Issuu on Google+

e-HADIS JAKIM Koleksi Hadis Kata kunci: JIRAN Sebaik-baik Sahabat dan Jiran Daripada „Abdullah R.huma katanya, sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik sahabat disisi Allah ialah yang terbaik hubungannya dengan sahabatnya dan sebaik-baik jiran disisi Allah ialah yang terbaik hubungannya dengan jiran tetanggannya”.

Eratkan Hubungan Silaturahim Sesama Jiran Daripada „Aisyah R.Ha katanya, “Aku bertanya, wahai Rasulullah SAW, “Aku mempunyai dua jiran tetangga yang berdekatan maka yang mana satukah boleh aku berikannya hadiah?“ Jawab Rasulullah, “Berikan (hadiah itu) kepada jiran yang paling dekat pintu rumahmu”. Berkata Baik Atau Lebih Baik Diam Daripada Abu Syuraih al-Khuza‟ie RA bahawasanya Nabi SAW telah bersabda, “Sesiapa beriman dengan Allah dan Hari Kiamat maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. Sesiapa beriman dengan Allah dan hari kiamat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya, sesiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia bercakap yang baik ataupun diam”. Berbaik-baik Sesama Jiran Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah seorang jiran melarang akan jiran tetangganya yang lain memacakkan kayu pada dindingnya”. Kemudian Abu Hurairah berkata, “Mengapa aku lihat kamu berpaling (daripada peraturan atau sunnah Rasulullah)!..Demi Allah, aku akan wajibkan sunnah nabi ini antara kamu (untuk diamalkan)”. Berilah Walau Sedikit Pun Daripada Abu Hurairah (juga) katanya, sabda Rasulullah SAW, “Wahai perempuanperempuan muslimat janganlah menghina seorang jiran kepada jiran tetangga yang lain, sekalipun (apa yang diberi itu) berupa kaki kambing”. Memelihara Ketenteraman Tetangga Tanda Kesempurnaan Iman Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya nabi SAW bersabda, “Demi Allah, tidak sempurna iman, demi Allah tidak sempurna iman, demi Allah tidak sempurna iman”, lalu ditanya, “Siapa (yang tidak sempurna imannya) wahai Rasulullah?”, jawab baginda, “Iaitu orang yang tidak memberi ketenteraman kepada jirannya dengan sebab kejahatan yang dilakukannya”. Dalam riwayat muslim “Tidak masuk syurga orang yang tidak mententeramkan jirannya dengan sebab kejahatannya”. Sebaik-baik Jiran Tetangga


e-HADIS JAKIM Koleksi Hadis Kata kunci: JIRAN Daripada Abu Dzar RA katanya, sabda Rasululah SAW, “Wahai Abu Dzar Apabila kamu merebus daging (membuat sup) perbanyakkanlah airnya (kuahnya) dan hendaklah engkau ingat jiran engkau”. Dalam riwayat yang lain, daripada Abu Dzar juga katanya, “Sesungguhnya kekasihku (Rasulullah SAW) telah berpesan kepadaku, apabila engkau memasak daging perbanyakkanlah airnya, kemudian lihatlah kaum keluarga jiran engkau dan berilah sebahagian daripadanya dengan cara yang baik”. Berbuat BaikTerhadap Jiran Daripada Ibnu Umar dan Aisyah R.huma, kedua-duanya berkata, sabda Rasulullah, “Jibril sentiasa memesan kepada aku supaya berbaik-baik dengan jiran hingga aku menyangka bahawa Jibril akan menetapkan hukum pusaka antara sesama jiran”. Tegahan Memperlekeh Pemberian Jiran Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Wahai wanita muslimah janganlah jiran memperkecilkan (pemberian) jirannya walaupun (pemberian) itu hanya berupa kaki kambing.” Berzina dengan isteri jiran Abdullah bin Mas'ud meriwayatkan katanya : Aku bertanya : Ya Rasulullah! Manakah satu dosa yang paling besar? Baginda bersabda : Engkau menjadikan sekutu bagi Allah sedangkan Ia yang menciptakan engkau. Aku bertanya : Kemudian apa ?• Baginda bersabda : Engkau membunuh anak mu kerana takut ia makan bersama mu. Aku bertanya : Kemudian apa ?• Baginda bersabda : Engkau berzina dengan isteri jiran mu.• Hadis riwayat Bukhari “Bukanlah dari kalangan orang yang beriman, apabila ia dalam keadaan kenyang sedangkan jirannya dalam kelaparan” Iman Nawawi Jiran terdiri daripada 40 buah rumah sekeliling rumah kita sama ada kiri atau kanan, hadapan atau belakang. Hak jiran? Jiran itu ada tiga macam. Jiran yang mempunyai satu hak, jiran yang mempunyai dua hak dan jiran yang mempunyai tiga hak. Jiran yang mempunyai tiga hak ialah jiran yang muslim yang berkerabat, maka baginya hak jiran, hak mulism dan hak kerabatnya. Adapun jiran yang mempunyai dua hak ialah jiran muslim, di mana haknya ialah hak jiran dan sebagai orang muslim. Manakala jiran yang mempunyai satu hak ialah jiran yang musyrik atau kafir. Al-Ghazali, kitab Bimbingan Mukmin 1. Hendaklah seseorang itu memulakan memberi salam kepada jirannya,


e-HADIS JAKIM Koleksi Hadis Kata kunci: JIRAN 2. Menziarahinya ketika skait dan mengucapkan takziah ketika berlaku kematian dan melawati jenazahnya. 3. Jangan terlalu banyak bertanya tentang hal ehwalnya 4. Memaafkan segala kesalahan dan kesilapannya. 5. Hendaklah menutup keaiban dan kecelaan yang berlaku pada dirinya. 6. Sentiasa bersikap lemah lembut terhadap anak-anaknya dengan tutur kata yang baik 7. Bersedia menolong jiran yang ditimpa bencana 8. Tidak menyakiti hati hiran seperti membuang sampah di pinggir rumahnya. 9. Tidak terpengaruh dengan kata-kata untuk memburuk-burukkan jiran. Adab pergaulan Riwayat at-Tirmidzi “Daripada kebaikan iman seseorang ialah meniggalkan apa yang tidak bermakna bagiya� 'Sesungguhnya telah berjaya orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, orang yang menjauhkan diri daripada perbicaraan yang tidak berguna.' Surah al-Mukminun, 1-3


Koleksi Hadis (Jiran)