Page 1

JUN 09

mukasurat

edisi 1 4

Berita im: seminar e-bay & Facebook Developer garage Memaksimumkan penggunaan Youtube 5 kuasa yang perlu anda bangkangkitkan! Tutorial im : membuka akaun paypal

Temubual eksklusif bersama: Abooain


mukasurat

FlareBiz Network

www.flarebiz.com

Hak Cipta Terpelihara

Pengarah Adly Mukhtar Mohd Zhafran Mohd Ghani Pengarah Urusan Idris Husin Editor Kumpulan Norakmal Jasni Editor Eksekutif Rawaida Kamarudin Wartawan Fatin Adawiyah Mohd Pauzi Mohd Muslim Abdullah Penulis Zamri Nanyan Galadriel Smartzul Amar Mahmood Amirol Irwan Dahnil Zamri Mohammad Shueqry Pereka Kreatif Mohd Saipuddin Hasbullah Pengurus Web Mohd Rusdy Ahmad Eksekutif pengiklanan Mohammad Ridzuan Mohd Rashidin Eksekutif pemasaran Hasbul ‘Ariff Hasan Zaki

Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang,disimpan dalam sistem dapat kembali, atau disiarkan,dalam apa jua cara,sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit FlareBiz Network sidang editor berhak melakukan penyuntingan ke atas tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya. Karya yang disiarkan tidak semestinya mencerminkan pendapat dan pendirian Majalah IM. Semua material penerbitan yang dikirimkan kepada FlareBiz Network akan menjadi hak milik syarikat ini. Sidang editor tidak bertanggungjawab juga atas kehilangan tulisan atau karya yang dikirimkan kepada syarikat ini.

Diterbitkan oleh FlareBiz Network, 4-2-2,Jln 4/50 off Jln Gombak Diamond Square Commercial Centre 53000 Kuala Lumpur Tel: 019 3357794

http://www.majalahim.com/pengiklanan [1] Merupakan majalah PERCUMA yang pastinya mempunyai ramai pembaca.

[2] Pembaca majalah ini adalah bakal-bakal usahawan Internet ataupun yang mempunyai jiwa usahawan. Kebiasaanya mereka ini mempunyai “kuasa beli” yang tinggi.

PENYELESAIAN

PENGIKLANAN

PRODUK

A N D A

MAJALAHIM


mukasurat

editorial

Assalamualaikum dan

T

Salam Sejahtera,

erima kasih kerana ter us menjadi pembaca setia Majalah IM. Te rima kasih juga saya rakamkan kepada se mua penulis Majalah IM, tim produksi Majal ah IM, para pembaca, para penyokong dan juga para pengkritik. Kri tikan dan sokongan anda yang tidak putus-putus inilah yang membuatka n kami terus meningk atkan mutu dan kualiti Majal ah IM. Semoga soko ngan ini berterusan hendak nya. Baru-baru ini saya me nerima emel daripad a seorang subscriber pro fil YouTube saya. Ka tanya, dia ingin belajar ca ra menjana pendap atan melalui YouTube. Be liau berharap saya dapat mengajarnya. Katany a lagi, selama ini, se tiap kali ingin memulakan pembelajaran, pastin ya memerlukan DUIT. Ma ka, pintanya, ajarlah kepadanya perkara asas pun tidak mengapa, janji percuma. Emel sebegini bukanla h kali pertama saya ter ima, bahkan, sudah acap kali menerimanya. Na mun, saya akui saya juga berfikiran sebegitu, pa da awal penglibatan sa ya dalam dunia IM da hulu. Pelik memikirkan kena pa meminta tunjuk ajar daripada seseorang pun perlu dibayar? Lebihlebih lagi orang send iri? Ini mentaliti saya dua tahun lalu. Namun, pe ngalaman mematang kan saya. Kini, saya mema ng menolak langsung mentaliti yang mengatakan IM Malaysia kedekut ilm u, dan semuanya perlu ditukar dengan duit. Coretan editor kali ini mengetengahkan sa tu faktor kenapa banyak di antara kita yang langs ung tidak memulakan lan gkah pertama. Apak ah faktornya? Malas dan tid ak mengaku kelemah an sendiri? Alkisahnya, ce rita ini dicoretkan kepa da anda bagi menunju kkan yang ruang itu sebenarnya ada, cuma mi nda kita kuat mengat akan

tidak. Apabila kita berkeras tentang tia danya ruang untuk kita, ego yang meninggi cuba mengalihkan kesalahan se ndiri kepada orang lai n.

Apalah yang perlu dib eratkan sangat jika me labur untuk ilmu? Untuk belaj ar anda perlu berguru. Guru pula bukanlah orang suruhan kita, boleh dit olak tarik ikut sesedap ha ti kita. Guru perlu dih ormati, itulah adat menuntut ilmu. Jika mahu belaj ar, kita perlu membeli buku. Kalau buku pun tidak mahu dibeli, masih banyak cara lain bukan? Nah, tepuk dada ta nya selera. Ruang itu sebenarnya ada, kenapa tidak digunakan sepe nuhnya? ‘Pakcik Google’ sentiasa ada untuk me njadi ‘orang suruhan’ anda . Forum-forum di Ma laysia yang tumbuh bak ce ndawan selepas hujan pula, punyai terlampau ba nyak ilmu yang boleh anda gunakan untuk bermula . Blog tempat IM Malay sia menulis dan berkong si ilmu, kenapa tidak dimanfaatkan sepenuhnya? Kesinambungan kisah ini adalah tentang edisi 14 itu sendiri. Ma jalah IM Edisi 14 kali ini mengangkat topik PLR, MR R sebagai cover story. Belajarlah cara yang tep at dan pastikan darip ada guru yang tepat. Ma jalah IM sendiri adala h satu platform ilmu untuk anda tanpa anda perlu mengeluarkan moda l. Jadi, mengapa masih mengadu, bagaikan ruang mencuba itu langsung tidak ada? Jumpa lagi dalam ed

isi Julai 2009!

Ps : Maafkan saya jika ada yang terasa. Bak kata orang, siapa makan cabai, dia yang teras a pedasnya. Kalau teras a pedas, carilah so lusinya. Bukan tunggu dan ha rap ais terbang ke da lam mulut ya 

ka a i n s a lJ a m k a r No aljalah IM M k i Dtua Editor Ma .com IM Ke ajalah ail.com m . w m ww hIM@g la ja a m


mukasurat

isi kandungan 3 Kata Editor 5 Berita Majalah IM 9 Jual Semula Produk Digital Memahami Istilah Hakcipta Produk 111 Digital 13 Serba Serbi Produk PLR Bagaimana Mengaut Keuntungan Melalui Produk 16 Besar Resell rights/private label rights 19 Kajian Kes Produk Jualan RR 22 Review Produk 24Transkrip Interview Memaksimumkan Penggunaan 27 You Tube Kuasa Yang Perlu Anda 30 5Bangkitkan IM: 32 Tutorial Membuka Akaun Paypal 38 Soal Jawab IM


5

f i s u skl

mukasurat

e

Berita IM -

Seminar eBay Sifu Lan Penulis: Ridzuan Richie

Pada 19 April lepas, julung - julung kalinya, seorang otai dalam perniagaan jual beli di eBay telah mengadakan seminar pertamanya. Siapa yang tidak kenal dengan Sifu Lan, yang sebelum ini hanya bergerak secara underground, kini telah tampil dengan seminar pertamanya. Banyak yang telah menyuarakan hasrat untuk belajar daripada Sifu Lan secara langsung, sejak kejayaan beliau dengan produk Panduan dan Teknik Rahsia eBay dan kejayaannya memperoleh pendapatan RM50,000 dalam masa sebulan. Laman web Sifu Lan : http://www.sifu-lan.com/ Bengkel eBay : http://www.sifu-lan.com/index.php/training/bengkel-eBay Seminar eBay Sifu Lan telah diadakan dengan bantuan seorang lagi otai eBay iaitu saudara Noorizam Shah. Seminar tersebut telah berlangsung di Hotel De Palma Shah Alam. Sesi pagi itu dimulakan dengan pendaftaran peserta. Bilangan peserta yang hadir ke seminar ini sebanyak 32 orang. Ada lelaki dan perempuan, tua dan muda. Ada yang datang dari jauh dan dekat. Ada juga pasangan suami isteri yang bersama-sama menjadi peserta. Bersemangat sungguh mereka berdua ini. Semasa sesi pendaftaran tersebut, para peserta mengambil kesempatan untuk berkenalan semasa mereka dan juga penceramah, Sifu Lan dan Noorizam Shah. Ada beberapa lagi kenalan Sifu Lan dan Noorizam Shah yang hadir pada hari tersebut, untuk membantu Sifu Lan mengendalikan seminar pertamanya. Selain itu, mereka hadir kerana ingin berkongsi pendapat bersama para peserta, antaranya Mansur Sapari, Matzis, Shahraduan, Adwanigallery, Zakri ,Dr. Azman dan KayRule. Selepas sesi pendaftaran, seminar dimulakan dengan sesi pengenalan diri oleh dua orang otai tersebut dan para peserta. Kemudian para peserta dijemput untuk bersarapan pagi.


6 mukasurat

Selepas sarapan, bermulalah sesi penerangan mengenai eBay daripada A sehingga Z. Seminar ini menerangkan segalanya tentang konsep perniagaan di eBay, produk apa yang hendak dijual dan juga semua teknik advanced yang digunapakai oleh semua usahawan eBay yang berjaya.Memandangkan modul ini diterangkan dari peringkat asas sehingga ke peringkat pertengahan, seminar ini memang sesuai disertai oleh semua orang. Rupa-rupanya memang banyak rahsia yang dipendam oleh kedua-dua otai eBay ini tetapi segalanya telah dibongkarkan dalam seminar. Para peserta yang hadir memang kagum dengan teknik-teknik yang telah diajar. Jelas sekali, ini memang bukan teknik yang remeh-temeh. Kemuncak sebelum berakhirnya seminar, semua peserta berpeluang untuk bersoal jawab dengan semua otai eBay sambil menikmati minum petang. Ketika ini, para peserta telah mengambil kesempatan untuk bertanyakan kesemua soalan yang telah lama dipendam kepada otai - otai eBay ini. Memang tidak menang tangan mereka untuk menjawabnya. Akhir sekali, sesi bergambar diadakan sebelum semua peserta pulang ke rumah masing-masing. Pada mereka yang masih tertanya-tanya bagaimana ingin membuat duit melalui eBay, disyorkan untuk menyertai mana-mana seminar eBay seperti ini.


7 mukasurat

Facebook Developer Garage Cyberjaya By: Rawaida Kamarudin

W

ho would have thought you could be making money from Facebook, instead of socially networking with friends over it?

Last May 2nd, I head down to Taman Tasik Komuniti Cyberjaya, Cyberjaya to attend 1st meet up of ‘Facebook Developer Garage Cyberjaya’ or shortly called as FBDGC by its Facebook community. Founded by Mr Nasrul Amri Samsudin, its ambassador, the event is also supported by MDEC (Multimedia Development Corporation Sdn Bhd), MSC Malaysia and Cyberview Sdn Bhd. The half day event aims to create awareness of the power of Facebook Platform and its Application to the developers, as well as budding or established entrepreneurs. Topics on the event ranging from introduction to Facebook Platform and its Application to monetization aspects of Facebook Application.

The event kicked off with introductory speech by Mr Nasrul Amri, followed by an introduction video from Facebook Developer US team, as support to FBDGC. Since May 24, 2007, Facebook Developer Garage has been emerging in other parts of the world, reaching over 16,000 developers, in over 45 separate locations. Malaysia too, has follow suit by forming its own Facebook Developer Garage or locally known as Facebook Developer Garage Cyberjaya. FBGDC aims to be a place to connect, empower, inform and share with the local Facebook Developer community. It is hoped, with the garage in place, we will someday be Creators, not end users, as said by Mr Rizatuddin Ramli, Director, Global Profiling & Portfolio Management of MDEC in his welcoming remarks.


8 mukasurat

The first talk starts off with Mr Mehedi Hassan Sumon, who shared on introduction to Facebook (FB) platform. We, the audience, were further introduced to FB by Mr Muhammad Baja Aksha who shows us how to build a simple FB application. After a much needed break (since the explanation on programming is quite heady), Mr Nasrul takes over with a demonstration on how to use Facebook Connect. Finally, the two much awaited topics of the day, is the ‘Facebook Flash Games’ by Elaine Chong and ‘How to make money on Facebook’ by Muhammad Abdul Hay. Both speakers definitely show me, with some creativity, money could be indeed made from FB applications either directly or indirectly. Hope that sparks some interest! :D The event concluded satisfactorily at around 2pm, after closing remarks from FBGDC’s founder, who thanks all the support given by audience and the organizing committee. As for me, it certainly does give some insight of how powerful the FB Application if manipulated properly. Not to forget, I do meet and make some interesting new friends  by attending this event.

PS: Don’t forget to see review done by Amirul Faisyal on FBGDC: http://jurnalsem.com/review-fb-developer-garage-cyberjaya/ Laman Web Utama Facebook Developer Garage Cyberjaya http://www.facebookgarage.my/ Sertai kumpulan FBGDC di Facebook Group di http://www.facebook.com/group. php?gid=54197902856


9 mukasurat

jual semula

Produk Digital

Adakah ia

dibenarkan?

S

isu jun

Penulis: Rawaida Kamarudin

aban bulan, ada sahaja produk digital keluaran tempatan baru yang dilancarkan. Produk digital ini, tidaklah terhad kepada ebook, malahan merangkumi juga video tutorial, skrip, koleksi grafik dan pelbagai format lain. Topik yang dibawakan pula, tidak lagi didominasi niche ‘buat duit’, tetapi telah berkembang kepada niche cinta, kesihatan, motivasi, fotografi dan lain-lain lagi. Namun, tahukah anda, bukan semua produk digital itu ditulis atau dibuat sendiri oleh penjualnya. Ada sesetengahnya adalah produk yang diubahsuai daripada produk orang lain. Bahkan, ada produk yang dijual bukan kepunyaan penjualnya pun. Sudahlah tidak perlu membuat sendiri produk tersebut, mereka dapat menjana pula wang yang banyak melaluinya. Bagi yang menyedarinya, mungkin tertanya-tanya adakah perbuatan ini dibenarkan dan apakah ia tidak melanggar isu hakcipta pemilik asalnya. Malah, mungkin ada juga yang keliru apakah beza perbuatan ini dengan memplagiat atau mencuri hasil karya orang lain, yang sering diceritakan di forum-forum.


10 mukasurat

Hakikatnya, beza antara keduanya hanya dipisahkan dengan suatu kebenaran hakcipta daripada pemiliknya. Maka, jika anda menjual produk orang lain tanpa kebenaran, ia adalah suatu yang salah dari segi etika dan undang-undang. Lain halnya pula, sekiranya anda menjual sesuatu produk dengan keizinan pemilik asalnya. Kebenaran hakcipta yang dimaksudkan di atas, antaranya adalah Private Label Rights (PLR), Resell Rights (RR) dan Master Resell Rights (MRR). Ketiga-tiga hak ini membawa maksud yang berbeza kepada mereka yang memilikinya. Untuk memiliki hak sebegini, bergantung kepada kesudian pemilik untuk menawarkannya, dan juga perlu melunaskan kadar bayaran tertentu kepada pemilik. Setiap kebenaran atau lesen yang dijual, didatangkan pula dengan syaratsyarat khusus yang perlu dipatuhi pembeli lesen tersebut. Pemilik berhak menarik balik lesennya, jika syarat-syarat khusus ini dilanggari. Ini disebabkan, walaupun anda telah membeli lesen sesuatu produk digital itu, hak pemilikan asal tetap kepunyaan pemilik atau penulis asal, melainkan anda membeli lesen produk PLR.

Kesimpulannya, produk digital memang boleh dijual semula dengan syarat mendapat kebenaran daripada pemilik asal. Cara ini, selain daripada beretika, ia juga menguntungkan kedua-dua pihak, iaitu pemilik asal dan pembeli lesen. Pemilik asal dapat meluaskan penjenamaannya manakala pembeli lesen dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu mencipta produknya sendiri. Ternyatalah yang ini sememangnya suatu situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak.


11 mukasurat

memahami istilah

hakcipta

Produk digital Penulis: Galadriel (www.InternetMelayu.com) dan SmartZul (www.SmartUsaha.com)

4

1

Distribution Rights (Hak Edaran)

2

Personal Use Only (Kegunaan Sendiri)

Jika anda memiliki produk dengan hak sebegini, anda boleh mengedarkan produk tersebut tanpa sebarang halangan dengan syarat tidak mengubah kandungan produk. Hak yang anda miliki hanyalah hak mengedar, bukan memiliki hakcipta ke atas produk tersebut.

3

PLR (Private Label Rights)

Hak yang diberi kepada anda untuk mengubah sesuatu produk PLR, sama ada dengan meletakkan nama anda dan link affiliate sendiri, menjualnya, mengubahnya, membahagikannya kepada bahagian-bahagian tertentu dan sebagainya, kecuali jika disebut selainnya. Pastikan anda membaca dan memahami kebenaran yang diberi agar tidak disaman oleh pemilik asal sesuatu produk.

Jika anda membeli produk dengan hak ini, anda hanya boleh menggunakannya untuk kegunaan anda sahaja. Tidak boleh disebar kepada orang lain.

RR (Resell Rights)

Dengan hak ini, anda boleh menggunakan sesuatu produk itu untuk kegunaan sendiri dan juga menjual produk tersebut kepada orang lain. Anda

Pembeli A sahaja

Pembeli A tidak boleh jual kepada orang lain kerana Pembeli A hanya ada hak untuk kegunaan sendiri (Personal Use) sahaja.

5

MRR (Master Resell Rights)

Dengan memiliki hak ini, anda diberi kebenaran untuk menjual sesebuah produk dan menjual sekali lesen ‘resell rights’ (kebenaran menjual semula) produk tersebut. Maka orang yang membeli produk tersebut daripada anda boleh juga menjual ia kepada orang lain jika mereka mahu. Anda Pembeli A Pembeli B


mukasurat

Layari di

www.majalahIM.com


mukasurat

13

Serba serbi Produk PLR

Penulis: Galadriel (www.InternetMelayu.com)

Jenis-jenis Produk PLR Sebenarnya, produk PLR terdapat dalam berbagai bentuk seperti: Rencana PLR (PLR Articles) – kebiasaannya digunakan sebagai artikel untuk laman web Adsense, artikel blog, newsletter dalam email autoresponder atau isi untuk sesebuah report atau ebook. Anda berhak mengubah rencana PLR dan menganggapnya sebagai hak milik anda sendiri. Selalunya dalam bentuk rencana-rencana pendek, antara 300 – 700 patah perkataan. Ebook PLR (PLR Ebooks) – ebook yang ditulis khas sebagai produk PLR di mana pemiliknya boleh mengaku merekalah penulis ebook tersebut. Biasanya dalam bentuk ebook yang penuh, di antara 30 – 100 mukasurat. Jika kurang dari 30 mukasurat, ia biasanya dipanggil Report PLR (PLR Reports). Grafik PLR (PLR Graphics) – biasanya grafik untuk laman web seperti grafik header, butang pembelian, butang ‘submit’, anak panah, harga, logo ‘guarantee’ dan sebagainya. Anda mempunyai hak untuk mengubahnya dan menganggapnya sebagai hak milik anda sendiri. Audio PLR (Audio PLRs) – biasanya dalam bentuk MP3, yang anda mempunyai hak untuk mengubahnya dan menganggapnya sebagai hak milik anda sendiri. Video PLR (PLR Videos) – biasanya dalam berbagai format video. Selalunya tutorial video untuk sesuatu niche, yang anda mempunyai hak untuk mengubahnya dan menganggapnya sebagai hak milik anda sendiri. Laman Web PLR (PLR Websites) – laman web di mana anda berhak mengubahnya dan menganggapnya sebagai milik anda sendiri. Biasanya dalam bentuk laman web ‘generic’ yang boleh digunakan sebagai laman web jualan, laman web ulasan, ‘squeeze page’ untuk kumpul opt-in dan sebagainya.

1 2 3 4 5 6

Siapakah yang menggunakan PLR? Biasanya, produk PLR digunakan oleh mereka yang memiliki laman web. Produk PLR digunakan sebagai sebahagian daripada laman web tersebut (seperti butang bayaran atau artikel) ataupun dijadikan produk untuk dijual semula oleh pemilik laman web tersebut, terutamanya jika pemilik laman web mempunyai Resale Rights (RR) atau Master Resale Rights (MRR).


14 mukasurat

Nak Jadi Penjual PLR atau Pembeli PLR?

Jangan lupa tentang hak...

Ini bergantung kepada kemahiran anda. Jika anda mahir dalam rekaan grafik laman web atau pandai menulis artikel, anda bolehlah menjadi penjual produk PLR. Biasanya, ramai membeli produk PLR untuk menjimatkan masa agar mereka dapat menumpukan perhatian kepada bahagian promosi laman web dan SEO (search engine optimization).Tak salah membeli produk PLR, asalkan anda tahu menggunakannya dengan bijak.

Oh, jika anda memiliki produk PLR, anda harus ingat, TIDAK SEMESTINYA anda mempunyai Resale Rights (RR) atau MRR untuk produk tersebut. Pastikan sama ada PLR yang anda miliki mempunyai hak persendirian, Resale Rights atau MRR. Begitu juga dengan produk MRR, anda harus ingat, TIDAK SEMESTINYA anda mempunyai Private Label Rights (PLR) untuk sesebuah produk Master Resale Rights. Ye, mungkin anda boleh jualkan produk itu semula, tetapi mungkin anda tidak dibenarkan mengubahsuai produk MRR tersebut.

Mana Lagi Baik: PLR atau ‘Unique Content’? Oh, memang sudah pasti, isi kandungan yang unik adalah lagi baik dari yang berjenis PLR kerana biasanya PLR dijual kepada ramai pengguna dan nanti akan terdapat kes artikel serupa, grafik serupa atau jualan produk serupa (bagi yang menggunakan PLR untuk membuat ebook dan sebagainya).Tetapi anda tidak perlu risau jika membeli produk PLR – ada cara untuk menggunakannya dengan bijak...

Cara Menggunakan PLR Dengan Bijak

Ingat Formula: PLR + Personal Use = Boleh diubahsuai, tak boleh dijual. PLR + Resale Rights = Boleh diubahsuai, boleh dijual, pembeli boleh ubahsuai, pembeli tak boleh jual. PLR + MRR = Boleh ubahsuai, boleh dijual, pembeli boleh ubahsuai, pembeli boleh jual pada orang lain, orang lain boleh ubahsuai. MRR + Personal Use = Boleh jual, pembeli boleh jual pada orang lain, semua pihak tidak boleh ubahsuaikan produk ini.

Tak kiralah sama ada produk PLR anda berbentuk artikel, ebook, grafik atau video, sebaik-baiknya anda mengubahsuai produk PLR tersebut agar ia menjadi agak ‘unik’. • Tulis semula artikel PLR yang ada dengan hanya mengekalkan isi-isi utama sahaja. Jadikan artikel PLR tersebut sebagai tempat mendapatkan idea dan isi-isi penting untuk sesuatu niche. • Sama juga dengan ebook atau report PLR – jadikan isi kandungannya sebagai idea untuk ebook ‘unik’ anda. Ubahkan ayat-ayat dan istilah yang digunakan. Berikan pandangan yang berlainan atau tambahan kepada ebook PLR asal. • Bagi grafik PLR, jika anda pandai menggunakan photoshop, mungkin anda boleh ubahsuai rupa grafik tersebut agar tidak sama macam grafik pada laman web orang lain. • Video PLR pula mungkin sukar untuk diubah kecuali jika anda pandai menggunakan perisian untuk edit video. Mungkin anda boleh jadikan video PLR tersebut sebagai bonus tambahan untuk produk utama anda. Anda juga boleh upload video tersebut ke YouTube agar ia membawa trafik ke blog atau laman web anda.

formula

Biodata penulis: Artikel ini ditulis oleh Galadriel dari www.internetmelayu.com yang merupakan seorang blogger, copywriter dan juga penulis artikel dan ebook. Sila kunjungi laman web beliau untuk maklumat lanjut tentang pemasaran internet dan yang berkaitannya. Jangan lupa untuk singgah ke Kamus Pemasaran Internet untuk melihat maksud istilah-istilah lain dalam IM.


mukasurat

Layari

Rahsia10K.com


mukasurat mukasurat

16

Bagaimana Mengaut Keuntungan

Besar

Melalui Produk Resell Rights/Private Label Rights oleh Zamri Nanyan

A

nda juga boleh menjual produk digital dan kaut keuntungan 100% daripada setiap jualan.Bagaimana?Dengan mendapatkan produk yang diberikan lesen “Resell Rights” atau “Private Label Rights”.Saya tidak akan menerangkan dengan mendalam mengenai lesen-lesen “Resell Rights” (RR) dan “Private Label Rights” (PLR) ini tetapi saya akan berikan beberapa tip yang anda boleh gunakan untuk mengaut keuntungan dalam pasaran tempatan dengan menggunakan produk sebegini. Anda bersedia? Baiklah, kita lihat bagaimana produk sebegini dapat digunakan untuk dipasarkan.

1 2

Olah dan terjemah produk yang berbahasa Inggeris ke dalam Bahasa Malaysia. Kemudian, jual dengan tajuk baru. Gunakan produk RR/PLR untuk diberikan sebagai bonus pembelian produk utama anda. Jika anda perlukan produk tersebut diterjemahkan terlebih dahulu, anda boleh juga melakukannya. Pakej produk RR/PLR yang mempunyai topik berkaitan (atau seakan-akan sama) dan jual sebagai pakej yang baru. Contohnya, produk “Video Marketing” boleh dipakejkan daripada pelbagai ebook berkaitan pemasaran di YouTube, penciptaan video dan cara suntingan video. Berikan produk RR/PLR ini kepada pengunjung laman web anda sebagai insentif bagi mereka menyertai “mailing list” anda. Pakej produk RR/PLR dan jual terus kepada pelanggan.

3 4 5

6

Gunakan produk PLR sebagai “viral marketing” anda. Sebagai contoh, letakkan link ke laman web anda dalam produk tersebut dan sebarkan kepada orang ramai. Pada masa yang sama, berikan kebenaran kepada sesiapa sahaja untuk menyebarkan produk tersebut kepada orang lain. Dalam kes ini, anda boleh tukarkan format produk PLR itu kepada format PDF terlebih dahulu. Penukaran format ini boleh dilakukan secara percuma di laman web pdfonline.com Produk RR/PLR juga boleh dijadikan pemangkin promosi sebarang pembelian produk daripada program affiliate yang anda sertai. Contoh - tawarkan produk RR/PLR kepada mereka yang membuat pembelian produk daripada link affiliate anda.Secara ringkasnya, terdapat pelbagai cara untuk mengaut keuntungan daripada produk RR/PLR ini. Namun begitu, anda juga perlu berhati-hati dengan

7


mukasurat mukasurat

17

memilih produk RR/PLR yang berkualiti sahaja untuk menjaga reputasi anda.Sebelum itu, anda juga perlu mendapatkan produk yang mempunyai lesen jualan semula RR/PLR dahulu sebelum anda boleh menggunakannya.

Mendapat produk RR/PLR ini mudah sahaja. Salah satu daripadanya adalah dengan membeli produk tersebut di laman web seperti yang saya berikan dalam artikel ini.Selebihnya, gunakan kreativiti anda untuk terus mengaut keuntungan daripada produk RR/PLR. Walaubagaimanapun, ada satu lagi cara mudah untuk mengaut jualan sehingga 300% dalam masa 2 minggu sahaja dengan menggunakan produk RR.Jual produk RR tersebut tanpa mengubah apa-apa terhadap produk tersebut (kecuali informasi untuk membuat pembayaran kepada anda)Ya, inilah cara yang paling mudah dan saya akan berikan contoh terkini kepada anda. Saya tahu produk Kit Blogger daripada Smart Zul merupakan salah satu produk terlaris untuk pasaran tempatan. Produk ini menerangkan bagaimana anda boleh memasang blog Wordpress di laman web anda dan pelbagai lagi tip menarik berkenaan blog Wordpress. Apabila Smart Zul menawarkan lesen hak jualan semula (Resell Rights) untuk produk ini, saya tahu bahawa inilah peluang yang tidak dapat saya lepaskan. Bayaran RM150 sudahpun dibuat dan selepas segala urusniaga selesai, saya pun mula meletakkan Pakej Kit Blogger di laman web saya untuk dijual.Hasilnya anda boleh lihat di bawah:

10 jualan terhasil dalam masa kurang 2 minggu dengan promosi minima pada waktu cuti umum. Walaupun jualannya tidaklah sehingga ribuan ringgit tetapi anda perlu ingat bahawa lebih RM500 hasil jualan dalam kurang 14 hari sudah diperolehi daripada produk yang saya tidak cipta sendiri. Jika dilakukan promosi berterusan beserta pemasangan program affiliate untuk produk ini, tidak mustahil ianya akan menjadi satu lagi produk yang akan memberikan pendapatan pasif bulanan kepada saya. Sekarang, cuba bayangkan sekiranya saya dapatkan 5-7 lagi produk RR sebegini. Lumayan bukan. Untuk tidak menyembunyikan rahsia saya kepada anda, saya juga ingin mengatakan bahawa terdapat beberapa lagi faktor penting dalam penghasilan jualan seperti yang anda telah lihat di atas.

1

Saya sudah mempunyai “mailing list� yang bersedia untuk membeli produk yang saya syorkan kepada mereka.

2

Produk yang saya sarankan ini merupakan salah satu produk yang berkualiti dan menepati sasaran saya.

3

Produk ini mempunyai jumlah “reseller� yang terhad dan ini mengurangkan saingan saya. Pada masa sekarang, saya rasa anda tidak lagi dapat membeli lesen RR untuk Pakej Kit Blogger.


18 mukasurat

4

Saya tawarkan harga promosi (masa terhad) untuk produk ini. Harga sekarang ialah RM45 berbanding RM50 yang disyorkan. RM45 juga adalah harga terendah yang dapat saya tawarkan menurut syarat “reseller�. Selepas promosi ini tamat, harga akan dinaikkan kembali kepada RM50 untuk mengekalkan saingan dan berlaku adil kepada reseller yang lain.

5

Mengenai Penulis Zamri Nanyan mula berkecimpung dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www1. BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

Pasaran Tempatan - Rahsia Perniagaan Digital Pasaran Luar Negara - 3 Ways To Start Your Highly Profitable Coaching Program

*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Bisnes Digital� kepada link affiliate anda untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.

Produk ini dicipta oleh SmartZul - nama yang tidak asing lagi dalam pasaran tempatan. Daripada beberapa tip yang saya berikan ini, saya harap anda akan nampak potensi jualan produk RR/PLR dan tambahkannya sebagai salah satu sumber pendapatan sampingan anda di Internet. Sekiranya anda sedang mencari produk yang mempunyai lesen Resell Rights untuk dijual semula, saya mencadangkan 2 produk di bawah:


19 mukasurat

kajian kes produk jualan rr oleh: zhafran Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

D

alam artikel-artikel sebelum ini, anda telah pun didedahkan dengan pelbagai teori, konsep dan fakta tentang PLR, MRR dan RR. Pasti anda sudah pun faham dan tahu apa itu PLR, MRR dan RR, begitu juga sebab kewujudan perkara ini dalam dunia perniagaan Internet. Maka, saya tidak akan menambah lagi apa-apa fakta tentang ini, sebaliknya berkongsi dengan anda semua, pengalaman saya menjana keuntungan dengan produk RR dalam pasaran tempatan. Mungkin anda boleh mengikuti langkah-langkah yang saya amalkan di bawah ini untuk sama-sama menjana keuntungan.

1. Pemilihan Produk Langkah pertama adalah memilih produk yang tepat. Tahukah anda yang dunia perniagaan Internet menawarkan ratusan malah ribuan produk yang boleh dibeli dan dijual kembali. Jadi, pastikan anda membuat kajian mendalam sebelum membeli sesuatu produk, bagi memastikan ia benar-benar berkualiti dan memiliki target market yang baik. Bagaimanakah melakukan kajian sebegini? Ia mudah saja kerana anda boleh bertanya di forum-forum untuk mendapatkan maklumat tentang produk tersebut. Anda juga boleh membuat kajian menerusi laman web Google. Setelah mengkaji, saya mendapati rakyat Malaysia pada hari ini cenderung untuk membina blog bagi tujuan peribadi ataupun perniagaan. Banyak soalan-soalan di forum bertanyakan bagaimanakah caranya membina blog dan isu-isu sekitarnya. Jadi saya membuat keputusan untuk membeli lesen RR produk Pakej Kit Blogger dari SmartZul.


20 mukasurat

2. Penjenamaan Semula Penjenamaan semula atau rebranding adalah perkara yang sangat penting jika anda ingin menjual produk RR. Apakah sebabnya? Ini disebabkan anda akan bersaing dengan berpuluh-puluh lagi penjual produk yang sama. Maka, anda harus menjadikan produk anda lebih menyerlah dan menarik berbanding produk sama yang dijual orang lain. Setelah berbincang dengan partner saya, Adly, kami mengambil keputusan untuk menamakan kembali produk Pakej Kit Blogger kepada Pakej Blog kerana ia lebih ringkas, mudah disebut dan mudah diingati.

2.1 Domain & Hosting Bagi saya, ini adalah sesuatu yang wajib jika anda ingin bergelar usahawan Internet. Ramai merasakan membeli domain dan hosting adalah suatu perkara yang membazir. Namun, cuba bayangkan jika anda menjual produk melalui laman percuma, tentu akan kedengaran suara-suara sebegini : “Laa..nak jual produk konon..domain ngan hosting pun tak mampu nak beli� Sudah pasti, serta-merta mereka akan menutup laman web anda dan mencari laman web yang lebih profesional dan meyakinkan mereka. Fikirlah sendiri apa yang terbaik buat anda. Jika RM100 setahun pun anda tidak sanggup keluarkan untuk perniagaan sendiri, saya nasihatkan anda supaya lupakan saja perniagaan Internet. Berbalik kepada topik yang dibincangkan, saya pun membeli domain www.pakejblog.com untuk produk Pakej Blog saya. Hosting pula, saya menyewanya dari PlanHoster.com

Selain PlanHoster.com, anda juga boleh menggunakan servis penyedia domain & hosting seperti yang tersenarai di bawah ini : EcommerceMastery.com ++ SempoiHosting.com ++ DataKL.com JomHosting.com ++ MercuMaya.com

2.2 Rekabentuk grafk & Surat Jualan Biasanya, pihak yang menjual produk RR akan membekalkan fail-fail grafik dan surat jualan untuk anda gunakan. Namun, seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, apa sahaja yang anda dapat, juga akan diterima oleh reseller lain. Jadi, saya nasihatkan anda supaya membina grafik dan surat jualan yang baru untuk produk RR anda. Mendengarkan ini, mungkin anda agak keberatan, lebih-lebih lagi jika anda tiada kemahiran merekabentuk grafik dan menulis surat jualan. Namun, percayalah, hasilnya sangat mengujakan kerana anda telah membina satu jenama baru yang lain daripada yang lain, walaupun hakikatnya, anda hanyalah menjual kembali produk orang lain!


21 mukasurat

Untuk Pakej Blog, saya mengambil inisiatif untuk merekabentuk semula grafik e-cover dan surat jualannya. Apakah hasilnya? Ia langsung tidak kelihatan seperti Pakej Kit Blogger, yang mana jika seseorang itu tidak tahu tentangnya, pasti tidak terfikir yang ianya suatu produk RR. Selain sebab ini, ia juga salah satu aspek penjenamaan semula di mana anda telah membina satu jenama yang unik dan asli di mata prospek anda.

2.3 Bonus Bagaikan sudah menjadi tradisi, setiap produk yang dijual di Internet pastinya disertakan dengan bonus-bonus sebagai pelengkap. Di sinilah peluang anda “menambah nilai” kepada produk RR anda. Walaupun begitu, anda harus ingat yang memberi bonus yang kurang atau tidak berkualiti, juga boleh menjejaskan kualiti produk anda secara keseluruhan. Amatlah disarankan memberi bonus yang relevan dengan produk yang dijual. Oleh itu, pemilihan bonus amatlah perlu dititikberatkan. Untuk Pakej Blog, saya menawarkan bonus-bonus dalam bentuk ebook, video dan juga perisian berkenaan blog. Ini sekaligus menambah minat bakal pembeli untuk membeli produk RR tersebut daripada anda, bukan daripada reseller yang lain. Teknik ini terbukti berkesan kerana ramai pembeli Pakej Blog berkata, mereka membeli produk tersebut kerana tertarik dengan bonus yang tidak dapat diperolehi dari reseller lain.

3. Pemasaran Selesai proses penjenamaan semula, kini tiba saat yang paling mencabar iaitu pemasaran. Inilah cabaran yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan produk anda. Ramai orang gagal dalam perniagaan Internet bukan disebabkan produk tetapi gagal dalam memasarkan produk mereka. Jadi, jangan sesekali ambil mudah dalam soal pemasaran! Untuk memasarkan produk RR, ia lebih mudah berbanding produk biasa kerana biasanya produk ini telah “kecoh” di forum-forum dan laman-laman seperti Facebook, MySpace dan sebagainya. Jadi, tugas anda hanyalah meyakinkan kualiti dan keberkesanan produk RR yang anda ingin jual. Tugas ini telah menjadi lebih mudah kerana umum telah mengatahui tentang produk ini. Jadi, apa yang anda perlu lakukan hanyalah menjual produk RR tersebut kepada pasaran yang telah ‘kecoh’ tadi. Mudah bukan? Untuk Pakej Blog, saya pasarkannya di forum-forum, affiliate dan juga melalui iklan berbayar.

4. Kesimpulan Menjual produk RR adalah salah satu jalan “mudah” untuk berjaya dalam perniagaan Internet. Ini terbukti apabila saya dan Adly membina Pakej Blog selama 3 hari sahaja dan masih mendapat jualan sehingga saat ini. Pada mulanya, ia hanyalah salah satu eksperimen sahaja namun selepas melihat hasil di luar jangkaan, kami terus memajukan lagi Pakej Blog. Tiada rahsia, tiada teknik “keramat” yang kami simpan daripada anda. Semuanya telah kami dedahkan dalam artikel ini. Jika anda mengikuti apa yang kami telah buat, saya rasa tiada sebab untuk anda tidak membuat keuntungan melalui produk RR. Akhir kata dari saya, jangan baca sahaja, bertindak hari ini..sekarang juga!!! Jika anda ada apa-apa persoalan, sila emelkan ke zhafran@flarebiz.com Selamat Berjaya! Nota Editor: Artikel di atas juga boleh diaplikasikan untuk produk MRR, bukan semata-mata RR. Namun, anda haruslah membaca dan memahami syarat-syarat lesen RR atau MRR produk tersebut. Terma RR telah dipakai dalam artikel ini kerana Pakej Blog adalah produk dengan lesen RR yang dijual Flarebiz Network


22 mukasurat mukasurat

Review Produk ‘Panduan Forum phpBB’

W E I EV

R ODUk PR

Penulis: Fatin Pauzi Forum memang sudah terkenal sebagai tempat berkumpulnya para pengguna Internet, yang biasanya mengikut niche yang tersendiri. Contohnya, forum tentang kereta Proton Waja, pastinya akan menjadi tumpuan dan tempat berkumpul para peminat dan pengguna kereta Proton Waja. Bagi yang memiliki perniagaan atau produk sendiri, ia satu kelebihan untuk membina forum sendiri kerana para pelanggan akan lebih mudah merujuk dan bertanya tentang perniagaan atau produk anda. Sekaligus, ia akan memantapkan lagi khidmat bantuan anda terhadap pelanggan. Forum juga dapat meningkatkan kredibiliti anda memandangkan kredibiliti itu sangat penting bagi seseorang ahli perniagaan. Baru-baru ini, saudara Maser telah mengeluarkan sebuah ebook Panduan Membina Forum phpBB yang mana ebook ini mendedahkan dan mengajar langkah demi langkah bagaimana membina forum anda sendiri. Kesemua langkah telah diterangkan dalam 8 bab, yang didokumenkan dalam dua format iaitu ebook (bertulis) dan video. Dengan adanya video, pemahaman pembaca telah menjadi lebih mudah. Saudara Maser, terlebih dahulu menerangkan apa itu forum phpBB dalam bab pertama sebelum membawa pembaca mendalami bab-bab yang lebih lanjut. Dalam bab kedua dan ketiga, beliau menunjukkan langkah demi langkah pra-pemasangan forum seperti cara meng’upload’ dan meng’install’ forum ke dalam hosting dan juga konfigurasi yang perlu dilakukan semasa proses tersebut. Dalam bab keempat pula, anda akan didedahkan cara memasang template yang berlainan dari template asal, pada forum yang telah anda pasang. Ini bermakna anda boleh menentukan tema atau stail forum anda mengikut niche dan kesukaan anda. Penulis telah menyediakan dua sumber Internet yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan tema forum yang terkini.

Bab yang kelima dan keenam pula menceritakan tentang posting pada forum dan juga kawalan moderator dan administrator. Anda mungkin masih tidak mahir untuk mengendalikan forum anda sendiri setelah ia siap dipasang, maka dalam bab ke 6, penulis menunjukkan satu persatu bagaimana untuk mengubahsuai dan mengawal setiap posting yang terdapat dalam forum anda.

Sekiranya anda baru sahaja pertama kali menguruskan sesebuah forum, tentu agak sukar untuk anda membiasakan diri dengan konfigurasi yang terdapat di forum memandangkan anda yang akan menentukan bagaimana konsep dan paparan forum anda. Dalam bab ketujuh, saudara Maser menunjukkan satu persatu pengurusan sistem pada bahagian ‘general admin option’. Nah, anda bertuah! Anda tidak perlu lagi ‘try and error’ untuk memahami fungsi setiap konfigurasi tersebut yang tentunya membazirkan masa anda. Dan akhir sekali, pada bab kelapan, penulis menerangkan mengenai cara menetapkan ‘forum permission’. Untuk pengetahuan anda, terdapat satu lagi ebook tambahan yang menerangkan bagaimana untuk menggunakan ‘hack’ phpBB atau mods untuk menambahkan paparan forum. Sekiranya anda masih tidak memahami cara yang diterangkan oleh ebook dan video yang disediakan, jangan risau kerana ada forum ‘support’ khas untuk pembeli ebook Panduan Forum phpBB. Jangan bazirkan masa anda lagi. Bina forum anda sekarang!


mukasurat

i g n bu ra

Humi sege ka

Untuk sebarang pertanyaan, sila emelkan kepada evolusiminda@gmail.com atau hubungi Pn. Arina : 0162120538 atau Pn. Sainul : 0123392037


24 mukasurat

Temubual majalah im bersama

abooain Penulis: Adly

A

ssalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya Adly aka Labanon. Bertemu lagi kita dalam temubual eksklusif yang dibawa oleh Majalah IM. Pada kali ini, Majalah IM akan menemubual seorang usahawan Internet yang berpengalaman dalam menjual produk digital, yang mempunyai hak jualan semula seperti Resell Right (RR), Master Resell Right (MRR) dan lain-lain. Beliau ialah Ahmad Syaifudden Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Abooain dari epustaka.com Assalamualaikum. Apa khabar? Waalaikumussalam. Sihat alhamdulliah. Saya mewakili Majalah IM, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana masih sudi meluangkan masa untuk ditemubual oleh kami walaupun sangat sibuk. Oleh itu, kita terus sahaja kepada temubual. Soalan pertama saya, bolehkah saudara Abooain ceritakan sedikit latar belakang dan bagaimana saudara boleh menceburi bidang perniagaan Internet ini? Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada Majalah IM kerana sudi menemubual saya untuk Majalah IM bagi keluaran yang ke 14 ini. Nama saya yang sebenar ialah Ahmad Syaifudden Mohamad atau lebih dikenali sebagai Abooain di dunia Internet. Saya berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Sudah berkeluarga dan mempunyai dua cahayamata. Saya mula mengenali Internet pada tahun 1998 tetapi kegunaannya lebih kepada chatting dan menonton berita. Sehinggalah pada penghujung tahun 2006, saya sampai ke blog SaifulSham dengan tidak sengaja. Dari situlah, saya mula kenal dengan dunia perniagaan Internet. Malah, blog SaifulSham boleh dikatakan

sebagai tempat saya mendapat idea untuk berkecimpung dalam bidang ini. Dari situlah juga saya mengenali usahawan Internet lain termasuklah SmartZul, Amirol, dan saudara Labanon sendiri. Boleh kongsikan, apakah sebenarnya modal perniagaan yang cuba saudara Abooain ketengahkan? Dalam proses saya belajar tentang perniagaan Internet, lebih kurang 4 bulan, saya amat tertarik kepada produk Resell Right seperti Resell Right (RR), Master Resell Right (MRR) dan sebagainya. Dengan itu, saya mengambil keputusan untuk membeli produk yang mempunyai hak jualan semula ini sebagai model perniagaan Internet saya sendiri. Saya bermula pada tahun 2006, dan sekitar 1 April 2006, saya sudah mula memasarkan produk saya sendiri. Saya sudah tidak berapa ingat nama produk dan pemilik produk tersebut, tetapi saya masih ingat pemilik produk itu berasal dari Singapura. Saya kumpulkan dan pilih yang terbaik, kemudian saya jadikannya satu pakej yang saya lancarkan pada awal bulan April itu. Itulah duit pertama saya di Internet setelah belajar tentangnya selama 4 bulan.


25 mukasurat

Tentu itu satu perasaan yang sangat menggembirakan. Boleh saudara Abooain terangkan kenapa lebih menggemari produk Resell Right? Terdapat beberapa keunikan produk ini. Antaranya, ia adalah cepat. Cepat di sini bermaksud tidak perlu ada produk sendiri. Hanya perlu beli, ubah dan jual. Kadang-kadang cuma terus beli dan jual kembali. Keduanya, keuntungan 100% adalah hak milik anda dan tidak perlu berkongsi dengan sesiapa. Tidak perlu juga melakukan kerja yang banyak. Kebiasaannya produk jenis ini sudah ada surat jualan. Jadi, ia cepat, mudah dan menguntungkan. Secara kesimpulannya, produk ini mempunyai konsep cepat, mudah dan menguntungkan. Jika begitu, adakah ia mudah untuk dijual kepada pasaran? Ada beberapa tips yang boleh kita lihat. Tidak semua produk yang boleh kita jual kembali. Ada juga produk sampah. Jadi kita perlu pilih produk yang berkualiti.

3 tips yang cukup penting dikongsikan saudara Abooain. Boleh kongsikan tips, bagaimana memberikan kelainan agar produk kita sentiasa ’hot’ di pasaran? Ramai orang ada lesen hak jualan semula, tetapi bagaimana membuatkan pembeli membeli dari kita? Mudah sahaja. Jika kita membeli satu produk, contoh satu produk Panduan Minisite, yang mempunyai lesen PLR. Perkara pertama yang kita perlu buat adalah mengubah terlebih dahulu surat jualan, ebook cover dan sebagainya. Namun, ini tertakluk kepada terma dan syarat. Oleh itu, pastikan anda semak terma dan syarat terlebih dahulu. Jika begini, walaupun ada 10 orang yang membeli dan menjual produk yang sama, ia tidak semestinya menjejaskan jualan kita. Ini kerana produk kita ada kelainan berbanding yang lain. Oleh itu, perkara pertama ini amat penting kita lakukannya terlebih dulu. Supaya produk kita nampak unik bukan? Baiklah, pada pandangan saudara, adakah produk Resell Right (RR) ini masih relevan dengan pasaran tempatan dan perniagaan Internet? Pada pendapat saya, ia masih relevan lagi. Keunikan sesuatu produk itu, ditambah lagi jika ia memudahkan orang lain, akan menyebabkan sesuatu produk itu masih kekal relevan.

Produk yang berkualiti ini biasanya perlulah memenuhi permintan semasa. Tidak boleh beli produk ikut syok sendiri sahaja. Kita perlu buat kajian di forum-forum dan tengok produk hak jualan semula manakah yang mendapat permintaan yang tinggi. Selain itu, lesen produk tersebut perlulah fleksibel dan tidak bercanggah dengan lesen yang diberikan, terutamanya lesen Private Label Right (PLR). Katakan saudara membeli produk PLR, tetapi hak yang diberikan pemiliknya tidak membenarkan anda mengubah keseluruhan produk. Ini tidak bebas. Ketiga, tengok kepada kouta. Jika produk ABC, sebagai contoh, dijual terhad kepada 200 jualan sahaja, ini bagus kerana semakin sedikit hak jualan semula produk terbabit, semakin kecil persaingan kita dalam pasaran tersebut.

Saudara ada keluarkan produk Resell Right (RR) sendiri? Buat masa sekarang, mungkin ada perancangan? Saya ada 2 atau 3 projek yang sudah 40 ke 50 peratus siap tetapi tergendala. Insya ALLAH mungkin sempat dikeluarkan dalam tahun ini. Saya lihat saudara Abooain sentiasa up-to-date dengan produk RR. Dari mana sumbernya? Pertamanya, dari membership site yang saya sertai. Itu sumber utama produk RR saya. Yang lain dari rakan-rakan yang saya langgan newsletter mereka. Ada juga kawan-kawan yang memberitahu saya, apabila mereka ada produk terbaru. Saudara dapatkan dari pasaran luar kemudian jual semula di pasaran tempatan. Semudah ABC. Pernah mendapat komen dari orang lain, yang berkata produk itu ini boleh didapati secara percuma saja?


26 mukasurat

Itu biasalah. Kebiasannya produk ini boleh dijual melalui black market, tetapi saya tidak gemar begitu. Yang pasti, saya akan beli dan jual semula.Memang tidak elok pun sebenarnya, tambahan pula ia sudah menjadi haram kerana ambil begitu sahaja. Kadang-kadang saya pun rasa terkilan juga, terutamanya yang ambil secara percuma dan dijual pula selepas itu. Sudah terang dan jelas dinyatakan dalam terma dan syarat yang ia tidak boleh diberi secara percuma. Memang tidak bagus, dan selalunya duit itu tidak berapa berkatlah. Ada sebarang kenangan pahit dan manis sepanjang menjual produk RR? Kalau kenangan manis itu, ketika pertama kali mendapat income dari Internet. Ketika itu, saya melancarkan pakej pertama dari produk hak jualan semula. Pada 1 April saya lancarkan, keesokan harinya terus mendapat dapat jualan. Sampai penghujung bulan, saya sudah mendapat lebih kurang RM 2000. Kalau kenangan pahit pula, apabila jualan kita tidak memberangsangkan dan tidak menepati sasaran. Lain daripada itu, ia tidaklah sepahit mana. Selain itu, menjual produk RR satu pengalaman dan pengajaran bagi saya. Pertama kali menjual produk, saya tidak tahu cara mempromosi produk. Saya cuba mempromosikan produk di forum tempatan. Namun, disebabkan saya sering membuka banyak thread hanya untuk mempromosi produk saya, saya dianggap pula sebagai Spammer. Tidak apalah, itu semua pengalaman ketika bermula dahulu. Mungkin saudara Abooain pernah menjual terlalu banyak produk, jadi apa pula kata pelanggan? Adakah pelanggan yang sama yang membeli produk dan apa kata mereka?

Kalau lihat kepada respon, pembeli yang membeli produk, kebiasaannya ialah orang yang sama. Tetapi dalam masa yang sama, juga ada pembeli baru. Tapi respon dari para pembeli, alhamdulillah, mereka berpuas hati kerana memaklumkan kepada mereka produk-produk terbaru

Sebenarnya mereka bijak kerana mereka tahu produk RR ini senang untuk memberikan mereka duit. Malah, kelompok ini tahu cara untuk menggunakan produk seperti ini. Jadi bagi para pendangar, jika sebelum ini tidak tahu tentang RR, sekarang bolehlah anda membeli daripada Abooain. Ada pesanan terakhir untuk para pembaca tentang produk digital jualan semula ini, saudara Abooain? Buat mereka yang masih baru dan ingin belajar tentang perniagaan Internet, jangan ragu-ragu dan jangan bimbang. Terdapat banyak produk yang diberi hak jualan semula (RR, MRR atau PLR). Ini merupakan shortcut bagi anda yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan Internet dalam masa yang singkat. Secara mudahnya, modal masih rendah dan tidak perlu keluar banyak modal untuk memulakan perniagaan Internet bukan? Terima kasih kepada saudara Abooain kerana sudi ditemubual pihak kami pada hari ini. Semoga kita berjumpa lagi Terima kasih Konklusinya, produk RR ini sangat sesuai untuk diceburi para newbie yang ingin berjinakjinak dengan perniagaan Internet. Ia dapat menjimatkan masa dan wang seperti yang saudara Abooain katakan tadi, ia suatu short cut mendapatkan pendapatan. Modal yang anda perlu keluarkan hanya RM100 untuk domain dan hosting. RM 200 pula untuk produk-produk. Saya yakin jika kena caranya, dalam 3 bulan sahaja anda boleh mendapat pulangan modal. Saya juga memulakan perniagaan Internet dengan produk RR. Ketika itu, saya berumur 16 tahun, dan mendapat pendapatan sampingan RM 100 seminggu. Sememangnya, produk RR boleh memberi pendapatan sampingan. Di samping itu, anda juga dapat belajar dengan lebih lanjut tentang perniagaan Internet. Sekian, terima kasih.


27 mukasurat

MAKSIMUMKAN

PENGGUNAAN

YOU TUBE A

Penulis: Zamri Mohamad (http://zamrimohamad.com)

pabila saya katakan bahawa semua jenis perniagaan yang sah dari segi undang-undang sesuai dijadikan video jualan, ada yang berkata ia tidak masuk akal dan tidak logik. Adakah perniagaan bersifat industri skala besar boleh dijadikan video jualan? Kemudian saya bertanya semula, adakah syarikat minyak seperti Shell yang merupakan industri berskala besar, tidak mempunyai video jualan sendiri? Video jualan mereka diterjemah sebagai video iklan dan video penjenamaan. Video pengiklanan dihasilkan untuk Shell adalah bertujuan mendorong jualan kepada minyak kenderaan dan stesyen minyak milik mereka. Video penjenamaan yang dihasilkan untuk Shell bertujuan memberitahu pelanggan kewujudan mereka dalam pasaran dan penampilan imej korporat yang positif melalui kempen mesra alam mereka. Video jualan baik berbentuk pengiklanan dan penjenamaan digunakan oleh peniaga kecil yang menjadikan YouTube sebagai lubuk emas mereka. Terdapat dua cara kita boleh lakukan bagi menghasilkan video jualan di YouTube. Pertama, video jualan perniagaan sedia ada. Kedua, video jualan bagi mereka yang baru mencari idea perniagaan.

jualan.YouTube telah mengkategori jenis-jenis video melalui pecahan berikut. Isikan idea perniagaan kecil yang dapat kita paparkan dalam video jualan mengikut kategori ini. Dalam sesi brainstroming mencari idea perniagaan, tidak ada istilah tidak logik. Keutamaan dalam sesi brainstorming adalah mencari seberapa banyak jenis idea perniagaan yang timbul apabila melihat senarai kategori yang disediakan dalam YouTube.

Bagi kategori pertama, ia tidak menjadi masalah. Antara contoh video jualan yang boleh didapati dalam YouTube adalah video jualan oleh jurugambar profesional seperti Hafidz Kamarudin. Beliau menggunakan YouTube bagi memaparkan video jualan yang mengandungi koleksi gambar majlis perkahwinan yang diambil sebelum ini. Bagi pembaca kategori kedua, kita lihat semula apa yang ada dalam YouTube, yang boleh dijadikan sumber perniagaan dan menjana wang berterusan melalui video

::Screenshot YouTube video jualan oleh Hafidz Kamarudin


28 mukasurat

Selepas itu, pilih jenis perniagaan yang sesuai dengan pengetahuan, bakat, masa dan kemudahan mendapatkan sumbernya. Skop perniagaan kita adalah perniagaan kecil yang rendah kos dan risikonya.Kenalpasti sama ada kita menawarkan perniagaan untuk peniaga dikenali sebagai business to business (B2B) atau pun kepada pelanggan iaitu business to customer (B2C)

Kategori dalam YouTube

Idea perniagaan kecil

Arts and Animation Seni dan animasi

Perkhidmatan menulis khat Perkhidmatan lukisan potret Produk animasi flash Kelas lukisan untuk pelajar Kelas animasi grafik berkomputer Kraftangan dan penghasilan tembikar Khidmat melukis logo dan grafik banner Khidmat suara latar animasi Lain-lain (nyatakan) _________________ Lain-lain (nyatakan) _________________ Lain-lain (nyatakan) _________________

Autos and Vehicles Auto dan kenderaan

Jualan kereta baru dan terpakai Perkhidmatan membaiki kenderaan Menjual alat ganti kenderaan Kelas memandu Menjual aksesori kenderaan Keahlian kelab permotoran Lain-lain (nyatakan) _________________ Lain-lain (nyatakan) _________________ Lain-lain (nyatakan) _________________

Comedy Komedi

Persembahan pada majlis Lain-lain (nyatakan) _________________ Lain-lain (nyatakan) _________________ Lain-lain (nyatakan) _________________

Entertainment Hiburan

Khidmat silap mata Jempuran persembahan berasaskan bakat Lain-lain (nyatakan) _________________ Lain-lain (nyatakan) _________________

Music Muzik

Kelas muzik Kelas vokal Menjual alatan muzik baru dan terpakai Kelas piano, gitar dan lain-lain Khidmat persembahan kugiran dan solo Menjual set karaoke, aksesori tambahan Lain-lain (nyatakan) _________________ Lain-lain (nyatakan) _________________

News and Blogs Berita dan blog

Khidmat pengacaraan majlis Runding cara professional seperti insuran Khidmat kira-kira akaun perniagaan Lain-lain (nyatakan) _________________ Lain-lain (nyatakan) _________________


29 mukasurat

Kategori dalam YouTube

Idea perniagaan kecil

People Umum

Khidmat mengurus acara Khidmat menulis ucapan untuk ahli politik Khidmat menulis surat jualan Seminar dan bengkel kemahiran Menjual kemeja T bermusim Pakaian dan kasut bundle Khidmat pemasaran produk Khidmat terjemahan Katering Lain-lain (nyatakan) _________________

Pets and Animal Haiwan peliharaan

Khidmat menangkap haiwan liar Khidmat pembersihan haiwan peliharaan Produk makanan haiwan peliharaan Produk berkaitan haiwan peliharaan Lain-lain (nyatakan) _________________ Lain-lain (nyatakan) _________________

Sports Sukan

Menjual peralatan sukan Kejurulatihan untuk sukan individu dan berkumpulan Khidmat sewa tapak futsall Khidmat sewa dewan badminton Lain-lain (nyatakan) _________________ Lain-lain (nyatakan) _________________

Travel and places Pelancongan

Jurupandu pelancong Jurubahasa Sewa chalet, motel dan homestay Restoran tradisi dan makanan laut Khidmat sewa kenderaan Agensi pelancongan Menjual produk antik dari luar negara Menjual produk tempatan ke luar negara Perkhidmatan bas pelancong Kedai jualan kraftangan. Lain-lain (nyatakan) _________________

Video games Permainan video

Menjual CD permainan video berlesen Khidmat membaiki Play Station dan Xbox Lain-lain (nyatakan) _________________

All Lain-lain

Menjual produk kesihatan Menjual pakaian muslimah Bengkel sehari pengucapan awam Mengambil tempahan kek dan kuih perayaan Menjual membaiki kasut Menjual aiskrim putar Menjual air jambu batu Menjual aksesori wanita Lain-lain (nyatakan) _________________

Zamri Mohamad merupakan penulis sebelas buah buku non fiksyen dan fiksyen, jurulatih penulisan dan pemasar produk fizikal di internet. Buku terbaru beliau ialah Internet Marketing untuk Bisnes Kecil terbitan PTS Professional Publishing Sdn Bhd


mukasurat mukasurat

30

5

KUASA

YANG anda PERLU BANGKITKAN Penulis: Amar Mahmood

M

anusia dilahirkan dengan segala kelengkapan yang disediakan cukup oleh Allah swt supaya kita menjalani kehidupan di muka bumi ini dengan penuh kejayaan. Tuhan mencipta manusia antara yang terbaik di kalangan makhluk ciptaan-Nya. Oleh itu, manusia mempunyai pelbagai potensi dan kekuatan untuk digunakan. Namun, akibat kurangnya sifat ingin tahu dan malas mahu mempelajarinya, banyak potensi tersebut terabai dan dibiarkan begitu sahaja. Melalui perkongsian kali ini, saya ingin mendedahkan 5 (lima) kekuatan yang boleh anda bangkitkan supaya ia menjadi senjata bagi memburu apa yang anda impikan dalam kehidupan anda.

KEKUATAN KEPERCAYAAN

Kekuatan kepercayaan adalah kekuatan mindset yang ada dalam minda manusia. Sesungguhnya, mempunyai mindset yang betul boleh membantu anda dan sebaliknya boleh ber-

laku jika mempunyai mindset yang salah. Kajian psikologi menunjukkan, kebanyakan individu menggunakan kepercayaan mereka untuk berada dalam “comfort-zone” sahaja. Kepercayaan yang dimiliki kebanyakannya adalah dikumpul berdasarkan “comfort zone” yang dicipta oleh keluarga, rakan-rakan dan masyarakat sekeliling mereka. Maka, sebab itulah, salah satu strategi untuk kita berjaya adalah keluar dari circle kehidupan yang kita lalui setiap hari. Berfikir “di luar kotak” dalam konteks yang lebih luas adalah dengan berfikir keluar dari kebiasaan kepercayaan yang kita miliki. Malahan, bergaul dan membina jaringan di luar dari kelompok yang sama adalah satu cara menjana kepercayaan yang baru. Kepercayaan boleh mencipta “keajaiban”. Ramai ikon sukses yang menjadi legenda hari ini disebabkan mereka menjana KUASA KEPERCAYAAN terhadap apa yang mereka inginkan dalam kehidupan mereka. Saat rakyat India menggunakan

kekerasan untuk menentang penjajahan Inggeris, Mahatma Gandhi percaya ; “Tanpa kekerasan merupakan kuasa terbesar yang dapat dipergunakan oleh umat manusia. Ini lebih besar daripada senjata paling hebat yang dapat diciptakan manusia”.

KEKUATAN TINDAKAN

“Pengetahuan adalah kuasa. Tetapi pengetahuan tanpa tindakan adalah sia-sia”. Itulah kata-kata azimat yang patut menjadi pegangan semua pejuang kejayaan. Ada orang yang mempunyai ilmu pengetahuan tetapi kerana kurangnya tindakan, segala impian hanya menjadi mimpi yang kosong sahaja. Kekuatan tindakan adalah kekuatan fizikal. Tanpa tindakan tidak akan ada perubahan. Ilmu yang dibaca adalah untuk digunakan dan diaplikasikan bukan sematamata disimpan sahaja. Banyak individu berjaya kerana mereka bertindak atas apa yang mereka impikan. Meraka yang gagal adalah mereka yang mempunyai impian tetapi takut untuk bertindak!


mukasurat mukasurat

31

KEKUATAN MINDA

Salah satu kekuatan yang hebat. Potensi ini juga selalu diabaikan oleh manusia. Banyak individu berjaya membangkitkan kekuatan minda yang mereka miliki. Legenda perniagaan membina empayar perniagaan mereka setiap hari dengan memulakannya dari minda mereka. Para jutawan menjadi jutawan dengan memiliki mindset seorang jutawan. Ahli sukan seperti Tiger Wood kekal mencipta kemenangan dengan memanipulasikan kekuatan mental yang dimilikinya. Donald Trump terus berada di depan para persaingnya dengan “berfikir sebagai seorang juara” dalam bidang yang beliau ceburi. Dan banyak lagi cerita-cerita kejayaan yang dihasilkan dengan menjana kekuatan minda yang tersembunyi dalam diri manusia.

KEKUATAN EMOSI

Salah satu kekuatan tersembunyi dan tidak disedari oleh kebanyakan individu adalah kekuatan emosi mereka. Emosi mempunyai potensi yang sangat besar. Malahan, emosi juga menjadi penyumbang tersembunyi kepada kegagalan banyak individu. Ini kerana mereka tidak tahu bagaimana menjana dan membangkitkan kekuatan yang mereka miliki tersebut. “Aku putus asa…Aku kecewa…. Aku takut ..Aku sedih” dan pelbagai lagi emosi yang tidak disedari, sebenarnya boleh diubah, dijana dan boleh dimanipulasikan supaya menjadi KUASA KEJAYAAN. Kekuatan minda jika digabungkan dengan kuasa emosi akan menjadi satu kuasa yang sangat kuat dalam memburu kejayaan. “Enthusiastic” atau Semangat adalah satu kekuatan emosi yang selalu menjadi intipati penting dalam ceritacerita kejayaaan yang kerap kita baca dalam buku-buku motivasi.

KEKUATAN SPIRITUAL

Satu lagi kekuatan yang kerap dilupakan. Kekuatan spiritual berada dalam tingkat potensi yang sangat berbeza berbanding potensi yang lain. Kekuatan ini mempunyai banyak potensi lain yang dimiliki oleh manusia. Ramai legenda hari ini berada dalam kelompok yang istimewa kerana mereka menjana kekuatan spiritualnya. Kekuatan ini jika dijana dengan betul akan menghasilkan kehidupan yang bahagia dan penuh dengan kemakmuran. Kekuatan ini melambangkan bagaimana kita berserah dan bertawakkal atas segala usaha yang kita lakukan. Percaya kepada Tuhan Yang Maha Esa akan memberikan kita kekuatan baik saat kita gagal mahupun saat kita mencapai kejayaan.

Secara ringkasnya, inilah 5 rahsia kekuatan yang manusia miliki. Walaupun begitu, sebenarnya manusia memiliki banyak lagi kekuatan tersembunyi yang tidak disedari dan selalu diabaikan. Bagi yang selalu merasa tidak mempunyai kekuatan atau sokongan, PERCAYAlah yang anda juga memiliki kekuatan yang mampu membantu anda mencapai kejayaan. Kenali kekuatan yag anda miliki; jana dan bangkitkannya supaya anda mampu bangun walau apapun situasi yang anda lalui dalam perjalanan anda memburu kejayaan. AMAR MAHMOOD Mind Power Trainer Personal development Coach www.amarmahmood.com


32 mukasurat

Membuka

Akaun PayPal

l a i r o t Tu im Penulis: Mohd Muslim

Pada ruangan tutorial kali ini, Majalah IM akan menunjukkan kepada anda langkah demi langkah bagaimana mendaftar akaun PayPal anda sendiri. Dan ia sememangnya cukup mudah untuk dilakukan. Semoga berjaya! Langkah 1 : Buka laman web www.PayPal.com

Untuk mendaftar, klik butang ‘Sign Up’ di sebelah kiri laman web PayPal. Paparan seperti gambar di bawah akan kelihatan. Tukar kepada negara Malaysia, dan pilih ‘Premier Get Started’.

Klik di sini Tukar kepada Malaysia

Pilih premier


mukasurat

33

Nota: Perbezaan di antara akaun Personal, Premier dan Business. Personal : Akaun jenis ini lebih sesuai digunakan untuk orang yang tidak berniaga melalui Internet, di mana tidak banyak transaksi yang berlaku dalam akaun ini. Ia sesuai digunakan untuk orang perseorangan yang suka membeli melalui Internet akan tetapi tidak menjual. Premier : Akaun jenis ini pula lebih sesuai sekiranya anda melakukan banyak transaksi dan urusniaga melalui Internet. Mungkin anda seorang affiliate marketer, peniaga eBay dan sebagainya. Jika anda seorang yang suka membeli secara online dan dalam masa yang sama anda juga menjual, akaun ini adalah sesuai untuk anda. Business : Akaun Business adalah jenis akaun yang digunakan apabila transaksi banyak dilakukan dengan pelbagai pihak. Ia selalunya digunakan oleh syarikat-syarikat yang memerlukan mereka menerima dan membayar secara besar-besaran dalam talian. Jika anda seorang individu yang mempunyai cirri-ciri tersebut, anda juga boleh memiliki akaun jenis ini. Langkah 2 : Ikuti langkah-langkah yang ditunjukkan dalam gambar.

Isi semua tempat kosong Masukkan nombor Tel anda Setelah selesai klik di sini

Langkah 3 : Ikuti langkah-langkah seperti yang ditunjukkan di bawah.

Pilih jenis kad anda No. kad debit anda Tarikh luput kad anda 3 digit no di belakang kad Setelah selesai klik disini

Maklumat tentang kad anda ini hanya perlu dimasukkan sekali sahaja. Pastikan anda memilih kad jenis Visa, Mastercard atau lainlain. Jangan lupa memasukkan ‘Expiration Date’, format bagi wtarikh ini adalah Bulan/Tahun.


mukasurat

34

Anda akan melihat paparan seperti ini :

Klik di sini

Paparan di sebelah menandakan anda telah berjaya memasukkan maklumat kad debit anda. PayPal akan mengenakan caj sebanyak USD1.95 ke atas kad anda sebagai caj pendaftaran.

Terdapat 2 perkara yang belum selesai

Selepas itu, anda akan melihat paparan seperti di sebelah Terdapat dua perkara yang belum selesai, Pertama, anda harus mengesahkan atau verify emel anda Kedua, anda harus mengesahkan kad anda. Untuk menyelesaikan perkara yang pertama, sila semak emel anda (akan diceritakan dengan lebih lanjut dalam langkah 4) Perkara kedua juga akan diceritakan dengan lebih lanjut di bawah. Langkah 4 : Terdapat satu emel pengesahan dari pihak PayPal, dan anda dikehendaki klik pada link yang diberikan.

Klik di sini


35

Anda akan dibawa terus ke bahagian seperti gambar di bawah :

mukasurat

Masukkan password PayPal anda, dan klik butang ‘Confirm’.

Confirm

Klik di sini Sekiranya password yang anda masukkan adalah betul, anda akan melihat paparan seperti di sebelah dan Klik pada butang ‘Continue’.

Langkah 5 : Anda akan dibawa ke halaman ‘My Account’ PayPal anda. Anda hampir selesai

Kini hanya terdapat satu perkara lagi yang belum selesai. Anda hanya perlu memasukkan 4 digit kod pengesahan PayPal yang dihantar PayPal kepada kad debit anda. Klik pada “Confirm my debit or credit card”.


mukasurat

36

Anda akan melihat paparan seperti di bawah :

Masukkan 4 digit kod pengesahan ke ruang yang disediakan. Jika anda menggunakan kad debit, pastikan baki dalam kad debit anda tidak kurang daripada USD20. Sekiranya baki anda tidak mencukupi, kegagalan 4 digit verification code akan berlaku. Nota: Untuk mendapatkan 4 digit kod PayPal, anda boleh menghubungi Bank melalui telefon, dan terus tanyakan pada mereka tentang 4 digit kod PayPal, ataupun transaksi sebanyak USD1.95 yang berlaku dalam akaun anda. Anda juga boleh menunggu statement kad anda yang sampai ke rumah untuk melihat 4 digit kod PayPal ini. Setelah anda memasukkan 4 digit kod PayPal dan menekan butang ‘Submit’, anda akan dibawa ke paparan seperti ini :

Ini menunjukkan anda telah berjaya membuka sebuah akaun PayPal yang ‘Verified’. TAHNIAH! Kini anda sudah boleh membuat sebarang transaksi dengan akaun PayPal anda sekarang. P/s : Tutorial akan datang - Bagaimana cara memohon kad debit Public Bank


mukasurat

Kenapa Wanita Lain Sudah Berpunya? Awak pula single sampai sekarang! Ayuh cari jejaka idaman awak! Jangan Risau Kerana Hari Ini Saya Akan Mendedahkan Kepada Awak Satu Rahsia Bagaimana Ingin Menawan Hati Dan Perasaan Lelaki Idaman Awak Sekarang Juga!

Fakta yang awak perlu tahu... Baiklah saya akan dedahkan beberapa fakta yang akan buat awak terkejut. Kita mulakan sekarang... 1) Kejayaan sesuatu percintaan hingga ke jinjang pelamin adalah faktor kekuatan mental dan bukannya fizikal. 2) Awak tidak perlu bazirkan emosi awak kepada seseorang lelaki sehingga awak tahu dialah lelaki ideal bakal suami awak. 3) Di dalam dunia sekarang lebih ramai wanita yang tidak berkahwin berbanding lelaki! 4) Untuk berjaya di dalam percintaan, wanita perlu mengetahui kekuatan dirinya dan menggunakannya untuk memikat lelaki. 5) Lelaki ideal awak adalah satu dalam seratus ataupun mungkin satu dalam seribu! Jadi, awak perlu bertemu dengan banyak lelaki sehingga awak benar-benar menjumpai lelaki idaman awak. 6) Saiz badan dan fesyen pakaian awak tidak menarik perhatian lelaki tetapi sebaliknya bagaimana awak mengetengahkan penampilan diri dan pakaian awak. Itulah yang menarik perhatian lelaki. 7) Jangan bercinta dengan lelaki kerana awak rasa bersimpati dengannya!!! 8) Minda awak adalah aset yang terbaik.

Dapatkan Panduan Cinta di www.PanduanCinta.com


38 mukasurat mukasurat

Soalan 1: Saya mempunyai banyak koleksi produk – produk PLR seperti video, ebook, artikel, script dan sebagainya. Apakah kaedah terbaik untuk saya lakukan bagi menjana wang menerusi produk – produk ini?

Jawapan: Kaedah terbaik adalah anda perlu menjadi seorang yang UNIK, KREATIF dan BERBEZA. Katakan terdapat 200 orang pengguna yang mendapatkan lesen PLR untuk produk A. Bayangkan 200 orang tersebut melakukan perkara SAMA sahaja iaitu:

1 2

Membeli nama domain khas untuk produk A tersebut dan Menjual produk tersebut TANPA MELAKUKAN SEBARANG PERUBAHAN terhadap produk A.

Apa yang perlu ANDA fikirkan di sini adalah, bagaimana anda boleh bersaing dengan 199 pengedar lain dan memastikan anda mendapat LEBIH KEUNTUNGAN berbanding mereka yang lain? Perkara - perkara yang sering dilakukan oleh kebanyakan orang terhadap produk PLR adalah:

1

Terus menjual produk tersebut tanpa membuat sebarang perubahan.

Penulis: Amirol Zolkifli Website: www.peluanginternet.com

isu jun

2 3 4 5

Menjadikan produk tersebut bonus kepada produk sendiri. Menjual produk – produk tersebut dengan harga yang terlalu rendah (ciput) dengan harapan “janji masyuk” sudah. Mempakejkan ia (bundle) dengan produk – produk PLR lain dan menjual dengan 1 harga pakej. Menyimpan di dalam hardisk tanpa berbuat apa – apa sehingga produk tersebut “berhabuk digital”. Jadi, apakah langkah yang terbaik untuk anda bertindak? Untuk memudahkan pemahaman anda bagi kes ini, apa kata kita letakkan diri kita sebagai seorang BAKAL PEMBELI terhadap Produk PLR A iaitu ebook PLR “How To Setup A Wordpress Blog”.Saya berikan 3 situasi penjual produk PLR tersebut. Kemudian, anda pilih mana satu yang dirasakan berbaloi untuk anda keluarkan duit bagi membeli produk ini.


39 mukasurat mukasurat

Situasi Pertama Pengedar 1 membeli produk PLR ebook “How To Setup A Wordpress Blog” dan seterusnya membeli nama domain yang berkaitan, mengupload produk dan seterusnya terus menjual produk TANPA melakukan sebarang perubahan. Anda, sebagai bakal pembeli… adakah anda akan terus membeli produk ini daripada Pengedar 1? Saya percaya rata – rata daripada anda akan membuat kajian serta pencarian lain terlebih dahulu menerusi search engine untuk mendapatkan TAWARAN yang LEBIH BAIK daripada pengedar 1… Akhirnya anda ketemu pengedar 2 di situasi kedua…

Situasi Kedua Pengedar kedua pula bermain dengan “harga”. Sedangkan pengedar 1 menjual dengan harga yang disyorkan oleh pemilik asal, pengedar 2 pula menjual dengan harga yang jauh lebih rendah sehingga menjadikan produk tersebut hilang nilai (devalue). Golongan situasi kedua ini kebiasaannya mempunyai minda, “Asal dapat jual sudah!”, “Janji masyuk!” dan langsung tidak menilai produk yang dijual… Kadangkala produk yang seharusnya boleh dijual dengan nilai tinggi seperti USD20+++ dijual dengan harga terlalu rendah sehingga ke tahap USD1.00! Jika dibezakan dengan 2 situasi di atas, sudah tentulah kita sebagai pembeli akan membeli daripada pembeli kedua kerana harganya jauh lebih murah. Tetapi bayangkan pula ANDA sebagai penjual. Adakah anda akan mendapat untung yang sepatutnya daripada hasil jualan ini?

Situasi Ketiga (Disyorkan) Situasi ketiga ini adalah golongan yang mempunyai minda yang kreatif, unik dan berbeza dengan pengedar – pengedar lain. Golongan ini boleh dikatakan sering berjaya mendapatkan jualan dan keuntungan yang sepatutnya kerana mereka mempunyai pelbagai tawaran menarik yang mampu diberikan kepada bakal pembelinya. Kebiasaannya, pengedar ke-3 akan menjadikan produk PLR itu sebagai satu produk baru atau menjadikannya sebagai satu produk sokongan kepada produk utama si pengedar. Maksud produk baru ini, bukanlah dengan hanya mengubah nama produk, ecover dan sedikit kandungan sahaja, tetapi mereka akan turut menambah nilai terhadap produk – produk ini. Maksud produk sokongan pula, sekiranya mereka memiliki produk – produk tertentu yang sama topik dengan produk PLR, mereka akan menjadikan produk PLR ini sebagai bonus kepada produk utama mereka. Walaubagaimanapun, produk PLR ini kebiasaannya akan digubah terlebih dahulu sehingga ia menjadi lebih unik dan lain daripada yang lain sebelum dijadikan bonus.


40 mukasurat mukasurat

Sebagai contoh, katakan Ali memiliki ebook PLR “How to setup a WordPress blog” yang dinyatakan. Untuk menjadikan ebook tersebut lebih menarik, Ali telah menyediakan video tutorial langkah demi langkah sebagai sokongan kepada ebook tersebut. Beliau juga mungkin menyediakan template – template WordPress unik, menyediakan plugin WordPress dan juga mungkin menawarkan akaun hosting untuk setiap pembelinya. Malah, dalam ebook tersebut juga, beliau telah mengolah dan menambah kandungan – kandungan baru dan menjadikan ebook tersebut lebih bernilai daripada kandungan asal. Pendek kata, beliau telah melakukan lebih daripada 50% perubahan daripada produk asal serta menambah pelbagai sokongan, sumber dan informasi tambahan terhadap pakej asal PLR tersebut. Sekarang, fikirkan kembali anda sebagai pembeli… Apakah anda akan membeli daripada Ali? Katakan harga yang dijual oleh Ali adalah sama dengan Pengedar 1. Jadi daripada pihak manakah, ANDA sebagai pembeli, akan membeli produk “How To Setup A Wordpress Blog” ini?

Adakah daripada Pengedar 1? Atau Adakah daripada Pengedar 2? Atau Adakah daripada Pengedar 3, iaitu si Ali?

Sebagai kesimpulannya, untuk menjual produk PLR ini, fikirkan apa yang boleh anda berikan YANG TERBAIK buat bakal pembeli anda. Jika anda TARGET untuk mendapatkan “senarai prospek pembeli”, maka anda bolehlah menjadi pengedar 2, iaitu menjual dengan harga yang lebih rendah. Ini adalah kerana anda mudah untuk mendapat “list of buyers” TETAPI adalah amat ditegaskan supaya tidak mengurangkan nilai produk (devalue). Biarlah berpada – pada jika ingin menjual dengan harga rendah. Jika anda mampu meraih lebih keuntungan, mengapa perlu kurangkan julat keuntungan anda dengan menjual dengan harga yang terlalu rendah? Sebaliknya, jika anda ingin menjadikan diri anda sebagai seorang usahawan yang berjaya dari segi kualiti produk dan keuntungan serta mempunyai “nilai diri” yang tersendiri di mata bakal pembeli, maka jadilah pengedar ketiga, iaitu si Ali. Anda bukan sahaja dapat meraih lebih keuntungan, tetapi pembeli dapat melihat anda adalah seorang yang unik serta tersendiri kerana memiliki pelbagai tawaran istimewa yang tidak diberikan oleh usahawan – usahawan yang lain. Pendek kata, jadilah seorang yang UNIK, KREATIF dan BERBEZA daripada pengedar – pengedar lain. Jadilah SUPER JAGUH daripada jaguh – jaguh yang lain.


41 mukasurat mukasurat

Soalan 2: Bagaimana pula dengan produk MRR. Apakah kaedah terbaik untuk saya lakukan bagi menjana wang menerusi produk – produk ini?

Jawapan: Bagi produk - produk MRR ini, rata - rata pengedar hanya akan mempakejkan (bundle) produk ini dan dijual sebagai FireSale atau One Time Offer. Cara lain adalah dengan menawarkan produk ini sebagai BONUS kepada PRODUK UTAMA anda. Terdapat juga 1 trik tambahan di mana anda boleh melakukan himpunan koleksi produk – produk MRR mengikut kategori (niche) atau pencipta produk tersebut. Sebagai contoh,

1.Koleksi MRR Traffic Generation.

a.Anda mungkin boleh menyenaraikan kesemua produk MRR yang dihasilkan mengikut topik yang spesifik. Melalui cara ini, pengguna yang sedang mencari topik tertentu akan lebih cenderung untuk memiliki koleksi ini.

2. Koleksi Terulung Liz Tomey.

a.Ini juga salah satu cara yang menguntungkan di mana anda boleh mengumpul kesemua produk – produk MRR yang dihasilkan oleh pencipta produk MRR yang popular. Dengan cara itu, pengguna yang sedang mencari produk – produk keluaran pencipta tersebut akan tertarik untuk mendapatkan tawaran anda. Malah anda juga MUNGKIN dapat menarik perhatian pencipta tersebut untuk bekerjasama dengan anda. ;)

Semoga segala penerangan di atas dapat membantu anda menghasilkan pendapatan menerusi produk PLR mahupun produk MRR. Pastikan sebelum anda MULA MENJUAL, fahami dan baca syarat dan terma LESEN PLR, MRR ataupun RR yang dibekalkan. Jika perlu, hubungi si pencipta produk untuk mendapatkan maklumat lanjut yang lebih jelas supaya tidak akan timbul sebarang masalah pada masa depan. Jadilah seorang usahawan yang beretika dan elakkan daripada melakukan sesuatu yang tidak elok seperti melanggar terma yang ditetapkan, menjual produk orang lain tanpa kebenaran dan sebagainya. Ikhlas, Amirol Zolkifli www.peluanginternet.com

SELL


mukasurat

“Memperkenalkan: Panduan Asas cPanel pertama dalam bahasa Melayu�

Ketahui Panduan Lengkap Langkah Demi Langkah Mengenai cPanel, Domain Dan Juga Web Hosting..

Majalah Niaga 14  
Majalah Niaga 14  
Advertisement