MP 1990 Jilid 2 Bil. 1

Page 1

Buletin Perpustakaan DBP Jilid 2. Bil. 1. JANUARI/FEBRUARI/MAC 1990

ISSN: 0128-1461

MINGGU GERAKAN MEMBACADBP Che Ros Rahim

ALAM usaha untuk menggalakkan minat membaca di kalangan kakitangannya, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengorak langkah dengan mengadakan Mingguan Gerakan Membaca dari 9 hingga 14 Oktober 1989.

D

Minggu yang dikhaskan kepada eluruh kakitangan DBP ini bertujuan untuk meningkatkan budaya ilmu dan pemikiran yang kritis melalui pembacaan; men· dedahkan bahan·bahan yang bermutu kepada kaki· tangan DBP dan membimbing kakitangan DBP ke arah pembacaan yang berkesan dan menyeronokkan. Tegasnya dengan adanya Minggu Gerakan Membaca ini akan dapat membina dan mengembangkan sikap suka membaca secara berterusan di kalangan masyarakat DBP.

beberapa pengetahuan dan panduan yang penting kepada para editor dan pustakawan. Sesi diskusi buku telah menarik min at kakitangan DBP. Sesi ini bukan sahaja dijayakan oleh kakitangan DBP telapi juga oleh beberapa penceramah dari luar seperti Datuk Omar Mohd. Hashim, Dr. 0 man Bakar (Universiti Malaya dan Puan Hilary Olsin (Kedutaan Amerika).

Berbagai-bagai program telah disediakan di ~ epanjang minggu tersebut. Di antaranya ialah siri ceramah, diskusi buku, resensi buku, pertandingan kuiz, peraduan mencipta slogan Minggu Gerakan Membaca, pameran serta tayangan video. Ceramah utama yang berjudul 'Bagaimana saya membaca buku' oleh Tuan Haji A. Samad Lmail tokoh wartawan yang tidak a ing lagi telah menarik minat para pendengar pada hari perasmian. Di antara lain, beliau menasihatkan agar "kita tidak eharusnya mendirikan tembok di sekitar pernik iran kita ebalik· nya harus membenarkan sinaran matahari menerangi hati dan roh. Kita mestilah sentiasa mempun ai fIkiran yang terbuka tanpa menerima atau menolak terus apa yang dibaca. Buku adalah sesuatu untuk dibaca dengan keseronokan tetapi perlu difahami." Ceramah ke·2 dan 3 yang berjudul 'Bagaimana menilai sesebuah buku' oleh Dr. Khadijah Rohani dari Universiti Malaya dan 'Perpu takaan sebagai Wahana ilmu' oleh Sdr. Zaini Ujang dari UT\1 telah menyajikan

Diskusi Buku: salah salu acara minggu gerakan membaca DBP.

3 siri diskusi buku yang diadakan telah membincang· kan judul.judul buku yang sedang hangat diperkatakan w.itu The cultural literacy: What do American needs to know - Hirsch KD, The closing of the American Mind - Allan Bloom dan Bagaimana Membaca buku (karya terjemahan) - Mortimer J. Adler. Kakitangan dari Kumpulan C dan D juga berpeluang untuk menjayakan sesi khusus untuk diskusi buku. Mereka yang berpeluang membicarakan buku yang mereka telah pilih dan dibaca ialah Puan Rahmah Rejab (buku Tok Guru - karya Shahnon Ahmad), Sdr. ke halaman 23

1


KANDUNGAN

DARIPADA

EDITORI

Sepanjang tahun 1989, kegiatan perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka semakin berkembang. Sebanyak sembilan pameran telah diadakan dengan kerjasama beberapa bahagian lain. Melalui pameran-pameran tersebut perpustakaan telah berjaya menyalurkan beberapa maklumat kepada pengunjung pameran di samping mendedahkan koleksi-koleksi perpustakaan kepada orang ramai. Sebenarnya pameran boleh menjadi alat penghubung yang penting an Lara pengguna dan perpustakaan di sam ping menggalakkan pengguna perpustakaan di kalangan orang ramai. Dalam Lahun 1989, koleksi perpustakaan telah bertambah demi menampung keperluan para penyelidik serta memperkayakan lagi koleksi bahasa dan sastera. Sehingga Disember 1989, koleksi buku perpustakaan berjumlah sebanyak 89,000 naskhah. Di samping itu koleksi mikrofom dan pita video Juga turut bertambah. Dalam usaha mempertingkatkan prestasi perkhidmatan pihak perpustakaan telah menghantar kakitangannya mengikuti beberapa ceramah, simposium, seminar, kursus jangka pendek dan lawatan ke perpustakaan dalam dan luar negeri. Di samping itu perpustakaan akan mengeluarkan beberapa hasil penerbitan yang sedang diusahakan sekarang ini ialah Direktori Penulis Malaysia, Katalog Koleksi Bahasa Melayu Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pus taka. Penerbitan yang telah siap tahun lalu ialah Daftar Nama Pengarang Melayu Sempena Bengkel Nama Pengarang Melayu. Menjelang tahun 1990 perpustakaan mempunyai acara penting yang akan dijayakan iaitu "Seminar Serantau Pendokumentasian Bahasa dan Kesusasteraan Melayu" yang akan diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 4 hingga 7 lun 1990. Sempena seminar ini satu pameran yang berjudul "Percetakan Melayu Awal" akan diadakan. Sebahagian dari bahanbahan pameran tersebut dibawa khas dari Perpus. takaan British di London dengan kerjasama Sistem Penerbangan Malaysia.

2

Minggu Gerakan Membaca Dewan Bahasa dan Pustaka Rencana Editor ludul-Iudul Istimewa Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Koleksi Istimewa Istanbul dan Kaherah: 2 Kota Negara Islam Yang Mempersonakan Semusim di Wales dan Kenangan di Leiden Perpustakaan dan Fikiran Yang Tercetus Berita Ringkas Buku-Buku Terbitan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pus taka Dewan Bahasa dan Pus taka Membuka Era llaru di Luar Negara Perkhidmatan Telita di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Kursus Pengawetan dan Penjilidan Bukuf Dokumentasi Majlis Penyerahan Koleksi Asraf Bengkel Nama Pengarang Melayu Seminar fBengkelfPersidanganfKursus Peraduan Penulisan Kreatif Sepanjang 30 Tahun di Malaysia Bahagian 2 Koleksi Terbitan Undang-Undang Dalam Bahasa Melayu Sari Sastera Penataran Penyelidikan Bahasa dan Sastera Senarai Buku-Buku Baru Dewan Bahasa dan Pus taka Pemsacaan Majalah di Kalangan Penyelidik Luar dio Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka

SIDANG

Penasihat: Editor:

lurutaip:

1 2 3 4 5 8 10 11 11 12 13 14 15 16 17 18 23 24 26 27

128

REDAKSI

Rohani Rustam A. Wahab Hamzah Aizan Mohd. Ali Raja Masittah Raja Ariffin Zaiton Joned

Mutiara Pustaka diterbitkan setiap tiga bulan sekali oleh Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Dicetak oleh Percetakan Dewan Baha a dan Pustaka, Hulu Kelang, Selangor Darul Ehsan. Mutiara Pustaka pertama kali terbjt pada bulan September 1988.


JUDUL.JUDUL ISTIMEWA TERBITAN DBP Raja Masittah Raja Ariffin

AHUN 1989 dan 1990 adalah tahun 'bertuah' bagi agensi yang bernama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Bertuah dengan erti kata dapat menyerlahkan kemampuan menerbitkan bukubuku yang ilmiah sifatnya, khusus untuk pengajian tinggi, sekolah menengah (KBSM) dan 'ekolah rendah (KBSR) serta bacaan umum bagi emua peringkat umur. Selama 33 tahun (1956-1989) DBP telah berjaya menerbitkan *2,951 judul buku dalam pelbagai bidang ilmu dan 9 judul majalah. Pada tahun 1989 ahaja. sebanyak *312 judul buku telah diterbitkan dalam bentuk karya asal dan terjemahan di samping dua buah majalah baru, Pelita Bahasa (dilancarkan pada 3 Mac 1989) dan lurnal Kanun (tarikh pelancarannya, 4 Disember 1989). lurnal Dewan Bahasa juga telah diubah wajah dan ukuran serta kandungan dipertingkatkan mulai keluaran September 1989. Kecemerlangan DBP melalui penerbitannya jelas dilihat menerusi pameran buku yang telah diusahakan oleh Bahagian Perpustakaan DBP, elama tiga hari di DBP, bersempena dengan lawatan ra mi Tuan Yang Terutama Tun Tan Sri Datuk (Dr.) Haji Hamdan bin Sheikh Tahir, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke DBP pada 18 lanuari 1990. Buku-buku dan majalah terbitan DBP sepanjang tahun 1989 yang dipamerkan ini mencakup bidang bahasa dan ke usasteraan Melayu, karya-karya kreatif dan bukan kreatif, bukubuku edisi khas Sasterawan Negara. buku-buku terjemahan (termasuk Skim Nadi), buku-buku untuk pengajian tinggi, KBSM dan KBSR erta iri penerbitan bersama Asia/Pasifik. Di antara judul-judul istimewa terbitan DBP 1989 yang telah mendapat perhatian di dalam dan di luar negara adalah seperti berikut:

T

Garis: Dari Titik ke Titik, oleh Latiff Mohidin. Sebuah catatan harian/komentar penuli ten tang pengalaman ketika mencipta se uatu ha il eni (di an tara tahun-tahun 1940 -6Oan). Buku ini telah dilancarkan oleh Y.B. Dato Paduka Daim Zainuddin,

¡Statistik ini diperolehi dari

nit Perancangan DBP.

Menteri Kewangan Malaysia pada 21.10.1989 di bangunan MAS, Kuala Lumpur.

Silat Olahraga: The Art, Techniques and Regulations, oleh Anuar Abd. Wahab. Memuatkan seni, kaedah dan peraturan-peraturan serta teknik dan tektik silat olahraga. Berguna untuk pengamal silat dan mereka yang baru berkecimpung dalam sukan ini. Buku ini telah dilancarkan oleh Y.B. Dato' Sabbaruddin Chik pada 1.12.1987 di Kompleks Dayabumi, Kuala Lumpur. Edisi pertama dalam bahasa Inggeris diterbitkan pad a tahun 1989. Malaysian Songket, oleh Norwani Mohd. Nawawi. Memerikan sejarah tenunan Melayu di Pantai Timur, dihubungkaitkan dengan tenun songket, teknikteknik tenunan, corak dan motif, jenis-jenis kain yang digunakan serta kegunaannya. Kesultanan Melayu Melaka, oleh Muhammad Yusoff Hashim. Membicarakan secara kritis berbagai-bagai aspek persejarahan Melaka pada zaman kesultanan Melayu Melaka. Buku ini telah dilancarkan oleh Y.B. ' Tuan Haji laafar, ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Melaka, mewakili Ketua Menteri Melaka pada 3.6.1989 di Dewan Hang Tuah, Melaka. Percikan Seni, oleh Siti Zainon Ismail. Memaparkan aspek-aspek seni budaya di Malaysia dan hubungkaitnya dengan .seni budaya masyarakat Nusantara dan sekitarnya. Muzik Melayu Tradisi, oleh Mohd.Ghouse Nasuruddi~ . Menjelaskan bentuk-bentuk lagu Melayu yang digunakan dalam beberapa bentuk persembahan teater dan tarian tradisi, seperti dalam wayang kulit, makyung, mekmulung, gamelan, kuda kepang, jikey dan sebagainya.

ke halaman 4

3


KOLEKSI ISTIMEWA Aizan Mohd. Ali

aru-baru ini perpustakaan DBP telah memperolehi senaskhah buku yang berjudul World Atlas of Antonio Millo 1586 (Portolan Atlas) terbitan Deuschle di Wurttemberg. Amat sedikit yang diketahui umum tentang penulis Antonio Milo yang berasal dari Venice ini. Beliau bukan sahaja terkenal sebagai seorang kartograf malahan sebagai seorang penulis yang telah menghasilkan beberapa karya dan antara karyanya yang terkenal ialah Arte del navigar (1590) dan Isolario (1591). Namun begitu beliau hanya terkenal pad a akhir abad ke-16 (1580 -1590). Beberapa buah atlas dan peta dunia dahulu dan kini yang beliau telah hasilkan ada di dalam simpanan Biblioteca Nazionale (Roma) dan Staatsbibliothek Preussischer Kulturbesitz (Berlin). Bahan yang tersimpan di Berlin telah diperolehi dalam tahun 1883 dan tersimpan bersama-sama dengan Iebih kurang 600 manuskrip kepunyaan Duke of Hamilton. Atlas ini amat menarik, bukan saja daripada segi kandungan tetapi juga rupa bentuknya. Atlas ini dijilid dengan menggunakan bahan daripada kulit dan buatannya halus sekali. Atlas yang berukuran 525 - 405 mm ini mempunyai hanya 30 halaman. Setiap halaman

B

berbingkai emas dan perak. Peta-peta di dalamnya juga diwarnakan dengan eat emas dan perak. Di antara butiran lain yang terdapat pada setiap peta ialah kompas, label, kapal dan lain-lain lagi. Pulau¡pulau pula diwarnakan dengan warna yang terang seperti merah, biru dan hijau. Sebuah buku penerangan yang memberi keterangan berhubung dengan carta-carta yang terkandung dalam atlas tersebut mengiringi penerbitan ini. Pada halaman 55 -56 terdapat penjelasan serba sedikit mengenai Sumatera. Menurut catatannya pada masa dahulu Sumatera dikenali dengan nama Taprobana. lni pernah disebutkan oleh Pliney dan Ptolemy. Walau bagaimanapun, pengarang moden menganggap bahawa Sri Lankalah sebagai Taprobana. Kelainan pendapat ini dapat diperjelaskan sekiranya para penyelidik membuat kajian selanjutnya tentang hal ini. Selain fakta geografi (lokasi) fakta-fakta seperti ekonomi, pertanian dan budaya masyarakat di kepulauan ini juga dijelaskan. Atlas ini bukan sahaja berguna sebagai bahan rujukan umum tetapi juga dapafdimanfaatkan oleh para penyelidik dalam bidang pemetaan dan kajian sejarah.

dnri laakunan 3

Warisan Kesenian Dalam Tamadun Islam, oleh Dr. Othman Mohd. Yatim.

bentuk. jenis dan struktur.

Pendokumentasian maklumat dan bahan kesenian Islam - menyusur galur sejarah perkembangan kesenian Islam yang bermula di Negara Arab dan diperluaskan ke negara-negara bukan Arab sehingga lahirnya kesenian Islam di Parsi, Kashmir, China, Melayu dan lain-lain.

Ungkapan Tradisional Melayu Riau, oleh Tenas Effendy.

Tatabahasa Dewan. Jilid 2: Perkataan, oleh Nik Safiah Karim, Farid M. Onn dan Hashim Haji Musa. Hasil kajian tatabahasa bahasa Melayu yang tuntas yang memberi penumpuan terhadap aspek-aspek pembentukan perkataan. dan berbagai-bagai aspek pembinaan perkataan bahasa Melayu. daripada segi 4

Buku ini mengandungi koleksi ungkapan orang tuatua Riau yang menyingkap falsafah. pandangan dan cara hidup orang-orang Melayu yang kaya dengan puisi adat Melayu, nilai bahasa dan menyingkap maklumat yang tersirat di sebalik eara hidup orang-orang melayu daerah Riau dan alam kemelayuan.

Kamus Bahasa Iban¡Bahasa Malaysia. Mencakup lebih daripada 11,000 kata-kata umum, kata-kata khusus, mengenai adat, kepercayaan dan budaya orang-orang Iban.


ISTANBUL & KAHERAH: 2 KOTA NEGARA ISLAM YANG MEMPESONAKAN Rohani Rustam

tas undangan Ketua Pengarah IRCICA (Research Centre for Islamic History, Art & Culture) Prof. Ekemeledddin Ishanoglu, saya dan Ketua Pengarah DBP Tuan Haji Jumaat Mohd. Noor, tiba di Istanbul pada 19 November 1989. Y.M. Raja Fuziah Raja Tun Uda, Timbalan Ketua Pengarah IRCICA telah menunggu ketibaan karni sejak pukul 5.30 pagi. Turkish Airline yang karni naiki tiba ke Istanbul lewat daripada jadualnya. Kami diberikan sambutan sebagai tetamu negara, dibawa terus ke bilik tetamu dan diberi minuman kopi Turki. Setelah urusan imigresen dan bagasi selesai, kami dibawa ke Hotel Ramada, tempat penginapan kami selama berada di Istanbul. Jadual karni bermula dengan lawatan ke kedaikedai buku antiquarian yang letaknya berhadapan dengan Universiti Istanbul dan tidak jauh dari Hotel Ramada. Seluruh kompleks itu dikenali dengan nama Bazar Buku (Sahaflar Carsisis). Tempat ini penuh sesak dengan pengunjung. Ada yang asyik membaca dan ada yang membeli buku. Tempat ini sungguh menarik bagi saya. Bermacam jenis bahan-bahan bacaan boleh didapati di sini. Novel-novel kelasik dari Rusia karya Turgenev, Dostoev ky terdapat dalam bahasa Turki. Berbagai versi al-Quran dalam bent uk cetakan yang menarik dan indah boleh dibeli juga. Majalah-majalah tidak banyak kelihatan dan yang lebih aneh, tidak kelihatan pula majalah-majalah hiburan. Keaadaan ini selaras dengan rancangan TV di Turki tidak ban yak rancangan hiburan dan Amerika. Kalau ada pun, ialah siri 'Matlock' yang telah dialih bahasa ke dalam bahasa Turki. Bayangkan Matlock bercakap dalam Bahasa Turki. Rancangan TV di I tanbullebih ban yak berbentuk intelektual eperti diskusi, forum, ceramah dan muzik kelasik. -Keesokan harinya, kami dibawa oleh Raja Fuziah melawat Muzium yang terkenal iaitu Topkapi. Di sini juga penuh sesak dengan pengunjung. Bas pelancong kf'lihatan berbaris di tempat letak kereta. Oleh kerana kami tetamu negara, maka kami tidak payah beratur untuk membeli tiket masuk ke Muzium. Ternyata Muzium Topkapi ini amat mempersonakan dari egi senibinanya, lokasinya dan khazanah yang tidak ter-

A

nilai harganya yang tersimpan di dalamnya. Apa yang menarik perhatian saya dan Tuan Haji Jumaat ialah, lokasi Perpustakaannya yang terletak di tengah-tengah kompleks tersebut, menunjukkan betapa perkembangan tradisi ilmu sejak zaman Empayar Ottoman Turk, sehingga sekarang ditekankan. Kami juga berpeluang melihat Pameran Seni Tembikar Iznik yang sangat terkenal itu. Sesungguhnya perkembangan seni halus di Istanbul ini sangat mempesonakan, sehingga terasa benar ketandusan seni halus di kota raya Kuala Lumpur. Pada hari Isnin 20 November, kami melawat IRCICA. Ketibaan kami disambut oleh Prof. Ekhmeleddin. Dalam ucapan aluannya, Ketua Pengarah itu menekankan betapa pentingnya perhubungan IRCICA dengan Malaysia dan DBP khususnya. Beliau mengharapkan kerjasama yang lebih erat dalam usaha mendokumentasikan tamadun Islam di dunia Melayu. Tuan Haji Jumaat dalam ucapan balas beliau, mengalukan kerjasama antara DBP dan IRCICA terutama terutama sekali dalam bidang penerbitan. Ketua pengarah DBP juga telah menyatakan bahawa DBP telah dilantik oleh YB Sdr. Anwar Ibrahim sebagai Urusetia Serantau bagi projek bersama IRCICA Kajian Tamadun Islam di Dunia Melayu, dengan Prof. Mohd. Taib Osman (Universiti Malaya) selaku Editor Serantau, Sdr. Haji A. Aziz Deraman selaku Pengerusi JK kerja Kebangsaan dan Rohani Rustam Ketua Urusetianya. Setelah itu Tuan Haji Jumaat dan saya dibawa melawat kompleks IRCICA dan diberi taklimat tentang peranan dan tugas-tugas institusi tersebut. Kompleks IRCICA ini sebenamya ialah bangunan bersejarah Istana Yildiz yang telah diberikan oleh Pemerintah Turki untuk Ibu Pejabat IRCICA . Tidaklah menghairankan jikalau senibina bangunan ini menarik. Perpustakaan IRCICA sungguh menarik, mempunyai koleksi rujukan dan penyelidikan dalam bidang sejarah, seni kebudyaan dan tamadun Islam. Sejumlah besar koleksinya ilah bahan-bahan 'incunabula'. Setelah makan tengah hari kami pun dibawa ke Dewan Sidang untuk bertemu dengan Lembaga Peng-

5


urusan IRCICA dan untuk majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman Antara DBP dan IRCICA. Masing-masing Ketua Pengarah telah menandatangan dokumen bersejarah itu bagi pihak institusi masingmasing. Selepas itu, Tuan Hj. J umaat dan saya dibawa oleh Ketua Pustakawan Sdr. Ahmet melawat Direktorat yang menguruskan projek Ensiklopedia Islam. Direktorat ini letaknya di bawah Pengurusan Yayasan Islam Turki. Pengurus Besar Direktorat Prof. Halis Ayham yang sedang sibuk meneliti entri-entri yang ada di depan beliau telah menjawab soalan-soalan kami dalam Bahasa Turki dan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Sdr. Ahmet. Projek untuk menerbitkan Ensiklopedia Islam dalam bahasa Turki yang diusahakan oleh para cendekiawan Islam dari negara Islam sendiri, telah bermula sejak tahun 1983. Mengikut rencananya jumlah jilid yang dijangka akan terbit ialah antara 25 hingga 30 jilid, yang akan diusahakan dalamjangka waktu 15 tahun. Jilid pertama baru terbit dalam tahun 1989. Sejumlah 200 000 naskhah diterbitkan dan 100 000 naskhah sudahpun dipesan oleh pelanggan tetap. Lebih 560 para penyumbang dari seluruh dunia yang pakar dalam bidang masing-masing telah dihubungi melalui surat untuk menyumbangkan entri, sementara 55 perkara akademik dari universiti membantu menyemak dan mengedit entri bekerja secara sambilan. Saya sempat melihat rancangan bagi entri untuk Malaysia - sejarah umumnya, Melaka;

Bergambar ramai di hadapan bangunan Research Centre for Islamic History. Arts and Culture

Perpuslakaan IRCICA

6

Kuala Lumpur dan melihat nama seorang penyumbang dari Malaysia yang telah menjanjikan entri-entri tersebut. Apa yang mengkagumkan saya lagi ialah sudah ada 33 jilid Ensiklopedia Turki dalam bahasa Turki. Jilid pertamanya telah terbit dalam tahun 1946 dan jilid terakhir terbit dalam tahun 1984. Bukan itu sahaja, ada beberapa ensiklopedia dunia yang hebathebat yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa 'Turki. Antaranya ialah 5 jilid Encyclopedia of Islam (EJ. Brill); Larousse Encyclopedia (Ensiklopedia Perancis) dan 33 jilid Encyclopedia Brittanica edisi 1986; 15 jilid sudah terbit dan projek terjemahan ini sedang berjalan. Sdr. Ahmed berkata, DBP juga boleh menterjemahkan ensiklopedia tersebut. Mengikut beliau lebih mudah membuat terjemahan - 1 jilid dalam masa 3 bulan boleh selesai. Teringat saya kepada cadangan Sdr. Kassim Ahmad yang telah mencadangkan supaya DBP menterjemahkan Encyclopedia Brittanica. Oleh kerana masa tidak mengizinkan, kami terpaksa meninggalkan Direktorat untuk melawat Perpustakaan Sulaymane yang mempunyai koleksi manuskrip Islam yang terbesar di dunia. Perpustakaan ini mempunyai sejumlah 125 000 manuskrip Islam yang menggambarkan seni khat yang sungguh halus dan indah. Perpustakaan ini juga mempunyai ruang yang boleh memuatkan 70 orang penyelidik sekaligus. Kami tiba di Perpustakaan tersebut sudah lew at daripada waktunya. Namun demikian, pengarahnya yang

Menandatangani Dokumen Perjanjian Persefahaman DBP/IRCICA

Bazar Buku. Istanbul


Bertukar Cenderamata dengan Dr. Bayonmi, Pengarah Akademi Bahasa Arab, Kaherah

sedang mempengerusikan satu e i ceramah meluangkan masa untuk menerima kami. Kami dibawa melihat pameran tetap manuskrip mereka, dan saya terpegun dengan keindahan seni khat yang tertera pada tiap-tiap manuskrip yang dipamerkan itu dan usaha pengawetan yang begitu halus yang telah dibuat untuk rnenjaga keselamatan manuskip tersebut. Dalam perjalanan pulang ke hotel, Ahrnet menunjukkan kepada kami beberapa bangunan yang mempunyai senibina yang rnenarik. Arkitek yang terkenal yang bertanggungjawab bagi bangunan tersebut ialah Sinan (1490-1588), }':mg dilantik oleh Sultan Sulayman I sebagai Arkitek Diraja, emasa hayatnya. Tuan Haji Jumaat dan saya meninggalkan kota Istanbul menuju ke Kaherah pada 21 ovember. Pada 22 November, Pegawai kita di Kedutaan Malaysia telah memperkenalkan kami kepada Madam Dormiya orang Kaherah yang bertuga di Kedutaan kita. Beliau telah membawa kami melawat Akademi Baha a Arab dan Pusat Dokumentasi Kebangsaan Kaherah. Kami dan berjumpa dengan Pengarah Akademi Dr. Ibrahim Bayoumi Madkaur, ahli bahasa yang dihormati di dunia Arab. Mengikut Madam Dormiya, bukanlah mudah hendak berjumpa dengan Dr. Bayoumi. Dr. Bayoumi telah memberi taklimat dalam bahasa Arab ten tang peranan akademi tersebut. Akademi ter ebut telah ditubuhkan 56 tahun yang lalu mengikut model Akademi Perancis di Paris. Peranan utamanya ialah untuk memastikan pembakuan Baha a Arab khusus bagi dunia Arab dan dunia luar amnya. Urusan Akademi ini ditadbirkan oleh ahli-ahli Lembaga yang berjumlah 20 orang terdiri daripada ahli akademik yang pakar dalam bidang baha a Arab dan Kaherah, negeri-negeri Arab yang yang lainnya dan negeri Eropa. Akademi tersebut mempunyai ebuah Perpustakaan yang mernpunyai koleksi rujukan dalam baha a Arab dan kajian tentang baha a dan ke u a teraan Arab yang boleh digunakan oleh para penyelidik dari

dalam dan luar negeri. Kami juga dibawa melawat Pusat Dokumentasi dan Maklumat Kebangsaan (National Information and Ducumentation Centre) Kaherah. Tempat ini merupakan kawasan keselamatan kerana ban yak menyimpan maklumat perkembangan sains dan teknologi yang penting. Maka itu kawalan keselamatan untuk memasuki kawasan ini amat ketat. Seperti peranan Pusat Dokumentasi yang lain, NIDOC mempunyai koleksi yang begitu komprehensif bagi bidang sains dan teknologi. Perkhidmatan yang diberi juga sarna seperti yang diberi oleh Perpustakaan DBP - iaitu, perkhidmatan rujukan, carian maklumat, bibliografi dan indeks. Bezanya, NIDOC mempunyai ruang yang lebih luasj pegawai-pegawai NIDOC semuanya mempunyai ijazah sa ins dan teknologij dan NIDOC menawarkan khidmat Carian Maklumat Me-Ialui Komputer (Automated Literature Search Service: ALISS) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1980. Kos perkhidmatan ALISS untuk para penyelidik rendah sekali, kerana perkhidmatan ini menerima subsidi yang tinggi dari pemerintah. Tidaklah menghairankan jikalau bidang sains dan teknologi begitu maju di Mesir. Kota Istanbul yang terletak dalam dua benua iaitu Eropa dan Asia merupakan kota negara Islam yang moden dengan budaya tinggi, mempunyai ciri-ciri unik ~ang tersendiri. Kota Kaherah yang terletak di Lembah Sungai Nil, mempunyai keunikan yang tersendiri sungguhpun kota tersebut mempunyai terlalu ramai penduduk. Saya difahamkan hampir 15 juta penduduk tinggal di Kaherah (jumlah seluruh penduduk Malaysia). Maka itu jalan raya di Kaherah entiasa sesak. Dua kota tersebut, masing-masing dengan latar belakang sejarah yang kaya dan menarik telah mempesonakan saya dengan infrastruktur dan perkhidmatan dokumentasi yang jauh lebih maJu mencerminkan tradisi ilmu yang diwarisinya. 7


SEMUSIM DI WALES DAN KENANGAN DI LEIDEN Abdul Wahab Hamzah

para peserta IGSS, saya adalah antara yang muda dan dari segi kelayakan, saya mungkin menduduki tahap paling rendah kerana ada di an tara peserta yang berkelulusan Ph. D atau ada juga Ketua Jabatan. Tetapi ini pendedahan yang menarik dan membantu keyakinan diri. IGSS menawarkan tujuh jenis kursus untuk peringkat pengenalan atau lanjutan. Para peserta kursus dibenarkan mengambil 2 kursus dan boleh juga mengambil 1 kursus tambahan. Setiap mata pelajaran ¡ mbil secara "ere d ¡It " atau "d¡ b oIe h dla au it" (hanya penyertaan tanpa gred). Kursus dijalankan secara kuliah dan diskusi serta latihan. Bandar Aberyslwylh. Wales

A

BERYSTWYTH, bandar kecil di Wales dikelilingi oleh bukit-bukit menghijau dan berhampiran dengan teluk Cardigan. Jauhnya 335 km dari London. Dengan penduduknya seramai 10,000 orang, Aberystwyth adalah bandar rehat yang digemari. Saya tiba di Aberystwyth pukul 8.00 malam menaiki bas dari London. Suasana masih terang. Hujan dan angin yang bertiup menjadikan Aberystwyth, begitu dingin, berbeza dengan London yang begitu panas (khabarnya summer yang terpanas sejak tahun 1976). Kenderaan kampus yang seharusnya menunggu saya, tidak ada. Dengan teksi saya terus ke kampus "College of Librarianship, Wales". Di Aeron Hall para pelajar yang tiba terlebih awal sudah ada, seorang pelajar dari Nigeria berriama John Itudu segera membantu saya mengangkat beg dan terus ke bilik saya yang bernombor 36. IGS~ dianjurkan bersama oleh College of LibrarIanship Wales dan University of Pittsburgh School of Library dan Information Science. Kursus ini terbuka kepada para peserta yang berkelayakan di bidang sains perpustakaan dan maklumat terutama yang telah mempunyai pengalaman bekerja di Perpustakaan.

Kursus-kursus yang dianjurkan oleh IGSS adalah bertaraf sarjana (master) atau pun arjana lanjutan (post master in Library Science). Barangkali di antara

8

Oi dalarn bilik kuliah kursus IGSS

Untuk memenuhi kursus IGSS, saya telah mengambil 2 kursus iaitu "ILS 508: Audio Visual Studies" dan "ILS 640: Management of information centres and special libraries". Melalui kursus audio visual studies, para peserta telah didedahkan kepada perkembangan teknologi audiovisual yang terbaru eperti CD-ROM dan Optical video disc. Bagaimana perala tan audio visual ini dapat digunakan secara berkesan di Perpustakaan turut dibincang dengan mengambil contoh Perpustakaan G. Pompidou Cultural Centre, di Paris. Kursus Management of Information Centres and Special Librarie pula bertujuan untuk membina


kefahaman tentang peranan maklumat di dalam membantu membuat keputusan yang strategik. Melalui kursus ini didedahkan peranan dan objektif sesebuah pusat maklumat atau perpustakaan khusus di dalam proses perkhidmatan maklumat di sesebuah organisasi, lokasi dan struktur organisasi, merancang lokasi fizikal pusat maklumat, merekabentuk sistem maklumat dan perkhidmatannya demi memenuhi kehendak organisasi, kesan kos dan faedah dari perkhidmatan yang diberikan dan pengurusan kakitangan. Sebagai peserta yang mengikuti kursus ten tang perpustakaan, pastilah perpustakaan yang menjadi tumpuan. Perpustakaan CLW selain menyediakan kemudahan pinjaman dan rujukan turut menyediakan kemudahan word processor dan peralatan A V !:!eperti video dan CD-ROM. Perpustakaan CLW mempunyai koleksi yang paling lengkap ten tang perpustakaan. Antara acara yang disediakan di dalam kursus ini ialah acara lawatan ke perpustakaan-perpustakaan dan pusat kebudayaan di England. Antara tempat-tempat yang dilawati ialah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

8. 9.

British Library - Document Supply Centre Ibu Pejabat B.H. Blackwell di Oxford Bodlein Library, Oxford Oxford Polytechnic Library, Oxford Oxford Public Library CAB International, Oxford Hiling dan Central Library, Oxbridge. London British Library: Department of Printed Books, London Persembahan teater Shakespeare di Standford Upon Avon.

yang mengandungi risalah sejarah, aktiviti dan perkhidmatan perpustakaan. Risalah¡ri&alah begini amat berguna kepada kami sebagai pelawat. Malah pegawai yang memberikan penerangan adalah terlatih dari segi teknik penyampaian menjadikan acara lawatan mudah, informatif dan menarik. Selesai kursus IGSS, saya ke Leiden untuk membuat latihan sangkutan di KITLV, LEIDEN selama dua minggu. Latihan sangkutan telah diatur oleh Drs. Pram Sutikno (Pustakawan KITL V), Encik Frits laquieb dan dibantu oleh Miss Petrus Godhelp. Selama latihan sangkutan, saya telah ditempatkan di bahagian Indonesian History Documentation. labatan ini mempunyai koleksi gambar hampir 100 000 keping, iaitu gambar-gambar sejarah Indonesia (terutamanya penempatan orang-orang Belanda di Indonesia) dan sedikit dari Surinam. Gambar-gambar diperolehi melalui pembelian atau hadiah dari orang perseorangan. labatan ini juga menyimpan koleksi peta (10 000 keping dan 2 000 judul atlas). Turut disimpan ialah hampir 2 500 keping koleksi cetakan dan lukisan, 1 200 manuskrip Barat yang mempunyai kaitan dengan Indonesia dan Surinam dan turut disimpan 550 judul manuskrip oriental. Selama latihan sangkutan, selain dari membuat indeks dan katalog gambar, saya banyak membuat kajian terhadap bagaimana gambar dan negatif disimpan, pengurusan manuskrip, peta dan cetakan. Masa yang terluang, saya mengambil peluang melawat perpustakaan-perpustakaan di sekitar Leiden, Rotterdam, The Hague. Yang menarik, perpustakaan-perpustakaan di Belanda menggunakan sistem komputer bersepadu yang dikenali sebagai sistem PICA. I

Apa yang menarik di perpustakaan yang dilawati ialah pengurusan perpustakaan yang dilakukan secara moden dengan menggunakan komputer. Rekabentuk dalaman perpustakaan-perpustakaan ter ebut juga cukup menarik, cerah dan memudahkan pengguna. Lokasi perpustakaan awam yang terletak di antara pusat-pusat membeli belah merupakan lokasi yang strategik dan memudahkan orang ramai berkunjung ke perpustakaan. Susunan koleksi perpustakaan juga jelas memudahkan pengguna. Koleksi buku dan majalah tidak dipisahkan dengan koleksi audio visual seperti video, piring hitam, kaset, CD-ROM dan selaid. Suatu hal yang menarik ialah persiapan yang dilakukan oleh perpustakaan-perpu takaan tersebut ketika menyambut kami. Setiap perpustakaan yang menyambut lawatan kami, menyediakan brosur perpustakaan

Setelah tamat latihan sangkutan, saya mengambil peluang ke Paris. Selain untuk melihat kota bersejarah yang terkenal dengan fesyen itu saya juga berjumpa dengan Datuk Hassan Ahmad, bekas Ketua Pengarah DBP yang sekarang adalah Wakil Malaysia ke Unesco. Di Paris, saya telah melawat perpustakaan G. Pampidou Cultural Centre dan benarlah seperti yang dikatakan ol~h Dr. Tony Thompson, pensyarah kursus Audio Visual di IGSS, Perpustakaan ini benar-benar meng~ksploit teknologi A V yang terbaru untuk pengguna. Sambutannya memang hebat. Kejayaan saya semasa kursus IGSS banyak dibantu oleh Dr. Tony Thompson pensyarah kursus Audio Visual dan Mr. Donald Mason, pensyarah kursus pengurusan pusat maklumat dan latihan yang begitu bermakna di KITL V ban yak dibantu oleh Drs. Pram Sutikno, En. Frits laqueb dan Ms. Petrus Godhelp.

9


PERPUSTAKAAN DAN FIKIRAN YANG TERCETUS Yeop Johari Yaakob

erpustakaan telah lama terkenal sebagai 'pusat' sumber pengetahuan selain tv dan radio yang juga boleh dikatakan 'kotak' sumber pengetahuan. Walaupun perpustakaan dan media elektronik mempunyai fungsi yang sarna sebagai sumber pengetahuan tetapi caranya boleh dibezakan. Kalau dengan media elektronik, kita mendapat pengetahuan dengan 'duduk-duduk bersantai sambi1 memasang telinga', tetapi dengan perpustakaan, kita kenalah 'mengekang' mata dan membaca. Walau apa pun yang dipe'rkatakan ten tang keduadua itu, perpustakaan lebih mengasyikkan orang yang sudah pandai menggunakan buku sebagai sumber pengetahuan. Lantaran itu saya mengalami bahawa membaca sesuatu seringkali mencetuskan berbagai-bagai ftkiran dan sering kali pula dibawa jauh daripada apa yang tersurat di dalam sesebuah buku. Dengan membaca buku karya Yus Badudu berjudul Bahasa Indonesia: Anda Bertanya? Inilah lawabnya yang boleh didapati dari Koleksi BukuBuku DBP, saya pun terftkirlah akan satu aspek Bahasa Melayu yang disebut sebagai Kata Majmuk. Kata majmuk ialah satu aspek tatabahasa yang sudah lama dibincangkan termasuk oleh Pak Yus sendiri,

P

10

seorang ahli bahasa yang terkemuka, yang dianggap wakil dari golongan ahli tatabahasa tradisional, yang sentiasa membawa pandangan dan hujah yang berlain daripada golongan struktural. Namun konsep tersebut (kata majmuk) masih memerlukan input lagi untuk menyempurnakannya. Oleh sebab dibawa jauh ke dalam fIkiran, maka saya pun temkirlah ten tang penulisan dalam Bahasa Melayu, kini khususnya bentuk tulisan sesebuah kata dipengaruhi oleh sis tern ejaan yang sudah ada dasar rasminya. Dasar itu kita kenali sebagai Pedoman Sistem Ejaan (Rumi) Baru, ringkasnya disebut Sistem Ejaan Baru. Tiap-tiap kata mempunyai makna. Makna untuk satu kata tidak statik, tetapi dinamik. Ia barulah sejajar dengan konteks penggunaannya. Dengan kata lain, makna tidak terbatas pada makna kamus, tetapi boleh membawa makna kiasan dan makna khusus seperti yang terkandung dalam istilah sesuatu bidang ilmu. Sebagai contoh: Pusat (bentuk dasar): Makna kamusnya (KUBI)

1.

Lekuk di tengah-tengah perut bekas tempat usus yang berhubung dengan temuni pada ketika baru lahir.


2.

3. 4.

Titik yang di tengah-tengah benar (di bulatan, bola, lingkaran). Tempat yang letaknya di tengahtengah benar. Pokok pangkal atau yang menjadi penumpuan (berbagai-bagai urusan. hal.)

Berpusat (Kata terbitan): Makna tidak berbeza dengan makna kata dasarnya. Pusat Bahasa: (Kata Majmuk) Makna berbeza dengan kata dasar dan dikatakan terbitan di atas. Berdasarkan dua proses pemajmukan, mungkin boleh dikatakan bahawa kata majmuk itu ada dua jenis satu "kata majmuk jati" dan satu lagi kata majmuk terbitan. Kata majmuk jati tidak boleh dirasakan, manakala kata majmuk terbitan boleh difrasakan (balikannya). Kedua-dua prinsip yang dihuraikan itu boleh diterapkan dalam penyuntingan. Dengan prinsip ini kita berkjomunikasi dengan lebih jelas dan efisien. Hal ini penting kerana komunikasi dalam bahasa Melayu sudah meluas dalam berbagai-bagai bidang. Lebih-Iebih lagi kini kita semua sedang membina komunikasi dalam pelbagai bidang profesional. Bidang yang kita bina ialah bidang gusman, bidang yang menggunakan bahasa untuk membuat "perjanjian" yang mengikut "perbuatan" kedua-dua pihak yang berjanji. Sebagai contoh komunikasi yang berasaskan prinsip tatabahasa apakah perbezaan maksud ayat

berikut: a. Buku pertama terbitan DBP ialah Anak Raja Dengan Anak Papa (petikan). b. Buku yang pertama terbitan DBP ialah Anak Raja dengan Anak Papa (disunting kerana membetulkan faktanya. Kalau kita bertanyakan makna "buku pertama" daripada seseorang dan jawapan yang diberikannya ialah "Buku yang memenangi hadiah pertama". Apakah dia salah memberikan jawapan itu atau kita yang salah memahami dari sudut tatabahasa. Kalau kita bertanyakan maksud "buku yang pertama" dengan jelas dia memberikan jawapannya, "Buku yang pertama maksudnya," buku yang mula-mula", ini benar kerana pertama bersinonim dengan mula-mula. Jadi buku yang pertama seperti dengan buku yang mulamula ... Kalau ayat Buku pertama terbitan DBP ialah anak Raja dengan anak Papa, dianggap bermaksud "buku yang pertama terbitan DBP" tentulah anggapan umum yang menentukan maknanya, bukan tatabahasa. Ia dikatakan begitu kerana maksud yang dikomunikasikan oleh ayat itu bukan "buku yang mula-mula sekali diterbitkan oleh DBP". Maksud yang dikomunikasikan oleh ayat itu ialah "buku yang memenangi hadiah pertama ialah buku "Anak Raja dengan Anak Papa". Fakta itu tidak benar! Yang sebenarnya buku tersebut ialah "buku yang pertama terbitan DBP". Inilah satu contoh yang memperlihatkan bahawa tatabahasa itu penting bagi sebuah komunikasi.

BERITA RINGKAS

BUKU-BUKU TERBITAN PERPUSTAKAAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Kajian Tamadon Islam di Donia Melayu

1.

AHAN Tamadun Islam di Dunia Melayu merupakan projek kerjasama Malaysia dengan negara Malaysia dengan negara serantau (Brunei, Indonesia) dan IRCICA (Research Centre for Islamic History, Art and Culture) di Istanbul. Projek ini telah digerakkan beberapa tahun yang lalu dan usaha-usaha penyelarasan telah pun dibuat. ¡Menteri Pendidikan Y.B. Sdr. Anwar Ibrahim telah melantik Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Urusetia Serantu bagi projek tersebut dan Puan Rohani Rustam selaku Ketua Urusetia Projek.

K

Prof. Mohd. Taib Osman pula dilantik sebagai Ketua Editor (Serantau) sementara Tuan Haji Abdul Aziz Deraman dilantik sebagai Pengerusi JK Kerja Kebangsaan. Pada 1 dan 2 Mac ini Bengkel Serantau Projek Kajian Tamadun Islam di Dunia Melayu akan diadakan di Kuala Lumpur. Pada hari tersebut juga, Anugerah Warisan Kraftangan akan dilancarkan.

2.

3.

Indeks Puisi Malaysia 1967 -1987 Menyenaraikan 14730 buah sajak yang pernah tersiar di dalam majalah-majalah tempatan yang diterbitkan di an tara tahun-tahun 1967 -1987. Direktori Penulis Memuatkan lebih kurang 2 780 entri maklumat ringkas mengenai penulis-penulis Malaysia. Maklumat tentang penulis termasuklah nama penulis, nama samaran, tarikh dan temp at lahir, ala mat rumah, bidang penulisan dan persatuan .penulis yang dianggotai. Katalog Koleksi Bahasa Melayu Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pus taka. Menyenaraikan bahan-bahan dalam bidang Bahasa Melayu dan bahan bahasa berkaitan yang terdapat di perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka yang diperoleh sejak tahun 1956 -1986. Sejumlah 2 188 judul disenaraikan meliputi bahan dalam bentuk monograf, majalah, kertas kerja seminar/persidangan dan bahan-bahan mikro.

11


*DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MEMBUKA ERA BARU DI LUAR NEGARA Roslan Y usof

"Dewan Bahasa dan Pustaka telah membuka era baru dalam promosi dan penyebaran terbitannya di Paris" adalah tajuk laporan yang diterima dari Roslan Yusof yang berpeluang menghadiri Eksposisi di Paris, bermula dari 23-29 Oktober 1989.

ADA 23 Oktober 1989, bermulalah satu era baru dalam promosi dan pemasaran buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka di Paris melalui satu eksposisi yang telah diadakan di Librarie Sudestasie. Eksposisi buku-buku Dewan Bahasa dan Pustaka telah diperkenalkan oleh Duta Malaysia di Paris, Datuk Ismail Ambia pad a satu upacara meriah yang dihadiri oleh para ilmuan, sarjana, penyelidik dan penerbit-penerbit di Paris dan di sekitar Paris. Di antara tetamu yang turut hadir ialah Dato' Hassan Ahmad (tokoh yang tidak asing lagi bagi kita semua di Dewan Bahasa dan Pustaka) kini, sebagai Ketua Perwakilan Malaysia ke UNESCO, dan Profesor Tan Sri Awang Had Salleh, Penasihat Pendidikan kepada Kementerian Malaysia.

P

Pameran ulung buku-buku Malaysia dalam Bahasa Melayu ini telah dianjurkan oleh sebuah kedai buku di Paris, kepunyaan Madam Tiu khas untuk Dewan Bahasa dan Pustaka. Tujuan utama pameran ini ialah memberi peluang Dewan Bahasa dan Pustaka mempamerkan buku-buku terbitannya di Paris dan secara tidak langsung membuka jalan dan mewujudkan kerjasama yang lebih erat di antara kedai-kedai buku di Paris dan pelanggan-pelanggan dengan penerbitpenerbit yang menerbitkan buku-buku dalam bahasa Malaysia.

Duta Malaysia, Dalo' Ismail Ambia sedang berucap di eksposisi. Sebelah kirinya, Puan Tu, Nguyen Dinh Thi dan dua orang Pengurus Besar.

Usaha Dewan Bahasa dan Pustaka memperkenalkan buku-buku Malaysia kepada pembaca-pembaca Perancis amat wajar dan penting kerana Paris merupakan saluran utama penyebaran buku-buku dalam bahasa asing dan pembaca-pembacanya terdiri daripada para ilmiawan penyelidik dan penuntut-penuntut yang berrninat dan memberi perhatian kepada bidang sastera budaya dan bahasa asing. Dato' Hassan Ahmad dan Prof. Tan Sri Awang Had Salleh adalah di anlara telamu¡telamu terkemuka di eksposisi.

*Laporan asal dalam bahasa Inggeris, berjudul "Dewan Bahasa dan Pustaka opened a new era in the promotion and distribution of its publication in Paris" oleh Sdr. Roslan Yusof dan telah diterjemah dan diolah semula oleh Raja Masittah Raja Ariffin.

12

Librarie Sudestasie mempunyai dua lot kedai yang terletak di Rue du Cadinal Lemoine, Paris adalah kepunyaan sepenuhnya oleh orang Vietnam dan telah diuruskan selama lebih daripada 14 tahun. Sudestasie ini mengkhusus kepada buku-buku dari negara-negara Asia Tenggara. Pengurus Besar Sudestasie, Nguyen Dinh Thi, dalam ucapan memaklumkan bahawa kejayaan eksposisi ini adalah hasil usaha kerjasama dan hubungan baik yang telah diatur selama ini di antara


Dewan bahasa dan Pus taka dan Librarie Sudestasie. Dengan penubuhan Sudesta ie sebagai aluran penerbitan buku-buku Malaysia di Pari, bererti wujudnya satu pendekatan positif dalam promo i dan perna aran terbitan Malaysia terutamanya buku-buku Dewan Bahasa dan Pustaka. Pesta Buku Frankfurt dan Jalinan Huhungan Kerjasama Dengan Bonn

Bersempena dengan eksposisi di Sudestasie, Dewan Bahasa dan Pus taka dengan kerjasama Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan Malaysia (MKBK) telah mengambil bahagian dalam Pameran Buku Frankfurt dari 11-16 Oktober 1989. Sebanyak 102 judul buku telah dipamerkan di Pe ta Buku ini dan 52 judul adalah buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Tiga buah buku yang berjudul The Malaysian Songket, Silat Olahraga (Edisi Baha a Inggeris) dan Garis Lelah diketengahkan untuk pengetahuan orang ramai. Selain itu, 3 keping poster berlubang dengan ketiga-tiga judul buku ter ebut juga dipamerkan.

Tiga orang pegawai DBP bersama seorang pegawai Kedutaan Malaysia di Bonn.

Kesan penyertaan Dewan Baha a dan Pu taka yang paling 'significant' pad a tahun 1989 ialah terjalinnya hubungan dengan Kedutaan Malay ia di Bonn melalui sumbangan sebahagian besar buku yang dipamerkan di Pesta Buku di Frankfurt kepada Perpu takaan Kedutaan kita di Jerman. Buku-buku ini dapat dimanfaatkan oleh para ilmiawan, penyelidik dan penuntut-penuntut di Jerman. Buku-buku terbitan Dewan Ba\1a a dan Pustaka bukan sahaja diperkenalkan di Jerman malahan di United Kingdom. Beberapa judul buku telah diberikan kepada Jabatan Penuntut-Penuntut Malaysia di London sebagai usahawan promo i buku-buku Dewan Bahasa dan Pus taka di negara ter ebut.

PERKHIDMAT¡ AN TELITA DI PERPUSTAKA. ANDBP Che Ros Rahim

ELITA adalah singkatan daripada 'Telefon, Liliat dan Tabu' bermakna pengguna akan memperolehi dan melihat maklumat menerusi talian telekomunikasi iaitu telefon. Perkhidmatan video teks ini telah diperkenalkan oleh Syarikat Sistem Telekom Malaysia Sdn.Bhd. pada tahun 1985. Perkhidmatan ini bertujuan untuk membantu pengguna yang berdaftar sebagai ahli TELITA mendapatkan maklumat dan lebih cepat dan jelas. Pada tahun 1987, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka telah menjadi anggota sistem TELIT A sebagai sub pembekal maklumat di bawah Pembekal Maklumat Utaml,l iaitu Perpustakaan Negara Malaysia. Pada tahun 1989, PENDIT A iaitu satu daripada perkhidmatan penyebaran maklumat di bawah Syarikat Telekom diwujudkan dan Perpustakaan menjadi sub pembekal di bawah PEND ITA pula. Sehingga kini, maklumat-maklumat dari Dewan Bahasa dan Pus taka yang telah dimasukkan ke dalam sistem ini masih di peringkat percubaan dan pengubahsuaian. Walau bagaimanapun sejumlah besar maklumat utama tentang DBP yang telah disebarkan melalui Telita ialah:

T

1. Maklumat umum DBP 2. Perpustakaan DBP 3. Kalendar DBP 4. Buku-buku terbaru terbitan DBP. 5. Fokus majalah DBP 6. Ruangan Istilah 7. Kelab Sastera Dewan Memandangkan sistem ini amat berguna kepada organisasi Dewan Bahasa dan Pustaka terutama bagi perkhidmatan penyebaran dan terbitan DBP, maka DBP telah bercadang untuk menjadi pembekal Maklumat Utama kerana sebagai Pembekal Utama lebih banyak kemudahan dapat diberikan kepada pelanggan. Bilangan pelanggan Telita yang aktif mengikut sektor setakat ini berjumlah 400 sektor perubatan Ire Iaolom4n 14

13


KURSUS PENGAWETAN DAN PENJILIDAN BUKU/DOKUMEN Mohd. Roslan Hassan

-----------------------------------------------------------------------------... URSUS Pengawetan dan Penjilidan Buku serta Dokumen telah berlangsung selama dua minggu, daripada 17-29 lulai 1989 di Arkib N egara. Sdr. Razman dan saya telah diberi peluang mengikuti kursus tersebut. Kursus ini memberi pengetahuan asas cara-cara mengawet dan menjilid buku, dokumen, manuskrip dan sebagainya. Kursus yang dikendalikan oleh Arkib Negara ini terbahagi kepada dua sesi dan setiap sesi dijalankan selama seminggu. Kami didedahkan dengan aspek-aspek teori dan praktikal pengawetan dan penjilidan yang terbaharu. Objektif utama kursus tersebut ialah:

K

daripada rosak akibat serangan serangga.

iv) Melalui teknik pemuliharaan, usia dan teks (kandungan) buku dan manuskrip dapat dikekalkan. v) Menghasilkan kerja-kerja yang bermutu.

bahan-bahan

Sehubungan dengan ini sistem kerja di Unit lilid sekarang ini haruslah diberi perhatian yang wajar khususnya sistem penyimpanan bahan-bahan seperti buku dan manuskrip (untuk dijilid/diawet) yang terkawal daripada segi suhu dan juga serangan serangga perosak. Untuk mewujudkan uatu suasana tempat kerja yang selesa dan ruang yang lebih besar perlu diberi perhatian memandangkan perala tan yang semakin bertambah jumlahnya. lika perlu satu unit baru diwujudkan khusus memberi perkhidmatan pemuliharaan bahan-bahan seperti buku, manuskrip dan sebagainya. Untuk menghasilkan kerja yang baik, cepat dan berkualiti Unit lilid haruslah dilengkapkan dengan peralatan moden dan mudah digunakan memandangkan kerja-kerja harian yang semakin bertambah dan permintaan daripada bahagian-bahagian lain di Dewan Bahasa dan Pustaka juga semakin' meningkat. Pad a keseluruhannya, kursu yang kami hadiri banyak memberi pengetahuan asas dalam kerja-kerja penjilidan dan pengawetan bahan-bahan perpustakaan. Kami cuba sedaya upaya mengaplikasikan apa yang telah kami pelajari ke dalam tugas sehari-hari supaya dapat menghasilkan kerja yang bersistem dan bermutu.

30%, undang-undang-undang -15%, komputer -20%, STMB -30% dan lain-lain -5%. Di an tara pembekal-pembekal maklumat yang menyertai sistem ini ialah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, MAS, KLSE, Perpustakaan Negara Malay-

sia, USM, The Briti. h Council, PO RIM, Kraftangan, perpustakaan Awam Selangor, kelab-kelab komputer, Kementerian Pendidikan dan beberapa organisasi lagi. Pada masa ini Perkhidmatan TELITA ditempatkan di Unit Perkhidmatan Pembaca.

i) Menimbulkan semangat atau sikap sayangkan buku, dokumen, manuskrip dan bahan-bahan lain. ii) Memberi pengetahuan asas teori dan latihamal tentang cara-cara pemuliharaan bahan-bahan tersebut. Pengetahuan dan pen gala man yang kami perolehi setelah menyertai kursus tersebut amat membanggakan. Banyak perkara yang boleh dimanfaatkan berhubung dengan kerja-kerja harian di Unit lilid. Diantaranya ialah: i) Kerja-kerja dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan sempurna. ii) Penjimatan bahan yang digunakan melalui sistem piawaian antarabangsa. iii) Pengawalan

dan

penjagaan

oori I.alarna,. 13

14


MAJLIS PENYERAHAN KOLEKSI ASRAF Idros Samsudin

AJLIS ini telah diadakan pada 14 Ogos 1989 di Sudut Penulis, Dewan Baha a dan Pustaka. Sdr. Anwar Ibrahim, Menteri Pendidikan Malaysill telah hadir sebagai tetamu kehormat. Majlis diadakan dalam suasana yang agak ederhana tetapi eukup meninggalkan kesan. Dalam ucapan alu-aluan, Sdr. Anwar mengueapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pak Asraf kerana ke udiannya menyerahkan koleksi peribadinya kepada Perpu takaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan Tuan Hj. Jumaat Dato' Mohd. Noor, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebagai Ketua Pengarah Tuan Hj. Jumaat berasa amat beruntung kerana Pak Asraf telah memilih Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menerima koleksi beliau. Setelah Ketua Pengarah menyampaikan kata alu-aluannya, Sdr. Awang Sariyan telah tampil untuk memperkenalkan diri Pak Asraf. Dalam waktu memperkenalkan diri Pak Asraf ini, hadirin dapat mengenali diri Pak Asraf dengan lebih dekat lagi, khususnya di waktu Pak Asraf bertugas sebagai editor dan ketua editor di Oxford University Press (OUP). Betapa telitinya beliau dalam soal bah as a sehinggakan eontengan-eontengan yang beliau buat boleh dijadikan satu manu krip lain, begitulah tanggapan Sdr. Awang Sariyan. Namun Asraf tetap dengan pendiriannya untuk menghasilkan sebuah buku yang baik daripada egi bahasanya. Tuan Hj. Asraf bin Hj. Abdul Wahal? atau lebih dikenali dengan panggilan mesra Pak Asraf, adalah ahli bahasa yang tidak asing lagi di kalangan peneinta bahasa Melayu di Malaysia. Pada waktu mula berkeeimpung dalam bidang penulisan, beliau dikena]i sebagai seorang pengkritik sastera yang di egani. Kemampuan beliau dalam bidang penulisan mula terserlah apabila beliau berjaya menghasilkan sajak, eerita pendek, reneana tentang sa tera dan bahasa (khususnya tentang tatabahasa Melayu). Sebagai hasil upayanya dalam bidang tatabahasa Melayu, beliau berjaya mengutarakan beberapa pertemuan baru dalam bidang tersebut. Penglibatan ini, yang dilak anakan tanpa mengikuti saluran pendidikan formal di universiti, sangatlah mengkagumkan. Sebagai menghargai sumbangan beliau dalam bidang ter ebut, Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganugerahkan Ijazah Kehormat Sarjana Ke u a teraan pada lahun 1983.

M

Kelua Pengarah DBP Tn. Hj. Jumaat menerima koleksi dari Pak Asraf.

Kecenderungan Asraf terhadap bahasa Melayu terserlah apabila berlangsungnya Kongres Bahasa dan Persuratan Ketiga di Singapura pada 16 hingga 21 September 1956. Untuk kongres tersebut, Asraf telah menulis satu memorandum yang berjudul Penyatuan Bahasa Melayu: Malaya dan Indonesia dan dua kertas kerja yang berjudul Ejaan Bahasa Melayu dengan Huruf Rumi dan Bunyi Bahasa Melayu dalam Ucapan. Dalam memorandum itu, beliau menganjurkan agar bahasa Melayu dan bahasa ' Indonesia disatukan kembali, dengan mewujudkan satu sistem ejaan yang sarna atas prinsip fonemik, untuk dijadikan suatu bahasa bieara halus yang baku bagi seluruh Malaya dan Indonesia. Dalam kertas kerjanya ten tang ejaan baru, Asraf membuat beberapa saranan tentang eara-cara melaksanakannya menu rut prinsip fonemik. Tentang bunyi bahasa pula, beliau mengajurkan supaya "ejaan menurut sistem fonemik dapat dijadikan dasar dalam menentukan ucapan atau bunyi bahasa yang baik dan tepat pada tingkat nasional" . Yang dimaksudkannya ialah sesuatu kata itu harus dieja persis menurut caranya kata itu diueapkan. Saranan Asraf tentang ejaan dan bunyi bahasa diterima oleh Kongre , sebagaimana yang ternyata dalam Rumusan Sidang Bahagian CI. Daripada Rumusan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga itu lahirlah sistem ejaan kongres, dan sistem ejaan itu hatnpir seluruhnya menjadi kenyataan apabila ejaan baru atau ejaan yang ke ha/aTlUJn 16

15


BENGKEL NAMA PENGARANG MELAYU Norma Bachik

ecenderungan pengarang-pengarang Melayu menggunakan nama samaran yang berbagaibagai pada suatu masa yang sarna; ejaan nama sebenar yang berbeza-beza dan bentuk nama yang berlainan; ditambah pula dengan gelaran keturunan yang bermacam-macam, sering menimbulkan rna salah dan kekeliruan semasa mengkatalog dan mengindeks karya-karya mereka. Contohnya, nama yang bermula dengan Abdul atau Muhammad ada kalanya dieja penuh dan ada kalanya pula dipendekkan kepada Abd. atau Muhd. sahaja. Pada kebiasaannya pengkatalog akan mengambil bentuk nama dan ejaan menurut yang tertera pada halaman judul sesebuah buku. Walaupun begitu, terdapat juga pengarang yang sarna menggunakan bentuk dan ejaan nama yang berbeza-beza dalam karya-karyanya yang lain. Dalam hal ini, sukar hendak dipastikan sarna ada pengarangnya atau editornya yang cuai. Untuk mengatasi masalah ini para pengkatalog akan menggunakan rujukan silang tetapi penggunaan rujukan silang yang terlalu kerap akan mengelirukan pengguna-pengguna pula. Dalam proses mengkatalog dan mengindeks bahan-bahan perpustakaan, pustakawan selalunya merujuk kepada 'Anglo-American Cataloging Rules' edisi kedua terbitan yang telah diterima secara universal sebagai panduan dalam kerja-kerja pengkatalogan. Menurut garis panduan yang diberi, nama pengarang-pengarang Melayu yang mempunyai gelaran

K

keturunan harus diberi entri dengan menempatkan gelaran tersebut selepas nama diri pengarang, dipisahkan dengan tanda koma dan ditulis dalam huruf con dong (italics) ataupun digaris di bawahnya seperti contoh berikut: ABDUL Rahman Putera Alhaj, Tunku Menurut AACR 2, kaedah mengkatalog nama-nama pengarang Melayu yang mempunyai gelaran keturunan seperti di atas telah menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan pengarang-pengarang tersebut kerana mereka berpendapat gelaran itu adalah sebahagian daripada nama dan tidak wajar diubah dengan menempatkan gelaran tersebut selepa atau di belakang nama mereka. Bagi mengatasi masalah tersebut dan untuk menentukan bagaimanakah nama-nama pengarang Melayu seharusnya ditulis, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka akan menganjurkan bengkel 'Nama Pengarang Melayu' pada 18 Oktober 1989. Dua kertas' kerja yang telah dibentangkan di bengkel itu merangkumi latar belakang nama-nama Melayu daripada segi budayanya dan masalah nama pengarangpengarang Melayu daripada aspek kerja-kerja pengkatalogan dan pengindeksan. Semoga keputusan yang telah dicapai dalam bengkel ini dapat dijadikan panduan oleh semua pengkatalog dan pengindeks bagi entri nama pengarang-pengarang Melayu.

oor' halarnan 15 disempurnakan diumumkan bersama oleh Malaysia dan Indonesia pada 16 Ogos 1972. Asraf pernah ke luar negeri dan telah mengunjungi Amerika Utara, Eropah, Afrika, Australia dan Asia. Dengan pengalaman yang luas serta ketokohan beliau dalam bidang bahasa, Dewan Bahasa dan Pus taka yakin bahawa beliau dapat memberikan sumbangan yang berkesan kepada perkembangan bahasa Melayu di negara ini. Dari 1 Oktober 1986 hingga 29 September 1988 beliau dilantik menjadi perunding bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka. Bersempena dengan majlis ini Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan sebuah 16

buku yang diberi judul Katalog Koleksi A8raf. Katalog setebal 88 hal am an ini menyenaraikan segala bahan yang di erahkan oleh Asraf kepada Perpustakaan. Bahan-bahan ini terdiri daripada 107 buah piring hitam 1,151 judul buku yang merangkumi 599 judul buku dalam bahasa Melayu dan 552 judul buku dalam bahasa Inggeris; 103 judul majalah berbahasa Melayu dan 41 judul majalah berbahasa Inggeri . Di ini kami ingin mengambil ke empatan mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Unit Rekabentuk, Unit Pra Cetak dan Unit Percetakan kerana dengan bantuan mereka majlis ini dapat diadakan dengan jayanya.


PENGUMUMAN

SEMINAR/BENGKEL/pERSIDANGAN/KURSUS YANG DlHADmI OLER PEGAW AI/KAKITANGAN PERPUSTAKAAN

Seminar Serantau Pendokumentasian Bahasa dan Kesusa8teraan Melayu

Perpustakaan DBP yang selama ini memainkan peranan sebagai pusat dokumentasi bahasa dan ke usasteraan Melayu ingin berkongsi pengalaman dengan individu dan institusi-institusi yang berminat dalam usaha mewujudkan satu kaedah pendokumenta ian yang terkini bagi pengumpulan dan pengawalan bahan bahasa dan kesusasteraan Melayu. elara dengan perkembangan teknologi dalam bidang penyebaran maklumaL Beberapa orang tokoh pustakawan dan sarjana bahasa dan sastera dari dalam dan luar negeri akan diundang untuk membentangkan kerta kerja. Di antara kertas kerja yang akan dibentangkan adalah eperti berikut: 1.

2. 3. 4. 5.

6. 7.

8.

9.

Koleksi bahasa dan ke usasteraan Melayu sebagai bahagian daripada khazanah budaya kebangsaan. Sumber-sumber maklumat bahasa dan kesusteraan Melayu: satu tinjauan. Peranan pustakawan dalam pemhinaan dan perancangan Bahasa Melayu. Pengkatalogan nama-nama pengarang Melayu: ke arah satu pendekatan yang seragam. Pengkatalogan karya-karya tulisan lawi: beberapa persoalan tran literasi jawi-rumi Bahasa Melayu. Bahasa dan ksusasteraan Melayu: isu-isu pengkelasan. Pengawalan dan penyebaran maklumat bahasa dan kesusasteraan Melayu melalui komputer. Pusat-pusat sumber baha a dan kesu asteraan Melayu di luar dunia Melayu: saluran peningkatan penyelidikan. Pusat dokumentasi serantau bahasa dan kesusa teraan Melayu: satu saranan.

24/6 - 19/8/89

Kursus Musim Panas di Aberystwyth. Wales (A. Wahab Hamzah)

19/6 - 24/6/89

Workshop on Thesaurus Construction ITM. lalan Othman (Norma Bachik) Latihan mengawet dan menjilid Dokumen dan Buku di Arkib Negara (Razman Ramly dan Muhammad Roslan Hassan) Kursus Kepimpinan dan Penyeliaan. Unit Latihan DBP. (Dzulkifli Haji Abbas) Bengkel Nama Pengarang Melayu dianjurkan oleh Perpustakaan DBP. Kursus Pembangunan Insan di Bukit Bruang. Melaka. (Encik H usin Alias)

17 - 29/7/89

8 - 11/8/89

18/10/89

18 - 21/10/89

17/11/89 5/12/89

30/12/89

1{90 Seminar akan dimulakan dengan ucapan dasar oleh tokoh bahasa yang tidak asing lagi dan diakhiri dengan forum yang pasti memikat para pe erta.

Training Course on Promotion of Reading Habits & Book Development anjuran ACCU. di Tokyo. (Aizan Mohd. Ali) Sempena Pertemuan 31 Disember Anugerah Khidmat Cemerlang Aizah Mohd Ali Husin Alias Kursus bina msan Melaka. Zawiyah bte. Ahmad

di

Sesiapa yang berminat untuk menyertai eminar yang akan berlangsung pada 4 -7 lun ini. bolehlah mendapatkan keterangan lanjut dari Uru etia Seminar dengan menelefon 2481011 samb. 237 320. AIZAN MORD. ALI

17


PERADUAN PENULISAN KREATIF SEPANJANG 30 TAHUN DI MALAYSIA (Bahagian 2) Fatimah Zahrin Mohd. Taib Hadijah Sani Ahmad

1971

P

/

enganugerahan Hadiah Sastera diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1971. Hadiah Sastera yang dikenali juga dengan nama Hadiah Karya Sastera merupakan salah satu insentif atau daya galakan untuk para penulis mencipta karya yang bermutu ke arah mempertinggi dan memperkaya khazanah sastera tanah air. Penghargaan dan pengiktirafan daripada kerajaan dan masyarakat terhadap para penulis adalah diharapkan mereka dapat meneruskan penciptaan karya-karya yang bermutu. Penganugerahan ini merupakan acara tahunan yang bermula daripada 1971 sehingga tahun 1976. Walau bagaimanapun pemberhentian Hadiah Sastera telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn di MajIis Penganugerahan Hadiah Sastera 1976 yang telah diadakan pada 11 November 1977. Pemberhentian ini adalah bertujuan untuk menyerahkan tugas kegiatan sastera kepada pihak swasta dan tambahan pula kerajaan akan memulakan pemberian hadiah yang lebih besar dalam bentuk Anugerah Sastera Negara. Namun begitu, atas saranan Timbalan Perdana Menteri (ketika itu), Datuk Musa Hitam, Hadiah Sastera telah dihidupkan kembali pad a tahun 1981 dengan nama 'Hadiah Sastera Malaysia' yang diberikan dua tahun sekali. Sehingga kini Hadiah Sastera Malaysia masih diteruskan dan berjalan dengan lancar. Hadiah Sastera 1971 mempertandingkan empat bidang iaitu puisi, cerpen, novel dan drama. Sebanyak empat puluh dua buah puisi dan lima belas buah cerpen telah dipilih untuk diberi hadiah. Semua puisi dan cerpen yang memenangi hadiah ini telah dibukukan dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan judul Dalam Perjalanan : Antologi Cerpen Hadiah Sastera 1971 dan Dalam Getaran : Antologi Sajak Hadiah Sastera 1971. Karya Azizi Hj. Abdullah yang berjudul Senja Belum Berakhir telah dipilih 18

untuk memenangi hadiah bagi genre novel. Buku ini kemudiannya diterbitkan di Singapura oleh Pustaka Nasional (1971). Novel ini mengisahkan konflik di antara tiga watak utama kaum tani iaitu Malawi dan ayahnya (Ketua Kampung) dan Bani Puteh berhubung dengan perebutan tanah sawah. Tiada hadiah yang dimenangi dalam bahagian drama. Persatuan Guru-Guru Melayu Kedah juga telah menganjurkan Peraduan Mengarang Rencana, Cerpen dan Melukis Kulit bersempena dengan 25 tahun Persatuan Guru-Guru Melayu Kedah (PGMK). Dalam bahagian cerpen, panel penilai memutuskan bahawa tiada peme~ang tempat pertama manakala tempat kedua dimenangi oleh Encik Abdul Halim Hj. Saleh dengan judul Menanti Kawat Tak Tiba.

1972 Keputusan pemenang Hadiah Sastera bagi kali ke-2 telah diumumkan dan didapati tiada pemenang yang layak memenangi hadiah pertama dalam genre novel, antologi-antologi puisi dan cerpen. Namun begitu, dua belas buah cerpen dan tiga belas buah puisi telah terpilih untuk memenangi hadiah. Sajak, cerpen dan drama yang memenangi Hadiah Sastera ini kemudiannya dikumpulkan dan diterbitkan dalam bentuk buku yang diberi judul Suara Semusim : Antologi Karya Hadiah Sastera 1972 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1974.-Drama karya Nordin Hassan, 'Bukan Lalang Ditiup Angin' juga turut terpilih sebagai drama terbaik untuk tahun ini. Drama ini memaparkan bagaimana wang dan kuasa dapat mempengaruhi dan menguasai keadilan dan hak-hak kemanusiaan. Drama ini telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 1979.

1973 Hadiah Sastera Ketiga telah memilih sepuluh buah sajak dan tiga belas buah cerpen untuk diberi hadiah. Cerpen dan puisi yang terpilih akan dikumpul dan


diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pus taka dengan judul Pemenang : Antologi Hadiah Karya Sastera 1973. Dewan Bahasa dan Pustaka juga telah menerbitkan antologi himpunan sajak-sajak yang memenangi hadiah ini daripada tahun 1971 hingga 1973. Antologi tersebut diberi judul "Kumpulan Sajak-Sajak Hadiah Sastera 1971 - 1973". Dua buah antologi sajak yang turut memenangi hadiah ialah antologi Sajak-Sajak Pendatang karya Muhammad Haji Salleh dan Sungai Mekong karya Latiff Mohiddin. Kedua-dua buku ini telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 1973 dan 1981. Sajak-sajak Pendatang mengumpulkan sajak-sajak yang ditulis di Malaysia, England, Singapura, Indone ia dan Amerika Syarikat yang menceritakan pengalaman serta ilmu yang diperolehi selama menjadi seorang pengembara. Antologi Sungai Mekong pula lebih berkisar kepada persoalan kemanusiaan dan cuba memberitahu kita ten tang kerosakan alam akibat peperangan, proses pemodenan dan kelobaan manu ia. Drama karya Syed Alwi Syed Hassan yang berjudul Alang Retak Seribu telah diumumkan sebagai pemenang. Drama ini menggambarkan perbezaan dan pertentangan nilai-nilai hidup di kota dan di desa. Drama yang bercorak komidi ini menyelitkan unsur-unsur sindiran dan gagasan moral melalui watak Alang Khalid. Novel Srengenge, karya Shahnon Ahmad turut memenangi hadiah dan telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1973. Novel ini mendedahkan kehidupan masyarakat kampung yang terlalu kukuh dengan kepercayaan tradisi sehingga menyekat pelaksanaan proses pembangunan. Pad a tahun ini karya-karya yang berbentuk eseifkritik sastera telah dipertimbangkan buat pertama kalinya untuk dinilai. Panel hakim telah memilih dua orang penulis iaitu Hashim Awang dan Baharuddin Zainal sebagai pemenang. Biro Bahasa Sabah telah melancarkan sayembara penulisan yang diberi nama Sayembara Novel Biro Bahasa Sabah. Inilah satu-satunya iri sayembara penulisan novel yang pemah dianjurkan oleh sebuah persatuan penulis di negeri Sabah. Penyertaan hanya terbuka kepada penulis-penulis di negeri Sabah. Hasilnya, muncullah novel 'Nafas Yang Hampir Putus', karya A.B. Amasuba yang memaparkan konflik jiwa watak protagonisnya dalarn mencari keyakinan diri ten tang kepercayaan terhadap sihir dan kepercayaan kepada tuhan. Novel ini telah diterbitkan dalam tahun 1975 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Satu peraduan menulis sajak bersempena dengan Perayaan Hari Kebangsaan telah diadakan di Daerah Kuala Lipis. Tujuan utamanya ialah memberi peluang kepada penuntut-penuntut sekolah menumpukan perhatian dan pandangan mereka terhadap kebudayaan tanah air yang menjadi teras kebudayaan kebangsaan. Sajak-sajak yang diberi perhatian adalah sajak-sajak bertemakan 'Masyarakat Berkebudayaan

Kebangsaan'. Seorang penuntut Sekolah Menengah Clifford, Hussain Md. Saman telah berjaya mendapat tempat pertama dengan sajaknya yang berjudul Kebudayaan Nasional. GPMS Cawangan Perlis pula telah menganjurkan Peraduan Mengarang bersempena dengan Perayaan lubli Perak GPMS. Bahagian sajak, telah dimenangi oleh M. Fadzil Nor dengan sajaknya berjudul Hari Angkatan Tentera. Bahagian drama pula, tempat pertama telah dimenangi oleh drama yang berjudul Sinar Fajar Cerah Kembali, karya Nor Aziah Deraman dan cerpen Cita dan Cinta, karya Cik Yam Abdullah. 1974-

Sebanyak sepuluh buah cerpen dan sepuluh buah sajak telah dipilih. Kumpulan cerpen dan sajak tersebut telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan judul "Pemenang 74 : Antologi Hadiah Karya Sastera 1974". Bahagian esei/kritik pula telah dimenangi oleh penulis terkenal Shahnon Ahmad. Drama yang berjudul Tok Perak, karya Syed Alwi Syed Hassan sekali lagi telah berjaya terpilih untuk memenangi hadiah. Tok Perak telah diterbitkan oleh Teks Publishing dalam tahun 1985. Drama ini mengisahkan bagaimana Tok Perak yang juga memegang watak sipenjual ubat menghadapi berbagaibagai konflik apabila berhadapan dengan masyarakat kampung yang ditemuinya ketika menjual ubat. Dalam genre novel pula, tiada pemenang yang berjaya memenangi hadiah. Persatuan Bahasa dan Budaya Sekolah Menengah Ismail Putra Kota Bharu, Kelantan telah menganjurkan Peraduan Mencipta Sajak dan Cerpen. Wan Mat Wan Salleh telah memenangi hadiah pertama bagi kumpulan A dengan sajaknya Puncak Ketenteraman. Kumpulan B didapati tiada pemenang untuk tempat pertama dan kedua tetapi tempat ketiga dimenangi oleh Siti Fatimah Othman dengan sajaknya, Penentuan. Genre cerpen juga, tiada pemenang untuk tempat pertama dan kedua namun cerpen Wardziah Ab. Rahman yang berjudul Di mana Oh Di mana hanya memenangi tempat ketiga. Peraduan ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru terutama di kalangan penuntut supaya bergiat dalam arena penulisan, khususnya genre sajak dan cerpen. 1975

Panel hakim Hadiah Sastera Kelima telah ¡¡memutuskan bahawa enam belas puisi dan tiga belas buah cerpen telah dipilih untuk memenangi hadiah. Kumpulan sajak dan cerpen ini kemudiannya telah diterbitkan dengan judul "Anak Bumi Tercinta : Antologi Hadiah Karya Sastera 1975", terbitan tahun 1977 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebuah antologi puisi yang berjudul Buku Perjalanan Si Tenggang II, karya Muhammad Haji Salleh terbitan 19


tahun 1975 oleh Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia dan drama Tingginya Menyapu Awan karya Bidin Subari telah memenangi hadiah. Drama ini kemudiannya telah diterbitkan dalam tahun 1978 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Sdr. Ramli Isin dan Ilias Zaidi adalah dua or~ng penulis yang berjaya terpilih memenangi hadiah dalam bahagian eseifkritik. Seperti pada tahun-tahun kebelakangan tiada pemenang dalam genre novel. labatan Perdana Menteri Malaysia (Bahagian Agama) telah menganjurkan "Peraduan Mengarang Cerpen Beruosur Islam". Tujuan utama peraduan ini ialah untuk menggalakkan sasterawan Islam melahirkan karya-karya yang berunsur Islam khususnya dalam genre cerpen. Cerpen-cerpen Islam yang bernilai, diusahakan pengumpulannya seberapa banyak yang boleh untuk diterbitkan dalam sebuah antologi cerpen sebagai bahan bacaa~ uroum. Cerpen yang berjudul Tantangan oleh Norhisham Mustafa telah memenangi hadiah pertama dan kemudian telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 1978. Antologi ini mengandungi sepuluh buah cerpen yang membawa persoalan tentang kehidupan masyarakat Islam kini di tanah air.

1976 Lima belas buah cerpen, tiga belas buah puisi dan dua buah drama iaitu ("Ana" karya Dinsman dan "Raja Pengemis" karya Mohd. Ismail Ariffln) terpilih untuk memenangi hadiah. Cerpen-cerpen, puisi dan drama tersebut kemudiannya telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam dua buah antologi yang berjudul Musini Penyesuaian : Antologi Cerpen Hadiah Karya Sastera 1976 dan Pasir Biru : Antologi Sajak dan Drama Hadiah Karya Sastera 1976. Selain itu dua buah novel juga turut terpilih untuk memenangi hadiah iaitu novel Saga oleh Abd. Talib Hassan dan Juara oleh S. Othman Kelantan. Novel Saga terbitan Utusan Publication pernah memenangi Sayembara Penulis N.ovel Gapena 1976 sementara novel Juara (1976) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka memaparkan keadaan kehidupan para penjudi adu lembu. Dua orang penulis politik iaitu A. Rahman Yusof dan Mana Sikana telah terpilih dalam bahagian kritikan sastera manakala bahagian esei pula, dimenangi oleh Ali Ahmad dan Muhammad Uthman EIMuhammady. Dewan Bahasa dan Pustaka sekali lagi telah berjaya menerbitkan antologi puisi pemenang Hadiah Karya Sastera (merangkumi tahun-tahun 1971 hingga 1976). Pada tahun 1980, dan versi Inggerisnya berjudul Modern Malaysia Poetry : Winner of Malaysia Literary Awards 1971¡76. Bersempena dengan Hari Guru, lawatankuasa Hari Guru Peringkat Kebangsaan ada menganjurkan peraduan mengarang novel yang bertemakan pendidikan moral dalam zaman kemajuan. Encik

20

Baharuddin C.D, telah terpilih sebagai pemenang pertama dalam sayembara ini dengan novelnya Area Berdiri Sendiri dan telah diterbitkan oleh Kumpulan Penerbit pada tahun 1986. Novel ini memaparkan realiti kehidupan kampus yang penuh dengan cabaran; soal korupsi pemimpin; politik negara, percintaan dan kemanusiaan. Sayembara Mengarang Novel Gapena yang bertemakan penyatuan rakyat Malaysia telah dilancarkan pada 15 September 1974 dan upacara penutupnya ialah pada 30 November 1975. Sayembara ini pad a awalnya dikenali dengan nama sayembara mengarang novel Tun Datu Haji Mustapha kerana hadiah-hadiahnya adalah sumbangan peribadi dari beliau. Sayembara ini dirancang supaya diadakan dalam lima siri, untuk selama lima tahun. Daripada tiga puluh enam buah manuskrip yang diterima dan dinilai,. panel penilai telah memilih novel Saga oleh Abdul Talib Mohd. Hassan sebagai pemenang pertama. Dalam usaha memperkaya dan mempertingkatkan mutu sastera di sam ping memperkembangkan bakat para penulis tanah air, terutamanya penulispenulis muda, Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menganjurkan satu peraduan menulis cerpen dan eseifkritik. Pemenang pertama dalam bahagian cerpen ialah Syed Mohamed Nor bin Tuan Long (S.M. Noor) dengan judul 'Budi' manakala hadiah pertama bahagian eseiJkritik telah dimenangi oleh Rahman Shaari dengan esei yang berjudul Pembaruan Yang Berkesan Dalam Perkembangan Puisi Melayu Di Malaysia. Cerpen-cerpen yang memenangi hadiah ini kemudiannya telah diterbitkan pada tahun 1979 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka yang dimuatkan di dalam satu antologi cerpen yang berjudul Arus Melanda Musim. labatan Perdana Menteri (Bahagian Agama) sekali lagi telah menganjurkan peraduan mengarang cerpen berunsur Islam. Sebuah cerpen karya Abdullah Hussein berjudul Tuhan, Bagaimana Akan Ku CariMu telah memenangi hadiah pertama dan kemudian telah diterbitkan dalam sebuah antologi yang berjudul Tuhan Bagaimana Akan Ku CariMu oleh pihak penganjur dalam tahun 1979. Dengan kelahiran buku ini, maka sudah dua siri antologi cerpen yang terpilih dalam peraduan seperti ini berjaya diterbitkan. Antologi ini mengemukakan cerpencerpen yang mendakwahkan nilai-nilai Islam dalam berbagai-bagai aspek kehidupan manusia.

1977 Sayembara menulis novel, sajak, drama dan cerpen anjuran bersama GAPURA (Gabungan Penulis-Penulis Saba h) dan Biro Bahasa labatan Ketua Menteri telah diadakan. Dalam genre novel, Ismail


Abbas telah memenangi hadiah pertama dengan novelnya berjudul 'Ngayau '. Cerpen yang berjudul Harimau karya Ramli A.R. telah terpilih memenangi hadiah pertama. Bahagian drama telah dimenangi oleh Paul Ubit dengan dramanya yang bertajuk Senja Merah di Tanjung Sari. Penyair Salim Mohammad dengan sajaknya, Simponi Maha Mumi telah mendapat temp at pertama. Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan novel Ngayau ini dalam tahun 1979. Ngayau diilhamkan daripada peristiwa silam yang berlatarbelakangkan hutan Sarawak dengan perjuangan masyarakat kecil yang mempunyai adat dan norma yang mengerikan tetapi jalinan peristiwa-peristiwa seram, sedih, gembira dan mengharukan itu telah dapat membina cerita supaya menjadi sebuah cerita yang menarik.

1977/1978 Acara kemuncak Peraduan Sastera Perpaduan Balai Muhibbah (PSPBM), anjuran Lembaga Perpaduan Negara ialah upacara penyampaian hadiah yang diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Sebanyak 374 buah cerpen telah diterima pada sepanjang pertandingan dan hanya 24 buah cerpen telah terpilih di peringkat akhir untuk dihakimkan bagi menentukan para pemenangnya. PSPBM ini bertemakan uKehidupan Masyarakat Malaysia Berbilang Kaum" dan tema ini sesuai sekali dengan matlamat kerajaan untuk mewujudkan keharmonian di kalangan anggota-anggota rna yarakat yang berbilang bangsa dan agama erta menanamkan seman gat perpaduan melalui atu kebudayaan dan kesusasteraan nasional. Raja Sabaruddin Raja Abdullah dengan cerpennya yang berjudul Di Bawah Langit Biru telah memenangi hadiah pertama. Cerpen ini beserta dengan cerpen-cerpen lain telah dibukukan dan diterbitkan oleh Lembaga Perpaduan Negara dengan nama Bibit

1978 Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera (BPPS), Dewan Bahasa dan Pu taka telah menganjurkan Peraduan Menterjemah Novel (ke dalam bahasa Malaysia). Pelancarannya telah diadakan pada 8 April 1978 bersempena dengan Pertemuan bagi Penubuhan Persatuan Penterjemah Malaysia, di Balai Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka. Tujuan peraduan 1m diadakan ialah untuk menimba, memupuk dan menggalakkan bakat-bakat penterjemah baru dan lama serta untuk memperkaya perbendaharaan kesusasteraan Melayu melalui penerbitan karya-karya asing yang bermutu tinggi dan membina satu tradisi terjemahan yang bermutu. Novel-novel yang dipilih untuk diterjemahkan adalah karya penulis-penulis terkenal dari Asia-Afrika dan penulis-penulis barat. Novel yang berjudul In Dubious

Battle yang diterjemahkan oleh Mohd. Ridhwan telah memenangi hadiah pertama. BPPS juga ada menganjurkan peraduan skrip drama/pentas. Peraduan ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama terdiri daripada drama pendek (setengah hingga satu jam persembahan) dan bahagian kedua ialah drama panjang (satu hingga dua jam). Tiada pemenang pertama bagi kedua-dua bahagian ini. Bagi drama pendek, tempat kedua dimenangi oleh Mohd. Hatta Azad Khan dengan drama Mayat sementara drama panjang, temp at ketiga telah dimenangi oleh drama Pelayaran Inderaputera oleh Ismail Kassan. Drama-drama pendek tersebut telah diantologikan dengan judul Penantian terbitan tahun 1980, oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Hadiah Sastera Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah diadakan buat pertama kalinya di Universiti Kebangsaan Malaysia. Hadiah sastera ini merangkumi hasil-hasil karya sastera yang dihasilkan dalam tahun-tahun 1976/77. Hadiah-hadiah diberikan kepada karya-karya terbaik dalam bidang puisi, cerpen, esei/kritikan, novel, antologi persendirian (puisi/cerpen) dan karya sastera yang dihasilkan oleh mahasiswa/mahasiswi UKM. Tujuan utamanya ialah untuk menggalakkan siswa universiti Universiti Kebangsaan Malaysia bcrgiat di dalam bidang penulisan sastera dan meninggikan mutu karya dan seterusnya dapat memperkayakan khazanah sastera nasional di samping memberi penghargaan kepada penulis alas sumbangan mereka di dalam bidang sastera. Perlu juga dinyatakan bahawa Hadiah Sastera UKM ini adalah sebagai langkah menyambut seruan Perdana Menteri Datuk Hussein Onn dalam pengumuman yang dibuatnya tentang pemberhentian Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1976 dan menyarankan agar pihak institusi dan swasta mengadakan hadiah sasteranya sendiri. Bagi genre puisi, sajaknya "Apologia Buat Ibu" karya penyair Nawawee . Mohamad telah terpilih sebagai puisi terbaik. Sahlan Mohd. Saman dengan cerpennya "Pungguk" telah memenangi hadiah terbaik manakala Mana Sikana mendapat hadiah terbaik dalam bahagian esei/ktitikan dengan karyanya "Sastera Islam dan Hubungannya Dengan Sastera Melayu". Tidak ada hadiah terbaik untuk drama, novel dan lain-lain. Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Yayasan Islam Terengganu telah melancarkan satu siri sayembara penulisan novel yang diberi nama Peraduan Menulis Novel Islam. Peraduan ini diadakan bersempena dengan upacara menyambut Hari Sastera 1978 yang telah diadakan di Kuala Terengganu. Tidak ada sebuah novel pun yang layak menerima hadiah pertama dan kedua. Novel yang berjaya mendapat tempat ketiga ialah Mengejar Kedamaian., karya Encik Abdul Manaf Abdul Malik. 21


Penyampaian hadiah karya Sastera 1976 oleh Datuk Hussein Onn.

lika Sayembara Novel GAPENA Pertama diusahakan dengan kerjasama Tun Datu Haji Mustapha, Sayembara Novel GAPENA yang kedua pula telah dilancarkan dengan kerjasama Yayasan Sabah. Oleh sebab itu nama sayembara ini telah diubah kepada sayembara novel GAPENA - Yayasan Sa bah I. Hasilnya, novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman karya Anwar Ridhwan terpilih sebagai pemenang pertama dan telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1979. Novel ini berjaya melukiskan konflik jiwa yang dialami oleh panglipurlara yang bernama Pak Hassan akibat perubahan zaman yang telah mengancam kedudukan dan peranannya dalam masyarakat kerana seni yang diwarisinya selama ini telah tidak lagi diminati oleh masyarakatnya setelah menemUl pembaharuan nilai dan kemajuan kebendaan. Dewan Bahasa dan Pus taka sekali lagi telah menganjurkan Peraduan Menulis Novel Untuk Kanak-Kanak, bertujuan untuk menggalakkan dan mempertinggikan mutu penulisan di samping cuba mencungkil bakat dalam penulisan buku kanak-kanak. Penulisan novel ini dikhususkan untuk bacaan kanakkanak di dalam lingkungan usia 12 -15 tahun. Novel Ibu Yang Kusayang oleh Sharifah Hasnah Abdullah telah memenangi tempat pertama dan kemudiannya diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1979. Novel ini mengisahkan konflik jiwa yang dihadapi oleh seorang anak yang dahagakan kasih sayang dan jagaan yang sempurna daripada ibunya. Tekanan perasaannya semakin berat dirasakan setelah mendapat tahu bahawa ibunya akan berkahwin lagi.

1979 Tahun ini merupakan kali ketiga labatan Perdana Menteri (Bahagian Agama) menganjurkan peraduan mengarang cerpen berunsur Islam. Tiada cerpen yang layak memenangi hadiah pertama tetapi cerpen yang berjudul Mati karya Ahmad Zauzi Mahmud telah mendapat tempat kedua. Cerpen tersebut bersamasarna dengan beberapa cerpen lain yang menyertai peraduan ini telah diterbitkan dalam tahun 1980 oleh

22

Bahagian Agama, labatan Perdana Menteri. Pada 1 Disember 1979, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak sekali lagi telah mengadakan satu Majlis Penyampaian Hadiah bagi pemenang-pemenang Peraduan Menulis Cerpen dan Cerita Kanak¡Kanak (Sastera Kreatif) bertempat di Auditorium RTM di Kuching. Enam orang penulis Sarawak telah terpilih untuk memenangi hadiah. Bahagian cerpen, tiada pemenang pertama dan hadiah kedua telah dimenangi oleh Encik Abdul Majuni Pal ira dengan cerpen berjudul Semacam Khuatir. Bagi kategori cerita kanak-kanak pula, tiga hadiah sagu hati telah dimenangi oleh Encik Lukas Takip, iaitu cerpennya Terlibat, Malang Si Anak Dapat dan Dendam Hantu Dusun. Sebagai memperingati Tuhan Antarabangsa Kanak-Kanak 1979. Bahagian Penerbitan Umum, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengambil imsiatif menganjurkan Peraduan Menulis Skrip Drama Kanak-Kanak DBP 1979, khusus untuk bacaan dan lakonan kanak-kanak yang berumur 10-14 tahun. Tujuan utama peraduan ini ialah untuk mempergiat serta mengalakkan penulisan skrip drama kanak-kanak di sam ping mempelbagaikan jenis bahan bacaan serta memupuk minat kanak-kanak terhadap sem lakon. Tiada skrip yang memenangi hadiah pertama. Tempat kedua telah dimenangi oleh Syed Ali Syed Has an dengan skrip dramanya yang berjudul Rama-Rama. GAPENA dengan kerjasama ESSO Production Malaysia Incoporation dan Esso Malaysia Berhad telah melancarkan Hadiah Cerpen ESSO-GAPENA yang pertama pada 23 lun 1979. Pemberian Hadiah ini merupakan usaha sulung daripada pihak swasta dan organisasi perdagangan untuk menyokong aktiviti kesusasteraan kebangsaan kita. Hadiah pertama bagi genre cerpen telah dimenangi oleh Baharin Ramli dengan cerpennya berjudul "Seorang Perempuan, Sungai dan Senjakala" dan seterusnya telah diantologikan dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 1980 dengan judul Sayembara : Cerpen-Cerpen Hadiah ESSO-GAPENA.


KOLEKSI TERBITAN UNDANG-UNDANG DALAM BAHASA MELAYU Rohani Rustam

ETUA Pustakawan Rohani Rustam bersama Pengarah Perancangan Tuan Hj. A. Bakar Mohamad telah berada di Jakarta dan Bandung pada 15 hingga 19 Disember 1989 yang lalu untuk melihat dengan lebih dekat terbitan dalam bidang undang-undang yang ada dalam pasaran dengan tujuan untuk memilih dan membeli juduljudul yang diperlukan di samping meninjau peluang mengadakan kerjasama pertukaran terbitan.

K

Institusi yang dilawati di Jakarta ialah: 1. Pusat Dokumentasi Hukum, Universita Indonesia yang bertanggungjawab menerbitkan jurnal Hukum dan Pembangunan. Perpustakaan DBP telah berlanggan jurnal tersebut. 2.

Pejabat majalah 'Forum Keadilan'. Sidang editor majalah ini terdiri dari tenaga muda yang berkelulusan SH (Undang-Undang). Majalah ini mula terbit dalam bulan November 1988 dan jumlah cetaknya sudah mencapai 12,000 na khah pad a mas a ini. Majalah ini merupakan majalah popular bertujuan untuk memasyarakatkan undangundang. Majalah ini telah mendapat ambutan bukan sahaja di kalangan rakyat bia a tetapi juga di kalangan masyarakat Hukum dan para akademik Hukum. Perpustakaan DBP telah berlanggan judul ini sejak keluaran pertamanya. Institusi yang dilawati di Bandung ialah:

1. Fakultas Hukum Universitas Padjajaran (UNP AD) dan perpustakaannya. Prof. Eddy Damian Kepala Fakultas Hukum dan Timbalan Dekan II telah menerima kunjungan wakil DBP. Beliau sangat berminat dengan Jurnal Kanun yang baru diterbitkan oleh DBP. Rombongan DBP dibawa melihat Perpustakaan Fakultas tersebut. Sejurnlah besar terbitan undang-undang yang ada di dalam koleksi perpustakaannya ialah dalam bahasa Indonesia. Perpustakaan DBP akan mengadakan rancangan pertukaran lurnal Kanun dengan lurnal Hukum dan Pembangunan UNPAD. Prof. Eddy telah menghadiahkan Bihliografi Hukum Indonesia kepada Ketua Pustakawan DBP. Ketua Pustakawan juga telah membeli 158 naskhah buku termasuk 60 naskhah buku undang-undang. Perpustakaan juga telah berlanggan 2 jurnal undangundang lagi iaitu: (i) Yuridika (Fakultas Hukum Universitas Airlangga) (ii) Pro Justitia (Universitas Katolik Parahyangan Cabang Bandung). Perpustakaan sedang berusaha untuk memperolehi judul yang sangat diperlukan iaitu Yuris Prudensi Indonesia terbitan tahunan Mahkamah Agung Indonesia. Terbitan ini merupakan terbitan terhad, maka agak sukar untuk diperolehi.

dar; halaman I

Ruhizan Kusairi (buku 23langkah menuju keberhasilan), dan Sdr. Syed Mashor (buku Pendidikan anakanak dalam Islam, jiI. I). Acara kemuncak dan acara yang paling menyeronokkan bersempena dengan Minggu Gerakan Membaca ini ialah pertandingan kuiz untuk Kumpulan C dan D, di an tara bahagian-bahagian di DBP. Bahagian Kewallgan DBP telah berjaya menjadi johan pertandingall kuiz Minggu Gerakan Membawa 1989 semen tara Bahagian Buku Pelajaran menyandang gelaran naib johan.

Membaca juga telah mendapat sambutan yang menggalakkall. Daripada 50 slogan yang diterima, hanya 3 slogan sahaja terpilih iaitu Membaca Membuka Cakerawala (pencipta Sdr. Zahidan A. Aziz) , Pilih buku sebagai Teman, Timba Ilmu luas-luasan (pencipta Sdr. Tajudin Yasin) dan Membaca Pelita laya (pencipta Sdr. Fathah Sulaiman). Pada tahun-tahun yang akan datang, pihak Jawatankuasa Minggu Gerakan Membaca merancang ulltuk menambah lagi acara-acara yang lebih menarik.

Selain itu, peraduan mencipta logan Minggu Gerakan 23


SARI SASTERA Raja Masittah Raja Ariffin

ABDULLAH Tahir Cerpen-Cerpen Sinis Arena Wati. Mastika. 48(1) Ja. 1989: 42-3. Arena Wati bukan sahaja menulis berdasarkan pengalaman hid up tetapi juga mernhuat penyelidikan yang baik sebelum menulis. Ini dapat dilihat di dalam novel trilogi terbarunya dan beberapa buah cerpen seperti "Wisata" dan "Bobohizan. Di antara cerpen-cerpennya yang lain ialah "Bara Batu", "Pemburu Tunggal", "Wanita Tekkidanto", "Jalan T ungga, I" ¡ D¡ eru1109 an Mekong", "Pada Planet Bernama Bumi" dan "Sidang Kucing". Di dalam beberapa cerpennya, Arena Wati cuba menyelitkan beberapa unsur falsafah dan kritikan atau sindiran sinis terhadap pelbagai pihak dan oknum-oknum tertentu.

"s

A TMAJA, Jiwa Formula Dalam Sastera Melayu. Basis (Indonesia). 38(5) Mi. 1989:

182-188. Rencana ini membicarakan unsur formula dalam Sastera Melayu dengan mengambil teks Hikayat Sultan Ibrahim (HSI), edisi Jones (1983) dari Koleksi . Bibliotica Indonesia di Leiden. Formula telah diberi definisi sebagai sekelompok kata atau setengah larik yang diulang-ulang dalam kondisi yang , sarna, diterapkan dengan menggunakan kata-kata 'maka', 'hata beberapa lamanya maka', 'maka daripada', 'maka kata' dan seterusnya. Formula 101 mempunyai fungsi-fungsi tersendiri dan digunakan oleh pengarangnya dalam berbagai-bagai variasi seperti menyatakan perubahan episod, setting waktu dan tempat, sesuatu dialog dan tindakan tokoh-tokohnya mengenai sesuatu hal.

24

EDDY, Nyoman Tusthi Weda dan Puisi, Sebuah Tinjauan Literer. Hmu dan Budaya (Indonesia). 11(4) Ja. 1989: 264-272. Tulisan ini merupakan tinjauan komparatif ten tang weda dan puisi. Pad a dasarnya tulisan ini berfokus kepada buku Reg Weda (terjemahan G. Pudja, M.A., S.H. dan Wayan Sadia, B.A.), Vedanta (edisi Clive Johnson), Wed a Parikrama (edisi Narendra Dev Pandit, terjemahan I Gusti Made Tamba), Bhagawad Gita (edisi Prof. Dr. I.B. Mantra) dan Dhammapada daripada sudut pandangan literer. Melalui tinjauan yang dibuat, didapati sejak kelahiran puisi sehingga kini, kebanyakan puisi bertemakan atau berorientasikan agama. Puisi tetap puisi dan tidak pernah identik dengan weda. Namun begitu secara struktural, puisi tetap menyatu dan memberikan bentuk kepada weda tetapi kedua-duanya berpisah dalam bentuk nilai. ENDARMOKO, Eko "Penyusuoan Teori Sastera Indonesia". Horison. 24(7) JI.

1989: 220-3. Melalui kesimpulan yang dibuat sarna ada dalam bentuk penulisan, pertemuan atau forum, ternyata teori sastera Barat tidak (selalu) dapat dilaksanakan sebagai metode untuk mendekati karya sastera kita. Penolakan ini bertolak daripada kenyataan bahawa teori tersebut lahir dan dibesarkan di dalam lingkungan so sial dan budaya yang berbeza daripada tradisi sastera Indonesia. Oleh itu secara idealnya, kita harus mempunyai satu teori sendiri. Persoalannya di sini apakah haru kita membentuk

suatu sistem penilaian yang sarna sekali baru atau sekadar mengambil sikap eklektisisme, yang bererti mengambil sebarang gagasan dan membuat penyesuaian dengan kesusasteraan tanah air. Berhubung dengan perkara ini, apa yang harus diperhatikan ialah bagaimana sebenarnya persepsi ten tang "Sastera Indonesia". lni bermakna, mesti ada penjelasan dan batas pengertian tentang sastera Indonesia. Oleh itu penglibatan lang sung dan pendapat-pendapat bernas daripada tokoh-tokoh sastera Indonesia dapat menghangatkan perbincangan In1.

HUTOMO, Suripan Sadi Tayuban : Tradiei Dari Perkembangannya. Basis (Indonesia). 38(8) Og. 1989: 285-301. Dalam ilmu folklor, seni tayub (tayuban) dikelompokkan sebagai

folklor lisan, folklor setengah lisan dan folklor bukan lisan. Folklor lisan ialah folklor yang dilisankan. Di dalam tayuban, yang termasuk folklor lisan ialah unsur yang berupa kesusasteraan lisan. Folklor setengah lisan seperti tari semen tara folklor bukan lisan terbahagi kepada material dan bukan material seperti alat-alat muzik (seperti gamelan), minuman keras, pakaian penari dan bahasa isyarat. Penulis membicarakan etimologi tayuban secara tuntas dengan melihat kajian-kajian lepas. Berdasarkan penyelidikan-penyelidikan yang pernah dilakukan, memperlihatkan bahawa nayuban termasuk seni rakyat iementara tayuban termasuk seni kraton. Namun begitu folklor mempunyai fungsi-fungsi tertentu di dalam masyarakat pendukungnya. Di antara fungsinya ialah sebagai


sistem projeksi diri pemiliknya; sebagai pengesahan kebudayaan; sebagai alat pemaksa berlakunya norma-norma sosial dan pengendali sosial, juga sebagai alat pendidikan. KURNIA, J.R. Tanggapan Pemhaca Atas NovelNovel Iwan Simatupang Dalam Dna Dasawarsa (1968-1988). Horison. 23(5) Mi. 1989: 148-156. Tulisan ini membicarakan secara teoritis reaksi pembaca terhadap karya sastera Iwan. Penelitian ini dibuat berdasarkan Konsep Estetika Resepsi. Dalam konsep ini karya sastera merupakan struktur komunikasi. Selama dua puluh tahun, sejumlah 105 tulisan Iwan telah diterbitkan melalui media massa dan di dalam bentuk buku. Sejarah resepsi novel Iwan dibahagikan kepada tiga periode iaitu 19681974; 1975-1977 dan 1978-1988. Novel-novel yang menjadi pokok perbincangan ialah ziarah, merahnya merah, keing dan koong dan di antara pengkritik-pengkritik sastera yang terlibat ialah Dami N. Toda, Peter Hagul, Umar Junus dan Geonawan Mohamad. MASURI, S.N. Sajak Sekarang Kurang DimiDati. Mastika. 48(2) Fe. 1989: 22 -3. Masuri S.N. berpendapat bahawa semakin ramai orang berkecimpung di dalam dunia persajakan. Pada mata umum, persajakan moden merupakan bidang yang paling mudah untuk berekspresi tetapi sajak pada hakikatnya merupakan cabang sastera yang amat susah kerana hanya dengan beberapa perkataan, pengkarya terpaksa menyalurkan konsep pemikirannya dengan lengkap. Oleh itu Masuri S.N. telah memilih medium sajak sebagai misinya yang berterusan. Walaupun begitu be-

liau ada berkecimpung di dalam alam prosa seperti penulisan genre cerpen. Beliau juga telah menghasilkan ribuan sajak. Sajak pertamanya ialah Rose Yang Ku .Puja (dihasilkan ketika berusia 17 tahun) yang diterbitkan oleh Berita Malai pada tahun 1944. Beliau telah menjelaskan serba ringkas ten tang latar belakang pendidikan dan peranan yang pernah dimainkan dalam memberikan sumbangan di dalam dunia kesusasteraan Melayu. Selain ini beliau membicarakan sambutan orang Singapura terhadap sastera dan puisi serta peranan pemerintah Singapura terhadap perkembangan sastera dan bahasa. SURYADI, A.G. Linus "Lawan dan Karibmu" Kirdjomuljo: PeDyair KebangsaaD. Basis (Indonesia). 38(8) Og. 1989: 304-314. Kumpulan puisi Kridjomuljo Lawan dan Karibmu (1967) merupakan kumpulan puisinya terakhir dan yang terbaik. Tidak ada penyair produktif pada tahuntahun 1950-an yang menyamai Kirdjomuljo dan Rendra. Walaupun sumbangannya pada dunia PWS} Indonesia moden jelas terbukti tetapi puisi-puisinya waktu itu tidak menggairahkan citarasa kaum kritikus puisi Indonesia. Penyair Y ogya ini pernah mengasuh majalah Budaya, Basis dan Minggu Pagi yang menjadi media komunikasi dan pemasaran karya-karya tertulis para seniman Indonesia moden dari Bandung, Jakarta, Surabaya, Banjarmasin, Den Pasar, Ujung Pan dang dan daerah-daerah lain. Karyanya "Lawan dan Karibmu" memuatkan 25 judul puisi secara bertahap muncul di dalam majalah Basis pad a awal tahun-tahun 1980an. Dalam rencana ini, penulis ada menghuraikan alasan-alasan tertentu

mengapa Kirdjomuljo tidak menulis sajak-sajak berjiwa kebangsaan pada tahun-tahun 195O-an berbanding dengan tahun 1967. SURYADI, A.G. Linus Tiga sajak Sapardi Djoko DamoDo. Basis (Indonesia). 38(4} Ap. 1989: 144-155. Sapardi Djoko Damono lebih terkenal sebagai seorang penyair Indonesia kontemporeri yang tergolong produktif mencipta puisi. Tiga judul puisi yang tersiar di dalam majalah Basis 1965, 1966, 1967 telah dibicarakan oleh penulis. Puisi-puisi tersebut ialah 1. "Siapakah Engkau", 2. "Penyair" dan 3. "Kepada Sebuah Sajak". Puisi 1 merupakan sebuah sajak yang mempersoalkan kehadiran manusia Sapardi, Adam Sapardi. Sajak 2, pada hakikatnya memperlihatkan tugas dan kewajipan yang tersandang 'di hahu Sapardi untuk mengenal diri dan puisi 3 menggambarkan sikap dan pandangan Sapardi Djoko Damono terhadap sajak-sajak yang telah diciptanya. SNOUCK Hurgronje: Sang Petualang. Intisari (Indonesia). 26(310) Mi. 1989: 126 -136. Rencana ini merupakan biografi dan huraian tentang pengalaman yang diperolehi oleh Snouck Hurgronje semasa berada di Indonesia. Christian Snouck Hurgronje dikatakan menjadi seorang muslim dengan pertukaran namanya Abdul Ghafar. Ketokohan beliau sebagai seor~ng ahli sastera Arab Belanda dipertikaikan dan pengislamannya juga merupakan satu kontroversi di kalangan masyarakat Indonesia. Penglibatan beliau dalam hal-hal urusan Islam, penguasaan lima belas bahasa, telah dijelaskan oleh Raden loesoef salah seorang daripada sepuluh orang anaknya yang tinggal di Jakarta.

25


PENATARAN PENYELIDIKAN BAHASA DAN SASTERA Hadijah Sani Ahmad Nik Aman

URSUS penataran penyelidikan bahasa dan sastera berlangsung pada 24 -26 Ogos 1989 di Bilik Unit Latihan anjuran Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera. Kursus ini dibimbing oleh Prof. E.U. Kratz, Prof. dari Jerman yang mengetuai School of Oriental & Mrican Studies di University of London. Antara beberapa projek yang pernah beliau usahakan termasuklah Indeks Sastera Majalah Indonesia (1920an -80an), diterbitkan oleh Universiti Gadjah Mada yang mengandungi 27,000 entri; menterjemah buku-buku cerita rakyat ke bahasa Jerman, dan mengkatalog naskhah-naskhah Timur/ Melayu di Perpustakaan Negara Jerman yang pernah dipelopori oleh Prof. Roff tetapi tidak dapat diselesaikan. Projek yang sedang beliau jalankan ialah mengindeks 1,968 pucuk surat Raja-raja Melayu yang ditulis kepada Francis Light, yang dijangka akan siap pad a tahun 1993/1994. Sebanyak lima kertas kerja telah dibentangkan, iaitu kaedah penelitian sastera Melayu lama, kaedah penelitian sastera Melayu moden, fUologi sastera Melayu lama, bahasa dalam teks sastera Melayu lama serta penerbitan teks sastera. Dalam membincangkan kaedah penelitian sastera Melayu lama, Dr. Kratz lebih cenderung menggunakan istilah tradisi daripada istilah klasik kerana adalah tidak relevan menggunakan kriteria Barat untuk menilai kesusasteraan Melayu. Adalah amat sukar untuk mengetahui sebenarnya bilakah bermulanya sastera Melayu. Tambahan pula, naskhah-naskhah yang ada, yang disalin pad a kurun 17 sehingga kurun 19 tidak menampakkan sebarang jawapan. Sastera tradisi sebenarnya merangkumi semua bidang kehidupan seperti keagamaan, sastera hikayat, syair dan pantun, berbanding dengan bentuk sastera barat yang lebih condong kepada teologi untuk orang-orang agama, sastera untuk sasterawan dan sejarah untuk sejarawan. Umumnya, sastera tulisan bermula dengan kedatangan Islam yang sedikit sebanyak telah menenggelami pengaruh istana yang kuat pengaruhnya ke atas sastera tersebut.

K

26

Menurut Kratz, Abdullah Munshi bukanlah pelopor sastera moden yang sebenar. Selain daripada apa yang pernah dibayangi oleh Raffles, Abdullah tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap sastera moden. Beliau hanyalah merupakan tokoh di antara zaman beralihnya pengaruh tradisi kepada pengaruh moden. Kebanyakan sastera yang ada hanyalah reproduktif daripada kesusasteraan lama. Perubahan yang jelas wujud ialah adanya unsur-unsur untuk menonjolkan individu sebagai penulis yang kreatif, tulen dan bernas dalam memberikan pendapat. Tujuan fUologi adalah mengkaji bahasa dan kesusasteraan secara lebih saintifik iaitu mengkaji naskhah yang bercetak/bertulis tangan untuk dihubungkan dengan konteks kebudayaan masyarakat. Tugas fUologis pula ialah menyediakan teks-teks ini untuk kajian bagi mereka yang berminat seperti ahliahli sejarah, ekonomi dan sebagainya. Banyak perubahan yang' berlaku sewaktu penyalinan teks-teks lama ini untuk disesuaikan dengan peralihan zaman. Terdapat dua konsep penyalinan teks lama iaitu 'Close Tradition' dan 'Open Tradition'. Menurut Zoet Mulder, untuk meneliti bahasa dalam teks sastera lama, penelitian naskhah perlulah dilakukan, iaitu dengan memilih 'diplomatik edi~ion'. Untuk terbitan ilmiah pula, ejaan pada teks perlulah dikekalkan dan sifat-sifat khas setiap naskhah jangan dihilangkan. Dalam hal ini, Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan penting dalam menerbitkan bukubuku di Malaysia. Tugas yang berat ini terpaksa ditanggung memandangkan kurangnya penerbitpenerbit lain yang mahu menerbitkan naskhahnaskhah lama seperti sastera tradisi ini. Kursus ini akan lebih berkesan sekiranya pensyarah berkenaan lebih mendalami dan menghayati kesusasteraan Melayu Malaysia daripada kesusasteraan Indonesia. Ini menunjukkan bahawa betapa asingnya kedudukan kesusasteraan Melayu di negara luar.


SENARAI BUKU-BUKU BARU DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26.

27. 28. 29. 30. 31.

32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39.

Adik Teratai Ratu - Hamdan Raja Abdullah (e.S.) Allah Maha Asa - Ahmad Shah bin Said Analisis Ralat dan Ketakpastian Dalam Amali Mohd. ¡Yusof Hj. Othman Alungei - Abdul Manaff Ahmad Zainee Benawi - Arifin Said (e.S.) Botchan - Natsumi Soseki (C.S.) Bacaan Tambahan Pendidikan ~oral Tahap 2Maaruf Mahmud Balada Paduka Mat Salleh - Hasyuda Abadi Bulan Retak Dibalek Awan - Sham uddin Jaafar Beberapa Bentuk Kesalahan Dalam Surat Rasrni - Nuwan Hj. Khazaai Cincin Rahsia - Hashim Amir Hamzah (C.S.) Daftar Ejaan Rumi dan Jawi (C.S.) Di mana Saya Fizik moden - Mohamad Yahaya Farmakologi Asas - Lim Yeok Siew Fosil - F.A. Middelemiss Hikayat Tamin AI-Dari - Wahyunah Hj. Abd. Gani Hujan Asid - John Mc cormick Hikayat Umar Umaiyah (C.S.) Hikayat Datuk Merpati - Hj. Mohd. Tahir Hari Sinams 17 - Abdul Ahmad Istilah Pertanian Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia - Abdullah Hassan Istiadat Perkahwinan Melayu - Amran Kassim Ibu yang kusayang - Hasnah Abdullah (C.S.) The Influence Of English On The Lexical Expansion of Bahasa Malaysia - Carmel Heah Lee Hsia Isu-Isu-Isu-Isu Perlumbaan Ke Angkasa Lepas Hayward Ron Ilmu Pergigian Pencegahan - Rahimah Abdul Kadir Johana Syukri - A. Wahab Rauf (e.S.) Kuntum Pertiwi Bk. 1 - Anwar Ridhwan (S) Konsep dan Kedudukan Bangsa Pilihan - Ismail Abdul Rahman Menurut Ugama Islam dan Ugama Yahudi Kaedah Ekonometrik - J. Jon ton (C.S.) Kamus Fizik Mekanik Kamus di Rantau - Abdullah Zainal Kalkulus Asas - Mustapha Majid Langkas-Iangkas Seturut Untuk Kerja Mengega dan Memesan Laut Sebuah Ayunan - Saibil Madun Lukisan Binaan Bangunan - Tan Boon Tong Moving On With Engli h KBSR Year 6

4Q.

41. 42. 43. 44.

45. 46.

47. 48. 49.

so. 51. 52. 53. 54. 55. 56. 57.

58. 59. 60. 61. 62. 63. 64. 65. 66. 67. 68. 69. 70. 71. 72. 73. 74. 75. 76. 77. 78. 80. 81. 82. 83.

Malay Folk Beliefs - Md. Taib Osman Melodi Hidup - A. Rahim Abdullah Masyarakat Melayu - Md. Taib Osman Matematik Gunaan Peringkat Tinggi - S.T. Grean Orang Kampus - Abdullah Tahir Pengenalan Kaedah Berangka Dalam Pengoptimuman - Ismail Daud Pengalurcaraan Basic Dalam Pengurusan & Perniagaan - Abdul Razak Saleh Permata Nilam Biru - Othman Puteh Perancangan dan Penilaian Projek Pembangunan - Ahmad Mahzan Yeop Peraduan Membaca Teori Kesusasteraan Sezaman - Rahman Seldar Pangkat - Obasiah Hj. Usman Pengantar Polimer - RJ. Young Pelanduk Hutan Keningau - Mahmud Eddie Panduan Sebutan Baku Bahasa Melayu Perjalanan Ke Selatan - Hamdan Raja Abdullah Remang Di Lorong Tua - Othman Hj. Zainuddin Rekabentuk Struktur Kayu Menurut, M.S. 544Mat Lazim Zakaria Seribu Empat Ratus - Antologi Kontemporari Rahmah Hj. Bujang Sangkar - Anwar Ridhwab (C.2.) Sejarah Falsafah Islam - Majid Zakery Sempadan Asing - Alias Hj. Yusuf Sejalur Sinar Terbenam - Rejab F.1. Salji Masih Berguguran - Othman Puteh Senjakala - Baharuddin Kahar (C.S.) Siri Kimia Pra Universiti Kimia Fizikal - Mat Zakaria Serangga Perosak Utama - Yusuf Ibrahim Semantik - F.R. Palmer Fikiran Yang Gigih - Mariam Gambor Tanaman Bijiran - Dr. Mohd. Idris Hj. Zainal Abidin Tunggul-Tunggul Geringis (e.S.) Tragedi Empat Disember (e.S.) Tuk Selampit - Anwar Nor Arai (C.S.) Tikar Mengkuang Hamparan Buku (C.S.) Teknologi Jepun - Masanori Moritani (C.S.) Tahasut Al-Falsafah Kekacauan Para Filsaf Tatabahasa Dewan Jld. 2; Perkataan Tidak Semanis Mimpi - Abdul Ahmad Telefon - Siti Nor Abdul Rahim (C.S.) Tamadun Mdayu Jld. I - Ismail Hussein Tamadun Melayu Jld. II - Ismail Hussein Tamu Di Tasik Biru - CecilIa Chin Tepat Pada Waktunya Timulak Kapal Perang - Azmah Nordin 27


PEMBACAAN MAJALAH DI KALANGAN PENYELIDIK LUAR DI PERPUSTAKAAN DBP Che Ros Rahim

aji selidik tentang pembacaan majalah di kalangan para penyelidik (yang bukan keluarga DBP) oleh Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pus taka telah diadakan dari bulan lulai hingga September 1989. Tujuan utama kaji selidik ringkas ini ialah untuk mengetahui sejauh mana koleksi majalah perpustakaan dimanfaatkan oleh mereka. Borang-borang kaji selidik yang telah dikembalikan kepada Perpu8takaan telah dianalisis. Hasil kaji selidik akan digunakan sebagai panduan untuk memperbaiki bukan sahaja mutu perkhidmatan perpustakaan malahan koleksi majalah yang ada di perpustakaan. Borang soal selidik yang memuatkan 25 soalan telah diberikan kepada para penyelidik yang datang ke perpustakaan. Soalan-soalan yang meliputi latarbelakang responden; tujuan ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, judul-judul majalah yang sering dibaca; ruangan yang menarik minat mereka, masalahmasalah dan cadangan-cadangan yang ingin dikemukakan berhubung dengan majalah telah dimuatkan di dalam borang soal selidik.

K

Penemuan Kajian

Dalam tempoh 3 bulan itu, hanya 54 responden telah mengembalikan borang jawapan, walaupun jumlah borang yang telah diedarkan ialah 100 b<.1ah. Golongan penyelidik yang berumur di antara 18 tahun hingga 24 tahun merupakan pengguna yang paling kerap datang ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Mereka terdiri daripada mahasiswa tahun akhir dari universiti tempatan dan penuntut-penuntut maktab perguruan di sekitar Kuala Lumpur. Sejumlah besar para penyelidik tersebut mempunyai bidang pengkhususan linguistik, sejarah dan pendidikan. Maka itu, majalah yang mendapat perhatian mereka ialah majalah Dewan Bahasa; Dewan masyarakat; Dewan Budaya; Pelita Bahasa; Majalah Guru dan Bahasa. Majalah-majalah umum seperti Mastika, Variasari, Dian, Akhbar Warta Malaya, Lembaga Malaya dan majalah-majalah berbahasa Inggeris sep~rti Writer's Digest, Asiaweek, Readers Digest juga mendapat perhatian responden. Ringkasnya, majalah yang mengandungi makalahmakalah tentang pendidikan menjadi rujukan utama 28

responden. Sehubungan dengan itu, pemilihan sesuatu majalah itu juga berdasarkan isi yang bermutu, minat pembaca terhadap majalah tersebut, isu-isu semasa dan gaya penerbitan yang menarik. Antara ruangan utama yang menarik minat responden ialah bahasa, sastera, berita semasa, kebudayaan, ulasan buku dan agama. Majoriti responden berminat membaca majalah-majalah berbahasa MelayujIndonesia, diikuti dengan majalah berhahasa Inggeris. Namun demikian ada juga yang gemar membaca majalah-majalah dalam kedua-dua bahasa. Hampir 50 peratus responden datang ke perpustakaan untuk mcmbuat rujukan umum dan 50 peratus lagi menggunakan perpustakaan untuk menyiapkan tesis dan kertas kerja. Boleh dikatakan mereka ini telah biasa dan kerap datang ke perpustakaan dan hanya 12 responden yang datang buat pertama kalinya. Mereka berpendapat, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai koleksi majalah yang baik dalam bidang penyelidikan mereka. Mereka mencadangkan supaya Perpustakaan menambah lagi bilangan judul dengan melanggan judul-judul yang berkaitan dengan sukan, ketenteraan dan agama (misalnya majalah Firmest Bond iaitu majalah agama yang diterbitkan di Switzerland). Kebanyakan penyelidik meminta bantuan pegawai Unit Perkhidmatan Pembaca untuk mendapatkan majalah berjilid yang diperlukan. Ada di antara mereka yang tahu bagaimana mencari sendiri bahan di perpustakaan. Sebagai penyelidik, responden telah mengemukakan beberapa saranan yang dilihat daripada sudut keperluan mereka. Di antaranya ialah menambah judul-judul majalah dalam bidang politik, ekonomi dan sukan; menyediakan indeks dan bibliografi dan memberi kemudahan bagi penyelidik luar untuk meminjam majalah. Memandangkan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai bahan yang boleh dikatakan lengkap dalam bidang bahasa dan kesusasteraan, ramai responden mencadangkan agar perpustakaan menambah sebuah lagi mesin salinan foto dan menurunkan harga salinan foto. Responden juga menyarankan supaya perpustakaan menambah peralatan kerusi meja untuk penyelidik memandangkan ramai yang berkunjung ke perpustakaan untuk membuat penyelidikan.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.