Page 1


Download Secara Percuma www.majalalahniaga.com/download www.facebook.com/MajalahNiaga

www.twitter.com/majalahniaga


NOTA EDITOR Email: editor@majalahniaga.com

Felinna Beauty

Revolusi Produk Kecantikan Online

A

ssalamualaikum dan salam kebahagian buat para pembaca Majalah Niaga yang dirahmati Allah, yang setia menanti kehadiran edisi terbaru majalah ini. Alhamdulillah, kami kembali dengan ilmu-ilmu yang segar, baru dan berkualiti melalui pelancaran e-Majalah Niaga kali ke-29.

PENASIHAT Idris Husin, Hasbul ‘Ariff CEO Hasbul ‘Aqill Hassan Zaki EDITOR Insyirah Azhar PENULIS Aqif Azizan, Rizal Hafiz, Nor Bahiyah Lasim, Hazlam Anuar, Eruwan Gerry, Afyan Mat Rawi, Rohaniah Noor, Insyirah Azhar PEREKA GRAFIK Marlia Muhamad PENGURUS WEB Marlia Muhamad EKSEKUTIF PENGIKLANAN Hasbul ‘Aqill EKSEKUTIF PEMASARAN Hasbul ‘Aqill & Hasbul ‘Ariff DITERBITKAN OLEH INNOVATIC SOLUTION 16-3-2 Jalan Semarak Api 3, Dimond Square Business Centre, 53000 Setapak Kuala Lumpur. Tel: +603-4021 3344 Email: majalahniaga.com www.facebook.com/MajalahNiaga www.twitter.com/majalahniaga

Sesuatu yang menarik tentang edisi kali ini adalah temubual bersama ikon pilihan, pemilik bisnes Felinna Beauty iaitu Tuan Rafie Ramli dan Puan Felinna Nadea. Perkongsian bagaimana permulaan sepasang suami isteri tenggelam dalam kegagalan dan ujian yang bertimpa-timpa sebelum bangkit daripada kegagalan. Seterusnya mula membina bisnes yang mencecah RM1 juta dalam masa satu bulan lebih sahaja dengan izin Allah. Kisah mereka ibarat adaptasi daripada cubaan berkali-kali sebelum berjaya, oleh barisan orang-orang berjaya seperti Thomas Edison yang mencuba sebanyak 10,000 kali sebelum berjaya membuat mentol yang boleh menyala. Hasil daripada cubaan berkali-kali itu, ia menjadi pencetus kejayaan mereka yang dapat dicapai dalam masa yang singkat. Selepas beberapa bisnes gagal, Tuan Rafie bermula semula sebagai seorang jurugambar. Setelah projek pertama mendapat sambutan dan disukai pelanggan, mereka berniat meneruskan bisnes tudung apabila ramai rakan-rakan mereka memuji kecantikan tudung yang diperagakan. Apabila mereka berjaya menyimpan sebahagian keuntungan, mereka mula bangkit dengan produk sendiri.

Margin keuntungan yang tinggi dan kelebihan yang diberikan kepada stokis membuatkan jualan produk mereka meningkat secara drastik. Sehingga ramai stokis jana pendapatan RM100,000 – RM500,000 melalui jualan online sahaja. Dalam pada itu, mereka juga turut Hak Cipta Terpelihara: menerima cabaran-cabaran lain semasa bisnes mereka sedang Dilarang sama sekali menerbit semula dalam lain-lain bentuk atau meningkat. mempergunakan e-majalah ini untuk tujuan keuntungan kecuali dengan kebenaran bertulis dari pihak Majalah Niaga.com. Namun begitu, anda dibenar bahkan digalakkan menyebar e-majalah ini untuk tujuan Didoakan edisi kali ini dapat menghidupkan semangat usahawankebaikan, tetapi haruslah dikekalkan sifatnya tanpa sebarang ubahan. usahawan yang mula berputus asa dan gagal berkali-kali dalam membangunkan perniagaan. “Man jadda wa jadda – sesiapa yang berusaha, dia berjaya.” Insya-Allah.

Insyirah

INSYIRAH AZHAR EDITOR MAJALAH NIAGA

1 Majalah Niaga Edisi 29


ISI KANDUNGAN

EDISI 29

ARTIKEL 09 Berita Bisnes

WAWANCARA EKSKLUSIF

3

Kuala Lumpur Pusat Membeli Belah Terbaik Dunia

10 Tip Kewangan

Perakaunan Syarikat Rutin Mingguan Yang Wajib Dilaksanakan

12 Tip Pemasaran

Luaskan Empayar Perniagaan - Strategi Urus Bisnes Luar Negara

14 Dekorasi Bisnes Tip Mengemaskan Ruang Kerja Pejabat

16 Motivasi Bisnes Urus Masa Cara Bijak Usahawan Makan Gaji

23 Tip Pemasaran

Online Penghantaran Percuma - 3 Idea Meningkatkan Jualan Produk Fizikal

24 Pelaburan Hartanah 18 Tip Blogging

Penduan Mencari Wordpress & Theme Percuma

20 Tip Perkhidmatan Panduan Ringkas Memilih Kad Perubatan Takaful / Insurans

2 Majalah Niaga Edisi 29

Bumi Lot - Untung atau Rugi Besar?

25 Tip Komunikasi

Cara Mudah Menghargai & Dihargai Pelanggan

28 Tip Perniagaan

Kebaikan Kerja & Bisnes Part Time


B

olehkah pihak tuan menerangkan latarbelakang bagaimana tuan memulakan bisnes ini? Ia sebenarnya berlaku secara tidak langsung. Saya dahulunya merupakan seorang jurugambar sebelum berkahwin, kemudian semasa mahu berkahwin, bisnes saya jatuh bankrap, begitu juga bisnes Puan Felinna. Ketika itu Felinna mempunyai syarikat agensi modelling dan event management dan beliau juga mempunyai butik. Kesemuanya terpaksa ditutup dan hanya bisnes event management yang beroperasi. Ketika saya cuba membantu menyelamatkan bisnes Puan Felinna di Alor Setar, ia secara tidak langsung menyebabkan bisnes saya yang beroperasi di Baling terabai. Lanjutan daripada masalah yang timbul dan fokus saya yang sudah beralih arah, saya dan rakan kongsi bersetuju untuk menutup bisnes tersebut. Cubaan untuk saya untuk menyelamatkan bisnes event management di Alor Setar juga gagal. Pada masa itu kami dapati terdapat sabotaj dari syarikat event management yang lain yang mana ada syarikat lain menghantar pekerjanya masuk bekerja di dalam syarikat kami. Kami mula perasan apabila kami mendapat tender daripada sebuah penerbit untuk menghantar 10 orang pelakon tambahan dalam tempoh 4 minggu tetapi dalam masa seminggu selepas itu kontrak ditamatkan. Selepas disemak, ada berlaku maklumat dalaman syarikat kami telah disalurkan kepada pesaing event management yang lain. Dugaan kami bertambah apabila Puan Felinna jatuh sakit. Kami membuat keputusan untuk menyerahkan syarikat kepada salah seorang pekerja yang berjawatan sebagai pengurus bagi mengendalikannya. Masalah ini berlanjutan apabila berlakunya pe-

3 Majalah Niaga Edisi 29

nyelewengan wang syarikat. Ada kes selepas mendapat bayaran, krew-krew terlibat tidak dibayar. Beban syarikat bertambah apabila berhutang dengan pekerja sendiri. Bagi membayar hutang, wang simpanan peribadi terpaksa dikeluarkan dan kami mula menjual kuih raya cookies untuk menampung perbelanjaan.

Bermula dari situ, kami mendapat idea untuk menjual tudung. Kami tiada modal untuk mengambil stok. Selepas ada tempahan, barulah kami ambil stok tersebut di butik dan buat pengeposan kepada pelanggan. Alhamdulillah, daripada situ kami mendapat sedikit untung.

Di saat kami masih dalam belenggu kewangan, kami berkahwin atas restu kedua belah keluarga. Atas bantuan kewangan daripada keluarga dan sedikit wang daripada penjualan kamera peribadi, segalanya selesai.

Seterusnya, pemilik butik itu mencadangkan kepada kami menjual produkVitamin C. Sambutan begitu menggalakkan dan kami jual juga beberapa produk terkenal lain. 100% ketika itu jualan melalui online. Setelah beberapa bulan kami berjaya mengumpul simpanan sebanyak RM40,000. Tak silap saya, ketika itu bulan September 2012.

Di awal perkahwinan, masalah kewangan masih meruncing. Hanya dengan pengalaman menjadi jurukamera sahaja yang saya fikir boleh membantu menampung kami sekeluarga. Saya nekad untuk memulakan balik bisnes fotografi. Saya pinjam kamera DSLR daripada abang saya.

Ketika itulah kami fikir mahu mengeluarkan produk sendiri akan tetapi kami tidak tahu sumber untuk mendapatkan bekalan. Terdapat seorang rakan mencadangkan untuk membeli produk dari Filipina dengan melabur sebanyak RM6,000 dan ia perlu di bungkus di dalam botol kecil yang lain.

Antara projek awal yang kami dapat ialah mengambil gambar portrait kanak-kanak. Pelanggan tersebut yang merupakan pemilik sebuah butik pengantin dan tudung berpuashati dengan hasil kerja kami.

Kemudian kami pergi berjumpa dengan seorang penjual bagi mendapatkan botol-botol kecil. Akan tetapi, rakan kami menasihati cara tersebut tidak selamat dan ia tidak menepati syarat syarat yang dikenakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau menawarkan kepada kami untuk projek seterusnya iaitu mengambil gambar tudung beserta model untuk jualan online butik beliau. Beliau juga menggunakan Puan Felinna sebagai model tudung tersebut. Setelah selesai, saya dan Puan Felinna memuatnaik gambar di laman Facebook kami. Puan Felinna dahulunya adalah seorang model dan apabila beliau memuatnaik gambar tersebut rakan-rakan ramai memuji kecantikan tudung yang diperagakan.

Seterusnya, rakan kami tersebut mencadangkan satu produk losyen untuk mengurangkan berat badan. Sebenarnya losyen tersebut pelbagai guna. Boleh digunakan untuk mengurut, sakit lutut, sakit kepala dan juga bagi menguruskan badan. Lanjutan daripada itu, kami mencubanya sendiri. Kami meminta ibu mencubanya untuk mengurangkan sakit lutut beliau. Puan Felinna juga mencuba untuk menguji keberkesanan.


Kami dapati, kesan untuk sakit lutut sememangnya ada akan tetapi kesan untuk menguruskan badan lebih menyerlah. Kami berminat untuk meneruskannya dan Puan Felinna mencadangkan losyen tersebut hanya fokus kepada fungsi mengurangkan inci badan tanpa menyatakan kesankesan kepada penyakit lain. Untuk penetapan harga, Puan Felinna ingin meletakkan RM75. Harga ini boleh menarik ramai reseller kerana mereka akan mendapat untung lebih banyak daripada kami sendiri. Pihak Felinna menawarkan harga kepada reseller RM30 sahaja dan pihak reseller menjual dengan harga RM75. Oleh itu, mereka akan meraih keuntungan sebanyak RM45. Pihak Felinna menetapkan minium RM 150 untuk menjadi agen. Mereka akan dapat 5 botol produk Felinna. Bagi mengawal jumlah stokis, pihak Felinna menaikkan harga menjadi stokis kepada RM1,500. Seterusnya ia dinaikkan kepada RM3,000 dan apabila masih terlalu ramai permintaan, pihak Felinna menaikkan kepada RM9,000.

Bentuk tarikan yang digunakan adalah menggunakan Facebook dengan membuat teaser di kalangan rakan-rakan bagi menimbulkan rasa ingin tahu sebelum produk dilancarkan. Secara tidak langsung, apabila produk dilancarkan ramai yang ingin mendapatkan. Kami bermula dengan julan hanya 300 botol seminggu kemudian meningkat kepada 1,000, meningkat lagi kepada 5,000 botol seminggu. Kemudian jualan meningkat kepada 50,000 botol seminggu dan pernah mencecah 100,000 botol seminggu. Pada satu tahap produk terpaksa dicatu. Ada agen yang minta 500 botol kami terpaksa tolak 200 botol dahulu. Catuan terpaksa dilakukan supaya semua agen jualan mendapat bekalan.

Apa yang berlaku, kenaikan harga untuk menjadi stokis sedikit pun tidak mengurangkan jumlah pendaftaran stokis. Kenaikan harga ini berlaku terlalu pantas hanya dalam beberapa minggu sahaja.

Melihat hasil jualan, pada asalnya target pendapatan kami ialah mencapai RM 1 juta pada hujung tahun iaitu Disember 2012. Alhamdulillah dengan jualan yang amat memberangsangkan, pendapatan RM 1 juta berjaya dicapai dalam tempoh sebulan lebih iaitu pada awal November 2012. Momentum jualan berterusan sehingga pernah satu hari kami meraih jualan sebanyak RM 600,000. Peningkatan drastik ini menyebabkan saya mengalami kejutan sehingga saya dimasukkan ke hospital. Doktor mengesahkan kadar denyutan jantung saya menjadi lemah akibat daripada kejutan ‘jualan drastik’ ini. Pada ketika itu, selain saya dan isteri, kami turut dibantu 2 pekerja lain untuk bahagian production dan seorang untuk bahagian public relation. Ketiga-tiga pekerja ini hanya berkelayakan SPM sahaja. Ketika jualan semakin meningkat, kami mengambil beberapa pekerja sambilan untuk membantu di bahagian production. Ketika itu masih tiada pekerja yang diambil di bahagian pengurusan.

4 Majalah Niaga Edisi 29


Selang beberapa ketika, kami curi sedikit masa untuk membuka open interview bertempat di Safira Club, Pulau Pinang. Dari situ, kami mendapat staf untuk membantu di bahagian akaun dan pengurusan syarikat. Apabila dilantik seorang Production Manager, beliau mengenalpasti berlaku penyelewengan sebelum ini seperti pembelian sebanyak 200 botol tetapi penghantaran sehingga 300 botol dan juga terdapat penipuan penggunaan resit yang lama. Perkara ini berlaku disebabkan kesibukan di bahagian pengurusan jualan sehingga berlakunya terlepas pandang. Kesilapan awal pihak Felinna ketika ini ialah tidak menjaga kebajikan agen. Ini berlaku kerana kekurangan fokus yang mana pekerja lebih fokus kepada kerja kerja di bahagian production manakala saya dan isteri tertumpu kepada pemasaran dan urusan dengan pengilang. Ketika itu juga kami tidak mengamalkan sistem rewards yang mana ia harus dilakukan sebagai insentif kepada agen jualan yang mencapai target jualan yang tinggi. Ketika itu, ada beberapa stokis Felinna yang mendapat pendapatan sehingga RM 100,000 hingga RM 500,000 melalui jualan online sahaja. Apabila melihat kepada hasil jualan produk Felinna ini, kami sering tertanyatanya bagaimana peningkatan jualan begitu drastik. Mungkin disebabkan produk yang dikeluarkan bersesuaian dengan masa dan penjenamaannya dapat menarik perhatian orang ramai yang mana Felinna menggunakan nama “Felinna Inchloss� dan setelah itu terdapat banyak produk lain yang menggunakan nama Inchloss. Kami boleh katakan ketika itu Felinna menjadi pencetus kepada penjualan produk kecantikan di FB. Momentum jualan ini berterusan sehingga Mac 2013. Pada bulan ini juga, ketika itu Felinna Beauty sudah ada 2 produk lain iaitu PMCVC dan Teaberry Juice, kami membuat keputusan untuk membeli stok berjumlah RM5 juta. Apa yang menghairankan, sehari selepas pembelian stok, tiba-tiba produk Felinna Inchloss tidak mendapat sebarang tempahan dan

5 Majalah Niaga Edisi 29

Pengasas Felinna Beauty Rafie Ramli dan Isteri, Felinna Nadea Ed Fattah

tiada sebarang pembelian berlaku. Pejabat kami lengang tanpa ada lagi agen agen datang. Jika sebelum ini, pihak kami tidak mempunyai gudang yang besar untuk menyimpan barang kerana apabila barang sampai dari kilang, jualan terus berjalan dan dalam masa yang singkat barang cepat habis dan tidak perlu menyimpan lama di gudang. Apabila pembelian stok sebanyak RM5 juta telah berlaku, dan tibanya stok tersebut di pejabat, pihak kami terpaksa menambah 1 lot baru untuk menyimpan barangan. Perkara ini mungkin terjadi di atas persaingan yang tidak sihat di kalangan pembekal lain. Mereka berjaya mencipta kekeliruan kepada pelanggan dengan adanya produk yang hampir sama nama dan penjenamaan serta bentuk pembungkusan dengan produk Felinna. Ini turut menyakinkan apabila persaingan yang tidak sihat ini berlaku apabila persaing lain mengatakan bahawa mereka adalah pengilang asal bagi produk Felinna. Secara tidak langsung, stokis dan agen tertipu dengan keadaan ketika itu. Walhal perkara ini tiada kaitan langsung dengan Felinna dan kami tidak pernah mengenali antara satu sama lain.

Produk tiruan kepada Felinna Inchloss dijual kepada stokis-stokis Felinna melalui jalan belakang. Produk tiruan ini tidak memberi kesan kepada pelanggan. Produk tersebut hampir sama dengan Felinna, teksturnya juga sama akan tetapi ia tidak memberi kesan seperti produk asli Felinna. Situasi ini memberi kesan kepada jualan kami dan pengguna mula tidak percaya kepada produk Felinna. Perkara ini berlanjutan apabilapihak kami terlewat membuat pendaftaran trademark untuk nama Felinna Beauty. Apabila kami pergi ke pejabat pendaftaran MYIPO, pendaftaran yang bertindih telah berlaku. Apabila diperiksa, pendaftaran trademark Felinna yang kedua telah dilakukan oleh pengurus syarikat lain yang mengeluarkan produk tiruan. Secara tidak langsung, kami membuat andaian, syarikat tersebut telah membuat produk tiruan kepada Felinna dan seterusnya mengambil langkah untuk mendaftarnya bagi mengelak sebarang tindakan yang boleh di ambil oleh Felinna di masa akan datang.


Semua testimoni yang mendedahkan aurat telah kami tukarkan. Kami juga sediakan jubah kepada pekerja perempuan. Mereka diwajibkan memakai tudung dan mengutamakan solat fardhu. Berbalik dengan keadaan yang menimpa Felinna bermula Mac 2013, keadaan jualan merudum. Ketika itu kami mula mengambil 4 staf untuk membuat aktiviti pemasaran. Kami turut mengambil perkhidmatan agensi pengiklanan untuk mengiklankan Felinna di televisyen, majalah dan surat khabar. Penggunaan agen ini adalah untuk memudahkan pengurusan kontrak bagi pengiklanan produk.

Alhamdulillah setelah bertukar dan mengikut cara yang diajarkan di dalam buku Ustaz Fathuri. Allah sememangnya tidak memberi jalan yang mudah akan tetapi Allah memberi ilham kepada kami.

Pihak kami memilih untuk memasuki TV3 untuk dimasukkan di slot Wanita Hari Ini bagi pakej RM600,000, Mingguan Wanita untuk 12 keluaran, Hot FM untuk slot Zoomers bagi dan Sinar Harian. Jumlah kos pengiklanan ini melebihi angka RM 1 juta.

Serta perkara lain, kami bercadang untuk membantu orang lain di dalam perniagaan. Secara tidak langsung lanjutan daripada peristiwa ini kami membuat inisiatif untuk mengadakan program “Pencetus Ekonomi Ummah� yang mana kami mula berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan serta melakukan mentoring dan coaching kepada perniagaan lain. Misi syarikat sudah bertukar tidak hanya kepada money oriented.

Malangnya cara pemasaran ini kurang membantu dari segi penjualan produk Felinna. Mungkin ia membantu dari segi penjenamaan sahaja. Setelah itu pada bulan Mei 2013, kami melihat keadaan ini dari sudut kerohanian yang mana mencari kesilapan yang dilakukan yang boleh mengakibatkan Felinna menjadi keadaan sedemikian. Kami mula muhasabah diri.

Kami turut menubuhkan beberapa anak syarikat yang diterajui oleh usahawan baru. Kami sendiri memilih orang yang layak untuk mengemudi anak syarikat tersebut. Kami tidak memilih orang yang sudah berpengalaman, sebaliknya kami lebih kepada membangunkan usahawan baru untuk membina kejayaan bersama kami.

Apabila dikaji, kami pernah berniat untuk ke Mekah apabila sudah berjaya tetapi disebabkan terlalu sibuk dengan perniagaan niat itu kami abaikan. Oleh sebab itu kami berpendapat, mungkin Allah menjadikan keadaan ini untuk tidak sibuk supaya kami dapat pergi menunaikan ibadah di Mekah.

Walaupun jenama mereka masih baru, kredibiliti naik dengan pantas apabila bernaung di bawah Felinna. Pihak Felinna sendiri turun padang dalam membangunkan jenama mereka.

Pada bulan Jun 2013, kami pergi berangkat ke Mekah. Akan tetapi ditakdirkan, sebelum pergi ketika di dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kami singgah di hentian R&R Juru, Pulau Pinang untuk mengerjakan solat. Ketika itu saya dan isteri tertarik dengan sebuah buku hasil penulisan Ustaz Fathuri yang bertajuk Mudahnya Menjemput Rezeki. Buku ini merupakan suatu tamparan yang hebat kepada kami dan barulah kami sedar di sebalik yang berlaku kepada kami ketika mendapat rezeki yang melimpah dan ketika ditimpa musibah. Ketika itu baru kami sedar kesilapan serta kealpaan kami sebelum ini seperti sering melewat-lewatkan solat akibat sentiasa memberi prioriti kepada aktiviti perniagaan.

Setelah membuat penghijrahan, kami telah nampak kesan yang positif kepada Felinna sendiri. Kami anggap apa yang berlaku sebelum ini adalah ujian Allah untuk menguatkan kami. Alhamdulillah rezeki kami semakin bertambah. Raffelina Group sendiri semakin berkembang. Bermula dengan Felinna, kami ada beberapa buah anak syarikat produk kecantikan. Kami juga melabur dalam cabang bisnes lain seperti syarikat penerbitan, syarikat motorsport di Denai Alam, syarikat construction, syarikat trade dan supply dan lain lain.

Selain itu, kami dahulunya tidak menitikberatkan aurat pelanggan apabila diletakkan sebagai testimoni. Manakala dari segi kerohanian serta penjagaan syariat pekerja tidak dijaga.

Corak pemasaran Felinna masih kekal bagi memasarkan sesuatu produk yang baru iaitu mengadakan teaser. Sebagai contoh apabila produk yang bakal dilancarkan itu berkaitan dengan kesihatan wanita, kami akan bangkitkan isu isu dan fakta fakta yang berkaitrapat dengan isu kesihatan wanita. Kami juga menggunakan model yang sesuai, ayat jualan yang menarik dan membuat pertandingan meneka produk. Teaser seperti ini menimbulkan perasaan ingin tahu di kalangan pengguna.

Setelah balik dari Mekah, kami telah mengubah perkaraperkara yang menyalahi syariat. Semua testimoni yang mendedahkan aurat telah kami tukarkan. Kami juga sediakan jubah kepada pekerja perempuan. Mereka diwajibkan memakai tudung dan mengutamakan solat fardhu.

Alhamdulillah, strategi ini menjadi. Sebagai contoh produk Hygienic Foam keluaran Felinna, stok awal produk habis ditempah pada hari pertama pelancaran. Strategi sama akan kami gunakan untuk melancarkan produk produk baru kami tidak lama lagi.

6 Majalah Niaga Edisi 29


Apakah perancangan jangka Nasihat kepada golongan usapendek dan jangka panjang hawan muda, bolehkah tuan Raffelinna Group? kongsikan berapakah modal untuk memulakan perniagaan?

Dari segi keistimewaaan produk, apakah keunikan yang Felinna buat berbanding jenama kecantikan lain?

Perkara paling penting ialah memulakan. Perlu mula dahulu. Di situ kita akan belajar banyak perkara. Ramai yang berpengetahuan tinggi dalam ilmu bisnes tetapi majoriti tidak memulakan, tidak bertindak dan tidak mengamalkan ilmu yang mereka ada.

Perkara awal yang kami tekankan ialah packaging. Walaupun produk Felinna merupakan produk keluaran Bumiputera, kami design packaging seperti produk antarabangsa.Boleh dikatakan Felinna adalah antara produk terawal yang melakukan packaging seperti ini di pasaran online.

Kami ingin menjadikan Raffelinna Group menjadi jenama terkenal seperti Nestle. Dikenali sebagai jenama yang berkualiti, halal dan pengguna tidak akan mempertikaikan jenama tersebut.

Untuk perancangan jangka pendek, kini Raffelina mempunyai kilang sendiri untuk fokus dalam production dan kami akan mencari seramai mungkin untuk mengeluarkan produk di bawah kilang kami. Kami bercita cita untuk menjadi main player dalam pengeluaran produk kesihatan dan kecantikan dan melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang ini.

Bagaimanakah impak kepada Felinna selepas mengambil tindakan untuk mengubah beberapa aspek dalam perniagaan sebagai contoh tidak menonjolkan aurat pelanggan untuk dijadikan testimoni? Agak sukar untuk sebuah produk kurus untuk memasarkan tanpa menunjukkan testimonial pelanggan yang tidak menunjukkan bentuk badan seperti yang berlaku kepada manamana produk kecantikan serta produk kurus lain yang terdapat di pasaran.

Packaging produk kami mestilah nampak komersial, klinik dan antarabangsa. Sebagai contoh salah satu produk kami yang berasaskan Kunyit Putih iaitu Curcuma Mangga Cure (CMC), khas untuk menangani penyakit resdung. Walaupun ia herba tempatan, tetapi ia di packaging seperti produk klinikal dan bertaraf antarabangsa.

Siapakah individu yang menjadi mentor sebagai motivasi Namun, kita harus yakin dengan kepada Felinna ke tahap yang Allah. Apabila kita menolong agamaNya, InshaAllah lebih mudah untuk sekarang? Kami mengagumi Syed Mukhtar AlBukhari. Syarikat Al-Bukhari sering mengambil alih syarikat-syarikat yang lemah dan hampir muflis untuk menyelamatkan pekerja pekerja Muslim dalam syarikat tersebut. Beliau juga membuka peluang kepada orang Islam untuk menerajui saham-saham syarikat. Selain itu, hampir 80 peratus keuntungan yang diperolehi beliau disedekahkan dan hanya 20 peratus sahaja diambil. Saya juga mengagumi Dr. Azizan Osman. Beliau aktif membangunkan usahawan tempatan sehingga ribuan bermula daripada kosong sehingga berjaya menjadi jutawan. Saya pernah hadir kelas beliau iaitu Advance Marketing Power pada tahun 2013. Saya juga sangat suka berkawan dengan pelajar beliau. Majoriti pelajar beliau bersikap positif, bersemangat tinggi dan berwawasan. Satu sikap yang harus ada pada diri setiap usahawan.

7 Majalah Niaga Edisi 29

Allah menolong perniagaan kita. Bukan gambar yang memberi rezeki, Allah yang berkuasa memberi rezeki kepada kita.

Walaupun tidak menonjolkan gambar testimoni yang mendedahkan bentuk tubuh, kami mendapat banyak testimoni bertulis yang diambil dari perbualan di FB, Whatsapp dan sebagainya. Testimoni seperti itu lebih genuine dan ia pengakuan sebenar para pengguna. Selain itu, kami juga berjaya mendapatkan testimoni daripada seorang artis iaitu Siti Nordiana. Kami memberikan sampel produk kepada beliau dan Alhamdulillah, selepas sebulan, beliau menghubungi kami menyatakan berat badan beliau mengalami penurunan. Perkongsian testimoni daripada beliau banyak membantu menaikkan jualan syarikat kami.

Boleh jelaskan secara terperinci bagaimanakah tuan meningkatkan graf jualan bulanan syarikat? Lazimnya kami akan buat kempen berbeza mengikut bulan bulan tertentu. Kami akan lihat apa peristiwa istimewa yang ada pada bulan tersebut. Sebagai contoh bulan tersebut kerajaan akan mengeluarkan BRIM. Oleh itu, kami membuat kempen untuk merekrut agen daripada kalangan orang yang menerima BRIM. Kami akan latih penerima BRIM yang menjadi agen ini untuk berniaga supaya pendapatan mereka tidak putus. Duit BRIM mereka pula digunakan untuk memulakan perniagaan, tidak disalurkan kepada perkara yang tidak perlu.


Pada bulan pengagihan BRIM, kami rendahkan komitmen untuk menjadi agen iaitu bermodalkan RM 150 sahaja. Itu satu angka yang tidak membebankan mereka untuk memulakan bisnes kecil kecilan menjual produk keluaran Felinna Beauty. Di musim raya, Felinna juga ada melancarkan program Projek Raya. Ketika ini kami akan merekrut agen agen yang berminat bersama kami untuk buat duit tambahan menjelang musim perayaan.

Adakah syarikat Felinna pernah memperuntukkan modal untuk pengiklanan di FB (FB Ads)? Tidak banyak modal yang kami laburkan untuk pengiklanan di FB. Sekitar RM 100 sahaja setiap hari. FB Ads kami gunakan untuk kempen ‘awareness’ sahaja dan untuk meningkatkan jumlah LIKE di page page rasmi kami. Sebahagian besar jualan datang daripada pemasaran percuma seperti mulut ke mulut dan jualan melalui agen agen kami. Memandangkan pengiklanan FB menjadi satu trend sekarang, Felinna ada merancang untuk melabur lebih besar untuk FB Ads. Tetapi buat masa sekarang kami belum jumpa orang sesuai yang berkebolehan untuk menguruskan kempen ini.

Bagaimanakah Felinna menguruskan keuntungan dan kerugian yang semestinya menjadi perkara wajib dalam kehidupan sebagai usahawan? Banyak perkara yang dipelajari oleh Felinna seperti apa yang pernah berlaku ketika nama Inchloss disekat oleh KKM. Kesilapan kami ketika itu ialah kami mahu juga mempertahan nama Inchloss menyebabkan kami kerugian. Apabila ada arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa, jangan bazir masa. Lepaskan sahaja nama tersebut dan terus buat produk baru menggantikan produk tersebut. Semakin lama kita mempertahan, semakin banyak masa kita dibazirkan.

8 Majalah Niaga Edisi 29

Selain itu, setiap musibah yang berlaku ke atas kami, cepat cepat kami muhasabah diri dan betul betul percaya ada hikmah di sebalik setiap musibah. Daripada situ datangnya kekuatan dalaman yang membuatkan kami sentiasa tenang menghadapi rintangan sebagai usahawan. Ada satu kisah kami pernah ditawarkan untuk melaksanakan satu projek yang memerlukan kos RM 200,000. Keuntungan dijangkakan dalam masa tidak sampai 2 bulan ialah RM 300,000. Kami membuat sedikit kenduri kesyukuran dengan cara mengagihkan bungkusan makanan kepada surau surau dan masjid berhampiran. Selepas sahaja kenduri tersebut, tiba tiba kami menerima berita bahawa projek itu diserahkan kepada orang lain di saat akhir, bukan kepada kami. Kami cuba bertenang dan percaya ada hikmah di sebalik kejadian ini. Tidak lama selepas itu, kami mendapat berita bahawa projek itu merugikan. Itu hikmah besar di sebalik kejadian itu. Kami betul betul bersyukur kerana dilindungi Allah daripada mengalami kerugian. Selepas kita berusaha bersungguh sungguh dan bertawakal kepadaNya, percayalah atas setiap apa yang berlaku selepas itu samada baik atau tidak di mata kita pasti ada hikmah sebaliknya.

Apakah 3 nasihat kepada bakal perusahaan serta perusahaan yang sedang berbisnes sekarang ini. Pertama sekali tanamkan niat segalanya kerana Allah. Kedua kita harus mulakan. Ketiga, teruskan dan jangan pandang belakang. Belajar daripada setiap halangan yang berlaku dan buat balik dengan cara lebih betul dan sentiasa ingat Allah ialah majikan paling agung. Insha Allah perniagaan kita itu akan lebih mendekatkan diri kita kepada Allah.


BERITA BISNES Aqif Azizan CIA (Central Intelligence Agency) Write to Wealth

KUALA LUMPUR PUSAT MEMBELI BELAH TERBAIK DUNIA

Menurut sumber daripada CNN Travel, Kuala Lumpur diiktiraf sebagai pusat membeli belah keempat terbaik di dunia. Berita mengagumkan diumumkan oleh Menteri Pelancongan. Selain Kuala Lumpur, senarai kota yang mendapat pengiktirafan adalah:

New York

Tokyo

London

Manakala Paris berada di belakang Kuala Lumpur. Antara kriteria-kriteria yang diambil kira, bagi memberikan pengiktirafan pusat membeli belah ini adalah menerusi kemudahan untuk bergerak, nilai untuk wang, kepelbagaian dan juga pengalaman. Dalam masa yang sama, pusat membeli belah di Kuala Lumpur merupakan satu-satunya tempat yang meraih 10 mata penuh dalam kategori nilai untuk wang. Yakni membawa maksud kepada pembelian barangan pada harga yang berpatutan.

9 Majalah Niaga Edisi 29


TIP KEWANGAN Rizal Hafiz Pengarah Bahagian Corporate Secretarial di Signtake Resources Sdn Bhd

Memulakan perniagaan merupakan suatu usaha murni yang dituntut oleh Islam bagi memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat dan keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa 9 daripada 10 punca rezeki datangnya dari perniagaan. Perniagaan merupakan sebuah bidang yang memerlukan komitmen yang tinggi. Kajian yang terperinci perlu dilakukan sebelum memulakan sesuatu usaha tersebut. Pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum memulakan sesuatu perniagaan termasuk kajian pasaran, penggajian pekerja, sumber bahan mentah dan bidang perniagaan yang berpotensi. Bidang perniagaan yang dipilih merupakan di antara faktor penentu kejayaan sesuatu perniagaan. Kajian pasaran yang menyeluruh serta kajian mengenai potensi sesuatu bidang perniagaan pada masa hadapan juga amatlah penting bagi memastikan perniagaan yang diceburi masih relevan di dalam pasaran akan datang.

10 Majalah Niaga Edisi 29

PERAKAUNAN SYARIKAT RUTIN MINGGUAN YANG WAJIB DILAKSANAKAN Bagi memastikan kelancaran sesuatu perniagaan, seseorang ahli perniagaan perlu mempunyai kemahiran asas untuk merekod dan menganalisa penyata kewangan perniagaan pada sesuatu masa tertentu. Perkara-perkara ini adalah penting supaya ahli perniagaan tersebut dapat mengkaji iaitu kadar keuntungan sesuatu operasi perniagaan dan memastikan kelicinan aliran tunai perniagaan. Disiplin merekod dan menyimpan dokumen-dokumen kewangan perniagaan seperti penyata akaun bank, invois dan resit merupakan asas utama di dalam penyediaan penyata kewangan perniagaan. Aktiviti tersebut merupakan disiplin asas yang diperlukan oleh seseorang ahli perniagaan untuk berjaya di dalam bidang yang diceburi. Kesibukan menjalani operasi harian perniagaan bukanlah menjadi alasan untuk tidak berpeluang untuk merekodkan transaksi-transaksi kewangan perniagaan dari masa ke semasa. Ahli perniagaan mestilah mewujudkan disiplin yang teguh atau “Standard Operating Procedure (SOP)� bagi merekodkan transaksi- transaksi kewangan tersebut.


4 RUTIN PENGURUSAN AKAUN SYARIKAT 1 Pengeluaran Invois Jualan Terkini

3 Memeriksa Penyata Akaun Perniagaan Penyata Akaun Semasa perniagaan yang dibuka di bankbank perdagangan amat penting kerana ia merupakan sumber rekod utama pembayaran dan penerimaan tunai dari pembekal dan pelanggan perniagaan. Setiap penyata ini menunjukkan berapa banyakkah keuntungan serta kos yang diperlukan setiap minggu. Kaedah hubungan perniagaan yang menggunakan transaksi pembayaran cek-cek perniagaan akan ditunjukkan di dalam Penyata Akaun Semasa dari masa ke semasa. Penyata Akaun Semasa ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan di dalam menganggarkan prestasi dan keupayaan perniagaan di masa hadapan.

Invois jualan merupakan dokumen transaksi yang amat penting bagi membuktikan produk jualan atau perkhidmatan telah disediakan kepada pelanggan perniagaan. Ia amat penting untuk dikeluarkan dan dihantar kepada pelanggan agar bayaran yang dikenakan dapat dikutip berdasarkan produk atau perkhidmatan yang telah dikeluarkan. Kutipan tunai dari para pelanggan amatlah penting demi menjamin kelancaran aliran tunai sesebuah perniagaan terutamanya dalam menanggung segala komitmen perbelanjaan perniagaan serta kos untuk menghasilkan satusatu jualan. Tanpa kutipan tunai ini, perniagaan pastinya tidak akan ke mana-mana.

2 Merekod Bil & Perbelanjaan Overhead Bil-bil pembelian mestilah direkod serta dijelaskan mengikut jangkamasa yang dipersetujui bersama para pembekal. Ini adalah penting supaya bahan-bahan mentah yang dibekalkan dapat diterima pada masa yang telah ditetapkan supaya ia tidak mengganggu proses jualan perniagaan dari masa ke semasa. Merekodkan semua bil-bil semasa serta perbelanjaan syarikat ini dapat membantu anda untuk menganalisa berapakah kos operasi syarikat anda. Anda juga dengan mudah untuk memotong perbelanjaan yang tidak diperlukan seperti bil-bil tambahan untuk berjumpa pelanggan agar bisnes anda lebih menguntungkan.

11 Majalah Niaga Edisi 29

4 Memeriksa Transaksi Urusniaga Pemeriksaan dokumen transaksi-transaksi perniagaan seperti yang dinyatakan ini amatlah penting bagi menjamin setiap barangan belian dan jualan direkodkan. Ia dapat membantu ahli perniagaan untuk melihat keupayaan bisnes dan merangka strategi bisnes untuk jangka masa panjang. Keupayaan seseorang ahli perniagaan memastikan rekod yang baik akan mengurangkan risiko kehilangan barangan perniagaan, memastikan penyimpanan stok berada di tahap optimum serta pengurusan aliran tunai yang cekap. Ia dapat memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kerugian perniagaan. Setiap kerja yang dilakukan mestilah mempunyai disiplin yang khusus agar kerja-kerja yang dilakukan akan berada pada tahap yang terbaik. Perkara tersebut tidak terkecuali kepada setiap ahli perniagaan yang inginkan kejayaan di dalam perniagaan yang diceburi. Selain daripada persediaan awal sebelum memulakan perniagaan, setiap ahli perniagaan perlu memastikan bahawa aktiviti perniagaan yang diceburi mempunyai keuntungan yang diimpikan. Sekiranya terdapat perbezaan di dalam transaksi perniagaan, perkara tersebut boleh dikenal pasti dan diperbetulkan dengan cepat. Pada masa kini, terdapat pelbagai perisian komputer yang membolehkan para ahli perniagaan membuat catatan rekod perniagaan yang sempurna dan berkesan. Ia memudahkan kita untuk melihat tahap prestasi sesuatu perniagaan tersebut dan mengenal pasti kelemahan utama terutamanya di dalam aspek kawalan perbelanjaan perniagaan. Tambahan pula, terdapat juga beberapa firma perakaunan yang menyediakan khidmat simpan kira “book-keeping� bagi membantu ahli perniagaan di dalam menganalisa serta merekodkan dokumen-dokumen perniagaan yang berkaitan. Ia juga penting agar ahli perniagaan diberi input yang berguna demi kemajuan perniagaan masing-masing.


TIP PEMASARAN Nor Bahiyah Lasim Pemilik Butlers & Household Consultancy

LUASKAN EMPAYAR PERNIAGAANSTRATEGI URUS BISNES LUAR NEGARA

Apabila anda menjalankan perniagaan dengan rakan niaga atau klien dari luar negara, perkara utama yang perlu anda ingat adalah kita mempunyai perbezaan dan juga persamaan. Adalah penting bagi kita untuk cuba menyesuaikan diri kita, mengikut keadaan dan kehendak masyarakat setempat sekiranya anda ingin meluaskan perniagaan anda di masa hadapan.

HORMAT PERBEZAAN DAN PERSAMAAN Sentiasa menghormati perbezaan diantara kita. Hormati budaya, agama dan adat resam orang lain seperti mana kita mahu mereka menghormati agama, budaya dan adab resam kita. Untuk meletakkan diri anda di arena antarabangsa, selalu letakkan diri anda kedudukkan orang lain. Sentiasa bersabar, menjadi pendengar yang baik dan sentiasa cuba untuk fleksibel atau bertolak-ansur. Anda boleh cuba untuk belajar menyebut beberapa patah perkataan masyarakat tempatan, cara berpakaian, mengetahui maklumat asas mengenai negara tersebut serta adat dan budaya. Ketahui juga tentang warisan negara tersebut samada ia berkaitan dengan seni, musik, tamadun, sukan, iklim mahupun tentang adab-adab atau budaya memberi dan menerima hadiah dan sebagainya. Dengan pengetahuan ini anda lebih mudah untuk memulakan perbualan. Malah ia menjadikan anda dipandang sebagai seorang yang peka dan bersungguh-sungguh untuk mengembangkan perniagaan di negara tersebut.

12 Majalah Niaga Edisi 29


BERJABAT TANGAN

ELAK GUNA PERKATAAN SYOK SENDIRI Berhati-hati apabila memulakan bicara atau lawak jenaka kepada mereka yang baru anda kenali. Tidak semua bicara atau jenaka berakhir dengan lucu. Malah ada yang mentafsir sebaliknya. Belajar juga untuk fahami perbezaan kecil yang membawa maksud yang sama. Sebagai contoh di England: • Napkins = serviettes, • Elevator = lift, • Two weeks = forthnight, • Bathroom = water closet.

Dalam konteks perniagaan, sentiasa bayangkan bahawa berjabat tangan ibarat wang yang bakal bertukar tangan ke tangan anda. Berjabat tangan merupakan perkara utama yang dilakukan oleh anda dengan rakan niaga atau klien anda apabila pertama kali berjumpa. Seringkali di arena perniagaan, keikhlasan, keyakinan anda diterjemahkan melalui bagaimana anda berjabat tangan. Genggaman tangan yang terlalu kuat menafsirkan anda mungkin suka mendominasi, manakala genggaman yang terlalu lemah, mencerminkan ketidakyakinan dan tidak berminat mengenai sesuatu.

MENJADI PENDENGAR YANG BAIK Dalam perniagaan, mendengar apa yang diperkatakan oleh rakan niaga atau klien merupakan sebahagian kunci kepada kejayaan. Kita hanya perlu mendengar, mengingati dan memahami hanya sebahagian apa yang diperkatakan. Apabila kita tidak berusaha menjadi pendengar yang baik, kita mungkin kehilangan sebahagian besar perkara yang penting yang diperkatakan oleh rakan niaga atau klien kita. Untuk berjaya cuba belajar menjadi pendengar yang lebih baik pada masa hadapan.

APABILA BAHASA INGGERIS ADALAH BAHASA KEDUA NEGARA TERSEBUT Sekiranya anda menjalankan perniagaan di negara yang mana bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan antrabangsa bahasa kedua atau ketiga seperti di Jepun, China dan sebagainya, maka bertutur dengan perlahan dan bukannya kuat. Kita amat bertuah kerana bahasa Inggeris bukanlah bahasa yang sukar dipelajari dan sememangnya sistem pendidikan negara kita menggalakkan bahasa ini dipelajari sejak dibangku sekolah. Namun terdapat negara-negara yang tidak meletakkan bahasa Inggeris sebagai keutamaan. Maka anda akan berhadapan dengan sedikit kesukaran sekiranya anda tidak mampu untuk berbahasa seperti masyarakat tempatan. Maka di sini anda perlu lebih bersabar, cuba untuk memahami atau cuba mempelajari bahasa negara tersebut secepat mungkin. Dalam masa sama, belajar adat dan budaya mereka sekali. Anda akan dapati urusan perniagaan anda menjadi lebih lancar dan mudah.

13 Majalah Niaga Edisi 29


DEKORASI BISNES Hazlam Anuar Perunding Reka Bentuk Hiasan Dalaman

TIP MENGEMASKAN RUANG KERJA PEJABAT ‘Meja kemas, minda lapang’ Itulah kata-kata ringkas bekas bos saya dahulu ketika bekerja di sebuah firma rekabentuk di ibu kota. Kita selalu dihujani dengan tugasan yang banyak, kerja yang bertimbun dan masalah lain yang membuatkan kita rasa tertekan dengan persaingan yang kini semakin sengit. Cara mudah untuk menghilangkan tekanan kerja dan melampangkan minda kita adalah dengan mengemas, dan membersihkan ruang kerja kita sebelum memulakan tugasan di waktu pagi. Perkara yang boleh berlakuapabila tempat kerja berselerak adalah menyebabkan kehilangan dokumen penting, dokumen kotor dan rosak, tidak tahu mana dokumen masuk, dokumen dalam perhatian atau dokumen keluar. Menurut Peter Walsh, pakar pengemas dan penulis buku Enough Already! Clearing Mental Clutter to Become the Best You, terdapat lima langkah untuk mula mengemas ruang pejabat, iaitu mengumpulkan benda yang sama, labelkan setiap komponen, gunakan teknologi, masuk satu keluar satu dan gunakan ruang secara kreatif.

14 Majalah Niaga Edisi 29


1

2

KUMPULKAN BENDA YANG SAMA Contohnya, alat tulis satu bekas, DVD dan CD satu bekas , fail dokumen satu tempat dan barangan peribadi satu kumpulan.

3

GUNAKAN TEKNOLOGI Gunakan teknologi yang ada sekarang untuk mencepatkan kerja, mengurangkan penggunaan kertas dan menjimatkan masa seperti megunakan perisian komputer untuk kalendar, reminder, post-it dan contact secara percuma berbanding membelinya. Selain itu, back-up fail kita. Cadangan saya setiap lima atau sepuluh minit.

LABELKAN SETIAP KOMPONEN Apabila sudah digrupkan, letakkan label yang berwarna untuk setiap komponen. Contohnya, kabinet fail ada tiga laci, satu label letak IN (merah), KIV (hijau) dan OUT (biru) atau bil untuk kotak bewarna jingga dan surat rasmi kotak bewarna hijau.

�

Kita berasa terlalu sibuk, banyak alasan, kurang sabar dan cepat penat apabila memulakan sesuatu yang baru. Oleh itu, mulakan secara perlahan-lahan dan sedikit-sedikit terlebih dahulu. Selepas ini, kita boleh tambahkan masa setengah jam dan kemudian satu jam untuk berkemas setelah berasa selesa nanti. -LYNNE MASHHADI Penulis Clutter Expert Blog-

�

15 Majalah Niaga Edisi 29

4 5

MASUK SATU KELUAR SATU Maksudnya, apabila ada benda baru yang masuk ke ruang kerja, keluarkan benda yang lama tersimpan di tempat kita. Contoh, apabila tugasan baru masuk, keluarkan tugasan yang telah disiapkan. Ada buku baru yang kita ingin baca, keluarkan buku lama dari tempat kerja. Supaya tempat nampak kemas dan tiada barang yang bertimbun.

GUNAKAN RUANG SECARA KREATIF Apabila kita berkemas, ruang menjadi luas. Gunakan kreativiti untuk mengisinya seperti meletakkan kata-kata motivasi, menampal gambar inspirasi, sarung fail disusun ikut warna atau kotak bersusun bertingkat di bawah meja. Bagi yang baru dalam aktiviti berkemas, pasti sedikit liat. Oleh itu saya cadangkan sebelum pulang ke rumah, ambil masa 10 minit untuk kemaskan meja, supaya kita bersedia untuk hari esok dengan hati yang lapang.


MOTIVASI BISNES Eruwan Gerry Pakar Bisnes Internet dan Usahawan Makan Gaji

URUS MASA CARA BIJAK USAHAWAN MAKAN GAJI

Sebahagian besar individu yang saya temui yang ingin mempelajari cara menjana wang melalui Internet, selalunya terdiri daripada mereka yang masih berkerja sepenuh masa sama ada di sektor kerajaan atau pun swasta. Walaupun mereka mempunyai pekerjaan sepenuh masa, tetapi mereka ingin menjana pendapatan tambahan pada setiap bulan untuk memenuhi impian kewangan mereka. Ada yang ingin menambah wang ke dalam akaun simpanan hari tua mereka, ada yang ingin menabung untuk pelajaran anak-anak pada masa hadapan, ada yang ingin mengumpul dana untuk pergi melancong di luar negara dan ada yang inginkan wang tambahan untuk membayar hutang-piutang mereka. Pendek kata, walaupun kita sudah mempunyai pekerjaan tetap sepenuh masa, kita pasti ingin memperoleh wang tambahan sekiranya berpeluang untuk melakukannya. Namun demikian, rungutan utama yang sering saya dengar daripada golongan ini adalah masa mereka sentiasa tidak mencukupi. Terus terang saya katakan bahawa rungutan tersebut memang berasas. Saya sendiri memberikan rungutan yang sama semasa saya baru ingin belajar cara untuk menjana wang melalui Internet 10 tahun yang lalu.

16 Majalah Niaga Edisi 29


OPTIMASIKAN PERJALANAN Sebahagian besar daripada kita yang bekerja makan gaji, perlu pergi ke tempat kerja pada waktu berkerja. Selalunya lokasi rumah dan tempat kerja anda berada dalam satu jarak tertentu, yang mungkin memerlukan anda menaiki kenderaan sendiri atau kenderaan awam untuk sampai ke tempat kerja anda.

KURANGKAN MASA TIDAK PRODUKTIF Perkara pertama yang wajib anda lakukan sekiranya anda ingin mempunyai masa terluang untuk mengembangkan dan menjayakan bisnes Internet, adalah dengan mengurangkan masa yang anda luangkan untuk perkara-perkara yang tidak produktif. Apa yang saya maksudkan dengan masa yang tidak produktif adalah, apabila anda meluangkan masa anda untuk melakukan perkara-perkara yang seronok, tetapi tidak dapat memberikan apa-apa kebaikan untuk masa hadapan. Kecuali keseronokan yang anda terima pada masa itu. Di antara contoh perkara yang tidak produktif adalah menonton televisyen, membaca surat khabar, duduk minum dan bersembang dengan rakan-rakan, serta melepak di pusat membeli-belah dan yang sewaktu dengannya.

UTAMAKAN TUGASAN Sebagai seorang pekerja sepenuh masa, mungkin anda ada melakukan pengutamaan atau prioritization di tempat kerja anda. Tujuannya adalah untuk menentukan apakah tugasan penting yang perlu anda selesaikan pada hari tersebut. Perkara yang sama perlu anda lakukan di rumah untuk bisnes Internet anda. Sebahagian besar individu yang baru saja menjejak kaki ke dalam dunia bisnes Internet, akan terkejut dengan sejumlah besar informasi yang perlu mereka serap dan pengetahuan yang perlu mereka pelajari. Ini belum dikira dengan pelbagai tugasan yang perlu mereka lakukan sebagai seorang usahawan Internet baru. Oleh itu, perkara terbaik untuk menguruskan kecelaruan ini adalah dengan melakukan pengutamaan tugas untuk bisnes Internet anda. Pada setiap hari, buat senarai perkara-perkara yang ingin anda lakukan di dalam bisnes Internet anda. Seterusnya, lihat semula senarai tersebut dan tentukan 2 atau 3 perkara paling utama yang perlu anda lakukan pada hari tersebut untuk bisnes Internet anda. Perkara utama tersebutlah yang perlu anda lakukan terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang aktiviti bisnes Internet yang lain. Dengan berbuat demikian, anda akan memastikan tugasan utama bisnes Internet anda akan siap terlebih dahulu, berbanding perkara-perkara lain yang tidak penting atau tidak perlu disiapkan dengan lebih awal.

17 Majalah Niaga Edisi 29

Jika anda menggunakan perkhidmatan kenderaan awam, apa kata anda optimasikan masa perjalanan dalam kenderaan tersebut untuk melakukan perkara-perkara yang boleh membantu bisnes Internet anda. Mungkin anda boleh membaca bahan-bahan pengetahuan mengenai bisnes Internet. Anda boleh menulis nota tentang apa yang telah anda pelajari sebelum ini. Anda boleh menulis rangka ebook terkini anda atau apa jua perkara bermanfaat lain yang boleh membantu anda di dalam bisnes Internet. Elakkan daripada hanya tidur di sepanjang perjalanan anda di dalam kenderaan awam tersebut. Usahawan Makan Gaji yang berjaya adalah mereka yang bijak mengoptimasikan masa mereka.


TIP BLOGGING Tim Majalah Niaga

PANDUAN MENCARI WORDPRESS & THEME PERCUMA Menurut Pat Flynn dalam satu temubual eksklusif beliau mengenai isu blogging, beliau menyatakan kesilapan yang sering dilakukan oleh pemilik blog adalah tidak memikirkan kualiti desain blog themes. Meskipun ramai yang berpendapat ‘content is a king’, namun desain blog themes merupakan pandangan pertama yang akan dilihat oleh para pelawat. Justeru itu, pemilihan blog themes yang menarik perlu diberi perhatian serius. Dalam kajian Ignite Social Media menerusi 10 blog yang mempunyai pengaruh besar dalam topik media sosial dan pemasaran viral, mereka mendapati semua blog yang mendominasi carta ini mempunyai blog themes yang direka khas, dan tidak boleh didapati di mana-mana.

BAGAIMANA MENCARI WORDPRESS THEMES YANG BAIK? WordPress merupakan medium blog yang digunakan oleh pemilik blog bertaraf profesional, seperti Darren Rowse, Pat Flynn, Matt Cutts dan ramai lagi. Bagi mencari blog themes yang menarik, terdapat 3 kriteria penting yang telah digariskan oleh Daniel Scocco, iaitu pemilik DailyBlogTips.com. Jika kita mengikut apa yang disarankan oleh beliau, maka blog kita akan kelihatan lebih gah, cantik, dan mencerminkan kredibiliti sebagai blogger yang profesional.

Kriteria 1 - Cari Themes yang Mudah Diubahsuai Blog themes yang mudah diubahsuai akan memudahkan kita untuk menghiaskan blog dengan lebih mudah. Ini kerana kebanyakan pemilik blog tidak memiliki kepakaran dalam isuisu koding CSS (Cascading Style Sheet), PHP dan juga HTML.

Salah satu daripada blog yang disenaraikan adalah ViperChill. com. Pemiliknya Glen Allsopp memberitahu dalam kursus digital ‘Cloud Blogging’, blog themes ViperChill.com adalah blog themes yang telah diubahsuai 100% daripada themes asal. Ini bertujuan bagi mencipta kelainan, dan juga membina jenama yang utuh dan menarik perhatian pelawat. Bagi pemilik blog yang sudah mempunyai pengikut yang tersendiri atau masih baru, pemilihan blog themes yang baik adalah perlu, bagi mencerminkan kredibiliti kita di mata pembaca. Analoginya mudah, bayangkan kita mempunyai produk yang terbaik tetapi dijual dalam kedai yang buruk, adakah pengunjung akan membeli di kedai itu? Sama juga konsep blog, jika themes yang digunakan cantik dan menarik perhatian pelawat, maka secara automatik mereka akan memberikan kita kredibiliti dan autoriti.

18 Majalah Niaga Edisi 29

Pengubahsuaian ini dapat membantu kita untuk menghasilkan blog themes yang mempunyai 10 hingga 20 peratus keunikan daripada themes asal. Namun kita harus membaca terma dan syarat, sebelum memulakan pengubahsuaian. Ini kerana terdapat segelintir penyedia blog themes, yang tidak membenarkan themes mereka diubahsuai. Kita juga perlu memahami sedikit sebanyak mengenai CSS, PHP dan HTML, bagi mengubahsuai blog themes mengikut citarasa. Jika ia dikhuatiri akan mengambil masa yang lama, lawati forum-forum seperti WangCyber.com, dan upah pereka laman web yang boleh membantu kita mengubahsuai blog themes. Harga pengubahsuaian bergantung pada keunikan yang kita inginkan. Namun harga adalah sekitar RM100 hingga RM700 bagi setiap pengubahsuaian yang dilakukan.


Kriteria 2 - Guna Themes yang Mesra Enjin Carian

THEMES BERKUALITI PERCUMA

Blog themes yang mesra enjin carian dapat membantu kita menerusi on-site SEO. On-site SEO adalah optimasi enjin carian menerusi pengstrukturan kod blog themes kita. Semakin baik pengstrukturannya, maka semakin mudah enjin carian untuk mengenalpasti laman web kita. Menurut SeoBook.com, hasil daripada pengstrukturan blog themes yang baik. Laman web kita akan lebih mudah untuk berada dalam kedudukan teratas enjin carian. Antara blog themes yang mesra enjin carian yang boleh dimuat turun percuma adalah menerusi laman web Courtney Turtle. Menerusi blog themes yang mesra enjin carian, kita akan menjimatkan 40% masa untuk melakukan promosi blog bagi mendapatkan trafik secara organik, iaitu menerusi enjin-enjin carian terbesar di dunia seperti Google, Yahoo dan Bing.

AllTuts All Tutorials adalah blog themes yang dibangunkan oleh Site5, sebuah syarikat pembangunan laman web dan penyedia hosting yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Berdasarkan reka letak dan desain blog themes ini, kami mendapati ia dapat mencerminkan kredibiliti blog tuan dan puan.Google, Yahoo dan Bing.

Simplo(White) Simplo ini sesuai digunakan oleh blog peribadi, khususnya untuk individu yang tidak mengetahui perkara teknikal mengenai pengstrukturan laman web. Themes ini kemas dan menampakkan entri kita dengan lebih jelas di mata pembaca.

Kriteria 3 - Kaji Pemilik Blog Berautoriti Dengan melakukan kajian terhadap pemilik blog yang sudah mempunyai autoriti, ia akan menjimatkan masa kita untuk mengenalpasti blog themes yang sesuai. Sebagai contoh, jika kita kaji blog Problogger.net, kita akan mendapati ciri-ciri blog themes beliau adalah seperti berikut: Mempunyai logo di bahagian atas kiri. Ruangan iklan di bahagian atas kanan. Terdapat 8 halaman pada menu navigasi (Home, Blog, Forum, Workbooks, Book, Jobs, Make Money, Archives). Terdapat 3 kolum pada bahagian content (Recent post, Recent video post, dan sidebar). Penggunaan heading warna oren dan teks berwarna hitam. Background teks berwarna putih. Pada bahagian footer (bahagian bawah sekali), Problogger.net menyenaraikan kategori entri yang telah diterbitkan dalam blog, serta biodata ringkas mengenai pemilik blog. Dengan melakukan kajian seperti ini, maka mudah untuk kita mencipta satu blog themes yang unik dan mesra pembaca. Kita tidak perlu membazirkan masa untuk melakukan cubaan berkali-kali bagi mendapatkan blog themes yang sesuai. Menerusi kaedah pemerhatian ini, ia dapat menjimatkan masa kita.

19 Majalah Niaga Edisi 29

Skeptical WooThemes memang cukup dikenali dengan desain dan reka letak laman web bercirikan elegan, kemas dan profesional. Themes Skeptical ini sesuai digunakan oleh individuindividu yang ingin menyerlahkan lagi kredibiliti, menerusi penulisan. Ia juga sesuai digunakan bagi tujuan individu, bukan syarikat.

Simple Folio Themes Simple Folio sesuai digunakan oleh syarikat atau individu. Themes ini juga digunakan oleh Pat Flynn, bagi membangunkan sebuah laman web yang bercirikan niche sites.


TIP PERKHIDMATAN Afyan Mat Rawi Perancang Kewangan Bertauliah Islamic Financial Planner (IFP)

FAKTOR YANG DIAMBIL KIRA DALAM PERBANDINGAN KAD PERUBATAN Faktor Produk Jumlah sumbangan - jumlah perlindungan yang sama, tapi jumlah sumbangan premium berbeza. Ko-takaful atau tidak – ada produk kad perubatan yang ko-takaful iaitu pelanggan perlu membayar 10% daripada jumlah kos rawatan. Sebagai rider atau stand alone – kad perubatan sebagi rider dicantumkan dengan produk asas.

Faktor Pelanggan

PANDUAN RINGKAS MEMILIH KAD PERUBATAN TAKAFUL/ INSURANS Tulisan ini adalah rentetan daripada beberapa persoalan yang paling kerap diajukan berkenaan kad perubatan takaful / insurans, antaranya “Apa ‘medical card’ (kadperubatan) paling bagus?” “Syarikat XYZ mempunyai perlindungan RM 1 juta, tentu lebih bagus daripada kad perubatan Takaful ABCD yang hanya RM500K, bukankah begitu?” “Apa beza kad perubatan stand alone dengan kad perubatan sebagai rider?” Secara umumnya, untuk membuat perbandingan kad perubatan, perlu dibuat perbandingan terhadap dua perkara iaitu faktor produk dan faktor pelanggan. Dengan perbandingan adil “apple to apple” perkara ini, barulah kita dapat membuat perbandingan yang adil di antara produk-produk yang ada di pasaran.

20 Majalah Niaga Edisi 29

Keperluan pelanggan – adakah perlu perlindungan sehingga RM1juta? Kemampuan kewangan pelanggan – ada orang yang mampu untuk melanggan RM100 sebulan, ada yang mampu sehingga RM500 sebulan, dan ada juga yang tidak. Perlindungan sedia ada – perlindungan lain untuk kematian, lumpuh, kemalangan penyakit kritikal perlu turut diambil kira, dan mungkin sudah ada kad perubatan daripada syarikat.

ANALOGI KAD PERUBATAN DENGAN KERETA Semua faktor ini akan menjadikan perbandingan yang adil. Untuk memudahkan gambaran, kita buat perbandingan Kancil dengan BMW. Memang tidak dapat dinafikan BMW jauh lebih baik secara zahirnya daripada Kancil, namundengan mengambil faktor harga kereta, harga insurnas, harga cukai jalan, penggunaan petrol, kos penyelenggaraan, dan lain-lain, adalah tidak adil untuk katakan BMW lebih baik daripada kancil dan ia sesuai untuk semua orang kerana Kancil tetap ada kelebihannya yang tidak ada pada BMW. BMW ada classnya tersendiri. Ia jauh lebih selesa daripada Kancil. Tetapi padanlah dengan harganya, mungkin boleh membeli 10 ekor kancil! Namun, Kancil pun ada kelasnya yang tersendiri, bukan? Dengan membeli sebuah Kancil, seseorang dapat berjimat 90% daripada membeli BMW yang dapat digunakan untuk membeli keperluan-keperluan lain Jadi, kesimpulan awal yang boleh kami buat, tidak semua orang perlukan BMW dan jangan memandang remeh kepada Kancil!


PERTIMBANGAN MEMILIH KAD PERUBATAN Berikut adalah beberapa pertimbangan dan penilaian terhadapa produk-produk kad perubatan yang ada di pasaran, tanpa merujuk kepada mana-mana produk dan syarikat secara khusus.

Stand Alone Vs Rider Kad perubatan ‘stand alone’ merujuk kepada produk kad perubatan sahaja tanpa sebarang produk lain yang perlu dilanggan bersama. Kad perubatan ‘rider’ pula merujuk kepada kad perubatan yang dipakej bersama produk-produk asas. Kad perubatan sebagai rider, walaupun lebih mahal berbanding stand alone, tapi harganya setara sehingga tempoh matang, berbanding dengan kad perubatan stand alone yang akan meingkat dalam tempoh umur 5 tahun sekali. Apabila membandingkan harga kad perubatan rider dengan kad perubatan stand alone, bandingkan harga secara spesifik kad perubatan sahaja dan bukan kad perubatan bersama produk asas supaya dapat membuat penilaian yang adil.

Sebagai contoh medical card stand alone berharga RM100 dengan kad perubatan rider dengan harga RM200, nampak sekali imbas bahawa kad perubatan stand alone lebih murah. Tapi jika diperincikan, rupa-rupanya kad perubatan rider yang berharga RM200 tadi adalah terdiri dari produk asas RM100 dan produk medical card RM100. Jadi, kedua-dua kad perubatan itu adalah sama harganya. Ini sekadar contoh sahaja. Memandangkan produk kad perubatan rider dilanggan bersama produk asas, maka apabila produk asas tamat maka kad perubatan juga akan tamat. Sebagai contoh, jik, pelanggan lumpuh maka polisi akan tamat, kedua-dua produk asas dan rider kad perubatan.

Perbandingan: Kad Perubatan Stand Alone Ciri: Produk kad perubatan tanpa perlu dimbil bersama produk lain. Kelebihan: Harganya lebih rendah (kerana tidak perlu diambil bersama plan asas) dan tidak perlu mengambil produk asas. Kekurangan: Tiada nilai tunai (sebab itu ia lebih rendah harganya), harga meningkat dengan range umur 5 tahun dan jika terlepas bayaran sumbangan / premium, akan luput. Kad Perubatan Rider Ciri: Plan kad perubatan yang perlu diambil bersama produk asas. Plan kad perubatan adalah plan tambahan kepada produk asas. Kelebihan: Mempunyai nilai tunai (sebab itu harganya lebih tinggi berbanding stand alone, dan nilai tunai banyak daripada plan asas), boleh diambil bersama tambahan perlindungan lain seperti sakit kritikal dan ‘waiver’ (pelupusan sumbangan apabila berlaku sakit kritikal) ,harganya tetap daripada ia diambil sehingga tempoh matang dan sekiranya terlepas pandang, ia boleh dibayar dari nilai tunai polisi dengan syarat polisi mempunyai nilai tunai Kekurangan: Harga menjadi tinggi kerana perlu diambil dengan produk asas dan akan tamat apabila plan asas tamat, sebagai contoh jika pelanggan lumpuh / TPD (Total Permenant Disaility) maka kad perubatan akan turut tamat.

21 Majalah Niaga Edisi 29


Ko-takaful atau Tidak Ko-takaful Ko-Takaful merujuk kepada plan kad perubatan yang memerlukan pelanggan membayar sebahagian kecil kos hospital apabila dimasukkan ke hospital. Ia selalunya 10% atau maksima Rm1,000 daripada keseluruhan bil. Contohnya, jika bil RM1,000, pelanggan perlu membayar RM100, jika bila RM10,000 pelanggan perlu bayar RM1,000. Tapi jika bil hospital RM15,000 pelanggan perlu bayar RM1,000 juga keranai 10% dari RM15,000 melebihi RM1,000 maka pelanggan hanya perlu membayar RM1,000.

Perlindungan Tahunan dan Perlindungan Seumur Hidup. Perlindungan tahunan ialah jumlah bil hospital yang dilindungi oleh syarikat dalam tempoh setahun, manakala perlindungan seumur hidup pula ialah jumlah perlindungan yang dilindungi syarikat dalam tempoh seumur hidup. Jangan mudah terpengaruh apabila ada perunding yang membuat promosi “Coverage RM1 Juta!’. Perlindungan RM1,000,000 memang banyak tapi ia adalah untuk perlindungan seumur hidup. Malah ada juga kad perubatan yang meletakkan had seumur hidup sebagai “Unlimited� atau tanpa had. Nampak hebat tapi ketahuilah bahawa saya berada di dalam industri ini selama 10 tahun, belum ada lagi pelanggan yang sudah membuat tuntutan perubatan sebanyak RM1,000,000 seumur hidup. Pelanggan yang saya maksudkan ialah pelanggan saya, pelanggan rakan-rakan saya dan rakan-rakan pelanggan saya.

22 Majalah Niaga Edisi 29

Selalunya kad perubatan tanpa ko-takaful , harganya lebih tinggi berbanding kad perubatan dengan ko-takaful dengan plan perlindungan yang sama. Sebagai contoh, harga bagi kad perubatan tanpa ko-takaful dengan nilai perlindungan RM50,000 setahun adalah RM150, manakala bagi kad perubatan dengan ko-takaful pula adalah RM100 dengan perlindungan yang sama. Sebenarnya, harga yang lebih tinggi dibayar adalah termasuk kos perlindungan tanpa kotakaful. Kesimpulan: Setiap perkara yang lebih, ada harga yang perlu dibayar.

Jika ada yang sudah berjumpa dengan pengguna kad perubatan yang sudah membuat tuntutan seumur hidup sehingga RM1,000,000 boleh bawa beliau berjumpa saya. Mengapa saya berani katakan sedemikian? Selalunya, bagi kad perubatan sebegini rupa , had tahunannya adalah 10% daripada had seumur hidup. Jika had seumur hidup adalah RM1,000,000 maka had setahun adalah RM100,000. Secara logiknya, jika seorang pelanggan sudah membuat tuntutan sebanyak RM100,000 maka dia perlu membuat tuntutan selama 10 tahun untuk menghabiskan had keseluruhan RM1,000,000 tadi. Wujudkah pesakit hospital yang memerlukan kos sebanyak RM100,000 setahun dan sehingga 10 tahun berturut-turut mendapat rawatan yang sama dan masih belum sembuh atau meninggal dunia? Kesimpulannya, dalam memilih kad perubatan, perkara yang paling penting ialah had tahunan berbanding had seumur hidup. Selalunya, had yang akan tamat dengan segera ialah had tahunan. Apabila had tahunan sudah mencecah maksima, maka pelanggan perlu membayar kos tambahan pada tahun berkenaan sekalipun had seumur hidup RM100 juta sekalipun! Jadi, jangan mudah terpengaruh dengan gimik had tahunan RM 1 juta atau RM1 bilion sekalipun kecuali RM 1 juta itu adalah had tahunan kad perubatan. Percayalah, buat masa sekarang, tidak ada syarikat yang berani meletakkan RM 1 juta sebagai had tahunan mereka.


TIP PEMASARAN ONLINE Tim Majalah Niaga

PENGHANTARAN PERCUMA 3 IDEA MENINGKATKAN JUALAN PRODUK FIZIKAL Idea 1-Percuma Untuk Pesanan Minimum Apabila pelanggan membeli produk kita dalam kuantiti minimum yang telah ditetapkan, mereka akan memperoleh tawaran penghantaran percuma. Cara ini dapat mendorong mereka untuk membeli lebih daripada 1 produk. Untuk meningkatkan keberkesanan konsep ini, jual banyak produk yang berkait di antara satu sama lain. Sebagai contoh, kita menjual baju dan seluar pada masa yang sama. Ia dapat meningkatkan peluang untuk pembeli membeli produk dalam bentuk pakej yang lengkap (seluar melengkapkan baju).

Idea 2-Percuma Untuk Produk Tertentu Sekiranya kita mempunyai pelbagai

Perkataan ‘Percuma’ adalah perkataan psikologi yang dapat mendorong prospek untuk membeli produk kita. Lumrah hidup manusia, kita suka pada barang percuma. Begitu juga dalam bisnes produk fizikal. Salah satu item yang boleh diberikan secara percuma kepada pembeli adalah kos penghantaran. Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat mendapati, 61% pengguna akan membatalkan pembelian mereka secara online, sekiranya tiada tawaran bagi penghantaran produk secara percuma oleh pihak penjual. Situasi ini menjelaskan betapa pentingnya konsep penghantaran percuma terhadap penjual produk fizikal seperti baju, seluar, kasut dan sebagainya. Dalam artikel ini, kita akan mempelajari 3 idea penghantaran percuma, berdasarkan perkongsian Carol Tice, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat TiceWrites Inc.

jenis produk. Lakukan penetapan terhadap produk-produk tertentu, khususnya produk yang laku keras di pasaran. Ini bermakna,pelang gan akan memperoleh tawaran penghanta ran percuma, sekiranya mereka membeli produk-produk tertentu sahaja. Strategi ini biasa dilakukan terhadap produk yang diyakini laku keras. Kerana ia dapat meningkatkan jualan secara konsisten.

Idea 3-Percuma Untuk Semua Produk Meskipun strategi ini mempunyai risiko yang tinggi, namun ia dapat meningkatkan jualan produk secara drastik. Meneliti pengiraan terhadap kos produksi, kos penghantaran dan margin keuntungan adalah kunci kejayaan bagi melaksanakan strategi ini dalam bisnes produk fizikal kita.

Konsep penghantaran percuma membantu menghasilkan lebih banyak jualan produk fizikal. Bagi penjual yang menjual produk fizikal di eBay, dropship dan sebagainya.- Carol Tice

23 Majalah Niaga Edisi 29


PELABURAN HART HART ANAH ANAH Rohaniah Noor Pelabur Hartanah & Blogger

BUMI LOT UNTUNG ATAU RUGI BESAR?

“Encik, adakah unit ini bumi lot?” “Encik, boleh saya tahu berapa diskaun untuk bumiputera?” Ini adalah di antara soalan yang sangat popular keluar daripada mulut bakal pembeli, di ruang pameran atau pejabat jualan hartanah baru. Ia bagaikan soalan wajib daripada bakal pembeli bumiputera yang berminat menikmati keistimewaan ini. Lot bumiputra, adakah ia satu keistimewaan?

APA ITU LOT BUMIPUTERA? Diperkenalkan di dalam Dasar Ekonomi Baru, lot bumiputera atau bahasa pasarnya dipanggil lot bumi bertujuan untuk membantu pemilikan hartanah dalam kalangan bumiputra. Sasarannya adalah pemilikan 30% di dalam sektor hartanah melalui peruntukan khas kuota unit bumiputra bagi sesebuah projek hartanah. Selain kuota, terdapat juga pemberian diskaun 7% kepada bumiputera. Apabila sesebuah projek hartanah itu digazetkan sebagai lot bumi, ia mempunyai sekatan pemilikan iaitu ia hanya boleh dimiliki oleh bumiputera sahaja. Sekatan ini tertulis di title atau geran unit itu sendiri. Walaupun begitu, di sesetengah negeri seperti Perak, ia tidak tercatat di dalam geran tetapi unit ini tetap memerlukan kebenaran khas daripada Menteri Besar apabila hendak dipindah milik ke bukan bumiputera.

24 Majalah Niaga Edisi 29

Disebabkan sekatan ini, tuan punya hartanah terpaksa menjualnya kepada bumiputera. Ini menghadkan pasaran jualan, berbanding unit terbuka.

seumur hidup mereka. Kalaupun mereka hendak berpindah hak milik, ia adalah kepada anak-anak mereka yang pastinya bumiputera. Tiada isu di sini.

Kesannya, harga pasaran lot bumi menjadi lebih rendah daripada unit terbuka. Jika unit yang sama saiznya di sesebuah apartment itu boleh mencecah harga pasaran sehingga RM180,000 misalnya, unit bumi mungkin hanya mencecah RM160,000 ke RM170,000.

Satu situasi lain, unit bumi sesuai dibeli oleh pelabur yang hanya ingin mengambil wang keuntungan sewa, dan menyimpan hartanah itu sehingga tua. Ini kerana mereka dapat membeli dari pasaran kedua (subsale) dengan harga yang lebih murah tetapi menyewanya dengan kadar yang sama dengan unit terbuka.

LIHAT KEMBALI TUJUAN MEMBELI HARTANAH Ini menyebabkan sesetengah pelabur hartanah bumiputera sendiri tidak berminat membeli unit-unit lot bumi ini. Sudah tentu mereka juga ingin mendapatkan keuntungan yang maksimum, dan membeli lot bumi bukanlah satu keputusan yang bijak. Namun situasi berbeza jika mereka membeli dengan tujuan tinggal sendiri

Jadi, bumi lot satu keistimewaan atau kesilapan membeli adalah bergantung kepada tujuan pembelian, dan strategi seseorang pelabur tersebut itu sendiri.


TIP KOMUNIKASI Insyirah Azhar Penulis Blog Genre Motivasi Ketuhanan

CARA MUDAH MENGHARGAI & DIHARGAI PELANGGAN “Manusia sememangnya suka dihargai..�

Siapa yang tidak suka apabila diri kita diberi perhatian. Ia merupakan prinsip terpenting dalam setiap perkara. Anak-anak suka dihargai oleh ibunya. Ibu pula suka dihargai oleh anaknya. Suami juga suka dihargai oleh isterinya. Begitu juga dalam bisnes, pelanggan juga amat suka apabila dihargai peniaga. Pekerja juga suka apabila dihargai majikan. Penghargaan juga adalah salah satu cara untuk bersyukur. Namun, prinsip memberikan penghargaan kian pudar dilaksanakan dalam perniagaan dari hari ke hari. Ia terbukti dalam firman Allah, Sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.� (Surah Saba: 13) Sedikit sekali orang yang menerapkan penghargaan dalam segenap kehidupannya. Oleh sebab itu, adalah penting, kita mula menerapkan penghargaan dalam bisnes.

25 Majalah Niaga Edisi 29


SENTIASA UCAPKAN TERIMA KASIH Walau ucapan terima kasih hanya ada 2 perkataan, ia tersirat penghargaan dari hati yang terdalam. Di samping itu,ucapan terima kasih mampu menjadi pelonjak semangat untuk para pekerja terus berkhidmat. Kita boleh lihat pada pekerja yang membuka pintu di ruang utama di sebuah hotel. Ia bukanlah perkara yang mudah untuk mereka berdiri di depan pintu selama beberapa jam. Malah, ia adalah pekerjaan yang memenatkan. Pasti mereka berasa dihargai apabila kita ucapkan terima kasih kepada mereka. Terutamanya jurutera kesihatan yang membungkus sampah dan mengemaskan pejabat kita. Ucapan terima kasih mampu menjadi penaik semangat kepada mereka untuk terus bekerja, kerana khidmat mereka dihargai majikan. Oleh sebab itu, sebarkan ucapan terima kasih kepada pelanggan yang sudi berurusan dengan kita, di samping pekerja yang sudi berkhidmat untuk uruskan bisnes kita.

SENTIASA MEMBERI PUJIAN “Manusia suka dihargai dan dipuji.� Saya pernah melihat satu video. Dalam video itu ada seorang lelaki yang suka memuji orang. Sebab utama mereka datang kepada beliau, adalah kerana ingin mendapatkan pujian daripada beliau. Mereka adalah golongan yang mempunyai keyakinan yang rendah, sentiasa dalam keadaan tertekan. Namun, apabila mendapat pujian daripada beliau, keyakinan diri mereka meningkat. Mereka kembali ceria dan bertenaga setelah dipuji oleh individu itu. Ia menunjukkan, manusia suka apabila mereka dihargai dan dipuji.

SENTIASA MURAH SENYUMAN

Ia ibarat pengiktirafan daripada orang lain mengenai kebolehan kita. Contoh, majikan kita memuji bakat kepimpinan kita di hadapan kawan-kawan beliau, selama menguruskan syarikat beliau. Pasti kita merasakan diri kita mendapat penghormatan,

“Smile change the beast to a prince.� Itu adalah pepatah yang saya rumuskan. Ketika saya berkunjung ke pejabat Maybank untuk urusan peribadi, saya tertarik dengan seorang pekerja wanita bersaiz sederhana. Saya perhatikan cara beliau melayan pelanggan di kaunter. Walaupun beliau tidak rupawan, tetapi senyuman beliau sungguh menawan. Senyuman beliau buat saya mahu berurusan dengannya. Ia adalah akhlak bisnes berTuhan yang menerapkan penghargaan kepada orang lain. Walau dalam situasi bagaimanapun, senyuman adalah penawar duka yang mampu menarik pelanggan. Hatta pelanggan tidak nampak kita, mereka pasti dapat mendengar daripada intonasi suara kita, apabila kita bercakap dengan mereka. Ia adalah kerana, apabila kita senyum, intonasi suara kita juga akan berubah, menjadi suara yang menceriakan. Oleh sebab itu, adalah penting menjadi usahawan yang murah senyuman walaupun kita sedang bercakap dalam telefon, apatah lagi ketika berususan di depan pelanggan.

26 Majalah Niaga Edisi 29

daripada beliau terhadap kepimpinan kita. Ia akan meningkatkan keyakinan dalam diri kita untuk terus berkhidmat. Oleh sebab itu, galakkan memberi pujian kepada pelanggan, pekerja dan sesiapa sahaja individu, yang membantu pengurusan bisnes kita.


SENTIASA BERSYUKUR Apabila kita mula melibatkan diri dengan perniagaan, risiko adalah perkara biasa dalam dunia perniagaan. Contoh, pendapatan yang kita peroleh tidak tetap. Adakalanya meningkat, adakalanya merundum. Saat pendapatan kita meningkat, hanya senyuman menjadi teman. Namun, ia berbeza apabila pendapatan kita mula merudum. Kita mula tidak tentu hala. Tekanan mula meresepi diri. Di kala itu, derasan rungutan bercambah dalam tiap bicara.

Ada orang yang peroleh RM10 tiap hari dan bersyukur, buat mereka peroleh RM100 tiap hari. Sebaliknya, ada orang yang peroleh RM100 tiap hari dan tidak bersyukur, buat mereka peroleh RM10 tiap hari. Itulah kuasa bersyukur, ia ditekankan dalam firman Allah,

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu� (Surah Ibrahim: 7)

Semakin kita bersyukur dengan pendapatan yang Allah beri, semakin meningkat pendapatan yang kita jana.

27 Majalah Niaga Edisi 29

SENTIASA MERAIKAN DIRI, PELANGGAN DAN PEKERJA Adakalanya kita lupa untuk meraikan diri sendiri setelah bekerja keras untuk bisnes kita. Tanpa sedar, sudah bertahun kita tidak bercuti untuk memberi diri peluang, untuk berhibur dan berehat daripada perniagaan untuk seketika. Kita tidak memberi masa kepada diri untuk berehat.

Untuk meraikan diri dan pekerja, kita boleh tetapkan satu masa untuk kita bercuti ke tempat yang santai, dan menenangkan. Kita raikan segala kerja keras dan kejayan yang syarikat kita telah capai bersama pekerja kita. Ia akan meningkatkan momentum pekerja untuk setia berkhidmat dalam syarikat kita. Bagi meraikan pelanggan, kita boleh mengadakan kupon diskaun, dan menganjurkan pertandingan dengan hadiah menarik. Di samping itu, digalakkan memberi hadiah istimewa kepada pelanggan setia yang sudah berurusan dengan kita dalam tempoh yang lama. Ini akan menguatkan hubungan usahawan dan pelanggan.

“Untuk dihargai, kita perlu belajar untuk menghargai..�


TIP PERNIAGAAN Aqif Azizan Central Intelligence Agency(CIA) Write To Wealth

KEBAIKAN KERJA & BISNES PART TIME 10 tahun yang lalu, harga nasi lemak hanya 50 sen sahaja sebungkus. Berbeza dengan zaman sekarang. Bukan sahaja harga makanan sudah naik, malah harga-harga barangan lain seperti aksesori, rumah, kereta dan banyak lagi turut terkena tempias perkembangan ekonomi dan evolusi kehidupan. Jika dahulu ibu bapa yang mempunyai gaji RM1,500 ke atas boleh menampung perbelanjaan keluarga. Kini RM3,000 belum tentu dapat menyelesaikan perbelanjaan bulanan. Hakikat yang perlu kita terima di sini, situasi telah berubah. Khususnya untuk pelajar-pelajar yang masih menuntut ilmu di kolej dan universiti. Kita tidak boleh bergantung pada ibu dan bapa semata-mata. Evolusi perlu berlaku terhadap diri sendiri. Di mana ketika usia kita mencecah 17 tahun ke atas, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mencari wang perbelanjaan sendiri tanpa perlu menagih simpati daripada kedua-dua ibu bapa.

KEBAIKAN KERJA PART TIME

KEBAIKAN BISNES PART TIME

Tahu Potensi Pendapatan Setiap Bulan

Menguruskan Masa Dengan Lebih Efektif

Apabila kita bekerja di bawah majikan atau syarikat, kita sudah sedia tahu berapa jumlah pendapatan setiap bulan yang akan diperoleh. Ini secara psikologinya mendorong kita untuk bekerja dengan lebih gigih. Kerana kita sudah jelas terhadap hasil yang kita bakal peroleh apabila bekerja secara part time. Dalam masa sama, ia memudahkan kita untuk menguruskan wang dengan lebih efektif.

“Better three hours too soon, than one minute too late.� – William Shakespeare. Pengurusan masa seorang pelajar yang berniaga adalah lebih ketat berbanding mereka yang bekerja secara part time.

Tidak Mensia-siakan Masa Terluang Pada hari minggu, para pelajar boleh menggunakan waktu ini untuk bekerja. Kebanyakan pelajar kolej dan universiti mensiasiakan masa mereka dengan melakukan perkara yang tidak produktif pada hari cuti. Dengan menggunakan masa-masa terluang seperti cuti semester atau cuti umum untuk bekerja, kita berpotensi untuk meraih pendapatan yang lumayan untuk menampung kehidupan seharian.

Belajar Pelbagai Perkara Baru Bekerja dan belajar membawa dua input dan output yang berbeza. Apabila belajar, kita memahami sesuatu dalam konteks teori menerusi buku dan sebagainya. Berbeza pula ketika kerja, kita akan berhadapan dengan situasi sebenar kehidupan. Dengan bekerja secara part time, maka kita dapat memahami dunia ini dengan lebih mendalam. Sebagai contoh, jika kita bekerja sebagai jurujual di kedai solek setiap hujung minggu, maka kita akan belajar dan memahirkan diri untuk berkomunikasi dengan para pelanggan.

PENGURUSAN WANG LEBIH PENTING 28 Majalah Niaga Edisi 29

Ini kerana peniaga yang menetapkan masa kerja mereka sendiri, dan tidak menurut mana-mana pihak atasan. Apabila kita berniaga secara part time dan tidak mengambil endah terhadap pengurusan masa, situasi yang kritikal akan berlaku dan memberikan kesan terhadap prestasi pelajaran kita di kolej dan sebagainya.

Bebas Kewangan Lebih Awal Pelajar yang belajar selok belok perniagaan di peringkat awal mempunyai potensi untuk mencapai matlamat bebas wang lebih awal. Ia akan mematangkan minda seorang pelajar dengan lebih pantas mengenai realiti perniagaan dan kehidupan.

Bebas Kewangan Lebih Awal 9/10 rezeki datang daripada perniagaan. Apabila berniaga, pelajar itu sendiri menetapkan potensi pendapatan yang ingin diperoleh. Semuanya tertakluk pada misi, kepercayaan dan tindakan kita. Oleh sebab itu, kebanyakan pelajar yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan semasa di kolej lebih mudah untuk mencapai kekayaan dalam tempoh 3 hingga 5 tahun.

Walaupun kita mempunyai pilihan sendiri untuk memilih kerja atau bisnes part time, namun perkara paling utama adalah menitikberatkan kemahiran pengurusan wang. Mempunyai wang yang banyak tidak akan menjamin kehidupan yang senang dan bahagia. Tetapi pengurusan wang yang baik dapat membantu mengurus kehidupan kita dengan lebih baik dan juga teratur.


Boleh

nampak saya ke?

Bagus!

Bermakna iklan di sini berkesan! Untuk tempah iklan, hubungi eksekutif pemasaran, Hasbul Aqill di 016 2025437 atau layari www.MajalahNiaga.com


ID

J A

LA RA N KE M G S HA E CU M AM K AL PE A CIP NA I DE RGU SEK TA M N N A TE M UN GA AKA LI M RP E EN B N YE EG KE N E- ENE LIHA B I B M R TE AR TU A ENA AJ BIT RA TA E- N RA AL S OL PI MA DA N AH EM EH H J D B I U M TA ARU ALA IBE ERT NI U LA AJA NP SL H NA UL NT DA LA A IN R I A U L SA H D I U KA S DA K T AM HNI BA IK NT N, RI UJ LA AG RA EKA UK BA PI UA IN- A.C NG LK TU HK HA N K LA OM UB AN JUA AN K M EU IN B . AH SI N DIG AJ NT EN AN FA KE AL AL UN TU TN BA A AH GA K . YA IK KK N N AT AN AN IA AU GA , .

A

A IK J AN A PE L RC A UM H ER

M IB

AG A M

DI

NI E IN -

i s i d E

L A

H A

9 2 4 1 0 2

Majalah Niaga 29  
Majalah Niaga 29  
Advertisement