Page 1

RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

PRAKATA PRAKATA

D

raf Rancangan Tempatan Ipoh (DRTI) 2020 yang disediakan di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) merupakan satu dokumen perancangan dan pembangunan guna tanah secara terperinci bagi seluruh Kawasan Pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh sehingga tahun 2020. Rancangan Tempatan ini juga mengandungi cadangan untuk memaju dan mengunakan tanah, melindungi dan memperelok alam sekitar dan landskap, memelihara topografi semulajadi, memelihara dan menanam pokok, mengadakan kawasan lapang, memelihara dan mengindahkan ciri dan rupa bangunan, memperbaiki sistem komunikasi dan pengurusan lalu lintas.

Draf RT Ipoh 2020 mengandungi • Peta Cadangan Guna Tanah yang mengandungi cadangan pembangunan guna tanah dan fizikal secara terperinci mengikut lot. • Penyataan Bertulis yang mentafsirkan dasar dan cadangan umum Rancangan Struktur Negeri Perak dan menterjemahkan semua cadangan pembangunan guna tanah fizikal secara bertulis untuk menjelaskan cadangan-cadangan yang terdapat di dalam Peta Cadangan Guna Tanah. • Jadual Kelas Kegunaan Tanah menerangkan jenis dan aktiviti kegunaan tanah yang diberikan di setiap zon guna tanah di dalam Draf RT Ipoh 2020 ini mengikut blok perancangan. • Piawaan Perancangan dan Garis Panduan Khusus mengandungi perincian perancangan seperti piawaian, reka bentuk umum dan keperluan spesifikasi untuk kebenaran merancang. • Pengurusan dan Pelaksanaan yang mengandungi senarai cadangan projek, kos dan fasa pembangunan yang menjadi asas kepada agensiagensi kerajaan dalam membuat permohonan peruntukan pembangunan.

Rancangan Tempatan ini akan menjadi panduan utama kepada semua pihak dalam merangka pembangunan Bandaraya Ipoh sehingga 2020 sebagai ‘IPOH BANDARAYA MAJU DAN SEJAHTERA’.


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

ISI KANDUNGAN PENGENALAN

1

Keperluan Penyediaan Rancangan Tempatan Fungsi Rancangan Tempatan

1 1

PROFIL KAWASAN RT

2

Keluasan Lokasi Penduduk Hierarki Petempatan Guna Tanah Semasa

2 2 2 2 3

ARAH TUJU PEMBANGUNAN

4

Matlamat Pembangunan Wawasan dan Matlamat Pembangunan Peringkat Nasional dan Negeri Perak

4 4

KONSEP PEMBANGUNAN

5

BLOK PERANCANGAN

6

TERAS 1: PERBANDARAN DAN SUMBER JAYA MAMPAN

7

TERAS 2: PEMBANGUNAN EKONOMI BERSEPADU

18

TERAS 3: PERHUBUNGAN DAN KEMUDAHSAMPAIAN YANG EFISIEN

28

TERAS 4: KOMUNITI SEJAHTERA

30

CADANGAN GUNA TANAH 2020

39

Peta Cadangan BP 1: Pusat Bandar Peta Cadangan BP 2: Station 18-Pengkalan-Bandar Seri Botani Peta Cadangan BP 3: Simpang Pulai-Gunung Rapat-Tambun-Bandar Sunway Peta Cadangan BP 4: Medan Ipoh-Bercham-Tasek-Tanjung Rambutan Peta Cadangan BP 5: Meru Raya- Chemor-Kanthan Peta Cadangan BP 6: Meru-Jelapang-Silibin-Menglembu Peta Cadangan BP 7: Hutan Simpan Kekal Kledang Saiong Peta Cadangan BP 8: Hutan Simpan Kekal Bukit Kinta

40 41 42 43 44 45 46 46

PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN

47

48

PENUTUP

i Ringkasan Eksekutif


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

PENGENALAN Keperluan Penyediaan Rancangan Tempatan Penyediaan Rancangan Tempatan adalah berdasarkan kepada keperluan di dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan pindaannya iaitu Akta A933 (1995) dan Akta A1129 (2001). Rancangan Tempatan Ipoh, 2020 yang meliputi kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh adalah merupakan kesinambungan kepada Rancangan Struktur Ipoh (Pengubahan) 1998-2020 yang telah digunapakai oleh Kerajaan Negeri Perak amnya dan khususnya bagi Pihak Berkuasa Perancang Tempatan Majlis Bandaraya Ipoh.

LAPORAN DRAF RANCANGAN TEMPATAN

Laporan Draf Rancangan Tempatan mengandungi tiga jilid iaitu : i. Jilid I : Strategi dan Cadangan Pembangunan ii. Jilid II : Kawalan Perancangan iii. Jilid III : Pengurusan dan Pelaksanaan Rancangan yang disediakan ini adalah meliputi perancangan sehingga tahun 2020 dan cadangan setiap sektor adalah berdasarkan kepada kajian lapangan serta penganalisaan ke atas data-data primer dan sekunder yang diperolehi sama ada di tapak ataupun daripada pihak-pihak yang berkaitan. Selain daripada itu, laporan ini turut mengambilkira dasar-dasar yang telah digariskan diperingkat nasional, negeri dan tempatan.

Jilid I

Fungsi Rancangan Tempatan • Memperincikan aspirasi Rancangan Fizikal Negara (RFN) dan menterjemahkan dasar Rancangan Struktur Negeri Perak di dalam Rancangan Tempatan Ipoh 2020.

Jilid II

• Menyediakan satu dokumen yang boleh dirujuk secara bersama oleh Pihak Berkuasa Tempatan, Pihak Berkuasa Perancang Tempatan, jabatan serta agensi kerajaan yang berkaitan bagi tujuan penyelarasan pembangunan secara teratur. • Membolehkan pihak Majlis Bandaraya Ipoh membuat penilaian sewajarnya terhadap sebarang permohonan kebenaran merancang. • Panduan kepada pemaju di dalam membangunkan hartanah secara teratur dan bersistematik.

Jilid III

• Membolehkan pemilik tanah mengetahui potensi tanah serta serta jenis pembangunan yang boleh dijalankan pada masa hadapan.

1


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

PROFIL KAWASAN RT 1. Keluasan

3. Penduduk Dianggarkan penduduk di kawasan Ipoh pada tahun 2007 adalah Kawasan Draf Rancangan Tempatan Ipoh 2020 meliputi keseluruhan kawasan di bawah Pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan keluasan 64,257.00 hektar.

Keluasan Kawasan Mengikut Mukim Mukim

Keluasan (Hektar)

Peratus (%)

Sebahagian Mukim Ulu Kinta

62,812.37

97.75

Sebahagian Mukim Sg. Raia

1,363.00

2.12

Sebahagian Mukim Sg. Terap

81.63

0.13

64,257.00

100.00

Jumlah

berjumlah 621,000 orang. Pada tahun 2020, penduduk Ipoh akan mencapai jumlah 800,300 orang. Jumlah penduduk ini merangkumi 29.9% daripada keseluruhan penduduk Negeri Perak pada tahun 2020.

4. Hierarki Petempatan Hierarki Pusat Petempatan Pusat Wilayah Negeri

Pusat Utama

2. Lokasi Kawasan DRT Ipoh terletak di dalam Daerah Kinta yang disempadani oleh Daerah Kuala Kangsar di bahagian utara dan barat, Daerah Gua Musang di bahagian timur manakala Majlis Daerah Batu Gajah dan Majlis Daerah Kampar di bahagian selatan.

Pusat Tempatan

PETUNJUK :Kawasan Kajian Lebuhraya Utara Selatan Jalan Persekutuan

Lokasi Kawasan DRT Ipoh, 2020 2

Kawasan

• Pusat Bandaraya Ipoh • Meru Raya • Simpang Pulai • Station 18 • Menglembu • Gunung Rapat / Medan Gopeng • Bercham • Tanjung Rambutan • Chemor • Medan Ipoh • Silibin • Tasek • Tambun • Lahat • Jelapang • Bandar Sunway • Bandar Baru Bercham • Klebang


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

GUNA TANAH SEMASA IPOH 2007

• Kawasan hijau Hutan Simpan Kekal Kledang Saiong dan Hutan Simpan Kekal Bukit Kinta menjadi guna tanah terbesar iaitu 30,879.14 hektar (48.06 %). • Tanah kosong (semulajadi dan buatan) meliputi kawasan seluas 10,346.16 hektar (16.10%) manakala guna tanah pertanian adalah seluas 6,866.74 hektar (10.69%). • Kawasan tepubina meliputi 9,235.18 hektar (14.38%).

kawasan

seluas

3


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

HALA TUJU PEMBANGUNAN “IPOH BANDARAYA YANG MAJU DAN SEJAHTERA”

Objektif Pembangunan

i. Merancang dan mengawal pembangunan Bandaraya Ipoh ke arah penggunaan tanah yang lebih optimum dan memelihara sumber-sumber alam semulajadi dan warisan. ii. Menjana dan memperkukuhkan asas ekonomi yang berpotensi dan berdaya saing meliputi sektor perniagaan, perindustrian, pelancongan dan pertanian bagi menarik lebih ramai pelabur serta mewujudkan peluang pekerjaan di kawasan kajian. iii. Merancang dan memperbaiki sistem pengurusan lalulintas, rangkaian laluan pejalan kaki, tempat letak kenderaan dan sistem pengangkutan awam yang lebih berkesan, menyeluruh dan bersepadu. iv. Mewujudkan sebuah komuniti yang sejahtera melalui penyediaan perumahan berkualiti yang mampu dimiliki serta mempunyai akses kepada kemudahan masyarakat, infrastruktur dan utiliti.

Teras Pembangunan

Konsep Pembangunan

Strategi Pembangunan

TERAS TERAS 11

PERBANDARAN DAN PERBANDARAN DAN SUMBERJAYA MAMPAN SUMBER JAYA MAMPAN

TERAS TERAS 21 PEMBANGUNAN EKONOMI PERBANDARAN DAN SUMBERJAYA MAMPAN YANG BERSEPADU

TERAS TERAS 31

PERHUBUNGAN DAN PERBANDARAN DAN KEMUDAHSAMPAIAN YANG EFISIEN SUMBERJAYA MAMPAN

Strategi 88 Strategi Pembangunan Pembangunan

KONSEP MULTI

KONSEP NUCLEUS & MULTI NUCLEUS PERBANDARAN & PERBANDARAN BERTERASKAN BERTERASKAN KORIDOR KORIDOR PENGANGKUTAN PENGANGKUTAN

Strategi 88 Strategi Pembangunan Pembangunan

Strategi 82 Strategi Pembangunan Pembangunan

Strategi 89 Strategi Pembangunan Pembangunan

TERAS 1

TERAS 4

PERBANDARAN DAN KOMUNITI SEJAHTERA SUMBERJAYA MAMPAN

WAWASAN DAN MATLAMAT PEMBANGUNAN PERINGKAT NASIONAL DAN NEGERI PERAK

4

Matlamat Rancangan Fizikal Negara Pembentukan Satu Rangka Spatial Negara Yang Efisien, Saksama Dan Mampan Untuk Memandu Pembangunan Keseluruhan Negara Ke Arah Mencapai Tahap Negara Maju Menjelang Tahun 2020.

Wawasan K-State Membangunkan Negeri Perak Berteraskan ICT sebagai Asas dan Tonggak Utama Untuk Membina Semula Ekonomi Dan Seterusnya Meningkatkan Tahap Sosio Ekonomi Negeri Perak Ke Arah Mencapai Status K-State Sepenuhnya Menjelang 2020.

Matlamat Pembangunan Negeri Perak Menjadikan Negeri Perak K-State Yang Maju Dan Makmur Melalui Pembangunan ICT, Sumberjaya Asli, Modal Insan, Ekonomi, Infrastruktur, Kecemerlangan Urustadbir Dan Pengekalan Kesejahteraan Alam Sekitar.

Matlamat Dasar Perbandaran Negara Mewujudkan Bandar Berwawasan Dengan Komuniti Dan Kehidupan Yang Sejahtera Menerusi Pembangunan Perbandaran Yang Mampan.

Wawasan Pembangunan Negeri Perak Meletakkan Negeri Perak Di Persada Dunia Berteraskan Pembangunan ICT dan Pendidikan Tinggi Yang Unggul.

Matlamat Perak Amanjaya Setiap lapisan Rakyat Negeri Perak dapat menikmati keamanan dan kesejahteraan hidup melalui peluang pendidikan dan kerjaya yang berkualiti, penjanaan pendapatan yang berkualiti dan tahap kehidupan berkualiti.


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

KONSEP PEMBANGUNAN

BP

KOMPONEN PEMBANGUNAN

BP 1

• Pusat Perdagangan KPP Bandaraya Ipoh • Koridor Chemor-Ipoh-Menglembu

Perbandaran Berteraskan ’Multi Nucleus’ serta Koridor Pengangkutan

BP 2

Ciri-ciri:• Pembangunan secara seimbang di samping mengeksploitasi potensi Lebuhraya dan laluan keratapi berkembar KTMB sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi dan kawasan perbandaran masa hadapan.

• Pusat Industri dan Penerbangan • Koridor Chemor-Ipoh-Menglembu

BP 3

• Pusat Pelancongan Bertema • Koridor Meru Raya - Simpang Pulai

BP 4

• Pusat Industri Utara • Koridor Chemor-Ipoh-Menglembu

BP 5

• Pusat Industri Hi-Tech • Koridor Chemor-Ipoh-Menglembu

BP 6

• Pusat Industri Barat • Koridor Meru Raya - Lahat dan Koridor Chemor - Ipoh - Menglembu

BP 7

• Kawasan Pemeliharaan Hutan Simpan Kekal Kledang Saiong

BP 8

• Kawasan Pemeliharaan Hutan Simpan Kekal Bukit Kinta

• Mewujudkan pusat ‘multi nucleas’ mengikut fungsi dan mengintegrasikan Pembangunan Berorientasikan Transit (Transit Oriented Development) berintensiti tinggi di lokasi-lokasi strategik sepanjang koridor pembangunan.

Sumber : Kajian DRTI, 2020 KAWASAN PEMBANGUNAN Pusat Perdagangan & Perkhidmatan KPP Pusat Bandaraya Ipoh Pusat Industri & Penerbangan Pusat Pelancongan Bertema Pusat Industri Utara Pusat Industri Hi-Tech

HIERARKI PUSAT PERTUMBUHAN

Pusat Industri Barat

Pusat Bandaraya Ipoh

Kawasan Pemeliharaan

Pusat Utama

Koridor Meru Raya - Simpang Pulai Koridor Meru Raya - Lahat

Pusat Petempatan

SISTEM PERHUBUNGAN

Koridor Chemor – Ipoh - Menglembu Lebuhraya

Jalan Negeri

Jalan Persekutuan

Landasan Keretapi

5


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

BLOK PERANCANGAN • Terdiri daripada 8 Blok Perancangan (BP). • BP1 merupakan kawasan Perancangan Pusat (KPP). • BP7 dan BP8 terdiri daripada Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) iaitu Hutan Simpan Kekal Kledang Saiong dan Hutan Simpan Kekal Bukit Kinta. • Setiap BP mempunyai pusat petempatan yang akan bertindak sebagai nadi dan pemacu pembangunan.

Keluasan (Hektar)

Penduduk (2007)

Blok Perancangan 1

1,557.58

28,571

Blok Perancangan 2

4,628.44

150,306

Blok Perancangan (BP)

Blok Perancangan 3

6,697.83

47,203

Blok Perancangan 4

8,877.45

154,033

9,304.98

72,048

Blok Perancangan 6

6,878.20

168,939

Blok Perancangan 7

7,228.96

-

Blok Perancangan 5

Blok Perancangan 8

19,083.56

Jumlah

64,257.00

621,100

Sumber : DRT Ipoh 2020

6


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

TERAS 1: PERBANDARAN DAN SUMBER JAYA MAMPAN STRATEGI Mengukuhkan Pembangunan Perniagaan Dan Perkhidmatan Di Kawasan Pusat Bandar Mengikut Hierarki Dan Fungsi Yang Ditetapkan

2. Cadangan Hierarki dan Kawasan Pusat Perniagaan Dan Perkhidmatan • Corak pembangunan dicadangkan tertumpu di koridor perbandaran sedia ada yang melibatkan pengukuhan aktiviti perniagaan dan perkhidmatan di rangkaian pusat petempatan. • Program pembangunan semula kawasan perniagaan usang khususnya di Pusat Bandar Ipoh, Chemor, Tambun, Lahat dan Tanjung Rambutan. • Penyediaan ruang lantai perniagaan baru tertumpu di Tanjung Rambutan, Bercham dan Tasek memandangkan penawaran daripada ruang lantai perniagaan komited dan ruang lantai kosong/tidak diduduki adalah mencukupi bagi menampung pertambahan penduduk sehingga tahun 2020.

8


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

TERAS 1: PERBANDARAN DAN SUMBER JAYA MAMPAN 3. Cadangan Kawasan Berpotensi Untuk Pembangunan Semula

• Perdagangan Bercampur • Industri

9


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

4. Pengezonan Semula Kediaman Kepada Perniagaan Dalam Kawasan Pusat Bandar • Nilai hartanah yang tinggi di kawasan pusat bandar mendorong kepada cadangan pengezonan semula kawasan kediaman bertujuan menjadikannya benda hidup.

10


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

11


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

1. Pusat Bandaraya Ipoh

939.10

2. Station 18 3. Meru Raya 4. Simpang Pulai

65.42 378.37 66.49 77.62 16.75 43.98 52.40 58.48 18.82 13.83 10.67 35.54 10.09 154.79 127.35 18.08 11.04

5. Bandar Sunway 6. Tambun 7. Chemor 8. Sibilin 9. Menglembu 10. Jelapang 11. Lahat 12. Tasek 13. Gunung Rapat 14. Tanjung Rambutan 15. Medan Ipoh 16. Klebang 17. Bercham 18. Bandar Baru Bercham

12


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

• Zon penampan sekurang-kurangnya 250m perlu disediakan di antara perindustrian dan kawasan perumahan baru serta menjalankan pemantauan di kawasan perindustrian sedia ada.

PETUNJUK Perumahan Sedia Ada

Industri Masa Hadapan

Industri Sedia Ada

Perumahan sedia ada dan komited dalam lingkungan 250m dari kawasan industri

Perumahan Masa Hadapan

13


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

Dicadangkan kawasan

14


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

PETUNJUK Dewan Bandaran dan Pejabat Pos Lama

Medan Selera Dato’ Sagor Tugu Peringatan Birch Cadangan Street Scape Jambatan Gantung

15


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

Medan Selera Dato’ Tahwil Azar Cadangan Terrace Cafe Menara Jam

16


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

KOMPONEN PEMBANGUNAN 1

Pintu Masuk

6

River Front

2

Masjid Panglima Kinta

7

King George V Silver Jubilee Rotary Home

3

Kediaman Tahun 1903

8

Taman Budaya

4

Sekolah Perempuan Melayu

9

Perkampungan Tradisional

Jambatan Sultan Idris Shah

1

Kampung Jawa

5

Muzium Seni dan Budaya

Jeti

Jambatan Sultan Iskandar

2

Kampung Kuchai

3

Taman Awam

10

KOMPONEN PEMBANGUNAN

Jambatan Leong Boon Swee Jambatan

17


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

TERAS 2: PEMBANGUNAN EKONOMI BERSEPADU STRATEGI Mengukuhkan Pembangunan Perniagaan Dan Perkhidmatan Di Kawasan Pusat Bandar Mengikut Hierarki Dan Fungsi Yang Ditetapkan

1. Cadangan Hierarki Pusat Perniagaan Dan Perkhidmatan • Corak pembangunan dicadangkan tertumpu di koridor perbandaran sedia ada yang melibatkan pengukuhan aktiviti perniagaan dan perkhidmatan di rangkaian pusat petempatan. • Program pembangunan semula kawasan perniagaan usang khususnya di Pusat Bandaraya Ipoh, Chemor, Tambun, Lahat dan Tanjung Rambutan. • Penyediaan ruang lantai perniagaan baru tertumpu di Tanjung Rambutan, Bercham dan Tasek memandangkan penawaran daripada ruang lantai perniagaan komited dan ruang lantai kosong/tidak diduduki adalah mencukupi bagi menampung pertambahan penduduk sehingga tahun 2020.

18


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

TERAS 2: PEMBANGUNAN EKONOMI BERSEPADU 2. Pembangunan Perniagaan Terhad Di Kawasan Perancangan Pusat (KPP) • Kawasan perniagaan terhad digalakkan dengan pembangunan berbentuk kompleks dan juga bangunan-bangunan freestanding. Secara khusus kawasan-kawasan yang dizonkan sebagai kawasan perniagaan terhad ialah lot-lot perniagaan/ kediaman yang terletak di rangkaian jalan-jalan utama berikut : √ Jalan Hospital √ Jalan Dato’ Seri Ahmad Said √ Jalan Sultan Abdul Jalil √ Jalan Raja DiHilir √ Jalan Raja Dr Nazrin Shah √ Jalan Raja Permaisuri Bainun • Kawasan-kawasan yang dizonkan sebagai kawasan perniagaan terhad dengan luas minimum 1 ekar (0.4 hek.) dicadangkan bagi menjaga alam persekitaran kawasan sekitarnya yang terdiri daripada kawasan kediaman terbuka di kawasan Jalan Hospital, Jalan Raja DiHilir dan Jalan Raja Dr Nazrin Shah.

19


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

TERAS 2: PEMBANGUNAN EKONOMI BERSEPADU STRATEGI Menggalakkan Kemasukan Pelaburan Di Dalam Sektor Perindustrian Bagi Mengukuh Dan Menjana Pertumbuhan Ekonomi Setempat Keluasan Kawasan Perindustrian BP

1. Pembangunan Kluster Perindustrian Yang Berdaya Saing

Sedia Ada

Keluasan (Hektar) Komited

Jumlah Cadangan

BP 2

128.88

120.86

52.22

301.96

BP 4

427.21

62.05

482.95

972.21

BP 5

347.63

827.17

166.91

1,341.71

BP 6

437.74

90.99

78.48

607.21

Jum.

1,341.46

1,101.07

780.56

3,223.09

• Seluas 780.56 hektar telah dizonkan sebagai kawasan perindustrian baru. • Kawasan-kawasan industri mengikut kategori dan kluster akan dapat memudahkan pelabur untuk mengenalpasti potensi dan pilihan kawasan perindustrian mengikut pengkhususan aktiviti dan menjadikan kawasan perindustrian lebih berdaya maju.

Kluster Industri Elektronik di kawasan Perdagangan Bebas Kinta dan Kawasan Perindustrian Klebang Kluster Industri Hi-Tech dicadangkan di kawasan pembangunan komited Perak Hi-Tech Kluster Industri Automatif di kawasan Perindustrian IGB dan kawasan pembesaran yang dicadangkan merangkumi aktiviti penjualan kenderaan dan aktiviti servis dan bengkel kenderaan

KLUSTER PERINDUSTRIAN

Kluster Industri Seramik dicadangkan di kawasan Perindustrian Seramik Kluster Industri Makanan dicadangkan di kawasan Perindustrian Pengkalan sedia ada Kluster Industri Kejuruteraan dan Kimpalan dicadangkan di kawasan perindustrian sedia ada di Falim dan Menglembu Kluster Industri Perkayuan dan Perabot dicadangkan di kawasan Perindustrian Kanthan

20


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

TERAS 2: PEMBANGUNAN EKONOMI BERSEPADU STRATEGI Membangunkan Destinasi Pelancongan Dan Produk Pelancongan Yang Berkualiti, Berdaya Maju Dan Berdaya Saing Bagi Mempelbagaikan Sumber Ekonomi

Ekopelancongan

1. Cadangan Pembangunan Ekopelancongan Di Kawasan Hutan Simpan Kekal Kledang Saiong Dan Hutan Simpan Kekal Bukit Kinta serta Bukit Batu Kapur dengan komponen sokongan.

Homestay Kg. Chadak 2. Cadangan Pembangunan Pelancongan Homestay Kampung Ulu Chepor, Perkampungan Orang Asli Kg. Chadak di Hutan Simpan Kekal Bukit Kinta dan Gugusan Manjoi

Agropelancongan 4. Cadangan Pembangunan Produk Agropelancongan Di Kawasan Taman Agro Limau Tambun seluas 311.84 hektar di sekitar Jalan Ampang Baru 6, Tambun.

Replika Limau Tambun

Pusat Jualan

Ekopelancongan

Replika Limau Tambun

Rock Climbing Air Terjun Ulu Chepor

3. Pembangunan Pelancongan Berasaskan Sukan dan Rekreasi seperti Rock Climbing dicadangkan di kawasan kajian.

21


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

TERAS 2: PEMBANGUNAN EKONOMI BERSEPADU 5. Pembangunan Pelancongan Jejak Warisan Sejarah (Heritage Trail) • Jejak Warisan Timah (2.5km) • Jejak Warisan Kota Lama (4km) • Jejak Warisan Kota Timah (14km)

JEJAK WARISAN KOTA TIMAH (14KM)

1.

Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab (Stesen Keretapi Ipoh, Mahkamah Tinggi, Rumah Kelab Ipoh) 2. Jalan S.P. Seenivasagam (St. Michael Institution, Masjid India) 3. Jalan Sultan Idris Shah (Jambatan Birch, Persisiran Sungai Kinta, Memory Lane) 4. Jalan Dato’ Onn Jaafar 5. Jalan Raja Musa Aziz (Taman DR Seenivasagam & Bulatan Sultan Iskandar) 6. Jalan Hospital (Hospital Besar Ipoh) 7. Jalan Dato’ Seri Ahmad Said (Pusat Beli Belah) 8. Persiaran Tugu (Dataran MBI, Pembangunan Kawasan Greentown) 9. Jalan Sultan Abdul Jalil (Sekolah Convent) 10. Persiaran Greenhill

11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18.

19. 20. 21. 22.

22

Jalan Sultan Idris Shah Bulatan Sultan Ismail Jalan Raja DiHillir Jalan Brash (Padang Polo) Jalan Kelab Golf (Padang Lumba Kuda Ipoh) Jalan Raja DiHilir (Taman Jepun, Taman Budaya) Bulatan Sultan Ismail Jalan Sultan Iskandar (Gerbang Malam, Lam Looking Bazaar, Bangunan Persatuan Pelombong Cina, Taman Persisiran Kinta) Jalan Bandar Timah (Restoran Ipoh White Coffee) Jalan Sultan Yusuf (Little India) Jalan Dato’ Maharaja Lela (Bangunan Straits Trading, Tempat Letak Kereta Bertingkat Majlis) Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab

Komponen Pembangunan • Papan tanda pengenalan di stesen keretapi. • Papan tanda penerangan sejarah setiap bangunan yang berciri menarik. • Laluan siarkaki. • Perabot jalan. • Skulptur bercirikan industri bijih timah yang sesuai dijadikan sebagai subjek aktiviti fotografi. • Penyediaan kemudahan pengangkutan seperti bas / van siar kota. • Penyediaan lampu limpah / peralatan pertunjukan animasi di beberapa bangunan menarik terpilih.


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

TERAS 2: PEMBANGUNAN EKONOMI BERSEPADU 6. Cadangan Peningkatan Produk Pelancongan Berasaskan Makanan

• Makanan Cina yang terkenal seperti Bean Sprout Chicken dan Nasi Ayam Hainan berupaya menarik kunjungan orang ramai. • Makanan tradisional Melayu yang popular iaitu seperti Rendang Mak Nik, Mee Rebus Ramli dan Mee Kicap Mat Jasak. • Kampung Kacang Putih sebagai pengeluar utama produk makanan masyarakat India seperti muruku. • Kedai Kopi Pekan Lama (Old Town White Coffee) memberikan suatu tarikan tersendiri ke atas penggemar kopi khasnya dan juga pelancong amnya untuk ke Ipoh. • Nasi Kandar Ayam Merah di Jalan Yang Kalsom menjadi tarikan pelbagai golongan masyarakat.

Hospital Pakar Ipoh

Mee Rebus Ramli

Bean Sprout Chicken

‘White Coffee’

Nasi Kandar Ayam Merah

KLUSTER 2

KLUSTER 1

TAMAN WILAYAH GUNUNG RAPAT - TAMBUN

PUSAT BANDARAYA IPOH • Pelancongan Warisan • Pelancongan Kesihatan • Pelancongan Makanan

• Ekopelancongan • Pelancongan Sukan Lasak • Agropelancongan • Pelancongan Keagamaan

7. Cadangan mempromosikan Hospital Pantai Putri Ipoh dan Hospital Pakar Ipoh sebagai Pelancongan Kesihatan yang berupaya menarik pesakit dari luar negara. 8. Cadangan mempromosikan Sam Poh Tong, Kek Lok Tong dan Perak Tong sebagai produk pelancongan keagamaan. 9. Cadangan pembangunan produk pelancongan mengikut kluster.

KLUSTER PELANCONGAN IPOH

KLUSTER 3

TAMBUN - BANDARAYA IPOH • Agropelancongan • Pelancongan Kesihatan • Pelancongan Makanan

KLUSTER 4

HUTAN LIPUR – BANDARAYA IPOH

Sam Poh Tong

• Ekopelancongan • Pelancongan Sukan Lasak • Pelancongan Makanan

23


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

TERAS 2: PEMBANGUNAN EKONOMI BERSEPADU STRATEGI Membangunkan Destinasi Pelancongan Dan Produk Pelancongan Yang Berkualiti, Berdaya Maju Dan Berdaya Saing Bagi Mempelbagaikan Sumber Ekonomi 1. Pengekalan Kawasan Pertanian • Kawasan tanaman Limau Tambun yang terletak sekitar kawasan Ampang dan Tambun, dicadangkan untuk dikekalkan kerana kepentingan hasil tanaman tersebut kepada imej Bandaraya Ipoh serta sebagai kawasan tarikan pelancong asing. • Kawasan pertanian sedia ada berhampiran dengan kawasan Hutan Simpan Kekal Kledang Saiong dan Hutan Simpan Kekal Bukit Kinta juga dicadang dikekalkan sebagai kawasan penampan untuk memastikan pemeliharaan kawasan hutan simpan kekal. Kawasan Pengekalan Pertanian • Limau Tambun • Pertanian Homestead • Pertanian berhampiran hutan simpan kekal • Tanah Pertanian Kelas II di luar kawasan pembangunan

24


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

TERAS 2: PEMBANGUNAN EKONOMI BERSEPADU STRATEGI Pembangunan Bandaraya Ipoh Berteraskan ICT Ke Arah Mencapai K-State 1. Pelaksanaan Projek-Projek Pembangunan Di MSC Meru Raya

2. Pembangunan ICT Ke Arah Pencapaian K- State PROJEK / PROGRAM

PROJEK Projek Anchor : Spacetoon Media Hub (Spacetoon)

FUNGSI

Projek Stimulator : R&D&D Resource Centre

Pembangunan Infrastruktur Rangkaian Internet Jalur Lebar

• Selaras dengan dasar Polisi ICT Kebangsaan dan National Broadband Plan / National Broadband Rollout (NBR)

Projek Stimulator : Giovani Design (Design Business Centre)

Wireless Ipoh

• Menyediakan kemudahan broadband last mile yang meliputi kawasan bandar

Pusat Internet Komuniti (Community Access Points)

• Membangunkan masyarakat yang progresif dan membudayakan ICT • Pusat Internet Komuniti merangkumi pusat-pusat komuniti yang dilengkapi infrastruktur ICT serta capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi.

K-Society

• Meningkatkan kesedaran dan membudayakan ICT di kalangan masyarakat ke arah pembangunan modal insan.

Pembangunan Modal Insan

• Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan ICT tenaga kerja ke arah menjana modal insan bagi menyokong pertumbuhan K-Economy.

Pembangunan Modal Insan

• Menjana sebuah kerajaan yang cekap dan berkesan di samping mesra masyarakat dan perniagaan melalui strategi mengaplikasikan ICT di dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Projek Stimulator : Data Centre Services Projek Stimulator : Perak Creative Resource Centre (PCRC)

Projek Anchor : Arkib Negara Projek Stimulator : Apple Multimedia Centre Projek Pembangunan Modal Insan : Pusat Modal Insan / IPT Projek Pembangunan Modal Insan : Mara Info Tech Pembangunan CMC & R&D&D Melalui Industri Sedia Ada Program Eksessibiliti Modal Kewangan

Pusat Internet Komuniti

Rangkai Jalur Lebar

25


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

TERAS 2: PEMBANGUNAN EKONOMI BERSEPADU STRATEGI Pembangunan Kawasan Petempatan Desa Dan Menaiktaraf Kemudahan Infrastruktur Bagi Mewujudkan Persekitaran Hidup Yang Lebih Berkualiti 1. Program Pembangunan Kampung Bagi Meningkatkan Kualiti Hidup Penduduk i. Program Penjanaan Kampung Tradisi • Cadangan penambahan kepadatan kediaman di kampung-kampung tradisi yang menerima tekanan pembangunan daripada lot berjiran. • Kepadatan perumahan yang dicadangkan adalah kepadatan rendah iaitu 4-20 unit/ ekar.

ii. Program Pengezonan Semula Kampung Baru • Memenuhi permintaan terhadap ruang lantai perniagaan dalam kawasan kampung baru. • Mengawal masalah pembangunan perniagaan yang tidak terancang.

26


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

TERAS 2: PEMBANGUNAN EKONOMI BERSEPADU STRATEGI Meningkatkan Ekonomi Penduduk Desa Melalui Penglibatan Dalam Sektor Pelancongan Dan Industri Desa 1. Meningkatkan Penglibatan Penduduk Tempatan Di Dalam Pembangunan Pelancongan •. Kawasan Rekreasi Air Terjun Ulu Chepor yang diusahakan oleh JKKK Kampung Ulu Chepor dicadangkan untuk dipromosikan sebagai salah satu produk pelancongan berasaskan alam semulajadi. • Program homestay diperkenalkan di kawasan Kg. Ulu Chepor, Perkampungan Orang Asli Kg. Chadak dan Gugusan Manjoi kerana persekitaran kampung yang menarik dan lokasinya yang terletak di pinggir pusat bandar. 2. Peningkatan Produktiviti Kawasan Petempatan Desa Melalui Kluster Industri Desa • Pengelompokan industri desa di kawasan industri terancang dengan kemudahan yang teratur dan pusat pengumpulan produk bagi tujuan pemasaran oleh pihak FAMA dan Jabatan Pertanian. • Kluster industri desa dicadangkan di kawasan:√ Kg. Tersusun Sg. Rapat √ RPT Sri Ampang 2 √ Kg. Tasek √ Kg. Ulu Kuang √ Gugusan Manjoi √ Kg. Kacang Putih

27


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

TERAS 3: PERHUBUNGAN DAN KEMUDAHSAMPAIAN YANG EFISIEN STRATEGI Meningkatkan Tahap Pengurusan Lalu Lintas Dan Kemudahsampaian

1. Cadangan Jalan Baru di Klebang, Tanjung Rambutan, Kawasan Perindustrian IGB dan Chepor 2. Cadangan Jalan Lingkaran • Cadangan Jalan Lingkaran Dalam (Inner Ring Road) bagi menyuraikan lalulintas di pusat bandar ke luar pusat bandar dengan lancar dan teratur pada peringkat pertama. • Cadangan Jalan Lingkaran Tengah (Middle Ring Road) bagi menyuraikan lalulintas di pusat bandar ke luar pusat bandar pada peringkat ke dua. 3. Cadangan Persimpangan dan Pembaikan Persimpangan Sedia Ada 4. Kedudukan persimpangan yang bersesuaian terutamanya persimpangan bertingkat pada lebuh raya akan membolehkan tahap kemudahsampaian ke sesuatu destinasi perjalanan dapat dipertingkatkan dengan berkesan. 5. Cadangan Naik Taraf Jalan

Naik Taraf Jalan

Panjang (km)

Naik Taraf Jalan 20m (66’)

J7

J4

J6

J3 J2

J8

28

J9

J5

Jalan Negeri A160

Jalan Sg. Siput

7.42km

Jalan Tempatan

Jalan Kawasan Perindustrian IGB

3.04km

Naik Taraf Jalan 40m (132’) J1

Jalan Persekutuan 1

Jalan Kuala Kangsar

22.03km

Jalan Negeri A183

Jalan Bercham

7.52km

Jalan Persekutuan 1

Jalan Tasek

13.7km

Jalan Persekutuan 1

Jalan Raja Dr Nazrin Shah

8.67km

Jalan Persekutuan 5

Jalan Lahat

9.65km

Jalan Negeri A1

Jalan Chemor

12.03km

Jalan Negeri A13

Jalan Tambun

20.03km


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

TERAS 3: PERHUBUNGAN DAN KEMUDAHSAMPAIAN YANG EFISIEN

STRATEGI Meningkatkan Tahap Perkhidmatan Kemudahan Pengangkutan Awam Dan Pengurusan Permintaan Perjalanan Untuk Mencapai Pengangkutan Mampan

1. Meningkatkan Perkhidmatan Kemudahan Pengangkutan Awam a. Kemudahan Pengangkutan Rel • Perkhidmatan Rel KTMB yang menghubungkan Kuala Lumpur – Ipoh dengan kemudahan stesen utama di Pusat Bandaraya Ipoh, Lahat, Chemor dan IGB dapat mewujudkan pilihan mod pengangkutan dan meningkatkan kemudahsampaian penduduk antara bandar. • Cadangan pembangunan Transit Aliran Ringan (LRT) dapat menghubungkan Pusat Bandar dengan Pusat Utama dan Pusat Tempatan iaitu Meru Raya, Station 18, Simpang Pulai, Tanjung Rambutan dan Menglembu. b. Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu

Terminal Pengangkutan Intercity Meru Raya

• Terminal antara bandar (Intercity) dicadangkan di Meru Raya bagi menggantikan stesen bas sedia ada di Medan Gopeng. • Cadangan membangunkan Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu di kawasan Pusat Bandaraya Ipoh. Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu Ipoh

29


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

TERAS 4: KOMUNITI SEJAHTERA

STRATEGI Merancang Pembangunan Perumahan Yang Mencukupi Dan Berkualiti Untuk Memenuhi Keperluan Pelbagai Golongan Penduduk

Keperluan Perumahan Mampu Milik 1. Cadangan Pembangunan Kawasan Perumahan Baru • Pengezonan kawasan kediaman dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:-

Nota : Penyediaan perumahan mampu milik adalah 30% dari keperluan perumahan baru

√ Kediaman 1 : Kediaman sedia ada dan komited √ Kediaman 2 : Pembangunan kediaman di kawasan kampung tradisi √ Kediaman 3 : Kawasan potensi pembangunan perumahan • Pembangunan perumahan baru digalakkan di kawasan kediaman 1 iaitu di kawasan infill khususnya bagi pusat bandar manakala pembangunan di kediaman 3 iaitu di kawasan greenfield hanya melibatkan kawasan pertanian yang tidak produktif. • Pendekatan Land Release Scheme mengikut keperluan dicadangkan untuk kawasan Kediaman 3. 2. Menyediakan Perumahan Mampu Milik Yang Mencukupi • Pada tahun 2020, dianggarkan keperluan perumahan mampu milik adalah berjumlah 1,904 unit dan 4 kawasan dicadangkan iaitu di Chemor, Taman Cherry, Menglembu dan Silibin. Keluasan Kawasan Kediaman Sedia Ada, Komited dan Berpotensi

30


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

TERAS 4: KOMUNITI SEJAHTERA

STRATEGI Menyediakan Institusi Dan Kemudahan Masyarakat Yang Mencukupi, Berkualiti Yang Diintegrasi Dengan Pembangunan Perumahan 1. Menyediakan Kemudahan Pendidikan Peringkat Rendah dan Menengah Yang Mencukupi • Sebanyak 10 buah sekolah bersepadu dicadangkan di kawasan tepu bina dan kawasan pembangunan baru bagi menangani masalah kedapatan tanah yang terhad. • 4 buah sekolah menengah dan rendah turut dicadangkan bagi menampung keperluan tambahan sehingga tahun 2020.

(Unit)

2. Pembangunan Institusi Pendidikan Berteraskan ICT di Meru Raya • Cadangan bagi mewujudkan hub pendidikan wilayah utara yang berteraskan multimedia di Meru Raya seluas 100 hektar. Cadangan pusat pengajian tinggi ini menjurus kepada penawaran program dalam menyokong pembangunan K-Perak. • Cadangan pembangunan institusi pendidikan tinggi di Meru Raya melibatkan cadangan Kampus Cawangan Universiti Multimedia dan Kolej Komuniti Ipoh.

31


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

TERAS 4: KOMUNITI SEJAHTERA 3. Pembangunan Kemudahan Keselamatan i. Balai Polis • Cadangan bit polis akan dilaksanakan melibatkan cadangan 17 bit polis di kawasan kejiranan, kawasan pusat bandar dan juga kawasan yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi ke arah mewujudkan bandar selamat. ii. Balai Bomba dan Penyelamat • 5 buah balai bomba baru dicadangkan di Bandar Seri Botani, Tanjung Rambutan, Bandar Baru Klebang, Jelapang dan Menglembu. • Cadangan dibuat dengan mengambilkira tadahan penduduk, jenis guna tanah dan hierarki petempatan.

32


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

TERAS 4: KOMUNITI SEJAHTERA 4. Pembangunan Kemudahan Kesihatan • Dicadangkan 6 klinik kesihatan yang baru di kawasan tepu bina dan ia boleh di integrasikan sebagai komponen dalam pembangunan kompleks komuniti.

5. Pembangunan Kompleks Komuniti Lokasi / Keluasan

• Meru • Kinding • Station 18 • Simpang Pulai

Komponen Pembangunan

• Pejabat Pentadbiran • Dewan Serbaguna • Perpustakaan • Klinik Kesihatan • Tadika • Pusat Jagaan Harian • Pusat ICT • Bit Polis • Gymnasium • Gelanggang Bola Keranjang • Gelanggang Badminton • Gerai Makanan

6.10 hektar 4.22 hektar 1.44 hektar 1.28 hektar

33


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

TERAS 4: KOMUNITI SEJAHTERA

STRATEGI Pembangunan Rekreasi Dan Landskap Untuk Semua Lapisan Masyarakat

1. Cadangan Rekreasi Dan Landskap Sungai Kinta • Cadangan pembangunan landskap adalah melibatkan 3 sungai utama iaitu Sungai Kinta, Sungai Pari dan Sungai Pinji. • Kawasan pinggiran sungai-sungai ini dicadangkan sebagai kawasan rekreasi dengan pengindahan landskap. • Cadangan rekreasi dan landskap Sungai Kinta yang meliputi kawasan seluas 17.3 ekar merupakan projek komited yang melibatkan 3 fasa pembangunan.

Komponen Pembangunan • Plaza /Pembangunan River Front • Taman Permainan Kanak- kanak • Laluan Pejalan Kaki • Perabot Jalan • Gelanggang • Tandas Awam • Elemen Air • Landskap Lembut • Kawasan Bersenam • Terrace Garden • Sunken Amphitheatre • Menara Pandang • Fitness Station PEMULIHARAAN SUNGAI (FASA 3)

• Galeri Perlombongan • Aromatic Circular Walk • Pusat Permainan • Laluan Refleksologi • Zipper Walk

PENGINDAHAN LANDSKAP SG KINTA (FASA 2)

PEMULIHARAAN SUNGAI (FASA 1)

34


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

TERAS 4: KOMUNITI SEJAHTERA 2. Pengekalan Gua-Gua Batu Kapur • Kawasan bukit batu kapur mempunyai karektor yang tersendiri serta keadaan semulajadinya menjadi habitat kepada pelbagai spesis flora dan fauna. Cadangan pembangunan pengindahan dan pemuliharaan landskap adalah seperti berikut :

Gunung Kanthan Gunung Lang Gunung Tambun Gunung Panjang Gunung Datok Gunung Rapat

- Penyelidikan gua dan arkeologi - Rekreasi - Penyelidikan spesis semulajadi - Arkeologi dan sejarah - Penyelidikan gua dan arkeologi - Rekreasi

3. Landskap dan Menaiktaraf Kemudahan Rekreasi Hutan Simpan Kekal Kledang Saiong • Pemuliharaan hutan adalah penting bagi mengekalkan ekosistem serta alam semulajadi hutan simpan ini. • Banjaran Kledang berfungsi sebagai kawasan tadahan air dan perlu dikekalkan sebagai kawasan hutan lipur dan rekreasi dengan komponen pembangunan seperti berikut :• Denai-denai • Laluan masuk • Gerbang • Info Kiosk • Tandas Awam • Perkhemahan dan perkelahan • Boardwalk • Surau • Wakaf • Gerai-gerai cenderahati

35


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

TERAS 4: KOMUNITI SEJAHTERA ii. Cadangan Menaiktaraf Taman Wilayah Gunung Lang

3. Meningkatkan Kualiti Kemudahan Rekreasi • Menyediakan kemudahan infrastruktur dan fasiliti yang dapat mempertingkatkan taraf dan kualiti kemudahan-kemudahan rekreasi sedia ada. i. Cadangan Menaiktaraf Taman Wilayah Gunung Rapat • Komponen pembangunan yang dicadangkan :√ Denai-denai √ Info kiosk √ Tandas awam √ Kawasan perkhemahan √ Kawasan rehat/berkelah √ Pejabat operasi, kawalan dan penyelenggaraan taman TAMAN CABARAN SEMULAJADI

• Komponen pembangunan yang dicadangkan :

√ √ √ √

√ Kawasan semulajadi tumpuan – gua batu kapur √ Boardwalk √ Laluan pejalan kaki √ Tempat penyelidikan √ Kiosk / gerai √ Tempat letak kereta / bas

KEK LOK TONG & TANJUNG PINANG

Laluan pintu masuk Info Kiosk Tandas Awam Boardwalk

√ √ √ √

Taman burung dan taman bunga Surau Wakaf Gerai-gerai FASA 1

CADANGAN PENGINDAHAN LANDSKAP & PERMAINAN KANAK-KANAK

TAMAN CABARAN - AKTIVITI HUTAN & “PARA GLIDING”

Sedia Ada

Cadangan

TAMAN CABARAN - ‘ADVENTURE CAMPING GROUND’ 36


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

TERAS 4: KOMUNITI SEJAHTERA

STRATEGI Melaksanakan Program Pengurusan Air Larian Dan Penyelenggaraan Sistem Perparitan Secara Mampan

1. Pembangunan Sistem Saliran Bandar Secara Bersepadu • Cadangan berpandukan kepada Pelan Induk Saliran Ipoh melibatkan kerja- kerja menaiktaraf sungai, cadangan sistem perparitan baru, penyediaan kolam tadahan air peringkat komuniti dan wilayah, pemasangan minor dan major Gross Pollutant Trap (GPT).

Markas Briged Utara Pasukan Gerakan Am

RPT Batu 6 Klebang

Taman Kledang Emas

Kolam Tadahan Sungai Pari

Kolam Tadahan Sungai Choh

Cadangan Kolam Takungan Wilayah Sungai

Kolam Takungan

Sungai Pinji

Kawasan 1 : 54 hektar Kawasan 3 : 46 hektar Kawasan 4 : 39 hektar

Sungai Choh

Kawasan 2 : 34 hektar

Sungai Chemor

Kawasan 5 : 33.2 hektar

Kolam Takungan Sungai Pari

Taman Chepor Idaman

RPT Chepor Indah

Kolam Takungan Sungai Pari

Kolam Takungan Sungai Kuang

37


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

TERAS 4: KOMUNITI SEJAHTERA

STRATEGI Menguruskan Sistem Pembuangan Sisa Pepejal Dan Sistem Pembentungan Secara Mampan Ke Arah Meningkatkan Kualiti Alam Sekitar

1. Cadangan Sistem Pembentungan dan Kemudahan Rawatan Kumbahan • Cadangan pembentungan adalah untuk mengintegrasikan semua loji rawatan kumbahan sedia ada dan tangki septik dan seterusnya aliran kumbahan akan dialirkan ke 3 buah loji rawatan kumbahan berpusat.

2. Cadangan Sistem Pengurusan Sisa Pepejal • Anggaran penjanaan sisa pepejal semasa kawasan pentadbiran MBI adalah 683 tan sehari berbanding jumlah pungutan harian yang direkodkan adalah 634 tan sehari. Unjuran bagi tahun 2020 adalah 880 tan sehari. • Peningkatan penjanaan sisa pepejal akan ditangani dengan pembukaan tapak pelupusan baru di Papan yang berkeluasan 560.24 ekar di Wilayah Hulu Johan, Mukim Belanja, Daerah Kinta. • Tapak pelupusan sisa pepejal sedia ada di Bercham dicadangkan untuk pelaksanaan kaedah penutupan selamat dan pengurusan air kurasan. Kapasiti Loji Berpusat Loji Berpusat

Kapasiti Loji (PE)

Papan* Tanah Hitam Meru Raya

1,670,000 150,000 200,000

*Lokasi terletak di luar kawasan kajian

38


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

CADANGAN GUNA TANAH 2020 Cadangan Pembangunan Kawasan Pentadbiran MBI • Kira-kira 47.4% guna tanah hutan akan dikekalkan yang terdiri daripada Hutan Simpan Kledang Saiong dan Hutan Simpan Kekal Bukit Kinta dan 8.9% meliputi guna tanah pertanian. Guna tanah tepubina meliputi 27.7% daripada keluasan kawasan pentadbiran MBI dan guna tanah perniagaan tertumpu antaranya di kawasan Pusat Bandaraya Ipoh, Station 18, Simpang Pulai, Meru Raya dan Medan Ipoh.

Zon Guna Tanah Ipoh 2020 Kediaman 1 Kediaman 2 Kediaman 3 Perniagaan & Perkhidmatan Peindustrian Institusi & Kemudahan Masyarakat Tanah Lapang & Rekreasi Pertanian Hutan Infrastruktur & Utiliti Badan Air Pengangkutan JUMLAH

Keluasan

%

7.357.98 477.84 2,681.97 1,154.91 3,223.09 2,942.07 2,173.99 5,702.05 30,475.00 936.56 1,136.80 6,189.92

11.14 0.74 4.15 1.80 5.02 4.58 3.38 8.90 47.43 1.46 1.77 9.63

64,257.00

100.00

39


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

CADANGAN GUNA TANAH BP 1: PUSAT BANDAR • Guna tanah tepubina meliputi 88% daripada keluasan BP melibatkan guna tanah utama iaitu institusi (28.69%) , kediaman (22.51%) dan perniagaan (20.97%). • Perluasan guna tanah perniagaan melibatkan cadangan pengezonan semula kediaman kepada perniagaan di sepanjang Jalan Tuanku Bainun, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Raja DiHilir, Jalan Dr Raja Nazrin Shah Jalan Pasir Puteh dan Jalan Pinji.

Kediaman 1

40

334.64

Infrastruktur & Utiliti

Perniagaan & Perkhidmatan

341.79

Badan Air

Institusi & Kemudahan Masyarakat

368.28

Pengangkutan

Tanah Lapang & Rekreasi

174.97

JUMLAH

3.64 19.89 314.37

1,557.58


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

CADANGAN GUNA TANAH BP 2 : STATION 18 – PENGKALAN – BANDAR BOTANI • Guna tanah tepubina meliputi 61.09% daripada keluasan BP dimana guna tanah kediaman meliputi 41.16% yang terdiri daripada skim perumahan terancang serta pengekalan kawasan kampung baru, kampung tersusun dan kampung tradisi. • Pembangunan kawasan perindustrian meliputi kira-kira 6.25% dan guna tanah perniagaan meliputi kira-kira 4.48% daripada keluasan BP. • Kawasan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah dicadangkan untuk dikekalkan bagi kegunaan pusat latihan penerbangan dan pesawat komersil.

Zon Guna BP 2 Station 18 Pengkalan - Bandar Botani 2020 Kediaman 1

1,433.19

Kediaman 3

414.07

Perniagaan & Perkhidmatan

204.36

Peindustrian

301.96

Institusi & Kemudahan Masyarakat

425.96

Tanah Lapang & Rekreasi

210.49

Hutan

40.15

Infrastruktur & Utiliti

103.99

Badan Air

238.25

Pengangkutan

1,256.02

JUMLAH

4,628.44

41


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

CADANGAN GUNA TANAH BP 3 : SIMPANG PULAI – GUNUNG RAPAT – TAMBUN – BANDAR SUNWAY

• Guna tanah tepubina meliputi 28.82% daripada keluasan BP dan 42.43% masih dikekalkan sebagai kawasan hutan. • Kawasan lapang meliputi 12.68% daripada keluasan BP melibatkan cadangan Gunung Rapat sebagai Taman Wilayah dan 14.73% merupakan guna tanah kediaman. • Guna tanah perniagaan tertumpu di kawasan Simpang Pulai, Medan Gopeng, Tambun dan Bandar Sunway.

Zon Guna BP 3 Simpang Pulai – Gunung Rapat – Tambun – Bandar Sunway Kediaman 1

794.99

Kediaman 3

180.85

Perniagaan & Perkhidmatan

118.22

Institusi & Kemudahan Masyarakat

823.25

Tanah Lapang & Rekreasi

848.96

Pertanian

366.28

Hutan Infrastruktur & Utiliti Badan Air Pengangkutan JUMLAH

42

2,841.85 124.41 67.87 531.13 6,697.81


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

CADANGAN GUNA TANAH BP 4 : MEDAN IPOH – BERCHAM – TASEK – TANJUNG RAMBUTAN • Guna tanah tepubina meliputi 56.41% daripada keluasan BP.

• 35.99% daripada keluasan BP meliputi guna tanah kediaman, guna tanah perindustrian 10.94% dari keluasan BP dan cadangan mengekalkan 8.91% daripada keluasan BP bagi guna tanah pertanian. • Zon perniagaan utama akan tertumpu di Medan Ipoh, Bercham, Tasek dan Tanjung Rambutan iaitu kira-kira 2.62% dari keluasan BP.

Zon Guna BP 4 Medan Ipoh – Bercham – Tasek – Tanjung Rambutan Kediaman 1

1,762.43

Kediaman 2

202.49

Kediaman 3

1,152.97

Perniagaan & Perkhidmatan Peindustrian

227.19 972.21

Institusi & Kemudahan Masyarakat

608.48

Tanah Lapang & Rekreasi

360.56

Pertanian

823.82

Hutan

780.41

Infrastruktur & Utiliti

208.22

Badan Air

261.54

Pengangkutan

1,517.13

JUMLAH

8,877.45 43


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

CADANGAN GUNA TANAH BP 5 : MERU RAYA – CHEMOR – KANTHAN

• Guna tanah tepubina meliputi kira-kira 38.97% dan 39.60% dikekalkan untuk pertanian. • 18.64% meliputi guna tanah kediaman dan 14.42% terdiri daripada guna tanah perindustrian. • Zon perniagaan utama tertumpu di Meru Raya dan Chemor.

Zon Guna BP 5 Meru Raya – Chemor - Kanthan Kediaman 1

929.14

Kediaman 2

275.35

Kediaman 3

514.73

Perniagaan & Perkhidmatan Peindustrian

112.70 1,341.71

Institusi & Kemudahan Masyarakat

449.60

Tanah Lapang & Rekreasi

131.98

Pertanian

3,669.43

Hutan

609.24

Infrastruktur & Utiliti

183.99

Badan Air

257.29

Pengangkutan JUMLAH

44

829.82 9,304.98


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

CADANGAN GUNA TANAH BP 6 : MERU – JELAPANG – SILIBIN - MENGLEMBU

• Guna tanah tepu bina meliputi kira – kira 49.24% dan 34.20% merupakan guna tanah kediaman. • Guna tanah pertanian yang dikekalkan meliputi 12.51% dan 8.85% merupakan kawasan industri terancang. • Kawasan perniagaan utama terdiri daripada 2.19% dan tertumpu di Menglembu, Buntong, Silibin, Jelapang dan Meru.

Zon Guna BP 6 Meru – Jelapang – Silibin Menglembu, 2020 Kediaman 1

1,902.87

Kediaman 3

406.89

Perniagaan & Perkhidmatan

150.65

Perindustrian

607.21

Institusi & Kemudahan Masyarakat

266.50

Tanah Lapang & Rekreasi

447.01

Pertanian

860.52

Hutan

120.03

Infrastruktur & Utiliti

201.52

Badan Air

228.89

Pengangkutan

1,686.11

JUMLAH

6,878.20

45


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

CADANGAN GUNA TANAH BP 7 : HUTAN SIMPAN KEKAL KLEDANG SAIONG

CADANGAN GUNA TANAH BP 8 : HUTAN SIMPAN KEKAL BUKIT KINTA • Kira-kira 99.01% dari keluasan BP 8 meliputi kawasan Hutan Simpan Kekal Bukit Kinta. • Dicadangkan untuk mengekal serta memelihara kawasan hutan simpan kerana ianya terletak dalam kawasan KSAS Tahap II.

• Kira-kira 99.23% dari keluasan BP 7 meliputi kawasan Hutan Simpan Kekal Klebang Saiong. • Dicadangkan kawasan ini dikekalkan serta memelihara kawasan hutan simpan kerana ianya terletak dalam kawasan KSAS Tahap II. Zon Guna BP 7 Hutan Simpan Kekal Kledang Saiong Hutan Pengangkutan JUMLAH 46

7,173.62 55.34 7,228.96

Zon Guna BP 8 Hutan Simpan Kekal Bukit Kinta, 2020 Hutan Infrastruktur & Utiliti Badan Air

18,909.70 110.79 63.07

JUMLAH

19,083.56


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PROJEK Pelaksanaan Projek RT IPOH 2020 perlu dijadikan sebagai asas di dalam merancang dan melaksanakan projek-projek oleh jabatan-jabatan atau agensi kerajaan dan juga sebagai panduan pelaburan kepada pihak swasta dan individu di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh. Draf RT IPOH 2020 telah mencadangkan sebanyak 35 projek untuk dilaksanakan oleh MBI serta agensi-agensi pelaksana yang berkaitan. Projek-projek ini merangkumi sektor perniagaan dan perkhidmatan, perindustrian, perumahan, pelancongan/reka bentuk bandar, institusi dan kemudahan masyarakat, pengangkutan dan lalu lintas, infrastruktur dan utiliti serta kawasan lapang dan rekreasi. Usaha dan kerjasama yang berterusan antara MBI dan agensi-agensi berkaitan serta pihak swasta amat penting untuk memajukan kawasan-kawasan pembangunan baru yang dicadangkan.

Tempoh Pelaksanaan Projek Pelaksanaan Rancangan Tempatan IPOH 2020 ini dijangka akan bermula pada tahun 2011 di bawah dua (2) fasa pelaksanaan pembangunan yang telah dikenalpasti selaras dengan tempoh pelaksanaan RANCANGAN MALAYSIA LIMA TAHUN (RMLT). √ Fasa 1 (RMK 10) : Tahun 2011 – 2015 √ Fasa 2 (RMK 11) : Tahun 2016 – 2020

47


RINGKASAN EKSEKUTIF DRT IPOH 2020

PENUTUP

Draf Rancangan Tempatan IPOH 2020 ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh semua pihak bagi tujuan perancangan guna tanah dan fizikal kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh ke arah merealisasikan “Ipoh Bandaraya Maju dan Sejahtera� menjelang tahun 2020.

48

Ringkasan Eksekutif  

Ipoh