Page 1

Sejenak

Wataniah

Mei 2011 Universiti Malaysia Terengganu

Bersama

UMT

PKU

Makanan Kejohanan untuk Badminton Atasi UMT Gagah Takluki Gunung Sembelit 4

Akhbar Samudera UMT

FMSM

samudera 3

muka

muka

5

muka

8

muka

Universiti Malaysia Terengganu 2001-2011

U n i ve r s i t i M a l a y s i a Te r e n g g a n u 21030 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman, Malaysia. w w w. u m t . e d u . m y

EDISI

B e r s a m a M e m b a n g u n U n i v e r s i t i M a l a y s i a Te r e n g g a n u

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

MEI 2011

Pemasyhuran Kompleks Sukan

Tengku Muhammad Ismail

BIL:26

ISSN 2229 - 8363

AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA TEROKAAN SELUAS LAUTAN AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA AKHBAR SAMUDERA

2011

AKHB BULAN A R AN U

M T

JADUAL WAKTU SOLAT TEMPAT: KUALA TERENGGANU, MARANG BULAN / TAHUN: JUN 2011

oleh: Azlan MD, Penerbit.

10 April, UMT- Majlis Pemasyhuran Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail dengan jayanya telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Ismail (D.K, S.S.M.Z.) Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin. Pemasyhuran Kompleks Sukan UMT kepada Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail sememangnya membuka lembaran baru

kepada kakitangan Pusat Sukan dan Rekreasi untuk lebih berdaya saing demi mencapai visi dan misi universiti bagi melahirkan modal insan berpengetahuan,

bersahsiah mulia serta menyumbang untuk kebaikan ummah seluruhnya. Mahasiswa/siswi UMT seharusnya bersyukur kerana dianugerahkan dengan kompleks

sukan yang serba lengkap untuk kemudahan sukan dan bersenam. Antara kemudahan yang disediakan ialah dewan tertutup, 5 unit gelanggang

Saya bangga dengan badminton pelajar kita di UMT ni. Betul tu... (berhawa dingin), Mereka bersungguh -sungguh membantu 2 gelanggang dalam menjayakan SUKANUN skuash, kolam baru -baru ini renang, padang utama, trek, gelanggang boling padang dan bola keranjang. Sama-samalah kita manfaatkan kompleks sukan baru ini dan Sambung Majulah Sukan ke muka 3 www.umt.edu.my untuk Negara!

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor (MEI)2011 ORIGINAL.indd 1

5/21/11 12:54 PM


Akhbar Samudera UMT

Sidang Redaksi ............................................................................... PENAUNG

Naib Canselor UMT Y. Bhg. Prof. Dr. Aziz Deraman

PENASIHAT

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Y. Bhg. Prof. Dr. Yahaya Ibrahim

PENGERUSI

Ketua Penerbit Prof. Madya Dr. Aziz Ahmad

EDITOR EKSEKUTIF Azlan Mohd Dahari

KETUA JAWATANKUASA MEDIA Aliashim Bin Albani

TIMBALAN KETUA JAWATANKUASA MEDIA Siti Norbakyah Binti Jabar

Universiti Malaysia Terengganu Mei 2011

Bicara

Ketua Pengarang

Secawan Kopi untuk dirasa... Pelupa a.k.a nyanyuk? Assalamualaikum dan salam 1 UMT.

B

ertemu lagi kita di edisi Mei 2011. Peredaran masa begitu pantas sehingga kita tidak terasa anjakan masa setiap detik. Sekarang sudah pertengahan tahun sedangkan kita masih lagi sama seperti awal tahun. Ya ke? Cuba kita renung dan bertanya sepanjang tahun ini apa yang telah kita lakukan? Mengikut azam baru awal tahun atau sama seperti tahun sebelumnya? Edisi kali ini saya ingin berkongsi satu fakta yang acap kali pensyarah saya sampaikan dan boleh diingati. ”Zaman sekarang kita semua pelupa, atau adakah kita seorang nyanyuk?” Kenapa ya?

Pernahkah kita terfikir?. Tidak perlu risau. Menurut beliau, ada kajian yang mengatakan otak kita menerima inputinput yang terlalu banyak sehingga yang tidak penting juga diserap, ini menyebabkan memori penuh dan terpaksa membuang input-input sedia ada yang dirasakan tidak penting lagi. Apa yang mengelikan hati ialah, saya cuba merumuskan bahawa otak kita seperti “memori card”, perlu delete dan dikemaskinikan. Sekarang, macam mana kita hendak menyediakan ruang yang besar untuk memori kita? Banyak caranya, antaranya kurangkan input daripada

bahan-bahan yang tidak penting seperti chatting dan gossip serta menjaga pemakanan kita. Selamat mencuba.

Gagal merancang adalah merancang untuk gagal.

manifesto yang komprehensif. Perancangan MPP kali ini bakal merangka pelan perancangan jangka pendek, yang mendasari hala tuju MPP dalam tempoh 5 tahun. Rasionalnya, ianya bakal menggariskan perancangan berterusan MPP yang perlu dicapai dan dilaksanakan tanpa menghadkan perjuangan kepimpinan tersebut.Saya percaya, tiada apa yang boleh dicapai dengan sempurna dalam tempoh perwakilan kami. Tetapi dengan intipati pelan ini, MPP sesi mendatang dapat memartabatkan delegasi kepimpinan dengan menggunakan pendekatan yang lebih holistik dan berkesan. Sementara mahasiswa boleh menilai keupayaan perwakilan yang dipilih, secara tidak langsung memartabatkan kepimpinan perwakilan. Antara cabaran yang perlu diungkai, bagaimana mengadaptasi peranan mahasiswa bersama komuniti setempat dan kepekaan mahasiswa dalam isu-isu nasional dan dunia. Apakah mahasiswa perlu membisu dalam bayangan arus perdana. Mahasiswa adalah pelapis genarasi mendatang. Oleh itu , suara mahasiwa perlu diterjemahkan sebagai satu usaha membantu kerajaan

merealisasikan Wawasan 2020. Walaubagaimanapun ianya masih diperingkat cadangan. Sekiranya Kabinet MPP meluluskan, ianya bakal mencetuskan fenomena politik baru MPP UMT. Bukan mencipta nama tetapi hanyalah garis panduan meletakkan MPP pada landasan yang tepat seterusnya membentuk kepercayaan mahasiswa yang inginkan kewibawaan perwakilan dipertingkatkan. Sungguhpun begitu, amat besar panji yang ingin didokong kami dalam memastikan pendefinisian kebajikan mahasiswa dilaksanakan. Sokongan mahasiswa dan semua

pihak amat perlu dengan memberikan komitmen yang terbaik. Gandingan barisan MPP saban sesi yang mempunyai keupayaan tersendiri bakal memberikan impak sekiranya perpaduan dan kepercayaan dibentuk. Akhir kata, perjuangan kami tidak akan berakhir sekalipun ditangan kanan kami mempunyai segulung ijazah.

FADHILATUNNISAQ BT HASSAN ALSHAARI

KETUA PENGARANG

Fadhilatunnisaq Hassan AlShaari

EDITOR KANAN

Nursyafiza Binti Ramlan

EDITOR

Diari MPP

Ahmad Anwar Sauqie B. Mohd Ghani Normardiana Bt. Muhammad Jaafar

PENGURUS WARTAWAN Nurul Asikin Bt. Kasmin

ATUR LETAK

Muhammad Adli Hashim

PEMBACA PRUF Nor Hafizah Arifin

WARTAWAN

Sharizad Nabilla binti Sari Nurul Asikin Bt Kasmin Fadhilatunnisaq Bt Hassan AlShaari Nursyafiza Binti Ramlan Nik Norhafizah bt Yusoff Syahidah Haniyah bt. Mohammad Shahidatulnazirah bt Mazalan Siti Norsarah bt Hassaan Fatin Syafikah bt Abd Wahab Farahanis Yaman Yusrina Omar Faridah Anum

02

Meniti hari kepimpinan sebagai Perwakilan Mahasiswa semestinya amat mendebarkan. Terasa berat amanah yang dipikul, lagi bebanan membawa anjakan dalam hala tuju mahasiswa. Penstrukturan persatuan/ kelab yang sedang dilaksanakan oleh pihak HEPA merupakan satu langkah yang tepat dan mendapat sokongan penuh daripada MPP. Tuntutan semasa menjadikannya sebagai anjakan kepada keprofesionalan mahasiswa dalam merancang program disamping persediaan melangkah alam pekerjaan. Perancangan yang bersifat futuristic perlu selari dengan perubahan yang ingin dilakukan. Oleh itu, mahasiswa perlu melakukan kajian, pemerhatian, brainstorming dan sebagainya bagi mendapatkan hal tuju organisasi yang sebenar. Perwakilan Mahasiswa sentiasa bertukar tampuk saban tahun melalui proses pilihan raya. Persoalannya, apakah dan dimana hala tuju MPP? Apakah ia bertukar ganti seiring pertukaran sesi perwakilan? Apakah matlamat yang bersilih ganti itu dapat dicapai dalam tempoh perwakilan? Seterusnya membuktikan adakah ianya sekadar gimik atau simbolik

PENCETUS KE ARAH KEGEMILANGAN Presiden MPP 2011 - 2012 MUHAMAD SUFI BIN IBERAHIM

www.umt.edu.my

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor (MEI)2011 ORIGINAL.indd 2

5/21/11 12:54 PM


Mei 2011 Universiti Malaysia Terengganu

MPP & Mahasiswa

Akhbar Samudera UMT

Sejenak Bersama

Kenapa Kurang Kedai Pusat Kesihatan Universiti di Kafe Baharu? oleh : Normardiana bt. Mohammad Jaafar

STATISTIK

oleh : Syahidah Haniyah bt. Mohammad.

N

ama Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Universiti Malaysia Terengganu bukanlah sesuatu yang asing lagi bagi warga kampus. Hal ini kerana terlalu banyak khidmat bakti yang telah diberikan untuk semua warga UMT samada yang bergelar pelajar, staf mahupun ahli keluarga staf. Pada April 2003, Dr. Arnie bt A. Rahim merupakan Pegawai Perubatan berjawatan tetap yang pertama yang telah dilantik bagi mengetuai Pusat tersebut dibantu oleh tiga orang jururawat. Pada waktu itu jumlah populasi warga kampus adalah seramai 4000 orang dan sebanyak 50 kes yang diterima setiap hari. Menurut Dr Arnie yang kini memegang jawatan sebagai Pengarah Pusat Kesihatan Universiti, sesungguhnya pengalaman pada ketika itu amat menuntut pengorbanan bukan sahaja dari segi masa, malah fizikal dan mental bagi mereka memenuhi dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada warga kampus. Kini PKU beroperasi dengan bilangan staf seramai 27 orang yang terdiri daripada 3 orang doktor, 5 orang jururawat, seorang ketua jururawat, 5 orang attendant , seorang Pembantu Tadbir Pengkeranian, 2 orang Penolong Pegawai, 3 orang Pegawai Perubatan, seorang Pegawai Perubatan Kanan, seorang Pegawai Tadbir, dan 2 orang pemandu. Pusat Kesihatan Universiti dibahagikan kepada empat seksyen yang berada di bawah Pengarah Pusat Kesihatan seperti seksyen perubatan, seksyen kesihatan dan sokongan klinikal, seksyen rekod dan taksiran, dan seksyen pergigian. Seterusnya setiap seksyen kemudian dibahagikan pula kepada beberapa unit kecil untuk memastikan kelancaran pentadbiran dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik. Antara perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan adalah seperti: I. Memberi rawatan pesakit luar dan kecemasan kepada para pelajar dan kakitangan UMT. II. Menyediakan perkhidmatan stand-by untuk aktiviti atau program sukan/ lasak yang dianjurkan oleh jabatan-jabatan di UMT. III. Menyediakan perkhidmatan bertugas atas panggilan (on call) untuk keskes kecemasan bagi pelajar yang tinggal di asrama. IV. Mengeluarkan surat jaminan rawatan perubatan kepada pelajar yang dimasukkan ke wad hospital kerajaan.

I

V. Menguruskan proses tuntutan/pembayaran bil hospital bagi pelajar yang dimasukkan ke wad hospital kerajaan. VI. Memberi kemudahan peti pertolongan kecemasan dan bekalan ubat-ubatan untuk pelajar serta kakitangan yang mempunyai aktiviti luar kampus. VII. Menyediakan kemudahan pinjaman peralatan perubatan kepada para pelajar yang memerlukan. VIII. Menyediakan perkhidmatan ambulans kepada para pelajar bagi menghantar kes-kes kecemasan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah. IX. Menyediakan perkhidmatan ujian diagnostic makmal perubatan. X. Mengadakan kempenkempen kesihatan dan pemeriksaan kebersihan kafeteri di UMT. XI. Menyediakan surat rujukan kepada pelajar yang memerlukan rawatan pergigian XII. Mengadakan pemeriksaan kebersihan dan penggredan cafeteria di UMT. XIII. Menyediakan perkhidmatan ultra sound bagi kes-kes yang yang memerlukan diagnose penyakit yang tepat. XIV. Menyediakan bilik rehat pesakit (sick-bay), bilik isolasi/pengasingan. XV. Menyemak dan menyimpan laporan perubatan dan x-ray pelajar. Dalam pada itu, terdapat pelbagai perancangan yang dirangka bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan di PKU. Antara perkhidmatan terbaru dijangka akan mula beroperasi pada tahun ini adalah kemudahan klinik pergigian dan perkhimatan x-ray. Di samping itu, PKU juga turut merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan fisioterapi dan juga medical check-up terutama bagi para pelajar yang baru mendaftar di UMT. Walaupun waktu oprasi

PKU adalah di waktu pejabat namun, setiap staf yang bertugas akan bersedia untuk menerima panggilan on-call jika berlaku apa-apa kes kecemasan di luar waktu pejabat. Menurut Dr. Arnie kebanyakan panggilan untuk kes kecemasan yang diterima adalah tidak mengikut saluran yang betul dan ini menyebabkan masalah bagi PKU untuk mengambil tindakan susulan. Tambahan lagi semua staf yang bertugas tinggal di luar kampus dan sudah tentu menagmbil masa untuk tiba jika berlaku sebarang kecemasan. Antara kes yang dikategorikan sebagai kes kecemasan selepas waktu pejabat adalah seperti: • Kesukaran bernafas/ asma akut • Tercekik • Sakit jantung/ dada berterusan • Tidak sedarkan diri(koma) atau mengalami renjatan elektrik • Kemalangan jalan raya dengan kecederaan yang serius • Pesakit jiwa yang mengganggu ketenteraman awam • Deman panas yang amat tinggi • Sakit yang kuat sehingga pesakit tidak berdaya • Wanita hamil yang mengalami penurunan darah • Keracunan makanan • Overdose ubat-ubatan • Luka atau melecur yang teruk akibat kebakaran • Sengatan binatang berbisa Namun demikian, dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk warga kampus, PKU juga turut berhadapan dengan beberapa masalah. Antara masalah kritikal yang dihadapi adalah kekurangan kakitangan untuk menampung jumlah yang menerima perkhidmatan di PKU. Menurut Dr. Arnie lagi, jumlah staf di PKU yang ada pada hari ini tidak mampu untuk menampung kapasiti jumlah pelajar yang melebihi 6000 orang disamping

su kafe seringkali menjadi topik bualan para pelajar di UMT. Baru-baru ini, kedengaran suara-suara sumbang para pelajar yang tidak berpuas hati mengenai pengurangan kedai sewa di Kafe Baru. Wartawan Samudera telah berkesempatan menemubual En. Ahmad Fadhli Hamzah selaku Penolong Pengurus Asrama, bagi mendapatkan penjelasan dengan lebih lanjut berkenaan isu yang menjadi tanda tanya ini sekaligus menjawab segala pertanyaan yang berlegar difikiran para pelajar. Menurut En. Ahmad Fadhli, sebab utama mengapa pihak asrama mengumpulkan kebanyakan kedai di Kafe Kusza sahaja adalah kerana ingin mengurangkan persaingan antara kedai-kedai di Kafe Baru dan di Student Mall. Memandangkan jarak di antara keduanya yang begitu hampir, pihak asrama mengambil langkah untuk memenuhkan kebanyakan kedai di Kafe Kusza bagi menggalakkan para pelajar membeli di Student Mall. Apabila diutarakan mengenai rungutan pelajar berkenaan jarak yang agak jauh daripada Kafe Baru dan pagar Student Mall yang sentiasa ditutup, En. Ahmad Fadhli menjawab, “Sebelum ni ramai ‘student’ yang boleh bersusah payah sehingga memanjat pagar tapi kenapa nak berjalan sedikit ke Student Mall itu pun tak boleh pulak kan?”. En Ahmad Fadhli juga menerangkan bahawa antara sebab lain pihak asrama mengumpulkan kebanyakan kedai di Kafe Kusza adalah kerana bilangan jumlah staf UMT yang dianggarkan seramai 1000 orang. Oleh itu, timbullah masalah lebihan populasi yang terpaksa ditampung berbanding jumlah sebenar yang telah ditetapkan. Pihak pentadbiran PKU juga sedang berusaha untuk mendapatkan doktor-doktor tambahan dari luar untuk bertugas terutama dalam bidang pergigian. Walau bagaimanapun, masalah ini tidak menghalang semua staf PKU untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pesakit di samping memantapkan perkhidmatan yang sedia ada. Pelbagai anugerah telah dikecapi oleh PKU dan yang paling membanggakan adalah sewaktu penularan wabak H1N1 di mana Kementerian Pengajian Tinggi telah mengisytiharkan langkah yang diambil oleh PKU untuk menghadapi wabak ini adalah yang terbaik dan dijadikan contoh oleh institut pengajian tinggi yang lain.

kedai yang sedikit dan dua daripadanya akan dijadikan bilik kunci asrama. Wartawan juga ada bertanyakan tentang prosedur bagi para pekedai yang ingin memohon untuk menyewa kedai di kafe-kafe asrama UMT. Ianya juga boleh dijadikan petunjuk bagi mana-mana pelajar yang menyimpan hasrat ingin melakukan sebarang perniagaan di kafe ini. Prosedurnya adalah seperti berikut: • Mana-mana pekedai perlu memohon melalui tender dan jika pelajar telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau SSM, mereka boleh memasuki tender dan boleh memohon sebarang kafe di asrama. • Terdapat juga cara lain iaitu dengan menghantar surat kepada Pengarah PKP untuk memohon ruang di KK untuk menjalankan perniagaan. • Sewa bagi kedai di Student Mall ialah RM50 sebulan dan sewa bagi kedai di Kafe Baru dan Kafe Kusza ialah RM 400 sebulan. • Tempoh bagi setiap tender ialah selama 2 tahun. En. Ahmad Fadhli menyebut, pihak asrama akan berusaha sedaya upaya bagi memenuhkan setiap kedai yang terdapat di kafe asrama. Para penyewa akan diberikan kedai mengikut permintaan mereka sendiri. Setakat ini, kedai yang kosong itu masih di dalam proses tender. “Kita nak pembekal yang boleh membuat perniagaan yang berkonsepkan moden seperti ‘kiosk’ atau ‘starbuck’ di mana dapat menarik minat

lebih ramai pelajar untuk berkunjung ke sana,” tambah beliau. “Sepanjang saya di sini, ramai pelajar yang telah bertanyakan cara bagaimana untuk membuka kedai di kafe asrama tetapi hanyalah sekadar bertanya. Kebanyakan daripada mereka hanya datang melalui individu berbanding dengan kumpulan. Jika melalui individu, pihak asrama tidak menggalakkan penyertaan pelajar kerana mereka tiada kelayakan dari segi lesen perniagaan kewangan, tetapi jika mereka datang melalui sesebuah organisasi seperti MKK atau MPP dan melalui exco dan membuat proposal, kami pihak asrama akan menerima dan mempertimbangkan dengan sebaik mungkin. “ “Dalam erti kata lain hanya kepada mereka yang benar-benar serius ingin menjalankan perniagaan. Pihak asrama tidak menggalakkan penyertaan secara individu kerana dikhuatiri akan wujud suarasuara sumbang yang tidak berpuas hati atau mereka yang mempersoalkan mengapa individu tersebut mendapat kelulusan daripada pihak asrama untuk menbuka perniagaan. Masalah ini tidak akan timbul bagi mereka yang memohon secara berkumpulan. Oleh itu, jika pelajar berhasrat untuk menjalankan perniagaan, dan jika ingin mencari duit poket sekalipun sebaik-baiknya biarlah secara berkumpulan,” akhiri En. Ahmad Fadhli. untuk memberi sokongan.

www.umt.edu.my

03

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor (MEI)2011 ORIGINAL.indd 3

5/21/11 12:54 PM


Semasa

Akhbar Samudera UMT

Universiti Malaysia Terengganu Mei 2011

Wataniah UMT Daerah Kemaman 2011 Karnival Pendidikan dan Kerjaya Belia

Gagah Takluki Gunung

oleh: Yusrina Omar

A n t a r a a n g g o ta-anggota Wataniah yang terlibat dalam pendakian Gunung Stong. oleh: Ahmad Anwar Sauqie bin Mohd Ghani

B

erbekalkan azam dan semangat, warga wataniah UMT dengan semangat berkobar-kobar untuk menakluki Gunung Stong di Kuala Krai Kelantan. Seramai 66 orang anggota wataniah bersama seorang jurulatih mengambil cabaran untuk mendaki Gunung Stong sebagai menguji kekuatan fizikal dan mental mereka sebagai warga wataniah yang sejati. 9 Mac 2011 9 pagi, peserta berkumpul di Kompleks Sukan untuk dibahagikan kepada enam kumpulan sebelum bertolak. Pada jam 2 petang, ketibaan pasukan wataniah disambut oleh penunjuk arah. Sebelum memulakan pendakian, taklimat diberikan oleh penunjuk arah. Selepas 3 jam menempuhi cabaran,

tibalah di base kem pada jam 6 petang. Pada sebelah malam, peserta merehatkan diri setelah segala penat lelah yang dihadapi sepanjang hari dan untuk mengumpul tenaga pada esok harinya. 10 Mac 2011 Semangat pendakian disemarakkan dengan keindahan pagi. Matahari terbit dapat dilihat dan para peserta tidak lepaskan peluang untuk melihat kecantikkan panorama alam semula jadi. Pendakian dimulakan dengan senaman ringkas untuk mempersiapkan diri untuk menempuhi cabaran pendakian. Jam 9 pagi, kami mendaki selama 3 jam, peserta diberi rehat di sebuah gua yang mempunyai keindahan air terjun. Kekejangan otot dan semangat hampir mengalah dipatahkan oleh ketua ekspedisi untuk meneruskan perjalanan. Tahap fizikal dan

mental diuji pada masa ini. Igauan mendaki puncak Gunung Stong oleh peserta akhirnya tercapai setelah hampir 6 jam mendaki. Perut yang lapar diisi dengan memasak bekalan yang ada, tenaga dikembalikan untuk pulang ke base kem. Hujan dan halangan yang datang, menjadikan ketahanan diri lebih kental dan kuat.

24 Mac 11, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) cawangan khas Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah dijemput menghadiri forum mahasiswa yang bertajuk “Halatuju dan Survival Anak Bangsa” sempena Karnival Pendidikan dan Kerjaya Belia Daerah Kemaman 2011 di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK). Forum ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Wan Ahmad Nizam bin

Wan Abdul Hamid selaku Setiausaha Politik kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu. Antara aktiviti menarik yang dijalankan ialah pameran pendidikan (IPTA & IPTS), pameran kerjaya, temuduga terbuka dan sebagainya. Perjumpaan bersama Presiden GPMS Kebangsaan, En. Jais bin Abdul Karim selepas selesai forum tersebut telah memberi impak berguna buat mahasiswa dan mahasiswi

UMT yang hadir, sekali gus menaikkan semangat setiap ahli GPMS untuk memperjuangkan hak anak bangsa Melayu supaya tidak tercicir di masa akan datang dari sudut pendidikan. Antara yang disampaikan oleh presiden GPMS Kebangsaan ialah GPMS perlu diantarabangsakan setanding dengan organisasi-organisasi lain disamping anak bangsa Melayu perlu berdiri sama tinggi dan sama rendah dengan bangsa-bangsa lain.

Seminar STPM Ekonomi 2011

11 Mac 2011 Suasana sekitar base kem, amatlah berbeza dengan pagi di sekitar UMT. Air terjun telah memukau peserta untuk merasainya. water confident memulakan aktiviti pada hari ini setelah sarapan. Sifat berani dan tidak gentar akan cabaran telah disemaikan dalam diri setiap anggota wataniah. Dengan slogan ‘Gentar Tiada, Gagah Mara’ telah dibuktikan oleh setiap peserta dalam ekspedisi ini. oleh: Yusrina Omar

Annual Grand Meeting 5

GPMS UMT oleh: Syahidah Haniyah bt. Mohammad

3

April 2011, UMT. Annual Grand Meeting kelab GPMS UMT telah diadakan di Auditorium FPE UMT. Seramai 81 orang pelajar yang terdiri daripada ahli kelab GPMS telah hadir bagi menjayakan majlis ini. Turut hadir Yang Berbahagia, Encik Masrul Amir B. Said@ Amir, Ahli Majlis Tertinggi GPMS Kebangsaan, Yang Berbahagia, En. Mohd Razif B. Mohd Zaki, Pegawai Khas Presiden GPMS, dan Yang Berbahagia En. Mohd Ruhaili Alias, Setiausaha GPMS Terengganu.

04

Majlis ini bertujuan membubarkan kepimpinan sesi 2010/2011 yang diterajui saudara Abd. Jalil B. Khairuddin dan seterusnya melantik Ahli Majlis Tertinggi dan exco-exco baru kelab GPMS UMT bagi sesi 2011/2012. Majlis dirasmikan oleh Yang Berbahagia, Encik Masrul Amir B. Said @ Amir, selaku Ahli Majlis Tertinggi GPMS Kebangsaan. Antara petikan ucapan beliau, “Bangsa kita Melayu dari segi pendidikan MUNDUR, jadi untuk meningkatkan

lagi taraf pendidikan kita harus berusaha dengan lebih gigih agar kita dapat ‘duduk sama rendah, berdiri sama tinggi’ dan agar tidak wujud perasaan dengki antara satu sama lain”. Diharapkan agar kepimpinan baru yang diterajui oleh Yang di-Pertua kelab GPMS sesi 2011/2012 ini iaitu saudara Mohammad Akhikhurrahman B. Shahrom akan lebih maju dan berjaya mengharumkan lagi nama kelab GPMS cawangan khas UMT.

Mac 2011, UMT. Jabatan Ekonomi dengan kerjasama Fakulti Pengurusan & Ekonomi (FPE) dan Kelab Mahasiswa Ekonomi Sumber Alam (NREC) telah menganjurkan program Seminar STPM Ekonomi 2011 bertemakan ‘Kecemerlangan Ilmu Ekonomi Bermula Di Sini’. Program tersebut diadakan di Auditorium Mahyuddin, FPE mulai jam 8 pagi sehingga 5 petang. Seminar ini merupakan program yang julung kali dianjurkan oleh Jabatan Ekonomi, FPE. Objektif program ini adalah bagi menyahut seruan universiti untuk melaksanakan program ‘Tanggungjawab Sosial Universiti’ atau ‘University Social Responsibility’ (USR). Program ini telah disertai oleh pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) aliran

ekonomi daripada sekolahsekolah menengah daerah Kuala Terengganu. Sebanyak 9 buah sekolah menengah di sekitar Kuala Terengganu yang mengambil mata pelajaran Ekonomi di dalam peperiksaan STPM telah menyertai seminar ini. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah SMK Bukit Tunggal, SMK Sultan Sulaiman, SMK Belara, SMK Padang Midin, SMK Ibrahim Fitri, SMK Manir, SM Teknik Kuala Terengganu, SMK Panji Alam dan SMK Seri Nilam. Jumlah keseluruhan peserta adalah seramai 200 orang pelajar. Input berfaedah daripada seminar ini ialah teknik menjawab kertas peperiksaan ekonomi bagi calon STPM, memperkenalkan jurusan Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam) di Universiti Malaysia

Terengganu, meningkatkan minat para pelajar terhadap ilmu ekonomi dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian serta mendedahkan pelajar mengenai peluang pasaran kerja dan pengukuhan jati diri.

www.umt.edu.my

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor (MEI)2011 ORIGINAL.indd 4

5/21/11 12:54 PM


Mei 2011 Universiti Malaysia Terengganu

Informasi

Akhbar Samudera UMT

Jom Rancang

Makanan untuk Atasi Masalah Sembelit Perbelanjaan Anda J oleh : Shahidatulnazirah bt Mazalan

angan kamu anggap remeh terhadap masalah sembelit. Jika kamu tidak buang air besar selama 3 hari, itu merupakan petanda awal kamu menghadapi masalah sembelit. Pilihlah buah-buahan sebagai sumber serat yang utama, ia boleh menghalang kamu daripada masalah sembelit. Cubalah buah naga yang sememangnya terkenal kerana baik untuk pencernaan. Pisang juga baik untuk usus kamu. Kisar 2 atau 3 biji pisang bersama dengan air sejuk. Minum setiap kali selepas bangun tidur. Pisang memunyai serat yang bagus untuk kamu yang mengalami masalah penghadaman.

Hari Wanita Sedunia 2011 - 100 Tahun

oleh: Nursyafiza binti Ramlan

1 April 2011,Dewan Karpet Biru, Dewan Sultan Mizan UMT, telah berlangsung program 2-Day Financial Planning Workshop for Undergraduates “Elevating Financial Planning Literacy for Malaysian”. Program yang bermula seawal 8 pagi hingga 6 petang ini merupakan anjuran Malaysian Financial Planning Council (MFPC) dengan kerjasama Hal Ehwal Pelajar dan Alumni(HEPA) dan Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin(FMSM). Sebanyak 7 jabatan telah terlibat dalam menjayakan program pada kali ini melibatkan SM Pengurusan Maritim, SMSG Teknologi Maritim, SMS Nautika dan Pengangkutan Maritim, SMS Biologi Marin, SMS Samudera, SM Perakaunan dan SMS Matematik Kewangan.

Objektif program ini bertujuan memberi pendedahan mengenai perancangan kewangan dan memahami tentang pentingnya perancangan kewangan serta amalan perancangan kewangan sebagai kemahiran hidup kepada mahasiswa yang hadir. Selain itu juga, program ini turut menggalakkan disiplin diri dan pengurusan kewangan peribadi pelajar. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan perasmian oleh Dr. Wan Mohd Nor Sani bin Wan Nik, Timbalan Dekan Fakulti Maritim dan Sains Marin. Sesi seterusnya dimulakan dengan slot 1: The Financial Planning Phenomenon, slot 2: Fundamentals in Financial Planning oleh En. Khairuddin Zakaria wakil daripada MFPC.

Bagi slot seterusnya slot 5: Loans (House, Car and Credit Card) dan Slot 3: How to Improve Your Cash Flow telah diambil alih oleh Mr. Tan Choon Kiang juga wakil daripada MFPC dan untuk slot terakhir bagi hari pertama merupakan slot UMT Career Talk oleh En. Mohd Noor b Zakaria dan Mr. Tan Choon Kiang wakil daripada Public Mutual. Hari kedua dimulakan dengan slot 9: Retirement Planning, slot 10: Estate Planning dan slot 11: Islamic Perseptive on Financial Planning En. Khairuddin Zakaria untuk sesi pagi. Sesi petang disambung dengan slot 4: Debt Management, slot 6: Insurance dan slot 7: Investment oleh Mr. Tan Choon Kiang.

oleh: Faridah Anum bt Abdul Rahman.

Kita yang dilahirkan sebagai seorang wanita pasti akan tertarik dan berasa bangga apabila tarikh 8 Mac tiba, di mana pada setiap tahun pada tarikh tersebut merupakan ‘Hari Wanita’ yang akan disambut oleh wanita di dunia dan pada tahun 2011 juga merupakan sambutan yang ke-100 hari tersebut disambut. Tema pada tahun ini adalah “Kesamarataan peluang terhadap pelajaran, latihan, sains, teknologi laluan kerjaya terpuji untuk wanita”.

Hari Wanita merupakan simbolik kepada kejayaan wanita seluruh dunia yang berjuang untuk persamaan hak dari segi pelajaran, kerjaya, keamanan, keadilan di dalam diri seorang wanita tersebut. Hari Wanita wujud kesan daripada mogok besar besaran yang diadakan oleh buruh wanita di kilang pakaian dan kain di New York iaitu pada tarikh 8 Mac 1857. Di mana mereka merasakan berlaku ketidakadilan

terhadap mereka dari segi gaji, layanan dan sebagainya yang dilakukan oleh kapitalis yang lebih mementingkan kepada keuntungan sahaja. Segala sumbagan kejayaan dan kepayahan wanita boleh dikongsi oleh wanita-wanita lain di luar sana bersama-sama bagi menghargai segala usaha yang telah diberikan dan Hari Wanita ini wajar disambut selagi ia tidak lari dari landasan agama.

www.umt.edu.my

05

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor (MEI)2011 ORIGINAL.indd 5

5/21/11 12:54 PM


Tempatan / Negara

Akhbar Samudera UMT

Universiti Malaysia Terengganu Mei 2011

Cakna Kasih Tautan Sayang Bengkel Induksi Pelajar

oleh: Yusrina Omar

19 Mac 2011-K. Terengganu, bersempena dengan musim cuti sekolah, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) cawangan Khas UMT, telah menganjurkan satu program yang diberi nama “Cakna Kasih Tautan Sayang” di Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga, Kuala Terengganu. Program ini disertai oleh 65 pelajar tahun 5 sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga dan 25 orang ahli GPMS UMT yang bertindak sebagai fasilitator dan merangkap urusetia pogram. Objektif program ini ialah untuk meningkatkan motivasi diri ke arah kecemerlangan, meningkatkan keyakinan bagi menghadapi peperiksaan dan seterusnya membentuk peribadi mulia. Program bermula pada jam 8.00 pagi dan dimulakan dengan ucapan perasmian dari guru besar Sekolah Pusat Chabang Tiga, En. Syed Marzuki bin Engku Muda dan seterusnya program diambil alih sepenuhnya oleh Suziani bt Mokhtar, pelajar tahun 2 Sarjana Muda Kaunseling sebagai Ketua Fasilitator. Pogram ini berbentuk

Pascasiswazah (Secara Penyelidikan) UMT 2011 oleh: Najihah Najwa bt Mohd Saleh

motivasi dan kebanyakan pogram adalah berbentuk latihan dalam kumpulan (LDK) di mana setiap peserta dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil dan setiap kumpulan diketuai oleh 2 orang fasilitator. Sepanjang program ini, peserta didedahkan dengan pengalaman baru di mana peserta diajar untuk makan ‘nasi ambeng’ iaitu gaya makanan tradisi orang Jawa. Peserta dipecahkan kepada 5 orang setiap kumpulan mengikut jantina dan akan makan bersama-sama di dalam satu talam. Tujuan utama memperkenalkan peserta dengan tradisi ini ialah untuk mengajar peserta akan

budaya baru dan secara tidak langsung mengeratkan hubungan di antara peserta. Program tamat pada pukul 5.30 petang dan diakhiri dengan sesi bermaaf-maafan di antara peserta dan fasilitator. Menurut Hazirah bt Mohd Azmi pelajar tahun 2 jurusan Sarjana Muda Sains Matematik dan Komputasi selaku pengarah program, mengharapkan GPMS UMT dapat meneruskan program berbentuk motivasi ini kerana ia dapat meningkatkan keyakinan diri peserta dan program ini sejajar dengan moto GPMS itu sendiri iaitu “BELAJAR TERUS BELAJAR”.

Earth Hour Ajak Mahasiswa Selamatkan Bumi oleh: Najihah Najwa bt Mohd Saleh

M

alam 26 Mac 2011 telah menyaksikan hampir seluruh kawasan asrama UMT bergelap selama lebih kurang satu jam. Seperti yang diketahui umum, malam tersebut telah diisytiharkan sebagi Earth Hour 2011, sebuah kempen peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh World Wide Foundation (WWF) pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac setiap tahun. Kempen buat julung kalinya dilancarkan pada tahun 2009, bertujuan menangani masalah pemanasan global dengan menutup suis peralatan elektrik selama sejam. Menurut pengarah program Nur Ajeerah bt Mohd Noh, antara tujuan lain program ini dilaksanakan adalah untuk memberi kesedaran kepada warga UMT akan kepentingan penjimatan elektrik. Diharapkan dengan program seumpama ini,

penggunaan tenaga elektrik dalam aktiviti seharian dapat diminimumkan di samping meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan menangani fenomena pemanasan global yang kian serius dewasa ini. Hal ini kerana tanggungjawab menjaga alam sekitar merupakan tanggungjawab kita bersama. Tepat jam 8.30 malam, acara ‘light off’ dimulakan dengan mematikan suis-suis lampu di Kafe Baru. Melihat suasana di sekitar asrama, sedikit demi sedikit suis lampu dimatikan, menunjukkan sokongan mahasiswa mahasiswi UMT terhadap usaha menyelamatkan

bumi ini. Sepanjang suis lampu dimatikan, hadirin disajikan dengan tayangan video berkaitan Earth Hour dan persembahan akustik alam sekitar. Suis lampu dibuka kembali sejurus jam menunjukkan tepat 9.30 malam dan program tersebut diakhiri dengan penyampaian hadiah, pertandingan poster dan video Earth Hour. Semoga program seumpama ini diteruskan pada masa akan datang dan tidak akan berakhir pada malam Earth Hour sahaja, sebaliknya dapat diadaptasikan dalam kehidupan seharian mahasiswa dan mahasiswi UMT agar alam ini dapat terus dipelihara.

27 Mac 2011, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), telah berlangsungnya Bengkel Induksi Pelajar Siswazah UMT 2011 kali kedua anjuran Sekolah Siswazah. Bengkel tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab Sekolah Siswazah khususnya dan UMT secara amnya. Ini merupakan suatu usaha dalam memberi perkhidmatan sokongan menerusi wacana perkongsian pengalaman kepada semua pelajar siswazah baru (Semester 1 dan 2) sebagai persediaan mereka untuk

mengikuti pengajian siswazah di UMT. Bengkel ini disampaikan melalui sesi ceramah berkaitan peraturan dan prosedur pengajian siswazah di UMT, penyediaan sorotan literatur yang berkesan, pembinaan kenyataan masalah dan penerangan panduan umum lain yang disampaikan oleh penceramah-penceramah yang terdiri daripada pegawai-pegawai akademik dan sokongan akademik jemputan. Bengkel yang berjalan selama sehari itu

bermula seawal 8 pagi dan berakhir jam 4 petang dan dibahagikan kepada empat sesi dengan empat penceramah jemputan seperti Prof. Madya Dr. Tg. Sifzizul bin Tengku Muhammad iaitu Dekan FST UMT, Prof. Madya Dr. Mahadzirah Mohamad iaitu Pengarah Pusat Jaringan Industri dan Khidmat Komuniti UMT, En. Amir bin Abdul Khalik iaitu Pustakawan PSNZ dan En. Amara Shipul Amlan bin Hassan @ A. Manan iaitu Pembantu Keselamatan UMT.

Kuiz Terbuka PEMADAM 2011 oleh: Nursyafiza binti Ramlan

P

ada 1 April dan 2 April 2011, kelab PEMADAM dengan jayanya telah mengadakan satu kuiz terbuka PEMADAM untuk semua persatuan dan kelabkelab di UMT. Program telah dijalankan di Kompleks Kuliah bagi peringkat berkumpulan dan peringkat separuh akhir manakala untuk peringkat akhir telah dijalankan di Auditorium PSNZ. Sebanyak 12 pasukan

mendaftar tetapi 1 pasukan menarik diri untuk bertanding. Setiap kumpulan mempunyai 4 orang ahli dan setiap kumpulan diwajibkan mencipta cheer song tersendiri. Markah dinilai melalui jawapan yang betul dan markah bonus diberi berdasarkan kreativiti serta kekerapan melakukan cheer song kumpulan masingmasing. Majlis berakhir dengan

penyampaian hadiah di mana kumpulan Integra 1 telah mengungguli kemenangan dengan berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM 200 beserta plak dan sijil. Naib johan dimenangi oleh Suju Girl memperoleh wang sebanyak RM 150 beserta plak dan sijil manakala bagi tempat ketiga pula dimenangi oleh Counselling Fight memperoleh wang sebanyak RM 100 beserta plak dan sijil.

Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 2 PEMADAM (2011/2012) oleh: Nursyafiza binti Ramlan

P

ada 2 April 2011 bertempat di Auditoriun Perpustakanan Sultana Nur Zahirah (PSNZ) UMT telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 2 bagi Kelab Anti Dadah (PEMADAM). Seramai 43 orang ahli kelab telah menghadirkan diri pada hari tersebut. Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Prof. Madya Dr Ruhani bt Mat Min, Ketua Pusat Kaunseling dan Kerjaya. Majlis seterusnya

merupakan pembentangan laporan aktiviti sepanjang sesi, pembentangan minit-minit mesyuarat dan pembentangan belanjawan untuk sesi 2010/2011 oleh Ainul Haryati binti Oyup , Mantan Presiden Kelab PEMADAM. Selesai sesi pembentangan oleh Mantan Presiden Kelab PEMADAM, Majlis Tertinggi Sesi 2010/2011 dibubarkan. Hadirin telah ditayangkan

dengan video Mantan Majlis Tertinggi dan Exco-exco sesi 2010/2011 dan video ahli majlis tertinggi baru sesi 2011/2012. Diharapkan agar kepimpinan baru yang akan lebih maju dan berjaya mengharumkan lagi nama kelab PEMADAM bukan sahaja di peringkat UMT malahan setanding dengan kelab-kelab yang sedia ada di UMT.

diucapkan kepada Kelab Mahasiswa Ekonomi Sumber Alam (NREC) kerana mampu mengendalikan program ini

dengan membuka minda pelajar-pelajar mengenai hala tuju masa depan mereka.

Jalinan Ukhuwah Bersama Sekolah Angkat 2011 oleh: Yusrina Omar

6

Mac 2011-UMT. Satu lagi program anjuran Jabatan Ekonomi dengan kerjasama Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi (FPE) dan Kelab Mahasiswa Ekonomi Sumber Alam (NREC) telah menjayakan Program Jalinan Ukhuwah Bersama Sekolah Angkat 2011 dengan tema “Setitis Panduan Selautan

06

Ilmu”. Program bermula dari jam 8 pagi sehingga 2 petang bertempat di Auditorium Mahyuddin, FPE. Program dianjurkan bersempena ulang tahun ke-10 Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah disertai oleh 140 pelajar sekolah angkat Universiti iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal dan Sekolah Menengah

www.umt.edu.my

Kebangsaan Sultan Sulaiman. Majlis perasmian Program Jalinan Ukhuwah Bersama Sekolah Angkat 2011 telah disempurnakan oleh Dekan FPE iaitu Prof. Dr Shamsul Nahar bin Abdullah selaku penaung program tersebut. “STPM : Bersediakah anda menghadapinya?” dan “Selepas STPM : Universiti atau Kerja” merupakan slot ilmiah yang telah disempurnakan oleh En. Mohd Najit bin Sukemi.

Objektif yang telah dicapai oleh Jabatan Ekonomi dan NREC daripada program ini ialah untuk memberi pengalaman kepada ahli kelab dalam hal pengurusan yang melibatkan pihak luar, di samping menguji dan memperkukuhkan kemahiran generic serta memberi kefahaman yang luas kepada pelajar mengenai hala tuju dalam kehidupan masa akan datang. Syabas dan tahniah

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor (MEI)2011 ORIGINAL.indd 6

5/21/11 12:54 PM


Mei 2011 Universiti Malaysia Terengganu

Al- Fatihah KEPADA ALLAHYARHAM MOHD SHAHIR BIN SAAD Yang telah kembali ke Rahmatullah pada 3 Mei 2011.

Iklan

Akhbar Samudera UMT

@bosan…tak tau nak buat ape? Kelab penyayang ade jawapannye… SERTAILAH KELAB PENYAYANG UMT KERANA KELAB PENYAYANG MENJANJIKAN AKTIVITI YANG GEMPAK-GEMPAK UNTUK WARGA UMT ,JANGAN BERLENGAH ,CEPAT ..JADILAH AHLI KELAB PENYAYANG….SEMINIT ANDA LAMBAT MENDAFTAR SERIBU KALI ANDA KERUGIAN..FIKIR-FIKIRKAN.. AKTIVITI KELAB PENYAYNG YANG MEMANG BEST: @SEHARI BERSAMA KELAB PENYAYANG UMT DAN ANAK-ANAK YATIM DARUL FALAH. @KEMPEN MENGUMPUL BARANGAN TERPAKAI. @MALAM TABUNG AMAL KELAB PENYAYANG. @PROGRAM MENYULAM KASIH MENGUKIR KENANGAN @PROGRAM DELIGASI KE INDONESIA. @PROGRAM SENI MEMPERTAHANKAN DIRI @PROGRAM KEMANTAPAN KENDIRI @PROGRAM LAWATAN KE RUMAH WARGA EMAS @PROGRAM KORBAN DAN PROGRAM HARI RAYA. -ANDA BERMINAT HUBUNGI KAK CHA;014-9229443

GAME

Gambar kenangan arwah (dalam bulatan) dalam kursus TOT,Fasilitator 2010/11.

SUDOKU

super collection puzzles GAME 2

7

2 1 9 6

5 9

6

7 7

3

2 1 5 8 7

1

3 8

9 3 5 7

7

9 8

6

3 4 2 7 8

- - - - - - - - - - - - - - - - - -- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

---------------------------------------------------------

------------------------------------------------- --------

-------------------------------------------------------

* Perhatian kepada mahasiswa, sila gunting permainan Sudoku yang sudah lengkap dan hantar di Penerbit UMT untuk mendapatkan cenderamata dari kami sekiranya menang Dalam kenangan...Fasilitator MJM, Mohd Shahir(dalam bulatan).

www.umt.edu.my

07

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor (MEI)2011 ORIGINAL.indd 7

5/21/11 12:54 PM


sukan

UMT

Akhbar Samudera UMT

Universiti Malaysia Terengganu Mei 2011

U n i ve r siti M alaysia Terengganu

ISSN 2229 - 8363

21030 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman, Malaysia. www.umt.edu.my

9 7 7 1 9 8 5

8 5 1 0 0 0

Kejohanan Badminton FMSM Kali Ke 3 Antara staf FMSM yang terlibat dalam perlawanan badminton

oleh: Sharizad Nabilla bt Sari

9

Mac 2011-UMT, Sukan badminton semakin mendapat minat di hati ramai orang terutamanya pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Oleh itu, tidak hairanlah staf- staf di UMT juga bergiat aktif dalam menceburi sukan badminton ini sebagai riadah dan kejohanan sukan. Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin telah mengadakan Kejohanan Badminton Tertutup FMSM kali ke3. Kejohanan ini telah

08

berlangsung di gelanggang badminton kompleks sukan UMT. Tujuan ia diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim sesama staf dengan pensyarah FMSM. Kejohanan badminton FMSM ini telah mendapat sambutan yang memuaskan dengan penglibatan peserta dari kalangan staf dan pensyarah seramai 45 orang termasuk lelaki dan wanita. Menurut En. Mohd Azlan bin Musa, yang merupakan exco sukan

www.umt.edu.my

Maritime and Marine Club (MARMAC) FMSM, setiap penyertaan dikenakan yuran sebanyak RM10 setiap seorang. Menurut beliau juga, peserta yang menyertai kejohanan ini telah mengadakan latihan di luar. Hal ini penting untuk peserta melatih diri mereka supaya dapat menghadapi kejohanan dalam keadaan yang bersedia dan bersemangat. Kejohanan tersebut telah berlangsung selama tiga hari kerana melalui peringkat saringan untuk

ke pusingan yang terakhir. Terdapat tiga kategori yang mara ke peringkat akhir iaitu perseorangan lelaki, beregu lelaki dan perseorangan wanita. Keputusan rasmi telah diumumkan dengan menobatkan En. Afandi Abd Ghani menang dalam kategori perseorangan lelaki menewaskan Dr Mohamad Fadhil Ahmad dengan mata sebanyak ( 16-21, 21-18, 22-20). Manakala pemenang bagi kategori beragu lelaki pula jatuh kepada pasangan En. Nurul

Haqimi dan En. Fayas yang telah menewaskan pasangan beregu En. Mohd Nurazi dan En. Afandi dengan mata sebanyak (20-22, 21-15, 21-8). Kategori wanita perseorangan pula di sandang oleh Cik Nadrah yang telah menewaskan lawannya iaitu Pn. Rozita dengan mata sebanyak (21-14, 21-17). Pemenang setiap kategori yang telah dipertandingkan telah diberikan hamper sebagai hadiah kejohanan. Penglibatan yang

menggalakkan oleh staf dan pensyarah FMSM dalam Kejohanan badminton ini telah melahirkan idea-idea yang bernas dalam merangka pelbagai aktiviti sukan di bawah selenggaraan MARMAC pada masa hadapan. Kejohanan ini juga telah melahirkan atlet-atlet yang berbakat dalam bidang sukan badminton dan secara tidak langsung peserta yang menyerlah tadi akan dipilih untuk mewakili fakulti dalam kejohanan sukan di peringkat PTJ tidak lama lagi.

PDF compression, OCR, web optimization using a watermarked evaluation copy of CVISION PDFCompressor (MEI)2011 ORIGINAL.indd 8

5/21/11 12:54 PM


Samudera Mei 2011  

Buletin Bulanan Pelajar UMT

Advertisement
Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you