Page 1

PENULISAN KREATIF COM 3107 SEMESTER 3 SARJANA MUDA KAUNSELING TUGASAN KUMPULAN : ULASAN NOVEL MELUNAS RINDU

PENSYARAH : PUAN MARIATI BINTI MAT SALLEH @ MOHD NOR

NAMA AHLI: NURALYA FARHANA BINTI CHE ROS (S40811) NURUL ASMIDA BINTI ABDULLAH (S40797) JAMNATUL ASMA BINTI SHAFIEE (S40807) NUR FATIN MARINI BINTI SA’ARI (S40558) NOOR KUZAIMA BINTI GHOZALI (S40537)


ULASAN CERPEN

Novel yang dikarang oleh Hartini Hamzah ini merupakan novel yang pernah memenangi tempat pertama Hadiah Sastera oleh Utusan Melayu-Public Bank pada tahun 1998. Kami memilih novel ini kerana novel ini sangat menarik kerana mempunyai banyak nilai. Antara nilai yang dapat dilihat dari cerpen ini adalah nilai kekeluargaan, ketuhanan, kemasyarakatan dan budi pekerti. Dalam novel ini juga penulis telah menggunakan beberapa fakta tempat. Melalui nilai kekeluargaan yang ditunjukkan oleh pengarang dalam novel ini adalah hubungan antara Fuad dengan Pak Mail dan Mak Salmah. Tanggungjawab yang digalas oleh Fuad dalam mengembalikan suasana kekeluargaan yang harmoni dalam rumah Pak Mail dan Mak Salmah apabila ada peristiwa yang memberi kesan dalam hidup Pak Mail dan Mak Salmah setelah kepergian Sofea. Kehadiran Fuad dalam keluarga itu memberi kehidupan baru dalam keluarga Pak Mail walaupun Mak Salmah belum dapat menerima kematian Sofea yang dikatakan Fuad sebagai punca kematiannya. Selain itu, kemaafan yang diberikan oleh Fuad kepada

ayahnya

Robert Lim juga menunjukkan ikatan kekeluargaan yang kuat antara Fuad dan ayahnya walaupun Fuad benci dengan sikap ayahnya yang meninggalkan ibunya yang mana ayahnya kembali kepada kehidupannya sebelum memeluk islam. Novel ini secara jelas menunjukkan bahawa pengarang menekankan nilai kekeluargaan yang tinggi. Seterusnya adalah nilai ketuhanan yang mana watak Fuad kembali kepada Islam kerana semasa kehidupannya sejak kecil, Fuad dijaga oleh ayah saudaranya


iaitu Peter Lim. Jika dilihat dari sudut negatif, perkahwinan Robert Lim dan Mariana hanya sekadar kerana cinta kepada manusia bukan cinta kerana agama. Hal ini disebabkan Robert Lim mula kembali kepada agama asal selepas tiga bulan perkahwinannya dengan Mariana dan juga disebabkan oleh wang yang telah ditawarkan oleh bapanya kepada Robert Lim supaya meninggalkan Mariana. Selain itu, Pak Mail juga mengajar Fuad tentang Islam selepas Fuad membuat keputusan untuk tinggal bersama keluarga Pak Mail terutamanya dalam perkara solat dan mengaji. Oleh itu, dalam novel ini jelas menunjukkan bahawa pengarang juga menitikberatkan konsep ketuhanan kepada bebarapa watak dalam novel ini walaupun tema utama novel ini adalah tentang kekeluargaan. Nilai kemasyarakatan juga turut diketengahkan oleh pengarang melalui beberapa peristiwa yang berlaku dalam novel tersebut antaranya, peristiwa Fuad yang sanggup menolong anak kawannya iaitu Borhan yang pada ketika itu mengalami demam. Fuad dengan rela hati membantu Borhan dengan membawa anaknya ke klinik dengan menggunakan kereta sewa bahkan, turut membayar bil klinik anak Borhan. Selain itu, Fuad juga menghadiahkan beberapa ekar tanah kepada Pak Mail untuk Pak Mail bangunkan kebun di tanah itu. Nilai kemasyarakatan juga dapat dilihat melalui watak Fuad yang mempelawa Farhana ketika mereka berjumpa di Stesen Bas Kuala Terengganu yang mana ketika itu Farhana kehabisan tiket untuk pulang ke Raub untuk menjenguk ibunya yang sakit. Malah, nilai kemasyarakatan juga dapat dilihat melalui watak Cikgu Abbas yang menawarkan pekerjaan sebagai guru sandaran tidak terlatih kepada Fuad walaupun pekerjaan yang ditawarkan itu tidak sesuai dengan kelulusan Fuad kerana Cikgu Abbas yakin bahawa Fuad mampu memberi perubahan kepada sekolah itu.


Di samping itu, pengarang juga menyelitkan nilai budi pekerti melalui beberapa watak. Jika dilihat dari pandangan yang negatif, watak Cikgu Zamani yang mempunyai budi pekerti yang rendah yang mana selalu mencari gaduh dengan Farhana dan merasakan bahawa dirinya adalah yang paling bagus dan betul. Watak ini menggambarkan bahawa perkara sebegini turut berlaku di dunia realiti sekarang. Watak Mak Salmah pula dapat dilihat dari sudut positif yang mana, tingkah laku Mak Salmah yang tidak menunjukkan bahawa Mak Salmah tidak suka kepada Fuad dan masih menyediakan makanan buat Fuad walaupun hakikatnya Mak Salmah tidak menyukai Fuad yang menyebabkan kematian anaknya, Sofea. Dalam pada itu, pengarang menunjukkan kekreatifannya melalui konflik yang ditimbulkan kekeluargaan

dalam yang

novel mana

ini.

Konflik

yang

membuatkan

ditimbulkan

pembaca

lebih

berunsurkan

tertanya-tanya

tentang

pengakhiran cerita ini. Malah, kerumitan jalan cerita yang disusun oleh pengarang juga membuatkan pembaca perlu berfikir dengan lebih kreatif dan lebih mendalam supaya betul-betul dapat memahami apa maksud sebenar cerita yang ingin disampaikan oleh pengarang. Antara konflik yang ditimbulkan oleh pengarang adalah percintaan Fuad dengan Farhana yang berakhir sebagai adik beradik yang mana Mariana merupakan ibu bagi kedua-dua mereka. Malah, dapat dilihat pada percintaan pertama Fuad juga gagal kerana turut berakhir dengan kematian Sofea bahkan, Sofea merupakan adiknya. Selain itu juga, melalui watak Cikgu Zamani yang mana rupa-rupanya Cikgu Zamani mengamalkan ajaran yang tidak betul dan cuba mengajak Fuad untuk menyertai ajarannya.


Pengarang juga menggunakan fakta tempat yang digunakan sebagai latar tempat dalam novel ini iaitu Kuala Terengganu dan Pahang. Antara tempat di Kuala Terengganu yang dijadikan sebagai latar tempat dalam novel ini adalah di Kampung Losong, Stesen Bas Bandaraya Kuala Terengganu, Seberang Takir dan juga Batu Burok. Latar tempat di Pahang pula adalah Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pekan Bentong, Temerloh, dan Balai Polis Bentong. Kuala Lumpur juga turut dijadikan sebagai latar tempat dalam novel ini. Kesimpulannya, pengarang menyentuh isu kekeluargaan sebagai tema utama yang diwujudkan dalam novel ini. Tetapi, kekreatifan yang diciptakan dalam menyusun percintaan antara Fuad dan Farhana menjadi sebuah keluarga yang selama ini terpisah kerana konflik yang timbul antara ibu dan bapa Fuad iaitu Mariana dan Robert Lim. Novel ini juga sarat dengan nilai-nilai yang diwujudkan oleh pengarang yang mana boleh dijadikan pengajaran kepada pembaca. Malah, novel ini membuatkan pembaca berfikir dengan lebih kreatif melalui penyusunan kerumitan jalan cerita dan konflik yang ditimbulkan oleh pengarang dalam novel ini. Jelas sekali, pengarang mengetengahkan nilai-nilai, konflik dan juga fakta tempat yang diwujudkan oleh pengarang dalam novel ini.

Ulasan cerpen  
Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you