Page 1

Sila layari www.ceritakakwan.com untuk video, foto dan interview esklusif! CERITA KAK WAN: BAB 3 dari 6 BAB

Semasa pelajar di Dublin, Ireland

Saya masih ingat, pada zaman saya bersekolah rendah. Oleh kerana ayah angkat saya adalah seorang pegawai kerajaan berjawatan Merinyu Kesihatan,

beliau

bertanggungjawab

bagi

memberikan ceramah dan penerangan dalam kempen-kempen kesihatan dan kebersihan kepada rakyat khususnya di negeri Kedah dan Perlis. Jelas di ingatan saya, bagaimana pada suatu hari beliau membawa balik sebuah model nyamuk aedes yang agak besar. Ayah menerangkan kepada saya dengan panjang lebar mengenai nyamuk tersebut, bermula dari habitat pembiakannya sehinggalah ia menjadi nyamuk. Dengan rakan -rakan universiti di Dublin

Saya menjadi semakin ingin tahu, sehingga akhirnya saya berjumpa dengan istilah yang mewakili ilmu berkenaan dengan kajian-kajian mengenai

binatang,

tumbuh-

tumbuhan malah angkasa raya dan sebagainya;

ia

adalah

sains.

Bagaimana sekecil-kecil nyamuk itu, ada hati, jantung, saluran darahnya

yang

tersendiri.

Bagaimana mungkin ada yang mampu mencipta sistem yang hebat ini? Lama saya fikirkan, bagaimana pokok yang pelbagai jenis dengan pelbagai kegunaan, bagaimana pula bebunga mengembang dan sebagainya. Ianya sungguh indah. Siapa yang cipta? Pernahkah kita bertanya siapakah yang menciptakan semua itu?

Mungkinkah manusia yang lemah boleh menciptakan sistem yang sangat kompleks, hebat dan telus itu? Akan tetapi dengan hanya menghantar seekor nyamuk sahaja, Allah boleh menghancurkan seseorang itu sebagaimana yang termaktub dalam sejarah, seorang penguasa yang zalim, angkuh dan sombong bernama Namrud akhirnya mati akibat serangan seekor nyamuk! 1


Sila layari www.ceritakakwan.com untuk video, foto dan interview esklusif! Minat saya kepada sains membawa saya ke

Kad Doktor IC saya

institusi perubatan Royal College of Surgeons in Ireland di kota Dublin, Ireland, bagi menyambung pengajian dalam bidang kedoktoran. Selama di sana saya berkenalan dengan beberapa orang pelajar sahabat senegara malah dari negara-negara lain. Bersama merekalah saya selalu berjumpa dan berborak tentang kursus perubatan, mengenangi makanan kampung yang sedap, cuaca Ireland yang sejuk sekali, dan juga mengadakan diskusi serius mengenai Islam. Antara pengalaman geli hati yang tidak dapat saya lupakan sewaktu belajar di Ireland, adalah apabila mengenangkan masyarakat Katolik Ireland yang tak pernah jumpa Muslimah Melayu memakai tudung, yang selalu salah anggap dan menegur saya sebagai seorang rahib. Bersama pesakit di hospital

Sewaktu kecil apabila saya membaca alQuran, saya memang tak faham sangat apa mesej dan makna sebenarnya yang mahu disampaikan Allah menerusi al-Quran. Masa muda,

saya

kerap

melagukannya

tanpa

fahaman yang sangat dalam. Semasa di Ireland, saya memilki tafsir al-Quran dalam bahasa Inggeris. Saya membacanya saban hari dengan tekun dan khusyuk, subhana-Allah, tafsirannya benar-benar hebat. Pertama kali dalam hidup ini, saya merasakan nikmat yang cukup besar apabila memahami maksud al-Quran, apa yang Allah mahu sampaikan kepada kita. Bait demi bait dan baris demi baris saya tekuni, sungguh saat itu saya merasakan kenikmatannya. Akhirnya saya faham mengapa al-Quran dinyatakan oleh Allah sebagai penawar, mengapa dalam al-Quran dikatakan ada kisah-kisah yang terindah, mengapa membaca al-Quran akan mendatangkan ketenangan apatah lagi jika memahami maksud yang tersurat dan tersiratnya.

Kadang-kadang kegerunan menyelubungi diri dan jantung tergoncang sendiri, kadang-kadang saya rasa sangat nyaman dan tenang, malah ada kalanya saya akan tersenyum sendirian apabila membaca naskhah tersebut. Ia adalah pengalaman spiritual yang sangat bermakna 2


Sila layari www.ceritakakwan.com untuk video, foto dan interview esklusif! buat diri saya sendiri. Mengenangkan hal tersebut,

saya

sering

kali

tidak

Bersama Anwar, Izzah & Nuha di Dublin

menyedari ada butir-butir air yang meleleh membasahi pipi. Ah, sungguh sukar untuk digambarkan perasaan itu. Mungkin itulah yang dipanggil ‘saadah’ iaitu kebahagiaan, selepas datangnya ‘sakinah’ iaitu ketenangan. Sakinah yang saya jumpai hasil daripada membaca dan memahami

teks

al-Quran

kemudian

menjadi saadah yang tidak terucapkan, hanya Allah yang tahu… hanya Allah yang

tahu.

Pada

suatu

hari,

saya

menghadiri sebuah persidangan Islam di Manchester, England. Saya masih ingat, tahun itu adalah 1973. Tanpa disangka-sangka, dalam persidangan tersebut saya terjumpa dengan seorang gadis yang sangat istimewa. Hati saya berdetak dan pandangan saya tertancap pada wajahnya, “Subhana-Allah, gadis ini seakan ada nur yang memancar-mancar dari wajahnya.” Saya tertegun ketakjuban melihat wajah, akhlak dan bicara beliau. Saya tahu dan sedar, kecantikan dan kemanisan yang ada pada dirinya adalah kerana tingginya kebahagiaan dirinya dek kerana iman kepada Allah. Kecintaan dan pengharapan serta penyerahan spenuhnya kepada Allah menyebabkan wajahnya dikurniakan wajah yang sangat sejuk dan mendamaikan bagi dipandang. Nah, itulah kecantikan yang sejati dan hakiki, fikir dan renung saya.

Ukhwah terjalin indah walau dalam perkenalan yang singkat, rupanya beliau berasal dairpada Holland dan baru saja memeluk Islam. Beliau kemudian memilih nama yang cukup indah bagi diabadikan sebagai gelaran barunya sebagai seorang Islam, Bashiera. Pertemuan singkat yang diakhiri perpisahan yang begitu membekas di hati itu tidak akan saya lupakan sampai ke hujung nyawa saya. Walaupun kini Bashiera sudah menjadi sebahagian daripada sejarah hidup saya, namun… kerana hadiah yang diberikannya pada akhir perjumpaan kami amat besar makna dan ertinya, saya akan terus berterima kasih dan menyimpan hadiah tersebut. Sehelai tudung yang menyempurnakan diri saya sebagai seorang muslimat.

3


Sila layari www.ceritakakwan.com untuk video, foto dan interview esklusif! Saya pulang ke tanah air dengan segulung ijazah yang sungguh bermakna, membawa gelaran doktor perubatan yang terpikul segunung amanah di bahu. Semestinya keutamaan saya adalah menyumbang kepada masyarakat di tanah air, itu adalah kewajipan, tanggungjawab sekaligus amal jariah saya kepada rakyat Malaysia. Alhamdulillah, saya juga telah mengharumkan nama negara apabila menjadi pelajar terbaik fakulti perubatan perbidanan dan ginekologi dan dianugerahkan pingat emas yang digelar MacNaughton-Jones Gold Medal for Obstetrics and Gynaecology. Pada saya, ia adalah satu bukti di mana wanita Malaysia mampu memberikan yang terbaik malah mengharumkan nama Malaysia.

Sekembalinya

dari

Ireland,

saya

terus

memulakan tugas di Hospital Besar, Kuala Lumpur. Alhamdulillah, saya sangat menyukai dan sentiasa cuba memberikan servis terbaik kepada para pesakit. Saat yang paling menggembirakan pada saya adalah, apabila pesakit keluar hospital, sihat pulih melambaikan tangan mengucapkan selamat tinggal kepada saya. Melakukan sesuatu bagi kebaikan orang lain dan menolong para pesakit adalah sebenarnya satu nikmat. Senyuman yang menggambarkan kesihatannya sudah bertambah baik menjadi penawar bagi hati yang sunyi saat itu.

Bukan sunyi daripada rahmat dan Kasih sayang Allah. Namun sunyi dek kesibukan di hospital yang sentiasa memerlukan doktor. Kala umur saya sudah menginjak 26 tahun, saya belum lagi bertemu jodoh. Itulah kesunyian seorang doktor bujang, yang boleh dikira sedikit di lewat usia patut kahwin, dan saya memikirkan kemudian meluruskan harap kepada Allah.

Sehinggalah‌ saudara Anwar Ibrahim datang melamar saya.

4

test  

test 123..12345667788990000bbggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg