihindarkan daripada wabak COVID-19 serta penyakit yang kronik dan berjangkit. dengan doa: “Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakitpenyakit yang buruk.” Riwayat Abu Daud (1554), Ahmad (13027), al-Nasa’ie (5493) dan Abu Ya’la (2897)
Infokus Jun 2020
Dua Pesisir Antologi Cerpen Malaysia-Indonesia
Social Media Handbook for Academics
Penyunting: Noraien Mansor Sunankaen
Authors: Dilip Mutum Ezlika Ghazali Rahil Mutum
ISBN: 978-967-2320-48-7 Tahun: 2020
ISBN: 978-967-2417-14-9 Year: 2020
Business Communication
Jojo Sang Belangkas Purba
Author: Noraien Mansor
Pengarang: Noraznawati Ismail Faridah Mohamad Farah Najihah Razali Anis Syahira Abdul Halim
ISBN: 978-967-2417-17-0 Year: 2020
33
ISBN: 978-967-2417-20-0 Tahun: 2020
Transformasi Minda Bebas Dadah Hidup Bahagia Pengarang: Mahadzirah Mohamad Mt. Taib Mat Harmy Mohamed Yusoff Suzana Jaffar ISBN: 978-967-2417-23-1 Tahun: 2020
Light Emitting Diode Value Chains: Concepts, Challenges and Best Supply Chain Practices Authors: Suhana Mohezar Mohamad Nazri Mohamad Nor Safiah Omar Ainin Sulaiman ISBN: 978-967-2320-60-9 Year: 2020
Prosiding Madani 2019 (CD) Penyunting; Noor Rohana Mansor Kasyfullah Abd Kadir Muhamad Khairul Zakaria Che Hasniza Che Noh Samsiah Abdul Hamid Hamdan Aziz Syahrin Said Zamzahaila Mohd Zin Khairil Shazmin Kamaruddin eISBN: 978-967-2417-19-4 Tahun: 2020
Menjadi Kaya (CD) Pengarang: Mahmoud Abd El Fattah Ibrahim Essa eISBN: 978-967-2417-15-6 Tahun: 2020
34