Issuu on Google+

Memacu Inovasi Pertanian Datuk Dr. Abd Shukor Abd Rahman Ketua Pengarah MARDI 2005–2013


Penerbit Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Ibu Pejabat MARDI, Serdang Peti Surat 12301 50774 Kuala Lumpur

ŠInstitut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia 2013 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang, mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada MARDI.

Dicetak oleh: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Malaysia

Konsep dan Reka Bentuk: Tengku Ahmad Fakrul Adli Engku Mat

Muhammad Alif Fahsa Zaini

Jurufoto: Mohd Faizuin Abd Hamid


Memacu Inovasi Pertanian Datuk Dr. Abd Shukor Abd Rahman Ketua Pengarah MARDI 2005–2013


Memacu Inovasi Pertanian

Kandungan

iv

• • • • • • • • • • • • • •

Sekapur Sirih Mengenali Datuk Dr. Abd Shukor Abd Rahman Zaman Pendidikan Menyemai Bakti Kewibawaan Kepimpinan (1994–November 2005) Memacu Kejayaan (2005–2013) Seiring Sejalan Memajukan Pertanian Aktiviti Sosial Pelbagai Wajah Bersama Media Dia Yang Kukenal Permata Hati Penghargaan Lampiran

ii 1 47 52 55 44 11 11 22 00 22 22 00 22


Memacu Inovasi Pertanian

v


Moahamad Joha Md. Palal Dr. Mohamad Roff Mohamad Noor

Aniadila Kamaruddin

Rosiah Hamzah

Abd. Rahman Mohd Yasin

Penasihat Azman Mohd Saad Ramlah Mohd Isa Sidang Pengarang Abd. Rahman Mohd Yasin Dr Mohamad Roff Mohamad Noor Moahmad Joha Md. Palal Rosiah Hamzah Aniadila Kamaruddin

vi


Sekapur Sirih

Sekapur Sirih Menjadi lumrah orang bekerja, akan sampai masa untuk

serta mengadakan temu-ramah dengan individu dan

bersara. Kali ini tibalah giliran Ketua Pengarah MARDI iaitu

pihak tertentu. Penulisan, pemilihan gambar dan kerja-

YBhg. Datuk Dr. Abd Shukor Abd Rahman. Beliau dilantik

kerja reka bentuk dibuat secara aktif sejak Januari 2013.

sebagai Ketua Pengarah MARDI ke-8 pada 13 November

Format buku ini menekankan penggunaan gambar

2005. Setelah 8 tahun membimbing MARDI menjadi institut

secara maksimum dan penulisan hanya pelengkap

penyelidikan yang disegani di rantau ini, tarikh 9 Julai 2013

kepada gambar serta sebagai rujukan kepada pembaca.

merupakan hari terakhir beliau sebagai warga MARDI. Antara kandungan buku adalah mengenai sejarah hidup Atas segala usaha yang dilaksanakan oleh Datuk Dr. Abd

Datuk Dr. Abd Shukor yang bermula dari zaman kanak-

Shukor untuk memastikan MARDI berterusan menjadi

kanak di sekolah sehinggalah ke universiti. Waktu mula

sebuah organisasi R&D yang memberi impak maksimum

berkhidmat di MARDI sehinggalah pencapaian signifikan

kepada sektor makanan, pertanian dan industri asas

beliau dalam penyelidikan turut dipaparkan, di samping

tani negara, sebuah buku khas diterbitkan sebagai

kejayaan MARDI semasa di bawah pimpinan beliau

penghargaan kepada beliau.

sebagai Ketua Pengarah.

Penyediaan buku ini telah dimulakan pada 2011 dan

Diharap buku ini akan menjadi kenangan bermakna

dilaksanakan secara sampingan dan sukarela oleh

kepada Datuk Dr. Abd Shukor. Buku ini juga diharap akan

sidang pengarang. Proses penerbitan melibatkan aktiviti

menjadi dokumentasi untuk rujukan warga MARDI pada

mengumpulkan maklumat dan gambar-gambar berkaitan

masa akan datang.

vii


“bersyukurlah apa yang kita ada dan ingat pada yang susah� - Datuk Dr. Abd Shukor Abd Rahman


Memacu Inovasi Pertanian

M 2

engenali Datuk Dr. Abd Shukor Abd Rahman


Datuk Dr. Abd Shukor Abd Rahman dilahirkan pada 10 Julai 1955 di Jorak, Muar Johor. Ibunya Hajah Rugayah Jaafar suri rumah manakala ayahnya Haji Abd Rahman Yusof guru agama di bawah skim kakitangan kerajaan negeri Johor.

Abd Shukor melanjutkan pelajarannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Pertanian Malaysia Serdang. Beliau menerima Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah daripada University of Florida, Amerika Syarikat.

Beliau dibesarkan dalam keluarga yang besar dan mempunyai sembilan orang adik-beradik, lima lelaki dan empat perempuan. Abd Shukor merupakan anak ketiga dan dalam kalangan keluarga dan jiran kampung dia dikenali dengan panggilan ‘Hamid’.

Sifat kepimpinannya terserlah apabila dilantik menjadi Pengarah Pusat Penyelidikan Hortikultur pada tahun 1997, iaitu ketika berumur 42 tahun. Laluan kerjaya terus bersinar apabila dilantik menjadi Ketua Pengarah MARDI pada 13 November 2005.

Zaman persekolahannya bermula di Muar. Bagaimanapun apabila keluarganya berpindah ke Segamat, beliau telah menamatkan persekolahannya hingga tingkatan lima di sana.

Abd Shukor suka mengembara dan berkebun. Masa terluang banyak dipenuhi dengan membaca. Beliau juga aktif dalam sukan dan sukan yang digemari ialah bola sepak, golf dan tenis. Bagi makanan pula, beliau menggemari keladi masak lemak dan asam pedas daging tetel.

3


Memacu Inovasi Pertanian

Z

aman Pendidikan

4


Zaman Pendidikan

Pendidikan Abd Shukor bermula ketika memasuki sekolah rendah di Ismail School Muar.

5


Zaman Pendidikan

Abd Shukor melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Seri Muar di tingkatan satu. Walau bagaimanpun, apabila ayahnya ditukarkan ke Segamat, beliau menyambung pelajarannya dalam tingkatan dua hingga tingkatan lima di Government English School Segamat. Semasa zaman persekolahan, beliau amat meminati aktiviti sukan terutama dalam acara olahraga pecut dan bola sepak.

6


Zaman Pendidikan

7


Zaman Pendidikan

Selepas tingkatan lima, Abd Shukor melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di Universiti Pertanian Malaysia di Serdang. Kecemerlangan dalam keputusan peperiksaan selepas setahun berada dalam program Diploma Pertanian telah membolehkan beliau dinaikkan ke program Ijazah Pertanian dan mendapat tawaran biasiswa dari MARDI. Beliau memperoleh Ijazah Sains Pertanian (Entomologi) pada tahun 1978.

8


Zaman Pendidikan

9


Zaman Pendidikan

10


Zaman Pendidikan

11


Zaman Pendidikan

Lawatan pelajar tahun akhir pengkhususan Perlindungan Tumbuhan ke Perak (1977)

12


Zaman Pendidikan

13


Zaman Pendidikan

14


Zaman Pendidikan

MARDI sentiasa memberi peluang kepada pegawai penyelidiknya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang yang dapat membantu menaikkan dan memajukan industri pertanian negara. Bagi menambah bilangan kepakaran dalam kalangan pegawai penyelidik, MARDI telah menghantar pegawainya melanjutkan pelajaran di dalam dan di luar negara. Abd Shukor telah dihantar ke University of Florida, Amerika Syarikat pada Disember 1981. Beliau kembali bekerja di MARDI Serdang pada 1983 setelah memperoleh Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Fisiologi Lepas Tuai Tanaman Hortikultur.

15


Zaman Pendidikan

Kejayaan dan keterampilan beliau sebagai pegawai penyelidik yang berdedikasi menarik perhatian dua penaja iaitu MARDI dan JPA untuk menganugerahi beliau biasiswa bagi melanjutkan pelajaran di peringkat Kedoktoran. Atas sikap timbang rasa dan ingin berkongsi, beliau telah menerima biasiswa JPA walaupun jumlah yang diterima kurang daripada biasiswa MARDI. Abd Shukor telah bertemu dengan pengurusan atasan dan meminta agar biasiswa MARDI untuk beliau itu diberi kepada pegawai lain yang amat memerlukan. Seiring dengan kata-kata yang sering beliau ucapkan “Life is all about sharing�. Pemergian Abd Shukor ke Amerika Syarikat pada 1989 ditemani oleh isteri dan dua orang anaknya. Sikap disiplin yang beliau amalkan semasa belajar dan berkat doa serta sokongan keluarga, beliau berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh 4 tahun. Beliau memperoleh Ijazah Kedoktoran Falsafah dalam bidang Fisiologi Lepas Tuai Tanaman Hortikultur dari University of Florida pada 1993.

16


Zaman Pendidikan

17


Inside 01sekapursirih zaman pendidikan