Issuu on Google+

BILANGAN: 07/2010

40 28

CINTA KAMPUS

Pasir Salak perlu RM6j lagi

07

Apabila Rina memadamkan api rokokku

BISNES

HIBURAN

Edisi Ketujuh Ogos/September 17 -30 RAMADAN 1431H

BICARA

RM2.50

27.08 - 09.09.2010

10

Selebriti Hollywood obses kurus

Lumayan jadi usahawan online

ISU

Akhbar Nasional Dwimingguan

www.transisi.com.my

08

Ke mana arah politik Kedah, Perlis?

Natijah

Amuk

Noh Hujan lalui alam siswa

Oleh Muhammad Amsyari Ismail dan Mohd Azhan Othman PASTI tiada siapa dapat memendam rasa ketika melupakan dua insiden menghadapi sesuatu amuk terbesar yang masalah hingga akhirberlaku pada awal nya ia meledak bagaitahun ini dan Ogos ini kan bom bermasa? membabitkan dua lelaki, Mungkin juga semua dipercayai mengalami ini adalah natijah yang penyakit mental, yang terpaksa diterima bertindak menyerang akibat sikap tidak dan membunuh peduli kita terhadap ahli anggota keluarga keluarga sendiri dan masing-masing. anggota masyarakat Dalam hal ini, siapakah di luar sana yang yang harus dipersalahkan? sedang bergelut dengan Apakah situasi ini bermasalah tekanan dan punca daripada sikap kemurungan. sesetengah masyarakat kita yang cenderung

Oleh Gan Yong Li

SIAPA tidak kenal Noh, vokalis kumpulan muzik indie, Hujan yang bukan saja membawa fenomena baru dalam industri muzik tanah air, tetapi turut mencetuskan pelbagai kontroversi berikutan gelagat ‘gilagila’nya ketika berhadapan media dan peminat.

>> Muka 4 & 5

>> Muka 41

Sekarang anda boleh memiliki Ijazah

UUM di Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur kami

lebih yakin dengan UUM

tanpa perlu meninggalkan Kuala Lumpur dan kerjaya anda... muat turun borang di:

http://www.uumkl.uum.edu.my

ungi :

an lanjut, hub

Untuk keterang

r Program, Koordinatodayah 03-2694 4228 ur Pn Noor Hi Kuala Lump ara Malaysia Abdul Aziz, Ut ti rsi ive Un Muda ja Ra lan No. 41-3, Ja Lumpur 50300 Kuala 28 42 Tel: 03-2694 9228 94 -26 03 : ks y Fa l@uum.edu.m E-mel: uumk n (DBA) n Teknologi, biran Perniagaa Doktor Pentad an, Perakaunan, Pengurusa Umum, Kewang jek (MBA) Pengurusan Pro angan, Perbankan (MSc) ) RM Kew Manusia (MH Pengurusan, usan Sumber Sarjana Pengur gurusan Perniagaan Pen Sarjana Muda [BBA (Hons)] n dengan Kepujia gurusan Awam Pen Sarjana Muda [BPM (Hons)] n dengan Kepujia unikasi Kom da )] Sarjana Mu n [BComm(Hons Ehwal Antarabangsa dengan Kepujia Pengurusan Hal *Sarjana Muda n [BIAM (Hons)] ujia Kep gan geris den m bahasa Ing *Untuk BIAM,

n dala

dapat kepujia

calon mesti men


2

ISU

Transisi 27 OGOS - 09 SEPT 2010

Fitnah Felda rencah usang - Ahmad Maslan Oleh Razali Yahaya dan Rudysham Abd Raof

F

ITNAH berhubung kewangan Felda sedikit pun tidak menggusarkan Kerajaan Pusat, sebaliknya ia disifatkan sebagai rencah politik usang. Semua peneroka tanah rancangan yang kini mencecah 112,635 keluarga seluruh negara diminta tidak terpedaya dakyah jahat itu. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, fitnah yang dilemparkan tidak memberi sebarang kesan terhadap parti pemerintah. “Sebenarnya parti pembangkang cemburu dengan kejayaan UMNO meningkatkan taraf hidup rakyat di negara ini, terutama peneroka. Mereka cuba khianat peneroka dan tabur fitnah. Jadi, tTidak hairan isu pembohongan menjadi agenda utama untuk meraih simpati,” katanya. Ahmad berkata, kedudukan tunai Felda yang berkurangan dari RM4.08 bilion pada 31 Disember 2004 kepada RM1.35 bilion pada 31 Disember 2009 tidak menggambarkan kedudukan sebenar nilai keseluruhan aset lembaga kemajuan tanah itu. Daripada keseluruhan keluarga peneroka yang ada di 317 tanah rancangan seluruh negara, Felda berjaya menaik taraf hampir 1.6 juta penduduk, termasuk generasi baru. Pengurangan kedudukan tunai itu disebabkan perbelanjaan dan peruntukan yang dikeluarkan bagi membangunkan masyarakat Felda sepanjang tempoh berkenaan.

“Angka tunai itu juga tidak termasuk nilai saham dimiliki Felda, iaitu kira-kira RM4 bilion. Menara Felda 50 tingkat yang baru dibina berharga RM662 juta di Jalan Tun Razak. Begitu juga 300 pejabat, 70 kilang sawit dan 88 anak syarikat yang dimiliki lembaga kemajuan tanah ini. Lebih penting, kami masih mempunyai 330,000 hektar tanah yang belum lagi diteroka. “Ini semua aset Felda. Apakah ini diterjemahkan Felda bangkrap? Malah, harga Menara Felda yang dulunya sekitar RM930 sekaki persegi, kini sudah mencecah RM1,500 sekaki persegi. Apakah perniagaan yang kami jalankan rugi atau sebaliknya?” tegasnya. Memang benar, kata Ahmad, Felda mengalami kemerosotan dalam kedudukan tunai, tetapi lembaga kemajuan tanah itu

program pembangunan tanam semula kebun peneroka membabitkan pembiayaan sara hidup dari RM1,000 hingga RM1,300 untuk 4.046 hektar sebulan bagi 17,705 peneroka. Selain itu, bantuan pembiayaan pendahuluan hasil daripada RM1,400 hingga RM1,500 untuk 4.046 hektar sebulan, membabitkan seramai 38,058 peneroka. “Pembiayaan ini turut termasuk kos tanam semula dianggarkan RM2,630 seekar (0.404 hektar) bagi kawasan seluas 37,302 ekar (15,095.6 hektar) yang membabitkan keseluruhan kos RM2.42 bilion,” katanya. Selain itu, katanya, Felda mengeluarkan perbelanjaan RM2.41 bilion untuk peneroka dan generasi baru menjalankan aktiviti sosio ekonomi, latihan kemahiran, bayaran bonus insentif produktiviti, sumbangan

bayaran balik bagi tempoh 20 tahun,” katanya. Ahmad berkata, Felda turut menyalurkan peruntukan RM269 juta bagi membiayai program pembasmian kemiskinan rakyat di Sabah hasil keuntungan ladang-ladangnya di negeri itu. Katanya, sejumlah RM220 juta pula dikeluarkan untuk membantu menyelesaikan masalah bekalan air bagi kawasan Felda di Pahang, selain mengeluarkan perbelanjaan RM134 juta untuk projek Perumahan Warga Felda (PWF) sebagai usaha membantu generasi Felda memiliki rumah. “Lima projek PWF fasa pertama ini berkonsepkan rumah mampu milik, di mana ia ditawarkan dengan harga RM35,000 bagi rumah kos rendah dan RM65,000 bagi rumah kos sederhana rendah dan kos prasarana pula dibiayai Felda, di mana

“Angka tunai itu juga tidak termasuk nilai saham dimiliki Felda, iaitu kira-kira RM4 bilion. Menara Felda 50 tingkat yang baru dibina berharga RM662 juta di Jalan Tun Razak. Begitu juga 300 pejabat, 70 kilang sawit dan 88 anak syarikat yang dimiliki lembaga kemajuan tanah ini. Lebih penting, kami masih mempunyai 330,000 hektar tanah yang belum lagi diteroka. mempunyai alasan tersendiri ke-rana banyak mengusahakan perniagaan dan membiayai pelbagai program pembangunan tanam semula kebun peneroka serta pinjaman tanpa riba buat mereka. “Walaupun kedudukan tunai berkurangan dalam tempoh itu, Felda sebenarnya mempunyai nilai aset semasa dan aset tetap yang melonjak sebanyak RM6.2 bilion, iaitu dari RM9.17 bilion pada 2004 kepada RM15.37 bilion pada 2009. “Komponen terbesar perbelanjaan Felda dalam tempoh lima tahun ini, termasuk membiayai

hari raya, tuntutan insurans dan aktiviti kebajikan. “Semua perbelanjaan ini diberi bagi membantu kewangan peneroka, di samping sebagai galakan untuk membangunkan tanah rancangan,” katanya. Selanjutnya, beliau berkata, sejumlah RM603 juta dikeluarkan kepada 19,546 peneroka bagi pinjaman pembesaran rumah dengan nilai maksimum yang dikeluarkan sebanyak RM40,000 untuk setiap rumah. “Peruntukan ini juga dapat meningkatkan kualiti hidup dan pinjaman ini tidak dikenakan sebarang riba dan dikenakan

Ketua Pengarang Zian Johari

Penulis Khas Muhammad Amsyari Ismail Rudysham Abdul Raof

Pengarang Eksekutif Razali Yahaya

Penyunting/Penulis Mohd Azhan Othman

Pereka Kreatif Kanan Sarina Hj Ali Pereka Kreatif Noor Dina Daud

setiap unit rumah melibatkan subsidi kira-kira RM20,000,” katanya. Jadi, katanya, Kerajaan tidak pernah ‘seinci pun songlap’ duit yang ada dalam genggaman Felda, tetapi ia digunakan untuk manfaat peneroka dan pelaburan luar negara. “Mereka sanggup kata kita songlap duit kerana ia sudah menjadi mainan mereka menabur fitnah untuk membuta mata peneroka dan seterusnya membenci Kerajaan. Jadi, saya lihat ini adalah niat jahat untuk memastikan kita dibenci rakyat. “Apabila kita nak saman

Jurufoto Nooratikah Ab Rahim

mereka RM200 juta, mereka cuba hasut pula peneroka Felda Serting heret Kerajaan ke mahkamah pada jumlah sama. Mereka tuduh kami tipu peneroka daripada hasil jualan tandan kelapa sawit. Semuanya karut. “Perlu diingat, bahawa setiap kali peneroka jual hasil, mereka peroleh slip keterangan daripada pegawai Felda. Mereka boleh lihat slip seperti jumlah tandan rosak, tandan mengkal dan tandan masak. Jika tidak puas hati, mereka boleh komplen sertamerta. “Mengapa perlu tunggu lama untuk suarakan hasrat tidak puas hati masing-masing. Kita telus dalam menjalankan tugas dan tidak pernah ada niat menipu peneroka. Malah, setiap jual beli tandan kelapa sawit (Extractive Oil Rate) ada di ruangan perniagaan akhbar utama negara. Jadi, apakah kami menipu mereka?” tegasnya. Sebenarnya, kata Ahmad, kes peneroka Felda Serting bawa Kerajaan ke mahkamah kerana Kerajaan pernah tewas di muka pengadilan ketika peneroka tanah rancangan Kemahang, Kelantan memenangi kes. “Untuk pengetahuan, dalam kes itu Kerajaan tidak kalah. Cuma peguam bela kita tidak dapat hadir pada waktu perbicaraan kerana ada masalah peribadi dan hakim memutuskan supaya ia diteruskan. Jadi, kita tidak mampu bela diri sehingga buat kita kalah di mahkamah. “Jadi, jangan ingat perkara ini (kekalahan) akan berulang kerana kita ada alasan kukuh dan saya nasihat peneroka Serting fikir dua kali sebelum bawa Kerajaan ke mahkamah. “Jangan terpedaya dengan dakyah jahat pihak pembangkang kerana saya bimbang ia boleh makan diri sendiri,” kata Ahmad.

Pengurus Kanan Iklan dan Promosi Fuzilah Hassan

Pengurus Pengedaran Khairi Ng Abdullah

Pengurus Iklan Azleen Abu Bakar

Diterbitkan oleh: UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 06010 UUM Sintok Kedah Darul Aman Tel: 604-9283020 Faks: 604-9283046 Dicetak oleh: ULTIMATE PRINTS SDN BHD (62208H), Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel: 603-5511 3888 Faks: 603-5101 3608


27 OGOS - 09 SEPT 2010

Transisi

Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan - Bidalan -

Merdeka minda daripada dijajah Profil

Tarikh Lahir 28 Mac 1978 Umur 32 Asal England Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Universiti Malaya) Sekolah Menengah (P) Bandaraya, KL Sekolah Rendah Dato Abu Bakar 2, KL Suami Azidi Ameran (bekas pemain boling kebangsaan, kini jurulatih skuad boling remaja negara)

Jaguh Boling Shalin Zulkifli Oleh Muhammad Amsyari Ismail Sejak bila serius dalam sukan boling? Saya memang aktif dan suka bersukan sejak usia sembilan tahun. Saya aktif dalam sukan-sukan sekolah seperti bola jaring, bola tampar, ping pong, bola baling dan shot putt serta mula mewakili negara pada usia 13 tahun. Saya mula serius dalam boling ketika di sekolah menengah (13 tahun). Kenapa boling dan tidak sukan lain? Kerana boling adalah sukan jenis tertutup (closed skill sport) yang mementingkan teknik. Saiz tidak begitu memainkan peranan seperti sukan lain, contohnya olahraga. Peluang untuk jadi juara dunia memang ada dan saya memang meminati sukan ini. Sebenarnya, satu keluarga minat sukan boling. Apakah anda masih ingat bola pertama digunakan? Jenama apa dan apakah ia masih ada? Jenama tidak ingat sebab sudah lebih 20 tahun dan tiada lagi dijual. Tapi saya ingat bola pertama saya itu ialah ‘rubber’ ball berwarna

hitam. Bola itu pun sudah tiada kerana ia sudah pecah dan retak. Jadi, saya tidak simpan. Pencapaian terbaik dan manis yang paling diingati? Banyak (sila rujuk laman web http://web.mac. com/shalinzulkifli/iWeb/ Site/Welcome.html). Setiap pencapaian saya memberi makna berbeza. Tetapi tiga teratas ialah menang kejuaraan kebangsaan sebanyak empat kali (rekod hingga kini) dan peserta termuda (14 tahun), menang pingat emas Sukan Asia Hiroshima 1996 (Sukan Asia pertama) dan Busan 2004 (menang acara Masters dan emas terakhir) dan menjadi wanita pertama menang kejohanan World 10 Pin Masters di England pada 2001. Siapa paling anda kagum dan masih hidup hingga sekarang? Ada beberapa orang. Pertama, ibu bapa kerana banyak berkorban dalam membantu mendidik saya menjadi juara. Bukan saja sukan, tetapi juga menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Kedua,

Pencapaian terkini Terbuka Kuwait 2010 – Tempat ke-2 (Wanita) Kejohanan Asia (Hong Kong) 2008 – 1 Emas (Pasangan) Siri Wanita PBA 2008-09 – Kelayakan ke-3 Kejohanan Dunia Wanita (Mexico) 2007 – Emas (Pasukan) Sukan SEA 2007 – 3 Emas (Pasangan Campuran, Trio, Pasukan)

Tun Dr Mahathir Mohamad kerana saya kagum dengan kepimpinan dan visi beliau yang membawa Malaysia ke era dan tahap yang maju. Apa kita kecapi sekarang di segi ekonomi dan ketenteraman negara adalah hasil pengorbanan tokohtokoh lama. Tanpa visi Tun, mungkin arena sukan tidak dapat mencapai tahap dunia seperti hari ini dengan melahirkan jaguh dunia dalam pelbagai jenis sukan. Saya mungkin tidak jadi atlet seperti sekarang tanpa bantuan Kerajaan. Ketiga, Michael Jordan kerana dia banyak pengorbanan dilakukannya untuk capai tahap tertinggi dalam sukan.

berpegang pada ungkapan ini. Kami banyak melakukan aktiviti bersama daripada bersukan hingga aktiviti harian lain.

Apakah yang paling anda takut? Saya bukan seorang yang senang takut. Saya hanya takut Allah.

Berapa jam sehari habiskan masa di lapangan boling? Kami berlatih 2-3 jam sehari dari Isnin hingga Jumaat. Kami juga menghadiri gimnasium tiga kali seminggu selepas latihan. Kadangkala kami akan masuk kelas psikologi sukan tambahan atau sesi latihan tambahan jika ada pertandingan besar.

Apakah perkataan atau ayat yang paling kerap anda sebut? Anything that is worth doing is never easy. Apakah bakat yang paling anda inginkan selain hebat bermain boling? Menjadi usahawan berjaya dan dapat beri motivasi kepada atlet muda untuk jadi juara dunia. Motto hidup anda? Believe in Yourself even when others Don’t. Gambaran sebuah keluarga bahagia buat anda? Saya gemar ungkapan ini, ‘A family that plays together, stays together’. Ini memang benar dan keluarga saya pun memang

Apa yang anda gemar lakukan pada waktu lapang? Saya gemar membaca dan mengumpul buku-buku autobiografi atlet lain, termasuk buku psikologi dan motivasi. Saya juga suka menonton wayang bersama suami dan kami sering bercuti pada hujung minggu apabila tidak sibuk. Tidak terkecuali aktiviti lasak, menghadiri kem bina semangat dan membeli-belah turut menjadi kegemaran saya.

Gambarkan diri secara ringkas? Berprinsip, berpendirian teguh, patriotik, setia, cekal, ‘simple’ dan suka memasak. Jika Shalin bukan seperti Shalin yang dikenali sekarang, siapakah anda? Saya mungkin masih menjadi atlet tetapi dalam sukan lain. Cita- cita saya semasa di bangku sekolah ialah peguam atau ahli arkeologi. Bayangkan hidup anda tanpa boling? Saya tidak dapat bayangkan

kerana Allah memang sudah menganugerahkan bakat ini untuk saya jadi seorang ahli sukan. Saya mungkin akan terbabit secara tidak langsung dalam sukan ini walaupun sudah bersara kerana boling sudah menjadi sebahagian daripada hidup. Filem terbaru ditonton dan bersama siapa? Inception, bersama suami. Barang yang paling anda sayang dan sentiasa bawa ke mana-mana? Kenapa? iPhone, MacBook Pro dan jam tangan Ball. Semuanya hadiah dari suami. Suami tahu saya gila gajet dan sukakan produk Mac. Jadi, dia hadiahkan iPhone dan MacBook. Saya sangat sukakan teknologi dan seorang yang ligat dan tidak boleh duduk diam. Apa pengertian merdeka bagi anda? Merdeka di segi minda daripada sebarang penjajahan. Merdeka memberi erti mendalam buat saya kerana datuk dan nenek saya banyak berkorban untuk membantu kemerdekaan negara. Kita tidak patut mensia-siakan segala pengorbanan mereka. Setiap kali saya menang atau meraih pingat untuk Malaysia, saya rasa seperti memberi sumbangan kepada negara dalam bidang saya, iaitu sukan. Ketika bertanding pula saya rasa seperti mewakili semua rakyat Malaysia. Saya bangga menjadi atlet kebangsaan yang boleh menaikkan martabat negara di mata dunia melalui sukan.


4

ISU

Transisi 27 OGOS - 09 SEPT 2010

Amuk: Usah pendam masalah >> Dari Muka 1

P

ADA 14 Ogos lalu, negara digemparkan dengan insiden ‘sahur berdarah’ di Teluk Intan, Perak apabila seorang isteri, Khairul Bariah Ariffin, 36, mati ditetak suaminya, Mohd Natri Sharuddin, 39, dipercayai sakit mental, yang tiba-tiba mengamuk ketika cuba mengejutkan mangsa dan dua anak mereka. Bagaimanapun, Mohd Natri akhirnya mati selepas ditembak dua das ketika cuba menyerang anggota polis yang cuba menenangkannya. Terdahulu, pada awal tahun ini (5 Januari), seorang penganggur, Rasidi Ismail, 32, mengamuk dengan membunuh empat ahli keluarganya di Gemencheh dan membawa kepala bapanya, Ismail Awang, 76, menaiki bas ke Kuala Lumpur sebelum kepala itu ditanam di sebuah tanah perkuburan di Shah Alam. Lebih menggerunkan, barubaru ini, Rasidi ketika hadir di mahkamah mengaku melakukan pembunuhan tersebut selepas mendapat arahan membunuh daripada visual tulisan di dinding. Di segi istilah, amuk adalah antara perkataan Melayu yang terdapat dalam kamus perbendaharaan bahasa Inggeris dan dieja sebagai amok atau amuck, bermaksud kelakuan gila akibat kemarahan tidak terkawal dengan menyerang secara tibatiba untuk membunuh. Perkataan tersebut muncul ketika zaman kolonial Portugis dan Inggeris menjajah Tanah Melayu (Malaysia) apabila penduduk tempatan, yang pada awalnya dilihat sangat pasif dan mudah dikawal, tiba-tiba bangkit memberontak hingga meninggalkan trauma dalam kalangan askar penjajah. Carr JE dan Tan EK dalam buku ‘In Search of The True Amok: Amok as Viewed With The Malay Culture’ (1976) menyifatkan fenomena amuk di segi budaya Melayu sebagai preskripsi budaya bagi perilaku ganas dalam menghadapi sesuatu situasi.

Menurut buku itu, amuk tidak dianggap sebagai penyakit, melainkan urutan perilaku yang didorong pelbagai faktor etiologi, iaitu kaitan sebab dan akibat daripada sesuatu peristiwa. Bagaimanapun, dunia perubatan hari ini menamakan gejala amuk sebagai psikopatologi, iaitu istilah yang kerap digunakan pakar psikiatris bagi merujuk kepada proses perkembangan penyakit mental. Pengarah Institut Sosial Malaysia, Profesor Madya Dr Mohamad Fadzil Che Din berkata, amuk terjadi disebabkan individu itu menggunakan tenaga dalam dirinya untuk disalurkan ke arah perkara yang negatif. “Jika seseorang individu itu bijak menyerap tekanan dialaminya, dia tidak akan mengamuk. Sebaliknya menyalurkannya ke arah perkara positif seperti beriadah dan menyanyi. “Kebiasaannya, amuk berlaku apabila seseorang individu itu gagal mencapai apa dihajatinya. Lantaran, masalah itu dipendam dan tidak dikeluarkan sama ada dalam bentuk berbicara atau mendapat sokongan orang lain. Ini menyebabkan dia kecewa dan bertindak untuk mengamuk,” katanya. Kewujudan amuk dalam diri adalah sebahagian naluri manusia, di mana tenaga psikik dalam tubuh mendorong seseorang itu melakukannya atau berusaha mencapai sesuatu. Resam manusia sememangnya cenderung untuk memendam rasa. Tetapi, jika sikap itu gagal dibendung dan dikawal, ia berisiko menyebabkan individu itu melepaskannya dengan cara negatif. Malah, Dr Mohamad Fadzil melihat amuk sebagai proses pembelajaran yang ada kaitan dengan pendedahan melampau masyarakat hari ini kepada program-program ganas di media elektronik dan internet. Justeru, menurutnya, pelbagai nilai negatif itu secara tidak sedar dipelajari mereka seperti makihamun, carut, fitnah, pukul atau pembunuhan. “Di sini, adalah penting bagi

Rasidi mendakwa mendapat arahan membunuh melalui visual tulisan di dinding. keluarga, rakan, komuniti dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) peka terhadap individu yang mengalami masalah. “Jika masalah golongan ini dibiarkan berlarutan, inilah yang mendorong amuk berlaku. Berikan mereka sokongan dan jadi rakan bicara supaya mereka dapat meluahkan masalah yang terbeku dalam diri.

“Kita juga perlu menggunakan sistem super ego iaitu nilai positif paling tinggi untuk mengatasi masalah amuk ini,” katanya. Pendakwah bebas, Datuk Daud Che Ngah mengakui kebelakangan ini banyak kejadian pelik berlaku seperti amuk, buang bayi dan sumbang mahram. Baginya, semua insiden

tersebut berlaku berpunca daripada kurangnya penekanan dan sikap tidak ambil berat masyarakat terhadap ajaran Islam. “Salah satu punca kes amuk ialah disebabkan tekanan hidup individu itu sendiri. Dia mungkin memikul beban yang berat atau rasa bersalah serta kurang selesa dalam diri. “Jadi, apabila tiada saluran

>> Muka 5

Mangsa insiden amuk Khairul Bariah di Teluk Intan meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan badan akibat ditetak suaminya.


27 OGOS - 09 SEPT 2010

ISU

Transisi

DAUD

DR MARIANI

5

DR FADZIL

Hayati ajaran Islam sebagai pedoman hidup >> Dari Muka 4

untuk melepaskan tekanan itu, mereka akan mengambil tindakan negatif dan salah hingga cenderung melakukan jenayah. “Seharusnya, ajaran Islam perlu ditekankan kerana Islam itu indah untuk dihayati. Jika seseorang penganut Islam tersebut benar-benar menghayati ajaran Islam dengan sempurna, maka keberkatan Allah dekat pada dirinya. Jadi, tidak timbul isu dia melakukan perkara yang dimurkai,” katanya. Firman Allah dalam Al-Quran, Surah Al-Israa’, ayat 80: “Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa) “Wahai Tuhanku! Masukkanlah aku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, dan keluarkanlah aku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisimu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.” Daud menyarankan umat Islam mengamalkan ayat di atas sebagai pedoman dan kekuatan diri dalam memohon petunjuk Allah. Menurutnya, individu yang mengalami masalah jiwa adalah lebih baik merujuk pakar agama atau pakar psikitari untuk mendapatkan bantuan mental dan emosi. Pensyarah Jabatan Psikologi dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mariani Mohd Nor pula berkata, di segi psikologi, amuk adalah tindakan ganas atau luar biasa individu yang boleh mendatangkan kecederaan kepada orang lain tanpa mengambil kira siapa termasuk ahli keluarga, kanakkanak atau bayi. “Amuk berlaku kerana individu itu cuba dapatkan kepuasan diri selepas gagal mendapatkannya

daripada orang lain. Halangan ini memberi tekanan peringkat pertama apabila individu berkenaan dalam kebingungan kerana gagal menyelesaikan masalahnya. “Individu itu kemudian cuba mengatasi masalahnya tetapi masih gagal. Justeru, dia bertindak dalam situasi fikiran bawah sedar. Dia akan bertindak melulu dan melakukan apa terdaya dengan menjadikan benda berhampirannya sebagai senjata, tidak kira parang, topi keledar atau pisau,” katanya. Dr Mariani berkata, puncapunca tekanan ini disebabkan masalah pesakit yang tidak dapat diselesaikan atau tidak mendapat sokongan keluarga. Menurutnya, masyarakat perlu mengenal pasti siapa kalangan ahli keluarga mereka yang memiliki masalah ini dan pesakit perlu diberikan perhatian. Setiap orang ada ego atau ID, tetapi bagi individu yang mengalami tekanan jiwa, emosi mereka sering tidak stabil dan sudah lama terpendam atau dipendamkan dalam diri serta hanya menunggu masa meletup (timing bom). Bagaimanapun, bagi Mariam, masyarakat tidak boleh menyalahkan individu yang mengamuk ini kerana mereka inginkan perhatian. Sebaliknya, sokongan dan moral perlu diberikan kerana mereka cenderung mengambil jalan pintas dengan mengamuk jika tidak mendapat apa dihajati. Menurutnya, terdapat kes amuk, di mana individu itu kononnya diarah oleh suara kecil untuk melakukan sesuatu sama ada mencederakan atau membunuh orang berhampirannya. “Ini dipanggil halusinasi. Ia kerap berlaku apabila seseorang itu sering keseorangan. Keba-

nyakan kes amuk terjadi apabila mereka kerap bersendirian. Ini mungkin didorong akibat masalah tidak mendapat pekerjaan hingga menyebabkan emosi pesakit tidak stabil dan sudah lama tersimpan serta berlarutan untuk jangka masa panjang. “Ini diburukkan lagi dengan ketiadaan ahli keluarga berdekatan untuk membantu meredakan tekanan atau menyelesaikan masalah dihadapi pesakit. “Jadi, jika dia bersendirian, tindakan diambil untuk mengatasi masalah dihadapi ialah mengikut kata hati yang dipenuhi kemarahan. Dalam kes amuk ini, kata yang mendamaikan diperlukan untuk mengatasi masalah ini,” katanya. Amuk tidak berlaku dengan sengaja melainkan ada sebab. Dalam diri manusia, personaliti dibentuk ID, ego dan super ego dan jika ID terlalu tinggi, ia mampu mempengaruhi naluri mendesak agar memberontak, mencederakan atau membunuh. Bagi menyelesaikan masalah amuk, seseorang individu itu dinasihatkan supaya keluar beriadah atau melakukan aktiviti sihat lain kerana ia berupaya menghalang diri daripada memikirkan masalah sama, manakala dalam Islam, seseorang itu disarankan mengambil wuduk agar jiwa tenang. Dalam kes amuk, terdapat juga dalam kalangan suspek dikategorikan dalam kes psikiatri. Namun, masyarakat mempunyai tanggapan yang salah ketika berjumpa pakar psikiatri kerana khuatir mereka dianggap gila. Ini menyebabkan mereka rasa tertekan dan tersisih, walhal sesi perjumpaan dengan pakar psikitari itu bertujuan menenangkan jiwa yang dalam keadaan tidak stabil.

“Salah satu punca kes amuk ialah disebabkan tekanan hidup individu itu sendiri. Dia mungkin memikul beban yang berat atau rasa bersalah serta kurang selesa dalam diri.

Penyelesaian: 1. Keluarga atau sahabat beri sokongan. 2. Galakkan aktiviti riadah agar tumpuan tidak fokus kepada masalah yang tidak dapat diselesaikan. 3. Jumpa kaunselor berdaftar secara individu atau kelompok jika hadapi tekanan teruk. 4. Tingkatkan amalan ibadat.


6

ISU

Transisi 27 OGOS - 09 SEPT 2010

Perpaduan demi ‘Alif, Ba, Ta’ MUKADIMAH RAMAI beranggapan idea mewujudkan perpaduan antara UMNO dan PAS adalah ‘kerja gila’. Malah, ada yang mengungkapkan tugas itu hanya sandiwara. Kecelaruan itu tidak mampu disangkal Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang sering dikecam kerana idea berkenaan. Namun, ketika pertemuan eksklusif antara PENU-

“S

EBENARNYA ramai pihak luar bimbang jika UMNO dan Pas duduk berbincang mengenai perpaduan yang ingin dilaksanakan. Ini kerana mereka tahu jika ia berlaku, sudah pasti orang Melayu akan kembali bersatu dan agama Islam akan terus kukuh di bumi Malaysia. Perjuangan ini berdasarkan ‘Alif, Ba,Ta’ iaitu Agama, Bangsa dan Tanahair, ia suatu perjuangan abadi yang tiada langsung unsur sandiwara daripada UMNO. Kita tidak terguris kerana Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih lagi menutup pintu hatinya untuk berbincang mengenai perpaduan ini. Ia satu cabaran yang perlu kita tempuh untuk memenangi peperangan. Saya percaya perpaduan UMNO dan Pas bukan sahaja menguntungkan orang Melayu, tetapi turut memberi manfaat kepada semua kaum. Semua rakyat akan mendapat keuntungan daripada perpaduan kedua-dua parti terbesar Melayu ini kerana kalau Melayu asyik berbalah ia tidak akan menguntungkan sesiapa, malah ekonomi negara akan menjadi teruk. Tetapi, jika orang Melayu berhenti bergaduh sesama sendiri, pasti mereka boleh menumpukan kepada pembangunan ekonomi yang mampu menguntungkan negara dan rakyat. Malah, daripada laporan yang saya terima

kebanyakan parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah sekiranya UMNO dan Pas menjalinkan perpaduan. Mereka tidak pernah bantah kerana ia turut menguntungkan mereka dan jika BN kuat ia sudah pasti memberi faedah. Setahu saya sekarang ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP saja yang tidak boleh terima perpaduan itu kerana bimbang UMNO dan Pas bersatu, sekali gus dilihat mampu menghancurkan mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang. Bagi saya, perpecahan yang wujud sekarang tidak mendatangkan keuntungan, manakala perpaduan itu pula tidak merugikan mana-mana pihak. Selain itu, saya menafikan pandangan yang mendakwa UMNO tidak kukuh seperti dulu menyebabkan isu kerjasama ini terpaksa dimainkan semula. Persetujuan UMNO mengenai isu perpaduan ini tidak wajar dilihat sebagai lemah kerana UMNO masih lagi memerintah, cuma tidak mendapat dua pertiga majoriti sahaja. Kami tidak terdesak tetapi perpaduan ini dibuat demi ‘Alif, Ba,Ta’. Kesepakatan UMNO dan Pas dalam isu sejagat dilihat sebagai sesuatu yang positif. Bukan saja kepada Melayu tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia. Oleh itu, saya mengingatkan adalah tidak wajar bagi masyarakat bukan Islam be-

rasa khuatir sekiranya impian ini direalisasikan kerana ia menguntungkan semua pihak. Saya berpendapat ada dua halangan yang memungkinkan isu perpaduan ini tidak dapat direalisasikan. Pertama, saya lihat ada beberapa pihak pro-Anwar Ibrahim dalam Pas tidak menyokong perpaduan ini. Kedua, saya lihat Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan tidak konsisten dalam memberikan pandangan untuk berdialog seperti dicadangkan Timbalan Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) baru-baru ini. Saya tidak menolak ada beberapa orang di sekeliling Nik Abdul Aziz memberi pandangan yang salah dan berbeza.

LIS TRANSISI, RAZALI YAHAYA dan RUDYSHAM ABD RAOF serta jurufoto, NOORATIKAH AB RAHIM di pejabatnya, barubaru ini, beliau menyifatkan pertemuan itu akan berlaku tidak lama lagi dan baginya UMNO tidak bermimpi untuk meneruskan perjuangan membawa semula pemimpin Pas duduk semeja. Ikuti luahan beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Pusat.

Untuk katakan kita terdesak meraih kemenangan pada PRU13 tidak sama sekali. Kita tidak terdesak. Kepentingan kita adalah untuk membincangkan kedudukan orang Melayu dan Islam, bukan dibuat berdasarkan pertimbangan politik, tetapi satu perjuangan yang konsisten sejak dulu lagi. Sememangnya saya percaya, UMNO tidak bermimpi untuk bergabung dengan Pas dalam sistem perpaduan ini. Saya rasa Pas dari dulu memahami tetapi jika ada pihak yang suka ambil kesempatan dan kata kita terdesak, ia tidak benar kerana UMNO masih lagi ada kekuatan dan mempunyai sokongan setia daripada ahli kita sendiri. Cubalah duduk semeja

Saya lihat ada beberapa pihak pro-Anwar Ibrahim dalam Pas tidak menyokong perpaduan ini.

dulu dan tahu isi hati UMNO sebelum membuat sebarang andaian kerana kita berjuang untuk Melayu dan Islam. Saya kira DAP tidak akan perjuangkan Islam dan menjadi agama ini sebagai agama rasmi Malaysia. Saya berharap pimpinan sejati Pas memahami hasrat UMNO. Saya tahu, sejarah lalu membataskan mereka (Pas). Ada pihak kata UMNO akan jadi ‘kacang lupakan kulit’ kerana sejarah lampau. Dulu lain, sekarang lain. Janganlah disamakan pemimpin dulu dan kini. Mereka yang ada dulu pun sudah tiada dalam parti lagi. Jadi, biarkanlah ia berlalu. Buanglah yang keruh dan ambil yang jernih demi ‘Alif, Ba,Ta’.”

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih lagi menutup pintu hatinya untuk berbincang mengenai perpaduan ini.


Transisi

27 OGOS - 09 SEPT 2010

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. - Bidalan -

BICARA

7

Pasir Salak perlu RM6j lagi P

MUKADIMAH

ERJALANAN hidup beliau sebagai seniman tidak perlu dipertikaikan lagi dengan pengalaman lebih 50 tahun dalam dunia perfileman tanah air. Filem arahan beliau, Pasir Salak tertangguh lebih 10 tahun akibat masalah kewangan dan karenah birokrasi walaupun segala persiapan sudah lengkap dan hanya menunggu masa penggambaran dijalankan. Penulis Transisi, MOHD AZHAN

Kenapa filem Pasir Salak masih tertangguh? Semuanya sebab peruntukan. Bajet filem ini lebih kurang RM8 juta. Saya sudah belanjakan RM2 juta dan saya perlukan lagi RM6 juta. Dulu, peruntukan tidak ada dan kerajaan negeri Perak berikan peruntukan RM500,000 saja. Jumlah itu saya gunakan untuk buat kajian, beli senjata dan bahan-bahan prop untuk penggambaran filem ini. Semuanya ada dalam simpanan saya, termasuk skrip. Kemudian, peruntukan yang diberi Kerajaan sebanyak RM50,000 juga tidak cukup dan selepas itu kita terus buat permohonan dan sekarang, Kerajaan menyediakan RM200 juta untuk pinjaman industri kreatif. Dulu, pinjaman ini dibuat melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Saya sudah pun memohon pinjaman, tetapi mereka kata tiada peruntukan. Tetapi, kini Kerajaan beri pinjaman melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) dan bukan lagi Finas. Jadi, apabila pinjaman dibuat melalui bank, sudah tentu ada syarat-syaratnya kerana peruntukan itu diberi oleh Kementerian Kewangan kepada pihak bank. Maksudnya, bank beri pinjam dan kemudian mereka perlu bayar semula kepada Kerajaan. Justeru, pihak bank perlu mengenakan syarat kepada peminjam. Ini yang mengambil masa lama. Bukankah peruntukan RM200 juta itu cukup banyak? Kenapa masih tidak dapat pinjaman? RM200 juta itu bukan hanya

OTHMAN dan GAN YONG LI serta jurufoto NOORATIKAH AB RAHIM berkesempatan menemu bual Seniman Negara yang juga Senator Dewan Negara, TAN SRI JINS SHAMSUDDIN untuk mendengar keluhan dan sikap optimisnya mengenai Pasir Salak yang diharapkan dapat ditayangkan tahun depan. untuk penggiat filem, tetapi industri kreatif, membabitkan tujuh bidang seni lain. Saya pernah tanya di Dewan Negara, berapakah peruntukan yang disediakan untuk filem, mereka kata jumlah peruntukan tersebut tidak dapat ditentukan. Bagaimanapun, pinjaman boleh diberikan dengan jumlah paling minimum RM50,000 dan paling tingggi, RM5 juta untuk satu projek filem. Saya sudah pun mohon untuk dapatkan pinjaman RM5 juta dari bank, tetapi hingga sekarang masih tiada jawapan. Kenapa tiada jawapan? Ini kerana pihak bank mahukan penjamin. Dulu, kita hanya melalui Finas dan ada jawatankuasa yang akan buat keputusan. Skrip Pasir Salak sudah diluluskan Finas dulu, cuma peruntukan tidak ada ketika itu. Sebaliknya, sekarang peruntukan sudah ada, tetapi tidak masuk menerusi Finas pula. Bagaimana dengan set penggambaran Pasir Salak yang difahamkan sudah siap dibina? Set penggambaran di Kuala Kangsar sudah siap semuanya. Namun, disebabkan penggambaran tidak dapat dilakukan akibat masalah peruntukan, filem ini terpaksa ditunda. Lebih buruk, set penggambaran itu rosak akibat ribut dan air sungai melimpah hingga menyebabkan saya terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM300,000. Kenapa Tan Sri berkeras untuk membuat filem Pasir Salak? Saya sangat berharap Pasir Salak dapat ditayangkan ta-

hun depan. Ini filem sejarah dan ia penting buat negara kerana bermula dari situlah bermulanya kebangkitan perjuangan penduduk tempatan menentang British. JWW Birch adalah orang Inggeris pertama dibunuh di Tanah Melayu. Ini mungkin filem sejarah terakhir saya. Ini filem patriotik dan kewarganegaraan. Kerajaan sepatutnya beri sedikit dana. Maknanya, separuh kita pinjam dan separuh lagi diberikan dana. Dulu, kita pernah hasilkan filem 1957: Hati Malaya (Shuhaimi Baba) dengan kos RM3 juta. Ketika itu, RM1.5 juta diberikan Finas dan RM1.5 juta lagi Shuhaimi pinjam, termasuk beberapa tambahan tajaan lain. Ini bererti kita boleh minta dana untuk filem sejarah, tetapi kini dana itu sudah tidak ada. Apabila periksa di Parlimen, saya diberitahu dana itu sudah disalurkan untuk industri kreatif dan bukan untuk filem saja. Sebab itu peruntukan saya tertangguh sejak lebih setahun lalu. Kalau peruntukan dapat, saya boleh terus mulakan saja penggambaran kerana semua bahan sudah ada. Kenapa sukar dapatkan pinjaman? Ramai penggiat seni sudah memohon dan ada kalangan mereka sudah pun mendapat pinjaman tersebut. Tetapi, situasi syarikat saya berbeza berbanding syarikat mereka. Ini kerana saya sudah berhenti mengarah lebih 20 tahun. Jadi syarikat saya tidak ada apa-apa dan filem terakhir arahan saya ialah Bukit Kepong (1981). Bank kata, syarikat saya tiada apa-apa pun. Pendapatan tak ada, akaun pun tak ada. Saya jawab, meman-

glah tidak ada sebab saya sudah tidak mengarah filem sejak dilantik sebagai pengerusi Finas dan ahli Dewan Negara. Bagaimana mengenai senarai pelakon pilihan untuk filem ini? Dulu saya memang ada senarai pelakon pilihan. Tetapi, ramai kalangan mereka sudah tidak ada. Allahyarham Ahmad Mahmud sudah meninggal. Aziz Jaafar dan beberapa artis veteran lain pun sama. Jadi saya terpaksa pilih lain. Apa tidaknya, sudah lebih 10 tahun filem ini tertangguh. Apakah harapan Tan Sri? Saya harap pihak Kerajaan dapat pertimbangkan peruntukan supaya filem ini dapat dilaksanakan. Selepas filem ini, saya teringin mengarah dua filem lagi. Satu ialah filem Hidayah, iaitu filem berunsur agama berdasarkan kitab Qasas ul Anbiya dan ia adalah skrip terakhir diserahkan Allahyarham P Ramlee kepada saya. Satu lagi ialah sejarah hidup P Ramlee. Semua hak cipta filem itu sudah diserahkan kepada saya oleh anaknya, Nasir P Ramlee. Selepas laksanakan dua filem ini, termasuk Pasir Salak, saya boleh pencen. Sebagai orang lama dalam industri filem, apakah pandangan Tan Sri mengenai filem tempatan? Saya lihat kebanyakan filem hari ini lebih bersifat peribadi dan bertujuan mengaut keuntungan. Ada cerita mat rempit, hantu dan syaitan. Tak ada cerita mengenai

kepercayaan kepada Allah dan Rasul. Hari ini tiada lagi filem sejarah. Kita perlu filem seperti itu untuk menggambarkan budaya, bahasa dan sejarah negara. Saya pernah diberitahu seorang penggiat seni di Brunei. Katanya, dulu tiada mat rempit di Brunei. Namun, selepas filem seperti itu dibawa masuk ke negara tersebut, Brunei sudah ada geng mat rempit. Di sini, kita dapat lihat betapa kuat peranan dimainkan sesebuah filem. Nasihat kepada penggiat seni? Kita boleh terbitkan apa saja jenis filem, tetapi kita tidak harus lupa bahawa filem sejarah juga penting. Jangan hanya mengejar keuntungan semata-mata tanpa menaikkan langsung martabat industri filem kita. Kenapa Tan Sri begitu menitikberatkan filem berunsur sejarah? Kalau kita tidak menitikberatkan filem berunsur sejarah, saya khuatir suatu hari nanti anakanak muda kita akan lupa asal usul negara. Sebab itu semasa saya jadi pengarah, pelakon, penggiat seni dulu, saya akan buat filem mengenai budaya dan sejarah. Jalan cerita mesti ada kaitan dengan negara kita. Dengan itu, masyarakat akan sentiasa ingat asal usul dan pengorbanan pejuang-pejuang yang mempertahankan tanah air. Pelakon tanpa mengira kaum boleh saja bersama menjayakan sesebuah filem. Cuma mesti dibuat dalam bahasa kebangsaan.


8

ISU

Transisi 27 OGOS - 09 SEPT 2010

Ke mana arah politik Kedah, Perlis ? TAK DAPAT TANDUK TELINGA DIPULAS Oleh Razali Yahaya

SHAFIE

D

ATUK Seri Najib Tun Razak memberi kata dua kepada kepimpinan UMNO Kedah dan Perlis supaya menamatkan segala bentuk persengketaan dalaman jika mahu membina jentera yang kuat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang. Luahan Najib itu adalah terjemahan betapa beliau bukan sahaja tidak puas hati tetapi terkilan dengan barisan kepimpinan UMNO Kedah yang masih tidak berubah. Lebih pilu lagi, kehadiran ‘payung terjun’ Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri untuk menjernihkan kekeruhan, ternyata tidak menepati hasrat pucuk pimpinan parti. Ini kerana beliau semacam bergerak keseorangan tanpa sandaran barisan yang kuat dan kukuh. Difahamkan, daripada Timbalan Pengerusi Perhubungan sehingga kepada barisan Ketua Bahagian, semuanya ada agenda masing-masing, sedangkan UMNO negeri terus dilihat umpama sebuah kapal yang sedang menuju untuk tenggelam. Sebenarnya, penyakit lalok melanda UMNO Kedah terburai sejak pukulan hebat PRU12 dan sehingga kini belum pulih 100 peratus. Mereka masih lagi hebat berbalah sesama sendiri. Ini dapat dilihat apabila ‘musuh’ semasa bertanding merebut jawatan di peringkat bahagian, masih terus kekal menjadi musuh dan bukan berubah menjadi kawan. Inilah masalah besar yang tidak tertanggung oleh UMNO di seluruh negara dan ianya sukar diperbetulkan malah menjadi warisan sehingga hari ini. Mahu tidak mahu, Najib mesti bertegas untuk merubah atau

MAHADZIR menyaring mereka ini dengan muka-muka baru sebelum Kedah turut terjebak bagi mengiring Kelantan yang sehingga kini terus berada dalam ‘pelukan’ syahdu PAS. Sebenarnya, apa yang berlaku di Kedah dan Perlis bukan lagi boleh disembunyikan dan ia sudah diketahui semua orang termasuk pembangkang bak dari Perlis sampai ke Sabah. UMNO di dua negeri itu bercakaran sesama sendiri untuk mengejar kuasa dan sikap sebahagian pemimpin tertinggi negeri masih dengan lagak lama seolah-olah Kedah masih dikuasai UMNO. Menyalahkan mereka sepenuhnya mungkin keterlaluan kerana selama ini mereka memang diajar ‘yes men’ sejak sekian lama. Apa kata pemimpin semua mesti ikut. Kini, selepas Kedah tersungkur pada PRU12, mereka banyak belajar daripada Pakatan Rakyat. Siapa saja boleh tegur pemimpin. Kalau tidak suka, pecat atau tinggalkan parti. Sebenarnya, ini cara paling berkesan membersihkan parti. Namun, bagi Presiden UMNO ketika berucap di Kangar pada 21 Ogos lalu amat kecewa kerana pemimpin UMNO di dua negeri berkenaan tidak boleh duduk bersama. Tidak tahu betapa tebalnya telinga ahli UMNO Kedah. Boleh dikatakan sudah banyak kali kena balun tetapi masih macam itu juga. Terbaru, UMNO Kedah kena ‘pulun’ lagi dalam satu majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Kerajaan Perlis. Turut sama dalam majlis itu ialah Datuk Seri Mahadzir Khalid iaitu individu yang bertanggungjawab di atas kekalahan pertama kali Barisan Nasional (BN) Kedah sejak lebih 50 tahun pilihan raya.

Apa yang menghairankan, walaupun majlis itu diadakan di Perlis, tetapi UMNO Kedah yang kena lanyak. Nampak sangat UMNO Kedah tidak berubah. Dulu, selepas PRU12, teruk juga UMNO Kedah kena belasah. Boleh dikatakan, barisan pemimpin yang duduk di barisan depan, merah padam muka mereka menahan malu. Begitupun, ada juga yang tidak tahu malu dan muka tebal. Ironisnya, kita tidak tahu apa Mahadzir rasa masa Najib ‘belasah’ dia dalam majlis berbuka puasa di Perlis itu. Sebagai orang politik, dia akan mengatakan bahawa semua itu adalah kegagalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah. Sudah barang tentu, Mahadzir akan meletakkan kesalahan pada bahu Shafie. Itulah antara jawapan selamat orang politik. Sebenarnya, beliau sendiri tahu sebab musabab UMNO Kedah lemah. Ahli UMNO Kedah boleh menjelaskan panjang lebar apa sebenarnya yang membawa kepada kekalahan aib kepada Pas pada PRU12 itu. Dalam majlis berkenaan, Najib mengulangi lagi luahan: “Dalam konteks Perlis dan Kedah, saya nak ingatkan bahawa kita mesti berpakat dan berpadu seperti dulu, tolong lakukan perkara ini untuk kita kembalikan kekuatan.” Sudah banyak kali ayat itu terhambur dari mulut Perdana Menteri mahupun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kalau sudah kerap diperingatkan sehingga kata Najib pun tidak mahu dengar, maka memang UMNO Kedah berada pada tahap yang teruk. Kalau pada tahap kritikal ini pun, mereka masih berasa hebat, memang payah UMNO Kedah nak jadi kuat semula malah jangan mim-

RADZI

AZMI

pi boleh menang PRU13 akan datang. Apa sudah jadi dengan kepimpinan UMNO Kedah sehingga Presiden UMNO naik berang hingga memberi kata dua kepada kepimpinan negeri dan Bahagian. Tegas Najib, kepimpinan negeri tidak punya pilihan selain memastikan setiap peringkat mempunyai kesepakatan dan perpaduan atau berdepan kemungkinan tumbang pada pilihan raya kelak. Daripada cakap-cakap politik kalangan ahli UMNO, mereka memberikan beberapa alasan apa sebenarnya masalah dalaman UMNO Kedah. Antaranya, mereka melaporkan sebahagian besar Ketua Bahagian tidak mempunyai kepercayaan terhadap Pengerusi Perhubungan Negeri. Ini kerana Pengerusi me-lantik Setiausaha Kerja baru iaitu Zahran Datuk Paduka Hj Abdullah menggantikan Datuk Ariffin Man dan ini tidak menyenangkan ramai pihak. Mereka membuat protes dengan membuat petisyen agar pelantikan Zahran ditolak. Usaha mereka berjaya dan Datuk Osman Aziz dilantik sebagai Setiausaha Kerja. Masalah lain, Pengerusi sebagai Menteri dan Ketua UMNO Bahagian Semporna, Sabah tidak mempunyai masa yang banyak untuk memberi tumpuan 100 peratus dalam menyelesaikan masalah dalam Bahagian. Misalnya, masalah Sungai Petani sudah bermula sejak pemilihan 2008 tetapi hingga sekarang Perhubungan Negeri tidak dapat menyelesaikannya. Masalah berikutnya dihadapi Bahagian Kuala Kedah, Alor Setar, Padang Serai, Baling, Merbok, Kubang Pasu, Padang Terap, Jerai, Jerlun, Sik dan Pen-

SHAHIDAN

dang. Semuanya sudah sampai ke tahap kronik dan sukar diubati. Ini berpunca sikap Ketua Bahagian yang bertindak balas terhadap penentang yang kalah semasa pemilihan 2008. Sebenarnya, banyak lagi masalah melanda UMNO Kedah, namun Najib sedia maklum segala masalah berkenaan dan ini yang mendorong beliau memberi kata dua ‘sama ada anda berubah atau anda akan diubah’. Di Perlis pula, ketika Shahidan menjadi Menteri Besar, secara terbuka Shahidan menyebut dia bermasalah dengan Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad dan bekas seorang lagi Menteri Kabinet, Datuk Seri Azmi Khalid. Kini, Datuk Md Isa Sabu terpaksa mengaku bahawa sebelum menjadi MB Perlis, mungkin dialah yang menjadi sebab mengapa Shahidan dengan Radzi tidak pernah berdamai. Tanyalah dengan sesiapa sahaja orang UMNO, bukan sahaja di Perlis malahan dari luar Perlis juga tahu Radzi dilihat adalah Menteri Besar di belakang tabir di negeri berkenaan, manakala Md Isa kelihatan tidak berperanan apa-apa jika tanpa restu Radzi. Md Isa pernah menafikan bahawa Radzi lebih berkuasa darinya di Perlis tetapi sebagai bekas Setiausaha Sulit Radzi ketika menjadi Timbalan Menteri suatu ketika dahulu, tiada siapa percaya Md Isa mentadbir Perlis tanpa ‘tangan-tangan ghaib’ membantunya. Ironisnya, antara ramuan yang diperlukan untuk mengembalikan kekuatan UMNO Kedah dan Perlis adalah perlunya dua negeri berkenaan memiliki barisan pemimpin pelapis bagi mengimbangi pemimpin lama yang ego serta keras kepala dan masih mengamal senario politik usang.

MD ISA


27 OGOS - 09 SEPT 2010

ISU

Transisi

!

Menjana fikiran anda

9


10

BISNES

Transisi 27 OGOS - 09 SEPT 2010

Lumayan jadi usahawan online

unjukkan beberapa Syaffina dan Zaira (kanan) men . eka mer al diju produk tudung yang

Oleh Gan Yong Li

K

EMAJUAN dunia teknologi maklumat membantu mewujudkan alternatif perniagaan baru dengan menggunakan internet sebagai medium operasi. Perkembangan itu membuka mata sesetengah masyarakat luar sana yang menyedari betapa perniagaan cara baru ini mampu menjana pendapatan lumayan dan tidak terhad. Bagi Zaira Effi Rahman, 28, dan Syaffina Riza Januari, 29, kewujudan laman-laman blog dan laman web sosial diambil kesempatan sepenuhnya untuk menjalankan perniagaan online bagi menambah pendapatan. Pasangan rakan baik ini, yang mula berniaga di bazar Ramadan, memutuskan untuk meluaskan perniagaan tudung mereka secara online pada Januari 2010 melalui laman blog http:// adreesya-cute4u.blogspot.com berikutan sambutan menggalakkan daripada pembeli. Dengan hanya bermodalkan RM400, mereka mendakwa dapat menjual lebih 600 tudung pelbagai jenis dalam sebulan. Lebih mengkagumkan, pasangan ini berani mencuba menjahit tudung rekaan sendiri mengikut spesifikasi dikehendaki pembeli. Syaffina ketika ditanya kelebihan berniaga online berkata, modal permulaan murah adalah perkara paling ketara dalam perniagaan ini kerana tidak perlu menyewa kedai, sebaliknya ia boleh dilakukan saja di rumah. “Ia seperti tidak masuk akal

kerana modalnya sedikit, tetapi dapat berkembang maju. “Ketika awal berniaga online , kami buat secara jualan langsung untuk memperkenalkan lagi perniagaan kami kepada masyarakat. “Akhirnya atas usaha dan kerjasama, kami berdua berjaya mencipta lebih daripada 20 jenis tudung ciptaan sendiri yang kini menerima banyak tempahan daripada pembeli. “Kini, pelanggan kami bukan saja dari dalam negara. Malah, ada pelanggan yang membeli secara pukal dari luar negara seperti Singapura, Brunei dan Dubai,” katanya. Namun, apa yang mengejutkan ialah kedua-dua usahawan muda ini langsung tidak tahu menjahit tudung. Bagaimanapun, hasil usaha gigih dengan melakukan eksperimen demi eksperimen, segalanya membuah hasil hingga mereka berdua mencapai kejayaan seperti sekarang. Ketika ditanya rahsia sambutan begitu baik, Zaira menyatakan mereka sentiasa mementingkan kualiti sebagai keutamaan dalam setiap produk mereka. Selain itu, mereka juga sentiasa memastikan setiap jahitan pada tudung akan dijahit dengan teliti bagi memastikan kepuasan pembeli. Proses komunikasi dengan pelanggan juga penting bagi menyakinkan mereka, termasuk memberikan khidmat tunjuk ajar mengenai cara pemakaian tudung yang kemas dan betul.

Satu lagi pasangan usahawan online, Faizah Ahmad dan Nadiah Kamaruddin yang masing-masing berusia 34 tahun, berpendapat perniagaan online mampu mendatangkan pendapatan lumayan selain mengajar mereka mengenai selok-belok perniagaan. Faizah, juga graduan jurusan Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyatakan dia memulakan perniagaan online pada 2004 dengan menggunakan laman web eBay untuk menjual produk aksesori wanita, iaitu beg tangan. “Saya mengamalkan konsep bayar dulu, kemudian baru tempah barang. Jika pembeli minat dengan produk itu, mereka akan buat transaksi wang secara online. Selepas mengesahkan wang tersebut diterima, barulah saya pergi ke kedai untuk buat tempahan. “Melalui konsep ini, saya tidak mengeluarkan sebarang modal. Selepas meraih keuntungan, saya mula dapat mengumpul-

Sekarang, siapa menyangka keduadua wanita cekal ini kini sudah pun memiliki sebuah butik yang menjual pelbagai pakaian kanak-kanak dan wanita.

Faizah dan Nadia bersama produk jualan produk mereka. kan wang untuk dijadikan modal bagi memulakan perniagaan online secara meluas,” katanya. Tidak lama kemudian, Faizah beralih kepada perniagaan online menggunakan laman web Fotopages. Bagaimanapun, dia mengakui perniagaannya itu kurang mendapat sambutan pada peringkat awal. “Ini mungkin disebabkan laman web tersebut hanya memaparkan gambar dan tiada keterangan mengenai produk dijual,” katanya. Namun, Faizah nekad tidak mahu mengalah apabila beralih pula menggunakan laman blog sebagai medium baru perniagaan online. Kali ini, Faizah bersungguhsungguh membangunkan laman blognya itu dengan memuatkan gambar-gambar menarik dan keterangan mengenai produk berkenaan. Berkat usaha gigih tersebut, perniagaannya itu, yang menjadi laman blog sebagai plaftorm, akhirnya mendapat sambutan menggalakkan. Dengan hasil keuntungan RM300 sebagai modal pusingan, Faizah kemudian mengajak rakan baiknya, Nadiah untuk

turut serta membangunkan perniagaannya. Sekarang, siapa menyangka kedua-dua wanita cekal ini kini sudah pun memiliki sebuah butik yang menjual pelbagai pakaian kanak-kanak dan wanita. Malah, mereka turut berani mengambil stok dalam kuantiti banyak untuk dijual secara pukal kepada pembeli yang juga mahu menjalankan perniagaan. Faizah berkata, peka terhadap perkembangan fesyen terkini adalah rahsia perniagaan online dijalankan mereka mendapat sambutan memberangsangkan. “Walaupun barang kanakkanak, kita juga perlu mengikuti trend terbaru untuk memastikan ia mendapat sambutan. “Sekiranya ada produk baru, kami akan sentiasa mengemas kini maklumat dalam blog selain menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) untuk memaklumkan kepada pelanggan. “Di segi kualiti, kami akan pastikan produk-produk kami sentiasa dalam keadaan baik sebelum dihantar,” katanya lagi. Bagi sesiapa yang berminat membeli pakaian kanak-kanak dan wanita boleh saja mengunjungi laman blog, http://chomelstore.blogspot.com.


27 OGOS - 09 SEPT 2010

BISNES

Transisi

11

Krisis hutang AS Oleh Mohd Azhan Othman

A

patut dikecualikan. Justeru, pengecualian tersebut akan mengurangkan jumlah sebenar hutang pesekutuan kepada AS$8.8 trilion (RM27.8 trilion) atau 60 peratus KDNK. Jika dilihat seimbas lalu, hujah mengenai pengecualian hutang intra kerajaan itu kelihatan agak meyakinkan berikutan timbul persoalan kenapa Washington perlu memasukkan hutang yang sebenarnya adalah aset agensi kerajaan lain. Logiknya, semua hutanghutang itu sudah tentu bukan berada di bawah tanggungan

HUTANG KASAR DALAM BILION

PABILA membincangkan hutang persekutuan Amerika Syarikat (AS), penganalisis biasanya memfokuskan kepada hutang kasar negara itu yang kini mencecah AS$13.3 trilion (RM42 trilion) atau 98.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Bagaimanapun, sesetengah pihak lain berpendapat hutang intra kerajaan, yakni hutang yang ditanggung agensi-agensi kerajaan (terutama dana amanah Sekuriti Sosial) sebanyak AS$4.5 trilion (RM14.2 trilion),

kerajaan persekutuan sepenuhnya. Kerajaan AS sebenarnya ada alasan kukuh untuk mengecualikan sejumlah hutang itu dengan mengambil pendirian tidak bertanggungjawab terhadap beban hutang ditanggung agensi kerajaan luar. Namun, dalam kes kerajaan AS, kebanyakan tindakan dibuat jelas mewakili liabiliti luar. Apabila sesetengah syarikat membayar pencen kepada pekerja-pekerja mereka, peraturan dalam perakaunan korporat adalah nilai kini bagi pencen

KDNK

KDNK

KDNK

KDNK KDNK

TAHUN Graf hutang kasar AS 1910-2010.

masa depan yang sepatutnya dikira sebagai liabiliti dalam kunci kira-kira. Hal ini jelas tidak membenarkan syarikat menghitung asetaset itu dalam dana pencen, di mana pada masa depan bayaran itu akan dibuat sebagai ekuiti. Peraturan sama juga patut dilaksanakan ke atas aset dana amanah Sekuriti Sosial. Sejak aset-aset itu sepatutnya meliputi bayaran pencen dalam program Sekuriti Sosial kepada warga tua, ia tidak lagi sah untuk menolak pegangan dana amanah Sekuriti Sosial, atau mana-mana pegangan intra kerajaan lain yang mewakili liabiliti luar yang sama, daripada anggaran hutang kerajaan. Tidak seperti sistem pencen Sweden, tiada langsung hubungan tepat antara tahap aset dalam dana amanah Sekuriti Sosial dan tahap bayaran kepada pesara. Sebaliknya, bayaran ditentukan oleh perkembangan inflasi, manakala nilai dana ditentukan oleh pendapatan daripada cukai Sekuriti Sosial, termasuk faedah minus bayaran. Ini bermakna, nilai kini bagi bayaran pencen boleh berbeza daripada aset dalam dana Sekuriti Sosial. Bagaimanapun, kecuali anda

memiliki alasan khusus untuk percaya terdapat perbezaan tertentu, nilai dana amanah sebenarnya adalah proksi yang baik bagi nilai bayaran pencen. Lagipun, dana amanah itu boleh saja mengecilkan nilai bayaran pencen tersebut ketika mentaksirnya berlebihan pada masa sama. Jelas sekali nilai dana amanah adalah lebih hampir dengan kebenaran berbanding nilai sifar yang menyokong penge- cualian pegangan dana amanah daripada andaian tersirat hutang kerajaan. Sebaliknya, di beberapa negara lain, aset dana sepatutnya ditolak daripada hutang kasar kerana ia tiada kaitan dengan bayaran pencen luar. Norway adalah contoh terbaik yang boleh dirujuk, di mana kerajaan negara itu menyelamatkan hasil daripada eksport minyak dalam dana minyak khas yang tiada kaitan langsung dengan bayaran pencen masa depan dan faedah lain. Ini kerana Norway menganggap nilai dana itu lebih besar berbanding hutang kasar agar kerajaan Oslo tidak memiliki hutang bersih sama sekali. Sebaliknya, mereka memiliki kekayaan bersih yang besar.

KDNK $AS Bilion 2,000+ 1-2,000 500-1,000 200-500 100-200 50-100 20-50 10-20 5-10 -5

CIA world Factbook Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara-negara seluruh dunia.


12

RAJA-RAJA MELAYU

Transisi 27 OGOS - 09 SEPT 2010

Salasilah Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman (1136-1988) Sistem Monarki Negeri Kedah

N

EGERI Kedah Darul Aman adalah sebuah negeri yang tertua di Malaysia dan juga di Nusantara. Sistem Beraja Negeri Kedah Darul Aman bermula 1200 tahun dahulu dengan tertubuhnya Kerajaan Hindu Buddha. Raja yang pertama disebut sebagai Merong Maha Wangsa. Zaman pengaruh Hindu

Buddha ini berakhir pada abad ke 12 dengan kedatangan Islam pada tahun 1136 Masihi dan Keturunan Kesultanan ini telah tidak terputus sehingga ke hari ini dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah sekarang adalah Sultan yang ke 27 yang memerintah negeri ini.

Salasilah Kesultanan Kedah Darul Aman sejak 1136 Masihi hingga kini: 1. Sultan Mudzafar Shah I

1136 - 1179

2. Sultan Mu’adzam Shah

1179 - 1201

3. Sultan Muhammad Shah

1201 - 1236

4. Sultan Mudzaffar Shah II

1236 - 1280

5. Sultan Mahmud Shah I

1280 - 1321

6. Sultan Ibrahim Shah

1321 - 1373

7. Sultan Sulaiman Shah

1373 - 1422

8. Sultan Ataulah Muhammad Shah I

1422 - 1472

9. Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin I

1472 - 1506

10. Sultan Mahmud Shah II

1506 - 1546

11. Sultan Mudzaffar Shah III

1546 - 1602

12. Sultan Sulaiman Shah II

1602 - 1625

13. Sultan Rijaluddin Muhammad Shah

1625 - 1651

14. Sultan Muhyiddin Mansur Shah

1651 - 1661

15. Sultan Dziaddin Mukarram Shah

1661 - 1687

16. Sultan Ataullah Muhammad Shah II

1687 - 1698

17. Sultan Abdullah Al-Mu’adzam Shah

1698 - 1706

18. Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I

1706 - 1709

19. Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II

1710 - 1778

20. Sultan Abdullah Mukarram Shah

1778 - 1797

21. Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II

1797 - 1843

22. Sultan Zainal Rashid Al-Mu’adzam Shah I 1843 - 1854 23. Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah

1854 - 1879

24. Sultan Zainal Rashid Mu’adzam Shah II

1879 - 1881

25. Sultan Abdul Hamid Halim Shah

1881 - 1943

26. Sultan Badlishah

1943 - 1958

27. Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

1958 -

SEPERTI mana termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman,

Negeri Kedah Darul Aman mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan sebagai Ketua Negeri. Baginda juga adalah menjadi tumpuan dan lambang taat setia seluruh rakyat Negeri Kedah Darul Aman yang berbilang kaum dan sumber perpaduan rakyat yang berlainan keturunan bangsa, agama, kebudayaan dan adat resam.

Kuasa Memanggil dan Memansuhkan Persidangan Dewan Undangan Negeri

DI BAWAH Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Baginda Sultan berkuasa memanggil Dewan Negeri untuk bersidang atau pun membubarkan Dewan Negeri. Mengikut Perkara 53 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Raja Pemerintah hendaklah dari suatu masa ke suatu masa memanggil Dewan Negeri dan tidak boleh dibiar lucut

Kuasa Pengampunan

DALAM hal-hal jenayah di Negeri Kedah Darul Aman, apabila segala saluran dan cara keadilan telah habis diikhtiarkan, seseorang yang sudah dihukum masih boleh lagi memohon ampun kepada Baginda Sultan sebagai langkah terakhir. Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman juga memberi kuasa kepada Baginda Sultan untuk mengampun, menangguh atau pun me- ngurangkan tempohan hukuman penjara bagi sesuatu kesalahan yang telah dihukum oleh Mahkammah. Mengikut Perkara 42 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, berkuasalah Raja Pemerintah untuk membenar ampun, menangguh atau mengurangkan tempoh bagi sebarang kesalahan yang di-

tempohan enam bulan di antara mesyuarat yang lepas di dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi mesyuarat yang pertama di dalam persidangan yang akan datang. Berdasarkan peruntukan ini, Baginda Sultan hendaklah dari masa ke semasa memanggil Dewan Negeri untuk bersidang tetapi hendaklah tidak membiarkan jangka masa sidang Dewan Negeri yang lalu dengan sidang yang berikut lebih daripada enam bulan. Baginda Sultan juga berkuasa memberhentikan atau membubarkan Dewan Negeri. Perkara 53 (2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman memberi kuasa kepada Raja Pemerintah untuk menghentikan atau memansuhkan Dewan Negeri.

lakukan di dalam negeri Kedah Darul Aman (selain daripada daripada apa-apa kesalahan yang telah dibicarakan oleh Mahkamah Tentera) dan sebarang kuasa yang diberikan oleh Undang-Undang Persekutuan atau Undang-Undang Negeri bagi meringankan atau menangguhkan atau menukarkan hukuman bagi mana-mana kesalahan yang dijalankan olehnya. Mengikut Perkara 42 (2) Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah Darul Aman, kuasa yang tersebut di dalam fasal (1) itu hendaklah dijalankan menurut peraturan serta syarat-syarat yang dipertetapkan di dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kuasa Baginda Sultan hendaklah dijalankan mengikut nasihat Jemaah Pengampunan yang ditubuhkan bagi sesuatu negeri mengikut Fasal 5. Jemaah Pengampunan yang dutubuhkan bagi sesuatu Negeri hendaklah terdiri daripada Peguam Negara Persekutuan, Menteri Besar dan tidak lebih daripada tiga orang ahli lain yang dilantik oleh Baginda Sultan.


x

presi

27 Ogos - 9 September 2010 / 17 - 30 Ramadan 1431H

www.transisi.com.my

Atlet kini manja - Marina 16 / 29 Oleh Muhammad Amsyari Ismail

S

EKITAR 1970-an, nama Marina Chin sentiasa meniti bibir rakyat Malaysia, terutama dalam kalangan peminat sukan acara balapan. Larian dan pecutan derasnya pada era itu menjulang namanya selaku ratu pecut negara. Malah, pihak media berebut-rebut merakamkan raut wajah jelitanya kerana mahu menjadikannya poster girl. >> Muka 15

Maznah penuh aura


14

x

presi

Transisi 27 OGOS - 9 SEPTEMBER 2010

Demam drama TV di Arab Susunan oleh Mohd Azhan Othman

B

UKAN saja di Malaysia, negara-negara Arab turut dilanda demam drama televisyen (TV) bersiri yang disiarkan sepanjang Ramadan. Setiap kali Ramadan tiba, keluarga-keluarga Arab mula merancang masa semata-mata tidak mahu terlepas menonton drama TV kegemaran mereka. Kedatangan Ramadan juga menyaksikan saluran-saluran TV Arab berlumba-lumba untuk menarik jumlah penonton yang ramai dengan menyiarkan sirisiri TV terbaik dimiliki mereka. TV Channels adalah antara sekian banyak syarikat TV yang mula mengiklankan siri drama mereka sejak dua bulan lalu. Poster-poster iklan drama TV bajet besar kelihatan terpampang di jalanan dan pusat membeli-belah. Beberapa tahun lalu, siri drama TV Mesir sering menguasai rancangan TV di negara-negara Arab lain. Namun, beberapa tahun kebelakangan ini, drama Syria, yang memaparkan siri sejarah mengenai masyarakat Syria kuno mula mencabar dominasi produk TV Mesir. Salah satu drama TV terbaik ke udara sepanjang empat tahun lalu adalah Bab Al-Harat yang memasuki musim akhir tahun ini. Permintaan tinggi masyarakat Arab yang gilakan

Aktres Mesir, Ghada Abdel Zuhra and Her Five Husbands.

siri drama TV ketika Ramadan memaksa syarikat produksiproduksi saling bersaing sengit meningkat rating penonton. Mesir hadir dengan drama TV, A Queen in Exile yang memaparkan kisah hidup ibu kepada Raja Farouk, Permaisuri Nazli. Drama TV ini dijangka menarik sejumlah besar penonton berdasarkan kejayaan siri drama Raja Farouk yang ditayangkan sebelum ini. Siri drama TV lain yang popular tahun ini adalah Memories in the Flesh dan siri komedi Mesir, Zuhra and Her Five Husbands. Kebiasaannya, jalan raya di negara-negara Arab akan lengang selepas waktu berbuka puasa. Ini kerana keluarga-keluarga Arab akan berhimpun di hadapan TV untuk menyaksikan siri drama kegemaran mereka. Menonton siri drama juga dilihat menjadi seakan obsesi apabila ia menjadi topik perbincangan ketika berbual di telefon atau berkunjung ke rumah saudara dan rakan-rakan. Suri rumah, Hin al-Arifi, 40, juga ibu kepada tujuh anak berkata, ketika Ramadan, orang ramai ‘lapar’ untuk menonton siri TV terbaik. “Dulu, kita perlu mendengar cerita yang dituturkan hakawati (penglipur lara) di tempat awam. “Lelaki cenderung berhimpun di ke-

Razek (tengah) dalam drama

Aktres Syria, Sulaf Fawakherji (baju merah) membintangi drama TV, Cleopatra. dai-kedai kopi tradisional untuk mendengar cerita daripada Hakawati, manakala wanita pula berkumpul untuk bercerita di rumah,” katanya. Kini, kehadiran TV menggantikan peranan dimainkan hakawati dengan menjadi medium hiburan yang sangat popular dalam kalangan masyarakat Arab. Seorang lagi suri rumah, Nuha Al-Shaher dari Palestin berkata, drama TV menjadi popular kerana orang ramai lebih cenderung untuk tinggal di rumah. “Majoriti penduduk memilih untuk tidak keluar rumah kerana siri TV yang hanya ditayangkan bulan ini. Terdapat banyak siri TV baru setiap jam hingga lewat malam,” katanya. Penonton Arab terbahagi antara siri TV Mesir dan Syria. Namun, ramai keluarga memilih drama Syria kerana ceritanya lebih menumpukan kepada nilai kekeluargaan, hubungan ibu bapa dan anak-anak serta saudara mara lain. Bagaimanapun, drama Mesir masih tetap popular dan mampu menarik jumlah penonton yang ramai. Pakar sosiologi, Dania al-Radi berkata, populariti drama TV terhadap keluarga Arab adalah kerana mereka masih merindukan tradisi lama. “Contohnya, majoriti mereka rindukan ikatan kekeluargaan yang kuat dan nilai lama yang banyak dipaparkan dalam drama

TV, Bab Al-Harat. “Penonton sangat sukakan babak yang mana anak-anak dan lelaki menunjukkan rasa hormat tinggi kepada ibu bapa, orang tua, jiran tetangga dan masyarakat umumnya,” katanya. Dania berkata, drama TV ketika Ramadan membuatkan masyarakat Arab duduk bersama dengan keluarga mereka. Justeru, drama TV dan program khas Ramadan adalah cara paling ideal menghimpunkan mereka untuk saling berkongsi masa berkualiti bersama, katanya. Menurutnya, sesetengah keluarga menjadikan masa menonton TV sebagai cara untuk merangsang pengetahuan anak-anak dan memperkenalkan budaya baru kepada mereka. “Tahun ini ada dua drama siri biografi. Pertama, siri mengenai Cleopatra dan kedua, Permaisuri Nazli,” katanya. Cara baru kesusasteraan dan siri biografi muncul untuk menceritakan kehidupan orang-orang popular dalam dunia Arab seperti penyanyi Syria, Asmahan, aktres Mesir, Layla Mourad dan pemerintahn monarki terakhir Mesir, Raja Farouk. Drama-drama biografi tersebut menarik jumlah penonton yang besar dari pelbagai peringkat umur dan budaya. Keluarga-keluarga Arab menyedari tayangan siri biografi itu

mampu merangsang pengetahuan anak-anak dan memperkayakan budaya mereka selain hanya mengharapkan subjek yang diajar di sekolah. Guru sekolah swasta di Mesir, Hanan al-Desawi mendakwa dia lebih suka menonton siri biografi kerana anak-anaknya mampu memperoleh maklumat mengenai sejarah. “Ketika saya tinggal di Arab Saudi, anak lelaki saya hanya mengetahui sedikit maklumat mengenai ketamadunan Firaun dan sejarah Mesir. “Tahun ini dia akan menyaksikan dua drama itu supaya dapat menjana pengetahuannya mengenai sejarah negaranya,” katanya.

Penonton sangat sukakan babak yang mana anak-anak dan lelaki menunjukkan rasa hormat tinggi kepada ibu bapa, orang tua, jiran tetangga dan masyarakat umumnya.” - Dania al-Radi


x

presi

27 OGOS - 9 SEPTEMBER 2010 Transisi

15

Teruja dengar Negaraku >> Dari Muka 13 BANYAK kecemerlangan diraihnya semasa membantu kontinjen Malaysia mencatat kenangan manis pada temasya Sukan Sea hampir empat dekad lalu. Bagi dirinya sendiri, kejayaan membantu pasukan negara selaku tuan rumah menggondol pingat emas dalam acara 4x400 meter pada Sukan Sea 1971 sentiasa kekal segar dalam ingatan hingga hari ini. Tidak terhenti di situ, Marina turut gah membolot pingat emas berganda, 100 meter dan 200 meter berpagar pada Sukan Sea 1977, sekali gus dia diangkat sebagai Olahragawati Kebangsaan pada 1976 dan 1977. Ketika ditanya apakah pemangkin kejayaannya itu, Marina tegas menjawab ia banyak didorong oleh semangat patriotisme dan keinginan tinggi untuk mengharumkan nama negara. “Setiap kali berada di balapan, saya teruja untuk mendengar lagu Negaraku berkumandang dan bendera Malaysia dinaikkan. Ia sentiasa membakar semangat saya. “Dalam acara berpasukan seperti lari berganti, semangat perpaduan, kerjasama berpasukan dan cintakan negara sentiasa menjadi pegangan mereka. “Misalnya, kita tidak katakan pasukan 4x400 meter dianggotai oleh pelari-pelari berbangsa Melayu, Cina dan India. Tetapi, pasukan negara dianggotai ahliahli sukan berbangsa Malaysia,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Sekolah Sukan Bukit Jalil, baru-baru ini. Menurutnya, resipi utama kejayaan beliau adalah semangat cintakan negara yang mendalam, sentiasa berkeyakinan tinggi dan tidak berganjak dari fokus utama. Beliau turut berterima kasih kepada ibu bapanya, guru dan jurulatih seperti Datuk M Rajamani dan Martin Ham yang memberikan sokongan padu sepanjang beliau bergelar olahragawati. Sumbangan besar Marina dalam bidang olahraga mendapat pengiktirafan negara apabila diumumkan sebagai Pengetua Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) berkuat kuasa 1 Ogos 2007. Beliau memulakan tugas sebagai guru pada 1976 di beberapa sekolah sebelum ditugaskan sebagai Penolong Pengarah di Unit Pendidikan Jasmani dan Sukan, Bahagian Sekolah di ke-

menterian. Dia kemudian muncul bekas atlet negara pertama dipilih mengemudi SSBJ. “Sejak saya dipilih ke SSBJ, visi sekolah ini tidak pernah berubah iaitu untuk menjana atlet bertaraf dunia. Ia bukan sekadar melahirkan atlet yang mampu berdaya saing, tetapi juga berpendidikan, kreatif, logik dan memiliki perwatakan membanggakan negara,” katanya. Sebagai Pengetua, Marina perlu tegas membuat keputusan untuk menentukan hak pelajar dalam mendapatkan hak pelajaran mereka. Walaupun bergelar atlet, status sebagai pelajar tidak boleh dipandang ringan. Ini kerana untuk berjaya, atlet itu bukan saja perlu hebat dalam sukan diceburi, tetapi juga berpendidikan.

Perkembangan sukan olahraga negara sekarang tidak begitu menyinar seperti pernah dikecapi sekitar 70 hingga 90-an. Malah, Marina sendiri mengakui terdapat perbezaan ketika dia menjadi atlet trek pada zamannya dulu. “Rasanya, semua atlet pada zaman saya lebih tabah. Keinginan kami untuk menjalani latihan sangat kuat walaupun terpaksa keluarkan duit sendiri

Anak ikut jejak suami Menurutnya, sesetengah situasi memerlukan seseorang atlet itu membuat keputusan segera dan tepat dalam sesuatu perlawanan. Justeru, ilmu dan pendidikan sangat penting bagi membantu mereka menghadapi situasi berkenaan. “Hayat atlet tidak lama. Jika dia keluar dari SSBJ tanpa SPM, bagaimana dia boleh cari pekerjaan sesuai dengan kelulusan akademik dimiliki. “Sewaktu pertama kali menjejak kaki di SSBJ, saya pernah bertanya kepada pelajar di sini, apakah mereka kenal saya? Mereka jawab, tidak. Situasi ini juga akan terjadi kepada mereka pada 10 atau 20 tahun akan datang. Jika mereka ada pendidikan, ke mana saja mereka dicampak, mereka boleh teruskan kehidupan dengan baik,” katanya. Marina berkata, pelajar atau sesiapa saja yang berminat menjadikan sukan sebagai karier, mereka perlu ada minat mendalam dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. “Paling penting, perlu ada keyakinan diri tinggi kerana ia akan membantu mereka merealisasikan perkara yang pada mulanya dianggap mustahil,” katanya. Pada masa sama, Marina juga berharap semua pengalamannya dapat dicurahkan dan dikongsikan kepada pelajar-pelajar SSBJ. “Saya ingin jadikan pelajar SSBJ antara pemenang pingat emas Olimpik 2012,” katanya.

elajarnya

n dua p Marina da

di SSBJ.

PROFIL Nama Marina Chin Tarikh Lahir 19 Oktober 1955 Umur 55 Suami Jagjeet Singh Anak Jasmine Kaur (25), Ashvinder Singh (22)

Marina bersama keluarga. semata-mata untuk perbaiki prestasi diri. Tiada kemudahan pengangkutan disediakan seperti sekarang selain usaha sendiri dengan menaiki pengangkutan awam. “Atlet sekarang banyak dapat bantuan dan manja. Istilah lebih tepat lagi, atlet hari ini lebih selesa. Segala kemudahan disediakan. Ini membuatkan mereka tidak merasai kesusahan dan kurang berdikari. Keinginan mereka untuk lebih berusaha terbatas ke-rana semua sudah disediakan,” katanya. Marina berkata, kemudahan elaun atau ganjaran kewangan tetap penting berdasarkan peredaran zaman. Tetapi, kadangkala faktor itu mudah menjejaskan

tumpuan sebenar atlet hingga membuatkan mereka lupa tanggungjawab utama, iaitu beraksi demi negara. Marina, 55, mendirikan rumah tangga dengan Jagjeet Singh, juga bekas ketua pasukan ragbi Malaysia pada 1984. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Jasmine Kaur, 25 dan Ashvinder Singh, 22. Anak gadis Marina, Jasmine setakat ini mengikut jejak diri dan suaminya yang minat bersukan. Lebih menarik, anak perempuannya itu menggemari sukan yang pernah melonjakkan nama bapanya, di mana bakat dimilikinya turut membawa dia

beraksi bersama pasukan Royal Selangor Club. “Saya dan suami tidak pernah paksa anak-anak menceburi bidang sukan. Mereka bebas buat keputusan untuk diri sendiri. Kami sekadar beri pandangan saja. Anak-anak memang manja dengan kami berdua, tetapi mereka tahu batasannya,” katanya. Meskipun sibuk dengan tugas selaku Pengetua SSBJ, Marina tetap berusaha meluangkan masa dengan keluarganya dan beliau bersyukur kerana keluarga amat memahami kerjayanya. “Walaupun sibuk, saya tetap cuba curi masa bersama keluarga. Saya bertuah kerana tawaran menjadi Pengetua SSBJ tiba tepat pada masanya kerana anak-anak sudah besar dan tidak perlu pemerhatian sepanjang masa. “Kadang-kadang, saya dan suami juga gemar lakukan aktiviti berjalan kaki bersama untuk menjaga kesihatan,” katanya.


16

x

presi

Transisi 27 OGOS - 9 SEPTEMBER 2010

Maznah penuh aura Oleh Muhammad Amsyari Ismail

S

EGULUNG ijazah tidak menentukan kejayaan seseorang kerana ia bukan jaminan mutlak. Sebaliknya, ia perlu disertakan dengan kesedaran diri positif, imej diri yang menyakinkan dan disiplin diri kuat.” Itulah bicara awal yang keluar dari mulut usahawan terkenal, Datuk Dr Maznah Hamid ketika ditemui, baru-baru ini. Beliau, yang terkenal dengan jolokan The Iron Lady, memang cukup sinonim dengan jenama Securiforce iaitu sebuah syarikat yang bukan saja terhad dalam menawarkan perkhidmatan pengawal statik (static guard), tetapi turut merangkumi logistik, transit tunai masuk (cash-in-transit), pengurusan tunai, pengurusan kargo teknologi tinggi (high-tech cargo management), perkhidmatan trak perisai dan pelbagai perkhidmatan lain - Total Security. Anak kelahiran Ayer Hitam, Jerlun, Kedah ini kini mengetuai 55 cawangan Securiforce dengan jumlah 5,000 kakitangan dan dikelilingi ratusan senjata api dan puluhan van kalis peluru. Bergelar Isteri kepada Datuk Shaheen Mirza, Maznah berkata, beliau bukanlah pelajar pintar dengan straight A’s ketika zaman persekolahan dulu. “Saya dibesarkan datuk dan nenek yang memiliki latar belakang agama kuat dan konservatif. Banyak perkara tidak boleh dibuat sehinggakan untuk belajar di sekolah orang putih dilarang. Namun, saya tetap ke sekolah orang putih pada sebelah pagi dan sekolah agama pada sebelah petang. “Saya ingat lagi pesan nenek, jika tidak lulus MCE (sekarang SPM), saya disuruh jadi ustazah dan apabila tamat pengajian universiti dia mahu saya jadi tokoh agama. Saya percaya jika kita memiliki didikan agama baik, ke mana saja kita pergi, ia akan menjadi panduan dan benteng buat kita. “Kualiti kepimpinan saya dikesan sejak zaman persekolahan lagi apabila saya cukup aktif dalam kokurikulum. Saya jadi ketua sukan dan pengerusi pelbagai kelab dan persatuan,” katanya. Maznah, 55, berkata, untuk berjaya, kaya, bahagia dan hidup senang, seseorang itu

memerlukan ilmu dan kemahiran dalam pelbagai aspek. “Apa yang penting, kita mempelajari dan mempunyai pelbagai kemahiran supaya punca pendapatan datang dari banyak cabang, ditambah dengan pencapaian akademik dimiliki. “Di segi keusahawanan pula, kita memerlukan 80 peratus kepintaran EQ dan 20 peratus IQ (akademik). Malah, kekebalan diri dan semangat membara mengatasi segalanya,” katanya. Maznah dilantik menjadi duta Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) dan bertanggungjawab mempromosikan ‘Keusahawanan Suatu Kerjaya Pilihan’ dengan memberikan motivasi keusahawanan, peluang dan cabaran melalui seminar kepada semua graduan universiti dan seluruh negara. Doa terkabul “Kemahuan dan latihan praktikal keusahawanan penting sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Semua individu yang ingin hidup senang perlu ditanam semangat keusahawanan dalam diri mereka,” katanya. “Dulu semasa kecil, saya sering berangan dan berdoa untuk jadi senang. Saya bersyukur kerana Tuhan makbulkan doa saya untuk diletakkan dalam kalangan orang senang dan berjaya. Tepat kata orang, jika nak jadi orang kuat agama, kita perlu dekati orang alim dan ulama, jika hendak berjaya, sentiasalah bersama orang yang berjaya. “Ini kerana, jika kita bersama golongan itu, kita akan mendapat aura dan semangat untuk jadi seperti mereka. Saya sendiri jadikan mereka mentor saya,” katanya. Maznah ketika bercerita pengalaman dilalui hingga kini menjadi usahawan berjaya s mengakui ia tidak mudah dan indah seperti disangka. Perjalanan penuh liku dan ranjau. “Rumah saya pernah dijual untuk dijadikan modal perniagaan. Saya juga pernah duduk di rumah setinggan tanpa elektrik dan air. Malah, anak-anak juga pernah dibawa ke pejabat pada sebelah malam dan akhirnya kami membuka pejabat 24 jam sehari, tujuh hari sem-

Kemahuan dan latihan praktikal keusahawanan amat penting sebelum memulakan sesuatu perniagaan.”

inggu,” katanya lagi. Kini, berkat kegigihan dan kesabaran, segalanya membuahkan hasil selepas 30 tahun dengan Securiforce berdiri gah bersama beberapa anak syarikat lain seperti pemaju hartanah, Danau Lumayan yang membina kondo-


22- 23 27 Ogos - 9 September 2010 / 17 - 30 Ramadan 1431H

www.transisi.com.my

Tuah anak Felda

KAJIAN ILMIAH

Oleh Rudysham Abd Raof

P

ERUNTUKAN RM50 juta setahun daripada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), membuktikan Kerajaan Pusat begitu prihatin dalam membela nasib anak peneroka seluruh negara untuk mendalami bidang kemahiran ke tahap tertinggi. Ia adalah lanjutan Program Latihan Kemahiran Generasi Baru yang dilaksanakan pada 2005 khusus bagi generasi baru peneroka lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mempunyai pekerjaan tetap serta masih berada di rancangan, sekali gus meletakkan mereka berdiri sama tinggi dengan golongan bangsawan lain.

>> Muka 19

TEKUN... Pelajar meneliti enjin kenderaan di Giat Mara.

ik Menalram di da

21

20

18 Syarat lebih ketat masuk UTM - Zaini

Usah cakap tak serupa bikin

Kelapa sawit cegah penyakit kronik

24 Agong berbuka bersama warga UiTM


18

KAMPUS

Transisi 27 OGOS - 9 SEPTEMBER 2010

Syarat lebih ketat masuk UTM - Zaini

S

ARINGAN kemasukan pelajar ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan dibuat lebih ketat dalam usaha mengekalkan status sebagai universiti penyelidikan bertaraf elit. Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Zaini Ujang berkata, kemasukan calon pelajar ke UTM kali ini memang lebih ketat berbanding tahun-tahun sebelum ini. Selain itu, katanya, UTM begitu selektif dalam memilih pelajar baru agar ia setara dengan imej universiti yang mendapat pengiktirafan sebagai Universiti Penyelidikan sejak 10 Jun lalu. “Kita terpaksa menetapkan sekurang-kurangnya Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.26 berbanding dahulu, terutamanya bagi fakulti yang popular seperti kejuruteraan. “Peningkatan CGPA dibuat selaras dengan status UTM sebagai universiti penyelidikan dan kita perlu menjaga status sebagai universiti elit. Jika tidak mencapai piawaian, status itu boleh ditarik balik. Kita tidak mahu itu berlaku,” katanya. Beliau berkata demikian pada majlis Berbuka Puasa Pegawai Kanan UTM Bersama Media di Skudai Johor Bahru, baru-baru ini. Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni) UTM, Prof Dr Mohd Tajudin Ninggal. Dr Zaini berkata, pihaknya me-

UTM mahu lahir graduan terbaik bagi menjaga status universiti elit - Gambar Hiasan. nyasarkan dalam tempoh dua tahun daripada sekarang, jumlah kemasukan pelajar pasca ijazah akan sama banyak dengan pelajar sarjana muda. “Biasanya pengambilan pelajar adalah 4,000 orang tetapi selepas pengiktirafan itu, kita hanya ambil sekitar 3,400 pelajar sarjana muda dan selebihnya adalah calon pasca ijazah. “Kini, UTM memiliki sekitar 20,800 pelajar. 7,000 daripada mereka adalah pelajar sarjana

muda dan pengajian peringkat ijazah doktor falsafah (PhD), manakala 3,000 daripada mereka adalah pelajar luar negara,” katanya. Beliau berkata, memandangkan setiap tahun banyak permohonan calon yang ingin menuntut di UTM, pihaknya juga telah menambah pelbagai kursus, antaranya, Fakulti Tamadun Islam. Di samping itu, katanya, UTM juga mendapat geran sebanyak RM150 juta setahun daripada

kerajaan dan RM10 juta daripadanya disalurkan sebagai biasiswa kepada pelajar peringkat ijazah doktor falsafah. Beliau berkata, setiap pelajar yang menuntut di UTM akan berpeluang menimba pengalaman di luar negara menerusi program global outreach. “Sehingga Ogos ini, dianggarkan 2,800 pelajar sudah dihantar ke luar negara dan UTM mensasarkan 5,000 pelajar akan ke luar negara tahun ini,” katanya

ZAINI UJANG

UTeM atur strategi tarik pelajar antarabangsa

U

NIVERSITI Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan melakukan pelbagai inisiatif untuk menarik minat dan meningkatkan kemasukan pelajar antarabangsa ke universiti berkenaan. Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan berkata, selepas 10 tahun penubuhan UTeM, hanya 75 pelajar antarabangsa mengikuti pengajian di peringkat pasca ijazah dan Sarjana Muda. Katanya, semua pelajar berkenaan adalah dari Pakistan, India, Arab Saudi, Chad, Jordan, Iraq,

Nigeria, Cameroon dan Yamen “Saya percaya UTeM mampu menarik minat pelajar antarabangsa kerana program-program pengajian yang ada telah dinilai dan mendapat akreditasi daripada badan-badan profesional dari dalam dan luar negara. “Buat pertama kalinya, empat pelajar antarabangsa telah menerima Ijazah Sarjana Muda masing-masing pada Majlis Konvokesyen UTeM Keenam barubaru ini,” katanya. Empat pelajar berkenaan adalah antara 1,408 graduan dalam pelbagai bidang dan peringkat

pengajian menerima ijazah masing-masing pada majlis yang diadakan di Dewan Besar UTeM, baru-baru ini. Daripada jumlah itu, tiga menerima Ijazah Doktor Falsafah, 51 Ijazah Sarjana, 1,083 bagi Ijazah Sarjana Muda dan 271 mendapat diploma. Selanjutnya, Dr Ahmad Yusoff berkata, sejak sedekad penubuhan UTeM, sebanyak 7,256 graduan telah menerima ijazah masingmasing. Katanya, dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, tumpuan diberikan kepada isu

akreditasi bagi memastikan graduan yang dihasilkan memenuhi kehendak industri dalam konteks kemahiran teknikal. “Ia melibatkan proses pengukuhan kurikulum pengajian yang membabitkan ahli-ahli lembaga pengajian dan pakar dari sektor industri,” katanya. Beliau berkata, kerjasama strategik itu sebagai usaha melaksanakan pengajaran yang relevan kepada industri bersesuaian dengan perkembangan ilmu saintifik dan kemajuan teknologi. “Banyak program pengajian

telah dinilai dan mendapat akreditasi daripada badan-badan profesional,” katanya. Pada 2009 kata Dr Ahmad Yusoff, sebanyak lima program diploma, empat Sarjana Muda Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Selain itu, katanya, sebanyak 14 kursus telah mendapat akreditasi dari Lembaga Jurutera Malaysia. “Pengiktirafan program pengajian di UTeM telah menyumbang kepada kualiti graduan yang dihasilkan.” Katanya.


KAMPUS

27 OGOS - 9 SEPTEMBER 2010 Transisi

Generasi muda Felda mampu bersaing

>> Dari Muka 17

PROGRAM ini disediakan bagi melatih generasi baru dalam pelbagai bidang sebagai persiapan mendapatkan peluang pekerjaan yang sesuai apabila tamat menjalani latihan. Ia jelas membuktikan keupayaan Felda untuk memastikan anak peneroka mampu mengangkat martabat keluarga masing-masing ke tahap lebih gemilang. “Setiap tahun, 5,000 generasi baru Felda menyertai bidang kemahiran dan sehingga kini 29,243 anak peneroka dilatih dalam pelbagai latihan”, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan. Menurutnya, daripada jumlah itu, 260 orang adalah pelatih jurutera baik pulih pesawat, manakala 53 orang lagi pelatih juruteknik muda di Penerbangan Malaysia (MAS) dan selebihnya menyertai program latihan kemahiran yang ada di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) seluruh negara. “Tumpuan diberikan dalam bidang latihan kemahiran di pelbagai institusi kemahiran khususnya bagi kemahiran berprofil tinggi yang mempunyai pasaran kerja terbuka. “Sejak 2005, kerajaan peruntukan sejumlah RM188.8 juta untuk melatih generasi baru. Dengan adanya pendidikan ini, diharap generasi baru Felda mampu bersaing dalam pasaran ekonomi lebih terbuka. Inilah cara kita (kerajaan) didik generasi muda ke tahap tertinggi,” katanya. Malah, kata beliau, den-

Ahmad Maslan kerap turun padang meninjau perkembangan teknologi Felda. gan program sebegini, ia adalah langkah terbaik daripada Felda menyediakan generasi kedua dan ketiga menghadapi saingan ekonomi dan tekanan sosial di tanah rancangan berkenaan. “Felda juga menawarkan dana khas pelajar cemerlang untuk mengikuti kursus profesional di universiti terpilih

di luar negara seperti Britain, Amerika Syarikat, Ireland, Australia, India dan Republik Czech. Belajar di universiti dalam negara juga turut mendapat bantuan dan pinjaman pelajaran,” kata Ahmad. Antara kursus terbaru yang diwujudkan Felda ialah dalam bidang kemahiran berteknologi tinggi iaitu teknologi maklumat

dan komunikasi (ICT), animasi dan penyiaran bakal ditawar di Pusat Latihan Felda di Trolak, Perak tahun depan. Latihan Kemahiran kepada generasi baru Felda ini dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu sijil, diploma dan ijazah. Program ini diadakan dengan kerjasama agensi Kerajaan dan Felda sendiri seperti Giat Mara, Institut Kemahiran Mara (IKM), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Latihan Perindustrian (ILP) serta Prodata. Kursus di peringkat sijil dibiayai sepenuhnya Felda membabitkan Tahap Satu hingga Tahap Tiga yang menyediakan program kemahiran asas, pertengahan serta lanjutan dalam pelbagai bidang. Kursus peringkat diploma pula dijalankan di universiti atau kolej dan pusat latihan bertauliah yang diiktiraf di seluruh negara seperti Nilai University College, Akademi Laut Malaysia, Universiti Tun Abdul Razak (Unitar), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan lainlain. Bagi kursus peringkat sijil, Felda menanggung sepenuhnya kos pembiayaan kursus manakala peringkat diploma dan ijazah, ia dibiayai dalam bentuk pinjaman tanpa faedah. Bayaran balik pinjaman perlu dilakukan pelajar setelah tiga bulan tamat pengajian masingmasing. Sebelum ini, Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor, berkata penawaran kursus itu untuk meningkatkan penyertaan generasi muda dalam Felda,

19

selain sebagai anjakan di pusat itu, daripada menawarkan kursus berkemahiran biasa seperti automotif kepada bidang kemahiran berteknologi tinggi. “Kami perlu memulakan bidang yang sesuai dengan perkembangan semasa kerana pada masa ini, kursus kemahiran yang memerlukan tenaga kasar (seperti automotif) boleh ditawarkan di institusi kemahiran sedia ada seperti Pusat Giat Mara dan sebagainya,” katanya Bagaimanapun, Dr Yusuf berkata, setakat ini Felda belum memutuskan kursus baru yang akan ditawarkan di pusat berkenaan kerana Yayasan Felda sedang mengkaji modul dari negara maju di Eropah atau Jepun sebelum memperkenalkan bidang kemahiran teknologi moden itu. Felda tidak boleh terus mengekalkan latihan bagi melahirkan pekerja untuk membaiki kenderaan dan membina rumah, sebaliknya perlu mengorak langkah dengan memperkenalkan kursus baru yang sesuai dengan perkembangan sekarang. “Biar bidang seumpama itu diperkenalkan di pusat atau institusi kemahiran lain. Kami mahu menjadikan Pusat Latihan Felda Trolak sebagai pusat latihan kemahiran dalam bentuk baru.” katanya. Beliau berharap Yayasan Felda dapat menyiapkan kajian terhadap modul kursus berkenaan pada tahun ini supaya kursus baru itu dapat ditawarkan tahun depan.

IPD, UPM rancang kursus komunikasi anggota polis

I

BU Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang merancang menjalinkan kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi mewujudkan kursus pengajian dalam bidang komunikasi khusus untuk anggota polis. Ketua Polis Daerahnya, Supritendan Abdul Razak Elias berkata, kursus komunikasi itu dilihat berkesan untuk membimbing anggotanya supaya berkhidmat dengan lebih berkesan. Katanya, andai semuanya berjalan seperti dirancang, kursus berkenaan mampu meningkatkan imej polis dalam men-

jalinkan hubungan dengan masyarakat. “Cadangan mewujudkan kursus komunikasi berkesan membolehkan pasukan polis sentiasa berada di hadapan dalam menangani segala bentuk perubahanperubahan dan situasi. “Saya mahu program ini dilaksanakan segera bersama anggota Suksis kerana mereka juga adalah sebahagian warga pasukan polis yang boleh dikerah bila-bila masa,” katanya. Beliau berkata demikian selepas pertemuan pertama dengan Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (Suksis) UPM yang be-

rada dalam kawasan jagaan IPD Serdang di sini, baru-baru ini. Turut hadir, Ketua Balai Polis Serdang, Cif Inspektor Zamzam Yunus, Pegawai Penyelaras Suksis UPM, Mohd. Saad Ahmad, Ajutan UPM, Norazlan Mohamed dan beberapa pegawai Kor Suksis. Menurut Abdul Razak, kerjasama ini dilakukan bagi meningkatkan lagi tahap pembabitan komuniti membanteras jenayah bersama polis. “Suksis yang terdiri daripada generasi bijak pandai ini boleh membantu meningkatkan kesedaran mengenai perlakuan

jenayah dalam kalangan komuniti mereka sendiri. “Kerjasama ini juga membantu polis menjadi sebuah pasukan yang boleh dipercayai, dihormati dan bukannya ditakuti. Komuniti perlu bersatu hati dalam usaha ke arah mencapai keselamatan khususnya di kawasan mereka sendiri,” katanya. Beliau berkata, pertemuan bersama 145 anggota Suksis itu sebagai tanda menghargai pasukan itu sebagai yang sebahagian daripada nadi dalam pasukan PDRM.


20

KAMPUS

Transisi 27 OGOS - 9 SEPTEMBER 2010

Program VOGUE cuit hati Bicara Menara Gading Oleh Rudysham Abd Raof rudy_sham72@yahoo.com

T

ANGGAL 1 Ogos lalu, Voluntary Group For Everyone (VOGUE) diperkenalkan Puteri UMNO untuk menarik golongan muda bagi menterjemahkan hasrat UMNO dalam membantu masyarakat melangkaui batas agama dan bangsa. Pelancarannya dilaksanakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Tapak Padang Kawad, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Hadir menyaksikan hari bersejarah itu ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Naib Canselor UiTM, Datuk Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin selain turut disertai 4,000 anggota VOGUE. Jika disimpulkan di sini, pihak universiti memberi layanan istimewa buat kaum Puteri mewujudkan VOGUE dan pelancarannya di UiTM. Muhyiddin menjelaskan bahawa usaha Puteri menyediakan program amal VOGUE secara lebih sistematik patut digalakkan dan mendapat sokongan daripada pelbagai lapisan pemimpin parti pada peringkat bahagian dan cawangan di seluruh negara. Muhyiddin berkata, program sehebat ini amat bermakna dan apa yang dilakukan Puteri ditun-

Tip

Siri Akhir

M

GEMBIRA... Muhyiddin ketika pelancaran VOGUE di UiTM. tut masyarakat kerana generasi laku selepas ini? Timbalan Menteri Pengajian muda masih perlukan bantuan dan bimbingan, apatah lagi ia di- Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullakukan oleh warga Puteri yang lah berhasrat memberi harapan terdiri daripada ‘remaja yang ce- baru dengan membenarkan mahasiswa menyertai politik tanpa rah, ceria dan cantik’. Rosnah pula menjelaskan, mengubah Akta Universiti dan VOGUE yang dilancarkan itu Kolej Universiti (AUKU). Ramai mencemuh cadangan bukan konsep atau aktiviti baru Puteri UMNO, tetapi ia satu idea itu dan pelbagai macam alasan menjenamakan semula Biro Su- diberikan seperti bimbang pelakarelawan serta memberi imej jar tidak tumpu pada akademik lebih segar kepada konsep kesu- dan berlaku ketidakadilan dalam karelawan dalam kalangan ge- pembelajaran jika pelajar parti lain, pensyarah pula parti lain. nerasi muda. Ingin ditegaskan, universiti Bukan mahu menidakkan idea hebat Puteri, tetapi adakah sememangnya medan ilmu dan ia selari dengan hasrat Kabinet gelanggang mengasah bakat sebelum ini yang tidak mengizin- kepimpinan mahasiswa dalam kan parti politik bertandang di mengurus tadbir aktiviti mereka univesiti atau lebih tepat tidak sendiri. Sebenarnya, ilmu yang meremembenarkan pelajar menyertai politik kerana kepentingan hanya ka peroleh tidak cukup jika sekadar berhempas dalam bilik kuliah, pada akademik? Apabila program VOGUE berserabut dengan tugasan yang diperkenalkan dan ditambah pula bertimbun, berseronok di kolej pelancarannya di universiti tem- dan hanya menunggu keputusan patan, apa impak yang akan ber- di akhir pengajian.

Sesungguhnya apa yang dicadangkan Saifuddin berhubung soal politik di universiti ada baiknya. Mahasiswa adalah pelaburan rakyat dan sudah pasti mereka perlu berbakti pada rakyat suatu hari nanti. Jika di kampus mereka disekat untuk bebas berfikir, tentunya ia akan membataskan usaha negara mencari pemimpin sejati untuk dihadiahkan pada rakyat Malaysia akan datang. Kita perlu kembali memahami sejarah mahasiswa yang penuh dengan idealisme tersendiri. Sejarah dunia ini kebanyakannya dilakarkan anak muda kerana mereka mempunyai kekuatan semangat, idea, cita-cita, keazaman untuk melakukan perubahan. Tidak timbul mahasiswa prokerajaan ataupun antikerajaan. Ini kerana perjuangan mahasiswa adalah untuk menuntut keadilan dan hak itu ditegakkan. Apa yang diinginkan negara adalah memberi kepercayaan kepada pelajar menentukan hala tuju diri mereka sendiri. Sebenarnya, persekitaran politik di universiti ketika ini tidak menjadi ancaman kepada Kerajaan. Ia juga bukan kelebihan kepada pembangkang meskipun keadaannya dilihat lebih ke arah itu. Tetapi kebenaran berpolitik adalah satu bentuk pendedahan kepada kematangan berpolitik

dalam diri mahasiswa. Umum mengetahui golongan pelajar adalah kumpulan paling ramai tidak mendaftar sebagai pengundi. Sudut pidato yang diwujudkan di universiti juga tidak begitu mendapat perhatian mahasiswa. Mungkin mereka melihat masih ada kekangan untuk menggunakan sepenuhnya kebebasan dari sudut pidato yang diasaskan di universiti. Namun, kita percaya bahawa kebenaran berpolitik akan menjadikan sudut pidato yang diasaskan benar-benar hidup dan mampu menarik pelajar mengikuti perkembangan isu politik semasa dalam konteks yang lebih luas.

Sejarah dunia ini

kebanyakannya dilakarkan anak muda kerana mereka mempunyai kekuatan semangat, idea, cita-cita, keazaman untuk melakukan perubahan.

Amalan berjimat pelajar

ENJADI pelajar kampus bukan tugas mudah. Selain mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan tugasan, anda perlu menguruskan wang agar dapat menjalani hidup sebagai pelajar dengan aman dan tenang. Jika gagal menguruskan wang dengan bijak, ia boleh mengganggu tumpuan dan memberi kesan kepada pembelajaran. Sebenarnya, pengurusan kewangan yang baik boleh dimulakan dengan mempraktikkan teknik mudah men-yimpan wang. Selepas selesai membaca artikel ini, anda boleh mengaplikasikannya mengikut keadaan kewangan anda. 7. Jadilah pelajar yang bijak Sebagai pelajar yang bijak dalam pelajaran, anda juga perlu bijak berbelanja. Cetak tugasan anda di dua belah muka surat kertas, beli isian semula dakwat mesin pencetak dan bukan kartrij, pinjam buku rujukan daripa-

da pelajar senior, rakan atau perpustakaan, sewa rumah bersama kawan dan makan di kampus. Amnya, perkhidmatan dan kemudahan di kampus seperti sewa asrama, fotokopi dan lain-lain jauh lebih murah. 8. Gunakan kad pelajar Kad pelajar adalah instrumen yang sangat membantu usaha anda menyimpan wang. Anda boleh menggunakannya untuk mendapat diskaun ketika menonton wayang, membeli buku, menaiki LRT, melayari internet, bercuti, makan, bersukan dan sebagainya. 9. Gunakan pengangkutan awam Kos menaiki pengangkutan awam biasanya lebih rendah berbanding memandu kereta. Jika tidak berminat,, kongsi kereta dengan rakan. Fikirkan juga mengenai motosikal atau basikal supaya boleh menjimatkan wang. Sentiasa rancang perjalanan mengikut jadual dan keperluan.

10. Guna Internet untuk buat panggilan Lebih baik buat panggilan menerusi internet berbanding menambah nilai telefon bimbit. Anda bukan saja dapat berbual sepuas-puasnya, malah tidak perlu bayar sesen pun (jika mengunjungi WiFi hotspot percuma). Jika terdesak, barulah guna telefon bimbit. Hantar SMS juga jauh lebih murah. Kesimpulannya, kehidupan di kolej atau universiti bukan sekadar mentelaah pelajaran. Anda juga akan menerokai pelbagai aspek kehidupan dan menempuhi pelbagai pengalaman yang mampu mencorak kehidupan anda. Sudah semestinya anda tidak mahu masalah berkaitan wang menjadi isu yang membebankan anda. Dengan mempraktikkan ‘10 Panduan’ diberikan, anda boleh menikmati kehidupan kampus yang bebas daripada tekanan, seronok, dan mengujakan. - Sumber Pelabur Malaysia


KAMPUS

27 OGOS - 9 SEPTEMBER 2010 Transisi

Inovasi ICT USM tingkat perubatan negara

S

EKUMPULAN penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menghasilkan sejenis perisian komputer yang mampu mempertingkat prestasi kelengkapan bidang perubatan termasuk dalam aplikasi pengimejan resonans magnetik (MRI), sinar-x, CT Scan dan sebagainya. Produk yang dikenali sistem perisian Extensible Medical Image Analisys, Visualisation and Annotation Platform (Endeavor) itu dibangunkan oleh enam pakar dari Pusat Pengajian Sains Komputer (PPSK) USM yang diketuai Profesor Madya Dr. Mandava Rajeswari dan dibantu 10 pelajar pengajian doktor falsafah (PhD) dan sarjana pusat pengajian berkenaan. Naib Canselor USM, Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, Endeavor bakal memberi manfaat kepada sebilangan besar pesakit yang memerlukan rawatan segera khususnya membabitkan pengimejan dan diagnostik. Katanya, ia berdasarkan keupayaan alat itu menghasilkan ketepatan diagnosis penyakit melalui kebolehannya memaparkan imej perubatan dengan lebih jelas dan spesifik. “Sebelum ini, paparan imej kebanyakannya hanya memba-

21

bitkan tisu keras seperti tulang,” katanya kepada media bagi mengumumkan kejayaan Endeavor pada Anugerah MSC Malaysia Asia Pacific ICT Alliance (APICTA) 2010 baru-baru ini. Endeavor berjaya merangkul anugerah utama untuk kategori e-Kesihatan dalam APICTA 2010 yang berlangsung di Kuala Lumpur. Turut hadir ialah ketua penyelidik, Prof Madya Dr Mandava Rajeswari; Dekan Pusat Pengajian Sains Komputer (PPSK), Prof Rosni Abdullah, Prof Dr Ibrahim Lutfi Shuaib, Prof Madya Dr Mohd Ezane Aziz, Prof Madya Dr Bahari Belaton dan barisan penyelidk sarjana PPSK. Menurut Dzulkifli, selain itu

produk berkenaan turut membolehkan pengamal perubatan membuat keputusan lebih cepat dan tepat kerana keupayaan Endeavor dalam memberi laluan kepada perbincangan maya yang melibatkan ramai pakar dari lokasi berbeza. Katanya, sebelum ini, proses membuat keputusan terhadap seseorang pesakit agak lama, khasnya jika membabitkan perundingan lebih dari seorang pakar perubatan, namun wujudnya Endeavor, proses berkenaan dapat dipercepatkan. “Ia sekali gus membolehkan pesakit mengetahui dan memahami keputusan ujian yang dijalani dengan lebih baik dan mendapatkan rawatan dengan segera,” katanya.

Menurut Dzulkifli, kejayaan Endeavor yang dibangunkan secara intensif sejak tiga tahun lalu dengan kos pembiayaan di bawah peruntukan geran universiti penyelidikan berjumlah RM500,000 membuktikan penyelidikan kluster yang dibangunkan, berjaya mencapai matlamat universiti dalam memindahkan ilmu kepada masyarakat khasnya golongan bawahan. “Aplikasi Endeavor boleh digunapakai oleh semua pusat perubatan tanpa mengira status kemewahan dan sebagainya,” ujarnya. Sementara itu, Rajeswari berkata, Endeavor adalah gabungan unik penyelidikan di

antara Pusat Pengajian Sains Komputer USM dengan institusi perubatan USM termasuk Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) dan Pusat Pengajian Sains Perubatan. Katanya, gabungan unik berkenaan membolehkan negara mempunyai platform tersendiri yang berfungsi sebagai alat untuk menyedia, memuat turun, memapar, memproses, menganalisis dan memvisualisasi pelbagai imej perubatan dengan lebih tepat. “Endeavor boleh digunakan di mana-mana termasuk di daerah luar bandar kerana aplikasinya tidak rumit dan boleh dimuat turun terus kepada komputer pengamal perubatan,’’ katanya. Beliau berkata, Rajeswari penyelidikan Endeavor telah dibangunkan secara intensif sejak tiga tahun lalu dengan kos pembiayaan geran universiti penyelidikan (RU) berjumlah RM 500,000. Katanya, USM turut menjadi satu-satunya universiti awam yang tersenarai sebagai pemenang anugerah dan sekali gus membolehkan barisan penyelidik mewakili negara ke Anugerah APICTA Antarabangsa yang akan berlangsung Oktober depan.

berkata, White Matter Lesion ini memberikan gambaran pengurangan aliran darah ke bahagian otak seseorang dan kerap memperlihatkan potensi risiko bagi seseorang itu berhadapan dengan penyakit angin ahmar. “Kita pada awalnya mengambil sejumlah 400 sukarelawan yang kemudian diklasifikasikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan MRI dan bukan MRI. “Kumpulan MRI terlibat dalam kajian bagi tempoh dua tahun, sementara kumpulan bukan MRI hanya setahun. Sub-kumpulan dalam dua kumpulan ini seterusnya diberikan kapsul tocotrienol 400 miligram (mg) setiap hari. “Berdasarkan kajian, kita dapati tocotrienol memberikan kesan positif kepada sukarelawan yang terlibat,” katanya ketika membentangkan hasil kajian kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri

Bernard Dompok di Bilik Persidangan Canselori, baru-baru ini. Turut hadir Datuk Dr. Mohd Basri Wahid, Ketua Pengarah, Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Prof Asma Ismail, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USM, Prof Madya Syed Azhar Syed Sulaiman, Dekan Pusat Pengajian Sains Farmasi USM, Dr Hj Ramli Saad, Pengarah IPPT USM, David Ho, Pengarah Urusan, Hovid Berhad dan M Nagarajan, Setiausaha Bahagian (Minyak Sayuran, Lelemak dan Sago) Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia. Dalam pembentangan yang sama, Enrico Magosso daripada Pusat Pengajian Sains Farmasi pula berkata, pihaknya menjalankan kajian kepada 60 sukarelawan dewasa yang menerima 400mg tocotrienol dan kajian itu menunjukkan perubahan positif

kepada 50 peratus sukarelawan yang mengambil bahagian. “Hasil kajian ini akan dibentangkan kepada Liver Meeting of the American Association for the Study of Liver Diseases di Boston, Amerika Syarikat,” katanya.

Menurutnya, Non-Alcoholic Fatty Liver Disease (NAFLD) tidak mempunyai terapi ubat dan kajian yang dijalankan oleh mereka adalah yang pertama untuk menunjukkan tocotrienol yang dijual sebagai makanan tambahan boleh merawat penyakit itu.

Dzulkifli (berbaju merah jambu) bersama tenaga penyelidik USM yang menghasilkan ‘ENDEAVOR’. – Foto Mohd Fairus Md Isa.

Ekstrak kelapa sawit cegah penyakit hati, otak

P

OKOK kelapa sawit bukan sekadar menghasilkan minyak berkualiti tetapi kini, sejenis vitamin E yang dikenali sebagai ‘tocotrienol’, berupaya membantu mencegah kerosakan otak akibat kecederaan zon putih otak (White Matter Lesion). Menerusi kajian sekumpulan penyelidik Pusat Pengajian Sains Farmasi dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia (USM), vitamin E kelapa sawit juga mampu menghalang kerosakan hati akibat pengumpulan lemak yang boleh kemudiannya membawa kepada kegagalan hati. Penyelidikan itu diterajui Prof Yuen Kah Hay dan Prof Ibrahim Lutfi Shuaib bermula sejak tahun 2007 dan dibiayai menerusi geran penyelidikan Lembaga Minyak Sawit Malaysia bernilai lebih RM4 juta. Prof Ibrahim Lutfi Shuaib

Prof Asma menyampaikan cenderamata kepada Tan Sri Bernard Dompok di USM baru-baru ini.


22

KAMPUS

Transisi 27 OGOS - 9 SEPTEMBER 2010

Mesin nanas Dr Rosnah tingkat IKS negara Oleh Muhammad Amsyari Ismail dan Gan Yong Li

I

NDUSTRI kecil dan sederhana (IKS) negara memang menunjukkan peningkatan mendadak berdasarkan populasi penduduk Malaysia yang mencecah hampir 30 juta dan hakikat itu nyata memberi pengaruh besar kepada pengusaha makanan untuk menyediakan bahan mentah mencukupi bagi menampung keperluan pengguna. Namun, di sebalik keghairahan peniaga melipatgandakan usaha bagi menampung keperluan negara, mereka jelas berhadapan masalah besar mendapatkan tenaga buruh berikutan ketiadaan mesin atau alatan sempurna dalam menghasilkan produk berskala besar. Umum mengetahui bahawa permintaan tinggi terhadap penghasilan kuih-muih tradisional seperti baulu, maruku, dodol, semperit dan lain-lain terutama apabila musim perayaan tiba, namun disebabkan masalah kekangan tenaga kerja, banyak pengusaha negara terpaksa tutup perniagaan mereka. Justeru, menyedari hakikat bahawa tuntutan pelbagai penyelidikan dalam bidang reka bentuk mesin makanan perlu dipertingkatkan, penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Rosnah Shamsudin mengambil inisiatif menjalankan penyelidikan menghasilkan mesin nanas tiga dalam satu bagi membantu perkembangan industri desa negara.

Berbekalkan geran penyelidikan RM10,000, mesin serba guna itu direka dengan tiga fungsi utama iaitu mengupas kulit, mambuang empulur dan memotong nanas dalam bentuk kepingan serta kiub. Dr Rosnah berkata, kajian yang dilakukannya mengambil masa setahun untuk disiapkan dan berjaya menghasilkan mesin yang mampu menjimatkan masa, tenaga dan lebih mengutamakan kebersihan. “Mesin ini dibuat daripada besi tahan karat dan boleh beroperasi secara manual atau automatik bergantung kepada pilihan pengusaha. Produk yang saya cipta ini ditumpukan kepada pengusaha IKS yang terbabitkan dalam industri nanas. “Ia mampu dimiliki kerana kos penyelengaraan rendah dan sesuai digunakan di rumah,” katanya ketika ditemui di UPM, baru-baru ini.

Lebih membanggakan Dr Rosnah apabila mesin ciptaannya itu mendapat pengiktirafan di peringkat universiti apabila menduduki tempat kedua dalam Pameran Reka Cipta, Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) 2010, barubaru ini. Dr Rosnah yang juga pensyarah kanan Jabatan Kejuteraan Proses dan Makanan Fakulti Kejuruteraan UPM menyatakan beliau banyak mendapat khidmat nasihat daripada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB) untuk membangunkan mesin berkenaan. “MPIB memaklumkan kepada saya hampir keseluruhan usahawan berkaitan nanas masih lagi memproses secara manual. Jadi, dengan adanya mesin ini, kerja membuang kulit nanas dapat dilakukan dengan mudah dan teliti. “Pengusaha juga boleh mengupas kulit, memotong nanas keping dan kiub dengan cepat

iaitu tidak sampai dua minit kerana ia amat mudah dikendalikan,” katanya. Menurutnya, nanas yang sudah dipotong di bahagian atas dan bawah diletakkan di tengah mesin pengupas sebelum pemegang alat itu ditekan ke bawah dan mata pisau akan memotong kulit nanas dan empulurnya. “Kemudian, pemegang mesin itu perlu ditolak ke atas sekali gus mampu menghasilkan nanas tanpa empulur,” kata Dr Rosnah lagi. Beliau berkata, sekiranya mahu dipotong menjadi kepingan pula, nanas tanpa empulur akan diletakkan di bahagian pemotong nanas kepingan dengan ketebalan setiap kepingan nanas adalah 23 milimeter. Bagi memotong nanas kepada bentuk kiub, katanya, kepingan isi nanas disusun di dalam rod dan proses sama perlu dilakukan dengan menekan pemegang ke bawah dan mata pisau akan

Dr Rosnah bersama mesin ciptaannya s

Kaedah penggunaan mesin nanas

KAJIAN ILMIAH

1

Bahagian atas dan bawah nanas dipotong sebelum diletakkan di tengah mesin pengupas.

2

Tekan pemegang alat pengupas ke bawah dan mata pisau akan memotong kulit nanas.

Nanas diletakkan gan dengan setiap


KAMPUS

27 OGOS - 9 SEPTEMBER 2010 Transisi

memotong isi nanas menjadi kiub. Kini, menurut Dr Rosnah, mesin nanas tiga dalam satu ciptaannya itu sudah dikomersilkan di pasaran pada harga RM8,000 bergantung kepada spesifikasi dikehendaki pengusaha. “Selain menjimatkan masa, pengusaha juga boleh menghasilkan produk mereka dalam kuantiti besar. Saya akan beru-

23

saha memperbaiki mesin ini melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) dari semasa ke semasa supaya ia dapat memudahkan lagi pemprosesan nanas. “Saya berharap mesin ini dapat memberikan kemudahan dan kemajuan kepada pengusaha kecil, terutama dalam meningkatkan produktiviti mereka,� katanya.

Selain menjimatkan masa, pengusaha juga boleh menghasilkan produk mereka dalam kuantiti besar. Saya akan berusaha memperbaiki mesin ini melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) dari semasa ke semasa supaya ia dapat memudahkan lagi pemprosesan nanas. --- Dr Rosnah Shamsudin

selepas melalui proses pemotongan buah nanas.

Kelebihan Mesin Nanas 3 Dalam 1

3

di bahagian pemotong kepinp ketebalan kepingan 23mm.

4

Nanas diletakkan di bawah mata pisau bagi mendapatkan bentuk kiub.

1. Mengupas dan membuang empulur serentak. 2. Memotong nanas dalam bentuk kepingan. 3. Memotong nanas dalam pelbagai bentuk seperti tiga segi dan bulat. 4. Mempercepatkan pemprosesan buah nanas. 5. Bersih. 6. Mudah dikendalikan. 7. Menjimatkan masa dan tenaga. 8. Kos penyelenggaraan rendah. 9. Diperbuat daripada besi tahan karat. 10. Kos pembelian lebih murah kerana buatan tempatan. 11. Barangan penyelengaraan mudah diperolehi.


24

KAMPUS

Transisi 27 OGOS - 9 SEPTEMBER 2010

Graduan cemerlang UiTM dapat biasiswa ke Oxford, Harvard G

RADUAN Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mencatat kelulusan kelas pertama Ijazah Sarjana Muda akan ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian di beberapa universiti ternama dunia mulai November ini. Naib Canselor UiTM, Datuk Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, 25 pelajar yang mencatat keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.5 ke atas setiap tahun bakal menerima biasiswa untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah

(PhD) menerusi program ‘Meletak Melayu dalam Peta Dunia’. “Kumpulan graduan pertama yang dipilih untuk mengikuti pengajian di unversiti ternama dunia itu akan diumumkan selepas majlis konvokesyen pada November ini,” katanya. Antara universiti yang menjadi pilihan UiTM ialah Universiti Harvard (Amerika Syarikat); Universiti Cambridge, Universiti Oxford, Universiti Imperial (United Kingdom) dan beberapa universiti lain di Australia dan Rusia. “Saya yakin UiTM berupaya menghantar jumlah yang ditetap-

kan ke universiti ber-kenaan setiap tahun kerana pelajar UiTM yang memperolehi PNGK 3.5 ke atas terus meningkat dari semasa ke semasa,” katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Ekonomi dan Perniagaan Antarabangsa Terengganu 2010 (TiBEC 2010) yang berlangsung di Hotel Primula Beach Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamad Awang Tera.

Lebih 250 peserta dari dalam dan luar negara menyertai persidangan tiga hari itu. Persidangan anjuran UiTM Terengganu dengan kerjasama kerajaan negeri itu bertujuan menghimpunkan pakar-pakar pengurusan perniagaan dari dalam dan luar negara, khususnya pensyarah dan graduan Sarjana dan PhD dari pelbagai negara. Seminar anjuran UiTM itu antara lain membincangkan berhubung sistem kewangan Islam yang terkenal di negara ini yang menarik minat negara bukan Islam untuk turut mendalaminya.

Menurut Dr Sahol, UiTM sudah mengadakan perbincangan dengan beberapa terkemuka dunia berhubung penempatan graduan dari 25 jurusan yang ditawarkan universiti itu. Beliau berkata, graduan yang dipilih itu akan disyaratkan bekerja dengan universiti itu selama tujuh tahun sebaik menghabiskan pengajian. “Biasiswa untuk projek khas ini dibiayai pihak universiti. UiTM akan memilih kursus dan tempat pengajian yang sesuai untuk graduan yang terpilih ini,” katanya.

250 mahasiswa sertai seminar arkib

S

ERAMAI 250 mahasiswa dan kakitangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor kampus Segamat menyertai Seminar Arkib Pemangkin Kecemerlangan Negara di Segamat, Johor baru-baru ini. Seminar anjuran Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM dengan kerjasama Arkib Negara itu bertujuan memberi pendedahan mengenai peranan arkib dalam pembangunan negara serta memperkenalkan sistem pengurusan rekod elektronik. Antara penceramah ialah Ketua Pengarah Arkib Negara, Datuk Sidek Jamil serta bekas Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM, Prof Datuk Dr Raja Abdullah Raja Yaakob. Seminar sehari itu dirasmikan Pemangku Pengarah UiTM Johor, Prof. Madya Yusri Ismail. Yusri dalam ucapannya berkata, peranan pengurus dan pegawai rekod amat penting kerana pengurusan rekod yang efektif akan menyumbang kepada kecekapan dan kejayaan sesebuah organisasi. “Di samping itu, kes-kes seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa,

penipuan atau sebarang bentuk jenayah kolar putih akan dapat dikesan dan dibanteras melalui sistem pengurusan rekod dan arkib yang baik. “Justeru, menjadi keutamaan seluruh kakitangan UiTM khususnya staf UiTM Johor untuk memberi penekanan khusus terhadap pelaksanaan sistem pengurusan rekod dan arkib di setiap jabatan,” katanya. Beliau berkata, UiTM sebenarnya tidak ketinggalan dalam mempraktikkan sistem pengurusan arkib dan rekod secara efektif dan efisien melalui penubuhan Unit Rekod dan Arkib UiTM pada Januari 1986. “UiTM merupakan institusi pengajian tinggi awam pertama yang mempunyai sebuah unit khusus untuk pengurusan rekod dan arkib. “Namun, saya merasakan pendedahan dan penekanan secara berterusan amat diperlukan oleh semua kakitangan UiTM Johor khususnya dalam melaksanakan tatacara atau kaedah pengurusan rekod secara lebih berkesan,” katanya. Sementara itu, Sidek berkata,

Agong berbuka puasa bersama warga UiTM

Y

ANG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berangkat ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) menghadiri majlis berbuka puasa bersama kira-kira 200 pelajar bertempat di Dewan Seri Budiman, UiTM. Baginda tiba kira-kira jam 6.30 petang disambut Naib Cancelor UiTM, Prof Datuk Dr Ir Sahol Hamid Abu Bakar. Turut hadir pengerusi UiTM, Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, dan dua Pro Canselor UiTM, Tan Sri Arshad Ayub dan Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad. Hadir sama dalam majlis itu ialah ketua-ketua jabatan serta para kakitangan UiTM dalam majlis berbuka puasa yang diadakan setiap tahun di universiti itu serta menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama kira-kira 200 pelajar UiTM sebaik sahaja selesai berbuka puasa.

memang menjadi keutamaan Arkib Negara untuk menjalinkan kerjasama dengan semua jabatan kerajaan dalam memastikan matlamat pengurusan rekod dan arkib

tercapai dengan jayanya. Di samping memberi khidmat nasihat mengenai pengurusan rekod secara sistematik dan berkesan, Arkib Negara turut giat mem-

perkenalkan Sistem Pengurusan Rekod Elektronik yang merupakan sebahagian daripada pelaksanaan kerajaan elektronik (e-Government).


KAMPUS

27 OGOS - 9 SEPTEMBER 2010 Transisi

Pegawai ATM wajib lulusan universiti S

EBAGAI persediaan menghadapi cabaran baru keselamatan negara dan peperangan moden menggunakan teknologi terkini, semua permohonan baru bagi jawatan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mesti berkelulusan universiti. Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Bahagian Perkhidmatan Anggota ATM, Mej Jen Datuk Abdul Aziz Ibrahim berkata, bagi jawatan lain-lain pangkat, kelulusan perlu kredit Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). “Negara kini berhadapan dengan peperangan secara moden dan persiapan kita memastikan setiap pegawai dan anggota mempunyai pengetahuan yang cukup dan canggih,” katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyerahan cek kepada pegawai-pegawai memerintah Batalion Lapan Briged Infantri mewakili 204 anak-anak tentera yang lulus dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu. Abdul Aziz berkata, mulai tahun ini semua pegawai yang akan dinaikkan ke pangkat Leftenan Kolonel ke atas perlu mempunyai ijazah sarjana daripada mana-mana universiti yang diiktiraf kerajaan.

25

SARIPATI MENARA GADING Sertai Program Survival Laut

U

NIVERSITI Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan program ‘Survival Laut dan Penghayatan Warisan’ bertempat di Pulau Bidong selama dua hari satu malam, kepada pelajar barunya. Ketua Pusat Kokurikulum Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMT, Awang Koding Che Tom berkata, sepanjang 11 sesi program yang berakhir 6 Ogos itu, 1,970 pelajar baru UMT diberi peluang mempelajari kemahiran asas ketika berada di laut. “Mereka juga didedahkan dengan aktiviti ‘Jejak Warisan’ iaitu pelajar dibawa ke trek berbukit yang pernah menjadi tempat bermastautin sementara ribuan pelarian orang hanyut Vietnam dari 1975 sehingga 1990,” katanya.

UMP bolot Anugerah Khas IDD

H ABDUL AZIZ IBRAHIM “Bagaimanapun, bagi pengambilan pegawai baru ditetapkan kepada penuntut lepasan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dididik sepenuhnya dengan peraturan ketenteraan kecuali di bidang-bidang tertentu yang memerlukan tenaga profesional,” katanya. Bagi meningkatkan kecemerlangan

pegawai tentera negara, beliau berkata UPNM telah menubuhkan fakulti perubatan tahun ini bagi melatih pegawai perubatan sendiri yang mengikuti latihan ketenteraan dan akademik. “Ini usaha kerajaan ke arah melahirkan pegawai perubatan sendiri yang mampu berhadapan dengan semua keadaan,” katanya.

ANYA guna tandan kelapa sawit yang diperam, pensyarah Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam (FKASA), UMP, Abdul Syukor Abdul Razak meraih pingat emas kategori profesional baru-baru ini. Melalui penyelidikannya, Abdul Syukor berjaya menarik perhatian juri apabila menggunakan tandan kelapa sawit yang diperam sebagai medium umpan tiruan makhluk perosak tanaman seperti anai-anai. Pada Pertandingan Inovasi, Ciptaan dan Rekabentuk peringkat Kebangsaan (IID 2010) di Sungai Petani Inn, Kedah, baru-baru ini, UMP melakar sejarah apabila meraih 100 peratus kemenangan dalam pelbagai kategori yang dipertandingkan.

Komunikasi UMK setanding

W

ALAUPUN Universiti Malaysia Kelantan (UMK) baru berusia tiga tahun dengan kapasiti pelajar 1,220 orang, namun akses kepada teknologi komunikasi di situ tidak jauh ketinggalan berbanding universiti lain. Malah pelajarnya kini menikmati kelajuan bandwith Internet lapan kali ganda lebih pantas daripada semasa UMK mula beroperasi iaitu peningkatan dari 2 Mbps kepada 16 Mbps. Ia berikutan proses penaiktarafan talian litar sua atau TM Direct oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di kampus sementara universiti tersebut di Pengkalan Chepa melalui pembekalan teknologi terbaru Metro Ethernet sejak 2 November tahun lalu.

Bahan bacaan Orang Asli

Majlis berbuka puasa Alumni UUM

A

LUMNI Universiti Utara Malaysia (UUM) Chapter Tengah telah mengadakan Majlis berbuka puasa yang berlangsung di Restoran Kelantan Delights, Jalan Stesen Sentral Kuala Lumpur, baru-baru ini. Seramai 35 alumni telah menyertai majlis ini yang bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Turut hadir pada majlis itu, Pengarah Hal Ehwal Pelajar UUM, Prof. Madya Dr. Mohd Amy Azhar Mohd Harif dan Pengerusi Alumni UUM Chapter Tengah, Abdul Rahim Abdul Rahman.

U

NIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) Kedah meneruskan tradisi menyalurkan khidmat kepada masyarakat khususnya dalam menyumbangkan bahan bacaan kepada mereka yang memerlukan. Universiti itu, baru-baru ini menganjurkan program rombongan khas bagi menyampaikan sumbangan buku kepada anak Orang Asli suku kaum Semai di Pos Dipang, Perak. Pengarah UiTM Kedah, Prof. Dr. Zaliha Hussin berkata, rombongan yang diketuai Koordinator Korporatnya, Sharina Saad dan 43 pelajar itu bertujuan membantu menyediakan bahan tambahan pembelajaran anak-anak mereka di luar sekolah.


26

KAMPUS

Transisi 27 OGOS - 9 SEPTEMBER 2010

SALAM PERANTAUAN Sempena kedatangan Ramadan dan Syawal, Transisi memberi peluang kepada perantau untuk mengutuskan ucapan Salam Aidilfitri dan menghulur kemaafan kepada keluarga serta sahabat handai di tanah air. Walau di mana anda berada, anda boleh menghantar ucapan bersama sekeping gambar kepada: transisi. mail@gmail.com

Kami pelajar tahun 1 University of New South Wales, Australia mengucapkan salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri kepada ibubapa, keluarga, guru-guru Kolej Mara Seremban, SBPI Kuantan, SMK Sultan Ismail, MRSM Langkawi, SMAP Labu, ASIS, MRSM Serting dan SSP. Tak lupa juga kepada penaja kami, MARA kerana membantu kami. Semoga Ramadhan di perantauan ini lebih bermakna.

Untuk rakan-rakan seperjuangan kuliah di UUM, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H, Minal Aidzin Wal Faizin. Taqabballahu Minna Wa Minkum, Shiyaamana Wa Shiyamakum. Kepada yang pulang beraya ke kampung halaman, berhati-hati di jalan raya. Biar lambat asal selamat. Daripada: Fitriah Sanita, 20, Pelajar Semester 7, Pengurusan Teknologi (UUM)

Daripada: (dari kiri) Nik Muhammad Syafiq, Sharidan Wong, Mohamad Nizam, Mohd Firdaus, Khalis Affan, Muhammad Iqbal, Nurelyna, Nurliyana dan Nadia Farhana.

Keimanan kepada Allah membuatkan segalanya mungkin, harapan membuat segalanya terjadi, cinta membuat segalanya indah. Semoga kita mendapatkan ketiga-tiganya pada hari istimewa ini. Kepada orang tua tercinta, papa dan mama, adik-adikku tersayang Ando, Unun dan Upik, selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf zahir dan batin. Daripada: Mellynda Adelia, 20, Pelajar Semester 7, Sains Pemutusan (UUM)

Dengan ketulusan hati nurani yang terdalam, saya ucapkan selamat hari raya Aidilfitri 1431H kepada keluarga, sahabat dan semua rakan di kampung halaman saya, Palembang, Indonesia. Mohon dibukakan pintu maaf sebesar-besarnya atas semua kesalahan yang pernah saya lakukan, sengaja ataupun tidak. Daripada: Adesy Putri Mayang Sari, 20, Pelajar Semester 7, Pengurusan Perniagaan (UUM)

Salam Aidilfitri. Pada kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H kepada keluarga Joesman di Palembang, Indonesia. Semoga kita masih diberikan kesempatan oleh Allah untuk bertamu semula di Ramadan akan datang. Daripada: Lady Havivi Joesman, 20, Pelajar Semester 7, Teknologi Media (UUM)

Gema takbir dan gemuruh beduk telah membuka pintu hati setiap insan untuk saling memaafkan atas segala salah dan khilaf masa lalu. Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H kepada semua penganut Islam, terutama keluarga dan rakan-rakan saya di Palembang, Indonesia. Mohon maaf zahir dan batin. Daripada: Dwi Fury Maulina, 22, Pelajar Semester 7, Matematik Bisnes (UUM)

Kami mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Aidilfitri kepada kaum keluarga, saudara-mara, sahabat-handai dan semua yang mengenali kami di mana saja berada. Doakan semoga kami dapat menyempurnakan pengajian dan pulang ke tanah air secepat mungkin. Daripada: (dari kiri) Harny Abu Khair, Atikah Awang @ Mohd Ramli, Azmiah Jamil dan Norilmi Amilia Ismail dari University of Glasgow dan University of Strathclyde di Glasgow, Scotland


27

KAMPUS

27 OGOS - 9 SEPTEMBER 2010 Transisi

UM tolak penganjuran individu Oleh Razali Yahaya

U

NIVERSITI MALAYA (UM) mengambil keputusan menolak permohonan seorang pelajar untuk menganjurkan ceramah umum Forum Student Power baru-baru ini kerana universiti tidak membenarkan sebarang program anjuran individu. Keputusan itu dimaklumkan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Prof Dr Rohana Yusof dalam pertemuan dengan seorang aktivis mahasiswa, Abu Ubaidah Amir Ab Maalek di pejabatnya, baru-baru ini. “Mengikut prosedur, tidak boleh buat atas kapasiti individu tetapi kena melalui persatuan.

HEP mempersoalkan program berkenaan atas kapasiti individu,” kata Abu Ubaidah dalam sidang media akhbar baru-baru ini. “Keputusan sangat tidak relevan kerana program berkenaan tidak membabitkan ramai orang. Universiti hanya sediakan kelengakapan tempat,” kata Abu Ubaidah, pelajar tahun satu Fakulti Sains. Syarahan Student Power itu mengetengahkan seorang aktivis sosial, Fahmi Reza telah mendapat perhatian umum di kalangan anak muda dan mahasiswa di Malaysia. Baru-baru ini, Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengha-

Anda

peka?

Cari 8 perkara yang sama tapi tak serupa

sokongan ketika menyerahkan kertas kerja program sebagai syarat mendapatkan kebenaran pihak universiti. Beliau membuat permohonan itu berikutan tindakan pihak pentadbiran UM menarik balik kebenaran kepada Persatuan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial untuk menganjurkan syarahan Student Power. Terdahulu, persatuan itu mendapat kebenaran dekan fakulti berkenaan untuk mengadakan syarahan, namun dekan berkenaan kemudiannya memaklumkan kepada pihak persatuan bahawa pentadbiran universiti tidak membenarkannya.

UJI MINDA S u d o

6 7

3

7

8 2 3

2 5

3

Tugas pisang

1

9 9 1

8 8

k u

A

Ubaidah akan mengadakan berbincang dengan Persatuan Mahasiswa Islam atau Persatuan Sejarah bagi mengemukakan permohonan baru kepada dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Prof Dr Mohamad Redzuan Othman. Katanya, beliau juga menimbang untuk mengemukakan beberapa lagi nama pensyarah untuk menyertai program berkenaan. “Kita akan cuba usaha untuk buat di Universiti Malaya. Kita akan bawa Fahmi Reza. Usaha tidak akan terhenti di sini dan kita akan teruskan,” katanya bersungguh-sungguh. Sebelum itu, Abu Ubaidah diiringi 10 pelajar bagi memberi

ramkan ceramah umum seorang pembikin filem muda berhubung kegiatan pergerakan mahasiswa sekitar tahun 1960an. Mengikut perancangan, Fahmi Reza sepatutnya berucap di Kampus UiTM Puncak Perdana tetapi program itu dihalang. Abu Ubaidah berkata, pihak universiti juga mengambil kira latar belakang pensyarah berkenaan ketika menolak permohonan kami. Katanya, Prof Dr Rohana memberitahu bahawa kelayakan membenarkan sesuatu program harus ditentukan oleh dekan sesebuah fakulti. Rentetan daripada itu, Abu

1

4 9 3

9

8

2 6

4

4

1

Jawapan Bilangan 06

06/10 Teka Silang Kata 1

2

3

Cikgu Nasyor: Johan, cuba jelaskan, apakah tugas akar pokok pisang? Johan: Mencari makanan, cikgu. Cikgu Nasyor: Bagus! Sekarang giliran Wati pula. Apakah tugas batang pokok pisang? Wati : Membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu. Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Mat pula. Apakah tugas daun pisang? Mat : Membungkus nasi lemak, cikgu!! Cikgu Nasyor : Uiiih... Ini lagi bagus... Berdiri atas meja sampai habis kelas..

Sudoku

4

5

6

4 6 9 3 2 7 5 8 1

5 2 1 9 4 8 7 3 6

7

8

3

9

1 3 2 4 5 6 8 9 7

8 7 3 1 6 5 9 2 4

7 5 8 2 1 9 4 6 3

2 8 4 6 9 1 3 7 5

4

4 7

6

B

KE BAWAH

MELINTANG

1. Goyah 2. Tanggal 3. Diangan-angankan 4. Ruang terbuka 9. Kependekan AsiaAfrika

1. Tertawa 5. Tarian Amerika Latin 6. Sejenis lembu yang bertanduk 7. Berciciran 8. Sangat kecil 10. Menyatakan kehairanan

3 1 5 8 7 2 6 4 9

Anda Peka 5

1

10

9 4 6 7 8 3 1 5 2

2

SILANG KATA MELINTANG 1. Kesumat 5. Selekor 6. Makro 7. Ha 8. Anion

KE BAWAH 1. Kesumba 2. Seleksi 3. Mikro 4. Tarahan

6 9 7 5 3 4 2 1 8


28

KAMPUS

Transisi 27 OGOS - 9 SEPTEMBER 2010

Apabila Rina memadamkan api rokokku Aku akui aku seorang perokok. Siapa memaksa aku terjun ke dunia rokok ini. Jawapanku ialah tiada siapa. Aku merokok kerana diri sendiri. Kerana niat aku mahu menghisapnya. Samalah seperti perasaan kamu inginkan yogurt masam dan tibatiba sahaja bisa menagihimu. Apa perlu kamu buat? Selain daripada menempah masalah batuk kering, barah peparu, jantung dan lemah tenaga batin yang diingat-ingatkan, ada apalagi salahku? Kenapa aku, seorang perokok dilayan masyarakat kelas dua? Mungkin

apa lagi mahu kamu semua lakukan pada kami selepas ini. Dunia apa ini? Mengapa ulama tidak sepakat menfatwa budaya tagih ini? Kerana ada antara mereka tidak bisa melepaskan tagih diri pada asap-asap rokok, keretek, sigar, syisha mahu pun cerut dari lelubang bronkus dan bronkiol sendiri. Kamu tidak belajar sejarah. Rokok adalah ketagihan sejak Christoper Columbus menemui benua Amerika lagi. Betapa budaya orang-orang Red Indian ketika itu senang sahaja merebaki lantas merasuki manu-

Kata Rina, aku jadi sahaja pembela penagih-penagih nikotin (juga tar, karbon monoksida dan 397 racun lainnya).

CINTA KAMPUS

Jika anda ada kisah cinta kampus atau puisi yang mahu dikongsi bersama, hantar nukilan anda ke transisi.mail@gmail.com atau www.facebook.com/Transisi

Oleh Hanaz

S

EBENARNYA ini hanya lampiasan atau luahan rasa aku, seorang remaja yang lara cintanya. Kamu bosan? Nanti, cerita cintaku bukannya cerita biasa. Cerita cintaku tidak seperti kisah-kisah cinta kampus yang kamu dengar pada wayang gambar atau novel yang bersegi-segi cintanya kerana pihak ketiga. Lerainya perkenalan kami bukannya seperti pasangan lain. Bukan kerana semua itu. Jangan sesekali fikirkan cinta kami seperti itu. Dia meleraikan cintaku hanya kerana rokok! Kamu mesti tahu bahawa cinta kami relai kerana aku merokok. Dia tidak pernah tahu sebelum ini sehinggalah rahsia itu bocor ketika senangku menagihi 400 kimia racun itu bersama teman-teman di belakang bilik kuliah. Di situ, ada juga temantemanku yang bukan perokok. Mereka menerima seadanya perokok-perokok aktif sepertiku. Persahabatan itu lebih penting. Kami senang melayani dunia serba asap itu. Kami enak menghembus, membentuki abjadabjad O, kecil dan besar. Menghembus asap ke muka teman sebelah dan rela dimaki hamun.

Ah, apakah yang lebih mudah selain mendapat rakan baru dengan menghulurkan sebatang rokok? Itu semua adalah sesuatu yang klasik dan sentimental bagi seorang perokok sepertiku. “Kenapa awak tinggalkan saya macam ni?” “Saya benci perokok.” “Saya akui saya menipu awak. Cuma saya tak punya kekuatan untuk beritahu hakikat ini. Tapi percayalah, saya tetap seperti apa yang awak kenal.” “Ya, awak yang saya kenal sebagai seorang penagih rokok. Awak hipokrit. Ego. Apa yang awak mahu tunjukkan. Kehebatan diri? Atau awak rasa jengkel dipandang kurang kelakian?” “Kenapa awak tak pernah cuba faham saya?” “Awak yang tak pernah faham saya. Saya ingat selama kita saling mengenali, awak faham peribadi saya. Pendirian saya. Awak buat saya menghitung masa depan saya yang gelap dan sunyi.” “Kenapa cakap macam tu?” “Awak takkan faham. Dan awak tak pernah cuba mahu faham,” Rina menoleh dan melangkah. Ada sedu cuba dilarikan. Aku ditinggalkan kusut. Kaku.

aku curang membeloti wang pinjaman kerana membeli sekotak rokok. Selain itu aku tiada punya apa untuk kubazirkan. Jadi, apakah bezaku dengan pelajar-pelajar lain yang mengumpul bil telefon untuk menggomol suara kekasih saban malam yang belum tentu sehidup semati. Apakah bezaku dengan mereka yang senang menukar telefon mobilnya, bisa menjemput barah otak! Kamu tidak tahu tentang hasil teori dan kajian santis masa kini? Dengan mereka yang mengghairahi Zouk dan mabuk dengan busa whisky, bir dan champagne, melanggani jalang mungil di Bintang Walk (cuma RM200 semalaman) dan melayan marijuana haram, apakah aku lebih teruk daripada itu? Dosaku cuma merokok. Kerana aku perokok muda aku digambarkan pembawa masalah sosial dan kendiri. Apakah kerana perokok itu orang muda lepasan lapan belas sepertiku dan masih pula menuntut, aku dilucut segala kehormatan. Kamu tutupkan segala timbang tara dan budi bicara. Seolah-olah aku tiada punya perasaan dan semangat kecintaan pada agama, nusa dan tanah air. Nah, lihatlah wahai manusia yang bencikan perokok sepertiku. Jadilah seperti Amerika, perokok aktif tidak dibenarkan memiliki anak angkat berbanding pasangan homoseksual! Sudahlah aku terpaksa cungap diri menuruni tangga ke bawah bangunan untuk meladeni rokok saban hari. Entah-entah

sia dunia seluruhnya. Katakan padaku apakah rokok itu hina dari mengomoli candu, kokain, heroin, morfin atau pun menonggak arak? Kata Rina, aku jadi sahaja pembela penagih-penagih nikotin (juga tar, karbon monoksida dan 397 racun lainnya). Canangkan satu Malaysia. Marilah merokok sepertiku. Tunjukkan kemurnian dan kehebatan menyedut batangbatang dengan api kelip-kelip merah. Kau bisa jadi presiden rokok-rokok dunia. Sponsormu bukan sedikit. Syarikat-syarikat rokok dan tembakau dunia. Dunhill, Marlboro, Gudang Garam, MildSeven. Kau jadi kaya. Ternama. Itulah kata-kata Rina kepadaku. Mungkin itu juga katakata kamu semua. Kamu dan Rina sama sahaja. Kamu menyarung rasa prejudis pada aku dan mereka-mereka sepertiku. Aku tidak tahu ketakutan dan kebimbangan kamu itu pada siapa. Pada kami? Terima kasih sajalah. Kamu patut meyakini setiap perokok itu itu adalah pemberani. Apabila mereka berani untuk memilih jalan ini, mereka mesti berani membeban risikonya di atas pundak sendiri. Petang damai itu memaksa aku menyapa Rina. Dingin Rina seperti biasa menyambut kecewaku. “Rina, kita patut mulakan semula.” “Mulakan bagaimana? Menerima perokok seperti awak” “Maaf kerana mendustai awak. Saya tahu jalan yang saya pilih

ini mengundang derita diri. Tapi tak bolehkah awak cuba fahami. Saya bukan ego diri. Tapi saya faham gadis baik seperti awak kadangkala menjemput prejudis buat perokok seperti saya.” “Jadi apa yang awak mahu?” “Awak tidak seperti siapa yang saya kenal. Biarpun api rokok saya tidak bisa membunuh saya kini tapi diri awak membunuh saya. Saya mahu kita seperti dulu. Kalaulah kerana rokok itu mengundang kejengkelan dan sakit hati awak pada saya, saya akan lepaskannya demi awak.” “Awak tidak ikhlas. Jangan menipu diri. Kalau mahu berjanji, janjilah demi diri sendiri. Saya tahu siapa awak. Saya tahu cinta awak tidak pernah berubah dan saya juga tidak mampu menipu diri tentang rasa cinta ini. “Tapi saya gadis lemah. Api rokok awak seakan membakar rasa cinta saya pada awak. Api rokok itu sentiasa menjadi dejavu, membunuh insan-insan yang saya cintai.” Rina tunduk. Mata cantiknya merah menampan bedungan air mata. Kelopak mata Rina terkerdip. Tudung rona hijau mudanya itu ternoda setitis air mata. Aku kedu. Sayu. Buntu dan tidak mengerti. Sehingga saat ini apakah aku mampu mengelak rasa kasihku pada Rina? Aku putus asa. Rina kecewa. Empat bulan talian tidak berjawab. Aku nekad ke rumah Rina. Mak Mah, pembantu rumah Filipina memberi jawab bimbang. Papa Rina kritikal di hospital. Barah paru-paru dan sakit jantung, bahana ketagihan rokok. Aku muram. Kesal kerana tidak pernah mengetahui. Ruang hospital dibauri bancuhan ubat. Di penjuru, ruang hospital entah kenapa aku rasa lebih gelap dan suram. Rina aku lihat duduk di bangku luar wad, tunduk. Aku gesit berlari menjengah pintu. Ibu Rina mengalir air mata. Panel nadi di sebelah katil berbunyi senada. Ada jasad terselimut. Aku memandang Rina. Ada air mata turun bagai hujan tanpa tertahan. Mataku seiring basah. Memang aku tidak pernah faham dan tidak pernah mahu memahaminya. Tidak salah Rina terpandang bayang-bayang masa depannya yang gelap dan suram. Tapi aku masih boleh berjanji. Bukan sahaja demi Rina tapi demi diri sendiri. Percayalah, aku tidak akan merokok lagi!


x

presi

27 OGOS - 9 SEPTEMBER 2010 Transisi

29

Maznah bersama keluarga tercinta. minium dan penthouse eksklusif. Malah, Securiforce turut melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan membuka beberapa cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Ketika ditanya apakah beliau menghadapi cabaran dalam bidang yang kebiasaannya dimonopoli kaum lelaki, Maznah mengakui memang terdapat kepayahan, tetapi ia di peringkat awal saja. “Menceburi bidang yang majoriti dikuasai kaum Adam ada positif dan negatifnya. Persepsi memang pelbagai, terutama apabila wanita itu masih muda dan kekurangan modal. Itu belum lagi tentangan daripada keluarga dan pandangan masyarakat. Tetapi, saya sahut segala cabaran dan lakukan yang terbaik. Lebih penting, apa yang saya lakukan dapat restu dan sokongan jitu suami, keluarga dan anak-anak. “Bukan mudah berjaya dalam bidang dikuasai kaum lelaki. Saya sentiasa berusaha meningkatkan kemampuan diri. Di sinilah, saya ‘jual diri’ melalui personaliti, integriti dan kualiti syarikat kerana dengan resepi itulah saya mampu menyaingi mereka,”

katanya lagi. Walaupun sudah memiliki ijazah kedoktoran, Maznah tetap bersemangat menambah ilmu, terutama dalam bidang diceburi. Beliau kini gigih mendalami bidang Life Strategies untuk bekalan hari tua. Maznah menegaskan segala kepayahan dan cabaran sejak memulakan perniagaan berjaya membentuk kekebalan dan kekentalan semangat niaga dalam dirinya. Itu semua amat bernilai dan tidak dapat diperoleh dari mana-mana universiti pun. Utamakan keluarga bahagia Walaupun sibuk dengan karier, Maznah tetap mengutamakan kepentingan rumah tangganya kerana kebahagiaan keluarga yang dibina adalah kejayaan paling disyukuri. Kesibukan menguruskan perniagaan tidak pernah menghalang ibu kepada lima cahaya mata ini meluangkan masa makan malam jika tiada urusan luar. Baginya, penat lelah bekerja akan hilang apabila menjejak kaki ke rumah yang dipenuhi kasih sayang. “Kami sering berkumpul di rumah selepas pulang dari pejabat. Saya tidak suka keluar pada sebelah malam, apatah lagi selepas ada cucu.

Merekalah yang ceriakan suasana rumah dengan keletah dan kerenah dan buatkan saya seronok di rumah. “Kadangkala, anak-anak berkumpul dan berbual di bilik saya. Motivasi dari saya sentiasa kedengaran di telinga mereka. Itulah yang buatkan kami rapat. Anak-anak akan jadikan saya dan suami sebagai tempat rujukan dalam soal peribadi dan perniagaan. “Mengadakan mesyuarat keluarga sekerap mungkin dapat membina kejayaan keluarga bahagia,” katanya yang kini sudah mempunyai dua cucu. Bagi Maznah, setiap individu perlu bijak mengenal potensi diri dan berani mengeluarkannya. Mereka harus melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan mencari pendapatan sendiri selain bijak membuat pelaburan untuk masa depan. “Kita harus mengenal kelebihan diri. Kita juga mesti berani mencuba. Jika gagal, jangan putus asa kerana gagal itu bukan kita, hanya percubaan saja. Anggaplah kegagalan itu bersifat sementara. “Ambillah seberapa banyak kursus untuk majukan diri kerana ia dapat mengurangkan kebergantungan kita kepada orang lain. Tiada jalan pintas

untuk berjaya dan hidup senang,” katanya. Dalam usaha menggalakkan masyarakat berdikari dan tidak sekadar bekerja makan gaji, Maznah kini gigih mengadakan klinik keusahawanan selepas seminar beliau di seluruh negara. “Saya suka galakkan graduan menceburi bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Dengan ini, mereka boleh menjadi lebih kreatif-inovatif. Ekspresi diri dan yang penting dapat menjana pendapatan yang

mereka inginkan. “Kejayaan, kenaikan pangkat, gaji dan kebahagiaan bergantung kepada kemampuan diri. Kita bertanggungjawab sepenuhnya atas kejayaan atau kegagalan diri dan hidup kita. Segalanya bergantung dan terpulang kepada diri kita sendiri. “Kita yang melakarkan kejayaan. Kejayaan, kesenangan dan kebahagiaan hidup terletak di tangan kita dan terpulang bagaimana menguruskannya,” tegasnya penuh semangat.

Jawatan • Naib Presiden Persatuan Usahawan Wanita Dunia (FCEM) • Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultanah Bahiyah, Kedah • Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Uniutama Property Sdn Bhd (UPSB)-UUM • Ahli Lembaga Pengarah Uniutama Managament Holdings Sdn Bhd (UMHSB)UUM • Presiden Kehormat USAHAWATI • Presiden Persatuan Penceramah Profesional Malaysia (MAPS) • Penasihat Excellerated Business School Inc, Amerika Syarikat Anugerah • Anugerah Graduan Cemerlang Daya Kepimpinan Diri - PDL • Anugerah Tokoh Usahawan 1990 - DPMM (Wilayah Persekutuan) • Anugerah Wanita Cemerlang Tan Sri Fatimah Hashim - Avon • Anugerah Wanita Kehormat - Universiti Putra Malaysia (UPM) • Anugerah Kecemerlangan Wanita 2005 - Majalah Her World • Tokoh Usahawan 2006 - DPMM (Kedah) • Anugerah BrandLaureate - SMEs, Brand Personaliti 2007 - (The Asia Pacific Brand Foundations- APBF) • Anugerah Ibu Usahawan 2008- AVON • Anugerah Ijazah Kehormat Keusahawanan 2007 - Help University • Anugerah Tribute to Women 2008 - (Usahawan) • Anugerah Usahawan Luar Biasa - Anugerah Keusahawanan Wanita Kebangsaan 2008 - (NWEA-SMIDEC)


30

x

presi

Transisi 27 OGOS - 9 SEPTEMBER 2010

BlackBerry Torch boleh saingi iPhone

Imej BlackBerry Torch dalam tiga sudut berbeza.

Oleh Gan Yong Li

P

ERKEMBANGAN pesat teknologi telekomunikasi masa kini menyebabkan ramai pengguna sanggup menghabiskan wang ringgit semata-mata untuk mendapatkan gajet pilihan mereka. BlackBerry adalah antara gajet komunikasi yang mencetuskan fenomena baru di seluruh dunia walaupun ia sudah diperkenalkan sejak 1996 oleh syarikat telekomunikasi dari Kanada, Research in Motion (RIM). Baru-baru ini, RIM melancarkan produk BlackBerry terbaru dinamakan BlackBerry Torch yang dijangka mampu menyaingi pesaingnya, iPhone

keluaran syarikat gergasi komputer, Apple. Model terbaru ini tampil dengan beberapa fungsi hebat yang menggabungkan reka bentuk menarik dan dinamik daripada telefon bimbit jenis gelungsur dan skrin sentuh. Pengguna BlackBerry tidak perlu risau kerana telefon bimbit pintar ini turut menyokong sebarang kemas kini daripada model terdahulu seperti BlackBerry Bold 9700, BlackBerry Bold 9650 dan BlackBerry Pearl 3G. Sama seperti model BlackBerry lain, keistimewaan jenama ini, yang jarang dimiliki produk komunikasi lain, ada-

Spesifikasi Band: Rangkaian 2G - GSM (850 / 900 / 1800 / 1900) Rangkaian 3G - UMTS (850 / 1900 / 2100 /800) Ukuran: 111 x 62 x 14.6mm Berat: 161 gram Saiz: 360 x 480 piksel, 3.2 inci Masa bual: 5 jam 30 minit (2G) / 5 jam 40 minit (3G) Masa menunggu: 432 jam (2G) / 336 jam (3G) Memori: 4GB (siap terbina) / kad memori MicroSD (hingga 32GB)

Kamera: 5 megapiksel Auto fokus: Ada Lampu flash: Ada Sambungan: WiFi, Bluetooth, GPS, slot MicroSD, Mini USB Format muzik: MP3, WMA, eAAC+, FIAC/pemain OGG Format video: MP4/WMV/ H.263/H.264 Ciri-ciri: OS - BlackBerry OS 6.0; Mesej - SMS, MMS, E-mel, IM; Pelayar - HTML, Word, Excel, PowerPoint, PDF

Saya menggunakan Avira Antivirus yang dimuat turun secara percuma di internet. Masalahnya, saya tidak ada akses internet untuk kemas kini (update) virus. Apakah ada cara lain? Bagaimana mengembalikan fail sebarang yang sudah terpadam?

Bersama Dr PC

Jika anda ada masalah komputer, hantar so- Hisham Hassan alan anda kepada transisi. mail@gmail.com atau www. facebook.com/Transisi Anda boleh kemas kini anti-

Tip penjagaan telefon bimbit 1. Jangan letak telefon bimbit di tempat tinggi. Elakkan meletak telefon di tempat tinggi seperti peti sejuk, almari dan sebagainya. Risiko terhempas adalah tinggi jika ia tidak dijaga dengan betul. 2. Jangan guna telefon bimbit ketika dicaj. Menggunakan telefon yang sedang dicaj mampu menyebabkan bateri telefon anda cepat rosak. Tunggu hingga penuh sebelum menggunakannya. 3. Elakkan caj bateri terlalu lama. Jika bateri sudah penuh, matikan saja palam pengecaj. Tempoh caj terlalu lama menyebabkan bateri mudah rosak dan memendekkan jangka hayatnya.

lah fungsi kekunci QWERTY yang memudahkan pengguna menaip sistem pesanan ringkas (SMS). Namun, kelebihan BlackBerry Torch ini dipertingkatkan lagi dengan fungsi skrin sentuh yang membolehkan pengguna mencapai menu dengan lebih pantas. Selain tampil dengan gaya elegan, telefon ini juga dikuasakan oleh sistem operasi baru, BlackBerry 6 yang membenarkan pengguna berkomunikasi dengan pelbagai cara yang mereka inginkan. Ia bukan saja mempunyai kapasiti memori 4 gigabait (GB) yang siap terbina, tetapi juga menyokong kad memori SD hingga 32 GB. Selain itu, BlackBerry Torch turut mengekalkan fungsi ‘wajib’ ada dalam model terdahulu seperti aplikasi GPS berasaskan lokasi dan fungsi WiFi yang membolehkan pengguna mengakses internet di kawasan yang menyediakan perkhidmatan online percuma. virus dengan muat turun secara manual di http://www.avira.com/en/support/vdf_update. html. Anda disyorkan menggunakan perisian Recover Files (http://www.recovermyfiles. com/) atau Restoration (http:// www.aumha.org/downloads/ restoration.exe) Pemacu cakera keras mudah alih saya mempunyai kapasiti 300 gi-

Ini termasuk menyediakan aplikasi hamparan kerja, yang biasa ada dalam komputer riba seperti Microsoft Word, Excel, PowerPoint dan PDF serta kekal berhubungan dengan rakan-rakan melalui e-mel atau rangkaian sosial lain sepanjang masa. Peranti pintar ini turut menawarkan tri-band HSDPA 3G dan quad-band EDGE sebagai pilihan perkhidmatan suara di 220 negara, perkhidmatan data lebih 195 negara dan sambungan 3G lebih 125 negara, termasuk Jepun dan Korea Selatan. Ia juga menyediakan pelbagai aplikasi komuniti, di mana pengguna berpeluang menikmati pengalaman menggunakan Desktop Software 6 dengan Sync media yang diintegrasi untuk memudahkan pengguna mengatur dan menyusun muzik, foto dan video. Kamera 5 megapiksel dan lampu flash, pemfokusan auto, penstabil imej, mod suasana, fungsi geo-tagging dan gabait (GB). Tetapi, saya gagal dapatkan semua data di dalamnya. Apabila saya klik ikon My Computer, pemacu cakera keras luaran itu tidak dapat dikesan. Saya sudah menukar kabel USB, tetapi masih tidak berjaya. Lebih parah lagi, apabila cakera keras itu disambungkan, kompu-ter terus berhenti dan tergantung (hang). - Jamaliah Ismail

4. Elakkan terkena air. Jika anda berpeluh, lebih baik lap dan bersihkan peluh terlebih dulu sebelum membuat atau menjawab panggilan. Peluh akan mengakibatkan telefon dimasuki air dan menjejaskan komponen dalaman lain. 5. Jauhkan dari kanak-kanak. Elakkan beri telefon bimbit kepada kanak-kanak kerana telefon bimbit anda berisiko tinggi untuk rosak seperti dibuang, digigit dan sebagainya. 6. Pastikan fungsi tanpa wayar, Bluetooth sentiasa ditutup. Tutup fungsi Bluetooth selepas anda mengaktifkannya kerana virus boleh menyerang telefon bimbit anda.

zoom serta mampu melakukan rakaman video hingga 640Ă—480 dengan jelas. Bateri BlackBerry Torch mampu bertahan sekitar 5 jam untuk masa berbual dalam rangkaian 3G atau 30 jam untuk mainan audio atau 6 jam untuk mainan video. Dengan fungsi hebat dan reka bentu menawan, BlackBerry Torch adalah gajet terbaru di pasaran yang berbaloi untuk dimiliki. Anda boleh mengenal pasti cakera keras mudah alih anda supaya ia berada dalam keadaan baik dan sedia melakukan tugasan. Cuba sambungkan peranti anda ke komputer lain dan lihat keputusannya. Jika perkara sama masih berlaku, mungkin terdapat masalah pada cakera keras anda.


x

presi

27 OGOS - 9 SEPTEMBER 2010 Transisi

-

31

Segalanya di Genting Highlands man Tema Pemandangan Ta

Genting Hinglands

dari udara.

Oleh Ika Destiana

Genting Highlands sesuai dijadikan destinasi pelancongan menarik untuk seisi keluarga.

G

ENTING Highlands atau Tanah Tinggi Genting adalah tempat peranginan bersepadu yang terletak dalam Banjaran Titiwangsa antara sempadan Selangor dan Pahang. Pusat peranginan ini, yang mempunyai ketinggian 2,000 meter di atas paras laut, ialah antara tarikan utama pelancongan Malaysia kerana menyediakan pelbagai hiburan dalam satu kawasan. Kira-kira satu jam perjalanan diperlukan untuk tiba ke Genting Highlands dari Kuala Lumpur, sama ada menaiki kenderaan sendiri atau pengangkutan bas yang disediakan di terminal bas Puduraya, KL Sentral dan Terminal Putra. Selain tiket pergi balik, setiap kaunter bas di terminal tersebut turut menawarkan pakej permainan luar dan dalam (outdoor & indoor) untuk sehari kepada pengunjung yang mahu ke sana. Jika memilih menaiki bas, anda akan berhenti di terminal skyway dan perjalanan ke taman tema boleh disambung menggunakan kereta kabel yang akan merentasi cerun-cerun bukit hingga tiba ke destinasi dituju. Bagaimanapun, bas ke taman tema juga disediakan kepada mereka yang takut menaiki kereta kabel. Pakej permainan indoor di taman tema Genting Highlands lebih menumpukan kepada pengunjung kanak-kanak, mana-

kala outdoor pula untuk golongan dewasa. Tempat paling digemari pengunjung dalam permainan indoor ialah Snow World, iaitu kawasan salji buatan dengan suhu hingga -10 darjah celcius. Di sini, pengunjung diberikan

Anda pasti tidak akan kecewa jika memilih Genting Highlands sebagai destinasi percutian anda. jaket, kasut dan minuman panas. Kegembiraan bermain salji dengan menggelungsur menggunakan tayar di atas salji beku adalah pengalaman yang sukar dilupakan. Sayangnya, anda tidak dibenarkan mengabadikan memori indah anda menggunakan kamera ataupun telefon bimbit sendiri. Jika mahu, anda perlu membeli gambar yang ditangkap jurufoto rasmi Snow World. Selain itu, anda juga boleh merasai pengalaman berada di Venice di Itali dengan bersiarsiar mengelilingi sekitar kawasan indoor dengan menaiki gondola yang dikawal mesin. Tempat menarik lain di indoor

BERDEBAR... Jantung pasti berdegup kuat setiap kali berm ain Flying Coa ster. ialah Genting Skyline Venture, bagi mereka yang takutkan di mana anda berpeluang ma- kelajuan dan ketinggian. Antara permainan disediasuk ke dalam bilik yang lantainya ada kipas berputar dengan kan di sini adalah Space Shot, kecepatan tinggi hingga me- Flying Dragon, Rolling Thunnyebabkan tubuh anda mela- der Mine, Pirate Ship, Bumper yang seperti tanpa graviti. Anda Boat, Cyclone, Grand Prix Fun juga boleh menaiki roda Ferris Kart, Spinner, Sungai Rejang dan roller coaster di sini. Flume Ride dan lain-lain lagi. Terdapat pelbagai kedai paBagaimanapun, permainan kaian, kasut dan cenderamata paling mencabar dalam outdoor boleh dikunjungi di kawasan adalah Flying Coaster. Permainan ini sama seindoor, termasuk restoran yang menghidangkan juadah ma- perti roller coaster, tetapi pokanan tradisional Malaysia sisi badan anda ketika bermain mesti meniarap seperti Superhingga makanan Barat. man. Tetapi, anda mesti mengeAnda dinasihatkan memluarkan lebih wang kerana harga makanan di Genting High- bawa baju sejuk dan baju hujan atau payung bagi mengelak lands cukup mahal. Sementara itu, permainan di kesejukan dan hujan. Selain taman tema, antara kawasan outdoor lebih banyak berbanding indoor dan sudah tarikan utama lain di sini ialah tentu cukup menggerunkan kasino yang dijalankan secara

sah di Malaysia. Ia antara pusat perjudian antarabangsa terbaik di Asia. Jadi, tidak hairan kenapa pusat peranginan ini sering dikunjungi ramai pengunjung dalam dan luar negara. Bagaimanapun, penganut Islam Malaysia dilarang memasuki kawasan perjudian itu. Jika sehari tidak cukup, anda boleh saja menginap di hotel-hotel disediakan mengikut kemampuan anda. Tempahan hotel boleh juga dibuat secara online melalui laman web rasmi Genting Highlands. Anda pasti tidak akan kecewa jika memilih Genting Highlands sebagai destinasi percutian anda untuk meluangkan masa bersama keluarga dan juga rakan-rakan.


32

x

presi

Transisi 27 OGOS - 9 SEPTEMBER 2010

a r e Sel n a d a m Ra Suasana bazar Ramadan di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Gerai murtabak sentiasa menjadi tumpuan setiap kali tiba Ramadan.

Seorang peniaga sibuk melayan pembeli yang datang ke gerainya.

... Juadah ERAKAN MENYEL an enyelerak begitu m

ar ketika ayam bak

berbuka

puasa

PILIH... Pembeli sedang memilih hidangan ayam di sebuah gerai.


27 OGOS - 09 SEPT 2010

RAJA-RAJA MELAYU

Transisi

Tandatangan dan Pengesahan Rang Undang-undang KEDUDUKAN Baginda Sultan sebagai sebahagian daripada Dewan Perundangan Negeri bererti bahawa sesuatu undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Perundangan Negeri tidak menjadi undang-undang sehingga rang undang-undang tersebut mendapat persetujuan daripada Baginda Sultan. Perkara 60 (1), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Majlis Undangan Negeri boleh membuat Undang-Undang Negeri di mana ianya hendaklah dijalankan dengan Rencana Undang-Undang yang diluluskan oleh Dewan Negeri dan diperkenankan oleh Raja Pemerintah. Manakala Perkara 60 (3) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman juga memperuntukkan bahawa Rencana Undang-Undang

hendaklah menjadi undang-undang apakala ianya diperkenankan oleh Raja Pemerintah. Baginda Sultan memberi persetujuan kepada sesuatu rang undang-undang dengan menandatangan dan mengenakan Mohor Baginda. Apabila sesuatu rang undangundang menjadi undang-undang setelah diperkenankan oleh Baginda Sultan, undang-undang itu pada biasanya hanya berkuatkuasa apabila ianya disiarkan dalam Warta Kerajaan. Namun begitu, ada kalanya kerana sebab-sebab tertentu, sesuatu rang undang-undang yang telah dipersetujui oleh Baginda Sultan dan diterbitkan dalam Warta kerajaan, dinyatakan bermula kuat kuasa dari satu tarikh yang lampau atau suatu tarikh yang akan datang.

Cogan Alam

ALAT kebesaran ini diperbuat daripada perak, panjangnya 162.66 sm. Ia berupa satu bulatan tanda alam semesta dan diterapkan dengan lambang 11 buah daerah Negeri Kedah Darul Aman. Di bawahnya tertera bunga padi, lambang Negeri Kedah Darul Aman sebagai Negeri Jelapang Padi serta Pengairan Muda sumber pembekalan air yang mengairi sawah padi. Tongkat pula dihiasi dengan ukiran daun telepok Siam dan bunga orkid Langkawi serta ayat suci Al-Quran.

Cokmar LAMBANG kekuasaan Baginda Sultan ini panjangnya 81.32 sm. Terdapat dua batang cokmar yang diperbuat daripada perak. Ia berupa tongkat berkepalakan kubah yang mempunyai ukiran bunga tanjung kuncup.

Payung Ubur- Ubur

Alat Kebesaran Diraja Tengkolok Diraja

TENGKOLOK Diraja dijalin daripada kain tenunan warna hitam bersulam benang emas. Bentuk ikatan atau solek dinamakan Dendam Tak Sudah. Di sebelah depan tengkolok terdapat ukiran melambangkan padi dan jata negeri Kedah Darul Aman. Jata ini diperbuat dengan menggunakan batu zamrud dan 4 biji berlian (perisai), 5 biji berlian (bulan sabit), dan 30 biji berlian (bunga padi). Di sekeliling Jata terdapat 23 lekuk bertatahkan berlian 3 biji lambang matahari dan bintang. Dari lekuk ini terdapat 9 rumpun batang padi bertatah 69 biji batu berlian, setiap ikatan berbentuk bunga lawang.

Keris Pendek KERIS ini untuk pemakaian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan merupakan lambang kekuasan Baginda. Pemakaiannya adalah untuk majlis Istiadat Diraja mengikut ketetapan yang diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.

Keris Panjang

Cogan Agama

Tombak, Lembing dan Pedang DUA belas bilah alat senjata Melayu bagi tiap-tiap satu jenis yang juga menjadi sebahagian daripada alat kebesaran Diraja.

Nobat Diraja

NOBAT ialah alat permainan muzik atau orkestra Diraja yang mengandungi satu Gendang, satu Nafiri, dua Gendang Nobat, satu Serunai dan satu Gong. Nobat Diraja Negeri Kedah adalah yang tertua di negara ini dan dimainkan di istiadat-istiadat rasmi sejak turun temurun seperti Istiadat Pertabalan Diraja, Istiadat Perkahwinan Diraja, Istiadat Permakaman Diraja dan sebagainya. Pemain-pemain Nobat dipilih mengikut keturunan. Nobat hanya dimainkan apabila diperintahkan oleh Baginda Sultan dan untuk Istiadat tertentu sahaja.

Singgahsana

KERIS Panjang Diraja ialah keris istiadat yang digunakan oleh Dato’ Seri Maharaja Lela atau pun Ketua Istiadat semasa melangsungkan sesuatu Adat Istiadat Diraja.

COGAN Agama adalah satu lagi lambang kekuasaan Baginda Sultan yang diperbuat daripada perak. Panjangnya 162.66 sm. Ia berupa tongkat berkepala besar dengan berukiran emas dengan perkataan ‘ALLAH’. Pada kepala cogan terukir kalimah suci, dan pada tongkatnya terukir ayat Al-Quran.

PAYUNG sebanyak 12 kaki diperbuat daripada kain berwarna kuning Diraja dengan benang berambu. Kemuncaknya dipasangkan lambang Negeri Kedah yang diperbuat daripada perak.

SINGGAHSANA mengikut adat istiadat adalah merupakan tempat bersemayam Diraja yang melambangkan takhta Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Singgahsana yang terdapat di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit telah dibina pada tahun 1986 dan ianya melambangkan kekayaan warisan kebudayaan Negeri Kedah Darul Aman. Di sebelah atas bahagian belakangnya terletak jata Negeri Kedah Darul Aman yang bersalut dengan emas dan didukungi bahagian bawahnya dengan ukiran corak ‘Bunga Setar’. Di bahagian bawah pula, jalur ukiran ‘Bunga Padi’ yang menyemarakkan lambang kebesaran Singgahsana. Di sebelah kiri dan kanan serta di tengahtengah bahagian belakangnya dihiasi pula dengan ukiran bintang emas yang melambangkan kebesaran Islam. Manakala alas tilamnya berlapik kulit berwarna ungu Diraja.

33


34

GLOBAL

Transisi 27 OGOS - 09 SEPT 2010

Aidilfitri 11 September Minoriti masyarakat Islam AS bimbang salah faham penduduk setempat

M

ASYARAKAT Islam di Amerika Syarikat (AS) kini dilanda kebimbangan menjelang ketibaan Aidilfitri yang dijangka diraikan pada Sabtu, 11 September ini berdasarkan perkiraan kalendar Hijrah. Semua pihak sedia maklum mengenai insiden 11 September 2001 yang menjadi punca tercetusnya Islamofobia atau prejudis terhadap penganut Islam dalam kalangan penduduk Barat. Aidilfitri disambut umat Islam seluruh dunia selepas selesai menunaikan ibadat puasa-rukun Islam ketiga-sepanjang Ramadan. Rata-rata pemimpin Islam di AS khuatir perayaan itu, yang dirayakan dengan gembira, akan menimbulkan salah faham hingga ia mungkin dikaitkan sebagai perayaan meraikan serangan 11 September. Kumpulan peguambela beribu pejabat di Los Angeleas, Majlis Hal Ehwal Awam Islam AS (MPAC) memaklumkan kepada penguat kuasa undang-undang dan bahagian hak asasi awam di Jabatan Keadilan mengenai per-

tindihan tarikh perayaan tersebut dengan insiden keganasan pada sembilan tahun lalu. Lingkaran Islam Amerika Utara (ICNA), yang menguruskan Hari Keluarga Islam di taman rekreasi Six Flags di beberapa bandar sepanjang Aidilfitri memutuskan membatalkan semua acara berkaitan berikutan pertindihan tarikh tersebut. Kumpulan hak-asasi manusia beribu pejabat di Washington, Majlis Hubungan Islam-Amerika (CAIR) menggesa pihak masjid menyemak semula garis panduan keselamatan, termasuk membersihkan belukar dan memasang kamera litar tertutup. “Saya dapat kesan kewujudan laman web berbaur kebencian di internet yang mendakwa umat Islam meraikan 11 Semptember. Dakwaan itu benar-benar menakutkan,” kata jurucakap CAIR, Ibrahim Hooper. Tarikh sebenar Aidilfitri tahun ini masih belum lagi ditentukan. Namun, masyarakat Islam biasanya berpandukan kepada keputusan kerajaan di negara masingmasing berhubung perkiraan as-

tronomi dan rukyah (penampakan anak bulan) dalam memutuskan tarikh perayaan tersebut. Di Amerika Utara, Aidilfitri dijangka jatuh pada Khamis, 9 September, Jumaat (10 September) atau Sabtu (11 September). Aidilfitri adalah satu daripada dua perayaan terbesar yang disambut penganut Islam setiap tahun dan kepentingan perayaan itu kerap disamakan dengan Krismas yang disambut penganut Kristian setiap 25 Disember. Satu lagi perayaan terbesar umat Islam adalah Aidiladha yang disambut ketika musim ibadat haji di Mekah. Semasa Aidilfitri, masjid-masjid akan dilimpahi penganut Islam yang mahu menunaikan solat sunat selain mengambil kesempatan bertemu keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Pemimpin-pemimpin Islam pula kerap menempah dewan hotel atau pusat konvensyen untuk menyambut orang ramai yang datang berkunjung untuk berhari raya. Setiap orang akan memakai

Penduduk Islam menunaikan solat Zohor di Pusat Kebudayaan Islam New York.

IBRAHIM HOOPER pakaian terbaik, bertukar hadiah, merancang makan hidangan istimewa bersama rakan dan keluarga, menghias rumah dan menganjurkan majlis-majlis amal untuk kanak-kanak. Di sebahagian besar negara Islam, cuti perayaan tersebut berlarutan selama beberapa hari atau minggu. Namun, jadual waktu persekolahan dan kerja di AS memaksa penduduk Islam di negara itu sekadar menunaikan solat Aidilfitri pada raya pertama dan menyambung aktiviti perayaan seterusnya pada hujung minggu akan datang. Kebanyakan masjid kebiasaannya meningkatkan keselamatan sepanjang Ramadan berikutan pertambahan jumlah jemaah. Tahun ini, pemimpin-pemimpin Islam memberi perhatian lebih kepada isu keselamatan. Beberapa bulan kebelakangan ini, masjid sekitar AS sering menghadapi demonstrasi dan vandalisme yang dilakukan individu dan kumpulan tidak bertanggungjawab. Ketika ini, cadangan pembinaan sebuah masjid dan pusat Islam berhampiran tapak bekas runtuhan bangunan WTC, Ground Zero menjadi isu nasional yang sering diperdebatkan. Namun, ketika ketegangan itu masih belum reda, pemimpin Islam AS sekali lagi menyaksikan masalah yang akan berlaku selepas memeriksa kalendar Hijrah. Pemimpin Islam New York, Haroon Moghul, yang kerap memberi ceramah di masjid-masjid seluruh AS, berkata, ketua-ketua masjid sudah membincangkan

HAROON MUGHOL isu Aidilfitri sejak berbulan-bulan lalu lagi. “Apabila kami menyedari Ramadan akan berakhir pada tarikh itu (11 September), sejumlah orang duduk bersama dan berkata, bagaimana kita menangani hal ini dengan cara paling tepat?”, katanya, juga pengarah eksekutif syarikat konsultan komunikasi, Institut Maydan. Dia berkata, ramai penduduk Islam New York cenderung untuk tidak menyambut Aidilfitri seperti dilakukan tahun terdahulu, manakala imam-imam di bandar raya itu merancang menyampaikan khutbah sempena memperingati mangsa serangan pengganas yang terkorban hampir sedekad lalu. “Ia hari yang menyakit bagi semua orang,” katanya. Yvonne Maffei, 35, dari Des Plaines, Illinois, pinggir Chicago menyatakan dia dan suami merancang meneruskan sambutan Aidilfitri seperti biasa mengikut kalendar Hijrah dengan menunaikan solat di masjid tempatan, keluar makan bersama dan mengunjungi rakan-rakan. “Saya fikir, ramai rakyata AS faham mengenai nilai dan tempat perayaan keagamaan dalam kehidupan seseorang individu. “Kepada mereka yang tidak mahu menerimanya, saya hanya berharap mereka mengambil masa untuk cuba faham dan bukan sekadar bertanya kenapa kami menyambut Aidilfitri pada tarikh itu, tetapi juga apa yang diraikan dan bilakah berakhirnya bulan suci Ramadan,” katanya.


27 OGOS - 09 SEPT 2010

R

Sebulan berpuasa penuh kemanusiaan

GLOBAL

Transisi

AMADAN sekali lagi hadir menemui umat Muhammad seluruh dunia. Pada bulan ini, semua penganut Islam dari segenap penjuru benua sama-sama berpuasa dengan menahan diri daripada makan dan minum serta nafsu syahwat, termasuk perkara lain yang membatalkannya. Bagi saudara kita di Palestin yang lahir pada 1948, serentak dengan insiden Nakba, puasa tahun ini bermakna sudah 52 tahun mereka terpenjara di bawah belenggu penjajahan rejim Zionis Israel. Sejak mula memahami kronologi penjarahan rejim Yahudi ke atas tanah air Palestin itu, saya selalu menganggap 1948 sebagai penanda aras kepada

tahun kemerdekaan dunia yang bebas daripada segala bentuk penjajahan. Dunia sepatutnya melihat konflik di Palestin sebagai isu kemanusiaan sejagat dan bukan hanya kemelut yang melanda komuniti Islam saja. Justeru, kegagalan membebaskan bumi Palestin boleh saja disifatkan sebagai celaan terhadap kemanusiaan itu sendiri, juga kutukan terhadap manamana kerajaan dunia yang mengaku kononnya berkuasa dan berpengaruh. Bagi umat Islam, Ramadan sebenarnya lebih daripada bulan yang mewajibkan kita berpuasa kerana roh bulan suci ini sebenarnya lebih besar daripada sekadar lapar dan dahaga serta

menahan nafsu syahwat dalam diri. Selain Haji, puasa ketika Ramadan adalah amalan kerohanian yang menjadi simbolisme kepada perpaduan dan kesamarataan ummah. Bukankah ini menunjukkan betapa Ramadan hadir dengan misi kemanusiaan yang sangat besar? Ini dibuktikan dengan perlakuan amalan ritual yang tinggi nilai kemanusiaannya sepanjang bulan ini menerusi kewajipan berpuasa, menahan syahwat dan memberi zakat. Dalam konteks lebih luas, kita pasti akan dapat mengesan sesungguhnya Ramadan sudah lama menjadi guru yang menga-

35

jar kita mengenai nilai kemanusiaan. Puasa bermakna merasai keperitan saudara lain, menahan nafsu syahwat bererti mengelak diri daripada melakukan penindasan dan peperangan, manakala pemberian zakat pula adalah simbolik kepada tanggungjawab mandatori ke atas golongan berkuasa dan berkemampuan untuk membantu mereka yang dalam kesusahan. Jika roh Ramadan ini benarbenar dihayati, apakah mustahil kita melihat bumi Palestin dibebaskan? Apakah masih ada negara-negara Islam hidup dalam kemelaratan dan masih berperang lagikah kita sesama saudara seagama?

Sinar Ramadan seluruh dunia Muslimat Palestin solat Terawih berjemaah di luar Masjid Al-Aqsa, Palestin.

L

EBIH satu bilion penganut Islam seluruh dunia menunaikan ibadat puasa tahun ini dengan sekurangkurangnya 10 negara Timur Tengah menetapkan tarikh permulaan Ramadan pada Rabu, 11 Ogos lalu. Arab Saudi menjadi negara pertama yang menetapkan tarikh berpuasa dengan diikuti negara-negara Islam lain di Asia dan Eropah. Ketika dunia sedang kalut dengan pelbagai konflik kemanusiaan membabitkan negara-negara Islam, kedatangan Ramadan nyata meredakan ketegangan dan menjemput ketenangan dalam kalangan umat manusia. Di negara yang memiliki majoriti Islam, suasana restoran, kafe, warung dan kedai-kedai makan di siang hari lengang tanpa pengunjung. Sebaliknya, suasana di premis-premis makanan tersebut langsung berubah ketika hari di ambang senja dengan dibanjiri berjuta-juta penganut Islam yang mengambil kesem-

patan berbuka puasa bersama rakan, keluarga dan saudaramara. Bazar atau pasar Ramadan yang menjual aneka juadah tumbuh bagai cendawan selepas hujan, manakala masjid dan surau menyediakan makanan percuma kepada orang ramai hasil sumbangan dan sedekah golongan dermawan dan hartawan tempatan. Rashad Bukhari di Islamabad, Pakistan berkata, kedatangan Ramadan jelas mengubah kehidupan malam penduduk di negara Asia Selatan itu. “Ramadan bukan saja menukar tabiat makan dan rutin harian seseorang, tetapi juga mengubah suasana sekeliling sepanjang bulan ini. “Mereka merasa lebih sedar mengenai hubungan mereka dengan Tuhan dan manusia lain menerusi doa, rintihan dan pemberian,” katanya. Alae Eddin Serrar di Rabat, Maghribi menyatakan Ramadan banyak mengajar umat Islam mengenai keimanan dan

kesabaran. “Ramadan tahun ini jatuh pada musim panas. Seperti biasa, ia datang dengan semangat keamanan, keampunan dan kegembiraan. Selama sebulan Ramadan membawa rakyat seluruh Maghribi ke dunia ketenangan dan kerohanian,” katanya. Sementara itu, pengarah Hubungan Islam-Barat dan Program Timur Tengah dan Afrika Utara, Leena El-Ali di Amerika Syarikat (AS) berkata, cabaran berpuasa di AS, di mana restoran sentiasa dibuka setiap jam, langsung tidak mematahkan semangatnya untuk berpuasa.

“Ini sesuatu yang pelik. Betapa sukar sekalipun pun berpuasa di rantau orang, saya tetap mahu meraikan Ramadan “Dalam mana-mana negara bukan Islam, di mana kebebasan beragama dijamin, tidak perlu sama sekali kasihan kepada penganut Islam. Ia sebenarnya satu persekitaran tersirat yang menyentuh kami ke arah jihad yang lebih besar, iaitu perjuangan dalaman,” katanya. Di Jeddah, pihak berkuasa sedang cuba memperhebatkan kawalan terhadap penjual makanan di bandar raya itu. Ini bagi memastikan makanan yang dijual kepada pembeli mematuhi piawaian kesihatan dan

kebersihan. Di Australia, pihak pihak pelancongan dan hotel mengambil inisiatif mewujudkan konsep Ruang Istirahat Ramadan bagi menarik perhatian pelancong Islam. Hotel Courtyard Marriot di bandar Surfers Paradise membenarkan penganut Islam berbuka puasa secara percuma selama tiga kali seminggu. “Kami jangkakan pasaran pelancongan Timur Tengah sedang meningkat lebih 12 peratus setiap tahun menjelang 2013. Ini adalah antara pasaran yang menjadi keutamaan kami,” kata pengarah Pelancongan Queensland, Paul Buggy.

Penganut Islam berbuka puasa beramai-ramai di Rabat, Maghribi.

Bazar Ramadan di Arab Saudi penuh sesak dengan pengunjung.

Suasana berbuka puasa di sebuah masjid di Pakistan.


36

HADIS: Sabda Rasullah SAW: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, hendaklah memuliakan jiran tetangganya.

AGAMA

Transisi 27 OGOS - 09 SEPT 2010

- Riwayat Al-Bukhari

Soal/ Jawab

BISMILLAH 6 Ust Jeffri Bujang

Masjid Negara, Kuala Lumpur

TAUBAT

Dulu saya dan teman lelaki terlalu ikutkan nafsu dan kami akan berzina setiap kali berjumpa tanpa rasa berdosa. Kini, kami sudah berumah tangga dan bakal menimang cahaya

mata. Saya takut perkara ini akan berbalik kepada anak yang bakal dilahirkan nanti. Apakah selepas berkahwin saya akan membawa bersama dosa-dosa silam. Saya ingin bertaubat dan setiap kali bersolat saya selalu menangisi perbuatan lampau saya. Apakah dosa saya akan terhapus jika berkahwin dengan pasangan yang berzina dengan saya dahulu? Alhamdulillah, puan dan suami sudah bertaubat. Banyakkanlah solat taubat, istighfar dan amal soleh lain. Didiklah anak dengan didikan agama. Insya-Allah, sifat Allah itu Maha Pengampun sedangkan yang membunuh 99 orang pun Allah ampunkan. Janganlah berputus asa dalam taubat puan.

CUKUR ARI-ARI Apakah hukum suami mencukur ari-ari isteri dan sebaliknya.

Tiada masalah kerana tiada aurat antara suami dan isteri.

Al-Kindi

A

BU Yusuf Yaqub ibn Ishaq al-Kindi (801-873M) atau Al-Kindi, juga dikenali sebagai Alkindus di Barat, adalah tokoh sarjana Islam yang menguasai banyak lapangan ilmu seperti falsafah, sains, astrologi, astronomi, kosmologi, kimia, logik, matematik, muzik, fizik, perubatan, psikologi dan meteorologi. Al-Kindi dipercayai ahli falsafah peripatetik Islam pertama dan beliau dikenali atas usaha gigihnya memperkenalkan falsafah Greek dan Helenistik kepada dunia Arab. Beliau juga menjadi pengasas dalam bidang ilmu lain seperti kimia, perubatan, teori muzik, fizik, psikologi, falsafah sains dan juga dikenali sebagai salah

MANDI JUNUB

Saya ditanya rakan, apakah perlu mandi wajib bagi seseorang perempuan yang melakukan onani? Ya, wajib mandi jika keluar mani. Sebaliknya, tidak wajib mandi jika tidak keluar mani.

6?

Apakah wujud ayat Bismillah Bismillah 6 adalah rekaan

manusia. Usah diamalkan kerana ia membawa kepada bid’ah. Wallahua’lam.

HAID

Saya mahu kepastian. Benarkah jika kita datang haid, tuala wanita itu harus dicuci hingga hilang darah kerana takut dijilat syaitan

dan diakhiri dengan selawat. Tidak benar. Saudari bebas melupuskannya dengan apa cara sekalipun.

Pembaca boleh menghantar emel kepada transisi.mail@gmail.com untuk mengajukan soalan mengenai sebarang kemusykilan agama.

PUASA Apakah hukum jika kita berniat berpuasa ketika waktu sahur pada hari yang kita perlu berpuasa? Apakah hukum memakai gincu ketika puasa? Apakah puasa kita diterima? 1. Niat puasa ialah sebelum masuk waktu subuh, jadi sah puasa. Niat puasa ialah di hati, bukan di mulut. 2. Pakai gincu tidak membatalkan puasa.

Filusuf serba boleh, perintis karya Greek

seorang daripada bapa kriptografi, iaitu kajian mengenai maklumat tersembunyi. Kriptologi moden hari ini menjadi cabang ilmu kepada disiplin matematik, sains komputer dan kejuruteraan. Aplikasiaplikasi kriptografi termasuk kad ATM, kata laluan komputer dan e-dagang. Al Kindi dilahirkan di Kufah, Iraq dan berasal daripada suku aristokrat Arab, Kinda. Bapanya adalah gabenor Kufah yang ketika itu berada di bawah pemerintahan Empayar Abbasiyah. Kota Kufah ketika itu juga adalah pusat pengajian terkenal yang sering dikunjungi ramai sarjana dan ilmuan dari seluruh dunia. Pendidikan awal Al-Kindi bermula di kota Kufah sebelum beliau melengkap pengajiannya di Baghdad. Reputasi beliau sebagai ilmuan ulung Islam mula menyinar selepas dilantik Khalifah al-Ma’mun untuk memantau terjemahan teks falsafah dan saintifik Greek kepada bahasa Arab di pusat pengajian terkenal di Baitulhikmah, Baghdad. Hubungan langsung dengan falsafah kuno itu banyak menyum-

bang kepada perkembangan intelektual Al-Kindi hingga mendorong beliau menulis kitab sendiri mengenai pelbagai lapangan subjek dari etika Islam dan matafizik hingga kepada matematik dan farmakologi. Dalam matematik, Al-Kindi memainkan peranan penting dalam memperkenalkan sistem nombor, menggunakan nombor HinduArabik kepada dunia Islam dan Barat yang menjadi asas kepada matematik hari ini. Namun, sumbangan paling besar beliau adalah menerusi kitab Risalah fi Istikhraj al-Mu’amma yang menghuraikan subjek kriptanalisis dan kriptologi serta mencipta kaedah baru dalam memecahkan kod enkripsi algoritma, termasuk kaedah analisis kekerapan. Menggunakan kepakaran dalam matematik dan perubatan, beliau membangunkan satu skala bagi membenarkan doktor-doktor mengkuantifikasi atau menjelaskan potensi ubat mereka selain turut bereksperimen dengan terapi muzik. Pusat kesarjanaan yang mendasari penulisan falsafah Al-Kindi

adalah keupayaannya mengharmonikan antara falsafah dan ilmu sains Islam yang lain, terutama teologi. Banyak hasil kerjanya sentiasa memiliki hubung kait dengan subjek yang menjurus kepada teologi, termasuk sifat Allah, kejiwaan dan pengetahuan kenabian. Di sini, beliau membahagikan daya jiwa kepada: daya bernafsu (appetitive), daya pemarah (irascible), dan daya berfikir (cognitive atau rational). Sebagaimana Plato, beliau membandingkan ketiga-tiga kekuatan jiwa ini dengan mengibaratkan daya berfikir sebagai saiz kereta dan dua kekuatan lain (pemarah dan nafsu) sebagai dua kuda yang menarik kereta tersebut. Jika akal budi dapat berkembang dengan baik, maka dua daya jiwa lain dapat juga dikendalikan dengan baik. Justeru, beliau mengibaratkan mereka yang hidupnya dikuasai dorongan-dorongan nafsu dan amarah sebagai anjing dan babi, manakala mereka yang menjadikan akal budi sebagai tuan diibaratkan sebagai raja. Walaupun memainkan peranan penting dalam dunia intelektual Is-

lam, sebahagian besar hasil kerja falsafah beliau sentiasa dibayangi oleh ketokohan seorang lagi sarjana Islam, Al-Farabi. Justeru, cuma sedikit teks karya beliau yang ada untuk dikaji sarjana moden. Namun, beliau masih berada dalam senarai ahli falsafah terhebat daripada keturunan Arab hingga beliau kerap dikenali sebagai ahli falsafah Arab. Al-Kindi menulis sekurangkurangnya 250 buku merangkumi pelbagai bidang seperti geometri (32 buah buku), falsafah dan perubatan (22 buah buku), ilmu logik (9 buah buku), fizik (12 buah buku) dan lain-lain. Antara hasil kerja tulisan beliau yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris adalah The Medical Formulary of Aqra ba dhin of Al-Kindi, M Levey (1966), Al-Kindi’s Metaphysics: A Translation of Yaqub ibn Ishaq al-Kindi’s Treatise ‘On First Philosophy’ (Fi al-Falsafah alUla), Alfred L Ivry (1974), Scientific Weather Forecasting in the Middle Ages The Writings of Al-Kindi, Gerrit Bos dan Charles Burnett (2000) dan Al-Kindi’s Treatise on Cryptanalysis, M Mrayati, Y Meer Alam dan M H di Tayyan (2003).


27 OGOS - 09 SEPT 2010

Transisi

AL-QURAN: Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi: Sesungguhnya Allah jua yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji. - Surah Luqman 31:26

AGAMA 37

Tidak perlu pertikai rakaat Terawih Oleh Ust Jeffri Bujang

R

AMADAN adalah bulan penuh berkat dan dilimpahkan segala rezeki serta dilipatgandakan amalan yang dikerjakan umat Islam. Namun, ada persoalan yang sentiasa dibahasakan iaitu amalan solat Terawih lapan atau 20 rakaat hingga ia menjadi pertikaian yang menyebabkan pergaduhan. Amat malanglah kepada umat Islam jika perkara sebegini terjadi. Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadhan (solat Tarawih) dengan penuh keimanan dan ikhlas mengharapkan ganjaran Allah, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu.” - Riwayat Abu Hurairah. Kita beranggapan baik bahawa solat Terawih adalah sunat dan terpulang kepada seseorang itu mahu melakukan berapa rakaat termampu. Itu sudah cukup baik kerana dia masih mahu menghidupkan amalan sunnah Rasulullah daripada hanya tidur atau melakukan perkara tidak berfaedah. Sesuai dengan sabda Rasulullah: “Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat.” Jelaslah Rasulullah sendiri tidak meletakkan berapa rakaat solat pun kepada umatnya dalam konteks solat sunat. Baginda cuma menyeru mengikut caranya bersolat dan bukan rakaat. Rasulullah melaksanakan so-lat pada Ramadan tidak lebih daripada 11 rakaat. Ini dinyatakan sendiri isterinya, Aisyah apabila ada sahabat bertanya mengenai solat baginda. Tetapi, pernahkah kita bandingkan panjang satu rakaat Rasulullah dengan panjang rakaat kita dan khusyuknya baginda? Baginda menunaikan solat Terawih dengan memanjangkan ayat Al-Quran dalam bacaan rakaatnya. Namun, kita biasanya sekadar membaca surah-surah lazim dari Muqaddam. Sangat jauh bandingannya antara kita dan Rasulullah dalam mengerjakan ibadah. Jika imam melakukan seperti baginda dengan memendekkan bilangan rakaat dan memanjangkan bacaan sedikit, kemungkinan makmum akan rasa terbeban dan tidak senang. Pada zaman Khalifah Umar AlKhattab, beliau memendekkan bacaan dan menambah bilangan rakaat supaya makmum berasa selesa ketika mengerjakan solat Terawih. Sesuai dengan maksud solat Terawih itu, iaitu duduk senang atau beristirahat. Maksudnya,

solat sunat dengan rasa tenang dan berlapang dada ketika mengerjakannya. Tidak perlulah kita panjangkan perbalahan mengenai amalan rakaat solat Terawih ini. Lihatlah di luar tempat kita beribadah seperti bazar Ramadan, khususnya peniaga dan pembeli yang leka dengan jual beli hingga terlepas solat Maghrib. Di kedai dan restoran sedang asyik berbuka dengan hidangan bufet Ramadan yang enak sambil berbual hingga terlupa solat. Tidakkah ini lebih merungsingkan kita? Ramai lagi umat Islam tidak menunaikan solat fardu. Inikan pula solat sunat Terawih? Sepatutnya, golongan inilah sasaran kita mengajak mereka beribadah pada bulan mulia ini. Solat Terawih adalah solat sunat Ramadan dan ia datang cuma setahun sekali. Bergantung kepada diri sendiri sama ada mahu solat lapan atau 20 rakaat. Sedarkah kita, mengekalkan keharmonian dan menjaga kemaslahatan umat Islam serta menyebarkan kebaikan dan menghalang keburukan itu adalah perkara wajib dilakukan terhadap individu. Membahaskan perkara sunat hingga mengetepikan perkara wajib perlu kita renungkan kembali dan memperbetulkan kesilapan ini. Janganlah dirosakkan nama baik agama dan sama-samalah kita memajukannya. Selain mengerjakan ibadah puasa yang wajib, umat Islam juga digalakkan dan dituntut mengerjakan pelbagai ibadat sunat yang ditawarkan sepanjang Ramadan. Misalnya, amalan sedekah sangat dituntut oleh Allah dan

Rasulullah. Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Malah, ia akan bertambah dengan keberkatan dan pahala jika dilakukan semasa Ramadan. Amalan ini sudah lama dipraktikkan ketika menjelang Ramadan. Banyak sumbangan dilakukan bagi membantu golongan susah, khususnya anak-anak yatim. Jika di surau atau masjid, tradisi seseorang individu menaja juadah berbuka dan moreh adalah amalan yang baik dan perlu diteruskan bagi mendapatkan pahala dan keberkatan Allah. Rasulullah bersabda: “Apabila mati seorang anak Adam, maka

terputus amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu dimanfaatkan orang lain dan anak soleh yang mendoakan untuknya” - Riwayat Muslim. Dalam kalangan masyarakat kita hari ini, sesi tazkirah ringkas yang diadakan bagi mengisi keberkatan Ramadan adalah amalan yang amat digalakkan. Tazkirah ketika mengerjakan solat Terawih ini bukanlah satu kesalahan kerana ia majlis ilmu dan fardhu ain, manakala solat Terawih adalah sunat

muakad (solat yang dituntut). Dalam hal ini, seelok-eloknya kerjakan solat Terawih hingga selesai dulu. Selepas itu, barulah mulakan tazkirah ringkas. Tidak mengapa jika diselangkan solat terawih empat rakaat dan disusuli tazkirah sebelum disambung semula solat Terawih empat rakaat dan disudahi solat Witir. Ini bergantung kepada surau dan masjid mengikut kesenangan jemaah supaya mereka berasa selesa untuk beribadah. Selain itu, tadarus Al-Quran adalah amalan yang dihidupkan di masjid-masjid ketika Ramadan. Allah berfirman: “Wahai umat manusia, sesungguhnya sudah datang kepada kamu AlQuran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu, dan penawar bagi penyakit batin yang ada dalam dada kamu, dan menjadi hidangan petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang beriman.” (Surah Yunus,: ayat 57) Amalan tadarus dapat menyucikan diri daripada segala sifat tercela dan menanam sifat terpuji supaya dapat beribadah kepada Allah dengan hati bersih dan tenang. Ia bukan saja dapat meningkatkan kefahaman terhadap makna ayat suci, tetapi turut membetulkan kesilapan bacaan, terutama di segi tajwid dan makhraj. Rasulullah menggalakkan kita menghidupkan malam Ramadan dengan amalan ibadah yang penuh keberkatan. Perkara dilakukan Rasulullah adalah solat sunat Qiamullail iaitu Tahajjud, Hajat, Tasbih, membaca AlQuran, berzikir dan sebagainya. Rasulullah menggalakkan umatnya supaya menghidupkan malam bagi mencari keberkatan, terutama pada 10 malam terakhir. Pada 10 malam terakhir inilah paling dinantikan mereka yang beriman kerana salah satu hari

itu ada malam Lailatulqadar. Dikatakan, malam Lailatulqadar adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Allah berfirman: “Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al-Qur`an) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Surah AlQadr, ayat 1-5) “Wahai orang-orang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertaqwa,” (Surah AlBaqarah, ayat 183) Selain perkara-perkara sunat di atas yang dapat dipraktikkan sepanjang Ramadan, ada beberapa perkara sunat lain yang boleh diamalkan seperti: Segerakan berbuka puasa. Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka. Rasulullah menganjurkan segera berbuka dan tidak menangguh. Ini bukti betapa Islam itu mudah. Sesungguhnya, asas syariat itu ialah menganjurkan manusia untuk bersikap mudah dalam beragama. Tetapi tidak bererti memudahkan semua urusan. Sahur walaupun seteguk air. Rasulullah bersabda: “Perbezaan antara puasa umat Islam dengan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah makan sahur.” Riwayat Muslim. Jadi bangunlah bersahur untuk mendapat keberkatan berpuasa pada esok hari. Berbuka dengan kurma. Disunnahkan dengan bilangan ganjil. Apabila tiada kurma, berbukalah dengan air zam-zam. Apabila tiada, cukup dengan air putih. Apabila tiada, makanlah apa saja manisan. Memperbanyakkan amalan sunnah dan amal soleh dilakukan Rasulullah. Meninggalkan perkara tercela yang boleh mengurangkan pahalan puasa seperti mengumpat. Ini bersesuaian dengan takrif puasa iaitu menahan diri daripada makan dan minum serta mengelakkan diri daripada melakukan perkaraperkara yang membatalkannya bermula terbit fajar hingga terbenam matahari. Semoga Ramadan ini kita mendapat keampunan atas dosa dilakukan dan meraih kelebihan yang dijanjikan Allah.


HAWA IP ES

I S EL

A T

R

38

Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai ber tabur urai - Pepatah-

Ikan Siakap Kukus

Sifat wanita Nana tidak kurang Oleh Siti Nurmah Wasilan

S

BAHAN-BAHAN : 1 ekor ikan siakap sederhana besar 3 sudu besar sos tiram 2 susu besar sos cili 2 susu besar sos tomato 1 sudu gula 4 sm halia - dimayang

3 ulas bawang putih dimayang 3 ulas bawang besar dimayang 3 tangkai daun sup (saderi) 1/2 biji limau nipis Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA : • • • •

Cuci dan belah ikan kepada dua, tetapi jangan sampai putus. Lumurkan garam dan gula. Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang (halia, bawang putih dan bawah besar). Tuang sos tiram, cili dan tomato. Kukus selama 10 minit (hingga masak). Taburkan hirisan daun sup dan perah limau di atasnya.

Transisi 27 OGOS - 09 SEPT 2010

UKAN lasak yang memerlukan kekuatan fizikal tidak lagi menjadi penghalang bagi wanita kerana mereka kini lebih berani menguji ketahanan diri. Ini dibuktikan sendiri Ruszatulzanariah Md Yusof, 22, yang dipanggil mesra, Nana, apabila dia nekad menceburikan diri dalam sukan lumba basikal yang lebih banyak didominasi kaum lelaki. Minatnya dalam sukan berbasikal berputik sejak di di tingkatan dua dengan menyertai pelbagai pertandingan di peringkat sekolah dan negeri. Namun, kejayaan meraih pingat emas semasa pertandingan Cycleton anjuran sekolah menjadi titik mula dan pendorong buatnya untuk terus bergiat aktif dalam bidang tersebut. “Kemenangan peroleh emas mendorong semangat saya untuk terus meneraju sukan ini. Kejayaan itu juga menjadi tapak permulaan saya bergiat aktif dalam sukan berbasikal hingga sekarang,” katanya. Dia kemudian

RUSZATULZANARIAH MD YUSOF

Tarikh Lahir 15 Februari 1988 Tempat Lahir Sungai Petani, Kedah Pendidikan Sarjana Muda Komunikasi (Penyiaran) (UPM) Pencapaian Sukma Sabah 2002 - 1 gangsa Sukma Negeri Sembilan 2004 - 1 gangsa Sukma Kedah 2006 - 1 emas, 4 perak Sukma Terengganu 2008 - 2 perak Sukma Melaka 2010 - 3 emas Sukan Sea Korat Thailand 2007- gangsa Kejohanan Berbasikal Asia Thailand Piala Asia Jepun 2007 gangsa, ia tetap boleh dibanggakan kerana saya baru pertama kali masuk kejohanan itu. Ia menjadi platform buat saya untuk mengayuh lebih jauh!” katanya. Kenangan paling manis gadis kelahiran Sungai Petani, Kedah ini ialah kejayaan merangkul pingat emas di tanah kelahirannya pada Sukma Kedah 2006 dan Sukma Melaka baru-baru ini. “Pingat emas sangat bermakna kepada saya kerana ia hasil kerja keras dan kegigihan menjalani

Menang pingat emas semasa 2010.

Latihan di gim sangat penting untuk stamina.

dilamar Majlis Sukan Negeri Kedah untuk mewakili negeri kelahirannya itu dalam Sukan Malaysia (Sukma) IX di Sabah pada 2002. “Saya dapat pingat gangsa ketika pertama kali menyertai Sukma Sabah. Walaupun hanya

Sukma Melaka

latihan untuk mencapai matlamat,” katanya. Bakat dan kelebihannya terus menyinar menerusi pelbagai pertandingan berbasikal tempatan dan antarabangsa seperti Sukan Sea Korat di Thailand 2007, Kejuaraan Berbasikal Asia Thailand, Piala Asia Jepun 2007 dan sebagainya. Dia yang juga pelajar jurusan Sarjana Muda Komunikasi (Penyiaran) di Universiti Putra Ma-

laysia (UPM) berkata, persepsi memandang rendah kebolehan wanita dalam sukan lasak tidak seharusnya timbul kerana golongan hawa kini sudah setanding lelaki. “Saya tidak anggap wanita yang bergiat aktif dalam sukan lasak sifat akan kurang sifat kewanitaannya. Persepsi ini tidak patut ada kerana wanita kini mampu buat apa saja yang boleh dilakukan lelaki,” katanya. Ruszatulzanariah berkata, ketahanan fizikal, terutama bahagian kaki amat penting dalam sukan lumba basikal kerana ia memerlukan kayuhan laju ketika di jalan raya dan trek. Bagi menjamin kekuatan stamina, latihan dan senaman setiap hari amat penting selain kesihatan tubuh badan. “Saya akan habiskan masa dua jam sehari untuk bersenam dan berlatih sama ada di trek ataupun gim. Memandangkan bulan ini adalah bulan puasa, masa terluang pada malam hari akan dimanfaatkan untuk menjamin stamina supaya kekal bertenaga,” katanya, yang menjadikan pelumba basikal Indonesia, Risa Suseanty sebagai idola. Ruszatulzanariah menyatakan hasratnya untuk mengaplikasikan sukan kegemarannya itu dalam bidang penyiaran yang bakal dijadikan kerjayanya suatu hari nanti. “Saya bercita-cita jadi pengulas sukan seiring dengan jurusan diambil dan minat saya dalam bidang sukan,” katanya.


27 OGOS - 09 SEPT 2010

Transisi

Bagai bur ung dalam sangkar, mata ter lepas badan ter kur ung - Perumpamaan-

39

SIHAT

Kenali jenis darah anda Oleh Gan Yong Li

‘S

ETITIK darah mampu menyelamatkan satu nyawa’ adalah ungkapan yang sering kita dengar di media-media massa. Namun, ramai kalangan kita masih tidak mengetahui kumpulan darah sendiri dan menganggapnya sebagai tidak penting. Pengetahuan mengenai

kumpulan darah sendiri bukan saja mampu menyelamatkan nyawa kita, tetapi juga nyawa orang lain. Darah adalah sejenis tisu unik yang mempunyai ciri-ciri tertentu dan menjadi medium pengangkut oksigen ke seluruh tubuh. Ia juga berfungsi membekalkan tisu dengan zat dan men-

yingkirkan kuman selain mengandungi sistem imunisasi yang bertujuan mengelak jangkitan kuman. Darah manusia terbahagi kepada empat: 1. Darah O 2. Darah A 3. Darah B 4. Darah AB DARAH O Kumpulan darah yang tidak mempunyai sebarang antigen, tetapi memiliki antibodi dalam darah. Dikenali sebagai penderma universal. Boleh menderma kepada semua kumpulan darah (A, B, AB dan O), tetapi cuma boleh menerima darah jenis O sahaja. DARAH A Kumpulan darah yang mempunyai antigen A dan antibodi B. Boleh menerima kumpulan darah jenis A,AB dan O.

Sel darah merah dalam tubuh manusia

Kumpulan A

Kumpulan B

Kumpulan AB

Kumpulan O

Anti-B

Anti-A

Tiada

Anti-A dan Anti-B

Antigen-A

Antigen-B

Antigen-A dan Antigen-B

Jenis sel darah merah

Kehadiran Antibodi

Kehadiran Antigen

Tiada

Jadual kumpulan darah Hanya boleh menderma kepada kumpulan darah jenis A dan AB. DARAH B Kumpulan darah yang mempunyai antigen B dan antibodi A. Boleh menerima kumpulan darah jenis B,AB dan O. Hanya boleh menderma kepada kumpulan darah jenis B dan AB.

DARAH AB Kumpulan darah yang tidak mempunyai antibody, tetapi memiliki antigen A dan B. Hanya boleh menderma kepada kumpulan darah jenis AB. Dikenali sebagai penerima universal kerana boleh menerima kumpulan darah lain.

Mengenali sifat diri melalui jenis darah SELAIN menjadi panduan dalam menentukan diet yang sesuai, jenis darah juga mampu menyingkap perwatakan dan keperibadian seseorang. Hasil kajian dilakukan di Jepun terhadap beberapa jenis darah, setiap jenis darah memiliki beberapa keperibadian berbeza. Di sini, anda dapat melihat sendiri sama ada ada keserasian dan sifat-sifat tertentu dalam diri berdasarkan pendedahan di bawah ini. Kumpulan Darah O Anda disifatkan sebagai individu setia, sabar, sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.

Individu dalam kategori ini juga lebih bersifat pemimpin. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha mencapai matlamat tersebut biar apa cara sekalipun. Kadangkala, anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat dan juga terlalu serius dalam persaingan hingga ia mampu mengundang tekanan dalam diri. Anda harus lebih bijak mengawal emosi agar tidak dikuasai tekanan. Kumpulan darah A Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup.

Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan orang di sekeliling dan mereka juga ternyata sentiasa berasa senang bekerjasama dengan anda. Sikap sensitif, sabar dan bertimbang rasa yang ada dalam diri menunjukkan anda tergolong dalam kategori individu berkeperibadian penyayang. Bagaimanapun, kadangkala anda agak degil dan terlalu kuat bekerja hingga tidak mengendahkan langsung waktu rehat. Kumpulan darah B

Ringkas dan sederhana adalah ungkapan paling rapat dengan anda. Dalam perhubungan, anda terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Anda lebih gemar melaksanakan tugasan diberi dengan cara tersendiri. Anda juga kreatif dan fleksibel serta boleh menyerap sebarang situasi sekeliling dengan mudah selain bijak bersosial. Namun, sikap anda yang gemar berdikari dan sukar meminta bantuan orang lain mampu mendatangkan masalah, sekali gus memperlihatkan kelemahan diri sendiri.

Kumpulan darah AB Tenang dan bijak mengawal emosi adalah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri pemilik darah jenis AB. Anda sentiasa menghormati orang lain. Ini membuatkan mereka di sekeliling berasa selesa berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dan menghiburkan serta ceria. Namun, ada satu perkara yang harus anda perbetulkan. Anda perlu lebih bijak dan berani membuat keputusan sendiri dan jangan biarkan orang lain menentukannya.


40

HIBURAN

Sepuluh bintang ber taburan, bolehkah sama dengan bulan yang satu - Pepatah-

Transisi 27 OGOS - 09 SEPT 2010

Selebriti Hollywood obses kurus Oleh Wan Azuraina Meor Abdullah

BAGI mereka, kurus bermaksud seksi, bergaya dan cantik hingga sanggup melakukan apa saja walaupun terpaksa membahayakan nyawa sendiri. Masalah anoreksia dan bulimia yang dikaitkan dengan gangguan diet sudah menjadi

perkara biasa dalam kalangan artis Hollywood. Berikut adalah sepuluh selebriti Hollywood yang membuat pendedahan umum mengenai masalah gangguan pemakanan dihidapi mereka.

MARY KATE OLSEN Masalah anoreksia dihidapi Mary-Kate memaksanya mendapatkan rawatan di salah sebuah pusat perubatan selepas berbulan-bulan menafikan spekulasi yang mendakwa dia mengidap masalah gangguan ma-

kanan itu. Dia mengatasi masalah itu dengan menyerahkan pakaiannya yang tidak boleh dipakai kepada pusat pakaian terpakai di Hollywood. Dia kemudian berjaya mengembalikan semula berat badannya.

Masalah bulimia dihidapi membuatkan Elton kerap memuntahkan makanan yang dimakannya. Juga sedang menjalani rawatan pemulihan bagi mengatasi masalah tersebut.

KATE WINSLET Mengakui bergelut dengan gangguan pemakanan akibat masalah berat badan jangka panjang. Menurutnya, pengaruh pemakanan keluarganya sangat kuat dan sangat sukar dihindarkan selain pernah digelar ‘blubber’ ketika di bangku

PAULA ABDUL Penyanyi, penari dan koreografer ini menderita masalah Bulimia. Pada 1994, dia memutuskan menjalani pemeriksaan di klinik selepas timbul perasaan negatif ketika menatap foto tubuh sendiri sejak mula menari pada usia tujuh tahun.

KATE BECKINSALE Menghadapi masalah pemakanan sejak remaja sebelum mengambil keputusan menanganinya. Kini, dia perlahan-lahan pulih daripada anoreksia hasil sokongan keluarga dan terapi.

VICTORIA BECKHAM Selepas bertahun-tahun membuat penafian, Victoria, juga bekas anggota Spice Girls, mengakui bergelut dengan masalah pemakanan sejak awal penglibatannya bersama Spice Girls. Dia mendakwa sangat ob-

ELTON JOHN

ses dengan penampilan dirinya selain mendapat tekanan daripada pihak pengurusan supaya menurunkan berat badan dan kekal langsing. Semua hal itu didedahkan dalam bukunya berjudul, Learning to Fly.

sekolah dulu. Bagaimanapun, Kate kini tampil sihat dan cantik serta amat menyenangi bentuk tubuhnya. Dia menegaskan akan mengekalkan berat badan sekarang dan menolak untuk menjadi terlalu kurus.

Sekarang, Paula ialah jurubicara Persatuan Kebangsaan Masalah Pemakanan (Neda). Segala pengalaman pahit dilaluinya dulu kini dikongsi bersama wanita muda yang mengalami masalah sama.

ASHLEE SIMPSON Adik kepada penyanyi dan pelakon, Jessica Simpson ini secara terbuka mengakui masih lagi berjuang mengatasi masalah pemakanan yang dideritainya sejak remaja dulu.

ALANIS MORISETTE KELLY CLARKSON Penyanyi kelahiran program realiti TV ini mengidap Bulimia selama enam bulan sebelum masalah itu diketahui temannya yang bertindak menggesanya mendapatkan bantuan.

LADY GAGA Juga tersenarai dalam kalangan penyanyi wanita Hollywood yang sedang berjuang mengatasi masalah Bulimia sejak awal pembabitannya dalam bidang seni suara.

Penyanyi dari Kanada ini mendakwa sedang dalam proses untuk pulih daripada masalah anoreksia dan bulimia sejak berusia antara 14 hingga 18 tahun ketika mula menyertai

bidang nyanyian. Perfect dalam album Jagged Little Pill adalah lagu ciptaannya yang terilham daripada pengalamannya bergelut dengan masalah pemakanan.


27 OGOS - 09 SEPT 2010

>> Dari Muka 1 SELAIN bergelar artis, Noh, 25, atau nama sebenarnya, Mohammad Noh Salleh juga memegang status sebagai mahasiswa. Dia kini sah menjadi pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) selepas mendaftar diri untuk mengikuti Pengajian Luar Kampus (PLK) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi di Universiti Utara Malaysia (UUM) cawangan Kuala Lumpur. Noh berkata, walaupun sibuk dalam proses mengeluarkan album ketiga tidak lama lagi, dia tidak pernah melupakan tanggungjawab sebagai pelajar. “Saya sudah lama tinggalkan bangku sekolah. Rasa sedikit kekok apabila terpaksa ke kelas dan dengar pensyarah beri kuliah. “Pensyarah juga faham situasi kami sebagai penyanyi dan tidak lokek beri penjelasan untuk

Transisi

Semut dipijak tidak mati; gajah diar ung bergelimpangan - Pepatah-

HIBURAN

41

Pertama kali buat tugasan kuliah nyesuaikan diri. “Kalau orang lain boleh buat dan berjaya, apatah lagi saya sebagai penyanyi juga boleh lakukannya dan berjaya pada satu hari nanti,” katanya lagi. Tambah Noh, status sebagai mahasiswa mendidik dirinya menjadi manusia lebih baik dan membuatkan kehidupannya sebagai seorang artis lebih teratur berbanding sebelum ini. “Dalam sejarah, inilah kali pertama saya buat tugasan yang diberikan pensyarah dan takut untuk menghadapinya. “Namun, secara tidak langsung, saya dapat mempelajari cara membuat assignment dengan betul selain dapat menambahkan ilmu pengetahuan,” katanya, sambil menunjukkan tugasannya. Bagi Noh, kedatangan Ramadan pastinya disambut dengan

rakaman Akustika Raya 2010 bersama rakan artis lain dan dijangka menghadiri majlis berbuka puasa di Singapura pada 5 dan 6 September ini. Di segi persiapan Raya, Noh menyatakan dia memilih hitam sebagai warna kesukaan yang diminatinya sejak kecil. “Saya akan pakai baju Melayu hitam sebab warna ini nampak seksi. “Raya kali ini juga saya akan balik beraya di kampung di Miri, Sarawak untuk bersama keluarga tercinta. “Kebiasaanya, saya akan habiskan masa beraya dengan menziarahi saudara mara dan kawan-kawan di kampung. “Tambahan lagi, saya lebih sukakan suasana kampung berbanding bandar kerana rasa selesa dan aman,” katanya lagi.

Noh dan pensyarahnya, Prof Madya Dr Nuraini Yusoff. penuh kegembiraan. Tambahan lagi sejak dia bergelar pelajar UUM. “Ramadan kali ini cukup meriah kerana saya dapat berbuka bersama rakan-rakan sekuliah selepas habis kuliah. “Walaupun kelas hanya seminggu dua kali, tetapi ia sudah cukup menggembirakan saya. “Untuk sahur, saya akan bangun seawal jam 4 pagi. “Selepas itu, saya akan berjaga sehingga matahari naik sebelum mulakan aktiviti sama ada pergi kelas ataupun menguruskan album baru,” katanya. Ketika ditanya mengenai masa lapangnya, Noh menyatakan dia biasanya akan bersama rakanrakan lain menonton wayang. Dia juga baru menghabiskan

f il

Pro

pastikan kami betul-betul faham apa yang diajar. “Walaupun penat kerana terpaksa bahagikan masa antara pelajaran dan kerjaya, tetapi semua itu bukan penghalang untuk saya menjadi graduan cemerlang UUM,” katanya, serius. Anak ketiga daripada empat adik beradik ini berkata, pelajarpelajar sekuliah semuanya sempoi dan buatkan dia seronok ke kelas. Menurutnya, dia bukan saja boleh menuntut ilmu di sini, tetapi juga dapat berinteraksi dengan lebih dekat dengan artis, penggiat seni dan pengamal media lain. “Dulu, saya pelajar sekolah yang tidak cemerlang. “Kini, saya tekad untuk mencuba yang terbaik dan me-

MOHAMAD NOH SALLEH (NOH HUJAN) Tarikh Lahir 15 Mac 1985 Tempat Lahir Kuching, Sarawak Umur 25 Hobi Menonton wayang

Aksi terbaru Noh Hujan di Maktab Kerjasama Malaysia, baru-baru ini.


Yang dimakan rasa, yang dilihat r upa, yang didengar bunyi - Bidalan-

Transisi 27 OGOS - 09 SEPT 2010

Gary impi wakili Liverpool Oleh Muhammad Amsyari Ismail

J

IKA nama Steven Gerrard meniti bibir peminat pasukan Liverpool dan England kerana kehebatannya di padang, dunia bola sepak negara juga bakal menyaksikan kelahiran seorang pemain berbakat yang memiliki karakter sama, iaitu Gary Steven Robbat. Gary, 18, yang berkongsi nama seperti bintang The Reds itu mungkin bukan nama besar, tetapi dia dianggap prospek muda yang akan mewarnai persada bola sepak tempatan pada tahun mendatang. Bagaimanapun, dia yang mewakili Harimau Muda tidak pernah menjadikan Gerrard sebagai pemain kegemarannya. Sebaliknya, anak kelahiran Kulim, Kedah ini gemar melihat aksi pemain Tottenham Hotspur, Wilson Palacios. “Palacios idola saya. Jika kelapangan, saya cuba tidak lepaskan peluang untuk lihat pemain kegemaran saya itu. “Saya minat gaya permainannya yang la sak dan mampu bertahan dengan baik. Saya cuba menerapkan corak permainan tersebut dalam gaya saya kerana rasa ia sesuai,” katanya. Pada masa sama, Gary turut mengkagumi bekas pemain negara, K Nanthakumar yang kini beraksi untuk pasukan Perak dalam saingan Liga Super. Malah, dia tidak menolak pe-

luang untuk beraksi bersama pemain itu jika diberikan kesempatan. Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee berkata, Gary semakin menunjukkan peningkatan di segi permainan dari semasa ke semasa. “Dia menunjukkan kematangan dan usianya baru saja 18 tahun. Dia masih ada banyak masa untuk membuktikan keupayaannya. “Dia lasak dan kuat. Anda boleh lihat fizikalnya. Dia memiliki kelebihan, terutama dalam perebutan bola tinggi. Setiap pasukan pasti inginkan pemain yang tidak berfikir dua kali untuk melakukan asakan dan Gary ada kelebihan itu. Tiada istilah gentar atau takut dalam kamus dirinya,” kata Kim Swee yang pernah melatih Gary ketika bersama skuad Harimau Muda menjuarai Liga Perdana pada 2009/2010. Dalam masa terdekat ini, Gary turut memasang hasrat terpilih dalam skuad bawah 23 tahun kebangsaan untuk ke Sukan Asia di Guangzhou, China pada November ini dan Kejohanan Piala AFF, Disember depan. “Harapan saya memang tinggi untuk mewakili skuad kebangsaan dalam dua kejohanan itu. Saya akan lakukan yang terbaik bagi memastikan impian itu tercapai. “Saya sentiasa berusaha

Tepi Padang Muhammad Amsyari Ismail

B

EKAS pemain dan jurulatih, Datuk James Selvaraj dilantik sebagai Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkuat kuasa 1 September ini. Pelantikan James yang pernah mewakili negara dan berpengalaman sebagai jurulatih adalah sebahagian daripada penstrukturan semula proses kejurulatihan dan latihan (CNT) untuk mengembalikan mutu sukan tersebut ke tahap yang lebih tinggi. Saya berharap kehadiran James ke BAM dapat menterjemahkan sentuhan emas seperti dilakukannya ke atas Ong Beng Teong-Razif Sidek ketika meraih emas Sukan Asia 1984 di India dan emas Sukan Komanwel di Brisbane. James juga bertanggungjawab membimbing Razif-Jalani yang menjuarai Seluruh

memberi aksi terbaik setiap kali turun ke padang. Itu janji dan komitmen saya. Bagi saya, padang adalah medan peperangan. Tidak kira untuk siapa saya beraksi, saya akan berikan yang terbaik,” katanya penuh semangat. Gary dan rakannya, Mohd Muslim Ahmad sebelum ini berjaya menambat hati pihak kejurulatihan FC Vion Zlate Moravce, iaitu kelab terkuat dalam Liga 1 Slovakia ketika ‘berguru’ di negara Eropah itu selama tiga bulan di bawah skuad Harimau Muda bimbingan Azraai Khor Abdullah. Malah, mereka berdua turut dipanggil menjalani latihan bersama skuad Vion walaupun kemudian gagal ditawarkan kontrak sebagai pemain profesional. Bagaimanapun, kegagalan tersebut tidak mematahkan semangat anak muda ini, sebaliknya dia terus menanam cita-cita agar dapat beraksi sebagai pemain profesional di luar negara suatu hari nanti. “Saya tidak akan putus asa. Saya akan terus berusaha untuk tingkatkan teknik permainan, tahap fizikal dan mental supaya dapat beraksi di luar negara kelak. Mungkin ia kedengaran mustahil, tetapi saya berangan beraksi bersama Liverpool. Bagi saya, kelab itu mempunyai sejarah dan tradisi tersendiri,” katanya lagi.

EVEN GARY ST T ROBBA dah

m, Ke Asal Kuli ahir L h k Tari er 1992 b m te p e 3S arimau H n a Pasuk a Mud ngah Posisi Te PSP in Hobi Ma maran e g e k Pemain cios la a W ilson P maran e g e k n Pasuka o o Liverp l

Tamat badi atau kemarau berlarutan England, 1982. James tidak menunggu lama sebelum tarikh kuat kuasanya apabila melontarkan cabaran kepada Lee Chong Wei dan pasangan, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong agar menjuarai lebih banyak kejuaraan besar dan bukan sekadar bangga dengan ranking nombor satu dunia. Bagi James, orang hanya mengenali kita apabila memenangi kejohanan besar. Terdekat sudah pasti, Kejohanan Dunia di Paris yang sedang berlangsung dari 23 hingga 29 Ogos ini. Sejak diadakan pada 1977, kita sekadar bangga membawa pulang pingat perak dan gangsa. Soalan kenapa Malaysia masih belum mampu meraih kejuaraan dunia berbanding China, Indonesia, Denmark dan Korea Selatan menimbulkan keraguan.

Jika tanggapan, kita ketiadaan pemain bertaraf dunia, alasan itu tidak boleh dipakai kerana Chong Wei dan Kien Keat-Boon Heong menerajui tampuk dunia ketika ini. Malah, prestasi pemain kelahiran Pulau Pinang itu boleh dikatakan membanggakan tahun ini dengan lima gelaran antarabangsa. Cuma, Dunia, Asia dan Olimpik sahaja yang masih belum diraih. Adakah mungkin kota Paris menjadi saksi pemain kita menamatkan badi yang menghantui pemain negara selama ini? Sama-sama kita nantikan atau kemarau itu terus berlarutan. Jika masih gagal, James memikul tugas berat menyusun semula program kejurulatihan BAM agar kita dapat melahirkan juara Dunia dan

Olimpik nanti. Itu jugalah sasaran James ketika menerima tawaran BAM. Tidak lupa merampas kembali Piala Thomas. Kemenangan bergaya 6-0 Chelsea ke atas Wigan Athletic pada 21 Ogos lalu (minggu kedua saingan EPL), menyaksikan skuad Carlo Ancelotti terus kekal di teraju liga dengan enam mata. 12 gol dalam tanpa bolos dalam dua perlawanan liga jelas menunjukkan The Blues tekad mengekalkan kejuaraan di Stamford Bridge. Adakah ia petanda jelas siapa bakal bergelar juara EPL musim ini. Bintang kontroversi Chelsea dan Perancis, Nicolas Anelka atau nama lainnya, Abdul Bilal Salam yang digantung 18 perlawanan oleh Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF)

kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Raymond Domenech ketika Perancis menentang Mexico pada Piala Dunia 19 Jun lalu nampaknya tidak sedikit pun terjejas dengan hukuman persatuan negaranya itu. Sentuhan jaringannya masih berbisa dengan dua jaringan ketika menewaskan Wigan dan kombinasinya bersama Didier Drogba pasti menjadi taruhan Ancelotti sekali lagi musim ini. Manakala pendatang baru, Blackpool pula kembali menerima hakikat saingan sebenar EPL apabila dibelasah Arsenal 6-0 selepas mengejutkan Wigan 4-0 pada perlawanan pertama. Kepada kaki bola, nantikan banyak lagi aksi menarik dan kejutan dalam EPL sepanjang musim ini.


27 OGOS - 09 SEPT 2010

Transisi

Pahit dulu, manis kemudian - Pepatah -

SUKAN

Impian dua beradik Oleh Muhammad Amsyari Ismail

T

UGAS berat menanti gandingan adik beradik Kolo dan Yaya Toure dalam mengemudi Manchester City mengharungi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini. Selepas terlepas slot terakhir Liga Juara-Juara Eropah di tangan Tottenham Hotspur musim lalu, City sekali lagi berbelanja besar musim ini dengan memasang impian memburu tempat ke saingan kejuaraan berprestij rantau itu musim baru ini. Adik beradik Toure bersatu di Eastlands selepas Yaya memutuskan beralih haluan dari Barcelona ke kelab EPL, City dengan yuran perpindahan £24 juta (RM119 juta). Pengurus City, Roberto Mancini pasti menagih harapan tinggi ke atas permata Afrika ini untuk menyinar dan membantu membawa kelabnya mencabar kelompok

Big Four. Kolo dan Yaya menjadi gandingan adik beradik pertama beraksi di City selepas Shaun dan Bradley Wright-Philips. Kesanggupan City membayar £220,000 (RM1,091,623) sebulan menjadikan Yaya pemain yang menerima gaji paling tinggi di England, sekali gus menjadi bukti betapa pemilik kelab, Abu Dhabi United Group begitu serius dalam membentuk pasukannya. Kolo terlebih dahulu menyertai City, di mana pada 1 Januari 2009, Kolo pernah menuntut berpindah dari Arsenal selepas bertikam lidah d e ngan ra-

kan gan-dingan, William Gallas. Dia dilaporkan menyerahkan permintaan perpindahan kepada pengerusi The Gunners, Peter Hill-Wood, tetapi ditolak. Kolo kemudian menarik balik keputusan tersebut dan tekad memberi komitmen penuh bersama Arsenal hingga musim panas. Namun, pada 28 Julai 2009, Kolo akhirnya berhijrah ke City dengan yuran perpindahan £14 juta (RM69.4 juta). Selepas lulus ujian perubatan di Manchester, sehari selepas tarikh perpindahan itu, Kolo kemudian menandatangani kontrak empat tahun dengan lanjutan lima tahun bersama City. Kolo, yakin kehadiran Ya y a

akan membawa aksi ‘kelas dunia’ dalam usaha City memburu slot Eropah musim depan. Sementara itu, Yaya, 27, mula mencipta nama sebagai pemain tengah hebat ketika bersama Barcelona. Aksi mantapnya di posisi tengah sepanjang mewakili kelab itu menarik perhatian beberapa kelab EPL dan Eropah lain untuk membelinya. Dia memulakan karier bersama pasukan ASEC Mimosas pada 1996 sebelum menyertai Beveren pada 2001 ketika berusia 18 tahun dengan menghabiskan dua musim dengan kelab itu sebelum menyertai kelab Ukraine, Metalurg Donestsk pada 2003. Yaya kemudian beraksi bersama Olympiakos dan Monaco sebelum menjadi pemain Ivory Coast pertama beraksi ber-

sama Barca pada 2007 dengan yuran perpindahan £9 juta (RM44 juta). Pada 2009, dia menjuarai Liga Juara-Juara Eropah bersama Barca dan meraikan kejayaan berganda La Liga pada Mei lalu. Keputusan meninggalkan Nou Camp bukan keputusan mudah walaupun menyertai kelab bermisi besar seperti City. Namun koleksi kejuaraan dimenanginya seperti Liga Juara-Juara Eropah dan Piala Kelab Dunia (2009), La Liga (200809, 2009-10), Piala Super UEFA (2009) dan Copa del Rey (2008-09), cukup untuk mendorongnya bertukar angin ke kelab baru lain. Diberi jersi nombor 42, Yaya gembira kerana dapat beraksi bersama City dan bergandingan dengan abangnya, Kolo.

10 fakta menarik EPL

1 2 3 4 5 6

PROFIL

YAYA TOURE

Umur 27 Kelab Manchester City Asal Bouke, Ivory Coast Posisi Tengah Tinggi 1.91m

PROFIL

KOLO TOURE

Umur 29 Kelab Manchester City Asal Bouke, Ivory Coast Posisi Pertahanan Tinggi 1.83m

43

7 8 9 10

EPL dibentuk pada 20 Februari 1992 selepas kelabkelab yang bermain dalam Football League First Division memutuskan meninggalkan The Football League yang diasaskan pada 1888. Bapa Ryan Giggs adalah seorang pemain ragbi profesional dan pernah mewakili Wales. Syarikat minuman keras, Carling adalah penaja utama EPL sebelum liga Inggeris itu diambil alih oleh firma kewangan Britain, Barclays. Arsene Wenger, Sir Alex Fergusson, Jose Mourinho dan Kenny Daglish adalah pengurus EPL yang menyumbang kepada kejayaan liga itu. Namun, setakat ini tiada pengurus Inggeris yang memenangi liga tersebut. Piala EPL direka oleh syarikat Royal Jewellers Asprey of London dengan 25 kilogram berat, 76 sentimeter (sm) tinggi, 43sm lebar dan 25sm dalam. Kejohanan pertama EPL dimainkan pada 15 Ogos 1992 dan sebanyak sembilan perlawanan dimainkan pada hari pertama liga itu. Gol pertama dalam sejarah EPL dijaringkan oleh Brian Deane yang mewakili kelab Sheffield United. George Graham (Arsenal) adalah pengurus EPL yang didakwa di mahkamah kerana menerima rasuah pada musim 1994-1995. Sebanyak 38 perlawanan dimainkan semua pasukan sepanjang semusim penuh EPL dengan 20 pasukan mengambil bahagian. Teddy Sheringham adalah penjaring terbanyak EPL musim pertama (1993-93) dengan 22 gol.


Transisi 27 OGOS - 09 SEPT 2010

Sketsa

XPRESI

www.transisi.com.my

43

Impian dua beradik

17/19

13/15

KAMPUS

SUKAN

Qaliff Umar

anak muda zaman merdeka

anak muda sebelum merdekacacat anggota badan akibat menentang penjajah.

akibat merempet!

maso mudo dulu pakcik askar melayu... kena mercun buatan sendiri

kena meriam buatan sendiri

di tembak penjajah

terpijak jerangkap samar. lumba haram

www.transisi.com.my

QaliffUmar

ya!

BORANG LANGGANAN

TRANS

BUTIRAN PERIBADI

ar

:

No KP

:

Tarikh Lahir

:

Alamat

:

Bahagian Langganan Universiti Utara Malaysia - Transisi 41-3, Jalan Raja Muda Abdul Azizi, 50300 Kuala Lumpur

Amaun :

ISI

Nama

POS KEPADA

BUTIR BAYARAN

saya melangganingin akhb

Wang Pos

Cek

Bank Draf

(Dibayar atas nama ‘Bendahari Universiti Utara Malaysia’)

Tel: 010 5223832 Fax : 03-26949228 emel: khairi@transisi.com.my

Pembayaran melalui akaun Bank Islam (Acc No: 02093010000010) No :

Telefon bimbit

:

Faks

:

Emel

:

(Sila tulis nama di belakang Cek/Wang Pos/Bank Draf)

Tel (Pejabat):

PROFIL

BUTIR LANGGANAN Status langganan:

Baru

TRANSISI

Pembaharuan

Persendirian

:

26 keluaran - RM52.00

Korporat

UMUR

:

21-25

26-30

31-35

PENDIDIKAN

:

Diploma

Ijazah

Lepasan Ijazah

JAWATAN

:

Eksekutif

Pengurus

Pengarah

Pelajar

13 keluaran - RM26.00 BAGAIMANA ANDA MENGENALI TRANSISI? :

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA Universiti Utara Malaysia - Transisi 41-3, Jalan Raja Muda Abdul Azizi, 50300 Kuala Lumpur Tel : (010) 522 3832

Faks: (603) 26949 228

Emel : khairi@transisi.com.my

DIMANA ANDA DAPATKAN NASKAH ANDA ?:

36 DAN KEATAS Lain-Lain

Pengurus Besar

rat sya k at- nan r tida a Sy gga aran alikan y n b a a l b kem talan em i a • P kan d emb a tuk p n. a n n u gga lan


Transisi 7