Malaysia BM Newsletter 2022

Page 1

( Sorotan Pelayanan (ODBM) Malaysia 2022 Our Daily Bread Ministries

Pengenalan

Shalom daripada kami semua di Pelayanan Our Daily Bread.

Tahun 2022 adalah tahun peralihan kerana kita semua mulai kembali kepada perkumpulan fizikal sama ada di gereja, keluarga, kawan-kawan dan di tempat kerja. Namun, jika kita hanya fokus kepada proses peralihan ini, kerja-kerja untuk membawa orang hidup bersatu dengan Tuhan dan mengenal Dia mungkin akan ditangguh.

Kami tergerak sekali lagi untuk membuat seruan; kepada Kristian di Malaysia untuk mencari Tuhan setiap hari dengan lebih mendalam, memastikan ini berlaku kepada komuniti dan gereja kita.

Tahun ini, kami telah menghasil dan mengutamakan sumber berkaitan keluarga dalam ketiga-tiga bahasa; Inggeris, Cina dan Malaysia. Dalam Alkitab, kami telah belajar tentang pengaruh keluarga kepada pandangan, tingkah laku dan keselamatan individu dan komuniti. Kami berdoa dan berharap apabila keluarga dan individu mengambil bahagian, merenung

02

dan menyahut firman-Nya bersama-sama, kehidupan rakyat Malaysia juga akan berubah.

Sebagai komuniti yang beriman, kita berpegang pada Yosua 24:15, “Tetapi bagi aku dan keluargaku, kami hendak mengabdi kepada TUHAN.”

Saudara dan saudari dalam Kristus, kami berterima kasih atas pelayanan bersama anda melalui doa, dorongan, sokongan kewangan, masa serta bakat yang diberikan. Kita bersyukur kepada Tuhan kerana memberikan kita kehormatan dan keistimewaan untuk menjadi satu dalam Tuhan.

Sila kongsikan buletin ini kepada keluarga, kawan-kawan dan anggota gereja anda kerana kami juga menghargai sokongan mereka. Kami berharap untuk terus mengembangkan kerajaan Tuhan di bumi.

03
Projek Penjangkauan (Building A Bridge 3.0) Projek Penjangkauan (BAB, Building A Bridge) merupakan kempen yang bermula pada tahun 2018 untuk memberi kesedaran kepada semua Kristian di Malaysia tentang keperluan doa dan dana gereja-gereja yang berbahasa Malaysia. Pada tahun ini, fokus BAB 3.0 adalah membantu semua keluarga di gereja-gereja tempatan dengan menghasilkan bahan yang sesuai untuk keluarga, pasangan, remaja dan kanak-kanak. Kami berharap melalui projek ini kami dapat: • Memupuk dan mengukuhkan persekutuan keluarga • Mengutamakan nilai Kristian di rumah • Mengeratkan lagi hubungan suami isteri • Meneguhkan ketua keluarga • Menyediakan keperluan suri rumah dan anak-anak Sorotan Bahasa Malaysia 04

Paska

Pada tahun ini, kami telah menterjemah buku Rev. Lim Kar Yong, Following Jesus To the Cross. Walaupun versi BM tidak tersedia dalam bentuk cetakan, anda masih boleh membaca buku ini di tapak web kami: Mengikut Yesus ke Jalan Salib (12 Hari Renungan Paska).

05

Mendalami Firman Tuhan

Pedoman Harian

Pedoman Harian kini boleh diperoleh dalam bentuk cetakan, melalui tapak web dan sosial media (Facebook, Instagram), langganan e-mel, aplikasi telefon pintar atau Penyiaran WhatsApp (Broadcast). Anda boleh menghantar WhatsApp ke 012-3751718 untuk memohon dimasukkan dalam senarai penyiaran kami. Setiap pagi kami akan menghantar artikel Pedoman Harian terus ke telefon pintar anda.

Kami menggalakkan anda mendapatkan

Pedoman Harian Edisi Tahunan 2023 versi cetakan. Hubungilah kami untuk mendapatkan buku ini bagi gereja anda.

06

Siri Perjalanan Iman

Buku renungan berdasarkan kitab demi kitab sesuai digunakan secara peribadi dan kelompok. Siri Perjalanan Iman bahasa Malaysia yang tersedia sekarang adalah Matius, Markus, Lukas, Yohanes, Kisah Rasul-Rasul, Filemon & Kolose, dan Roma. Semua buku ini hanya terdapat dalam bentuk cetakan.

07
DOA Kami mendorong para pembaca digital kami terus mengambil masa bersama Tuhan setiap hari walaupun dalam kesibukan. Ikutilah kiriman Facebook Pedoman Harian tentang doa: • Facebook Pedoman Harian: - 5 minit ayat renungan (setiap hari, 12pm) Ayat Alkitab dan Doa = (Hari Isnin, 11am) • 5 Hari Berdoa bagi Malaysia sempena Hari Malaysia Penginjilan dan Misi Kami menyediakan bahan berkaitan penginjilan dan misi dalam bentuk digital. • 10 Alasan Untuk Mempercayai • Apakah yang anda boleh lakukan apabila seseorang mencabar iman anda? • Mengapa Begitu Sukar Untuk Berkongsi Tentang Yesus • Apa Itu Kasih Sejati? 08

Pemuridan

Pada bulan Oktober (3 hb, 10 hb, 17 hb, 24 hb, 31 hb), kami telah mengadakan bengkel Siri Pemuridan Set B (buku 6-10) yang telah diajar oleh Pst. Patricia Galidau, pensyarah dari Seminari Teologi Borneo. Anda boleh melayari tapak web kami di siripemuridan.org untuk mengetahui lebih lanjut mengenai siri pemuridan ini.

Bahan Tempatan

Kami menulis renungan, artikel pendek dan dorongan untuk membawa pembaca kembali kepada Alkitab. Berikut adalah beberapa bahan digital sumbangan para pastor, jemaah BM dan kakitangan ODB:

• Pesta Kaamatan dan Gawai: Yesus Melebihi Adat dan Budaya

• Coretan Hamba Tuhan

• Hari Wanita Sedunia

• Hari Ibu

• Hari Guru

• Hari Bapa

09
Projek Istimewa Projek Penjangkauan (Building a Bridge 3.0) Kebanyakan Kristian di Malaysia adalah berbahasa Malaysia tetapi sumber Alkitabiah masih kurang untuk mereka. Sejak 2018, kami telah memulakan projek ini untuk memenuhi keperluan ini dengan menghasilkan bahan dalam bahasa Malaysia dan Iban. Kami bersyukur kepada Tuhan atas respons dan penyediaanNya. Pada tahun ini, kami telah melancarkan Projek Penjangkauan 3.0. Fokus kami adalah membantu keluarga dengan menghasilkan bahan-bahan khusus bagi pasangan berkahwin, remaja dan kanak-kanak. Kami menggalakkan para pembaca bekerjasama untuk membantu mencapai sasaran mengumpul dana sebanyak RM500,000 bagi menampung kos pengeluaran, pencetakan dan pengedaran bahan-bahan Alkitabiah ini. Sorotan Bahasa Inggeris 10

Untuk

menyegarkan

baharu

Dunia.

Projek Paska: Melalui Saksi-Saksi Mata (Through The Eyes of Witnesses)
Paska 2022, para pembaca kami telah mendapatkan pemahaman yang
melalui 6 perspektif saksi mata kematian dan kebangkitan Yesus. Kesaksian mereka membolehkan kita melihat kisah Paska yang biasa dengan pandangan yang
dan memperdalam hubungan kita dengan Terang
11

Mendalami firman Tuhan

Renungan Harian Suku Tahunan

Kebanyakan komuniti Kristian menyukai bahan renungan Our Daily Bread kami. Sumber ini terdapat dalam bentuk cetakan dan digital melalui laman web, langganan e-mel dan aplikasi.

Dengan peralihan negara kepada endemik, pengedaran renungan dalam bentuk cetakan dapat diteruskan. Walaupun kos pencetakan dan pengedaran telah banyak meningkat, kami masih terus menghantar sumber rohani sehingga ke rumah anda. Galakkan kawan-kawan dan keluarga anda untuk mendapatkan bahan renungan.

12

Journey Through Series (Siri Perjalanan Iman)

Bahan ini boleh digunakan oleh individu atau kumpulan kecil. Buku ini adalah kajian mendalam satu buku dalam Alkitab setiap tiga bulan, terdapat dalam bentuk cetakan dan digital. Pada tahun 2022, kami telah mengeluarkan Ayub, Nehemia & Ezra, serta Yosua. Kami bakal mengeluarkan Mazmur 51-100 pada bulan Disember 2022. Kami juga bercadang untuk mengeluarkan Haggai & Malachi, Deuteronomy, 1 Corinthians, dan 1 & 2 Thessalonians pada tahun 2023.

Discovery Series (Siri Bimbingan)

Kami mempunyai lebih daripada 150 tajuk yang ditulis oleh penulis ODB terkenal untuk membantu para pembaca kami bertumbuh secara rohani. Tajuk- tajuk topikal Siri Bimbingan kami termasuklah Perkahwinan & Keluarga, Pergelutan, Penginjilan & Misi, Isu Kontemporari, Kehidupan Kristian dan banyak lagi. Semunya terdapat dalam bentuk digital dan cetakan boleh dipesan melalui malaysia@odb.org

Pada tahun 2023, kami akan mengeluarkan topik:

• Clinging to Hope in the Storm (Berpaut Pada Harapan dalam Badai)

• Man of Sorrows: How Jesus Understands Our Pain and Offers Us Comfort (Bagaimana Yesus Memahami Kesakitan dan Memberikan Kita Penghiburan)

• Going the Distance: Practices to Strengthen Your Faith (Terus Berlari: Amalan-Amalan untuk Menguatkan Iman Anda)

13

Jurnal untuk Warga Emas

Pada tahun 2022, kami banyak menumpukan usaha untuk menghasilkan sumber Alkitabiah bagi warga emas dan menjemput para pembaca kami mendapatkan salinan buku terbaru kami “You Are My Strength: Prayer for Seniors” (Engkaulah Kekuatanku: Doa Untuk Warga Emas). Ini merupakan koleksi doa oleh para pastor veteran khas bagi warga emas yang menghadapi cabaran dan kebimbangan dalam hidup.

14

Doa

Doa Mengubah Banyak Perkara (Kesaksian dikemas kini)

Kami telah mewujudkan halaman doa istimewa untuk membantu Kristian di Malaysia berhubung dengan Tuhan. Kami telah mengemaskini halaman ini dengan kesaksian-kesaksian baru daripada pembaca kami.

Memahami Krisis Banjir di Malaysia

Banjir yang melanda negara sebelum Krismas pada tahun lalu telah mengejutkan kita. Kami telah menulis artikel untuk membantu Kristian memahami krisis tersebut.

Berdoa untuk Ukraine dan Rusia Apabila konflik antara Ukraine dan Rusia terjadi, kami membuat hantaran doa di Facebook untuk menggalakkan para pembaca kami berdoa bagi keamanan kedua-dua negara.

Berpuasa

Kami juga telah menerbitkan artikel tentang puasa untuk menggalakkan Kristian meluangkan masa berpuasa dan berdoa untuk mencari Tuhan.

15

Penginjilan

Projek Iman Seharian (Daily Faith)

Sumber baharu ini, Daily Faith menggalakkan orang Kristian mengadakan komunikasi singkat dengan tujuan berkongsi iman dengan kawan-kawan dan keluarga mereka. Laman web ini menyediakan titik perbincangan untuk melengkapkan anda dengan perspektif Kristian tentang Tuhan dan makna kehidupan.

16

Pemuridan Ibadah Keluarga

Laman web: Pada Ogos 2022, kami telah melancarkan laman web Ibadah Keluarga dengan bahan-bahan, garis panduan, dan contoh video untuk membantu ibu bapa bersama praremaja mereka memulakan ibadah keluarga di rumah. Kami menyediakan tujuh buku kecil renungan untuk lelaki dan perempuan. Setiap siri akan diedarkan setiap suku tahunan. Kami menggalakan ibu bapa memulakan ibadah keluarga bersama anak-anak mereka dengan melanggan tawaran cetakan atau digital kami.

Komuniti Facebook:

Alkitab menggalakan kita mengharungi kehidupan bersamasama, bukannya sendirian. Komuniti adalah keinginan Tuhan untuk kita dan tanda kematangan rohani. Oleh itu, kami telah mewujudkan komuniti Facebook untuk saling mendorong, berkongsi cerita, fikiran dan perspektif.

17

Projek Krimas: Nyalakan Semula (Rekindle)

Untuk Krismas 2021, kami telah menjemput tujuh pastor Malaysia daripada denominasi yang berbeza untuk berkongsi fikiran mereka dengan pembaca kami melalui pembentangan video. Mereka berkongsi tentang sukacita melayani Tuhan sepenuh masa dan bagaimana menyalakan semula kasih dan harapan kita di dalam Yesus. Kami juga telah mengadaptasi Siri Bimbangan: Jendela Krismas (“Windows on Christmas”) kepada siri video renungan.

Sumber Tempatan

Selama 12 bulan, kami telah menghasilkan kempen, renungan dan artikel pendek secara atas talian untuk menggalakkan Kristian merenung dan mengaplikasikan firman Tuhan dalam kehidupan mereka. Antara yang disukai ramai adalah:

18

Artikel digital

• Making Sense of Malaysia’s Flood (Memahami Krisis Banjir di Malaysia)

• 3 Ways to Stay Hopeful for the New Year (3 Cara untuk kekal Berharap Bagi Tahun Baru)

• Prayer is Our Weapon in War (Doa adalah Senjata Peperangan Kita)

• Church in the Metaverse: Are You Ready? (Gereja Dunia Maya: Adakah Anda Bersedia?)

Hantaran Facebook

• First Day of Lent (Ash Wednesday) Hari Pertama Lent, hantaran Facebook untuk mengingati pengorbanan Yesus Kristus untuk kita sebelum merayakan Paska.

Artikel YMI

• YMI, (pelayanan muda-mudi ODB) menyasarkan muda-mudi yang mempersoalkan tujuan hidup mereka.

Laman Web Kesihatan Mental

• Laman web baru kami, Hope for the Wounded didirikan untuk meningkatkan kesedaran tentang isu-isu kesihatan mental di Malaysia. Anda boleh mendapatkan bahan, panduan dan talian bantuan sokongan yang berkaitan dalam laman Inggeris ini.

19

Sorotan Bahasa Cina

Our Daily Bread Suku Tahunan Our Daily Bread suku tahunan bahasa Cina Tradisional dan Ringkas adalah renungan kesukaan ramai. Para pembaca boleh memesan salinan cetak, membaca dalam talian, muat turun aplikasi atau melanggan e-mel harian. Kami berharap pembaca dapat hidup sesuai dengan kehendak Tuhan melalui pembacaan, renungan, dan aplikasi. Kami juga berharap untuk terus bekerjasama dengan gerejagereja. Rakan sekerja kami boleh melawat gereja untuk berkongsi tentang kaedah dan manfaat membaca Our Daily Bread serta membantu saudara dan saudari berjalan bersama Tuhan setiap hari.

20

Siri Perjalanan Iman

Ini adalah siri kitab demi kitab untuk membantu para pembaca membaca keseluruhan Alkitab secara sistematik. Tajuk-tajuk baru adalah Ayub, Nehemia dan Ezra, dan Mazmur 51-100. Sila layari laman web kami untuk tajuk-tajuk lain yang tersedia.

Siri Bimbingan

Ini adalah siri buku kecil yang berasaskan Alkitab dan meneroka topik-topik berkaitan kehidupan, teologi, doktrin, pembelajaran Alkitab, perkahwinan dan keibubapaan, kaunseling dan kehidupan Kristian, dan sebagainya untuk membantu Kristian bertumbuh dalam iman serta menghadapi cabaran hidup dengan bijaksana. Antara tajuk-tajuk baru adalah:

(Berpaut

Intimate Union (Kesatuan yang Intim)
Thinking About Heaven (Memikirkan Syurga)
Finishing Well (Menamatkan Perjuangan dengan Baik)
Clinging to Hope
pada Harapan) 21

Doa

Doa adalah salah satu cara kita berhubung dengan Tuhan untuk mencari penghiburan dan kekuatan. Oleh itu, kami telah menyediakan bahan doa untuk membantu pembaca terus percaya kepada Tuhan dalam segala keadaan seperti:

• Halaman doa syafaat

• Berdoa untuk Ukraine

• 10 doa untuk suami anda: Doa seorang isteri untuk suaminya bertindak sebagai penjaga yang lembut. Kami menggalakkan para isteri berdoa untuk suami mereka dan merenungkan firman Tuhan melalui artikel renungan.

Penginjilan

Kami berterima kasih kepada Tuhan kerana membuka pintu bagi kami untuk berkongsi injil, melayani dan menjangkau orang lain. Pada tahun ini, kami telah melancarkan:

• New Hope (Harapan Baru - Bahan Krismas)

• How is Jesus different?

(Bagaimanakah Yesus Berbeza - Bahan Paska)

• Evangelistic materials (Bahan-bahan penginjilan)

22

Sumber Tempatan

Kami membantu para pembaca mendalami Alkitab dan mengaplikasikan firman Tuhan dalam kehidupan seharian melalui projek istimewa, bahan-bahan renungan, dan artikel. Dapatkan bahan-bahan ini dengan melayari laman web, buletin atau Facebook: Bahan Kaunseling tentang Kesihatan Mental: Pembaca didorong untuk membaca firman Tuhan agar mendapatkan hikmat, penghiburan dan kekuatan. Dalam laman web ini terdapat carta ujian kendiri, artikel, video dan buku kecil renungan.

Mengikut Yesus ke Kayu Salib:

Semasa Paska, kami telah melancarkan laman web berdasarkan buku “Following Jesus to the Cross” oleh Rev. Lim Kar Yong yang membawa pembaca berdoa dan merenungkan pengalaman Yesus dan para pengikut-Nya sepanjang Minggu Suci.

Ibadah Keluarga

Pengaruh keluarga terhadap seseorang adalah sangat besar dan luas. Kami telah menyediakan bahan-bahan renungan dan cadangan bahan untuk kumpulan umur yang berbeza. Kami berharap semua ahli keluarga menjadi lebih dekat dengan Tuhan.

Buah Roh

Laman web ini merangkumi sembilan kesaksian daripada orang-orang yang tetap taat kepada Tuhan walaupun melalui keadaan yang susah dan menyakitkan, serta menghasilkan buah Roh.

Doa untuk Warga Emas

Kami telah menyediakan 32 doa yang ditulis oleh pastor veteran untuk mendorong warga emas berdoa untuk diri sendiri, orang lain dan hubungan mereka dengan Tuhan.

23

Musim Terbaik - audio

(The Best Season Yet)

Kami telah memilih siri artikel daripada Our Daily Bread untuk membantu para pembaca merenung kasih Tuhan dan makna kehidupan serta menghargai keindahan setiap musim dalam kehidupan.

Artikel

Laman web ini membahaskan topik terkini di Malaysia dan berkongsi pandangan rohani melalui penulisan. Anda dialu-alukan untuk menyumbang penulisan anda kepada kami.

Gambar Ucapan Selamat Pagi

Kami menggalakan pembaca berkongsi kebenaran Tuhan dengan mengirimkan gambar ucapan selamat pagi kepada kawan-kawan dan keluarga. Untuk mendapatkan gambar ini, sila ikuti halaman Facebook kami.

YA-MI

YAMI adalah sebuah pelayanan muda-mudi versi bahasa Cina yang menggalakan anak-anak muda mencari tujuan hidup mereka dan menggunakan suara mereka untuk menyebarkan Berita Baik kepada orang-orang di sekeliling mereka.

24

Sila sertai kami dalam doa khusus bagi usaha penterjemahan, penghasilan dan pengedaran bahan-bahan rohani untuk memenuhi keperluan gereja tempatan. Kami dimampukan oleh Tuhan kerana kami percaya pada visi dan misi-Nya serta percaya bahawa Tuhan akan menyediakan bakat dan sumber yang diperlukan.

Kami mengalu-alukan seberapa sahaja pemberian anda untuk memampukan kami menjadikan firman Tuhan difahami dan diakses oleh semua orang. Doakan kami.

Shalom dan kami terus berharap melayani bersama anda.

“Firman Allah itu hidup dan berkuasa, lebih tajam daripada pedang bermata dua. Firman itu menusuk sampai ke batas antara jiwa dan roh, sampai ke batas antara sendi-sendi dan tulang sumsum. Firman Allah menghakimi fikiran dan niat hati manusia” (Ibrani 4:12).

Melayani dalam Kristus, Caroline Ong Pengarah Negara, Malaysia Our Daily Bread Ministries

25

Bahan Doa

Kami memerlukan sokongan doa anda. Kami bergantung kepada rahmat Tuhan untuk membantu orang lain terus dekat dengan Tuhan melalui bahan-bahan Alkitabiah kami. Semoga Tuhan “melakukan perkara yang jauh lebih banyak daripada yang kita minta atau fikirkan” (Efesus 3:20) semasa kita mendoakan pelayanan ODB Malaysia dan negara kita. Mari berdoa bersama-sama.

• Doakan pasukan ODB agar tetap dekat dengan Tuhan dan peka terhadap rancangan Tuhan bagi Kristian dan gereja di Malaysia. Ini akan membantu kami mengetahui, merancang dan melaksanakan demi menyalurkan bahan digital dan cetakan dalam bahasa Inggeris, Cina, BM, Tamil dan Iban.

• Semoga kesatuan hati dan pelayanan bersama dapat mengembangkan lagi kerajaan Tuhan di bumi sehingga lebih ramai orang mendapat dan memahami Alkitab.

• Semoga lebih ramai pastor, penatua, pemimpin dan jemaah daripada pelbagai denominasi dapat mengenal dan menggunakan sebaik-baiknya bahan-bahan ODB untuk bertumbuh dalam iman.

• Peluang untuk membina hubungan dan kerjasama dengan organisasi Kristian yang lain termasuk sekolah, penjara, penjangkau dan organisasi bukan berdasarkan keuntungan yang lain.

• Kebangkitan Kristian di Malaysia untuk terus menyokong penghasilan dan pengedaran bahan-bahan BM, termasuklah keperluan kewangan, doa, keperluan rohani dan bakat.

• Orang-orang yang tepat untuk menyertai kami dalam pelayanan sesuai dengan masa dan kehendak Tuhan, sama ada secara sepenuh atau separuh masa, atau sukarelawan. Keperluan kami sangat besar di ODB.

26

Pemberian anda

Tuhan

membawa firman
kepada orang lain. Kami sangat bersyukur atas kemurahan dan sokongan kewangan anda yang sudah lebih daripada 25 tahun, yang memampukan firman Tuhan dapat diakses dan difahami ramai orang di Malaysia. Banyak kehidupan diubah setiap hari. Penglibatan anda telah memampukan penghasilan, penerbitan dan pengedaran bahan Alkitabiah kami dalam bentuk digital dan cetakan. Sertai kami untuk memberkati lebih ramai orang. Sila berikan slip pembayaran anda disertakan nama penuh dan 10 digit nombor pembaca anda melalui pos, e-mel atau WhatsApp ke 012-3371718. 27
Our Daily Bread Ministries Malaysia Pejabat Johor Bahru No. 7, Jalan Seroja 41, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor. Tel: 07 3531718 | Fax: 07 353 4439 | E-mel: malaysia@odb.org | WhatsApp: 012 337 1718 Pejabat Subang Jaya No. 10, Jalan Tiara 3, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor. | Tel: 03 80811900 Pejabat Kota Kinabalu Sabah Theological Seminary, Tingkat 2, Bangunan Pentadbiran, No. 26, Jalan Pinggir, Off Jalan Istana, 88400 Kota Kinabalu, Sabah. | WhatsApp: 012 3751718