Page 1

Penentangan Etnik Bukan Melayu Terhadap Kontrak Sosial Kontrak Sosial (Malaysia)


PENENTANGAN ETNIK BUKAN MELAYU TERHADAP KONTRAK SOSIAL • Isu ini timbul mungkin kerana kontrak sosial ini telah dibentangkan kepada masyarakat sebagai satu persetujuan antara elit pada masa tertentu, dalam keadaan tertentu. • Ini menyebabkan generasi baru menganggapnya sebagai tidak lagi relevan. Sebahagian masyarakat bukan Melayu juga menganggapnya kontrak sosial sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan. Ia suatu pemberian yang diberikan kepada mereka yang pada masa itu yang merupakan imigran atau keturunan imigran. • Oleh sebab itu generasi bukan Melayu sekarang menganggapnya sebagai sesuatu yang sudah berlalu. Mereka juga tahu bahawa hak istimewa masyarakat bumiputera adalah sebahagian daripada kontrak sosial. • Oleh kerana bukan Melayu diberikan kewarganegaraan atas syarat-syarat tertentu, masyarakat bumiputera pula diberikan perlindungan melalui fasal-fasal dalam Perlembagaan tentang hak istimewa. Kepada mereka kompromi ini terikat kepada masa tertentu, jadi mereka tidak nampak relevannya sekarang.[1]


PENENTANGAN ETNIK BUKAN MELAYU TERHADAP KONTRAK SOSIAL • Sebahagian kaum bukan Melayu menentang Perlembagaan Persekutuan yang baru digubal itu, khususnya peruntukan mengenai kedudukan istimewa kaum Melayu, selain menuntut kesamaan hak dengan mereka. • Sesungguhnya, mereka ini ingin mewujudkan sebuah negara yang semua rakyatnya, baik yang asal atau bukan asal, menikmati hak yang sama, sesuai dengan identiti Malaysia sebagai negara berbilang kaum. [2]


Komen Tunku Abdul Rahman Tentang Kaum Bukan Melayu • Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman menyatakan bahawa – "...apabila orang-orang Melayu menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka. – Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negaranegara asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah pada masa hadapan." – "Bagai mereka yang mencintai dan berasa bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar, dan mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang sama dengan orangorang Melayu.“[3]


Lim Chong Eu (MCA) • Setelah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, politik perkauman menjadi semakin keruh. • Kemuncak kepada pertubuhan Cina dalam memperjuangkan dasar perkauman mereka berlaku dalam tahun 1958, apabila wujud satu kumpulan baru dalam MCA yang mencabar kewibawaan pemimpin mereka. • Kumpulan ini diketuai oleh Lim Chong Eu yang tidak berpuashati dengan kepemimpinan Tan Cheng Lock yang dikatakan gagal menjaga kebajikan dan kepentingan orang Cina. • Isu perkauman ini telah digunakan oleh Lim Chong Eu untuk mengalahkan Tan Cheng Lock dalam pertandingan merebut jawatan presiden MCA. • Lim Chong Eu begitu hebat mengkritik Dasar Pelajaran Kebangsaan. Mereka mendesak kerajaan supaya menerima bahasa Cina sebagai salah satu bahasa rasmi negara. [4]


Lee Kuan Yew (Malaysian Malaysia) • Lee Kuan Yew menyuarakan perjuangan Malaysian Malaysia iaitu Malaysia untuk orang Malaysia. Perjuangan ini disambung DAP sehingga kini • Dalam Malaysian Malaysia, kedudukan yang tinggal pada orang Melayu hanya sultan-sultan. • Jawatan lain akan dijawat mereka yang berkelayakan tanpa mengira kaum. • Lee Kuan Yew memberi tempoh 20 tahun sahaja kepada Malaysia berperdanamenterikan orang Melayu. Selepas itu sesiapa sahaja boleh menjadi Perdana Menteri.


Lee Kuan Yew (Malaysian Malaysia) • Lee Kuan Yew secara terang-terangan menolak hak istimewa orang Melayu. Katanya – “Orang Melayu berhijrah ke Malaysia hanya kira-kira 700 tahun yang lalu. 39 peratus Melayu pada hari ini, 1/3 daripada mereka adalah pendatang baru seperti Setiausaha Agung UMNO (1960an), Syed Ja’afar Albar (berhijrah drpd Indonesia pada usia lebih 30 tahun) – Oleh itu tidak logik bagi suatu kumpulan tertentu itu memikirkan bahawa hanya mereka saja lebih adil dipanggil rakyat Malaysia dan orang lain boleh menjadi rakyat Malaysia hanya dengan kegemaran mereka.”

• Pendek kata, Lee Kuan Yew menolak pendapat bahawa orang-orang Melayu adalah Bumiputera gugusan kepulauan Melayu


RUJUKAN [1] http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/1224-kontrak-sosial.html [2] http://www.bharian.com.my/articles/Janganungkit_pertikaikontraksosial/Article/ [3] http://ms.wikipedia.org/wiki/Kontrak_sosial_(Malaysia) [4] http://www.ukm.my/jhadhari/makalah/v2n12010/makalah-v2n1-n4.pdf

Penentangan Etnik Bukan Melayu Terhadap Kontrak Sosial  

Kontrak Sosial (Malaysia) CTU 553/UiTM Tunku Abdul Rahman, Lee Kuan Yew, Malaysian Malaysia, Lee Chong Eu

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you