MP 1989 Jilid 1 Bil. 3

Page 1

Mutiara Buletin Pcrpustakaan DBP Jilid 1, Bil. 3, April/Mci/Jun 1989

ISSN: 0128-1461

PERPUSTAKAAN DBP: KE ARAH PUSAT DOKUMENTASI MELAYU BERTARAFANTARABANGSA Aizan Mohd. Ali Raja Masittah Raja Ariffin

T

IMBALAN Ketua Pengarah DBP, Prof. Madya Dr. Ni~ Safiah Karim dalam k~nyataan akhbar

yang dibuat pada 17 Februarl lalu ada mene- gaskan bahawa DBP bercadang menjadikan Perpustakaannya sebagai pusat dokumentasi baha a dan kesusasteraan Melayu yang ulung di negara ini. Cadangan ini paling sesuai dan kena pada tempatnya kerana sebelum ini Datuk Prof. Ismail Hussein, dalam pembentangan kertas kerjanya di Pertemuan Dunia Melayu '82 ada menyuarakan bahawa negara kila (Tanah Melayu) merupakan tempat yang terbaik bagi para sarjana yang ingin mengkaji budaya dan naskhah-naskhah persuratan Melayu tradisi. Kewujudan dan kehadiran tradisi bahasa dan sastera serta penerbitan lama merupakan titik tolak ke arah pengumpulan dan pendokumentasian yang lengkap dan sistematik untuk memberikan per pektif yang wajar tentang perkembangan sejarah dan kebudayaan Melayu.

Matlamat ini hanya akan tercapai apabila Perpustakaan DBP dilengkapi sepenuhnya dengan pelbagai bahan penerbitan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu yang canggih sifatnya. Perpustakaan telah ditubuhkan hasil rumusan-rumusan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ill, 1956. Peranan Perpustakaan ketika itu hanya terhad sebagai perpustakaan jabatan, khusus memberi perkhidmatan kepada pegawai-pegawai DBP sahaja di samping membuka peluang kepada pelajar-pelajar sekolah di sekitar Kuala Lumpur menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Situasi begini memperlihatkan bahawa peranan Perpustakaan awam belum lagi berkembang dan belum berfungsi dengan sewajarnya ketika itu. Pembinaan bahasa dan sastera Melayu memuncak melalui kegiatan DBP serta badan Pergerakan Sastera Nasional. lni bermakna harapan dan tuntutan masyarakat bahasa dan kesusasteraan Melayu terhadap DBP amatlah tinggi. Menyedari hakikat ini, maka dalam tahun 1978, Perpustakaan DBP telah mengambil langkah yang sewajarnya, menyahut tuntutan tersebut dengan memperluaskan perkhidmatannya kepada para penyelidik daripada dalam dan luar negara yang ingin menggunakan bahan-bahan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Kita tidak dapat menafikan bahawa pusat.pusat pengajian Melayu yang telah wujud selama ini, hampir semuanya terletak di luar dunia Melayu. Walaupun demikian, terdapat juga usaha untuk menubuhkan pusat-pusat pengajian Melayu di universiti¡universiti tempatan tetapi usaha¡usaha ini masih pada peringkat ke

IDS

28

1


5

R

o o

I E

Penasihat: Editor:

lurutaip:

N

A A

K

G I

5

Rohani Rustam A. Wahab Ramzah Aizan Mohd. Ali Raja Masittah Raja Ariffin Zaiton loned

Mutiara Pustaka diterbitkan setiap tiga bulan sekali oleh Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Dicetak oleh Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Rulu Kelang, Selangor Darnl Ehsan. Mutiara Pustaka pertama kali terbit pada bulan September 1988.

s

u

R

T

A

Perpustakaan DBP: ke arab pusat dokumentasi Melayu bertaraf antarabang8a Surat Daripada editor Bengkel motivasi untuk kakitangan Perpu8takaan Koleksi i8timewa Perasmian Perpustakaan Nasionallndone8ia Kunjungan muhibah ke Eropah Pembentukan pangkalan data mengunakan peri8ian CDS. ISIS Sari bahasa Peraduan Penuli8an Kreatif sepanjang 30 tahun di MalaY8ia Pemuliharaan filem Terbitan terbaharu DBP Editor: seor~ intelektual Pengunjung awal ke Perpustakaan DBP Tahun Literasi Antarabang8a 1990 Seminar/kur8us/ceramab

T

HE Dewan Bahasa dan Pustaka is Malaysia's largest publisher. Its

publications range from children's picture books to technical dictionaries and language teaching materials. In addition to its publishing program, the Dewan Bahasa dan Pustaka wields considerable influence in many aspects of Malaysian intelIectuallife through its sponsorship of writing competitions, literary and linguistic workshops and seminars, and book fairs. In recent years the library at the Dewan has gained recognition as an important repository of language and literary documentation in Malaysia. It contains important Malay manuscripts, news clippings, and other materials in the original and microfilm necessary for the study of the Malay language, classical and contemporary Malay literature, and the Dewan Bahasa dan Pustaka itself. Under the leadership of Rohani Rustam the Library is now publishing a newsletter, Mutiara Pustaka. The publication joins the other in-house publications of Berita MABBIM (Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa), Jiwa: Berita Dewan Bahasa dan Pus taka, Wadah (DBP, Sabah), and Bahasa (DBP, Sarawak). In addition to being useful for following important developments within the library, including new acquisitions, Mutiara Pus taka will be useful for scholars of modern cultural developments. Included in this first issue are short book reviews, reports on conferences, historical articles on the Dewan and literature, and news briefs covering the Dewan and other literary and language events. The newsletter is available from Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur, Malaysia. Carol Mitchell Curator: Donn V. Hart Collection Northern Illinois University 2

I 2 3

4 5

7 8 II

12

16 18

19 22 23

25 26


D E

P

A

R

D

I

I

PAD T

0

A R

Usman Awang pernah berkata, "Perpustakaan tercinta ini; Pelabuhan kebudayaan peradaban zaman; Gedung akal laut bicara manusia; Mutiara pendeta tasik pujangga ... ". Sesungguhnya, peranan dan kepentingan perpustakaan sebagai gedung ilmu hebat sekali. Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka juga berpotensi menjadi salah sebuah gedung ilmu untuk memenuru keperluan-keperluan bukan sahaja tenaga kerja Dewan Bahasa dan Pusaka malahan masyarakat dunia Melayu yang lebih luas, sebagaimana yang pernah dikatakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr. Nik Safiah Karim ketika memberi ceramah Bengkel Motivasi Kakitangan Perpustakaan, di Port Dickson pada 16-18 Februari 1989. Usaha-usaha ini dapat dicapai melalui peranan perpustakaan sebagai Pusat Dokumentasi, Bahasa dan Kesusasteraan Melayu. Cita-cita mewujudkan sebuah perpustakaan yang canggih sifatnya bukanlah suatu idaman yang baru. Perkara ini telah lama dirumuskan oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III apabila membicarakan penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu "mengadakan perpustakaan yang besar dan lengkap untuk keperluan Balai itu ~ndiri". Cita-cita ke arah mencapai matlamat murni ini mustahil tidak terlaksana seandainya kerjasama dua pihak dan dua hala dapat dijalin iaitu pihak pemberi perkhidmatan (perpustakaan) dan pengguna perkhidmatan. Sebagai usaha memenuru keperluan masyarakat dan keperluan (keperluan wuju'd nya sebuah Pusat Dokumentasi Bahasa dan Kesusasteraan serta pemikiran alam Melayu), Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyediakan rancangan lima tahun (1988- 1992) ke arah meningkatkan perkhidmatan daripada aspek pembinaan koleksi, pendokumentasian bahasa dan sastera serta perkhidmatan rujukan melalui sistem perpustakaan berkomputer. Daripada segi pembinaan koleksi, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pus taka sedaya upaya memperoleh segala bentuk dan jenis bahan berhubung dengan bahasa dan sastera, sarna ada dari dalam negeri mahupun luar negara. Demikian ENYAIR

matlamat perpustakaan dengan sokongan moral yang telah diberikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pus taka yang mencatatkan bahawa Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka akan memulakan tradisi kepustakawanan Melayu yang tersendiri dengan sis tern klasifikasi bahasa dan sastera Melayu yang akan menjadi rujukan dunia ... ". Suatu hal yang ingin dinyatakan di sini "Bertepuk tangan sebelah tak akan berbunyi" , bererti, pihak pengguna harus berperanan penting dalam menggayakan diri sebagai penyelidik yang berwibawa. Dengan kata lain, budaya membaca untuk peningkatan diri harus tertanam di jiwa pengguna khususnya penyelidik Dewan Bahasa dan Pustaka. Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka sendiri menegaskan bahawa budaya membaca ini masih belum begitu nyata di kalangan pegawai-pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka dan budaya menggunakan bahan-bahan perpustakaan sebagai sumber rujukan juga masih belum ada. Inilah satu persoalan yang harus diatasi bersama. Lanjutan daripada mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengedarkan kertas soal selidik pcnggunaan majalah kepada semua kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka, kumpulan A, B dan C. Respons yang diterima amat mengecewakan. Daripada 944 soalselidik yang diedarkan, hanya 153 diterima dan sebahagian daripada jumlah ini •dirosakkan'. Sikap dan tindakan seperti ini am at merugikan kerana penyelidik-penyelidik luar (menurut statistik perkhidmaLan Rujukan terdapat 500 orang penyelidik berdaftar, 1987 - Jun 1989) berlumba-lumba datang mendapatkan maklumat di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka sedangkan kita sendiri tidak mengendahkannya. Bukanlah kita sengaja menyusukan kera di hutan, sedang anak sendiri dibiarkan tetapi tepuk dada tanyalah selera. Bersama-samalah kita berganding bahu dan berusaha memperbaiki dan berfikir ke arah kepentingan bersama.

RMA

3


BENGKEL MOTIVASI UNTUK KAKITANGAN PERPUSTAKAAN Norma Bachik

AHAGIAN Perpustakaan dengan kerjasama Unit

B

Latihan DBP telah menganjurkan Bengkel Motivasi Untuk Kakitangan Perpustakaan selama 2 hari setengah di Hotel Ming Court, Port Dickson. Bengkel yang disertai oleh 30 orang kakitangan Perpustakaan itu telah dibimbing oleh Encik Abdul Mutalib Ismail dari MMS Management Services. Kuliah-kuliah agama dan Qiamul1ail pula, dikendalikan oleh Pakarunding ANR. Selama bengkel tersebut berlangsung, pesertapeserta bukan sahaja berkesempatan mendengar ceramah-ceramah tentang produktiviti; motivasi, konsep kerja, perhubungan awam dan beberapa lagi aspek pengurusan, tetapi juga berpeluang bertemu dan mendengar ceramah yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Nik Safiah Karim, Timbalan Ketua Pengarah DBP yang baru. Selaku Timbalan Ketua Pengarah, beliau telah mengemukakan visi dan harapannya ten tang peranan Perpustakaan DBP pada tahun-tahun mendatang. Ceramah tersebut amat bermakna bagi kami yang bertugas di Perpustakaan. Kenyataan yang dibuat dapat mempertingkatkan semangat dan menerbitkan azam baru bagi menyahut cabaran agenda yang beliau kemukakan untuk tahuntahun 1990-an. Ucapan Pengerusi Lembaga Pengelola pada acara perasmian dan ucapan penutup oleh Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Operasi telah memberi banyak maklumat tentang permasalahan organisasi dan usaha-usaha yang sedang dilakukan oleh DBP untuk mengatasinya. Pengumuman oleh Pemangku Pengarah Pentadbiran & Operasi berhubung dengan , sidang akhbar yang dibuat oleh Timbalan Ketua Pengarah untuk menjadikan Perpustakaan DBP sebagai Pusat Dokumentasi Bahasa dan Sastera di dunia, sungguh menggembirakan dan menjadi perangsang kepada kami untuk terus berusaha. Harapan kami semoga apa yang telah dirancangkan itu akan menjadi kenyataan. Berjauhan daripada suasana pejabat dan berada dalam situasi yang tidak formal, banyak kesan positif daripada para peserta yang dapat dilihat. Berbagai-

Pengerusi Lembaga sedang berucap ill Maj!is Perasmian Bengke! Motivasi.

bagai pandangan dan bakat yang tidak pernah ditonjolkan se1ama ini di pejabat, telah diperlihatkan begitu baik sekali. Para peserta dengan penuh semangat, mengambil bahagian aktif dalam sesi kerja berkumpulan. Pembimbing pula berkemampuan menyesuaikan kandungan kursus dengan kakitangan Perpustakaan yang terdiri daripada pelbagai peringkat. Beliau telah berjaya menyampaikan pengetahuan dan pengalaman, yang hanya dialami oleh kumpulan pengurusan atas dan menengah dalam kursus-kursus pengurusan, kepada kakitangan perpu takaan Kumpulan C dan D. Perkara ini tentunya amat sukar dilakukan tetapi pendekatan yang beliau lakukan boleh dianggap berkesan. Dalam satu sesi kerja berkumpulan, kami telah berkesempatan membincangkan permasalahan yang dihadapi dalam tugas harian di Perpustakaan. Hasil perbincangan dan pertukaran pendapat di kalangan para peserta, permasalahan yang timbul selama ini clapat difahami bersama. Satu hal yang menggembirakan ialah keberanian dan keupayaan para peserta mengeluarkan pendapat, berbincang dan bertukartukar fikiran sesama peserta dan pembimbing. Inilah satu kesan positif yang dapat dilihat hasil daripada bengkel yang telah diadakan.

-----------------------------------------------------------------------e 4


KOLEKSI ISTIMEWA Raja Masittah Raja Ariffin

Ketua Pustakawan ke London pada akhir Mac yang lalu telah memberi ke em pat an kepada beliau melawat dan melihat koleksi buku nadir di John Randall, toko buku terkenal di kota raya London. Sebuah katalog yang menyenaraikan 155 judul buku bahasa Malaysia dan Indone ia, terbitan sejak tahun 1880 telah diperolehi. Daripada jumlah tersebut Perpustakaan telah me me an 14 judul yang releven dan belum ada lagi di dalam koleksi Perpustakaan DBP. Buku-buku ter ebut adalah seperti berikut:

L

AWATA

A. Rahman. Syair Poeteri Hidjau. Weltevreden: Balai Pustaka, 1927. HIm. 91. Syair ini mengandungi sebelas cerita yang mengisahkan kejadian sebenar yang pernah berlaku di Tanah Deli. *Bougourd, Ch. Vocabulaire Francais - Malais. Havre: Imprimerie Lepelletier, 1856. Pgs. 153. Perbendaharaan kata yang disenaraikan terdiri daripada perbendaharaan kata bahasa Perancis dan persamaan maknanya dalam bahasa Melayu yang dituturkan di Pulau Sunda, Maluku dan kepulauan Melayu yang lain. Tujuan utama penerbitan buku ini ialah untuk memudahkan pengembara-pengembara Eropah berkomunikasi dan berinterak i dengan pendudukpenduduk tempatan. Entri buku ini dibahagikan kepada dua iaitu pertama, entri mengikut kela objek dan kedua, mengikut abjad bagi perbuatan dan adjektif.

Hikayat "Banta Beuransah". Lho'Soekon: Typ. Deli Courant, 1927. HIm. 102. Hikayat ini asalnya dalam baha a Arab, ditulis di Pidie (Bambi) dalam tahun 1920 dan kemudian telah di alin ke dalam bahasa Belanda oleh ja'Oe in, eorang guru di sekolah rakyat di Sahoh, Bambi. Seteru nya di alin pula oleh Moehamad Joesoef, eorang guru di Vervolgschool di Blangdjroeen (Lho' Soekon), menurut ejaan baru. Hikayat ini amat diminati dan menjadi hacaan

umum kepada Acheh.

pemuda-pemuda

dari

keturunan

Jaspan, M.A. Folk Literature of South Sumatra. Redjang Ka-Ga-Nga Texts. Canberra: The Australian National University, 1964. Pgs. 92. Buku ini mengandungi teks dalam tulisan Ka-Ga-Nga dan tulisan rumi bahasa Melayu, diikuti dengan terjemahan dalam bahasa Inggeris berserta dengan nota tekstual dan analitikal serta ilustrasi yang ekstensif sifatnya. Teks ini telah dijumpai oleh pengarang semasa beliau memhuat kajian dalam hidang antropologi selama 20 bulan di Kawasan Rejang, Barat Daya Sumatera (1961-63). lsi buku ini menggambarkan budaya hidup orang-orang Sumatera khususnya sejarah sebelum penjajahan kuasa Barat; ciri sastera Melayu lama, jampi mentera dan beherapa aspek fonologi bahasa Melayu lama.

Linguistic Comparison in South East Asia and The Pacific. London: School of Oriental and African Studies, University of London, 1963, Pgs. 159. Kumpulan kertas kerja ini mengandungi prinsipprinsip umum linguistik perbandingan yang membicarakan sintaksis, morfologi, fonologi dan yang berkaitan khusus dalam bahasa-bahasa Austronesia.

Malay Annals; translated from the Malay Language by the Late Dr. John Leyden with An Introduction by Sir Thomas Stamford Raffles. London: Longman, 1821. Pgs. 361. Dr. Leyden yang pernah melawat 'Eastern Island's dalam tahun 1805, telah tertarik hati dengan naskhah Sejarah Melayu yang memperlihatkan institusi adat dan undang-undang yang diamalkan oleh orang-orang Melayu ketika itu. Versi dalam bahasa Inggeris terjemahan Dr. Leyden ini menyamai versi asal yang memerikan sejarah segala raja Melayu yang dipercayai berasal dari Bukit Seguntang Maha Miru hingga pemerintahan Sultan Mahmud.

5


Oplt, Miroslav Bahasa Indonesia = Ucebnice Indonestiny = Indonesia Language. Praha: Statni Pedagogicke Nakladatelstvi, 1960. Pgs. 357. Buku ini merangkum 12 bahagian yang memerikan peraturan dan analisis gramatikal, peribahasa dan terjemahannya dalam bahasa Inggeris. Sebagai sebuah buku pengenalan kepada pelajaran bahasa Indonesia, buku ini diterbitkan untuk orang-orang Barat yang kerap berkunjung ke Indonesia dan cuba berbahasa Indonesia mudah.

Papers On Indonesian Languages and Literatures; edited by Nigel Phillips and KMidir Anwar. London: Indonesia Etymological Project, 1981. HIm. 155. Jilid ini mengandungi lapan kertas kerja terpilih yang telah dibentangkan di 'European Colloquiu~ on Indonesian Studies' kedua di London pada tahun 1979. Kumpulan kertas kerja ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama terdiri daripada empat kertas kerja yang disediakan oleh C.D. Crijns, Marcel Bonneff, Luis Filipe F.R. Thomaz dan Denys Lombard & Luis Filipe F.R. Thomaz. Kertas kerja ini membicarakan bidang bahasa dan sosiolinguistik khususnya pembentukan kata dalam bahasa Indonesia, perancangan bahasa, sistem ejaan dan pemasalahan bahasa yang timbul dalam komuniti Jawa. Empat kertas kerja kedua pula berhubung dengan topik-topik sastera yang ditulis oleh C.W.J. Drewes, S.O. Robson, DJ. Prentice dan Teuku Iskandar.

Sabai Nan Aloeih: Cerita Minangkabau Lama; diMelayukan oleh Toelis Soetan Sati. Ilustrasi oleh H. Edwards Van Muyen. Batavia-Centrum: Balai Pustaka, 1931. HIm. 44. Cerita ini terkenal di kalangan anak Minangkabau khususnya di Minangkabau. Tujuan utama buku ini dihasilkan ialah membolehkan orang yang tidak tahu berbahasa Minangkabau menghayati kesusasteraan Minangkabau. Slametmuljana. Nagarakretagama iDiperbaharui Ke Dalam Bahasa Indon"esia. Jakarta: Siliwangi, 1953. Him. 82. Bahan ini merupakan salinan kekawin Nagarakret'agama, karangan Prapantja, seorang pujangga masyhur di zaman pemerintahan Prabu Hayam Wuduk di Majapahit. Kekawin Nagarakretagama ini disusun berdasarkan lagu/irama atau panjang pendek suku kata dan setiap kekawin terdiri daripada em pat baris. Setiap baris memuatkan jumlah suku kata tetap dan irama tertentu. Buku ini sesuai menjadi rujukan kepada pengkaji corak kekawin lawa kuno.

Syair Si Burung Nuri dan Syair Ikan Tambra [Manuskrip Jawi), 1929. 48 HIm.; 22.5 x 28.5 cm. Syair Si Burung Nuri termuat pada halaman 1-36 dan tamat ditulis pada 8 Ogos 1827 (T.H.). Manuskrip ini disalin dari Fonds Malayo Poloynesian Bibliotheque Nationale, Paris pada 18 Jun 1929. Syair Ikan Tamb'ra (halaman 37 -48) siap disalin pada 24 Jun 1929. *Tugault, Alfred, Dictionarie Malais-Fr~cais. Paris: [Pengarang), 1898. Pgs. 527. Kamus ini dihasilkan dalam bentuk autografi oleh pengarangnya, bertujuan untuk memudahkan orangorang Eropah khususnya orang Perancis mempelajari bahasa Melayu dan dapat dimanfaatkan untuk kajian dan penyelidikan. Entri di dalam kamus ini tidak disusun mengikut abjad tetapi pengkelasannya berdasarkan fonetik iaitu mengikut bunyi-bunyi bahasa yang diwakili seperti bunyi vokal, semivokal, likuida dan sebagainya.

Two Achehnese Poems: Hikajat Ranto and Hikajat Teungku Di Meuke'; edited and translated by C.WJ. Drewes. The Haque: Martinus Nijhoff, 1980. Pgs. 100. Wawasan mengedit dan menterjemah dua teks Acheh ini timbul kerana teramat sedikit penerbitan dalam bidang ini dihasilkan. Hikajat Ranto memperlihatkan kritikan so sial yang disampaikan dalam bentuk puisi. Kisah digambarkan melalui deksripsi grafik tentang perbalahan keluarga yang mengakibatkan si suami memperjuangkan nasibnya di kalangan penanam lada hitam di Pantai Barat. Hikayat Teungku di Meuku' menggambarkan pengeseran politik di antara pemimpin agama yang ekstrim dengan pihak Belanda.

Warna Sari Melajoe I; dikumpulkan oleh 1. Kats. Weltevreden: N.V. Boekhandel Visser, 1930. HIm. 208. Kumpulan karangan ini dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian A, mengajar dan melatih pelajar bagaimana bertutur di kalangan kaum keluarga dan sahabat handai. Bahagian B, memberikan pengetahuan bertutur ketika bergaul dengan orang lain di luar rumah. Bahagian C, memperlihatkan penggunaan bahasa Melayu tinggi khususnya di pejabat; dan Bahagian D tentang bahasa campuran yang merangkumi dialek dan cara berbahasa dengan orang yang berlainan status dan pangkat.

*Penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada Cik Mariam Mahmud daTi labatan Bahasa, DBP atas ban tuannya menterjemah beberapa ayat daTipada bahasa Perancis ke bahasa Malaysia.

----------------------~----------------------------------.

6


PERASMIAN PERPUSTAKAAN NASIONAL INDONESIA AiiZan Mohd. Ali

ALAM rangka lawatan per-

D

olehan ke Jakarta pada bulan Mac lalu, say a bera a bertuah kerana telah diundang ke majlis perasmian Perpustakaan Nasional pada pagi Sabtu, 11 Mac 1989. Upacara yang menjadi kebanggaan para pustakawan dan juga rakyat Indonesia ini telah dirasmikan oleh Presiden Soeharto. Antara lain, beliau ada menegaskar: perlunya usaha mengembangkan seman gat cintakan buku dan sikap gemar membaca. Bangunan sembiIan tingkat yang tersergam indah ini terletak di kawasan eluas 17,000 meter persegi, di tengahtengah kota Jakarta, di Jalan Salemba Raya. Perpustakaan ini ditubuhkan pada 17 Mei 1980 dan merupakan salah satu institusi yang berkemampuan mewujudka'n satu sistem perpustakaan secara padu dan menyeluruh. Perpustakaan ini dianggarkan dapat menampung 2.5 juta bahan yang terdiri daripada pelbagai bentuk. Kini, koleksinya, kira-kira 750,000 naskhah, dalam bentuk buku, majalah, mikrofUem dan manuskrip. Daripada jurnlah ini, 500,000 naskhah adalah kolek i yang telah dipindahkan dari Perpustakaan Nasional di Mu eum Pusat dan perpustakaan di Jalan Merdeka Selatan. Saya amat tertarik hati dengan keunikan koleksi nadir mengenai Indonesia yang diterbitkan di dalam negeri mahupun di luar negara sejak abad ke-16. Di antaranya ialah:

Perpustakaan Nasional Indonesia kini tersergam indah.

Dictionarium Malaico-Latinum & Latino-Malaicum (1631). 2. Kisah perjalanan para kapten kapai Italia yang melawat Indonesia (1556). 3. Ai Quran (1694).

1.

Selain itu, terdapat ban yak buku karya pujangga Indone ia yang diterbitkan dalam huruf Latin, Jawa, Batak, Bugis dan Bali. Terbitan berkala pula terdiri daripada uratkhabar dan majalah yang dihasilkan ejak abad ke-18. Dengan adanya bangunan baru yang dapat menampung seluruh kolek i Perpustakaan Nasional, sumbangan berbentuk buku, majalah dan bahan bukan buku dari in titu i kerajaan, swasta dan orang per eorangan dari Indonesia dan

Salsilah Nabi Adam sehingga Sultan Hamengku Buwono V.

luar negara mula diterima. Seal iran dengan perkembangan maklumat yang kian pe at, Perpustakaan Nasional kini, sedang menyediakan satu sistem automasi yang dipanggil 'INDOMARC'. Sistem ter ebut bukan ahaja dapat digunakan oleh perpustakaan tetapi juga dapat dimanfaatkan oleh institu i perguruan tinggi dan perpustakaan khu us yang lain. Pengelolaan perpu takaan ini dijalankan secara profesional seperti perpustakaan-perpustakaan besar di negara-negara lain walaupun demikian keupayaannya masih bergantung kepada subsidi wasta. Sebagai Perpustakaan Na ional, mutu perkhidmatannya entia a dipertingkatkan esuai dengan fungsi dan matlamat a al penubuhannya.

----------------------------------------------------------------------. 7


KUNJUNGAN MUHIBAH KE EROPAH Rohani RustaTn

ADA 29 Mac yang lalu Ketua Pengarah DBP, Tuan Haji lumaat Datuk Mohd. Noor bersama Ketua Pustakawan telah melawat Leiden, London dan Bologna. Motif kunjungan ialah untuk menmJau perkembangan pengajian bahasa dan kesusasteraan Melayu yang terdapat di Leiden dan London di sam ping merintis jalan mewujudkan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan penerbilan dengan institusi tertentu serta melihat 'trend' penerbitan buku sedunia dan memperoleh bukubuku untuk menambah koleksi Perpustakaan DBP.

P

Leiden Ketua Pengarah dan rombongan telah melawat 'Royal Institute of Linguistics and Anthropology' (KITLV) dan 'State University of Leiden', Setiausaha Dua Kedutaan Malaysia di Netherlands, Puan Safiah Salim Kajai dan seorang Pegawai DBP, Puan Rusdina Yunus yang berada di Netherlands ketika itu turut sarna dalam rombongan tersebut. Di KITLV, rombongan DBP telah disambut baik oleh Drs. Pram Sutikno, Ketua Pustakawan dan dua orang pegawainya sementara Pengarah KITL V tidak dapat bersama ketika itu kerana berada di luar negara. Setelah taklimat ten tang kegiatan KITL V diberi dan kedua-dua institusi bertukar-tukar penerbitan, Ketua Pengarah dan rombongan telah dibawa melawat perpustakaan, melihat koleksi manuskrip,

8

koleksi gam bar dan peta serta buku. Perpustakaan koleksi KITL V menggunakan sistem kemudahan tertutup (closed access). Ini bermakna para penyelidik tidak dibenarkan ke rak-rak buku untuk mendapatkan bahan. Koleksi manuskrip dan gambar pula ditempatkan di bilik khas dengan kawalan keselamatan yang rapi dan suhu yang terkawal. Perpustakaan ini sedang dalam proses mengkomputerkan semua sistemnya dengan menggunakan sebuah komputer mml. KITL V mempunyai rancangan penerbitan yang sungguh menarik kerana perhatian yang diberi tertumpu kepada karya-karya bahas a dan budaya Indonesia. Penerbitan KITL V diedarkan melalui firma FaRIS Publications. Bersempena dengan lawatan ini, Ketua Pengarah telah berjanji akan menghadiahkan satu set bukubuku istilah terbitan DBP untuk Perpustakaan KITL V dan pihak KITLV pula bersetuju untuk menerima seorang pegawai Perpustakaan DBP menjalani latihan amaIi dalam bidang pengurusan koleksi gam bar. Di 'State University of Leiden' pula, rombongan DBP di ambut mesra oleh Dr. lack Prentice dari labatan Bahasa dan Budaya Asia Tenggara dan Oceania, lalu diperkenalkan kepada rakan-rakan beliau, para sarjana seperti Prof. J.J. Ras (Sastera Jawa), Dr. Grjins (Dialektologi), Dr. Robson (Bahasa lawa) dan beberapa Sarjana Muda

seperti Dr. Adelaar (yang pernah berkunjung ke DBP) dan Dr. W. van der Molen. Pertemuan Ketua Pengarah dengan Prof. Ras merupakan pertemuan penuh emosi, di antara murid dengan mahagurunya, kerana Prof. Ras pernah memberi kuliah kepada Tuan Haji lumaat sewaktu Prof. Ras menjadi pensyarah di Universiti Malaya pada awal tahun-tahun enam puluhan. Prof. Ras kelihatan masih sihat dan terus aktif dengan penyelidikan yang diusahakan oleh beliau. Mengikut Dr. Prentice jumlah mahasiswa di labatan tersebut telah meningkat kepada 130 orang. Ini merupakan jumlah yang sangat besar. Pihak Universiti Leiden juga telah menjadikan pengajian Bahasa dan Budaya Asia Tenggara sebagai bidang yang utama dan penting. Keutamaan dan kepentingan bidang ini jelas dan nyata apabila em pat orang profesor yang hebathebat belaka memimpin labatan ini dengan dibantu oleh enam ora~g tenaga muda. Suasana keilmuan dan kesarjanaan di labatan ini amat terasa apabila melihat dan mendengar tingkat perbincangan yang diadakan di antara para profesor dan golongan sarjana muda. Wujud semacam kesinambungan ilmu dan tokoh yang akan meneruskan tradisi kesarjanaan di labatan tersebut. Di Perpu takaan 'University of Leiden', kuratornya, Dr. Witkam serta pegawainya Puan Maryke Kleokke dari labatan Oriental telah


membawa kami melihat koleksi manuskrip perpustakaan tersebut. Kami sungguh kagum melihat khazanah yang tidak temilai itu tersimpan rapi di dalam bilik yang mempunyai suhu terkawal dan kawalan keselamatan yang ketat sekali. Kami berpeluang melihat senaskhah Quran tua yang dihasilkan di Andalusia (sewaktu zaman Islam di Sepanyol) yang ditulis dengan seni khat yang begitu halus dan indah. Perpustakaan Universiti lID mempunyai rekabentuk menarik yang menggabungkan unsur-unsur fungsi dan seni. Seperti KITL V, Perpustakaan ini juga menggunakan sistem kemudahan tertutup. Seluruh sistem perpustakaannya sudah dikomputerkan bagi memudahkan mahasiswa mendapatkan maklumat dengan cepat.

masuklah Winston Churchill dan Queen Beatrice. Bilik ini pada suatu ketika dahulu dibuka kepada pelawat tetapi kini ditutup kepada orang awam bagi memelihara hasil tandatangan yang telah memenuhi din ding bilik tersebut. Setelah berada selama tiga malam di Kota Leiden, kota ilmu yang indah dan nyaman itu, Ketua Pengarah dan saya meneruskan perjalanan menuju Kota London pada 2 April. Kota London dengan cuaca yang muram tanpa matahari, hujan turun dengan lebat menyambut ketibaan kami. SOAS, London

Pada keesokan harinya. kami melawat School of Oriental and African Studies (SO AS) dan Perpustakaan British (Bahagian Koleksi Oriental). Setibanya di SOAS,

sungguhpun pada masa sekarang, penumpuan masih kepada pengajian Indonesia dan sastera kelasik lawa khususnya. Helen Cordell menyatakan kesukaran beliau memperoleh buku-buku Malaysia melalui pembekal yang bertanggungjawab dari Malaysia. Saya berjanji akan mengirimkan alamat pembekal yang difikirkan dapat membantu beHau. Sesungguhnya. pad a akhir-akhir lID, kita di Malaysia sendiri merasa amat sukar hendak memilih pembekal yang bertanggungjawab kerana perkhidmatan yang diberikan oleh beberapa pembekal yang ada, merosot sekali. Helen membawa kami melihat koleksi manuskrip Melayu yang ada di SOAS. Seperti di Leiden juga manuskrip di SOAS disimpan rapi dengan kawalan keselamatan yang

Tuan Hj. Jumaat dan Mr. Bloomfield ber tukartukar cenderamata.

Berbincang dengan para sarjana dari University of Leiden.

Menikmati lebih dekat khazanah Persuratan Melayu di British Library.

'Sweating Chamber' - apakah uniknya bilik ini7

Dr. Prentice dapat meluangkan masanya membawa kami melihat 'bilik peiuh' (sweating chamber). Menurut beHau, bilik ini digunakan oleh mahasiswa, menunggu untuk mengambil peperiksaan dan menunggu keputusan. Pada empat dinding bilik ini terdapat tandatangan tokoh-tokoh dunia yang pemah menunggu di situ, ter-

kami disambut mesra oleh Dr. E.U. Kratz, Dr. N. Philipps dan Helen Cordell, Pustakawan Koleksi Asia Tenggara. Perbincangan kami sungguh rancak meliputi bidang kerjasama dalam penyelidikan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Dr. Kratz menunjukkan kesungguhan untuk meningkatkan pengajian bahasa Malaysia di SOAS,

ketat. Bilik manuskripnya umpama bilik sejuk menyimpan daging dan bilik menyimpan wang (vault) di bank. Pintu bilik tersehut sangat berat dan taban api. Ketika kami berada di hilik tersebut, pintunya dikunci semula dari dalam oleh Helen yang memegang kunci. Melihat Perpustakaan SOAS semula memhawa kemhali ke-

9


nangan saya kepada tahun 1974/75. Pad a masa itu saya mengikuti kursus Sarjana di London. Saya menghabiskan banyak masa di perpustakaan tersebut. Saya impikan sebuah perpustakaan penyelidikan yang demikian di Malaysia. Nampaknya, impian tersebut belum tercapai lagi. Sebelum meninggalkan SOAS, Tuan Haji Jumaat telah menyampaikan cenderamata bempa satu set pita video ten tang Sasterawan Negara kepada Dr. Kratz. Beliau (Dr. Kratz) dengan senang hati menerimanya kerana menurut beliau pita video tersebut dapat digunakan di bilik kuliah. Annabel Teh Gallop datang ke SO AS untuk membawa kami ke Perpustakaan British. Saya gembira bertemu Annabel semula. Sejak bam memegang jawatan Kurator Koleksi Indonesia/Malay di Perpustakaan British beliau telah mengadakan lawatan ke Asia Tenggara dan telah melawat Perpustakaan DBP. Kebetulan pada waktu kami berada di London, Pameran Early Malay Printings 1603 -1909 sedang berlangsung di King's Gallery, Perpustakaan British. Kami dibawa oleh Annabel untuk melihat pameran tersebut. Sesungguhnya, kita akan merasa kagum melihat khazanah persuratan Melayu yang berjaya diselamatkan. Sejumlah tiga puluh sembilan judul penerbitan yang tersimpan di Perpustakaan British telah dipamerkan. Bahan-bahan tersebut meliputi senarai perbendaharaan kata yang dikumpulkan oleh Frederick de Houtman cetakan tahun 1603 di Amsterdam; kitabkitab agama Kristian yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu; hikayat, kitab-kitab agama Islam dan karya-karya yang dihasilkan oleh penulis keturunan Cina yang bergelar Baba. Seorang pengarang Cina yang bemama Na Tian Piet telah menghasilkan sebuah syair iaitu 'Syair AI Marhum Baginda Sultan Abu Bakar di negeri Johor'. Sebuah judul lagi yang menarik perhatian ialah kumpulan puisi

10

Osman Hashimi yang dikumpul dan diterbitkan oleh isteri beliau, Che Pok Badariah Ahmad, dalam tahun 1932. Karya ini dicetak di Singapura dalam tahun 1896. Kalau ikutkan hati, hendak rasanya karyakarya asli ini dibawa balik ke DBP. Tentunya ini tidak mungkin. Walau bagaimanapun, saya gembira Annabel berjanji akan membuat salinan mikrofllem untuk dibeli oleh DBP. Kami diberitahu oleh Annabel bahawa Perdana Menteri Y AB Dr. Mahathir juga telah melawat pameran tersebut sehari sebelum kami tiba atas permintaan beliau sendiri. Ketua Pengarah telah bersetuju supaya pameran koleksi yang sarna diadakan di Kuala Lumpur tahun 1990, sekiranya perbincangan awal dengan Perpustakaan British berJaya. Kami kemudiannya telah dibawa berjumpa dengan Mr. Bloomfield, Pengarah Koleksi Oriental. Orangnya peramah, sentiasa riang dan pemah bertugas di Kuala Lumpur, zaman kolonial dahulu dan masih berminat mengumpulkan bukubuku ten tang Malaysia. Mr. Bloomfield telah menunjukkan kesediaan institusi beliau bekerjasarna dengan DBP untuk menerbitkan edisi faksimili beberapa manuskrip yang difikirkan sesuai. Cadangan tersebut disambut baik oleh Tuan Haji Jumaat dan DBP sedang menimbangkan perkara tersebut. Pesta Buku London

Pada waktu kami berada di London, Pesta Buku Antarabangsa London sedang berlangsung di Dewan Olympia. Ketua Pengarah mengambil kesempatan untuk melawat Pesta tersebut. Sungguhpun kami tiba lebih awal tetapi ada pengunjung-pengunjung telah sam· pai lebih awal daripada kami menyebabkan kami terpaksa ber· atur menanti giliran. Para pengun· jung dikehendaki mengisi borang pendaftaran sebelum masuk ke dalam dan bayaran yang dikenakan bagi setiap pengunjung ialah £4

(M$20.00). Kawalan keselamatan yang ketat juga dikenakan. Semua beg dan tas tangan diperiksa dengan rapi. Kawalan keselamatan 1m perlu untuk mengelakkan sebarang kejadian buruk daripada lanjutan buku Salman Rushdie 'The Satanic Verse'. Sungguhpun beberapa laporan akhbar mengata· kan bahawa buku tersebut tidak dijual tetapi masih kelihatan dipamer dan dijual di kedai-kedai buku W.H. Smith di London. Sewaktu di Leiden, saya dapati buku tersebut yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Belanda dijual juga di kedai-kedai buku. Di Roma pula, buku tersebut dalam versi bahasa Itali boleh dibeli. di gerai.gerai buku dan di stesyen keretapi. Jika dibandingkan dengan Pesta Buku Frankfurt, saya lebih senang berada di Pesta Buku London kerana sejumlah besar bukubukunya adalah dalam bahasa Inggeris. Daripada segi penyelenggaraan juga Pesta Buku London telah memperlihatkan kemantapannya dan mengikut laporan, Pesta ini telah berjaya menarik banyak penerbit dari Amerika dan Eropah untuk menyertainya. Seperkara lagi yang menarik hati saya ialah buku-buku yang bam terbit yang dipamerkan di Pesta tersebut boleh dibeli di kedai·kedai buku di sekitar koti-raya London. Jikalau di Frankfurt, sukar untuk kita mendapatkan kemudahan yang sed emikian melainkan harns ke London untuk membeli. Berbagai-bagai acara sampingan yang menarik telah diadakan bersempena dengan Pesta tersebut seperti diskusi at au dialog yang serius tentang isu·isu yang berkaitan dengan penerbitan dan penjualan buku dan bukannya acara hiburan untuk kanak-kanak. Gerai W.H. Smith telah mengadakan sesi menandatangani buku oleh penulis-penulis yang terkenal. Saya berkesempatan melihat Jeffrey Archer dan Penelope Lively menandatangani karya mereka. Mengikut laporan, sejumlah tiga puluh ke ms 15


PEMBENTUKAN PANGKALAN DATA MENGGUNAKAN PERISIAN CDS - ISIS Karnariah A.bu Sarnah

P

ANGKALAN data (data base)

kini telah menjadi fenomena utama di dalam dunia pengurusan maklumat. Sudah banyak organisasi yang menuju ke arah pembinaan rangkaian maklumat (information network) mendapat faedah melalui pangkalan data dengan bantuan media teknologi. Perkembangan yang amat pesat ini dalah kerana fungsi pangkalan data berkemampuan untuk menyimpan, mengindeks dan mendapat kembali maklumat. CDS/ISIS (Versi 2) merupakan salah satu peri sian yang dapat menyimpan maklumat bagi pangkalan data tekstual secara berstruktur. Ini bermaksud data adalah ber¡ bentuk teks tetapi mempunyai susunan yang bersistematik. lni berbeza sekali dengan pengolah kata yang hanya mampu mengendalikan data teks sahaja tetapi tidak dapat mengindeks dan mengolah maklumat. Walaupun CDS/ISIS amat dikenali di kalangan organisasi perpustakaan dalam mengendalikan maklumat bibliografi, namun CDS/ISIS mempunyai kemampuan lebih daripada itu. Berbagaibagai pangkalan data telah terbentuk meliputi bidang-bidang maklumat penyelidikan, prom organisasi, biodata, maklumat penta~ir­ an, perniagaan dan ekonomi. Malah CDS/ISIS dapat juga digunakan bagi pangkalan data perubatan dan

teknologi. lni terpulanglah kepada pengguna untuk memanfaatkannya. Pembinaan pangkalan data menggunakan CDS/ISIS dibentuk melalui empat peringkat yang dibuat dalam satu masa iaitu; 1.

Pembentukan bidang definition table).

(field

2. Membentuk format kemasukan (entry worksheet). 3. Memprogram maklumat cetakan (display format). 4.

Pengindeksan table).

(field

select

Dengan adanya menu pada setiap peringkat tugas maka pengendalian data dapat dijalankan dengan mudah. Ketiga-tiga proses bertukar dan beralih secara automatik. PerIu diingatkan bahawa pertukaran dan peralihan automatik hanya berlaku di peringkat awal di mana pangkalan data baru dibentuk. Bagi proses lain seperti carian dan suntingan, pengguna boleh memilih mengikut kehendak tugas yang diperIukan. Satu keistimewaan yang terdapat pada CDS/ISIS ialah pembinaan thesaurus yang boleh digunakan sebagai kata kunci carian maklumat atau sebagai senarai istilah terkawal uatu bidang am mahupun bidang yang khusus. Perpustakaan DBP telah pun menggunakan peri sian CDS/ISIS

ini bagi memulakan sistem perpustakaan berkomputer. Katalog merupakan pangkalan data (data base) yang berbentuk manual kerana ciri maklumat yang mengandungi rekod, bidang (field) dan data. Oleh itu perpustakaan mengambil langkah untuk mengkomputerkan kadkad katalog utama (shelflist). Katalog ini merupakan rujukan utama kepada koleksi perpustakaan. Maklumat-maklumat berikut telah dimasukkan ke dalam komputer: 1. Bentuk dokumen: no. perolehan, bentuk bahan, lokasi dan no. panggilan. 2,. Pengarang: sub-pengarang, editor, penterjemah dan penyelenggara. 3. ludul: ludul utama, sub-judul dan judul asal (karya terjemahan). 4. Imprint: Tempat, penerbit dan tarikh terbit. 5 . . Perkara: Tajuk perkara (mengikut Library of Congress Subject Headings) 6.

Kolasi dan designasi.

7.

Nota.

Maklumat-maklumat ini tidak terhad kepada buku sahaja malah meliputi majalah berjilid dan alat pandang dengar.

11


Dengan menggunakan CDS/ ISIS, Perpustakaan DBP telah dapat menghasilkan dua bibliografi iaitu Katalog Buku-Buku Bidang Bahasa Melayu dan Indeks Puisi Malaysia (19671987). Kini Perpustakaan DBP akan mengendalikan bank data penulis menggunakan perisian ini. Bank data ini mengandungi biodata penulis-penulis yang memuatkan latar belakang tokoh-tokoh penulis tempatan dan luar negeri berserta karya masing-masing. Penggunaan CDS/ISIS boleh diperluaskan lagi untuk pangkalan data dalam bidang-bidang yang lain. Dari sudut pandangan pengguna, CDS/ISIS adalah salah sebuah peri sian yang menawarkan sistem carian maklumat yang cepat dan efektif sarna ada melalui carian yang asas (basic) atau menggunakan pendekatan yang lebih kompleks lagi. Ciri ini amatlah penting kepada pengguna dan penyelidik yang datang ke Perpustakaan dengan berbagai-bagai rujukan. Malah kepada kakitangan teknikal, CDS/ISIS mudah dikendalikan. Perpustakaan DBP memperoleh perisian CDS/ISIS ini percuma dari pihak Unesco (setelah menandatangani satu perjanjian dengan pihak Unesco). Beberapa perpustakaan lain di Malaysia seperti UTM, UPM, PNM, USM juga .memperoleh sistern yang sarna. Pihak Unesco telah menghantar seorang pakarnya untuk memberi latihan tentang penggunaan CDS/ISIS kepada Perpustakaan di Malaysia tidak lama dulu.

-----------------------e . 12

SARI BAHASA Raja Masittah Raja Ariffin

AWANG Had Salleh Seni Persembaban Diri Menerusi Bahasa. Dagang. 1 (1) Ap/Mi. 1989:

8. Berbagai-bagai sudut pandangan dan penilaian boleh dibuat oleh seseorang terhadap kita, sarna ada penilai.m daripada segi fizikal badan, fizikal mikro, tingkah laku, penulisan dan juga menerusi bahasa yang dipertuturkan. Bahasa adalah refleksi diri seseorang dan pencerminan ini bergantung kepada cara kita memperagakan bahasa. Kalau dalam keadaan tidak formal, peragaan bahasa tidak diperlukan kerana hubungan kita dengan keluarga dan rakan begitu rapat dan intim. Peragaan diri melalui bahasa lebih berkesan dalam konteks formal atau penggunaan bahasa baku. Konteks formal ini mungkin menggunakan bahasa lisan (dalam mesyuarat, ceramah, forum, temuduga dan sebagainya) atau tulisan (kertas kerja, surat perjanjian, memorandum dan seumpamanya). Menerusi peragaan bahasa ini, orang menilai kita dengan berbagai kesimpulan, tentang tinggi rendahnya penguasaan bahasa, budi bahasa, pengetahuan begitu juga dengan penyampaian. Oleh itu, untuk memastikan penguasaan bahasa yang baik, bahasa lisan dan tulisan harus diberi perhatian daripada segi kesempurnaan tatabahasa, kepersisan bahasa yang digunakan, kesantunan bahasa, kerapian pemilihan kata dan kejelasan penyampaian isi dan maksud. Oleh sebab itu, penguasaan bahasa yang baik amat berguna kepada individu, jabatan, syarikat

atau badan-badan yang diwakili. BADUDU, 1.S. Inilah Bahasa Indonesia Yang Benar: Tentang Kata "Kali". Intisari (Indonesia). 26 (309) Ap. 1989

: 140- 1. Kita sering mendengar, membaca dan mungkin kita sendiri menggunakan frasa yang bersifat pleonastik (berlebih-Iebihan) seperti ungkapan sering kali, barang kali, kalian dan sejenis dengannya. Rencana ini memberikan huraian tentang persoalan di atas supaya bahasa dapat digunakan secara tepat makna dan tepat bentuk. Setiap huraian yang dibuat akan diperjelaskan lagi dengan contohcontoh ayat yang disertakan. Ungkapan pertama yang dibincangkan ialah sering kali. 'Sering' bererti 'banyak kali', 'kerap kali', 'acap kali' -dan antonim bagi sering ialah jarang. Apa yang kerap dilakukan ialah pengulangan kata tersebut menjadi 'sering-sering' iaitu 'agak sering'. Oleh kerana ketiga-tiga sinomin ini dibentuk sebagai frasa dengan kata 'kali', maka kata 'sering' menjadi sering kali. Ungkapan buang kali dianggap bukan bentuk baku oleh Pusat Bahasa kerana ungkapan ini tidak tercatat dalam Kamus Bahasa Indonesia, susunan Pusat Bahasa. Perkataan kalian pula merupakan singkatan bentuk engkau sekalian, kamu sekalian. Perkataan ini hanya dipakai untuk menyapa anak, orang yang lebih muda atau yang lebih rendah kedudukannya daripada penutur, dan tidak boleh digunakan untuk menyapa orang


yang lebih tua atau yang lebih dihormati. BAHASA: Wadah Masyarakat [Petikan Ucapan Y.B. Sdr. Anwar Ibrahim Ketika Melancarkan Majalah Petita Bahasa, di Dewan Bahasa dan Pustaka, 3 Mac 1989]. Dewan Masyarakat. 27 (4) Ap. 1989 : 32-3. Selama 33 tahun penubuhannya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengusahakan pembinaan korpus bahasa melalui penyelidikan, perancangan dan hasilnya disebarluaskan untuk dimanfaatkan oleh masyarakat pengguna. Proses pembinaan dan pengembangan bahasa ini bukan sahaja harus dilihat daripada aspek penyediaan korpus bahasa iaitu daripada segi penyelarasan dan pemantapan ejaan, perluasan kosa kata umum, peristiIahan, pembentukan tatabahasa atau penyusunan kamus tetapi juga penyebaran dan penggunaan bahasa dalam pelbagai kegiatan masyarakat. Proses pembinaan dan pengembangan bahasa ini telah melalui pelbagai peringkat laltu daripada peringkat awal penyelidikan dasar hinggalah ke peringkat pemerosesan data dan penulisan. Namun, kita harus meneliti keupayaan bahasa ilu menyambut cabaran dunia ilmu, dunia pengetahuan, dunia intelektual dan kemampuan Bahasa Melayu menghadapi ledakan iImu pengetahuan luar. Bagi meneapai keperluan ini, Dewan Bahasa dan Pustaka telah memikul tanggungjawab bukan sahaja sebagai sebuah organisasi membina bahasa dan sastera tetapi juga menerbitkan dan meneetak buku dan seterusnya memasarkan sendiri hasil-hasil tersebut. Kempen "Gerakan Cintailah Bahasa Kita" merupakan satu kaedah memperluaskan kesedaran terhadap penggunaan bahasa yang betul di kalangan masyarakat dan penghasilan Majalah Pelita Bahasa dapat mengisi kekosongan bahan pengajian tinggi dan begitu juga dengan buku-buku ilmu yang lain.

LIDAH Kampung dan Bahasa Beku! Mastika. 48 (3) Me 1989 : 41. Permasalahan yang ditimbulkan adalah berkaitan dengan bahasa baku atau sebutan baku, khususnya penyebutan perkataall 'universiti', 'Utopia', 'ba k' d n sebagainya. Penulis cuba mengisahkan semula pengalamannya semasa bersekolah rendah di ampung berhubung dengan penyebutan ikut ejaan. Beliau mendapati sebutan ikut ejaan yang dipelajarinya selama ini (yang dikatakan tidak baku dan ditertawakan) telah menjadi sebutan baku hari ini. MAl\GAl TTAR Simanjuntak Serba-serbi Bahasa Melayu Brunei. (Kertas Kerja Seminar Antarabangsa: Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu di Negara Brunei Darussalam, 3-8 Ogos 1987]. Beriga. Ap-Jn. 1988 : 3-22. Suatu kajian awal berhubung dengan Bahasa Melayu Brunei telah diusahakan oleh penulis dengan kerjasama pelajar-pelajar Universiti Brunei Darussalam. Kajian ini telah dilakukan di kawasankawasan yang mempunyai subdialek yang penting seperti Bandar Seri Begawan, Kedayan dan Kampung Ayer. Di antara bidang kajian yang disentuh ialah kosa kata fonetik dan fonologi Bahasa Melayu Brunei (BMB) (fonem vokal dan cabang-cabang bahasa Melayu di Brunei), morfologi, semantik dan sintaksis, klitika (ada lapan iaitu 'bah', 'tah', 'tia', 'kan', 'eh', 'kah', 'dan', 'pun'), reduplikasi dalam BMB, kata ganti diri pertama, kedua dan ketiga dalam BMB serta perbandingan dan persamaan katakata sistem bunyi dalam BMB, Baha a Batak, dan Bahasa Melayu Standard. Hasil kajian didapati BMB terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahasa Melayu Standard Brunei dan Bahasa Melayu Dialek Brunei. Bahasa Melayu Standard Brunei dipanggil Bahasa Melayu yang digunakan dalam percakapan

sehari-hari sementara Bahasa Melayu Dialek Brunei dipanggil BMB. Masyarakat Melayu Brunei adalah dwibahasawan iaitu sebagai penutur Bahasa Melayu Dialek Brunei (BMB) dan Bahasa Melayu Standard Brunei (BM). Dalam kehidupan sehari-hari BMB berperanan penting sementara BM berperanan rasmi sebagai bahasa pentadbiran dan pengantar di sekolah-sekolah aliran Melayu. Kosa kata BMB lebih kaya daripada Bahasa Melayu Standard kerana semua kata Bahasa Melayu Standard boleh menjadi atau diserapkan dalam kosa kata BMB yang dapat difahami oleh semua penutur. Daripada segi morfologi, terdapat empat jenis afiksasi Bahasa Melayu Standard iaitu prefiks, sufiks, konfiks, infiks dalam BMB. Pengkajian ten tang sintaksis agak sukar dilakukan kerana ketiadaan wacana tertulis dalam bahasa ini di perpustakaan tetapi daripada sudut semantik terdapat taraf pemahaman yang tinggi di kalangan penutur. Reduplikasi dalam BMB mempunyai ban yak persamaan dengan Bahasa Melayu Standard, yang membezakannya euma sedikit perubahan vokal atau konsonan dalam BMB apabila proses ini terjadi untuk menandakan kata bend a jamak seperti Bahasa Melayu Standard. MEMBEDAKAN "Mereka" & "Mereka". Intisari (Indonesia). 26 (310) Mi. 1989 : 106-107. Persoalan bagaimana membezakan pengucapan 'mereka' dan 'mereka', 'perang' dan 'perang' telah diajukan kepada Prof. Dr. Anton M. Moelino dalam suatu wawancara yang telah diadakan. Dalam penjelasannya, Prof. Dr. Anton berpendapat, seeara umum, orang Indonesia dapat membezakan di antara bunyi e dan e tanpa penggunaan tanda aksen. Ini bersesuaian dengan budaya hidup mereka yang cuba tidak mempraktikkan pemborosan waktu, tenaga dan wang. Oleh sebab itu konsep efisiensi sangat diperlukan. Me-

13


nurut beliau lagi, oleh kerana bahasa Indonesia mempunyai sekitar 40 pasang kata yang boleh menimbulkan kekeliruan sebutan, maka seandainya permintaan menghidupkan semula tanda aksen ini dtlaksanakan, bermakna daripada sudut biaya dan maslahat (cost benefit) seluruh sistem pemakaian bahasa Indonesia akan dibebankan dengan tanda aksen. Oleh kerana ketidakefisienan ini, kaedah tersebut tidak dilaksanakan. Namun demikian, permasalahan ini dapat dipermudahkan melalui pendidikan di sekolah. Guru-guru harus bertanggungjawab melatih dan mengkondisikan pelajar supaya menyebut secara betul sementara tanda aksen hanya digunakan sebagai alat bantu bagi membezakan di antara pasangan kata. MUHAMMAD Hadi Abdullah Bahasa Sebagai Sistem Lambang Yang Lengkap. Beriga. Ap-Jn. 1988 : 32-8. Bahasa merupakan satu sistem makna yang sempurna dalam kehidupan masyarakat. Sebagai sistem simbolik yang lengkap, bahasa memperlihatkan kewujudan sesuatu benda itu dalam sesuatu masyarakat tetapi bahasa tidak dapat memahami sesuatu yang diucapkan tanpa mengetahui 'Context of Situation'. Ini sejajar dengan pendapat Malinowski dan J.R. Firth bahawa kita harus mengkaji bahasa terlebih dahulu sebelum mengkaji budaya sesuatu masyarakat. Bahasa sebagai sistem lambang yang lengkap dapat diterangkan melalui pendapat Sapir dan W orf. 'Bahasa Halus' merupakan bahasa sebagai lambang yang mempunyai satu sistern nilai estetika (seperti peri, bahasa dan kiasan Melayu yang suka menggunakan bahasa halus yang penuh makna). Nilai estetika ini bukan sahaja kepada binatang (harimau, anjing, kera dU.) tetapi juga kepada bunga dan seumpamanya yang dapat melambangkan kebijaksanaan, kepintaran dan kecerdikan. 'Bahasa Dalam' juga

14

merupakan bahasa yang digunakan oleh kerabat diraja yang berbeza dengan bahasa yang digunakan oleh masyarakat Melayu (di Brunei). Namun begitu proses modenisasi bahasa terus berlaku akibat kemasukan unsur-unsur asing seperti bahasa Belanda, Sanskrit, Inggeris, Portugis, Cina dan Arab ke dalam bahasa Melayu dan telah mempengaruhi khususnya kosa kata, (seperti penggunaan gantinama diri pertama dan kedua) dalam pertuturan sehari-hari. NORHA YATI Hashim Haji Jumaat Hurai Matlamat Baru DBP Bukan Untuk Melayu Saja. Mastika. 48 (1) Ja. 1989 : 16-17. Perkara-perkara yang menjadi pokok pembicaraan merangkum perkaitan rapat di antara peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai sebuah bad an pelaksana Bahasa Malaysia dengan proses pendidikan di bilik darjah; pelaksanaan bahasa baku, kempen 'Gerakan Cintailah Bahasa Kita' (GCBK), permasalahan ten tang istilah dan penterjemahan serta khalayak sasaran bagi majalah Bahasa Malaysia terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka mahupun bukan Dewan Bahasa dan Pus taka. Selanjutnya Tuan Haji Jumaat menjelaskan bahawa pembentukan istilah dan usaha-usaha ke arah menambah ilmu yang bercorak akademik dalam Bahasa Malaysia adalah di antara bidang tugas Dewan Bahasa dan Pustaka yang berkait rapat dengan madamat utama dasar pendidikan kebangsaan. Bahasa baku menurutnya ialah bahasa yang teratur, bahasa yang kemas, bahasa yang diasuh dan ditetapkan kepada anggota masyarakat. Usaha-usaha ke arah pembakuan Bahasa Malaysia telah menampakkan ciri-ciri kejayaannya namun usaha-usaha ter ebut mestilah mendapatkan kerjasama daripada pihak sekolah melalui sistem pemelajaran dan pengajaran yang baik. Dalam kempen 'Gerak-

an Cintailah Bahasa Kita' pula, urusetia di Dewan Bahasa dan Pustaka telah berusaha merapati badan-badan profesional (seperti Persatuan Akauntan, Peguam dan ebagainya) yang nyata telah memiliki ilmu dan etika kerja yang sempurna supaya menggunakan Bahasa Malaysia. Bidang istilah dan terjemahan tidak ban yak menimbulkan masalah dan jika ada mungkin wujud di peringkat pelaksanaannya sahaja. Beliau ada menyentuh soal penerbitan majalah Dewan Bahasa dan Pus taka yang sentiasa mengambil kira aspek pembacaan semua kaum berbanding dengan majalah Bahasa Malaysia terbitan penerbit lain. NORIT A Sulaiman Isu Bahasa: Kita Jangan Berfikiran Sempit [Temu ramah Khas dengan Prof. Datuk Asmah Haji OmarJ. Mastika. Ap. 1989 : 6-8. Di antara perkara-perkara yang menjadi pokok perbincangan ialah konsep bahasa Malaysia baku yang merangkumi aspek sebutan dan ejaan, sejarah ringkas dan permasalahan bahasa Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan hingga kini; aspek nahu dan kosa kata serta peranan wartawan dalam proses penyebaran kata-kata baru wujud, melalui media massa. Prof. Datuk Asmah berpuas hati dengan perkembangan bahasa yang ada, kerana kini bahasa Melayu berkemampuan dan berkeupayaan menjadi bahasa akademik. Walaupun beliau menyanjung tinggi bahasa Melayu tetapi tidak seharusnya berfIkiran empit, sebaliknya kita harus berfikiran dengan lebih terbuka dengan mengetahui lebih daripada dua bahasa. Berpengetahuan bahasa a ing bukan ekadar memberi manfaat kepada diri sendiri (menambah ilmu pengetahuan bahasa) tetapi juga untuk kepentingan antarabangsa.

NORITA Sulaiman Masalah Bahasa Terus Diperka-


takan - Haji Khalid Hussein. Mastika. Ap. 1989 : 9-10. Haji Khalid Hussein, Pengarah Peraneang Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka telah memberi penjelasan ten tang kedudukan bahasa Malaysia kini, khususnya perkembangan dan peneapaian bahasa Malaysia dalam bidang pendidikan, di kalangan profesional di sektor awam mahupun swasta. Beliau juga menyentuh soal peraneangan bahasa yang dilaksanakan menernsi beberapa proses yang bermula dengan peneiptaan istilah. Usaha ke arah penyebutan bahasa baku juga masih diteruskan dan eara yang paling baik untuk diusahakan ialah menernsi pemelajaran dan pengajaran di sekolah melalui Kurikulum Barn Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Walaupun penyebutan atau pengueapan baku sukar dicapai dengan erti kata sebenarnya disebabkan oleh kewujudan pelbagai dialek di negara ini tetapi pencapaian yang telah diperlihatkan oleh pembaea warta berita di TV3, dan ueapan baku seeara sedar dalam situasi formal amat menggalakkan. Walaupun demikian, penyelarasan dalam penyebutan baku akan tereapai apabila generasi akan datang menggunakannya dalam setiap aspek penghidupan. Oleh itu, Jabatan Bahasa DBP teTUs bergiat dalam menyelaraskan sebutan ejaan dan istilah barn dengan mengadakan penyelidikan dan memberi maklum balas tentang fakta bahasa yang mutakhir. SUDARYANTO Beberapa Catatan Tentang Interaksi Lingual Jawa - Indonesia Jawa [Makalah yang disajikan dalam Sarasehan Bahasa dan Sastera Jawa yang diselenggarakan oleh KANWILL DEPDIKBUD JATENG, 28-30 Dis. 1988 di Purwokerto]. Ba8is. 38 (4) Ap. 1989 : 122-33.

dar di Indonesia berjumlah 33 juta orang dan 33.6% sahaja yang menggunakan bahasa Indonesia dalam percakapan sehari-hari sementara penduduk desa yang berjumlah 114 juta pula, hanya 5.79% menggunakan bahasa Indonesia seharian. Tinjauan daripada aspek kelamin pula, lelaki (34.24%) dan perempuan (33.03%) di kawasan bandar yang menggunakan bahasa Indonesia sedangkan mereka yang tinggal di desa berjumlah 6% lelaki dan 5.5% wanita. "Calon-calon Ratu" peribumi Jawa kerap menggunakan bahasa Jawa berbanding dengan bahasa Indonesia. Memandangkan keadaan ini, pemerintah telab mengadakan program pembangunan sebagai usaha menggalakkan pembinaan dan pengembangan bahasa Indonesia dan Wilayah bahasa Jawa telah menjadi sasaran utama. Setakat ini penelitian tentang kewujudan interaksi lingual Jawa - Indonesia, Indonesia - Jawa ini telah banyak diusahakan iaitu dalam rangka sosiolinguistik dan hasil kajian tidaklah mengeeewakan. Interaksi ini merangkumi yang bersifat ketatabahasaan (fonologi, morfologi, sintaksis) dan yang bersifat leksikal, interferensi dan penyerapan. Hasilnya lebih bersifat kualitatif dan masih belum dapat dikuantifIkasikan lagi bahasa Indonesia sebagai bahasa nasional dan bahasa negara yang mempunyai lapan fungsi utama. Semua fungsi ini sesuai benar dengan prinsip kebudayaan dan industrialisme (standardisasi spesialisasi, sinkronisasi, konsentrasi, maksimalisasi dan sentralisasi) tetapi bahasa Jawa tidak dipersiapkan untuk prinsip tersebut (tidak disediakan untuk mendukung gelombang industrialisme). Dalam hal ini, sebenarnya bahasa Indonesia mempengarnhi bahasa Jawa dan bukan sebaliknya. amun demikian, bahasa Jawa dan bahasa Indonesia saling berkaitan kerana kedua-dua bahasa yang berkembang ini berasal daripada proto bahasa yang sarna iaitu proto bahasa Melayu Polinesia/Austronesia.

dari ms 10 peratus pelawat pad a hari pertama di Pesta tersebut terdiri daripada pelawat yang datang daripada luar negara. Jikalau Pesta Buku Antarabangsa London begitu sibuk dan mempunyai ramai pengunjung, Pesta Buku Antarabangsa KanakKanak yang berlangsung di Bologna, Itali agak sepi. Pesta Buku Bologna selalunya diadakan dua tiga hari setelah Pesta Buku London berlangsung. Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur Ketua Pengarah dan saya singgah ke Roma untuk mengunjungi Pesta Buku Bologna. Walaupun tidak kelihatan begitu sibuk, Pesta Buku Bologna ini lebih berwarna-warni kerana buku kanak-kanak sememangnya menarik. Di Pesta inilah kita berpeluang melihat hasil penerbitan buku dan 'trend' perkembangan buku kanak-kanak daripada selurnh dunia. Hanya negara Jepun yang merupakan penyertaan dari Asia yang dapat menunjukkan 'impact' penerbitan buku kanakkanaknya kepada dunia luar. Pameran khusus yang telah diadakan di Bologna tahun ini ialah illustrasi buku kanak-kanak dari Iran. Apabila berada di Bologna dan melihat betapa kaya dan bermutunya hasil sastera kanak-kanak dari negeri-negeri lain, amat terasa kita masih jauh tertinggal dengan buku kanak-kanak kita. Mereka yang terlibat harus menumpukan usaha yang lebih serius kepada penerbitan buku kanak-kanak sekiranya kita ingin capai target 5,000 judul buku kanak-kanak bagi satu tahun untuk diterbitkan, seperti yang disarankan oleh YB Sdr. Anwar Ibrahim Menteri Pendidikan tidak lama dulu.

Menurut statistik, penduduk ban-

•

• 15


PERADUAN PENULISAN KREATIF SEPANJANG 30 TAHUN DI MALAYSIA Fatimah Zahrin Mohd. Taib Hadijah Sani Ahmad

K

EGHAIRAHAN pelbagai pihak melancarkan peraduan-peraduan menulis terutama dalam bidang kreatif sedikit sebanyak telah berjaya memperkayakan dan memperkembangkan dunia peneTbitan khususnya dan khazanah peTpustakaan amnya. Rasil daripada peraduan-peraduan tersebut muncullah beberapa muka baru dalam dunia penulisan. Di bawah ini dikemukakan peraduan-peraduan yang telah dianjurkan oleh DBP dan badan-badan tertentu, epanjang tahun 1950-an hingga 80-an. Maklumat-maklumat ringkas yang dimuatkan termas ukIah peraduan, judul dan nama pengarang yang menduduki tempat pertama serta sinopsis bagi bukubuku yang telah memenangi atau yang telah diterbitkan.

1956 Pejabat Karang Mengarang, Persekutuan Tanah Melayu telah mengadakan Perpaduan Menulis Cerpen dan Cerila Panjang buat kali pertamanya pada tahun 1951, kedua 1953 dan tahun 1956 merupakan kali ketiga. Tujuannya, untuk menggalakkan pengarangpengarang muda MeIayu supaya tampil ke hadapan bagi membuktikan kebolehan sebagai seorang pengarang. Dalam bahagian cerpen, Md. Sharif Fakeh telah mendapat tempat pertama dengan cerpennya Aku Di Sebuah Pulau. Buku ini kemudiannya telah diterbit, kan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1976 dengan judul Aku Di Sebuah Pulau: Kumpulan 10 Buah Cerita Pendek. Cerita ini memaparkan pengalaman sebiji kelapa yang gUgUT ke dalam sungai dan hanyut dibawa aTus sehingga akhirnya terdampar di sebuah pulau. Bahagian cerita panjang pula dimenangi oleh Md. Akhir Leman dengan ceritanya Bahagia Sesudah Derita yang juga diterbitkan oleh DBP pada tahun 1958. Cerita mengenai kemiskinan dan penderitaan 16

seorang budak etelah kematian ayahnya, menjadikannya seorang yang gigih dan tabah menghadapi hidup. Akhirnya berjaya menjadi serang doktor haiwan yang terkenal.

1957 DBP memulakan 1angkah pertamanya dengan menganjurkan Peraduan Mengarang Cerpen. lawatankua a Pengadilan berpendapat peraduan ini pada umumnya memuaskan dan mendapat sambutan yang baik. Sebanyak 185 buah cerita pendek te1ah diadili dan jumlah ini telah mcmperlihatkan be tapa besarnya minat bangsa Melayu pad a waktu itu terhadap cerita pendek. Tujuan utama peraduan ini ialah menggalakkan penyiaran cerita-cerita pendek sebagai alat pf'rkembangan bahasa, ke usasteraan dan juga pemikiran rakyat. Hassan Mohd. Ali dengan cerpen Pelayan Tua telah memenangi hadiah pertama. Cerita ini kemudiannya telah diterbitkan oleh DBP dengan judul Cerila-Cerita Pendek DBP Tahun 1965. Karya ini mengisahkan suka duka seorang pelayan hospital yang bernama Lathan dalam usahanya melayan kehendak dan kerenah pesakit. Kegigihan dan semangat bekerja bert am bah dengan kedatangan eorangjururawat muda bernama Asmah. Lathan telah jatuh hati terhadap Asmah tetapi akhirnya Amah telah berkahwin dengan seorang doktor tempat ia bekerja.

1958 Kejayaan DBP melaksanakan peraduan mengarang cerpen telah terbukti dan pada tahun ini. DBP telah terbukti dan pada tahun ini. DBP telah menganjurkan pula Peraduan Jtfengarang Vorel. Tujuan utamanya ialah untuk menggalakkan pengarang-pengarang berbakat baru mahupun penuli yang sudah . established' mengha, ilkan karya. Selain untuk mer-intis jalan ke arah perkembangan, keperluan dan penghargaan rna yarakat terhadap novel, kegiatan ini juga


bertujuan untuk memperkayakan khazanah Perpustakaan Melayu. Berdasarkan penilaian yang dibuat, Panel penilai berpendapat, tidak ada novel yang layak menerima hadiah pertama, tetapi tempat kedua telah dimenangi oleh Hasan Ali dengan novelnya Musafir dan kemudiannya telah diterbitkan oleh DBP pada tahun 1966.

1962 Peraduan Mengarang Novelkali kedua telah diusahakan sekali lagi oleh DBP. Walaupun tidak ada karya yang berjaya memenangi temp at pertama tetapi peraduan ini telah berjaya setapak lagi dalam usaha memperhebatkan penulisan novel khususnya dalam memajukan kesusasteraan kebangsaan. Beberapa orang penulis baru telah muncul di samping penulis lama. Tempat kedua bagi peraduan yang bertemakan pembangunan dengan latar belakang kehidupan di Tanah Melayu telah dimenangi oleh Ibrahim Omar dengan novelnya berjudul Desa Pingitan yang telah diterbitkan oleh DBP pada tahun 1967.

1963 Peraduan Mengarang Drama anjuran DBP ini bertujuan untuk mendekatkan kanak-kanak dan golongan remaja kepada kegiatan-kegiatan yang berguna bagi pertumbuhan jiwa dan seman gat mereka supaya menjadi manusia yang baik dan warganegara yang bertanggungjawab. Matlamat ini cuba dicapai melalui kegiatan-kegiatan tertentu seperti mengadakan pementasan cerita-cerita lakonan di sekolah-sekolah yang dijayakan sendiri oleh kanak-kanak sekolah. Persatuan-persatuan pemuda juga tidak ketinggalan mengadakan drama yang sesuai untuk tontonan kanakkanak di sekolah-sekolah. Peraduan ini dibahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian untuk kanak-kanak sekolah rendah telah dimenangi oleh Maaruf Mahmud dengan dramanya yang berjudul Ibu Yang Bijak. Bahagian untuk kanak-kanak dan remaja pad a peringkat sekolah menengah, dimenangi oleh A1ohd. Zainuddin Kasa dengan dramanya, Tanah, Padi dan Lalang.

1967 Peraduan Mengarang Cerita Rekaan Sains anjuran DBP adalah bertujuan untuk menggalakkan penulisan cerita rekaan yang berasaskan sains bagi: membiasakan kanak-kanak dengan dunia sains; menanam keyakinan dalam jiwa kanak-kanak bahawa sains penting dalam kehidupan; membangkitkan rasa ingin tahu tentang kejadian alam; dan menghapuskan kepercayaan yang bersifat tahyul di dalam pemikiran kanak-kanak.

Othman Che Din dengan cerita Benda Ajaib Di Bilik Tertutup telah memenangi hadiah pertama. Cerita tersebut telah diterbitkan oleh DBP pad a tahun 1969

dengan judul Benda Ajaib Di Bilik Tertutup dan Lain-Lain Cerita Rekaan Sains Untuk Pelajar. Buku ini memuatkan 11 cerita rekaan sains yang telah memenangi peraduan tersebut. Cerita yang memenangi tempat pertama berkisar di sekitar watak seorang budak yang mempunyai sifat yang terlalu ingin tahu apa yang sedang dilakukan oleh abangnya di sebuah bilik tertutup. Keinginan yang keterlaluan untuk melihat apa yang terdapat di dalam bilik tersebut telah menimbulkan keazamannya mencipta sejenis teropong kapal selam yang dipanggil 'Periscope' kerana hanya dengan teropong 'periscope' memboleh¡ kan dia melihat benda ajaib di dalam bilik itu. Kejayaannya mencipta alat tersebut, akhirnya ia berjaya mengetahui rahsia yang selama ini disembunyikan oleh abangnya.

1967 Kementerian Penerangan dan Penyiaran Malaysia dengan kerjasama DBP telah mengadakan Peraduan Mengarang Novel 10 Tahun Merdeka. Temanya adalah berlatarbelakangkan perjuangan kemerdek~an, pembangunan negara dan penghidupan di tanahair. Karya-karya yang diterima sehingga 30 Jun 1968 (tarikh tutup peraduan) telah dinilai oleh panel penilai dan hasjlnya didapati tiada karya yang layak memenangi hadiah pertama dan kedua. Novel Sandera oleh Arenawati telah dipe.rtimbangkan untuk memenangi hadiah ketiga.

1967 Peraduan Cerpen PENA telah diumumkan pada 15 April 1967. Berikutan dengan itu, sebanyak 350 buah cerita pendek telah diterima oleh Jawatankuasa Kecil Peraduan. Berdasarkan penelitian yang dibuat, jawatankuasa tersebut telah memilih 100 buah cerpen yang terbaik untuk diadili oleh panel penilai yang dilantik. Mereka terdiri dari A. Samad Ismail, Kamaludin Muhammad, Awang Had Salleh dan Yahaya Samah. Para penilai telah memutuskan bahawa cerpen yang berjudul Tabir Besi Runtuh oleh Muhammad Isa Hj. Ismail telah memenangi hadiah pertama.

1968 Peraduan Mengarang Cerita Bacaan Kanak-Kanak 6 -10 Tahun merupakan peraduan kali ke-7 anjuran DBP. Sejumlah 900 buah cerita telah dikirimkan dan ini merupakan jumlah yang paling besar yang pernah diterima berbanding dengan peraduan-peraduan lain yang pernah diadakan oleh DBP. Tujuan peraduan ialah menggalakkan penulisan cerita untuk bacaan kanak-kanak yang baru bersekolah serta memperbanyakkan penerbitan bahan bacaan kanak-kanak. Hadiah pertama daripada bahagian A (6 -7 tahun) telah dimenangi oleh Muhammad Yusof Mustafa dengan cerita Pencuri Dalam Bas sementara bahagian B (8 -10 tahun), pemenangnya ialah Syed Feisal Barakbah dengan cerita Kumpulan Haram 003.

•

17


PEMULIHARAAN FILEM Bahagian I

Abdul Wahab Hamzah

K

EMUNCULAN fllem dalam

tahun 1895 telah banyak mengubah budaya hidup manusia. Filem menjadi media yang paling berpengaruh sekarang ini, selepas televisyen, yang muncul 60 tahun kemudian. Sejak kemunculannya, fllem menjadi media seni, penyampaian maklumat, menjadi media hiburan atau pendidikan. Filem dikeluarkan dengan niat meraih keuntungan atau propaganda atau tuj1fan sosial. Biar bagaimana hasil filem itu, baik atau buruk, filem adalah dokumentasi sejarah bangsa yang merakamkan setiap perubahan sosiobudaya sesuatu bangsa. Melihat daripada sudut kepentingan, filem perlu disimpan dengan baik sebagai rujukan generasi akan datang. Filem adalah media seni yang paling canggih, yang menggabungkan keupayaan seni dan teknologi. Sifat filem yang sedernikian 'complicated' menjadikannya bahan arkib yang paling sukar disimpan. Filem selalunya dihasilkan dalam bentuk 16 mm atau 35 mm, sarna ada hitam putih atau warna. Pada dasarnya struktur filem

dapat dilihat dalam 3 jenis yang utama: I. II. Ill.

Filem 'nitrate' Filem 'acetate' Filem 'polyester'

Filem 'nitrate' biasanya mudah rosak, kerana: Filem ini mudah terbakar dalam suhu 170 ¡C tetapi filem jenis ini yang lama lebih mudah terbakar n. Filem ini mudah 'decompose' 111. Bila filem 1m disimpan didapati terlalu kering, ia mudah mengecut. I.

Filem 'acetate' sebenarnya telah mula diperkenalkan dalam tahun 1901. Komposisi fUem jenis ini berbeza dengan fllem 'nitrate', dan kimia yang digunakan juga berbeza. Disebabkan filem 'acetate' tidak mudah terbakar dan mempunyai daya tahan kelembapan dan daya hangat yang lebih tinggi, maka filem 'acetate' selalunya digunakan sebagai fllem keselamatan (safety filem) , bererti fUem yang telah dirakamkan di dalam filem 'nitrate' akan dipindahkan ke dalam filem 'acetate' supaya tidak mudah rosak.

Filem yang menggunakan dasar 'polyester' mempunyai beberapa kelebiha. Antaranya, fllem ini tidak menghadapi ban yak masalah kelembapan dan tidak mengeluarkan gas yang berbahaya. Sungguhpun begitu, usaha mewujudkan 'emulsion' (yang menghasilkan gambar dan bunyi) di permukaan filem 'polyester' lebih sukar. lni juga menyebabkan usia 'emulsion' di atas fuem 'polyester' lebih pendek berbanding dengan usia fllem 'polyester' sendiri. Oleh kerana mudah sekali sesuatu filem itu rosak maka beberapa langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah ini. Di antaranya: I.

memastikan kualiti bahan yang digunakan semasa menghasilkan fUem mentah.

11.

memastikan mutu kerja yang dijalankan di makmal memproses fllem.

lll.

fllem perlu dibasuh dengan betul selepas diproses dan ditera.

iv. memastikan cara penyimpanan fllem itu sebelum diserahkan kepada pihak arkib.

-------------------------------------------------------------------------e 18


TERBITAN TERBARU DBP

D

ARIPADA bulan Januari sehingga 10 Jun 1989, Perpustakaan telah menerima 159 judul buku terbitan DBP. 63 judul daripada jumlah tersebut adalah di dalam bidang bahasa dan kesusasteraan iaitu 54 judul dalam bidang kesusasteraan dan 9 judul dalam bidang bahasa. Sebahagian besar judul yang diterbitkan dalam bidang kesusasteraan ialah novelnovel remaja. Amat sedikit bilangan ten tang kajian dan kritikan kesusasteraan Melayu. Berikut adala sino psis tujuh judul buku terbitan DBP (akhir 1988 sehingga bulan Mei 1989)

Pengarang: SAFIAH Karim, Nik Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa ludul: Tatabahasa Dewan Jilid 2: Perkataan Tahun: 1989 Harga: $15.00 Buku tatabahasa yang baik dan berwibawa amat diperlukan khususnya sebagai sumber rujukan kepada penuntut-penuntut, guruguru, para profesional dan orangorang awam. Oleh itu, dengan terbitnya buku Tatabahasa Dewan Jilid 2' ini bererti keperluan tersebut dapat dipenuhi sejajar dengan perkemhangan bahasa Melayu yang kini begitu pesat sebagai hahasa ilmu. Kalau huku Tatabahasa Dewan Jilid l' memperkatakan pembentukan ayat, Tatabahasa Dewan Jilid 2' pula memberikan tumpuan kepada morfologi, iaitu hidang yang memusatkan kajian

tentang pembinaan perkataan, pemhentukannya serta aspek-aspek yang berkaitan dengan kegiatan peristilahan dan kemasukan unsurunsur baharu melalui proses peminjaman. Menurut penulis-penulisnya, waIaupun penulisan buku ini menggunakan pendekatan eklektik iaitu menggabungkan ciri-ciri utama pelbagai teori analisis bahasa, namun, unsur-unsur huraian tatabahasa tradisional seperti yang terdapat dalam karya-karya Za'ba dan penulis-penulis yang sezaman dengannya tidak ketinggalan dimasukkan hagi memperoleh satu asas penelitian yang lehih sempuma. Kandungannya mudah difahami kerana tiap-tiap huraian yang diberi akan disetakan dengan contohcontoh yang dapat menjelaskan bentuk-bentuk perkataan. Penghasilan buku ini dapat dijadikan pegangan oleh semua golongan yang ingin mendalami pengetahuan mereka ten tang tatabahasa Bahasa Melayu. Pengarang: ludul: Tahun: Harga:

DARWIS Harahap Peristiwa Bahasa 1989 $5.00

Buku yang terdiri daripada 10 bah ini mengandungi kumpulan tulisan Darwis Harahap ten tang kebahasaan yang sebahagiannya telah tersiar di dalam berbagai-bagai majalah dan suratkhabar. Sebahagian besar kumpulan tulisan tersebut merupakan jawapan terhadap reaksi pengguna bahasa yang memperli-

hatkan penulisan mereka menerusi majalah atau suratkhabar. Tulisan-tulisan Darwis Harahap adalah berbentuk popular, seni popular dan soal jawab. Pendekatan seumpama ini baik sekali dan tidak bersifat 'monotonous'. Kandungannya bukan sahaja menarik pembaca umum untuk sekadar membaca tetapi dapat menambah pengetahuan mereka dalam bidang kebahasaan khususnya bagi mereka yang in gin memperbaiki bahasa daripada segi sebutan baku, ejaan, tatabahasa dan pemilihan perkataan yang sesuai bagi sesuatu ayat. Selain daripada pembaca umum, buku ini sesuai sebagai panduan untuk pelajar, guru, wartawan, penulis, juruhebah dan juga pengguna bahasa yang berminat untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang bahasa Melayu. Penyusun: HUSSAIN Jamil & Henry, Gana Ngadi JuduI: Kamus Bahasa /banBahasa Malaysia Tahun: .1989 Harga: $18.00 Kamus ini memuatkan 11,000 kata masukan/kata turunan yang disusun khas untuk memenuhi keperluan umum daripada berbagaibagai peringkat yang herminat mempelajari Bahasa Iban. Katakata masukan utama yang disenaraikan adalah kata-kata umum seharian di samping kata-kata khusus tentang adat, kepercayaan dan budaya suku Iban, nama-nama tamhahan, binatang dan juga katakata pinjaman. 19


Berdasarkan sejarah perkamusan bahasa Iban, penerbitan kamus Bahasa Iban - Bahasa Malaysia ini telah menempa satu sejarah baru kerana selama ini (semenjak tahun 1900) kamus-kamus yang diterbitkan adalah kamus bahasa Iban bahasa Inggeris sahaja. Ejaan bahasa Iban yang digunakan dalam kamus ini adalah mengikut ejaan yang terdapat di dalam A dictionary of Sea Dayak oleh N .S. Scott, kecuali ejaan kata masukan utama yang diperoleh daripada sumbersumber selain dari Scott. Sistem penyusunan yang digunakan sarna seperti sis tern penyusunan kamus-kamus yang lain iaitu mengikut abjad dengan kata masukan utamanya kata akar. Bagi kata masukan utama, huruf yang digunakan adalah huruf tebal sementara huruf kecil pula digunakan untuk erti/keterangan dan huruf condong untuk penggunaan kata Iban dalam ayat, klausa dan ungkapan. Homonim pula ditandai dengan angka Roman tebal dan polisemi kata masukan utama/ turunan ditandai dengan angka Arab tebal. Kamus ini amat mudah digunakan walaupun terdapat ketiadaan lambang fonetik pada setiap kata masukan utama. Lambang fonetik sangat penting bagi membantu para pengguna menyebut bahasa Iban dengan betul. Namun begitu, penyusun berusaha memberi keterangan untuk menunjukkan perbezaan bunyi vokal terbuka yang berglotal daripada vokal terbuka biasa.

1960 -1969), penulis telah memilih lima bel as judul untuk dibicarakan yang difikirkannya mempunyai keistimewaan daripada segi kesusasteraan dan penilaian subjektif penulis sendiri. Novel-novel yang dimaksudkan ialah Salina, Sungai Mengalir Lesu, Rentong, Terdedah, Ranjau Sepanjang Jalan, Menteri, Angin timur laut, Badai Semalam, Biru Warna, Kail Panjang Sejengkal, Krisis, Langkah Kiri, Lingkaran, Tikus Rahmat dan Seroja Masih di Kolam. Dalam membuat kajian perwatakan, penulis memberi penekanan kepada dua aspek iaitu aspek dalaman novel-novel yang dikaji dan aspek menghubungkan jenisjenis manusia yang didapati dalam novel-novel tersebut dengan peristiwa-peristiwa zanan novel-novel tersebut ditulis. Buku ini mengandungi lapan bab. Lima daripada bab tersebut membicarakan imej watak-watak yang terdapat dalam lima belas buah novel yang telah dipilih sementara tiga bab lagi menyorot sejarah dan pertumbuhan perwatakan dalam novel-novel Melayu, pemilihan novel dan penggolongan watak serta pandangan umum. Penulis juga telah memberikan sedikit latar belakang penulispenulis novel yang dibicarakan.

Norm.a Bachik

Pengarang: A. WAHAB Ali ludul: [me} manusia dalam sastera Tahun: 1989 $10.00 ,Harga:

Pengarang: SAID Halim Said Nong ludul: Drama Melayu televisyen Malaysia: satu penilaian perkembangan dan peranan Tahun: 1988 Harga: $12.00

Buku ini membicarakan pertumbuhan watak dalam novel-novel Melayu pada tahun-tahun enam puluhan dan gambaran jenis-jenis manusia pad a waktu itu. Daripada 200 judul novel yang diterbitkan (di antara tahun

Seni teater atau drama adalah di an tara bentuk seni yang paling memberi kesan serentak kepada pencipta dan penontonnya. Drama mempunyai nilai-nilai kemanusiaan yang dapat mempengaruhi jiwa halus penonton.

20

Jika dibandingkan bentuk seni teater moden yang lain iaitu drama teater dan drama radio dengan drama televisyen, didapati drama TVlah yang paling berkembang sekali di Malaysia. Situasi begini berlaku kerana drama tersebut disiarkan melalui media elektronik yang begitu popular dan mempunyai jurnlah penonton yang besar. Buku 'Drama Melayu Televisyen Malaysia: satu penilaian perkembangan dan peranan' adalah satu kajian yang merangkumi aspek persejarahan dan perkembangan penyiaran televisyen dan penerbitan drama TV. Ia juga memperIihatkan peranan drama TV melalui tema dan persoalan berlandaskan dasar kerajaan. Buku ini terbahagi kepada lima bab. Bab satu menerangkan konsep, ruang lingkup dan tujuan yang berkaitan dengan kajian. Bab dua membincangkan peranan televisyen dan perkembangan penyiaran di Malaysia. Ia menyentuh mengenai suasana dan profil sosiopolitik Malaysia serta huraian tentang peraturan dan dasar yang mengawal penyiaran di negara ini. Bab 3 pula menceritakan perkembangan drama Melayu, termasuklah sejarah penerbitan drama TV serta proses penyuntingan skrip dan hubungannya dengan penyiaran televisyen. Drama Melayu (tradisional mod en) yang dibincangkan terdiri daripada drama pentas, drama radio, filem Melayu dan drama TV. Perbincangan yang lebih terperinci mengenai drama TV, terangkum di dalam Bab 4. Satu bentuk analisis dan rumusan berhubung dengan kepentingan dan peranan yang dimainkan oleh drama TV telah dikemukakan. Peranan ini dilihat daripada beberapa aspek tertentu seperti aspek pendidikan, penghasilan karya dan hiburan. Kajian ini merupakan satu bahan rujukan yang baik untuk peminatpeminat seni drama teater amnya dan khususnya bagi pengkaji seni ini sendiri. Kajian ini menarik


kerana penulisnya cuba menghubung kaitkan bidang sebaran am (khususnya penyiaran TV, seni teater) dengan sastera (khususnya sosiologi sastera dan kritikan sastera) sebagai satu pendekatan ~ng dapat menarik perhatian pembaca. Pengarang: UMAR lunus ludul: Karya sebagai sumber makna: pengantar strukturalisme Tahun: 1988 Harga: $7.00 Strukturalisme penting untuk memahami karya sastera. Secara amnya, struktur berhubungan rapat dengan 'bentuk' atau 'form'. Struktur adalah sesuatu yang memperlihatkan bentuk. Tidak ada perbezaan yang jelas ant'ara struktur dan bentuk. Cuma penggunaan istilah struktur dianggap bersifat lebih ilmiah dibandingkan dengan penggunaan istilah bentuk. Buku ini membicarakan ten tang strukturalisme dalam karya sastera. Berbagai pengertian dan konsep ten tang strukturalisme dibincangkan di awal bab buku ini. Ada berbagai-bagai pendapat ten tang strukturalisme dan terdapatnya ciri-ciri tertentu yang mempengaruhi pengertian strukturalisme ini. Bab seterusnya menghuraikan tentang teori strukturalisme. Di sini pembicaraan ditumpukan

kepada berbagai pendekatan strukturalisme dengan pola-pola tertentu dalam sesebuah karya itu, dari mana pendekatan itu bertolak dan bagaimana pelaksanaannya. Seterusnya, buku ini juga membicarakan ten tang hubungan strukturalisme dan serniotik, hubungan strukturalisme dengan hermeneutics dan juga hubungan strukturalisme dengan analisa teks. Buku ini berjaya memperlihatkan dengan jelas ten tang konsep dalam karya sastera. Perbincangan dilengkapi dengan beberapa contoh berdasarkan beberapa karya-karya sastera yang terkenal.

Wan Salhah Hj. Megat Ahmad

Pengarang: EAGLETON, Terry ludu1: Teori kesusasteraan: satu pengenalan Tahun: 1988 Harga: $18.00 Buku ini mengemukakan teori kesusasteraan moden di kalangan penulis Barat daripada berbagai aliran. Sebagai permulaan, buku Teori kesusasteraan: satu pengenalan membicarakan kewujudan kesusasteraan Inggeris dalam melahirkan pembinaan kata-kata melalui imaginatif, undang-undang

struktur dan peralatan sastera yang khusus. Ekoran daripada kelahiran kesusasteraan ini, berbagai-bagai teori telah wujud dalam melahirkan kritikan dan kajian sesuatu hasil karya. Fenomenologi dikatakan membawa pengkaji melihat ketulenan dan sifat tetap sesuatu nilai sastera yang berbeza daripada abstrak yang kemudiannya membawa kepada teori tafsiran iaitu Hermeneutika. Tafsiran, akhirnya membawa kepada penilaian yang meluas dan penelitian dengan akal fikiran yang terbuka. Teori strukturalisme melihat penglibatan dan perhubungannya di dalam sesuatu karya. Hubungan yang sistema tis seterusnya melahirkan teori semiotik. Bab terakhir telah memberi kesempatan kepada penulis membentangkan teori kritikan politik yang melihat cara pengaturan kehidupan masyarakat dan hubungan kuasakuasa yang terlibat di dalamnya. Secara ringkas buku ini menggariskan teori-teori serta memperlihatkan perkembangannya di antara satu teori dengan teori yang lain dengan lebih terperinci. ludul ini amat sesuai kepada pelajarpelajar yang ingin mempelajari pengenalan kepada kesusasteraan melalui teori yang diperkenalkan.

Kamariah Abu Samah

• 21


EDITOR: SEORANG INTELEKTUAL laafar Haji Abdul Rahim

P

TANG itu (6 lulai 1989), aku diberitahu oleh Sdr. lohan J&affar, Ketua Bahagian Majalah ada sebuah buku berjudul "Intellectuals" tulisan Paul Johnson. Entah di mana dia peroleh tajuk itu; entah di mana dia membaea review buku itu, tidak kuketahui. Yang nyata Johan dan aku tidak memiliki buku itu. Tetapi menurut lohan, buku itu meneeritakan perkembangan intelektual kontemporari. Dieeri· takan tentang kononnya, Jean Paul-Satre, ahli falsafah eksistentialisme Peraneis menjadi alat orang·orang tertentu. Ertinya intelektual pun boleh diperalatkan orang untuk meneapai tujuan tertentu. Aku memang ghairah untuk memiliki buku itu. Tentulah Puan Aizan Mohd. Ali, Pegawai Perpusta· kaan yang kuhormati teruk melayan permintaanku untuk memesan buku itu seeepat mungkin. Memang telah lama Puan Aizan memberi perkhidmatan yang baik kepadaku terutama membantu aku memesan buku yang diperlukan dengan seeepat mungkin. Bagiku ini bukan sekadar tugas yang mulia malah membantu membina intelektualisme di Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal ini demikian kerana daripada buku baru yang kuperoleh itu aku akan berusaha untuk mengembangkannya untuk kepentingan diriku, lebih-Iebih lagi untuk kepentingan Dewan Bahasa dan Pustaka. Aku pereaya editor mesti bertindak sebagai intelektual. Aku tidak pereaya editor DBP sekadar membetulkan ejaan dan tatabahasa. Aku pereaya editor DBP baik editor buku mahupun editor majalah mempunyai komitmen yang lebih jauh daripada itu. Editor DBP padaku mempunyai saham da]am memperjelas visi dan membina landasan intelektual yang ampuh untuk membantu DBP meneapai matla· matnya. Itu kukatakan peranan editor sebagai intelektual. Sebagai intelektual, padaku, editor perlu bergaul dengan wahana intelektualnya yakni bahan-bahan baeaan. Di antara bahan baeaan yang dominan ialah buku. Editor bukan sahaja perlu membaea banyak

buku malah perlu mengunyah dan meneerna pemikiran dalam buku supaya menjadi ideologinya. Maksudku editor tidak harus berbicara dan menulis tanpa keterampilan ilmiah. Yang kumaksudkan keterampilan ilmiah ialah kemahiran memperoleh ilmu dan menerapkan ilmu demi kepentingan kerja dan demi kepentingan pembinaan diri sebagai editor profesional. Sebagai editor profesional, yakni sebagai editor yang intelektual, kita perlu memainkan peranan sebagai pembentuk pemikiran masyarakat. Aku senantiasa pereaya editor perlu lebih mahir daripada penulis baik dari segi penulisan mahupun daripada segi penyuntingan. Dengan kata lain, aku pereaya bahawa penulis senantiasa bergantung kepada editor untuk memperbaiki dan mengemaskan manuskrip. Maka untuk meneapai keterampilan editor ini, aku pereaya pengalaman sahaja tidak eukup untuk melahirkan editor yang berkesan. Aku senantiasa pereaya editor perlu menguasai ilmu (science) dan seni (art) penulisan dan penyuntingan. Aku pereaya bahawa anggapan setengah-setengah editor bahawa editor mempunyai gaya penyuntingan yang tersendiri akan hapus sekiranya editor menguasai ilmu dan seni penyuntingan. Demikian pendapatku ten tang keterampilan editor. Aku pereaya untuk meneapai keterampilan ini, selain latihan tentang penguasaan bahasa dan penyuntingan, diperlukan juga bantuan dari buku. Dalam Perpustakaan DBP, kudapati banyak sekali buku tentang penulisan (tentang ilmu dan seni penulisan). Buku-buku ini mendedahkan ilmu dan seni yang terbaru dalam penulisan dan penyuntingan. Malangnya buku-buku seperti ini tidak mendapat sambutan. Malah jauh lebih buruk, ada buku dalam tahun 1950an dan 1960-an yang tidak dipinjam. Pad a aku ini pembaziran ilmu. Perpustakaan DBP berusaha mendapatkan buku-buku baru, tetapi kalau buku tidak dimanfaatkan, alangkah ruginya! Demikian selayang pandang pendapatku tentang editor sebagai intelektual dan perkenalan editor dengan buku. •

-----------------------------------------------------------------------. 22


PENGUNJUNG AWAL KE PERPUSTAKAAN DBP Che Ros Rahim

EISTIMEWAAN Perpustakaan OBP sebagai sebuah perpustakaan penyelidikan baha a dan sastera Melayu telah menarik perhatian pengguna-pengguna daripada pelbagai lapi an rna yarakat sarna ada daripada dalam mahupun luar negara. Walaupun Perpustakaan ini telah diasaskan pada bulan Jun 1956 tetapi penerimaan pelawat-pelawat di Perpustakaan hanya kedapatan setelah berpindah ke Jalan Young, Kuala Lumpur pada bulan Mei 1957. Mengikut catatan buku pelawat perpustakaan, orang pertama mencatatkan namanya di dalam buku tersebut ialah Lt. Col. Haji Musa Yusof, eorang pesara angkatan tentera dari Johor Bahru. Beliau telah datang ke perpustakaan ini bersama temannya, Encik Mat Yusof Jantan, seorang guru dari Johor Bahru. Allahyarham Haji Musa Yu of atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Lomak, merupakan eorang tokoh ghazal yang diberi nama jolokan "Bapa Ghazal Melayu Jahor". Sumbangan beliau dalam seni ghazal ban yak sekali. Oi antara perubahan yang telah dibuat ialah menjadikan gitar sebagai salah satu alat dalam persembahan ghazal. Beliau juga merupakan pencipta lagu-Iagu ghazal dan lagu ciptaannya yang paling diminati ramai pada suatu ketika dahulu ialah Pak

K

Ngah Balik.

Pak Lomak - bapa ghazal Melayu Johor

Secara umum dapat dikatkan bahawa orang-orang perseorangan atau kumpulan yang mengunjung organisasi ini pada tahun-tahun lima puluhan adalah terdiri daripada tokoh-tokoh yang telah mencipta nama pada masa kini, baik dalam bidang kesusasteraan, politik, kebudayan mahupun penulisan. Oi antara mereka ialah Encik , Yusaf Harun (1916-1983) atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Y usaf Harun dari Melaka. Beliau datang ke Perpustakaan OBP pada 21.4.1957 bersama ternan-ternan seangkatan seperti Pak Asraf (ketika itu seorang wartawan di Singapura), A. Samad Ismail, Allahyarham Syed Nasir Ismail (ketika itu seorang kakitangan kerajaan) dan Abdullah Sidek (1913 - 1983), seorang novelis yang terkenal pad a waktu itu. Oi antara novel-novel Abdullah Sidek yang terkenal ialah Iblis Rumahtangga, Nasib Hasnah, Mari Kita Berjuang dan Doktor Zahari. Allahyarham Ali Haji Ahmad (bekas Menteri Pertanian Malaysia yang terbunuh dalam suatu nahas kapal terbang di Tanjung Kupang, 1977) juga pernah melawat Perpustakaan OBP pada 27.9.1957. Ketika itu beliau adalah seorang mahasiswa Universiti Malaya. Allahyarham merupakan seorang pengkaji kesusasteraan Melayu yang telah menghasilkan karya-karya seperti Puisi Baharu Melayu Zaman Permulaan

Cikgu YusofHarun - budayawan daTi Melaka

Allahyarham Tuan Hj. Syed Nasir Ismail Ketua Pengarah DBP ,......

23


(1959); Puisi Baharu Melayu 1942 -1960 1961; dan Di sekitar pemikiran kesusasteraan Malaysia 1957 -1971 (1976). Selain itu, pernah juga menyu un sebuah buku berjudul Rintisan (1964). Prof. Syed Naguib AI-Attas (1931-) ketika itu adalah penuntut di Universiti Singapura telah datang ke Perpustakaan DBP pada 30.5.1959. Kini, beliau merupakan seorang pem;kir, sarjana, pemidato umum, seniman dan perintis yang telah menerbitkan 22 buah buku dan lebih daripada 30 makalah mengenai Islam yang mencakup bidang agama, metafizik, sejarah, ke usasteraan, kebudayaan dan pendidikan. Di antara karya beliau yang terpenting ialah Rangkaian Rubaiyat (1959); The Origin of the Malay Shair, (1968); Preliminary Statement on an General Theory of Islamization of the Malay Indonesian Archipelago, (1969) dan Islam and Secularisme, (1981). Pak Za'ba atau Allahyarham Zainal Abidin Ahmad (1895 -1973) juga pernah mengunjung perpustakaan ini pad a 17.9.1959. Ketika itu, beliau sudah pun bersara sebagai pensyarah di Universiti Malaya, Singapura. Nama Pak Za'ba tidak perlu diperkenalkan lagi kerana beliau merupakan tokoh bahasa (nahu bahasa Melayu), penterjemah dan nasionalis Melayu yang gigih. Di antara karya utama beliau ialah Daftar ejaan Melayu-fawi/Rumi, (1949); Pelita Bahasa Melayu I, II, III: Kalung Bunga I, II; Himpunan Sajak, (-1969); Anak Raja dengan Anak Papa, (1965) (terjemahan) dan Perangai bergantung kepada Diri Sendiri, (1982). Tokoh-tokoh lain yang pernah mengunjung perpustakaan dalam tahun-tahun lima puluhan ialah; Allahyarham Aminuddin Baki (18.10.1957) Syed Ahmad Jamal (10.1O.1957) Allahyarhamah Ibu Zain Sulaiman (19.8.1958) Allahyarham Ungku Omar (27.7.1958) Mohd. Khir Johari, sebagai Menteri Pelajaran, (4.3.1957) Syed H usin Ali dan Kassim Ahmad ebagai mahasiswa (19.5.1958) Mohd. Yusof Lana, seorang guru di Singapura (26.3.1959)

Asraf

24

tokoh bahasa tanah air

Allahyarham Ali bin HaJi Ahmad - bekas Menteri Pertanian Malaysia

Allahyarham Abd. Rahman Talib, Menteri Pelajaran Tanah Melayu (19. 1. 1960}. James R. Echols dari Amerika Syarikat merupakan pelawat bang a asing yang petama sekali mencatatkan namanya di dalam buku PeJawat Perpustakaan pada 21.5.1957. Ketika itu, beliau adalah seorang 'English Teaching Consultant'. Nama beliau tidak asing lagi di kalangan ahli-ahli bahasa khususnya bidang perkamusan kerana beliau pernah menghasilkan kamus An Indonesian-English Dictionary, pada tahun 1963, terbitan bersama Hassan Shadily. Hassan Shadily juga pernah mengunjungi Perpustakaan ini pad a 18.7.1958. Selepas Echols, Cyril Skinner (1924-1986), seorang lagi pakar dalam bidang kesusasteraan Melayu yang lahir di England telah datang ke Perpustakaan DBP pada 16.10.1957. Ketika itu, beliau adalah seorang pensyarah di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Skinner pernah menjadi Ketua Jabatan Pengajian Melayu-Indonesia di 'Monash University', Australia. Beliau banyak menghasilkan kar a berbentuk pengkajian seperti Syair Perang Mengkasar, (1963); Shaer Kampong Gelam Terbakar oleh Abdullah b. Abdul Kadir, (JMBRAS 45, 1973) dan The Battle for funk Ceylon: The Syair Sultan Maulana dan Text translation and notes Bibliotheca Indonesia 25, Dordrecht, Holland, 1983. Pad a tahun seterusnya, Perpustakaan DBP sentia a dikunjungi oleh pelawat-pelawat daripada negara a ing eperti Jepun, Thailand, London, Paris, Rusia, Paki tan, Belanda, Australia dan negara-negara ASEAN yang lain. Mereka ini terdiri daripada penuntut, penyelidik dan juga pegawai-pegawai kerjaan yang mempunyai pengkhu usan dalam bidang pendidikan, perpu takaan dan sebagainya. Di antara mereka ialah: Encik Donald Moore dari Donald Moore Publication, Singapore (21.11.57) Encik M. White, pustakawan dari National Library of Canberra (21.12.1957) Encik V. Zhazoo dari Rusia, seorang ahli Committee for Cultural with Relational

Syed Naquib Alattas - seorang pemlkir yang dihonnall

Abdullah Sidek - Sumbangan krealif novel is ini tidak dilupakan.


Foreign Countries (13.3.58) Encik M. Neale, editor dari Oxford University Press of London (28.5.1958) Encik Taton Kambara & Michio Kajibawa dari University of Waseda Tokyo Encik Tadashi Shoji, penuntut dari Tokyo University of Foreign Studies Encik Martin P.H. dari National Center for Science Research, Paris (5.12.1958). Dr. Antoni Wojeieki, penasihat Bangsa-Bangsa Bersatu di Bangkok (15.9.1958) G.T.M de M. Morgan dari Malay Section BBC London (19.5.1959)

guru dan penuntut, terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan dan pembesar-pembesar negeri. Pada 13.4.1960, Orang Besar 16 dan Orang Besar Negeri Perak telah melawat Perpustakaan dan pada 17.12.1960, seorang tokoh bahasa Indonesia, Slametmuljana telah mengunjungi Perpustakaan buat kali kedua. Dalam jangka waktu yang begitu singkat ialah lebih kurang tiga tahun (1957 - 1960), Perpustakaan DBP telah menerima kira-kira 1,341 orang pelawat daripada dalam dan luar negara. Kunjungan secara persendirian, berkumpulan dan lawatan rasmi ke Perpustakaan DBP telah memperlihatkan bahawa Perpustakaan telah dikenali ramai dan dapat memenuhi keperluan masyarakat pengguna ketika itu.

Pelawat-pelawat yang datang ke perpustakaan DBP dalam tahun 1960. selain daripada rombongan

-----------------------------------------------------------------------------.

TAHUN LITERASI ANTARABANGSA 1990 Aizan Mohd. Ali

P

ERTUBUHAN Bangsa-Bangsa

Bersatu telah mengisytiharkan tahun 1990 sebagai Tahun Literasi Antarabangsa (International Literacy Year). Kementerian Pendidikan telah memilih KEMAS sebagai Urusetia Kebangsaan ILY. Penghormatan ini diberi mungkin kerana KEMAS merupakan agensi yang unggul di Malaysia yang menjalankan usaha-usaha pembasmian buta huruf semenjak 1961 hingga kim. Pihak UNESCO memohon semua negara ahli menyokong dan meraikan tahun tersebut dengan mengadakan kegiatan yang sesuai dengan semangat ILY. Pihak Urusetia akan mengadakan Majlls Peras-

mian pad a 8 September 1989 dengan mengadakan satu seminar peringkat kebangsaan "Perayaan Tahun Literasi Antarabangsa 1990" (8-11 September 1989) di Melaka. Sepanjang bulan Oktober pula akan diadakan satu pameran secara besar-besaran di Muzium Negara, menandakan kemuncak perayaan tersebut. Majlis penutup akan diadakan pada 8 September 1990 bersempena dengan Hari KenaI Huruf Antarabangsa. Logo di bawah ini telah dimenangi oleh Kohichi Imakita dari Jepun. Dicadangkan DBP menggunakan logo tersebut untuk poster, kalendar dan kulit buku atau majalah yang terbi~kan dalam tahun 1990.

• 25


SEMINAR/KURSUS/ CERAMAH 16 -31 JUD 1989: Encik Idros dan Puan Fatimah Zahrin telah mengikuti Kursus Bertutur dan Menulis Bahasa Inggeris di Unit Latihan DBP. 16-18 Feb 1989: Rombongan kakitangan Perpustakaan berbengkel di Hotel Ming Court, Port Dickson. Bengkel Motivasi ini dipimpin oleh En. Abd. Mutalib dari MMS Management Services. Hasil dari pertemuan ini amatlah berkesan dan menggalakkan. 8-11 Mac 1989: Puan Yasimin telah mengikuti Kursus Pengurusan Kewangan untuk kerani anjuran Unit Latihan DBP. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman peserta tentang prosedur kewangan yang digunakan di DBP. 17 Mac 1989: Puan Norma Bachik dan Puan Che Ros berpeluang pula mengikuti Seminar Penyediaan Ke Arah Pengkomputeran Perpustakaan di Universiti Malaya anjuran Persatuan Perpustakaan Malaysia. Seminar ini bertujuan memberi kesedaran kepada pustakawan mengenai penggunaan teknologi maklumat di perpustakaan di samping memudahkan pertukaran pengetahuan dan pengalaman mengenai pengkomputeran perpustakaan. 22 -24 Mac 1989: Unit Latihan telah menganjurkan Kursus Kepemimpinan dan Penyeliaan di Unit Komputer DBP. Encik Ibrahim telah mengikuti kursus ini yang diadakan khusus untuk memberikan pelbagai pendedahan berkaitan dengan subjek tersebut kepada kakitangan yang sedang berkhidmat dalam kumpulan D. 10 -15 April 1989: Encik Abd. Wahab dan Cik Kamariah telah dicalonkan untuk mengikuti Kursus Pemudahcaraan KKM anjuran Unit Latihan. Di an tara lain mereka telah diberi pengetahuan tentang tugas dan peranan seorang 26

pemudahcara dan teknik-teknik untuk menggerakkan

KKM. 18 -22 April 1989: Unit Latihan telah sekali lagi mengadakan kursus seperti di atas, dan kali ini En. Abd. Rahman, En. Zulkifli Hj. Abbas dan Cik Siti Hazlinda diberi peluang untuk mengikuti kursus ini. 2 Mei 1989: Raja Masittah Raja Ariffin telah kembali bertugas di Perpustakaan setelah berkursus selama empat tahun di Universiti Kebangsaan Malaysia. Keluarga Perpustakaan mengucapkan tahniah kepada beliau yang telah berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam bidang linguistik. Beliau juga telah menyiapkan tesis berjudul "Penggunaan istilah-istilah bukan sains di kalangan para penterjemah: satu analisis kri tis" . 23 -24 Mei 1989: Puan Sofiah Abd. Hamid telah dicalonkan untuk mengikuti Kursus Pengurusan Masa yang dikendalikan oleh Encik Jamaluddin dari Syarikat Juruperunding Pengurusan EPIC. Sepanjang kursus ini pesertapeserta diperkenalkan dengan beberapa teknik penjimatan masa untuk melicinkan tugas-tugas harian. 19 -24 Jon 1989: Puan Norma Bachik telah mengikuti Workshop on Thesaurus Construction anjuran Kajian Sains Perpustakaan dan Maklumat di Institut Teknologi Mara. Objektif kursus ini ialah untuk memberi pandangan menyeluruh secara komprehensif ten tang seni merekabentuk, membina dan menyelenggara sebuah thesaurus untuk mendapat kembali maklumat.

26 -27 Jon 1989: Puan Aizan, Cik Kamariah dan Encik Nik Aman telah mengikuti Konvensyen Sastera Kanak-Kanak 1989 anjuran D BP bertempat di Balai Seminar. Konvensyen dua hari ini bertujuan menilai dan mencari jalan untuk


mempertingkatkan mutu kini.

astera kanak-kanak masa

27 Jun -1 Julai 1989: Puan Rohani bersamaTKP dan Penguru Perniagaan telah mengadakan lawatan ke Sumatra dalam rangka kerjasama perbukuan an tara Indonesia dan Malaysia.

27 -28 Jun 1989: Puan Norma telah berpeluang menghadiri Seminar Perlaksanaan Undang- Undang Keluarga Islam Peringkat Kebangsaan di Pusat Islam Malaysia. Seminar ini telah berjaya memberi pendedahan dan kefahaman kepada masyarakat mengenai undangundang keluarga Islam.

26 Jun -19 Ogo8 1989: Encik Abd. Wahab telah dihantar untuk mengikuti kursus musim panas (jangka pendek) di College of Librarianship Wale.

•

SUDAH TERBIT INDEKS PUISI MALAYSIA 1967 - 1987 Sejak sekian lama majalah menjadi gelanggang para penyair menulis sajak-sajak mereka. Menjadi pendorong para penyair untuk terus berkarya dan terus menyinari dunia kesusa tanah air. Demikian juga Perpustakaan DBP tanpa jemu mendokumenta ikan ajak-sajak tersebut untuk tatapan genera i depan. Kini berkat u aha ter ebut udah terbit sebuah indeks lengkap yang menyenaraikan 14 730 buah sajak yang pernah ter iar di dalam 101 buah majalah tempatan yang terbit antara 1967 - 1987. Indeks Int di usun mengikut nama pengarang dan turut dilengkapkan dengan senarai nama-nama amaran penuli tempatan.

A DA YA G BERMINAT SILA AL ~1ATKA .¡ PESA 'A A DA KEPADA: PERPU TAKAA DEW A BAHASA DA PU T KA PETI SURAT 10803 50926 KUALA LUMPUR. atau telefon teru 03-2<W101l amb o 320 HARGA SE ASKHAH M 10.00

27


dari ms 1 awal. lni terbukti dengan wujudnya Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Malaya, Institut Bahasa, kebudayaan dan Kesusasteraan Melayu dan Jabatan Persuratan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kewujudan institut-institut seperti ini menggambarkan kepada kita betapa perlunya sebuah pusat dokumentasi bahasa, kesusasteraan dan pemikiran alam Melayu ditubuhkan segera. Peranan Perpustakaan DBP kini bukan sahaja untuk memenuhi keperluan-keperluan DBP dan masyarakatnya tetapi juga untuk keperluan daerah yang lebih luas iaitu dunia Melayu. Sebagai sebuah Perpustakaan Jabatan yang khusus sifatnya, peranan Perpustakaan DBP bukan setakat memenuhi keperluan masyarakat di Malaysia malahan masyarakat antarabangsa terutama masyarakat dunia Melayu. DBP telah merancang mempertingkatkan penggunaan perpustakaannya sebagai Pusat Dokumentasi Bahasa dan Kesusasteraan Melayu bertaraf antarabangsa. Prpjek ini merupakan salah satu daripada tiga program pemantapan penguasaan bahasa yang dirancangnya s6})~gai usaha meningkatkan penggunaan bahasa yang sempurna di kalangan masyarakat. Kini masih bel urn ada lagi pusat seumpama itu yang boleh dijadikan sebagai tempat rujukan yang berwibawa. Untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai Pusat Dokumentasi Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Perpustakaan DBP telah mula melangkah untuk mempertingkatkan perkhidmatannya terutama peningkatan pembinaan perpustakaan yang merangkumi pembinaan ilmu dan pembinaan fizikal. Pembinaan ilmu merujuk kepada usaha pembinaan dalam bidang koleksi pendokumentasian dan taraf keprofesionalan semen tara pembinaan fizikal mencakup pembangunan ruang dan pembangunan peralatan. Dalam konteks menjadikan Perpustakaan DBP sebagai Pusat Dokumentasi Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Perpustakaan DBP harus dilihat sebagai pusat pengumpulan utama koleksi ten tang bahasa dan sastera Melayu, pusat menerbitkan katalog Induk Bahasa dan Budaya Melayu serta pusat pemerolehan bahanbahan dalam bahasa Melayu. Pembinaan koleksi dalam bidang bahasa dan sastera sangat dititikberatkan khususnya pengumpulan bentuk bahan-bahan seperti monograf, jurnal, terbitan bersiri, mikrofllem dan sebagainya yang terdapat dalam bahasa Melayu dan bahasa lain, terbitan di dalam negeri mahupun luar negara. Kegiatan pendokumentasian ialah mendokumentasi, mengawal pengurusan data dan penyebaran maklumat melalui penerbitan bibliografi, indeks, sari dan sebagainya. Perkhidmatan ini dapat dilaksanakan dengan cekap dan tepat melalui sistem perpustakaan berkomputer. Perkara ini juga pernah ditegaskan oleh TimB!tlan Ketua Pengarah DBP, Prof. Madya Dr. Nik Safiah Karim semasa menyampaikan ceramahnya di ,

Bengkel Motivasi Kakitangan Perpustakaan pada 16-18 Februari 1989 di Port Dickson. Beliau mengharapkan agar Pusat Dokumentasi akan mengumpulkan koleksi Melayu yang menggambarkan alam pemikiran Melayu, pandangan hidup orang Melayu, hubungan dengan persekitarannya, agama, ekonomi, sistem niIai, estetika dan sebagainya. Pembinaan keprofesionalan juga penting untuk mempertingkatkan taraf perpustakaan. lni dapat dihubungkaitkan dengan keperluan penguasaan bidang yang canggih khususnya di Unit Perkhidmatan Rujukan dan Unit Dokumentasi. Prof. Ismail Hussein dalam ucapannya di Seminar Dokumentasi Kesusasteraan Melayu pad a 20 Mac 1976 pernah berkata. "Masalah kekurangan bahan di dalam bahasa Melayu bukanlah sebenarnya masalah kerana kita kini sudah ada lebih 30,000 bentuk bahanbahan bacaan yang dapat digunakan. Yang menjadi masalah ialah corak bahan-bahan itu yang amat 'sementara' sifatnya. Ini memerlukan kecerdikan khusus untuk memperolehnya dan kemudian menyebarkannya. Di sinilah terletaknya kepakaran pustakawan sebagai pustakawan profesional" . Di sam ping itu pendedahan yang releven terhadap kakitangan biasa juga harus diambil kira. Ruang perpustakaan perlu ditambah bukan sahaja untuk menempatkan semua bahan yang ada tetapi juga untuk keselesaan para penyelidik dan pengguna perpustakaan. J umlah koleksi yang kian meningkat dan jumlah pengguna semakin bertambah merupakan masalah kepada perpustakaan yang kini hanya mempunyai ruang seluas 7,593 kaki per egi. Ruang seluas ini bukan sahaja tidak dapat menampung jumlah bahan yang terdiri daripada pelbagai bentuk tetapi juga tidak dapat mengadakan suatu ruang bacaan yang lebih selesa yang dapat menimbulkan suasana keilmuan di kalangan para penyelidik dan cendekiawan. Kesempitan ruang yang dihadapi kini juga menyebabkan perpustakaan sanggup menerima hanya penuntut-penuntut tahun akhir dari Institut Pengajian Tinggi tempatan yal1g in gin mendapatkan bahan daripada Perpustakaan DBP. Ketiadaan sistem alat penghawa dingin 24 jam (seperti yang dialami sekarang in i) boleh menyebabkan buku-buku dan manuskrip-manuskrip lama rosak dimakan serangga. Timbalan Ketua Pengarah¡ dalam kenyataannya, (New Straits Times, 18.2.1989 : 6) mengharapkan perancangan untuk mewujudkan Pusat Dokumentasi Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Serantau yang menjadi pusat tumpuan para cendekiawan ini terlaksana menjelang tahun 1990. Per ediaan ke arah itu harus diberi perhatian yang sewajarnya. Dengan kerjasama dan perhatian daripada pihak pentadbiran DBP, mudah-mudahan imej Perpustakaan dapat dipertingkatkan ebagai Pu at Dokumentasi Bahasa dan Sastera Melayu yang herwibawa.

-----------------------------------------------------------------------. 28


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.