Page 1

mukasurat

if s u kl

eks

Majalah IM Julai 2009


mukasurat

FlareBiz Network

www.flarebiz.com

Hak Cipta Terpelihara

Pengarah Adly Mukhtar Mohd Zhafran Mohd Ghani Pengarah Urusan Idris Husin Editor Kumpulan Norakmal Jasni Editor Eksekutif Rawaida Kamarudin Wartawan Fatin Adawiyah Mohd Pauzi Mohd Muslim Abdullah Penulis Zamri Nanyan Galadriel Smartzul Amar Mahmood Amirol Irwan Dahnil Zamri Mohammad Shueqry Pereka Kreatif Mohd Saipuddin Hasbullah Pengurus Web Mohd Rusdy Ahmad Eksekutif pengiklanan Mohammad Ridzuan Mohd Rashidin Eksekutif pemasaran Hasbul ‘Ariff Hasan Zaki

Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang,disimpan dalam sistem dapat kembali, atau disiarkan,dalam apa jua cara,sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit FlareBiz Network sidang editor berhak melakukan penyuntingan ke atas tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya. Karya yang disiarkan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Majalah IM. Semua material penerbitan yang dikirimkan kepada FlareBiz Network akan menjadi hak milik syarikat ini. Sidang editor tidak bertanggungjawab juga atas kehilangan tulisan atau karya yang dikirimkan kepada syarikat ini.

Diterbitkan oleh FlareBiz Network, 4-2-2,Jln 4/50 off Jln Gombak Diamond Square Commercial Centre 53000 Kuala Lumpur Tel: 019 3357794

http://www.majalahim.com/pengiklanan [1] Merupakan majalah PERCUMA yang pastinya mempunyai ramai pembaca.

[2] Pembaca majalah ini adalah bakal-bakal usahawan Internet ataupun yang mempunyai jiwa usahawan. Kebiasaanya mereka ini mempunyai “kuasa beli” yang tinggi.

PENYELESAIAN

PENGIKLANAN

PRODUK

A N D A

MAJALAHIM

Majalah IM Julai 2009


mukasurat

, g n i t e k r a M ”

t M I e n h r a e l t a n j I a t a M g t n I a “ Ing

r o t

l ia

i d

A

ssalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, Majalah IM edisi ke 15 selamat diterbitkan hasil usaha keras penulispenulis dan krew Majalah IM sendiri. Edisi kali ini membawakan kepada anda, Social Network Marketing (SNM), juga dikenali sebagai Social Networking. SNM merujuk kepada cara memasarkan produk melalui jaringan sosial seperti Facebook, Twitter, Friendster, MySpace dan lain-lain lagi. Saya sedar, SNM kian menjadi fenomena di kalangan pemasar Internet tempatan. Boleh dikatakan rata-rata IM tempatan sudah memiliki akaun Facebook dan Twitter bagi menambah kenalan di samping memasarkan produk. Namun, adakah SNM cara yang tepat untuk memasarkan produk? Atau ia sepatutnya menjadi tempat meluaskan kenalan dalam perniagaan semata-mata? Persoalan-persoalan inilah yang menjadi intipati sesi temubual ringkas tetapi padat bersama Amirul Faisyal, pemilik produk Sistem Rahsia. Baca juga ‘bahaya’ yang menanti jika leka dengan SNM ini, seperti ditulis oleh Kak Galadriel. Namun, jangan risau kerana Zamri Nanyan ada menulis kebaikankebaikan memiliki akaun Facebook. Saya pasti kebaikan SNM mengatasi keburukannya. Dengan Facebook, barulah saya tahu rupa-rupanya Transformers sangat digilai orang dan ditunggu-tunggu peminatnya. Tanpa Decepticon, siapalah Optimus Prime. Tanpa pembaca dan penulis, siapalah kami. Terima kasih semua! Saya suka untuk mengatakan yang sokongan padu daripada pembaca setia Majalah IM yang telah menyemarakkan semangat kami untuk terus ‘memberi’. Anda yang telah membuatkan kerja keras kami setiap bulan terasa berharga sekali. Sebulan itu serasa berlalu begitu pantas, sehinggakan dalam diam Majalah IM ini sudah pun 15 kali diterbitkan. Pelbagai topik telah kami utarakan untuk tatapan anda, daripada isu affiliate, blogging, servis, produk jualan semula, dan terakhir sekali social networking. Ia suatu kejayaan kecil dan pengakhiran yang terindah buat kita semua.

E

Andai kata, Majalah IM ke-15 ini buah tangan yang terakhir daripada kami untuk anda, kami pinta nama Majalah IM sentiasa tersemat di hati anda!

Rawaida Kamarudin, Editor eksekutif

Majalah IM Julai 2009


mukasurat

Isi Kandungan 5 9

Social Network Marketing Kenapa Anda Perlu Mempunyai Akaun Facebook Untuk Bisnes Anda 12 Tutorial Upgrade Wordpress 15 Social Networking Dalam Konteks Pemasaran Internet 18 Pengenalan Hak Cipta 21 Temubual eksklusif bersama amirul faisyal 24 Memohon Kad Debit Public Bank Visa Electron 26 Panduan Asas Blogger

Majalah IM Julai 2009


MARKETING

SOCIAL NETWORK

5 mukasurat

ISU AI JUL

Penulis : Norakmal Jasni Website : www.majalahIM.com

S

ocial Network Marketing (SNM) adalah satu alat pemasaran terbaru di Internet, dan ia boleh menjadi aset berharga kepada Internet Marketer (IM) jika digunakan dengan sebaik mungkin. Kebolehgunaan alat pemasaran ini, bagi tujuan pemasaran perniagaaan adalah sangat luar biasa, tetapi hanya jika ia digunakan dengan efektif dan sebaiknya. SNM membolehkan pengusaha perniagaan membina populariti di Internet dengan menggunakan berbagai bentuk media baru (social media) seperti social networking sites dan social bookmarking websites.

Anda mungkin bertanya : ‘Bagaimana Social Network Marketing (SNM) boleh menjana pendapatan untuk anda?’ Kebiasaannya, media maya ini digunakan untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan, menghantar mesej dan juga mencuba aplikasi atas talian terbaru yang diperkenalkan oleh laman sosial ini. MySpace, Facebook, Friendster telah menjadi tempat tumpuan untuk anda “keep in touch” dengan rakan-rakan, menambah kenalan baru dan berkongsi idea. Namun, kadang-kadang anda terlupa memanfaatkannya untuk perniagaan anda, khususnya perniagaan Internet anda.

Majalah IM Julai 2009


6 mukasurat

Kecemerlangan SNM ini telah menunjukkan bagaimana manusia telah mengalami perubahan dinamik dalam menggunakan Internet. Kita sebenarnya telah mengalami transformasi tanpa sedar, daripada hanya menggunakan Internet untuk mencari maklumat, sehingga menggunakan Internet untuk menyertai ruang sosial siber. Lebih mudah untuk berhubung di Internet, kerana tiada halangan komunikasi atau masalah lokasi. Kata orang, dunia tanpa sempadan. Satu kajian dari eMarketer.com telah menunjukkan bahawa lebih ramai pengusaha perniagaan kecil-kecilan ingin meningkatkan penggunaan SNM dalam tahun ini, berbanding modul pemasaran yang lain. Lebih mengejutkan apabila hanya 37% (dan ia peratusan terendah) telah menyatakan mereka tidak menggunakan SNM untuk pemasaran perniagaan mereka. Kajian ini sebenarnya telah menunjukkan secara tidak langsung kepada anda, bahawa SNM adalah antara modul pemasaran yang terbaik untuk perniagaan Internet anda.

Rangkaian sosial menjadikan pemasaran viral dan pemasaran mulut ke mulut jauh lebih mudah. Kegunaan SNM bukanlah untuk menjana pendapatan secara terus daripadanya, tetapi untuk meningkatkan potensi pemasaran dan menggunakannya untuk memasarkan perniagaan sendiri. Kelebihan Social Network Marketing (SNM) .Lebih fokus kepada sasaran – jika dilaksanakan dengan betul, SNM mampu memfokus kepada sasaran tertentu dengan lebih berkesan, seterusnya mengalakkan pengguna laman sosial itu melawat laman web perniagaan anda. Ini dapat dilakukan dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan di laman sosial terbabit, dan ini akan meningkatkan kesedaran tentang kewujudan perniagaan anda pada pasaran tempatan dan pasaran global. Pengusaha perniagaan kecil-kecilan mungkin kurang mendapat manfaat daripada pasaran global, tetapi dapat memasarkan jenama perniagaan masing-masing dengan cara menumpukan pemasaran kepada kelompok tertentu sahaja. Sebagai contoh, laman Facebook mempunyai aplikasi yang sangat banyak, dan antara yang paling digemari ialah aplikasi kuiz. Melalui ini sahaja, pemasaran berulang-ulang dapat dicipta hanya dengan penambahan sedikit kreativiti semasa membina soalan kuiz.

1

Majalah IM Julai 2009


7 mukasurat

2

. Lebih pulangan – ROI (Return of Investment) adalah satu lagi kriteria penting dalam apa-apa juga modul pemasaran. Untuk permulaan perniagaan, pemasaran ROI mestilah berkesan dan efektif. Pemasaran sosial, merupakan salah satu cara paling murah yang ada. Kesemua media ini boleh digunakan untuk memasarkan perniagaan anda, sama ada ia melibatkan sedikit kos, ataupun tidak melibatkan kos langsung.

3

.Tidak memerlukan kemahiran khusus – salah satu kelebihan SNM ialah, sesiapa sahaja boleh mengambil manfaat daripadanya, walaupun hanya mengakses Internet dari rumah. Malahan, ia tidak memerlukan anda untuk mempelajari apa-apa kod dan yang seumpamanya. Kebanyakan laman sosial ini, adalah mesra pengguna, dan tidak sukar untuk digunakan.

4

.Lebih berkesan dari kempen lain – disebabkan kebanyakan pengguna Internet semakin bosan dengan lambakan iklan di Internet setiap hari, jadi mereka sudah tidak cenderung untuk klik pada iklan tersebut. Banner dan link ads sudah kehilangan sen-

gatnya kerana lebih ramai pengguna tidak lagi mempercayai pemasaran iklan maya seperti itu. Dengan pemasaran sosial (SNM), anda boleh mengalakkan lagi hubungan sesama manusia (komunikasi dua hala) untuk menarik pelanggan yang berpotensi.

5

.Meningkatkan visibiliti – pemasaran sosial seperti blogging, boleh membantu anda menyebarkan informasi. Dengan hanya menulis artikel/entri terbaru yang benar-benar diperlukan orang lain, telah membantu anda untuk menarik orang berkunjung kepada laman blog anda. Seterusnya mungkin bertukar menjadi pelanggan anda! Secara mudah, setiap perniagaan mensasarkan kepada pengguna. Sebelum kemunculan Internet, pemasaran dilakukan melalui pemasaran mulut ke mulut. SNM kini telah mengambil alih peranan itu, dan menjadi cara baru yang sangat efektif untuk melakukan pemasaran. Menggunakannya dengan cara yang tepat, para pengusaha perniagaan mampu meningkatkan hasil jualan, dan lebih diingati berbanding sebelumnya.

Majalah IM Julai 2009


mukasurat

i g n bu ra

Humi sege ka

Untuk sebarang pertanyaan, sila emelkan kepada evolusiminda@gmail.com atau hubungi hubungi En.Idris : 016 2636474

Majalah IM Julai 2009


mukasurat

9

Kenapa Anda Perlu Mempunyai Akaun Facebook Untuk Bisnes Anda

B

oleh : Zamri Nanyan

ila disebut perkataan “Social Network”, pasti anda akan terbayang laman web seperti MySpace, Friendster, forum dan sebagainya. Facebook juga adalah salah satu laman web yang dikategorikan sebagai laman “social network” di mana anda boleh menggunakan laman web ini untuk berinteraksi secara langsung atau meninggalkan emel atau komen di halaman utama akaun Facebook anda atau rakan anda. Kebanyakan pengguna Facebook mungkin menganggap Facebook adalah sebuah laman web untuk berinteraksi dengan rakanrakan dan kenalan baru sahaja dan hanya setakat itu.Tanggapan ini adalah salah.Facebook boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. 1) Facebook Sebagai Pembina Kredibiliti Dalam perniagaan Internet, terlalu ramai penipu yang menyatakan mereka menjalankan bisnes yang tulen walhal anda tidak pernah berjumpa ataupun berinteraksi dengan mereka sekalipun. Jika anda melakukan carian di Google pun, anda tidak akan dapat menyahihkan ketulenan perniagaan mereka. Tetapi, jika anda mempunyai akaun Facebook yang selalu dikemaskini dari semasa ke semasa, anda sebenarnya memberi keyakinan kepada bakal pelanggan anda bahawa anda menjalankan bisnes yang tulen dan tidak berselindung di sebalik laman web jualan yang statik. 2)Facebook Sebagai Pembina Jaringan Bisnes Apabila disebut jaringan, ianya tidak bermaksud ‘network marketing’ atau program berbilang tingkat. Ianya bermaksud jaringan rakan-rakan bisnes yang mempunyai pemikiran yang sama untuk membina satu kumpulan yang saling membantu di antara satu sama lain.

Sebagai contoh, anda boleh membina kumpulan (atau ‘groups’) yang berfungsi menarik kumpulan manusia yang cenderung ke arah minat yang sama supaya boleh berkumpul dan berinteraksi di antara satu sama lain. Sekiranya anda membina kumpulan yang berunsurkan bisnes, besar kemungkinan anda juga akan menarik minat usahawan dan peniaga lain untuk menyertai kumpulan anda. 3) Facebook Sebagai Medium Memasarkan Produk Sebenarnya banyak cara yang ada untuk memasarkan produk atau servis anda melalui Facebook. Cara yang paling mudah ialah dengan meletakkan pautan (link) ke laman web anda di bahagian “Link” atau taipkan sahaja di ruangan “What’s on your mind?”. Walaubagaimanapun, sekiranya anda sentiasa meletakkan link sahaja di bahagian yang saya berikan di atas tanpa memberikan sumbangan maklumat yang lain, mungkin cara pemasaran anda akan menjadi kurang efektif. Jadi, selangselikan iklan anda dengan maklumat lain yang tidak berbau iklan di bahagian yang saya sebutkan di atas. Satu cara pemasaran lagi ialah dengan menggunakan kolum “Advertise” yang membolehkan anda meletakkan link, gambar dan juga deskripsi produk atau servis yang anda

Majalah IM Julai 2009


10 mukasurat

tawarkan. Ebook “Panduan Facebook Ads” ada menceritakan cara pemasaran ini dengan lebih lanjut. Membina aplikasi untuk orang lain juga boleh dijadikan alat untuk pemasaran viral yang dapat menarik lebih ramai orang ke laman web anda dan seterusnya menjadi pelanggan produk atau servis anda. Cara ini memang digemari oleh usahawan Internet yang inginkan pemasaran mereka berjalan secara autopilot (atau kendali sendiri). Walaupun saya cuma memberikan beberapa contoh sahaja, namun dengan sedikit kreativiti, anda boleh mempelbagaikan lagi cara memasarkan produk anda di Facebook. Menggunakan Facebook boleh menjadikan anda ketagih untuk terus melayari dan berinteraksi di laman web tersebut. Namun begitu, saya amat menyarankan anda untuk mempelajari bagaimana anda boleh juga boleh menghasilkan pendapatan daripadanya. Beberapa sumber bacaan tempatan di bawah mampu membantu anda memulakan langkah untuk menjadikan Facebook sebagai sumber pemasaran.

Mengenai Penulis Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat. *nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Bisnes Digital” kepada link affiliate anda untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.

1) Buku “Rahsia Pemasaran Facebook” oleh Nasrul Amri Samsudin yang anda boleh dapatkan di kedai-kedai buku tempatan. Ianya sebuah buku yang baik untuk anda mula mengenali Facebook. 2) Ebook “Panduan Facebook Ads” oleh Richie di http://www.BisnesDigital.com/ panduanFBA.php 3) Ebook terbaru Richie, “Kuasa Viral Facebook” yang mengajar bagaimana anda boleh membina aplikasi Facebook dengan mudahnya untuk tujuan pemasaran di http://www.BisnesDigital.com/ kuasaVFB.php

Majalah IM Julai 2009


mukasurat

Layari di

www.majalahIM.com Majalah IM Julai 2009


TUTORIAL UPGRADE WORDPRESS

12 mukasurat

D

Penulis: Hanny Ramzy [a.k.a ramzy0]

alam tutorial pertama Wordpress kali ini dalam Majalah IM, saya akan menunjukkan cara upgrade Wordpress anda kepada versi yang terkini. Sebenarnya terdapat dua cara untuk upgrade Wordpress anda, sama ada secara auto ataupun manual. Tetapi dalam tutorial ini, saya akan menunjukkan tutorial ‘upgrading’ secara manual.

Sebelum kita meneruskan tutorial ini, antara software yang saya akan gunakan ialah FileZilla, software yang akan digunakan untuk memuat naik fail-fail komponen Wordpress. Download dan install software tersebut. [Download di sini] Bagaimana ingin mengetahui Wordpress anda perlu upgrade atau tidak? Selalunya apabila anda login ke dashboard Wordpress anda, akan terdapat notis seperti ini di ruangan atas dashboard.

Ini bermakna, pihak Wordpress telah mengeluarkan versi terkini secara rasmi dan anda bolehlah menaik taraf Wordpress anda ke versi tersebut. Download file tersebut dan simpan (save) ke dalam PC/laptop anda.

Majalah IM Julai 2009


13 mukasurat

Kemudian buka kembali aplikasi FileZilla dan anda akan dapat melihat paparan berikut :

1 ).Masukkan alamat url anda. Contoh http://majalahim.com 2). Masukkan username hosting anda (bukan username wp-admin anda) 3).Masukkan password kepada username tersebut 4).Klik Quickconnect Kemudian anda akan di paparkan pula dengan paparan berikut :

Kawasan bertanda 1. ialah fail-fail Wordpress terkini di PC/laptop anda, manakala kawasan bertanda 2. pula merupakan fail-fail Wordpress di server hosting anda. Anda boleh overwrite sahaja failfail di PC/laptop ke server hosting anda (kesemua kecuali wp-confiq.php dan wp-content) namun tidak digalakkan. Untuk lebih selamat, kita akan delete dahulu fail-fail Wordpress terpilih di server hosting anda. File dan folder yang TIDAK PERLU di’delete 1).wp-config.php 2).wp-content File dan folder yang PERLU di’delete (dalam erti kata lain, kesemua CORE file Wordpress kecuali 1).wp-confiq.php dan wp-content) 2).wp-admin 3).wp-includes 4).index.php 5).wp-atom.php 6).wp-app.php 7).wp-blog-header.php 8).wp-comments-post.php 9).wp-commentsrss2.php 10).wp-load.php 11).wp-links-opml.php 12).wp-feed.php

13).wp-cron.php 14).wp-login.php 15).wp-mail.php 16).wp-pass.php 17).wp-rdf.php 18).wp-settings.php 19).wp-rss.php 20).wp-rss2.php 21).wp-register.php 22).wp-trackback.php 23).xmlrpc.php

Majalah IM Julai 2009


14 mukasurat

Kemudian, upload’kan kesemua file dan folder di PC/laptop anda (kecuali wp-confiq.php dan wp-content) ke server hosting anda. Proses ini mungkin mengambil masa beberapa minit, bergantung kepada kelajuan internet anda. Setelah selesai kesemuanya, pergi ke login ke blog anda dan paparan dibawah akan terpapar

Klik Upgrade Wordpress Database dan semuanya sudah siap. Kini blog anda telah di naik taraf kepada versi terkini Wordpress menerusi proses secara manual. Sebarang masalah, sila hantarkan pertanyaan anda ke hannyramzy@gmail.com

Majalah IM Julai 2009


15 mukasurat

Social Networking Dalam

Konteks Pemasaran Internet

Oleh: Galadriel InternetMelayu.com

S

ocial networking services (perkhidmatan jaringan sosial) merujuk kepada pembinaan komuniti online di mana mereka yang mempunyai minat dan aktiviti yang serupa boleh berkumpul, berbincang dan ‘network’ sesama sendiri. Biasanya pelantar (platform) yang digunakan dalam social networking adalah dalam bentuk laman web berkonsep Web 2.0 yang membolehkan para penggunanya berinteraksi, melakukan aktiviti dan bertukar-tukar maklumat dengan pengguna lain secara mudah. Contoh laman web social network ialah Facebook, Friendster, LinkedIn, MySpace, Bebo dan Twitter. Laman web social network sangat popular terutamanya bagi mereka daripada lingkungan usia 13 – 45 tahun. Kebanyakan pengguna social network adalah untuk tujuan suka-suka dan berhubung dengan rakan sepejabat, teman belajar, sahabat-handai dan ahli keluarga melalui Internet.

Social Networking dalam konteks Pemasaran Internet merujuk kepada penggunaan platform social networking bagi tujuan jaringan perniagaan (business networking) dengan mereka yang juga berada dalam arena pemasaran Internet (berhubung dengan sesama Internet marketer), berkomunikasi dengan rakan JV dan affiliate, komunikasi dengan pekerja atau ‘freelancer’, dan terutamanya untuk berkomunikasi dengan pelanggan dan bakal pelanggan bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan.Mengapa Social Networking Semaking Popular di Arena Perniagaan dan Pemasaran Internet? Jawapan ini senang saja – platform Social Networking memudahkan lagi usahawan Internet untuk berhubung dengan ramai orang secara percuma dan memberi mereka peluang mempromosikan produk dan servis ke demografik yang lebih luas, bukan hanya terhad kepada mereka yang mengunjungi blog dan laman web mereka sahaja atau pengunjung yang tiba melalui carian organik, payper-click atau teknik pemasaran lain.

Majalah IM Julai 2009


16 mukasurat

Apakah maksud kenyataan diatas? Ini bermakna, platform social networking akan sentiasa digunakan oleh usahawan Internet yang bijak, terutamanya kerana ia melibatkan kos yang amat rendah atau tanpa kos, mudah digunakan dan platform social networking menjadi tumpuan pengunjung dari serata dunia. Pengunjung yang mungkin tidak berminat untuk klik ke banner atau iklan PPC anda atau mengunjungi laman web anda mungkin akan tertarik dengan tawaran anda apabila “bertemu” dengan anda di Facebook atau Twitter kerana platform tersebut membuatkan bisnes anda lebih perbadi, lebih ‘friendly’ dan bersifat kemanusiaan. Sebagai contoh, Joel Comm menggunakan Twitter untuk berhubung dengan pelanggan dan peminatnya. Orang luar yang terjumpa ‘tweet’ beliau mungkin tertarik dengan ungkapan-ungkapan pendek (tweet) beliau di Twitter dan balasan ‘tweet’ yang diberi oleh pengikut-pengikut (followers) beliau dan akhirnya bersetuju untuk mengikuti tweet Joel Comm sebagai salah seorang follower. Sebenarnya banyak faedah yang diperolehi dengan menggunakan laman-laman social networking, terutama bagi tujuan pemasaran dan promosi. Tetapi, pada masa yang sama, terdapat juga beberapa ‘bahaya’ yang perlu dikenalpasti ketika menggunakan platform social networking:

•Mengasyikkan

dan membuang masa – social networking sites, terutamanya seperti Facebook boleh melalaikan kita dari tujuan sebenar - iaitu untuk menggunakannya untuk business networking, pemasaran dan promosi. Saya pernah menjadi asyik dengan SuperPoke, Games, Chatting dan lain-lain add-ons yang ada pada Facebook sehingga banyak masa terbuang begitu saja.

•Spam – dalam Twitter, sudah ada unsurunsur spam yang boleh menyebabkan laman Twitter anda dipenuhi dengan ‘tweet sampah’.

Sungguhpun begitu, ini tidak bererti anda patut menjauhkan diri dari laman web social networking. Anda harus bijak menggunakan masa dan memastikan anda fokus kepada target anda ketika menggunakan platform tersebut. Anda harus ingat bahawa promosi terang-terangan dan berlebihan mungkin akan menyebabkan akaun anda digantung, maka gunakanlah platform social network dengan baik, baca terma dan syarat yang diberi, terutamanya yang berkaitan dengan pengiklanan dan spam. Cara Menggunakan Social Network Untuk Perniagaan Secara Beretika:

1 2 3

.Baca terma dan syarat untuk mengetahui peraturan tentang promosi dan pengiklanan di laman social networking tersebut. .Berikan tips-tip bernas ataupun artikel yang bernas; jangan sekadar untuk mempromosikan produk semata-mata. .Jika anda ingin perkenalkan sesuatu produk atau servis, tulislah ulasan yang padat mengenainya dan sebaik-baiknya jika anda pernah menggunakan produk atau servis tersebut. .Sekali-sekala, berikan ‘free gift’ kepada pengunjung anda.

4

Jika anda berminat untuk mengetahui perkembangan semasa Website Pemasaran Internet Melayu di Twitter, anda bolehlah mengikuti saya di: http://twitter.com/pemasaranIM

Biodata Penulis: Galadriel merupakan usahawan Internet sepenuh masa dan penulis Internet (Internet writer) yang telah berkecimpung dalam perniagaan dan pemasaran Internet selama 3 tahun. Kegemaran beliau ialah membina laman web, mencuba skrip dan perisian terbaru di pasaran, menulis di blog dan mencuba teknik baru untuk SEO (search engine optimization). Sambil menjalankan bisnes di Internet, Galadriel juga adalah ibu kepada seorang bayi lelaki yang comel dan nakal.

•Masalah sekuriti – ada pihak tertentu yang

meragui keselamatan data dan privasi maklumat yang diletakkan di laman seperti Facebook. Twitter juga pernah mengalami masalah ‘virus’ dan ‘worm’ yang menular melalui laman tersebut.

Majalah IM Julai 2009


mukasurat

!!

sif u l k s Ek PILIH JANGAN TAK PILIH, Azzah AR Menghimpunkan pelbagai subjek dan kisah menarik yang mampu memberikan motivasi kepada diri terutamanya jika anda terasa hilang arah, tiada pilihan dalam kehidupan dan mahu mengatasi rasa kurang keyakinan diri.

RM 15.00

JEJAK PENGETUA SUPER: Dari DG41 ke JUSA C, Khuzaimah Sulaiman Amat dicadangkan kepada para guru, pensyarah, jurulatih mahupun pekerja dalam pelbagai bidang. Penulis berkongsi 6 pesanan berhikmah dari Allahyarhamah ibu beliau yang menjadi tunggak pencapaian cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan. (JUSA = Jawatan Utama Sektor Awam)

RM 25.00

CELORENG BIRU, Azzah AR Ditulis sendiri oleh seorang bekas Ketua Jurulatih PLKN. Buku ini bukan sekadar mengumpulkan kisah-kisah benar yang berlaku dalam kem PLKN, tetapi juga menyelitkan unsur-unsur motivasi yang mampu dijadikan panduan hidup.Sesuai untuk dijadikan rujukan oleh bakal pelatih dan ibu bapa mereka, bekas pelatih, jurulatih dan seluruh rakyat Malaysia yang mahu kenal dengan PLKN

RM 20.00

TIPS & TEKNIK PENGUCAPAN AWAM KREATIF, Azzah AR Ebook separa interaktif ini memuatkan pelbagai tips, teknik, rahsia dan trick bagi anda yang ingin mahir dalam pengucapan awam. Segalanya dikongsi oleh penulis yang sudah berkecimpung lebih 6 tahun dalam bidang ini, supaya anda tidak menggeletar lagi, malah pendengar ucapan anda akan mampu fokus dan teruja dari minit pertama sehingga yang

RM 35.00 Dapatkan buku-buku ini di http://www.kedaibukue.com atau hubungi kami terus di talian 06-7636216 / 06-6794820 / 019-2875243 atau email sahaja ke admin@digital-apprentice.com / azzah@azuzafu. com hari ini juga!! * Kami juga menerima tempahan secara pukal dan menggunakan LO (kecuali ebook)

Majalah IM Julai 2009


18 mukasurat

Pengenalan

Hak Cipta Penulis: Ubi ( www.kartunisubi.com )

Apa Itu Hak Cipta?

Ketika di tingkatan 4 dulu, sahabat baik saya, Eddy pernah mencadangkan supaya kami bekerjasama membuat satu siri komik. Saya menjadi pelukisnya, manakala beliau pula akan menulis cerita siri komik usahasama kami itu. Walaupun musykil dengan keupayaan menulis dan mengarangnya yang tidak seberapa itu, saya tertarik juga mendengar penerangannya dengan lebih lanjut kerana mahu mengetahui agenda tersembunyinya.

“Awek-awek suka dan minat dengan lelaki seni ni… contohnya yang pandai main muzik, menyanyi, berlakon, menulis dan melukis…”.“Tak caya ko tengok Awie tu… muka bukan hensem sangat tapi Miss Malaysia cam Erra Fazira tu pun nak kat dia!”, sambungnya lagi, sambil mengangkat sebelah kening ala-ala Awie dalam filem Sembilu.“Betul!”, saya mengangguk sambil mengutuk gaya Awienya yang tidak menjadi langsung itu di dalam hati.“So..kau rasa bagaimana? Projek ni nak proceed or not?”, Eddy semakin galak melakonkan gaya Awie tidak menjadinya itu. Entah kenapa Bahasa Melayunya itu tiba-tiba dimulakan dengan ’so’ dan berakhir dengan ‘not’ pula. Akhirnya, tanpa sedar, saya berminat juga dengan cadangan Eddy. Mungkin inilah peluang kami yang baru akil baligh tetapi tidak pernah couple ini, memperdayakan awek-awek cun di sekolah. Walaupun begitu, nyaris-nyaris saya menolak cadangannya semula apabila teringatkan guru bahasa Melayu Eddy, Puan Shamsinar yang sering mencampak buku latihan karangannya ke lantai kerana terlampau banyak kesalahan ejaan dan tatabahasa. Namun, apabila mengenangkan jasa baik sahabat yang selalu membiayai makanan masa rehat saya, secara automatiknya saya ’ter’angguk bersetuju dengan cadangannya.

Majalah IM Julai 2009


19 mukasurat

Sebulan telah berlalu... Sambil tersengih-sengih, Eddy menghulurkan senaskhah manuskrip setebal dua buah buku panduan telefon kepada saya. Lantas, saya membelek-belek dan membaca hasil karya sulungnya yang sarat dengan kesalahan ejaan dan tatabahasa itu. Komik itu membawakan satu kisah tentang seorang remaja yang gagah, bertubuh sasa dan bersenjatakan sarung tangan tembaga yang bisa mengeluarkan api dari neraka. Watak utama atau hero yang digambarkan 98 peratus menyerupai wajah dan perwatakan Eddy itu (dia kata itu hanya kebetulan...), juga handal menunggang motorsikal Harley Davidson yang mampu terbang jika sang hero mengaktifkan kuasa sarung tangan berapinya itu. Watak lain, iaitu seorang perempuan yang menyamai seratus peratus peribadi Puan Shamsinar, merupakan seorang ketua penjahat dalam komik tersebut. Watak penjahat iu, ada memakai kaca lutsinar berupa balang ikan yang berisi air, di kepala. Manuskrip komik yang diberi tajuk “Satria Chopper” itu dibawa pulang ke rumah. Mungkin kerana ‘kagum’ dengan bakat penulisannya, entah bagaimana manuskrip sulung Eddy itu boleh ’ter’hilang dalam simpanan saya. Malangnya, setiap hari selepas saja membayar nasi lemak saya di waktu rehat, Eddy akan bertanya perkembangan projek komik “Satria Chopper” tersebut.“Cepat siap, cepatlah boleh ada kat pasaran. Bila komik tu dah terkenal, mesti ramai awek-awek cun kat sekolah ni tau kehebatan aku menulis…”, katanya seolah-olah terlupa bahawa saya juga bakal menyumbang bakat melukis saya dalam komik tersebut.“Err… memang aku dah nak start lukis… tapi sebelum tu kita kena daftar HAK CIPTA dulu.”, dalam gelabah, saya meluahkan alasan secara spontan. “Proses nak dapat COPYRIGHT ni bukan senang… kena tunjuk lawyer, pastu ada banyak lagi level prosedur… tu belum masuk bab tulis paperwork!”, saya menyambung alasan saya dengan penuh yakin. Saya ’ter’kagum juga bagaimana budak 16 tahun seperti saya boleh terfikir ayat-ayat canggih begitu dalam penipuan yang tidak seberapa itu. Yang kelakarnya, Eddy percaya alasan saya bulat-bulat, daripada tamat sekolah sehinggalah Eddy melanjutkan pengajian undangundangnya di UIA!

Heh… Kalaulah Eddy tahu saya tipu dia ketika itu, mungkin saya tidak sempat hidup untuk melihat Sembilu II dan Hetty Sarlene dalam Sembilu versi drama di TV!! Tamat cerita flashback. Itulah cerita yang berlaku di suatu zaman jahiliyah dalam hidup saya… Dapatlah dirumuskan betapa ceteknya pengetahuan masyarakat kita tentang perkara yang dipanggil Hak Cipta ini. Setelah lebih 10 tahun bergelumang secara profesional dalam industri kreatif ini, saya sedikit sebanyak faham tentang apa itu hak cipta atau copyright. Untuk pengetahuan semua, hak cipta atau dalam bahasa Inggerisnya, copyright, adalah hak eksklusif pengarang/pencipta bahanbahan asal yang terdiri daripada karya penulisan, sastera, muzik, lukisan, gambar, grafik, filem, rakaman audio/video, program/perisian komputer dan segala hasil kerja kreatif yang lain.

Hanya pemilik dan pemegang hak cipta mempunyai kuasa untuk menerbitkan, menayang, mengedar dan mengeluar semula hasil kerja tersebut. Hanya mereka yang mempunyai kuasa untuk membenarkan pihak lain menggunakan keseluruhan atau sebahagian konsep daripada hasil kerja tersebut dalam media yang sama ataupun media lain. (Contoh sebahagian konsep – Watak Superman menjadi Clark Kent dalam Smallville. Contoh media lain – Harry Porter daripada novel menjadi filem) Untuk mendapat hak cipta, kita tidak perlu melalui peguam ataupun menulis kertas kerja seperti apa yang saya alasankan itu. Tahukah anda, bahawa HAK CIPTA boleh diperolehi secara AUTOMATIK dan tidak perlu didaftarkan. Bagaimana? Senang sahaja. Sebaik sahaja karya anda itu siap, secara automatik anda memperoleh HAK CIPTA ke atas karya tersebut! Contohnya, entri mengenai hak cipta yang sedang anda baca sekarang ini. Setelah dit-

Majalah IM Julai 2009


20 mukasurat

ulis dan dipaparkan di blog ini, ianya secara automatik menjadi hak cipta saya tanpa saya perlu mendaftarkannya dengan mana-mana pihak. Secara automatik jugalah, anda semua tidak boleh menerbit dan menggunakan artikel ini (atau sebahagian darinya) tanpa mendapat KEBENARAN daripada saya. Hohoho!

Namun sekiranya anda baru bercerita dengan rakan-rakan rapat, saudara mara ataupun ketua kampung mengenai IDEA anda untuk menghasilkan satu siri komik tentang seorang remaja yang gagah, bertubuh sasa, handal menunggang motosikal Harley Davidson terbang dan mempunyai senjata berupa sarung tangan tembaga yang bisa mengeluarkan api dari neraka, ia masih tidak boleh diHAK CIPTAkan lagi kerana ia masih sekadar satu IDEA sahaja. Hanya idea yang telah SIAP DILAKSANAKAN SECARA FIZIKAL layak untuk mendapat hak cipta (Contoh: Novel – sudah ditaip atau dicetak) KEASLIAN sesuatu karya juga adalah perkara yang paling penting dalam memperolehi HAK CIPTA. Contohnya jika anda menulis satu cerita mengenai seorang remaja yang gagah, bertubuh sasa, handal menunggang motosikal Harley Davidson terbang dan mempunyai senjata berupa sarung tangan tembaga yang bisa mengeluarkan api dari neraka. Tetapi jalan ceritanya berkisar remaja (bernama Awie) yang juga seorang penyanyi rock popular mendapat tentangan keluarga aweknya (bernama Watie) untuk bercinta kerana beliau adalah seorang penyanyi – mungkin anda akan ada sedikit masalah (banyak sebenarnya..).

Jadi pastikan karya anda itu ASLI dan ia telah SIAP DILAKSANAKAN SECARA FIZIKAL untuk memastikan anda layak mendapat hak cipta ke atas karya tersebut. Apa kebaikan HAK CIPTA ini buat pemiliknya? Adakah dengan memegang HAK CIPTA anda boleh menjadi kaya?Sekiranya karya anda itu ibarat sampah dan syok sendiri, usahlah berangan untuk kaya walaupun anda memiliki sejuta HAK CIPTA sekalipun!Sebaliknya jika karya anda itu popular dan diminati ramai, di kala itulah HAK CIPTA ini amat penting sekali! Selain mendapat keuntungan yang masyuk dari hasil titik peluh anda itu, yang penting sekali anda dapat MENGHALANG pihak lain atau lanun cetak rompak membuat keuntungan tanpa KEBENARAN dan PERSETUJUAN anda (KEBENARAN dan PERSETUJUAN boleh juga dimaksudkan dengan membayar anda sejumlah wang!)Kerana itulah juga COPYRIGHT @ HAK CIPTA ini dikategorikan bawah INTELLECTUAL PROPERTY ataupun HARTA INTELEK. Walaupun tidak berbentuk fizikal, tetapi ianya amat benilai sekali seperti harta! Dikhabarkan di luar negara sana banyak artis atau pencipta lagu yang memajakkan lagu ciptaan mereka kepada bank untuk membuat pinjaman. Dan ianya diterima kerana pihak bank tahu akan nilai HAK CIPTA tersebut. Sebagai pengkarya anda mungkin memegang HAK CIPTA karya anda dan mempunyai hak untuk tidak membenarkan pihak lain menyiar atau menggunakan hasil karya tersebut.Seperti juga hak-hak yang lain, ia ada juga batasannya‌ Tahukah anda pihak lain juga boleh menyiar atau menggunakan hasil karya anda tanpa kebenaran? Dan yang peliknya anda tidak mungkin boleh menyaman mereka?!

Majalah IM Julai 2009


21 mukasurat

if s u kl

eks

A

Oleh: Mohd Muslim Abdullah.

temubual eksklusif

bersama

AMIRUL

FAISYAL

ssalamualaikum dan Salam sejahtera. Saya Rawaida dari MajalahIM. com. Untuk isu kali ini, saya akan menemubual salah seorang Internet Marketer tempatan yang terkenal dengan produk ‘Sistem Rahsia’nya. Apa khabar Amirul? Khabar baik. Alhamdulillah. Boleh saudara Amirul ceritakan serba sedikit tentang latar belakang saudara dan bagaimana boleh menceburkan diri dalam bidang Internet Marketing ini? Saya bermula pada bulan 6, tahun 2006, sebagai reseller ebook Chapter M kepunyaan Gobala Krishnan. Setelah itu, saya belajar perlahanlahan tentang Internet Marketing, sehinggalah terhasil produk digital pertama saya, iaitu Sistem Rahsia pada awal tahun 2007. Apabila mendapat respons yang baik melalui produk Sistem Rahsia, saya menghasilkan pula Sistem Rahsia versi kedua pada pertengahan tahun 2007. Seterusnya, saya melibatkan diri dalam pelbagai jenis perniagaan Internet, contohnya program affiliate dan SEO. Pada mulanya, minat saya kepada Search Engine Optimization (SEO) biasa-biasa saja, tetapi lama kelamaan, saya mula jatuh cinta dengan SEO. Jadi, bermula tahun 2009, saya tetapkan untuk fokus pada SEO dan (Pay Per Click) PPC, yang mana keduanya adalah di bawah satu industri yang sama, iaitu industri pemasaran enjin carian.

Majalah IM Julai 2009


22 mukasurat

Terima kasih Amirul. Sudah tiga tahun Amirul berkecimpung dalam dunia IM ya. Jika melihat pada blog Amirul, iaitu JurnalSEM.com, kandungannya lebih kepada Search Engine Marketing (SEM). Jadi, boleh saya tahu kenapa Amirul memilih untuk fokus kepada SEM? Ada sebab-sebab tertentu? Sebenarnya, SEM ini terbahagi kepada dua, iaitu SEO dan PPC. SEO lebih kepada optimisasi yang natural dan organik. PPC ini pula kaedah secara berbayar. Saya memilih SEM kerana saya melihat pemasaran enjin carian ini, adalah suatu playing field yang boleh dimasuki semua orang, tidak kira yang baru, lama, bisnes besar ataupun kecil. Saya juga yakin, masih ada peluang untuk memperkenalkan cara pemasaran melalui enjin carian, yang ketika ini, masih baru di Malaysia. Selain itu, ia juga satu peluang yang baik buat bisnes kecil untuk mempromosikan produk mereka. Kebiasaannya, mereka lebih suka memasarkan produk melalui blog, forum dan pengiklanan di blog atau forum. Melalui SEO, selain tidak memerlukan modal yang besar, peniaga kecil juga akan mampu bersaing dengan peniaga besar. Inilah yang dikatakan ianya satu level playing field.

Bukan disebabkan tiada IM lain yang fokus pada bidang ini? Boleh juga kata begitu. Apabila tiada IM lain, ia menjadi satu kelebihan pada saya, kerana saya menjadi pioneer atau peneraju utama dalam SEM. Baiklah. Majalah IM kali ini, akan mengupas isu Social Network Marketing (SNM). Kita boleh lihat yang semakin ramai IM tempatan menggunakan Facebook dan Twitter. Jadi, selain daripada Facebook dan Twitter, ada platform SNM lain yang digunakan Amirul? Secara jujurnya, saya hanya menggunakan Facebook dan Twitter. Saya cuma fokus kepada dua ini saja. Bagi saya sendiri, SNM bu-

kan semata-mata tertumpu pada pemasaran bisnes, tetapi lebih kepada networking, iaitu berkenal-kenalan dengan kawan-kawan atau orang baru. Pada pendapat Amirul, berkesan atau tidak SNM dalam memasarkan perniagaan Internet kita? Kalau nak diikutkan, SNM memang berkesan jika kita tahu caranya. Namun, tujuan sebenar SNM adalah untuk bersosial, berkenalan, mencari kawan lama dan mengenali kawan baru. Oleh itu, jika kita ingin memasarkan produk kita, kita mesti tahu caranya, bukan sekadar add friend untuk pasarkan produk. Itu sudah lari daripada tujuan utama social networking. Contohnya, jika di Facebook, kita boleh adakan Fan Page atau Facebok Group. Jika kita memiliki ramai kawan, kita boleh membina satu Fan Page untuk perniagaan kita. Kemudian, kita boleh jemput kawan-kawan kita untuk menyokong perniagaan kita. Itulah salah satu caranya mempromosikan produk atau perniagaan kita. Terima kasih Amirul. Baiklah, baru-baru ini, saudara Amirul ada melancarkan ebook Panduan Advance SEO Wordpress. Amirul ada memasarkan ebook ini melalui Facebook atau Twitter? Ada, iaitu di Facebook dan Twitter. Setiap promosi yang saya lakukan di situ, saya akan track supaya saya boleh lihat keberkesanannya. Daripada tracking yang saya buat, saya dapati jualan sudah terhasil mulai hari pertama saya promosikan ebook itu di Facebook lagi (melalui update status). Terbuktilah, ia memang berkesan. Jika dibandingkan dengan platform pemasaran lain selain Facebok dan Twitter, berapa peratusan jualan yang terhasil daripada SNM? Daripada 100% jualan ebook yang terhasil, 10% adalah daripada SNM, dan selebihnya daripada sumber lain seperti rakan JV. Alhamdulillah, sehingga kini, masih ada 1 ke 2 jualan setiap hari. Alhamdulillah. Pada pendapat Amirul, apa kebaikan dan keburukan SNM ini? Sebagai seorang Internet Marketer, SNM ini ada baiknya. Melalui SNM, kita mudah menambah kenalan. Saya sendiri pun dapat mengenali ramai IM-IM baru, personaliti terkenal, selebriti dan lain-lain. Proses networking juga menjadi mudah, kerana kita boleh menghantar mesej secara terus kepada individu tersebut. Katakan, kita ada proposal yang menarik dan ingin mengajak individu tersebut menjadi rakan JV kita, sebagai contoh. Keburukannya pula, produktiviti boleh menurun apabila kita leka dengan program SNM itu sendiri. Apabila asyik melihat status updates

Majalah IM Julai 2009


23 mukasurat

rakan-rakan dan bermain application di Facebook, masa yang sepatunya kita gunakan untuk bisnes, habis begitu saja. Itu sajalah keburukan yang saya nampak ketika ini. Bagaimana pula pendapat Amirul tentang orang-orang yang sentiasa mengiklankan produk di SNM sahaja. Bermakna, tujuannya bukan untuk bersosial, tetapi mempromosi produk sahaja? Bagi saya, kita tentu akan merasa pissed off dengan orang sebegini, kerana dia menambah kita sebagai rakan ataupun menyertai mana-mana group, hanya untuk mempromosi laman webnya. Bagi saya, dia sudah menyalahgunakan fungsi social network itu sendiri, kerana tujuan social network adalah untuk bersosial. Tidak salah untuk mempromosi, tetapi haruslah seimbang. Jika kita terlalu banyak mempromosikan produk, lama-kelamaan, orang akan merasa “Betul ke dia ini nak berkawan dengan aku? Ataupun sekadar mempromosi produk dia saja?� Tidak mustahil orang akan keluarkan kita daripada senarai rakanrakan pada kemudian hari. Secara tidak langsung, kredibiliti kita pun boleh jatuh. Berkata tentang kredibiliti, kita juga boleh tingkatkan kredibiliti menggunakan social networking ini, bukan? Kalau saya sendiri, setiap kali saya update blog JurnalSEM, saya akan kongsikan entri baru itu di status saya. Sebenarnya, untuk meningkatkan kredibiliti itu, bukan hanya di Facebook, ia perlu bermula dengan kita sendiri. Contohnya, kita boleh blog sesuatu yang betul-betul menunjukkan kita ini pakar dalam sesuatu bidang. Daripada situ, dengan Facebook, ia boleh menjadi platform untuk kita memperkenalkan diri kita. Itulah caranya, untuk meningkatkan kredibiliti, pada pendapat saya.

Andai kata Amirul boleh memilih satu sahaja cara pemasaran, sama ada Social Network Marketing atau Search Engine Marketing. Cara manakah yang akan menjadi pilihan Amirul? Melihatkan blog saya pun, sudah pasti yang mana satu pilihan saya bukan? Jadi saya memang akan memilih SEM, kerana secara peribadinya, saya merasakan SNM hanyalah untuk networking dan bersosial. Bukan seratus peratus untuk tujuan pemasaran. SEM pula, kita boleh gunakan 100% untuk tujuan pemasaran, di mana kita mahukan laman web kita berada di ranking yang paling tinggi di enjin carian.

Jadi, dengan SEM, tujuan kita memang untuk meningkatkan jualan produk kita. Berlainan pula dengan SNM, tujuan kita itu sudah terbahagi dua, iaitu bersosial dan memasarkan produk. Walaupun kedua-dua cara ini boleh menyokong satu sama lain, tujuan pemasaran kita sudah tidak seratus peratus. 2, 3 tahun sudah, tidak kedengaran cara pemasaran melalui SNM. Baru sekarang, cara pemasaran sebegini popular di Malaysia. Adakah dalam 4, 5 tahun akan datang, SNM ini akan berkembang di Malaysia? Apa yang saya boleh lihat, 5 tahun dari sekarang, SNM ini akan menjadi satu alat pemasaran oleh pelbagai jenis perniagaan. Bukan setakat bisnes kecil, bisnes besar pun akan terlibat sama, contohnya Air Asia, MAS dan lain-lain lagi. Syarikatsyarikat besar pun sudah mula sedar akan keperluan untuk menggunakan SNM sebagai salah satu alat pemasaran mereka. Apabila syarikat besar berbuat begitu, secara tidak langsung, syarikat kecil akan mula mengikuti jejak langkah mereka. Jadi, Insya Allah, dalam 5 tahun lagi, ia akan berkembang dan menjadi cara pemasaran utama, terutamanya dalam membina kredibiliti dan menambah jaringan. Baiklah, sebelum sesi temubual kita berakhir, ada kata-kata atau nasihat terakhir daripada Amirul untuk pembaca Majalah IM? Buat pembaca Majalah IM yang baru saja mengenali pemasaran dan perniagaan Internet, disyorkan untuk mencuba kaedah SNM ini. Ini kerana, SNM adalah cara termurah dan terpantas untuk memasarkan produk kita. Jika kita sudah memiliki produk, tetapi tidak tahu bagaimana untuk mempromosikannya di Internet, bolehlah cuba-cuba di Facebook atau Twitter terlebih dulu. Kita tahu bukan, yang dua platform ini tidak mengenakan sebarang bayaran, jadi ia adalah cara paling murah dan menjimatkan. Jadi, saranan saya, jika baru bermula untuk memasarkan apaapa melalui Internet, cubalah Social Network Marketing terlebih dulu. Terima kasih. Semoga pembaca Majalah IM mendapat manfaat daripada temubual kali ini, Insya Allah. Assalamualaikum Sama-sama. Waalaikumussalam

Majalah IM Julai 2009


24 mukasurat

Memohon Kad

Debit Public Bank

Visa Electron

Penulis : Mohd Muslim Abdullah ( www.mohdmuslim.com )

S

eperti yang telah dijanjikan, pada ruangan tutorial kali ini pihak Majalah IM akan menunjukkan kepada anda langkah demi langkah bagaimana anda boleh memohon Kad Debit Public Bank Visa Electron (Kad Debit PB). Kad Debit PB adalah salah satu kad debit yang boleh digunakan secara online di internet, ia telah menjadi salah satu alternatif yang termudah untuk menggantikan kad kredit yang digunakan secara meluas di internet seperti mengaktifkan akaun paypal, membuat belian dan sebagainya.Berikut adalah langkah-langkah mudah yang perlu anda ikuti untuk memohon sebuah Kad Debit Public Bank Visa Electron :

1

.Pertama sekali, pergi ke mana-mana cawangan Public Bank dan tanyakan tentang borang untuk memohon kad debit. Seterusnya isi borang tersebut dengan lengkap bersama dengan satu salinan kad pengenalan.

2

.Setelah anda menyerahkan borang tersebut kepada pegawai yang bertugas, anda boleh terus pulang ke rumah. Dalam tempoh masa dua minggu, anda akan menerima surat dari pihak bank menyatakan yang permohonan anda telah diluluskan. Anda seterusnya dikehendaki untuk memasukkan wang sekurang-kurangnya RM25 ke dalam akaun anda tersebut. Kelulusan permohonan anda akan terbatal sekiranya ada tidak berbuat demikian dalam masa 60 hari.

3

.Dalam tempoh masa 2 minggu kemudian, anda akan menerima surat yang kedua. Surat tersebut akan menyatakan yang kad anda telah tiba di cawangan di mana anda memohon dan anda perlu segera pergi mengambilnya.

4

.Semasa anda pergi untuk mengambil kad anda di bank, anda juga akan diberikan sampul surat yang mengandungi kata laluan sementara. Anda boleh segera mengubahnya di mesin ATM yang berdekatan.

5

.Anda juga dinasihatkan untuk terus mengaktifkan kad debit anda dengan sistem online banking yang akan memudahkan urusan anda di kemudian hari nanti. Anda boleh meminta pegawai yang bertugas di kaunter untuk membantu mengaktifkan kad anda.

6

.Anda perlu menunggu selama 24jam sebelum kad debit anda diaktifkan untuk sistem online banking. Selepas itu, anda sudah boleh menggunakan kad debit anda tanpa rasa bimbang!

7

.Penyata akaun kad debit anda akan dihantar melalui pos terus ke alamat rumah anda setiap bulan, walaupun tiada transaksi yang berlaku di dalam akaun kad debit anda. Anda juga boleh menyemak akaun anda secara online di www.pbebank.com sekiranya akaun anda telah didaftarkan dengan sistem online banking.

Majalah IM Julai 2009


mukasurat

Layari

Rahsia10K.com Majalah IM Julai 2009


26 mukasurat

E-Book Penulis:Fatin Pauzi (majalahIM.com)

Blogging. Perkataan ini bukan lagi suatu perkara yang janggal pada masa sekarang. Ramai orang telah mengambil inisiatif tersendiri untuk memiliki sebuah blog walaupun hanya dari platform percuma seperti Blogspot, Wordpres, Typepad dan sebagainya. Walaubagaimanapun, masih ramai di antara mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan atau maklumat bagaimana untuk memulakannya sekaligus mengendalikannya. Dua orang usahawan internet terkenal, Yazid Yahya dan Jamaluddin Bahari, telah merungkai permasalahan tersebut dengan menghasilkan sebuah ebook khas untuk para newbie yang masih baru dalam dunia blogging dan tidak mengetahui bagaimana untuk membina blog serta mengendalikannya. Kewujudan Ebook Panduan Asas Blogger mungkin dapat membantu newbie mengendalikan blog walaupun blog anda dari platform percuma! Mari kita lihat, apa yang terkandung di dalam ebook ini. Terdapat 3 bab utama yang diutarakan iaitu Membina Blogspot Dan Wordpress, Membongkar Teknik Trafik Blog dan Mengendali Cpanel Dengan Pantas. Ebook ini mempunyai 277 muka surat, jadi setiap langkah diterangkan secara lebih lanjut dan satu persatu bagi memudahkan para newbie memahami dengan lebih mudah. Dalam bab pertama, Membina Blogspot Dan Wordpress, penulis menerangkan satu persatu langkah bagaimana untuk membina blog di Blogger.com dan juga Wordpress.com. Penulis menjelaskan dari perkara asas hingga cara penggunaan platform tersebut. Antaranya ialah cara mendaftar blogspot, menukar tema/template, memulakan post, membina link download dan segala perkara mengenai cara pengendalian Blogspot. Begitu juga dengan cara pengendalian blog di Wordpress. com.

w e i v Re oduk Pr Tambahan pula, dalam topik ini, penulis juga menunjukkan cara bagaimana memasang blog Wordpress pada hosting anda sendiri. Penulis menunjukkan cara memasang blog dengan SQL Database dan Fantastico, cara penggunaan FTP, cara menukar tema blog dan segala perkara mengenai cara penggunaan sistem wordpress. Segala tutorial yang ditunjukkan berserta dengan gambar rajah untuk memudahkan pemahaman anda. Sekarang tiba bab kedua pula iaitu Membongkar Teknik Trafik Blog. Pelbagai teknik didedahkan oleh penulis dalam menjana trafik ke blog anda kerana sesebuah blog dikatakan mati tanpa trafik. Berpuluh-puluh teknik dan sumber yang diberikan supaya anda lebih memahami dari mana datangnya trafik dan bagaimana untuk menarik trafik ke blog anda. Bab yang terakhir ialah topik yang bertajuk Mengendalikan Cpanel Dengan Pantas. Apabila seseorang newbie baru pertama kali mengenali dan memiliki hosting, sudah tentu menjadi kesukaran untuk anda mengendalikan cpanel kerana terdapat banyak fungsi dan istilah di dalam cpanel yang masih baru untuk anda. Sekarang ia tidak menjadi masalah lagi buat anda kerana segalanya telah diterangkan di dalam ebook ini langkah demi langkah bersama gambar rajah. Kepada para newbie yang ingin memiliki blog sendiri, tidak kira samada blog dari platform percuma mahupun berbayar, yang masih mencari panduan lengkap dalam mengendalikan blog anda, anda boleh mendapatkan ebook ini sebagai panduan anda untuk membina blog baru anda. Dapatkannya sekarang!

Majalah MajalahIM IMJulai Julai2009 2009


mukasurat

Kenapa Wanita Lain Sudah Berpunya? Awak pula single sampai sekarang! Ayuh cari jejaka idaman awak! Jangan Risau Kerana Hari Ini Saya Akan Mendedahkan Kepada Awak Satu Rahsia Bagaimana Ingin Menawan Hati Dan Perasaan Lelaki Idaman Awak Sekarang Juga!

Fakta yang awak perlu tahu... Baiklah saya akan dedahkan beberapa fakta yang akan buat awak terkejut. Kita mulakan sekarang... 1) Kejayaan sesuatu percintaan hingga ke jinjang pelamin adalah faktor kekuatan mental dan bukannya fizikal. 2) Awak tidak perlu bazirkan emosi awak kepada seseorang lelaki sehingga awak tahu dialah lelaki ideal bakal suami awak. 3) Di dalam dunia sekarang lebih ramai wanita yang tidak berkahwin berbanding lelaki! 4) Untuk berjaya di dalam percintaan, wanita perlu mengetahui kekuatan dirinya dan menggunakannya untuk memikat lelaki. 5) Lelaki ideal awak adalah satu dalam seratus ataupun mungkin satu dalam seribu! Jadi, awak perlu bertemu dengan banyak lelaki sehingga awak benar-benar menjumpai lelaki idaman awak. 6) Saiz badan dan fesyen pakaian awak tidak menarik perhatian lelaki tetapi sebaliknya bagaimana awak mengetengahkan penampilan diri dan pakaian awak. Itulah yang menarik perhatian lelaki. 7) Jangan bercinta dengan lelaki kerana awak rasa bersimpati dengannya!!! 8) Minda awak adalah aset yang terbaik.

Dapatkan Panduan Cinta di www.PanduanCinta.com

Majalah IM Julai 2009


mukasurat

“Memperkenalkan: Panduan Asas cPanel pertama dalam bahasa Melayu�

Ketahui Panduan Lengkap Langkah Demi Langkah Mengenai cPanel, Domain Dan Juga Web Hosting..

Majalah IM Julai 2009

Majalah Niaga 15  
Majalah Niaga 15  
Advertisement