Buletin Perpustakaan DBP Jilid 2 Bil. 2 DISEMBER 1990
ISSN: 0128-1461
GALERI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Pandangan dari depan galeri yang dicadangkan
Dewan Bahasa dan Pustaka bakal mempunyai sebuah galeri yang akan mempamerkan sejarah bahasa dan penulisan sastera kebangsaan serta sejarah perkembangan DBP. Galeri yang dijangka siap pada akhir
tahun 1991 itu akan dibina di atas tapak lama kantin DBP yang telah pun dikosongkan sekarang ini. Rancangan untuk mengadakan sebuah galen, sebenarnya teJah difikirkan pada awal tahun 1986. Tetapi, ran-
cangan tersebut tidak dapat dilaksanakan pada waktu itu. Pada awal tahun 1989, rancangan untuk mengadakan galeri yang sedemikian timbul semula. Bersambung ke halaman 24
DARIPADA
EDITOR
Kita hampir ke penghujung tahun 1990 dan akan meninggalkan tahun 1990 dengan berbagai-bagai kenangan . Kita akan melangkah ke tahun 1991 dengan azam tertentu. Sebelum menjelangnya tahun baru, cuba kita renung dan berfikir sejenak, apakah sumbangan yang telah kita berikan dan adakah sum bangan yang kita berikan itu dengan tulus ikhlas dan tanggungjawab yang diberikan kepada kita dilaksanakan sepenuhnya? Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, sebagai sebuah perpustakaan khusus dan penyelidikan tetap melaksanakan tanggungjawabnya membantu para penyelidik DBP dan luar DBP, penyelidik tempatan mahupun luar negara yang ingin membuat penyelidikan dalam bidang bahasa, kesusasteraan dan budaya Melayu. Sepanjang tahun 1990 Perpustakaan telah mempertingkatkan perolehan bahan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu serta bidang-bidang lain dalam berbagai-bagai bentuk, buku, majalah, manuskrip, koleksi pita video dan bahan mikro. Perpustakaan telah membeli sebuah manuskrip penting untuk kajian, berjudul ' Hikayat Patani' yang ditulis di atas kepingan buluh. Inilah satu-satunya manuskrip asal yang ada di Malaysia. Acara kemuncak pada tahun 1990 ialah "Seminar Serantau Pendokumentasian Bahasa dan Kesusasteraan Melayu" yang berjaya diadakan di DBP pada 4-7 Jun, 1990. Seminar ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peserta tempatan dan luar negara. Satu pameran ' Percetakan Awal Dalam Bahasa Melayu' telah diadakan bersempena dengan seminar ini. Inilah satu-satu pameran yang mempamerkan bahanbahan percetakan awal dalam bahasa Melayu yang ulung diadakan di Malaysia, dengan kerjasama Perpustakaan British di London. Sehubungan dengan ini, sebuah Galeri Penulis akan dibina, perancangannya telah disempurnakan dan urusan pembinaan akan dilaksanakan ' pada tahun hadapan. Menjadikan Perpustakaan DBP sebagai Pusat Pendokumentasian Bahasa dan Kesusasteraan Melayu di fantau merupakan salah satu daripada saranan resolusi seminar ini. Bersesuaian dengan 'resolusi inilah maka, pada tahun 1991 satu Konvensyen Perpustakaan akan diadakan khusus untuk meneliti dan membincangkan sistem pengkomputeran yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan. Insyallah. Dengan perancangan dan perIaksanaan penggunaan teknologi maklumat yang canggih, diharapkan dapat membantu para penye1idik DBP dengan cara yang lebih canggih lagi. Kami, sidang editor mengucapkan "SELAMAT T AHUN BARU" kepada semua pembaca. 2
KANDUNGAN
Galeri Dewan Bahasa dan Pustaka Daripada Editor Pendokumentasian Guntingan Akhbar: Kaedah dan Masa Depannya Pameran: Teknik Berkesan Menyebarkan Maklumat fFLA 1990 - Persidangan Yang Terbesar Dalam Sejarahnya Serba Sedikit Tentang Video Resolusi Seminar Serantau Pendokumentasian Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Perpustakaan Bersama Anda Minggu Membaca Soa1 selidik Pembaca Golongan Tertentu Promosi dan Penyaluran Maklumat Kebudayaan Tradisional Pameran Percetakan Awal Dalam Bahasa Melayu Buku-Buku Terjemahan Peraduan Penulisan Sastera 1980 - 1985
SIDANG
I 2
3 5 7 9 10 12 13 14 15 17 19 20
REDAKSI
Penasihat: Editor:
Rohani Rustam A. Wahab Hamzah Aizan Mohd. Ali Raja Masittah Raja Ariffin Jurutaip: Pn. Zanariah Abdullah Rekaletak: Kamaruzaman Mat Mokhtar Urusan cetak: Roslan Zakaria Mutiara Pustaka diterbitkan setiap tiga bulan sekali oleh Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Dicetak oleh Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Hulu Ke1ang, Selangor Darul Ehsan. Mutiara Pustaka pertama kali terbit pada bulan September 1988.
PENDOKUMENTASIAN GUNTINGAN AKHBAR: KAEDAH DAN MASA DEPANNYA Kamariah Abu Samah akhbar diterbitkan dalam sehari. Indeks makalah bagi akhbar berbahasa Malaysia - Utusan Malaysia dan akhbar berbahasa Inggeris - The Star dan Straits Times dihasilkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Beberapa perpustakaan lain akan menghasilkan indeks di dalam bidang-bidang tertentu mengikut polisi dan kepentingan organisasi masing-masing. Dalam kerja-kerja pendokumentasian, pengindeks yang berpengetahuan, berpengalaman dan mempunyai daya kreativiti yang baik amat dipentingkan. Pertamanya. pengindeks perlu memi-
Akhbar merupakan salah satu saluran penyebaran maklumat utama (tertiary) bersama-sama menyaingi media elektronik. Peranan akhbar tidak dapat dinafikan di perpustakaan-perpustakaan. Sebahagian besar perpustakaan di dapati menyimpan akhbar melalui langganan atau hadiah. Tetapi, berapa peratuskah di antara perpustakaan ini yang mengindeks makalah akhbar? Maklumat terkini daripada akhbar adalah lebih lengkap daripada maklumat yang terdapat di dalam ensiklopedia, buku mahupun majalah. Di negara Malaysia sahaja, sebanyak 85 judul
nati pengurusan akhbar dan kerja-kerja pengindeksan itu sendiri. Minat dan daya kreativiti yang ada dapat dikembangkan melalui pembacaan dan pengindeksan makalah-makalah tersebut, dan seterusnya dapat memberikan maklumat untuk keperluan penggunaan dengan tepat dan cepat. Ini bermakna, dedikasi hanya akan lahir apabila pengindeks memahami bahawa kerja mengindeks, dan menyediakan panduan kepada maklumat yang terdapat di dalam akhbar adalah satu sumbangan besar kepada dunia penyelidikan bukan hanya tugas yang rutin!.
PENERBIT AN AKHBAR-AKHBAR UMUM DI MALAYSIA
19
M'sia T Sabah Sarawak
12
27
I
3
6
12 8 II
6
3 2
BM 13 BI7 BC 5 BT I BP I
Berdasarkan Senarai KDN 1989. BM - Bahasa Malaysia BC - Bahasa Ci na BP - Bahasa Punjabi
PENDOKUMENT ASIAN INDEKS AKHBAR DI PERPUST AKAAN DEW AN BAHASA DAN PUST AKA Sejak tertubuhnya Unit Bahagian Perpustakaan 1977, mengambil alih Bahagian Pembinaan dan
Dokumentasi pada tahun Dokumentasi Pengembang-
BI -Bahasa Inggeris BT - Bahasa Tamil POLl -Bahasa Malaysia, Inggeris/lban/Cina/ Bidayuh. an Sastera, tugas pendokumentasian akhbar telah dipergiatkan . Pegawai Perpustakaan telah ditugaskan untuk mengendalikan pendokumentasian akhbar dengan lebih teratur dan sistematik. Jikapada tahun 1976, lima buah akhbar tabloid diindeks, kini jumlah tersebut meningkat kepada 13 buah.
Makalah yang terkumpul Inl amat berharga dan bernilai bagi penyelidikan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Sejak 1977, keratan-keratan akhbar telah tersimpan di dalam fail (folder) dan pembahagiannya kepada empat bidang utama, adalah seperti di halarnan sebelah 3
STATISTIK PENDOKUMENT ASIAN AKHBAR
BIDANG KESUSASTERAAN Penulis Tempatan Penulis Luar Negeri Persatuan Penulis Anugerah & Hadiah
JUMLAH FAIL 1,253 257 125 147
BIDANG BAHASA Bahasa Indonesia Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa (Umum) Dewan Bahasa dan Pus taka
61
BIDANG KEBUDA Y AAN Kesenian Persatuan Seni dan Budaya
186 186
BIDANG UMUM
77
Sehingga kini telah terkumpul sebanyak 420,000 rekod makalah bagi keseluruhan fai!. Pertambahan hampir 5,000 makalah sebulan dijangkakan daripada potongan akhbar tempatan sahaja. Akhbar-akhbar tabloid banyak memberikan ruangan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan semasa.
16 100 14 25
MASA DEPAN PENDOKUMENT ASIAN AKHBAR
Guntingan akhbar yang terkumpul dan fail yang semakin bertambah, memerlukan penjagaan dan pengurusan yang rapi untuk menjamin daya ketahanan kertas, supaya dapat bertahan lama. Oleh itu, dokumen-dokumen ini dipelihara melalui pelbagai teknik. Pertama, menyimpan keratan (sarna T AJUK PERKARA ada 'mounting' atau tidak) ke dalam fail Walaupun pengetahuan Library of (folder). Keratan diikat dengan 'binder Congress Subject Headings (LCSH) strip'. Tajuk perkara dilabelkan di luar adalah penting dalam mengenal pasti fail supaya mudah dikenal dan disimpengumpulan bidang-bidang dokumen- pan. Tetapi ikatan boleh merosakkan tasi akhbar, namun pengindeks tidak atau mengoyakkan keratan apabila fail terikat sepenuhnya dengan rujukan ini. bertambah teba!. LC tidak dapat menampung bidang dan Kedua, perpustakaan boleh juga sub bidang khusus dalam Dunia Melayu. menjlid keratan akhbar yang telah diOleh itu untuk bidang kebudayaan, simpan dalam satu bentuk dan saiz'yang tajuk perkara seperti Adat Perpatih, standard. Walau bagaimanapun, meBangsawan, Boria, Hadrah, Jikey dan mandangkan kos yang tinggi untuk 'sebagainya dikekalkan. Yang penting, menjilidnya, pengindeks perlu mengekata punca (keyword) dan subjek yang nal pasti dan memberi keutamaan digunakan haruslah konsisten dan ter- .bidang-bidang perkara yang perlu dijilid. kawa!.
4
Ketiga, pemuliharaan dengan mengurangkan kandungan asid di dalam kertas seperti yang dilakukan di perpustakaan luar negeri memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Pengukuhan struktur kimia kertas juga salah satu cara pemuliharaan keratan akhbar untuk jangka masa yang panjang. Keempat, pengkomputeran. Suatu teknologi yang ditemui dalam dekad ini ialah "electronic filing system". Koleksi guntingan akhbar boleh dirakam dalam keadaan asal manakala komputer menyediakan perolehan maklumat melalui kronologi, perkara, pengarang atau kata punca (keywords). Teknik ini juga merakam imej teks bercetak sesebuah makalah secara e1ektronik melalui "scanner" dan data elektronik disimpan di dalam unit prosesan pusat. Pengindeks mengindeks teks ini untuk memudahkan carian semula maklumat oleh pengguna mahupun kakitangan perpustakaan. Sistem ini juga dilengkapi dengan alat pencetak berkualiti tinggi. Bagi perpustakaan yang memilih cara ini haruslah memikirkan perkakasan dan perisian yang memenuhi keperluan jangka masa panjang di samping sentiasa mengikuti perkembangan teknologi yang lebih canggih. Di bawah program Rancangan Lima Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka, bcrrnula dari tabun 1991, Unit Dokumentasi akan mula merakamkan indeks pendokumentasian akhbar ke dalam sistem komputer. Penggunaan CD-ISIS membantu sepenuhnya dalam pembentukan pangkalan data RUJUKAN. Untuk mengendalikan hampir 420,000 entri dengan tambahan 5,000 sebulan, tentu mengambil masa yang panjang dan memerlukan kakitangan yang ramai. Sistem "electronic filing" juga akan menyokong pengindeksan akhbar kerana pangkalan data yang ada akan berinteraksi dengan sistem ini. Keduaduanya dijangka akan beroperasi menggunakan rangkaian kerangka utama Fujitsu yang sedia ada .
PAMERAN: TEKNIK BERKESAN MENYEBARKAN MAKLUMAT Idros Samsudin Saban hari kita didedahkan kepada berbagai-bagai jenis dan bentuk pameran. Ada pameran yang diadakan secara besar-besaran dan tidak kurang pula yang diadakan sekadar untuk memenuhi ruang. Usaha untuk mempamerkan sesuatu barangan itu ialah untuk memikat hati masyarakat, memperkenalkan pe1bagai jenis barangan yang terbaharu yang bertujuan untuk meningkatkan jualan. Justeru itu langkah mengadakan pameran merupakan salah satu teknik yang berkesan bagi menyaingi jenama-jenama yang lain. lni diakui sejak zaman dahulu lagi. Dalam catatan sejarah, pameran mula diadakan pada abad ke-17. Dalam tahun 1662, Royal Academy of Painting and Sculpture di Paris telah mengadakan pameran sulung di Kota Paris. Bermula daripada itu, berbagai-bagai pameran telah diadakan, yang ada peringkat
awalnya tertumpu di Kota Paris sendiri. Menjelang abad ke-18, usaha-usaha mengadakan pameran mi telah menular ke kota-kota besar yang lain seperti di England Belgium, Amerika Syarikat, Itati, Kanada serta Rusia dan terus berkembang ke seluruh pelusuk dunia termasuklah Malaysia. Bagi kuasa-kuasa besar dunia seperti Rusia dan Amerika Syarikat, pameran memainkan peranan penting untuk menampilkan hasil-hasil penemuan terbaharu dalam bidang teknologi. Negara-negara ini cuba mendapatkan sebanyak mungkin pembeJi untuk mempertingkatkan lagi ekonomi mereka. Dalam satu kaedah lain, pameran juga dikenali sebagai ekspo (exposition). Konsep ini lebih menekankan kepada mempamerkan dan sekaligus menjual barangan tersebut kepada orang ramai.
Dalam bidang perpustakaan, pameran merupakan satu aktiviti yang perJu diusahakan khususnya untuk menyebarkan maklumat kepada para pengunjung atau para penyelidik. Maklumatmaklumat ini meliputi judul-judul baru yang dibeli oleh perpustakaan dan juga buku-buku tertentu dalam sesuatu bidang. Dengan me1ihat pameran, para penyelidik dapat memperolehi sesuatu maklumat dengan cepat yang tepat. Pameran bentuk ini boleh disediakan secara mingguan atau bulanan. Segala bentuk pameran yang diadakan bergantunglah kepada kekreatifan seseorang pustakawan mengusahakannya. Sesungguhnya, usaha mengadakan pameran bukanlah suatu tugas yang mudah. Pelbagai persiapan perlu dilakukan sebelum sesebuah pameran itu dapat dipertontonkan kepada masyarakat umum. Persiapan-persiapan ter-
sebut merangkumi penyelidikan awal, penyediaan Story Line, pemilihan bahan dan cara persembahan. lika segala usaha ini dijalankan dengan baik, maka hasilnya sudah tentu memuaskan dan dapat dijadikan sebagai bahan rujukan. Bagi pameran-pameran yang besar, kadangkala usaha persiapan ini menuntut waktu yang panjang. Berbagaibagai bahan rujukan perlu diteliti bagi menjamin apa yang dipamerkan tidak bertentangan dengan fakta yang sebenarnya. Sekiranya kita diberi tariggungjawab untuk menyediakan satu pameran yang berkaitan dengan sejarah, maka sudah tentu bahan-bahan rujukan sejarah biar dalam bentuk apa sekalipun harus kita te!iti. Kesilapan yang kita lakukan pada peringkat awal akan membawa kepada kepincangan sesebuah pameran. Secara tidak langsung , pengunjung yang melawat pameran juga akan 'terpedaya' dengan apa yang kita pamerkan. Ini akan membawa kepada kesilapan fakta yang berpanjangan seandainya pengunjung menggunakan maklumat yang kita sediakan tanpa membuat sebarang penyelidikan bagi menentukan kesahihannya. Setelah penelitian dilakukan, kita seharusnya sudah berupaya untuk menyediakan Story Line. Aspek ini penting sekali untuk memastikan aliran ceritanya dapat bertolak mengikut lan-
6
dasan yang betul dan mudah diikuti oleh pengunjung. Kegagalan kita melahirkan Story Line yang betul dan lancar akan menyebabkan sesuatu pameran itu sukar difahami dan tidak ban yak meninggalkan kesan yang positif kepad a pelawatnya. Berdasarkan Story Line yang telah dihasilkan, pustakawan perlu menentukan bahan-bahan yang akan dipamerkan. Mereka harus memastikan berapa banyakkah gam bar yang diperlukan bagi men yo kong sesuatu peristiwa yang dipaparkan serta keterangan yang sesuai untuk satu-satu gambar itu. Oi sam ping jenis gambar dan keterangannya, ukuran gambar yang sesuai juga amat penting difikirkan. Kesesuaian ukuran ini bergantung kepada peralatan pameran yang dimiliki. Untuk memperlihatkan kekreatifan idea, dan untuk menarik perhatian pengunjung pameran, gambar-gambar yang dipilih haruslah mempunyai ukuran yang berbezabeza. Pemilihan warna yang sesuai juga perlu difikirkan supaya seluruh suasana pameran kelihatan menarik. Story Line telah disiapkan; bahan-bahan dan alatalat pameran juga telah lengkap disediakan dan kini apa yang perlu diperhatikan ialah satu pelan tapak pameran yang sesuai untuk bahan-bahan yang telah disediakan itu. Urusan merekaletak bahan-bah an pada peralatan
pameran juga amat penting supaya dapat menarik perhatian orang ramai. Peruntukan bagi menyediakan sesebuah pameran selalunya berbeza-beza. Pameran yang besar lazimnya memerlukan belanja yang besar dan begitu juga sebaliknya. perbelanjaan ini merangkumi pembelian beberapa perala tan penting yang perlu digunakan seperti mounting board (untuk melekatkan gambar dan keterangan), cat (untuk mewarnakan bahagian-bahagian tertentu), selain alat-alat tam bahan, seperti pen dan warna, gam dan beberapa alatan lainnya. likalau bahan-bahan pameran ini melibatkan bahan-bahan lama seperti manuskrip, maka sistem keselamatan yang ketat perlu diambil kira seperti perlindungan insurans dan kawalan keselamatan serta beberapa aspek teknik yang lainnya seperti kawalan suhu dan cahaya lampu yang terkawal. Pada keseluruhannya dapat dikatakan bahawa pameran memainkan peranan penting dalam usaha penyebaran maklumat. Untuk memperlihatkan penyebaran maklumat yang berkesan, pustakawan di perpustakaan harus menggunakan teknik-teknik yang berkesan supaya pengunjung pameran dapat menghayati pameran yang diadakan.
IFLA 1990 Persidangan Yang Terbesar Dalam Sejarahnya. Rohani Rustam
Pad a 18 Ogos, jam 12.30 tengah hari, saya menjejakkan kaki buat pertama kalinya di lapangan terbang Arlanda, Sweden. Cuaca pad a hari itu sungguh nyaman - tidak sejuk dan tidak juga panas. Saya ke Stockholm untuk mengikuti Persidangan Antarabangsa Perpustakaan (International Federal of Library Association atau (IFLA) yang akan berlangsung dari 18 hingga 24 Ogos. Tiada siapapun dari pihak Panitia yang menyambut ketibaan para peserta, seperti yang lazimnya kita lakukan di Malaysia. Saya dan bersama beberapa pustakawan dari England, New Zealand, Afrika, Perancis terus menaiki bas (airbus) yang membawa kami ke Pusat Kotaraya Stockholm untuk ke hotel masing-masing. Hotel yang telah ditempahkan untuk saya ternyata terlalu jauh dari kota, kerana terpaksa pula rnenaiki teksi lagi untuk ke sana, dan tam bang teksinya terlalu tinggi. Saya tidak senang dengan hotel ini. Maka itu saya terus ke tempat Persidangan untuk urusan pendaftaran dan berjumpa dengan pihak Panitia. Tempat persidangannya ialah di Stockholmmasse Alvsjo dan perlu menaiki keretapi dari stesyen pusatnya. Apabila tiba di tempat persidangan barulah hati saya gembira kerana bertemu rakan pustakawan dari negeri Thai, Filipina, Indonesia, Iran dan England. Saya gembira berternu tiga orang rakan dari Malaysia iaitu Sdr. Katni dari ITM, Sdr. Adeline dari Sabah dan ¡Sdr. Khoo Siew ~un dari Universiti Malaya. Kami berempat tinggal di ternpat dan hotel yang berjauhan dan hanya berjumpa kalau ada sesi yang sarna diminati. Jadual persidangan ternyata begitu ketat, sehingga tidak ada masa untuk makan tengah hari. Sidang bermula dari 9 pagi hingga 5.30 petang dan tiap-tiap hari lebih dari 25 kertas kerja dibentangkan dalam sesi yang berjalan
serentak. Tiap-tiap malam ada pula jamuan makan dan persembahan kebudayaan.Memandangkanjadualyang begitu ketat sehingga ke malam, saya berjaya mendapatkan Panitia menukarkan hotel yang berhampiran dengan Stesyen Pusat, bagi memudahkan saya ke tempat Persidangan dan mengikuti majlis makan malam yang diadakan. Tema Persidangan IFLA tahun ini am at menarik - 'Perpustakaan - Maklumat untuk Ilmu' (Libraries - Information for knowledge). Majlis Perasmian Persidangan telah diadakan pad a 20 Ogos pukuI3.00 petang disernpurnakan oleh H .M. King Carl XIV dari Sweden dalam upacara yang sederhana tetapi tetap meninggalkan kesan yang mendalam. Kumpulan koir dari Sekolah Musik Adolf Fredrik menyerikan majlis dengan lagu-Iagu yang digubah khusus untuk persidangan itu 'Words and Sound in full flow'; 'From the singing textbook' dan 'Singing is like reading'. Lagu-Iagu dinyanyikan dalam bahasa Swedish tanpa iringan sebarang alat muzik . Majlis diikuti dengan ucapan dasar yang sungguh menarik bertajuk 'Perpustakaan dan struktur sosial' disampaikan oleh Mr. Bengt Goransson Menteri Kebudayaan dan 'Pendidikan Sweden. Beliau mengakhiri ucapan beliau dengan persoalan mengapa kita perlukan buku? Jawapan yang beliau sendiri berikan ialah 'bahawa koleksi buku yang ada di perpustakaan merupakan tumpuan citarasa perkembangan intelek dan sikap budaya masyarakatnya dan inilah yang menjadikan perpustakaan sebahagian daripada debat umum yang penling dalam proses demokrasi.' Pada hari yang sarna, jam 8.30 pagi, para peserta diundang ke perasmian Pameran Buku dan Perkhidmatan Perpustakaan. Majlis yang diberi nama 'Sarapan Sastera' atau 'Literary Breakfast' dipenuhi dengan bacaan sajak dan
Bahagian hadapan gedung Kebudayaan
prosa karya penulis-penulis Sweden oleh dua tokoh dramatis Sweden yang terkenal Ms Bibi Anderson dan Erland Josephson yang juga terkenal sebagai seorang pengarah dan pengarang. Mereka telah mempersonakan para hadirin dengan deklarriasi sajak-sajak dan pembacaan prosa dalam bahasa Swedish dan Inggeris. Pameran Perpustakaan ini telah berjaya menarik minat para pustakawan khusus dari negara-negara 'selatan' yang kagum melihat kemajuan yang telah dicapai dalam bidang pengkomputeran sistem perpustakaan dan penyebaran maklumat. 'Trend' yang ketara ialah sistem perpustakaan dibina bagi penggunaan PC dan bolch dipertingkatkan untuk komputer mini dan seterusnya kepada kerangka utama. Say a kagum melihat perpustakaan bergerak yang baru sahaja dihadiahkan kepada salah sebuah daerah di Sweden, mempunyai sebuah terminal komputer, di samping mempunyai tempat duduk untuk pembaca, telefon dan bilik air. Melihat perkembangan yang begitu pesat dalam bidang pengkomputeran sistem perpustakaan, terasa benar kita ketinggalan jauh di belakang. Persidangan dan pameran yang berjalan dengan begitu licin, telah diganggu
7
Gerai Persatuan Penulis Sweden
oleh satu kejadian yang mengejutkan. Dalam kesibukan para peserta meneliti bahan-bahan pameran, terdengar bunyi riuh rendah dan jeri tan serta bunyi gerai diruntuhkan. Say a pun hendak pergi melihat apa yang berlaku, tetapi ditahan oleh rakan saya Siew M un dan Dr. U Thaw Kwang, Ketua Pustakawan dari Universiti Myanmar. ladi, hanya Radha Rasmussen dari Australia pergi ke tempat kejadian dan memberitahu kami kemudiannya bahawa kumpulan pelarian dari Iran yang berada di Sweden telah meruntuhkan Gerai Republik Iran yang ada di Pameran tersebut. Keesokan harinya, para peserta yang berduyun-duyun menuju ke Dewan Persidangan dihulurkan dengan surat siaran dari 'Iranic Committee in Stockholm' dan lawatankuasa yang menyokong Hak Asasi Manusia Iran, menyatakan bantahan mereka kepada penyertaan Medieval Islamic Republic Regime of Iran' dalam IFLA. Satu lagi tunjuk perasaan yang saya saksikan ialah kumpulan yang membantah APARTHEID di Afrika Selatan. Surat siaran yang diedarkan kepada para peserta menerangkan bahawa kumpulan ini menentang penyertaan kumpulan pustakawan 'status quo' terutama seorang pustakawan kulit , putih yang akan menyampaikan laporan rasmi perkembangan perpustakaan di Afrika Selatan. Beberapa orang rakan dari negaranegara 'Selatan' kagum melihat sistem demokrasi yang sebenarnya berjalan. Dalam keadaan ada tunjuk perasaan, ada bantahan, tidak kelihatan kumpulan yang menjaga keamanan seperti polis atau tentera di sekitar kawasan persidangan. Dalam kesibukan mengikuti persidangan say a sempat juga menikmati 8
neon yang sungguh memikat hati. Para peserta persidangan juga merupakan penonton pertama yang menduduki Teater Kotaraya Stockholm yang baru sahaja siap dibina. Teater ini berbentuk oktagon dan seluruh bangunannya berdindingkan kaca biru, dan teater tersebut sering dinamakan 'New Octagon Dark Blue Theater' yang ditempatkan dalam bangunan yang diberi nama 'Rumah Budaya' atau Kulturhuset. Dramatis Swedish yang terkenal Helge Gambar kenangan Skoog telah menunjukkan lakonan perdi akhir persidangan seorangan beliau dalam drama karya Pemenang Hadiah Novel Harry Martinson berjudul Poem Cycle Aniara, sepintas lalu keindahan kota Stockholm dengan iringan musik Gunmar Edan~ dengan udara bersihnya, pemandu der. Skoog berkata dia lebih senang berkereta dan bas yang tertib di jalan raya lakon dalam bahasa Swedish, tetapi dan lampu kereta yang berterusan dipada malam itu beliau telah melakonpasang sewaktu memandu di lebuh ray a kan karya tersebut di dalam bahasa pad a waktu siang. Saya dapati papan Inggeris. tanda, baik di lebuhraya mahupun di Saya dapati baik lakonan pendek ini, kedai-kedai, semuanya tertulis dalam mahupun deklamasi sajak dan pembabahasa Swedish. Orang-orang Swedish caan prosa, bahan-bahan yang telah bertutur dalam bahasa Swedish sesama dipilih membawakan persoalan yang mereka baik orang tua mahupun orang serius yang hendak disampaikan kemudanya, tetapi kalau kita orang asing pad a penon ton yang menyentuh soalbertanyakan sesuatu dalam bahasa soal nilai kemanusian, perjuangan hak Inggeris, mereka mampu menjawab wanita. kebersihan alam sekitar dan dalam bahasa Inggeris. akibat perkembangan teknologi cangSepintas lalu saya lihat bahasa gih kepada perhubungan manusia. Swedish dan bahasa Malaysia memSatu perkara yang amat ketara ialah punyai ejaan yang sarna. Kalau kita taraf hidup di Stockholm ini terlalu mengeja ekonomi dalam bahasa Swe- tinggi. Barang-barang terlalu mahaljika dish juga sarna ejaannya. Begitu juga dibandingkan dengan nilai wang dengan geografi. Hanya kita eja teksi Malaysia. Maka itu cadangan saya mengikuti bunyi, dalam bahasa Swedish untuk bercuti di Sweden setelah selesai dieja taksi. persidangan. saya batalkan. Para peserta persidangan juga diberi IFLA 1992 akan berlangsung di New kesempatan menikmati pertunjukan Delhi dan para pustakawan dari India kebudayaan. Tarian rakyatnya 'folk sudah bersiap sedia dari sekarang, dancing' diadakan di pentas terbuka di mengedarkan risalah dan maklumat Taman Skansen yang terletak di atas awal dan mengadakan pertunjukan bukit. Dari tempat ini kita dapat menik- video ten tang negara India untuk memati Kota Stockholm dengan cahaya narik bakal peserta.
SERBA SEDIKIT TENTANG VIDEO Oleh Nik Aman Nik Yusoff
Anda tentu telah biasa melihat atau menggunakan peralatan video setiap hari, tidak kira sarna ada ia alat perakam , pita video atau mungkin kamera video. Budaya video telah berada di Malaysia lebih daripada satu dekad. Jika pad a akhir tahun 70-an dan awal 80-an dahulu, memiliki set perakam video adalah menjadi satu kemewahan tetapi tidak lagi sekarang. Di mana-mana sahaja kita pergi kita boleh dapati pelbagai jenis dan jenama alat pemain/perakam video dan pita-pita video dijual dengan murah dan meluas. Tidak kurang juga terdapatnya pitapita video tiruan yang mungkin terbeli oleh anda sendiri. Kalau dahulu kamera video hanya digunakan oleh orang yang berada dan juga institusi-institusi sahaja tetapi tidak lagi sekarang. Ramai yang tclah mampu memiliki kamera video sendiri, mungkin termasuk anda sendiri. Walau bagaimanapun mungkin anda mempunyai masalah dalam penggunaan video ini kerana beberapa perkara yang anda tidak begitu teliti sewaktu membeli peralatan tersebut. Anda mungkin telah pergi melancong ke Amerika Syarikat atau Jepun dan telah membeli beberapa buah pita video kart un dan dokumentari sebagai cenderamata tetapi malangnya anda tidak dapat menontonnya apabila pita tersebut dimainkan di rumah anda. Anda dan keluarga sedang bersiar-siar di sebuah kompleks membeli-belah, tiba-tiba . anda ternampak gambar anda dan keluarga di skrin televisyen di dalam sebuah kedai foto atau kedai elektrik lantas anda tertarik untuk melihat kamera yang telah merakamkan gambar anda sekeluarga tadi. Setelah puas and a meneliti kamera tersebut dan mendengar penerangan daripada juru jual, anda tertarik untuk membeli kamera tersebut kerana harganya hanya $2,100 dan pekedai menawarkan pula bayaran ansuran $99.00 sebulan. Anda tidak berlengahlengah lagi, langsung anda bersetuju
membeli kamera terse but untuk hiburan sekeluarga . Malangnya setelah sebulan menggunakan kamera tersebut kos pembelian pita lebih tinggi daripada kos anda membayar ansuran kamera dan anda pula terpaksa melakukan beberapa kerja tam bah an untuk menyimpaI1 koleksi pIta dan memainkannya untuk tontotan keluarga anda. Puncanya hanyalah kerana saiz pitanya, berlainan. Masalah-masalah seperti ini biasa berlaku di sekeliling kita kerana tidak ada keterangan yang lengkap ten tang video di dalam media massa. Tidak perlulah diterangkan definisi video secara panjang lebar cum a video boleh didefinasikan sebagai pita yang boleh menghasilkan gambar dan suara dengan serta-merta dan paling mudah untuk digunakan. Pada asalnya pita video hanya digunakan oleh badan-badan penyiaran televisyen sahaja. Penggunaan video secara meluas cuma bermula pada tahun 1967 apabila Syarikat Sony memperkenalkan kamera 'PORTAPAK' untuk pasaran pengguna yang mulamula menggunakan bateri dan mampu merakam selama 20 minit dalam format pita I 2 inci yang dimuatkan ke dalam kotak kaset seperti juga pita 3/4 inci (V-Matic). Dalam dunia video pelbagai format pita digunakan dan ia berbeza mengikut kegunaan. Vntuk penyiaran, pita jenis profesional iaitu pita format 2 inci dan 1 inci digunakan manakala pita 3/4 inci (V-matic) digunakan untuk tujuan liputan berita (ENG: Electronic News Gathering) dan produksi luar (EFP: Electronic Field Production). Begitu juga dengan format 1/2 inci (Betamax) yang amat popular di kalangan krew E G dan EFP kini. Kualiti rakaman pita format tersebut adalah amat tinggi berbanding dengan format VHS dan 8mm (video 8) yang popular di kalangan pengguna biasa. Walau bagaimanapun dengan kemajuan teknologi format VHS telah
dapat memenuhi keperluan kualiti penyiaran dengan ciptaan format Super VHS (professional) dan Super Betacam . Penciptaan kamera-kamera profesional untuk format Super VHS dan Super Betacam yang menggunakan teknologi 3-CCD (Charged Coupled Device) telah dapat mengatasi kemampuan format 3/4 inci (V-Matic) yang langsung tidak berkembang lagi. Para pengeluar telah berlumbalumba mengeluarkan pelbagai jenis kamera-kamera yang mudah untuk digunakan seperti format S-VHS(C), 8mm, VHS dan S-VHS. Format-format tersebut popular di kalangan pengguna biasa. Walau bagaimanapun format S-VHS-C, 8mm dan S-VHS meletakkan harga yang agak mahal bagi pi tanya. Sebuah pita 8mm boleh mencapai harga $25.00 dan sebuah pita S-VHS-C boleh mencapai harga sehingga $35.00. Foqnat-format ini kecuali VHS tidak boleh dimainkan dengan alat perakam VHS biasa. Format S-VHS hanya boleh dimainkan dengan alat perakam VHS jika rakaman dijalankan dengan 'mode' VHS dan bukan S-VHS. Format 8mm dan S-VHS-C agak sarna besar saiznya cuma format 8mm lebih nipis iaitu 1/4 inci dan S-VHS-C ialah 1/2 inci. Makend 'C' pada S-VHS-C ialah 'compact' atau padat. Pita format S-VHS-C boleh digunakan pada alat perakam VHS atau S-VHS saiz biasa apabila dimasukkan ke dalam "tape adaptor" . Oleh itu jika and a menggunakan kamera 8mm dan S-VHS-C, anda cuma boleh memainkan pita ideo tersebut dengan menggunakan kamera 8mm atau S-VHS-C sahaja. Sistem-sistem penyiaran televisyen adalah berbeza-beza mengikut negara masing-masing. Terdapat sistem NTSC, SECAM, MESECAM dan PAL. Negara-negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Mexico, Filipina dan beberapa buah negara lain mengberssmbung ke hIm 13
9
Resolusi Seminar Serantau Pendokumentasian Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Raja Masittah Raja Ariffin
GENAP 34 tahun Oun 1956-lun 1990) Dwan Bahasa dan Pustaka, MalaysIa ditubuhkan dan dalam jangka masa yang panjang ini, pada 4 - 7 lun 1990, merupakan tarikh-tarikh penting dalam sejarah Perpustakaan DBP, kerana pada tarikh-tarikh inilah buat pertama kalinya, satu seminar bertaraf antarabangsa telah diadakan di DBP, iaitu Seminar Serantau Pendokumentasian Bahasa dan Kesusasteraan Me/ayu . Seminar yang berakhir pada 7 lun 1990 telah menghasilkan resolusi yang harus difikirkan dan dilaksanakan bersarna. Satu kata sepakat tercapai dalam usaha mengatasi masalah-masalah yang dihadapi dalam kerja-kerja pendokumentasian bahan-bahan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Dalam hal ini, para sarjana kesusasteraan Melayu dan pustakawan pembinaan koleksi amat penting dan perlu bekerjasama bagi mengkaji dan menentukan konsep dan istilah kesusasteraan Melayu yang standard untuk memindahkan pustakawan membina koleksi asas dan mengenalpasti korpus hasil-hasil kesusasteraan yang dilahirkan dalam masyarakat tersebut. Bibliografi karya-karya agung kesusasteraan Melayu perlu diusahakan selengkap-Iengkapnya dan pengumpulan maklumat bersepadu amat perlu ke arah membina "katalog Induk Bahasa dan Kesusasteraan Melayu" yang canggih dan berwibawa sifatnya. Dalam hal penyelidikan bahasa dan kesusasteraan Melayu, disarankan juga perJunya para pustakawan turut serta bagi memastikan maklumat primer akan diperoleh secara langsung dan dapat didokumentasikan dengan lebih teliti dan teratur bagi kegunaan penyelidik seterusnya. Sehubungan dengan ini, satu katalog khusus karya-karya Melayu dalam tulisan jawi yang dicetak hendaklah diusahakan secepat mungkin 10
sebagai bahagian daripada katalog Melayu. Dengan terhasilnya satu daftar induk yang akan disediakan. nama yang autoritatif sifatnya, segala Dalam resolusi ini juga ada dicadang- masalah-masalah yang dihadapi selama kan supaya "pendokumentasian mak- ini dapat diatasi. Di samping itu, para lumat" dijadikan satu mata pelajaran penerbit, pengarang dan pustakawan dalam ko kurikulum pendidikan negara, perlu bekerjasama untuk mewujudkan memandangkan minat terhadap pendo- keseragaman catatan nama pengarangkumentasian harus diambil perhatian pengarang dan butiran penerbitan yang berat dan harus dipupuk dari peringkat penting di halaman judul pada tiap-tiap awallagi. penerbitan. Sebuah jawatankuasa peUntuk memastikan pengkatalogan ringkat serantau juga perlu ditubuhkan nama-nama pengarang Melayu yang untuk penyediaan Daftar ladual Transeragam sesuai dengan ciri-ciri dan latar sliterasi lawi-Rumi Bahasa Melayu belakang budaya setempat dicapai yang seragam, khususnya ejaan bagi dengan mantap, maka satu kajian yang nama tempat dan nama orang bukan l\!bih terperinci ten tang Daftar Nama Melayu yang terdapat dalam bukuMelayu yang telah dimulakan oleh Per- buku terjemahan Inggeris-Melayu yang pustakaan DBP hendaklah diteruskan. lama. lawatankuasa ini mungkin perlu Sebuah jawatankuasa peringkat seran- ditubuhkan dalam rangka kerja MABtau perlu dibentuk untuk mengkaji dan BIM. memberi penafsiran yang seragam Di antara n:!solusi yang penting ialah kepada AACR. khusus yang berkaitan perlunya para sarjana dan pustakawan dengan nama pengarang-pengarang mengkaji buku-buku bahasa dan kesu-
Profesor Nik Safiah Karim scdang membenlangkan kertas kerJanya. dan dipengerusikan oleh Profc 'or Abdullah Ha san
sasteraan Melayu untuk menentukan satu sistem pengkelasan yang seragam dalam konteks kebudayaan Melayu Serantau yang boleh digunakan dalam pengkelasan koleksi bahasa dan kesusasteraan Melayu. Daripada aspek pengkomputeran perpustakaan, sebuah jawatankuasa perlu ditubuhkan di peringkat serantau untuk rnenghasilkan piawaian yang boleh diterima bagi kerja-kerja pengkornputeran maklurnat bahasa dan kesusasteraan Melayu. Untuk tujuan ini, pengawalan bibliografi dan indeks yang baik harus dilaksanakan. Pusat-pusat pengajian Melayu bukan sahaja wujud di rantau ini malahan di luar dunia Melayu seperti di Amerika. London dan lain-lain. Untuk rnernper- Sebahagian daripada peserta yang mcngikuti seminar kern bang dan meningkatkan pengajian Melayu di luar dunia Melayu, rnaka saluran perdagangan buku di peringkat antarabangsa perlulah ditingkatkan: pertukaran maklumat bibliografi tentang bahasa dan kesusasteraan Melayu hendaklah segera dilaksanakan dan pertukaran pustakawan perlu untuk rnernperkukuhkan hubungan dan mengeratkan kerjasarna. Sebagaimana matlarnat seminar mi. sebuah Pusat Dokumentasi Bahasa dan Kesusasteraan Melayu di peringkat nasional hendaklah ditubuhkan terlebih dahulu untuk rnenyelaraskan surnber maklurnat dalarn bidang tersebut dan rnewujudkan rangkaian kerjasama dengan pusat-pusat dokumentasi dalarn bidang yang sarna di dunia Melayu khususnya dan di luar dunia Melayu arnnya, dengan komitrnen yang bersungguh-sungguh, mencakup peruntukan kewangan, fizikal dan kakitangan secukupnya. Dalam usaha ini Perpustakaan DBP disarankan sebagai tapak Ok Annabel T. Gallop dari British Library sedang mcnyampaikan kertas kerjanya permulaan pusat tersebut. Derni menjaga rnaruah bahasa dan kesusasteraan Melayu, sebuah Pusat Dokumenta i Serantau hendaklah difikirkan bersama.
Sebahagian daripada peserta yang mengemukakan pendapat dan pertanyaan pada e i soal jawab
Perpustakaan Bersama Anda Raja Mas-ittah Raja Ariffin " Rajin dan usaha, tangga kejayaan" . Sekiranya kata-kata ini dihayati dan diamalkan, insyaaUah, kita akan mencapai kejayaan. Membaca dan belajar memang penting dalam kehidupan seseorang, khususnya para pelajar di peringkat rendah, menengah dan tinggi. Membaca dan belajar boleh di manamana, di bilik darjah, di rumah mahupun di perpustakaan . Penuntut-penuntut institusi pengajian tinggi amat memerlukan bahan bacaan, buku rujukan untuk kajian dan penyelidikan dalam bidang-bidang tertentu . Mereka, selalunya memperoleh bahan rujukan di perpustakaan akademik, di universiti tempat mereka belajar. Oleh kerana tidak semua perpustakaan mempunyai semua jenis bahan, mereka harus membuat penyelidikan di luar perpustakaan mereka sendiri. Mereka terus mencari di perpustakaan awam dan perpustakaan-perpustakaan khusus yang lain, yang boleh membantu kajian mereka. Di an tara perpustakaan yang paling diminati ialah Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, sebuah perpustakaan khusus dan perpustakaan penyelidikan yang memberi perkhidmatan rujukan, khusus dalam bidang bahasa, kesusasteraan, pendidikan dan kebudayaan Melayu. Mengikut statistik, pengguna-pengguna (luar DBP) yang datang ke perpustakaan semenjak Januari 1990 sehingga Ogos 1990, ialah 1,267 orang dan didapati 70% daripada jumlah tersebut adalah penuntut-penuntut dari Institusi Pengajian tinggi seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malay, sia, Universiti Pertanian Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Maktab Perguruan IImu Khas, Maktab Pengurusan Islam (Kuala Lumpur), Institut Bahasa, Institut Teknologi MARA, dan 'Singapore National University'. Pe\ajar-pelajar pra-universltl daripada sekolah-sekolah di sekitar bandaraya Kuala Lumpur seperti Sekolah Alam Shah, 'Rima College', Maktab Cyma Sains dan Sastera (ahli kumpulan Maktab Stamford, KL), dan juga Jabatan Pengajian Melayu Foon Yew, Johor Bahru, Johor turnt mencari bahan di perpustakaan DBP. 12
Kalalog unluk mendapatkan bahan perpuslakaan Sekiranya dirujuk surat pennohonan mereka (untuk menggunakan perpustakaan) yang ditandatangani oleh pihak dekan atau pensyarah masing-masing, ternyata, mereka dari Jabatan Linguistik, Pengajian Melayu, Sains Sosial, Kajian Senilukis, dan Penterjemahan. Secara nyata dan jelas, bidang dan skop kajian yang diusahakan ialah linguistik, kesusasteraan, pendidikan, kebudayaan Melayu, kewartawanan, kesenian dan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan peranan D BP dalam perkembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Lazimnya, satu salinan latihan ilmiah mereka akan diserahkan untuk simpanan perpustakaan DBP. Selain pelajar dan penuntut, para penyelidik (luar DBP) kerap memohon kebenaran menggunakan perpustakaan untuk memperoleh maklumat bagi penyelidik mereka. Di antaranya ialah penyelidik-penyelidik dari 'Type Style Services' (Petaling Jaya), untuk menghasilkan buku mereka berjudul Pangkor Treasure of the Straits dan Penerbitan Bandaraya Sdn. Bhd. untuk menerbitkan buku Malaysia Independence Day 1990. Buku-buku tersebut akan dihadiahkan kepada perpustakaan
DBP setelah diterbitkan . Penyelidikpenyelidik lain terdiri dari HUD Filem Production, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia, Bank Rakyat, RTM, Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos Malaysia, The New Straits Times Press (M'sia) Bhd, Creative Works Services, Pusat Budaya Libya dan lain-lain. Untuk penelitian selanjutnya, diperturunkan statistik pengguna-pengguna luar DBP yang telah menggunakan perkhidmatan Perpustakaan DBP dari Januari hingga Ogos 1990.
Bulan/ I 990 Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos
Jumlah pengguna 145
97 109 120 80 90 318 308 1,267
!
MINGGU MEMBACA Che Ros Rahim
'Meneroka ilmu melalui pembacaan' begitulah tema yang telah dipilih untuk Minggu Gerakan membaca di peringkat Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun ini . Daripada tema ini menggambarkan bahawa manusia yang berakal itu hams mempunyai ilmu hdak kira ilmu apa yang dimiliki dan sctinggi atau secetek mana ilmu yang dikuasai. Hidup tidak akan lengkap tanpa berilmu. Dalam hal ini kaedah utama untuk memperoleh ilmu ialah dengan membaca . Pembacaan yang betul biasanya berpunca daripada minat dan kepcntingan kepada sesuatu ilmu. Oleh itu tema ini akan dijadikan teras kepada seluruh kakitangan DBP dalam usaha untuk mempertingkatkan dan memperdalamkan ilmu yang ada. Sebagai sebuah institusi yang terlibat secara langsung dengan dunia penerbitan, maka sudah sewajarnya dihidupkan suasana persekitaran ilmu di dalam organisasi ini. Dengan ertikata bahawa harapan kita adalah supaya setiap kaki-
tangan daripada peringkat bawahan hinggalah ke peringkat atasan akan menjadikan tabiat membaca sebagai perkara )ang mesti dalam kehidupan seharian terutama ketika bekerja. Sehubungan dengan itu beberapa program lJinggu Gerakan Membaca telah ditentukan untuk memenuhi hasrat ini. Seperti pada tahun yang lalu, satu se i ceramah akan diadakan pada hari perasmian Penceramah jemputan ini diharapkan dapat memberikan satu ceramah yang berkaitan dengan budaya ilmu dengan cara yang mudah difabami dan eronok didengar. Setiap kakitangan DBP diundang ke majlis ini. Selain daripada ceramah, sesi bersarna tctamu DBP akan diadakan. Beberapa orang ahli panel yang terdiri daripada pesara atau bekas pekerja DBP akan diundang untuk berbicara dalam berkongsi pengalaman atau pengetahuan terutama ten tang minat membaca mercka. Bagi mereka yang berminat untuk berbincang mengenai judul-judul baru,
sesi diskusi buku akan diadakan dan dibuka kepada sesiapa yang berminat. Sesi ini akan cuba mengketengahkan beberapa judul yang berkaitan supaya skop perbincangan akan dapat dikaitkan di an tara judul-judul tersebut. Bagi memeriahkan lagi kegiatan Minggu Gerakan Membaca ini, pertandingan kuiz dan debat akan diadakan untuk mencungkil bakat dan pengetahuan kakitangan DBP. Hadiah-hadiah yang menarik serta piala pusingan akan disediakan. Bersempena dengan minggu itu juga, beberapa kegiatan sampingan akan dijalankan seperti pelancaran buku baru, jualan potongan harga bagi judul-judul tertentu, tayangan video dan pameran. Minggu Gerakan Membaca akan diadakan pada penghujung bulan Disember 1990 dan pengumuman kcmcnangan serta penyampaian hadiahhadiah akan dibuat dalam Majlis 31 Disember' agar ambutannya menjadi lebih menarik.
digunakan dj Malaysia, Indonesia, England, China, Thailand, Australia dan beberapa buah negara lain. Terdapat nama-nama jolokan untuk sistem-sistem ini iaitu NTSC (Never Twice Same Colour), SECAM (Something Essentially Contrary to American Methods) dan PAL (Peace At Last). Olch ebab itu jika and a ke luar negcri dan ingin membeli pita video, pastikan anda membeli sistem PAL. Walau bagaimanapun anda mungkin memiliki alat perakam video 'multi-system' yang boleh memainkan pita dari sebarang item atau jenis PALjSECAM yang boleh memainkan pita sistem PAL dan SECAM sahaja. Kebanyakan alat pemain video di pasaran sekarang hanya boleh memainkan pita sistem
PAL dan PALjSECAM sahaja. Alat pemain¡ 'Multi-system' lebih mahal harganya dan biasanya digunakan oleh institusi-institusi atau perpustakaan yang menggunakan koleksi pita daripada luar negeri. Di Malaysia, format yang popular ialah format VHS dan menggunakan sistem PAL. Apabila anda menggunakan kamera 8mm dan anda hendak memainkan pada alat pemain VHS, anda perlu memindahkan rakaman tersebut dan ini mengakibatkan kekurangan mutu atau 'drop in quality' ebanyak 20-30 peratus. Oleh itu usah terkejut jika setelah beberapa kali disalin, ha il rakaman anda akan menjadi hitam putih sahaja.
sambungan dari hIm 9
gunakan sistem NTSC (National Television Standards Committee). Pada asalnya negara-negara tersebut sudah lama menggunakan sistem televisyen hitam putih dan untuk mengurangkan kos ubahsuai untuk siaran warna maka sistem ini digunakan. Orang-orang Perancis telah mencipta sistem SECAM (Systeme Electronique Pour Colour A vee Memorie) yang lebih baik sedikit daripada NTSC dan digunakan juga di negara-negara blok komunis. Orang-orang Jerman pula telah mencipta sistem PAL (Phase Alternation by Line) iaitu sistem yang terbaik berbanding dengan NTSC dan SECAM. Sistem ini mempunyai gam bar dan warn a yang lebih terang. Sistem PAL
13
SOAL SELIDIK PEMBACAAN GOLONGAN TERTENTU oleh Che Rose Rahim
V.
Minat dan kepekaan mereka terhadap terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka .
FAEDAH
Sebahagian daripada pengguna perpustak aan
Kajian minat membaca bag; penduduk di Malaysia pada tahun 1982 mendapati bahawa kadar kenalhuruf penduduk ialah sebanyak 74%. Walaupunjumlah ini adalah melebihi jangkaan yang ditentukan tetapi pencapaiannya belum boleh dibanggakan. lni adalah kerana negara-negara yang 'lain di Asia seperti Jepun dan Korea teJahpun mencapai kadar kenalhuruf sebanyak 100% manakala Filipina sebanyak 89.2% (1980) dan Thailand sebanyak 87.7% ' (1980). Secara ringkasnya, kajian yang telah dibuat itu merupakan satu kajian minat membaca yang menyeluruh kerana responden yang terlibat berumur di antara 16 hingga 50 tahun dan meliputi berbagai-bagai golongan dan profesion. Oleh kerana kadar ini terIalu besar, maka satu usaha perlu dijalankan untuk membuat kajian terhadap golongan
14
yang lebih khusus bagi melihat minat membaca pada peringkat golongan tersebut. Dalam hal ini Dewan Bahasa dan Pus taka bercadang untuk menjalankan kajian ini dengan tumpuan kepada golongan profesional khusus di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Sekiranya cadangan ini dipersetujui beberapa aspek penting akan diberi penumpuan yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat ten tang: 1.
Jenis bahan bacaan yang diminati oleh golongan ini.
11.
Bahasa bahan bacaan yang menjadi pilihan mereka.
LU.
Terbitan-terbitan dirujuk.
yang
selalu
IV.
Pendapat mereka mengenai bahan-bahan berbahasa Malaysia.
Penemuan-penemuan dari kajian ini kelak diharap dapat memberi faedah kepada usaha-usaha meningkatkan tarafpembacaan di kalangan penduduk di Malaysia. Secara khususnya, kajian ini akan dapat membantu penerbit-penerbit di Malaysia sekiranya ada cadangancadangan dari penemuan yang mungkin menyentuh soal harga, kemudahan mendapatkan terbitan, bahasa, mutu bahan bacaan, bidang perkara yang lebih penting dan lain-lain. Bagi pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, kajian ini berfaedah sekali kerana daripada penemuan ini, pihak OBP boleh berpandukan masalah atau cadangan tadi untuk mempertingkatkan penerbitan yang berkaitan. Oengan cara ini akan menggalakkan penghasilan karya-karya asli dan terjemahan yang bukan sahaja memberi keuntungan kepada penulis bahkan kepada negara. Oi samping itu, kajian ini juga akan membantu institusi-institusi atau persatuan-persatuan yang berkaitan dengan buku dan pembacaan memainkan peranan yang lebih berkesan untuk meningkatkan minat membaca bukan sahaja terhadap bahan bacaan yang berkaitan dengan kerjaya masingmasing malah terhadap semua bahan bacaan lain yang diminati. Kesimpulannya, soal selidik memainkan peranan penting sebagai salah satu kaedah mengkaji masyarakat. Oleh itu soalan-soalan yang dikemukakan di dalam borang soal selidik haruslah menggambarkan matlamat dan tujuan kajian.
PROMOSIDAN PENYALURAN MAKLUMAT KEBUDAYAAN TRADISIONAL A . Wahab Hamzah
Cukupkah kebudayaan tradisional cabaran semasa dunia moden. Hal ini sekadar dijadikan acara tontonan da- jelas bila Singapura (sebagai contoh) lam pesta-pesta kebudayaan atau acara yang dianggap paling memiliki wajah seJingan dalam majlis-rriajlis rasmi? kota moden itu masih memerlukan keAtau sekadar untuk dipersembahkan kuatan unsur-unsur budaya tradisional kepada pelancong asing supaya mereka dalam membina identiti masyarakatnya mengetahui seni budaya negara ini . bagi meningkatkan kesejahteraan keNamun, akhir-akhir ini, budaya tradi- hidupan. sional lebih banyak dijadikan bahan Usaha memupuk dan mempertahankajian ilmiah. kan kebudayaan tradisional bukan Tahun Melawat Malaysia 1990, ba- tugas yang mudah, apatah lagi masyanyak memaparkan seni kebudayaan rakat moden hari ini yang sering mengtradisional bangsa, sayangnya, lebih di- hadapi cabaran budaya konsumerisme tujukan unluk pelancong. Lalu, bagai- dari Barat. Para budayawan semakin mana dengan masyarakat negara ini? menyedari betapa seni budaya tradiional semakin hilang ditelan masa atau Apakah mereka seperti juga pelancong yang sekadar menonton, lalu tahu erba mengalah dan meminggir kerana saingan budaya Barat yang begitu hebat. sedikit. Lalu, kerana kelemahan itu, kita deSeni kebudayaan tradisional tidak seharusnya dikenali sahaja tetapi lebih ngan mudah membuat kesimpulan penjauh daripada itu, menuntut pemaham- jajahanlah yang mewariskan budaya barat kepada kita. Kita mcngenali buan dan penghayatan. Sesungguhnya kebudayaan tradisio- daya Barat. mengenali tarian, muzik nal mempunyai peranan yang cukup barat atau biasa mendengar ceritapenting sebagai " synthesis" dalam pro- cerita rakyat barat atau mengetahui ses integrasi nasional dan moderni asi astera barat. Penjajahan hanyalah sebahagian yang akan meningkatkan kesejahteraan kehidupan bangsa. Kebudayaan tradi- daripada cara orang-orang barat mesional adalah landas keutuhan dan ke- nyebarkan budaya mereka ke rantau Asia atau dunia ketiga. Tetapi mereka peribadian bangsa. Hakikat ini cukup penting dalam mempunyai cara yang paling berkesan konteks Asia Tenggara yang terdiri untuk menyalurkan budaya mereka daripada wilayah-wilayah budaya tra- (barat) iaitu dengan menggunakan tekdisional,. Oaripada segi geografi dan nologi media maklumat. Mereka mengsejarah, wilayah Asia Tenggara meru- eksploit sesungguhnya media maklumat pakan gerbang lalu Iintas berbagai pe- atau teknologi media yang ada untuk ngaruh, ekonomi dan sosial. mengeksport budaya mereka ke seluruh Oaripadanya, kita melihat proses pe- dunia. nyedutan berbagai-bagai nilai budaya. Bukankah kita mengenali Amerika Sehubungan itu wilayah-wilayah di dan Inggeris meialUl budaya mercka Asia Tenggara amat memerlukan asas yang dipaparkan melalui media cetak, budaya lradisi yang kuat untuk memiaran radio. televisyen dan inema? bina masyarakatnya dalam menghadapi Keupayaan mereka menyebarkan bu-
daya bermakna peIaburan jangka panjang yang paling mengunlungkan daripada aspek sosial dan ekonomi . Media maklumat dan teknologi media menjadi semakin canggih dan menjadi kuasa terbaru yang amat berkesan di abad ini. Menyedari hakikat inilah maka SEAMEO Regional Centre/or Achaeolgy and Fine Arts (SPAFA) yang berpusat di Bangkok, telah mengadakan kursus "Promotion and Dissemination of Information on South East Asia Cultural Traditions" . Kursus yang diadakan dari 19 Oktober hingga 17 November 1990 di Ulliversiti Kebangsaan Malaysia telah dihadiri oleh seramai 16 orang peserta daripada negara-negara Asian iaitu Malaysia (4 pescrta), Filipina (3 pcscrta), Thailand (4 peserta), Brunei Darussalam (1 peserta), Indonesia (3 peserta) dan Laos (I peserta). Kursus sebulan ini telah mendedahkan para peserta kepada kebudayaan tradisional A can daripada perspektif arkcologi dan antropologi, melihat kebudayaan tradisional Asean daripada aspek sosio, ekonomi dan ideologinya. Turut didedahkan ialah sebahagian daripada unsur-unsur seni budaya tradisional Asean dan khususnya Melayu. Kursus ini dijalankan secara teoritikal dan amali. Memahami dan menghayati seni budaya negara Asean adalah peringkat pcrtama kursus ini. Peringkat kedua yang lebih penting ialah, bagaimana seni kebudayaan tradisional itu dapat dipromosi dan disebarkan kepada masyarakat setiap negara Asean. Untuk itu, para peserta kursus dilatih cara-cara menggunakan teknologi me15
dia sebagai cara penyebaran yang berkesan. Antaranya ialah cara-caramenghasilkan media cetak seperti majalah, buletin dan brosur. Untuk media audiovisual, para peserta menjalani latihan cara-cara menghasilkan video dokumentari . Keupayaan menggunakan media
cetak dan audio visual secara berkesan akan memastikan maklumat yang hendak disalurkan dapat diterima dengan berkesan oleh orang ramai. Untuk itu para peserta dikehendaki membuat persiapan persembahan secara teratur, daripada peringkat merancang, melaksanakan dan persembahan.
Biarpun para peserta yang menghadiri kursus SPAFA ini terdiri daripada mereka yang mempunyai pelbagai latarbelakang tetapi apa yang penting ialah mereka memahami betapa pentingnya kebudayaan tradisional itu disebarkan dengan cara yang berkesan kepada masyarakat negara masing-masing.
Para peserta kursus SPAFA pacta Majlis Pelancaran
Para peserta . sedang mengikuti kuliah
16
PAMERAN PERCETAKAN AWALDALAM BAHASA MELAYU A. Wahab Hamzah
Seawal abad ke-16 lagi bahasa Melayu telah dikaji oleh orang-orang Eropah terutamanya para pedagang. Sememangnya lama sebelum para pedagang Eropah melabuhkan kapalnya di pelabuhan-pelabuhan kepulauan Melayu, bahasa Melayu telah menjadi lingua franca yang utama di kalangan pedagang dan penduduk tempatan. Hasil kajian orang-orang Eropah itu terbitlah buku Spraeck Ende Woord
boek oleh Frederik De Houtman dalam tahun 1603 di Amsterdam. Buku ini menjadi buku berbahasa Melayu yang¡ terawal pernah dicetak. Sejak itu perkembangan percetakan buku-buku berbahasa Melayu semakin menggalakkan. Hal ini disebabkan kepentingan bahasa Melayu yang menjadi lingua franca utama di rantau ini. Antara buku-buku berbahasa Melayu yang terawal dicetak di Eropah adalah
kamus buku-buku, pelajaran nahu bahasa Melayu dan terjemahan Kitab Injil. Percetakan bermula di Tanah Melayu dalam tahun 1806 Ji Pulau Pinang. Buku dalam bahasa Melayu yang pertama kali dicetak di Tanah Melayu ialah The Tell Commandments yang dicetak oleh Mission Press di Melaka dalam tahun 1817. Percetakan di Singapura dimulakan dalam tahun 1822.
Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menyak ikan ebahagian daripada bahan Pameran Percetakan Awal Dalam Baha a Melayu di Balai Budaya, DBP.
17
Sebenarnya usaha awal percetakan di juga buku-buku bahasa Melayu yang kepulauan Melayu dilakukan oleh para lain seperti Hikayat Galilah dan DamiMubaligh Kristian dengan tujuan pe- nah (1835). Kisah Pelayaran Abdullah nyebaran agama Kristian kepada pen- (1837). Ada! sega/a Raja-raja Melayu duduk tempatan. Merekalah juga yang dalam segala negeri (1837), Sejarah telah memulakan percetakan berbahasa Melayu (1839) dan Hikayal Abdullah (1849). Melayu di Tanah Melayu. Selepas berakhirnya Era Mission Orang Melayu yang tcrlibat secara langsung dalam usaha-usaha awal per- Press di Singapura, usaha penerbitan cetakan dalam bahasa Melayu ialah berbahasa Melayu diambil alih oleh Munshi Abdullah. Beliau mengajar ba- penerbit tempatan terutama daripada hasa Melayu kepada para Mubaligh golongan Jawi Peranakan. Mereka telah Kristian dan pernah belajar ten tang berjaya menerbitkan akhbar Jawi Perpercetakan dengan Walter Medhurst. anakan (1876) iaitu akhbar Melayu Bersama-sama Rev. C.H. Thomsen, yang pertama terbit di Tanah Melayu. beliau membantu mencetak buku The Akhbar ini menjadi titik tolak yang Ten Commandments dan majalah penting dalam kegiatan kewartawanan Bustan Ariffin. majalah bahasa Melayu dan intelektual Melayu. Dengan terbitanya Jawi Peranakan yang pertama kali diterbitkan dalam juga menandakan kedudukan Singatahun 1821. pura sebagai pusat kegiatan intelektual Dengan bermulanya percetakan berMelayu yang penting di penghujung bahasa Melayu di Melaka dalam tahun abad ke-19 dan awal abad ke-20. Ke1817, maka usaha-usaha mencetak bahan-bahan bahasa Melayu semakin berkembang di Melaka. Biarpun kebanyakan bahan itu, untuk tujuan pengembangan agama Kristian. Usaha percetakan ini berterusan sehingga tahun 1826 apabila usaha percetakan Melayu di Melaka yang dijalankan oleh para mubaJigh dihentikan. Selepas Melaka, pusat percetakan Mubaligh Kristian beralih pula ke Singapura. Percetakan berbahasa Melayu yang pertama di Singapura telah dicetak dalam tahun 1822. Era percetakan Mission Press yang banyak mencetak buku-buku pengetahuan dan pengembangan agama Kristian yang sekian lama dikendalikan oleh London Missionary Society berakhir 'dalam tahun 1811. Sungguhpun Mission Press dalam tempoh itu banyak menerbitkan risalah Kristian tetapi mereka menerbitkan
giatan ini merancakkan penerbitan lebih banyak akhbar,' majalah dan buku-buku dengan bidang perkara yang lebih meluas. Melihat kepada sejarah dan perkembangan percetakan dalam bahasa Melayu ini maka, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pus taka dengan kerjasama British Library telah mengadakan satu pameran Percetakan awal dalam Bahasa Melayu 1603 -1945. Pameran itu diadakan bersempena dengan Seminar Serantau Pendokumentasian bahasa dan Kesusasteraan Melayu. Usaha membawa 22 buah buku percetakan awal Melayu dari British Library bukanlah mudah. Buku-buku itu telah diinsurankan sebanyak ÂŁ50,000.00 dan kselamatannya cukup ketat. Pameran itu berhasil kerana kerjasama yang cukup baik dari sistem Penerbangan Malaysia dan Cik Annabel Teh Gallop dari British Library.
SENYUM MUTIARA PUST AKA
18
BUKU -BUKU TERJEMAHAN Wan Salhah Hj. Megat Ahmad rang-orang Jepun sejak dulu hingga kini amat rajin menterjemahkan buku-buku asing ke dalam bahasa mereka. Taiwan pula mengimpot buku-buku asing secara besar-besaran dan diikuti oleh Korea Selatan. Daripada sini jelas memperlihatkan bahawa negara-negara tersebut maju dalam industri, perdagangan dan perekonomian. Hadiah-hadiah sastera seperti Hadiah Noma yang diadakan setiap tahun telah menggambarkan kesedaran mereka terhadap potensi buku-buku berbahasa Jepun diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa asing. Di Indonesia pula kadar penterjemahan agak pesat jika dibandingkan dengan Malaysia. Terdapat banyak buku pengajian tinggi dalam bahasa asing telah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia. Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pus taka mempunyai koleksi yang boleh dikatakan komprehensif dalam bidang-bidang tersebut. Di sini saya mengambil kesempatan mengulas empat (4) judul buku terjemahan yang baru diperolehi dari Indonesia ketika menghadiri Pesta Buku IKAPI baru-baru ini.
O
FORSSBLAD, Lars Kompaksi (penempatan) ukuran tanah dan batuan dengan getaran/dialihbahasa oleh Danny Rudiawan Indranada Kartasapoetra. - Jakarta: Bina Aksara, 1989. Judul asal : Vibratory soil and rock fill compaction. Kemajuan dalam bidang teknologi telah meningkatkan taraf hidup manusia dalam segala aspek kehidupan. Penemuan-penemuan barn dalam bidang teknologi juga memudahkan kerja-kerja pembangunan. Buku 'Kompaksi (penempatan) ukuran tanah dan batuan dengan getaran' ini rnernperkenalkan satu proses pemarnpatan tanah dengan kaedah getaran. Buku ini membicaralcan kaedah dan rnetode rnemadatkan tanah dan batuan di kawasan tertentu dengan penggunaan alat penggetar. Alat penggetar moden ini bukan ahaja rnenjimatkan rnasa tetapi hasilnya juga lebih baik daripada teknik yang tradisional sifatnya. Oleh kerana penerbitan buku dalarn bidang teknologi sangat kurang di rantau ini, buku ini bolehlah dianggap sebagai buku panduan yang baik untuk mereka yang bergiat dalam bidang indu tri pernbinaan bangunan. VLEMING, J.L. Kongsi & spekulasi : jaringan kerja bisnis Cina / disadur oleh Bob Widyahartono. - Jakarta: Pustaka Utama Grafiti, 1989. Judul asal : Het Chinese Zakenleven in Nederlandsch Indie (1926). (Bahasa Belanda).
Masyarakat Cina di mana juga mereka berada memang terkenal sebagai kelompok yang sangat berjaya dalam bidang ekonomi. Penghijrahan awal mereka ialah Asia Tenggara. Mereka datang ke sini sebagai buruh dan bekerja di lombong dan di ladangladang. Sikap rajin bekerja bangsa ini telah merubah kehidupan mereka menjadi suatu bangsa yang terkenal dalam bidang ekonomi. Buku yang mempunyai empat kelas bab ini mengajak pembaca meninjau semula selok belok kehidupan masyarakal Cina di zaman Hindia Belanda khususnya daripada segi budaya, kegiatan sosial, sikap dan bagaimana mereka mengendalikan perniagaan dan perdagangan. DANIEL, Wayne W. Statistika nonparametrik terapan / Wayne W. Daniel; alihbahasa oleh Alex Tri Kontjono W. Jakarta: Gramedia, 1989. Judul asal : Applied non parametric statistics. Buku statistik ini merupakan buku teks tarnbahan untuk kegunaan rnahasiswa di institusi pengajian tinggi. Kandungan buku ini memberi penekanan yang lebih terhadap penerapan rnetodemetode statistik tak berpararneter. Penulis telah membahagikan empat bahagian yang utama iaitu andaian, hipotesis, statistik ujikaji dan kaedah membuat keputusan. Di samping itu penulis juga menyediakan beberapa latihan bertulis untuk menguji pemahaman pengguna ten tang teknik-teknik yang dibincangkan. ROMEIN, Jan Dalam pesona Prambanan : Indonesia di tengah gejolak dunia / Jan Romien ; penterjemah Hazil Tanzi!. Jakarta: Pustaka Utarna Graflti, 1989. Judul asal : In de ban van Prarnbanan (Bahasa Belanda). Buku ini adalah kurnpulan lapan judul cerarnah Prof. Jan Rornein berhubung dengan sejarah. Cerarnah ini mernperlihatkan pendirian beliau terhadap hubungan di antara negara Timur dan Barat. Beliau berpendapat bahawa Tirnur dan Barat adalah dua dunia yang sarna daripada kaca mata sejarah peradaban bangsa tetapi pada umumnya dunia Tirnur dan Barat kerap dianggap sebagai dua dunia yang berlainan. Negara Barat dilihat sebagai negara yang maju dan moden semen tara negara di sebelah Timur dianggap sebagai negara yang mundur. Ini bermakna untuk menuju ke arah kemajuan, negaranegara Timur perlu mencontohi negara Barat. 19
PERADUAN PENULISAN SASTERA 1980 -1985 Oleh: Fatimah Zahrin
judulnya: Dua Alam, terbitan Grup Penulis UKM, 1984. Esei: Abdul Rahman Napiah; judulnya: PenyairPeny air Mutakhir Malaysia yang terbaik.
1980 I.
2.
3.
4.
Peraduan menulis sastera kreatif - III cerpen dan cerita kanak-kanak. Bahagian cerpen Pertama: Majuni Patira; judul cerpen: Anjang Husin. Bahagian Kanak-Kanak Tempat pertama dan kedua - tiada pemenang. Ketiga: Jairi Amir; judulnya: Janji Murad. Cerpen hasil peraduan menulis sastera kreatif 1979 dan 1980 te1ah diterbitkan oleh DBP dalam antologi: Hati: J5 cerpen dari Bumi Kenyalang, 1984. Peraduan menterjemah dan melukis ilustrasi cerita pari-pari karya Hans Christian, anjuran DBP dengan kerjasama Kedutaan Denmark. Pemenang Mokhtar Ahmad, Sharifah Hasnah Abdullah dan Faridah Ahmad Rashidi . Hasil peraduan diterbitkan dalam buku, Anak Itik Hodoh , DBP, 1984. Praduan menulis novel fiksyen sains kanak-kanak, 1980. Pemenang Tempat pertama tiada pemenang. Kedua: Mohd. Ismail Sarbini; judulnya: Anak-Anak Kampung Permai. Novel ini terbit dengan judul baru Burukera dari Planet Ulba; DBP, 1982.
7.
Peraduan menulis cerpen dan rencana, sempena Hari dan Minggu Beliau Negara. Anjuran GPSM dan Majlis Belia Malaysia. Pemenang Pertama: Tiada yang layak Kedua: Yuhaizan YusotT; cerpennya: Kehancuran. Rencana Pertama: Tiada pemenang Kedua: Siti Korota'aini Hj. Omar; judulnya: Perk embangan dan masalah beliau dalam masyarakat Malaysia.
8.
Hadiah Cerpen ESSO-GAPENA II Pemenang utama: Abdul Muluk Daud; judulnya Rakit. Pemenang istimewa bukan Melayu: Cheng Poh Hock; judulnya: Di daerah lain aku jadi Asing. Pemenang untuk penulis muda: Abdul Wahab Taha; cerpennya: Lompang. Tiga bel as cerpen ini diterbitkan dalam Sayembara II Cerpen Esso Gapena, DBP, 1981.
9.
Peraduan menulis cerpen dan skrip drama pentas sempena perayaan abad ke-15 Hijrah bagi penulis Johor sahaja. Bahagian Pelajar Pertama: Asmah Zainal; cerpennya: Secebis Kisah . Kedua: Mokhtar Yusof; cerpennya: KeputllSan dan dunia baru. Bahagian Dewasa Tiada pemenang Drama Pertama dan kedua: tiada yang \ayak Ketiga: Saadiah Hayon; skripnya: Mendung.
Peraduan novel Yayasan Sabah - Gapena II. Pemenang Pertama: Tiada yang layak Kedua: Azizi Hj. Abdul\ah; judulnya: Seorang Tua di Kaki Gunung. Novel ini diterbitkan oleh DBP dalam tahun 1982.
5.
6.
20
Anugerah Puisi Putra - I, ditaja oleh Bank Bumiputera Malaysia Berhad dan diselenggarakan oleh GAPENA. Dilancarkan pada 22 Februari 1980. Pemenang Pertama: A. LatifT Mohidin; antologinya: Pesisir Waktu. Antologi ini diterbitkan oleh DBP 1981. Hadiah Sastera UKM ke-II, untuk hasil karya sastera 1978 dan 1979 anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia. Pemenang Cerpen : Abdul Rahman Napiah; judulnya Penyair¡ Penyair Lang. Puisi: Abdul Aziz Bakar; judulnya: Ingatan. Antologi Puisi: Azmi YusofT dan Nawawee Mohd;
1981 I.
Peraduan mengarang cerpen berunsur Islam ke-4 anjuran Jabatan perdana Menteri. Pertama: Nor Hisham Mustafa; cerpennya: Runtunan. Antologi peraduan berjudul Runtunan terbit dalam tahun 1983.
2.
Peraduan mengarang sempena Abad Ke-15 Hijrah peringkat negeri Sabah anjuran Jabatan Ketua Menteri Sabah.
Pemenang: Novel Harun Haji SaIleh; Di sebalik sebuah Kubah. Cerpen Obasiah Hj . Omar: Nenek. Puisi Saibil Madun: Dalam tatapan.
Pemenang Maarof Mahmud - Anak Din Biola. 2.
Anugerah Novel Daruliman anjuran Gapena dan Pelita. Pemenang Sabda S - Arbain. Abdul Rahman Harun - Seorang Guru Tua.
3.
Hadiah novel ke III - Yayasan Sabah dan Gapena. Pemenang Tiada pemenang untuk pertama, kedua dan ketiga. Penghargaan Mashitah Hj. Mohd. Noor - Kemboja Di pinggir kali. Azizi Hj. Abdullah - Asyraq.
4.
Peraduan menulis puisi anjuran Kementerian Hal Ehwal dalam negeri . Pemenang Sabariah Hanafi - Nostalgia.
5.
Anugerah Puisi Putra II Pemenang Sapardi Djoko Damono - Sihir Hujan .
6.
Anugerah Karya Bangsa, sempena 25 tahun kemerdekaan anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Gapena. 8ahagian Umum Puisi: Daud Mohammed - Pancarasa. Kumpulan cerpen dan skrip drama : Sujaidi Dasuki Yang Berhormat. Novel: Ibrahim Nusi - Pulau dan Roh. Biografi dan Pengetahuan popular: Hambali Abdul Latif - Golongan muda dan kemerdekaan. Bahagian Pelajar Cerpen (penghargaan): Raja Norhuda Raja Adnan.Pejuang. Mohd. Nasir Muda - Tenggara. Mohamed Nasir Musa - Bendang Serelung. Asmuni Mustafa - Perjuangan (Tidak ada hadiah penghargaan untuk skrip drama)
7.
Peraduan buku ber.gambar kanak-kanak, anjuran DBP. Pemenang Ibrahim Mohd. Said dan Rajifah Zainal Abidin Dengarlah Sayang.
8.
Sayembara Cerpen Esso-Gapena Ke-IV. Pemenang Hadiah utama: Baharuddin Buyung Kahar Sempena ganja seiras. Hadiah istimewa bukan Melayu: Siow Siew Sing Pak Tua. Hadiah Penulis Muda: Wan Yusof Wan Hassan Airmata Sang Dalang.
9.
Peraduan mengarang cerpen berunsur Islam anjuran Bahagian Agama labatan Perdana Menteri. Pemenang pertama: Hassan Hj . Salleh - Sebuah lampu Antik.
Skrip drama Salim Mohammad: Taubat.
Esei Kasmah Hassan: Islam sebagai sumber perpaduan bangsa. 3.
4.
Peraduan mengarang cerpen berunsur Islam, sempena perayaan abad ke-15 Hijrah, anjuran Bahagian Agama labatan Perdana Menteri. Pertama: tiada yang layak. Kedua : Abd . Rahman Harun: Madrasah . Antologi pemenang peraduan ini diterbitkan oleh DBP 1982. Sayembara menulis cerpen Esso-Gapena ke-3 . Hadiah utama: Osman Ayob - Detik-detik yang tergugat. Hadiah istimewa untuk bukan Melayu: Lim Swee Tin - Tapah. Hadiah penulis muda: Asiah Yaakob - Selesai sudah.
5.
Peraduan menu lis skrip drama (Psiko-Drama) anjuran PEMADAM Kebangsaan . Pemenang Pertama: Marina Bakri - Bukan dadah y ang kau perlukan.
6.
Pertandingan mengarang novel kanak-kanak ( 12-17 tahun) anjuran Persatuan Perpustakaan SekolahSekolah Kelantan (PUST AKA). Pemenang Pertama: Zaleha lais - Novel Derita Semalam .
7.
Peraduan menuJis novel sejarah (kanak-kanak) dianjurkan oleh DBP. Pemenang Pertama: Mohd. Ismail Sarbini - Sumpah Pahlawan di Pasir Salak. Novel ini diterbitkan oleh DBP 1986 dengan judul Pahlawan Pasir Salak .
8.
9.
Peraduan menulis sastera kreatifke-IV, anjuran DBP (Sarawak). Pemenang Cerpen: Majuni Palira - Menaut. Cerita kanak-kanak : Ahmad Zaini Mohd. Zain Aerosa II mendarat di Petra Jaya. Drama pentas: Awang Bujang Awang Madan - Titik Mula Titik Akhir. Hadiah Sastera Remaja Esso-Gapena I Pemenang Cerpen: Ali Majod - Antologi cerpen: Say ang Si Tina.
1982 I.
Hadiah Sastera Remaja Esso-Gapena Ke-II (Novel).
21
Kelab dan Belia Malaysia (MA YC). Pemenang Cerpen : Mohd . Natar Rais - Sang Pengemis. Sajak : Azmi Daud - Suara Pembangunan .
1983 I.
2.
3.
4.
S.
Hadiah Sastera Malaysia 1982/83 Pemenang (drama) I. Hashim Yassin - Imbas. 2. . Hatta Azad Khan - Syyy ... Buku kajian Dr. Ismail Hamid - Kesusasteraan Melay u lama dari warisan peradaban Islam (sastera lama). Kamaruzzaman Abd . Kadir - Nasionalisme dalam puisi Melayu Moden 1933-1957 (sastera baru). Karya terjemahan I. Asraf(cerpen) - Penghuni dunia yang setengah lagi ( The other half of the world karya Jose V. Ayala) . 2. Adibah Amin dan Zain Abi (cerpen) - Nama dan menamakan (Naming names karya Shan) 3. Nahmar Jamil (cerpen) - Khazanah (Alkanz karya Mustafa Mahmud) 4. Zawawi Ibrahim (puisi) - Penjaga benih ( The seed keepers karya FawaÂŁ Turki). Perad uan menulis sastera kreatif 1982/83 anjuran DB? Sarawak. Pemenang I. Bahagian novel - Jong Chian Lai - Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga. 2. Bahagian Cerpen - Awang Rosli Awang Jaya - Antara dua kepercayaan. 3. Bahagian cerita kanak-kanak - Tuah @ Fadilah fthnin - Pedamaian rimba.
10.
Hadiah Cerpen Esso-Gapena Ke-V. Pemenang Hadiah utama: Razak Mamat - Dari Luar Kurungan . Hadiah istimewa bukan Melayu: Jong Chian Lai Penambang. Penulis muda: Amin Minhad - Yuri Unggai.
1984 Peraduan menulis rencana, skrip drama radio, sajak dan cerpen anjuran Pemadam Kelantan . Pemenang Sajak: Mazlan Ismail - Nota kecil untuk kawan. (pemenang kedua sahaja) Drama: Abdul Hadi YusofT - Dan bintang-bintang pun berkerlipan (ketiga) Cerpen: Mohyidin MustafTa - Insaf (ketiga).
2.
Peraduan menulis novel sempena 20 tahun Sabah anjuran DBP Sabah . Pcmenang Pertama dan kedua tiada yang layak. Ketiga: Obasiah Hj. Usman - Bertaut.
Sayembara cerpen, anjuran Badan Penerbitan dan Penerangan Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka. Pemenang Norrnala Tompang - Mentari Kembali Cerah.
3.
Peraduan menulis cerita lucu DBP, untuk peringkat umur 9-12 tahun. Pemenang Pertama: Mohd. Jali Majid - Ditawan makhluk asing.
Sayembara Kesuka anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Kastam kedah/PerIis. Pemenang Cerpen: Saodah Yusof - Ribut. Sajak: Lim Oh Tong -
4.
Hadiah drama Esso-Gapena I, anjuran Gapena. Tidak ada yang memang hadiah utama. Hadjah sagubati Hatta Azad Khan - Nasib Othman Hj . Zainuddin - Remang di Lorang tua. Othman Hj. Zainuddin - Waktu sesudah itu. Siti Nor Abd . Rahim - Telefon. Abdul Talib Mohd. Hassan - Tikar Mengkuang Hamparan Bulu. Annuar Nor Arai - Tok Selampit.
S.
Peraduan menulis sastera kreatif, anjuran DBP Sarawak . Puisi Pertama: Mohd . Esmawi Haji Husly - Lagu kenangan.
Hadiah Sastera Remaja Esso-Gapena III. (Novel). Pemenang pertama: Siti Aminah Mohd. YusufAku Anak Timur.
Peraduan mengarang cerpen berunsur Islam anjuran Bahagian Agama labatan Perdana Menteri. Pemenang Zurinah Hassan - Pulangnya pemuja ombak.
7.
Peraduan menulis cerpen dan sajak anjuran Badan Kebudayaan Kolek Ke-4 Universiti Malaya. Pemenang pertama: Awang Abdullah (Cerpen) - Manis. (Sajak) - Begitu usia ai/ari arus.
22
Pertandingan menulis berunsur Islam anjuran Persatuan Belia Islam (BISA). Pemenang Cerpen: Siti Rahmah Baraham dan Ramlin Hj. Abdul Ladis - Paduka Sang Unta. Puisi: Jadeen Daham - Perjalanan. Drama (hadiah penghargaan): Arshad Hussain - Titisan Darah Terakhir . Mohd. Bungsu Ibrahim - Panggilan.
I.
6.
8.
9.
Peraduan cerpen dan sajak anjuran Persatuan
Cerpen Pertama: Awangku Merali Pengiran Mohammed Nek Sadah.
Cerpen: Wan Harun Mohd. - Pulau, Ina dan sebuah ijazah. Puisi : Budiman Mahmoud - Terima kasih.
6.
Peraduan menulis cerpen anjuran Sasterawan Terengganu (PELITA). Pertama: Mohd. Latiff Ali - Modal.
Persatuan
3.
7.
Hadiah Cerpen Esso Gapena ke-VI. Pertama: Norhisham Mustafa Batas-batas perhitungan. Hadiah istimewa penulis bukan Mclayu: Lim Swee Tin - Gok . Penulis muda terbaik: Abu Hassan Nik - Kacak air di kolah.
Peraduan menu lis cerpen dan puisi untuk dewasa dan pelajar anjuran Persatuan Penulis dan Seni Kreatif Daerah Hulu Langat. Cerpen (dewasa) Mohd, Sidin Ahmad Ishak - Mannequin. Cerpen (pelajar) Suzlina Jailani - Siapakah dia. Sajak (dewasa) Muhammad Ramli Hj. Noh - Neraca.
4.
Peraduan Menulis Sastera Kreatif VII. Cerita kanak-kanak Saiee Dris - Erti sebuah !tarapan. Drama (tiada pemenang pertama dan kedua). Ketiga: Awang Bujang Awang Hamdan - Sayang Sarawak.
5.
Sayembara penulisan novel dan antologi cerpen/ puisi anjuran Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) Yayasan Pahang DAN . Novel (Pertama dan kedua tiada pemenang) Ketiga: Amin Minhad - Semantanku Sayang. Antologi Cerpen/Puisi (Tiada pemenang yang Jayak) Penghargaan: Noraini Ghazali - Di sini kasihmu bersemai. Daud Mohammed - Meretap getir. Ramli Mat Akil - Mencari yang hilang.
6.
Peraduan Menulis Novel Anjuran DBP Sabah. Ahu Naim Kassan - Aku anak desa.
7.
Hadiah Sastera utusan - Public Bank. Cerpen Ruziatuladibah Adnan - Masih adakah kasih untukku. Norhisham Mustapha - Ibu. Jamilah lamaluddin - Perasaan.
8.
Peraduan Menulis Sajak Antara Maktab-Maktab Perguruan Malaysia anjuran Kumpulan Penulis Kreatif Maktab Perguruan Lembah Pantai (KUMPETrF). Hasmawi Abu Bakar - Perpisahan. Zohari Awang Ali - Erti sehuah malam. Fauzi Nawi - Malam mesra. Normala Tompang - Sekadar pertanyaan. Mohamad Nor A. Bakar - Di smi. Suhaimi Mohd. Salleh - Masuk ke daera!tmu. Adlan Mohd. Ali - Skelsa rindu. Fauziah Hj . Moman - Aku dan malam.
1984/85 I.
Peraduan cerpen Jelita ditajak oleh Syarikat K.M. Oli Mohammed. Ibenin Hajar Sa ad - Pencuri Malam .
2.
Pertandingan menulis cerpen dan sajak , anjuran Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia . ( Tiada pemenang pertama). Cerpen Kedua: Zulkifli Aziz - Dinasti. Puisi Kedua: Awang Abdullah - Usia Muda .
3.
Sayembara penulisan (kesusasteraan) anjuran Yayasan Sabah. Drama (dewasa) Hadiah galakan: Brahim Saad . Drama (kanak-kanak) Kedua: Shafie Muksi - Bulan Binlang , Matahari dan Awan.
4.
Hadiah Sastera Malaysia . Cerpen (kumpulan) Razak Mamat - Haluan. Baharuddin Kahar - Terima kasih Tuhanku. Novel Anwar Ridhwan - Arus. A. Samad Said - Daerah Zeni. Drama Johan Jaafar - Hari-hari Terakhir Seorang Seniman.
1985 I.
Peraduan cerpen berunsur Islam ke-7. Kedua; Norhisham Mustafa - Persinggahan.
2.
Peraduan mengarang cerpen dan sajak, sempena perayaan Hari Guru anjuran Jabatan Pelajaran Terengganu.
•
23
dari hIm 1
Apabila siap kelak, galeri tersebut akan menjadi sebuah galeri yang ulung di Malaysia atau mungkin di rantau ini yang berupaya mempamerkan sejarah bahasa dan penulisan sastera negara ini, serta melihat peranan DBP dalam memperkembangkan bahasa dan sastera Melayu . Galeri ini akan mempunyai dewan yang akan mempamerkan bahan-bahan daripada koleksi dokumentasi Perpustakaan DBP seperti buku, gam bar, poster, artifaks dan manuskrip yang amat berharga. Galeri ini juga akan menjadi pusat penyaluran maklumat kegiatan bahasa dan saslera kebangsaan melalui kegiatan-kegiatan yang dijalankannya. Antara objektif penubuhan galeri ini ialah: 1. Mengadakan pameran tetap ten lang sejarah dan perkembangan bahasa, sastera dan perkembangan kegiatan DBP. ii. Pameran semasa ten tang sesuatu perkara yang berkaitan dengan sastera, bahasa dan kegiatan DBP. 111. Sebagai lanjutan daripada aktiviti perpustakaan dalam usaha menyebarkan maklumat ten tang koleksi Perpustakaan DBP. iv. Menggalakkan pelawat daripada dalam dan luar negara mengenali dan mendalami sejarah dan perkembangan sastera dan bahasa Melayu serta DBP. Dewan Bahasa dan Pustaka boleh berbangga kerana mempunyai sebuah galeri yang akan memuatkan sejarah penulisan, sastera, bahasa dan sejarah DBP sendiri. Pembinaan Galeri Penulis yang terletak di bawah pengurusan Perpustakaan DBP merupakan sebahagian daripad a rancangan mempertingkatkan taraf Perpustakaan DBP sebagai Pusat Dokumentasi Bahasa dan Sastera Melayu. Sehubungan itu Sudut Penulis yang sekarang ini terletak bersetentangan dengan Perpustakaan akan dipindahkan bersebelahan dengan Galen Penulis, manakala tapak Sudut Penulis
Sebahagian daripada sudut pameran galeri DBP
Lobi galeri pameran DBP
yang ada sekarang akan dimanfaatkan oleh Perpustakaan untuk menempatkan koleksi khas Dewan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu. Dengan penyusunan baru ini bermakna para penyelidik dan pengguna akan mendapat khidmat perpustakaan yang lebih baik. Kedai Buku DBP pula akan berpindah ke tempat barunya di tapak Bahagian Latihan yang lama. Tapak Kedai Buku DBP akan diambil alih oleh Ga-
leri Penulis. Galen Penulis merupakan sebahagian daripada pembangunan DBP yang meliputi pembangunan semula Balai Budaya DBP yang akan diubah menjadi auditorium teater yang serba canggih. Dengan pembangunan ini peranan DBP dalam mempertahankan dan memperkembangkan sastera, bahasa dan budaya Melayu akan menjadi lebih bermakna.
24
<