Page 1

buletin

PEMBINA persatuan belia islam nasional | isu ramadhan 1432h

39-2-2B, jalan medan pb2b, seksyen 9, 43650 bandar baru bangi, selangor. www.pembina.com.my | untuk ahli sahaja

Ramadhan Terakhir VS Ramadhan Terbaik Nahdiyyah bt Rushdan, ISMA Mesir

R

amadhan tiba kembali. Teringat ketika satu Ramadhan tempoh hari, langit menyapa tenang dan matahari malu-malu menyembunyikan diri meraih hadirnya bulan penuh mulia dan istimewa di hati semua insan bergelar mukmin. Tanpa disedari, sudah berhari-hari kita mengharungi hari-hari di bulan yang penuh barokah ini dengan penuh taqwa mahupun sebaliknya. Sabda Rasulullah SAW: “Allah SWT berfirman : “ Setiap amalan anak adam adalah untuknya melainkan puasa. Ia adalah untuk-Ku dan akulah yang membalasnya. Puasa adalah perisai. Apabila seseorang itu berpuasa pada suatu hari maka janganlah mengungkapkan perkataan yang jelek dan janganlah menengking. Sekiranya seseorang menyerangnya maka katakanlah : “Sesungguhnya aku sedang berpuasa”. Demi yang diri Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya berubahnya bau mulut orang berpuasa adalah lebih baik di sisi Allah dari bau kasturi. Orang yang berpuasa merasai dua kegembiraan. Apabila ia berbuka, ia gembira. Dan apabila ia bertemu dengan Tuhanya , ia bergembira dengan puasanya”. Tidak pernahkah terlintas di hati adakah ini puasa terbaikku atau adakah ini ramadhan terakhir ku sehinggakan kita lebih rela mengisi Ramadhan dengan mengulit mimpi indah dan berlebihan membeli juadah berbuka sehingga menyebabkan ngantuk bergayutan di mata, terawih dibiar pergi begitu sahaja? Bahkan kita lebih bahagia menyambut kehadiran Syawal berbading Ramadhan yang pastinya lain daripada yang lain sehinggakan kita memperlakukan Ramadhan seperti tiada makna. Ayuh temanku, mari kita muhasabah kembali agar kemuliaan Ramadhan itu tidak tercemar dek kealpaan diri dan kelebihan bulan ini tidak dipersia-siakan kerana ingatlah, “demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian.” Janganlah kita termasuk di antara golongan orang-orang yang rugi di dunia dan akhirat kelak menyesal tiada kesudahan. Ramadhan yang di tempuhi diibaratkan sebuah lori yang bergerak selama 30 hari berturut-turut. Pengakhiran 30 hari ada yang masih kosong isinya, dan tidak kurang juga penuh dengan sampah sarap tetapi tidak banyak yang penuh dengan emas dan permata. Mana yang kita mahukan? Lori yang kosong umpama manusia yang Ramadannya tidak memberi apa-apa makna pada dirinya. Dia ber-

puasa menahan lapar dan dahaga sekadar mendapat keletihan dan kepenatan. Tiada ibadah tambahan yang dilakukan, dia juga tidak merasai bahawa bulan Ramadan itu adalah tempat untuk dia berlumbalumba memperolehi ganjaran pahala daripada Allah. Lori yang dipenuhi emas dan permata, merupakan perumpaan bagi seorang manusia yang puasanya disertai dengan hati yang suci. Dia sentiasa berusaha untuk memperbanyakkan ibadah dengan niat semata-mata kerana Allah SWT. Manakala lori yang dipenuhi sampah sarap adalah perumpamaan bagi manusia yang puasanya dihiasi dengan maksiat. Sebagai contoh, di siang hari mulutnya tidak sunyi daripada mengumpat, menghina dan menyumpahnyumpah. Di malam hari pula dia memenuhkan masanya dengan berehat-rehat dan menonton wayang. Semasa berpuasa, perut akan dikosongkan dan pemakanan dikurangkan. Ruh di kedudukan yang tertinggi. Hati dijernih dan digilap daripada segala noda-noda maksiat. Terhijab semua pintu keduniaan dan kemaksiatan. Tersirnalah cahaya kebenaran daripada hati yang takutkan Allah. Bertepatan dengan sabda Rasulullah SWT : “Sesungguhnya syaitan berjalan di dalam diri anak Adam melalui saluran darah, maka sempitkanlah laluannya dengan berlapar.” Maka, lakukan yang terbaik dengan menganggap Ramadhan kali ini mungkin sahaja yang terakhir maka jadikanlah ia Ramadhan terbaik kerana hanya Allah mengetahui ajal maut seseorang. Percepatkan langkah menuju pintu kebaikan sebelum maut menghampiri. Hargai sesuatu yang kita miliki dengan syukur kepada Ilahi. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan membuah kemanisan yang member kesan berpanjangan te rhadap iman di bulan-bulan m e n datang. Wa l l a hualam.


Di Ambang Ramadhan

Musafir, PEMBINA Gombak

Aku menyelusuri jalan.. Menyapa rejab yang sedang berlabuh Aku melihat kiri dan kanan Ada manusia yang angkuh Ada manusia yang patuh Ada juga manusia yang masih tidak terurus Aku hanya mampu tersenyum pada rejab Semoga manusia diberkati oleh Rabbul ‘izzati Dan bakal bertemu ramadhan al-mubarak nanti Aku berjalan dan terus berjalan Dengan harapan islam terus dijulang Kutemui syaaban di pertengahan Katanya manusia masih lagi kecundang Nafsu Ammarah masih menguasai diri Namun, Masih kujumpa sekumpulan hati-hati yang suci Masih kutemui jiwa-jiwa yang bersih Si hamba yang tidak harapkan lain kecuali redha Tuhannya Jarumku meneruskan detikan Melewati malam dan juga siang Tiba-tiba aku terdengar satu seruan Hayya ‘alassolah! Hayya ‘alassolah! Hayya ‘alal falah! Hayya ‘alal falah! Berkumandang di seluruh pelusuk dunia Tanda ramadhan sudah menjelmakan wajahnya Aku terpaku.. Yang dulunya patuh, angkuh, dan tidak terurus Kini berduyun-duyun menuju ke arah yang sama Semuanya bersatu di dalam mahligai Sang Pencipta Saf-saf yang dulunya sunyi kini kembali ceria Meraikan hamba yang tunduk dan sujud memuji Yang Maha Perkasa Ramadhan.. Di situlah rahmat, di situlah berkat, di situlah muafakat Lisan dijaga dengan penuh berhati-hati Amalan dikoreksi supaya diterima Ilahi Yang berjudi menyesali diri Yang berzina turut menginsafi Maha Suci Allah Ramadhan menyatukan hati-hati mereka Demi matlamat yang sama Demi langkahan ke pintu syurgaNya Demi menggapai redha Pencipta Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan! Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekalian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (Riwayat An-Nasaie).


Abu Rayhan Al-Biruni

A

bu Rayhan al-Biruni adalah seorang ilmuwan besar, fisikawan, astronomi, sosiologi, sasterawan, sejarawan dan matematikawan yang nilainya tidak pernah diketahui. Dia dipertimbangkan sebagai bapa dari unified field theory (teori segala sesuatu -pen) oleh peraih penghargaan Nobel Profesor Abdus Salam. Abu Rayhan al-Biruni hidup hampir seribu tahun yang lalu dan sezaman dengan Ibn Sina (Avicenna) dan Sultan Mahmoud Ghazni. Pada saat menjelang akhir hayatnya, Biruni dikunjungi oleh jiran-jirannya yang merupakan ahli fiqih. Abu Rayhan masih dalam keadaan sedar, dan tatkala melihat sang ahli fiqih, dia bertanya kepadanya tentang hukum waris dan beberapa hal yang berhubungan dengannya. Sang ahli fiqih terkesima melihat seseorang yang sekarat masih tertarik dengan persoalan-persoalan tersebut. Abu Rayhan berkata, “Aku ingin bertanya kepadamu: mana yang lebih baik, meninggal dengan ilmu atau meninggal tanpanya?” Sang ahli fiqih menjawab, “Tentu saja lebih baik mengetahui dan kemudian meninggal.” Abu Rayhan berkata, “Untuk itulah aku menanyakan pertanyaanku yang pertama.” Beberapa saat setelah sang ahli fiqih tiba dirumahnya, tangisan duka mengatakan kepadanya bahwa Abu Rayhan telah meninggal dunia. (Murtaza Mutahhari: Khutbah Keagamaan) Setelah itu, hampir seribu tahun yang lalu, ketika umat muslim adalah pembawa obor pengetahuan pada zaman kegelapan, mereka menciptakan peradaban Islam, didorong oleh penelitian dan penemuan ilmiah, yang membuat bahagian dunia lainnya cemburu dengan perkembangan itu.

Buletin PEMBINA Edisi Ramadhan  

Edisi Ramadhan 1432h

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you