Page 1

Penisular : RM 1.00 Sabah / Sarawak : RM 1.50

www.islamdaily.net

ISLAM Daily

Friday, 23.September.2011

TEPAT DARI SUMBER

RAMADHAN MERAWAT HATI DAN IMAN KOTA BHARU – Bersyukur kehadrat Allah SWT, kerana kita masih diberi peluang olehNya dapat bertemu lagi dengan Ramadhan 1433H, bulan yang mulia (Ramadhan Karim). Sempena dengannya. marilah kita merenung perjalanan masa kita hidup ini, kita telah memanfaat segala anggota tubuh badan bagi menyempurnakan segala urusan seharian. Jika diibarat sebuah motokar yang kita pakai sehari-hari, akan ada masanya kita perlu bawa motokar ke bengkel untuk diservis atau mungkin perlu dioverhaul bagi memulih dan menjaga kondisi motokar sentiasa berkeadaan baik.

Demikian juga tubuh kita, kena jaga dan perlu dibersihkan luar dan dalam. Maka sampainya Ramadhan adalah bulan untuk kita membersihkan aspek dalaman kita agar pelbagai penyakit berkaitan dengan hati dan iman dapat diubati dengan cara berpuasa dan beribadat. Antara penyakit ialah penyakit syirik, takabur, ujub (seronok sendiri), hasad-dengki, niqmah (dendam), riak (menunjuk-nujuk) dan sebagainya. Maka ibadat sepanjang Ramadhan adalah penawar mujarab bagi semua jenis penyakit ini. Oleh yang demikian, amalan puasa Ramadhan ini diwajibkan oleh Allah sekali seta-

hun antaranya bertujuan supaya manusia melawan nafsu dalam diri, terutama nafsu makan dan minum. Dengan melawan nafsu kita telah melatih diri untuk menghayati bagaimana mengawal hati dan iman supaya tunduk kepada perintah Allah Taala. Di sebalik perintah Allah, wajib atas kita berhenti makan dan minum di siang hari selama sebulan. Meskipun perintah-Nya bercanggah dengan hak kita sendiri. Apa yang utama, dengan cara puasa dan amal ibadat Ramadhan, ia sebagai cara untuk kita membendong perasaan tamak supaya tahu mana satu hak kita dan mana pula hak orang lain.

Pesalah rasuah tetap akan menerima hukuman Allah di dunia atau akhirat MACHANG: Persoalan beban di akhirat hanya ada di dalam Islam. Ia tidak wujud di dalam pengajian aliran sekular mahupun aliran-aliran selain daripada Islam. Justeru, seorang muslim jika dipertanggungjawabkan untuk memikul amanah tidak akan melakukan rasuah dan penyelewengan kerana yakin ia akan ditanya oleh Allah SWT di akhirat kelak. Orang yang melakukan rasuah ialah orang yang yakin bahawa amalannya tidak akan menjadi pahala di akhirat, lantas baginya cukuplah dengan kekayaan di dunia memuaskan hatinya sekalipun diperolehi dengan cara yang haram.

Hakikat inilah yang disebut oleh Allah SWT: Manakala orang yang beriman, kerjanya di dunia diperhalusi agar tidak melanggar syariat Allah SWT kerana dia yakin di sebalik kepayahan yang ditempuhi di dunia, ia dijanjikan dengan pahala oleh Allah SWT di akhirat. Keyakinan inilah yang menghalang tangannya untuk menandatangani cek secara tipu, meluluskan projek secara tipu dan menerima deposit wang secara tipu. Hakikatnya, manusia mungkin boleh sahaja terlepas daripada pendakwaan di dunia dengan meletakkan jawata.n tetapi cerita yang sebenar tetap jua akan terdedah di mahkamah Allah SWT. Dalam hal ini saya bukanlah merujuk kepada kes ini semata-mata, tetapi untuk semua kes dan melibatkan sesiapa sahaja. Pada saya, tidak mengejutkan jika perjuangan sekular diseliputi oleh kes-kes penyelewengan dan rasuah kerana itulah sahaja cara

TG Nik Aziz naik keretapi galakkan pelancongan KUALA KRAI: Program pelancongan amat wajar diadakan di Kelantan bagi menangkis tomahan buruk pihak tertentu terhadap Kelantan sejak 22 tahun lalu. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata fitnah buruk terhadap Kelantan seperti beras tidak ada, rakyat miskin dan lain-lain perlu dijawab melalui program pelancongan untuk menjemput lebih ramai golongan itu melihat perkara sebenar di negeri ini. Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis penutup Pesta Makanan dan Buah-buahan Kelantan 2012 sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK@12). “Dengan melancong ke Kelantan mereka dapat melihat beras tak ada sungguh ke di Kelantan, mundur sungguh ke rakyatnya, benda ni (program pelancongan) wajar diadakan untuk memberi peluang pada rakyat melihat perkara sebenar,�ujarnya. Bukan itu sahaja, katanya Islam menggalakkan pelancongan untuk mengenali sesama manusia di muka bumi ini. Sebelum ini, tambahnya pelancong sering dimomokkan dengan cerita Kelantan miskin, mundur dan berbagai lagi.


2

Nasional

Friday, 23.September.2011

Haji tahun ini lebih baik Banjir: MPK akan baiki buat rakyat Malaysia bagi sistem perparitan memenuhi tahun 2011

PUTRAJAYA - Kerajaan Arab Saudi mengekalkan kuota 28,000 orang untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Bagaimanapun, katanya permohonan untuk mendapatkan kuota tambahan akan diteruskan berikutan masih ramai jemaah Malaysia yang belum berpeluang menunaikan haji ekoran kuota yang terhad setiap tahun. Sehingga kini seramai 936,000

rakyat Malaysia termasuk 4,000 daripadanya berusia lebih 75 tahun sudah berdaftar untuk menunaikan haji, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Masjid Putra, di sini malam tadi. Sebelum ini isu kuota haji untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini menjadi kebimbangan banyak pihak dengan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang mengadakan demonstrasi Bersih 3.0 di Makkah dan Madinah pada 26 April lepas. Berikutan tindakan itu, kerajaan Arab Saudimenghantar nota diplomatik kepada Wisma Putra untuk melahirkan rasa kecewa dengan tindakan berkenaan. Sehubungan itu Jamil Khir menasihati jemaah haji Malaysia supaya menjaga tingkah laku dan ketertiban sepanjang berada di tanah suci.

KLANG: Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan menaik taraf sistem perparitan dan longkang sekitar Jalan Muda Off Jalan Meru berikutan banjir yang agak luar biasa melanda kawasan itu baru-baru ini. Ahli majlis, Noor Najhan Mohd Salleh berkata, penduduk memaklumkan kawasan berkenaan tidak pernah dilanda musibah sejak 20 tahun lalu dan kejadian banjir yang berlaku mengejutkan komuniti di situ serta beberapa langkah segera telah diambil untuk menangani kejadian itu. Menurutnya, hujan selama empat jam itu telah menyebabkan sebahagian rumah dinaiki air dan ia dipercayai berpunca daripada sistem perparitan yang ada di situ. “Berlaku pertembungan air di kawasan ini dan ia menyebabkan limpahan yang agak mendadak serta mengakibatkan ban-

Jangan taksub dengan politik KUALA PILAH – Mahasiswa perlu utamakan matlamat asal memasuki universiti iaitu bagi menggenggam segulung ijazah dan pada masa sama membawa dimensi baru dalam dunia politik kini. Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Pilah, Adnan Abu Hassan berkata, pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang diluluskan oleh Dewan Negara membawa kepada sudut pro dan kontra. Menurutnya, dia berpendapat mahasiswa perlu bijak membahagikan masa dan keutamaan mereka pada pelajaran. “Mereka perlu cemerlang dalam pelajaran bukannya taksub kepada politik hingga mengabaikan matlamat asal mereka memasuki universiti. “Jangan meletakkan keaktifan politik sebagai kayu pengukur menjadi seorang pelajar yang hebat. Jangan terlalu ghairah untuk berpolitik hingga memusnahkan kehidupan pada masa akan datang. Kehebatan seorang pelajar ialah menyeimbangkan semua aspek termasuk akademik, sahsiah diri dan politik,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Umno Bahagian bersama Dewan Undangan Negeri (Dun) Senaling di Dewan Orang Ramai Senaling, baru-baru ini. Hadir sama, Ketua Umno Bahagian Kuala Pilah, Datuk Ismail Lasim. Adnan berkata, tindak tanduk pihak Pemuda Umno Malaysia menubuhkan Kelab Penyokong Umno di institusi pengajian tinggi (IPT) disokong sepenuhnya.

“Sudah pasti usaha Pemuda Umno Malaysia disokong kerana dengan tertubuhnya kelab ini, ia melahirkan generasi muda alaf baru yang peka kepada soal semasa, rasional, berani dan matang dalam menilai perjalanan politik dari mata dunia serta bukan semata-mata dalam negara. “Di samping itu, generasi ini akan lebih kreatif dan inovatif selain mengasah bakat menjadi ahli politik serta pemimpin pada masa akan datang,” katanya. Namun begitu, Adnan menekankan kepada mahasiswa terutama mahasiswa Melayu tidak perlu taksub kepada parti politik sehingga meninggalkan pelajaran begitu sahaja. “Saya pernah menjadi seorang mahasiswa, maka saya tahu bagaimana segelintir mahasiswa terlalu terikut kepada parti politik hingga melanggar undang-undang. Ini tidak patut berlaku kerana kita memasuki universiti kerana ingin menimba ilmu bukan mengetepikan ilmu.“Oleh itu, berpolitiklah secara teratur, harmoni, dan tidak terpengaruh dengan anasir-anasir dan dakyah luar. Politik perlulah bersih,” katanya.

jir dalam masa yang agak pantas. “Selain daripada itu,sampah sarap di parit terlibat juga telah menyebabkan air mudah naik dan ini menyebabkan sekitar dinaiki air

4 Kes penyakit kencing tikus dilapor di HRPZII KOTA BAHARU- Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini merekodkan empat kes penyakit ‘kencing tikus’ atau leptospirosis sejak Januari lepas, yang menyebabkan tiga pesakit meninggal dunia. Pengarah HRPZII Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan berkata dua kes dikesan di Pasir Puteh serta masing-masing satu di Tanah Merah dan Pasir Mas. “Penyakit ini boleh menyebabkan kemudaratan yang sangat teruk melalui jangkitan terutama selepas kita bersentuhan dengan sisa haiwan itu. Paling biasa berlaku adalah sungai atau air bertakung yang dicemari dengan kencing tikus, dan selepas bersentuhan, mereka tidak membersihkan diri,” katanya kepada pemberita pada majlis Aidilfitri Perdana HRPZII hari ini. Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar membersihkan diri jika terdedah kepada sumber air yang kotor untuk mengelak dijangkiti penyakit berbahaya tersebut. Sementara itu, beliau berkata kadar kes demam denggi atau jangkitan akibat gigitan nyamuk Aedes menurun dan tiada kematian direkodkan pada tahun ini. Dalam perkembangan lain, Dr Ghazali berkata beliau yakin pembinaan beberapa blok bangunan baru HRPZII, yang bernilai RM180 juta, akan siap sepenuhnya tahun depan. Beliau berkata ini akan melancarkan lagi operasi hospital itu. “Pembinaan beberapa blok baharu itu telah dimulakan sejak dua tahun lepas dan saya yakin semua unit selepas ini akan kembali ke bangunan baharu malah kita turut menyediakan empat tingkat tempat meletak kenderaan awam,” katanya. -Bernama


Nasional

3

Jamil Khir: Kuota jemaah haji Malaysia tahun ini kekal 28,000

PUTRAJAYA - Kerajaan Arab Saudi mengekalkan kuota 28,000 orang untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Bagaimanapun, katanya permohonan untuk mendapatkan kuota tambahan akan diteruskan berikutan masih ramai jemaah Malaysia yang belum berpeluang menunaikan haji ekoran kuota yang terhad setiap tahun. Sehingga kini seramai 936,000 rakyat Malaysia termasuk 4,000 daripadanya berusia lebih 75 tahun sudah berdaftar untuk menunaikan haji, katanya

kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Masjid Putra, di sini malam tadi. Sebelum ini isu kuota haji untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini menjadi kebimbangan banyak pihak dengan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang mengadakan demonstrasi Bersih 3.0 di Makkah dan Madinah pada 26 April lepas. Berikutan tindakan itu, kerajaan Arab Saudimenghantar nota diplomatik kepada Wisma Putra untuk melahirkan rasa kecewa dengan tindakan berkenaan.

Sehubungan itu Jamil Khir menasihati jemaah haji Malaysia supaya menjaga tingkah laku dan ketertiban sepanjang berada di tanah suci serta tidak mengadakan sebarang program atau perhimpunan yang tidak dibenarkan. “Maka ini akan menjadi satu kekuatan untuk kerajaan Arab Saudi untuk sentiasa melihat Malaysia sebagai negara keutamaan apabila mereka ingin memberikan kuota tambahan dan sebagainya,” katanya. Beliau berkata penerbangan pertama untuk ke tanah suci tahun ini akan bermula pada 17 Sept melibatkan 400 jemaah dan penerbangan terakhir pada 29 Okt. Katanya kerajaan juga akan mengekalkan kos haji untuk 28,000 jemaah muassasah iaitu pada kadar RM9,980 seperti tahun lepas, manakala jemaah kali kedua atau seterusnya perlu membayar tambang mengikut kos sebenar tanpa subsidi. Mengenai Kursus Perdana Haji yang dianjurkan serentak di seluruh negara, Jamil Khir berkata ia diharap akan memberikan gambaran dan panduan lengkap kepada bakal jemaah untuk melaksanakan ibadah kelak. Beliau berkata penerbangan pertama untuk ke tanah suci tahun ini akan bermula pada 17 Sept melibatkan 400 jemaah

Datuk gersang dicekup bersama dengan janda

PETALING JAYA – Seorang lelaki berusia 54 tahun dan pasangannya berusia 41 tahun antara lapan pasangan yang ditahan dalam Ops Cegah Maksiat, Biro Amal Maaruf Nahi Mungkar

Masjid Al-Muhtadin di sebuah hotel bajet di Damansara Damai, awal pagi semalam. Hasil soal siasat mendapati, lelaki yang sudah mempunyai tiga cucu itu menyewa bilik dengan alasan mahu bertemu dengan kekasihnya yang merupakan seorang janda. Manakala sepasang kekasih berusia 22 tahun yang menuntut di sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) tidak mahu mem-

buka pintu dan mempertikaikan tindakan pegawai masjid namun akur selepas penerangan diberikan. Seorang lagi pasangan ditahan berusia 40 dan 31 berasal dari Kedah yang ditahan mengaku sudah bertunang dan bakal melangsung perkahwinan akhir bulan ini merayu minta dilepaskan kerana takut dan malu apabila perbuatan sumbang mereka diketahui. Kesemua pasangan berusia 20 hingga 50 tahun dibawa ke masjid dengan

menaiki van jenazah sebelum ke semua diberikan kaunseling oleh imam masjid. Timbalan Nazir Masjid Al-Muhtadin, Nasir Hassan berkata, operasi tersebut dilakukan bagi membanteras gejala maksiat di kawasan perumahan itu. “Hotel-hotel bajet di sini memang sentiasa dipantau kariah di sini berikutan ia sering menjadi tumpuan pasangan kekasih melakukan perkara tidak elok,” katanya. Susulan itu, satu laporan polis turut dibuat di Balai

Friday, 23.September.2011

Polis temui petunjuk kematian penjaga tempat letak kereta KUALA TERENGGANU - Polis menemui beberapa petunjuk positif berhubung kematian seorang penjaga tempat letak kereta persendirian yang ditemui mati dibunuh di Kampung Gong Manok dekat Kuala Besut Khamis lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata gerakan memburu kesemua suspek yang terlibat sedang giat dijalankan. Katanya, pihak polis juga tidak menolak kemungkinan punca kematian duda yang berusia 27 tahun itu disebabkan perselisihan faham berkaitan dadah kerana hasil siasatan awal mendapati mangsa turut mempuyai rekod penyalahgunaan dadah. “Gerakan memburu sedang dipergiatkan berhubung siasatan lanjut kes itu dan hanya menunggu bukti kukuh untuk membuat serbuan individu-individu yang sudah dikenal pasti,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. Jumaat lalu Bernama melaporkan seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tragis dengan kesan kelaran dan tetakan di bahagian kaki. Mangsa yang dikenali sebagai Faiza Jaafar, 27, berasal dari Kampung Beris Lampu, Kuala Besut dipercayai diseksa sebelum dibunuh berdasarkan kesan tetakan senjata tajam serta kelaran di bahagian kaki dan belakang pinggang mangsa. Mayat mangsa ditemui salah seorang ahli keluarganya pada 2.40 petang selepas hampir dua jam kehilangannya, dalam keadaan terlentang di satu kawasan sawah padi. Mangsa dipercayai mati akibat tetakan di bahagian lutut kirinya hingga hampir putus, betis kiri dan di belakang bahagian pinggang. Polis percaya mangsa dibunuh antara 5 petang hingga 9 malam Rabu lalu. Justeru itu, Manoharan meminta orang ramai yang mempuyai maklumat berhubung kejadian itu tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan dan kes disiasat dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -Bernama

Polis berkas lelaki peragut GEORGE TOWN - Polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes ragut di Jalan Perak, Jelutong pagi tadi. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata polis melancarkan operasi khas bagi memberkas penjenayah terbabit selepas menerima laporan seorang wanita yang mengadu beg tangannya diragut ketika hendak ke tempat kerja pada 7.30 pagi. “Lelaki terbabit bertindak berseorangan dan menunggang motosikal. Dengan bantuan Unit Peronda Polis Elit Evolution X (MPV-Evo), polis berjaya mengesan suspek memberkasnya di Lorong Tenggiri, Seberang Jaya beberapa jam selepas kejadian,” katanya kepada pemberita.


Semasa

4

Friday, 23.September.2011

Kedai makan terbakar angkara perbuatan khianat, kata Halim 2 By 2 KUALA LUMPUR - “Raya Aidilfitri tahun ini adalah detik malang keluarga saya apabila sumber rezeki yang saya usahakan sejak 2000 musnah dalam kebakaran,” kata A Halim Mamat, 37, setelah kedai makan diusahakan bersama isterinya, terbakar di Seksyen 2, Wangsa Maju di sini, minggu lalu. Bekas anggota kumpulan 2 By 2 itu berkata, dia tidak menyangka segala pengorbanan dan penat lelah bersama isterinya, Norsalawati Karman, 35, selama 10 tahun

musnah dalam sekelip mata. Bapa kepada empat cahayamata itu berkata, dia terkejut dengan kejadian itu dan berdasarkan maklumat saksi, dia percaya kejadian itu angkara perbuatan khianat Menurutnya, dia kini buntu memikirkan keadaan nasib keluarganya kerana kedai makan itu adalah satusatunya sumber utama pendapatan keluarga setelah beliau dan isterinya, yang juga bekas penyanyi kumpulan Genuine ,mengambil keputusan berhenti menyanyi dan mengusa-

hakan kedai makan. “Sukar untuk mempercayai kejadian ini menimpa pada keluarga setelah pengorbanan saya dan isteri berhenti dari menyanyi menerima dugaan cukup besar pada hari raya Aidilfitri kali ini, Bagaimanapun, saya reda,” katanya kepada Sinar Harian. Halim berkata, sewaktu jam 1 pagi, hari kejadian, terdapat saksi ternampak api di bawah meja sewaktu kedainya masih belum beroperasi kerana cuti hari raya.

Menurutnya, isterinya menerima panggilan telefon dari sepupu memaklumkan kedai makan terbakar,” katanya. Sementara itu, saksi kejadian, Koay Eng Heng, 31, berkata, dia ternampak api kecil bermula dari meja makan ketika pulang ke rumahnya pada kira-kira jam 1 pagi. Dia yang merupakan pelanggan tetap kedai Halim berkata, ternampak sesuatu seperti kain atau kanvas di bawah meja di kedai makan Halim, mungkin untuk memu-

dahkan api bernyala. Kejadian malang yang menimpa bekas artis tersebut mendapat simpati Pengerusi Pusat Khidmat Barisan Nasional Wangsa Maju, Datuk Yew Teong Look yang turut meninjau lokasi kejadian di Seksyen 2. Sebelum ini, Sinar Harian pernah menyiarkan mengenai dua rumah sampah di Seksyen 2 Wangsa Maju yang dibakar dan dipercayai angkara perbuatan khianat.

Anggota polis bersama rakan Penunggang motosikal kuasa ditahan kes peras ugut tinggi maut kemalangan KUALA TERENGGANU - Seorang anggota polis berpangkat konstabel dan rakannya ditahan kerana memeras ugut seorang lelaki di sini, pada Isnin lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata kejadian berlaku kira-kira 12.30 tengah malam ketika mangsa berusia 23 tahun itu sedang menunggang motosikal telah dihimpit anggota polis berusia 51 tahun terbabit, yang turut menaiki motosikal. “Kejadian tersebut berlaku di hadapan Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Bayas di sini. “Setelah dihimpit, mangsa terjatuh lalu melarikan diri kerana ketakutan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata kira-kira 1 pagi pada keesokan harinya, mangsa yang berada di Jalan Pasir Panjang di sini, menerima satu panggilan daripada seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai ‘Sarjan Bakar’ dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Terengganu. “Dalam panggilan itu, lelaki yang menyamar sebagai Sarjan Bakar telah meminta wang sebanyak

RM300 daripada mangsa jika ingin mendapatkan kembali motosikalnya. “Mangsa kemudian membuat laporan kira-kira 12.55 tengah hari pada hari sama dan ekoran itu, polis membuat perangkap dan menahan dua lelaki di pekarangan IPK,” katanya. Manoharan berkata selain menahan anggota polis terbabit bersama rakannya berusia 28 tahun yang merupakan orang awam, pihaknya merampas sebuah motosikal milik mangsa, wang tunai, sebilah parang serta beberapa tiub putih dipercayai dadah. Hasil ujian saringan air kencing mendapati anggota polis terbabit positif dadah jenis methamphetamine (pil kuda) manakala rakannya positif dadah methamphetamine dan morfin, katanya. Beliau berkata kedua-dua suspek kini ditahan reman bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 379Adan 383 Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan dan Pemerasan. - Bernama

SHAH ALAM - Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi yang menghala ke Subang Jaya maut selepas terlibat dalam kemalangan di kilometer 31.6 Lebuhraya Persekutuan, awal pagi tadi. Difahamkan dalam kejadian jam 3 pagi itu, tangan mangsa, Fuad Wadduddin, 23, yang menunggang motosikal bersendirian juga hampir putus. Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Deputi Superintenden Azmi Mansor berkata, mangsa berkemungkinan gagal mengawal motosikalnya jenis Yahama R6, lalu terbabas di tengah jalan sebelum merempuh penghadang jalan. “Mangsa tercampak ke arah bertentangan jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian. “Insiden ngeri itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan teruk di kaki dan tangannya hampir putus,” katanya. Menurutnya, siasatan mendapati mangsa tidak ikut laluan motosikal di lebuh raya berkenaan dan pihaknya meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.

2 rakan baik maut selepas kereta masuk gaung

KUANTAN- Dua wanita yang merupakan rakan baik terbunuh selepas kereta dinaiki mereka terhumban ke gaung setelah terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Km76 Jalan Kuantan-Segamat, dekat Paloh Hinai, Pekan malam tadi. Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata mangsa, Balqis Amira Mat Hasan, yang memandu kereta Perodua Viva dan rakannya Sharifah Nur Hidayah Syed Hasan, kedua-duanya berusia 26 tahun dan berasal dari Tumpat, Kelantan maut di tempat kejadian. Katanya ketika kejadian pukul 11.30 malam itu, kereta yang dinaiki mangsa hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan menyebabkan kenderaan itu bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna Toyota Avanza. Beliau berkata akibat pelanggaran itu menyebabkan kereta mangsa yang dalam perjalanan ke arah Kuantan melambung dan terhumban ke dalam gaung sedalam enam meter. Pada masa sama, beliau berkata sebuah Proton Wira yang berada di belakang Toyota Avanza tidak sempat mengelak kenderaan itu lalu melanggarnya. Katanya lima individu dalam Toyota Avanza itu dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk menerima rawatan manakala pemandu Proton Wira dan seorang penumpang kereta itu tidak mengalami kecederaan. -Bernama


5

Bisnes

Yes yakin capai 500,000 pelanggan Menurutnya, Yes menerima lebih 10,000 penyertaan di laman Facebook Yes bagi peraduan ‘Menangi Kereta Internet 4G Pertama Malaysia’ yang berlangsung bermula Februari 23 hingga 27 Mac lalu. Peraduan ini memberi peserta peluang untuk memenangi Proton Inspira edisi istimewa dengan capaian internet Yes 4G bernilai RM100,000.

Yes, jenama di bawah YTL Communications, bergerak di landasan yang “Pemenang kereta ini boleh membetul untuk mencapai sasaran 500,000 bawa kereta dari Pulau Pinang sepelanggan pascabayar tahun ini. hingga Muar dan pada masa sama mendapat capaian internet,” katanya. Pegawai Pemasaran YTL Communications, Reggie Chee Pok Jin berkata, je- Antara lain, Proton Inspira istimenama itu masih menjalankan promosi pas- wa ini dilengkapi Yes 4G Huddle, tiga cabayar yang dilancarkan Mac tahun ini. iPad Apple dan sistem audio Sony. “Sekarang kami tidak boleh menyatakan Ng Oon-Ee terpilih sebagai pemenang bilangan sebenar pelanggan kami, ba- kereta Internet selepas mencipta avatar gaimanapun, semuanya dalam perancan- kreatif dan menghantar gambar dirinya. gan,” katanya, selepas mengumumkan pemenang kereta internet 4G pertama Malaysia.

Axis tambah cawangan di Asia Axis Communication, peneraju rangkaian video di dunia semakin mengukuhkan operasinya di Asia Tenggara apabila bakal membuka pejabat baru di Malaysia, Thailand dan Indonesia serta menambah 12 pejabat yang dimiliki di rantau ini. Lokasi terbaru yang akan dibuka di Kuala Lumpur, Bangkok dan Jakarta ini menampung pertambahan kakitangan baru selain mengukuhkan kehadiran syarikat bagi memenuhi kepentingan dan perkembangan rangkaian video di pasaran. Pengurus Negara Axis Communication Malaysia, Nafis Jasmani berkata, langkah membuka beberapa pejabat baru di Asia disokong komitmen syarikat untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan dan rakan kongsinya. “Pasaran di Malaysia, Thailand dan Indonesia didorong kesedaran keselamatan yang semakin meningkat dan permintaan di kalangan sektor awam dan swasta terutamanya dengan anjakan teknologi berterusan daripada analog kepada pengawasan video digital. “Ini disebabkan pengawasan video digital adalah lebih baik di mana ia menawarkan kualiti imej lebih jelas, pemasangan lebih mudah, keselamatan lebih baik, penyelesaian berskala dan fleksibel serta kos pemilikan lebih rendah,” katanya. Menurutnya, pembukaan lokasi di Asia membuktikan pertumbuhan pengawasan video di Asia dan Axis bersedia menghadapi gelombang ini dengan pelbagai tawaran penyelesaian rangkaian video.

Friday, 23.September.2011

MForce optimis jualan meningkat Pengeluar motosikal jenama SYM, MForce Bike Holdings Sdn Bhd (MForce), yakin syarikatnya mampu menjual 30,000 motosikal SYM menjelang hujung tahun ini. Ketua Pegawai Operasi MForce, Fabian Ong Ghee Seong berkata, pihaknya percaya sasaran itu mampu dicapai memandangkan sehingga Jun lalu, sebanyak 17,000 motosikal SYM telah dijual berbanding tempoh sama tahun lalu. “Jumlah tersebut sekali gus menyaksikan peningkatan jualan 200 peratus. Buat masa ini, syarikat mempunyai lima model motosikal dan boleh dikatakan semuanya mendapat permintaan yang baik daripada rakyat Malaysia. “Tahun lalu, kita hanya menjual 13,000 motosikal,” katanya. Sementara itu, Ghee Seong berkata, motosikal jenama SYM kini menguasai lima peratus nilai pasaran motosikal di seluruh negara. Menurutnya, salah satu faktor kejayaan peningkatan jualan motosikal jenama SYM ialah modelnya yang berkualiti tinggi selain harga jualan kompetitif berbanding jenama lain. “Selain itu, maklum balas daripada pengguna juga menyatakan motosikal keluaran kami lebih jimat minyak dan alat ganti lebih murah,” katanya. Sebanyak tiga model jenama SYM iaitu Bonus110 SR, E-Bonus110, VTS200 dan EVO250i, mula dijual sejak tahun lalu, manakala dua lagi model baru, T2 250i dan Maxsym 400i, dijual tahun ini. - Bernama


6

Hiburan

Friday, 23.September.2011

Emosi buat Erra hampir gila “Jawapan saya mudah dan boleh jadi juga jawapan yang kedengaran klise. Saya percaya, ada sebab saya diletakkan dalam keadaan seperti ketika ini. Dulu pun, keinginan sebenar saya ialah untuk menjadi penyanyi, tapi lakonan lebih menjadi. Saya ambil semuanya dengan cara yang positif, selalu positif. Ada sebab saya di sini,” katanya. Mencari sisi terbaik untuk menguraikan gelojak jiwanya, Erra sekalipun tidak melatah biar banyak dan sudah berulangulang juga disuakan dengan MENCORAKKAN kanvas hidup mengikut selera persoalan yang sama. Ternyata hati adakalanya jauh daripada apa yang telah ditentu- sepak terajang sepanjang berbelas tahun berumah kan oleh-Nya. Itu takdir setiap manusia dan ketentu- di persada seni, menjadikan dia cukup berhemah an itu jugalah yang sedang lalui pelakon Erra Fazira. dalam menepis mahupun menelan api kontroversi. Kemasyhuran yang diraih memungkinkan segala Erra tersenyum sepanjang isi hatinya mahu dikehendak hidup mampu diisi namun di sebalik si- gali lagi. Sengaja kisah pengunduran daripada lau populariti, dirinya berada di tengah sasaran. naskhah teater Tun Siti Hasmah di Istana BuDia ditembak bertubi-tubi dari kiri dan kanan. daya diketepikan seketika, sementara wanita beKetika kisah rumah tangganya bersama Engku Emran ranak satu itu mahu ingin diajak bercerita tentang mulai sunyi daripada topik bualan, kini masuk pula pilihan-pilihan yang menjadi keutamaan kendiri. skandal cinta yang entah mana datangnya. Biar set- Kata Erra, dalam memilih dan mencari seseguh manapun dia bertahan, Erra akui boleh goyah. uatu yang terpilih untuk diambil sebagai kepuBerbunyi klise, namun mudah sahaja situasi itu tusan jalan hidup, dia terlebih dahulu condigelar pasrah. Memberi jawapan yang juga keden- dong untuk memikirkan perasaan orang lain. garannya klise, rumusan Erra berbunyi ringkas. “Akan tetapi apabila tiba satu peringkat yang menun-

Cincin ulang tahun jadi cincin tunang

tut saya untuk tidak lagi terlalu memikirkan perasaan orang lain, di situlah kata hati akan mengambil tempat. Sambil membahagi-bahagikan pilihan ke dalam konteks suhu karier hari ini, kepercayaan serta keterbukaan berkongsi perihal diri, kata kunci ‘selektif’ masih tak lepas dari pandangan. “Sejak dari dulu sampailah sekarang, pilihan yang diputuskan dalam karier saya dibuat atas banyak faktor. Ada yang kerana skrip, pelakon, kawan, penerbit dan ekonomi. Sekarang saya terikat dengan Astro namun saya masih ada hak untuk membuat pilihan, bukannya kerana saya terpaksa atau keterlaluan memperbodohkan diri. Tapi tak tahulah jika ada yang fikir begitu, bukan senang nak puaskan hati semua pihak. Saya anggap itu sisi lakonan saya yang berbeza daripada fasa lakonan saya yang terdahulu,” katanya menjawab soal pilihan atas kekerapan persembahan di kaca televisyen ketika ini. Sedar bahawa iklim industri seni di Malaysia tidak seindah di luar negara, sikap terlalu menjaga satatus juga bukanlah sesuatu yang praktikal pada hemahnya. “Saya memang cintakan karier saya tapi jika asyik hendak menjaga status atau jolokan yang diberikan, saya pun kena fikir tentang tanggungjawab saya, ada mulut yang harus saya suap,” getusnya optimis. Masih bergerak atas topik selektif, soal kepercayaan dan keterbukaan Erra untuk berkongsi jeritan batinnya turut terpanggil untuk didekati. Kata Erra, pengalaman ‘ditikam dari belakang’ oleh rakan baik sendiri membuatkan dirinya sangat berhati-hati untuk memberi sepenuh kepercayaan kepada orang lain.

TANPA banyak bunyi, Ahad lalu menyaksikan berlangsungnya majlis pertunangan pasangan pelakon terkenal, Farid Kamil, 31, dan Diana Danielle, 21. Dikatakan, suasana majlis tidak diadakan secara besar-besaran sebaliknya serba ringkas dan sekadar mengikut syarat. Tiada rakan media mahupun rakan artis diundang. Berita gembira itu pula hanya dikongsikan ibu Diana, Norsiah Ramli kepada sebuah akhbar, dua hari selepas anak tunggalnya itu selamat menjadi tunangan orang. Bukan sahaja majlis yang berwajah sederhana, kelestarian cinta ke arah fasa yang lebih serius antara Diana dan Farid juga tidak keterlaluan dalam menguar-uarkan pengisytiharan status ikatan mereka. “Kami cuma buat majlis pertunangan ikut syarat. Bertunang bukannya nikah sebab itu saya tak jemput sesiapa. Kalau ada jodoh, masa nikah nanti saya akan panggil semua orang. “Majlis pertunangan sebenarnya satu majlis yang agak terhad. Ia lebih kepada satu perbincangan antara dua buah keluarga,” ujar Diana yang menjawab usikan media tentang pertunangannya yang berlangsung secara tertutup. Di jari manis wanita kacukan MelayuInggeris itu, tersarung indah sebentuk cincin permata berlian yang berkilau indah. Ditanya tentang tanda kepada gelaran tunangan orang itu, Diana tanpa ragu mengiakan, cincin itu, cincin sama yang dihadiahkan Farid sempena ulang tahun ketiga percintaan mereka. “Sebenarnya, dua butir berlian daripada cincin ini sudah tertanggal, ia di-

hantar ke kedai untuk dibetulkan. Jadi, apabila sudah dibaiki dan dikilatkan semula, saya rasa seolah-olah ia cincin yang baharu,” ujarnya tersenyum namun tiada gambaran untuk meluahkan emosi berstatus tunangan orang. Cukup jelas bunga bahagia yang terpancar dari wajahnya, pelakon yang masih di lokasi filem Kami Histeria bagaimanapun menyerap nasihat orang yang lebih arif untuk memahami erti sesebuah perhubungan. “Apa yang boleh saya katakan, hubungan saya dan Farid sedang bergerak di landasan yang lebih serius. Saya cuba untuk tidak terlalu teruja atau terburuburu dengan pertunangan ini. Tempoh ini sebenarnya satu dugaan yang besar untuk kami dan macam-macam perkara boleh berlaku. Saya harap hubungan ini akan berlangsung sebaik mungkin,” katanya yang masih menanti tayangan filem besar lakonannya, Hanyut dan Sembunyi. Ditemui pada majlis pelancaran filem animasi 3D berjudul Super Squad The Movie, Diana terlibat sebagai pelakon suara bagi watak utama filem berkenaan yang bernama Elly. Filem animasi terbitan Netcarbon Sdn. Bhd dijangka siap Disember tahun depan. Kisah cinta antara Farid dan Diana sudah diketahui umum. Pegangan kedua-dua selebriti itu yang tidak mudah berkongsi cerita serta tidak mahu merakamkan gambar bersama juga cukup disedari. “Fokus saya masih kepada karier, saya masih macam dulu, sama sahaja,” katanya.


7

Kereta BMW 325i Fasha Sandha hilang

KUALA LUMPUR - Pelakon terkenal, Fasha Sandha mengalami kerugian kira-kira RM300,000 apabila kereta jenis BMW 325i miliknya lesap, dipercayai dicuri di kawasan letak kereta Jalan Wangsa Delima berhampiran pusat beli-belah Wangsa Walk, di Wangsa Maju di sini semalam. Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 petang itu, Fasha, 27, yang ditemani ibunya dikatakan meninggalkan kereta itu untuk ke salun Chinta miliknya yang terletak berhampiran premis tersebut. “Fasha yang keluar semula menuju ke arah keretanya 10 minit kemudian terkejut apabila mendapati kereta BMW 325i berwarna putih miliknya telah hilang,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. Jelas sumber itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Fasha di Balai Polis Wangsa Maju berhubung kehilangan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. Sementara itu, Fasha yang ditemui pada majlis pelancaran filem terbaharu lakonannya, Penanggal mengesahkan kehilangan kereta tersebut.

Hiburan

Friday, 23.September.2011

‘Hati saya sudah tiada untuk dia’ PETALING JAYA – Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Razak membuat kejutan dengan menarik balik kes permohonan cerai yang difailkan terhadap isterinya, pelakon Rita Rudaini Mokhtar di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam. Perkembangan itu sama sekali tidak diduga oleh Rita, 36, dan peguamnya, Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain kerana mereka hanya dimaklumkan oleh peguam

Aidil iaitu Ahmad Nazib Johari tentang permohonan itu lima minit sebelum kes disebut semula petang semalam. “Sepatutnya prosiding hari ini (semalam) adalah sebutan untuk melantik wakil ahli keluarga masingmasing bagi membentuk Jawatankuasa Pendamai. “Kami sebenarnya sudah bersedia dan melantik bapa tiri Rita (Johari Jonid) yang datang dari Kangar, Perlis sebagai menuruti ara-

han mahkamah. Oleh itu, kami mohon kos perosiding itu harus dibayar pihak plaintif,” kata Mohd. Zaidi. Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad kemudian membenarkan permohonan plaintif untuk menarik balik kes itu, namun plaintif perlu membayar RM250 kepada defendan sebagai kos kerugian kerana menarik balik kes itu pada saat akhir.

Nora Danish tak kemaruk cari jodoh PELAKON cantik manis Nora Danish Mohd Hanif, 29, sering sahaja berdepan dengan gosip-gosip nakal mengenai kisah peribadinya. Ada sahaja yang ingin menyelak diari kehidupan ibu tunggal jelita itu sejak dia bercerai dengan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 35, pada tanggal 12 Ogos 2008. Satu persatu gosip mengenai dirinya keluar di dada akhbar. Daripada cerita mengenai bekas suaminya Jejai menghadiahkannya kereta mewah baru-baru ini, gosip percintaannya dengan kerabat yang berasal dari Terengganu dan terkini dengan pemain bola sepak kacak Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, 23. Kosmo! berjaya menghubungi Nora Danish semalam dan seterusnya merungkai segala gosip yang membelenggu diri ibu kepada Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 4, itu. Kosmo!: Baru-baru ini timbul cerita mengenai Nora Danish dan Apek saling berbalas Twitter dan mesej di Facebook. Malah, Nora juga pernah bertemu dan berkenalan dengan Apek? Benarkah? NORA: Selepas gosip itu keluar

saya menerima terlalu banyak mesej dan panggilan bertanyakan hal saya dan Apek. Saya terkilan kerana berita mengenai saya dan Apek saling berkenalan dan pernah bertemu sama sekali tidak benar. Saya cuma bangga dan menghormati dia sebagai pemain bola sepak yang bagus. Saya simpati dengan nasib Apek kerana sering dikaitkan dengan ramai wanita termasuk diri saya sedangkan perkara tersebut tidak benar. Kenapa Nora cakap berita mengenai Apek dengan beberapa wanita yang pernah muncul di dada-dada akhbar tidak benar? Adakah Nora benarbenar mengenali Apek? Satu persatu cerita mengenai dia dengan wanita itu dan ini timbul. Selepas itu, timbul kenyataan wanita atau Apek menafikannya. Nampak sangat cerita itu tidak benar dan ada orang yang cuba menjatuhkan reputasi dia sebagai pemain bola sepak Malaysia. Jadi, bagaimana gosip mengenai Nora dan Apek boleh timbul jika ia tidak benar? Orang yang menulis atau yang menyebarkan cerita itu sengaja merekareka cerita. Malah, mereka tidak

pernah tanya saya sendiri mengenai perkara itu. Saya jarang tengok perlawanan bola sepak tetapi bila saya tengok perlawanan sengit dan hebat Malaysia menentang Indonesia saya terus minat. Daripada situ, saya mula kenal Apek dan Safee Sali sebagai pemain bola sepak yang bagus. Selepas itu, saya ada tulis Tweet mengenai dua pemain itu. Malah, pernah pergi bersama teman-teman menonton perlawanan bola sepak Malaysia menentang Singapura pada 28 Julai lalu. Mungkin, daripada situ mereka mula menyebar cerita sedangkan saya dan Apek tidak pernah berkenalan dan bertemu. Selain cerita itu, baru-baru ini Kosmo! dapat tahu Jejai ada membeli sebuah kereta mewah untuk Nora. Benarkah? Ini juga cerita yang tidak benar sama sekali. Saya tidak menerima kereta mewah daripada dia (Jejai). Memang kami masih berhubung dan hubungan kami rapat walaupun sudah bercerai. Jadi, saya ada minta pandangannya mengenai kereta kerana saya tahu dia mahir mengenainya. Malah, saya ada minta tolong dia tempah kereta untuk

saya tetapi saya yang akan membayarnya bukan dia. Namun, selepas uji pandu kenderaan tersebut, saya tidak jadi membelinya kerana merasakan kenderaan tersebut kecil berbanding kereta yang saya bawa sekarang. Kereta jenis apa yang Jejai tempah dan apakah jenis kenderaan yang digunakan Nora sekarang? Tak payahlah saya beritahu kereta apa yang ditempah Jejai itu. Sekarang saya memandu kenderaan Mercedes Benz ML. Jadi, jika bukan dengan Apek, Nora bercinta dengan siapa sekarang ini? Saya tidak terburu-buru ingin mencari jodoh. Malah, saya tidak mahu fikir lagi mengenai hubungan cinta. Apa yang penting sekarang adalah keluarga dan kerjaya. Maaf bertanya. Fasha Sandha dengan Jejai khabarnya akan berkahwin sekitar bulan April ini di Jakarta, Indonesia. Apa komen Nora? Maaf, saya tak mahu komen mengenai mereka. Khabarnya hubungan Nora dengan bekas mertua juga begitu baik sehingga kini. Malah, Kosmo! dapat tahu Nora meraikan hari jadi bekas ibu.


8

Dunia

Friday, 23.September.2011

Korban gempa bumi cecah 89 orang SHANGHAI - Pasukan penyelamat di barat daya China cuba untuk sampai dan membantu penduduk di pedalaman semalam selepas sekurangkurangnya 89 orang terkorban manakala ribuan bangunan turut rosak dalam bencana gempa bumi berkembar, lapor media negara berkenaan. Agensi berita Xinhua melaporkan, dua gempa bumi cetek berukuran 5.6 pada skala Richter menggegarkan kawasan pergunungan di China kelmarin dengan angka kematian dijangka terus meningkat ekoran ketibaan laporan dari beberapa kawasan yang terputus hubungan. Bencana itu menyebabkan bekalan elektrik terputus dan mencetuskan tanah runtuh yang menghalang laluan jalan-jalan raya sekaligusmenggugatusahamenyelamat.

Selain situasi tersebut, anggota-anggota penyelamat dijangka berdepan hujan lebat yang diramalkan turun selama tiga hari bermula hari ini. Stesen televisyen China menyiarkan imej dinding-dinding bangunan runtuh manakala jalan-jalan raya dipenuhi timbunan batu dan runtuhan. Lebih 200,000 orang di wilayah Yunnan dipindahkan selepas gempa bumi berkembar itu meruntuhkan lebih 6,600 buah rumah dan merosakkan ribuan lagi bangunan. Menurut beberapa pegawai, hingga 740,000 penduduk di enam daerah di wilayah berkenaan paling teruk terjejas dalam bencana kali ini. Di wilayah Guizhou yang berjiran dengan Yunnan pula, lebih 11,700 buah rumah rosak dengan kehidu-

pan hampir 28,000 orang terjejas. Xinhua melaporkan lebih 800 orang cedera akibat dua gempa bumi tersebut. Kebanyakan mangsa yang cedera berasal dari daerah Yiliang dalam wilayah Yunnan, berhampiran pusat gempa. Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Wen Jiabao mengadakan satu mesyuarat tergempar di dalam pesawatnya semasa beliau menuju ke zon bencana lewat kelmarin. Xinhua melaporkan, Jiabao tiba di Yilian sejurus selepas tengah malam dan meluangkan masa melawat mangsa-mangsa terselamat di beberapa buah kampung serta hospital di daerah berkenaan. Pasukan penyelamat di Yunnan menyatakan, mereka telah tiba di kebanyakan kawasan paling teruk ter-

jejas di wilayah berkenaan dengan Jabatan Hal Ehwal Awam memberitahu, kerugian ekonomi akibat bencana kali ini dianggarkan sekitar 3.5 bilion yuan (RM1.71 bilion). Gempa pertama berlaku pada pukul 11.19 pagi kelmarin (waktu tempatan) disusuli gegaran kedua sekitar 45 minit kemudian pada kedalaman 10 kilometer (km) di bawah tanah. Gempa bumi berpusat kurang 70km dari permukaan bumi dianggap cetek dan boleh mendatangkan kemusnahan besar walaupun pada magnitud rendah. Pada 2008, sekitar 87,600 orang terbunuh di wilayah Sichuan, barat daya China apabila gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter melanda. - Reuters

Lelaki terkaya Perancis pohon Ramai golongan kewarganegaraan Belgium kaya Iran beli yaan sebanyak 75 peratus di negara berkenaan. Akhbar Belgium, La Libre Belgique memetik seorang pegawai sebagai menyatakan, bilionair berusia 63 tahun itu yang mengetuai empayar barangan mewah LVMH telah mengemukakan permohonannya pada minggu lalu. “Permohonan beliau akan dilayan sama seperti permohonan-permohonan lain,” kata ketua Suruhanjaya Naturalisasi, Georges Dallemagne. “Kami kini menerima 47,000 permohonan untuk diproses.” BRUSSELS - Lelaki terkaya Perancis dan keem- Arnault tinggal di Paris tetapi memiliki kepat terkaya di dunia, Bernard Arnault telah mem- diaman di ibu negara Belgium, Brussels. failkan permohonan untuk menjadi warganegara Menurut majalah Forbes, lelaki berkenaan yang Belgium, menurut beberapa laporan semalam. memiliki anggaran kekayaan bernilai AS$41 Permohonan tersebut difailkan selepas Paris bilion (RM127.5 bilion) merupakan sekutu rapat merancang untuk mengenakan cukai keka- bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy. - AFP

PM Australia tinggalkan APEC selepas bapa meninggal dunia SYDNEY - Perdana Menteri Australia, Julia Gillard menyatakan beliau akan meninggalkan forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Rusia lebih awal kerana bapanya meninggal dunia di tanah airnya. Dalam satu kenyataan semalam, Perdana Menteri berkenaan berkata, John Gillard menghembuskan nafas terakhir pagi semalam di bandar raya Adelaide. Justeru kata Gillard, beliau akan pulang secepat mungkin untuk “berkabung bersama keluarga saya.” Lelaki berkenaan berusia 93 tahun. Perbadanan Penyiaran Australia melaporkan Gillard tiba di bandar raya Vladivostok, timur Rusia kelmarin untuk menyertai rundingan peringkat tinggi tetapi gagal menghadiri sesi pembukaan APEC. Menurut pemimpin berkenaan, Menteri Perdagangan, Craig Emerson kini akan menggantikan tempat beliau pada forum tersebut yang berakhir hari ini. - AFP

kereta mewah

TEHERAN - Golongan kaya di Iran masih mampu membeli kereta mewah walaupun terdapat sekatan yang menjejaskan ekonomi negara ini. Menurut beberapa laporan semalam, golongan kaya itu sanggup untuk membeli kereta mewah sehingga AS$360,000 (RM1.104 juta). “Para pembeli membeli kereta-kereta itu yang pada kebiasaannya berharga dua hingga tiga kali lebih tinggi berbanding di negara asing,” kata seorang jurujual di sini. Sebuah akhbar yang memetik satu perangkaan rasmi kastam menyatakan, sebanyak 563 buah kereta Porsche pelbagai model telah dijual di Iran sehingga Mac 2012. Sasaran Porsche adalah untuk menjual 800 kereta di negara ini. Sebelum ini pasaran kereta mewah negara itu dikuasai BMW dan Mercedes-Benz. Maserati yang merupakan pengeluar kereta mewah dan dimilik Fiat turut meminati pasaran di Iran. Ia akan membuka bilik pamerannya dalam tempoh beberapa minggu lagi. Kereta Porsche dijual di negara ini pada harga antara AS$110,000 (RM337,369) hingga AS$360,000. Buat masa ini, terdapat kira-kira 14 juta kenderaan di jalan-jalan raya di Iran lebih dua kali ganda daripada tahun 2005. Sasaran Porsche adalah untuk menjual 800 kereta di Iran mengalami pelbagai sekatan ekonomi oleh Barat ekoran ia melaksanakan program nuklear. Negara-negara Barat bimbang negara ini akan mengeluarkan senjata nuklear. Namun, Iran menegaskan bahawa ia menggunakan nuklear untuk tujuan keamanan dan bukan ketenteraan. Agensi


Dunia

9

Friday, 23.September.2011

EU fikir campur Balai polis Sinai diserang tangan di Syria PAPHOS (Cyprus): Peningkatan konflik di Syria menimbulkan persoalan mengenai “tanggungjawab untuk campur tangan” di negara itu, kata Menteri Luar Belgium, Didier Reynders, semalam. Menurut Reynders, Eropah kini berasa konflik di Timur Tengah itu menjadi perang saudara yang semakin mendalam. “Timbul persoalan sama ada kita membiarkan perang saudara ini - yang semakin ganas - untuk berterusan, atau perlu mengambil tanggungjawab campur tangan,” katanya kepada media. Reynders memberi komen ketika Persidangan Menteri Luar Kesatuan Eropah (EU) selama dua hari di Cyprus yang terletak kira-kira 100 kilometer dari Syria. Kelmarin, Menteri Luar EU menggesa supaya bantuan besar-besaran ditingkatkan kepada orang awam di Syria ekoran kemungkinan berlaku krisis kemanusiaan di negara berkenaan. Krisis di Syria juga boleh memberi kesan kepada keselamatan Eropah. Reynders berkata, EU perlu memikirkan sama ada terus kekal dalam rangka kerja Majlis Keselamatan PBB dan veto atau sebaliknya. “Jika kita bertindak dalam batasan itu, ia untuk selama mana?” katanya. Majlis Keselamatan PBB cuba memberikan tekanan tambahan ke atas Damsyik dalam tiga usul dikemukakan sebelum ini tetapi digagalkan melalui kuasa veto dua anggota tetap badan itu, China dan Russia. - AFP

Jururawat penjara ‘layan’ banduan LONDON: Seorang jururawat penjara di Wakefield dibicarakan atas tuduhan mengadakan hubungan seks dengan seorang tahanan yang ditahan atas tuduhan rogol sambil dibantu dua rakan setugasnya, lapor media semalam. Karen Cosford didakwa berasmara dengan Brian McBride selepas memberi telefon bimbit kepada banduan terbabit dan berbalas mesej pesanan ringkas lucah. Karen, 47, juga membiayai kos belian tambahan prabayar untuk McBride bagi membolehkan mereka terus berbalas mesej. Hubungan itu terbongkar apabila McBride membocorkan rahsia berkenaan kepada suami Karen, Darrie Cosford, yang bertugas sebagai warden di penjara berkenaan. Dua rakan Karen, Carolyn Falloon, 50, dan Jacqueline Flynn, 46, turut didakwa bersekongkol dengan menyembunyikan insiden berkenaan. Karen menjadi jururawat di penjara itu sejak 15 tahun lalu dan McBride adalah seorang daripada pesakitnya. Perbicaraan masih bersambung. - TS

Akhbar China kecam AS BEIJING: Sebuah akhbar terkemuka China semalam mengecam tindakan Amerika Syarikat mengehadkan perdagangan minyak Iran yang boleh menyebabkan bank China dikenakan sekatan. Akhbar People’s Daily berkata, tindakan sebelah pihak itu bukan saja salah tetapi boleh meningkatkan ketegangan berhubung program nuklear Iran. Amerika Syarikat mengecualikan Jepun dan 10 negara Eropah daripada dikenakan sekatan kewangan kerana negara terbabit sudah mengambil langkah mengurangkan

pembelian minyak dari Iran. Bagaimanapun, pelanggan utama Iran, China dan dan India masih terdedah kepada sekatan. Dalam rencana pengarangnya, akhbar berkenaan berkata, Amerika Syarikat bertindak terhadap Iran untuk memenuhi kepentingannya sendiri. Ia juga berkata, China berhak untuk mengimport minyak dari Iran. - AP

KAHERAH: Sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sebuah balai poils di Sinai Utara semalam, tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Jurucakap polis berkata, penyerang menaiki dua kenderaan dan melepaskan tembakan ke arah Balai Polis Sheikh Zuwayyid police berhampiran sempadan Mesir - Gaza. “Polis membalas tembakan itu dan berlaku pertempuran beberapa ketika sehingga penyerang melarikan diri,” katanya. Balai polis itu terbiar selama kira-kira 18 bulan selepas ia diserang ketika rakyat Mesir bangkit menyingkirkan Hosni Mubarak sebagai presiden pada Februari 2011. Ia kemudian dibuka semula pada 8 Ogos lalu. Pasukan keselamatan Mesir meningkatkan kawalan mereka di kawasan berkenaan bagi memerangi militan Islam selepas sebuah pos kawalan diserang pada 5 Ogos lalu. Insiden itu menyebabkan 16 tentera maut dan menguji kepemimpinan Mohamed Mursi sebagai Presiden Mesir. - AFP

Kanada putus hubungan diplomatik dengan Iran OTTAWA: Kanada menutup kedutaannya di Teheran dan mengarahkan duta Iran diusir, sekali gus memutuskan hubungan diplomatik dengan negara itu, semalam. Tanpa merujuk sebarang insiden yang mendorong keputusan itu, Menteri Luar Kanada, John Baird, menuduh Iran “ancaman terbesar kepada keamanan dunia.” Ottawa

juga mengecam sokongan Teheran terhadap rejim Presiden Bashar al-Assad selain galakannya terhadap “pembunuhan beramairamai ke atas Israel.” “Kerajaan bimbang keselamatan kakitangannya yang terbabit dalam misi diplomatik di Teheran. “Kanada melihat Iran sebagai ancaman besar kepada keamanan global. katanya. - AFP

Bunuh, robek jantung rakan CRESCENT CITY (California): Seorang pengamal seni mempertahankan diri dituduh merobek jantung dan memotong lidah rakannya - yang ketika itu khayal - mengaku salah atas tuduhan membunuh, semalam. Menurut pendakwa, Jarrod Wyatt bersetuju membuat pengakuan itu dan memungkinkan dia menjalani hukuman penjara antara 50 tahun hingga seumur hidup. Penghakiman rasmi ke atas Wyatt dijadual dibuat 4 Oktober ini. Wyatt mengaku salah bagi tuduhan kelas pertama dalam kejadian pada 21 Mac 2010 itu. Pendakwa, Jon Alexander, berkata tertuduh didakwa membunuh rakan seperguruannya, Taylor Powell, 21. “Paling awal Wyatt boleh bertemu lembaga parol (untuk mendapatkan pembebasan awal) adalah pada 2062,” katanya. Sementara itu, peguam Wyatt, James Fallman, berkata tertuduh tidak mahu memberi keterangan dalam perbicaraan dan enggan membenarkan keluarganya dipanggil sebagai saksi. “Justeru, kami memohon persetujuan yang membolehkan Wyatt diberi sekurang-kurangnya peluang mendapat parol pada satu hari nanti,” katanya.

Kata Fallman, dipenjara selama 50 tahun hingga seumur hidup lebih baik daripada dipenjara tanpa kemungkinan diberi parol,” katanya. Persetujuan di antara Wyatt, 29, dengan pendakwa dicapai empat hari sebelum perbicaraan dimulakan. Ketika polis tiba di rumah Wyatt yang terletak di muara Sungai Klamath, mereka menemui dia berbogel dan berlumuran darah. Dia juga mengaku membunuh, membelah dada Powell serta memotong lidah mangsa. Polis juga menemui mayat Powell terbaring di sofa dengan dadanya terbelah, manakala jantung, lidah dan kulit mukanya hilang. Jantung Powell kemudian ditemui pihak berkuasa rentung dalam dapur kayu di rumah berkenaan. Dokumen dikemukakan kepada mahkamah menyatakan, bedah siasat menunjukkan organ Powell diambil ketika dia masih bernyawa. Saksi pula berkata, sebelum insiden itu berlaku, Wyatt dan Powell memakan sejenis cendawan beracun. Saksi juga percaya mereka terbabit dalam sejenis ritual membabitkan “pertembuangn kuasa baik dan jahat.” - AP


Sukan

10

Friday, 23.September.2011

Messi ratah Paraguay Hulk selamat

CORDOBA (Argentina): Lionel Messi membuktikan dirinya sukar dihalang ketika membantu Argentina meraih kemenangan keenam berturutturut dengan mengetepikan Paraguay, 3-1 untuk mendahului pencabar lain dalam kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan, semalam. Kemenangan itu membantu Argentina, antara pasukan pilihan menjuarai Piala Dunia Brazil 2014, mengambil alih teraju pusingan kelayakan dari Uruguay. Argentina turut mengakhiri penantian 39 tahun untuk kemenangan di laman sendiri ke atas Paraguay dalam kelayakan Piala Dunia dan meletakkan lawan mereka di tempat tercorot kumpulan. Messi hampir menjaringkan

hatrik ketiga dalam lima perlawanan antarabangsa tapi cubaannya terkena palang dua kali dan gol tunggal dijaringkan membolehkannya mengumpul 10 gol dalam enam perlawanan termasuk aksi persahabatan. “Ia sungguh indah. Memang menakjubkan apabila penyokong benar-benar sukakan anda,” kata Messi. Messi berjaya membantu rakan sepasukannya beraksi cemerlang pada perlawanan itu dengan Angel Di Maria dan Gonzalo Higuain menjaringkan gol. Kehilangan Sergio Aguero, yang sentiasa dilihat sebagai gandingan serasi Messi, tidak langsung dirasai. “ Kami terus bertahan dan tidak mahu pemain berubah daripada terlalu hebat kepada terlalu

teruk. Messi kelihatan gembira dan menunjukkan perasaan itu di padang,” kata jurulatih Argentina, Alejandro Sabella. Kumpulan terdiri daripada sembilan pasukan, tidak termasuk Brazil yang layak automatik selaku tuan rumah boleh dibahagikan kepada dua kumpulan. Empat pasukan teratas layak automatik ke Brazil manakala pasukan di tangga kelima mempunyai peluang 50-50 menerusi perlawanan play-off menentang pasukan Asia dan empat pasukan tercorot tersingkir. Colombia yang bermain di bawah tahap sebenar pada awal kempen dan menyebabkan penyingkiran jurulatih Leonel Alvarez, 10 bulan lalu melonjak ke tangga kelima selepas membelasah Uruguay, 4-0 di Barranquilla. “Kami tidak boleh hilang fokus dalam kempen ini,” kata jurulatih Colombia dari Argentina, Jose Pekerman selepas pasukannya mencatat kemenangan luar biasa sebaik penyerang berbisa, Radamel Falcao menjaringkan gol awal. “Kemenangan ke atas antara pasukan terbaik dunia yang tidak tewas 18 perlawanan amat penting dan kami perlu meneruskannya,” katanya. - Reuters

Amukan England

CHISINAU: Frank Lampard memastikan England bermula langkah kanan untuk laluan ke Brazil selepas pemain tengah Chelsea itu meledak dua gol bagi membolehkan pasukannya membelasah Moldova, 5-0 pada aksi pertama kelayakan Piala Dunia, semalam. Selepas tersingkir di suku akhir Euro 2012, penting buat pasukan Roy Hodgson mempamerkan aksi meyakinkan di Chisinau dan jaringan ke-

24 dan 25 Lampard bersama England menjadi pemangkin kepada amukan terhadap pasukan kerdil Kumpulan H itu. Lampard memberi England permulaan cemerlang apabila menyempurnakan penalti dan sekali lagi menjaringkan gol sebelum akhir babak pertama manakala penyerang Tottenham, Jermain Defoe turut menyumbang jaringan sebelum James Milner dan Leighton Baines masing-masing men-

jaringkan gol pada saat akhir. Ukraine pasti memberikan ujian lebih getir terhadap mereka apabila berkunjung ke Wembley, Selasa ini tapi ini adalah permulaan positif buat England untuk mara ke Piala Dunia 2014. Tanpa Wayne Rooney dan Andy Carroll yang cedera, Defoe yang selama ini terpinggir berjaya membuktikan kemampuannya dengan gol kedua dalam dua perlawanan antarabangsa terakhir selepas Hodgson memilihnya menggantikan Danny Welbeck. Aksi matang pemain tengah muda Manchester United, Tom Cleverley turut memberikan suntikan semangat buat Hodgson yang bertekad memperbaiki reputasi negara. Pemain Moldova dijanjikan imbuhan �2,500 (RM12,443) seorang jika menewaskan England dan ia bukan satu jumlah kecil bagi negara termiskin di Eropah. - AFP

maruah Brazil

SAO PAULO: Brazil hanya mampu menewaskan Afrika Selatan 1-0 pada perlawanan persahabatan, semalam dan aksi hambar itu mencetus kebimbangan terhadap masa depan Mano Menezes sebagai jurulatih Brazil. Menezes menurunkan jentera serangan terbaik tapi mereka bergelut untuk mengatasi Afrika Selatan dan hanya diselamatkan jaringan pemain gantian, Hulk pada minit ke-74. Penyerang yang menyertai Zenit St Petersburg dengan bayaran 55 juta euro (RM219.2 juta), minggu lalu berada di padang tidak lebih 10 minit apabila menyambar lantunan bola dan merembat dari jarak 12 ela. Menezes mengaku anak buahnya tidak menunjukkan keserasian tapi ejekan penonton yang bermula pada pertengahan babak pertama tidak langsung membantu. “Ejekan itu merimaskan,” katanya. “Pasukan muda ini menganggap ia sebagai tanda kurang sokongan.” Menezes dilantik pada Julai 2010 dan menggantikan pemain lama dengan pemain baru seperti Neymar, Lucas, Thiago Silva dan Oscar. Biarpun pasukannya menang 22 daripada 33 perlawanan, mereka gagal mengatasi pasukan seperti Jerman, Argentina dan Belanda. Bekas jurulatih Corinthians itu tertekan untuk membentuk satu pasukan yang menarik dan mampu menjuarai Piala Konfederasi 2013 dan Piala Dunia 2014, kedua-duanya diadakan di Brazil. - Reuters

Victoria, Serena tentu juara NEW YORK: Serena Williams dan Victoria Azarenka mara ke final Terbuka Amerika Syarikat selepas menewaskan lawan masingmasing di perlawanan separuh akhir, semalam sekali gus mempertemukan pemain terhebat dalam generasinya dengan pemain nombor satu dunia ketika. Serena berada di tahap terbaik ketika membelasah pemain Itali, Sara Errani, 6-1 6-2 untuk meneruskan rentak cemerlang dipamer pada musim panas ini manakala Victoria juga tidak kurang hebat apabila berjaya menyingkirkan Maria Sharapova, 3-6 6-2 6-4 di Flushing Meadows. Berbekal momentum hasil kemenangan Wimbledon kelima, Julai lalu dan kemudian menjuarai acara perseorangan dan beregu di Sukan Olimpik London, Serena akan memulakan pertemuan final sebagai pemain pilihan. “Ini mungkin musim panas terbaik pernah saya alami,” kata Serena. “Ini mungkin kerana anda menang Olimpik dan Wimbledon dan kemudian perlawanan ini, ia sesuatu

yang hebat.” Tidak ramai pemain mampu menyaingi Serena ketika dia cergas dan Victoria sedar betapa hebat cabaran yang menantinya selepas ini. Pemain Belarus itu mengekalkan status sebagai pemain paling konsisten di dunia tahun ini dan menang gelaran Grand Slam pertama di Terbuka Australia, Januari lalu tetapi keputusan menentang Serena sebelum ini tidak menyebelahinya, apabila pemain AS itu menang sembilan daripada 10 pertemuan mereka. “Dia pemain paling sukar ditentang dalam undian ini,” kata Victoria. “Kejayaannya mara ke final menjadikannya lebih sukar dan sudah pasti ia akan menjadi perlawanan paling mencabar. Biarpun berdepan pelbagai halangan, Victoria tidak mudah mengalah. “Tidak kira siapa yang menjadi pilihan juara, setiap pemain yang berada di final berpeluang untuk merangkul gelaran ini. Victoria kini nombor satu dunia, tiada sebab kenapa dia tidak boleh menang,” katanya. Reuters


11

Sukan

Ikut telunjuk GANDINGAN Koo Kien Keat-Tan Boon Heong boleh menentukan masa depan sendiri sama ada mahu terus bergandingan atau dipisah, selepas Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) bercadang mendapatkan pandangan dua pemain itu sebelum membawa usul kepada mesyuarat Exco Persatuan Badminton Malaysia (BAM), pertengahan bulan ini. Meskipun mesyuarat C&T dipengerusikan Ng Chin Chai semalam tidak menyatakan secara terang-terangan akan mengikut telunjuk gandingan itu, namun tindakan mereka yang bermesyuarat selama lebih enam jam mendengar pandangan jurulatih serta ahli jawatankuasa, berkesudahan dengan keperluan pertemuan hati ke hati dengan dua pemain terbabit. “Kami tidak akan dedah usul dibawa kepada Exco, kerana kami perlu bertemu dua pemain terbabit dulu sebelum memutuskan usul yang akan dikemukakan,” kata Pengurus Besar BAM, Kenny Goh. Menurut Kenny, pelbagai usul membincangkan kelebihan atau kekurangan gandingan ini dikekal atau dipisahkan, dikemukakan oleh sembilan jurulatih dalam mesyuarat itu, namun mereka tetap perlu mendapatkan pandangan pemain supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang. “Kami perlukan mereka untuk tempoh empat tahun lagi sama ada da-

lam satu pasangan atau dipisah. Mereka tetap berada dalam kelompok elit program jangka pendek kita. “Sebelum ini saya pernah bercakap dengan Kien Keat-Boon Heong mengenai hal ini. Mereka nyata keliru hingga menyangka kami sengaja mahu menjatuhkan kerjaya dengan memisahkan mereka, kerana terlalu banyak spekulasi dibuat, namun akhirnya mereka menyatakan kesediaan menerima apa juga keputusan untuk kepentingan negara tapi selepas mesyuarat ini, saya perlu bertemu mereka sekali lagi.” Tindakan mahu merujuk kepada dua pemain itu sebelum mengemukakan cadangan kepada C&T menimbulkan persoalan, siapa menentukan masa depan pemain atau BAM mengikut apa saja kehendak pemain dinaung mereka. “Kita buat keputusan secara persetujuan bersama, bukannya mengikut telunjuk pemain. “Justeru untuk kejohanan China Masters dan Terbuka Jepun bulan ini, kami masih gandingkan mereka dan dua kejohanan ini mungkin boleh menjadi rujukan untuk kita membuat keputusan,” kata Kenny. Sementara itu, C&T juga mencadangkan kepada mesyuarat Exco untuk mengetatkan disiplin pemain serta mengusulkan tiga program, jangka pendek, projek 2016 serta 2020, manakala program 12 tahun hanya dibincangkan di peringkat jawatankuasa pembangunan.

Ziyad rangkul gangsa ATLET elit olahraga negara, Muhamad Ziyad Zolkefli meraih pingat gangsa lontar peluru lelaki F20 (masalah pembelajaran) pada temasya Sukan Paralimpik London, semalam. Muhamad Ziyad, 22, menghadiahkan pingat kedua buat Malaysia pada temasya edisi ke-14 dengan lontaran sejauh 15.21 meter. Sebelum ini, pemanah elit negara Hasihin Sanawi menyumbangkan pingat pertama negara, pingat perak dalam acara recurve individu lelaki W1/W2, Isnin lalu. Pingat emas dimenangi Todd Hodgetts dari Australia dengan jarak 16.29m dan perak milik Jef-

frey Ige dari Sweden, 15.50m. Ketiga-tiga atlet melepasi rekod berusia 12 tahun milik Krzysztof Kaczmarek dari Poland, 13.10m dicipta di Paralimpik Sydney 2000. ingat emas dimenangi Todd Hodgetts dari Australia dengan jarak 16.29m dan perak milik Jeffrey Ige dari Sweden, 15.50m Muhamad Ziyad, 22, menghadiahkan pingat kedua buat Malaysia. “Saya bersyukur memenuhi sasaran untuk menang pingat di Sukan Paralimpik ini. Pingat ini untuk ibu bapa dan seluruh rakyat Malaysia,” kata Muhammad Ziyad yang kali pertama mewakili negara di Sukan Paralimpik.

Friday, 23.September.2011

Terpikat budaya timur WALAUPUN merantau jauh dari benua Afrika dan terpaksa melalui perbezaan budaya, pemain import The Red Warriors, Obinna Nwaneri mengaku seronok bermastautin di negeri Cik Siti Wan Kembang, apatah lagi penduduknya ramah dan berbudi bahasa. Selepas menamatkan saingan Liga Super dan Piala FA, pemain berusia 30 tahun dari Nigeria itu semakin serasi dan menerima kelembutan budaya timur yang nyata jauh berbeza dengan budaya negara asalnya. Pemain yang beraksi di posisi pertahanan itu berkata, pada hari pertama menjejak kaki di bumi Kelantan, dia tidak menyangka terdapat penyokong bola sepak fanatik di negeri ini. Katanya, selain terkejut dengan ‘kegilaan’penyokong Red Warriors, dia juga tertarik dengan keramahan penduduk tempatan yang sentiasa memberikan senyuman sekali gus membuatkannya lebih dekat dengan peminat. “Saya tidak menyangka Kelantan mempunyai penyokong begitu fanatik tapi berasa selesa berada di negeri ini kerana keramahan penduduk tempatan tidak membuatkan saya seperti orang asing. “Penduduk tempatan selalu senyum. Itu adalah antara budaya baik yang dapat dipelajari di sini biarpun berada di tempat cukup asing,” katanya. Tidak dinafikan bukan mudah baginya menyesuaikan diri di tempat baru namun situasi itu perlu dilalui dan bersedia bermain di mana-mana negara atau kelab yang memerlukan khidmatnya. Bekas pemain kebangsaan Nigeria itu berkata, perubahan besar dialami sepanjang bersama Kelantan adalah perbezaan budaya malah seakanakan terikut dan ingin mempelajari budaya tempatan yang lebih sopan. Katanya, walaupun berbeza bahasa, kehidupan dilalui di negeri Kelantan cukup mudah kerana penduduk tempatan boleh bercakap dan memahami bahasa Inggeris malah ada peminat yang mengajarnya dialek Kelantan. “Saya datang dari benua Afrika dan sampai ke negara baru namun hanya mengambil masa singkat untuk menyesuaikan diri berikutan keramahan rakan sepasukan dan penduduk tempatan. “Saya lihat penduduk di sini lebih menghormati satu sama lain malah mampu menjalani kehidupan seharian dengan aman biarpun ada pelba-

gai bangsa.” Ketika ditanya apakah aktiviti pada waktu lapang, Nwaneri berkata, dia gemar bersiar-siar di bandar Kota Bharu dan membeli belah di pusat beli belah KB Mall serta pasar Wakaf Che Yeh. Katanya, kehidupan di negeri ini tidak terikat dengan sukan bola sepak semata-mata kerana dia ingin menjadi sebahagian penduduk Kelantan sekali gus berpeluang mempelajari budaya di negeri ini. “Banyak tempat menarik boleh dilawati di sini selain kos hidup yang rendah namun kerana kesibukan jadual perlawanan saya perlu mencari masa sesuai melakukan aktiviti peribadi. “Saya selesa berada di sini kerana suasananya aman, cuacanya bagus dan rakan sepasukan pula ramah dan mesra,” katanya. Menurut Nwaneri, dia juga gemar memasak malah menu hariannya adalah spagheti yang dimasak sendiri. Katanya, untuk menjaga kesihatan dia lebih percayakan masakan dimasak sendiri dan kurang mencuba makanan masyarakat Kelantan yang terkenal dengan pelbagai masakan dan kuih-muih. “Saya boleh ikut budaya masyarakat tempatan, namun daripada segi pemakanan saya ambil berat demi menjaga kesihatan dan kecergasan. Disebabkan itu, saya kurang mencuba makanan tempatan,” katanya lagi. Nwaneri yang menandatangani kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Januari lalu dan kini beraksi hampir keseluruhan perlawanan menjadi tonggak utama di bahagian pertahanan pasukannya. Pada kemunculan pertama, Nwaneri kurang mendapat perhatian penyokong namun selepas mengharungi beberapa perlawanan, namanya mula menjadi buah mulut peminat berikutan pertahanan kental yang dipamerkan ketika mengatasi setiap pemain pasukan lawan. Bagaimanapun, Nwaneri mengaku pada awal penyertaannya dia belum dapat menyesuaikan diri namun selepas mendapat sokongan rakan dan pihak pengurusan, persembahannya bertambah baik Katanya, dia bertekad tidak mensia-siakan peluang membantu Kelantan dalam menghadapi saingan musim ini.


Penisular : RM 1.00 Sabah / Sarawak : RM 1.50

www.islamdaily.net

Friday, 23.September.2011

S ukan ‘United tetap kelab terbaik’ MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson (gambar) percaya skuad The Red Devils telah mencipta sejarah besar dalam kancah Liga Perdana England. Meskipun masih berada dalam kesedihan selepas gagal mempertahankan kejuaraan liga musim ini, Ferguson tetap yakin anak-anak buahnya mampu bangkit pada saingan musim depan. “Apabila anda melihat semula rekod sebelum ini, ia akan menceritakan kehebatan sebenar Manchester United. “Tidak ada kelab di dunia ini yang mampu mencipta drama seperti yang pernah United lakukan. “Saya akui kami gagal muncul juara liga musim ini tetapi jika anda melihat rekod kami sebelum itu, United merupakan sebuah kelab yang perlu diingati,” kata Ferguson. Menurut Ferguson, United akan terus kekal sebagai pasukan yang tiada tolok bandingnya selepas mengecap kejuaraan liga sebanyak 19 kali. Sebagai rekod, United mengungguli liga domestik pada musim 1907/08, 1910/11, 1951/52,

1955/56, 1956/57, 1964/65, 1966/67, 1992/93, 1993/94, 1995/96, 1996/97, 1998/99, 1999/00, 2000/01, 2002/03, 2006/07, 2007/08, 2008/09 dan 2010/11. Dalam pada itu, Manchester City telah bersedia untuk bersaing dengan United bagi menandatangani bintang Inter Milan, Wesley Sneijder. United telah dikaitkan dengan pemain antarabangsa Belanda itu pada musim panas lalu, namun Sneijder lebih berminat untuk kekal di San Siro. Kini Sneijder dijangka memilih City berbanding United apabila skuad kendalian Roberto Mancini itu mahu membina skuad yang lebih mantap bagi mempertahankan status juara Liga Perdana England. Begitupun, Sneijder enggan memberikan sebarang komen mengenai tawaran dua kelab gergasi Manchester itu sebelum berakhirnya kempen Euro 2012. - Agensi

Islam Daily  

Mohamad Nazmi Bin Saufi 52208112261

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you