Issuu on Google+


Sabak Bernam Subur & Makmur

ISI KANDUNGAN 1.0

PENGENALAN 1.1 1.2

2.0

KAWASAN KAJIAN 2.1

3.0

KONSEP PEMBANGUNAN TERTUMPU BERSEPADU

MEMAJU DAN MEMBANGUNKAN TANAH 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9 4.10 4.11 4.12

RINGKASAN EKSEKUTIF

ISU DAN POTENSI KAWASAN KAJIAN

KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN 3.1

4.0

MATLAMAT PERANCANGAN VISI KAJIAN

PERUMAHAN KEMUDAHAN MASYARAKAT PERDAGANGAN PERINDUSTRIAN PERTANIAN, PERIKANAN DAN PERHUTANAN REKABENTUK BANDAR PENGANGKUTAN DAN PENGURUSAN LALU LINTAS PEMBANGUNAN DESA DAN PETEMPATAN REKREASI DAN LANDSKAP PELANCONGAN DAN SUMBERJAYA MEMPERELOK ALAM SEKITAR PEMBANGUNAN UTILITI


Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Sabak Bernam, 2002 - 2015

4.5 PERTANIAN, PERIKANAN DAN PERHUTANAN Daerah Sabak Bernam merupakan kawasan tumpuan aktiviti pertanian semasa dengan pelbagai jenis kegiatan pertanian dan perikanan. Dengan kesesuaian tanah sedia ada, Daerah Sabak Bernam berpotensi menjadi “Food Frontier District” bagi Negeri Selangor. Ini adalah selaras dengan Dasar Rancangan Struktur Negeri Selangor untuk menjadikan Daerah Sabak Bernam sebagai Lembah Agro bagi Negeri Selangor yang berperanan sebagai pusat pengeluar makanan utama pada peringkat Negeri Selangor dan Negara. Dengan mengaplikasikan teknologi moden dan terkini, Lembah Agro Sabak Bernam mampu menjana kegiatan pertanian yang berdaya saing dan produktif. Pengintegrasian kegiatan pertanian dengan aktiviti industri hiliran, penternakan dan pelancongan, kegiatan pertanian mampu menjadi pemangkin kegiatan ekonomi wilayah dan menjadikan wilayah utama negeri ini sebagai wilayah mandiri. Untuk merealisasikan Lembah Agro Sabak Bernam, cadangan sektor pertanian, perikanan dan perhutanan RT Daerah Sabak Bernam ini merangkumi beberapa aspek utama berikut:i. Pengezonan Gunatanah Pertanian Kawasan pertanian di Daerah Sabak Bernam telah dizonkan mengikut jenis tanaman tertentu berdasarkan kesesuaian lokasi, jenis tanah dan sumber semulajadi. Pengezonan gunatanah ini tidak melibatkan pengazetan gunatanah. Selain daripada itu, konsep ‘multiple cropping’ akan diwujudkan di kawasan kajian. Konsep ini dilaksanakan dengan memilih beberapa jenis tanaman yang sesuai untuk ditanam di kawasan yang sama. Antara cadangan pengezonan pertanian, perikanan dan perhutanan ialah tanaman padi, kelapa, kelapa sawit, buah-buahan, sayur- sayuran, kawasan penternakan dan kawasan hutan (rujuk Rajah 4.6). ii. Pembinaan Infrastruktur Pertanian Ditumpukan kepada pembaikan jalan-jalan utama ke Daerah Sabak Bernam dan penaiktarafan jalan-jalan kecil ke kawasan pertanian. Cadangan ini penting untuk memastikan sistem perhubungan yang lebih cekap dan efektif bagi memudahkan pembangunan dan pemasaran hasil pertanian.

Sistem pengairan di kawasan pertanian terutamanya di kawasan tanaman padi akan dipertingkatkan untuk memastikan bekalan air yang mencukupi. Cadangan pembinaan infrastruktur pertanian ini akan tertumpu di kawasan penanaman padi yang meliputi kawasan di BPK 1.3, BPK 2.4, BPK 7.4 dan BPK 9.3 iii. Projek Integrasi Pertanian Projek Integrasi Pertanian akan dilakukan di kawasan pertanian di seluruh Daerah Sabak Bernam. Projek ini akan mengintegrasikan aktiviti pertanian dengan aktiviti penternakan. Projek integrasi ini penting sebagai usaha untuk mengoptimumkan gunatanah pertanian dengan kegiatan ekonomi yang boleh meningkatkan pendapatan petani. iv. Penyediaan Pakej Pelancongan Cadangan penyediaan pakej pelancongan adalah bertujuan untuk mengintegrasikan aktiviti pelancongan dengan aktiviti perikanan, pertanian dan juga industri hiliran. Antara pakej pelancongan yang dicadangkan ialah pakej memancing di kelong dan persisiran pantai, acara pertandingan memancing tahunan, lawatan ke dusun-dusun pertanian, lawatan ke pusat Agroteknologi dan pusat pemprosesan industri hiliran. v. Industri Hiliran Berasaskan Pertanian dan Perikanan Untuk mempelbagaikan sumber pendapatan dan mengurangkan pergantungan nelayan dan petani kepada sektor primari iaitu perikanan dan pertanian, antara industri hiliran yang boleh diusahakan ialah perusahaan membuat surimi, bebola ikan, makanan ringan dan sebagainya. Antara cadangan komponen fizikal utama untuk memangkinkan pembangunan industri hiliran ialah:•

• •

12

Kawasan industri kecil sederhana yang lengkap dengan pelbagai prasarana untuk pengeluaran dan pemasaran akan dicadangkan di dalam Pusat Agro Teknologi yang dicadangkan untuk dibangunkan di Sungai Tegar Selatan (BPK 3.2) Pusat penyelidikan pembangunan industri hiliran dan kawasan industri kecil dan sederhana (IKS) yang lengkap Pusat Pemasaran Hasil Pengeluaran Pertanian Setempat (Pusat Jualan Hasil Tani) dicadangkan akan dibangunkan di Pasir Panjang (BPK 9.3)

vi. Penanaman Semula Hutan Paya Bakau Penanaman semula hutan paya bakau ini tertumpu di kawasan hutan paya laut yang terletak di sepanjang persisiran pantai Daerah Sabak Bernam yang melibatkan BPK 1,2 BPK 2.3, BPK 3.3, BPK 4.3, BP5.3 dan BPK 9.4. Ia bagi memastikan kawasan paya bakau dapat dipertahankan kerana kepentingannya sebagai habitat dan ekosistem flora dan fauna yang ada di situ. vii. Projek Pertanian, Perikanan dan Perhutanan Antara projek pertanian, perikanan dan perhutanan yang telah dikenalpasti ialah Penyusunan Semula Kawasan Sekitar Jeti Sungai Besar (BPK 1.2), Penaiktarafan Taman Ekopelancongan Sg. Burung (BPK 1.6), Projek Pusat Agroteknologi (BPK 3.2 - Sg. Lang), Hutan Lipur Sg. Bernam (BPK 5.3), Projek Desa Kelapa (BPK 3.2: Sg. Lang), Projek Agro Village (BPK 5.2: Sg. Air Tawar), Pusat Selera Makanan Laut Sg. Nibong (BPK 9.4: Pantai Sg. Nibong), Pusat Pemasaran Hasil Pengeluaran Setempat (BPK 9.3: Pasir Panjang) dan Taman Konservasi dan Penyelidikan Hutan Simpan Sg. Karang (BPK 8.3 dan BPK 10.1) (rujuk Rajah 4.7).


Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Sabak Bernam, 2002 - 2015

4.11 MEMPERELOK ALAM SEKITAR Cadangan bagi memperelokkan alam sekitar adalah seperti berikut : i.

Cadangan Pengurusan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (Hutan Paya Bakau) Pembangunan melibatkan kawasan seluas 50 hektar atau lebih perlu menyediakan satu laporan EIA sebelum kerja-kerja tanah dijalankan dan kawasan penampan selebar 30m perlu diadakan di antara kawasan pembangunan baru dengan kawasan hutan paya bakau dan tiada pembuangan sampah-sarap dan air kumbahan secara haram di kawasan hutan paya bakau. Kawasan yang terlibat adalah BP1, BP2, BP3, BP4, BP5, BP6, BP7 dan BP9.

ii. Pengurusan Kualiti Air dari sebarang pencemaran terutama di Bagan Sg. Besar dan Bagan Sg. Burong (BPK 1.1 dan BPK 1.6), Sg. Lima, Sg. Haji Dorani, Sg. Nipah dan Sg. Nibong (BPK 2.1 dan BPK 2.2),

Pengekalan dan pemuliharaan Hutan Paya Bakau

Memelihara Hutan Simpan Sungai Karang – hanya aktiviti yang tidak menjejaskan kemampanan ekosistem hutan dibenarkan

Kualiti air sungai yang tercemar kesan dari aktiviti pembangunan

Aktiviti pertanian yang perlu dikawal bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar

Pengekalan gunatanah sawah padi

Aktiviti Akua-Lancong dan peranginan yang perlu dikawal

Kawasan industri terancang (penempatan semula industri yang berselerak)

iii. Pengekalan Gunatanah Sawah Padi. Kawasan yang terlibat ialah sekinchan, BPK 1.3, BPK 2.4, BPK 7.4 dan 9.5. iv. Mengawal Pembangunan Pertanian agar tidak mencemarkan alam sekitar. Kawasan yang terlibat adalah BPK 1.3, BPK 1.6, BPK 2.2, BPK 2.4, BPK 3.2, BPK 4.2, BPK 5.2, BPK 6.1, BPK 6.2, BPK 6.3, BPK 6.4, BPK 7.2, BPK 7.3, BPK 7.4, BPK 8.1 Dan BPK 8.5. v. Memeliharaan Hutan Simpan Sungai Karang agar kemampanannya terus kekal di sebahagian kawasan BP2, BP8 dan BP10 vi. Kawalan Pembangunan Akua-Lancong & Peranginan bagi mengelakkan pencemaran dan menjaga ekosistem kawasan di BPK 1.2, BPK 4.3, BPK 5.3, BPK 8.3 dan BPK 9.3. vii. Pengurusan Kawasan Persisiran Sungai Bernam - Bertumpu di kawasan BP5, BP6, BP7 dan BP8. viii. Menggalakkan Industri Yang Berselerak Untuk Berpindah Ke kawasan Industri Terancang di BPK1.5 dan BPK 9.1. ix. Kawalan Pembangunan Perumahan dan Perdagangan Di Peringkat Pembangunan dan Operasi

22

Aktiviti pembangunan kawasan persisiran Sungai Bernam yang perlu dikawal dari mencemarkan sungai


Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Tempatan Daerah Sabak Bernam, 2002 - 2015

4.12 PEMBANGUNAN UTILITI Cadangan-cadangan kemudahan utiliti adalah seperti berikut : 4.12.1 Cadangan Bekalan Elektrik Kawasan kajian memerlukan empat buah pencawang pembahagian utama (PPU) untuk memantapkan pengagihan bekalan dan 24 pencawang elektrik (PE) jenis satu ruang atau dua ruang di setiap Blok Perancangan untuk mengemaskan lagi sistem pembahagian elektrik dan mengatasi masalah kejatuhan voltan 4.12.2 Sistem Telekomunikasi Peningkatan keupayaan ibusawat-ibusawat sedia ada. 4.12.3 Bekalan Air Penggantian paip-paip lama bagi meningkatkan keupayaan tekanan air. Di samping itu pihak PUAS perlu menguatkuasakan syarat-syarat pembinaan tangki air bagi setiap pembangunan baru.

Pencawang TNB perlu ditambah di kawasan kajian

Tangki air perlu disediakan di petempatan yang baru

Sistem perparitan sedia ada yang perlu dinaiktaraf

Tapak pelupusan sedia ada perlu dinaiktaraf

4.12.4 Sistem Pembentungan Tangki-tangki septik sedia ada akan diselenggara dan diambil alih oleh pihak IWK. 4.12.5 Saliran Dan Perparitan Pihak JPS perlu menaiktaraf sistem perparitan dan saliran dengan mencadangkan sistem perparitan tertutup. Bagi pencegahan banjir pula, sungai berhampiran kawasan banjir akan diperluaskan dan dijadikan ‘pond’ yang juga bertindak sebagai sumber bagi pengairan sawah padi. Penyelenggaraan yang kerap akan dilakukan dan benteng-benteng pantai dan PKPS akan dinaiktaraf bagi mengelakkan air pasang masuk ke kawasan penempatan dan pertanian. 4.12.6 Pelupusan Sisa Pepejal Pihak Alam Flora perlu menaiktaraf tapak pelupusan sedia ada terutama di Sungai Besar kepada “Sanitary Landfill” kelas IV yang tidak mengganggu kawasan penempatan yang berdekatan. Menyediakan tong-tong sisa pepejal terutama di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan dan Penyediaan pusat kitar semula kawasan-kawasan yang strategik.

Cadangan tapak pelupusan ‘Sanitary Landfill’

23



Ringkasan Eksekutif