Page 1

Refleksi Terlebih dahulu, saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang diamanahkan oleh pensyarah saya yang tercinta iaitu En Zelkepli bin Shahrom. Sempena peluang keemasan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana telah sudi meluangkan masa untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dalam proses penyempurnaan tugasan ini. Beliau tidak pernah menggunakan suara yang kuat semasa bertutur dengan saya dan nada beliau yang lembut telah menghilangkan kebimbangan dan tekanan saya. Oleh sebab beliau ialah tutor bagi kelas saya, maka beliau ibarat ayah saya dalam IPG. Pengorbanan beliau amat saya kasihi dan hargai. Di samping itu, saya juga hendak merakamkan beribu-ribuan terima kasih kepada Dr Tey. Jika tiada tunjuk ajar daripada Dr Tey, saya tidak mungkin akan menghasilkan halaman web yang amat berguna ini. Tambahan pula, saya juga hendak menunjukkan penghargaan yang tertinggi kepada rakan saya yang sudi menghulurkan bantuan apabila saya menghadapi kesusahan dalam proses menyiapkan tugasan ini. Tugasan kali ini merupakan satu pengalaman yang baru kepada saya kerana saya dikehendaki menghasilkan satu bahan pembelajaran berasaskan web untuk satu topik mata pelajaran yang diajar. Selain itu, saya juga hendaklah membuat satu klik video yang bertemakan “integriti� dan menyelitkan ke dalam bahan pembelajaran berasaskan web yang dihasilkan. Tugasan ini merupakan satu cabaran yang cukup besar kepada saya kerana sebelum ini saya memang tidak mahir dalam penggunaan komputer. Saya juga tidak berpengalaman dalam menghasilkan klik video. Namun demikian, sebagai seorang bakal guru yang berprofesional, saya telah menyahut cabaran tersebut dengan sedaya upaya. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan elektif saya dalam kursus saya , maka saya telah memilih PJ tahun 2 sebagai topik web yang hendak saya hasilkan. Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga, namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Maka, saya telah memilih sub tajuk iaitu makanan seimbang yang terdapat dalam Modul Pendidikan Kesihatan sebagai kandungan halaman web saya. Saya berharap melalui halaman web yang saya hasilkan itu, dapat memberi kesedaran kepada semua dan seterusnya mengamalkan pemakanan yang sihat dalam kehidupan seharian.


Seterusnya, saya mula memikirkan isi kandungan yang hendak saya selitkan dalam halaman web saya.

Saya telah merujuk buku teks PJ tahun 2 dan

menyenaraikan kandungan di atas sehelai kertas. Akhirnya, kandungan halaman web saya adalah terdiri daripada kepentingan makanan seimbang, jenis-jenis, piramid makanan, risiko penyakit, tips diet, etika makanan.

Kemudian, saya juga mula

memikirkan reka bentuk kandungan halaman web saya. Bagi menjadikan halaman web saya lebih menonjol, maka saya telah memasukkan navigation bar ke dalam halaman web saya.

Saya telah meminta

bantuan rakan yang lebih mahir dalam penggunaan komputer dan dia telah mengajar saya cara memasukkan navigation bar ke dalam halaman web saya. Seterusnya, saya merancangkan apa yang hendak dimasukkan ke dalam setiap halaman halaman web saya.

Selepas perancangan dengan rapi, saya pun mula melayari internet dan

meminjam buku dari pusat sumber IPTHO. Saya telah mengumpulkan segala maklumat penting yang berkaitan dengan topik halaman web saya dan mengemaskannya ke dalam satu folder agar tidak kehilangan.

Setelah segala maklumat penting siap

dikumpulkan, saya pun mula merekabentuk halaman web saya. Untuk menjadikan halaman halaman web saya menjadi lebih menarik, maka saya telah melayari internet dan mencari animation gif. Saya percaya bahawa kanak-kanak mudah tertarik dengan gambar animation gif yang akan bergerak.

Selain itu, saya pun mencari gambar

makanan yang berwarna-warni dan menyelitkannya ke dalam halaman web saya. Setelah segala bahan siap disediakan, maka saya pun mulakan proses membuat halaman web saya.

Pertama sekali, saya menaipkan isi kandungan ke dalam

halaman web pertama dan meletakkan animation gif dan gambar-gambar yang berkaitan ke dalam web tersebut. Dengan cara yang sama, saya menyiapkan halaman web yang seterusnya dengan cara sedemikian. Dalam halaman web saya, saya lebih mengutamakan gambar-gambar kerana kanak-kanak lebih mudah belajar sesuatu secara visual.

Saya menyelitkan sedikit perkataan yang berkaitan dan bergabung

dengan gambar-gambar tersebut. Walaupun sebahagian besar latar belakang halaman web saya adalah dalam warna hitam, namun saya masih mencampur adukkan segelintir latar belakang yang berwarna-warni ke dalam halaman web. Selain itu, saya juga memasukkan sebuah video yang bertajuk pemakanan seimbang dari youtube ke dalam halaman web saya. Proses ini adalah senang bagi


saya kerana saya pernah diajar oleh pensyarah saya iaitu Dr Tey tentang cara memasukkan video dari youtube ke dalam halaman web. Oleh sebab arahan tugasan kali ini juga mengkehendaki saya menghasilkan satu klik video , maka saya pun mengosongkan satu ruang dalam halaman web saya agar dapat memuatkan video saya. Untuk memudahkan kanak-kanak mengulangkaji, saya telah menghasilkan satu halaman web untuk rumusan. Selain itu, saya juga memasukkan kuiz ke dalam halaman web saya sebagai aktiviti pengukuhan. Kanak-kanak dapat mengukuhkan ilmu yang baru dipelajari dan mendalamkan ingatan melalui kuiz tersebut. Kuiz tersebut adalah dibuat dengan menggunakan perisian hot potato. Di samping itu, saya juga memuat turunkan flash game dari internet dan memasukkan html code ke dalam web saya. Kanak-kanak hanya perlu klikan falsh game tersebut, mereka sudah boleh mainkan permainan tersebut. Halaman web saya yang seterusnya termasuklah refleksi, panduan pengguna, skrip pembangunan video, papan cerita, dokumen standard pembelajaran, rujukan dan profil saya.

Saya telah menggunakan flipbook untuk

menyelitkan refleksi, panduan pengguna, skrip pembangunan video, papan cerita, dan rujukan ke dalam halaman web saya untuk menjimatkan ruang halaman web saya. Saya hanya perlu menyediakan satu halaman web sahaja untuk memuatkan setiap topik di atas. Dalam halaman web “tentang saya�, saya telah memasukkan video yang berkaitan dengan biodata dan tajuk web saya ke dalamnya. Untuk menjadikan gambar saya menjadi lebih menarik, saya menggunakan perisian “meituxiuxiu� . Dengan menggunakan masa lebih kurang 3 minggu, halaman web saya akhirnya berjaya dihasilkan. Bagi proses menghasilkan klik video pula, saya telah memilih nilai rasional sebagai tema integriti saya. Oleh sebab masalah obesiti menjadi satu gejala serius yang melanda masyarakat dunia, maka saya telah memilih topik obesiti sebagai klik video saya. Selain daripada gambar-gambar yang saya tangkapkan sendiri, saya juga memuat turunkan segelintir gambar dan siaran berita yang berkaitan dan memasukkan ke dalam klik video saya. Saya juga mengguntingkan beberapa lagu dan memasukkan kesemua lagu ke dalam klik video saya yang berpanjang 3 minit 38 saat.

Dengan

menggunakan masa lebih kurang 1 minggu, klik video saya berjaya dihasilkan. Dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya telah menghadapi beberapa masalah.

Pertama, saya menghadapi masalah dalam membuat navigation bar.

Walaupun saya telah meminta tunjuk ajar daripada rakan saya, namun navigation bar


yang saya buat tidak terpapar pada halaman web saya. Dengan kemudahan internet, saya telah meminta tolong dari kawan melalui facebook. Setelah mencuba banyak kali, saya pun terus pergi berjumpa dengan rakan tersebut dan menanya rakan saya cara menyelesaikan masalah tersebut.

Rakan saya telah menghulurkan bantuan kepada

saya dan akhirnya navigation bar saya berfungsi.

Pada akhirnya, barulah saya

mengetahui bahawa dengan kecuaian saya salah menulis html code, maka telah terjadi masalah ini. Saya telah mempelajari satu pengajaran melalui kali ini iaitu berhati-hati dan menyemak semula sebelum melakukan sesuatu. Masalah kedua yang saya hadapi ialah komputer saya saya selalu lag dan ini amat menyukarkan proses saya membuat halaman web ini. Oleh sebab saya telah memuat turunkan banyak perisian yang baru ke dalam komputer, maka komputer saya sering lag. Untuk menyelesaikan masalah ini, saya telah menghantar komputer saya ke kedai komputer dan format semula komputer saya. Oleh sebab kesuntukan masa, saya telah meminta kedai komputer agar membaiki komputer saya secepat mungkin. Komputer yang siap dibaiki berfungsi dengan baik dan telah mempercepatkan proses membuat tugasan. Oleh sebab refleksi, panduan pengguna, skrip pembangunan video, papan cerita, dan rujukan saya terlalu panjang, maka saya telah menaipkannya ke dalam microsoft word. Seterusnya, saya pun hendaklah memasukkan microsoft word ke dalam flipbook. Masalah telah timbul sempena waktu ini. menghasilkan flipbook tersebut.

Saya menghadapi kegagalan dalam

Saya telah melayari internet untuk mencari jalan

penyelesaian masalah ini namun saya masih tidak lagi mampu memyelesaikan masalah ini. Akhirnya, kawan saya Jia Hao telah menghantar satu panduan penghasilan flipbook kepada saya. Dengan rujukan tersebut, saya telah berjaya menghasilkan flipbook tersebut.

Saya telah mengetahui bahawa hendaklah menukarkan microsoft word

kepada format pdf terlebih dahulu, barulah boleh menghasilkan flipbook tersebut. Ini merupakan satu pengalaman yang amat berharga kepada saya. Selain itu, saya juga menghadapi masalah dalam memasukkan hot potato ke dalam halaman web saya. Sebelum ini, Dr Tey pernah mengajar saya caranya, namun saya telah lupa tentang prosedur memasukkan hot potato tersebut.

Nasib

baiknya, Dr Tey pernah memberi saya buku panduan, maka dengan merujuk panduan tersebut, saya telah berjaya memasukkan hot potato ke dalam halaman web saya.


Saya juga menukarkan warna latar belakang dan perkataan dalam hot potato kepada warna yang lebih berwarna-warni. Dalam proses penghasilan klik video pula, saya berasa ini adalah tugasan yang agak susah bagi saya kerana saya tidak pernah membuat klik video sebelum ini. Saya langsung tidak mengetahui apa perisian yang diperlukan dan cara bagaimana membuatkanya.

Saya berasa amat risau kerana takut tidak dapat membuat sebuah

video yang berkualiti. Namun, sebagai seorang bakal guru yang berprofesional, saya telah menyahut cabaran tersebut dengan tabah. Saya telah meminta bantuan daripada rakan saya Jia Hao dan Jia Hao telah memperkenalkan movie maker kepada saya. Dia telah mengajar saya cara menambahkan gambar, bunyi, memasukkan caption dan menyambung semula video. “Tak kenal, maka tak cinta�, saya mendapati bahawa saya agak menikmati proses membuat klik video tersebut. Saya dapat mencurahkan kreativiti saya dengan sepenuhnya semasa membuat klik video ini. Saya berasa amat relaks dan gembira apabila melihat hasil video yang saya hasilkan. Walaupun klik video ini adalah buat pertama kali saya hasilkan, namun ia telah memberi satu kepuasan yang cukup besar kepada saya. Selain daripada itu, masalah yang paling besar saya hadapi dalam proses penyempurnaan tugasan ini ialah saya menghadapi kesuntukan masa dalam menyiapkan tugasan ini.

Hal ini disebabkan terlalu banyak tugasan diedarkan oleh

pensyarah-pensyarah dan semua tugasan ini hendaklah dihantar dalam satu tempoh masa yang sama. Keadaan ini telah membuat saya gelisah dan berasa tertekan. Untuk mengatasi masalah tentang kesuntukan masa, saya telah mengaturkan jadual waktu untuk memastikan tugasan-tugasan dapat disempurnakan dalam masa yang ditentukan. Saya telah berjaya menyiapkan kesemua tugasan dengan mengikuti jadual waktu yang telah saya rekakan. Semasa menjalankan tugasan, saya menunjukkan kekuatan saya dalam mereka bentukkan halaman web saya. Oleh sebab halaman web yang saya hasilkan adalah berkaitan dengan murid sekolah rendah Tahun 2, maka saya menambah tokokan banyak gambar dan animation gif ke dalam halaman web saya. Saya juga banyak memasukkan glitter word sebagai tajuk halaman web saya. Hal ini demikian kerana kanak-kanak merupakan golongan yang mudah tertarik kepada sesuatu yang berwarna-warni dan menarik. Untuk menjadikan halaman saya menjadi lebih menonjol,


saya telah memasukkan kalendar dan music player ke dalamnya. Saya telah memilih lima lagu Inggeris yang selesa didengar dan memasukkannya ke sebelah halaman web saya. Saya berasa memuaskan apabila lagu Inggeris saya berjaya dinyanyikan. Tujuan saya memasukkan lagu ke dalam web saya adalah untuk menghilangkan kebosanan penonton. Saya berharap mereka dapat sambil menikmati lagu tersebut dan sambil mendapat ilmu daripada halaman web yang saya hasilkan itu. Selain daripada kekuatan, saya juga mendapati kelemahan saya iaitu cepat berputus asa. Selepas siap mencari perisian dari internet, saya pun mula mencuba perisian tersebut.

Selepas beberapa kali percubaan, saya pun berputus asa dan

mencari semula pula perisian yang lebih mudah digunakan. Saya tidak ada tekad hati untuk mencuba sehingga saya tahu menggunakannya.

Apabila saya menjumpai

kegagalan, saya akan marah ,gelisah dan akhirnya ialah melepaskan tangan. Saya mengetahui sikap ini adalah tidak betul dan perlu diubahkan agar dapat mencapai kejayaan dengan lebih mudah. Saya percaya bahawa saya akan mampu berubah sikap saya yang tidak baik ini secara beransur-ansur. Saya berharap saya akan menjadi seorang yang lebih tabah dan tekad hati dalam menghadapi apa jua cabaran dalam kehidupan. Melalui tugasan ini, saya telah banyak mendapat pengalaman berharga yang tidak dapat dipertandingkan dengan mata wang.

Saya telah banyak membuat

percubaan yang baru dalam proses menyiapkan tugasan ini. Contohnya, saya telah mengetahui cara membuat satu bahan pembelajaran yang berasaskan web. Saya juga mendapat pengalaman menghasilkan klik video. Di samping itu, saya telah memperoleh ilmu tentang cara memasukkan music player, flipbook, navigation bar. Ini memanglah merupakan satu peluang kepada saya untuk mengenali dengan dirinya lebih lanjut. Melalui kali ini, barulah saya mengetahui bahawa dengan usaha sendiri, saya juga mampu menghasilkan satu projek yang baik juga. Sebelum ini, saya memang rendah diri dan sentiasa beranggapan bahawa saya tidak mampu membuat sesuatu dengan diri sendiri.

Namun demikian, saya telah membetulkan tanggapan

tersebut melalui peluang ini.

Saya berasa amat memuaskan dan bangga apabila

melihat hasil yang saya buat itu. Tugasan ini juga banyak memberikan iktibar kepada saya dalam cara mengurus masa dengan lebih berkesan.

Dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya telah


melatih mendisiplinkan diri saya dalam menepati masa.

Saya telah menghindarkan

tabiat suka bertangguh untuk melakukan sesuatu tugas atau aktiviti yang lebih digemari dan mengabaikan pula aktiviti lain yang berguna. Pada masa kini, saya telah berusaha untuk melakukan kerja-kerja yang lebih penting dan aktiviti yang membazirkan masa telah saya abaikan dan akhirnya saya telah berjaya menyempurnakan tugasan ini dalam masa yang dijanjikan. Melalui proses menyiapkan tugasan ini, saya beranggapan bahawa ia telah meningkatkan kafahaman saya tentang penghasilan media untuk P&P. Sebelum ini ,saya berpendapat bahawa penghasilan media untuk P&P adalah suatu yang tidak berfungsi dan hanya membazirkan masa. Selepas saya mula membuat halaman web , saya mendapati bahawa halaman web ini memang dapat menarik perhatian murid untuk belajar. Murid boleh belajar dengan sendirinya dengan hanya malayari internet. Selain itu, ia juga dapat menjadikan proses P&P menjadi lebih menarik dan lancar. Maka, saya berpandangan bahawa guru hendaklah banyak menggunakan kemudahan halaman web tersebut agar murid lebih tertarik untuk belajar. Kesimpulannya, saya telah berjaya menyempurnakan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan.

Walaupun dalam proses menjalankan tugasan ini, saya telah

menghadapi kekangan yang berbagai-bagai, namun akhirnya telah saya atasi. Sebagai seorang bakal guru, adalah dijadikan kewajipan kepada saya untuk menyahut cabaran dengan penuh keyakinan. Melalui tugasan ini, saya telah menjadi lebih berdikari dan berkeyakinan .

Refleksi  
Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you