Modul Ilmu Tajwid Talaqqi

Page 174

dibenarkan bagi pembaca Quran memberhentikan bacaan di mana sahaja, sekalipun pada kalimah yang merosakkan makna ayat.

Di dalam keadaan ini, bagi memulakan semula bacaan, pembaca Quran perlu melihat kalimah selepasnya, di mana jika elok untuk disambung bacaan padanya, maka harus diteruskan bacaan padanya. Sekiranya tidak elok, maka perlu diulang dari kalimah yang diberhentikan bacaan padanya atau kalimah sebelumnya bagi memyempurnakan maksud ayat. (Muhammad Ahmad Ma'bad, al-Mulakkhos al-Mufid fi 'Ilmi al-Tajwid. Ahmad Khalid Shukri et.al, al-Munir fi Ahkam al-Tajwid)

Bahagian yang kedua ialah waqaf ikhtibariy (

):

Ia merujuk kepada bacaan waqaf yang di minta oleh guru Quran untuk menguji atau mengajar murid-murid dalam proses menjelaskan kaedah suatu bacaan ketika waqaf atau menjelaskan mengenai sesuatu. Hukum waqaf sebegini adalah harus dan cara untuk mengulangi dan meneruskan bacaan sama seperti kaedah waqaf idhthirory. (Muhammad Khalid Mansur, al-Wasit fi Ahkam al-Tajwid)

Bahagian yang ketiga ialah waqaf intidhoriy (

):

Ia adalah waqaf pada suatu kalimah Quran dengan sebab untuk menghimpunkan apa yang ada di dalamnnya atau ayat sebelumnya daripada pelbagai wajah qiraat, riwayah, turuq dan wajah.

Hal ini hanya berlaku ketika di dalam proses talaqqi bacaan Quran bersama sheikh dengan cara menghimpunkan (jama') bacaan qiraat tujuh atau sepuluh. (Muhammad Khalid Mansur, al-Wasit fi Ahkam al-Tajwid). Proses ini juga berlaku ketika qari cuba menjelaskan makna berulang kali

184


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.