Page 1

DUNIA ISLAM KINI AFGANISTAN


DAERAH-DAERAH DI AFGANISTAN


AFGANISTAN TERDIRI DARI 34 BUAH DAERAH: Badakhsan,Badghis,Baghlan,Balkh,Bamiyan,Daikondi,Farah, Faryab,Ghazni,Ghowr,Helmand,Heart,Jowzjan,Kabul,Kandahar,Kapisa, Khost,Konar,Kondoz,Laghman,Lowgar,Nangarhar,Nimruz,Nurestan, Oruzgan,Paktia,Paktika,Panjshir,Parvan,Samangan,Sar-E-pol, Takhar,Vardak dan Zabul.


PENGENALAN REPUBLIK ISLAM AFGANISTAN IBU KOTA TERBESAR (KOTA T’BESAR) : Kabul

Rakyatnya terdiri daripada Pashtun/Dari (Parsi). Sebuah negara di Asia Tengah tetapi digolongkan sebahagian dari Asia Selatan dan Timur Tengah kerana berdekatan dengan Iran. Bersempadan dengan Iran (sebelah barat),Pakistan(di selatan dan timur), Tajikistan,Turkmenistan,Uzbekistan(utara), dan Republik China(timur). Merupakan salah satu negara termiskin di dunia. Selepas jatuhnya Taliban dan penubuhan Loya Jirga 2003,afganistan dipanggil Transitional Islamic State of Afganistan(negara Islam dalam Peralihan,Afganistan) oleh Barat. Namun ,perlembagaan Afghanistan yang baru telah menamakan negara tersebut sebagai Republik Islam Afghanistan. Ia merupakan salah satu daripada negara-negara termiskin di dunia.


SEJARAH -Afghanistan, negara di persimpangan jalan Asia Tengah, telah banyak mengalami sejarah yang bergolak dan pernah dijajahi banyak kuasa-kuasa besar seperti Genghis Khan dan Iskandar Zulkarnain(Alexander the Great). -diasaskan pada tahun 1746 di bawah Empayar Durrani tetapi kuasa pemerintah telah dipindahkan kepada British sehingga Raja Amanullah menaiki takhta pada tahun 1919. Sejak itu, Afghanistan telah melalui bermacam jenis pemerintahan dan beberapa perang saudara. -Raja-raja Afghanistan berasal daripada puak Abdali dari suku etnik Afghan dan telah ditukar nama kepada “Durrani" sejak Ahmad Shah menaiki takhta. -Pada kurun ke-20, sebanyak sebelas raja-raja Afghanistan telah diturunkan takhta menerusi cara-cara yang tidak demokratik seperti diguling, dihukum mati, disingkir dan lain-lain. - Pada 1973,Sardar Mohammed Daoud, saudara kepada Zahir Shah telah melancarkan rampasan kuasa. Namun pada 1978, Daoud dan keluarganya dibunuh oleh ahli komunis Parti Demokratik Rakyat Afganistan yang memberontak dan berjaya mengambil alih kuasa memerintah. -Penentangan dan konflik yang hebat terhadap kerajaan berhaluan kiri telah memaksa Soviet Union untuk menakluk Afghanistan pada 24 December 1979.


- Pertelingkahan yang paling tragik berlaku pada 1994, apabila 10,000 orang terbunuh di wilayah

Kabul. Puak Taliban yang mendapat sokongan padu dari Pakistan akhirnya berjaya merampas kuasa pada 1996. -Puak Taliban berjaya merampas 90% negara ini, kecuali timur-laut Afghanistan yang dikuasai oleh ‘Northern Alliance'. Sewaktu memerintah Afghanistan, mereka telah melaksanakan kerajaan Islam secara ekstrim. -Akibat kaitan Taliban dengan kumpulan pengganas ini serta serangan 9/11 diNew York, pada tahun 2001 tentera Amerika telah melancarkan serangan di Afghanistan dan menjatuhkan kerajaan Taliban.

-Pada akhir 2001, pemimpin utama dari pihak pembangkang Afghan telah berjumpa di Bonn, Jerman untuk merangka suatu kerajaan baru. Hasilnya adalah perlantikan Hamid Karzai sebagai Pengerusi Lembaga Interim Afghan (AIA) pada December 2001 dan menjadi presiden setahun kemudian. -Afghanistan menderita kemiskinan teruk, panglima perang yang ramai, infrastruktur yang usang, dan periuk api di merata-rata tempat.


DEMOGRAFI Berdasarkan catatan dari CIA World FactBook(diperbaharui pada 17 Mei 2005),jumlah penduduk mengikut kaum di Afganistan adalah sebagai berikut: Pashto(42%) yang berpusat di bahagian timur dan selatan Afganistan,Tajik(27%) berpusat di di bahagian utara dan Kabul, Hazara(9%) berpusat di Afganistan tengah termasuk Bamiyan, Uzbek(9%), Aimak(4%), Turkmen(3%),Baluchi(2%) dan Wakhidan Kyrgyz(4%). Kepadatan penduduk di Afganistan mengikut anggaran pada 2005 ialah 29,863,00 orang. Menurut bancian 1979: 13,051,358


Dua bahasa rasmi : Persia Afgani yang sering disebut Dari(50%), dan Pashtun(35%) Bahasa-bahasa lain : a)Bahasa Turkik(Uzbek dan Turkmenistan yang digunakan oleh 11% rakyatnya). b) 30 bahasa-bahasa kecil terutamanya Baluchi dan Pashai(4%). Pegangan Agama: a) Muslim Sunni (80%) b) Muslim Syi’ah(19%) c) Lain-lain (1%)


GEOGRAFI  Keluasan Afganistan ialah 647,500 km persegi Afganistan ialah sebuah negara yang bergunung-ganang

walaupun

terdapat juga tanah pamah di utara dan barat daya. Puncak tertinggi di Afganistan ialah Nowshak iaitu 7485 m. Sebahagian negara ini adalah kering dan bekalan air tawar

adalah terhad.

Negara ini memiliki iklim benua dengan panas dan sejuk yang terlampau. Sering menjadi bencana gempa bumi.

.


POLITIK

-Sebuah kerajaan sementara telah ditubuhkan.

-Diketuai oleh presiden Hamid Karzai dan kebanyakkannya dianggotai ahli-ahli Northern Alliance serta campuran ahli-ahli daripada kumpulan-kumpulan etnik dan serantau yang dibentuk daripada kerajaan terdahulu oleh Loya Jirga(Majlis Tertinggi). - Bekas raja, Mohammed Zahir Shah kembali ke negaranya, tetapi tidak ditabalkan sebagai raja dan hanya memegang kuasa istiadat terhad. -Satu mesyuarat Loya Jirga (Majlis Tertinggi) berperlembagaan telah diadakan pada bulan Disember 2003 apabila sebuah perlembagaan baru telah diterima, seterusnya membentuk sebuah kerajaan berpresiden. -Tentera dan agensi perisikan dari Amerika Syarikat dan beberapa negara lain hadir di Afghanistan, memikul tanggungjawab memelihara keamanan dan memburu sisa-sisa pejuang Taliban dan Al-Qaeda. -Tentera pengaman Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa beroperasi di Kabul sejak Disember 2001 dan diambil alih oleh NATO pada 11 Ogos, 2003. Panglima perang menguasai kebanyakan daripada negara tersebut. Pada 27 Mac, 2003,Abdul Rashid Dostum, Naib Menteri Pertahanan Afghanistan dan seorang panglima perang yang berkuasa telah menubuhkan sebuah pejabat untuk Zon Utara Afganistan dan melantik pegawai-pegawai untuk pejabat tersebut dan ini bertentangan dengan perintah presiden sementara, Hamid Karzai yang melarang penubuhan zon-zon di Afghanistan .


EKONOMI keluaran dalam negara kasar menurut anggaran 2006 adalah $ 31.9 billion dan jumlah

per kapita adalah $ 1,310. •Sebuah negara yang relatif miskin dan amat bergantung kepada pertanian dan penternakan. • Terjejas kerana berlaku kemelut politik dan tentera baru-baru ini ditambah pula kemarau yang amat teruk antara 1998 dan 2001. •Kebanyakan daripada penduduknya masih mengalami makanan, pakaian, perumahan dan perubatan yang tidak mencukupi akibat operasi tentera dan ketidakpastian politik dan telah menyebabkan inflasi. •Selepas perang, ikhtiar antarabangsa untuk membina semula Afghanistan telah dikemukakan dalam Persidangan Penderma Tokyo pada Januari 2002 dan AS$4.5 bilion dikumpul sebagai tabung amanah untuk ditadbirkan oleh Bank Dunia. •Bidang-bidang yang diutamakan untuk pembinaan semula Afghanistan termasuk: pembinaan kemudahan pendidikan, kesihatan dan sanitasi,pengukuhan keupayaan pentadbiran,perkembangan sektor pertanian serta pembinaan semula perhubungan lebuh raya, tenaga dan telekomunikasi. •Dua pertiga daripada penduduk Afghanistan hidup melalui wang yang kurang daripada AS$2 sehari. •Kadar mortaliti bayi adalah 257 bagi setiap 1,000 kelahiran. • mata wang : Afgani(AFN)


PENDIDIKAN ď ŠDalam musim bunga 2003, dianggarkan bahawa 30% daripada 7,000 buah sekolah di Afghanistan telah mengalami kerosakan yang serius sepanjang lebih daripada dua dekad zaman pendudukan Soviet, perang saudara dan pemerintahan Taliban dan hanya separuh dari sekolah-sekolah ini mempunyai kemudahan air yang bersih, sementara kurang daripada 40% memiliki sanitasi yang memuaskan. ď ŠPendidikan untuk budak lelaki tidak dititikberatkan semasa rejim Taliban, manakala budak perempuan pula langsung tidak dibenarkan memasuki sekolah. ď ŠDengan mengambil kira kedaifan dan keganasan persekitaran mereka, satu kajian yang dijalankan pada tahun 2002 oleh pasukan bantuan 'Save the Children' melaporkan bahawa kanak-kanak Afghanistan bersifat tabah dan berani dan mendapati bahawa institusi keluarga dan komuniti yang kukuh yang membantu memupuk sifat-sifat ini. ď ŠKira-kira empat juta kanak-kanak Afghanistan, mungkin jumlah terbesar dalam sejarah, dipercayai telah mendaftar untuk kelas bagi tahun persekolahan yang telah bermula pada Mac 2003. ď ŠKadar celik huruf untuk seluruh penduduk dianggarkan sebanyak 36%.


KESIMPULAN Afganistan adalah sebuah negara yang termiskin di dunia dan keadaan negaranya dari dulu hingga sekarang sentiasa bergolak akibat campur tangan kuasa asing dalam negaranya.


Afganistan [autosaved] ppt siap  
Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you