Issuu on Google+

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN PMR/SPM2013 SEMARAK MINDA 1.0. PENDAHULUAN Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha pelajar menghadapi pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Kebanyakan pelajar yang gagal dalam pelajaran mereka bukan kerana malas ataupun lemah. Mereka sebenarnya menghadapi kesukaran ataupun tidak mengetahui cara-cara mengulangkaji pelajaran mereka. Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu formula yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri. Apa yang penting untuk dijelaskan ialah beberapa garis panduan yang besar sahaja dikenalpasti untuk dijadikan landasan bagi seseorang pelajar bergerak menghadapi peperiksaan. Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak sekolah terutamanya para guru bagi memastikan para pelajar berjaya dalam peperiksaan tersebut. Sebagai memperlengkapkan usaha gigih guru tersebut, Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Unit Kurikulum untuk mengadakan satu program ke arah mempertingkatkan lagi prestasi akademik pelajar-pelajar kelas peperiksaan, agar kecemerlangan dalam peperiksaan yang diimpikan setiap pelajar menjadi kenyataan. 2.0. OBJEKTIF Setelah mengikuti program ini, adalah diharapkan agar: 2.1. Pelajar mengetahui cara dan teknik belajar berkesan; 2.2. Pelajar dapat mengurus masa dengan berkesan; 2.3. Pelajar dapat menilai sejauh mana persediaannya untuk menghadapi peperiksaan 2.4. Pelajar dapat menambah kefahamannya terhadap mata pelajaran yang dipelajari. 2.5. Meningakatkan motivasi dan jati diri pelajar. 3.0. SASARAN 80 Orang pelajar yang terdiri dari mpelajar Tingkatan 3 dan 5 (Rujuk Lampiran) 4.0. PELAKSANAAN PROGRAM Nama Program : SEMARAK MINDA Tarikh Hari Tempat

: 28hb hingga 30hb Mac 2013 : Khamis hingga Sabtu : Pendang Lake Resort


5.0. KAEDAH PELAKSANAAN 5.1. 5.2. 5.3. 5.4.

Ceramah; Bengkel; LDK (Latihan Dalam Kumpulan); Riadah/rekreasi (Cergas Malaysia).

6.0. JAWATANKUASA PELAKSANA Penasihat

: Pn. Ishah Saidin

Pengerusi

: Pn. Nur A’sikin Othman

Naib Pengerusi 1

: Pn. Rusnah Baba

Naib Pengerusi 2

: En. Azizan Ali

Penyelaras Program: Pn. Siti Nor Rothiah Syed Abdul malek Setiausaha

: Cik Nor Hafeda Hashim

Bendahari

: Pn. Hafidah Hani Hanafi

AJK : Guru Kanan Matapelajaran Guru Matapelajaran 7.0. KEWANGAN Sumber Yuran Penyertaan 80 x RM50.00 Kaunseling Peningkatan Akademik PIBG Panitia(BM,BI,Sejarah, Prinsip Akaun Matematik, Agama Islam Koperasi Motivasi Kokurikulum Kantin/Kafetaria

JUMLAH

RM 4 000.00 RM 1 000.00 RM 2 000.00 RM 1 000.00 RM 2 000.00 RM RM RM

500.00 600.00 600.00

-------------RM11 700.00


Perbelanjaan Makanan & Minuman 80 x RM40 X 2 Hari penginapan pelajar Makanan & Minuman Guru/Penceramah Bayaran Penceramah 12 x RM 200.00 Dokumentasi Rencam/Bahan Program Bas

JUMLAH

RM 6 640.00 RM 1 RM 2 RM RM RM 1

000.00 400.00 200.00 460.00 200.00

RM11 700.00 ---------------


8.0 JADUAL PROGRAM SEMARAK MINDA 2013 Masa/Hari 5.30pg-6.00pg

Khamis

Jumaat Pengurusan Diri

6.30pg.-7.30pg.

Mari Bersenam

7.30pg.-8.00pg 8.00pg. – 10.00

Sarapan Bahasa Inggeris (5) Penceramah: En. Mohd Fauzi Matematik (3) Penceramah:En.Halim Zainol Rehat Agama Islam (3) Penceramah: Pn. Mahya Bahasa Melayu (5) Penceramah: Pn. Rosliza

10.00pg-10.30pg 10.30pg.-12.30

1.00tgh.-2.30ptg. 2.30ptg.-4.30ptg.

Bertolak dari SMKTSR ke Pendang Lake Resort

Bahasa Melayu (3) Penceramah: En. Mohd Nizar Matematik (5) Penceramah: En. Jafri Din Makan Tengahari Bahasa Inggeris (3) Penceramah : En. Mohd Fazli Sejarah (5) Penceramh: En. Radzuan

Makan Tengahari Sains (3) Penceramah:Pn. Nor Azian Prinsip Akaun (5) Penceramah: En. Mohamad Makan Petang/Solat

5.00ptg.-5.45ptg.

Makan Petang/Solat/ Pendaftaran bilik

5.45ptg-6.45ptg

Riadah/rekreasi (Cergas Malaysia)

Riadah/rekreasi (Cergas Malaysia)

6.45ptg – 9.00mlm

Makam malam/Solat

Makam malam/Solat

9.00mlm. -11.00 mlm

Ceramah Motivasi Penceramah : En. Abdul Latif Tidur

Ceramah Motivasi Penceramah : En Fazli

11.00mlm – 5.00am

Tidur

Sabtu Pengurusan Diri Mari Bersenam Sarapan Penutupan Program Semarak Minda


9.0. PENUTUP Usaha murni ini sudah pasti menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang tentu memerlukan sokongan pelbagai pihak untuk menjayakannya. Strategi dan perancangan yang kemas membolehkan program ini dilaksanakan secara berkesan. Kerjasama daripada semua pihak bukanlah sekadar sokongan moral sahaja, malah sokongan boleh diberikan melalui tenaga, idea dan material. Adalah menjadi harapan kami agar selepas program ini akan berlaku perubahan dalam diri pelajar untuk membantu meningkatkan lagi kecemerlangan dalam peperiksaan.


Program semarak minda