Page 1

RUMUSAN LAPORAN PROJEK ‘ADOPT A HAFIZ’ SESI 1 Dilaksanakan oleh:


Kandungan 1.

PENGENALAN PROJEK ADOPT A HAFIZ................................................................................................2

2.

KEJAYAAN PROJEK SESI 1......................................................................................................................3

3.

LAMPIRAN...........................................................................................................................................5

1|Page


1. PENGENALAN PROJEK ADOPT A HAFIZ Melalui projek ini, para penderma membantu badan bukan kerajaan (NGO) Dar al-Quran al-Karim Wa Sunnah (DQWS) melahirkan para hafiz di Gaza dan juga di tebing barat. Dengan kos USD 170 bagi seorang hafiz untuk satu tahun, kami mensasarkan untuk menaja seramai 610 orang hafiz pada tahun 2017. Setiap tahun, DQWS mensasarkan untuk menaja 900 orang yang terdiri daripada 450 orang lelaki dan 450 orang perempuan (umur 8 hingga 25 tahun). Secara umumnya, setiap kanak-kanak akan mengambil masa selama 4 tahun untuk habis menghafal 30 juz al-Quran. Tetapi, ada juga beberapa kanak-kanak berjaya menamatkan hafazan mereka dalam masa yang lebih singkat. Di Malaysia, NGO Aqsa Syarif (agensi MyCARE) dan Muslim Professionals Forum (MPF) bekerjasama mengumpulkan dana untuk menaja hafiz di Gaza. Projek ini diuruskan oleh DQWS dengan bantuan pejabat MyCARE di Gaza. Projek Adopt A Hafiz mempunyai beberapa objektif. Antaranya ialah: 1. Membentuk anak-anak dengan sikap/akhlak yang baik 2. Membekalkan mereka pengetahuan dan cara berdakwah 3. Melibatkan para hafiz di dalam aktiviti bersama masyarakat untuk menjadikan mereka insan yang baik dan menjadi agen pembaikan 4. Menguatkan emosi dan spiritual anak-anak Gaza yang berdepan dengan sekatan dan seksaan dari pihak Zionis 10 anak-anak akan dikumpulkan dalam satu kumpulan dan dibimbing oleh seorang guru yang dipilih mengikut kriteria-kriteria minimum yang telah ditetapkan oleh DQWS iaitu: 1. Memiliki sekurang-kurangnya diploma 2. Menamatkan pengajian dari universiti yang diiktiraf di Gaza 3. Mesti melalui kursus tajwid dan ada sijil penyertaan dari DQWS atau dari pihak kementerian Setiap kumpulan akan berkumpul setiap hari di masjid atau pusat-pusat pengajian selama 2 jam setiap hari. Kumpulan perempuan akan berkumpul selepas Asar. Manakala kumpulan lelaki akan berkumpul selepas Magrib. Pusat-pusat pengajian dijalankan di beberapa tempat yang berbeza iaitu Rafah, Khan Younis, al-Woustah, Gaza dan utara Gaza. Pengajian semester 1 dari Julai – Disember manakala semester 2 dari Januari – Jun. DQWS telah menyusun modul hafazan dengan sistematik dan menyeluruh dimana sesi hafazan selama 4 tahun dipecahkan kepada 3 fasa. Setiap fasa diperuntukkan menghafal 10 juz al-Quran bermula dengan 10 juz terakhir. Sebelum memasuki fasa yang baru, para pelajar akan dinilai dari segi kelancaran hafazan, latar belakang surah dan pengajaran yang boleh diambil dari surah-surah hafazan mereka. Sekiranya para pelajar tidak mendapat markah yang cukup, mereka akan tetap mengulang hafazan mereka dan tidak boleh meneruskan ke fasa yang baru. Hafazan, kehadiran dan prestasi para pelajar

2|Page


dinilai oleh guru kumpulan mereka dan diaudit oleh wakil DQWS dari semasa ke semasa. Kejayaan para pelajar menghafal 30 juz al-Quran akan diraikan di dalam majlis graduasi.

3|Page


2. KEJAYAAN PROJEK SESI 1 Melalui tajaan sesi 1(tahun 2013-2017), berikut adalah rumusan kejayaan projek Adopt A Hafiz:   

Melahirkan 85 hafiz dalam masa 2 tahun setengah Sehingga 31/12/2016, berjaya mendidik 267 hafiz yang terdiri daripada 124 lelaki dan 143 perempuan Hafiz termuda berumur 11 tahun ; Abdallah M. al-Assar

Berikut adalah carta prestasi hafazan (bilangan juz) para pelajar mengikut tahun.

Carta 1: Prestasi projek Adopt A Hafiz bagi tahun 2016-2017 (bilangan memorizers diambil dari kumpulan pelajar yang menghafal juz 26-30)

4|Page


Carta 2: Prestasi projek Adopt A Hafiz bagi tahun 2015-2016

Carta 3: Prestasi projek Adopt A Hafiz bagi tahun 2014-2015

5|Page


Carta 4: Prestasi projek Adopt A Hafiz bagi tahun 2013-2014

6|Page


3. LAMPIRAN

7|Page


8|Page

Profile for Media MyCARE

Laporan Projek Adopt A Hafiz (Batch 1)  

Rumusan Adopt A Hafiz (Batch 1) yang dianjurkan oleh Aqsa Syarif (agensi dibawah MyCARE) dengan kerjasama Muslim Professional Forum

Laporan Projek Adopt A Hafiz (Batch 1)  

Rumusan Adopt A Hafiz (Batch 1) yang dianjurkan oleh Aqsa Syarif (agensi dibawah MyCARE) dengan kerjasama Muslim Professional Forum

Profile for mycarehq
Advertisement